Search This Blog

Tuesday, April 15, 2014

'Mak tak pernah lupa kamu'

WARTAWAN SINAR HARIAN
'Mak tak pernah lupa kamu'
Mery dan Ahmad menunjukkan gambar Nurfatehha yang menghilangkan diri sejak tiga tahun lalu. 
15 April 2014
BUKIT RAMBAI – “Baliklah nak...seminit pun mak tak pernah lupa kamu,” kata Mery Abdul Manan, 54, ketika meluahkan perasaan terlalu rindu kepada anak perempuannya, Norfatehha Ahmad Yusoff, 23, yang kini genap tiga tahun dua bulan hilang dari pangkuan keluarga.

Menurut Mery, setiap waktu dia dan suami, Ahmad Yusoff Ab Lazat, 57, tidak pernah lupa dan mengharapkan anak keempatnya itu segera pulang kerana sudah tidak sanggup menanggung rindu.

Sementara menurut Ahmad, anaknya hanya sempat bertugas di Kem Terendak, Sungai Udang selama setahun setengah sebelum menghilangkan diri bersama seorang rakan perempuan yang dikenali sewaktu bertugas.

“Dia keluar kem pada 21 Mac 2011 dan sudah tiga laporan polis saya buat selain berhabis ribuan ringgit mencari dia di seluruh negara.

“Pada 22 Februari 2011 dia ada kenal dengan seorang budak perempuan dan perangainya habis berubah.

“Pernah kami buat serbuan di rumah rakan perempuannya di Alor Gajah tetapi malangnya dia tidak ada,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Seri Rambai, dekat sini.

Mery berkata, sebelum mengenali individu itu, Norfatehha seorang anak baik dan menghormati orang tua.

“Kalau salah apapun, kami sekeluarga memang sudah maafkan dia, terima dengan reda sebab perkara dah terjadi.  Terus terang cakap keluarga memang tidak akan marah dia dan binalah hidup baru,” katanya.

Menurutnya, mereka pernah menjejaki rumah kenalan perempuan itu di Alor Setar tetapi keluarga di sana langsung tidak memberi kerjasama.

Malah, akibat tindakan anaknya, pihak kem beberapa kali menemuinya berikutan Nurfatehha meninggalkan tugas selaku anggota tentera.

Orang ramai yang mengenali Nurfatehha boleh menghubungi Ahmad di talian 011-23755583 atau Juliana (019-6710452).

Buruh maut motosikal langgar kereta rosak

WARTAWAN SINAR HARIAN
Buruh maut motosikal langgar kereta rosak
Mayat Moddin dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.
15 April 2014
 BUTTERWORTH - Seorang warganegara Bangladesh maut selepas motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta rosak di Kilometer 137.3 Lebuhraya Utara Selatan, semalam.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 12.45 tengah hari itu, mangsa yang dikenali sebagai Moddin Ali, 30-an yang bekerja sebagai buruh binaan maut di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian badan.

Difahamkan, motosikal mangsa merempuh bahagian belakang Perodua Kancil yang rosak di bahu jalan sebelum tercampak ke atas jalan.

Motosikal Yamaha 135 LC yang ditungganginya kemudian dilanggar dua penunggang motosikal lain yang tidak sempat mengelak.

Dua mangsa yang mengalami kecederaan ringan dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan manakala mayat Moddin dihantar ke hospital sama bagi proses bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Ab Lah ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan kes disiasat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Meluru langgar belakang treler

WARTAWAN SINAR HARIAN
Meluru langgar belakang treler
Keadaan kereta Persona yang remuk setelah merempuh belakang treler dalam kemalangan di Kilometer 419.3 Lebuh Raya Utara Selatan selepas susur masuk Plaza Tol Bukit Tagar menghala Ipoh.
15 April 2014
 BUKIT TAGAR - “Saya nak alihkan kon dan penanda segi tiga tiba-tiba kereta tu datang langgar besi penghadang sebelum langgar belakang treler,” kata pemandu treler, Ab Shukkur, 35, menceritakan kemalangan yang berlaku depan matanya semalam.

Katanya, melihat keadaan itu dia bergegas lari menyelamatkan diri sebelum datang kembali melihat mangsa tersepit.

“Treler saya rosak dan baru saja selesai gantikan paip nozel. Dah cuci tangan jadi nak alihkan kon tiba-tiba kereta tu datang dari lorong tengah.

“Saya tak fikir apa masa tu tapi terus lari selamatkan diri sebab kalau tengok kesan kereta ni memang tak brek langsung,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, kemalangan kira-kira jam 3 petang di Kilometer 419.3 Lebuh Raya Utara Selatan selepas susur masuk Plaza Tol Bukit Tagar menghala Ipoh.

Katanya, mangsa yang belum diketahui identitinya dipercayai berusia lingkungan lewat 20-an mengalami kecederaan di kepala dan muka, namun masih sedarkan diri.

“Kalau melihat kesan kecederaan pemandunya mungkin teruk tapi dia masih mampu berjalan dan mencari sendiri dompet dan telefon bimbitnya.

“Dua jentera bomba datang tapi satu dah berjaya bawa keluar pemandu sebelum bomba satu lagi datang. Pemandunya lelaki dibawa ke Hospital Slim River,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II, Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Omar Mohamad Yatim ketika ditemui di tempat kejadian berkata, mangsa sudah dihantar ke hospital menggunakan ambulan ketika mereka tiba.

“Sebelum tiba ada jentera bomba daripada Balai Bestari Jaya, mereka telah selamatkan mangsa terlebih dahulu kerana semasa kejadian ada kes kemalangan lain berlaku di Lembah Beringin.

“Tapi keadaan kereta mangsa yang remuk pada enjin dikhuatiri boleh mengakibatkan letupan atau kebakaran jadi kami terpaksa memotong kabel berkaitan bagi mengelakkan perkara itu,” katanya.

Mengaku tidak bersalah rogol gadis bawah umur

WARTAWAN SINAR HARIAN
Mengaku tidak bersalah rogol gadis bawah umur
Muhamad Hunain mengaku tidak bersalah ke atas tiga pertuduhan merogol gadis di bawah umur Mac lalu.
15 April 2014
 GEORGETOWN - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan merogol seorang gadis bawah umur, Mac lalu.

Tertuduh, Muhamad Hunain Shah Sufi, 24, didakwa dengan tiga pertuduhan merogol gadis berusia 14 tahun 10 bulan itu di sebuah rumah di Majestic Height, Paya Terubong di antara 24 Mac hingga 27 Mac lalu.

Terdahulu, tertuduh mengaku bersalah ke atas ketiga-tiga pertuduhan itu ketika kes berkenaan disebut pada 11 April lalu.

Bagaimanapun semalam, dia menukar pengakuan kepada tidak bersalah ke atas ketiga-tiga pertuduhan dan minta dibicarakan.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang tidak diwakili peguam itu didakwa melakukan kesalahan merogol gadis berkenaan yang juga orang kurang upaya (OKU) pada 24 Mac lalu, jam 3 petang di tempat sama.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama di rumah beralamat sama pada 26 Mac, jam 2 petang.

Untuk kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Sementara itu, untuk pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa di tempat sama, jam 3 petang, 27 Mac lalu.

Untuk pertuduhan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika didapati bersalah.

Pertuduhan dibacakan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Cheah Yit di hadapan Hakim Khairul Anuar Abdul Halim.

Khairul kemudiannya menetapkan 19 Mei ini untuk sebutan semula sementara menunggu laporan perubatan.

Polisi Pakistan Tangkap 2 Pria Kanibal


ISLAMABAD, KOMPAS.com — Kepolisian Pakistan menahan seorang pria yang diduga sebagai kanibal setelah kepala seorang bayi ditemukan di kediamannya di kota Darya Khan, Provinsi Punjab, sekitar 300 kilometer dari ibu kota Islamabad.

Farman Ali (30) ditahan sehari setelah polisi menahan kakaknya Mohammad Arif (35). Polisi mendapatkan temuan mengerikan di kediaman kedua pria itu.

