Search This Blog

Saturday, April 26, 2014

Suspek 'rampas' pesawat dakwa tersilap pintu

Pesawat 'dirampas' penumpang mabuk
 Gambar menunjukkan pesawat Virgin Australia terpaksa mendarat kerana disyaki 'dirampas' ketika dalam perjalanan dari Brisbane ke Bali, Indonesia. - Foto Ihsan Instagram
26 April 2014 JAKARTA - INDONESIA. Seorang penumpang warganegara Australia yang mencetuskan amaran berlaku rampasan ke atas pesawat ke Denpasar, Bali pada Jumaat, menafikan mabuk sebaliknya mendakwa tersilap menghempas pintu kokpit yang disangka pintu tandas.
 
Jurucakap polis Bali, Hery Wiyanto berkata berdasarkan keterangan suspek, Matt Christopher Lockley, 28, beliau mendakwa berada dalam keadaan tertekan semasa dalam pesawat Virgin Australia itu ke pulau peranginan berkenaan.
 
"Suspek datang ke Bali mencari isterinya yang berasal dari Bandung (Indonesia). Beliau sudah dua minggu terputus hubungan dengan isterinya dan keadaan itu menyebabkan beliau tertekan," kata Hery seperti dipetik agensi berita Antara, Sabtu.
 
Hery berkata lelaki terbabit memberitahu polis bahawa beliau mengambil dua biji pil Voltaren dan empat biji Panadol yang kedua-duanya ubat penahan sakit, serta dua botol minuman bersoda sebelum berlepas ke Denpasar.
 
"Beliau (suspek) menafikan dia mabuk tetapi mengalami tekanan kerana masalah keluarga," kata Hery, sambil menambah bahawa polis masih menunggu keputusan ujian alkohol terhadap lelaki berkenaan.

Dalam pada itu, Hery berkata suspek telah dipindahkan ke Hospital Trijata di Denpasar berikutan keadaan kesihatannya yang tidak stabil.
 
"Suspek seperti mengalami halusinasi...kata beliau ada orang mengekorinya. Bahkan dia merasa ada orang mahu mengambil begnya," kata Hery.
 
Dalam insiden itu semalam, laporan awal mengenai pesawat Boeing 737-800 itu dirampas disahkan oleh seorang pegawai kanan Tentera Udara Indonesia, Marsma Hadi TJ seperti dilaporkan oleh stesen televisyen tempatan, Metro TV.
 
Bagaimanapun, pengurus syarikat penerbangan Virgin Australia di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Denpasar, Heru Sudjatmiko berkata penumpang lelaki yang ditangkap itu berada dalam keadaan mabuk ketika cuba memasuki kokpit dan tidak berniat merampas pesawat.
 
Ketika kejadian, pesawat itu membawa 137 penumpang dan tujuh anak kapal.
 
Berikutan kejadian itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai terpaksa ditutup selama dua jam dan beberapa penerbangan terpaksa dilencong­kan. - Bernama

Amah dapat penghargaan Time

ERWIANA
ERWIANA
26 April 2014
HONG KONG - Amah yang menjadi mangsa dera majikannya di sini disenaraikan sebagai 100 Individu Paling Berpengaruh oleh majalah Time.

Erwiana Sulistyaningsih, 23, menerima penghormatan itu atas keberaniannya menentang kekejaman majikannya selain menuntut undang-undang lebih tegas bagi melindungi amah yang senasib denganya di Hong Kong.

Jurucakap Badan Penyelarasan Migran Asia, Eman Villanueva berkata, pengiktirafan tersebut bertujuan untuk membuka mata masyarakat supaya lebih memberi perhatian terhadap isu penderaan pekerja asing yang semakin berleluasa ketika ini.

Difahamkan menurut laporan AFP, majikannya, Law Wan-tung, 44, telah didakwa atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah ke atas Erwiana dan perbicaraannya ditangguh pada Selasa depan.

Sindiket judi 'online' tumpas

ROSALWANI CHE SOH
25 April 2014
Sebahagian alat mesin judi ‘online’ yang turut dirampas dalam serbuan terbabit, kelmarin.

KOTA BHARU- Polis  berjaya menumpaskan sindiket perjudian ‘online’ yang dipercayai didalangi seorang pengurus pusat siber di Jalan Kuala Krai, di sini, dengan jumlah rampasan bernilai RM100,000, malam kelmarin.

Serbuan yang diketuai Pegawai Turus Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Asisten Superintendan Nik Rosdi Nik Yahya bersama sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Kelantan (JSJSN) yang turut dibantu penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam.

Ia dilakukan hasil maklumat dan risikan di pusat itu dipercayai berselindung di sebalik operasi pusat siber sejak beroperasi lima hari yang lalu.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, dalam serbuan itu, pihaknya berjaya merampas 24 set komputer dan satu set komputer kawalan utama yang turut memaparkan permainan yang disyaki berunsur perjudian.

Turut dirampas sebuah monitor kamera litar tertutup (CCTV), enam kamera CCTV lima set moderm wifi, 34 kerusi warna hitam, enam bangku panjang, 14 meja dan satu unit papan tanda LED.

“Semasa serbuan dibuat, terdapat empat lelaki yang mengaku bekerja sebagai pembantu di premis tersebut. Kesemuanya ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Panggilan telefon selamat nyawa

Panggilan telefon selamat nyawa
 Keadaan rumah Noryatimah sekeluarga yang hangus dalam kebakaran itu. 
25 April 2014MARANG – Panggilan telefon daripada isteri menyelamatkan nyawa seorang peniaga santan apabila rumah mereka di Kampung Laut, dekat sini, terbakar ketika mangsa sedang tidur di bahagian dapur rumah, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu dipercayai bermula dari sebuah bilik tidur sebelum merebak ke seluruh bahagian rumah kayu setingkat berkenaan, ditambah keadaan cuaca yang panas menyebabkan api cepat merebak.

Isteri mangsa, Noryatimah Mahmud, 40, seorang penjual kain berkata, ketika kejadian, dia berada di Pasar Besar Kedai Payang, manakala suaminya, Mohd Shuhaini Abdullah, 50, yang bekerja di pasar sama pula pulang awal ke rumah.

Menurutnya, kejadian hanya disedari suaminya apabila terjaga daripada tidur setelah mendengar deringan telefon dan terkejut apabila melihat bahagian dapur dipenuhi asap serta api merebak ke dalam rumah.

“Suami kemudiannya berusaha menyelamatkan barang sementara saya bergegas pulang, tetapi saya tak dapat buat apa-apa sebab api cepat marak. Suami pula hanya sempat menyelamatkan sebuah motosikal,” katanya.

Noryatimah berkata demikian selepas menerima lawatan Adun Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah di tempat kejadian setelah beliau menerima laporan mengenai kejadian kebakaran itu.

Mengulas lanjut, Noryatimah berkata, kerugian ditanggung mereka dianggarkan melebihi RM40,000 apabila kebanyakan peralatan dan barang dalam rumah tidak sempat diselamatkan termasuk dokumen penting.

“Namun, saya bersyukur kerana tiada ahli keluarga mengalami sebarang kecederaan dan berterima kasih kepada pelbagai pihak termasuk orang perseorangan yang sudi menghulurkan bantuan kepada kami sekeluarga,” katanya.

Sementara itu, seramai 12 anggota dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu serta Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kira-kira jam 3.20 petang.

Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Penolong Pegawai Bomba Kanan II Mohd Fauzi Muda berkata, api berjaya dikawal sepenuhnya 20 minit kemudian dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Maut tersepit

kemalangan

SHAHIZATUL FARHA S ROSLI
24 April 2014
Keadaan van yang remuk dan bas yang terlibat dalam kemalangan semalam. SENAI - Seorang pemandu van maut, manakala dua cedera apabila kenderaan dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas kilang di Sungai Tiram berhampiran sebuah bengkel kereta, dekat sini, awal pagi semalam.

Ketiga-tiga mangsa tersepit dalam van dinaiki sebelum berjaya dikeluarkan anggota Bomba dan Penyelamat Balai Johor Jaya.

Mangsa yang meninggal dunia ialah Samkani Nordin, 63, manakala penumpang, Hamiah Hanafi, 45, mengalami cedera parah, sementara Baniah, 40, cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Roslan Zainuddin berkata, kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu berlaku apabila van dalam perjalanan ke Pekan Tiram dilanggar bas kilang dipercayai terbabas.

"Hasil siasatan mendapati, bas berkenaan terbabas keluar dari simpang dan melanggar van yang datang dari arah Sungai Tiram.

"Kejadian menyebabkan pemandu van meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua penumpangnya cedera. Semua mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru untuk rawatan lanjut," katanya.

