Search This Blog

Sunday, April 20, 2014

Pesara tentera parah ditikam anak sendiri


20 April 2014

KUALA TERENGGANU - Seorang bapa cedera parah setelah ditikam oleh anaknya sendiri selepas satu pertengkaran di hadapan rumahnya di Kampung Lembah Harapan Seberang Takir di sini malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K.Manoharan berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa yang berusia 55 tahun itu menegur anak lelaki yang bertengkar dengan tunangnya di hadapan rumah pada 9.30 malam.

Katanya berang dengan teguran itu, anaknya yang berusia 22 tahun bertindak memarahi bapanya dan melarang dia masuk campur dalam urusan mereka.

"Mangsa kemudiannya turun ke kawasan halaman rumah untuk menasihati anaknya namun tercetus pergelutan dan pergaduhan antara bapa dan anak.

"Berang dengan tindakan bapanya, anaknya bertindak menyerang dan menikam belakang badan mangsa dipercayai menggunakan pisau sebelum dikejarkan ke Hospital oleh ahli keluarga yang lain," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya mangsa yang merupakan seorang pesara Tentera itu parah di bahagian belakang sehingga ke paru-paru selain tulang rusuknya patah akibat tikaman itu.

Manoharan berkata mangsa kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dan kini dilaporkan stabil.

Beliau berkata suspek yang tidak bekerja itu diberkas 1.30 pagi ini ketika menerima rawatan di hospital yang sama setelah dipukul adik beradik yang lain selepas mengetahui kejadian itu.

Jelasnya ketika kejadian anak perempuan dan isterinya berada di rumah dan insiden tikaman itu disedari anak perempuannya yang berusia 15 tahun.

Hasil ujian saringan ke atas suspek mendapati positif dadah jenis morfin dan suspek kini direman selama seminggu untuk siasatan lanjut mengikut seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah.

Manoharan berkata polis juga sedang mengesan senjata yang digunakan oleh anak ketujuh daripada 12 beradik itu. - Bernama

Cucu dipaksa gigit kasut sekolah

WARTAWAN SINAR HARIAN
Cucu dipaksa gigit kasut sekolah
Teck Fatt menunjukkan surat yang dihantar kepada PPD untuk tindakan susulan mengenai insiden yang berlaku kepada cucunya itu. 
20 April 2014
BERA - Seorang penjaga terpaksa membuat laporan polis berikutan insiden cucunya dipaksa menggigit kasut sekolah pada waktu persekolahan selepas gagal mencapai penyelesaian damai dengan pihak sekolah.

Chua Teck Fatt, 54 berkata, cucunya yang baru berusia tujuh  tahun bersama lebih 25 pelajar lain dalam kelas itu di sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan cina (SJKC) di daerah ini diminta berbuat demikian oleh seorang guru semasa kelas tambahan.

Menurutnya, tidak sewajarnya seorang guru bertindak sedemikian kepada pelajar terutama kepada mereka yang baharu tahun 1.

“Saya tidak pasti sama ada ibu bapa pelajar lain setuju dengan tindakan itu atau tidak, tetapi bagai pihak saya, tindakan itu satu penghinaan kepada pelajar.

“Walaupun pelajar itu bersalah, mereka tidak sepatutnya diminta menggigit kasut sekolah sendiri yang sedia kotor,” katanya.

Teck Fatt memberitahu, insiden itu berlaku pada 15 April lalu tetapi hanya mengetahuinya pada 16 April melalui ibu bapa pelajar lain.

Katanya, dia terpaksa menghantar surat kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) memaklumkan perkara itu bagi mendapatkan pembelaan sewajarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Suprintendan Zakaria Yusof mengesahkan menerima laporan daripada pengadu yang dibuat di Balai Polis Kemayan, kira-kira jam 4.38 petang semalam.

Dalam perkembangan lain, Zakaria memberitahu, tiga pelajar perempuan berusia 12 tahun di sebuah sekolah dekat tanah rancangan Felda dekat sini dicabul seorang guru lelaki semasa sesi pembelajaran.

“Kejadian berlaku pada 16 April lalu dan ibu bapa pelajar terbabit membuat laporan pada semalam (kelmarin) mengenai perkara itu.

“Berdasarkan siasatan awal, guru yang berusia 49 tahun itu dipercayai mengambil kesempatan dengan meraba payudara dan kemaluan ketiga-tiga pelajar itu semasa mencubit mereka sebagai denda,” katanya.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seskyen 354 Kanun Keseksaan.

Sembilan maut selepas minum oplosan di Jawa Timur


19 April 2014

JAKARTA - INDONESIA. Sembilan maut manakala yang lain dimasukkan ke hospital di Jawa Timur selepas minum 'oplosan', sejenis arak buatan tempatan, awal minggu ini.

Ketua Polis Malang Adi Deriyan Jayamarta berkata lebih 20 orang menghadiri dua jamuan pada Isnin, yang menyajikan oplosan.

Sejumlah 14 orang menghadiri jamuan di Jalan Sumberwaras, Kalirejo manakala sembilan lagi di Kampung Sidodadi, kedua-duanya terletak dalam daerah kecil Lawang di Malang.

"Setakat hari ini, sembilan orang maut. Lima mati di Sumberwaras dan empat lagi di Kampung Sidodadi," Adi dipetik oleh akhbar harian tempatan Jakarta Globe, sebagai berkata hari ini.

Beliau berkata pengunjung majlis itu dimasukkan ke tiga hospital di Malang iaitu Hospital Besar Dr Saiful Anwar, Hospital Wilayah Lawang dan Hospital Panti Nirmala.

"Tiga daripada mereka kritikal dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi," katanya.

Adi berkata polis kini menyiasat bahan-bahan yang digunakan untuk menyediakan koktel yang diminum dari 9 pagi hingga 11 malam pada Isnin.

Beliau berkata polis tidak dapat menjalankan bedah siasat ke atas beberapa mangsa kerana mayat mereka sudah dikebumi oleh keluarga masing-masing.

"Bagi menentukan punca kematian, polis mengambil sampel darah dan air kencing daripada seorang mangsa yang dirawat di Hospital Besar Dr Saiful Anwar di Malang.

"Kami mengesyaki mereka mendapat keracunan alkohol namun belum dapat mengesahkan sama ada ia disebabkan oleh metanol atau etanol," katanya. - Bernama

Remaja maut motosikal berlanggar lori

WARTAWAN SINAR HARIAN
Remaja maut motosikal berlanggar lori
Keadaan lori yang terbabas akibat kemalangan itu menyebabkan pemandunya turut mengalami kecederaan. 
Remaja maut motosikal berlanggar lori
Keadaan motosikal yang digunakan mangsa rosak terus selepas bertembung dengan sebuah lori.
20 April 2014
TAIPING - Dua remaja lelaki maut selepas terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 7.5 Jalan Taiping- Bagan Serai, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang itu, kedua-dua mangsa adalah penunggang dan pembonceng motosikal.

Menurutnya, mangsa Muhammad Fadhli Osman, 19 dan Muhammad Juffri Abdul Wahab, 17, maut di tempat kejadian.

“Kemalangan berlaku apabila sebuah lori yang datang dari arah Taiping menghala ke Bagan Serai telah berlanggar dengan sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Yusuf berkata, sebelum kejadian, lori terbabit dikatakan terlebih dahulu cuba mengelak sebuah motosikal lain yang tidak diketahui nombor pendaftarannya.

“Kemalangan tersebut juga mengakibatkan pemandu lori cedera ringan.

“Manakala kedua-dua remaja berkenaan maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian anggota badan,” katanya.

Dalam pada itu, Yusuf berkata, kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Kedua-dua mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.

“Sehingga kini siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengetahui punca kemalangan,” katanya.

Harijadi liar

Oleh Hadzlihady Hassan
Georgetown: Seramai 88 individu ditahan ketika mengadakan pesta Syabu di sebuah rumah banglo yang dijadikan sebagai inap desa di Jalan Masjid Negeri, di sini, awal pagi tadi.
Menurut sumber, dalam serbuan kira-kira jam 3 pagi itu, semua yang ditahan terdiri daripada 50 lelaki dan 38 wanita. 
"Ketika serbuan, beberapa lelaki yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri namun mereka berjaya ditahan. 

"Ujian saringan air kencing mendapati 35 lelaki dan 25 wanita positif dadah jenis Syabu," katanya.
Foto

Sumber berkata, hasil siasatan awal kumpulan terbabit mendakwa mereka menganjurkan satu sambutan harijadi buat rakan namun pemeriksaan lanjut mendapati mereka sebenarnya turut khayal kerana menghisap syabu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung penahanan itu namun enggan mengulas lanjut mengenainya dan akan membuat satu sidang media hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/20

'Serangan bunuh 58 orang adalah jenayah perang'


2014/04/20 - 07:46:45
JUBA: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata serangan yang membunuh sekurang-kurangnya 58 orang di sebuah pangkalan PBB di Selatan Sudan, lokasi perlindungan beribu-ribu orang awam mungkin “satu jenayah perang’.