Polisi mengatakan, dalam pemeriksaan, kedua kakak beradik itu mengaku memasak dan memakan daging manusia setelah mencuri mayat dari sebuah pemakaman.

Kedua pria ini sebelumnya pernah menghabiskan waktu selama dua tahun di penjara akibat melakukan kanibalisme. Keduanya baru dibebaskan tahun lalu.

Pada 2011, keduanya ditahan setelah terbukti menggali 100 mayat dari kuburan setempat dan memakan mayat-mayat itu.

Kepala kepolisian setempat, Ameer Abdullah, mengatakan, polisi menangkap keduanya setelah menerima laporan warga mencium bau tak sedap dari kediaman kedua orang itu.

"Kami menggerebek kediaman mereka pada Senin dan menemukan kepala seorang bocah laki-laki," kata Abdullah.

Abdullah menambahkan, istri dan keluarga kedua pria ini sudah meninggalkan mereka bertahun-tahun lalu. Setelahnya, mereka tinggal rumah itu dalam isolasi. "Kedua orang ini akan menjalani tes kejiwaan," ujar Abdullah.

Di Pakistan, tidak ada undang-undang khusus yang bisa menjerat para pelaku kanibalisme. Pada 2011, kedua pria ini ditahan karena merusak mayat dan mengganggu tatanan kemasyarakatan.

Dalam kasus tahun 2011 itu, polisi menemukan jasad seorang perempuan yang baru meninggal dunia karena penyakit kanker di kediaman kedua pria itu. Saat ditemukan, jasad perempuan itu sudah tidak memiliki sebelah kakinya karena dimakan kedua pria tersebut.

Kebakaran di Chile, ribuan berpindah

Kebakaran di Chile, ribuan berpindah
Ribuan rumah musnah dalam kebakaran di bandar Valparaiso sejak kelmarin. 
15 April 2014 SANTIAGO - Kira-kira 3,500 anggota bomba dan polis di Chile bertungkus-lumus mengawal kebakaran besar di Valparaiso selepas api marak akibat tiupan angin kencang, kelmarin.

Jurucakap pejabat kecemasan kebangsaan memaklumkan Press TV, usaha memadamkan kebakaran dijangka mengambil masa lebih 48 jam.

Sementara itu, media melaporkan angka kematian sebenar adalah seramai 12 orang berbanding 16 yang dikhabarkan sebelum ini.

"Lebih 500 penduduk sedang dirawat kerana sesak nafas dan lebih 2,000 kediaman musnah menyebabkan kira-kira 10,000 penduduk dipindahkan," jelas laporan itu.

Dalam perkembangan lain, Presiden Michelle Bachelet juga mengisytiharkan zon bencana ke atas seluruh bandar terbabit, sekali gus memberi kuasa kepada tentera untuk menjaga ketenteraman.

Difahamkan, kebakaran itu berpunca dari kawasan hutan berhampiran sebelum merebak dengan cepat di kawasan kejiranan di bandar berkenaan.

161 maut tiga hari pertama Songkran

161 maut tiga hari pertama Songkran
Kehadiran Pesta Songkaran sering mengundang padah terutama membabitkan kemalangan jalan raya. 
15 April 2014 BANGKOK - THAILAND. Sebanyak 56 kematian dan 747 kecederaan dicatatkan dalam 689 kemalangan pada hari ketiga Pesta Songkran di Thailand, kelmarin.

Menurut Jabatan Pencegahan Bencana dan Mitigasi, sebanyak 161 kematian dan 1,640 kecederaan dalam 1,530 kemalangan dilaporkan pada tiga hari pertama pesta itu berlangsung yang bermula 11 hingga 17 April.

"Paling tinggi 10 kematian berlaku di Nakhon Ratchasima, manakala jumlah kemalangan paling tinggi iaitu 64 kes dan kecederaan paling tinggi dengan 69 kes dicatatkan di Nakhon Si Thammarat," menurut laporan jabatan tersebut kepada Bangkok Post.

Bilangan terbesar punca kemalangan adalah disebabkan pemandu mabuk dengan 42.38 peratus diikuti melebihi had laju 23.95 peratus.

Sementara itu, sebanyak 76.35 peratus majoriti kemalangan melibatkan motosikal dan 14.81 peratus lagi melibatkan lori pikap.

Dua rumah hangus, seorang cedera

Dua rumah hangus, seorang cedera
Anggota bomba melakukan kerja pemadaman api di Kampung Sungai Limau, Kampung Cina. 
WARTAWAN SINAR HARIAN
15 April 2014
MANJUNG - Dua buah rumah hangus manakala seorang cedera dalam dua kejadian berasingan di Kampung Sungai Limau, Jalan Kampung Cina dan Kampung Pasir Panjang Laut, di sini Sabtu lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung, Ismail Othman berkata, kejadian pertama berlaku di Kampung Sungai Limau, Kampung Cina apabila pihak bomba menerima panggilan pada jam 3.51 petang dan tiba di tempat kejadian jam 4.20 petang.

Menurutnya, seramai tujuh anggota ditugaskan melakukan kerja pemadaman api di tempat kejadian.

“Apabila tiba di sana kami dimaklumkan pemilik rumah mengalami kecederaan di bahagian tangan dan orang ramai telah membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Api dapat dikawal pada jam 4.31 petang dan operasi tamat pada jam 4.50 petang. Rumah berkenaan mengalami kemusnahan sebanyak 85 peratus,” katanya.

Ismail berkata, manakala kejadian kedua pula berlaku di Kampung Pasir Panjang Laut dan anggota bomba menerima panggilan pada jam 11.34 malam sebelum tiba di lokasi pada jam 11.49 malam.

"Api dapat dikawal pada jam 1.10 pagi dan operasi selesai pada jam jam 1.50 pagi.

“Rumah berkenaan terbakar sebanyak 80 peratus dan tiada kemalangan jiwa d laporkan,” katanya.

Beliau berkata, punca kebakaran dan jumlah kerugian bagi kedua-dua kes masih dalam siasatan.

Ugut mahu simbah asid

Johor Bahru: “Kamu seorang perempuan Cina, baru sekolah keluar, kerja masa lama lagi, kamu baik saya baik jangan cari hal banyak, nanti kamu kena asid sendiri susah. tq (terima kasih) puan.”
Begitulah ancaman terbaru yang diterima menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh seorang kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor.
SMS berkenaan diterima mangsa pada 4 April lalu dipercayai dihantar anggota sindiket penyeludupan arak dan rokok selepas berang dengan keengganan mangsa bekerjasama dengan mereka.
Berikutan itu, pegawai wanita terbabit lingkungan 30-an membuat laporan polis di Balai Polis Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Julia berkata, dia bertugas sebagai penguasa di Unit Pengurusan Kastam Sempadan (CBM) di situ, menerima SMS berkenaan jam 7 pagi.
Menurutnya, SMS itu turut menyatakan, “Mei Chuan (bukan nama sebenar) penguasa kastam ic 8******* puan jangan complen (mengadu) banyak kamu buat kamu punya group (kumpulan) jangan kacau orang lain punya group (kumpulan) kamu tak ade hal.” Katanya, dia membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan jam 10.30 malam pada hari sama.
Pegawai wanita terbabit turut mendakwa ada menerima panggilan dari nombor telefon yang sama yang menghantar SMS, tetapi tidak dijawab kerana takut.
Sementara itu, seorang kakitangan lagi mendakwa turut menerima ugutan ketika bercuti di kampung di Negeri Sembilan.
Menurut sumber, mangsa menerima SMS ugutan juga dari nombor telefon yang sama jam 1.30 pagi 4 April lalu.
“SMS itu menyatakan, “Ahmad Nadzri Ismail (bukan nama sebenar) penguasa kastam ic (kad pengenalan) 8********1) boss jangan colek skaner (alat pengimbas) cari hal banyak 2) kamu sendiri sudah tau sudah jangan dengar Sahak (bukan nama sebenar) cakap banyak, sebab Sahak tak berani baru tolak kamu pergi buat bodoh 3) saya tak mau nampak ade surat complen (aduan) 4) kamu senyap saya senyap, kamu sudah mau kahwin kan? u senyap i senyap bodoh u TQ (terima kasih) Tuan,” katanya.
Menurutnya, anggota sindiket juga bertindak cuba menghubungi mangsa melalui panggilan telefon tetapi tidak dijawabnya.
Foto
SMS ugutan yang diterima mangsa.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/15

Korea Selatan ‘bakal terima padah’


Pyongyang: Korea Utara semalam memberi amaran Korea Selatan akan ‘menerima padah’ kerana mengkritik program nuklear dan sistem politik Pyongyang tindakan yang didakwa melanggar perjanjian supaya dua negara itu tidak saling memburuk-burukkan antara satu sama lain.