Katanya, pemandu bas kilang bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Balai Johor Jaya, Syed Nasir Syed Abu Bakar berkata, lapan anggota dikejarkan ke tempat kejadian dan kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dalam anggaran 20 minit.

"Kami terima panggilan pada jam 6 pagi dan sebaik tiba di tempat kejadian, dua mangsa yang berada di tempat duduk belakang berjaya dikeluarkan.

"Anggota penyelamat bagaimanapun mengambil masa iaitu kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan pemandu van kerana terpaksa melakukan kerja pemotongan kenderaan yang rosak teruk di bahagian tempat duduk mangsa," katanya.

Nampak hantu naik bas

RIDAUDDIN DAUD
Nampak hantu naik bas
Seorang mangsa memuntahkan sesuatu ketika menerima rawatan daripada pengamal perubatan Islam.
26 April 2014


KUALA KANGSAR - Seramai 27 pekerja sebuah pasar raya besar di Ipoh gempar apabila enam rakan mereka berusia lingkungan 18 ke 28 tahun diserang histeria ketika berada dalam bas dalam perjalanan ke tempat kerja.

Kejadian kira-kira jam 9 pagi itu menyebabkan pemandu bas terpaksa memberhentikan bas yang dalam perjalanan dari Kamunting ke Ipoh itu di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak kerana keadaan dalam bas semakin kelam-kabut.

Saksi yang enggan dikenali ketika ditemui berkata, kejadian bermula ketika bas itu berada di Bukit Gantang apabila salah seorang daripada mereka menjerit dipercayai mengalami histeria dan keadaan semakin teruk apabila beberapa penumpang lain turut mengalami gangguan sama.

Salah seorang penumpang bas pula berkata, dia ada terlihat kelibat lembaga hitam masuk ke dalam bas semasa dia berseorangan dalam bas tersebut kerana menunggu rakan lain ketika di Kamunting.

Begitu pun, dia tidak mengesyaki apa-apa pada waktu itu kerana beranggapan mungkin tersalah pandang atau mungkin perasaannya sahaja.

“Bila saya lihat rakan-rakan saya mengalami histeria, saya yakin kelibat yang saya nampak pada awal pagi tadi ada kena mengena dengan insiden yang berlaku hari ini (semalam).

“Kejadian berlaku semasa kami dalam perjalanan ke tempat kerja. Mula-mula seorang saja kemudian berjangkit ke orang lain pula,” katanya.

Seorang lagi penumpang bas berkata, sebelum kejadian, salah seorang mangsa ada bercerita tentang kisah hantu dan memberitahu rakannya pernah mengalami histeria.

“Sebaik saja dia habis cakap, dia terus menjegilkan matanya dan mula meracau. Keadaan masa itu memang menakutkan sebab pertama kali saya mengalami situasi seperti ini.

“Bila sampai saja di kawasan R&R Sungai Perak, kami membawa mereka turun dari bas. Kawan-kawan lelaki penat kerana terpaksa menahan mangsa sebab ada mangsa yang menari dan ada juga yang cuba melarikan diri,” ujarnya.

Sempat hantar SMS

Dalam pada itu, salah seorang ibu mangsa yang enggan dikenali berkata, anaknya yang berusia 18 tahun sempat menghantar pesanan ringkas kepada kakaknya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya.

Menurutnya, anaknya pernah mengalami gangguan sama ketika pulang dari kerja, kelmarin, namun gangguan tersebut tidak begitu teruk seperti semalam.

Malah, katanya, gangguan itu sudah bermula sejak Rabu lalu, namun pada hari tersebut, hanya seorang pekerja yang mengalami histeria.

“Dia ada hantar mesej pada kakaknya beberapa minit sebelum jam 8 pagi dan mengatakan berasa sakit kepala, mata tidak boleh buka dan bahu terasa berat. Kakak dia hantar mesej pada saya dan saya terus ke sini (R&R Sungai Perak) bila dapat tahu anak saya berada di sini,” ujarnya.

Tindakan pantas pemandu

Menurut pemandu bas yang dikenali sebagai Tan, 60, dia terkejut melihat salah seorang daripada penumpang tiba-tiba menjerit dengan kuat seolah-olah dirasuk sebaik tiba di persimpangan jalan Kuala Kangsar.

Katanya, gangguan tersebut merebak kepada beberapa penumpang lain selang beberapa minit kemudian dan menyebabkan suasana dalam bas menjadi kelam-kabut.

“Kalau ikutkan saya ingin berhenti di tepi lebuh raya sebaik saja mereka menjerit, namun bila difikirkan semula, berhenti di tepi jalan mungkin mengundang lebih banyak bahaya.

“Jadi, saya membuat keputusan untuk berhenti di kawasan rehat dan rawat berhampiran. Sepanjang 30 tahun saya membawa bas, kejadian ini pertama kali terjadi pada saya. Tidak tahu nak gambarkan bagaimana perasaan saya pada waktu itu,” katanya.

Sementara itu, seorang pengamal perubatan Islam dari Darul Syifa yang membantu merawat mangsa berkata, dia mendapat panggilan mengatakan ada beberapa orang mengalami histeria di kawasan itu.

“Sebaik saja saya tahu berita tersebut, saya bergegas menuju ke tempat kejadian. Bila saya sampai, saya lihat beberapa mangsa menjerit-jerit dan meracau.

“Saya tidak pasti gangguan tersebut berpunca daripada mana tapi bolehlah dikatakan mereka diganggu makhluk halus,” jelasnya.

Dalam pada itu, seorang daripada mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk menerima rawatan dan selebihnya dibawa pulang oleh keluarga masing-masing.

Lelaki bernafsu songsang terima padah

WARTAWAN SINAR HARIAN
Lelaki bernafsu songsang terima padah
Suspek (tengah) dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman.
24 April 2014
 GEORGETOWN - Seorang pelajar tingkatan satu terpaksa menghadapi detik hitam yang mungkin sukar dilupakan dalam hidupnya apabila dicabul seorang lelaki bernafsu songsang di sebuah stesen minyak terbiar di Jalan Air Itam di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, mangsa yang berusia 13 tahun dikatakan baru pulang dari sekolah sebelum didatangi suspek yang secara tiba-tiba keluar dari sebuah kereta.
Menurut sumber, suspek pada mulanya mengajak mangsa berbual sambil bertanya bersekolah di mana sebelum berlaku perkara sumbang yang menjengkelkan.
“Suspek mungkin tidak dapat mengawal nafsunya lagi dan terus memegang baju sebelum menarik mangsa ke lokasi yang agak gelap dan terlindung di kawasan berkenaan.
“Lelaki itu kemudian melondeh seluar mangsa dan cuba menghisap kemaluannya. Remaja berkenaan yang terkejut dengan perlakuan suspek meronta sebelum bertindak menendang muka suspek,” katanya ketika dihubungi semalam.
Akibat tendangan itu, suspek tersungkur dan mangsa terus berlari menyelamatkan diri.

Menurutnya, mangsa terserempak dengan rakan abangnya tidak jauh di tempat kejadian dan memaklumkan kejadian itu.

“Mangsa meminta pertolongan rakan abangnya dan suspek yang ketakutan kemudian melarikan diri namun berjaya ditahan sebelum diserahkan kepada polis,” katanya.

Sumber berkata, ketika ditahan berlaku sedikit pergelutan apabila suspek cuba meloloskan diri namun tiada sebarang kecederaan serius berlaku.
“Siasatan awal mendapati mangsa langsung tidak mengenali suspek dan polis kini menahan lelaki berusia 18 tahun itu bagi membantu siasatan.
“Pemeriksaan juga mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan ujian saringan awal air kencing mendapatinya tidak berada bawah pengaruh dadah,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Ismail berkata, suspek kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

Lebih 11 jam padam kebakaran

NURUL HUDA HUSAIN
Lebih 11 jam padam kebakaran
Laluan masuk ke Kompleks Lapang Sasar Tok Jembal diselubungi asap tebal.
25 April 2014
 KUALA NERUS – Tujuh keluarga di kawasan perumahan Jalan Damai, Kampung Gong Kuin, di sini, berdepan detik mencemaskan apabila kebakaran berada pada jarak kira-kira 10 meter dengan kediaman mereka.

Kebakaran tanah gambut seluas lima hektar yang dipercayai bermula di kawasan berhampiran Kompleks Lapang Sasar Tok Jembal itu, merebak pantas ke kawasan kediaman berkenaan yang  bersebelahan lokasi kejadian.

Bagaimanapun, tindakan pantas pasukan penyelamat  dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kota serta Pasukan Bomba Sukarela dari Balai Bomba Sri Nerus, berjaya mengawal kebakaran lebih 11 jam kemudian.

Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela Sri Nerus, Mohd Ariff Tengah memberitahu, operasi dimulakan kira-kira jam 1.45 petang, kelmarin dan ditangguhkan kira-kira jam 1 pagi semalam.

“Sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu, pasukan kami bergegas ke lokasi dan pada awalnya kebakaran hanya berlaku di kawasan berhampiran lapang sasar (Tok Jembal), namun merebak pantas dengan percikan api ke kawasan bersebelahan.
“Keadaan angin yang agak kencang dan asap tebal menyukarkan lagi usaha kami memadam kebakaran ketika itu, ditambah pula dengan keadaan tanah gambut terbakar dari bawah tanah.

“Menyedari akan api yang semakin marak, kami mengambil langkah alternatif dengan menyekat api di kawasan bersebelahan bagi mengelak ia menghampiri kawasan kediaman penduduk,” katanya.

Menurutnya, kesemua anggota terlibat mengerah sepenuhnya tenaga untuk menghalang kawasan kediaman penduduk, di mana pada ketika itu jarak antara rumah dan kebakaran hanya kira-kira 10 meter.

“Namun, beberapa percikan api kebakaran yang dibawa angin terkena pada bumbung rumah penduduk.

“Tetapi kami yang segera menyedari perkara itu berjaya memadamnya,” katanya.

Mohd Ariff berkata, bagi mengelak gangguan dan ancaman terutamanya kanak-kanak, penduduk diarah keluar ke kawasan lain bagi mengelak dijangkiti sebarang penyakit berikutan asap tebal.

“Bagaimanapun, selepas lebih 10 jam bertarung melawan kebakaran, akhirnya api berjaya dikawal dengan kekuatan 24 anggota,” katanya.

Mohd Ariff turut mengingatkan semua pihak mengelak sebarang aktiviti pembakaran kerana cuaca kering dan panas bagi mengelak perkara tidak diingini.

“Saya harap masyarakat tidak lagi mengambil mudah dengan aktiviti pembakaran secara terbuka, meskipun hanya sekadar untuk membakar sampah di sekitar rumah.

“Ini kerana, dalam keadaan cuaca kering dan berangin ini memudahkan api merebak.

"Justeru, langkah terbaik adalah dengan membuang sampah di dalam tong disediakan bagi membolehkan sampah tersebut dibuang di tapak pelupusan sampah yang khusus," katanya.

Maruah isteri bayar judi

Kuala Lumpur: “Cukuplah. Sudah setahun saya menanggung azab neraka dunia ini. Saya ada bayi kecil yang mahu dibesarkan dalam suasana keluarga sebenar, bukan dalam kehidupan begini,” kata Zura, 27.
Episod sedih hidup wanita ini bermula selepas beberapa bulan berkahwin dengan kekasih hatinya setelah kira-kira dua tahun bercinta. 
“Ketika bercinta, saya tidak tahu bahawa dia kaki judi dan tidak pernah bersikap ganas pada saya. Tetapi selepas beberapa bulan berkahwin dan saya mengandung, baru sikap sebenarnya timbul,” katanya. 

Suaminya, pekerja swasta berusia 30-an rupa-rupanya kaki judi dan lebih memeritkan apabila setiap kali kalah pertaruhan, Zura akan dipaksa melacur bagi mencari wang mudah membayar hutang judi lelaki itu.
Foto
ZURA menceritakan penderitaan dilalui selepas maruah dan tubuhnya dijual suami untuk membayar hutang judi.

“Saya hampir keguguran ketika sarat mengandung apabila dibelasah dan diterajang selepas saya tidak mahu mengikut kehendaknya,” katanya.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/26

Tanggung malu dek pengkid


Kuala Lumpur: Seorang wanita terpaksa menanggung malu dan kerugian RM90,000 gara-gara terpedaya dengan tawaran dijanjikan seorang pengkid untuk menjadi penganjur utama bagi sebuah pameran kecantikan di Melaka, Mac lalu.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Vendy, 29, berkata, satu perjanjian dipersetujui pada Mei tahun lalu antara syarikatnya dan wanita berkenaan untuk mengadakan satu pameran kecantikan yang dijadualkan berlangsung selama tiga hari pada November tahun lalu di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).


Difahamkan, suspek yang dikenali sebagai Vivian berusia 20-an meminta menangguhkan pameran ini dari November tahun lalu kepada Mac lalu dengan memberikan alasan penaja untuk pameran berkenaan tidak mencukupi walaupun sebelum itu dijanjikan beberapa penaja besar bersetuju untuk bekerjasama.



“Malah, pameran ini turut dipromosikan secara besar-besaran di majalah dan akhbar.


“Selepas beberapa bulan, saya mula meragui tindakan Vivian kerana tidak muncul pada mesyuarat penting dan seolah-olah tiada tindakan susulan yang diambil dalam menjayakan pameran itu.


“Saya tambah terkejut selepas mendapati tiada tempahan dilakukan di MITC beberapa bulan sebelum pameran itu berlangsung.

“Vivian juga ada menghantar satu pesanan ringkas melalui ‘WeChat’ mengatakan yang ingin menarik diri daripada penganjur utama program berkenaan kerana kehabisan wang,” katanya selepas membuat aduan di Biro Pengaduan Awam di Wisma MCA semalam.


Menurutnya, dia terpaksa meneruskan juga pameran itu selepas beberapa perjanjian telah dibuat oleh syarikatnya bersama penaja dengan menggunakan wangnya sendiri.

“Saya berharap Vivian dapat ditahan segera dan laporan mengenainya juga sudah dibuat kepada polis,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/26



Balasan si pencabul



Kuala Lumpur: Seorang warga emas dihukum penjara 12 bulan dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret kerana mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun pada September 2013.

Majistret Nur Azura Murah membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Ngadimin Rahmat, 68, gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.


Ngadimin didakwa melakukan kesalahan terhadap kanak-kanak perempuan itu, yang dijaga isterinya, di sebuah rumah di Sentul.



Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua seksaan, jika sabit kesalahan.


Bagaimanapun, Nur Azura membenarkan permohonan peguam Ammar Muhamad menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan menaikkan jumlah jaminan kepada RM7,000 dengan seorang penjamin.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya S.Ravindran meminta mahkamah mengenakan hukuman sewajarnya ke atas Ngadimin kerana ini merupakan satu kesalahan serius.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/26

Keberanian amah diiktiraf Time


Hong Kong: Majalah Time menyenaraikan pembantu rumah Indonesia yang didera majikannya dalam senarai 100 orang paling berpengaruh, sekali gus menarik perhatian terhadap isu layanan terhadap pekerja asing di Hong Kong.

Erwiana Sulistyaningsih, 23, mengalami penderaan selama berbulan-bulan yang menghangatkan semula polemik mengenai pembantu rumah di bandar raya berkenaan dan mencetuskan kemarahan di kalangan orang ramai.

Time menyanjung keberanian Erwiana menegakkan hak dan mengheret majikannya ke mahkamah bagi membolehkan pembantu rumah di Hong Kong dilindungi undang-undang.

Aktivis hak asasi manusia dari Kemboja, Somaly Mam berkata, suara wanita berani seperti Erwiana bakal membawa perubahan berpanjangan.

“Permintaan Erwiana agar undang-undang lebih baik bagi melindungi dan membela orang senasibnya membuka mata banyak pihak mengenai nasib kelompok minoriti yang sering dizalimi,” katanya.

Jurucakap Badan Penyelaras Pekerja Asing di Hong Kong, Eman Villanueva berkata, pengiktirafan Time menarik perhatian antarabangsa mengenai isu penderaan pembantu rumah.



- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/26

Feri bawa lebih muatan


Jindo: Waris penumpang Sewol semakin berang semalam apabila mengetahui feri berkenaan membawa muatan jauh lebih banyak daripada sepatutnya.

Ketika lebih 120 mangsa belum ditemui, maklumat menunjukkan feri itu membawa lebih 3,600 tan kargo walaupun had yang dibenarkan ialah hanya kira-kira 1,000 tan saja.


Pakar seni bina kapal semalam berkata, berat muatan seumpama itu boleh menyebabkan feri berkenaan senget apabila membuat pusingan secara mendadak.

Profesor di Universiti Kebangsaan Seoul, Lee Kyu Yeul berkata, Sewol pasti akan terbalik dan karam dengan hanya melakukan pusingan kecil.


“Ia tidak sepatutnya membuat belokan tajam,” katanya. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/26

Sewol ‘cairkan’ banyak jiwa


Daripada makanan percuma, tapak khemah, kewangan sehingga kemudahan pengangkutan, mereka sentiasa cuba meringankan beban ditanggung pihak terbabit. 
Antara mereka termasuk pelakon terkenal serta atlet Korea Selatan.

