Search This Blog

Sunday, April 13, 2014

Hentak kepala bapa empat kali

Oleh Mohd Nur Asnawi Daud
JASIN: Seorang anak tergamak menghentak kepala bapanya sendiri menggunakan batang cangkul hingga berdarah dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Bukit Tembakau, di sini, Jumaat lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang, bapa malang itu, Mat Sab Bachik, 72, dihentak empat kali di bahagian belakang kepala hingga berdarah oleh anaknya yang dipercayai sedang khayal akibat menghidu gam.
Bapa malang itu bagaimanapun dapat diselamatkan orang ramai yang kebetulan sedang mengadakan gotong-royong di situ sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan kerana kecederaan dialaminya.

Mangsa yang dikejarkan ke Hospital Melaka bagaimanapun bernasib baik apabila doktor mengesahkan dia tidak mengalami keceraan parah.
Foto
MAT Sab melakonkan semula kejadian dia dihentak di kepala. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan

Suspek yang juga seorang penghidu gam tegar diberkas polis tidak lama selepas laporan dibuat bapa mangsa pada hari kejadian.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Mohd Nur Hishamuddin Hashim mengesahkan kejadian dan berkata, suspek direman selama empat hari bermula Jumaat lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/13

Dua mayat ditemui terapung


KUALA LUMPUR: Dua lelaki berusia lewat 30-an dipercayai penagih dadah ditemui mati di sebuah tasik di Batu Caves, petang tadi.

Penolong Pengarah Penguasa Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, kedua-dua mayat yang ditemui terapung oleh orang ramai berjaya dibawa naik pada jam 6.09 petang tadi.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.30 petang sebelum tiba 10 minit kemudian.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/13

Suspek kes dera kanak-kanak perempuan direman tujuh hari


2014/04/13 - 16:30:33 PM
KUCHING: Seorang kakitangan sekolah ditahan pada Jumaat berhubung kes kematian seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun dipercayai akibat didera sehari sebelum itu, kata Ketua Polis Sarawak, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman.

Beliau berkata, suspek berumur 46 tahun itu yang mempunyai pertalian kekeluargaan dengan kanak-kanak itu direman tujuh hari manakala mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Umum Sarawak di sini untuk bedah siasat dan hasil bedah siasat itu dijangka diketahui, hari ini.
"Jenayah ini sangat menyedihkan dan bagi saya ini perbuatan orang tidak siuman. Polis masih menyiasat untuk menentukan sama ada suspek mengambil dadah atau tidak siuman," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Terbuka Pasukan Gerakan Udara PDRM di Padang Merdeka, di sini, hari ini.

Kejadian itu diketahui pada 9.45 malam Khamis lalu apabila polis menerima laporan tentang kematian mangsa di Hospital Simunjan.

Siasatan awal mendapati ada bekas gigitan pada tubuh kanak-kanak itu serta pendarahan di kemaluannya, menimbulkan syak bahawa kanak-kanak itu mungkin didera secara seksual.

Difahamkan, mangsa tinggal dengan ibu saudaranya, seorang guru dan bapa saudaranya yang juga staf di sebuah sekolah, di sini.

Mangsa adalah murid prasekolah manakala ibunya dikatakan bekerja di Serian.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi membunuh,” kata Muhammad Sabtu. - BERNAMA

2 maut kebakaran hutan di Chile, 500 kediaman musnah

2 maut kebakaran hutan di Chile, 500 kediaman musnah
RATUSAN kediaman musnah dalam kebakaran berpunca dari kebakaran hutan berhampiran di Valparaiso, Chile, hari ini. Dua mangsa disahkan terkorban dalam kejadian itu. - Foto AFP
2014/04/13 - 16:54:58 PM


SANTIAGO: Kebakaran hutan di bandar pelabuhan di Valparaiso, Chile menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang terkorban dan memusnahkan 500 kediaman, kata pegawai hari ini.

Sementara itu, beribu-ribu penduduk dipindahkan termasuk 200 banduan wanita dalam penjara.

Anggota bomba menghadapi masalah untuk memadamkan kebakaran kerana bentuk permukaan tanah di bandar berkenaan yang dikelilingi bukit curam.


Presiden Michelle Bachelet mengisytiharkan bandar itu sebagai zon berbahaya dan mengarahkan tentera untuk mengawal keadaan serta memindahkan ribuan penduduk yang terjejas akibat asap dan api.

"Ini adalah bencana paling teruk saya pernah lihat. Kita bimbang api akan merebak ke pusat bandar dan boleh menyebabkan keadaan bertambah buruk," kata
Gabenor wilayah itu, Ricardo Bravo. - AP

Jumpa peluru dalam lumpur


WARTAWAN SINAR HARIAN
13 April 2014
Jumpa peluru dalam lumpur
Jumpa peluru dalam lumpur Mohd Faqih (kiri) bersama sepupunya menunjukkan lokasi dia menemui 19 butir peluru tersebut.



TUMPAT - Seorang remaja terkejut apabila menemui 19 butir peluru terbenam dalam lumpur di bawah jambatan sungai Pengkalan Nangka, Kelaboran di sini petang kelmarin.

Remaja terbabit, Mohd Faqih Abd Rahman, 15 merupakan pelajar di Sekolah Maahad Muhammadi Tumpat ke sungai itu bersama sepupunya, Mohd Adha Zulkifli, 14 untuk memancing pada jam 2.30 petang.

Katanya, dia tidak menyangka menjumpai peluru yang terbenam dalam lumpur ketika memancing di bawah jambatan tersebut.

“Memang menjadi rutin saya pergi memancing pada hujung minggu, tetapi ini kali pertama saya ke kawasan tersebut.

“Waktu itu air sungai surut, setengah jam berada di tebing sungai menunggu pancing mengena ikan tiba-tiba saya ternampak sesuatu yang pelik terbenam dalam lumpur.

“Saya amati dari dekat dan mendapati ia selonggok peluru dan saya terus bawa pulang ke rumah saya yang terletak kira-kira 500 meter dari sungai itu,” katanya.

Menurutnya, bapa sepupunya menghubungi polis memaklumkan penemuan peluru itu dan pihak polis datang menyiasat serta mengambil peluru tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Supritendan Zaharudin Rasip mengesahkan menerima laporan tersebut.

“Kesemua 19 butir peluru yang dijumpai orang awam itu berkarat dipercayai terendam lama dalam air.

“Siasatan lanjut diteruskan berhubung penemuan peluru tersebut,” katanya.

Warga emas diserang biawak air


MOHD AZLIM ZAINURY
13 April 2014
MARANG - Seorang suri rumah, Kalsom Mohamad, 60-an, melalui detik cemas dan nyaris cedera selepas diserang seekor biawak air atau nama saintifiknya Vavanus salvator sepanjang 2.5 meter ketika berada di depan rumahnya di Rambai Jantan di sini.

Pengerusi JKKK Bukit Jejulung, Razak Mamat, 55, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, wanita terbabit juga merupakan kakak iparnya sedang bersiar-siar di kawasan rumah.

Menurutnya, keadaan bertukar cemas apabila Kalsom menyedari terdapat seekor biawak merenung tajam ke arahnya sebelum bertindak melarikan diri masuk ke dalam rumah kerana takut haiwan itu menyerang.

“Ketakutannya itu menjadi nyata apabila biawak seberat hampir 70 kilogram itu mula menyerang dan mengejarnya sehingga ke dalam rumah dengan mulut terbuka luas namun tidak sempat menggigitnya,” katanya di sini, semalam.

Difahamkan ketika kejadian itu berlaku, Kalsom bersama suaminya Awang Mamat, 60-an serta seorang anak mereka yang berusia 30-an berada di dalam rumah berkenaan.

Razak yang lebih dikenali penduduk sebagai Pak Jak berkata, suami Kalsom juga merupakan abangnya, terus menghubunginya untuk meminta bantuan sebelum dua penduduk diminta ke rumah berkenaan untuk membantu keluarga mangsa.

Menurutnya, dua lelaki terbabit mengambil masa setengah jam untuk menangkap biawak  itu sebelum berjaya mengikatnya dan kejadian itu kemudiannya dimaklumkan kepada pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) daerah Marang.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Marang, Md Shubir Md Isa mengesahkan menerima panggilan sebelum lima anggota diketuai ketua operasinya, Mohd Azizuddin Ayub bergegas ke tempat kejadian untuk menangkap haiwan itu.

