Search This Blog

Wednesday, April 16, 2014

Balik diiringi 'hujan' batu

Oleh Rizar Mohd Noor
Johor Bahru: Pemandu bas sewa khas yang membawa penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) ke saingan Liga Super di Stadium Perak, malam tadi, mendakwa terpaksa memandu keluar dari perkarangan stadium dalam keadaan kenderaan itu dihujani balingan batu.
Ahmad Rashidi Yaacob berkata, insiden itu berlaku ketika pulang selepas tamat perlawanan menentang Perak, kira-kira jam 1 pagi tadi walaupun bas berkenaan diiringi kereta peronda polis ketika keluar dari lokasi.
Menurutnya, dia pentingkan keselamatan 33 penyokong JDT dalam bas berkenaan dan berharap kenderaan dipandunya itu tidak terbabas.

Katanya, penyokong Perak tetap melakukan provokasi, malah terdapat beberapa buah motosikal mengekori bas yang dipandunya.
Foto
BAS yang membawa penyokong JDT dibaling batu ketika pulang daripada perlawanan menentang Perak. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin

Penolong Setiausaha Kelab Penyokong Johor Darul Ta’zim (KPJDT) Azman Jalil mendakwa suasana yang ditempuhi penyokong JDT itu ibarat berada di zon perang, malah mereka terpaksa menunduk kepala bagi mengelak terkena serpihan kaca tingkap bas yang pecah terkena balingan batu.

“Cukup mengerikan, ia pengalaman pahit yang tidak dapat dilupakan apabila penyokong Perak sanggup bertindak ganas seperti itu," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/16

Seorang maut feri karam di periaran Korea Selatan


2014/04/16 - 11:20:07
SEOUL: Seorang dilaporkan maut dipercayai bagi menyelamatkan 476 penumpang sebuah feri yang karam di perarian selatan Korea Selatan, hari ini.

Naib Menteri Pentadbiran Awam dan Kselamatan, Lee Gyeong-Og, memberitahu sidang media di sini, berkata setakat yang disahkan 161 penumpang berjaya diselamatkan.


Bagaimanapun, beliau berkatam kapal komersial yang terbabit dalam operasi menyelamat dipercayai turut menyelamatkan sejumlah penumpang yang besar.

“Feri berkenaan keseluruahannya sudah karam," kata.

Selain pasukan pengawal pantai, operasi menyelamat turut membabitkan pasukan elit Tentera Laut Korea Utara.

Daripada 450 penumpang di dalam feri yang dalam pelayaran ke Pulau Peranginan Jeju, 325 adalah penuntut kolej di Ansan di selatan Seoul manakala selebihnya adalah kru kapal. - AFP

6 maut, 12 parah bas terbakar di selatan India


2014/04/16 - 11:32:21
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya enam maut manakala 12 parah apabila sebuah bas terbakar di selatan India, awal hari ini.

Pegawai Polis, Srinivas Murthy, berkata mangsa yang cedera dalam kemalangan awal pagi tadi dikejarkan ke hospital Karanataka.


Murthy berkata, kebakaran berlaku dipercayai akibat kebocoran tangki bahan api bas berkenaan yang membawa 29 penumpang.

Kemalangan berlaku berhampiran Davanagere, sebuah perkampungan kira-kira 260 kiloemeter di barat laut Bangalore.

Menurut polis, lebih 110,000 orang terbunuh setiap tahun dalam kemalangan jalan raya di seluruh India. - AP

Feri Karam di Jeju: Dua maut, 14 cedera setakat ini


2014/04/16 - 12:33:05
SEOUL: Angka korban akibat feri karam di perairan selatan Korea Selatan hari ini meningkat kepada dua dengan 14 yang lain cedera.

Pihak berkuasa masih meneruskan usaha menyelamat 470 penumpang feri, termasuk 325 penuntut kolej dengan mengerahkan berpuluh bot, helikopter dan anggota penyelam di perairan dekat pulau peranginan Jeju itu.


Pengawal pantai berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Park Ji-yeong, wanita berusia 27 tahun dan seorang lagi yang masih belum dikenal pasti.

Pegawai berkata, setakat ini 180 penumpang feri sudah diselamatkan, namun tidak memberikan butiran lanjut. - AFP 

Insiden bas ekspres: Pemandu bas positif dadah





16/04/2014 11:46am

BENTONG - Pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 11 Jalan Bentong, Raub, Sabtu lalu didapati positif dadah.

Berikutan itu, Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan, Mohamad Mansor Mohamad Nor ketika dihubungi hari ini berkata, pemandu bas yang berasal dari Kelantan itu akan dituduh mengikut Seksyen 15 (1) ( a ) Akta Dadah Berbahaya.

"Pemandu akan di tangkap semula di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan untuk siasatan lanjut," katanya. - KOSMO!



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0416&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_04.htm#ixzz2z1blXAcQ
Hakcipta terpelihara 

Cedera dirempuh kereta

WARTAWAN SINAR HARIAN
Cedera dirempuh kereta
Keadaan kedai gunting rambut yang rosak akibat dirempuh kereta dipandu seorang wanita.
16 April 2014
 BAGAN SERAI - Seorang lelaki mengalami patah tangan kanan apabila dirempuh sebuah kenderaan ketika mahu ke sebuah kedai kopi di Taman Bagan Serai, Jalan Siakap, semalam.

Malah, kereta jenis Perodua Kancil itu turut merempuh sebuah kedai gunting rambut dan menyebabkan dinding premis tersebut rosak.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa berjalan kaki menuju ke kedai kopi yang terletak bersebelahan kedai gunting rambut terbabit dirempuh kereta dipandu seorang wanita berusia 22 tahun.

Saksi kejadian, Islam Jumbri, 35, berkata, pemandu wanita itu dipercayai panik dengan tindakan sebuah kereta yang memasuki lorong perumahan di situ secara melulu.

Menurutnya, ketika kejadian dia sedang bersarapan di kedai kopi itu dan melihat kereta dipandu wanita berkenaan hilang kawalan sebelum merempuh kedai gunting rambut.

“Kami segera pergi ke lokasi kejadian dan terkejut melihat seorang lelaki berusia lingkungan 40-an tertiarap di atas bonet bahagian hadapan kereta berkenaan dalam keadaan cedera.

“Saya dan beberapa orang awam lain segera membantu mangsa sebelum menghubungi ambulans,” katanya sewaktu ditemui di lokasi kejadian, di sini semalam.

Islam berkata, mangsa cedera di beberapa bahagian badan manakala tangan kanannya patah akibat rempuhan itu.

“Lelaki itu segera dikejarkan ke Klinik Kesihatan berhampiran sebelum menerima rawatan susulan di Hospital Taiping,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Raungan dalam kereta remuk

RAIHAM MOHD SANUSI
Raungan dalam kereta remuk
Kereta dinaiki keempat-empat mangsa remuk teruk selepas terlibat kemalangan di simpang empat Bandar Cheneh Baru, petang semalam.
16 April 2014
 KEMAMAN – Seorang warga emas terpaksa menahan sakit kira-kira 10 minit selepas tersepit di tempat duduk penumpang hadapan apabila kereta yang dinaiki merempuh sebuah kenderaan lain dalam kemalangan di simpang empat Bandar Cheneh Baru, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, C Cheniah, 62, anak saudaranya, R Lathna Rani, 40, dan rakannya, Thai Boh Lam, 66, cedera parah sementara seorang lagi anak saudara yang memandu kereta, Zakaria Abdullah, 46, cedera ringan.

Lebih menyedihkan Lathna Rani yang mengandung anak sulung turut mengalami keguguran.

