Search This Blog

Friday, April 11, 2014

Dua ipar cedera kemalangan

WARTAWAN SINAR HARIAN
Dua ipar cedera kemalangan
Mohd Isam (dua, kanan) melihat keadaan Karim yang terlantar di wad hospital selepas terbabit dalam kemalangan, petang kelmarin. 
11 April 2014
TAMPIN – Dua beradik ipar cedera selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan di kilometer tiga, Jalan Gemencheh-Rokan, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, mangsa iaitu penunggang motosikal, Karim Shuhid, 57, dan abang iparnya, Safri Mohd Amir, 53, dirawat di Hospital Tampin (HT).

Menurut Karim, ketika kejadian, dia dan abang iparnya dalam perjalanan pulang dari Pekan Gemencheh ke kediaman mereka di Kampung Ulu Rokan, Gemencheh, selepas keluar bertemu rakan.

“Bagaimanapun, sebaik saya tiba di lokasi kejadian, secara tiba-tiba sebuah kereta dari arah bertentangan masuk ke laluan saya dan merempuh kami. Susulan rempuhan itu, saya tercampak ke bonet kereta berkenaan sebelum berpusing beberapa kali dan jatuh ke atas jalan.

“Susulan kemalangan ini, saya menerima kira-kira 18 jahitan di bahagian kaki kiri dan tangan serta di bahagian kaki saya juga terdapat lubang yang agak dalam dipercayai terkena objek tajam.

Sementara itu, isteri Safri, Mokchik Shuhid, 61, ketika kejadian suaminya itu pengsan setelah terpelanting ke bawah kereta jenis Proton Wira yang datang dari arah bertentangan itu.

“Kini badan suami makcik sakit-sakit dan sememangnya kebiasaannya mereka berdua keluar ke Pekan Gemencheh untuk berjumpa rakan atau ke kedai minum," katanya ketika ditemui sempena majlis penyerahan sumbangan hamper Baitulmal Majlis

Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) di Hospital Tampin, dekat sini, semalam.

Turut hadir, Adun Gemencheh, Mohd Isam Mohd Isa; wakil Mains merangkap kaunselor, Che Rozita Che Rahman dan wakil Pengarah Hospital Tampin, Dr Siti Faridah Jusoh.

Pada majlis itu, Baitulmal menyerahkan 100 sumbangan berbentuk hamper kepada pesakit hospital.

Jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan awal, sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta yang dipandu dari arah Rokan hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan lalu merempuh sebuah motosikal.

“Penunggang dan pembonceng dikejarkan ke Hospital Tampin bagi rawatan lanjut, manakala pemandu kereta pula tidak mengalami kecederaan serius," katanya.

Dicekup cuba curi telefon pintar

WARTAWAN SINAR HARIAN
Dicekup cuba curi telefon pintar
Remaja terbabit dibawa ke Balai Polis Parit Buntar selepas berjaya dicekup orang awam. 
11 April 2014
PARIT BUNTAR - Taktik seorang remaja yang menyamar sebagai pelanggan sebelum cuba melarikan sebuah telefon pintar dari sebuah kedai alat komunikasi di Jalan Shahbandar 1, Pusat Bandar, di sini tidak menjadi apabila dia dicekup orang ramai.

Saksi kejadian, Ooi Geng Huan,29, berkata, ketika kejadian pada kira-kira jam 11 pagi kelmarin itu, remaja lelaki berusia 18 tahun terbabit masuk ke dalam premis majikannya dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, remaja itu kemudiannya berpura-pura bertanyakan sebuah model telefon pintar jenama Samsung dan memintanya mengeluarkan alat telekomunikasi itu dengan alasan mahu menelitinya dengan lebih dekat.

“Memandangkan hanya saya dan dia (suspek) berada di dalam premis, saya mengeluarkan telefon itu dan meletakkannya di atas meja untuk ditelitinya

“Bagaimanapun, saya terkejut apabila remaja itu tiba-tiba lari membawa telefon pintar tersebut, menyebabkan saya terus mengejarnya,” katanya sewaktu ditemui di lokasi kejadian pagi kelmarin.

Geng Huan berkata, suspek cuba mendapatkan motosikal yang diletakkan di hadapan premisnya, namun tindakan dia menjerit meminta tolong berjaya mendapat perhatian beberapa orang awam yang segera membantu menangkap remaja itu.

Katanya, seorang anggota Pertubuhan Keselamatan Sukarelawan Kerian (PKSK) berjaya menjatuhkan suspek yang sedang cuba menghidupkan enjin motosikal, manakala dia segera memegang remaja lelaki terbabit dengan erat bagi mengelaknya melarikan diri.

“Insiden itu menyebabkan saya cedera ringan berikutan suspek cuba meronta-ronta beberapa kali untuk melepaskan diri.

“Berikutan itu, saya berjaya mendapatkan kembali telefon pintar dicuri suspek dan seterusnya membuat laporan di Balai Polis Parit Buntar,” katanya.

Sementara itu, anggota PKSK yang membantu menangkap suspek berkata,  motosikal jenis EX5 dinaiki remaja tersebut menggunakan plat nombor pendaftaran palsu.

