Search This Blog

Sunday, May 11, 2014

Koma Dibelasah Kerana Pertahan Anak Buah

Dibelasah Sampai Koma Kerana Pertahan Anak Buah

Seorang bapa dua anak dibelasah hingga koma gara-gara menegur tindakan dua remaja mengganggu anak saudaranya di taman.
Josh Price,21, ditumbuk di kepala hingga terbaring di tanah oleh dua lelaki yang keluar dari sebuah van sebelum kepalanya disepak hingga mengalami pendarahan.
Kejadian berlaku di Taman Trinity Ossett, West Yorkshire, England pada 3 Mei lalu.
ad_134334062
Selain mempunyai darah beku di otak, Price mengalami lumpuh di bahagian kiri badan susulan insiden tersebut. Dia juga disahkan doktor mungkin mengalami masalah pertuturan selepas ini.
Meskipun kini sudah keluar dari Unit Rawatan Rapi, doktor tidak dapat memberi jaminan dia akan pulih seperti biasa.
Bapa Price menyifatkan kejadian ini sangat kejam kerana membuatkan anak-anak Price yang masih kecil sering bertanya apa sudah jadi pada bapa mereka.
Hingga kini, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan dan mencari pihak bertanggung jawab.
Seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan sebelum ini namun kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis. – REM RAMZI / MYNEWSHUB
Sumber: Dailymail

Tiga warga asing disyaki penyeludup ditahan di Sandakan


Oleh Mohd Razlan Salleh
Kota Kinabalu: Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib mengesahkan tiga individu dipercayai warga asing ditahan selepas bot dinaiki mereka berlanggar dengan bot Platun Tiger Pasukan Gerakan Am (PGA) di perairan Sandakan, 8.15 pagi semalam.

Hamza berkata, semua mereka kemudian ditahan untuk siasatan selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan.
Difahamkan, kedua-dua bot berkenaan dikatakan berlanggar sesama sendiri berikutan keadaan cuaca gelap.

Sementara itu, Harian Metro difahamkan, bot terbabit membawa beberapa tong kosong, dipercayai cuba menyeludup petrol untuk dijual ke negara jiran.


Semua lelaki terbabit masih ditahan untuk siasatan lanjut.




Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/11

Cubaan Seludup Pati Guna Bot Gagal

Buru Pati

JOHOR BAHRU – Pasukan Polis Marin Wilayah Dua Johor berjaya menumpaskan cubaan menyeludup pendatang tanpa izin (Pati) dengan menggunakan bot nelayan di perairan Parit Jawa, Muar, lewat malam tadi.
Komandernya, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, dalam operasi pada kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi, 28 warga Indonesia berumur antara 18 hingga 50 tahun ditahan.
Turut ditahan ialah dua warga Indonesia yang bertindak sebagai tekong dan pembantu tekong, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Khon Chiang berkata, pasukannya telah menahan bot nelayan itu ketika cuba keluar dari Sg Parit Jawa menuju ke sempadan.
“Hasil siasatan yang dijalankan kesemua penumpang mengaku dikenakan bayaran untuk perjalanan keluar dari Malaysia. Tekong bot mengaku menjalankan aktiviti penyeludupan manusia dengan bayaran ke atas penumpang,” katanya.
Kesemua Pati bersama bot dibawa balik ke Pangkalan Polis Marin Wilayah Dua di Muar untuk tindakan lanjut.
Kes ini disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 bersama Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002. – BERNAMA

Ibu Maut, 3 Anak Cedera Kemalangan



May 11, 2014 kemalangan maut, wanita


IPOH – Seorang suri rumah maut manakala tiga anak dan sepupunya cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer 1, Jalan Sitiawan-Beruas dekat Sitiawan, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba berkata, Sharina Ramzan Mohd, 35, meninggal dunia di Hospital Seri Manjung manakala anak perempuannya Nursyairah Mubarak Ali, 6, serta sepupu yang dikenali sebagai Nazrana, 27, cedera parah dalam kejadian 4.20 petang itu.

“Siasatan awal mendapati kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza yang dipandu seorang lelaki telah memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta Proton Wira yang dipandu Sharina dari arah Sitiawan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata pemandu MPV Cheng Sing Hieng, 22, dan dua lagi anak Sharina iaitu Shafikah, 12, dan Muhammad, 10, masing-masing cedera ringan dan dirawat di hospital sama.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Keganasan Boko Haram


2014/05/11 - 07:24:28
BORNO: Pelbagai kumpulan disenaraikan Jabatan Dalam Negara Amerika Syarikat sebagai pengganas namun tidak ada yang memenuhi ciri keganasan dan mencetuskan ketakutan umum sedahsyat umpulan Boko Haram di Nigeria.

Apa yang lebih sukar diterima ialah kebencian Boko Haram terhadap semua perkara moden dan sekular termasuk ideologi, struktur dan apa yang berkait dengan kemodenan.


Modus operandi Boko Haram cukup jelas, ganas dan pembunuhan tanpa belas kasihan warga Kristian dan Islam di utara Nigeria, pengeboman gereja dan serangan bunuh diri di ibu negara, Abuja dan pengeboman kereta dalam kawasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2011.

Serangan terbaru di timur laut Nigeria, terutamanya di kawasan pedalaman negeri Borno menyebabkan berpuluh-puluh terkorban. Mangsa ditembak dari jarak dekat, ditikam atau dipotong anggota badan mereka. Beberapa serangan berlaku selama berjam-jam tanpa campur tangan tentera atau polis.

Dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, siasatan Amnesty International menunjukkan Boko Haram bertanggungjawab terhadap kematian lebih 1,500 orang.

Bulan lalu, kumpulan itu melakukan penculikan besar-besaran membabitkan hampir 300 remaja perempuan berumur antara 16 hingga 18 tahun dari sekolah berasrama di Borno.

Sekurang-kurangnya 223 remaja perempuan berkenaan masih ditahan dan dalam satu video ngeri yang diterbitkan Isnin lalu, pemimpin Boko Haram, Abubakar Shekau, berkata mereka akan dijual. Beliau mencadangkan perempuan berumur 12 dan ada juga yang berusia sembilan tahun sesuai untuk dikahwinkan.
“Perhambaan dibenarkan agama saya dan saya akan menangkap mereka dan menjadikannya hamba,” kata Shekau.

Boko Haram dan serpihan kumpulan lain sudah melakukan penculikan dalam skala kecil dengan menyasarkan pekerja Barat serta pelancong. Usaha menyelamat oleh pasukan keselamatan Nigeria selain dengan kerjasama pasukan khas Britain menyebabkan kematian lebih ramai tebusan.

Contohnya tahun lalu, Boko Haram dikatakan menerima wang tebusan yang banyak lebih AS$3 juta (RM9.9 juta) supaya melepaskan keluarga Perancis yang diculik di utara Cameroon. 

Lelaki serang polis maut ditembak

Oleh Junaidi Ladjana
Lahad Datu: Seorang lelaki yang cuba menyerang anggota polis menggunakan senjata bakakuk buatan sendiri dan sebilah pedang samurai maut ditembak di ladang sawit, Jalan Segama, dekat sini, petang tadi.
Dalam kejadian pada 1 petang itu, suspek dikenali sebagai Kumis, 50, mati di tempat kejadian akibat terkena dua das tembakan di bahagian perut dan kaki.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Omar Mammah berkata, siasatan awal mendapati sebelum kejadian suspek dikatakan mengugut penolong pengurus ladang terbabit menggunakan senjata api jenis bakakuk dan pedang samurai itu.

"Pihak polis yang menerima laporan itu bergegas ke lokasi kejadian dan cuba menahan suspek terbabit.
Foto
CONTOH pedang samurai (atas) dan bakakuk. FOTO Hiasan Fail NSTP

"Namun suspek mengacukan senjata api bakakuk dan padang samurai ke arah anggota polis.
"Berikutan itu, anggota polis tiada pilihan dan terpaksa mempertahankan diri dengan melepaskan dua das tembakan ke arah suspek berkenaan," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/11

Mayat pelajar ditemui selepas lapan hari hilang


KUANTAN: Mayat pelajar lelaki tingkatan tiga ditemui petang semalam selepas lapan hari dilaporkan hilang ketika mandi di Air Terjun Sungai Gapoi, Bentong.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Nor Mansor berkata, mayat Sean Ng, 15, ditemui orang awam kira-kira lima kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.
"Mayat mangsa yang berasal dari Taman Melawati, Kuala Lumpur itu ditemui pada 6.10 petang semalam oleh orang ramai yang kemudian memaklumkan kepada anggota polis.

"Sebahagian tubuh mayat dan kaki kanannya dalam keadaan reput dan mayat dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi hari ini.


Katanya keluarga pelajar itu telah dimaklumkan tentang penemuan itu.





Pelajar itu bersama-sama 11 rakannya yang berkelah di kawasan rekreasi berkenaan dilaporkan hilang kira-kira 3 petang ketika mandi. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/11

3 cedera, kereta rempuh bas di Kuala Pilah


2014/05/11 - 19:02:34
KUALA PILAH: Tiga lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan sebuah bas henti-henti di Kilometer 19, Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitendan Azmi Abdul Rahim berkata dalam kejadian 3.30 petang itu, sebuah kereta Perodua Myvi yang sedang dalam perjalanan ke Kuala Pilah hilang kawalan lalu merempuh belakang sebuah bas yang sedang berhenti untuk mengambil penumpang di kawasan itu.