Zakaria berkata, kereta Proton Wira yang dinaiki mereka merempuh sebuah Kia Sorento yang didakwanya keluar simpang secara tiba-tiba.

Menurutnya, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari Balok, Kuantan menuju ke Jerteh, Besut kerana ingin menghantar ibu saudara, adik dan rakan ibu saudaranya pulang ke kampung selepas datang bercuti di rumah ibunya di Kuantan.

“Dalam jarak beberapa meter saya nampak Kia Sorento tidak berhenti ketika keluar simpang Jalan Mak Lagam.

“Waktu itu jarak sudah terlalu dekat dan saya sempat berfikir kalau saya cuba elak ke sebelah kiri, kereta saya akan langgar gerai tepi jalan dan kalau saya elak ke sebelah kanan kereta saya akan masuk laluan bertentangan. Kalau masuk ke laluan bertentangan atau langgar gerai mungkin lebih ramai jadi mangsa, jadi saya tidak dapat mengelak,” katanya.

Katanya, ibu saudaranya dikeluarkan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh selepas mengerang kesakitan kira-kira 10 minit.

“Adik saya dan kawan ibu saudara pula dikeluarkan dari tempat duduk penumpang belakang oleh orang awam yang mengerumuni kereta kami,” katanya yang bekerja sebagai pemandu lori di Cameron Highlands.

Zakaria berkata, dia yang keluar sendiri dari keretanya sempat menjenguk ke dalam kenderaan Kia Sorento tetapi tiada orang dalam kenderaan berkenaan.

Kesemua mangsa kemudian dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman di Chukai untuk mendapatkan rawatan.

Berikutan kemalangan itu, Cheniah patah bahu, Lathna Rani patah tangan dan Boh Lam pula patah kaki.

Timbalan menteri Afghanistan diculik

Ahmad Shah Waheed
 Ahmad Shah Waheed
16 April 2014 KABUL - AFGHANISTAN. Timbalan menteri Afghanistan dan pemandunya diculik ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, semalam.

Jurucakap polis Kabul, Hashmatullah Stanikzai mengesahkan kejadian itu berkata, timbalan menteri untuk kerja-kerja awam Ahmad Shah Waheed diculik lelaki bersenjata sekitar pukul 7 pagi (waktu tempatan) di sekitar kejiranan Khairkhana di ibu negara.

"Motif kejadian masih dalam siasatan dan pasukan polis telah melancarkan misi mencari bagi menyelamatkan mereka,"katanya.

Difahamkan menurut laporan AFP, penculikan individu kaya untuk mendapatkan wang tebusan merupakan perkara biasa di negara terbabit.

Budak 12 tahun ditahan curi motor

WARTAWAN SINAR HARIAN
Budak 12 tahun ditahan curi motor
Nur Azam melihat keadaan motosikal yang berjaya ditemui semula selepas menahan lima remaja di Taman Pinggiran Putra. 
16 April 2014
SERI KEMBANGAN – Seorang murid darjah enam antara lima yang ditahan bersama sembilan motosikal curi di sebuah pangsapuri di Taman Pinggiran Putra, di sini, kelmarin.

Empat lagi rakannya termasuk seorang warga Myanmar dan seorang warga Indonesia berusia 16 dan 14 tahun turut diberkas empat hari selepas tangkapan pertama dilakukan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, sepasukan anggota polis yang melaksanakan Ops Lejang terserempak dua remaja lelaki leka meleraikan komponen motosikal di tingkat bawah sebuah pangsapuri, petang Khamis lalu.

Hasil siasatan mendapati, motosikal berkenaan pernah dilaporkan hilang dan dileraikan untuk dijual sebagai komponen alat ganti.

Menerusi maklumat tambahan yang diperoleh, Ketua Polis Balai Seri Kembangan, Inspektor Nur Azam Shah Md Aziz bersama sepasukan anggota kemudian menyerbu beberapa rumah di lokasi berasingan dan menahan tiga lagi suspek, petang kelmarin.

Kesemua suspek saling mengenali dan dipercayai melakukan kegiatan jenayah terbabit sejak setahun lalu untuk mendapatkan wang tunai dengan cara mudah.

Geng terbabit didalangi dan diketuai seorang lelaki warga tempatan berusia 23 tahun yang berjaya ditahan 10 April lalu.

“Siasatan lanjut mendapati dua remaja warga asing terbabit tidak bersekolah, manakala dua lagi remaja warga tempatan masih bersekolah di sebuah sekolah menengah dan sekolah kebangsaan di Seri Kembangan,” katanya.

Beliau berkata, kumpulan terbabit akan mencuri motosikal sebelum dileraikan di beberapa lokasi berbeza.

Polis merampas kesemua motosikal termasuk enam yang sudah dileraikan.

Kesemuanya direman untuk siasatan lanjut.

Kereta rempuh lori muatan papan

WARTAWAN SINAR HARIAN
15 April 2014
Keadaan kereta Perodua Kancil yang remuk selepas merempuh lori terbabit. KUALA PILAH – Tindakan seorang pemandu lori yang teragak-agak keluar dari simpang mengundang padah apabila lorinya dirempuh sebuah kenderaan dari arah Kuala Pilah ke Juasseh dekat sini, semalam.

Kejadian berlaku jam 8.15 pagi, di hadapan Taman Bukit Indah di Jalan Kuala Pilah-Bahau.

Mohd Sani Ibrahim, 52, memandu Perodua Kancil bersama dua orang penumpang dari arah Kuala Pilah ke Kolej Vokasional Juasseh atas urusan kerja.
Kereta rempuh lori muatan papan
Katanya, bila tiba di tempat kejadian, pemandu lori membawa muatan papan kayu, Chan Teck Wa, 35, sudah berada di simpang Taman Bukit Indah dan hendak keluar dari simpang tersebut menuju ke arah Kuala Pilah.

“Saya perasan pemandu itu menoleh ke arah saya dan di fikiran, mungkin lori itu akan berhenti kerana nampak kereta saya sudah hampir dengan simpang.

“Namun secara tiba-tiba, pemandu itu terus keluar dari simpang secara  teragak-agak hingga menyebabkan saya terpaksa menekan brek pada jarak 30 kaki," katanya.

Tambahnya, walaupun sudah menekan brek, dia tetap merempuh lori terbabit kerana tidak dapat mengelak disebabkan jarak yang terlalu dekat.

“Akibat rempuhan itu, hadapan kereta saya remuk dan penumpang belah kiri pemandu, Khairudin Mohamad, 45, terhumban ke hadapan dan dadanya terhentak pada dashboard kereta.

“Manakala anak saya, Mohd Rashahizwan, 17, yang berada di tempat duduk belakang, tidak mengalami kecederaan,” katanya dan sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah.

Khairudin mendapat rawatan pesakit luar di Hospital Tuanku Ampuan Najihah selepas cedera di pergelangan tangan kiri akibat terkena serpihan kaca manakala Teck Wa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Teck Wa memberitahu, dia mahu keluar dari simpang untuk pergi bekerja di kampung Gunung Pasir.

“Saya mahu ke stor peralatan Taman Bukit Indah untuk mengambil papan kayu, kemudian menghantar barang tersebut ke Gunung Pasir bagi kerja-kerja pembinaan.

“Saya fikir saya boleh lepas dari simpang namun akhirnya bertembung dengan kancil berkenaan," katanya yang turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah.

Remaja hilang dari rumah

WARTAWAN SINAR HARIAN
Remaja hilang dari rumah
Antara gambar terbaru Faizaitul Aika yang ada dalam simpanan ibunya.
16 April 2014
 BERA - Seorang pelajar sekolah menengah di daerah ini dipercayai hilang sejak 10 hari lalu masih dijejaki pihak polis.

Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Zakaria berkata, kehilangan pelajar itu, Faizaitul Aika Adli, 13 disedari oleh ibunya kira-kira jam 10 pagi pada 7 April lalu.

Menurutnya, kali terakhir Faizaitul Aika bersama ibunya pada malam 6 April apabila mereka sempat tidur bersama selepas menonton televisyen.

“Pihak kami dimaklumkan, ibunya hanya menyedari anaknya itu hilang apabila lampu bilik anaknya masih menyala sedangkan pada ketika itu hari sudah siang.

“Semasa memeriksa bilik itu, ibunya juga mendapati beberapa pakaian anaknya juga tiada,” katanya kepada Sinar Harian.

Zakaria berkata, pelajar itu sering membantu ibunya di kedai setiap kali waktu cuti Sabtu dan Ahad.

Difahamkan, Faizaitul Aika tidak mempunyai kenalan rapat melainkan sering bergaul dengan pekerja ibunya setiap kali berada di premis berkenaan.

“Siasatan masih dijalankan, namun atas permintaan ibunya meminta agar gambar anaknya ini disiarkan bagi bantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, sesiapa yang pernah terjumpa dengan pelajar tersebut, diminta segera hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di talian 09-2508222 atau balai polis berdekatan.

Letupan di Nigeria ragut 71 nyawa

Letupan di Nigeria ragut 71 nyawa
Serangan turut meningkatkan kebimbangan mengenai pemberontakan kembali meletus selepas serangan di Abuja. 
16 April 2014 KANO - NIGERIA.  Sekurang-kurangnya 71 orang terbunuh dan lebih 124 lagi cedera dalam insiden letupan di sebuah stesen bas yang sesak dengan orang ramai di pinggir ibu negara Nigeria, kelmarin.

Jurucakap polis Frank Mba berkata, letupan di Stesen Nanyang kira-kira 5 kilometer dari Abuja itu turut memusnahkan 40 kenderaan termasuk 16 bas mewah dan 24 bas mini.

"Pakar keselamatan mengesyaki letupan berpunca daripada sebutir bom yang disembunyikan dalam sebuah kereta. Letupan kedua berlaku akibat tumpahan minyak daripada kenderaan yang disambar api,"katanya menurut laporan Reuters.

Setakat ini tiada pihak tampil bertanggungjawab, namun pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan serangan terbabit didalangi kumpulan Boko Haram yang sebelum ini pernah berikrar akan melancarkan serangan di ibu negara.

Buruh binaan maut diserang


WARTAWAN SINAR HARIAN
15 April 2014


KUALA LIPIS - Seorang buruh binaan maut selepas terlibat dalam satu pergaduhan di Perumahan Rumah Murah Sungai Kerpan di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Abdul Razak Hassan berkata, dalam insiden pada kira-kira 1.30 pagi itu, mangsa  K. Panaselvam, 50, sedang berbual bersama ahli keluarga dan kenalan di hadapan rumah sebelum di datangi sekumpulan lelaki menaiki motosikal dan kereta.

Menurutnya, kumpulan berkenaan membuat bising dan menyebabkan mangsa menghubungi pihak polis.

“Semasa polis datang kumpulan berkenaan telah beredar. Kumpulan itu kemudiannya datang semula sebelum tercetusnya pergaduhan.

“Dalam pergaduhan terbabit, mangsa telah mengalami beberapa kecederaan dan dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh untuk rawatan," katanya.

Abdul Razak berkata, bagaimanapun mangsa telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 8.30 malam hari yang sama.

Menurutnya, polis telah menahan 12 suspek untuk disoal siasat berhubung kes berkenaan selain turut merampas barang kes iaitu kayu.

“Buat masa ini kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun keseksaan,” katanya.

Dijel simpan barang kemas curi

WARTAWAN SINAR HARIAN
Dijel simpan barang kemas curi
Mohd menutup mukanya ketika dibawa keluar dari mahkamah.
16 April 2014
 KOTA BHARU - Seorang pekerja di kedai ayam goreng menerima pembalasan setimpal apabila dihukum penjara setahun oleh mahkamah Majistret di sini semalam, atas pertuduhan menyimpan harta curi iaitu barang kemas milik ibunya.

Tertuduh, Mohd Ismail, 43, membuat pengakuan salah di hadapan majistret Nik Habri Muhamad selepas pertuduhan dibacakan juru bahasa mahkamah.

Nik Habri memerintahkan hukuman tersebut berkuat kuasa bermula dari tarikh tangkapan iaitu pada  22 Mac 2014.

Mengikut pertuduhan, pada 22 Mac 2014 kira-kira jam 5.30 petang dia didakwa menyimpan, lima utas gelang tangan warna emas, tiga utas rantai leher warna emas dan satu utas rantai leher warna emas berserta loket di alamat nombor 80 di sebuah taman di Pahang, milik Che Minah Che Yusoff.

Dia yang didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan itu turut menyimpan tiga cincin warna emas, satu utas gelang tangan Kristal berwarna emas dan seutas rantai leher Kristal bersalut warna emas.

Pada 19 Mac lalu, lebih kurang  jam 5 petang pengadu yang juga merupakan ibu tertuduh mendapati barang  berharga yang disimpan di bawah tilamnya telah hilang dan mangsa membuat laporan di Balai Polis Binjai, Kelantan berhubung kejadian tersebut.

Hasil laporan tersebut kemudiannya pada 22 Mac lalu sepasukan anggota di Kuantan berjaya menangkap tertuduh di sebuah taman di Kuantan setelah melarikan diri selepas kejadian terbabit.

Nik Habri ketika penghakimannya berkata, hukuman diputuskan berdasarkan kenyataan impak mangsa dan permintaan daripada ibunya sendiri.

“Ibu kamu minta hukuman yang tinggi. Saya berharap hukuman ini menjadi  pengajaran kepada kamu dan juga orang lain supaya tidak melakukan perbuatan yang sama,” katanya.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nurliyana Md Zukri meminta mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pengajaran kepada tertuduh dan mengambil kira keterangan daripada ibunya sendiri.

Feri bawa 450 penumpang karam

 Feri bawa 450 penumpang karam
Foto Reuter
16 April 2014  SEOUL- Korea Selatan mengerahkan pasukan pengawal pantainya menggunakan kapal dan helikopter untuk mencari dan menyelamat kira-kira 450 penumpang feri yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar sekolah yang karam di perairan selatan hari ini.

“Feri berkenaan karam dan tenggelam," kata jurucakap pengawal pantai.

“Terdapat kira-kira 450 orang dalam feri berkenan ketika kejadian. Operasi menyelamat turut dibantu oleh kapal komersial di sekitar perairan berkenaan," katanya.

Menurut AFP, laporan awal menyebut jumlah penumpang di dalam feri yang karam adalah 350 orang.

Kebanyakan penumpang di dalam feri adalah pelajar sekolah yang sedang dalam perjalanan ke sebuah pulau peranginan di Jeju.