“Saya yakin remaja terbabit baru berjinak-jinak dalam melakukan jenayah berikutan tindakan kurang bijak suspek mencuri secara bersendirian ketika premis tidak dipenuhi pelanggan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Penduduk seronok jumpa buaya

ARZIANA MOHM AD AZAMAN
Penduduk seronok jumpa buaya
Buaya yang ditemui di kawasan lumpur berhampiran Kampung Lubuk Jaya dan Kampung Nyiur, Bukit Belimbing di sini. 
11 April 2014
TANJONG KARANG - Tak ubah seperti pesta! Begitulah gelagat orang kampung yang berpusu-pusu datang untuk melihat buaya yang berjemur di kawasan lumpur berhampiran Kampung Lubuk Jaya dan Kampung Nyiur, Bukit Belimbing di sini.

Meskipun saiz buaya  air tawar itu yang cukup besar jika dibandingkan dengan penemuan bangkai jenis yang sama pada 25 Julai tahun lalu, namun penduduk masih tidak berganjak untuk terus melihat fenomena yang jarang sekali dapat dilihat sepanjang hidup mereka.

Ketua Kampung Bukit Belimbing, Samsudin Idris berkata, penduduk kecoh apabila menerima panggilan kaki pancing yang terserempak dengan buaya itu dan terus mengerumuni kawasan lumpur yang dimaksudkan.

“Bukan selalu boleh nampak buaya yang saiz lebih besar berbanding yang jumpa tahun lepas...Jadi mereka pun ramai-ramai datang  tengok kira-kira jam 4 petang semalam bersama ahli keluarga.

“Boleh dianggarkan lebih 50 penduduk datang melihat buaya yang statik..tak gerak-gerak dengan mulut ternganga. Mungkin buaya itu tengah berjemur sebab waktu itu cuaca cerah,” katanya.

Menolak buaya itu mengganas dan boleh membahayakan, Samsudin menjelaskan, penduduk masing-masing percaya buaya itu tidak akan mengganggu nelayan sungai yang ada di kampung itu.

“Bukan sekali tapi penduduk pernah terserempak dengan buaya jenis itu tapi tak pernah nak ganggu atau mengganas ketika nelayan nak cari makan di sepanjang sungai yang kaya dengan hasil udang.
“Penduduk tak kira usia yang tengok buaya itu tak menunjukkan riak takut atau cemas..masing-masing macam seronok.
“Mungkin ini salah satu keunikan yang ada di kampung ini selain kelip-kelip,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sebelum ini, penduduk turut digemparkan penemuan bangkai buaya oleh dua sahabat yang mahu memancing udang di Jeti Jalan Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing pada Julai tahun lalu.

Penemuan buaya dianggarkan berukuran enam meter itu kejadian pertama kali berlaku di kampung itu sekali gus menyebabkan kawasan jeti menjadi tumpuan.

Warga emas maut digilis lori


11 April 2014


GEORGETOWN - Seorang warga emas maut digilis treler dalam kemalangan di Jalan Tun Dr Awang di sini hari ini.
   
Syed Mohamed Shukor Syed Abdul Rashid, 64, yang berjalan kaki dari Masjid Sungai Nibong Kecil, terjatuh ketika cuba menyeberang pembahagi jalan dan dilanggar treler yang membawa bahan binaan.
   
"Dalam kemalangan 8.50 pagi itu, lori treler dari arah Bukit Jambul ke Bayan Lepas tidak sempat mengelak daripada melanggar mangsa yang terjatuh di atas jalan," kata Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pulau Pinang, DSP Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi di sini, hari ini.
   
Beliau berkata polis telah merekod keterangan pemandu lori berkenaan untuk membantu siasatan.
   
Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. - Bernama

Polis buru 11 individu terlibat kes gaduh


10 April 2014


KUALA TERENGGANU - Polis sedang memburu 11 individu yang dipercayai terlibat dalam kes pergaduhan membabitkan dua kumpulan di Kampung Wakaf Tapai Marang, Selasa lalu.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner K.Manoharan berkata sehingga kini lima individu telah ditahan bagi membantu siasatan dan polis juga telah mengenal pasti beberapa suspek yang berasal dari Marang dan Kuala Terengganu.
 
"Kita telah berjaya menahan empat lelaki dan seorang remaja perempuan dan gerakan memburu kesemua suspek berusia 20-an hingga 30-an sedang giat dijalankan," katanya kepada Bernama.
 
Selasa lalu, dua lelaki cedera selepas dilibas dengan parang ketika dua kumpulan berkenaan sedang berbincang berhubung masaalah hutang dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam.
 
Sementara itu, Manoharan berkata polis sedang memburu seorang lelaki yang memecah masuk Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pejabat Perhutanan dan Pejabat Pertanian yang terletak di Wisma Negeri di sini awal pagi Isnin.

Kejadian itu mengakibatkan kerugian kira-kira RM5,000 selepas wang tunai, barang kemas serta barang runcit milik kakitangan JPS yang terletak di tingkat lapan wisma berkenaan dilarikan penjenayah berkenaan.
 
Manoharan berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kejadian itu dilakukan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an. - Bernama

Ambulans terbalik, jururawat cedera

WARTAWAN SINAR HARIAN
Ambulans terbalik, jururawat cedera
Anggota polis memeriksa ambulans yang terbalik dalam kemalangan, semalam. 
10 April 2014
CHENG - Seorang jururawat lelaki cedera apabila ambulans dinaikinya terbalik selepas berlanggar dengan sebuah kenderaan di persimpangan Cheng - Pulau Gadong, di Lebuh AMJ, dekat sini, semalam.

Nizam Mohd Fuad, 23, patah tangan kiri apabila ambulans dipandu Mohd Nazrul Sulaiman, 36, dan turut dinaiki seorang lagi jururawat, Nursuhada Mohamad, 26, terbabas lalu bertembung sebuah kereta jenis Pesona sebelum terbalik, dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu.