Pengusaha kedai dobi di selatan bandar Jeonju, Lee Won-Hong misalnya menawarkan perkhidmatan dobi mini kepada keluarga mangsa yang masih belum ditemui. 
Foto
SEORANG wanita menerima urutan percuma bagi meredakan ketegangan dialami di Pelabuhan Jindo, semalam.
Menurut Lee, dia terdorong memberikan bantuan selepas menonton siaran televisyen mengenai kesengsaraan pihak terbabit yang berkampung dalam sebuah gimnasium di Pulau Jindo - 160 kilometer ke selatan kedainya. 
Tanpa teragak-agak, Lee memuatkan beberapa mesin basuh kecil ke lorinya dan memandu ke pelabuhan Jindo bagi membuka pusat dobi untuk waris mangsa feri berkenaan. 

“Saya sangat sedih membayangkan apa yang mereka lalui. 

“Apa yang saya lakukan ini sekadar bantuan kecil untuk mereka,” katanya. 

Feri Sewol yang membawa 476 penumpang dan kru karam ketika dalam perjalanan dari Incheon ke Pulau Jeju pada 16 April lalu. 

Sehingga petang semalam 181 mayat sudah ditemui dan lebih 120 lagi masih hilang. 

Sementara itu, polis berkata, lebih 200,000 bungkusan mengandungi makanan, pakaian dan alat kelengkapan peribadi serta beberapa barangan lain tiba dari seluruh negara melalui perkhidmatan pos.- AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/26

Permit bas digantung


Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggantung permit bas persiaran milik Syarikat Merry Holidays Sdn Bhd yang terbabit dalam kemalangan di KM70, Jalan Kuantan-Segamat, Pahang pada 20 April lalu.

SPAD dalam satu kenyataan memberitahu, penggantungan itu berkuat kuasa Ahad ini membabitkan tujuh permit bas persiaran terbabit. “Keputusan penggantungan diambil kerana pengendalinya gagal mematuhi syarat yang ditetapkan di bawah Tata Amalan Keselamatan Industri Pengangkutan Awam Darat oleh SPAD (SPAD-ICOP Keselamatan).


“Ia antaranya tidak memasang GPS pada kenderaan, tidak melantik pegawai keselamatan, gagal memantau kelajuan kenderaan serta gagal melakukan pemeriksaan ke atas pemandu sebelum memulakan perjalanan,” katanya.



SPAD turut memaklumkan sejak Ogos tahun lalu, pihaknya sudah menggantung 542 permit kenderaan syarikat bas henti-henti, bas ekspres, bas persiaran, bas sekolah dan kenderaan perdagangan yang terbabit kemalangan, selain melanggar syarat pelesenan serta SPAD-ICOP Keselamatan. - BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/26

Selamat wanita dikurung


Seremban: Seorang wanita warga Indonesia dipercayai dikurung di sebuah premis kedai satu tingkat di Taman Seri Rahang, di sini, sejak empat hari lalu diselamatkan Jabatan Imigresen Negeri Sembilan, semalam.

Pengarahnya, Faizal Fazri Othman berkata, pihaknya menyerbu premis itu pada tengah hari selepas menerima maklumat pada jam 8 pagi.


Beliau berkata, wanita terbabit dikatakan membaling kepingan plastik melalui tingkap ke arah orang awam yang melalui kawasan itu.



“Tindakan itu menyebabkan ada orang awam menoleh ke arah tingkap sebelum wanita itu membaling satu nota bertulis namanya, alamat di Selangor serta nombor telefon serta ungkapan ‘tolong saya’, katanya, di sini, semalam.


Menurutnya, orang awam itu menghampiri premis berkenaan dan menemubual wanita itu melalui celah pintu dan wanita itu mendakwa dibawa masuk ke Malaysia dan akan dihantar ke Singapura serta tidak diberi makan sejak empat hari lalu.


“Orang awam itu kemudian menghubungi pihaknya yang kemudian menghantar sepasukan tujuh anggota ke premis itu.

“Dalam serbuan itu, pihaknya turut menahan dua wanita tempatan yang bekerja di premis terbabit yang juga pusat jualan,” katanya.


Beliau berkata, pihaknya sedang mengesan majikan mereka dan dimaklumkan wanita Indonesia itu baru dibawa masuk ke Malaysia dengan menaiki feri.

Menurutnya, pihaknya juga percaya premis itu dijadikan pusat transit pekerja asing yang tidak sah. - BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/26

Pelajar ditampar angkara sanggul


Permaisuri: Seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di daerah ini, hampir pengsan akibat ditampar dan dipukul beberapa kali oleh seorang guru hanya kerana tindakannya menyanggul rambut, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, kejadian dipercayai berlaku jam 8.30 pagi ketika mangsa berusia 14 tahun berada di surau apabila seorang guru wanita datang.


Beliau berkata, sebaik menghampiri mangsa, guru terbabit menampar pipi dan memukul kepala mangsa beberapa kali.



“Difahamkan, guru terbabit bertindak sedemikian kerana marah dengan tindakan mangsa menyanggul rambut di belakang.


“Sebelum ini, guru terbabit pernah beberapa kali menegur sanggul mangsa yang dikatakan terlalu besar dan mungkin ketika kejadian, guru berkenaan tidak dapat menahan marah lalu memukul mangsa.


“Kejadian itu menyebabkan mangsa hampir pengsan dan rebah, tetapi bernasib baik sempat dipegang beberapa rakannya yang berada di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Ab Rahman berkata, kejadian itu menyebabkan mangsa sakit leher dan kepala serta telinga kanan.


Katanya, setiba di rumah, mangsa menceritakan kejadian itu kepada bapanya sebelum dia dibawa ke Hospital Setiu untuk rawatan.

“Hasil rawatan mendapati mangsa tidak mengalami kecederaan serius, hanya bengkak pipi kanan dan bapa mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan guru terbabit membuat laporan di Balai Polis Chalok,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/26

Cekik bekas kekasih tak mahu jalin hubungan


Gombak: Berang rayuannya untuk kembali bersama ditolak bekas teman wanitanya, seorang lelaki tergamak memaki hamun, mencekik dan memukul sebelum mengugut ingin membunuh bekas kekasihnya itu.

Dalam kejadian jam 7.30 malam kelmarin itu, lelaki berusia 30-an itu datang ke kediaman wanita berusia 22 tahun itu di Rawang dengan tujuan berbaik semula dan menjalinkan hubungan cinta yang terputus sebelum ini.


Menurut sumber, percubaannya itu gagal selepas mangsa enggan menerimanya semula dan memberi alasan bekas teman lelakinya itu seorang yang panas baran kerana sering memukulnya.



“Geram dengan tindakan mangsa yang enggan kembali kepadanya menyebabkan lelaki itu mengamuk dan terus memaki hamun mangsa.


“Malah mangsa yang terkejut cuba melarikan diri ke dalam rumah, namun gagal apabila rambutnya ditarik sehingga terjatuh,” katanya.


Sumber berkata, tidak cukup dengan itu, lelaki itu turut memukul mangsa sebelum mencekik bekas kekasihnya itu sehingga sesak nafas dan hampir pitam.

“Malah lelaki itu juga mengugut ingin membunuh mangsa jika wanita terbabit enggan menerimanya semula sebagai kekasih.


“Mangsa yang kesakitan merayu dilepaskan sebelum berpura-pura bersetuju ingin menjadi kekasihnya semula menyebabkan lelaki itu berhenti memukulnya,” katanya.

Menurutnya, selepas keadaan kembali tenang, lelaki terbabit terus beredar dan berjanji tidak mencederakan mangsa lagi.


Mangsa yang bimbang kejadian sama berulang kemudian membuat laporan di Balai Polis Rawang.


Jurucakap polis mengesahkan kejadian itu dan siasatan dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/26

Lelaki pemabuk bikin kecoh


Kekecohan tercetus dalam pesawat yang berlepas dari Brisbane ke pulau peranginan Bali semalam. 
Pasukan antipengganas bergegas ke Lapangan Terbang Ngurah Rai Airport sejurus selepas juruterbang melaporkan “rampasan pesawat” berlaku. 

Bagaimanapun, pihak berkuasa Indonesia kemudian berkata, tiada rampasan berlaku sebaliknya lelaki terbabit cuma cuba merempuh pintu kokpit ketika mabuk.
Foto
PASUKAN bersenjata Tentera Udara Indonesia mengawal pesawat Virgin Australia 737-800 di Denpasar, semalam.

Lelaki mabuk dikenali sebagai Matt Christopher itu kemudian ditahan kru serta penumpang pesawat udara berkenaan.

Jurucakap syarikat penerbangan itu berkata, insiden berkenaan bukan rampasan pesawat, tetapi cuma salah faham. 