“JPAM Daerah Marang terima panggilan kira-kira jam 4.30 petang  daripada ahli keluarga mangsa sebelum lima anggota terbabit bergegas ke lokasi kejadian,” katanya.

Bergurau akan mati muda


WARTAWAN SINAR HARIAN
13 April 2014

 Bergurau akan mati muda
Bergurau akan mati muda Fauzi menatap wajah Muhamad Fikri Salman selepas anaknya itu ditemui mati lemas di Sungai Kelantan, Kampung Pasir Besar, dekat Tanah Merah, semalam.

TANAH MERAH - “Aku tak sempat dah nak kahwin sebab akan mati muda tetapi tak apa kerana aku tak banyak dosa,” kata Salmah Othman, ibu kepada remaja yang mati lemas di Sungai Kelantan, Kampung Pasir Besar, dekat sini, semalam.

Salmah, 42, bagaimana pun tidak menyangka gurauan anak ketiganya itu akan menjadi kenyataan apabila Muhamad Fikri Salman Fauzi, 16, ditemui mati lemas selepas dilaporkan hilang ketika mandi di sungai berkenaan, petang kelmarin.

Salmah berkata, gurauan itu dibuat Allahyarham Muhammad Fikri Salman beberapa hari sebelum kejadian apabila arwah turut dikaitkan dalam perbincangan mengenai perkahwinan seorang abangnya.

“Arwah berkata demikian apabila saya, dia dan abangnya bersembang siapa yang patut kahwin dulu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung Pasir Besar, dekat sini, semalam.

Anak ketiga daripada enam beradik itu dilaporkan hilang ketika mandi bersama tujuh lagi rakannya di sungai tersebut kira-kira jam 5.15 petang kelmain sebelum mayatnya dijumpai pada jam 10.30 pagi, semalam.

Salmah yang sudah berpisah dengan bapa Muhamad Fikri Salman memaklumkan, kali terakhir dia berjumpa dengan anaknya yang tinggal bersama bekas suaminya, Fauzi Mat Nor sehari sebelum kejadian.

“Dia datang rumah saya malam Khamis dan ada minta wang RM1 untuk beli rokok. Dia kata, kalau tak boleh RM1, dapat 50 sen pun jadi dan selepas ini, dia tak akan minta lagi,” katanya.

Tambahnya, dia juga terkilan kerana tidak sempat memasak nasi goreng yang menjadi makanan kegemaran Muhamad Fikri Salman apabila diberitahu anaknya itu dipercayai lemas ketika mandi.

“Dia sepatutnya datang makan nasi goreng di rumah saya pada hari kejadian tetapi sampai ke petang dia tak datang sehinggalah seorang abangnya beritahu, dia lemas di sungai,” kata Salmah.

Sementara itu, Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Penolong Penguasa Bomba, Hanaffi Mohd berkata, mayat mangsa yang tidak bersekolah itu ditemui kira-kira dua kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

“Mayat mangsa ditemui terapung oleh pasukan mencari dan menyelamat yang turut disertai anggota bomba, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk kampung.

“Berdasarkan maklumat awal, mangsa dipercayai cuba menyeberangi sungai dengan berjalan kaki kerana air cetek sebelum terjatuh dan terkapai-kapai dipercayai akibat terjerlus,” katanya.

Dalam pada itu, Adun Gual Ipoh, Mohd Bakri Mustapha yang turut berada di lokasi kejadian merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap, mereka bersabar dengan ujian yang menimpa.

“Selain meninjau lokasi kejadian, saya sempat mengunjungi rumah ibu mangsa di Kampung Rambai dan menyampaikan sumbangan kewangan bagi meringankan beban mereka,” katanya.

Empat lelaki ditahan miliki dadah


WARTAWAN SINAR HARIAN
11 April 2014

 Empat lelaki ditahan miliki dadah
RANTAU PANJANG – Empat lelaki termasuk seorang daripadanya warga Thailand ditahan kerana memiliki 19 botol cerah berisi serbuk putih dipercayai dadah.

Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, selepas menyedari gerak geri diperhatikan, seorang lelaki Melayu cuba melarikan diri dengan menunggang motosikal bernombor pendaftaran Thailand.

Menurutnya, berlaku pergelutan di tepi jalan Cabang Tiga Bagus antara pihak polis dengan lelaki berkenaan.

Hasil pemeriksaan badan katanya, pihak polis menjumpai lima botol cerah bertudung kuning berisi serbuk putih dipercayai dadah jenis heroin.

Suspek yang juga anak tempatan serta  menganggur ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam kejadian berasingan, Haliludin berkata, pada tarikh, masa dan tempat yang sama, seorang lelaki tempatan dan seorang lagi lelaki warga Thailand ditahan kerana memiliki enam botol serbuk putih dipercayai dadah jenis heroin.

“Kita menjumpai lima botol plastik bertudung kuning dalam poket seluar yang dipakai oleh lelaki tempatan manakala satu lagi botol plastik bertudung kuning ditemui dalam dalam tin rokok atas jalan tempat mereka ditahan. Mereka ditahan dan kes ini disiasat mengikut seksyen 39B dan seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pihak polis turut berjaya menemui lapan botol plastik berpenutup kuning, pada jam 11.45 malam, Ahad lalu.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen Kelantan berjaya menahan seorang lelaki yang  berusia 29 tahun.

Suspek yang bekerja sebagai buruh ditahan dalam serbuan di Kampung Gual Nibong, Gual Periok.

“Kes ini disiasat mengikut seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Nekad kelar pergelangan tangan

WARTAWAN SINAR HARIAN
Nekad kelar pergelangan tangan
Shelin dibawa ke HRPB bagi mendapatkan rawatan, kelmarin. 
13 April 2014
IPOH – Seorang pelakon wanita nekad mengelar pergelangan tangan kirinya selepas kecewa kekasihnya mengahwini wanita lain, petang kelmarin.

Difahamkan, Shelin, 29, yang hamil tujuh bulan mengambil keputusan itu selepas tertekan dengan nasibnya dan anak bakal dilahirkan.

Rakannya yang hanya ingin dikenali sebagai John, 50-an berkata, dia segera membawa mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) kira-kira jam 4 petang kelmarin, selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.

"Kawannya ada mengajak Shelin bermalam di Taman Pangkalan kerana bimbang melihat dia bersendirian di rumah.

"Mangsa murung dan sedih selepas mengetahui bekas kekasihnya sudah melangsungkan perkahwinan di Kuala Lumpur,” katanya.

John berkata, nasib menyebelahi Shelin apabila kecederaan dialaminya tidak serius dan dia dilaporkan stabil.

“Mujur kejadian ini cepat disedari kawannya, kalau tidak saya sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku," katanya.

Shelin yang pernah terbabit dalam penggambaran sebuah telemovie bersama bekas kekasihnya sebelum ini mendakwa ditipu dan pernah diugut lelaki terbabit.

Bekas kekasihnya yang berkhidmat dengan sebuah agensi kerajaan di Kulim, Kedah berjanji mengahwini mangsa namun melarikan diri selepas mengetahui Shelin hamil dan mempunyai bakal isteri lain.

Kejutan balik kampung menjadi kisah duka

MURNI ABDUL RASHID, FOTO SINAR HARIAN OLEH KHIRU SHALEH ABDULLAH
13 April 2014

Kejutan balik kampung menjadi kisah duka
MAHNI
KOTA BHARU - Hasrat Zarifah Alias, 26, dan suaminya, Saeed Mohamad Mohamud Abdalla, 31, pulang ke kampung halaman dekat Padan Jeman, Salor untuk memberi kejutan kepada keluarga bertukar episod duka apabila mereka maut dalam nahas malam kelmarin.

Kakak mangsa, Zalinawati Alias, 42, berkata, mereka sekeluarga amat terkejut dan tidak menyangka adik bongsunya terlibat dalam kejadian tersebut kerana arwah tidak memberitahu mahu pulang ke kampung.

“Kebiasaannya mereka memang suka buat kejutan dan tidak beritahu bila mahu pulang ke kampung dan kali ini memang membuatkan kami sekeluarga bersedih dengan ‘kejutan’ tersebut.

“Arwah seorang yang ceria, terbaru dia banyak bercerita tentang kandungannya dan tidak sabar menunggu kelahiran bayi pertama mereka pada September depan ketika pulang ke kampung buat kali terakhir Februari lalu.

“Dia berharap anak lelaki dan mahu menamakannya dengan nama ‘Bilal’. Kami adik beradik rapat, saya tidak sangka dia pergi begitu cepat,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya, semalam.