Berlusconi diperintah lakukan khidmat masyarakat setahun


ROME 16 April - Mahkamah Itali semalam memerintahkan bekas Perdana Menteri, Silvio Berlusconi supaya melakukan kerja-kerja khidmat masyarakat selama setahun, selepas beliau disabitkan dengan kesalahan penipuan cukai.
Pemimpin berusia 77 tahun yang diharamkan daripada mengambil bahagian dalam pilihan raya selama enam tahun itu, turut dikenakan perintah berkurung yang bakal menyaksikan pergerakannya akan dihadkan.
Bagaimanapun, butiran lanjut berkenaan perintah itu tidak didedahkan secara terperinci. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140416/lu_07/Berlusconi-diperintah-lakukan-khidmat-masyarakat-setahun#ixzz2z1BX4Yam
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sindiket edar dadah didalangi rakyat Afrika


Noor Rashid Ibrahim menunjukkan bungkusan dadah jenis syabu yang dirampas dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/GHAZALI BASRI
KUALA LUMPUR 14 April - Kesemua dadah yang dirampas oleh Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) pada Sabtu lalu, adalah untuk pasaran tempatan dan luar negara.
Siasatan mendapati dadah jenis syabu seberat 10.9 kilogram dan bernilai RM2.9 juta itu, diseludup masuk ke negara ini dari Nigeria, menerusi kargo udara.
Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, polis percaya selain pasaran tempatan, sindiket itu turut menjadikan negara ini sebagai transit untuk dipasarkan ke negara lain.
Menurutnya, dalam serbuan itu, polis turut berjaya menahan ketua sindiket berkenaan yang merupakan warga Nigeria berusia 30 tahun.
“Ini adalah kejayaan pasukan STING selepas menjalankan intipan dan risikan selama beberapa bulan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.
Pada Sabtu lalu, polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang didalangi rakyat Afrika selepas tertangkapnya tujuh individu termasuk seorang wanita warga tempatan berusia antara 27 dan 39 tahun menerusi lima serbuan serentak di Cyberjaya, Kepong, Sri Petaling, Sungai Way dan Damansara.
Noor Rashid berkata, siasatan mendapati wanita tempatan yang ditahan itu, bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital swasta di ibu negara.
“Kita percaya dia yang merupakan teman wanita salah seorang suspek telah dijadikan keldai dadah.
“Polis masih menyiasat berapa lama jururawat tersebut aktif menjalankan kegiatan pengedaran dadah bersama sindiket terbabit," katanya.
Beliau memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesemua mereka direman selama tujuh hari bermula semalam.

Penjara 6 bulan cabul anak saudara


KUALA LUMPUR 15 April - Seorang pekerja Aquaria dihukum penjara enam bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku mencabul kehormatan anak saudara tirinya pada Jumaat lepas.
Majistret Zuraini Abdul Razak memerintahkan tertuduh, yang berusia 24 tahun, dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu beberapa kali ke atas mangsa, yang berusia 16 tahun 6 bulan, di dalam bilik sebuah rumah di Jalan Cheras Lama pukul 3 pagi pada 11 April lepas mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda, atau sebatan, atau mana-mana dua hukuman, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Haderiah Siri memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal ke atas tertuduh kerana kejadian itu menyebabkan mangsa trauma selain mengambil kira fakta tertuduh merupakan bapa saudara mangsa.
Beliau berkata, kes sebegini semakin kerap berlaku dan demi kepentingan awam, mahkamah harus menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada orang lain.
Tertuduh, dalam rayuannya bagi hukuman ringan, memaklumkan mahkamah bahawa ketika kejadian, dia dalam keadaan tidak sedar dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140415/ma_11/Penjara-6-bulan-cabul-anak-saudara#ixzz2z1A8V1Ie
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lagi mayat dikafankan ditemui di tepi jalan


MAYAT seorang lelaki yang lengkap dikafankan ditemui orang awam di tepi jalan di Bukit Minyak, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam.
BUKIT MERTAJAM 14 April - Orang awam yang melalui Jalan Perusahaan 4, Bukit Minyak dekat sini, gempar selepas menemukan mayat yang dikafankan dan di­tinggalkan di tepi jalan, dekat sini hari ini.
Kejadian pukul 8 pagi itu sekali gus mengimbas kembali kejadian serupa yang berlaku berdekatan kawasan berkenaan pada 26 Februari lalu selepas mayat seorang lelaki yang dikafankan ditemui orang awam.
Mayat berkenaan dipercayai seorang lelaki warga Myanmar dan dibalut dengan cadar berwarna biru sebelum diletakkan di atas bahu jalan.
Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk A. Thaiveegan berkata, pemeriksaan polis tidak menemui sebarang kesan kecederaan pada tubuh mangsa.
“Mangsa tidak berpakaian dan besar kemungkinan meninggal dunia di tempat lain sebelum mayatnya diletakkan di situ.
“Ini merupakan kejadian kedua berlaku di kawasan ini dan tidak ada dokumen ditemui bersama mangsa," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT), di sini hari ini.
Menurutnya, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat.
Dalam pada itu, Thaiveegan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu polis membuat siasatan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140415/je_04/Lagi-mayat-dikafankan-ditemui-di-tepi-jalan#ixzz2z19fm1Jg
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki Indonesia dipenjara intai wanita dalam tandas


KUALA LUMPUR 15 April - Gara-gara menghendap seorang wanita di dalam tandas, seorang lelaki warga Indonesia dihukum penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Gunawan, 23, seorang pekerja kilang, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu dan diperintah menjalani hukuman berkenaan bermula dari tarikh ditangkap pada 4 April lepas.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan cara memanjat mangkuk tandas untuk menghendap wanita itu di bilik tandas bersebelahan melalui ruangan atas dinding di tandas wanita tingkat 3, bangunan Intermark Mall Management Office, Jalan Tun Razak, Wangsa Maju, di sini, pada 8 pagi, 4 April lepas.
Mengikut fakta kes, mangsa secara jelas nampak muka seorang lelaki sedang mengintai dari bilik tandas sebelah dan memanggil tertuduh keluar dari bilik tandas itu.
Apabila mangsa bertanya mengapa tertuduh memasuki tandas wanita itu, dia memberi alasan tandas lelaki di bangunan itu penuh menyebabkan mangsa menghubungi pihak pengurusan dan tertuduh ditahan.
Mohamad Gunawan didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga lima tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.
Dia yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon supaya mahkamah menjatuhi hukuman denda. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140415/ma_12/Lelaki-Indonesia-dipenjara-intai-wanita-dalam-tandas#ixzz2z19vksem
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Polis nafi lelaki mati akibat cedera semasa dalam tahanan


BUKIT MERTAJAM 15 April - Polis menafikan dakwaan seorang wanita tentang kematian suaminya di Hospital Seberang Jaya di sini Sabtu lalu berpunca daripada kecederaan yang dialaminya ketika berada dalam tahanan.
Wanita itu, A. Mageswary, 36, membuat dakwaan tersebut dalam sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Menteri II, Dr. P. Ramasamy di pejabat wakil rakyat itu di Perai dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Abd. Lah (gambar) berkata, dakwaan Mageswary itu menimbulkan persoalan kerana wanita berkenaan tidak membuat laporan polis mengenainya.
Beliau berkata, mengikut rekod, suami wanita itu, M. Murugan, 37, telah ditahan pada 31 Mac lalu di rumahnya berkaitan kes dadah namun dibebaskan dengan jaminan selepas tujuh hari direman.
“Suspek ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan ketika berada dalam tahanan, dia telah diserang penyakit sawan.
“Polis telah menghantarnya ke Hospital Bukit Mertajam untuk menerima rawatan dan ketika itu kes suspek telah dirujuk kepada pendakwa raya sebelum diputuskan boleh diikat jamin," katanya.
Menurut Azman, pihaknya difahamkan keadaan suspek bertambah teruk selepas itu dan dia dihantar pula ke Hospital Seberang Jaya untuk menerima rawatan lanjut.
“Sekiranya benar suspek mengalami kecederaan dan mempunyai kesan lebam seperti didakwa, waris seharusnya tampil membuat laporan polis supaya siasatan menyeluruh dapat dijalankan," katanya.
Ujar Azman, setakat ini polis belum menerima laporan perubatan atau bedah siasat kerana ketika meninggal dunia, lelaki berkenaan tidak berada dalam tahanan polis.
Terdahulu, Mageswary dalam sidang akhbar tersebut antara lain mendakwa berasa curiga kerana terdapat kesan lebam pada mayat suaminya dan mengesyaki berpunca daripada kecederaan yang dialami ketika ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT.
Sehubungan itu, wanita terbabit menuntut supaya polis memberi penjelasan terperinci mengenai kes berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140416/je_02/Polis-nafi-lelaki-mati-akibat-cedera-semasa-dalam-tahanan#ixzz2z19ao2b3
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Suspek tembak polis, warga asing