Sambil meluahkan “kemarahan” terhadap serangan itu kelmarin, badan dunia itu menuntut kerajaan Selatan Sudan meningkatkan usaha mencegah serangan terhadap orang awam.
“Ahli Majlis Keselamatan mengutuk sekeras-kerasnya serangan itu dan menegaskan serangan terhadap orang awam dan pasukan pengaman PBB sebagai jenayah perang,” kata satu kenyataan yang dipersetujui semua ahli badan itu.

“Ahli Majlis Keselamatan meminta supaya kerajaan Selatan Sudan mengambil langkah segera memastikan keselamatan semua orang awam serta kawasan Perlindungan Awam UNMISS di Selatan Sudan.

“Siasatan juga patut dilakukan terhadap insiden ini supaya pelaku terbabit dibawa ke muka pengadilan.”

Awal hari sama, PBB mengesahkan sekurang-kurangnya 58 terkorban dan lebih 100 yang lain cedera dalam serangan itu. Kanak-kanak turut terkorban. PBB juga mengingatkan bahawa jumlah korban mungkin akan meningkat.

Wakil kanan PBB di negara dilanda perang itu, Toby Lanzer memuji pasukan pengaman India, Nepal dan Korea Selatan kerana berjaya melindungi 5,000 orang awam yang mungkin boleh terbunuh.
“Kami akan melakukan segala yang perlu untuk melindungi nyawa mereka yang di bawah perlindungan kami, termasuk dengan menggunakan senjata,” kata Lanzer kepada AFP.

Insiden pada Khamis lalu itu berlaku di pekan Bor yang dikawal kerajaan. Lanzer memperincikan bagaimana sekumpulan 350 pemuda bersenjata dengan berpakaian awam “menggunakan kekerasan untuk membolosi pagar” pangkalan PBB dan menembak ke arah orang awam yang ketakutan. - AFP

Malaysia hab penyeludupan?

AHMAD ISMADI ISMAIL
Ayub Yaakob
Ayub Yaakob 
20 April 2014
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius dakwaan masyarakat dunia mendakwa Malaysia sebagai hab penyeludupan dan perniagaan hidupan liar.

Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Bukit Aman, Datuk Wira Ayub Yaakob, berkata, hasil risikan dan maklumat diperoleh dari dalam dan luar negara memang mendapati dakwaan tersebut terhadap Malaysia.

“Hidupan liar itu bukan dari dalam negara, tetapi ia merupakan khazanah dari luar negara seperti gading gajah yang diseludup.

“Mereka menjadikan Malaysia sebagai transit atau hab penyeludupan hidupan liar untuk mengaut keuntungan serta menjayakan agenda yang tidak baik,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Save The Nature di Maktab PDRM, di sini, semalam.

Menurutnya, PDRM tidak mahu perkara sedemikian terus berlaku dalam masa yang sama melindungi khazanah hidupan liar di dalam negara.

“Terdapat juga usaha pihak yang tidak bertanggungjawab menyeludup haiwan eksotik seperti Pangolin (Tenggiling) serta hidupan liar lain termasuk flora yang turut sama terancam, kita harus berganding bahu melaksanakan penguatkuasaan bersama demi menjaga flora dan fauna,” katanya.

Beliau berkata, PDRM akan berbincang bersama agensi lain dalam usaha melaksanakan penguatkuasaan undang-undang  bagi membanteras jenayah alam sekitar daripada berterusan.

“Pada peringkat awal, kita menyampaikan penerangan, nasihat, amaran, sebelum tindakan tegas dilaksanakan secara berterusan,” katanya.

Seminar dua hari itu bertujuan mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pencegahan perlakuan jenayah alam semula jadi dan resolusi dalam menangani jenayah alam semula jadi.

Sebanyak 10 kertas kerja dibentangkan pada seminar itu antaranya, pengurusan alam sekitar, pembalakan haram, kesedaran alam sekitar dan isu-isu pemuliharaan, perancangan dan pemuliharaan hutan di Semenanjung Malaysia.

Pada tahun 2009, Malaysia pernah disenaraikan sebagai antara 10 hab antarabangsa penyeludupan hidupan liar oleh sebuah pertubuhan.

Senarai ini adalah melalui kajian dan penyelidikan yang dilaksanakan oleh pertubuhan itu, iaitu melalui faktor lokasi dan keadaan bentuk muka bumi negara ini yang kaya dengan khazanah dan cukup strategik mengundang jenayah sedemikian.

Gurauan kematian jadi kenyataan

ROSDALILAH ZAHARI
Gurauan kematian jadi kenyataan
Mendiang Michael diusung memasuki van untuk dibawa ke KLIA sebelum dihantar pulang ke kampung halamannya di India.
20 April 2014


IPOH - Gurauan mengenai mati bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh Ram Singh, 74, bersama pembantu peribadinya, Michael Cornelius Jayakrishnan, 39, di pejabatnya Rabu lalu adalah gurauan terakhir mereka sebelum kedua-duanya maut dalam kemalangan keesokan harinya.

Anak tunggal perempuan mendiang Karpal, Sangeet Kaur Deo, berkata, dia mendengar cerita tersebut daripada pekerja bapanya yang kebetulan mendengar gurauan itu.

Menurutnya, Michael amat disenangi dan seorang yang periang dan ceria yang suka berjenaka.

Sangeet berkata, bapanya sangat rapat dengan Michael dan mereka selalu bergurau di dalam pejabat bersama.

“Pada pagi Rabu lalu, bapa saya sempat bergurau dengan Michael, (berbunyi) "tanpa Michael saya akan mati" dan Michael pula membalas, "tanpa bos saya akan mati".

“Pada ketika itu, hanya pekerja yang berada di pejabat mendengar gurauan dan melihat mereka dalam keadaan ceria,” katanya yang tidak berada di pejabat pada waktu itu.

Anak keempat daripada lima adik beradik itu ditemui di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini ketika menuntut mayat Micheal untuk dibawa pulang ke India.

Turut kelihatan, anak ketiga Karpal  yang turut terbabit dalam kemalangan Khamis lalu, Ramkarpal Singh dan anak bongsunya, Man Karpal Singh.

Selain itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Michael yang dianggap sangat setia dan jujur terhadap Karpal sepanjang berkhidmat sebagai pembantu peribadi sejak sembilan tahun lalu.

Upacara keagamaan turut diadakan selama 20 minit sebelum Michael dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk dibawa pulang ke kampung halamannya di Vellore, Tamil Nadu, India menaiki pesawat MH180 yang berlepas jam 10 malam semalam.

Mendiang meninggalkan seorang isteri dan dua anak.

Dalam kejadian pagi Khamis lalu, MPV jenis Toyota Alphard hilang kawalan sebelum merempuh belakang sebuah lori dan meragut nyawa Karpal dan Michael.
Kemalangan itu, turut menyebabkan pembantu Indonesia, Selfiana Rengga, 26, cedera parah dan kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HRPB, di sini.
Kejadian di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan berlaku, ketika mendiang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang.

Lelaki maut langgar kren

WARTAWAN SINAR HARIAN
Lelaki maut langgar kren
Raghuneswaran maut di tempat kejadian. 
20 April 2014
BUTTERWORTH - Seorang lelaki maut apabila apabila motosikal yang ditungganginya melanggar  sebuah kren di Jalan Baru berhampiran pusat beli-belah Megamal Pinang awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, S Raghuneswaran, 24, yang berasal dari Taman Sejahtera, Bukit Mertajam maut di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Jurucakap polis memaklumkan, mangsa sedang menunggang sendirian dari arah Perai menuju ke Bukit Tengah sebelum melanggar kren yang berada di bahagian tengah jalan.

Difahamkan, kren berkenaan sedang digunakan untuk membaik pulih papan tanda iklan di kawasan berkenaan.

Mangsa yang merupakan pekerja kilang dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya sebelum kejadian terbabit.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas, namun dapat dikawal kira-kira setengah jam kemudian.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dua tekong laut kantoi

WARTAWAN SINAR HARIAN
Dua tekong laut kantoi
Abu Bakar bertanya sesuatu kepada Pati yang ditahan. 
20 April 2014
BANDA HILIR - Tindakan dua tekong laut yang cuba menyeludup keluar 13 pendatang asing tanpa izin (Pati) ke Indonesia berjaya ditumpaskan Jabatan Imigresen negeri dalam Ops Serkap di persisiran Pantai Duyong, di sini, malam semalam.

Terdahulu, kesemua warga Indonesia berusia antara 21 hingga 70 tahun itu ditahan Polis Marin dalam sebuah bot pancung sejauh 0.3 batu nautika dari persisiran pantai itu.

Pemangku Pengarah Imigresen Melaka, Abu Bakar Sidek Hasan berkata, dua tekong laut yang juga warganegara Indonesia berusia 32 dan 35 tahun itu turut ditahan.

“Kesemua Pati cuba menyeludup keluar dari negara ini mengikut laluan berkenaan kerana mereka tidak mempunyai sebarang dokumen sah atau permit sudah tamat tempoh.

“Dipercayai mereka membayar antara RM400 hingga RM600 seorang untuk diseludup keluar,” katanya semasa ditemui di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di sini.

Dalam pada itu, seorang ibu tunggal berusia 40 tahun yang berasal dari Batu Kikir, Negeri Sembilan turut ditahan kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti penyeludupan berkenaan.