Tambahnya, adiknya juga masih dalam ‘mood’ pengantin baharu kerana baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan Saeed Mohamad, 7 Disember tahun lepas.

Zalinawati berkata, walaupun arwah jarang berada di rumah kerana begitu gemar belajar mereka enam beradik sentiasa berhubung dalam ‘WhatsApp’ keluarga untuk bertanya khabar dan  perkembangan semasa.

Katanya, pasangan arwah juga sudah empat tahun menetap di negara ini malah boleh berbahasa Melayu membuatkan hubungan mereka sekeluarga dengan adik iparnya erat.

Zalinawati berkata, dia hanya mengetahui berita tersebut apabila diberitahu kawan kepada arwah adiknya dan dikhabarkan hanya adik iparnya yang maut.

“Saya tahu berita tersebut jam 6 pagi semalam dari kawan adik yang sentiasa jayakan usrah bersama, mulanya kami dikhabar suaminya sahaja yang maut. Apabila semak senarai penumpang adik kami juga terlibat sama.

Bapa mangsa, Alias Ismail, 72, berkata, anak kesayangannya itu suka belajar dan tidak betah tinggal di rumah kerana sejak di tingkatan satu hingga lima berada di sekolah berasrama penuh dan kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang bioteknologi di Australia.

“Dia anak yang sangat bijak dan suka belajar. Malah dia bertemu dengan suaminya juga ketika sama-sama bergiat aktif dalam usrah, pak cik reda dengan pemergiannya.

“Sedih tu memang ada tidak boleh dinafikan kerana dia adalah anak paling rapat dan ceria malah sangat disenangi oleh enam kakaknya. Arwah juga tidak menunjukkan sebarang perubahan,” katanya yang juga menghidap penyakit angin ahmar.

Tambahnya, dua hari sebelum kejadian arwah ada menelefon dan bercakap dengan ibunya namun tidak memberitahu dia akan pulang dalam masa terdekat.

“Arwah juga ada kata hendak bawa pulang kelapa dari Somalia untuk ditanam di kampung kerana rasanya lebih sedap, lagipun suaminya baru pulang menziarah ibunya di negara tersebut bulan lalu,” ujarnya.

Ibu mangsa, Mahni Othman,72, bagaimanapun enggan ditemubual kerana masih terkejut dengan berita yang menimpa anak dan menantunya itu.

Zarifah adalah penyelidik sambilan di Hospital Sungai Buloh kini sedang melanjutkan pelajaran peringkat sarjana di Universiti Malaya (UM) manakala suaminya pula dikatakan baru sahaja mendapat tawaran kerja di kedutaan Arab Saudi.

Jenazah pasangan suami isteri itu juga masih berada di Hospital Bentong Pahang dan dibawa pulang ke kampung kira-kira jam 6 petang semalam dan urusan pengebumian dilakukan selepas Maghrib.

Arwah mohon penduduk tetap

Seorang rakan baik Saeed ketika ditemui wartawan berkata, dia dan arwah berkawan baik sejak tahun 2009 kerana aktif dalam perwakilan pelajar.

Muhammad Zaki Omar,29, berkata dia mengenali mangsa ketika satu persidangan di Melaka dan kemudian terus rapat sehingga kini.

“Arwah sangat aktif dalam aktiviti sukarelawan dan pernah menjadi Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar Antarabangsa.

“Kami rapat dan sentiasa berkongsi cerita bersama-sama. Semasa dia berkahwin dengan isterinya, Zarifah, saya yang menjadi pengapitnya,” katanya.

Katanya, arwah Saeed pernah menyuarakan hasrat untuk menjadi penduduk tetap negara ini dan ia dalam proses permohonan.

“Setahu saya, dia baru pulang menziarahi keluarganya di Somalia beberapa hari  yang lepas.

“Kemungkinan dia membawa isterinya pulang ke rumah mentua di Kelantan untuk bertanya khabar dan ingin memberikan  cenderahati yang dibawa pulang dari Somalia,” katanya.

Dakwa kereta lain potong sebelah kiri

WARTAWAN SINAR HARIAN
Dakwa kereta lain potong sebelah kiri
Tiong Lai bertanya khabar keadaan Wan Khairul Efendi yang dirawat di Hospital Bentong kerana mengalami kecederaan pada kaki kanan. 
13 April 2014
BENTONG - Pemandu bas, Wan Khairul Efendi Wan Mustapha, 35, mendakwa sebuah kereta cuba memotong di sebelah kiri menyebabkan bas dipandunya hilang kawalan.

Wan Khairul Efendi berkata, ketika kereta berkenaan sedang memotong dia cuba menekan brek namun terus hilang kawalan dan terbabas.

Menurutnya, selama 10 tahun bekerja sebagai pemandu bas, ini merupakan pengalaman pertama kali terlibat dalam kemalangan ngeri.

Akibat kemalangan tersebut, dia  cedera di kaki kanannya.

Katanya lagi, bas terbabit boleh membawa seramai 69 penumpang dan pada malam kejadian dia hanya membawa 68 penumpang termasuk pemandu kedua, justeru tidak timbul soal lebihan muatan.

Wan Khairul Efendi berkata demikian ketika dikunjungi Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai, di Hospital Bentong, semalam.

Sementara itu, Tiong Lai dalam kunjungannya itu turut merakamkan  simpati kepada semua mangsa.

Beliau berharap ada pihak yang dapat mengambil tindakan membaik pulih jalan Bentong menuju ke Raub yang tidak hanya selekoh, malah berbukit dan membahayakan.

“Kita harap agar tindakan segera dapat diambil bagi membaik pulih jalan terbabit supaya ia tidak lagi menjadi lokasi panas kemalangan,” katanya.

Pada masa sama beliau memberitahu, tujuh mangsa iaitu tiga lelaki dan empat perempuan dirawat di Hospital Bentong manakala dua mangsa dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HosHas) Temerloh manakala seramai 55 mangsa lagi dirawat sebagai pesakit luar.

Dalam kejadian itu, tiga maut termasuk sepasang suami isteri manakala 10 lagi parah selepas bas dua tingkat itu terbabas dan terbalik.

Pelajar tahfiz lemas cuba bantu rakan


13 April 2014



BESUT - Seorang pelajar tahfiz lemas ketika cuba membantu rakannya yang mengalami masalah di dalam air di Pulau Rhu, Bukit Keluang di sini semalam.
 
Pelajar itu Muhammad Nabil Azmi, 17, dari Sekolah Menengah Agama Taqadum Maarif, Pasir Tumbuh, Kota Baharu cuba membantu rakannya yang dikenali sebagai Mohd Hanif Zaudi dalam kejadian kira-kira 7 malam itu.
 
Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata mereka merupakan anggota rombongan 14 pelajar dan guru sekolah berkenaan.
 
Mangsa sendiri tenggelam ketika cuba menyelamatkan rakannya, sementara rakannya itu sempat diselamatkan seorang guru mereka, katanya. - Bernama

Pemandu bas didakwa asyik SMS

WARTAWAN SINAR HARIAN
Pemandu bas didakwa asyik SMS
SUHAILA 
13 April 2014
BENTONG – "Sebelum kemalangan, pemandu bas sibuk 'bermain' SMS (khidmat pesanan ringkas), malah kenderaan turut dipandu laju," dakwa seorang penumpang bas, Norfazilah Zainuddin, 22, ketika ditemui di Hospital Bentong, semalam.

Norfazilah mendakwa, dia yang duduk bersebelahan pemandu bas berasa tidak sedap hati melihat kelakuan lelaki itu yang leka dengan telefon bimbit sambil memandu.

Menurutnya, dia menegur pemandu bas beberapa kali, namun tidak diendahkan.

"Saya cakap baik-baik minta dia fokus kepada pemanduan kerana bimbang berlaku perkara buruk yang boleh membahayakan saya dan penumpang lain.

"Dia tidak hiraukan saya langsung dan terus memandu laju, sebelum bas kami masuk ke laluan bertentangan," katanya.

Norfazilah yang bekerja sebagai kerani di Kuala Lumpur berkata, ketika itu, dia hanya sempat menjerit 'Awas, abang!', sebelum bas itu terbabas dan terbalik.

Katanya, kejadian terlalu cepat dan kepalanya cedera akibat terhantuk pada cermin hadapan bas, selain lututnya luka akibat terhimpit.