Kesemua mereka merupakan kakitangan Hospital Putra, di sini.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Noh Che Pa berkata, sebelum kejadian ambulans berkenaan dalam perjalanan mengambil seorang pesakit di Rembia, Alor Gajah.

 “Ambulans dari arah pusat bandar raya menghala Cheng berlanggar dengan kereta dipandu seorang guru perempuan berusia 48 tahun yang tiba-tiba keluar simpang dari arah Pulau Gadong menghala Batu Berendam.

“Akibat pelanggaran itu, ambulans berkenaan terbabas sementara kereta Persona terbabit remuk di bahagian hadapan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurut Noh, selain jururawat lelaki itu, pemandu ambulans dan jururawat wanita berkenaan hanya cedera ringan dan dibawa ke Hospital Putra untuk rawatan lanjut, sementara wanita yang memandu kereta dihantar ke Hospital Melaka.

“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, saksi kejadian, Siti Mariam Adnan, 17, berkata, ketika kejadian, dia yang berada di rumahnya kira-kira 50 meter dari lokasi terdengar bunyi dentuman kuat sebelum keluar melihat bersama adiknya.

"Saya nampak beberapa orang mula mendekati ambulans berkenaan yang sudah terbalik dan membantu mangsa keluar.

 “Terdapat dua orang memakai pakaian seragam biru, namun salah seorang daripadanya mengerang kesakitan kerana cedera di tangan kiri,” katanya.

Guru tersepit dalam kereta

WARTAWAN SINAR HARIAN
Guru tersepit dalam kereta
Keadaan kereta mangsa yang remuk teruk di bahagian pemandu selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Bukit Rokan-Jelai, petang kelmarin.
11 April 2014
 GEMENCHEH – Seorang guru tersepit dalam kereta kira-kira sejam sebelum diselamatkan anggota bomba dan penyelamat selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Jalan Bukit Rokan-Jelai, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira kira-kira 5.15 petang itu, kereta jenis Perodua Alza yang dinaiki mangsa, Aminuddin Hamat Hambali, 30-an, bersama tujuh pelajarnya bergesel dengan sebuah lori tanpa muatan.

Ketika kejadian, kesemua mereka dipercayai dalam perjalanan pulang ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jelai (Felda) selepas mengadakan aktiviti sukan di Kuala Pilah.

Akibat kejadian itu, Aminuddin cedera parah di bahagian kaki dan tangan susulan tersepit di bahagian tempat duduk pemandu, manakala pelajarnya hanya cedera ringan.

Jurucakap polis, dipercayai mangsa pulang secara konvoi bersama tiga kenderaan lain.

“Berdasarkan siasatan awal, sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta yang dinaiki mangsa berselisih dengan lori 10 tayar tanpa muatan dari arah bertentangan dan bergesel. Mangsa tersepit di tempat duduk pemandu kira-kira sejam.\

“Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kaki dan tangan, namun dalam keadaan masih sedar semasa tersepit. Mangsa dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba dan penyelamat,” katanya kepada Sinar Harian, dekat sini, semalam.

Sementara itu, Jurucakap polis berkata, tujuh pelajar yang turut sama berada di dalam kereta berkenaan mengalami kecederaan ringan dan dirawat di klinik kesihatan serta hospital terdekat.

“Bagaimanapun, mangsa yang mengalami kecederaan parah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di Seremban bagi rawatan lanjut.

"Pemandu lori pula tidak mengalami kecederaan," katanya.

Dua anggota polis cedera ditembak lelaki bertatu


11 April 2014

KUALA LUMPUR - Dua anggota polis cedera ditembak seorang lelaki ketika melakukan rondaan di Taman Lembah Maju, Ampang pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi itu, anggota polis berpangkat lans koperal yang berumur 26 tahun dan konstabel berumur 28 tahun dari Balai Polis Pandan Indah cedera parah dan dirawat di Hospital Ampang.

"Keadaan anggota terbabit kini stabil," katanya pada sidang media.

Beliau berkata, kejadian berlaku apabila dua anggota tersebut terserempak dengan dua lelaki berumur sekitar 30-an yang bermotosikal dan dalam keadaan mencurigakan.

"Ketika cuba didekati, dua lelaki itu segera melarikan diri dengan meninggalkan motosikal mereka sehingga memaksa anggota kami terpaksa mengejar suspek. Seorang anggota sempat menarik baju seorang suspek sehingga mendedahkan tatu bergambar harimau di belakangnya," katanya.
   
Abdul Rahim berkata, bagaimanapun suspek dapat meloloskan diri sebelum seorang daripada mereka melepaskan dua das tembakan dari jarak dekat sehingga mengenai perut lans koperal tersebut dan bahagian ari-ari konstabel berkenaan.

Beliau berkata, polis masih mengesan kedua-dua suspek yang dipercayai terlibat dalam kegiatan kongsi gelap berdasarkan tatu pada badan seorang daripada mereka.

"Hasil siasatan mendapati pistol yang digunakan suspek adalah jenis revolver sementara motosikal yang dinaiki mereka telah dicuri di Setapak tahun lepas," katanya. - Bernama

Hadir ke mahkamah naik ambulans

TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
Hadir ke mahkamah naik ambulans
Zainudin hadir ke mahkamah dengan menaiki ambulans pagi semalam. - FOTO: AFIQ RAZALI 
11 April 2014
SHAH ALAM - Seorang bekas pegawai kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat Mejar mengaku tidak bersalah di mahkamah sesyen di sini atas tuduhan menerima suapan RM50,000 daripada syarikat penghantaran barangan peralatan tentera, lapan tahun lalu.