“Lelaki terbabit mabuk dan pengambilan alkohol berlebihan menyebabkan dia bertindak agresif. 

“Menurut laporan diterima, lelaki itu cuba merempuh pintu kokpit, tetapi gagal,” katanya. 

Jurucakap itu berkata, Christopher diserahkan kepada polis sebaik saja pesawat udara berkenaan mendarat. 

Sementara itu, jurucakap Kementerian Pengangkutan Indonesia, Herry Bakti berkata, amaran tercetus apabila juruterbang menghantar isyarat kecemasan kepada menara kawalan di Lapangan Terbang Ngurah Rai, diikuti pengesahan secara lisan.- AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/26

Buruh langgan pelacur muda dijel


Singapura: Seorang buruh binaan semalam menjadi lelaki ke-24 dipenjara kerana melanggan pelacur remaja dari China.

Remaja perempuan berusia 17 tahun itu dikatakan dipaksa melacur oleh seorang bapa ayam.


Li Zhiguang, 38, yang berhenti kerja baru-baru ini mengaku membayar kira-kira S$60 (RM156) untuk mendapatkan khidmat seks daripada remaja dari Shandong itu di sebuah hotel di Geylang Mei tahun lalu.

Dia dikenakan hukuman penjara 11 minggu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/26

Thai mampu ‘goda’ pelabur Muslim


Bangkok: Thailand perlu mengkaji cara hidup orang Islam ekoran semakin ramai pelabur Muslim mula beralih ke arah timur.

Pengurus Bank Islam Thailand, Abidin Wunkwan berkata, pasaran Thai menawarkan peluang besar kepada pelabur Muslim dan negara itu mampu memberi pulangan yang baik kepada mereka.

Justeru, kata Abidin, untuk menarik pelabur terbabit golongan usahawan tempatan perlu mengkaji cara hidup Islam - langkah yang gagal dilakukan setakat ini.



“Negara jiran seperti Kemboja sudah memulakan langkah menarik pelabur Muslim dan pelaburan berskala besar dari negara umat Islam mula masuk ke situ,” katanya dalam seminar di Universiti Dewan Perdagangan Thailand semalam.

Seminar berkenaan memberi fokus terhadap polisi pelaburan negara Islam di ASEAN.

Ramai berpendapat, walaupun komuniti Muslim mewakili peratusan yang besar di ASEAN, mereka sering terlepas pandang.

Komuniti ASEAN disasarkan bergabung sepenuhnya dalam pasaran tunggal menjelang 31 Disember 2015.

Abidin berkata, Kemboja mula membina masjid baru dan membantu komuniti Muslim setempat bagi menarik pelabur.

“Arab Saudi sebagai negara kaya tetapi kekurangan sumber makanan sudah melabur dalam sektor perladangan di Kemboja.

“Jika lebih perhatian diberikan kepada komuniti Muslim, pelaburan seperti itu juga mampu disalurkan ke Thailand berdasarkan latar belakang pertanian yang dimiliki,” katanya.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/26

20 maut dek panik di stadium


Kinshasa: Lebih 20 orang terbunuh akibat bersesak-sesak apabila mesin jana kuasa sebuah stadium di barat daya Congo rosak ketika satu konsert berlangsung menyebabkan orang ramai panik.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi (waktu tempatan) di Stadium Kikwit.


Ketika itu satu konsert memperingati penyanyi popular Congo, Jean Baptiste Emeneya, berlangsung.

Kerosakan itu mendorong orang ramai berasak-asak keluar.


Saksi berkata, keadaan sangat huru-hara.


Angka kematian yang direkodkan setakat tengah hari semalam (waktu tempatan) ialah 23 orang.

Emeneya - atau lebih dikenali sebagai King Kester Emeneya - meninggal dunia Februari lalu di Paris pada usia 57 tahun. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/26

Mimpi temukan lelaki hilang


Bhopal (India): Misteri kehilangan seorang lelaki yang hilang sejak 24 Mac lalu terungkai selepas isterinya memberi maklumat - yang diperoleh melalui mimpi - kepada polis Madhya Pradesh.

Chhotelal Sen, 65, dari Kashipura keluar rumah untuk melakukan ritual Hindu pada hari berkenaan, tetapi tidak pulang selepas itu.


Selepas puas mencari, isterinya, Gauri Bai membuat laporan kehilangan itu di balai polis Matguan 10 hari kemudian.

Selepas puas mencari, isterinya, Gauri Bai membuat laporan polis 10 hari kemudian, namun pihak berkuasa gagal menemui lelaki terbabit walaupun memeriksa beberapa lokasi.


Beberapa hari lalu, Gauri bermimpi suaminya mati dibunuh dan mayat berkenaan dicampak ke dalam sebuah perigi di Kashipura yang terletak di daerah Chhatarpur.


Gauri kemudian menceritakan mimpi berkenaan kepada polis dan pihak berkuasa kemudian menggunakan maklumat berkenaan untuk menyiasat.

Tidak lama kemudian polis menjumpai mayat Chhotelal yang sudah reput dari sebuah perigi di pinggir kampung itu.

Sementara itu, pegawai polis Kashipura, Superintendan Lalit Shakyavar berkata, mereka terkejut apabila Gauri mendapat alamat melalui mimpi.

“Kes ini sedang dalam siasatan,” katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/26

Gubra lelaki RM2 juta


Media semalam melaporkan, lelaki terbabit ditahan selepas dilihat berkelakuan mencurigakan ketika melalui pemeriksaan kastam di Sha Tau Kok di timur laut Hong Kong tengah malam kelmarin.
Jurucakap kastam Hong Kong berkata, apabila diarah membuka bagasinya untuk diperiksa, lelaki terbabit terus meninggalkan tempat itu dan lari ke arah Jalan Chun Ying Street - kawasan sempadan Hong Kong - China di tanah besar.

Dia bagaimanapun berjaya ditahan.
Foto
POLIS menunjukkan sebahagian daripada wang yang diikat pada kaki suspek di pejabat kastam Hong Kong.

Melihat keadaan itu, katanya, kastam memeriksa bagasi berkenaan dan menemui wang tunai bernilai AS$580,000 (RM1.9 juta) di dalam beg.

“Kami juga menemui sejumlah wang yang dilekat pada beberapa bahagian badannya,” katanya. 

Gambar yang tersebar di Internet juga menunjukkan ratusan wang kertas AS100 (RM328) dilekatkan pada badan suspek selain disorok di bawah seluar jeans serta di keliling pinggangnya.

Menurut undang-undang China, seseorang hanya dibenarkan membawa wang bernilai AS$5,000 (RM16,400) tanpa perlu membuat pengisytiharan bertulis.

Agensi berita kebangsaan pula menyifatkan kejadian itu sebagai “amat serius.”
Februari lalu seorang penduduk Hong Kong didenda hampir HK$1 juta (RM422,000) apabila cuba membawa masuk HK$5.5 juta (RM2.3 juta) ke tanah besar China.

Dalam kes itu lelaki terbabit memberitahu polis wang itu untuk membeli rumah dan dia enggan menggunakan perkhidmatan bank kerana mahu mengelak dikenakan komisyen lima peratus.- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/26

Malang dua beradik


Kuantan: “Hati ibu mana yang tidak luluh apabila melihat dua anak yang cergas dan periang tiba-tiba disahkan menghidap kanser ovari.

“Saya terima ini sebagai ketentuan Tuhan dan tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat kepada mereka untuk meneruskan kehidupan. Tambah berat mengenangkan suami saya sudah meninggal dunia tujuh tahun lalu,” kata Lee Fong Yeng.


Fong Yeng, 46, berkata, kedua-dua anak perempuannya itu Janice Loh Shueyt Yan, 17, dan Carmen Loh Shueyt Yee, 13, disahkan menghidap penyakit itu selepas menjalani pemeriksaan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, akhir tahun lalu.



Ibu tunggal itu berkata, dia sebenarnya tidak menyangka kedua-dua anaknya mendapat penyakit itu kerana tiada ahli keluarga mereka mempunyai sejarah pernah menghidap kanser. “Pada peringkat awal sebelum disahkan menghidap barah ini, saya cuma menyangka mereka mengalami perubahan berat badan kerana perut mereka kelihatan membesar dan tidak mengalami simptom yang boleh dikaitkan dengan penyakit ini.


“Namun, selepas melihat keadaan perut mereka tidak mengalami perubahan selepas sebulan iaitu pada Disember, hati saya tergerak untuk membawa mereka menjalani pemeriksaan di HTAA.


“Doktor kemudian mengesahkan mereka menghidap penyakit kanser ovari dan perlu menjalani pembedahan sebelum keadaan kesihatan mereka bertambah teruk.

