Search This Blog

Monday, April 28, 2014

Maut langgar pengadang tol

Maut langgar pengadang tol
 Keadaan kereta mangsa yang rosak teruk akibat merempuh pengadang tol. 
MUHAMMAD AFHAM RAMLI
KAJANG – Seorang pemandu maut apabila kereta jenis Peugeot yang dipandunya merempuh pengadang Tol Kajang Selatan, dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi, semalam.

Ketua Operasi, Mustaza Paijan berkata, mangsa yang berusia 32 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman manakala kereta miliknya rosak teruk di bahagian depan.

“Mangsa patah kaki kerana tersepit di stereng dan darah keluar dari hidung dan telinganya.

“Kita menggunakan peralatan hidraulik cutter bagi membuka pintu kereta dan telescopic untuk merenggangkan dashboard bagi mengeluarkan mangsa,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan makluman awal dari salah seorang pekerja tol di situ, mangsa dipercayai memandu laju sebelum merempuh pengadang tol berkenaan.
Mustaza berkata, mangsa diserahkan kepada pihak polis setelah disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulans.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan seorang warga emas cedera apabila kereta jenis Nissan Sentra yang dipandunya merempuh tembok Balai Bomba dan Penyelamat Setapak, Jalan Air Jernih, dekat sini, kira-kira jam 2.48 petang semalam.

Ketua Operasi, Mohd Jamil Baharuddin berkata, seramai enam anggotanya terlibat dalam operasi kira-kira 15 minit untuk membawa keluar mangsa dari kereta tersebut.

Menurutnya, lelaki berusia 83 tahun itu dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh pintu pagar tembok balai berkenaan.

“Mangsa cedera ringan di kepala dan kaki sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan," katanya.

Difahamkan, mangsa dalam perjalanan dari Pasar Air Panas, Setapak menuju ke Jalan Genting Klang memandu laju sebelum terbabas. Ini merupakan kejadian kali kedua kenderaan merempuh tembok pagar dinding balai berkenaan.

12 terbunuh dalam ribut taufan di AS


28 April 2014


ROCK LITTLE - AMERIKA SYARIKAT. Sekurang-kurangnya 12 terbunuh manakala puluhan yang lain kehilangan tempat tinggal akibat ribut taufan yang melanda di Arkansas dan Oklahoma Amerika Syarikat (AS), semalam.

Pembantu Gabenor Arkansas, Mike Beebe mengesahkan, lima kematian berlaku di Faulkner dan Pulaski, manakala kematian lain dilaporkan dari daerah White Country.

"Pihak berkuasa dan pasukan penyelamat masih melakukan kerja-kerja menggali melalui runtuhan bangunan untuk mencari dan menyelamatkan mangsa yang terperangkap.

"Terdapat runtuhan di merata tempat dan keadaan juga gelap di sekitar kawasan bangunan runtuh, ianya menyukarkan misi mencari dan menyelamat mangsa yang tersepit," katanya.

Dalam pada itu, pihak polis di Faulkner melaporkan banyak kerosakan dan kecederaan di wilayah tersebut.

"Lebih 50 buah rumah musnah di sesebuah kawasan kejiranan di daerah ini, kenderaan rosak dan kebanyakan penduduk mengalami kecederaan akibat taufan ini.

"Kerja-kerja menyelamat dan membersih sedang dijalankan dan kami akan memaklumkan perkembangan terbaru secepat mungkin," katanya dalam laporan yang dipetik melalui portal News Strait Times hari ini.

Pengantin baharu maut nahas

JULIZA MOHD SAAD
Pengantin baharu maut nahas
Motosikal (kanan) yang dinaiki Saifulnizam remuk selepas dirempuh dari belakang.
28 April 2014
 KLUANG - Seorang anggota tentera maut dilanggar dari arah belakang oleh penunggang motosikal lain di Kilometer 70 Jalan Kota Tinggi-Kluang, di sini, kira-kira jam 12.30 malam kelmarin.

Saifulnizam Mahmud, 29, yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Sri Impian, dekat sini, mengalami kerosakan motosikal pada mulanya sebelum bertindak menyorong motosikal berkenaan.

Ketua Polis daerah Kluang, Asistan Komisioner Mohd Roze Shaari, ketika kejadian kawasan yang dilalui mangsa gelap dan tiada lampu jalan sehingga menyebabkan penunggang lain sukar melihatnya menolak motosikal.

Menurutnya, mangsa kemudian dirempuh menyebabkannya tercampak kira-kira lima meter ke bahu jalan dan mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala serta badan.

“Mangsa yang baharu mendirikan rumah tangga lima bulan lalu itu maut di tempat kejadian akibat daripada kecederaan yang dialaminya, manakala penunggang yang melanggarnya parah dan kini dirawat di Hospital Enche Besar Hajjah Kalthom, Kluang.

“Jenazah mangsa telah dibawa ke hospital untuk di bedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Islam di Jalan Haji Manan, hari ini (semalam),” katanya, di sini, semalam.

Sementara itu, ayah mangsa, Mahmud Aziz, 61, ketika ditemui di rumahnya di Taman Intan, di sini, memberitahu, kali terakhir berjumpa dengan anaknya pada minggu lalu sebelum Allahyarham kembali bertugas ke Kem Pusat Latihan Tentera Darat (Pulada) di  Kota Tinggi.

Katanya, sudah menjadi rutin anaknya untuk balik ke rumah isterinya setiap hujung minggu selepas mereka mendirikan rumah tangga pada Disember tahun lalu.

“Saiful adalah anak ke enam daripada tujuh adik dan dia ada menghubungi isterinya dan menyatakan bahawa motosikalnya rosak malah minta untuk dijemput sebelum kejadian tersebut berlaku.

“Bagaimanapun, ALLAH SWT lebih menyayanginya dan saya tetap reda dengan apa yang berlaku  dan menganggap ia sebagai ketentuan Ilahi. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah membantu,” katanya.

Sebuah kapal Dermaga bawa diesel terbakar

Sebuah kapal Dermaga bawa diesel terbakar
Foto dipetik FB Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia 
28 April 2014 PELABUHAN KLANG - Sebuah kapal dermaga yang membawa muatan minyak diesel terbakar kira-kira dua batu nautika (3.6 kilometer) dari Pelabuhan Utara di sini pada pukul 12.30 tengah hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata kebakaran dipercayai berpunca daripada kerosakan enjin kapal dan kemudian merebak hingga ke bahagian bilik kapal.

"Bomba menerima panggilan kira-kira pukul 1 tengah hari dan dianggarkan hampir 30 peratus bahagian kapal itu terbakar dalam kejadian tersebut.