Dia yang ditahan pada jam 7.55 petang kelmarin, mendakwa tidak mengetahui dua lelaki Indonesia itu adalah Pati selepas mengambil dan menghantar mereka di Kampung Padang Temu sebelum menaiki bot ke negara itu.

Abu Bakar berkata, pihaknya mengambil masa selama tiga bulan melakukan intipan selepas mengesan berlakunya aktiviti penyeludupan Pati di kawasan itu.

Kilang proses ayam kantoi

WARTAWAN SINAR HARIAN
Kilang proses ayam kantoi
Pekerja kilang terpaksa mengaut sisa lemak yang timbul secara manual. 
20 April 2014
KUALA SELANGOR - Tindakan pengusaha kilang penyembelihan dan pemprosesan ayam yang membuang sisa kumbahan dan lemak ayam berbau busuk dari longkang kilang akhirnya berjaya dihidu pihak berkuasa tempatan (PBT).

Bahkan, gara-gara gagal mematuhi kebersihan kilang seperti yang ditetapkan, dua kompaun dikenakan kepada penguasa kilang di Jalan Bagan Tengkorak, Tanjong Karang di sini sebagai pengajaran.

Tindakan tegas itu diambil susulan aduan orang ramai yang tidak sanggup lagi berdepan pencemaran bau busuk akibat sisa kumbahan yang dibuang di sepanjang parit kampung itu sehingga ke Parit Tiga, Sungai Burong.

Setiausaha Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Azahari Sairin berkata, tinjauan mengejut dibuat pegawai Jabatan Perkhidmatan Bandar dan Kesihatan Persekitaran,
Pelesenan, Kawalan Bangunan, Perancangan Pembangunan dan Landskap MDKS bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah Kuala Selangor serta Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor.

Menurutnya, tinjauan mendapati sistem loji rawatan yang digunakan untuk rawatan sisa kumbahan tidak diselenggarakan dengan baik menyebabkan masih ada sisa lemak ayam terlepas selepas ‘final discharge’.

“Hasil pemantauan dalam kilang menunjukkan keadaan tidak terurus dan sangat kotor. Masih terdapat sisa ayam bersepah di atas lantai manakala banyak peralatan kilang rosak dan tidak diselenggara dengan betul.

“Mungkin disebabkan usia kilang sudah melebihi 10 tahun dengan kapasiti pengeluaran yang dipercayai melebihi had berikutan kilang terbabit memproses 30,000 ayam setiap hari menyebabkan parit di hadapan kilang terus tercemar dengan lemak ayam sehingga mengundang bau busuk dan memualkan,” katanya.


Enam bulan terlalu lama

Azahari berkata, pengusaha kilang terbabit berjanji untuk membuat penambahbaikan dalam tempoh enam bulan bagaimanapun, pihaknya menyifatkan tempoh itu agak lama sekali gus dikhuatiri memberi kesan kepada penduduk.

“Saya akan minta pihak kilang buat penambahbaikan serta-merta termasuk tindakan pembersihan mengikut kaedah ‘mudball’ yang disarankan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah Kuala Selangor.

“Kaedah itu dikatakan boleh mengurangkan pencemaran bau di kawasan kilang manakala Jabatan Perancangan Bandar MDKS memberi peringatan tegas supaya kilang ini menjaga kebersihan memandangkan kerja pemprosesan makanan dibuat di sini," katanya.

Menurutnya, Jabatan Perkhidmatan Bandar dan Persekitaran MDKS mengeluarkan dua kompaun di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 atas kesalahan mengalirkan ke dalam sungai benda kumbahan pepejal dan cecair.

“Kompaun kedua di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Perlesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian MDKS 2007 atas kesalahan tidak menjaga premis supaya baik dan bersih setiap masa,” katanya.


Bau busuk sudah tiada

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Sungai Burong, Jiat Ehsan, 58, berterima kasih dengan keprihatinan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang membantu menyelesaikan masalah bau busuk itu.

“Syukur sangat-sangat sebab sekarang ini bau dah makin kurang dan hari ini tiada bau langsung. Mungkin sebab tindakan tegas PBT beri kesan kepada pengusaha kilang terbabit.

“Inilah yang kami tunggu selama ini dan harap pemantauan berkala dapat dijalankan sebab tak mahu sisa kumbahan bau busuk dibuang lagi di kawasan parit kampung.

“Cukup-cukuplah penduduk terpaksa bau busuk setiap hari. Alhamdulillah syukur dengan semua tindakan baik PBT dan pemimpin setempat yang sudi tolong orang kampung,” katanya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar memberi tempoh sebulan kepada pihak berkenaan supaya menyelesaikan masalah pencemaran bau busuk di Jalan Bagan Tengkorak itu yang mengganggu ketenteraman penduduk.

Sorok rokok seludup dalam peti ais

NIK AMIRULMU'MIN NIK MIN
Sorok rokok seludup dalam peti ais
Seorang anggota PPM Wilayah 3 menunjukkan sebahagian rokok seludup yang dirampas daripada peniaga terbabit. 
20 April 2014
KUANTAN - Seorang peniaga kedai runcit dikesan menjadikan peti ais dalam premis kedainya sebagai tempat untuk menyorok stok rokok seludup bagi mengelabui mata pihak berkuasa.

Taktik peniaga berusia 32 tahun itu bagaimanapun berjaya dibongkar selepas kedainya di Kampung Chengal Lempong dekat sini diperiksa sepasukan anggota Pasukan Polis Marin (PPM), kelmarin.

Dalam serbuan atas maklumat awam diketuai Inspektor Mohd Armi Alpaka itu, sebanyak 43 kotak rokok seludup ditemui disorok dalam premis itu termasuk sebahagiannya disimpan dalam peti ais.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah 3, Kuantan, Asisten Superintendan Khairuddin Jamal berkata, susulan penemuan rokok seludup terbabit, peniaga itu ditahan untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, hasil soal siasat yang dijalankan,  peniaga terbabit mendedahkan lokasi stor penyimpanan  bekalan rokok  seludup itu apabila membawa polis ke rumahnya di Taman Sri Bayu, Beserah.

“Hasil pemeriksaan ke atas rumahnya, polis menemui 88 karton rokok seludup pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM8,632.

“Suspek dipercayai menjadikan rumahnya sebagai stor simpanan sebelum dibawa rokok itu ke kedai untuk dijual kepada pelanggan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Khairuddin berkata, kejayaan membanteras penjualan rokok tanpa cukai itu hasil maklumat daripada orang awam selain risikan yang dilakukan anggotanya.

“Lelaki terbabit dibawa ke Markas PPM Wilayah 3 untuk siasatan lanjut manakala kesemua rokok dirampas,” katanya.

Beliau berkata,  kes disiasat di bawah Seksyen 135 (d) Akta Kastam 1967.

Bom lama disangka besi buruk

Bom lama disangka besi buruk
Objek aneh ini diletakkan semula di tempat asal selepas Zulkifli menyedari ia merupakan sebutir bom lama yang masih aktif.
RAIHAM MOHD SANUSI
20 April
KEMAMAN - “Saya sangka objek itu besi buruk, sebab itu saya ambil dan bawa pulang ke rumah,” kata pemandu jengkaut, Zulkifli Jusoh, 36, yang nyaris maut selepas objek yang ditemui dalam semak berdekatan rumahnya di Bandar Seri Bandi, Kijal, di sini, tiga hari lalu rupanya sebutir bom yang masih aktif.

Bom lama dipercayai peninggalan era Perang Dunia Kedua itu ditemuinya dalam keadaan separuh tertanam di dalam tanah.

Zulkifli berkata, dia ternampak objek aneh berkenaan yang diperbuat daripada tembaga ketika berhenti di tepi jalan berhampiran semak kira-kira 500 meter dari rumahnya untuk membuang air kecil.

“Tertarik melihat bentuknya, saya ambil objek itu dan bawa balik ke rumah tapi lepas saya teliti dan amatinya secara dekat, ia bukanlah besi buruk biasa. Sebab rasa tak sedap hati, saya dapatkan bantuan penduduk kampung dan rata-rata yang melihatnya mengatakan ia adalah bom lama.

“Keesokannya iaitu kira-kira jam 12 tengah hari saya letakkan semula objek itu di tempat asalnya sebelum saya hubungi pihak polis dan petang semalam (kelmarin) saya turut buat laporan polis mengenai penemuan bom itu di Balai Polis Seri Bandi,” katanya ketika ditemui, semalam.

Zulkifli berkata, dia bernasib baik kerana tidak tergerak hati untuk mengetuk atau membelah objek sebesar lengan itu.

“Kalau saya ketuk objek itu atau kalaulah objek itu terjatuh semasa saya sedang memegangnya, mungkin akan jadi letupan besar yang dahsyat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam yang mengesahkan penemuan itu berkata, sejurus mendapat panggilan, Unit pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman segera bergegas ke lokasi kejadian.

“Kita tidak menolak kemungkinan bom lama itu digugurkan oleh kapal terbang pada era perang dunia dahulu dan tertanam di kawasan itu. Bagaimanapun siasatan lanjut masih kita jalankan,” katanya.

Susulan itu, polis melakukan tindakan segera dengan memusnahkan bom tersebut di kawasan semak kira-kira satu kilometer dari kawasan perumahan Seri Bandi pada jam 9 pagi semalam.