“Saya masih sedar dan hanya dapat melambai-lambai pengguna jalan raya lain, berharap ada yang membantu mengeluarkan kami yang tersepit,” katanya yang mahu pulang ke kampung di Tumpat, Kelantan.

Menurutnya, insiden itu tidak mungkin dilupakan, namun dia bersyukur kerana terselamat.

Sementara itu,Suhaila Ismail, 32, berkata, dia yang pertama kali menaiki bas tersebut sangat trauma dengan kemalangan ngeri itu.

Katanya, dia dan abangnya terpaksa menaiki bas itu, selepas tiket bas yang selalu dinaiki habis dijual.

"Sebelum kejadian, abang memang dah perasan bas tersebut dipandu laju dan pemandu bas juga asyik menekan brek.

"Saya cedera di bahagian tulang belakang serta rusuk. Kejadian ini buat saya serik dan trauma naik bas," katanya.

Seorang lagi penumpang, Razali Musa, 47, turut menceritakan detik cemas insiden itu.

“Saya naik bas bersama isteri, ketika dalam perjalanan saya tertidur, sebelum tiba-tiba terdengar bunyi dentuman serta cermin pecah.

"Semua penumpang menjerit. Tiba-tiba saya ditindih tiga individu lain termasuk isteri," katanya.

Menurutnya, memang dia terkejut dengan kejadian itu  tetapi mujur dia tidak panik manakala penumpang yang selamat dan tidak cedera keluar dari bas berkenaan melalui cermin depan yang pecah.

Pelacuran: 20 wanita ditahan


13 April 2014


MELAKA - Pihak polis menahan 20 wanita di dua hotel bajet di Jalan Munshi Abdullah di sini malam tadi kerana dipercayai terbabit dalam aktiviti pelacuran.
 
Deputi Superitendan Kamal Khan Mohd Shariff daripada Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman berkata mereka terdiri daripada 11 warga Indonesia dan sembilan rakyat tempatan berumur antara 21 hingga 38 tahun.
 
Beliau berkata turut ditahan tiga penjaga premis dan tiga pelanggan berumur sekitar 20-an hingga 30-an.
 
Operasi disertai empat pegawai dan 20 anggota dari Bukit Aman yang turut dibantu anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, katanya kepada pemberita. - Bernama

Tujuh penyeludup dadah ditembak mati


13 April 2014


BANGKOK - THAILAND. Seramai tujuh suspek dipercayai penyeludup dadah ditembak mati dalam kejadian tembakan di sempadan Segi tiga Emas, menurut media tempatan, semalam.

Insiden pertempuran itu tercetus di kawasan pergunungan utara wilayah Chiang Rai, lewat kelmarin selepas kira-kira 10 individu ingkar arahan anggota peronda supaya berhenti sejurus mereka melintasi sempadan.

Jurucakap pihak berkuasa memaklumkan kira-kira 100,000 pil methamphetamine turut ditemui di dalam enam beg yang dibawa kesemua suspek.

Sementara itu, Komander Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik, Jeneral Pongsapat Pongcharoen berkata, kumpulan penyeludup dadah terbabit mungkin mahu mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan menjelang Festival Songkran pada minggu depan.

"Susulan daripada itu, operasi mencegah penyeludupan dadah telah diperhebatkan untuk membasmi penyalahgunaan bahan terlarang itu di negara ini," katanya dipetik AFP.

Gempa kedua


Managua: Gempa baru 6.6 magnitud menggegarkan Nicaragua semalam, menyebabkan penduduk terpaksa sekali lagi bertempiaran lari ke jalan raya untuk menyelamatkan diri.

Ia berlaku kurang 24 jam selepas gempa 6.1 magnitud menggoncang negara Amerika Tengah itu.

Tidak ada laporan mengenai kerosakan besar mahupun kemalangan jiwa diterima selepas gempa berkenaan.

Pusat Kaji Geologi Amerika Syarikat berkata, gegaran juga dapat dirasakan di El Salvador dan negara jiran, Costa Rica.

Gempa baru itu yang berpusat 56 kilometer ke selatan Managua memeranjatkan orang ramai yang berada di restoran dan pasar raya.

Ia juga mengganggu perkhidmatan bekalan air di kebanyakan bandar sekitar ibu negara itu, tempat penduduk masih merasakan gegaran selepas gempa.

Sementara itu, tentera dan polis masih di tempatkan di kawasan berkenaan bagi menghalang kegiatan menjarah.

“Walaupun tidak ada kerosakan besar, namun banyak rumah yang perlu diroboh kerana rosak teruk,” kata jurucakap kerajaan yang juga wanita pertama Nicaragua, Rosario Murillo.

Terdahulu, kerajaan meningkatkan jumlah yang cedera akibat gempa pertama daripada 23 kepada 200.

Menurutnya, seorang wanita mati akibat sakit jantung yang dialami sejurus selepas gempa pertama Khamis lalu.

Meskipun magnitud gempa semalam tinggi, ia tidak mencetuskan kerosakan berleluasa kerana berlaku jauh di dalam bumi.

Di Managua, 300 rumah rosak dan sekurang-kurangnya 20 runtuh akibat gempa pertama.- AP



Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/13

Tawan balai polis pula

Donetsk: Sekumpulan kecil lelaki bersenjata semalam menawan sebuah balai polis di wilayah timur Ukraine ini ketika tunjuk perasaan untuk menyertai Russia semakin meningkat.
Menteri Dalam Negeri Ukraine Arsen Avakov berkata, satu lagi kumpulan bersenjata cuba menawan pejabat pendakwa raya, tetapi berjaya digagalkan.
Serangan awal pagi terhadap balai polis itu berlaku di bandar Slavyansk, kira-kira 60 kilometer ke utara Donetsk.
Pusat pentadbiran Donetsk sudah pun berada di bawah penguasaan beratus-ratus lelaki bersenjata yang mengisytiharkan ‘republik rakyat’ mereka sendiri serta menggesa Presiden Russia Vladimir Putin menghantar tentera ke timur Ukraine.
“Lelaki bersenjata dengan pakaian celoreng menawan balai polis di Slavyansk,” kata Avakov dalam Facebooknya.
Seorang pegawai di balai berkenaan memberitahu stesen televisyen swasta di Kiev, serbuan itu dilakukan enam lelaki yang melepaskan tembakan ke udara sebelum menyerbu masuk.
Tidak dapat dipastikan tindak balas polis tempatan terhadap serangan berkenaan atau sama ada penyerang itu ada menahan tebusan.
Bagaimanapun, Avakov berkata, pasukan khas tentera Ukraine telah dikerah ke sana.
“Kami tidak akan bertolak ansur dengan pengganas bersenjata,” katanya.
Dalam kejadian lain, Avakov berkata, kumpulan penyerang berasingan cuba menawan pejabat pendakwa raya di Donetsk.
“Cubaan mereka berjaya dipatahkan.
Pejabat itu kini bebas daripada anasir asing.
“Seorang lelaki yang mengaku menteri pertahanan juga ditangkap,” katanya.
Seorang wartawan melaporkan, ramai anggota polis mengawal pejabat berkenaan.
Krisis di Ukraine, lebih-lebih lagi selepas Russia menguasai Crimea bulan lalu, mencetuskan keadaan paling buruk antara Russia dengan Amerika Syarikat dan Eropah sejak Perang Dingin berakhir.-AFP
Foto
AKTIVIS pro-Russia berkumpul selepas usaha mereka menawan pejabat pendakwa raya di Donetsk, Ukraine dipatahkan, semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/13

Bertembung di selekoh





Oleh YUSMAWATI MHF YUSOF

Jasin: Seorang lelaki meninggal dunia akibat parah di kepala apabila kereta PROTON Wira dipandu hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah bas di Kilometer 26, Jalan Jasin-Merlimau, Merlimau, di sini, kelmarin.



Kejadian jam 10.30 malam mengakibatkan Mohd Syafiq Abdul Latif, 24, meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu bas berusia 47 tahun dan 20 penumpang selamat.



Menurut sumber, ketika kejadian, mangsa memandu PROTON Wira dipercayai dalam perjalanan ke bandar Melaka dari Merlimau ke Jasin, manakala bas dinaiki 20 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dari arah bertentangan.



“Difahamkan, bas itu disewa IPT berkenaan untuk membawa pelajarnya mengikuti satu rombongan.



Tiba di tempat kejadian, kenderaan terbabit bertembung dengan PROTON Wira dipandu mangsa.