"Bomba mengambil masa hampir 40 minit untuk mengawal kebakaran namun api berjaya dipadam sepenuhnya tiga jam kemudian," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya 26 anggota dari Balai Bomba Pelabuhan Klang serta Pelabuhan Utara bergegas ke lokasi menggunakan dua buah bot. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sementara itu, jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ketika dihubungi berkata semasa kejadian, 11 anak kapal dan seorang kapten terdiri daripada empat warga Indonesia; empat warga Bangladesh serta tiga warga Pakistan termasuk dua orang kontraktor, berada di dalam kapal itu.

Katanya kesemua mangsa berjaya dipindahkan ke pelabuhan menggunakan dua aset APMM iaitu bot Petir 83 dan bot pemintas laju Penggalang 10. - Bernama

Kereta rentung, pemandu selamat

WARTAWAN SINAR HARIAN
Kereta rentung, pemandu selamat
Keadaan kereta yang terbakar di hadapan akibat pelanggaran di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Yusuff, semalam.
28 April 2014
 IPOH – Sebuah kereta terbakar selepas merempuh sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat berdekatan  Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri di Jalan Sultan Yusuff di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, kedua-dua pemandu selamat selepas sempat keluar menyelamat diri dan hanya seorang penumpang didapati cedera ringan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, siasatan awal mendapati kereta Proton Wira yang dipandu seorang lelaki dalam perjalanan menuju ke Super Kinta.

“Sampai di tempat kejadian, pemandu terbabit menyatakan lampu isyarat di persimpangan tempat kejadian berwarna hijau lalu meneruskan perjalanan.

“Secara tiba-tiba, sebuah kereta dari arah Jalan Sultan Iskandar telah melanggarnya di bahagian hadapan lalu tersadai di tepi jalan berhampiran sebuah kedai pakaian,” katanya.

Beliau berkata, akibat pelanggaran itu, kedua-dua kereta terbabit rosak di bahagian hadapan dan salah sebuah terbakar 100 peratus.

Bagaimanapun katanya, tiada kecederaan serius dilaporkan. Anggota Bomba dan Penyelamat Ipoh dipanggil untuk memadam kebakaran terbabit bagi menghalang api merebak ke kedai-kedai pakaian berhampiran.

“Seorang pemandu telah membuat laporan dan tiada tangkapan dibuat berhubung kes ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 3(2)(B) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Tak sempat nikmati cuti panjang

NOOR FAIZAL GHAZALI
Tak sempat nikmati cuti panjang
Keadaan kereta mangsa yang terhumban ke dalam parit.
R Gananaathan
R Gananaathan
28 April 2014


JITRA - Hasrat seorang jurutera kapal menikmati cuti panjang bersama keluarga tidak kesampaian selepas maut dalam satu kemalangan di Kilometer 33.1,  Lebuhraya Utara-Selatan, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 pagi itu, R Gananaathan, 27, dari Kampung Paya Lebar, Lunas, maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dan merempuh pengadang jalan sebelum terhumban ke dalam parit berhampiran.

Mangsa yang terperangkap di bahagian tempat duduk pemandu mati di tempat kejadian akibat lemas manakala rakan yang bersamanya, S Tinissvaran, 27, cedera parah di bahagian mulut dan dibawa ke Hospital Jitra untuk rawatan lanjut.

Sepupu mangsa, S Jegadesh, 37, berkata, mangsa yang masih bujang bekerja di sebuah syarikat perkapalan di Bintulu, Sarawak sejak beberapa tahun lalu.

Menurutnya, mangsa baru tiba di kampung halaman pagi kelmarin untuk bercuti selama sebulan selepas tiga bulan bekerja di atas kapal.

“Sekitar jam 7 pagi tadi (semalam), Gananaathan sempat menghubungi saya memberitahu kepulangannya dan mengajak saya bersama seorang rakannya ke Jeti Kuala Perlis untuk mengambil seorang rakan yang akan tiba dari Langkawi.

“Tapi saya tak dapat turut serta kerana ada urusan lain di Ipoh dan berjanji untuk berjumpa kemudian,” katanya ketika ditemui di bilik mayat.

Tambah Jegadesh, dia bagaimanapun terkejut apabila seorang ahli keluarga memberitahu sepupunya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya sekitar pukul 9 pagi.

“Saya tak sangka panggilan yang diterima daripadanya menjadi perbualan terakhir kami. Begitu pun, saya terima apa yang berlaku, biarpun agak terkilan kerana tidak sempat bertemu ketika dia pulang bercuti kali ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohamed Yusoff ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, kes akan disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pembunuh kejam maut sakit jantung


Rio de Janeiro: Seorang pesara tentera berpangkat kolonel di Brazil yang mengaku mendera dan membunuh ramai tahanan sewaktu masih bertugas, mati akibat sakit jantung selepas rumahnya dipecah masuk baru-baru ini.

Laporan bedah siasat itu menafikan dakwaan konspirasi pembunuhan yang menyelubungi kematian itu.


Paulo Malhaes, 77, dikatakan mati selepas tiga lelaki memecah masuk kediaman keluarganya di pinggir bandar Rio de Janeiro Khamis lalu.

Kematiannya menimbulkan spekulasi sama ada ia adalah satu rompakan, pembunuhan untuk balas dendam atau cubaan mengalih pandangan isu sebenar.


Namun, hasil bedah siasat itu melaporkan, Malhales mati akibat kegagalan fungsi jantung.


Media tempatan melaporkan, doktor yang bertugas, Nelson Massini berkata, keputusan itu sekali gus menolak keraguan polis bahawa Malhaes dibunuh.

“Dia mungkin sangat tertekan dengan situasi itu dan mengalami serangan jantung,” katanya.

Namun, sesetengah pakar perubatan lain berpendapat, ia masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan yang Malhaes mati akibat serangan jantung.

“Ujian lanjut perlu dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian,” kata seorang pakar, Levi Miranda.

Pesuruhjaya kes berkenaan, Fabio Salvadoretti, berkata, Malhaes ditemui mati dalam keadaan terbaring dan terdapat bantal di atas kepalanya dengan tanda di muka dan leher yang menimbulkan kemungkinan dia mati akibat kelemasan.

Dalam pada itu, balu mangsa, Cristina Batista Malhaes berkata, dia dan suaminya serta seorang pembantu rumah dijadikan tebusan oleh tiga lelaki itu ketika baru pulang ke rumah dan diletakkan di bilik berasingan selama lapan jam.

Dua komputer, barang kemas, wang tunai berjumlah 700 reais (RM1020) dan tiga senjata koleksi tentera dilarikan ketika kejadian itu.

Cucu kepada pesara tentera itu, Joaquim Sarmento Souza berkata, perompak berkenaan menerima arahan untuk membunuh Malhaes.

“Mereka bercakap melalui radio amatur dan menerima arahan: ‘Dia belum mati lagi? Berapa lama lagi mahu tunggu! Kamu diarahkan membunuhnya.’,” katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/28

Tanam 100 anjing hidup-hidup


Beijing: Pihak berkuasa sedang menyiasat dakwaan 100 anjing liar ditanam hidup-hidup di utara China dalam kes kekejaman terhadap haiwan terbaru menggemparkan rakyat negara itu.