Katanya, akibat rempuhan itu, pemandu kereta, Chan Kai Yong, 27, tersepit di bahagian pemandu dan mengalami kecederan parah di bahagian kaki, manakala seorang penumpang lelaki dan pemandu bas turut mengalami kecederaan di badan.

"Ketika kejadian terdapat 20 penumpang bas. Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah bagi mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi.

Dua jentera bomba bersama 12 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah serta Senawang terbabit dalam operasi itu.

- BERNAMA

Sembilan kaki judi ditahan


Oleh Yusmawati Mhd Yusof
Jasin: Seramai sembilan individu termasuk empat wanita ditahan polis dalam Op Dadu di sebuah pondok di kebun getah Kampung Parit Keliling, Simpang Bekoh, di sini semalam.

Dalam serbuan jam 6.30 petang oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri itu, wang tunai RM1,505 dipercayai wang pertaruhan turut dirampas.
Pegawai Turus D7 Melaka Asisten Superintendan Azahar Abdul Rahim berkata, semua yang ditahan berusia antara 23 hingga 67 tahun.

"Hasil serbuan kami turut merampas 48 keping daun terup, meja, kerusi dan wang tunai RM 1,505 dipercayai wang pertaruhan.


"Kes siasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1959," katanya.




Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/11

Rohani Karim lawat anak pasangan dipenjara di Sweden


2014/05/11 - 18:30:03
KOTA BHARU: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Karim meluangkan masa bertemu anak pasangan yang dipenjara di Sweden, sempena Hari Ibu, hari ini.

Rohani yang tiba jam 5.30 petang itu bagi meraikan Hari Ibu bersama empat beradik berkenaan supaya mereka tidak merasa keseorangan tanpa kehadiran ibu bapa mereka.
Rohani ternyata gagal menahan perasaan sedih sebaik anak sulung kepada pasangan Shalwati Norshal dan Azizul Raherm Awalluddin mengucapkan 'Selamat Hari Ibu' kepada ibunya yang berada di penjara. 

Polis percaya mangsa culik Pulau Baik masih hidup


2014/05/11 - 18:31:55
KOTA KINABALU: Polis percaya pengurus syarikat ternakan ikan yang diculik di Pulau Baik, Lahad Datu pada Selasa lalu masih hidup.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata setakat ini tiada tangkapan baharu dilakukan dan polis memberi jaminan akan menyelesaikan kes itu.
"Saya ingin yakinkan bahawa pihak polis akan memastikan keselamatan Sabah terjamin dan apa yang berlaku adalah kes terpencil (penyeludup minyak) dan penculikan yang berlaku baru-baru ini di Pulau Baik.

"Ada yang menganggap keselamatan Sabah terancam adalah tidak betul kerana kita bertindak cepat," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri kejohanan golf bersama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin sempena peringatan Hari Polis ke-207 Kontinjen Sabah yang disertai 104 pemain dekat sini.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin dilaporkan berkata polis tidak menerima sebarang permintaan wang tebusan daripada sekumpulan lelaki yang menculik pengurus syarikat itu.

Setakat ini, polis juga masih menyiasat motif sebenar kejadian culik itu.
Dalam kejadian Selasa lalu, lima lelaki bersenjata menculik Yang Zai Lin, 34, yang berasal dari Guangzhou, China kira-kira 2.45 pagi.

Sebulan lalu, seorang pelancong wanita rakyat China dan seorang pekerja resort rakyat Filipina diculik oleh sekumpulan lelaki di sebuah resort di Semporna.

- BERNAMA

Enam suspek ditahan susulan penangkapan penyeludup minyak di Pulau Berhala


KOTA KINABALU 11 Mei - Polis Sabah menahan enam lagi suspek awal hari ini yang dipercayai mempunyai kaitan dengan tiga penyeludup petrol yang ditahan berhampiran perairan Pulau Berhala, Sandakan malam tadi.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kesemua suspek lelaki yang mempunyai dokumen dan tidak berdokumen itu berusia antara 18 dan 53 tahun ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di sebuah kampung di Sandakan pada kira-kira pukul 1 pagi.
``Siasatan awal dipercayai mereka adalah penyeludup minyak dari Pulau Bakungan Besar, Filipina,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kejohanan Golf bersama Yang Dipertua Negeri Sabah sempena Hari Polis ke-207 Kontinjen Sabah di Karambunai dekat sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140511/dn_31/Enam-suspek-ditahan-susulan-penangkapan-penyeludup-minyak-di-Pulau-Berhala#ixzz31Pf5kmCv
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Peti undi pemilihan PKR Kota Raja dirampas sekumpulan lelaki


KLANG 11 Mei - Tidak sampai satu jam proses pengundian ditutup kira-kira pukul 5 petang ini, pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kota Raja terpaksa dibatalkan apabila sekumpulan lelaki bertindak merampas peti undi dan melemparkannya ke lantai dewan pusat pengundian.
Pembatalan pengundian itu diumumkan kira-kira 4.30 petang oleh wakil petugas pemilihan parti itu.
Tindakan sekumpulan lelaki itu difahamkan dilakukan setelah tidak berpuas hati dengan proses pemilihan parti di cabang berkenaan yang mana sebelum itu mereka cuba merempuh masuk ke dalam dewan pengundian terbabit di Kompleks Sukan MPK, Taman Sri Andalas namun dihalang oleh anggota Rela yang bertugas.
Bagaimanapun, akibat tidak berpuas hati kerana dihalang masuk, kumpulan lelaki berkenaan kemudiannya bertindak memanjat pagar setinggi dua meter dan masuk ke dalam dewan berkenaan selain bertindak merampas peti undi dan melemparkan ke lantai dewan.
Selain itu, mereka juga bertindak menterbalikkan meja termasuk bungkusan makanan di luar dewan yang disediakan untuk para pengundi.
Ekoran kejadian itu, pasukan polis telah bergegas ke kawasan pengundian bagi mengawal keadaan. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140511/dn_30/Peti-undi-pemilihan-PKR-Kota-Raja-dirampas-sekumpulan-lelaki#ixzz31Pd8QhnP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pelajar SMK Bukit Payong maut kemalangan

WARTAWAN SINAR HARIAN
Kamaruddin Mohd Zakaria
Kamaruddin Mohd Zakaria 
11 Mei 2014
BESUT - Seorang pelajar Tingkatan Dua SMK Bukit Payong maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di Simpang Tiga Lata Belatan dekat Jabi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, mangsa Muhammad Aqis Ikhman Khairuddin, 12, meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal yang dinaiki dilanggar Proton Persona.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kejadian dikatakan berlaku ketika Proton Persona yang dipandu Mohd Safri Salleh, 28, dari arah Jertih ke Kuala Terengganu dan ketika tiba di lokasi kejadian mangsa keluar dari simpang.

Menurutnya, mangsa dikatakan keluar simpang dari arah kiri ke kanan jalan dan memandangkan jarak yang terlalu dekat menyebabkan kereta tersebut melanggar mangsa.
“Akibat kemalangan itu mangsa yang beralamat di Kampung Keruak meninggal dunia di tempat akibat kecederaan parah,” katanya.

Kamaruddin berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Besut untuk bedah siasat dan punca kematian didapati kerana mangsa patah tengkuk.

Pemandu kereta yang bekerja sebagai juruteknik beralamat di Kampung Pelong, Padang Midin, Kuala Terengganu mengalami kecederaan di bahagian mata kiri akibat termasuk kaca.

Muhammad Aqis Ikhman berada di Jabi difahamkan kerana ke rumah bapanya manakala ibunya tinggal di Keruak.

Angkara khianat

AHMAD ISMADI ISMAIL
Angkara khianat
Keadaan motosikal dan kereta yang rentung dalam kebakaran di PPR Intan Baiduri, awal pagi semalam. 
11 Mei 2014
KUALA LUMPUR – Sebanyak 21 motosikal dan sebuah kereta Proton Iswara Aeroback yang diletakkan di kawasan parkir motosikal di Blok E, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri, Jinjang musnah dalam kebakaran awal pagi semalam, dipercayai akibat perbuatan khianat.

Mangsa, S Sinniah, 28, berkata, dia menyedari kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.30 pagi apabila mahu pergi ke tempat kerja.

“Saya terkejut terdengar bunyi meletup, dan tiba-tiba nampak motosikal yang diletakkan di situ terbakar.

“Penduduk cuba padamkan kebakaran, tapi api marak dengan cepat sehingga motosikal Modenas Kriss milik saya dan motosikal Skuter Ego milik adik musnah,” katanya.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang Pegawai Bomba Kanan II, Isharudin Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 6.34 pagi.

“Seramai 16 pegawai dan anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba Jinjang, Sentul dan Jalan Hang Tuah bergegas ke lokasi kejadian. Kita mendapati api yang marak itu memusnahkan sebahagian daripada motosikal tersebut termasuk sebuah kereta,” katanya.