“Kemalangan itu mengakibatkan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu.



Mayatnya dikeluarkan dengan bantuan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau,” katanya, semalam.



Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka Mohd Hafidzatullah Rashid pula berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kemalangan jam 10.38 malam dan tiba di tempat kejadian tujuh minit kemudian.



“Dua jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau dikejarkan ke lokasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II Yahya Ahmad bersama enam anggota.



“Kami mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa,” katanya.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Mohd Nur Hishamudin Hashim berkata, kemalangan berlaku di laluan berselekoh.



“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jasin untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



“Saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan,” katanya.

239 penumpang, anak kapal dilindungi maksimum RM3.3b


Kuala Lumpur: Semua 239 penumpang dan anak kapal pesawat MH370 dilindungi insurans maksimum AS$1 bilion (RM3.3 bilion) berdasarkan kepada tiket penerbangan dibeli.

Bagaimanapun, penerimaan nilai insurans dinamakan ‘polisi pesawat dan liabiliti’ kepada setiap orang bergantung kepada siasatan oleh penilai insurans atau broker dilantik.
Menurut sumber insurans, tempoh masa pembayaran keseluruhan insurans akan mengambil masa tertentu iaitu sehingga siasatan ke atas pesawat terbabit selesai.

“Setiap penumpang dan kru kapal berhak menerima insurans terbabit yang akan diterima waris mereka.


“Dalam kes kehilangan pesawat MH370, jika didapati 239 orang sama ada warga tempatan atau asing mati atau hidup, mereka atau waris mereka akan mendapat bahagian insurans masing-masing, tertakluk kepada terma dan syarat polisi,” katanya.




Beliau berkata, ada satu lagi insurans tidak wajib dibeli oleh penumpang iaitu ‘MHinsure’ disediakan oleh Etiqa Insurance Berhad.

“Hampir semua syarikat penerbangan menyediakan skim insurans ini, sungguhpun begitu, bukan semua penumpang membeli polisi berkenaan.

“Bagaimanapun, insurans ini hanya melindungi barang penumpang seperti beg dan lain-lain,” katanya.

Sumber industri itu berkata, syarikat insurans lain yang bergabung di dalam polisi terbabit termasuk syarikat Allianz berpangkalan di Jerman sebagai pemegang utama akan berkongsi membayar pampasan kepada keluarga mangsa.


Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/13

Polis buru suspek tembak


Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED
Ampang: Polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi membantu siasatan kes dua anggota polis cedera ditembak penjenayah bertatu harimau disyaki ahli kongsi gelap di Lembah Maju, Ampang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, rakaman diperoleh daripada sebuah kedai runcit di sekitar lokasi kejadian itu masih diteliti pihaknya untuk mengenal pasti identiti sebenar suspek.
“Pemerhatian awal menerusi rakaman CCTV itu jelas menunjukkan seorang suspek iaitu lelaki dipercayai menembak dua anggota polis berkenaan dan melarikan diri melalui lorong di kedai terbabit.

“Bagaimanapun, laporan lengkap mengenai rakaman itu akan diterima selewat-lewatnya esok (hari ini),” katanya di sini, semalam.


Menurut beliau, pihaknya akan mendedahkan gambar diambil daripada CCTV itu kepada media untuk membantu mengesan suspek.




Kata Khairuldin, kedua-dua mangsa, termasuk seorang yang menjalani pembedahan mengeluarkan peluru semalam, dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan di Hospital Ampang.

“Kita merekodkan keterangan mereka bagi membantu siasatan kes berkenaan yang diklasifikasikan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya yang mempergiatkan usaha memburu suspek.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian menghubungi Hotline Polis Selangor di talian 03-20529999 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di talian 03-42524866 atau balai polis berdekatan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/13

Gelisah hati bapa terjawab


Alor Setar: “Sejak petang semalam (kelmarin) saya tidak sedap hati, seolah-olah sesuatu perkara buruk akan berlaku.

“Saya tidak menyangka itu petanda akan kehilangan anak buat selama-lamanya selepas dia terbabit dalam kemalangan pagi tadi (semalam), “ kata Rosidi Sulaiman, 60, bapa kepada Muhammad Reduan Rosidi, 30, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 22 Jalan Pokok Sena-Kuala Nerang berhampiran Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari, mangsa yang masih bujang menunggang motosikal bersendirian dari Kuala Nerang ke Pokok Sena sebelum dirempuh sebuah lori pasir dari arah bertentangan.

Mangsa yang cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.


Jenazah mangsa kemudian dituntut keluarganya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nai Teh, dekat sini.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/13

Guna siku kawal stereng


Oleh MOHD FAUZI ABDULLAH, MAIAMALINA MOHAMED AMIN, FARDY BUNGGA, SHAHRUL NIZAM MOHAMAD dan KHAIRULMIZAN YAHYA
Bentong: Pemandu bas pandu laju dan kerap menghantar SMS menggunakan telefon bimbitnya sepanjang jalan,” dakwa seorang penumpang Norfazillah Zainuddin, 22, yang turut mengalami kecederaan di kaki dalam kemalangan bas ekspres di Kilometer 11, Jalan Bentong-Raub, berhampiran Bukit Lebu dekat sini, tengah malam semalam.
Menurut Norfazillah, dia yang takut dengan sikap pemandu itu membuat keputusan tidak mahu tidur sepanjang perjalanan, malah turut menegur pemandu bas itu yang memandu sambil menghantar SMS dan hanya mengawal stereng menggunakan siku.
Katanya, beberapa penumpang lain turut menegur pemandu itu tetapi dia menjawab ‘sudah biasa, tak ada masalah’ dan terus memandu laju.

“Ketika sampai di tempat kejadian, saya lihat pemandu itu tidak menumpukan perhatian kerana sibuk menghantar SMS menggunakan telefon bimbitnya sebelum bas hilang kawalan dan memasuki ke laluan bertentangan.
Foto
BAS Ekspres Transnasional dua tingkat yang terbabit kemalangan di Kilometer 11, Jalan Bentong-Raub berhampiran Bukit Lebu, dekat Bentong menyebabkan tiga kematian dan 10 cedera parah, semalam.

“Saya menyedari bas sudah memasuki lorong sebelah (kanan) dan menuju ke arah bukit dan terus menjerit ‘awas’ kepadanya tetapi sudah terlambat, bas melanggar tiang elektrik di kanan jalan sebelum terheret di tepi bukit.

“Pemandu cuba mengelak dengan memusingkan stereng ke arah kiri selepas terlanggar bukit menyebab-kan bas terus terbalik dan terseret di atas jalan,” katanya ketika ditemui di Hospital Bentong selepas mendapatkan rawatan.

Menurutnya, dia yang berkerja sebagai kerani di sebuah kilang elektronik menaiki bas berkenaan pulang ke kampungnya di Tumpat, Kelantan untuk membawa ibunya mendapatkan rawatan di hospital.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, polis akan menyiasat dakwaan beberapa penumpang yang mengatakan bas ekspres berkenaan dipandu laju termasuk pemandunya membaca dan berbalas SMS.


Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/13

Jeritan tengah malam


Foto
BAS yang terbabit dalam nahas di Kilometer 11 Raub - Bentong.
Bentong: Bas ekspres dipandu laju di laluan selekoh dipercayai menjadi punca ia terbabas dan melanggar tiang elektrik di kanan jalan sebelum terbalik ke sebelah kiri di Kilometer 11 Jalan Bentong-Raub, berhampiran Bukit Lebu, dekat sini, tengah malam semalam.
Kejadian jam 12.30 malam itu menyebabkan tiga penumpang terbunuh di tempat kejadian, termasuk sepasang suami isteri, 10 parah serta 55 lagi cedera ringan. Mereka dibawa ke Hospital Bentong dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh. 
Bas Ekspres Transnasional dua tingkat membawa 68 penumpang itu dalam perjalanan dari Putrajaya ke Kota Bharu, Kelantan.

Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian adalah Zarifah Alias, 26, beralamat di Kampung Padang Jeman Salor, Kota Bharu, Kelantan dan suaminya warganegara Somalia, Saeed Mohamad Mohamud Abdalla, 31, beralamat di Kediaman Siswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Setapak, Kuala Lumpur serta Suhaisam Che Abdulla, 33, dari Kampung Sungai Masin, Batang Kali, Selangor. 