Amaran itu dikeluarkan Jawatankuasa Penyatuan Semula Secara Aman Korea (CPRK) beberapa hari selepas Pyongyang mengecam kenhyataan Presiden Korea Selatan Park Geun-Hye yang menyifatkan penyatuan dua negara itu sebagai ‘angan-angan pesakit jiwa.’
“Anggota tentera dan rakyat kami tidak akan menerima sebarang usaha pihak musuh untuk mempersendakan sistem kami dan akan memastikan mereka menerima padahnya kerana mengeluarkan komen tanpa berfikir,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan agensi berita rasmi KCNA, semalam.

Park sebelum ini dipetik sebagai berkata, bahan nuklear Pyongyang boleh menjadi senjata pengganas, selain memberi amaran kemungkinan berlaku bencana seperti di Chernobyl di kompleks nuklear utama Korea Utara. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/15

Perbuatan jijik, memalukan


Singapura: Seorang peguam yang sering mengendalikan kes berkaitan nahas udara melahirkan rasa jijik terhadap dakwaan wujudnya sindiket penipuan yang menjadikan anggota keluarga MH370 sebagai sasaran mereka dengan menawarkan tuntutan ganti rugi palsu.

Floyd Wisner, dari Chicago, Amerika Syarikat berkata, anggota keluarga penumpang MH370 melalui hari yang menyedihkan sejak lima minggu lalu.

“Ia perbuatan sangat memalukan kerana ada pihak cuba mengambil kesempatan terhadap mereka yang berada dalam keadaan emosi tidak menentu dan saya berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap perakara ini.

“Anggota keluarga MH370 melalui lima minggu yang membuatkan mereka merana daripada percanggahan maklumat dan kekeliruan, peguam yang membuat tuntutan tidak munasabah dan sekarang penipu cuba melarikan wang mereka,” katanya dalam kenyataan semalam.


Kenyataan itu merujuk kepada laporan mengenai penyebaran e-mel palsu yang didakwa dari Penerbangan Malaysia (MAS) kepada anggota keluarga penumpang meminta mereka menghubungi bank untuk menguruskan tuntutan ganti rugi.


Bagaimanapun, e-mel itu dilaporkan meminta caj pentadbiran sebelum tuntutan ganti rugi itu diluluskan.

Wisner berkata, anggota keluarga penumpang MH370 diminta perlu berhati-hati kerana tidak ada sebarang caj dikenakan untuk tuntutan yang sah dan mereka perlu mendapatkan nasihat daripada peguam yang profesional dan berpengalaman supaya hak mereka terjamin.

Beliau turut mendedahkan sudah bercakap dengan beberapa anggota keluarga penumpang MH370 yang membentuk persatuan untuk mewakili mereka dan berbincang tuntutan secara kumpulan.

Pesawat MH370 membawa 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 Mac lalu.

- BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/15

Rintihan sayu dalam gelap


Dalam kejadian jam 3 pagi, mangsa Daud Kazamad, 47, yang memandu lori 10 tan membawa muatan makanan ringan tersepit sebelum dikeluarkan sepasukan anggota bomba dan penyelamat.
Mangsa dari bandar Melaka dikatakan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur sebelum dirempuh sebuah bas persiaran membawa 28 penumpang dipandu seorang lelaki berusia 48 tahun yang dalam perjalanan menghala ke Butterworth, Pulau Pinang.
Saksi kejadian, Zainuddin Said, 39, berkata, dia yang kebetulan tiba di lokasi bersama seorang rakan beberapa minit selepas kemalangan memberhentikan kenderaannya di tepi jalan dan berlari ke arah lori yang terbabas ke dalam longkang.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, saya nampak sebuah bas berada di lorong tengah manakala lori berkenaan terbalik dalam longkang sebelah kiri jalan.
Pada masa sama terdengar suara sayu di tempat kejadian namun disebabkan gelap, saya tidak nampak apa-apa.
“Saya bersama rakan kemudian memanjat di atas lori itu sebelum ternampak pemandunya terperosok di dalam kepala lori yang remuk dan tersepit.

Kami cuba membantunya keluar namun gagal kerana mangsa cedera parah,” katanya, semalam.
Menurutnya, melihatkan keadaannya yang parah dan tersepit, dia berusaha menenangkan mangsa sebelum menghubungi pasukan bomba dan penyelamat untuk bantuan.
Sementara itu, penumpang bas persiaran Saifullizan Wahab, 35, berkata, dia yang duduk di kerusi paling belakang terjaga selepas terhentak pada kerusi hadapan ketika pemandu bas menekan brek kecemasan menyebabkan semua penumpang menjerit panik.
“Tiba-tiba saya terjaga selepas terhentak pada kerusi menyebabkan semua beg penumpang bergerak ke hadapan dan pada masa sama terdengar semua penumpang menjerit malah ada yang menangis selepas bas kemalangan.
“Saya terdengar pemandu beritahu bas dinaiki terbabit kemalangan dan minta semua penumpang tidak panik sebelum bertanya jika ada sesiapa tercedera.
Foto
ORANG ramai menenangkan mangsa yang tersepit di dalam lori yang terbalik sementara bantuan penyelamat tiba.

Semua penumpang turun dan berkumpul di lorong kecemasan,” katanya.
Saifullizam berkata, dia bersyukur kerana semua penumpang di dalam bas tidak mengalami kecederaan dan turut bersimpati melihat keadaan pemandu lori yang parah dalam kemalangan berkenaan.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah Pegawai Bomba Kanan II Mohd Suhairi Mohd Sufian berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam jam 3.37 pagi.
“Seramai 12 pegawai dan anggota bomba bersama dua jentera masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah dan Rembau dikejarkan ke lokasi kemalangan.
“Bomba yang tiba tidak lama kemudian mendapati pemandu lori masih tersepit antara tempat duduk pemandu dengan papan pemuka menghimpit sebahagian badannya.

Kami mengambil masa mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas bagi merenggangkan papan pemuka lori dan memotong sebahagian komponen kenderaan itu,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/15

Mohon cerai isteri tak tahu masak


Oleh Muhd Izawan Baharin, Hayati Ibrahim, Mohd Husni Mohd Noor dan Amir Abd Hamid
Kuala Lumpur: Dengan alasan tidak tahu memasak, seorang wanita berusia awal 20-an yang baru melangsungkan perkahwinan tahun lalu kini berdepan kemungkinan meneruskan hidup sebagai janda apabila suaminya memfailkan perceraian menggunakan alasan remeh berkenaan.

Lebih menyedihkan, detik sedih perbicaraan berhubung fail perceraian berkenaan jatuh pada bulan sambutan ulang tahun sulung perkahwinan pasangan terbabit iaitu Mei ini.


Hanya mahu dikenali sebagai Nadia, katanya, apa yang sangat memilukan tragedi itu berlaku dalam keadaan rumah tangganya sangat harmoni tanpa tiada selisih faham atau sebarang pergaduhan besar.

“Saya memang terkejut sebab sebelum ini kami tak bergaduh. Tiba-tiba saja pada 6 April lalu, bapa mentua yang datang ke rumah orang tua saya (di sebuah kawasan perumahan selatan Selangor) memaklumkan kepada keluarga saya yang dia membawa suami saya memfailkan perceraian di mahkamah tiga hari sebelum kedatangannya.