Ini berikutan dakwaan sebuah badan kebajikan di Inner Mongolia bahawa sebuah lubang dipenuhi puluhan bangkai anjing yang dimuat naik ke Internet, Rabu lalu, adalah perbuatan pihak berkuasa tempatan.


Kumpulan Yinchuan Dawn Pets Home membuat siasatan selepas seorang wanita yang mencari anjing peliharaannya berhampiran tempat pelupusan sampah di Alxa League berhampiran sempadan Mongolia mendakwa melihat anjing dicampakkan di situ.

Bagaimanapun, siasatan kumpulan itu keesokannya terbantut apabila mendapati lubang berkenaan sudah dikambus dan mereka mendapat maklumat semua bangkai berkenaan dipindahkan dan didakwa dilakukan pihak berkuasa tempatan.


“Kami mengorek semula kawasan itu dan menemui enam bangkai anjing. Semuanya mempunyai tanah dalam mulut dan hidung,” kata wakil kumpulan itu.


Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan jurucakap pejabat perbandaran Chengguan - yang memang terkenal dengan bersikap kejam terhadap haiwan.

“Kami sedang menyiasat dakwaan ada anjing liar ditanam hidup-hidup.

“Pejabat kami tidak melakukan perkara seperti itu, malah kami tidak bertanggungjawab terhadap pengawalan anjing liar,” katanya.

Gambar dimuat naik ke Sina Weibo sebelum ini menunjukkan puluhan anjing di dalam lubang sedalam kira-kira enam kaki menimbulkan kemarahan orang ramai.

“Mereka (pihak berkuasa tempatan) sepatutnya disumbatkan dalam lubang seperti itu.

“Perbuatan mereka lebih teruk daripada binatang!” kata seorang pengguna Weibo. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/28

Lelaki letup kekasih hamil

Beijing: Seorang lelaki menculik kekasihnya berusia 21 tahun yang sarat mengandung sebelum mengikat kanister gas pada belakangnya yang dinyalakan apabila polis datang menyelamatkan wanita berkenaan.
Li Moulian, 36, mengheret Xu Fan, 21, yang sedang tidur dari katilnya dan disumbat ke belakang keretanya sebelum dia mencederakan wanita berkenaan dengan kejam di Huizhou, wilayah Guangdong di selatan China.
Akibatnya pasangan itu terlantar sebelah-menyebelah di hospital manakala doktor berusaha menyelamatkan kedua-duanya. Namun ajaibnya, bayi dikandung Xu terselamat walaupun kecederaan dialami wanita terbabit begitu teruk.

Xu dipercayai mengandung selepas hubungan satu malam dengan Li, namun pasangan itu bersetuju terus menjalin hubungan, malah memilih untuk tinggal bersama.
Foto
XU mengalami lecur teruk akibat perbuatan teman lelakinya.

Bagaimanapun, Li dipercayai tertekan selepas enam bulan. Dia menyerang Xu ketika tidur, malah mengugut berkali-kali akan membunuhnya.

Dia memandu di sekitar bandar itu sebelum dijejaki polis yang dihubungi jiran selepas melihat Xu diheret ke dalam kereta teman lelakinya itu, namun ketika itu Li sudah meletupkan kanister gas berkenaan.

Anggota polis berjaya menarik Xu keluar dari kereta itu sebelum memadamkan api dan membawa kedua-duanya ke hospital untuk rawatan. Kecederaan dialami Li amat serius dan dia tidak dijangka dapat diselamatkan.

Bapa saudara Xu, Wu Chin, 47, berkata, keluarganya pernah menasihatkan wanita itu supaya berhati-hati dalam hubungannya dengan Li. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/28

Terlajak masuk parit

Oleh Asmah Rusman dan Muhaamad Hafis Nawawi

Sungai Buloh: “Saya sempat dengar bunyi dentuman kuat sebelum melihat sebuah bas terbalik di kawasan tapak pembesaran jalan berhampiran,” kata seorang pekerja kontrak pembinaan jalan yang hanya mahu dikenali sebagai Saiful, 23.
Menurutnya, ketika kejadian dia sedang berehat di dalam rumah kongsi berhampiran lokasi kemalangan kerana sedang bercuti. 
“Saya bergegas lari ke arah bas itu bagi membantu mengeluarkan ramai mangsa yang terperangkap.

“Saya lihat ramai mangsa tersepit di dalam bas dan berlumuran darah. Saya cuba mengeluarkan mereka selain menghubungi pihak berkuasa bagi mendapatkan bantuan,” katanya.
Foto
KEADAAN bas selepas terbabit nahas.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi semalam, bas milik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang membawa 30 penuntut membabitkan 16 lelaki dan 14 perempuan dalam perjalanan ke Bukit Cerakah bagi menyertai program sehari dianjurkan Kelab Fasilitator Pelajar (STUFF).



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/28

Maut nahas putus tangan



Permatang Pauh: Seorang pelajar maut selepas terbabit dalam kemalangan ngeri hingga tangan kirinya putus dalam kejadian di Kilometer 133.5 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur keluar Permatang Pauh di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, mangsa Afif Syazwan Abdul Yaziz, 17, yang pada mulanya dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) maut beberapa jam selepas itu sejurus tiba di Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk mendapatkan rawatan lanjut kerana keadaannya kritikal.


Mangsa pelajar tingkatan lima dan bersekolah di sebuah sekolah menengah di Bandar Perda menunggang motosikal jenis Modenas 120 yang dipinjam daripada rakan baiknya.



Jurucakap trafik berkata, mangsa berseorangan dan dikatakan menunggang secara laju sebelum hilang kawalan ketika tiba di lokasi kejadian lalu merempuh penghadang jalan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/28

Buru pemandu ‘lalok’


Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Golongan pemandu bas ‘kaki lalok’ menjadi buruan utama pihak berkuasa termasuk Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) berikutan operasi ujian saringan air kencing terhadap golongan terbabit terus dipergiatkan.

Pengarah AADK Suhaimi Abdullah berkata, operasi menggempur pemandu bas itu tidak terhad di terminal dan stesen bas malah turut dilakukan di kawasan rehat dan rawat (R&R) lebuh raya, plaza tol serta di sekatan jalan raya seluruh negara. Menurutnya, seramai 1,392 pemandu bas sudah diarah menjalani ujian saringan air kencing sejak 22 April hingga Jumaat lalu.


“Hasilnya lima pemandu bas didapati positif dadah jenis methamphetamine dan opiate. Manakala ujian secara rambang ke atas 21 penumpang bas mendapati 11 individu positif dadah.



“Lima pemandu bas terbabit dikenakan tindakan serta merta iaitu digantung lesen memandu oleh pihak JPJ sebelum diambil tindakan di bawah Seksyen 6 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan),” katanya.