Zainudin Abu, 53, yang telah bersara pada 2009 didakwa secara rasuah memperoleh wang tersebut daripada Pengurus Besar Syarikat Orion Shipping & Fowarding Sdn Bhd, Azrul Azmi Ahmad, 38, melalui akaun Maybank isterinya, Rubiah Talib,55.

Wang tersebut didakwa sebagai upah menyelia kerja-kerja pemindahan peralatan tentera MASMEDTIM dari Kem TUDM Subang ke Kem Kinrara, Puchong, Selangor.

Dia ketika itu sebagai Pegawai Staf 2 Unit Perancangan, Cawangan Perancangan Pembangunan dan Operasi Bersama, Bahagian Logistik Pertahanan TUDM didakwa melakukan perbuatan tersebut di Maybank Berhad Cawangan Port Klang, Persiaran Jalan Muda Musa, Klang, Selangor jam 3 petang, 8 Mei 2006.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lokman Kasim mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Jika sabit kesalahan, tertuduh itu boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau yang mana nilai lebih tinggi.

Semalam, Zainudin hadir dengan menaiki ambulans ditemani dua pegawai perubatan Institut Jantung Negara (IJN).

Tertuduh memohon mahkamah membenarkan wang jaminan yang rendah memandangkan sudah tidak bekerja.

Bakar rumah angkara dendam

AZIZAN INCHE HARUN
Bakar rumah angkara dendam
Mohd Mokhtar (kanan) menunjukkan gambar tiga lelaki yang dicari untuk membantu siasatan. 
10 April 2014
JOHOR BAHRU – Lima lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes membakar sebuah rumah dan memecahkan cermin 15 kereta di Jalan Sawi 10, Taman Seri Senai, ditahan dalam serbuan di beberapa kawasan sekitar Kulai dan Senai, Isnin lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, serbuan sekitar jam 7 pagi hingga 2 petang itu turut merampas satu botol plastik minyak petrol, dua motosikal dan dua bilah parang.

Menurutnya, siasatan mendapati punca kejadian bermotif balas dendam kerana mangsa pernah memukul salah seorang suspek di majlis sambutan hari lahir di Taman Bintang, dekat sini, sehari sebelum kejadian.

“Suspek kemudian telah membawa beberapa rakan dan bertindak membakar rumah mangsa dengan membaling bom petrol serta memecahkan cermin 15 kereta di sekitar tempat kejadian.

“Lima ditahan berumur sekitar 24 hingga 34 tahun. Kesemua ditahan tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan ujian saringan air kencing juga didapati negatif dadah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, semalam.

Mohd Mokhtar berkata, pihaknya sedang mengesan tiga lelaki untuk membantu siasatan kerana dipercayai terlibat dalam Geng 36 yang terbabit dalam gangstrisme.

Katanya, polis turut menegaskan kejadian berkenaan tidak melibatkan masalah kaum kerana mangsa dan suspek adalah India.

“Kes ini tidak melibatkan dua kaum seperti dakwaan sesetengah pihak sebelum ini kerana mangsa adalah India dan penjenayah juga India..tak ada unsur perkauman.

“Kita minta N Perumal, 35, R Kaliappan, 39, dan K Thevarajan, 28, tampil untuk membantu siasatan atau sesiapa yang mengenali tiga penama ini diminta menghubungi polis atau datang ke mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Terdahulu, dalam kejadian sekitar jam 3.30 pagi Isnin lalu, anjung sebuah rumah terbakar dan 15 kereta mengalami kerosakan pecah cermin hadapan dipercayai perbuatan khianat oleh sekumpulan lelaki yang bermotifkan dendam.

Lelaki mengaku salah pukul isteri dengan penyapu

WARTAWAN SINAR HARIAN
Lelaki mengaku salah pukul isteri dengan penyapu
Wan Mohd Ros’an mengaku bersalah memukul isterinya menggunakan penyapu di Mahkamah Majistret di sini, semalam. 
11 April 2014
KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki mengaku bersalah di mahkamah majistret, di sini, semalam atas dakwaan memukul isteri menggunakan sebatang penyapu sehingga menyebabkan kecederaan.

Wan Mohd Ros’an Wan Su, 35, mengaku bersalah terhadap pertuduhan pertama itu di hadapan Majistret Noradila Ab Latif.

Dalam kejadian jam 1.15 pagi pada 7 April lalu, Wan Mohd Ros’an didakwa dengan sengaja mencederakan isterinya, Nafisah Awang, 34, di kediaman mereka di Kampung Tebauk, di sini.

Dia didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau didenda.

Bagaimanapun, Wan Mohd Ros’an mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan kedua di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan melibatkan ugutan jenayah terhadap ibunya, Kutong Ali, 56, dalam kejadian jam 1.30 pagi pada tarikh dan lokasi yang sama.

Dia didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap Kutong menggunakan sebatang penyapu dan sebilah pisau bersarung dengan niat menimbulkan rasa cemas terhadap ibunya itu.

Sejurus pengakuannya direkodkan, Noradila membenarkan dia diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Inspektor L Rathna, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Warga Pakistan rasuah polis


WARTAWAN SINAR HARIAN
10 April 2014

JEMPOL - Dua warga Pakistan ditahan selepas merasuah anggota polis bantuan Felda Wilayah Serting di sini, dalam dua kejadian berasingan yang dilaporkan pada awal tahun lalu bagi mengelakkan dikenakan tindakan.