“Alasan diberikan untuk bercerai kononnya saya tak tahu memasak. Saya sangat sedih sebab keluarga mentua membelakangkan saya sebelum membuat keputusan berkaitan hidup saya,” katanya yang berharap dapat membuat persediaan mental dan fizikal untuk perbicaraan kes itu bulan depan.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/15

Pilu larangan tak diendah


Dungun: “Saya cukup sedih apabila larangan saya tidak diendahkan mereka,” kata Hassan Basri Zulkifli, 15, ketika menceritakan kejadian dua rakannya lemas ketika mandi di pantai berhampiran Chalet Gelombang, Paka dekat sini, petang semalam.
Dalam kejadian jam 5.10 petang, dua sahabat Mohd Solihin Zaki, 15, dan Khairul Ikhwan Rochim, 15, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Paka di sini, ditemui lemas manakala tiga rakan mangsa iaitu Hassan Basri, Shahwalfri Shahrizal dan Hazimi Luqman Zainal Ariffin, masing-masing berusia 15 tahun yang turut lemas berjaya menyelamatkan diri. 
Kejadian di lokasi itu kali kedua berlaku apabila bulan lalu, seorang pekerja sebuah syarikat petrokimia di Paka turut lemas ketika mandi di kawasan berkenaan akibat dipukul ombak. 

Hassan Basri berkata, mereka berlima sebelum itu mandi di pantai berkenaan kira-kira jam 5 petang selepas diajak Khairul.
Foto
JENAZAH Khairul dibawa masuk ke dalam trak polis untuk dibawa ke Hospital Dungun.

“Arwah mengajak kami mandi di kawasan itu sejak kelmarin, tetapi menolak pelawaannya, namun dia sekali lagi mengajak kami hari ini (semalam) sebelum kami bersetuju,” katanya.

Katanya, ketika mandi, Khairul memegang pelampung sambil berenang ke tengah laut manakala Mohd Solihin tidak menggunakan pelampung. 

“Kami bertiga sudah melarang mandi di tengah memandangkan air ketika itu mulai pasang. 

“Mereka berulang kali mengajak dan mengejek kami bertiga sebagai penakut,” katanya. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/15

13 dipenjara bantu pejuang di luar negara


Riyadh: Sebuah mahkamah semalam menjatuhkan hukuman penjara satu hingga 10 tahun ke atas 13 lelaki atas tuduhan membantu dan membiayai kegiatan militan di luar negara.

Agensi berita Saudi (SPA) melaporkan, mereka juga didapati bersalah bersubahat, dan melindungi suspek yang dikehendaki.


Tuduhan lain termasuk penggubahan wang haram, rasuah dan memiliki senjata api secara haram.



Selain itu, mahkamah juga mengharamkan semua tertuduh membuat perjalanan ke luar negara berkuatkuasa selepas tempoh hukuman tamat.


Menurut laporan SPA, tujuh lagi tertuduh dibebaskan.


Mahkaman Saudi sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara ke atas beratus-ratus suspek militan ketika mereka berusaha menangani kes tertunda berkait dengan kes pembunuhan beberapa dekad lalu.

Pasukan keselamatan menahan beratus-ratus suspek sejak 2003. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/15

527 beri sampel DNA


Paris: Seramai 527 pelajar dan kakitanan lelaki di sebuah sekolah menengah di barat Perancis diminta memberi sampel DNA untuk membantu siasatan polis mencari perogol seorang remaja perempuan, hujung tahun lalu.

Pejabat pendakwa raya berkata, ujian dimulakan semalam dan dijangka diteruskan sehingga Rabu di sekolah Fenelon-Notre Dame, tempat remaja berusia 16 tahun berkenaan diserang dan dicabul, September lalu dalam tandas yang gelap.


“Kejadian berlaku pada hari persekolahan dan di tempat yang tertutup.

“Kami bersetuju mendapatkan sampel dengan cara ini kerana itulah kaedah terbaik untuk mempercepatkan siasatan,” kata pengarah sekolah itu, Chantal Devaux.


Perancis mempunyai pangkalan data DNA yang luas dan menolak arahan untuk melakukan ujian berkenaan lazimnya dilihat sebagai perbuatan orang yang bersalah. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/15

Pemandu lori tertusuk dahan


Henan: Seorang pemandu lori terselamat dalam kemalangan walaupun badannya tertusuk pokok menyebabkan dirinya ‘melekat’ pada tempat duduknya.

Doktor di Hospital Universiti Huaihe mengambil masa lebih kurang empat jam setengah untuk mengeluarkan dahan sepanjang enam meter itu daripada mangsa bernama Li, 40.


Dia kini masih mendapat rawatan di hospital dan berada dalam keadaan stabil walaupun mengalami kecederaan serius terhadap organ dalaman dan tisu.

Li dipercayai memandu di belakang sebuah lagi lori yang membawa bahan landskap dan pokok sebelum merempuh kenderaan terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/15

12 maut, 8,000 pindah


Santiago: Lebih 8,000 orang dipindahkan semalam dari kebakaran besar yang melanda tapak warisan dunia Valparaiso.

Kebakaran itu yang bermula di sebuah hutan, Sabtu lalu, sudah meragut 12 nyawa dan memusnahkan lebih 500 rumah di bandar yang terkenal sebagai tapak warisan UNESCO itu kerana bangunan serta jalan raya yang unik.
Setakat ini, pusat bandar yang kaya dengan sejarah masih terselamat, namun kerosakan di kawasan lain memang terlalu teruk malah pihak berkuasa bimbang keadaan akan bertambah buruk.

Menteri Pertahanan Jorge Burgos berkata: “Keadaan masih diisytiharkan kawasan bencana dan masalah dihadapi ini amat merumitkan.”


Kejiranan Ramaditas, Pajonal dan Mariposas yang terletak di lereng bukit paling teruk terjejas.


Sementara itu, Presiden Michelle Bachelet yang melawat tempat kejadian menyifatkan kejadian itu sebagai satu tragedi.

“Ini memang kebakaran paling teruk dalam sejarah Valparaiso.

“Penduduk bukan saja kehilangan tempat tinggal dan barangan peribadi, malah pelbagai kenangan bersama keluarga mereka juga musnah,” katanya ketika ditemui media, semalam. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/15

Ibu simpan mayat 7 bayi


Utah: Seorang wanita ditahan selepas mayat tujuh bayi ditemui di rumahnya, hujung minggu lalu.

Megan Huntsman, 39, ditahan atas tuduhan bunuh selepas pihak polis menyiasat aduan bahawa ada mayat bayi baru lahir di rumah berkenaan.
“Waran tangkap diperoleh untuk membolehkan pemeriksaan dilakukan dan polis menemui enam lagi mayat yang disimpan dalam kotak kadbod berasingan,” kata kenyataan polis.

Hasil siasatan menunjukkan Megan melahirkan dan membunuh setiap bayi itu dalam tempoh 10 tahun lalu.


Menurut akhbar Salt Lake Tribune, bekas suami Megan yang juga dipercayai bapa semua bayi berkenaan yang menghubungi polis.


Tiga anak perempuan mereka berusia antara 13 hingga 20 tahun masih tinggal di rumah berkenaan yang dimiliki ibu bapa bekas suami Megan itu.

Menurut seorang jiran, bekas suami Megan menemui mayat berkenaan ketika sedang mengemas garaj rumah itu Sabtu lalu kerana bercadang berpindah semula ke situ. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/15

Tampar pekedai dengan ikan


LIZA HASAN
15 April 2014

Tampar pekedai dengan ikan
Tampar pekedai dengan ikan Wajah remaja yang dapat dirakam cctv selepas insiden itu.



LANCASHIRE - Seorang remaja Britain mengemukakan permohonan maaf selepas bertindak keterlaluan menampar seorang penjual dengan ikan keran tidak berpuas hati dengan layanan di beri.