Beliau berkata, api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 8.02 pagi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. Kita akan bekerjasama dengan polis bagi menyiasat sama ada kejadian itu ada unsur khianat,” katanya.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan yang mengesahkan kejadian itu pula berkata, pihaknya masih menyiasat motif kejadian.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu boleh tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api,” katanya.

Kejadian yang sama pernah berlaku di Blok D PRR Intan Baiduri pada 28 Mac lalu, sebanyak empat daripada 11 motosikal terbakar 100 peratus, empat motosikal lain turut musnah 50 peratus, manakala selebihnya terkena bahang, kejadian itu juga dipercayai akibat perbuatan khianat.

Korban Hari Ibu

WARTAWAN SINAR HARIAN
Korban Hari Ibu
Jenazah Muhammad Khairul Hafifi dibawa pulang untuk dikebumikan. 
11 Mei 2014
RANTAU PANJANG – Sambutan Hari Ibu tidak lagi bermakna bagi dua suri rumah di Kampung Lati, apabila anak mereka ditemui lemas ketika mandi di tali air berdekatan rumah mereka, kelmarin.

Kejadian yang berlaku pada jam 4.30 petang itu mengorbankan dua kanak-kanak iaitu Muhammad Khairul Hafifi Mokhtar, 10 dan rakannya, Nur Qamariah Ahmad Najman, 8.

Ibu Muhammad Khairul Hafifi, Aminah Hamid, 29 berkata, ketika kejadian dia bersama suami dan anak bongsu mereka menghadiri kenduri kahwin di Kota Bharu.

“Belum sempat saya jamah makanan, suami ajak pulang. Bila ditanya, dia hanya mendiamkan diri sehinggalah hampir tiba di rumah,” katanya.

Aminah berkata, beberapa hari lalu arwah anaknya sering bermain di sekitar tali air berkenaan dan tidak mahu pulang ke rumah sehinggalah hampir waktu Maghrib.

“Sebelum ini dia tak pernah mandi di tali air, entah mengapa hari itu, dia mandi di sana bersama empat lagi rakannya,” katanya.

Sementara itu, ibu Nur Qamariah, Norma Husin, 44 berkata, anak ke lapan daripada 12 beradik itu meminta izin dengan bapanya kerana mahu melihat penduduk kampung bermain layang-layang bersama rakan dekat sini.

Katanya, ketika kejadian dia baru sahaja selesai menunaikan solat Zohor sebelum dimaklumkan saudara mengenai kejadian lemas.

“Pada mulanya, saya risau tetapi selepas dimaklumkan mangsa adalah seorang kanak-kanak lelaki hati kembali tenang. Namun tak sangka pula, mangsa kedua adalah anak perempuan saya.

“Nur Qamariah merupakan penyeri dalam rumah ini, kerana sikapnya yang peramah dan banyak bercakap. Selepas ini, tiada lagi gelak tawa dan celoteh Nur Qamariah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.

Tukang kebun ditemui mati tergantung


WARTAWAN SINAR HARIAN
10 Mei 2014


PASIR GUDANG - Seorang tukang kebun sekolah ditemui mati dalam keadaan tergantung di sebatang pokok berhampiran sebuah surau, di sini, pada pagi Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Roslan Zainuddin berkata, pihak polis menerima panggilan telefon kira-kira jam 7.40 pagi daripada orang awam yang menemui mayat dalam keadaan tergantung di sebatang pokok.

Menurutnya, mangsa merupakan seorang tukang kebun di sebuah sekolah sejak dua bulan lalu.

Mohd Roslan berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dan telah dijalankan bedah siasat pada jam 3 petang hari yang sama.

“Mangsa telah dikebumikan pada petang hari yang sama.

"Kes disiasat sebagai mati mengejut,” katanya.

Bertembung lori tangki gara-gara elak kucing

WARTAWAN SINAR HARIAN
Bertembung lori tangki gara-gara elak kucing
Keadaan kereta mangsa remuk di bahagian kanan selepas merempuh bahagian tangki minyak lori Sains. 
10 Mei 2014
SENALING – KUALA PILAH. Gara-gara mahu mengelak seekor kucing melintas jalan, seorang wanita mengalami detik cemas apabila kereta dipandunya terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan hingga bertembung dengan sebuah lori tangki Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) di Kilometer 4 Jalan Kuala Pilah-Tampin.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari kelmarin, mangsa, Siti Aziah Zainal, 18, memandu sendirian kereta jenis Toyota Avanza dari arah Tampin ke Kuala Pilah manakala lori terbabit dari arah Kuala Pilah ke Tampin.

Jurucakap polis memberitahu, mangsa dipercayai ingin mengelakkan seekor kucing lalu memasuki ke laluan bertentangan dan pada masa yang sama sebuah lori tangki Sains tiba di tempat kejadian.

“Akibatnya, mangsa terbabas apabila tiba di selekoh tajam berhampiran Masjid Kariah Senaling lalu memasuki jalan bertentangan dan merempuh bahagian tangki minyak lori Sains sehingga berlaku tumpahan minyak di atas jalan raya.

“Kereta yang dipandu mangsa berpusing beberapa kali lalu melanggar pagar masjid berkenaan. Keadaan kereta mangsa remuk di bahagian depan hingga menyebabkan salah satu tayar hadapan tercabut,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang berjaya dikeluarkan orang ramai telah di bawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah bagi pemeriksaan lanjut kerana alami cedera ringan.
“Manakala pemandu lori yang berusia 72 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Tambahnya, akibat perlanggar itu berlaku tumpahan minyak, anggota Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah telah dihubungi bagi membantu membersihkan kesan tumpahan minyak di atas permukaan jalan berkenaan.

“Pihak bomba berjaya memastikan kesan tumpahan minyak di atas laluan yang mengancam keselamatan pengguna jalan dibersihkan.

“Anggota bomba telah membersihkan tumpahan minyak menggunakan tanah bagi mengelakkan jalan berkenaan licin berikutan ia jalan utama,” katanya.

Pemandu lori tahan sakit setengah jam

WARTAWAN SINAR HARIAN
Pemandu lori tahan sakit setengah jam
Keadaan lori yang merempuh belakang treler di Kilometer 232 Lebuhraya Utara - Selatan, malam kelmarin. Gambar kecil: Mohd Said. 
11 Mei 2014
REMBAU - Seorang pemandu lori terpaksa menahan sakit kira-kira setengah jam akibat tersepit apabila kenderaan dipandunya terbabit kemalangan di Kilometer 232 Lebuhraya Utara-Selatan, di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, mangsa tersepit di tempat duduk pemandu apabila lorinya merempuh belakang sebuah treler, bagaimanapun berjaya dikeluarkan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Pegawai Bomba Kanan Mohd Fauzi Shahril berkata, sebuah jentera membabitkan enam anggota bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan.

“Sebaik tiba mangsa masih berada di tempat duduk pemandu kerana kaki kanannya tersepit. Kita mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban ," katanya.

Sementara itu, pemandu treler, Mohd Said Satip, 41, berkata, dia dalam perjalanan dari Bukit Beruntung, Selangor ke Pontian, Johor menghantar muatan cerucuk besi dan terkejut apabila terdengar bunyi dentuman kuat di belakang trelernya.

“Saya memandang cermin sisi dan melihat terdapat objek putih dan menyangka mungkin barangan yang dibawa terjatuh.  Bagaimanapun, saya mulai curiga apabila ternampak cahaya lampu mengekori treler saya.

“Jadi saya mula menekan brek perlahan-lahan dan memberhentikan treler di lorong kecemasan.  Sebaik berhenti dan meninjau ke belakang lori, saya terkejut apabila mendapati terdapat lori yang melekat di belakang treler saya,” katanya.

Treler balak terbalik halang laluan

WARTAWAN SINAR HARIAN
Treler balak terbalik halang laluan
Treler sarat muatan balak terbalik di selekoh simpang tiga Bandar Baru berhadapan IPD Gua Musang.   
10 Mei 2014
GUA MUSANG - Seorang pemandu treler berusia 50-an terselamat apabila kenderaan yang sarat dengan muatan balak terbalik di selekoh simpang tiga Bandar Baru berhadapan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang, di sini, petang kelmarin.

Berikutan kejadian kira-kira jam 4.45 petang itu, jalan utama ke Bandar Baru ditutup lebih dua jam untuk kerja mengalihkan kayu balak dan treler tersebut.

Difahamkan, kenderaan itu dari laluan Kuala Betis untuk menghantar kayu balak ke sebuah kilang papan tetapi hilang kawalan dan terbalik.

Saksi kejadian, Muhamad Jamillah, 42, berkata, ketika kejadian tiada pengguna melalui kawasan tersebut.

"Berpuluh kayu balak jatuh melintang jalan menyebabkan kesesakan lalu lintas. Mujur pemandu selamat," katanya.

Sarang maksiat kena gempur

WARTAWAN SINAR HARIAN
Sarang maksiat kena gempur
Wanita warga Vietnam dibawa keluar dan dikawal anggota Blackrose. 
11 Mei 2014
ROMPIN – Akibat beroperasi tidak mengikut undang-undang, dua buah premis perniagaan diserbu polis dalam Ops Dadu dan Noda di Tanjung Gemok, tengah malam kelmarin.