Suspek yang pada awalnya diberi amaran agar tidak berbuat demikian tetap berdegil selain merayu agar dilepaskan.

Dua kejadian berasingan itu berlaku pada 25 Januari dan 6 Februari lalu membabitkan sekatan di Pos sekatan jalan Felda Palong 21 dan jalan Serting Hilir Lapan sekitar jam 4.30 hingga 5 petang.

Ketua Polis daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, kes pertama berlaku di pos sekatan jalan Felda Palong 21 di mana ketika itu, suspek menunggang motosikal jenis Honda EX5 bersama rakannya.

Menurutnya, selepas diperiksa, kedua-dua lelaki berkenaan didapati menyalahgunakan pas pekerja dan ketika itu suspek menghulurkan wang sebagai ganjaran untuk dilepaskan.

"Dalam kejadian kedua pula, seorang warga Pakistan yang menjual aiskrim dengan menunggang motosikal jenis Honda EX5, berdasarkan permit pekerjanya sepatutnya dia bekerja di Kuala Lumpur.

"Suspek berumur antara 23 hingga 28 tahun ini tetap berdegil dengan menghulurkan wang walaupun amaran diberikan susulan merasuah anggota polis,” katanya kepada pemberita selepas selesai lawatan kerja di Pejabat Polis Bantuan Felda dekat Feldajaya Selatan di sini, pagi semalam.

Hadir sama, Pegawai Operasi Wilayah Serting, Polis Bantuan Felda, Asisten Superintendan Zainudin Mahmood.

Dalam perkembangan lain, Hamzah berkata, polis bantuan Felda penting dalam usaha membantu, memantau dan mencegah aktiviti jenayah seterusnya menyampaikan kuasa polis di luar liputan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Hamzah turut mengingatkan semua anggota polis bantuan Felda di sini agar fahami tugas dan tanggungjawab mereka dalam bidang tersebut.

"Kolaborasi antara polis bantuan Felda dengan PDRM amatlah diperlukan, mereka membantu PDRM dalam mengesan penjenayah dengan menggunakan Unit Anjing (K-9), mencegah aktiviti sosial dan jenayah di kawasan Felda,” katanya.

Pecah masuk 16 rumah, dipenjara 31 tahun


11 April 2014

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur hari ini dikenakan hukuman penjara 31 tahun enam bulan dan 30 sebatan oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini selepas mengaku bersalah memecah masuk 16 buah rumah di sekitar Ampang antara 2011 hingga awal tahun ini.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman menjatuhkan hukuman itu terhadap Norman Shah Jamal, 24, dari Taman Mulia Jaya, Ampang selepas dia mengaku bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah.

Mahkamah menjatuhkan hukuman dua tahun penjara dan dua sebatan bagi setiap tuduhan daripada pertuduhan pertama hingga ke-15 yang dihadapi Norman atas dakwaan memecah rumah dan mencuri pelbagai barang berharga di sekitar Pandan Indah dan Ampang Jaya antara 11 Mac 2011 hingga 24 Mac tahun ini.

Antara barang yang dicuri ialah barang kemas termasuk gelang dan anting-anting, wang tunai, kamera, telefon bimbit, jam tangan pelbagai jenama, komputer riba, geran tanah dan wang tunai milik 15 individu yang membabitkan kerugian RM174,200.

Mahkamah juga menjatuhkan hukuman 18 bulan penjara terhadap Norman atas dakwaan memecah masuk sebuah rumah kepunyaan Chin Kah Hoe, 35, di Kampung Tasek Permai, Ampang pada 5.45 petang, 26 Nov tahun lepas.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu berjalan secara berasingan berkuat kuasa hari ini.

Terdahulu, Norman yang tidak diwakili peguam memohon hukuman terhadapnya berjalan serentak dengan alasan dia bakal melangsungkan perkahwinannya pada Ogos.

Norman berkata desakan hidup akibat perceraian kedua ibu bapanya menyebabkan dia terdesak melakukan kesalahan itu.

"Disebabkan kesusahan hidup saya melakukan perbuatan itu (pecah rumah) kerana ibu bapa telah bercerai dan saya tiada pendapatan. Saya juga perlu menyara dua orang adik dan kalau saya tahu semua ini akan terjadi saya tidak akan buat kerja ini.

"Saya kesal dan insaf...dan jika mahkamah beri peluang, saya akan gunakan peluang itu sebaik mungkin," katanya sambil menahan sebak.

Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene memohon hukuman berat kerana tertuduh sebelum ini pernah didakwa atas kesalahan sama sejak 2008 hingga kini dan kesusahan hidup yang dihadapinya bukan alasan kukuh untuk dia melakukan kesalahan itu.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya S.Purnima, yang membantu pihak pendakwaan turut memohon hukuman berat dengan alasan pemerhatian serta perancangan yang rapi telah dilakukan oleh tertuduh untuk melakukan kesalahan itu.

"Modus operandi yang dilakukannya adalah sama kerana rumah itu dipecah masuk ketika tiada penghuni di dalamnya dan kesemua kesalahan itu dilakukan dalam tempoh masa yang dekat seperti telah dirancang terlebih awal.

"Ini menunjukkan tertuduh adalah 'habitual offender' (pesalah tegar) yang langsung tidak menyesali perbuatan yang dilakukannya dan tidak menunjukkan elemen desakan hidup," katanya. - Bernama

Pengawal keselamatan racun budak


11 April 2014


BEIJING - CHINA . Seorang wanita Cina ditahan atas dakwaan membunuh dua kanak-kanak dan menyebabkan 30 yang lain jatuh sakit akibat keracunan makanan di sebuah tadika.