Insiden berlaku di sebuah pasar di Asda, bagaimanapun dirakan melalui kamera litar tertutup (CCTV) pasar berkenaan.

Jurucakap polis berkata kepada The Mirror News, pekerja berusia 52 tahun itu sudah menerima surat permohonan maaf.

“Kejadian berlaku apabila remaja berkenaan berang selepas pertanyaannya mengenai jenis ikan tidak dilayan. Remaja itu kemudiannya mengambil ikan kerisi lalu menampar muka penjual terbabit sebelum berlalu,” katanya.

Menurutnya,  selepas kejadian itu, remaja berkenaan ditahan polis selepas satu laporan dibuat oleh penjual berkenaan.

“Kami mengesan suspek menerusi CCTV. Suspek kini diarah membuat kerja komuniti selama enam bulan dan diarah menulis surat permohonan maaf,” katanya.

Beliau berkata, ini adalah kejadian pertama melibatkan kekasaran menggunakan ikan sebagai senjata.

Bunuh ibu tiri, wanita ke tali gantung


Bunuh ibu tiri, wanita ke tali gantung
Bunuh ibu tiri, wanita ke tali gantung Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Zahidah Ahmad (depan) selepas didapati bersalah membunuh ibu tirinya manakala adik tirinya (belakang) hanya akan diketahui pada 28 April ini selepas mendapat laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat memandangkan beliau masih di bawah umur di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
15 April 2014


SHAH ALAM - Seorang wanita dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas dia dan adik tirinya didapati bersalah membunuh ibu tiri mereka dengan cara menekup muka mangsa menggunakan bantal, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Akhtar Tahir menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati tertuduh, Zahidah Ahmad, 27, penganggur, dan adik tiri perempuan berumur 18 tahun gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan 28 April ini untuk memutuskan hukuman terhadap adik tiri Zahidah sementara menunggu laporan akhlak berikutan semasa kejadian dia masih di bawah umur iaitu 16 tahun.

Dalam penghakimannya, Hakim Akhtar berkata, selepas mendengar keterangan kedua-dua beradik itu beliau mendapati pembelaan mereka bersifat penafian semata-mata.

"Selepas mendengar keterangan kedua-dua pihak, saya lebih mempercayai keterangan saksi pendakwaan dan saya dapati mereka (saksi pendakwaan) beri keterangan yang benar berbanding keterangan kedua-dua tertuduh.

"Justeru saya dapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan tuduhan terhadap kedua-dua tertuduh melampaui keraguan munasabah dan mereka didapati bersalah dan disabitkan pertuduhan," kata Hakim Akhtar.

Maznah dan adik tirinya didakwa bersama-sama membunuh Tanziah Zainuddin, 72, di alamat No: 2, Lorong Kiyai Sujak 20B, Taman Sri Wangi, Kapar, Klang, pada 5.30 petang, 14 Julai 2012.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Sebanyak 14 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Iswa Tonie sementara dua beradik itu diwakili peguam Tan Teck Yaw dan Liow Boon Lee.

Akhbar sebelum ini melaporkan kematian mangsa, seorang guru agama, pada awalnya diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan dikebumikan.

Bagaimanapun, tiga hari selepas pengkebumiannya, seorang daripada anggota keluarga mendapati beberapa barang kemas milik warga emas itu hilang lalu membuat laporan polis.

Kubur mangsa kemudian digali semula dan hasil bedah siasat mendapati warga emas itu meninggal dunia akibat lemas. - Bernama

60 pusat hiburan keluarga diserbu


WARTAWAN SINAR HARIAN
15 April 2014

60 pusat hiburan keluarga diserbu
60 pusat hiburan keluarga diserbu Azman bersama mesin permainan yang dirampas polis dalam serbuan yang dilakukan untuk siasatan lanjut.
60 pusat hiburan keluarga diserbu
Mesin yang dirampas dibawa ke IPD untuk tindakan lanjut sementara menunggu laporan daripada pakar perjudian.



MUAR – Polis telah melakukan 60 serbuan di pusat hiburan keluarga sekitar daerah ini selepas disyaki menjalankan aktiviti berunsurkan perjudian setakat April ini.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, serbuan dalam Operasi Dadu itu adalah hasil maklumat dan pemantauan ke atas tiga pusat hiburan di daerah ini.

Menurutnya, terbaru dua pusat hiburan diserbu secara berasingan membabitkan rampasan 43 mesin permainan.

Pihaknya juga menahan lima penjaga pusat berkenaan serta 53 pengunjung, kelmarin.

“Dalam serbuan pertama pada jam 4.45 petang itu, polis menahan tiga penjaga pusat hiburan bersama 32 pengunjung termasuk seorang warga Indonesia.

“Tiga lelaki terbabit berusia 20,41 dan 55 tahun serta semua pengunjung ditahan reman sehingga 17 April ini untuk membantu siasatan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di sini, semalam.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan tidak memiliki sebarang rekod jenayah, manakala warga asing berkenaan tidak mempunyai rekod perjalanan yang sah.

“Mereka disiasat di bawah Seksyen 4(1)(a), Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Azman berkata, serbuan kedua pada hari yang sama dilakukan kira-kira jam 6.30 petang dengan menahan dua penjaga pusat hiburan berkenaan serta 21 pengunjung.

“Kita merampas sebanyak 18 mesin permainan dan dibawa ke IPD untuk tindakan lanjut serta laporan daripada pakar perjudian dari IPD Batu Pahat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(a) dan Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.

Tegasnya, kesemua rumah judi di daerah ini mempunyai lesen dan pengusahanya mematuhi waktu operasi yang ditetapkan bermula jam 12 tengah hari hingga 11 malam.

“Namun kita menunggu laporan daripada pakar untuk mengetahui sama ada  dua pusat hiburan berkenaan menjalankan kegiatan perjudian ataupun tidak.

“Bagaimanapun pemantauan kerap akan diteruskan untuk memastikan tidak berlaku sebarang aktiviti yang melanggar peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa,” katanya.

Ibu dipenjara beri bayi morfin


LIZA HASAN
15 April 2014
Ibu dipenjara beri bayi morfin
Ibu dipenjara beri bayi morfin Alexis

Ibu dipenjara beri bayi morfin
Greene

COLUMBIA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang ibu dijatuhi hukuman 20 tahun penjara kerana menyebabkan kematian bayi perempuannya selepas memberi susu badan yang mengandungi morfin.

Bekas jururawat Stephanie Greene, 39, dari South Carolina, Amerika Syarikat didapati bersalah mengambil morfin dan ubat penahan sakit lain tanpa memberitahu doktor yang beliau sedang dalam tempoh menyusukan bayinya.

Bayinya, Alexis berusia 6 minggu dilaporkan maut selepas laporan toksikologi mengesahkan kematian itu berpunca dari susu badan yang diambil.

Pendakwa raya Barry Barnette berkata, Greene yang ketagih morfin didapati bersalah membunuh dan mengabaikan keselamatan bayinya itu.

“Ini bukan dakwaan penyusuan. Greene lebih suka mengambil dadah daripada menyayangi anaknya,” katanya kepada Nydaily.

Seorang pakar perubatan memberi keterangan, melalui ujian bedah siasat mendapati terdapat kandungan morfin berlebihan dalam tubuh bayi berkenaan.

“Kami dapati terdapat empat auns dadah di dalam tubuh bayi berkenaan, sebagai seorang bekas jururawat dia sepatutnya mengetahui bahaya pengambilan ubat dan dadah berkenaan terhadap bayinya,” katanya.

Susulan kesalah itu, Greene menghadapi hukuman penjara seumur hidup dan harus berkhidmat sekurang-kurangnya 16 tahun dalam penjara di bawah undang-undang South Carolina. 

Militia enggan serah diri


Militia enggan serah diri
Aktivis pro-Russia berehat di sebalik penghadang yang dibina di belakang bangunan polis wilayah di Slavyasnk di timur Ukraine semalam.
2014/04/15 - 06:29:59

Slavyasnk: Tempoh kata dua Ukraine kepada militia pro-Kremlin yang menawan bangunan di kawasan pemisah di timur berakhir semalam tanpa sebarang tanda kumpulan bersenjata bersedia untuk menyerah.