SHAH ALAM 15 April - Suspek yang menembak dua anggota polis di Taman Lembah Maju, Pandan Indah pada Jumaat lalu, dipercayai warga asing.
Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan (gambar) ber­kata, pengesahan itu berdasarkan tiada persamaan daripada 18 kesan cap jari pada motosikal, topi keledar dan beberapa barang peribadi milik suspek dengan pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Menurutnya, polis juga tidak menolak kemungkinan suspek merupakan anggota kumpulan kongsi gelap berdasarkan tatu lambang harimau pada bahagian belakang badannya.
“Bagi warga asing, rekod pengenalan termasuk cap jari tidak disimpan dalam pangkalan data JPN. Oleh itu, kita membuat tanggapan bahawa suspek merupakan warga asing.
“Kita juga sudah mengenal pasti kumpulan kongsi gelap berdasarkan tatu pada bahagian belakang tubuh suspek tetapi saya enggan mendedahkan lebih lanjut kerana kes masih dalam siasatan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan program pengambilan konstabel berketurunan Cina di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini hari ini.
Yang turut hadir Presiden Persatuan Foochow Malaysia, Datuk Seri Tan Chia Lai; Pengerusi Persatuan Kepolisan Masyarakat Malaysia, Kuan Chee Heng dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd. Adnan Abdullah.
Dalam kejadian Jumaat lalu, seorang anggota polis berpangkat lans koperal parah ditembak di bahagian perut oleh seorang daripada dua suspek ketika mangsa dan seorang lagi rakan setugasnya cuba menahan mereka.
Rakan setugas mangsa turut terkena tembakan tetapi hanya cede­ra ringan.
Mohd. Shukri seterusnya memberitahu, pihaknya yakin dapat menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh terdekat dengan petunjuk-petunjuk yang ada.

Balasan ketuk kepala adik



MOHD. NOOR (kiri) diiringi anggota polis di Mahkamah Majistret, Kota Bharu, Kelantan semalam.


KOTA BHARU – Perbuatan seorang abang mengetuk kepala adiknya yang cacat tangan kanan dengan bongkah kayu pemotong daging berbalas apabila dia didenda RM1,500 dan diarah membayar pampasan kepada mangsa sebanyak RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman itu setelah tertuduh, Mohd. Noor Mamat, 58, mengaku bersalah dan mempertimbangkan keterangan impak mangsa.
Nik Habri turut memerintahkan Mohd. Noor dipenjara selama tiga bulan sekiranya gagal membayar pampasan tersebut.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0416&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2z18STZy4 
Hakcipta terpelihara 

‘Perang mulut’ Obama, Putin

‘Perang mulut’ Obama, Putin
Aktivis pertahanan diri Maidan, mengawal bangunan parlimen Ukraine di Kiev yang sedang bersidang, ketika penunjuk perasaan berhimpun menentang perpisahan wilayah timur negara itu semalam. 
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ‘berperang mulut’ dengan Presiden Russia Vladimir Putin melalui telefon, semalam membabitkan isu pemisah pro-Russia di Ukraine, ketika hubungan antara Moscow dan Washington semakin buruk.

Krisis yang pantas memuncak itu diburukkan dengan dua insiden dipercayai mempunyai kaitan dengan muslihat Perang Dingin, iaitu konfrontasi di Laut Hitam yang menyaksikan pesawat tempur Russia mengganggu kapal pemusnah Amerika Syarikat dan kunjungan ketua Agensi Perisikan Pusat (CIA), John Brennan, ke Kiev hujung minggu lalu.

Pentadbiran Obama berunding dengan sekutu Eropah dan memberi isyarat sekatan lebih tegas menyasarkan ekonomi Russia mungkin sukar dan memberi amaran Moscow semakin terpinggir.

Kenyataan Rumah Putih berkata, panggilan telefon dibuat berikutan permintaan Russia. Obama menuduh Moscow menyokong pemisah bersenjata pro-Russia yang mengancam melemah dan mengkucar-kacirkan kerajaan Ukraine.

Pegawai kanan Amerika bimbang pemisah, yang merampas bangunan kerajaan, menggunakan alasan kemasukan wilayah Crimea ke dalam Russia.

Kremlin berkata, Putin memberitahu Obama dakwaan mengenai negara itu campur tangan dalam krisis di timur Ukraine tidak berasas.

“Semua pasukan yang tidak mempunyai kuasa di Ukraine perlu meletakkan senjata masing-masing,” kata Obama Beliau menggesa Putin menggunakan pengaruhnya dengan kumpulan pro-Russia bersenjata itu meyakinkan mereka meninggalkan bangunan yang ditawan, menurut kenyataan Rumah Putih.

Putin dalam reaksi balasnya berkata: “Lakukan apa saja yang boleh bagi mengelak penggunaan kekerasan dan pertumpahan darah.”
Rumah Putih turut mengambil langkah luar biasa mengesahkan Brennan mengunjungi Kiev hujung minggu lalu.

Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, menuntut penjelasan berhubung lawatan Brennan.

Agensi berita Interfax memetik sumber tidak dikenali sebagai berkata Brennan mencadangkan Kiev menggunakan kekerasan ke atas militan pro-Russia di timur negara itu.

Namun jurucakap Rumah Putih, Jay Carney, mengecam dakwaan itu dan berkata lawatan Brennan sekadar rutin dan beliau mendedahkannya untuk menyangkal dakwaan palsu dibuat Russia.

Katanya, pegawai perisik kerap bercakap dengan rakan sejawatan mereka di Russia dalam era selepas Perang Dingin dan membayangkan lawatan Brennan sebagai berbeza adalah tidak masuk akal.

Carney juga menafikan Perang Dingin baru sedang berlaku antara Russia dan Amerika, tetapi kejadian membabitkan jet Russia di Laut Hitam dan kapal pemusnah peluru berpandu Amerika menunjukkan ketegangan era terdahulu.
Pentagon berkata, pesawat tempur Su-24 melakukan beberapa penerbangan rendah dan laju berdekatan USS Donald Cook, yang berlayar di perairan antarabangsa di luar Romania hujung minggu lalu.

“Pesawat tidak bertindak balas dengan beberapa soalan dan amaran daripada Donald Cook. Tindakan provokatif dan tidak profesional dari Russia ini tidak konsisten dengan protokol antarabangsa dan perjanjian sebelumnya mengenai interaksi profesional antara kedua-dua tentera,” kata jurucakap Pentagon, Kolonel Steven Warren. –AFP

Ukraine di ambang perang saudara: Russia

Kiev/Slaviansk, Ukraine: Russia semalam mendakwa Ukraine berada di ambang perang saudara selepas Kiev mengumumkan ‘operasi antikeganasan’ akan dimulakan terhadap pemisah pro-Moscow.
Perdana Menteri Russia Dmitry Medvedev semalam membuat penilaian itu selepas sekurang-kurangnya dua maut pada Ahad apabila tentera kerajaan cuba menguasai semula bandar Slaviansk, kira-kira 150 kilometer (km) dari sempadan Russia. 
“Darah rakyat Ukraine mengalir lagi. Negara itu kini di ambang perang saudara,” katanya di Facebooknya.