Suami isteri ditimpa kemalangan

WARTAWAN SINAR HARIAN
Suami isteri ditimpa kemalangan
Che Rohani tidak dapat berjalan sejak terlibat dalam kemalangan jalan raya, bulan lalu. 
20 April 2014
KUALA KRAI - Sudah jatuh ditimpa tangga adalah ungkapan paling sesuai untuk menceritakan nasib sebuah keluarga di Bekok, dekat sini apabila isteri yang mengambil alih tugas menyara keluarga selepas suaminya terlantar akibat kemalangan menerima nasib sama dan kini tidak dapat meneruskan rutin harian sejak sebulan lalu.

Che Rohani Che Mat, 50 yang bertugas sebagai tukang cuci di Hospital Kuala Krai kehilangan mata pencarian setelah terlibat dalam kemalangan mengakibatkan kaki kirinya patah dan urat pada bahagian tersebut turut terputus.

Bagaimanapun, tiga beranak ini bernasib baik kerana ketua keluarga, Muhamad Zaki Awang, 40-an yang sebelum ini bekerja sebagai pengawal keselamatan mencarum dengan Perkeso dan membolehkannya menerima bantuan bulanan sejak awal tahun ini.

Wang bantuan RM975 yang diterima daripada Perkeso digunakan sepenuhnya untuk kos perubatan, persekolahan anak tunggal mereka, Nurul Anis Syafikah, 10 dan untuk perbelanjaan harian mereka sekeluarga.

Disebabkan suami-isteri itu tidak dapat menguruskan diri, adik-beradik mereka yang tinggal berdekatan sentiasa membantu untuk memasak, memandikan Muhamad Zaki serta memberi makan secara bergilir-gilir mengikut masa lapang masing-masing.

Che Rohani bersyukur kerana mendapat bantuan kewangan daripada Perkeso selain menerima bantuan lampin pakai buang, tilam dan katil.

"Tanpa bantuan tersebut, saya tidak tahu bagaimana mahu cari sumber kewangan untuk biaya kehidupan kami anak-beranak. Kami beli segala keperluan dengan wang bantuan Perkeso dan bantuan lain yang turut diterima dapat mengurangkan beban kami sekeluarga," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, kakak ipar Che Rohani, Rosbani Ibrahim, 55 merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu keluarga adiknya seperti Perkeso.

"Tindakan segera membolehkan adik saya sekeluarga tidak perlu tunggu lama untuk dapat bantuan. Pihak Hospital Kuala Krai juga banyak membantu dan turut datang ke rumah untuk rawat Muhammad Zaki. Kami amat menghargai kerjasama yang diberikan," katanya.

Kisah keluarga ini pernah disiarkan oleh Sinar Harian tahun lalu.

Pegawai TUDM ditahan di Texas


NOOR AINULYAKIN MOHAMAD ISHAK
20 April 2014

Pegawai TUDM ditahan di Texas
Pegawai TUDM ditahan di Texas Pegawai TUDM yang ditahan disyaki cuba seludup senjata api.



SHAH ALAM – Seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat mejar ditahan di San Angelo, Texas, Amerika Syarikat kerana disyaki cuba menyeludup senjata api  ke Kuala Lumpur.

Memetik sebuah portal berita antarabangsa, bigcountryhomepage.com, pegawai TUDM terbabit ditahan sebelum menaiki penerbangan pulang ke Malaysia, kelmarin.

Menurut portal sama, penahanan dibuat selepas imbasan ke atas beg dan kotak milik pegawai itu mendapati ada objek meragukan.

“Apabila kotak dibuka, pihak berkuasa San Angelo menemui sepucuk pistol kaliber PT- 22, .22 bersama kelopak berisi lapan butir peluru jenis .22 caliber.

“Ketika ditemui, senjata itu dilekatkan di antara pembuka botol dan pembuka tin sebelum dibalut dengan pita pelekat,” kata laporan di portal itu.

Menurut laporan di portal itu lagi, pegawai TUDM yang sudah menaiki pesawat kemudiannya diiring keluar oleh pihak polis untuk siasatan berhubung penemuan senjata tersebut.

“Bagaimanapun, pegawai terbabit memaklumkan dia menyembunyikan senjata itu bagi mengelak dikesan sebaik tiba di Malaysia,” jelas portal itu.

Difahamkan, hasil siasatan mendapati pegawai TUDM itu memasuki Amerika Syarikat secara sah sejak 5 Januari lalu untuk menjalani latihan ketenteraan di Pangkalan Tentera Udara Gooffellow, San Angelo.

“Pegawai itu hanya berada di pangkalan terbabit sepanjang tempoh tersebut,” kata portal berkenaan.

Menurut portal itu, pegawai TUDM itu dipercayai membeli senjata api terbabit ketika menghadiri pertunjukan senjata di Sweetwater.

Katanya, dua vendor pertama enggan menjual senjata api kepadanya berikutan dia bukan warganegara, namun vendor ketiga yang ditemui dalam pertunjukan itu bersetuju menjual senjata api itu pada harga AS$200 (RM648).

Portal sama melaporkan, pegawai TUDM berkenaan tidak sepatutnya memiliki dan menyembunyikan senjata api dalam beg untuk diseludup masuk ke Malaysia.

Menurut portal itu lagi, pegawai TUDM itu kini ditahan di Lubbock, Texas untuk pendakwaan.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera Udara, Tan Sri Rodzali Daud ketika dihubungi Sinar Harian semalam, enggan mengulas lanjut.

Beliau berkata, bagaimanapun pihaknya akan mengeluarkan satu kenyataan media dalam tempoh terdekat berhubung perkara itu.

Tiga parah termasuk seorang bayi


M FEISAL NORAWI
20 April 2014

Tiga parah termasuk seorang bayi
Tiga parah termasuk seorang bayi Kanak-kanak lelaki ini yang cedera di kepala didukung anggota penyelamat.

Tiga parah termasuk seorang bayi
Seorang anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia membantu seorang kanak-kanak yang cedera membabitkan nahas bas awal pagi semalam.

Tiga parah termasuk seorang bayi
Pasukan penyelamat memberi rawatan awal ke atas mangsa yang cedera apabila sebuah bas ekspres dengan muatan 27 penumpang termasuk dua pemandu dari Kuantan ke Kuala Lumpur terbabas dan terbalik.
TEMERLOH - Tiga penumpang termasuk seorang bayi 11 bulan parah apabila sebuah bas ekspres membawa 27 orang dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur terlibat dalam kemalangan kira-kira 10 kilometer dari Plaza Tol Temerloh, awal pagi semalam.

Kejadian kira-kira jam 1.15 pagi itu, bas berkenaan dikatakan terbalik sebelum terjatuh dan tersangkut dalam longkang di sebelah kiri jalan.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, berdasarkan siasatan, bas dipercayai terbabas dan melanggar pengadang jalan sebelah tengah lebuh raya.

“Akibat pelanggaran ini, bas hilang kawalan dan terbalik sebelum terjatuh ke dalam longkang di bahagian kiri jalan.

“Kejadian menyebabkan tiga penumpang parah termasuk seorang bayi dan enam cedera, manakala enam lagi masih dalam pantauan,” katanya.

Abdul Aziz berkata, kesemua mangsa dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh termasuk pemandu yang sedang diberi pemantauan akibat luka di bahagian muka.

Beliau berkata, kesemua mangsa parah dalam keadaan stabil dan telah sedarkan diri termasuk bayi lelaki yang mengalami kecederaan di bahagian pergelangan tangan.

Menurutnya, polis akan melakukan siasatan menyeluruh termasuk ujian air kencing dan ujian darah serta alkohol ke atas pemandu terbabit.

“Kawasan kejadian bukanlah kawasan kemalangan dan semasa kejadian kawasan baik meskipun sedikit berkabus.

“Siasatan masih giat dilakukan dan kita tidak menolak kemungkinan kejadian berpunca akibat pemandu mengantuk,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mejar balik kursus cuba seludup pistol


2014/04/20 - 07:05:42
Kuala Lumpur: Seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat Mejar, ditahan pihak berkuasa Amerika Syarikat di Lapangan Terbang Mathis Field, di San Angelo, selepas dipercayai cuba menyeludup senjata api ke Kuala Lumpur.

Pegawai terbabit ditahan pada 16 April lalu, selepas sepasukan Agen Pentadbiran Keselamatan dan Pengangkutan Lapangan Terbang (TSA) dan Kastam, melakukan pemeriksaan pengimbas ke atas bagasi dan kotak dibawanya, sebelum mengesan objek mencurigakan.


Menurut laporan portal berita Big Country Homepage, selepas membuka beg pegawai itu, pasukan keselamatan menemui peti sejuk beku kecil yang di dalamnya pistol jenis Taurus PT-22 .22 Kaliber, dibalut dengan bungkusan plastik.

Turut ditemui satu megazine yang mengandungi lapan butir peluru .22 Kaliber, pencabut gabus, pembuka tin serta barring pistol berkenaan yang dipisahkan bagi mengelak dikesan semasa pemeriksaan di lapangan terbang.

Sebaik senjata api berkenaan ditemui, pasukan keselamatan kemudiannya memanggil keluar pegawai terbabit yang sudah pun berada di dalam pesawat sebelum menahannya untuk siasatan lanjut.