Jalan di bandar perlombongan arang batu Slavyansk lengang dan sunyi walaupun presiden sementara yang disokong Barat bersumpah untuk melancarkan operasi antipengganas skala penuh yang membabitkan tentera sekiranya kumpulan bersenjata tidak mengembalikan balai polis dan pejabat keselamatan negara pada jam 6 petang.


Serbuan Sabtu lalu dan dua ancaman yang ditimbulkan Russia untuk menempatkan 40,000 tenteranya di sempadan Ukraine dan amaran sekatan gas menyebabkan pemimpin di Kiev terdesak untuk mendapatkan bantuan Barat bagi mengelak perpecahan negara bekas Soviet yang dilanda krisis itu.

Bincang sekatan

Menteri Luar Kesatuan Eropah berkumpul di Luxemburg bagi membincangkan sama ada untuk meneruskan pusingan ketiga sekatan ekonomi terhadap Moscow atau sebaliknya. Kiev dan Barat mendakwa Kremlin terbabit secara langsung dalam serbuan yang diselaraskan di seluruh wilayah yang diduduki majoriti Russia di Ukraine yang diketuai Moscow menyebabkan mesyuarat kecemasan Majlis Keselamatan PBB diadakan.

Duta PBB ke Moscow, Vitaly Churkin, berkata dalam satu kenyataan bahawa masyarakat antarabangsa mesti bersedia mendesak tali barut Maidan menghentikan peperangan terhadap orang sendiri.

Maidan merujuk kepada benteng dataran bantahan di Kiev yang menyaksikan puluhan kematian sepanjang protes menggulingkan pemimpin yang disokong Russia Februari lalu. Kuasa Churkin menolak dakwaan AS wujudnya pembabitan ejen Russia dalam pergolakan terkini dan menuduh Barat menyokong ‘kuasa radikal, cauvinis, Russophobic dan anti Semitik’ di Kiev.
Russia mendapati dirinya terasing dengan cara sama dengan sesi PBB di mana Moscow terpaksa menggunakan kuasa veto terhadap resolusi Majlis Keselamatan yang hampir sebulat suara mengutuk pencerobohan dan pengambilalihan Semenanjung Crimea di Laut Hitam daripada Ukraine bulan lalu. - AFP

Mayat bayi reput dalam longkang


2014/04/15 - 07:18:57
Mayat bayi reput dalam longkang
Keadaan mayat bayi yang reput dijumpai dalam longkang mengemparkan penduduk di Kampung Limbongan, Melaka.

Melaka Tengah: Mayat seorang bayi reput dengan kepalanya hancur, ditemui dalam longkang di hadapan sebuah rumah di Kampung Limbongan, di sini petang kelmarin.

Bayi malang yang cukup sifat itu ditemui penghuni rumah berkenaan, Julita Jost, 29, kira-kira jam 5.40 petang ketika mahu membersihkan bahagian belakang kediamannya. Dia menyedari kelibat mayat itu seawal jam 7 pagi lagi, namun membiarkannya kerana menyangka ia bangkai ayam. 

Tak peduli bau busuk selamat budak


Tak peduli bau busuk selamat budak
Zamani Abdullah memberikan ciuman terakhir kepada anaknya Muhammad Azri Aqif Azhar di rumahnya, semalam.
2014/04/15 - 07:20:49

Johor Bahru: Tanpa menghiraukan bau meloyakan dan sisa kotor, dua lelaki nekad terjun ke dalam loji kumbahan demi menyelamatkan enam kanak-kanak yang terperangkap dalam sebuah van yang menggelungsur ke dalam kolam itu di Taman Universiti, semalam.

Usaha mereka berjaya menyelamatkan lima mangsa, namun seorang lagi, Muhammad Azri Aqif Azhar, 4, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Taman Universiti, dipercayai kerana lemas akibat kejadian jam 12.15 tengah hari itu.


Lima mangsa yang terselamat, Nur Aima Abd Razak, Sakinah Roslan, Muhammad Hadif Syauqi Samsol Akamal, semua berusia lima tahun serta Danial Aiman Hakimi Md Gefri, 6, dan Daniel Asyraf Abdullah, 4, kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Seorang penduduk yang terjun ke dalam kolam berkenaan, Mohd Hanafi Jaafar, 46, berkata kejadian berlaku dengan pantas menyebabkan semua kanak-kanak terbabit tidak sempat menjerit meminta tolong.

Van mengundur

“Saya sempat melihat kejadian itu lalu bersama rakan, Muhammad Nor Said, 31, bergegas ke kolam dan spontan terjun ke dalamnya untuk menyelamatkan mereka. Tidak terlintas langsung ketika itu soal bau busuk atau air kumbahan yang kotor,” katanya.

Ketika kejadian, Hanafi berkata, beliau sedang memangku seorang anak jirannya berhampiran van berkenaan yang diletakkan di situ oleh pemandunya “Tiba-tiba van itu mengundur. Walaupun saya cuba menahannya, ia tetap bergerak dengan laju sebelum merempuh pagar loji dan terus terhumban ke dalam kolam kumbahan. Saya dan seorang jiran kemudian terus berlari ke arah loji itu, nekad terjun bagi menyelamatkan kanak-kanak dalam van berkenaan.

“Mulanya kami berjaya mengeluarkan lima kanak-kanak sebelum seorang pembantu TADIKA menjerit memberitahu ada seorang lagi masih terperangkap dalam van menyebabkan saya menyelam semula. Saya berjaya membawa naik kanak-kanak terakhir dalam van itu dan ketika itu mangsa masih bernyawa.

Bantuan pernafasan

“Pihak bomba yang tiba di lokasi tidak lama kemudian terus memberi bantuan pernafasan kepada semua mangsa sebelum mereka dibawa ke Klinik Kesihatan Taman Universiti,” katanya.

Hanafi berkata, kolam kumbahan berkenaan dianggarkan sedalam lebih satu meter dan ketika tenggelam, van berkenaan dalam keadaan senget dengan hanya pintu di sebelah pemandu dapat dibuka.

Sementara itu, Muhammad Nor berkata, ada kanak-kanak yang sempat keluar menerusi tingkap van itu sebelum dibawa naik ke tebing kolam terbabit.

“Kami ambil masa lima minit untuk menyelamatkan semua kanak-kanak dalam van itu. Keadaan dasar kolam yang agak licin menyukarkan pergerakan, namun saya nekad menyelamatkan mereka,” katanya.

Sindiket minyak enjin tiruan tumpas


Sindiket minyak enjin tiruan tumpas
Abdul Kadir Al Jailani (tengah) bersama dua pegawai KPDNKK memeriksa minyak enjin tiruan menggunakan jenama terkenal yang dirampas di sebuah rumah berhampiran Kawasan Perindustrian Semambu, dekat Kuantan, semalam.
2014/04/15 - 07:15:59


Kuantan: Tindakan sindiket membekal minyak enjin tiruan menggunakan jenama terkenal terbongkar selepas pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri menyerbu rumah berhampiran Kawasan Perindustrian Semambu, dekat sini, semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 10 pagi itu, dua lelaki berusia lingkungan 30-an turut ditahan di Jalan Semambu-Air Putih, di sini, bagi membantu siasatan. 

Mayat ditemui berbungkus cadar tepi jalan


2014/04/15 - 07:06:40
Bukit Mertajam: Mayat lelaki warga asing berbungkus dengan kain cadar seperti dikafankan ditemui di tepi Jalan Perusahaan 4, Bukit Minyak, di sini, semalam.

Penemuan mayat dalam keadaan berbungkus itu adalah kali kedua di kawasan berkenaan dalam tempoh dua bulan.


Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk A Thaiveegan, berkata mayat dipercayai warga Myanmar itu ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan, jam 8 pagi.