“Melalui wang sumbangan orang ramai dan badan bukan kerajaan (NGO), pembedahan dilakukan di HTAA pada Januari lalu iaitu seminggu sebelum Tahun Baru Cina,” katanya.


Fong Yeng berkata, dia kini tinggal bersama ibu dan bapanya, Lee Kau, 70, dan Chau Lai Kin, 70, di Bukit Setongkol, di sini, selepas suaminya meninggal dunia akibat serangan jantung. Katanya, dia bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat beli-belah di bandar ini, tetapi terpaksa mengambil cuti tanpa gaji sejak Disember lalu bagi memberi tumpuan kepada kesihatan kedua-dua anaknya.

Menurutnya, anaknya kini perlu menjalani rawatan ‘Ozone’ iaitu cuci darah setiap bulan di Kuala Lumpur selepas pembedahan itu.


“Kini, apa yang lebih penting adalah melihat kedua-dua anak kesayangan kembali sihat. Wang ringgit boleh dicari, namun kasih sayang dan anak adalah anugerah Tuhan dan sukar dicari ganti.


“Setiap kali melihat wajah anak, hati saya sentiasa bersemangat untuk menyediakan rawatan terbaik dan mengharapkan mereka dapat meneruskan pengajian namun ia bergantung kepada keadaan kesihatan mereka kelak,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/26

Helikopter terhempas atas bangunan


2014/04/26 - 03:41:31

Helikopter terhempas atas bangunan
Anggota keselamatan membantu usaha membawa turun bangkai helikopter dari atas bangunan di daerah Taoyuan, semalam. - Foto AFP

TAIPEI: Dua juruterbang Taiwan cedera semalam apabila helikopter Apache terhempas ketika cuba mendarat di sebuah bangunan di utara Taiwan semasa misi latihan rutin, kata tentera.

Juruterbang terbabit dihantar ke hospital tentera untuk rawatan akibat cedera ringan selepas terhempas di atas bangunan tiga tingkat di daerah Taoyuan, bagaimanapun tiada orang awam tercedera, kata seorang pegawai tentera.


Rakaman televisyen menunjukkan lelaki beruniform memeriksa bangkai helikopter di atas bangunan, yang sebahagiannya rosak akibat impak nahas.

“Kejadian itu berlaku dalam latihan penerbangan asas atas sebab-sebab yang tidak diketahui dan satu pasukan khas sedang menyiasat puncanya,” kata seorang pegawai kepada pemberita.

Taiwan November lalu menerima penghantaran enam helikopter gempur Apache AH- 64E yang dibeli dari Amerika Syarikat sebagai usaha pemodenan ketenteraan yang secara tidak langsung menghangatkan hubungan dengan China.

Helikopter itu dihentikan pengeluarannya buat sementara dari Disember hingga Februari untuk tujuan pemeriksaan selepas Washington memberi amaran model itu boleh mengalami pincang fungsi.

Tentera Taiwan adalah kuasa tentera pertama di luar Amerika Syarikat yang menggunakan Apache AH- 64E, keluaran terbaru yang dikatakan sebagai helikopter gempur paling berkuasa di dunia.
Taiwan membeli 30 helikopter Apache, di mana bakinya akan dihantar menjelang akhir 2014. Pembelian itu adalah sebahagian daripada perjanjian senjata bernilai $6.5 bilion (RM21 bilion) yang diumumkan pada 2008 yang secara tidak langsung menggugat, Beijing. - AFP

4 wanita disyaki dalang pemerdagangan manusia


2014/04/26 - 05:11:04

Seremban: Jabatan Imigresen menahan empat wanita, termasuk seorang warga Indonesia kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia yang menjadikan sebuah premis perniagaan di bandar ini sebagai pusat transit.

Pengarahnya, Faizal Fazri Othman, berkata serbuan dilakukan di sebuah premis di Taman Seri Rahang di sini, jam 11 pagi, diikuti di sebuah rumah di Kapar, Klang, Selangor, jam 11 malam kelmarin.


Serbu rumah, tahan dua pekerja

“Dalam serbuan di Taman Seri Rahang, kita menahan dua pekerja sebuah pusat jualan serta pemilik premis terbabit yang berusia sekitar 30-an.

“Hasil siasatan, kita kemudian menyerbu sebuah rumah di Kapar dan menahan seorang wanita Indonesia berusia 40-an yang dipercayai bertindak sebagai ejen membawa masuk wanita senegara menggunakan pas lawatan sosial,” katanya di sini, semalam.

Katanya, ejen terbabit dipercayai membekalkan wanita Indonesia untuk bekerja sebagai pembantu rumah secara haram kepada majikan serta menyerahkan kepada orang tengah yang mahu ‘menjual’ mereka kepada pihak ketiga.

Wanita dikurung
Serbuan itu dibuat selepas jabatan itu menyelamatkan seorang wanita Indonesia berusia 23 tahun yang dikurung selama empat hari di sebuah premis di Taman Seri Rahang selepas dia meminta bantuan orang awam melalui nota bertulis ungkapan ‘tolong saya’, tengah hari kelmarin.

Mengulas lanjut, Faizal Fazri berkata, wanita Indonesia itu yang dibawa masuk ke negara ini, Isnin lalu, dirancang dibawa ke Singapura untuk dijual kepada pihak ketiga dan bekerja sebagai pembantu rumah.

Katanya, semua suspek ditahan empat hari mulai semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIP) 2007.

Tiga dipenjara 12 tahun, empat sebatan


2014/04/26 - 05:18:57

Ampang: “Kamu semua sudah mempunyai anak, bagaimana hendak jelaskan kepada mereka bila ditanya mengenai pekerjaan kamu?

“Takkan kamu hendak tengok anak membesar dan mengetahui pekerjaan ayah mereka adalah penjenayah,” kata Hakim Chan Jit Li, sebelum menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan empat sebatan ke atas tiga lelaki di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.


Tertuduh, Syed Iskandar Syed Aziz, 33, R Selvam, 40, dan Masdatul Hadzam Md Yusoff, 30, masing-masing dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan empat sebatan, selepas mengaku bersalah atas dua tuduhan melakukan rompak berkumpulan, tahun lalu.

Namun, ketiga-tiga tertuduh hanya perlu menjalani hukuman enam tahun selepas mahkamah memerintahkan hukuman berjalan serentak bermula daripada tarikh tangkap pada 27 September 2013.

Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka bersama seorang lagi yang masih bebas, didakwa atas dua tuduhan melakukan samun menggunakan senjata parang dengan mengambil telefon bimbit, dompet mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad ATM dan wang tunai milik mangsa.

Premis kena serbu kali kesembilan


2014/04/26 - 05:20:00

Kota Bharu: Sudah lapan kali diserbu dan pernah didakwa di mahkamah tetapi pengusaha dua premis pusat hiburan di sekitar Kota Bharu di sini, masih tidak serik dan tetap beroperasi tanpa lesen.

Dua premis yang masing-masing terletak di Jalan Zainal Abidin dan Jalan Pos Office Lama, di sini, sekali lagi diserbu buat kali kesembilan oleh sepasukan polis jam 11.30 malam kelmarin.


Modus operandi pemiliknya begitu licik apabila sentiasa menukar imej premis untuk berselindung daripada dikesan pihak berkuasa.

Pegawai Turus Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, Asisten Superintendan Nik Rosdi Nik Yahya, berkata ketika serbuan, kedua-dua premis terbabit dikunjungi beberapa pelanggan tanpa menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“Dalam serbuan pertama di Jalan Zainal Abidin, hasil risikan dan maklumat awam, kita dapati premis terbabit sudah hampir lapan kali diserbu dan pernah dihadapkan ke mahkamah tetapi tetap meneruskan operasi.

“Begitu juga dengan premis kedua yang hampir enam ke lapan kali diserbu, masih beroperasi hingga kini dan mereka menukar pengurusan selepas setiap kali dikenakan tindakan,” katanya. 

50 leka berdangdut terkejut diserbu


2014/04/26 - 05:25:14

50 leka berdangdut terkejut diserbu
Sebahagian GRO yang ditahan dalam serbuan di pusat hiburan di Bandar Perda, Bukit Mertajam, awal pagi semalam. - Foto Rudy Syareme Sheriffudin

9 GRO, 12 lelaki kena tahan disyaki mabuk

Georgetown: Lebih 50 pelanggan yang asyik menari mengikut irama dangdut di sebuah pusat hiburan di Bandar Perda, Bukit Mertajam, di sini, terkejut sebaik premis diserbu pegawai penguat kuasa agama dalam operasi cegah maksiat, semalam.