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, pemandu bas Wan Khairul Affendi Mustafa, 39, berasal dari Kubang Kerian, Kelantan dipercayai memotong beberapa kenderaan di laluannya sebelum hilang kawalan di satu selekoh. 
Katanya, bas ekspres itu kemudian melanggar tiang elektrik di kanan jalan sebelum terbalik di sebelah kiri sehingga ada penumpang tersepit di dalamnya. 


Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/13

Orang Asli jumpa mayat bayi dalam plastik sampah

Foto
MAYAT bayi perempuan yang ditemui.
Kuala Kubu Baru: Seorang lelaki Orang Asli yang sedang memungut sampah di Kawasan Perindustrian Meil, Batang Kali di sini, tersentak apabila menemui mayat seorang bayi perempuan di dalam satu bungkusan plastik sampah dipercayai dibuang di kawasan itu, kelmarin.
Difahamkan, lelaki berusia 26 tahun itu dan beberapa rakannya melakukan kerja memotong rumput dan memungut sampah di kawasan Jalan Batang Kali-Rasa dan kawasan perindustrian terbabit, kira-kira jam 9.30 pagi. 
Apabila tiba di lokasi kejadian kira-kira dua jam selepas itu, dia menemui bungkusan plastik berwarna hitam lalu membukanya dan segera menghubungi talian kecemasan selepas melihat bayi terbabit.

Sumber berkata, bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kurang 800 meter dari Jalan Batang Kali-Rasa.


“Pemeriksaan menemui mayat seorang bayi perempuan mengiring dibalut dengan sehelai baju dan keadaannya masih bertali pusat bersama uri. Bayi itu dipercayai dibuang pada awal pagi iaitu kira-kira enam atau tujuh jam sebelum penemuan terbabit.

“Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baru untuk bedah siasat,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, hasil laporan bedah siasat mendapati bayi itu berusia kira-kira 28 minggu dalam kandungan dan kematiannya akibat lemas.

“Sehelai baju berwarna hitam dan plastik yang dijumpai diserahkan kepada Jabatan Kimia. Mayat bayi itu dihantar ke hospital,” katanya.

Kata sumber itu, polis turut menjalankan pemeriksaan di klinik di sekitar Hulu Selangor untuk mengesan wanita yang baru bersalin atau hadir untuk diperiksa dalam tempoh terdekat.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta menyalurkannya ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Shukri Yaakob mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan lanjut masih sedang dijalankan pihaknya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/13

Lagi murid tadika diracun


Yunan: Polis menahan seorang wanita yang mengaku memberikan makanan beracun kepada murid tadika hingga menyebabkan dua mangsa mati.

Zhao Jianzhi, 44, membuat pengakuan itu kepada polis daerah Qiubei yang dia memasuki sebuah kelas di Tadika Jiajia pada 19 Mac dan meletakkan satu bungkusan pizza yang disapu racun tikus.

Ketika dia memasuki kelas berkenaan, kanak-kanak berusia sekitar empat ke lima tahun itu sedang tidur.

Menurut laporan media, sebaik bangun, kanak-kanak berkenaan memakan pizza yang diletakkan di situ.

Akibatnya, dua murid meninggal dunia di hospital dan masih belum dapat dipastikan jumlah mereka yang keracunan makanan.

Zhao memberitahu polis dia bertindak demikian kerana membalas dendam terhadap tadika berkenaan yang menggunakan apartmennya sebagai bangunan sekolah dan memaksanya keluar.

Tadika berkenaan beroperasi secara tidak sah sejak tahun lalu dan pemilik tadika itu ditahan polis selepas kejadian.

Apa yang menyedihkan, ini bukan kes pertama membabitkan perbuatan meracun makanan yang membawa maut di tadika.

Bulan lalu, dua kanak-kanak meninggal dunia manakala ramai lagi dimasukkan ke hospital selepas mereka dilaporkan memakan racun tikus di Yunan.

Kejadian berlaku seminggu selepas tadika di Shaanxi ditutup kerana pihak pengurusan tadika memberikan dadah antivirus yang menyebabkan murid itu sakit.

- Agensi



Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/13

Seorang maut, 6 cedera nahas 3 kenderaan



Ipoh: Seorang lelaki maut manakala enam lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 25 Jalan Keramat Pulai-Cameron Highlands, dekat sini, kelmarin.



Dalam kejadian jam 6.55 petang, Mohd Zaid Abd Rahman, 58, dari Rumah Murah Kos Rendah, Ajil, Terengganu, yang duduk di tempat duduk penumpang sebelah pemandu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya untuk dikebumikan.



Sumber berkata, Mohd Zaid bersama isteri dan dua anak perempuannya dari Ajil, Terengganu ke Lumut, sebelum Toyota Avanza dipandu anak perempuannya berusia 20 tahun dipercayai hilang kawalan dan berpusing sebelum memasuki laluan bertentangan lalu dirempuh Toyota Unser dinaiki empat beranak.



Katanya, Sebuah PERODUA Alza dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun yang dalam perjalanan ke Cameron Highlands turut dirempuh Toyota Avanza itu.



“Pemandu Toyota Avanza tidak cedera, manakala isteri dan seorang anak Mohd Zaid, masing-masing berusia 56 dan 19 tahun, cedera.



“Selain itu, empat beranak menaiki Toyota Unser, masing-masing berusia 49, 42, 22, dan 15 tahun turut cedera selepas kenderaan itu masuk ke dalam parit, manakala pemandu PERODUA Alza tidak cedera.



“Enam mangsa yang cedera dirawat di HRPB dan keadaan mereka stabil,” katanya.



Sementara itu Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kemalangan itu.



Katanya, kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.







Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/13

2 tentera, 5 militan terbunuh


Manila: Sekurang-kurangnya dua tentera Filipina dan lima militan Abu Sayyaf terbunuh dalam pertempuran di sebuah pulau wilayah selatan, semalam.

Jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Ramon Zagala berkata, pertempuran yang tercetus awal pagi kelmarin di Pulau Basilan itu turut mencederakan 28 anggota tentera berikutan serangan mereka ke atas kumpulan berkenaan yang diketuai Puruji Indama.

Laporan awal tentera menyatakan, pertempuran di perkampungan Unkaya Pukan itu membunuh tiga militan dan mencederakan 20 tentera.

“Sehingga pagi ini (semalam), operasi masih lagi berjalan,” kata Zagala.

Pegawai pemerintah Brigadier Jeneral Carlito Galvez berkata, dia melancarkan serangan ke atas kumpulan yang diketuai Indama selepas mereka menimbulkan ancaman dan cuba memeras duit projek jalan raya di Basilan.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/13

Amah kapak majikan sedang solat



Taif: Polis menahan seorang pembantu rumah warga Habsyah kerana membunuh seorang majikan wanitanya kelmarin.

Wanita berusia lingkungan 30-an itu menetak majikannya dengan kapak sehingga mati ketika mangsa yang berumur 50-an itu menunaikan solat Zuhur di rumahnya di Maisan, kata jurucakap polis Makkah, Leftenan Kolonel Ati Al-Qarshi.

“Sebaik menerima laporan, polis Maisan bergegas ke tempat kejadian dan menemui mayat wanita itu terbaring berlumuran darah di atas sejadah,” katanya.

Polis menahan pembantu rumah terbabit yang mengaku membunuh majikannya, Umm Saad.

Mereka turut menemui wang tunai berjumlah SR 7,000 (RM6,040) dalam simpanannya.

Satu sumber berkata, wanita Saudi itu melayan pembantu rumahnya dengan baik dan ada rakannya yang percaya dia memanjakan wanita itu.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/13

7 penyeludup dadah mati ditembak



Bangkok: Pasukan keselamatan Thai menembak mati tujuh suspek penyeludup dadah dan merampas ribuan pil methamphetamine selepas pertempuran di sempadan Segi Tiga Maut.

Kejadian berlaku lewat kelmarin di Chiang Rai selepas peronda sempadan mengesan 10 lelaki yang enggan berhenti selepas menyeberang sempadan.
“Kami menemui mayat tujuh lelaki yang ditembak mati dan merampas enam beg methamphetamine selepas membersihkan kawasan pertempuran,” kata seorang pegawai.

Setiap beg itu mengandungi 100,000 pil dadah berkenaan.


Menurut pegawai yang enggan dikenali itu, tembak menembak berterusan hingga ke malam.