Dalam serbuan pasukan  D7 dari Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuantan di sebuah pusat karaoke, seramai 51 orang termasuk 20 wanita warga Vietnam ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan bekerja sebagai GRO.

Turut ditahan empat wanita dan enam lelaki yang merupakan pekerja dan penjaga premis serta seorang remaja lelaki bawah umur.

Ketua Operasi, Asisten Superintendan Azlihan Ishak berkata, kesemua mereka yang ditahan berusia lingkungan 15 tahun hingga 47 tahun.

“Dalam ujian air kencing yang dijalankan 13 orang didapati positif yang terdiri daripada empat wanita Vietnam dan sembilan lelaki,” katanya.

Operasi tersebut turut disertai Pasukan Cantas Khas Wanita IPK Pahang atau lebih dikenali sebagai Blackrose.

Sementara itu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin berjaya menumpaskan satu kegiatan judi internet yang berselindung di sebalik perniagaan cybercafe di sebuah rumah kedai dua tingkat berhampiran jeti pelancongan untuk ke Pulau Tioman. awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata, serbuan yang bermula jam 12.15 tengah malam dan berakhir kira-kira jam 3 pagi itu melibatkan dua pegawai dan enam anggota.

“Dalam serbuan itu, seramai 26 orang berusia lingkungan 17 tahun hingga 55 tahun ditahan termasuk 24 individu tempatan termasuk seorang penjaga premis berkenaan, seorang warga Vietnam dan seorang warga Indonesia.

“Lapan remaja turut ditahan dan peralatan yang digunakan untuk judi internet iaitu sebanyak 18 buah komputer turut dirampas,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, seramai 12 orang daripada yang ditahan itu pula adalah nelayan yang bekerja di sekitar Tanjung Gemok.

“Ini merupakan serbuan kali pertama di premis terbabit.

Guru hampir jadi mangsa rogol jiran


WARTAWAN SINAR HARIAN
11 Mei 2014


BAHAU - Seorang guru terkejut apabila jirannya tiba-tiba masuk ke rumahnya lalu menerpa dalam cubaan rogol di Taman Kasih Putera dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 2 petang, mangsa berusia 28 tahun baru selesai solat Zuhur sebelum terdengar bunyi pintu pagar rumahnya dibuka.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, mangsa bergegas ke hadapan rumah dan dia dikejutkan dengan  kehadiran jirannya.

“Suspek hanya berseluar pendek dan mengarahkan mangsa diam sebelum menolaknya.

“Mangsa yang ketakutan terus menendang suspek dan berjaya melarikan diri untuk meminta pertolongan,” katanya.

Suspek kemudian keluar dari rumah mangsa dan memaklumkan kepada jiran mangsa dia mahu menyelamatkan mangsa kononnya ada individu lain menceroboh rumah itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencabul.

Van mangsa pencuri minyak

SYAMILAH ZULKIFLI
Van mangsa pencuri minyak
Kok Chor menunjukkan van miliknya yang menjadi mangsa pencuri minyak. 
10 Mei 2014
SEREMBAN - Bukan sebab rosak, sebaliknya menjadi mangsa pencuri minyak. Itulah yang berlaku terhadap peniaga pasar di sini, Isnin lalu, apabila van miliknya secara tiba-tiba berhenti sebaik saja keluar kira-kira 500 meter dari rumah di Taman Bukit Galena, dekat sini.

Mangsa, Chan Kok Chor, 62, pada mulanya menyangkakan kenderaannya rosak, tetapi apabila diperiksa, meter minyak didapati merah.

“Sehari sebelum kejadian, saya mengisi minyak RM50. Tapi saya hairan apabila van saya tiba-tiba berhenti. Saya ingatkan van rosak, tapi bila tengok meter minyak, sudah merah.

Menurutnya, dia menghubungi isterinya meminta membelikan dua tong petrol untuk diisi dalam tangki vannya tanpa mengesyaki apa-apa.

Bagaimanapun, katanya, dia hairan kerana vannya tidak lagi boleh bergerak walaupun minyak telah penuh.

“Saya periksa bahagian bawah van. Saya terkejut mendapati salah satu daripada skru tangki minyak bahagian bawah hilang.

“Saya pun balik ke rumah untuk mencari skru tersebut tapi tidak jumpa. Kemudian baru saya sedar atas jalan tempat saya meletakkan van di luar rumah basah dengan minyak petrol,” katanya.

Menurut Kok Chor, berikutan kejadian itu, dia percaya vannya menjadi mangsa pencuri minyak dipercayai dilakukan waktu malam.

“Kejadian ini pertama kali berlaku kepada saya. Tapi sebelum ini kereta Suzuki Swift anak saya yang diletakkan di luar rumah pernah hilang keempat-empat tayar," katanya.

Berikutan itu, Kok Chor menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati meletakkan kenderaan di kawasan luar rumah kerana mungkin menjadi sasaran penjenayah,” katanya.

3 kereta berlanggar, empat cedera

NURUL MAZWANA HAMDAN
3 kereta berlanggar, empat cedera
MPV polis yang terbabit dalam kemalangan tersebut remuk teruk. 
11 Mei 2014
SIMPANG - Empat lelaki cedera selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 81.7 Jalan Ipoh-Butterworth, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, kejadian kira-kira jam 10 malam itu turut melibatkan sebuah kereta peronda (MPV) polis.

Menurutnya, MPV polis yang tiba di lokasi kemalangan itu telah merempuh sebuah lagi kereta jenis Proton Wira yang keluar dari persimpangan kiri iaitu dari arah Taman Ria.

“Kesan pelanggaran tersebut, MPV polis berpusing-pusing dan merempuh sebuah lagi kereta jenis Mitsubishi Galant dari arah bertentangan jalan.

“Difahamkan MPV polis terbabit datang dari arah Butterworth menghala ke Ipoh,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Beliau berkata, akibat kemalangan tersebut, empat lelaki cedera ringan.

Katanya, mereka ialah pemandu dan penumpang MPV polis, Sarjan Ramli Abu Hassan dan Koperal M Augustin serta pemandu kereta Proton Wira, Muhammad Ismedi Omar, 22 dan pemandu Mitsubishi Galant, Chew Paik Quet, 58.

“Manakala penumpang Proton Wira, Azmawie Kamal, 22, tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Yusuf berkata, ketiga-tiga kereta mengalami kerosakan di bahagian hadapan. Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Lori gelongsor ke dalam parit

WARTAWAN SINAR HARIAN
Lori gelongsor ke dalam parit
Beginilah keadaan lori yang menggelongsor masuk ke dalam parit, berhampiran Pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu, semalam.
11 Mei 2014
 KUALA TERENGGANU - Seorang pemandu lori yang sedang asyik menikmati air tebu, hanya mampu melihat lorinya menggelongsor lalu masuk ke dalam parit berhampiran Pasar Chabang Tiga di sini, tengah hari semalam.

Mohd Aizizudin Shafie, 30-an, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari, sewaktu dia berhenti untuk membeli air tebu di pasar berkenaan untuk menghilangkan dahaga.

Menurutnya, sebelum keja-dian, dia yang berasal dari Seberang Takir itu, sempat menghantar stok tepung sagu di Losong dan berhenti di Pasar Chabang Tiga kerana ingin membeli air.

“Kejadian itu berlaku terlalu cepat.. ketika saya minum air tebu, saya toleh dan tengok lori saya menggelongsor perlahan-lahan ke dalam parit.

"Saya tidak sempat berbuat apa-apa, hanya mampu melihat kejadian malang itu," katanya.

Kata Mohd Aizizudin, dia hairan bagaimana lori itu boleh menggelongsor kerana dia sudah menarik brek tangan.

"Saya kemudian panggil trak tunda bagi membolehkan lori saya ditarik naik,” katanya.

Jelasnya, dia juga terpaksa turun ke dalam parit yang kedalamannya hampir dua meter itu untuk menyangkut alat penyangkut trak tunda pada lorinya agar dapat ditarik naik ke darat.

Makkah banjir?

NIZAM ZAIN
Makkah banjir?

9 Mei 2014
SHAH ALAM – Berpuluh-puluh kenderaan dan banyak kediaman serta premis perniagaan di kota Makkah didakwa rosak teruk selepas bandar suci umat Islam itu dilanda hujan lebat selama dua jam pada lewat malam semalam dan ia hampir melumpuhkan sistem pengangkutan di barat Arab Saudi.

Menurut portal berita Sabq, bencana alam pada lewat malam semalam itu turut menenggelamkan beberapa laluan utama ke bandar tersebut dan menyebabkan kerosakan teruk harta benda yang belum dinilai kerugiannya.

Beberapa keping gambar turut dimuat naik dalam portal tersebut menunjukkan beberapa buah kenderaan dihanyutkan air deras dan berlanggaran antara satu sama lain.

Turut kelihatan kelibat beberapa orang penduduk Makkah yang bertempiaran menyelamatkan diri daripada dihanyutkan arus deras ketika cuba mengalihkan kenderaan mereka.

Namun kesahihan sumber ini tidak dapat pastikan apabila media perdana arus negara itu tidak melaporkan kejadian bencana alam itu.