Siasatan awal mendapasti, pegawai itu yang menjalani kursus latihan ketenteraan di Pangkalan Tentera Udara AS Goodfellow, San Angelo, sejak 5 Januari lalu, mengaku membeli senjata daripada seorang pembekal ketika menghadiri pameran senjata api.

Menurutnya, dia juga turut menjalankan urus niaga dengan seorang penuntut warga asing di San Angelo, bagi mendapatkan megazine berisi peluru hidup untuk pistol berkenaan yang dibeli dengan harga USD200 (RM648).
Katanya, dia sedar kesalahan yang dilakukannya itu, tindakannya menyembunyikan senjata api itu dalam peti sejuk beku dalam bagasi bertujuan mengelak daripada dikesan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Laporan itu turut memberitahu, pegawai berkenaan yang sudah dipindahkan ke pusat tahanan Lubbock, Jumaat lalu, untuk siasatan lanjut sebelum proses pendakwaan dan berhadapan hukuman penjara selama 10 tahun sekiranya didapati bersalah.

GRO asing terima bayaran lumayan

GRO asing terima bayaran lumayan
IPK Selangor mengadakan serbuan ke atas sebuah pub yang beroperasi tanpa lesen dan menahan GRO asing dalam Ops Noda di Jalan Pasar, Klang. - Foto ihsan Sin Chew 
Klang: Pelayan pelanggan (GRO) dari Thailand dan Vietnam semakin `ghairah' mencari duit di negara ini berikutan bayaran `tips' sehari yang diterima mencecah ratusan ringgit sehari.

Malah, bayaran mereka meningkat berkali ganda jika GRO bukan saja melayan pelanggan di kelab semalam, sebaliknya turut menawarkan khidmat seks di hotel berhampiran kepada pelanggan tetap kelab berkenaan.

Perkara itu diakui oleh 19 GRO warga asing yang ditahan, ketika serbuan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada jam 11.45 malam, kelmarin.


Jurucakap polis berkata, siasatan mendapati wanita warga asing yang ditahan berusia 19 hingga 38 tahun itu masuk ke negara ini sebagai pelancong serta menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Beliau berkata, polis turut menahan seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai penjaga premis. Dalam operasi malam ini, polis memeriksa 35 pelanggan, namun semuanya dibebaskan selepas menjalani siasatan dokumentasi.

“Siasatan mendapati premis tidak mempunyai lesen dan ketika serbuan dijalankan, premis berkenaan masih beroperasi dan pelanggan pula sedang berhibur bersama GRO warga asing.

"Polis merampas wang tunai RM392, peralatan audio dan empat keping bil tunai daripada premis berkenaan. Semua GRO warga asing yang ditahan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara untuk siasatan lanjut," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 55(b) Akta Imigresen, Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen dan Seksyen 11(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

Tiga suspek ditahan suspek kes culik, bunuh


2014/04/20 - 07:09:00
Kuala Lumpur: Polis Thailand menahan tiga lelaki termasuk seorang rakyat Malaysia yang dipercayai dalang utama kes penculikan dan pembunuhan kejam seorang ahli perniagaan warga negara ini, di daerah Sathing Phra 20 Februari lalu.

Suspek rakyat Malaysia dikenali sebagai Teao Tsi Sheng, 41, bersama dua lagi rakannya warga tempatan Somchai Nantanoi, 31, dan Jane Amnatsan, 46, turut dipercayai bersekongkol dengan empat lagi individu untuk menculik dan membunuh Lee His Huei, 60.


Lee adalah ahli perniagaan Malaysia yang aktif dalam industri import - eksport makanan laut di Selatan Thailand dipercayai dibunuh ketika berada dalam tahanan suspek sebelum mayatnya ditanam oleh suspek.

Menurut laporan portal berita Bangkok Post, Teao ditahan ketika berada di daerah Hat Yai selepas dua rakannya yang diberkas itu mendedahkan kaitannya dalam merancang penculikan ahli perniagaan berkenan.

“Teao dipercayai menghubungi Lee dan meminta lelaki berkenaan terbang ke Hat Yai untuk berbincang hal perniagaan. Selepas mangsa tiba pada 16 Februari lalu, dia diculik dan dibawa ke kawasan hutan di daerah Sadao berhampiran Padang Besar, Perlis.

“Suspek kemudian menghubungi keluarga mangsa dan meminta wang tebusan sebanyak 8 juta Baht (RM805,344) untuk melepaskan lelaki berkenaan,” katanya.

Kapten Sewol ditahan

Foto
PASUKAN mencari dan menyelamat berusaha mencari mangsa feri yang karam di Jindo, semalam. 
JINDO: Penyiasat semalam menahan kapten yang dituduh lari meninggalkan feri Korea Selatan yang karam empat hari lalu dengan 476 orang penumpang, tatkala penyelam akhirnya berjaya memasuki feri berkenaan dan mengesan mayat di dalamnya.

Tiga mayat ditemui semalam, menjadikan 32 orang disahkan maut dalam bencana itu, tetapi 270 masih hilang.

Kapten feri itu, Lee Joon-Seok dan dua kru ditahan awal pagi semalam, didakwa dengan kecuaian dan gagal menjamin keselamatan kepada penumpang yang melanggar undang-undang maritim.


Kapten berusia 69 tahun itu teruk dikritik kerana lari meninggalkan feri ketika ia karam pagi Rabu lalu di luar pantai barat daya dengan beratus penumpang masih terperangkap di atasnya, kebanyakan pelajar sekolah tinggi yang dalam perjalanan bercuti.

Pasukan penyelam yang menghabiskan dua hari sia-sia menentang arus kuat dan jarak pemandangan hampir sifar, akhirnya berjaya memasuki dek penumpang kapal seberat 6,825 tan itu.

“Penyelam awam nampak tiga mayat menerusi tingkap. Mereka cuba masuk dan menarik mayat dengan memecahkan tingkap tetapi ia amat sukar,” kata timbalan pengarah pengawal pantai kebangsaan, Choi Sang-Hwan, dalam taklimat kepada saudara mara yang hilang.

Jaring dipasang di sekeliling feri yang karam itu untuk mengelakkan mayat dihanyutkan ketika proses pencarian, kata Choi, sambil menambah pasukan penyelamat tidak berputus asa mencari mangsa terselamat yang terperangkap dalam poket udara.
Sementara itu kapten Lee dengan dua pegawai yang bertanggungjawab ketika itu, memakai baju hujan hitam dengan hud dinaikkan kelihatan tunduk ketika dibawa ke depan kamera televisyen di balai polis.

Disoal oleh wartawan televisyen mengapa penumpang diarahkan tidak bergerak selama lebih 40 minit selepas kapal itu mula tenggelam, Lee berkata ia adalah langkah keselamatan. “Ketika itu kapal penyelamat belum tiba. Tiada bot nelayan atau kapal lain berhampiran untuk usaha menyelamat. Arus amat kuat dan air amat sejuk di kawasan berkenaan ketika itu.

“Saya sangka penumpang akan dihanyutkan dan bermasalah jika mereka dipindahkan dengan cuai,” katanya. - AFP

Pelakon terkenal kena tahan positif dadah


2014/04/20 - 06:44:02
Kuala Lumpur: Seorang pelakon lelaki terkenal antara 41 individu yang ditahan dalam Ops Cantas Khas, Polis Daerah Dang Wangi, di dua premis hiburan di Jalan P Ramlee, awal pagi semalam.

Selain pelakon berusia 35 tahun dan pernah membintangi beberapa filem box office, termasuk Khurafat itu, 20 wanita warga asing dipercayai pelacur.
Ujian positif ganja


Berdasarkan dua ujian air kencing, pelakon itu disahkan mengambil ganja, manakala dua pengunjung lelaki terbabit dalam pengambilan syabu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, berkata operasi bertujuan membanteras kegiatan jenayah keganasan dan jenayah sosial, selain pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Beliau berkata, pihaknya memeriksa 110 individu iaitu pengunjung dan pekerja premis hiburan bagi mengesan rekod kesalahan lampau.
“Mereka yang ditahan diarah menjalani ujian air kencing dan tapisan awal dilakukan dengan 41 daripada mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.


Tawar seks

“Dalam serbuan di kedua-dua premis ini, kita menahan wanita Vietnam dan Filipina yang menawarkan khidmat seks kepada pelanggan di hadapan serta di dalam kelab berkenaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Zainuddin berkata, pihaknya turut menahan tiga deejay warga tempatan kerana menggunakan cakera padat cetak rompak.

“Operasi seperti ini akan dijalankan setiap masa bagi memastikan kawasan utama pusat bandar raya Kuala Lumpur (Dang Wangi), bebas jenayah,” katanya.

Pemandu jadi punca nahas?