Bagaimanapun, 24 jam selepas tempoh ditetapkan Ukraine untuk puak pemisah menyerah diri, masih tiada tanda Kiev mahu menyerang bangunan kerajaan ditawan golongan itu di timur negara berkenaan.
Foto
PENUNJUK perasaan pro-Moscow memakai topeng ketika mengawal sekatan yang dibina di depan pejabat Perkhidmatan Keselamatan Ukraine (SBU) di Luhansk.

Menurut polis, pemisah meninggalkan ibu pejabat polis di Kramtorsk antara 10 bandar yang melihat kejadian seumpama itu sejak beberapa hari lalu. Namun mereka dilaporkan menawan bangunan lain di situ.

Presiden sementara Oleksander Turchinov menegaskan operasi kerajaan sudah dimulakan di Donetsk, namun dilakukan secara berperingkat dan ‘berhemah.’

“Operasi antikeganasan bermula pada waktu malam di utara wilayah Donetsk.

“Namun, ia akan dilakukan secara berperingkat dan bertanggungjawab. Saya ingin menekankan bahawa tujuan operasi ini adalah untuk mempertahankan rakyat Ukraine,” katanya di Parlimen.

Sementara itu, saksi melaporkan sekurang-kurangnya 15 kenderaan perisai tentera mengibarkan bendera Ukraine dilihat dipinggir jalan kira-kira 50km dari Slaviansk.

Tentera Ukraine berpakaian celoreng dan lengkap bersenjata termasuk dilihat berhampiran manakala kakitangan kementerian dalam negeri turut dilihat berada di situ.

Bagaimanapun, tiada tembakan kedengaran di Slavyansk di mana ibu pejabat polis ditawan pemisah.

Menteri Luar Russia Sergei Lavrov menafikan dakwaan Kiev dan negara Barat bahawa Moscow di sebalik golongan pemisah dalam usaha mengulangi caranya merampas Crimea.

“Dakwaan Ukraine itu fitnah semata-mata,” katanya.

Dia mengingatkan Kiev supaya tidak tergesa-gesa untuk memastikan perjumpaan antara Russia, Ukraine, EU dan AS yang dijadualkan esok di Geneva berjalan lancar.

Sementara itu, pemimpin Russia dan Amerika Syarikat (AS) masing-masing saling mengingatkan supaya mengelak berlaku keganasan.

Antara perkara dibimbangkan adalah Moscow menghalang bekalan gas ke Kiev seterusnya mengganggu bekalan ke Kesatuan Eropah (EU).

Pengeksport Russia Gazprom berjanji akan terus menjadi pembekal EU, namun syarikat tenaga Jerman, RWE, semalam mula membekalkan gas ke Ukraine seterusnya menerbalikkan aliran yang lazimnya dilakukan dari timur ke barat dalam satu saluran paip pusat. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/16

Awas pendatang haram


Riyadh: Arab Saudi semalam mengumumkan hukuman berat ke atas warga asing yang melanggar undang-undang menetap, bekerja dan berniaga negara itu.

Hukuman yang akan dikenakan ke atas pesalah, termasuk denda sehingga SR100,000 (RM86,000), penjara sehingga dua tahun, pengharaman diambil bekerja dan diusir dari negara itu.


Langkah itu menyasarkan rakyat asing yang datang ke negara itu untuk bekerja dan tinggal di negara itu secara haram, termasuk dengan menggunakan visa haji dan umrah.



Hukuman akan ditingkat bergantung kepada jumlah kesalahan dan individu terlibat. “Mereka yang ditahan tidak akan dibebaskan, walaupun dengan ikat jamin,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri.


Warga asing yang bekerja sendiri secara haram pula akan didenda sebanyak SR100,000 (RM86,000) dan diusir jika kesalahan itu dilakukan kali pertama. Mereka akan didenda sebanyak SR25,000 (RM21,000), dipenjara sebulan dan diusir untuk kesalahan kedua sementara yang melakukan kesalahan ketiga akan didenda SR50,000 (RM43,000), penjara enam bulan dan diusir.


Rakyat Saudi mengalu-alukan pengumuman itu dengan berkata ia akan mengukuhkan keselamatan dan kestabilan Arab Saudi. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/16

Pecat imam berpolitik


Riyadh: Kementerian Hal Ehwal Islam dan Dakwah semalam memberi amaran akan memecat imam sekiranya mereka bercakap mengenai politik dalam khutbah Jumaat mereka.

“Imam yang menyentuh isu politik dalam khutbah mereka bukan setakat dipecat daripada jawatan masing-masing, tetapi juga akan dihalang memegang sebarang jawatan di masjid seluruh negara,” kata penolong setiausaha rendah kementerian.


Abdulmohsen Bin Abdulaziz Al-Asheikh berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak memanggil imam yang membincangkan isu politik dalam khutbah mereka untuk menghadap barisan ulama yang menganggotai jawatankuasa penasihat kementerian itu. - AFP



Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/16

43 korban sambutan Songkran


Bangkok: Seramai 43 dilaporkan maut dan 502 cedera dalam 488 kemalangan yang berlaku kelmarin hari keempat dalam tempoh ‘tujuh hari berbahaya’ Pesta Songkran, kata Jabatan Pencegahan dan Bantuan Bencana, semalam.

Kebanyakan kemalangan disebabkan memandu secara mabuk (43.03 peratus) diikuti memandu melebihi had laju (22.34 peratus). Sebanyak 78.23 peratus daripada semua kemalangan direkodkan membabitkan motosikal.


Kematian dilaporkan kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan kematian pada empat hari pertama Songkran 204 manakala 2,142 cedera dalam 2,027 kemalangan.

Nakhon Ratchasima merekodkan jumlah kematian tertinggi iaitu 11 orang manakala Nakhon Si Thammarat paling banyak kemalangan (75) dan kecederaan (82).


Hanya wilayah Chaiyaphum bebas daripada sebarang kejadian. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/16

2 beradik makan mayat


Lahore: Seorang lelaki ditahan semalam kerana disyaki melakukan kanibalisme selepas kepala bayi baru lahir ditemui di rumahnya.

Lelaki itu pernah dipenjara kerana kesalahan memakan daging manusia tiga tahun lalu.


Polis menyerbu rumahnya di sebuah kawasan terpencil di wilayah Punjab selepas jirannya mengadu bau busuk dan menjumpai kepala bayi berusia dua hari di dalam rumahnya.

Pemilik rumah, Mohammad Arif mengaku memakan bayi itu selepas abangnya ‘mencuri’ mayat bayi itu dari tanah perkuburan di Kampung Darya Khan, kira-kira 300 kilometer ke selatan Islamabad, kata polis.


Arif dan abangnya, Farman Ali ditahan selepas memakan mayat manusia di kampung sama pada April 2011.


Mereka dihukum penjara dua tahun dalam kes yang menggemparkan Pakistan.

“Arif ditahan dan mengaku abangnya membawa mayat bayi baru lahir itu dari tanah perkuburan berdekatan,” kata Ameer Abdullah, ketua polis daerah Bhakkar, tempat terletaknya kampung itu.

“Arif memberitahu polis mereka berdua memasak mayat bayi itu dan memakannya.”
Tiada peruntukan undang-undang dalam kanun keseksaan Pakistan bagi kesalahan kanibalisme.

Begitu juga kes pada 2011, Arif hanya dituduh tidak menghormati mayat dan mengganggu ketenteraman awam.

Dalam kes tiga tahun lalu itu, polis menjumpai mayat wanita berusia 24 tahun yang mati disebabkan kanser di rumah mereka. Mayat itu tidak berkaki dan mereka dipercayai memakannya.

Polis melancarkan gerakan memburu Ali, kata Ameer manakala Arif akan menjalani ujian psikiatrik.