Kematian akibat Mers cecah 126 orang

Kematian akibat Mers cecah 126 orang
 Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Manila turut menyediakan maklumat berkaitan Mers 
10 Mei 2014RIYADH - ARAB SAUDI. Seramai sembilan lagi meninggal dunia akibat dijangkiti virus Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers), sekali gus menjadikan angka kematian di Arab Saudi kini mencecah 126 orang.

Memetik laporan Arab News, Kementerian Kesihatan Saudi turut memaklumkan seramai 32 orang disahkan positif Mers dalam kes terbaharu yang dilaporkan di negara itu.

Sementara itu, remaja perempuan berumur 16 tahun di Riyadh dan wanita berusia 54 tahun di Jeddah yang dijangkiti Mers dikatakan telah kembali pulih sepenuhnya.

"Kedua-dua individu itu dibenarkan keluar dari hospital selepas tahap kesihatan mereka kembali stabil," kata jurucakap kementerian terbabit.

Selasa lalu, seorang jururawat warga Filipina yang berumur 45 tahun dilaporkan meninggal dunia di King Fahd Medical City akibat jangkitan Mers.

Mayat lelaki hampir reput ditemui


WARTAWAN SINAR HARIAN
10 Mei 2014

GEORGETOWN - Orang ramai gempar berikutan penemuan mayat seorang lelaki yang hampir reput tanpa kepala dan badan, di tepi pantai Sungai Pinang, di sini, malam kelmarin.

Mayat mangsa berusia 50 tahun itu dikatakan ditemui dalam keadaan kembung, kira-kira jam 8 malam oleh orang ramai di situ, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahab berkata mayat dijumpai itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai kejadian mati mengejut sehingga laporan bedah siasat diterima,” katanya.

Beliau berkata mayat itu dipercayai berada dalam air lebih seminggu.

“Keadaan pergelangan kaki lelaki itu dipercayai reput dan hanya tinggal tulang termasuk seluar jean yang dipakai juga reput.

“Hanya sebahagian badan si mati dari paras pinggang hingga ke pergelangan betis dihantar untuk bedah siasat.

“Polis akan mengesan waris si mati, Moneymaran Suppiah dari Jalan Semarak Api 1, Bandar Baru Ayer Itam, di sini, untuk membantu siasatan,” katanya.

Gempa kuat di Mexico, tiada ancaman tsunami


9 Mei 2014


KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.6 pada skala Ricther berlaku di Guerrero, Mexico pada 1 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, gempa bumi itu berpusat di 240km Barat Daya dari Mexico City, Mexico dan 15,031km Timur Laut dari Sandakan, Sabah.

Gempa itu bagaimanapun tidak menimbulkan sebarang ancaman tsunami, menurut kenyataan itu. - Bernama

Majikan sebak lihat pekerja parah

NOR AINNA HAMZAH
Majikan sebak lihat pekerja parah
Mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar bagi rawatan lanjut, bagaimanapun kelindan lori disahkan meninggal dunia. 
11 Mei 2014
REMBAU - Seorang majikan tidak dapat menahan sedih apabila  pekerjanya terbabit dalam kemalangan ngeri merempuh tembok batu tebing jalan di Bukit Miku, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 11.05 pagi itu, pemandu lori dikatakan sempat melompat keluar dari kenderaannya sebelum merempuh tembok batu tebing jalan. Bagaimanapun, kelindannya tersepit di dalam lori.

Pemandu lori kemudian dibawa orang awam ke klinik berdekatan, manakala kelindan lori dikenali sebagai Khairul Nizam Othman, 37, dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban dan disahkan meninggal dunia.

Ketika di lokasi kejadian, majikan kedua-dua pekerja itu sebak sambil beristighfar beberapa kali, malah tidak mampu melihat muka pekerjanya yang cedera parah ketika menunggu bantuan ambulans tiba.

Malah, majikan yang dikenali sebagai RJ itu sempat menghampiri pekerjanya yang terlantar sakit dan menyentuh muka serta badan mangsa, sambil memohon maaf  berulang kali.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mohd Yusof Samad bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan.

“Kita sampai di lokasi kejadian kira-kira jam 11.15 pagi dan melihat bahagian hadapan lori sudah remuk teruk.

"Mangsa masih lagi berada di dalam lori dan kami mengambil masa lima minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk hadapan," katanya.

Bengang berputih mata, empat lelaki bakar mesin ATM


KUALA LUMPUR 11 Mei - Empat lelaki yang bengang selepas mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang dipecahkan kosong, nekad membakar mesin berkenaan dalam kejadian di sebuah bank di sini, hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata, semua suspek menaiki kereta jenis Proton Saga FLX yang menggunakan nombor pendaftaran palsu dalam kejadian 4.45 pagi di Bandar Baru Sentul.
Beliau berkata, suspek juga dipercayai menggunakan gas oxy acetylene untuk memecahkan ATM itu selain menyembur kamera litar tertutup (CCTV) pada mesin berkenaan dengan cat berwarna biru bagi mengelak identiti mereka dikenal pasti.
``Di dalam bank itu terdapat mesin deposit tunai dan ATM. Namun suspek hanya memecahkan ATM...apabila mendapati ia kosong (tiada wang) mereka marah dan bertindak membakar mesin terbabit.
``Sebenarnya mesin ATM itu telah dikosongkan pada 24 April lepas dan ia disahkan sendiri oleh pihak bank,'' katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, kesan kebakaran akibat gas oxy acetylene dapat dilihat secara jelas pada ATM itu selain pihaknya turut menemui satu beg kain dipercayai milik suspek.
Polis sedang berusaha mendapatkan rakaman CCTV lain untuk menjejak semua suspek. - BERNAMA

Kereta dilarikan selepas tukar tayar

WARTAWAN SINAR HARIAN
Kereta dilarikan selepas tukar tayar
Shafie menunjukkan laporan polis dibuat selepas kereta miliknya dilarikan dua penyamun. 
11 Mei 2014
PUCHONG – Malang bertimpa-timpa! Itu yang berlaku kepada seorang peniaga apabila kereta miliknya dilarikan dua lelaki selepas dia selesai menukar salah satu tayar kenderaan yang bocor sebelum itu.

Mangsa, Shafie Salleh, 48, berkata, dia tidak menyangka kejadian malang itu berlaku sejurus dia berhempas pulas seorang diri menukar tayar keretanya yang kempis ketika dalam perjalanan dari Padang Jawa ke Puchong Perdana.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi semalam, Shafie mendakwa sebelum itu melalui Plaza Tol Puchong Barat sebelum menyedari sesuatu tidak kena pada tayar Myvi yang dipandu.

Sebaik selesai menukar tayar dan mahu menutup but kereta, dia didatangi dua lelaki bersenjatakan parang menaiki sebuah motosikal.

Seorang daripada suspek terus mendekatinya seolah-olah mahu menetak lehernya menyebabkan Shafie melarikan diri ke arah pondok tol.

Melihat tindakan spontan Shafie, suspek terus masuk ke bahagian pemandu kereta dan terus melarikan diri.

“Bila nampak parang, saya terus lari untuk selamatkan diri. Akibatnya kereta Myvi warna putih dengan nombor pendaftaran WVX 137 itu dilarikan penyamun terbabit,” katanya.

Shafie yang juga ahli Kepolisan Masyarakat (CP) berkata, dia menanggung kerugian RM40,000 akibat insiden tersebut.

Satu laporan polis kemudian dibuat di Balai Polis Bukit Puchong sejurus selepas kejadian.

Motif penculikan di Pulau Baik disiasat

WARTAWAN SINAR HARIAN
Mohd Bakri Zinin
Mohd Bakri Zinin 
11 Mei 2014
DAMANSARA – Polis masih menyiasat motif utama penculikan melibatkan seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China di Pulau Baik di Lahad Datu, awal Mei lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin  berkata, pihaknya masih lagi menyiasat kes ini dan sedang membuat penilaian ke atas motif kejadian berkenaan.

“Berikanlah peluang kepada polis untuk membuat siasatan yang rapi mengenai perkara tersebut.

“Kita juga percaya bahawa mangsa dilarikan ke kawasan Selatan Filipina. Setakat ini kita masih belum mengenal pasti suspek dan kumpulan yang terlibat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kelab Golf Tropicana sempena Golf Peringatan Hari Polis Ke-207.

Pada 6 Mei lalu, seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar diculik kira-kira jam 2.45 pagi, 6 Mei lalu oleh lima lelaki bersenjata dipercayai jenis M16 yang menaiki sebuah bot berkuasa kuda 200.

Sementara itu, dalam kes berlainan, polis masih menjalankan siasatan susulan tangkapan seorang lelaki Afrika Timur berusia 34 tahun, yang merupakan anggota kumpulan pengganas Al-Shabab.

Mohd Bakri berkata, berkemungkinan akan ada lagi tangkapan akan dibuat berikutan kes sebegini melibatkan orang-orang tertentu.

Sebelum itu, dalam satu kenyataan media, Mohd Bakri memberitahu lelaki terbabit tersenarai antara individu yang dikehendaki polis antarabangsa (Interpol) kerana dipercayai  terlibat dalam aktiviti kumpulan Al-Shabab di Afrika Timur.