ANGGOTA keselamatan dan kakitangan perubatan dari Hospital Temerloh dan Raub bertungkus-lumus menyelamatkan penumpang bas yang cedera dalam kemalangan di Kilometer 116 Lebuh Raya Pantai Timur, Temerloh, pagi semalam. - mingguan/MAHATHIR ALI
TEMERLOH 19 April - Genap seminggu kemalangan melibatkan bas ekpsres yang meragut tiga nyawa termasuk sepasang suami isteri di Kilometer 11, Jalan Bentong-Raub, tragedi yang hampir sama berulang.
Kali ini tiga penumpang termasuk seorang bayi berusia 11 bulan parah manakala 13 lagi termasuk pemandu cedera selepas bas ekspres yang membawa 27 penumpang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 116, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) berhampiran Plaza Tol Temerloh di sini awal pagi ini.
Lebih dikesalkan jika dalam kemalangan Sabtu lalu, pemandu dikatakan positif dadah dan asyik bermain khidmat pesanan ringkas (SMS), kemalangan terbaharu ini juga turut dikaitkan dengan kecuaian pemandu sebagai punca kejadian.
Ia berikutan dakwaan penumpang yang menyatakan pemandu berada dalam keadaan mengantuk dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 pagi itu sehingga menyebabkan bas terbabit terbalik beberapa kali sebelum terjatuh dan tersangkut di dalam longkang di sebelah kiri lebuh raya berkenaan.
Mangsa yang parah ialah Mohd. Izzudin Yusof, 28; Ishamudin Musa, 39; dan Muhd. Haziq Aizat Nazmi, 1.
Siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan kemalangan itu berpunca daripada pemandu bas yang mengantuk dan difahamkan, bas berkenaan bertolak ke Kuala Lumpur lewat sejam daripada jadual sepatutnya iaitu pada pukul 10.30 malam.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, siasatan awal mendapati bas berkenaan terbabas dan melanggar penghadang jalan di tengah lebuh raya.
"Kejadian itu menyebabkan 15 orang cedera termasuk tiga parah dan kesemua mereka kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) di sini," katanya di sini hari ini.
Menurutnya, pemandu bas tersebut turut dimasukkan ke hospital sama dan kini diberi pemantauan doktor akibat luka di bahagian muka.
Katanya, kesemua mangsa yang cedera parah stabil dan telah sedarkan diri termasuk bayi lelaki yang mengalami kecederaan di bahagian pergelangan tangan.
Dalam pada itu, Abdul Aziz, berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan punca kejadian masih lagi disiasat.
Katanya, pihak polis akan melakukan siasatan menyeluruh termasuk melakukan ujian air kencing dan juga ujian darah serta alkohol ke atas pemandu terbabit.
"Tempat kejadian itu bukanlah kawasan kemalangan dan semasa kejadian cuaca baik serta sedikit berkabus. Siasatan masih giat dilakukan dan kita tidak menolak kemungkinan kemalangan berlaku akibat pemandu mengantuk," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140420/dn_08/Pemandu-jadi-punca-nahas#ixzz2zOdLdYlo
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pelajar buat laporan polis dakwa dirogol


KUCHING 19 April - Seorang pelajar perempuan tingkatan dua membuat laporan polis hari ini mendakwa telah dirogol rakan lelakinya di kawasan semak dekat Taman Rafia, Sri Wangi, Petra Jaya di sini.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad yang mengesahkan kejadian berkata, mangsa merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Petra Jaya mendakwa rakan lelaki yang baharu dikenali seminggu lalu telah menjemputnya di rumah dengan menaiki motosikal.
Katanya, rakan lelakinya itu hanya dikenali sebagai Amirzul dan berusia 19 tahun.
"Menurut mangsa, lelaki berkenaan memaksanya membuat hubungan seks sebelum dihantar pulang ke rumahnya semula.
"Walau bagaimanapun, mangsa tidak memberitahu kepada ahli keluarganya mengenai kejadian itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.
Mengulas lanjut Roslan Bek berkata, remaja perempuan itu kemudiannya menceritakan kejadian itu kepada guru kaunseling selepas mengadu sakit di bahagian kemaluan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sabah_&_Sarawak/20140420/wb_01/Pelajar-buat-laporan-polis-dakwa-dirogol#ixzz2zOfMU4k2
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Gempa susulan 6.1 magnitud gegar Papua New Guinea


2014/04/20 - 11:05:52
SYDNEY: Gempa bumi susulan berukuran 6.1 magnitud melanda pulau Bougainville, Papua New Guinea, awal pagi tadi, selepas gempa kuat sehingga mencetuskan amaran tsunami menggegarkan kawasan itu lewat malam tadi.

Gegaran pertama dengan bacaan 7.5 magnitud melanda kira-kira 75 kilometer di barat daya Panguna, Bougainville pada kedalaman 30 kilometer kira-kira jam 11.30 malam waktu tempatan.


Susulan gempa itu, satu amaran tsunami dikeluarkan untuk Papua New Guinea dan Kepulauan Solomon namun dibatalkan oleh Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang berpangkalan di Hawaii.

Awal pagi tadi, gempa susulan berukuran 6.1 magnitud berlaku kira-kira 96 kilometer dari Panguna pada kedalaman 18 kilometer. - AFP

20 orang maut nahas van dan trak di Pakistan


2014/04/20 - 11:21:50

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 20 orang terkorban dan lebih 20 lagi mengalami kecederaan apabila sebuah van merempuh trak di wilayah Sindh, selatan Pakistan pagi ini, lapor saluran tempatan, Urdu TV, Dunya. - Agensi 

Tragedi runtuhan salji di Everest: Mayat ke-13 ditemui, 3 lagi masih hilang


2014/04/20 - 10:41:00
KATHMANDU: Pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat ke-13 hari ini susulan tragedi runtuhan salji terburuk di Gunung Everest kelmarin, kata pengawai penyelamat.

Ketua jabatan gunung Nepal, Maddhu Sunan Burlakoti berkata, tiga lagi jurupandu masih hilang dan pasukan mencari dan menyelamat giat menjalankan usaha mencari ketika cuaca dijangka kurang baik hari ini.


Burlakoti berkata, usaha mencari begitu mencabar kerana berdepan dengan timbunan salji tebal dan bongkah ais besar.

Mangsa terbabit ialah kumpulan besar Sherpa yang membawa khemah, makanan dan tali yang mengikuti ekspedisi awal pagi dalam keadaan cuaca baik.

Kejadian berlaku jam 6.45 pagi waktu tempatan pada ketinggian 5,800 meter di kawasan dikenali sebagai ‘padang bertih jagung’ yang berada dalam laluan ke kawasan Khumbu yang berbahaya. - AP 

Kilang sarung tangan di Sepang musnah dijilat api

Kilang sarung tangan di Sepang musnah dijilat api

SEPANG: Sebuah kilang memproses sarung tangan getah di Bandar Baru Salak Tinggi di sini, terbakar dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi tadi. 

Kapal tangkap ikan selamatkan wanita Singapura


2014/04/20 - 11:17:45
SINGAPURA: Seorang penumpang wanita warga Singapura yang dilaporkan hilang semasa menaiki feri dari Malaysia ke Singapura kini berada di Batam selepas diselamatkan sebuah kapal menangkap ikan.

Dalam satu kenyataan lewat malam Sabtu, Lembaga Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata mereka menerima pengesahan itu daripada Polis Pengawal Pantai selepas wanita itu diselamatkan.
MPA berkata, Kementerian Hal Ehwal Luar (MFA) kini membantu wanita itu pulang ke Singapura.

Wanita itu dilaporkan hilang ketika sebuah feri yang didafar di Singapura 'Sindo Empress' berlabuh di Terminal Feri Tanah Merah.

Feri itu berlepas dari Tanjong Pengelih, Malaysia, pada 7.30 pagi.

MPA menghentikan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dan menyampaikan penghargaan kepada Polis Pengawal Pantai, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Lembaga Pelabuhan Batam dan Pusat Penyelarasan Menyelamat Tanjung Pinang atas bantuan mereka dalam operasi itu.

- BERNAMA

Mekanik maut, nahas empat kenderaan


KEADAAN sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Pantai Permas Jaya menghala ke Pusat Bandar, Johor Bahru, semalam.
JOHOR BAHRU 19 April - Seorang mekanik maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan termasuk sebuah motosikal di Jalan Pantai, Permas Jaya, di sini hari ini.
Kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu bermula apabila sebuah kereta Toyota Vios berwarna hitam yang dipercayai hilang kawalan dan melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard berwarna putih di jalan menghala ke Masai.
Siasatan awal mendapati, kemalangan tersebut menyebabkan Toyota Alphard itu terbabas memasuki laluan bertentangan dan bertembung pula dengan kenderaan jenis Peugeot yang dipandu mangsa.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, perlanggaran dari arah hadapan tersebut menyebabkan mangsa, Lai Kau Chai, 67, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
"Perlanggaran itu turut melibatkan sebuah motosikal jenis Suzuki Belang. Penunggang motosikal tersebut turut mengalami kecederaan parah dan kini kritikal di Hospital Sultan Ismail (HSI).
"Pemandu Toyota Vios kini berada di Hospital Pakar Regency dan masih dirawat," katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, pemandu MPV bersama tiga penumpang warga Jepun yang bekerja di Malaysian Sheet Glass, Pasir Gudang hanya mengalami kecederaan ringan.
Menurut Sulaiman, mayat mangsa telah dibawa ke HSI untuk dibedah siasat dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140420/dn_12/Mekanik-maut-nahas-empat-kenderaan#ixzz2zOdDmXZn
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tercampak ke kerusi pemandu