Pertempuran antara pasukan keselamatan dengan penyeludup dadah sering berlaku di kawasan Segi Tiga Maut, wilayah sempadan yang menghubungkan Thailand, Myanmar dan Laos. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/13

Teliti rakaman CCTV kenal pasti suspek


2014/04/13 - 05:18:35
Anggota polis cedera ditembak

Ampang: Polis kini meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian kes dua anggota polis cedera ditembak lelaki bertatu harimau ketika mereka melakukan rondaan di Lembah Maju, di sini, kelmarin, bagi membantu siasatan.


Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Khairuldin Saad, berkata pihaknya kini berusaha mengenal pasti suspek melalui rakaman CCTV berkenaan.

Katanya, rakaman CCTV itu jelas menunjukkan seorang daripada suspek dipercayai menembak dua anggota polis berkenaan, melarikan diri melalui lorong kedai berhampiran lokasi kejadian.

“Kita akan mendedahkan gambar suspek daripada CCTV kepada media untuk bersama membantu mengesan suspek.

“Walaupun rakaman CCTV menunjukkan wajah suspek itu agak jauh, namun kita berusaha mendapatkan gambaran lebih jelas,” katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, berdasarkan tatu pada salah seorang suspek, pihaknya tidak menolak kemungkinan suspek ahli kongsi gelap.
“Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti kongsi gelap yang mana satu disertai suspek,” katanya.

Dalam kejadian pada jam 10.30 pagi itu, polis sedang menjalankan tugas rondaan menahan dua lelaki mencurigakan di tepi jalan. Bagaimanapun, kedua-dua suspek cuba melarikan diri dan anggota polis bertindak mengejar suspek. Seorang anggota polis sempat menarik baju salah seorang suspek, namun suspek bertindak agresif dengan melepaskan tiga das tembakan. Lans Koperal Lional Richard terkena dua das tembakan pada bahagian perut, manakala rakan setugasnya, Konstabel Zullfadzly Atlah terkena satu das tembakan pada bahagian ari-ari.

Keadaan kedua-dua anggota polis itu kini dilaporkan stabil selepas menjalani pembedahan di Hospital Ampang, kelmarin.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek boleh menghubungi Polis Selangor di 03-20529999 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di 03-42524866 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Datuk kena rompak rugi RM350,000


2014/04/13 - 04:59:58
Kuala Lumpur: Seorang pengarah syarikat keselamatan kerugian RM350,000 selepas kediamannya di Taman Tasik Titiwangsa, dipecah masuk, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, BH difahamkan mangsa yang bergelar Datuk sedang menonton televisyen bersama isterinya.


Sumber berkata, pemeriksaan polis di kediaman mangsa mendapati peti besi yang mengandungi barangan kemas di dalam bilik anak mangsa hilang.

“Difahamkan peti besi seberat 10 kilogram itu mengandungi barangan kemas yang dianggarkan bernilai RM350,000.

“Suspek dipercayai masuk dengan cara memanjat tembok belakang rumah, kemudian memanjat bumbung dan berjalan ke balkoni tingkat satu rumah. Seterusnya masuk ke dalam rumah melalui tingkap bilik air yang terbuka,” katanya, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Nor Azman Muhamad Yusuf ketika dihubungi BH, semalam mengesahkan kejadian berkenaan.

Pinjam RM250 tanggung faedah RM5,800


2014/04/13 - 05:06:04
Miri: Seorang wanita kini dibelenggu ketakutan apabila terpaksa menanggung faedah hutang berjumlah RM5,800 untuk pinjamannya daripada along yang bernilai RM250.

Mangsa berusia 32 tahun yang bekerja sebagai pembantu tadbir di sebuah syarikat swasta terus diburu samseng upahan along terbabit, walaupun dia sudah menjelaskan hutangnya.


Berikutan tidak tahan dengan ugutan dan bimbang keselamatannya diancam, samseng berkenaan yang dikenali sebagai Kevin, wanita itu membuat laporan polis, kelmarin.

Jurucakap polis berkata, wanita itu dipercayai membuat pinjaman sebanyak RM250 daripada along tiga bulan lalu, selepas beliau menghadapi masalah kewangan.

Pinjaman dibuat tanpa membabitkan sebarang dokumen dan hasil perbincangan mangsa diminta membayar hutang berkenaan termasuk termasuk faedah sehingga lebih RM500.

“Walaupun hutang dan faedah dikenakan dijelaskan, namun lelaki terbabit terus menuntut bayaran dan mengugut keselamatan mangsa setiap kali menerima panggilan daripada telefon bimbitnya.

“Ugutan berterusan menyebabkan mangsa terpaksa membuat beberapa kali pembayaran mencecah RM3,500 yang dimasukkan ke dalam akaun bank beberapa individu tidak dikenali,” katanya.
Beliau berkata, dalam kejadian terbaharu, wanita terbabit sekali lagi menerima panggilan telefon daripada lelaki sama jam 9.30 malam kelmarin dan memintanya memasukkan wang RM1,800.

Dua ditahan simpan barang curi

Dua ditahan simpan barang curi
Barang elektrik yang dicuri dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan selanjutnya. - Foto Abdul Rahman Adam
 Miri: Dua lelaki ditahan di sebuah rumah sewa di Jalan Maigold, kelmarin kerana dipercayai menyimpan barangan elektrik bernilai RM1,000 yang dicuri daripada majikannya.

Suspek berusia 20 dan 24 tahun itu ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Balai Polis Pusat Miri pada jam 7.30 malam kelmarin, hasil risikan beberapa hari lalu.

Kedua-dua suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai menjual barangan elektronik, di sini, dipercayai mencuri barang berkenaan minggu lalu dan berhasrat menjualnya dengan harga murah kepada pelanggan.

Tiada rekod jualan

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Gan Tian Kee, berkata pemeriksaan di rumah sewa mangsa membolehkan polis menemui pelbagai jenis barang elektrik curi termasuk alat penapis air, penyedut hampagas serta alat pemanas makanan.

“Majikan hanya menyedari kehilangan barangan itu di kedainya ketika memeriksa stok dan pada masa sama mendapati tiada rekod hasil jualan barang berkenaan, minggu lalu.

“Majikan berusia 40-an itu cuba bertanyakan kepada suspek, namun tidak menerima maklum balas memuaskan hingga menimbulkan kecurigaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Pekerja disyaki terbabit

Berikutan itu, katanya, dia membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri dan menamakan kedua-dua pekerjanya sebagai individu disyaki ke atas kehilangan barang berkenaan.

Kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan.

Tujuh penyeludup dadah mati


2014/04/13 - 04:42:52
BANGKOK: Pasukan keselamatan Thailand menembak mati tujuh disyaki penyeludup dadah dan merampas beratus ribu pil methamphetamine selepas satu kejadian berbelas tembakan di wilayah sempadan Segi Tiga Emas, kata seorang pegawai semalam.

Pertempuran tercetus lewat kelmarin di wilayah pergunungan utara Chiang Rai selepas sepasukan peronda sempadan terserempak dengan 10 orang yang enggan berhenti selepas mereka dilihat melintasi sempadan, kata pihak berkuasa.


“Apabila kita membersihkan kawasan tempat kejadian kami temui tujuh lelaki ditembak mati dan kami turut merampas enam beg methamphetamine,” kata seorang pegawai petugas khas sempadan sambil menambah bahawa setiap beg mengandungi kira-kira 100,000 tablet.

“Tembakan berterusan sepanjang malam,” kata pegawai yang enggan mendedahkan nama.

Pertempuran antara pasukan keselamatan dan penyeludup dadah adalah biasa di sempadan negara itu termasuk di Segi Tiga Emas, bersempadan antara Thailand, Myanmar dan Laos.

Thailand menunjukkan peningkatan dalam rampasan methamphetamine, yang biasanya murah dan mudah didapati.

Dikenali sebagai yaba atau ubat gila, pil berkenaan sering kali diseludup dari negara jiran Myanmar. Pemberontak bersenjata menggunakan keuntungan dari jualan dadah untuk membiayai operasi mereka. – AFP

3 maut bas terbalik

3 maut bas terbalik
Bas ekspres dua tingkat yang terbabas dan terbalik di Bukit Lebu, jalan Bentong-Raub tengah malam kelmarin. - Foto Azmaidi Abidin
 Penumpang dakwa kenderaan dipandu laju hilang kawalan



Bentong: Bas ekspres dua tingkat yang terbabit kemalangan mengorbankan tiga penumpangnya, di sini tengah malam kelmarin, dikatakan dipandu laju dan memotong beberapa kenderaan sekali gus sebelum terbabas tidak lama kemudian.