Beliau berkata, pihaknya dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) menjalankan saringan ke atas pemandu bas sebelum mereka memulakan perjalanan di semua terminal bas utama seluruh negara sejak 22 April lalu.


“Ini bagi memastikan tiada yang akan terlepas daripada saringan itu yang dilakukan khusus bagi mengesan pemandu bas komersial yang menyalahguna dadah. “Malah pusat saringan akan ditambah di plaza tol, kawasan R&R dan ketika sekatan jalan raya untuk memastikan tiada cubaan pemandu bas mengelak saringan itu atau mengambil dadah ketika bas mereka dalam perjalanan,” katanya pada sidang media Ops Selamat pagi semalam.

Operasi itu yang bermula jam 2.30 petang kelmarin dan berakhir jam 2 pagi semalam bertujuan menangkap penagih dadah jalanan sekitar ibu negara serta mengambil tindakan terhadap Orang Kena Pengawasan (OKP) yang melanggar syarat pengawasan.


Suhaimi berkata, saringan akan dilakukan secara berterusan dan bukan lagi berkala memandangkan banyak kemalangan membabitkan bas berlaku sejak akhir-akhir ini.

“AADK meletakkan tiga hingga lima pegawai di setiap lokasi operasi ujian saringan air kencing,” katanya.


Sementara itu, Pengarah AADK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Abdul Rahman Hamid berkata, seramai 144 individu ditahan dengan 121 daripadanya didapati positif dadah dalam Ops Selamat yang dijalankan.


“Selepas selesai proses dokumentasi, sebahagian penagih ditahan reman, manakala selebihnya dibebaskan dengan jaminan,” katanya.


Seramai 204 pegawai dan anggota dari pelbagai agensi iaitu AADK, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Kuala Lumpur, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan RELA menyertai operasi itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/28

Pelajar dakwa pemandu bas pitam


Sungai Buloh: “Saya terpaksa memanjat tingkap dan keluar melalui cermin bas yang pecah untuk menyelamatkan diri,” kata seorang penuntut yang terbabit dalam kemalangan sebuah bas di Kilometer 25, Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), berhampiran Plaza Tol Jalan Duta, semalam, Mohd Farhan Affandi Mohd Yunus, 21.

Dalam kejadian jam 9.15 pagi itu, bas yang membawa 30 penuntut Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) membabitkan 16 pelajar lelaki dan 14 pelajar perempuan dalam perjalanan dari kampus utama UIAM di Gombak menghala ke Bukit Cerakah, Shah Alam.


Menurut pelajar jurusan kejuruteraan itu, kemalangan berlaku mendadak menyebabkan dia dan rakannya yang duduk di bahagian belakang bas melambung sebelum terhantuk pada cermin belakang bas.

“Bas itu yang terbabas kemudian terbalik di dalam lubang di bahu lebuh raya. Dalam keadaan sakit, saya gagahkan diri memanjat tingkap bas untuk keluar,” katanya yang cedera di bahagian kaki akibat terkena serpihan cermin tingkap yang pecah.


Seorang lagi mangsa, Mazni Malek, 21, mendakwa pemandu bas terbabit pitam sebelum bas hilang kawalan dan merempuh kon keselamatan yang diletakkan di tepi lebuh raya.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/28

‘Kami terpaksa buang tomato’


Kuantan: “Kami tidak mempunyai pilihan lain selain membuang tomato berkenaan di tepi jalan kerana tidak mampu menanggung kos pengangkutan berikutan harganya jatuh mendadak sehingga 20 sen sekilogram,” kata pekebun sayur di Cameron Highlands, S Nanthakumar, 32.

Katanya, kebanyakan pekebun sayur di tanah tinggi itu merungut dan bimbang berhubung harga beberapa jenis sayur terutama tomato yang jatuh mendadak sejak dua bulan lalu sehingga mengakibatkan mereka kerugian.


Menurutnya, kejatuhan harga sayur berkenaan didakwa disebabkan kemasukan sayuran import tidak dikawal sehingga menjejaskan pekebun sayur tempatan yang terpaksa menurunkan harga sayur untuk dijual kepada pemborong.



“Kami bukan saja mengalami kerugian, tetapi terpaksa menanggung kos yang semakin meningkat dan kerana tidak mahu menanggung kerugian lebih banyak, kami terpaksa membuang daripada memasarkannya.


“Harga tomato pada minggu ini menunjukkan sedikit peningkatan iaitu sekitar 30 sen dan 40 sen bagi sekilogram berbanding 20 sen sekilogram minggu lalu, namun kami tidak yakin harganya terus meningkatkerana ia sering turun naik,” katanya.


Nanthakumar berkata, dia perlu membayar 20 sen untuk sebuah kotak bagi memuatkan sekilogram tomato, itu tidak termasuk kos membersihkan buah dan pembungkusan lain.

Katanya, mereka mengadu kepada Persatuan Pekebun Sayur Cameron Highlands dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), namun sehingga kini dakwanya masih tiada sebarang tindakan yang diambil.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/28

6 beranak dalam kereta terbalik


Maran: Enam beranak termasuk seorang saudara mereka melalui detik mencemaskan apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki terbabas lalu melanggar tebing bukit di Kilometer 147.4, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran susur keluar tol Maran, di sini, petang kelmarin.

Kejadian jam 6 petang itu menyebabkan penumpang, Nor Izlyana Hamizah Abdul Halim, 11, parah di kepala dan badan serta menerima rawatan di Hospital Maran.


Ketua Polis Daerah Maran Deputi Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, ketika kejadian, mereka dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan.



Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, MPV Toyota Alphard dipandu bapa kanak-kanak itu, Abdul Halim Yahya, 40, secara tiba-tiba terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar tebing bukit.


“Akibat pelanggaran itu, kenderaan berkenaan terbalik di laluan kiri menghala ke Kuantan dengan semua mangsa berada di dalamnya,” katanya.


“Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu segera memberi bantuan untuk mengeluarkan mereka, manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Maran dengan ambulans yang tiba 15 minit kemudian,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, adik kepada Nor Izlyana Hamizah, Nor Izdihar Hamizah, 3, hanya cedera ringan dan menerima rawatan susulan di hospital Maran sebelum dibenarkan pulang.


“Mangsa lain yang berada dalam kenderaan berkenaan adalah isteri Abdul Halim, Khairul Iza Khalid, 40 dan dua lagi anak mereka, Nor Izlyani Hamizah Abdul Khalid,9 dan Mohd Izzul Hamizah Abdul Khalid, 7.