TEMERLOH 19 April - "Apabila sedar saya sudah berada di tempat duduk pemandu," kata seorang mangsa yang hanya dikenali sebagai Aziz ketika ditemui di tempat kejadian kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres di Kilometer 116, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di sini awal pagi ini.
Katanya, kejadian tersebut menyebabkan dia yang duduk di tempat duduk barisan kedua dari hadapan tercampak ke tempat duduk pemandu.
"Semasa kejadian saya tidur dan sebaik sahaja terjaga saya berada di tempat duduk pemandu tetapi tidak nampak pemandu di situ.
"Kemudiannya dalam keadaan sakit dan kelam kabut saya berjalan keluar melalui tingkap bas yang pecah,"katanya.
Akibat kemalangan itu katanya, dia mengalami kecederaan di bahagian tangan dan kepala ekoran hentakan kuat.
Sementara itu, seorang lagi mangsa, Cham Shuin Jie,18, berkata, semasa kejadian dia begitu takut dan hanya mampu memejamkan mata dengan berpaut pada kerusi penumpang.
Tambahnya, sejurus bas berhenti keadaan menjadi kelam kabut dan dia bertindak menumbuk cermin bas yang sebahagiannya telah pecah untuk keluar daripada kenderaan itu.
"Saya hanya mahu menyelamatkan diri bersama rakan-rakan lain. Saya terpaksa menahan sakit dan menumbuk cermin bas berkenaan supaya dapat keluar segera,"katanya.
Katanya, dia berasa lega kerana kesemua lima rakannya yang bersama menaiki bas berkenaan untuk menghadiri kursus di Kuala Lumpur selamat.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140420/dn_10/Tercampak-ke-kerusi-pemandu#ixzz2zOcewjEL
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mekanik maut kemalangan

Oleh SITI NADIRAH HAFIDZIN
Johor Bahru: Seorang maut, seorang parah manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Permas Jaya, di sini, semalam.

Kejadian jam 9 pagi itu membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard, sebuah Toyota Vios, sebuah Peugeot dan sebuah motosikal Suzuki Belang.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, mangsa yang maut adalah pemandu Peugeot yang juga mekanik Lai Kau Chai, 67.

Mangsa yang parah pula adalah lelaki berusia 35 tahun yang juga penunggang motosikal. Identitinya belum dikenal pasti.

Foto
ANTARA kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Permas Jaya, semalam.


“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Toyota Vios dipandu seorang lelaki berusia 22 tahun dari arah pusat bandar menghala ke Masai hilang kawalan dan melanggar Toyota Alphard di lorong kanan arah sama.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/20

Mesej palsu

 Seoul: Polis semalam mengesahkan mesej pesanan ringkas (SMS) yang didakwa dihantar oleh pelajar sekolah yang terperangkap dalam feri yang karam di Korea Selatan palsu.

Mesej yang dikatakan menyayatkan hati itu dihantar pelajar berkenaan kepada anggota keluarga masing-masing selepas feri itu karam Rabu lalu.
Akhbar Korea melaporkan mesej itu disahkan palsu selepas analisis terhadap rekod telefon menunjukkan tidak ada pelajar menggunakan telefon bimbit mereka selepas feri itu mula tenggelam.

Feri itu, Sewol karam di pantai selatan Korea Selatan Rabu lalu.
Foto
PENYELAM tentera laut Korea Selatan melakukan selaman untuk mencari maangasa di dalam feri yang karam itu.

Antara mesej itu yang didakwa dihantar seorang pelajar, Shin, 18, kepada bapanya berbunyi: “Ayah, jangan bimbang. Saya memakai jaket penyelamat dan kami berpelukan.

Bapanya membalas: “Saya tahu. Operasi menyelamat sedang dijalankan tetapi jika boleh, berenang keluar.”

Si bapa itu menerima jawapan: “Ayah, saya tidak boleh berjalan. Koridor ini sesak dengan pelajar. Ia sudah mula senget.”

Penyiasat di Pusat Tindak Balas Keganasan Siber Korea Selatan berkata, tidak satupun telefon yang dianalisis menunjukkan ia digunakan selepas tengah hari pada hari kejadian.

Polis bagaimanapun enggan mengulas mengenai mesej, termasuk yang mengandungi video dan gambar menunjukkan feri itu mula tenggelam yang dihantar sebelah pagi.

“Kami sudah memeriksa lebih 300 telefon dan tidak menemui bukti menunjukkan ada mesej yang dihantar dari feri itu,” kata polis.

Polis menyifatkan mesej seumpama itu meningkatkan tekanan yang dihadapi keluarga mangsa dan berkata, mereka yang terbabit dalam penipuan itu boleh didakwa atas tuduhan jenayah.

Sementara itu, penyelam melihat mayat di dalam feri itu selepas menyambung semula operasi mencari dan menyelamat 274 penumpang, kebanyakannya pelajar yang hilang dalam kejadian berkenaan.

Feri itu membawa lebih 470 orang apabila ia tenggelam dalam pelayaran dari Pelabuhan Incheon ke pulau peranginan Jeju. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/20

Wanita sarat, baru bersalin antara ditahan

 Melaka: Ibu sarat mengandung dan baru melahirkan anak antara tahanan di Depoh Tahanan Imigresen Machap Umboo di sini.



Kebanyakan mereka ditangkap ketika sarat me­ngandung bersama anak lain yang masih kecil.

Bagaimanapun, keba­nyakan suami mereka tidak ditahan kerana mempu­nyai dokumen perjalanan sah atau warga Malaysia.



Anak kecil di balik jeriji kelihatan terpinga-pinga ketika disapa seperti tidak tahu kenapa mereka berada di sini.





Warga negara Filipina, Normilin Zulkaail, 32, berkata, dia ditahan pada penghujung Disember ketika tidur.









“Saya ditahan dalam serbuan tengah malam di rumah sewa di Tanjung Keling, Melaka.



“Ketika itu saya nyenyak tidur bersama dua anak lain, namun tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi ketukan pintu sebelum suami membuka pintu,” katanya.



Menurut ibu kepada tiga anak berusia setahun, dua tahun dan sebulan ini, dia bimbang nasib anak-anak­nya.



“Saya baru melahirkan anak ketiga pada 18 Februari lalu di sini. Seboleh-bolehnya saya mahu anak membesar dalam persekitaran bagus seperti dihantar bersekolah.



“Selepas ini saya bercadang kembali ke Filipina dan memohon dokumen perjalanan sah sebelum menetap kembali dengan suami yang juga warga Malaysia,” kata­nya sambil memangku anak ketiganya, Norariana.



Sementara itu, warga Indonesia dikenali sebagai Yani, 23, yang kini menanti hari melahirkan anak berkata, dia datang tanpa pengetahuan suaminya yang bekerja secara sah di Malaysia.



“Saya datang dari Surabaya pada Julai tahun lalu selepas akur dengan ajakan kawan dengan menaiki kapal.



“Pada mulanya saya tak mahu datang tapi ingin membuat kejutan pada suami yang bekerja di Melaka,” katanya.



Yani yang hamil tujuh bulan berkata, dia ditangkap pada November lalu.



“Saya menyesal datang ke sini kerana tidak membaharui pasport. Apa yang ada dalam fikiran saya ialah mahu pulang ke kampung halaman di Surabaya,” katanya.



Kedua-dua wanita ini bagaimanapun bernasib baik kerana suami mereka datang melawat pada hujung minggu dan tidak putus-putus memberi kata-kata sema­ngat.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/20

Sampai hati Putih...

 Oleh AHMAD SAUFI MANSOR

Alor Setar: Seorang suri rumah kini menanggung derita sakit dan dijangkiti kuman, malah terpaksa dirawat di hospital, gara-gara digigit dan dicakar pada pergelangan tangan dan lengan kanan oleh seekor kucing jantan baka Siam peliharaannya yang ‘naik minyak’, Isnin lalu.
Dalam kejadian jam 5 petang, Rusita Ahmad, 50, mahu membawa pulang kucing berusia enam tahun yang diberi nama Putih itu selepas disedari keluar dari kawasan rumahnya di Taman Setia, di sini, sebelum kucing itu menyerangnya dan terpaksa ‘bertarung’ dengannya selama tiga minit.

Kecederaan teruk akibat digigit dan dicakar kucing itu menyebabkan Rusita terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Alor Setar sebelum dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, berikutan jangkitan kuman pada Rabu lalu.
Menceritakan semula kejadian itu, Rusita berkata, dia berehat di ruang tamu sebelum dimaklumkan oleh anak sulungnya Nurhafifi Mohd Zuki, 23, bahawa kucing yang dibela sejak kecil dilihat keluar merayau-rayau di kawasan perumahan mereka.

Katanya, sebelum ini kucing berkenaan tidak pernah keluar atau bergaul dengan kucing lain, sebaliknya hanya berada di dalam kawasan rumah, selain ditempatkan di dalam sangkar khas.