Berikutan itu, sembilan wanita dipercayai pelayan pelanggan (GRO), 12 lelaki dan seorang wanita ditahan kerana disyaki mabuk.
Orang ramai yang ada maklumat berhubung kegiatan maksiat diminta menghubungi JHEAIPP di talian 04-3102869 atau hotline 019-4256917.

Ketua Unit Operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Khairul Azman Azizan, berkata pihaknya melakukan risikan selama lebih tiga minggu termasuk melakukan penyamaran sebelum menyerbu pusat hiburan itu.

Ketika serbuan, katanya, kehadiran pegawai penguat kuasa agama tidak disedari pelanggan yang asyik menari dan berhibur sambil minum minuman keras.

Tak sempat lari

“Beberapa pelanggan cuba melarikan diri melalui pintu belakang tetapi gagal apabila seluruh premis hiburan itu sudah dikepung pegawai penguat kuasa.
“Kami kemudian menahan 12 lelaki dan seorang wanita yang didapati mabuk selepas menjalani ujian saringan alkohol serta sembilan wanita yang disyaki bekerja sebagai GRO atas kesalahan cuba menggalakkan maksiat,” katanya yang ditemui selepas mengetuai operasi yang berakhir jam 7 pagi.

Operasi yang bermula jam 1 pagi itu disertai 15 pegawai penguat kuasa JHEAIPP.
Khairul Azman berkata, semua yang ditahan kemudian dibawa ke Pejabat Agama Daerah Butterworth untuk diambil keterangan.

Orang ramai yang ada maklumat berhubung kegiatan maksiat diminta menghubungi JHEAIPP di talian 04-3102869 atau hotline 019-4256917.

9 terkorban dalam pilihan raya India

9 terkorban dalam pilihan raya India
Anggota keselamatan mengawal pengundi di Dooru, 70 kilometer ke selatan Srinagar, semalam. 
SRINAGAR: Korban akibat keganasan pada pilihan raya terbesar dunia di India meningkat kepada sembilan semalam, menurut polis yang mengatakan pemberontak disyaki membunuh lima anggota pasukan tentera para dan empat pegawai yang sedang menaiki bas selepas proses mengundi di dua negeri di India.

Keganasan berlaku Khamis lalu apabila pemberontak Maoist meledakkan periuk api di tepi jalan kemudian melepaskan tembakan kepada sebuah bas dekat Shikaripada, perkampungan di timur negeri Jharkhand, kata jurucakap polis negeri, Anurag Gupta.

Lima anggota pasukan tentera dan tiga pegawai pilihan raya yang membawa peralatan mengundi terbunuh dalam serangan itu, kata Gupta.


Pemberontak disyaki turut membunuh seorang pegawai pilihan raya India, dan mencederakan empat lagi dalam serangan yang mensasarkan sebuah lagi bas di utara Kashmir yang dikuasai India.

Mempunyai sejumlah 814 juta pengundi berdaftar, pengundian India berlangsung mengikut fasa selama enam minggu, dan keputusan dijangka diumumkan pada 16 Mei. Keganasan Khamis lalu berlaku ketika jutaan penduduk di 11 negeri keluar mengundi pada hari kedua paling besar pengundian dalam pilihan raya itu.

Proses mengundi merangkumi 117 kerusi parlimen di keseluruhan 11 negeri yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Ini termasuk Maharashtra, yang mana Mumbai adalah ibu kotanya, Uttar Pradesh, Madhya Pradesh, Tamil Nadu dan Rajasthan, iaitu kawasan penting bagi menentukan pemenang antara pemerintah Parti Kongres dan pembangkang nasionalis parti Hindu.

Di Kashmir, polis berkata, serangan turut mencederakan seorang pegawai pilihan raya, dua askar separa tentera dan seorang anggota polis. Daerah ini terletak kira-kira 65 kilometer di selatan Srinagar, bandar terbesar di India yang dikuasai Kashmir.
Beratus-ratus penunjuk perasaan membaling batu di tempat mengundi di wilayah Himalaya yang bergolak dan melaungkan “Down with India.” - AFP

Helikopter Apache terhempas di atas bangunan



AFP
BEBERAPA orang pekerja memindahkan bangkai sebuah 
helikopter Apache AH-64E di atas bumbung bangunan 
di Taoyuan, Taiwan semalam.


TAIPEI - Dua juruterbang cedera semalam apabila helikopter Apache AH-64E yang dinaiki mereka terhempas di atas sebuah bangunan tiga tingkat di daerah Taoyuan, utara Taiwan.
Menurut seorang pegawai tentera, ketika kejadian, dua juruterbang tersebut sedang mengikuti latihan penerbangan.
kedua-dua juruterbang itu dihantar ke sebuah hospital tentera untuk mendapatkan rawatan kerana mendapat kecederaan ringan.

AFP
BENTUK bahagian depan helikopter itu yang remuk.


"Nahas berlaku ketika latihan asas penerbangan dilakukan untuk tujuan yang tidak diketahui manakala sebuah pasukan kahas sedang menyiasat punca kejadian," kata seorang pegawai tentera kepada pemberita.
Pada bulan November tahun lalu, Taiwan menerima enam buah helikopter Apache AH-64E yang dibeli dari Amerika Syarikat. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0426&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2zwU6s62E 
Hakcipta terpelihara 

Kakitangan Mas ditahan lebih 10 jam



AP
BEBERAPA orang saudara-mara penumpang menunggu di luar Kedutaan Malaysia untuk memperoleh maklumat terbaharu misi 
pencarian pesawat MH370 di Beijing 
semalam.


KUALA LUMPUR - Sebahagian saudara-mara penumpang sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu menahan beberapa kakitangan MAS lebih 10 jam di sebuah hotel di Beijing, China, kata MAS semalam.
Sebanyak 153 dari 227 penumpang dan 12 kru yang menaiki pesawat itu merupakan warga China.
Pesawat itu hilang semasa dalam penerbangan ke Beijing, China.
Menurut kenyataan MAS, lebih 200 keluarga menahan 10 kakitangan MAS dan mereka dibebaskan awal semalam.
"Penerbangan Malaysia mengesahkan kakitangannya ditahan di Hotel Lido di Beijing oleh anggota keluarga penumpang MH370 yang menyuarakan perasaan tidak puas hati kerana gagal untuk memperoleh maklumat tentang pesawat yang hilang itu," kata MAS.
Operasi mencari pesawat itu di selatan Lautan Hindi yang melibatkan beberapa buah negara termasuk Australia gagal menemui sebarang serpihan.
Menurut beberapa pegawai Australia, kawasan pencarian yang menggunakan kenderaan dalam air autonomi yang dikenali Bluefin-21 akan diperluaskan selepas ia gagal mengesan pesawat itu di dalam laut di kawasan pencarian yang ditetapkan sebelum ini. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0426&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2zwTvZ7mz 
Hakcipta terpelihara 

Operasi keluarkan mayat feri karam tugas sukar



AFP
SEORANG penyelam 
terjun ke dalam laut untuk mencari mayat feri karam di luar pantai Pulau Jindo, Korea Selatan semalam.


SEOUL - Ketua operasi menarik keluar mayat dari feri Sewol, Kapten Jin-hwang dari Tentera Laut Korea Selatan semalam berkata, dia tidak mengetahui bila operasi mencari mayat mangsa akan berakhir.
Beliau memberitahu, menarik keluar mayat merupakan tugas yang sukar kerana penyelam tidak mampu berada di dalam feri yang karam itu lebih 10 minit.
Menurutnya, operasi itu lebih sukar berbanding hanya menemui mayat.
Jin-hwang berkata, kebanyakan koridor dihalang papan lapis dan serpihan lain.
"Terlalu banyak tekanan," katanya kepada pemberita.
Dia memberitahu, para penyelam mengetahui kritikan yang dilemparkan kepada mereka bahawa mereka tidak melakukan kerja keras untuk menarik keluar mayat.
Jin-Hwang berkata, jumlah kematian kekal sebanyak 183 orang semalam. Seramai 119 orang masih kekal hilang.
Feri itu karam pada 16 April lalu di luar pantai Pulau Jindo ketika membawa 476 orang.
Kapten feri itu, Lee Joon-seok dan 10 kru ditangkap dan didakwa melakukan kecuaian dan meninggalkan penumpang semasa ia karam. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0426&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2zwThysf4 
Hakcipta terpelihara 

Pesawat beri isyarat dirampas



REUTERS
BEBERAPA anggota tentera udara mengawal pesawat Virgin Australia yang membawa seorang penumpang mabuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali semalam.