Katanya, hasil pemeriksaan terhadap mayat tanpa pakaian itu didapati tiada kesan kecederaan.

“Kita tidak menolak kemungkinan lelaki itu mati di tempat lain sebelum mayatnya dibungkus dan diletakkan di situ.

“Kejadian ini adalah yang kedua berlaku di kawasan ini dan polis juga tidak menemui sebarang dokumen bersama mayat terbabit,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Pada 26 Februari lalu, polis turut menemui mayat seorang lelaki yang dibungkus seperti dikafankan di tepi Jalan Perusahaan 2, Bukit Minyak, kira-kira jam 8.45 pagi.
Mayat dipercayai warga asing itu ditemui dengan seluruh badan dibungkus cadar bercorak bunga warna ungu cair seperti sudah dikafankan dengan bahagian hujung kepala dan kaki diikat.

Thaiveegan berkata, setakat ini, polis mengklasifikasikan kematian mangsa sebagai mati mengejut berikutan tiada kecederaan ditemui.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Bukit Mertajam (HBM), di sini, untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematiannya. 

Lagi gambar suspek didedah

Lagi gambar suspek didedah
Khairuldin (kanan) dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Daerah Ampang Jaya, DSP Abdul Aziz Awang Darus menunjukkan gambar suspek pada sidang media di IPD Ampang Jaya, semalam. 
Ampang Jaya: Gambar seorang lagi suspek yang terbabit dalam kes tembak dua anggota polis di Taman Lembah Maju, Pandan Indah, Jumaat lalu, didedahkan pada umum, semalam.

Gambar yang diambil dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik restoran itu menunjukkan gambar seorang lelaki memakai jaket kuning serta seluar jeans lusuh berwarna biru muda ketika melarikan diri melalui lorong belakang premis berkenaan. 

Gagal seludup 22 juta pil dadah


Riyadh: Pihak berkuasa Saudi menggagalkan dua usaha menyeludup lebih 22 juta pil dadah amphetamine bernilai lebih SR1 billion (RM870 juta).

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Mejar Jeneral Mansour Al-Turki berkata, kejayaan itu dicapai dalam serbuan di di seberang tambak Raja Fahd selepas mendapat kerjasama dengan pegawai keselamatan Bahrain.


Pihak berkuasa turut mengesahkan penahanan lima warga tempatan dan seorang rakyat Bahrain berhubung cubaan menyeludup itu.



Dalam kejayaan pertama, lebih 7.6 juta pil dadah itu yang tersembunyi di bawah gelung kawat berduri ditemui sementara kejayaan kedua membabitkan penemuan lebih 14 juta dadah berkenaan yang disembunyikan dalam gelung plastik.


“Siasatan yang dijalankan mengesahkan hubungan penyeludup itu dengan rangkaian penyeludupan antarabangsa yang pakar menyeludup dadah seumpama itu ke negara ini,” kata Mansour.


Menurutnya, rangkaian itu diketuai warga Syria yang berulang-alik antara negara di rantau ini. Pihak berkuasa kini dalam proses mengheret mereka yang ditahan untuk dibicarakan di mahkamah negara ini,” katanya dalam satu kenyataan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/15

Dah tolong dapat talak


Kuala Lumpur: “Saya sendiri terkedu diceraikan talak tiga sekali gus hanya kerana dia (bekas suami) sakit mata,” kata seorang ibu tunggal yang hanya mahu dikenali sebagai Nora ketika menceritakan rumah tangganya musnah berpunca daripada sebab yang tidak masuk akal.
Nora, 27, berkata, dalam kejadian pada 2006 itu, bekas suaminya mengalami sakit mata lalu meminta pertolongannya menyapu ubat diambil di sebuah klinik.
“Dia menyuruh saya menggunakan putik kapas untuk menyapu ubat mata. Pada mulanya saya teragak-agak, tetapi tetap patuh.

“Tiba-tiba dia menjerit sakit dan kami bertengkar sebelum dia melafazkan cerai talak tiga sekali gus,” katanya yang ditemui semalam.
Foto

Sebaik cerai dilafazkan, kata Nora, dia yang tinggal di rumah lelaki itu di Kedah segera membawa dua anaknya yang masih kecil ketika itu ke rumah ibu bapa di Perak.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/15

Tak hirau amaran


Puluhan lelaki tempatan membaling batu, memecahkan tingkap dan menawan balai polis di bandar Horlivka tidak jauh dari sempadan Russia dengan diiringi sorakan ratusan penyokong yang menyaksikan perbuatan mereka. 
Asap tebal kemudian dapat dilihat keluar dari bangunan berkenaan. 

Kejadian terbaru di timur dan selatan Ukraine itu, yang kebanyakan penduduknya golongan etnik Russia menuntut lebih banyak kebebasan daripada pentadbiran kerajaan Ukraine.
Foto
PENDUDUK pro-Russia berhimpun di depan bangunan perkhidmatan keselamatan ditawan kumpulan pemisah di Lugansk.

Pihak berkuasa di Kiev dan negara Barat menuduh Moscow menjadi penghasut apabila menyamakan keadaan yang berlaku sekarang dengan yang berlaku di Crimea sehingga wilayah itu berpisah daripada Ukraine.

Sejak bekas presiden Ukraine Viktor Yanukovych lari ke Russia Februari lalu, Moscow menuntut pembaharuan perlembagaan yang mampu dilihat menjejaskan kedaulatan Ukraine. - AP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/15

Polis parah kereta dihempap palang besi


2014/04/15 - 07:10:22
Polis parah kereta dihempap palang besi
Kereta anggota polis peronda dihempap besi palang had ketinggian jalan di Jalan USJ 3D, Subang Jaya.


Kuala Lumpur: Seorang anggota Polis Bantuan nyaris maut apabila kereta dinaikinya dihempap palang besi yang tumbang dirempuh lori tangki di Jalan Persiaran Setia, Subang Jaya, semalam.

Anggota terbabit yang masih belum dikenal pasti cedera parah tersepit dalam kereta Proton Inspira dalam kejadian kira-kira jam 7 petang.
Tiang melambung

Lori tangki itu dikatakan terlanggar besi palang had ketinggian jalan di laluan bertentangan sebelum tiang logam itu melambung dan menghempap kereta dinaiki tiga anggota Polis Bantuan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, berkata mangsa berusia 30 tahun itu yang memandu kereta patah tangan manakala dua rakannya selamat.

“Anggota Bomba dan Penyelamat tiba di lokasi kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum dihantar ke Hospital KPJ Shah Alam untuk mendapatkan rawatan.

“Pemandu lori gagal dikesan selepas dipercayai meninggalkan lokasi kejadian sebaik kemalangan, namun usaha mengesan sedang dilakukan,” katanya.

‘Mayat dalam kotak kadbod’

‘Mayat dalam kotak kadbod’
Polis menyiasat sebuah rumah di Pleasant Grove di Utah semalam. Tujuh mayat bayi ditemui di bekas kediaman Megan Huntsman yang kini ditahan di penjara. 
Washington: Seorang wanita yang dituduh membunuh tujuh bayi yang dilahirkan lebih sedekad lalu ditangkap kelmarin selepas polis menemui mayat kecil yang disumbat ke dalam kotak kadbod di garaj rumah yang pernah didudukinya.

Megan Huntsman, 39, yang tinggal di rumah di Utah sehingga tiga tahun lalu, melahirkan anak antara 1996 dan 2006, kata penyiasat.
Pegawai bertindak kepada panggilan Sabtu lalu dari rumah bekas suami Huntsman mengenai bayi yang mati di rumah itu, kata Kapten Michael Roberts. Pegawai kemudian menemui enam mayat lagi.



Roberts enggan memberi komen mengenai motif dan apa yang dikatakan Huntsman ketika disoal siasat.

Jiran di kawasan penempatan kelas pertengahan itu berkata mereka terkejut dengan tuduhan dan kebingungan kerana anak lebih dewasa yang masih tinggal
dalam rumah itu tidak mengetahui ibu mereka hamil atau mengesan sesuatu yang mencurigakan.