Katanya, Nurhafifi enggan mengambil kucing itu, sebaliknya menyuruhnya membawa pulang ke rumah kerana mungkin masih fobia berikutan kakinya pernah dicakar haiwan berkenaan, dua bulan lalu. “Saya kemudian mengekorinya sejauh kira-kira enam meter sambil memanggil nama Putih sebelum bulu-bulunya dilihat mengembang lalu menyerkupnya dengan bakul baju dan membawanya pulang ke rumah bagi dimasukkan ke dalam sangkar.
Foto
RUSITA menerima rawatan di HSB. Gambar kecil, kesan cakaran kucing peliharaan pada lengan Rusita.
“Ketika cuba memasukkannya ke dalam sangkar dengan memegang lehernya, Putih tiba-tiba meronta-ronta sambil bergayut dan bertindak agresif menggigit pergelangan tangan kanan saya, manakala kuku kakinya yang tajam mencakar berulang kali pada lengan.

“Saya terpaksa ‘bertarung’ dengan Putih selama tiga minit dan darah menitis dengan banyak di atas lantai sebelum berjaya melepaskan gigitannya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Rusita yang turut menghidap penyakit kencing manis berkata, ketika itu Nurhafifi dipercayai panik dan tidak mampu berbuat apa-apa kerana takut dengan kejadian yang pernah menimpa dirinya sebelum ini.

Katanya, sebaik melepaskan gigitan, Putih masih menjegilkan matanya berwarna kebiruan sebelum melarikan diri selepas dibaling dengan bakul baju berkenaan.

Nurhafifi yang bekerja sebagai jururawat membasuh lukanya dengan air dan sabun sebelum menyapukan iodin serta ubat.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/20

Gempa 7.5 pada skala Richter melanda Papua New Guinea.


PORT MORESBY, Papua New Guinea 20 April - Gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Richter melanda negara ini semalam sehingga mengakibakan amaran tsunami dikeluarkan terhadap negara-negara di sekitar kepulauan Pasifik dan Kepulauan Solomon, tetapi tiada laporan kerosakan dinyatakan.
Jabatan Geologi Amerika Syarikat melaporkan, gempa bumi pada kedalaman 10 kilometer itu berlaku kira-kira 68 kilometer barat daya Panguna di pulau Bougainville.
Bagaimanapun, Pusat Amaran Tsunami Pasifik kemudiannya membatalkan amaran tsunami untuk Papua New Guinea dan Kepulauan Solomon, selain tiada sebarang ancaman melibatkan Australia dan mana-mana tempat yang berhampiran dengan Lautan Pasifik. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140420/lu_01/Gempa-75-pada-skala-Richter-melanda-Papua-New-Guinea#ixzz2zNBtB8c3
© Utusan Melayu (M) Bhd 

28 orang terkorban diserang perompak lembu


JUBA 20 April - Seramai 28 orang awam terkorban selepas mereka diserang oleh sekumpulan perompak lembu di negeri Warrap, Sudan Selatan, hari ini.
"Kami kehilangan kira-kira 28 orang awam selepas diserang perompak di negeri ini," kata Menteri Maklumat Tempatan, Bol Dhel kepada radio Miraya FM, sambil menambah pihak polis dan tentera kemudiannya memburu penyerang tersebut dan berjaya membunuh 85 orang daripada mereka.
Menurutnya, ada sesetengah daripada perompak tersebut berjaya ditahan oleh pihak berkuasa. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140420/lu_02/28-orang-terkorban-diserang-perompak-lembu#ixzz2zNBPttxw
© Utusan Melayu (M) Bhd 

7 maut bot karam di Indonesia


KUPANG, Indonesia 19 April - Seramai tujuh orang termasuk tiga orang kanak-kanak terkorban, selepas sebuah bot yang membawa penumpang untuk menyambut Hari Easter di timur negara ini ka­ram, semalam.
Ketua polis, Dewa Putu Gede Artha berkata, ketika kejadian para penumpang sedang melakukan upacara keagamaan di perairan Pulau Flores, apabila sebuah bot kayu tenggelam tengah hari semalam.
Seramai 53 orang berjaya diselamatkan dalam kejadian yang berlaku di luar pantai dari bandar Larantuka, daerah Timur Flores, wilayah Nusa Tenggara Timur itu.
"Kami menjumpai tujuh mayat, termasuk tiga mayat kanak-kanak," jelas Dewa, sambil menambah bot berkenaan dalam perjalanan untuk menyertai bot lain bagi meraikan perayaan tersebut.
Jumlah sebenar mereka yang berada di dalam bot tersebut tidak diketahui dan pasukan penyelamat masih melakukan usaha-usaha mencari jika terdapat mangsa yang terselamat.
Sementara itu, ketua agensi pengurusan bencana daerah, Paulus Igo Geroda berkata, berdasarkan maklumat yang diterima daripada keluarga penumpang, empat orang dipercayai masih hilang, manakala antara 30 ke 40 bot yang menyertai upacara keagamaan berjaya pulang dengan selamat.
Mereka yang berjaya diselamatkan dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan usaha mencari dan menyelamat akan terus dijalankan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140420/lu_06/7-maut-bot-karam-di-Indonesia#ixzz2zNAKgLcW
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Saya hanya fikir mati - Penumpang


TEMERLOH 19 April - "Saya hanya fikir mati. Macam-macam kejadian kemalangan bas sebelum ini tiba-tiba terbayang di fikiran saya," kata Syafiq Kamarudin, 21, penumpang yang terselamat dalam kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres di Kilometer 116, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di sini awal pagi ini.
Pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) itu berkata, dia dan abangnya Nashriq Kamarudin, 29, yang berada di dalam bas berkenaan hanya berserah kepada Allah apabila kenderaan itu hilang kawalan dan terhuyung hayang sebelum terbalik beberapa kali.
Katanya, kejadian berlaku begitu pantas sehingga keadaan di dalam bas tersebut begitu menakutkan sekali.
"Semasa bas terbalik keadaan menjadi kelam-kabut dan saya terasa melambung-lambung dan berpusing sehingga kepala mengenai bumbung bas.
"Apabila bas sudah berhenti suasana menjadi kecoh dengan jeritan serta tangisan daripada penumpang lain sebelum saya cuba keluar melalui tingkap yang pecah," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.
Menurut Syafiq lagi, bas berkenaan yang dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur itu lewat satu jam daripada jadual asal apabila bertolak pada pukul 11.30 malam.
Tambahnya, dia mendakwa semasa kejadian bas tersebut dipercayai dipandu agak laju dan pemandu berkenaan kelihatan seolah-olah mengantuk.
Dalam pada itu, Nashriq yang bersyukur kerana tidak mengalami cedera parah berkata, semasa kejadian dia hanya sempat berpaut pada kerusi bas supaya tidak tercampak keluar.
Ujarnya, kemalangan tersebut membuatkan dia trauma untuk menaiki pengangkutan awam itu dalam masa terdekat.
"Kali terakhir saya menaiki bas pada 1997 dan selepas kejadian ini seboleh-bolehnya saya akan cuba mengelak daripada menaikinya,"katanya.
Sementara itu, seorang lagi penumpang Fazirul Hakim Fazarudin, 20, yang mengalami kecederaan di bahagian siku dan rusuk berkata, kejadian tersebut begitu menakutkan sekali.
Katanya, dia tidak dapat melakukan apa-apa selain menyerahkan nasibnya kepada Allah.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140420/dn_09/Saya-hanya-fikir-mati---Penumpang#ixzz2zNAA2LbK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Usaha menyelamat penumpang feri sukar


MOKPO, Korea Selatan 19 April - Usaha mencari dan menyelamat lebih 200 mangsa feri karam yang berlaku di selatan negara ini diteruskan hari ini, dengan pasukan penyelam berjaya menemui tiga mayat yang terperangkap di dalam feri, namun hanya dua berjaya dikeluarkan.
Agensi berita Yonhap memetik pegawai Pengawal Pantai Korea Selatan sebagai berkata, penyelam tentera laut negara ini menemukan tiga mayat yang terapung berhampiran tingkap kabin penumpang feri, namun tidak dapat mengeluarkan satu mayat, setelah usaha untuk memecahkan tingkap feri berkenaan menemui kegagalan.
Usaha mencari dan menyelamat yang memasuki hari keempat diperhebatkan dengan penglibatan beratus-ratus anggota Tentera Laut Korea Selatan, pengawal pantai dan penyelam persendirian yang berkampung di kawasan kejadian yang terletak kira-kira 25 kilometer dari pantai barat daya Korea Selatan.
Menurut pegawal pantai lagi, setakat ini tiada sebarang bunyi dikesan dari dalam badan feri tersebut.
Semalam, ombak kuat dan hujan lebat menyukarkan para penyelam yang bertugas secara bergilir-gilir melakukan misi mencari dan menyelamat.
Sebanyak tiga buah kapal de­ngan kren tiba di lokasi kejadian untuk bersiap sedia mengeluarkan feri tersebut dari laut, namun mereka tidak akan berbuat demikian sebelum mendapatkan persetujuan daripada ahli keluarga, yang percaya usaha mengangkat feri berkenaan akan membahayakan nyawa mereka yang terperangkap sekiranya ada yang masih hidup.
Feri yang membawa 462 orang penumpang kebanyakannya pelajar sekolah itu, karam Rabu lalu dalam perjalanan dari Pelabuhan Incheon ke pulau peranginan Jeju.
Sehingga kini 174 orang berjaya diselamatkan dan usaha mencari mangsa yang hilang sedang giat dijalankan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140420/lu_04/Usaha-menyelamat-penumpang-feri-sukar#ixzz2zNA26ZCu
© Utusan Melayu (M) Bhd