Wanita Indonesia antara terlibat nikah ekspres

MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI
Mohamad Shariff Nawab
Mohamad Shariff Nawab 
11 Mei 2014
ALOR SETAR – Dua wanita warga Indonesia antara pasangan yang dikesan berkahwin menggunakan sindiket nikah poligami ekspres dekat Kuala Kedah.

Anak kariah dan badan bertindak cegah kemungkaran sebuah masjid di Kuala Kedah, Mohamad Shariff Nawab, 66, berkata, kedua-dua wanita terbabit berkahwin dengan dua lelaki tempatan berumur sekitar 40-an sejak beberapa tahun lalu.

“Wanita berumur 27 dan 34 tahun itu dipercayai telah berpoligami bersama dua lelaki tempatan yang bukan berasal dari Kedah.

“Mereka dipercayai berkahwin di Kuala Kedah bagi mengelak daripada diketahui isteri pertama,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Hujan lebat landa Makkah

Hujan lebat landa Makkah
Keadaan kenderaan yang ditenggelami air akibat banjir yang melanda Makkah kelmarin.
10 Mei 2014    RIYADH - ARAB SAUDI. Sekurang-kurangnya dua maut dan puluhan yang lain cedera apabila hujan lebat melanda Makkah dan Hail, kelmarin.

Memetik laporan Arab News, banjir itu juga menyebabkan ratusan kenderaan rosak dan ribuan jemaah umrah terkandas di Masjidil Haram selepas solat Maghrib hingga tengah malam.

Jurucakap Pertahanan Awam Hail Nafea Alyan Al-Makhalaf berkata, beberapa kenderaan terbalik ketika cuba menyeberangi Al- Khafj Valley dengan  seorang daripada maut akibat lepas selepas terperangkap di dalam kenderaan tersebut.

Di Makkah, jurucakap Pertahanan Awam Saleh Al- Alyani melaporkan seorang warga Afrika terbunuh di daerah Mansour apabila dihempap pokok.

“Bilik operasi menerima 1,356 panggilan kecemasan selepas sebuah bilik operasi khas ditubuhkan untuk memantau keadaan dan menyelaras bantuan serta melakukan usaha menyelamat termasuk di kawasan Sharayah, Aziziyah, Misfalah dan Otaibiah ,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 23 helikopter 23 dan 16 pasukan penyelamat dikerah untuk operasi kecemasan.

“Kami berada dalam keadaan siap siaga terutama ketika jemaah umrah melakukan Tawaf dalam hujan lebat dan petir,” katanya.

Beliau berkata, Lebuh Raya Jeddah-Makkah ditutup sementara waktu akibat banjir dan Lebuh Raya ke Riyadh berhampiran Gunung Hada juga ditutup sebagai langkah berjaga-jaga.

Seorang petugas di Masjidil Haram berkata, kawasan King Abdulaziz Gate yang sebelum ini popular sebagai tempat berehat untuk jemaah kelihatan kosong.

Al-Shabab rekrut anggota baharu

IZWAN ROZLIN
Al-Shabab rekrut anggota baharu
Ahli kumpulan Al-Shabab yang ditahan polis, Khamis lalu. 
11 Mei 2014
KUALA LUMPUR - Kumpulan militan Al-Shabab dipercayai masuk ke negara ini untuk merekrut anggota baharu dalam usaha mengembangkan gerakan radikal mereka.

Menurut sumber, kumpulan ini menyasarkan warga Afrika Timur yang menuntut di institut pengajian tinggi di negara ini.

“Mereka menggunakan sama ada pasport curi atau palsu dan bergerak secara berkumpulan,” katanya

Menurutnya,  setakat ini tidak kurang daripada 10 ahli anggota Al-Shabab berada di Malaysia dan polis  sedang menjejak mereka berdasarkan maklumat disahkan oleh Interpol.

Khamis lalu, Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, menahan seorang lelaki  Afrika Timur yang dipercayai ahli kumpulan Al-Shabab.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media kelmarin, berkata pihak berkuasa percaya ada beberapa anggota kumpulan pengganas terbabit memasuki negara ini menggunakan pas pelajar sejak dua tahun lalu.

Beliau berkata, polis turut menyiasat sama ada suspek yang diberkas itu mempunyai kaitan dengan 11 individu tempatan yang ditahan sebelum ini.

Seludup 4WD curi ke Timur Tengah

IZWAN ROZLIN
Seludup  4WD curi ke Timur Tengah
Pacuan empat roda antara kenderaan yang sering digunakan kerana tahap ketahanannya bergerak di kawasan padang pasir - Gambar hiasan. 
11 Mei 2014
KUALA LUMPUR- Kenderaan pacuan empat roda jenama popular  yang dicuri di negara ini kebanyakannya diseludup keluar untuk pasaran gelap  negara-negara  Timur Tengah dan Afrika untuk kegunaan  kumpulan militan  termasuk pengganas.

Malah melalui risikan pihak polis,  selain daripada digunakan untuk kegiatan haram, kebanyakan pacuan empat roda dari Malaysia terutama dari jenama Toyota Hilux yang dicuri menjadi pilihan  kerana ianya tahan lasak serta boleh digunakan dalam apa jua jenis keadaan termasuk mampu meredah padang pasir dan bukit-bukau.

Malah lebih mengejutkan apabila ada di antara kenderaan yang dicuri ini digunakan oleh kumpulan pejuang ini  untuk melancarkan  serangan termasuk digunakan pengebom berani mati.

Ketua Penolong Pengarah Risikan Jenayah, Operasi dan Rekod (D4), Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Abd. Manaf Abd. Razak berkata,  pihaknya  turut tidak menolak kemungkinan sindiket curi kenderaan  di negara ini memasarkan pacuan empat roda curi berkenaan kepada orang tengah sebelum ianya dijual kepada kumpulan  pengganas yang membelinya  dengan harga mahal.

Menurut beliau,  kenderaan diseludup melalui jalan laut kerana ianya dikatakan  lebih selamat dan sukar dikesan oleh pihak berkuasa.

“Statistik Januari hingga Mac 2014 menunjukkan  sebanyak 297 pacuan empat roda jenis Hilux dicuri sekitar Lembah Klang namun jumlah itu berkurangan kepada 40 hingga 45 buah pada April lalu selepas kita melancarkan ‘Ops Lejang Mega’,”katanya ketika ditemui,semalam.

Menurutnya, purata kehilangan kenderaan jenis ini dalam sehari ialah sebanyak empat buah. Meskipun dilengkapi sistem keselamatan canggih, pencuri kereta berkenaan cukup arif dengan jenama ini menyebabkan kegiatan ini sukar dibendung.

"Lazimnya pencuri akan mendapat bayaran secara tunai dan kemudian  pacuan empat roda ini  diletakkan di satu lokasi, sebelum  pihak kedua  tiba dan membawa kenderaan itu  ke lokasi lain, samaada untuk dileraikan ataupun terus diseludup keluar.

Di negara-negara bergolak  tiada kenderaan baru dijual, jadi cara paling mudah untuk mendapatkan kenderaan ialah mencari orang tengah yang boleh membekalkan kenderaan curi kepada kumpulan pejuang ini,”katanya.

Menurutnya orang tengah memainkan peranan besar untuk memastikan keperluan kumpulan pengganas ini dipenuhi dan mencari rangkaiannya di seluruh dunia.

“Mereka dipercayai mempunyai hubungan dengan sindiket tempatan dan   seramai lima suspek kumpulan ini sudah ditahan dan mereka sudah mengaku menyeludup lebih 30 buah kereta ke Dubai melalui jalan laut,”katanya.

Menurutnya lagi, setiap kontena yang diseludup boleh memuatkan tiga buah kenderaan pacuan empat roda namun ada di antara kenderaan ini dileraikan mengikut keperluan tempahan,

“Mereka potong pacuan empat roda kepada dua bahagian, depan dan belakang, ini kerana di negara berkenaan tiada sebarang alat ganti dijual dan dengan cara ini setiap kenderaan milik pengganas yang musnah dalam pertempuran dapat diganti atau dibaik pulih dengan segera kerana keadaan amat mendesak. Malah dengan cara ini juga kerja menyeludup keluar kenderaan curi dapat dilakukan dalam kuantiti yang banyak.

Kerja-kerja meleraikan komponen pacuan empat roda lazimnya dilakukan di kawasan terpencil termasuk di dalam gudang dan sindiket akan mengupah warga asing untuk melaksanakan tugas ini,"katanya.

Menurut belIau lagi, kehilangan lebih 2000 pacuan empat roda setiap tahun di negara ini berpunca dari rangkaian sindiket ini  yang  dipercayai mempunyai kaitan dengan Geng Robin Hai.

“Ini berdasarkan kejayaan polis mematahkan cubaan menyeludup kenderaan berkenaan  melalui Pelabuhan Klang dan menjumpai semula 10 buah pacuan empat roda bernilai RM 1.9 juta pada Mac yang lalu yang bakal dihantar ke Pelabuhan Jabel Ali, Dubai selain bakal dijual untuk pasaran   Emiriah Arab Bersatu (UAE),”katanya.

Menurut Abd. Manaf, kegiatan ini juga sukar dikesan kerana  lazimnya sindiket mengisytiharkan sebagai barangan lain dan mereka turut menggunakan identiti syarikat serta  penghantar palsu bagi mengelak dikesan  pihak berkuasa.