Pegawai polis daerah Qiubei memberitahu media, suspek Zhao Jianzhi, 44, seorang pengawal keselamatan di premis tersebut dipercayai berang kerana dipaksa meninggalkan kuarters yang didudukinya sejak tiga tahun lalu.

"Suspek didakwa meletakkan racun ke dalam makanan ringan dan meninggalkannya di dalam kelas.

"Dua budak perempuan berusia empat dan lima tahun meninggal dunia dan lima yang kini berada dalam keadaan kritikal," katanya dipetik dari laporan Channel News Asia.

Sebanyak 25 lagi mangsa kini sedang mendapatkan rawatan dan ada di antara mereka telah keluar dari hospital.

Perompak tak sempat samun


WARTAWAN SINAR HARIAN
10 April 2014

BATU BERENDAM - Dua lelaki tidak sempat melarikan hasil samun selepas dicekup polis sejurus melakukan rompakan di sebuah kedai serbaneka 24 di Taman Sri Selendang, dekat sini, awal pagi semalam.

Lelaki berusia 26 dan 30 tahun itu ditangkap hasil tindakan pantas polis yang tiba di lokasi kejadian sebaik sahaja mendapat laporan dari orang awam dalam kejadian kira-kira 2.40 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian melihat dua lelaki berdiri berhampiran kaunter pembayaran dengan salah seorang memegang sebilah parang.

“Kedua-dua suspek yang memakai topi keledar dan topeng muka terdahulu mengarahkan seorang pekerja lelaki berusia 26 tahun dan wanita berusia 23 tahun memasukkan rokok dan duit ke dalam beg yang dibawa bersama mereka.

“Salah seorang anggota polis kemudian menjerit memberi amaran menyebabkan suspek yang terkejut terus berlari keluar dari premis, sebelum dan dikejar polis,” katanya di sini, semalam.

Menurut Raja Shahrom, ketika mengejar, anggotanya turut melepaskan tiga das tembakan ke udara sebagai amaran sebelum berjaya menahan kedua-dua suspek di belakang bangunan berkenaan.

“Kita turut merampas sebilah parang, sarung muka dan sebuah beg yang digunakan untuk menyimpan hasil samun.

“Siasatan awal pula kedua-dua suspek mengaku melakukan 12 kes samun kedai serbaneka 24 jam di Melaka Tengah dan Jasin,” katanya.

Beliau berkata, suspek yang diburu sejak tiga bulan lalu ini akan ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Penunggang maut langgar lori pusingan U


11 April 2014

KUANTAN - Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal yang ditungganginya melanggar sebuah lori yang membuat pusingan U di
KM142 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, dekat Temerloh, petang semalam.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Superintenden Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata dalam kejadian 2.30 petang itu, S. Uvaraj, 23 dari Taman Desa Saujana, Mentakab meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh, malam tadi.

"Nahas itu berlaku semasa pemandu lori berusia 30-an dari arah Kuala Lumpur menuju ke Kuantan sedang membuat pusingan U sebelum kenderaannya tiba-tiba dilanggar oleh mangsa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, polis telah mengambil keterangan pemandu lori berkenaan dan percaya beliau cuai semasa membuat pusingan U.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Dua lelaki ditahan, barangan RM50,000 ditemui


11 April 2014
Share on facebook Share on twitter Share on google_plusone_share More Sharing Services
NIBONG TEBAL - Dua anggota 'Geng Raja' disyaki terlibat beberapa kejadian samun, ragut dan pecah rumah sekitar daerah Seberang Perai Selatan (SPS) dan Seberang Perai Tengah (SPT) ditahan dalam serbuan di Taman Sejahtera, Bukit Mertajam dekat sini.

Dalam serbuan kira-kira 3 pagi Selasa lepas, polis turut menemui enam botol kaca berisi minyak tanah yang menyerupai molotov koktail dalam rumah berkenaan.

"Polis percaya ketika ditahan dua lelaki berusia 26 dan 34 tahun itu baru merompak sebuah rumah di Simpang Ampat, di sini," kata Ketua Polis Daerah SPS Superintendan Shafien Mamat dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas pelbagai barangan, antaranya telefon bimbit, peralatan elektrik, komputer riba dan barangan kemas bernilai RM50,000 dipercayai hasil samun kumpulan itu serta peralatan untuk menyamun iaitu pisau, kapak, kunci pendua dan topeng muka.

Shafien berkata dua lelaki yang bekerja sebagai buruh binaan itu mempunyai rekod jenayah dan seorang daripadanya baru dibebaskan daripada Penjara Tapah 18 hari lepas berikutan kesalahan mencuri.