“Seorang lagi mangsa, saudara kepada pasangan itu yang hanya dikenali sebagai Hawani, 37. “Siasatan awal pihak polis mendapati kemungkinan kenderaan berkenaan terbabas disebabkan jalan licin berikutan hujan lebat, namun siasatan terperinci dilakukan bagi mengenal pasti punca kemalangan itu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/28

Dentuman plaza tol


Kajang: “Saya tergamam apabila sebuah kereta merempuh kuat konkrit penghadang di tengah plaza tol,” kata pekerja Plaza Tol Kajang Selatan Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) semalam.

Menurutnya, dalam kejadian jam 9 pagi itu, dia mendakwa sedang bertugas tidak jauh dari pondok tol berkenaan sebelum terdengar bunyi dentuman kuat.


“Kebiasaannya pemandu kenderaan memperlahankan kenderaan ketika menghampiri plaza tol ini namun, kereta Peugeot 408 milik mangsa gagal berhenti sebelum merempuh binaan batu konkrit itu.



“Orang ramai dan petugas plaza tol bergegas membantu mangsa, namun mendapati lelaki terbabit sudah menghembuskan nafas terakhir,” katanya.


Sementara itu Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi berkata, mangsa dikenali sebagai S Aravin, 32, dan bekerja sebagai pegawai bank.


Menurutnya, mangsa dalam perjalanan dari Kajang ke Nilai, Negeri Sembilan ketika kejadian.

“Bagaimanapun ketika mangsa tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh tembok penghadang berhampiran pondok tol menyebabkan kenderaannya remuk teruk.


“Malah mangsa yang mengalami parah di kepala gagal diselamatkan dan maut di lokasi kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/28

Temu janji peras ugut

Kuala Lumpur: Bermodalkan beberapa wanita seksi dan lelaki ‘jambu’ sebagai umpan, sekumpulan penjenayah dipercayai aktif memerangkap mangsa yang dikenali menerusi laman sosial Facebook (FB) sebelum bertindak memeras ugut mereka.
Kumpulan dianggotai antara lima hingga tujuh individu termasuk beberapa wanita yang aktif sekitar Lembah Klang sejak setahun lalu itu dilapor sudah memperdaya lebih 20 mangsa setakat ini. 
Modus operandi mereka mudah, iaitu menggunakan FB untuk berkenalan dengan mangsa sebelum dipelawa berjumpa. 

Dalam pertemuan itu, suspek menuduh mangsa mencabul atau melakukan perbuatan tidak senonoh sebelum memanggil ahli ‘keluarganya’ bagi mendapatkan bantuan.
Foto
MANGSA menunjukkan laporan polis kerana diperas ugut.

Keluarga yang sebenarnya adalah rakan subahat suspek kemudian akan memukul mangsa sebelum memeras ugut untuk mengenakan denda yang digelar ‘dam’ antara RM3,000 hingga RM5,000 selain merampas telefon bimbit sebagai penyelesaian.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/28

‘Peminat pokok’ acu pedang

Oleh Asmah Rusman
Petaling Jaya: “Keempat-empat perompak itu termasuk seorang wanita berpura-pura bertanyakan harga dan spesis pokok bunga dijual. Mereka rupa-rupanya berniat merompak saya,” kata pemilik sebuah nurseri yang hanya mahu dikenali sebagai Lin, 40-an.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari semalam, kumpulan penjenayah dikatakan muncul dengan menaiki sebuah kereta Proton Perdana di hadapan premis mangsa di Jalan Besar Sungai Buloh, Kampung Subang, Kota Damansara di sini.
Menurutnya, kejadian berlaku ketika isteri, bapa mentua dan dua anak lelakinya bertugas menjaga dan melayan pelanggan di premisnya itu.

“Suspek terdiri tiga lelaki dan seorang perempuan itu berada setengah jam di dalam nurseri sebelum meminta diri untuk beredar.
Foto
LOKASI kejadian samun, semalam.

“Tiada seorang pun di dalam nurseri mengesyaki mereka penyamun kerana mereka asyik bertanyakan harga pokok. Seorang daripada mereka sibuk mencatat sesuatu di dalam buku nota dibawa kononnya sebagai rujukan,” katanya.

Mangsa berkata, suspek memberitahu akan datang semula sekiranya berminat dengan pokok dan bunga di nurseri miliknya itu.

“Selang beberapa minit kemudian, seorang suspek lelaki muncul semula sambil mengacukan pedang ke arah isteri dan anak saya yang baru menikmati makan tengah hari.

“Dalam keadaan kelam kabut itu, seorang daripada anak lelaki saya cedera di muka akibat terkena libasan manakala isteri pula hanya akur dan menyerahkan beg pinggang berisi wang,” katanya.

Bagaimana pun, seorang lagi anak lelakinya bertindak berani dengan membaling pasu ke arah suspek menyebabkan penjenayah terkejut dan melarikan diri.

“Bapa mentua saya turut mengejar lelaki itu dengan kayu.

“Akibatnya suspek tercicir sepasang selipar, beg galas termasuk pedang dibawanya. Suspek segera melarikan diri meninggalkan lokasi dengan kereta dinaiki,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Fadil Marcus ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu siasatan dijalankan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/28

Tiga penjenayah dikehendaki diberkas


Alor Setar: Helah dua lelaki dan seorang wanita berstatus janda termasuk seorang yang berada dalam senarai dikehendaki polis menjadikan sebuah rumah sewa sebagai lokasi menyembunyikan diri berakhir apabila ditahan sepasukan polis di Taman Anggerik Off Lencong Barat di sini, kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 5 petang itu, tiga suspek terdiri daripada dua lelaki berusia 25 dan 42 tahun manakala wanita berusia 31 tahun ditahan sebelum menemui tiga pucuk pistol termasuk sepucuk tiruan selain ratusan peluru hidup.


Berdasarkan maklumat awam dan risikan, polis berjaya menahan tiga individu terbabit selepas anggota Unit Peronda Polis (MPV) mengesan sebuah kereta jenis Subaru milik individu dikehendaki polis diletakkan di hadapan rumah berkenaan.



Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata, sebaik menerima maklumat sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah bertindak melakukan serbuan.


Katanya, hasil serbuan polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 25 tahun sedang berehat di ruang tamu dan pemeriksaan tidak menemui sebarang objek atau bahan terlarang pada tubuhnya.


“Bagaimanapun, pihak polis yang melakukan pemeriksaan lanjut di dalam rumah itu menahan dua suspek masing-masing lelaki dan wanita di tingkat atas sebelum berjaya menemui satu peket dadah jenis heroin di dalam poket seluar milik wanita terbabit.

“Ketika pemeriksaan dilakukan terhadap wanita itu, suspek lelaki bertindak melarikan diri dengan masuk ke dalam tandas sebelum membuang satu objek dipercayai satu peket dadah jenis sama ke luar tingkap.


“Pemeriksaan lanjut oleh anggota yang sedang berkawal di luar rumah berkenaan kemudian berjaya menemui dadah berkenaan yang dibungkus di dalam plastik lut sinar di tanah,” katanya pada sidang media di Pusat Media IPK Kedah di sini, semalam.