Ia hasil siasatan awal polis mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, sejurus insiden pada jam 12.30 tengah malam di Kilometer 11, Jalan Bentong-Raub, dekat Bilut itu. Bas berkenaan terbabas ke laluan bertentangan lalu merempuh tiang elektrik sebelum terbalik dan terseret lebih 50 meter.

Ikuti berita penuh berserta gambar dan infografik dalam BHAhad hari ini atau muat turun versi digital dihttp://subscription.nstp.com.my/ 

Lima anggota Abu Sayyaf maut di Pulau Basilan


MANILA - Dua askar Filipina dan lima anggota kumpulan Abu Sayyaf terbunuh dalam pertempuran yang berlaku di Pulau Basilan, kata tentera negara ini semalam.
Jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Ramon Zagala berkata, pertempuran yang berlaku pada awal kelmarin itu turut menyebabkan 28 askar Filipina cedera.
Menurutnya, pertempuran itu masih berlaku pada pagi semalam.
Kumpulan Abu Sayyaf yang terlibat dalam pertempuran itu diketuai Puruji Indama.
Seorang pegawai kanan tentera, Brigedier Jeneral Carlito Galvez berkata, dia mengetuai serangan tersebut kerana kumpulan yang diketuai Puruji telah mengancam dan cuba memeras ugut wang daripada pihak yang membina sebatang jalan raya di Pulau Basilan.
Pusat Pemerintah Tentera Mindanao Barat menyatakan, kumpulan Puruji itu menuntut wang sebanyak AS$111,000 (RM359,284) daripada kontraktor projek tersebut.
Kumpulan Abu Sayyaf ditubuhkan pada tahun 1991 terkenal kerana aktiviti penculikan, memenggal kepala dan melakukan letupan bom. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0413&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2yiIXg3yr 
Hakcipta terpelihara 

Paip minyak bocor punca bekalan air terjejas



DUA penduduk mengangkat kotak mengandungi botol-botol air minuman yang dibeli dari sebuah pasar raya di Lanzhou, China kelmarin. - AFP


BEIJING - Sebatang paip minyak yang bocor telah menyebabkan tahap bahan kimia benzena yang mudah terbakar meningkat dengan banyak dalam saluran paip air bersih di bandar Lanzhou, China.
Kebocoran itu sekali gus telah mencemarkan sumber bekalan air bersih di bandar tersebut.
Menurut agensi berita Xinhua semalam, paip minyak itu dikendalikan Perbadanan Petroleum Kebangsaan China milik kerajaan negara ini.
Pihak perbandaran Lanzhou menyatakan, ia kini memantau tahap kandungan benzena di dalam paip air bagi memastikan keselamatan penduduk awam.
Ekoran tindakan pihak berkuasa memutuskan bekalan air di bandar itu, penduduk sanggup beratur di kedai-kedai untuk membeli botol air minuman sejak kelmarin.
Sebanyak 2.4 juta penduduk di bandar Lanzhou, barat laut China terjejas kerana mereka tidak mendapat bekalan air bersih. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0413&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2yiIO26Ms 
Hakcipta terpelihara 

Tahan sejuk 17 jam elak dicekup



ANGGOTA APMM menunjukkan ruang simpanan ikan yang menjadi tempat persembunyian lima nelayan yang ditahan di Pangkalan Maritim APMM Kemaman di Bukit Kuang, Kemaman, Terengganu semalam.


KEMAMAN - Lima daripada 24 nelayan Vietnam sanggup berhimpit-himpit dan menahan kesejukan menyorok di dalam ruang simpanan ikan bercampur ais di perut bot selama hampir 17 jam bagi mengelakkan daripada dicekup pihak berkuasa kelmarin.
Bagaimanapun taktik mereka gagal apabila kesemuanya berjaya ditahan pasukan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 8 (DM 8) Kuantan selepas pemeriksaan rapi dilakukan di dalam bot itu sebaik tiba di Pangkalan Maritim APMM Kemaman di Bukit Kuang di sini.
Pengarah Operasi DM 8, Kuantan, Komander Maritim Rahim Ramli berkata, bot yang sedang melakukan aktiviti tunda sebuah lagi bot lain itu ditahan kira-kira 27 batu nautika utara dari Pulau Tioman pada pukul 1.35 pagi kelmarin.
Menurutnya, ketika dihampiri, kelima-lima lelaki terbabit dipercayai sempat menyusup masuk ke dalam tempat persembunyian tanpa dilihat kerana lampu di atas bot telah dipadam sebaik kapal APMM mengesan mereka.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0413&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2yiIHt9lD 
Hakcipta terpelihara 

Keajaiban bayi dikandung terselamat



KEADAAN bas Ekspres Transnasional yang terbalik sehingga mengorbankan tiga penumpang di Kilometer 11 Jalan Bentong-Raub, Bentong, Pahang semalam.


BENTONG - Bagaikan satu keajaiban bagi ibu muda, Nor Zamera Abdul Manap, 24, apabila kandungannya yang berusia empat bulan terselamat walaupun selepas dia tercampak dari tempat duduknya setelah bas ekspres dinaiki terbabas sebelum terbalik di Kilometer 11 Jalan Bentong-Raub di sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian pukul 12.30 pagi itu, bas Ekspres Transnasional berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu membawa seramai 68 penumpang termasuk pemandu.
Nor Zamera merupakan salah seorang penumpang yang terselamat dalam kemalangan yang mengorbankan tiga penumpang bas tersebut iaitu pasangan suami isteri, Saeed Mohamad Mohamud Abdalla, 31, yang merupakan warga Somalia dan isterinya, Zarifah Alias, 26, serta Suhaisam Che Abdulla, 33.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0413&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2yiI8UfcJ 
Hakcipta terpelihara 

Tidak wajar dedah maklumat terkini penculikan di Semporna - KPN


SINTOK 12 April - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tidak wajar bagi pihaknya mendedahkan maklumat terkini mengenai kes culik dua wanita warga asing di sebuah resort di Semporna 2 April lepas.
"Saya tidak fikir wajar bagi saya memberitahu anda (media) maklumat terkini mengenainya (penculikan itu) demi keselamatan mangsa," katanya ketika ditemui pemberita selepas Kejohanan Bola Jaring dan Sepak Takraw Piala Ketua Polis Negara di Universiti Utara Malaysia, di sini hari ini.
Khamis lepas, penculik dua wanita itu menuntut wang tebusan sebanyak RM36.4 juta untuk membebaskan seorang daripada mereka, pelancong warga China.
Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiada wang tebusan dituntut bagi seorang lagi wanita, pekerja resort warganegara Filipina.
Pelancong warga China, Gao Hua Yuan, 29, dari Shanghai, dan pekerja resort itu, Marcy Dayawan, 40, diculik dari Singgahmata Adventures and Reef Resort oleh sekumpulan tujuh lelaki bersenjata kira-kira pukul 10.30 malam pada hari berkenaan. - BERNAMA

Lelaki maut ditetak kumpulan samseng



Seorang lelaki maut akibat ditetak sekumpulan lelaki di Projek Perumahan Rakyat Beringin, Jinjang, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 12 April - Seorang lelaki maut ditetak oleh sekumpulan samseng India dipercayai bermotifkan masalah pengedaran dadah dalam satu pergaduhan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 petang itu, mangsa, R. Sathaya Devan yang cedera parah di kepala, tangan dan lutut telah dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia kira-kira sejam kemudian.
Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, sebelum itu, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam memaklumkan me­ngenai seorang lelaki ditemui ce­dera parah dalam sebuah kereta di lokasi terbabit.
“Pihak polis yang tiba di lokasi mendapati seorang lelaki dalam keadaan terkulai di tempat duduk pemandu sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna merah.
“Mangsa ketika itu masih hidup dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan namun di­sahkan meninggal pada pukul 3.45 petang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Khairi berkata, pihaknya menemui sebuah motosikal dan kereta yang ditinggalkan oleh suspek berhampiran lokasi itu.
Katanya, ekoran itu, pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 22 tahun bersama sebuah kereta yang dipercayai digunakan semasa pergaduhan terbabit.
“Kini polis masih memburu empat lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kes itu," ujarnya.
Katanya, pasukan Unit Forensik dan Unit Anjing Pengesan telah dihantar ke lokasi bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140413/je_02/Lelaki-maut-ditetak-kumpulan-samseng#ixzz2yo75mND1
© Utusan Melayu (M) Bhd