Jurucakap polis di balai polis Darya Khan, Zafar Iqbal memberitahu isteri dan ahli keluarga mereka meninggalkan kedua-dua beradik itu beberapa tahun lalu.

“Jiran membuat laporan mengenai bau busuk dan polis menyerbu rumah itu serta-merta.

“Kami menahannya dan menemui kepala seorang bayi. Arif mengaku memasak dan memakan mayat bayi itu,” kata Zafar. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/16

Seorang lagi maut di Bangkok


Bangkok: Seorang maut ditembak di tapak demonstrasi antikerajaan dalam kejadian terbaru keganasan di ibu kota ini.

Jurucakap protes itu, Akanat Promphan berkata, lelaki berusia 40 tahun itu - dipercayai pengawal keselamatan untuk pergerakan antikerajaan terbabit - diserang seseorang yang tidak dikenali pada awal pagi di Dataran Lumpini.


“Kami tidak tahu siapa yang bertanggungjawab,” katanya.

Sementara itu, polis mendakwa belum mendapat sebarang maklumat berhubung kejadian itu dan belum melawat tempat kejadian.


Kawasan sekitar tempat kejadian dipenuhi orang ramai yang menyambut pesta air sempena Tahun Baru Thai, minggu ini. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/16

Wanita potong kemaluan suami dipenjara 3 tahun


Songiang (Shanghai): Seorang wanita yang memotong kemaluan suaminya selepas mengesyaki dia mempunyai hubungan sulit dijatuhkan hukuman tiga tahun penjara oleh Mahkamah Rakyat di sini, semalam.

Kejadian berlaku 13 Mei tahun lalu apabila lelaki itu, Gu, membawa pulang seorang wanita dan tidak menyedari isterinya, Zhang berada di situ. Wanita itu berjaya melepaskan diri, tetapi Zhang merancang membalas dendam pada malam itu.


Apbila dia dan suaminya berasmara sebelum tidur, Zhang mencapai gunting yang disorok di bawah tilam dan memotong kemaluan suaminya.

Gu dikejarkan ke hospital tetapi doktor tidak dapat menyambung semula zakarnya.


“Tanpa zakarnya, dia tidak mampu lagi untuk membuat hubungan sulit. Saya lebih rela dia ‘tidak mampu’ dan sanggup menjaga dia seumur hidup saya,” kata Zhang ketika perbicaraan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/16

Tembak belakang

Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail
Sibu: Perjalanan seorang pemandu lori ke tempat kerja dengan menunggang motosikal berakhir tragedi berdarah apabila ditembak dari belakang oleh penunggang tidak dikenali dalam kejadian di Lorong 4, Jalan Teng Kung Suk, Ulu Lanang di sini, semalam.
Kejadian berlaku pada jam 7.30 pagi menyebabkan mangsa Yii Ko Hong, 31, parah sebelum terjatuh dari motosikal selepas suspek bersenjatakan senapang patah menembak menggunakan peluru penabur. 
Difahamkan mangsa bekerja di gudang itu sejak Disember tahun lalu, mempunyai masalah mental apabila membakar rumah ibu mertuanya di Bintulu sebelum dipenjarakan selama setahun lapan bulan di Penjara Limbang.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Mohd Kamal Kordi berkata, tembakan itu menyebabkan empat peluru penabur terbenam di lengan kanan serta belakang mangsa.
Foto
ANGGOTA polis memeriksa tempat kejadian.

Beliau berkata, kejadian berlaku ketika mangsa memberhentikan motosikal di lorong berkenaan sebelum muncul seorang lelaki menunggang motosikal Modenas berwarna hitam lalu melepaskan tembakan ke arahnya.

“Susulan tembakan itu, mangsa parah kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sibu dengan bantuan pekerja sebuah gudang berhampiran datang sebaik terdengar bunyi letupan kuat.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/16

Tak pasal-pasal masuk lokap

Oleh Muhd Izawan Baharin dan Asmah Rusman
Kuala Lumpur: Selain memperdaya rakyat tempatan menjadi ‘keldai dadah’ sindiket penipuan didalangi warga Afrika ini juga cilik memerangkap wanita negara ini untuk dijadikan ‘keldai akaun.’
Itu yang berlaku ke atas seorang wanita Melayu yang mahu dikenali sebagai Maria, 40-an yang terpaksa meringkuk di dalam lokap apabila akaunnya digunakan untuk tujuan menipu menyebabkan mangsa kerugian RM480,000. 
Maria berkata, sebelum ini dia mengenali seorang wanita Afrika berusia lingkungan 20 tahun melalui laman sembang Internet dan wanita itu mengadu berdepan masalah kewangan dan sukar berurusan dengan bank kerana tiada akaun bank tempatan.

“Memandangkan saya tidak menggunakan akaun saya, atas dasar simpati saya menyerahkan kad bank kepadanya untuk digunakan bagi urusan keluar masuk wang dan urusan lain,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, semalam.
Foto
MANGSA (kanan) menceritakan pengalamannya kepda wartawan Harian Metro.

Maria berkata, dia benar-benar menyesal dengan tindakan itu dan melakukan kesilapan besar apabila tidak mengambil peduli wang yang masuk ke dalam akaun banknya sedangkan ia pemindahan hasil jenayah penipuan wanita Afrika itu.

Menurutnya, sebelum ini, wanita Afrika itu mahu memberi sedikit wang kepadanya sebagai menghargai bantuan meminjamkan akaun bank, tetapi ditolak kerana disebabkan simpati.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/16

Janda ‘buruan seks’

Oleh Nabihah Nazam
Kuala Lumpur: Seorang janda resah apabila menjadi buruan puluhan lelaki miang yang menghubungi telefon bimbitnya dengan tujuan menagih perkhidmatan seks daripadanya sejak lebih sebulan lalu.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Chong, 35, berkata, gangguan itu bermula apabila identiti, gambar dan nombor telefon bimbitnya tersebar di sebuah laman web `Badoo' pada Februari lalu. 
Menurutnya, dia mensyaki identitinya itu disebarkan oleh bekas teman lelakinya bermotifkan dendam selepas dia membuat keputusan untuk menamatkan hubungan cinta mereka akhir tahun lalu.

“Bekas teman lelaki saya yang bekerja sebagai pembantu jualan berusia 30-an tidak dapat menerima kenyataan dan kerap mengganggu saya selepas itu.
Foto
MANGSA menunjukkan ugutan yang diterimanya melalui pesanan ringkas yang dihantar bekas teman lelakinya.

“Tidak lama kemudian saya mula berasa pelik apabila berpuluh lelaki tidak dikenali mula menghubungi telefon saya selain menghantar mesej melalui `Whatsapp' untuk mengajak saya melakukan hubungan seks,” katanya.