Menurut Ahmad, siasatan lanjut terhadap lelaki berusia 42 tahun itu berjaya menemui kunci kereta Subaru dan lelaki terbabit mengaku kenderaan itu adalah miliknya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/28

Gadis tangkis cubaan perkosa


Kuala Lumpur: Seorang gadis berusia 17 tahun nekad melawan suspek lelaki yang cuba merogolnya walaupun penjenayah itu mencekik leher mangsa sekuat hati.

Dalam kejadian jam 6 petang kelmarin, mangsa dikatakan diserang penjenayah ketika menunggu ibunya untuk keluar makan di kawasan perumahan berhampiran Taman Muda, Ampang, di sini.


Sumber polis berkata, mangsa yang bersendirian dihampiri suspek berusia lewat 20-an dari arah belakang sebelum memeluknya.

“Mangsa meronta-ronta bagi melepaskan diri, namun dipukul lelaki terbabit. Tidak cukup dengan itu, mangsa turut dicekik suspek dipercayai bagi mengelakkannya menjerit.


“Remaja terbabit terus bergelut sebelum lelaki itu cuba menanggalkan pakaiannya dipercayai bagi merogol mangsa,” katanya.


Sumber itu berkata, mangsa yang bergelut dengan suspek kemudian terjatuh sebelum menjerit meminta pertolongan daripada orang ramai.

“Jeritan kuat itu didengari penduduk kawasan berkenaan sebelum lima hingga tujuh lelaki bergegas memberi bantuan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/28

Polis rampas 8kg daun ketum


2014/04/28 - 05:39:58

Nusajaya: Polis merampas lapan kilogram (kg) daun ketum daripada seorang lelaki berusia 32 tahun di depan rumahnya di Taman Bukit Indah dekat sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian pada jam 2.30 petang itu, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Bukit Indah menahan seorang lelaki yang dalam keadaan mencurigakan, dalam pemeriksaan rambang.


Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad, berkata hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui satu beg plastik hitam yang mengandungi daun hijau dipercayai jenis ketum diletakkan di tempat letak kereta rumah berkenaan.

“Hasil siasatan awal mendapati lelaki terbabit mendapat bekalan daun ketum daripada seorang rakannya di Baling, Kedah dan ia akan digunakan untuk pasaran di sekitar daerah ini.

“Suspek kini ditahan mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) selama empat hari sehingga 29 April ini bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

3 individu disyaki ahli kongsi gelap ditahan

3 individu disyaki ahli kongsi  gelap ditahanAhmad Ibrahim (dua dari kanan) bersama anggotanya menunjukkan pelbagai jenis senjata api yang dirampas dalam satu serbuan pada sidang media di IPK Alor Setar, semalam. - Foto BERNAMA Alor Setar: Tiga individu termasuk seorang daripadanya disyaki ahli kongsi gelap ditahan susulan penemuan tiga senjata api bersama 247 peluru hidup dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Anggerik, di sini, petang kelmarin.

Semua senjata api masing-masing dua pistol jenis Glock dan Vzor, selain pistol angin jenis revolver itu ditemui di dalam beg di tempat duduk belakang sebuah kereta jenis Nissan Subaru, dipercayai milik suspek berusia 42 tahun yang dikatakan mempunyai kaitan dengan kumpulan kongsi gelap.

Turut ditemui 247 peluru hidup pelbagai kaliber, sebahagian komponen senjata dipercayai jenis raifal M16, satu kelopak, teleskop dan alat perendam bunyi di dalam kereta sama yang diletakkan di hadapan rumah teres dua tingkat yang diserbu itu.


Ketua Polis Kedah, Datuk Ibrahim Ahmad, ketika ditemui mengesahkan penahanan ketiga-tiga suspek termasuk seorang daripadanya wanita berusia 31 tahun, susulan serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri kira-kira jam 5 petang.

Katanya ketika serbuan, seorang lelaki berusia 25 tahun ditemui di tingkat bawah rumah, manakala dua lagi suspek termasuk seorang wanita, 31, berada di tingkat atas.

Tiga senjata api ditemui

“Hasil pemeriksaan, polis menemui satu paket dadah jenis heroin dalam poket seorang suspek, manakala satu lagi paket dadah jenis sama ditemui di luar rumah dipercayai dicampak suspek dari tingkat atas.
“Polis yang menemui kunci kereta kemudian menggeledah Nissan Subaru yang ditemui di hadapan rumah, sebelum menemui tiga senjata api, pelbagai komponen senjata dan peluru hidup dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan jenayah,” katanya.

Siasatan awal, polis percaya sekurang-kurangnya seorang daripada suspek berusia 42 tahun adalah ahli kongsi gelap berdasarkan kepada tatu pada badan yang menjadi tanda pengenalan kumpulan.

Ketiga-tiga suspek juga mendapati mereka mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Seksyen 8(1) Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 39B Akta Dadah berbahaya 1952,” katanya.

Biar mati anak, jangan hilang kekasih

Chicago: Seorang remaja perempuan tergamak membiarkan bayi baru dilahirkannya mati hanya kerana bimbang ditinggalkan kekasih selepas wajah anak malang itu saling tak tumpah seperti bekas teman lelakinya.
Ana Rosa Mora, 18, kini berdepan tuduhan membunuh tahap pertama akibat perlakuan yang tidak munasabah, lapor akhbar Chicago Tribune.

Remaja terbabit melahirkan anaknya pada hujung minggu lalu dan datang ke sekolah seperti biasa semalam selepas melakukan kesalahan berkenaan.
Malah dia turut menunjukkan gambar bayi perempuan baru dilahirkan yang dimuat turun dari Internet.

Bagaimanapun kelakuannya menimbulkan syak menyebabkan pekerja di sekolah itu menghubungi pihak berkuasa.

Bayi berkenaan yang dimasukkan ke beg dan dibiarkan di luar rumah untuk mati ditemui seorang pekerja pembinaan beberapa jam kemudian.
Foto
ANA Rosa
Bayi itu gagal diselamatkan kerana meninggal dunia akibat sesak nafas dan pendedahan terhadap cuaca melampau.