Rakyat Malaysia ditahan di Singapura


Singapura: Pihak berkuasa Singapura merampas 2.2 kilogram (kg) dadah bernilai S$170,000 (RM442,000) dan menangkap tujuh orang termasuk seorang rakyat Malaysia, semalam.

Satu kenyataan bersama yang dikeluarkan Pihak Berkuasa Pusat Pemeriksaan Imigresen (ICA) dan Biro Narkotik Pusat (CNB) semalam, menyatakan lelaki rakyat Malaysia yang memandu sebuah kereta berdaftar di Malaysia ditahan pegawai ICA untuk pemeriksaan rutin sebaik tiba di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada pagi kelmarin.
Berikutan pemeriksaan itu, pegawai ICA menjumpai bungkusan yang dibalut dengan pita pelekat hitam dipercayai dadah kawalan, disembunyikan di penghadang bahagian depan kenderaan itu.

Bungkusan yang dirampas itu mengandungi 1,153 gram heroin dan 185 gram ganja, bernilai lebih daripada S$127,000 (RM330,200) di pasaran.


Pegawai CNB dimaklumkan segera berhubung perkara itu




Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/11

Askar Britain hina mayat musuh

London: Dua askar Britain digantung sementara siasatan dilakukan membabitkan beberapa gambar yang menunjukkan aksi juruterbang berdiri bersebelahan mayat berlumuran darah yang disyaki pejuang Taliban.
Dalam satu gambar lain, seorang askar dilihat tersenyum sambil mencangkung di sebelah mayat sambil menunjukkan isyarat ‘bagus.’ 
Kebimbangan timbul apabila wujud kemungkinan gambar berkenaan digunakan Taliban untuk merekrut anggota selain sebagai propaganda ketika tentera United Kingdom mengundur dari Afghanistan yang dijadualkan akhir tahun ini. 

Kementerian Pertahanan berkata perkara itu amat membimbangkan dan kini sedang disiasat.
Foto
SEORANG tentera Britain menunjukkan isyarat ‘bagus’ di sebelah mayat musuh.

“Bagaimanapun, buat masa ini kami masih belum dapat memastikan sama ada dua gambar itu membabitkan orang yang sama,” katanya dalam satu kenyataan.

Jurucakap Regimen Tentera Udara Diraja berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan perbuatan menghina mayat musuh seperti itu. 

“Kami mengesahkan kes ini masih di bawah siasatan dan berharap dapat mengetahui dalang di sebaliknya,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/11

‘Rompak’ hak milik OKU

Foto
Oleh Nur Saliawati Salberi
Shah Alam: “Mereka ini bukan saja bersikap mementingkan diri sendiri malah mengambil kesempatan ke atas golongan OKU (orang kelainan upaya), sedangkan tempat letak kereta yang lain masih kosong,” kata Munirah Ahmad Farid, 29.

Menurutnya, sikap segelintir individu mementingkan diri itu memberi kesulitan kepada golongan OKU.

Pekerja sebuah syarikat swasta itu berkata, perbuatan mengambil jalan mudah dengan meletakkan kereta di tempat yang dikhaskan untuk golongan OKU seakan menjadi-jadi seolah-olah langsung tidak dihantui rasa bersalah.

“Walaupun diletakkan papan tanda, individu tidak bertanggungjawab tanpa rasa bersalah meletak kenderaan di hadapan pintu masuk pasar raya atau bank.

“Apa yang sangat mengecewakan, jika ibu bapa sendiri menunjukkan contoh tidak baik kepada anak-anak, tidak mustahil anak mereka pula akan bersikap mementingkan diri apabila besar kerana diasuh seperti itu,” katanya.

Menurutnya, walaupun ada pengawal keselamatan menegur dan melarang meletakkan kenderaan di petak OKU, golongan itu memberi alasan mahu cepat atau hanya meletakkan kenderaan sekejap.

R Lilahwathy, 25 berkata, individu yang gemar menggunakan kemudahan golongan OKU seolah-olah merampas hak golongan berkenaan.

“Kemudahan untuk golongan OKU bagi memudahkan mereka bergerak tetapi bila orang normal menggunakan kemudahan OKU mereka seakan-akan menindas golongan terbabit.

“Tiada kesedaran sivik dalam diri selain kurangnya didikan moral serta tiada rasa tanggungjawab adalah antara punca segelintir orang awam sanggup menggunakan kemudahan yang disediakan untuk OKU,” katanya.

Lelaki mati, 5 rakan cedera dittembak


2014/05/11 - 06:22:45
Lelaki mati, 5 rakan cedera dittembak
Kuala Lumpur: Seorang lelaki yang memiliki rekod jenayah lampau kes dadah mati, manakala lima lagi rakannya cedera selepas ditembak seorang lelaki di Jalan Ipoh di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4.50 pagi itu, Saravanan Selvaraja atau lebih dikenali dengan nama Joe, berusia 38 tahun, bersama lima lagi rakannya sedang duduk minum di depan Restoran Umar Rani, Jalan Batu 4 off Jalan Ipoh, sebelum dihampiri seorang lelaki yang berpura-pura membuat panggilan telefon.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata terdahulu lelaki terbabit dipercayai adalah suspek utama didapati turun dari sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna kelabu hijau muda, dalam anggaran 80 meter dari lokasi kejadian.

“Sebaik turun dari kereta, suspek yang kononnya sedang berbual menerusi telefon bimbit berjalan perlahan-lahan mendekati meja mangsa sebelum mengeluarkan pistol dan melepaskan lapan das tembakan ke arah Saravanan dan rakannya.

“Suspek kemudian melarikan diri ke arah kereta sama yang menunggunya tidak jauh dari restoran berkenaan sebelum memecut keluar ke arah Jalan Ipoh dan melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan kepada media semalam.

Katanya, berdasarkan siasatan awal yang dijalankan suspek yang berkulit cerah dan berbadan kurus serta memakai topi merah ketika kejadian menyasar setiap satu tembakan ke arah setiap mangsa.

“Sehingga kini kita masih menyiasat motif sebenar kejadian ini namun tidak menolak kemungkinan terdapat elemen balas dendam serta masalah membabitkan kumpulan samseng. 

Tampar, tendang sesuka hati


“Saya sangka dia baik hati dan penyayang. Harapan itu tinggal harapan selepas lima tahun bersamanya,” kata Aina, 35, wanita tempatan yang berkahwin dengan warga Pakistan sejak lima tahun lalu.
Menurut Aina, selepas enam bulan berkahwin, suami yang dikahwini atas dasar cinta itu mula menunjukkan ‘belang’ apabila sering memukul dan membelasahnya saban hari di rumah mereka di Bandar Tun Razak, Cheras. 
Katanya, dia hanya mengetahui pekerjaan sebenar suaminya yang menjalankan kegiatan mengedar dadah, setahun lalu. 

“Saya dikahwini hanya sebagai batu loncatan untuk suami tinggal di negara ini, selain memudahkannya melakukan aktiviti pengedaran dadah,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.
Foto
AINA tidak tahan diseksa.

Aina berkata, tidak tahan dengan perbuatan kejam suaminya selain mahu keluar daripada masalah rumah tangganya, dia membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, di sini, awal April lalu.

Menceritakan semula hubungannya dengan warga Pakistan itu, Aina berkata, dia berkahwin dengan suaminya pada penghujung 2009 selepas diperkenalkan beberapa rakan. 

“Pada awal perkahwinan, suami bekerja sebagai penjual permaidani serta berperangai baik dan sopan santun. Tidak pernah marah selain tidak pernah meninggalkan solat. Rupa-rupanya, itu semua hanya lakonan semata-mata. 

“Selepas enam bulan berkahwin, suami sering mencari salah sebelum memukul saya. Suami juga sering menampar dan menendang saya sesuka hati. 

“Saya malu untuk membuat laporan polis dan ia (penderaan) berterusan hinggalah usia perkahwinan memasuki tahun kelima,” katanya. 


Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/11

3 lelaki Filipina ditahan cuba ceroboh perairan Sandakan


2014/05/11 - 00:02:09
Sandakan: Tiga lelaki dipercayai warga Filipina ditahan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika cuba menceroboh perairan ini melalui Pulau Berhala, malam tadi

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, anggota Platun Harimau PGA terbabit terpaksa mengejar bot laju dinaiki tiga lelaki terbabit beberapa kilometer selepas mereka cuba melarikan diri sebaik terserempak dengan pasukan keselamatan.


Difahamkan, berlaku pelanggaran antara kedua-dua bot menyebabkan salah seorang suspek mengalami kecederaan sebelum kesemua mereka ditahan untuk siasatan lanjut.

Pemeriksaan dalam bot itu tidak menemui sebarang senjata, namun polis masih menyiasat tujuan kumpulan lelaki terbabit memasuki negara ini termasuk kemungkinan melakukan jenayah.

Ketika ini, pasukan keselamatan memperketatkan perairan pantai timur Sabah, susulan insiden penculikan terbaharu membabitkan seorang warga China di Lahad Datu, awal minggu ini.