Beliau berkata hasil ujian air kencing mendapati kedua-dua lelaki terbabit positif dadah dan siasatan awal polis mendapati mereka terlibat dalam
sekurang-kurangnya lima kes pecah rumah, samun dan ragut di Nibong Tebal. - Bernama

Pelajar cedera akibat diragut


Nurhariani Rosnawi
SUNGAI PETANI 10 April - Seorang pelajar tingkatan lima retak tulang bahu kanan akibat terjatuh dari motosikal ditungganginya dalam satu kejadian ragut di Taman Malinja, Semeling di sini, semalam.
Dalam kejadian pukul 6.15 petang itu, mangsa, Nurhariani Rosnawi, 17, yang merupakan anak perempuan kepada pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Rosnawi Zenon daerah Kuala Muda sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Malinja.
Nurhariani berkata, seorang lelaki yang menunggang motosikal cuba memotong motosikalnya dan merampas beg tangan miliknya yang diletakkan di dalam raga.
"Suspek gagal berbuat demikian kerana beg tangan itu diikat pada raga motosikal, lelaki itu kemudian menendang motosikal saya menyebabkan saya terjatuh tepi jalan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Menurut Nurhariani, selain mengalami keretakan pada tulang bahu, dia juga cedera di bahagian muka.
Sementara itu, isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai, Noradawiyah Morad melawat Nurhariani yang dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140411/je_03/Pelajar-cedera-akibat-diragut#ixzz2yZBT0RaI
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lima beranak warga Thai ditahan


JALALUDDIN Abdul Rahman (tiga dari kanan) bersama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Lai Yong Heng (tiga dari kiri) serta pegawainya menunjukkan sejumlah 199,791 biji dadah yang disyaki pil kuda dan 350 botol kecil mengandungi dadah jenis heroin, kedua-duanya dianggarkan bernilai RM 5.7 juta dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kelantan (IPK) di Kota Bharu, semalam. - UTUSAN/IRWAN MAJID
KOTA BHARU 10 April - Polis negeri ini melumpuhkan sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri ini selepas merampas 199,791 biji pil kuda dan 350 botol heroin bernilai RM5.7 juta di sebuah rumah di Kampung Lubuk Gong, Rantau Panjang di sini kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira pukul 9 malam itu, pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) Tanah Merah turut menahan seorang wanita serta empat anak perempuannya yang berusia antara dua hingga 12 tahun.
Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya telah menemui kesemua dadah tersebut dalam satu lubang di rumah itu.
"Lubang ini ditutup dengan beberapa keping jubin lantai yang disusun secara tidak rapat sehingga boleh dilihat.
"Pil kuda bernilai RM5 juta ini dibungkus dalam 100 bungkusan plastik dan 350 botol heroin pula berharga RM700,000," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini.
Bagaimanapun,Jalaluddin berkata, suspek utama yang juga suami wanita itu serta bapa kepada kanak-kanak terbabit telah berjaya meloloskan diri sebelum serbuan.
"Isteri dan anak sulung suspek merupakan warganegara Thailand manakala tiga lagi anaknya warganegara Malaysia. Suspek utama yang berumur 47 tahun ini dipercayai melarikan diri ke Thailand.
"Kita telah meminta kerjasama daripada pihak berkuasa Thailand yang berjanji membantu kita mengesan suspek," katanya.
Menurut Jalaluddin, rampasan itu yang terbesar sepanjang tahun ini dan pihaknya percaya bahawa suspek adalah stokis utama menyalurkan dadah kepada pengedar lain di negeri ini.
Tambah beliau, wanita yang berusia 40 tahun itu direman tujuh hari untuk siasatan manakala empat orang anak mereka dibenarkan ikat jamin.
"Kes ini di siasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mandatori gantung sampai mati jika disabitkan kesa lahan," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140411/je_02/Lima-beranak-warga-Thai-ditahan#ixzz2yZAwhTIl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penculik Hua Yuan tuntut RM36.4j


Ahmad Zahid Hamidi melihat Lina (bukan nama sebenar) dipeluk bersama ibunya semasa rancangan Wanita Hari Ini (WHI) terbitan TV3 pada segmen ‘Mesej Dari Penjara’ di Sri Pentas, Petaling Jaya, semalam. - BERNAMA
PETALING JAYA 10 April - Kumpulan penculik yang melarikan dua warga asing di Resort Singamata di Semporna, Sabah baru-baru ini menuntut wang tebusan berjumlah 500 juta peso (RM36.4 juta) bagi membebaskan seorang mangsa berasal dari China, Gao Hua Yuan, 29.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tuntutan itu dikemukakan menerusi satu nota tetapi tiada tuntutan terhadap seorang lagi mangsa yang merupakan pekerja wanita resort berkenaan berasal dari Filipina, Marcy Dayawan, 40.
"Kita telah menghantar satu pasu­kan terdiri daripada anggota polis dan jururunding untuk berunding dengan orang tengah kumpulan penculik berhubung tuntutan berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu undangan program Wanita Hari Ini pada slot ‘Mesej Dari Penjara’ yang disiarkan secara langsung di TV3 di Sri Pentas, Bandar Utama dekat sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam 2 April lalu, Hua Yan yang juga seorang pelajar wanita dari Shanghai dan Dayawan atau Mimi diculik sekumpulan lelaki lengkap bersenjata dengan menaiki sebuah bot laju.
Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid menegaskan, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) tidak gagal kerana ia melakukan aktiviti berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditentukan tanpa mengabaikan keselamatan di kawasan lain termasuk di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (Esszone).
Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mempengerusikan mesyua­rat dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memperketatkan aktiviti di kawasan Esszone termasuk memperkemaskan kerjasama dengan pasukan keselamatan Filipina.
"Kita juga akan bekerjasama dengan pemilik hotel di kawasan Esszone. Terdapat 11 resort dan mereka diminta memasang kamera litar tertutup (CCTV) dengan paparan rakaman definisi tinggi di semua premis bagi memantau sebarang aktiviti," kata beliau.
Mengenai kes 14 anggota polis didapati positif dadah hasil daripada ujian saringan air kencing yang dijalankan ketika mereka menyertai Kursus Pemantapan Integriti di Kem Biro Tata Negara Ulu Kenas dekat Kuala Kangsar, Perak Isnin lalu, beliau berkata, tindakan lanjut akan ditentukan selepas bukti secara perubatan diperoleh dari Jabatan Kesihatan.
Sementara itu, beliau berkata, polis hanya akan mendedahkan hasil siasatan berhubung kes pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu termasuk rakaman sejumlah 180 percakapan apabila mempunyai bukti konklusif.
Mengenai tawaran balas beliau sebanyak RM501 kepada Datuk Seri Yong Teck Lee jika bekas Ketua Menteri Sabah tersebut berani menamparnya, Ahmad Zahid berkata, beliau sedang menunggu Teck Lee melawatnya jika cukup berani berbuat demikian.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140411/je_01/Penculik-Hua-Yuan-tuntut-RM364j#ixzz2yZAa66uF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