Ana Rosa mengaku bayi itu adalah hasil hubungan haramnya dengan kekasih lama. Sumber polis berkata, Ana berasa bimbang kekasih terkininya akan mengesan kecurangan dilakukan.
“Lebih ditakuti Ana, kekasihnya akan berpisah dengannya kerana bayi itu,” katanya dalam satu kenyataan. Ana sepatutnya tamat sekolah menengah Jun ini dan menghadiri kolej pada musim luruh depan dibenarkan dijamin AS$500,000 (RM1.6 juta). - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/29

Air lombong beracun Selangor undang musibah



ANTARA bekas lombong yang terdapat di Rawang, Selangor. Kerajaan Selangor bercadang mengepam air di lombong seperti ini untuk disalurkan kepada penduduk Lembah Klang. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan negeri Selangor untuk mengepam air dari bekas lombong sebagai alternatif bagi menampung keperluan air mentah mungkin bakal mengundang musibah kepada penduduk Lembah Klang.
Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S. Piarapakaran mendakwa, air bekas lombong adalah berisiko kerana ia mempunyai logam berat yang boleh memberi kesan kepada kesihatan manusia untuk jangka masa panjang.
Menurutnya, teknologi menapis air yang mengandungi logam berat sememangnya wujud, namun Malaysia masih belum memiliki teknologi berkenaan kerana sumber air yang kita miliki sebelum ini tidak mempunyai masalah dari segi kandungan dan selamat digunakan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0428&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3087fZO4D 
Hakcipta terpelihara 

481,447 peminjam gagal bayar



SHAMSUL beramah mesra bersama kanak-kanak yang menyertai Temasya Suka Tabika Kemas Kawasan Bayan Baru di Stadium Universiti Sains Malaysia, George Town semalam.


GEORGE TOWN - Sebanyak 481,447 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tidak pernah membuat pembayaran balik dan jumlah itu mampu membiayai kos pengajian seramai 143,547 pelajar baharu.
Pengerusinya, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, jumlah peminjam itu membabitkan pinjaman sebanyak RM3,445.15 juta yang secara puratanya boleh menampung kos pengajian sebanyak RM24,000 setiap pelajar.
Menurutnya, disebabkan amaun tersebut amat besar, pihak PTPTN telah melipatgandakan usaha dengan melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta bagi mendapatkan semula pinjaman tersebut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0428&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3087RriTP 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki berkain pelikat ala 'Zorro'



NASIR menunjukkan kawasan lif yang menjadi lokasi lelaki berpakaian ala 'Zorro' sering mengganggu wanita di pangsapuri Flora Damansara, Petaling Jaya, Selangor semalam.


PETALING JAYA - Golongan wanita yang tinggal di sekitar pangsapuri Flora Damansara, Damansara Perdana di sini kini berada dalam keadaan ketakutan ekoran kemunculan seorang lelaki misteri berpakaian ala 'Zorro' terutama pada waktu malam.
Jika dalam filem, watak 'Zorro' adalah seorang pahlawan bertopeng dan berpakaian serba hitam muncul untuk menyelamatkan mangsa daripada kezaliman, berbeza pula dengan lelaki misteri tersebut yang gemar memerhatikan golongan wanita dan menunjukkan kemaluannya sebelum meraba mangsa.
Suspek dipercayai mencari mangsa yang berjalan sendirian di kawasan sunyi seperti di dalam lif, tempat letak kereta, laluan kaki lima dan ketika mangsa sedang membuka pintu rumah.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0428&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3087CrcvL 
Hakcipta terpelihara 

Diserang ketika ambil wuduk



HAKIMI menunjukkan tempat bapanya, Mat Setapa (gambar kecil) yang mati selepas diserang di bilik air di rumahnya di Kampung Gua Raja Gua Ipoh, Tanah Merah kelmarin.


TANAH MERAH – Hajat seorang lelaki warga emas untuk menunaikan solat Isyak selepas ambil wuduk tidak kesampaian apabila dia mati diserang seorang lelaki berpakaian serba hitam di Kampung Gua Raja Gua Ipoh di sini malam kelmarin.
Kejadian itu berlaku pada pukul 8.30 malam dan ketika itu Mat Setapa Ab. Radzad, 75, berada di bilik air yang yang terletak di luar rumahnya.
Isteri mangsa, Sabariah Awang Noh, 71, berkata, semasa itu pula dia berada di sebuah bilik di rumahnya dan baru lepas menunaikan solat Isyak.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0428&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3086zNb58 
Hakcipta terpelihara 

Dua beradik maut kemalangan ketika mahu ziarah ibu di hospital



KEADAAN motosikal dinaiki dua beradik yang maut dalam kemalangan di Kilometer 14.8, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam semalam.


JOHOR BAHRU - Hajat dua beradik untuk menziarah ibu mereka yang dirawat di Hospital Sultanah Aminah di sini berakhir dengan tragedi apabila mereka terbunuh selepas motosikal ditunggangi bergesel dengan sebuah treler di Kilometer 14.8 di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam dekat sini semalam.
Semasa kejadian pada pukul 9.20 pagi, dua beradik itu Mohd. Nor Hafis Bokhari, 28, dan adiknya Nur Saiffudin, 18, berasal dari Parit Jawa Sanglang, Ayer Baloi mati di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Mohd. Khamsani Abdul Rahman berkata, kemalangan itu berlaku apabila kedua-dua mangsa yang menunggang motosikal Honda Wave 125 dipercayai gagal mengawal kenderaannya ketika cuba memotong treler tanpa muatan tersebut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0428&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3086rHoKU 
Hakcipta terpelihara 

Bas masuk lubang, 8 pelajar parah



BAS membawa 29 pelajar UIAM yang terbalik masuk ke dalam lubang takungan air di Kilometer 25.1 Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Plaza Tol Jalan Duta, Kuala Lumpur semalam.


SUNGAI BULOH – Hasrat rombongan 29 pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dari Gombak untuk mengikuti satu program di Shah Alam tidak kesampaian apabila lapan pelajar cedera parah selepas bas yang dinaiki terbalik di Kilometer 25.1 Lebuh Raya Utara-Selatan, kira-kira 25 kilometer dari Plaza Tol Jalan Duta di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi itu, 22 penumpang dan seorang pemandu bas cedera ringan.
Pemangku Pegawai Turus Trafik Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Mohd. Fadhli Daud berkata, sebelum kejadian, semua pelajar yang menaiki bas milik UIAM merupakan pelajar warga tempatan berusia antara 21 hingga 24 tahun.
Mereka menaiki bas berkenaan dari Gombak dan dalam perjalanan menuju ke Taman Botani, Bukit Cerakah, Shah Alam untuk mengikuti program ukhwah anjuran Kelab STUFF, UIAM. Program tersebut membabitkan pelajar menyertai beberapa aktiviti lasak seperti berbasikal yang dianjurkan UIAM.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0428&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3086iYGPE 
Hakcipta terpelihara 

Remaja maut ambil minuman kerohanian



IMEJ menunjukkan sekumpulan penduduk pribumi mengadakan upacara kerohanian dengan meminum sejenis minuman yang dikenali sebagai Yage. - Agensi