Dia yang pelik dengan kemunculan lelaki tidak dikenali itu terkejut apabila mendapat tahu semua mereka memperolehi nombor telefonnya dari laman web `Badoo'.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/16

Perangkap maksiat

Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
Petaling Jaya: Dijanjikan pekerjaan pembantu rumah bergaji lumayan di negara ini, namun sembilan wanita warga Filipina sebaliknya dijual sindiket penyeludupan manusia sebagai pelacur di sebuah pusat hiburan di Kelana Jaya di sini.
Semua wanita berusia 21 hingga 38 tahun itu turut dipaksa menjadi Pegawai Perhubungan Pelanggan (GRO) selain menawarkan tubuh kepada pelanggan yang berkunjung di premis berkenaan.
Semua wanita malang itu bagaimanapun berjaya diselamatkan selepas sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor melakukan serbuan mengejut di premis itu jam 10 malam kelmarin.
Sumber polis berkata, semua wanita terbabit didapati sedang melayan pelanggan ketika serbuan dilakukan oleh anggota polis.
“Hasil pemeriksaan mendapati sembilan wanita terbabit dieksploitasi oleh majikan mereka dengan dipaksa menjadi GRO bagi meraih pendapatan lumayan sejak beberapa bulan lalu.
"Siasatan mendapati premis hiburan itu beroperasi secara sah dengan mempunyai lesen perniagaan.
Namun polis akan menyiasat sama ada pemiliknya bersubahat dengan sindiket penyeludupan manusia untuk membawa masuk dan menipu semua wanita warga asing itu,” katanya.
Menurutnya, maklumat awal hasil soal siasat terhadap semua wanita itu mendapati mereka dijanjikan pekerjaan sebagai pembantu rumah atau pembantu restoran di negara ini.
“Hasil serbuan itu seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun dipercayai penjaga premis hiburan berkenaan ditahan bersama seorang lagi wanita warga asing berusia 28 tahun untuk siasatan lanjut.
“Dua suspek terbabit kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.

Mereka akan disiasat mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) dan Seksyen 55B Akta Imigresen,” katanya.
Foto
ANTARA wanita warga asing yang berjaya diselamatkan polis Selangor, kelmarin.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/16

Penyamun paksa wanita diam

Ipoh: Seorang ahli perniagaan kerugian puluhan ribu ringgit apabila rumahnya di Taman Pertama di sini, dipecah masuk dua penjenayah yang melarikan pelbagai barang berharga termasuk wang kertas lama dan koleksi jam tangan awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, ahli perniagaan berusia 50-an itu tiada di rumah dan hanya isteri serta dua anaknya yang berada di rumah, namun tiada yang cedera.
Menurut sumber, ketika kejadian, isteri mangsa yang sedang tidur di tingkat atas rumah teres dua tingkat itu tersedar kerana ada bunyi bising berlaku di tingkat bawah dan ketika memeriksa, terserempak dengan dua penjenayah menutup muka dengan kain.
Mereka yang bersenjatakan batang besi dan kayu, memaksa wanita naik semula ke tingkat atas serta tidak membuat bising.
“€œKedua-dua lelaki itu kemudian menggeledah tingkat bawah melarikan sejumlah wang tunai termasuk wang kertas lama serta pelbagai koleksi jam tangan bernilai puluhan ribu ringgit.
“Bagaimanapun penjenayah itu tidak melarikan tiga bungkus plastik syiling atau menggeledah tingkat atas rumah serta tidak mencederakan isteri dan dua anak ahli perniagaan itu,”€ katanya di sini, semalam.
Menurutnya, pemeriksaan mendapati dua penjenayah berkenaan dipercayai memecah masuk melalui pintu belakang dan penggera keselamatan tidak berbunyi kerana rosak.
“Namun kedua-dua suspek itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV),”€€ katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong mengesahkan kejadian dan menurutnya, siasatan sedang dijalankan.
Foto
DUA suspek berjaya dirakam CCTV.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/16

Diugut bunuh!

Oleh Mary Victoria Dass
Pasir Gudang: “Saya khuatir kerana menerima ugutan bunuh sedangkan saya bukan antiazan dan merayu fitnah yang dilemparkan oleh segelintir individu dihentikan segera.
“Niat saya hanya ingin memohon jasa baik pihak masjid memperlahankan bunyi pembesar suara,” kata penduduk Taman Air Biru, Mohd Said Mohamed Jaid, 56, yang membuat laporan polis pada 11 April kerana mendakwa azan di Masjid Al-Ijtihad Perjiranan 9, di sini, terlalu kuat. 
Laporan polis yang dibuat itu mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk ada yang mengecamnya.

Mohd Said berkata, sepanjang enam tahun menyewa di rumah yang jaraknya hanya 50 meter dari masjid terbabit, dia tidak mempunyai sebarang masalah.
Foto
MASJID Al-Ijtihad Perjiranan 9 yang menjadi tumpuan di media sosial.

Katanya, masalah itu timbul apabila tiang yang memuatkan tujuh corong pembesar suara didirikan pada awal bulan mengeluarkan bunyi terlalu kuat dan nyaring serta menjejaskan keselesaan penghuni berhampiran.

“Saya pernah bertemu dengan jemaah masjid bagi membincangkan masalah ini berikutan bunyi yang kuat, tetapi mereka tidak bersetuju,” katanya.

Mohd Said berkata, sebanyak tiga kali dia berulang-alik ke rumah pengerusi masjid berkenaan untuk membincangkan perkara itu selain menghantar surat kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) pada 1 Mac lalu.

Menurutnya, dia juga ada mengemukakan aduan kepada Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) pada 23 Mac dan Pejabat Daerah pada 2 April lalu.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/16

Maut kren jatuh dari tingkat 11

Maut kren jatuh dari tingkat 11
Pengendali kren maut selepas kren terjatuh daritingkat 11 di Ara Damansara, Petaling Jaya.
 Petaling Jaya: Seorang lelaki maut selepas kren yang dikendalikannya terjatuh dari tingkat 11 sebuah bangunan di tapak pembinaan di Ara Damansara, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.57 pagi itu, mangsa berusia 26 tahun yang baru memulakan kerja, gagal menyelamatkan diri dan tersepit apabila kren itu terjatuh dipercayai akibat permukaan lantai tidak stabil.

Mangsa yang parah di kepala dan pinggang, meninggal dunia di tempat kejadian. Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 17 di sini, mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memotong besi kren untuk mengeluarkan mayat mangsa.



Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.

Pekerja bernasib baik

Beberapa pekerja di tapak pembinaan itu bernasib baik kerana palang kren sepanjang 43 meter itu tidak menghempap mereka.
Saksi warga Pakistan yang mahu dikenali sebagai Ali, 34, berkata dia menyedari kejadian itu selepas mendengar jeritan pekerja lain sebaik kren tumbang.

“Saya dengar pekerja lain menjerit sebelum berlari ke luar bangunan dan mendapati keadaan kecoh sebelum melihat kren itu sudah tumbang,” katanya yang baru tiga bulan bekerja di tapak pembinaan itu.

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 7, berkata sepasukan tujuh anggota bomba dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 9 pagi.

“Anggota bomba terpaksa memotong batang besi kren bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi, berkata siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

8 lelaki bikin onar dicekup

Oleh Mohamad Hussin

Alor Setar: Polis Kedah menahan lapan lelaki termasuk seorang warga Myanmar di tiga daerah berasingan membabitkan Kota Setar, Kuala Muda Sik dalam Ops Cantas sepanjang Mac sehingga awal bulan ini termasuk merampas tiga jenis senjata api dan parang dipercayai untuk melakukan kegiatan jenayah.
Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata, dengan tertangkapnya suspek berusia antara 30 hingga 40 tahun, pihaknya percaya dapat mengurangkan kes jenayah di negeri ini terutama membabitkan kawasan panas. 
Beliau berkata, dalam operasi itu, pihaknya merampas pistol jenis Luger dan Revolver 0.38, senapang kayu buatan sendiri dan sepucuk pistol tiruan daripada suspek terbabit. 

“Lapan lelaki itu dipercayai terbabit dalam pelbagai kesalahan jenayah membabitkan senjata api dipercayai termasuk kes samun dan pecah rumah.
Foto
AHMAD Ibrahim (dua dari kiri) menunjukkan pistol dirampas daripada suspek.

“Bagi kes pertama, Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar berjaya menahan lelaki Myanmar pada jam 12.45 pagi, 21 Mac lalu dan selepas soal siasat dijalankan kami menangkap dua lagi rakannya yang juga lelaki berbangsa tempatan.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. 

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/16