JAKARTA - Gelagat seorang penumpang yang mabuk dan berkelakuan kasar menyebabkan sebuah pesawat Virgin Australia memberikan isyarat cemas bagi memberitahu rampasan sedang berlaku sebelum ia mendarat di sebuah lapangan terbang di Denpasar, Bali semalam.
Penumpang tersebut dilaporkan cuba memasuki kokpit menyebabkan juruterbang terpaksa memberi isyarat insiden itu sebagai rampasan kepada pengawal trafik udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai.
Pengurus syarikat penerbangan Virgin Australia di Ngurah Rai, Heru Djatmiko seperti dipetik stesen televisyen, Metro TV sebagai berkata, pesawat berkenaan yang berlepas dari Brisbane, Australia sebenarnya tidak dirampas.
Sebaliknya, beliau berkata, juruterbang terpaksa menggunakan isyarat menyatakan pesawat yang membawa 137 penumpang dan tujuh kru dirampas untuk 'menangani' penumpang yang mabuk itu.

AFP
LOCKLEY (tengah) dikawal beberapa anggota tentera udara selepas dia dibawa keluar dari pesawat tersebut.


"Saya tidak pasti apa sebenarnya berlaku ketika juruterbang berkomunikasi dengan pengawal trafik udara di Ngurah Rai tetapi ia hanyalah salah faham.
"Bagaimana salah faham itu boleh terjadi, saya tidak dapat menjawab. Tetapi, adalah tidak benar jika menyatakan pesawat itu dirampas," katanya.
Heru berkata, beliau telah berkomunikasi dengan pengurus besar Angkasa Pura yang menyelia lapangan terbang di Indonesia, dan beliau menyatakan tiada rampasan yang berlaku.
Penumpang mabuk berusia 28 tahun itu, Matt Christopher Lockley kemudian ditahan kru dan tangannya digari semasa dia berada di dalam pesawat.
Lockley tidak cuba untuk melawan ketika dia ditangkap kru pesawat Boeing 737-800 itu.
Dia kemudian dibawa turun dan ditahan pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Penerbangan Awam Indonesia, Herry Bakti Gumay berkata, Kawalan Trafik Udara di lapangan terbang berkenaan mula menerima laporan dan isyarat daripada juruterbang menyatakan pesawat itu dirampas, pada pukul 1.05 tengah hari iaitu satu jam sebelum ia mendarat.
Menurut jurucakap Tentera Nasional Indonesia, pesawat itu mendarat di Bali pada pukul 2.10 petang waktu tempatan.
Ketua Polis Bali, Benny Mokalu berkata, seorang kru pesawat menyatakan, Lockley meminta ubat-ubatan dan mula mengetuk pintu kokpit.
Lockley memakai seluar putih dan baju-T dikawal oleh anggota-anggota tentera udara Indonesia ketika dia turun dari pesawat. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0426&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2zwTYfyLk 
Hakcipta terpelihara 

Penumpang mabuk 'rampas' pesawat Virgin Blue di Bali


JAKARTA 25 April - Seorang penumpang pesawat Virgin Blue yang dalam penerbangan ke Bali dari Brisbane, Australia hari ini dilaporkan cuba memasuki kokpit yang menyebabkan kekecohan menyatakan pesawat itu dirampas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali.
Pada awalnya, laporan mengenai penerbangan pesawat Boeing 737-800 itu dirampas disahkan oleh seorang pegawai kanan Tentera Udara Indonesia, Marsma Hadi TJ seperti dilaporkan oleh stesen televisyen tempatan, Metro TV.
Bagaimanapun, jurucakap Virgin Blue kemudiannya dilaporkan berkata, penumpang yang telah ditangkap itu berada dalam keadaan mabuk ketika cuba memasuki kokpit dan tidak berniat merampas pesawat.
Penumpang berkenaan dikenali sebagai Matt Chrisopher dan berusia 28 tahun kini ditahan oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjut. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140425/lu_12/Penumpang-mabuk-rampas-pesawat-Virgin-Blue-di-Bali#ixzz2zwSdxgCA
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki bakar mayat bapa bekas kekasih


BANGLO di Hemel Hempstead, lokasi Thomas Baird dibunuh dalam satu kejadian kebakaran.- Dailymail
JAMES Carbott, 31, bertindak ganas dengan membelasah bapa bekas teman wanitanya dengan pisau pengumpil dan menikamnya menggunakan pisau pemotong kotak di banglo milik mangsa di Hemstead, Hertfordshire, timur England.
Dia kemudian meninggalkan banglo tempat kejadian itu berlaku sebelum kembali semula ke situ untuk memusnahkan bukti dengan mencurah petrol ke atas Thomas Baird, 63, yang terbaring di tangga namun tidak diketahui sama ada telah mati atau nyawa-nyawa ikan.
Lelaki itu kemudian membakar tubuh mangsa dan banglo milik mangsa.
Pada 27 Mac lalu, Carbott menerima pembalasan terhadap perbuatan kejamnya itu apabila dia dihukum penjara minimum 27 tahun atas kesalahan membunuh mangsa, tahun lalu.
Ketika menjatuhkan hukuman di Mahkamah Albans Crown, Hakim Andrew Bright berkata: "Serangan kamu sungguh ganas dan tanpa henti."
Carbott dari Epping Green, Hemel Hempstead dibicarakan selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh Baird di antara Jumaat, 1 Mac dan Sabtu, 2 Mac 2013 dan tuduhan cuai menyebabkan kebakaran sehingga membahayakan nyawa.
Panel 12 juri membuat keputusan majoriti 10-2 mensabitkan tertuduh dengan tuduhan membunuh. Kesemua mereka sebulat suara mendapati lelaki itu bersalah atas tuduhan menyebabkan kebakaran.
Semasa perbicaraan, para juri yang terdiri daripada lapan lelaki dan empat wanita diberitahu bahawa Carbott telah berpisah dengan anak mangsa, Kelly pada Oktober 2012, lima bulan sebelum pembunuhan berlaku.
Sewaktu Carbott tinggal bersama Kelly di banglo tersebut, dia telah mengubah pendawaian elektrik untuk memintas meter.
Apabila mereka berpisah, Baird memintanya membetulkan semula pendawaian tersebut dan Carbott pada mulanya berjanji akan menemui mangsa namun menelefon untuk membatalkan temu janji tersebut.
Pendakwa, Stuart Trimmer berkata, sikap Carbott benar-benar menjengkelkan Baird yang memberitahu rakan-rakan dan saudara mara tentang hal itu serta mengugut untuk merosakkan kediaman Carbott bersama ibunya.
Sebagai balasan terhadap pesanan suara yang ditinggalkan oleh mangsa, Carbott telah pergi ke rumah banglo Baird di Westerdale.
Di kediaman tersebut, lelaki itu menyerang Baird yang mempunyai ketinggian 167 sentimeter dan berat 66 kilogram dengan pisau dan besi pengumpil. Turut terdapat kesan tikaman yang menyebabkan rahang retak.
Peti suara mangsa turut didapati pecah iaitu kecederaan yang mungkin disebabkan oleh tindakan mencekik tetapi besar kemungkinan akibat daripada ditendang atau dipijak sewaktu terbaring di lantai.
Pakar patologi, Dr. Nat Carey menemukan pendarahan dalaman otak dan kesan akibat pukulan objek tumpul termasuk satu kesan pukulan yang amat kuat di bahagian kanan menyebabkan keretakan pada tempurung dan pangkal otak.
Terdapat juga kesan terbakar di bahagian kepala, badan dan kaki. Ketiadaan jelaga pada saluran pernafasan menunjukkan mangsa telah mati atau tinggal nyawa-nyawa ikan sewaktu dibakar.
Carbott ditahan polis pada keesokan harinya dan pada mulanya menafikan perbuatannya itu.
Dia juga tidak memberi sebarang komen pada empat sesi soal siasat oleh pihak polis tetapi memberi kenyataan bertulis melalui peguamnya yang me­nyatakan Baird telah meninggalkan kata-kata ugutan terhadap dirinya dan ibunya.
Tidak mahu ibunya terus diugut, Carbott telah pergi ke kediaman lelaki tersebut. Apabila tiba di rumah mangsa, dia memberitahu Baird telah membuka pintu sambil memegang besi pengumpil dan pisau lalu berkata: ‘J, ambil ni’ sebelum cuba menikamnya.
Dia memberitahu terdapat pergelutan di antara mereka dan kecederaan berlaku ketika Carbott cuba merampas senjata tersebut. Dalam kenyataan bertulis itu, Carbott mengaku telah membakar kediaman tersebut kerana takut.
Katanya, dia kemudian meninggalkan tempat kejadian dengan sebuah kereta menuju ke kawasan ladang berhampiran lalu membakar pakaiannya dan membuang pisau serta besi pengumpil ke dalam longkang berdekatan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140426/lu_11/Lelaki-bakar-mayat-bapa-bekas-kekasih#ixzz2zwSS9l00
© Utusan Melayu (M) Bhd