MOCOA, Colombia — Seorang remaja Britain dilaporkan meninggal dunia di rantau Amerika Selatan selepas mengambil dadah halusinasi dalam satu upacara tradisional.
Remaja tersebut, Henry Miller, 19, yang berasal dari bandar Bristol berada di dalam sebuah hutan hujan di pedalaman Colombia bersama beberapa pelancong lain apabila dia mengambil dadah itu bersama penduduk pribumi, lapor akhbar Daily Mail.
Miller dilaporkan meminum minuman dikenali sebagai Yage yang menyebabkan peminumnya mengalami halusinasi di sebuah hostel tempat dia menginap di sini dalam wilayah Putumayo pada minggu lalu.
Hotel itu milik seorang pawang yang mengadakan upacara kerohanian tersebut.
Dia dilaporkan meminum minuman khayal itu sebanyak dua kali iaitu pada Ahad dan Selasa lepas.
Seorang pelancong yang berada bersama mangsa, Christopher Dearden memberitahu, dadah itu tidak memberi kesan kepada Miller selepas dia meminumnya untuk kali pertama.
“Namun, dia sakit teruk selepas minum Yage untuk kali kedua bersama tujuh pelancong lain termasuk saya,” kata Dearden.
Menurut Dearden, 27, kesemua lapan pelancong itu jatuh sakit selepas meminum yage tetapi sembuh tidak lama kemudian melainkan Miller.
“Keadaannya bertambah teruk, dia membuat pelbagai bunyi binatang malah, cuba untuk terbang seperti burung sebelum tidak sedarkan diri,” ujarnya.
Keluarga pawang itu memberitahu kumpulan pelancong itu bahawa mereka akan menjaga Miller.
Namun, remaja itu didapati hilang keesokan harinya.
Pada hari sama, polis tiba ke hostel tersebut dan menunjukkan gambar mayat Miller. Remaja itu dilaporkan sama ada telah dicampak atau terjatuh dari sebuah motosikal di tepi jalan berdekatan lokasi tersebut.
Yage yang juga dikenali sebagai Ayahuasca dibuat daripada beberapa jenis daun tumbuhan dan digunakan bagi tujuan perubatan dan kerohanian oleh penduduk Amerika Selatan.
Minuman itu boleh menyebabkan peminumnya mengalami muntah dan cirit-birit selain gangguan psikologi.– Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0428&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz30868ueRA 
Hakcipta terpelihara 

Wanita paling gemuk mahu turun berat badan untuk berkahwin



Charity berusaha menurunkan berat badannya daripada 349kg kepada 226kg.


DES MOINES, Iowa - Wanita paling gemuk di dunia, Charity Pierce berikrar akan menurunkan berat badannya yang kini mencecah 349 kilogram(kg) supaya dia dapat menari pada hari perkahwinannya, lapor akhbar MailOnline.
Pierce, 38, mengimpikan untuk berkahwin dengan kekasihnya, Tony Sauer yang berusia 22 tahun.
"Saya mahu berkahwin seperti orang lain. Saya mahu memakai gaun pengantin dan saya mahu menari sepanjang malam," katanya.
Sebuah hospital di Amerika Syarikat sanggup melakukan pembedahan pintasan gastrik ke atas Pierce untuk membantu dia menurunkan berat badannya sekali gus merealisasikan impiannya.
Namun, wanita yang juga ibu tunggal kepada seorang anak itu perlu menurunkan beratnya kepada 226kg sebelum boleh menjalani pembedahan tersebut.
Selain itu, dia juga memerlukan wang AS$5,000 (RM16,350) untuk membayar kos ambulans persendirian yang akan membawanya ke hospital tersebut di Houston, Texas pada jarak sekitar 1,600 kilometer dari sini.
Pierce mempunyai tabung dalam talian, Go Fund Me untuk mengumpul dana bagi membiayai kos perjalanan jauh tersebut. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0428&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz308603fXC 
Hakcipta terpelihara 

PM Korea Selatan letak jawatan


HONG-WON (tengah) beredar selepas menghadiri satu sidang media di Seoul semalam.


SEOUL - Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Hong-Won meletak jawatan semalam selepas menyalahkan rasuah dan kejahatan berakar-umbi sebagai punca feri Sewol karam dan menyebabkan 300 orang mati atau hilang.
Hong-Won mengaku beliau gagal mengendalikan dengan baik operasi menyelamat selepas feri Sewol terbalik bersama 476 orang dengan kebanyakan mangsa terdiri daripada pelajar sekolah pada 16 April lalu.
"Saya memohon maaf kerana gagal menghalang kemalangan ini daripada berlaku dan gagal mengambil tindak balas sewajarnya kemudian," katanya.
"Saya percaya sebagai Perdana Menteri, saya perlu memikul tanggungjawab ini dan meletak jawatan," tambah Hong-Won.
Sebelum ini, ibu bapa dan waris mangsa menyelar kerajaan kerana lambat melancarkan operasi menyelamat yang menyebabkan banyak nyawa terkorban.
Mereka dan orang ramai turut berang berhubung dakwaan rasuah dan kelemahan standard keselamatan yang dikatakan antara faktor tragedi itu berlaku.
Feri Sewol didakwa membawa penumpang berlebihan pada hari kejadian manakala senarai penumpang pula tidak tepat dan tidak lengkap.
"Melihat insiden terbaharu ini, saya menyedari bahawa terlalu banyak kejahatan yang berakar-umbi dan rasuah dalam masyarakat kita," kata Hong-Won.
Perdana Menteri Korea Selatan memainkan peranan istiadat manakala sebahagian besar kuasa pemerintahan pula terletak dalam tangan Presidennya, Park Geun-Hye.
Dalam perkembangan berkaitan, Geun-Hye memutuskan untuk menerima perletakan jawatan Hong-Won tetapi hanya selepas kerajaan selesai melakukan operasi menyelamat dan mengapungkan feri tersebut.
Sementara itu di Jindo yang merupakan pulau terdekat dengan bangkai feri tersebut, waris mangsa-mangsa yang maut dan hilang memandang dingin langkah Hong-Won.
"Justeru ada?" kata seorang waris mangsa, Ji Hyung-Soo.
"Anak lelaki saya berada di dalam feri itu di dasar laut. Peletakan jawatannya tidak akan dapat mengurangkan rasa kecewa dan sedih ini," ujarnya.
Setakat semalam, angka kematian rasmi tragedi feri karam itu kekal 188 orang manakala sejumlah 114 mangsa lagi masih hilang. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0428&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3085iDr6b 
Hakcipta terpelihara 

5 pelajar UIAM parah, bas dinaiki kemalangan


KUALA LUMPUR 27 April - Seramai lima pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cedera parah selepas bas yang dinaiki mereka terbabas lalu terhumban ke kawasan pembinaan di Kilometer 25.2, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke Shah Alam di sini, hari ini.
Difahamkan dalam kejadian pukul 9.45 pagi itu, bas tersebut membawa 31 penumpang serta pemandu yang dalam perjalanan menuju ke Bukit Cerakah.
Kesemua pelajar yang cedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140427/je_06/5-pelajar-UIAM-parah-bas-dinaiki-kemalangan#ixzz3085IQeKM
© Utusan Melayu (M) Bhd