Jurucakap polis berkata, mereka percaya Huntsman dan bekas suaminya masih bersama ketika bayi dilahirkan, tetapi tidak mengetahuinya.
“Kami percaya bekas suaminya tidak tahu perkara berkenaan,” kata Roberts.
Ditanya bagaimana lelaki itu tidak mengetahui, Roberts menjawab: “Itu soalan yang menarik.”

Mayat bayi dihantar ke pejabat pemeriksa kesihatan Utah untuk ujian, termasuk menentukan punca kematian. Contoh DNA yang diambil daripada suspek dan bekas suaminya akan menentukan sama ada mereka ialah ibu bapa kepada bayi yang dilahirkan, seperti dipercayai penyiasat.

Enam tuduhan>/b> 

Huntsman dimasukkan ke penjara Utah kelmarin atas enam tuduhan membunuh. Roberts berkata, tidak jelas sama ada beliau mengupah peguam. 
Rumah itu dimiliki ibu bapa suaminya, dan lelaki berkenaan sedang membersihkan garaj ketika menemui mayat. - AP

Kanak-kanak mati bukan kena dera

Kanak-kanak mati bukan kena dera
Ibu Elysha Natasha, Nurliza Mustapa (kanan) dipapah selepas pengebumian anaknya, di Kampung Semayau.
 Kuching: Kematian Elysha Natasha Mohd Shukri dipercayai menjadi mangsa dera di Kampung Sageng, Simunjan sejak tiga hari lalu, disahkan berpunca jangkitan kuman pada organ dalaman.

Ia disahkan hasil bedah siasat sepasukan pakar forensik Hospital Umum Sarawak (HUS), di sini yang turut mendapat bantuan pakar pergigian dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam.

Malah, bedah siasat dijalankan turut mengesahkan kesan kecederaan ditemui pada tubuh budak perempuan berusia enam tahun itu sebagai kesan kecederaan biasa, termasuk kesan gigitan pada tangan kirinya yang dikenal pasti bukan disebabkan gigitan individu dewasa, sebaliknya sepadan dengan gigi kanak-kanak sebayanya.


Ketua Polis Daerah Simunjan, Deputi Superintendan Choo Yii Kok, berkata hasil bedah siasat mendapati tiada kesan kecederaan mencurigakan ditemui pada tubuh kanak-kanak itu.

Tiada penderaan seksual

Katanya, tidak ditemui juga sebarang kemasukan objek atau koyakan pada bahagian kemaluan kanak-kanak berkenaan yang boleh mengaitkan kematiannya dengan penderaan seksual atau penderaan fizikal lain.

“Hasil laporan forensik menyatakan tiada sebarang unsur mencurigakan dalam kes kematian kanak-kanak berkenaan, malah kesan kesan gigitan ditemui pada tangan kirinya sepadan dengan kesan gigitan gigi kanak-kanak.
“Dalam laporan sama turut dimaklumkan kematian kanak-kanak itu berpunca daripada kesan jangkitan kuman pada organ dalamannya hingga menyebabkan beberapa organ dalaman gagal berfungsi, selain berlaku darah keluar mengikut saluran kencing,” katanya ketika dihubungi BH, di sini semalam.

Dalam kejadian Khamis lalu, Elysha Natasha dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Simunjan dalam keadaan lemah oleh bapa saudaranya kira-kira jam 8 malam sebelum disahkan meninggal dunia selepas satu setengah jam menerima rawatan.

Bagaimanapun, petugas di unit berkenaan menemui pelbagai kesan kecederaan meragukan pada tubuh mangsa, termasuk kesan gigitan pada tangan kiri dan pendarahan di alat kemaluannya dipercayai didera sebelum menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Simunjan memaklumkan kejadian.

Yii Kok berkata, susulan laporan bedah siasat, polis menganggap siasatan kematian kanak-kanak itu sebagai selesai dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Kes cerai kekasih Hanez Suraya diselesaikan dengan cara baik


KLANG - Kekasih pelakon Hanez Suraya, Romie Razin Adilha Abd. Jais akan bercerai secara baik dengan isterinya, Nurliyana Manan jika proses kes tuntutan cerai secara fasakh pasangan itu ditukarkan dengan permohonan baharu.
Peguam syarie yang mewakili Nurliyana, Kamar Ainiah Kamaruzaman berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan peguam syarie Romie, Rubiah Jaafar sebelum kes tersebut didengar petang semalam.
Menurut beliau, pihaknya bersetuju dengan cadangan Rubiah supaya kes tersebut diselesaikan secara rundingan dengan kemungkinan besar Romie akan memasukkan permohonan kes baharu di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 iaitu bercerai secara baik.
Hakim Syarie, Zainal Abidin Kusmin menetapkan 16 Jun depan bagi mahkamah mengetahui keputusan perbincangan tersebut sama ada Romie akan memfailkan kes baharu iaitu bercerai secara baik atau perbicaraan kes tuntutan fasakh yang difailkan Nurliyana akan berjalan seperti biasa.
Nurliyana, 29, selaku plaintif memfailkan permohonan cerai secara fasakh terhadap Romie pada 1 Oktober tahun lalu mengikut Seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.
Nurliyana yang hadir kelihatan tenang sepanjang prosiding semalam manakala Romie, 34, tidak hadir disebabkan masalah kesihatan.
Sepanjang perkahwinan mereka, pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0415&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2yvo30x29 
Hakcipta terpelihara 

Bunuh ibu tiri, wanita ke tali gantung


15/04/2014 1:16pm

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang wanita selepas dia dan adik tirinya didapati bersalah membunuh ibu tiri mereka, dua tahun lalu.
Bagaimanapun hukuman terhadap adik tirinya yang berusia bawah 18 tahun ketika kejadian itu akan diputuskan pada 28 April nanti selepas mahkamah menerima laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Berdasarkan pertuduhan, Zahidah Ahmad, 27, dan adik tirinya didakwa membunuh ibu tiri mereka, Tanziah Zainuddin,72, di Taman Sri Wangi, Kapar, Klang pukul 5.30 petang pada 14 Julai 2012.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - KOSMO!


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0415&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_02.htm#ixzz2yvnm6Mo6 
Hakcipta terpelihara 

Nahas van sekolah terjunam



KEADAAN van sekolah yang terjunam ke dalam sebuah kolam kumbahan hingga mengorbankan seorang murid tadika di Taman Universiti, Skudai, Johor Bahru, Johor semalam.


JOHOR BAHRU - Seorang budak lelaki tadika kemas berusia empat tahun maut apabila van sekolah dinaikinya bersama lima murid lain tiba-tiba menggelongsor ke belakang sebelum terjatuh ke dalam kolam kumbahan di Taman Universiti, Skudai di sini semalam.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Azri Aqif Azhar manakala lima murid yang terselamat ialah Nur Aima Razak, 5, Muhammad Hadif Syauqi Samsol Akamal, 5, Danial Asyraf Abdullah, 5, Danial Aiman Hakimi Md. Gefri, 6, dan Sakinah Roslan, 5.
Difahamkan, salah seorang daripada mereka yang terselamatkini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Bagaimanapun, identiti mangsa yang kritikal itu masih belum diketahui.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Khamsani Abdul Rahman berkata, dalam kejadian pukul 12.15 tengah hari itu, van jenis Mazda EC2200 terbabit diletakkan di hadapan Tadika Kemas Kaisara di taman berkenaan untuk mengambil murid-murid di tadika itu.
Menurutnya, pemandu van berkenaan, seorang wanita berusia 44 tahun pula berada di luar van itu untuk mengambil serta menaikkan kanak-kanak tadika berkenaan seorang demi seorang.
"Van tersebut yang ketika itu terdapat enam murid tadika berkenaan di dalamnya secara tiba-tiba menggelongsor ke belakang lalu melanggar pagar sebuah kolam kumbahan sebelum terjunam ke dalam kolam," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0415&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2yvn0iczB 
Hakcipta terpelihara