Ketiga-tiga suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan untuk siasatan lanjut.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Terpedaya kelicikan ejen


Oleh Ikram Ismail
Klang: Sudahlah proses penjualan rumah tidak selesai sejak 2010, sebuah keluarga terpaksa menyewa di rumah sendiri sebelum diperintah keluar oleh mahkamah tahun lalu selepas terpedaya dengan kelicikan ejen hartanah tidak berlesen.

Masalah Vincent Paul Manuel, 53, sekeluarga bermula apabila dia ingin menjual rumah di Taman Bijaya, di sini, pada tahun berkenaan bagi membiayai rawatan sakit tulang belakang isterinya di India.
Rumah teres dua tingkat yang diduduki sejak 1988 dibeli pada harga RM67,000 ketika dia masih bujang.

“Pada 2002, isteri, R Vneetha, 38, disahkan menghidap penyakit tulang belakang dan memerlukan pembedahan,” katanya ketika ditemui di sini.


Sesudah hampir tujuh tahun, melihat keadaan kesihatan isteri­nya semakin merosot, Vincent diperkenalkan dengan seorang ejen hartanah pada akhir 2009.





Ejen terbabit berjaya mencarikan seorang pembeli dan perjanjian jual beli rumah ditandata­ngani pada Julai 2010 dengan harga RM140,000.

Menurut Vincent, berdasarkan perjanjian jual beli itu, dia akan memperoleh RM65,000.

“Saya masih mempunyai hutang bank sebanyak RM75,000 kerana saya membuat pembiayaan semula rumah sekitar tahun 2000.

“Saya bercadang menggunakan keuntungan daripada penjualan rumah itu untuk pembiayaan rawatan isteri di India dan tabung pendidikan anak tunggal saya yang akan melanjutkan pelajaran ke universiti,” katanya.

Bagaimanapun, dia mula meragui ejen yang menguruskan penjualan rumah dan peguam yang seakan-akan lepas tangan apabila tiada pembayaran deposit 10 peratus diterima.

“Sekitar September 20110, saya pergi ke agensi hartanah dan terkejut dimaklumkan ejen terbabit tidak berlesen.

“Lebih malang, peguam dilantik untuk urusan itu berdolak-dalik dan tidak memberi banyak dokumen kepada saya untuk rujukan,” katanya.

Vincent mendakwa berjumpa ejen hartanah dan peguam terbabit serta dinasihatkan supaya me­ngeluarkan kos pembaikan rumah bagi mempercepatkan proses penjualan rumah.

“Dengan berat hati, saya me­ngeluarkan duit simpanan isteri saya sedikit demi sedikit berjumlah RM45,000 kepada mereka yang akan menguruskan pembaikan rumah.

“Ketika itu, saya tiada pilihan dan mahu segerakan penjualan rumah,” katanya dengan nada sedih.

Bagaimanapun, pada September 2010, Vincent dan isterinya menukar fikiran dan mahu membatalkan penjualan rumah kerana belum menerima bayaran.

“Saya sanggup membayar denda dikenakan dan membuat permohonan kepada pihak bank dan peguam saya.

“Malangnya, permohonan saya seperti tidak diendahkan dan saya terpaksa tinggal di rumah itu buat sementara bagi menanti proses penjualan rumah dilakukan
segera,” katanya.

Pada Mac 2013, Vincent menerima surat saman dari Mahkamah Majistret Klang yang mengeluarkan notis pelaksanaan daripada pembeli yang mahu dia keluar daripada rumah itu.

“Bekalan air dipotong dan saya terpaksa mengangkat air daripada rumah jiran sebelah.

“Saya kemudian membuat laporan kepada Majlis Peguam, polis dan pihak berkaitan, tetapi langsung tiada tindakan,” katanya yang turut membuat aduan kepada FOMCA.

Vincent bagaimanapun me­ngakui, sekitar 2011, isterinya pernah menandatangani surat sebagai penyewa di rumah sendiri atas kelicikan peguam dan terpaksa membayar RM450 sebulan.

Menurutnya, dia mahu membatalkan perjanjian jual beli rumah itu kerana merasakan ditindas oleh pihak berkepentingan yang ber-orientasikan keuntungan semata-mata.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi FOMCA Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, pihaknya akan membantu Vincent dan keluarganya.

“Kes seperti ini membabitkan perundangan serta banyak pihak dan akan mengambil masa,”
katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/11

Bunuh, kerat bapa sendiri


Maine: Seorang lelaki yang didakwa membunuh dan mengerat mayat bapanya mengisytiharkan dirinya sebagai ‘Tuhan, bapa kehidupan’ dan meminta media mengikutnya dalam laman Twitter.

Mengikut laporan penyiasat, Leroy Smith III, 24, - yang diarahkan menjalani penilaian kesihatan mental - mengakui mengeluarkan tulang bapanya sebelum ditanam dalam hutan kerana menderanya secara seksual.
Smith didakwa memberitahu pegawai polis dia membunuh bapanya, Leroy Smith Jr, 56 dengan menikamnya di leher dan menggunakan tiga pisau untuk memotong badan mangsa.

Smith mendakwa merakamkan beberapa minit peristiwa itu yang disebarkan menerusi YouTube dan Twitter sebelum memadam dan membuang rakaman dari kamera serta komputernya.

Foto
SMITH III


Foto
SMITH Jr
Defendan yang tidak dibenarkan ikat jamin tidak merekodkan sebarang pengakuan ketika prosiding itu.





Ketika meninggalkan mahkamah, dia sempat memberitahu wartawan: “Aku Tuhan, bapa kehidupan.”

Dalam satu wawancara televisyen WGME, Smith menyuarakan keinginannya untuk menceritakan peristiwa itu.

Smith mengaku melakukan pembunuhan itu dan bangga kerana berjaya mendapat perhatian umum.

“Saya berbuat begitu kerana ingin popular. Bagaimana lagi caranya mendapat perhatian kalau bukan begini. Saya bukan sesiapa di sini (Maine),” katanya.

Sementara itu, akhbar Herald Maine melaporkan Smith menikam bapanya pada urat leher dan mengeratnya sebelum menyumbat mayat mangsa dalam 16 beg sampah berlainan.

Dia kemudian berhenti di beberapa kedai peralatan untuk membeli produk pencuci termasuk ammonia dan peluntur selain menyewa pengewap permaidani untuk menghapuskan bukti.

Katanya, dia pada awalnya membuang mayat itu ke dalam tempat pembuangan sampah di luar apartmen tempat tinggalnya, tetapi mengambilnya semula kerana ‘sampah’ itu tidak diangkat pekerja pembersihan.

Dia seterusnya memindahkan mayat mangsa ke dalam kereta dan memandu ke Richmond sebelum membuang sampah berkenaan di jalan Lincoln.

Dia merancang kembali ke situ dan menanam mayat bapanya pada Isnin.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/11

Tikam jiran kerana patung Barbie


Braunau, Austria: Seorang lelaki sanggup menikam jirannya selepas bertengkar mengenai patung Barbie yang didakwa dicuri anak perempuannya.

Murat Ahmet, 35, yang mempunyai tiga anak tidak berpuas hati apabila menganggap jirannya berusia 39 tahun menuduh anaknya mengambil anak patung berkenaan.
Disoal mengenai perbuatannya itu, Murat berkata: “Saya cuma ingin melindungi keluarga saya.”

Kejadian berlaku ketika Murat dan keluarganya baru pulang daripada menghadiri majlis perkahwinan kawannya.


Sekembalinya ke rumah, mereka melihat anak perempuan seorang jiran menunggu kepulangan mereka sebelum terus bertanya kepada kepada anak Murat mengenai kehilangan Barbie miliknya.





Ibu bapa dua kanak-kanak perempuan terbabit kemudian keluar sebelum mengakibatkan pertengkaran tercetus antara Murat dan jirannya itu.

Walaupun pertengkaran itu berakhir, Murat yang masih tidak berpuas hati mengetuk pintu rumah jirannya itu sebelum terus menikamnya kerana didakwa bertindak keterlaluan apabila menuduh anaknya mencuri patung berkenaan.

Jurucakap polis berkata, kes itu masih disiasat namun Murat menghadapi tuduhan berat kerana mencederakan orang.

“Keadaan mangsa mungkin lebih serius, namun mujur tikaman tidak terkena bahagian yang memudaratkan,” katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/11

Tiga hari tunggu pencuri bayar ‘hutang’


Beijing: Seorang pencuri meninggalkan nota berjanji membayar semula lebih 20,000 yuan (RM10,400) dicurinya selain meminta mangsa tidak melaporkan kes itu kepada polis.

Berikutan itu, mangsa dikenali sebagai Wang sanggup menunggu tiga hari untuk pencuri terbabit mengotakan janjinya, namun hampa apabila wang berkenaan tidak dipulangkan.
Wang yang tinggal di sebuah rumah sewa di bandar Yacheng terkejut apabila melihat wang tunai disimpannya di rumah hilang ketika pulang pada petang 6 April tahun lalu.

Pencurinya dikenali sebagai Pei meninggalkan nota berjanji akan memulangkan wang berkenaan menyebabkan Wang menunggu tiga hari sebelum membuat laporan polis.


Pei ditahan tiga bulan kemudian dan baru-baru ini dihukum penjara lima tahun serta denda 10,000 yuan (RM5,200) selepas mengaku suka berbelanja walaupun tidak berpendidikan tinggi. - Agensi




Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/11