MH370: Misi mencari diperhebat susulan satu lagi isyarat dikesan


PERTH 11 April - Sebanyak 12 pesawat tentera, tiga pesawat awam dan 13 kapal dikerahkan pada Jumaat untuk mencari lokasi sebenar sumber isyarat getaran dikesan yang mungkin berkaitan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang di Lautan Hindi tatkala misi mencari masuk hari ke-35.
Misi mencari pesawat itu yang hilang secara misteri pada 8 Mac lepas, diperhebat susulan semalam pesawat Australia AP-3C Orion, mengesan isyarat getaran semasa melakukan pencarian dari udara di kawasan berdekatan kapal tentera Australia (ADV) Ocean Shield.
Susulan pengesanan isyarat terbaru itu, sebanyak tujuh isyarat telah dikesan perakam data penerbangan daripada kotak hitam pesawat sejak Jumaat lepas.
Kotak hitam itu merakamkan data dalam kokpit dan mungkin dapat memberikan jawapan mengenai apa sebenarnya berlaku kepada pesawat itu.
Pusat Penyelarasan Bersama Agensi (JACC) dalam kenyataan hari ini berkata Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia akan melakukan pencarian di dua kawasan membabitkan kira-kira 46,713 kilometer persegi.
Menurutnya kawasan pencarian bertumpu di kawasan kira-kira 2,312 kilometer barat laut Perth.
``Cuaca hari ini diramalkan dengan tiupan angin dari barat selaju 10-15 knot serta hujan sekali-sekala, ombak setinggi 1 hingga 1.5 meter dan jarak penglihatan dalam keadaan hujan adalah lima kilometer,'' menurut JACC.
Menurutnya semalam tiada sebarang objek dikesan oleh pesawat atau kapal.
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam, kira-kira selepas sejam pesawat itu berada di ruang udara Laut China Selatan.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Operasi mencari dan menyelamat membabitkan pelbagai negara dilancar di Laut China Selatan selepas ada penemuan menunjukkan MH370 mengubah haluan jauh daripada laluan asal, sepanjang dua koridor iaitu koridor utara meliputi sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
Pada 24 Mac, hari ke-17 operasi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 ``berakhir di selatan Lautan Hindi'' berdasarkan analisis data satelit syarikat telekomunikasi United Kingdom, Inmarsat dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140411/dn_24/MH370-Misi-mencari-diperhebat-susulan-satu-lagi-isyarat-dikesan#ixzz2yZAFZJXz
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Seorang wanita ditemui rentung dalam kereta BMW


KUALA LUMPUR 11 April - Seorang wanita ditemui rentung dalam sebuah kereta dalam kebakaran dua buah kenderaan di tempat letak kereta sebuah kondominium di Taman Desa, di sini awal pagi ini.
Pengarah Penguat Kuasa Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, kebakaran dipercayai perbuatan khianat di Kondominium Danau Murni itu melibatkan kereta jenis BMW dan Proton Iswara.
Katanya, wanita yang ditemui maut dalam kereta BMW itu dipercayai terperangkap dalam kenderaannya ketika kebakaran.
``Kami (bomba) menerima panggilan kecemasan pukul 5.56 pagi sebelum menghantar sebuah jentera bersama-sama lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh ke tempat kejadian. Kebakaran dikawal sepenuhnya setengah jam kemudian,'' katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata polis sedang menyiasat identiti wanita itu.
``Kita sudah ada butiran pemilik kenderaan tapi masih belum dapat pastikan adakah mangsa adalah pemilik kereta itu,'' katanya.
Katanya, pasukan forensik telah dihantar ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140411/dn_25/Seorang-wanita-ditemui-rentung-dalam-kereta-BMW#ixzz2yZ9zZmNq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Polis rekod lebih 205 keterangan berhubung siasatan kehilangan pesawat MH370


KUALA LUMPUR 11 April - Polis setakat ini telah merekodkan lebih 205 keterangan daripada pelbagai pihak termasuk anggota keluarga penumpang dan anak kapal Malaysia Airlines MH370 bagi membantu siasatan berhubung kehilangan pesawat berkenaan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, lebih banyak lagi yang akan dipanggil untuk membantu siasatan dan polis tidak akan mendedahkan hasil keterangan yang diambil bagi mengelakkan gangguan siasatan.
``Siasatan ini berterusan, dan setakat petang semalam kami telah merekodkan lebih 205 kenyataan dan lebih banyak kenyataan yang akan direkodkan... terdapat perkara tertentu yang kami perlu teliti semula untuk menjadikan siasatan kami lebih jelas,'' katanya kepada pemberita selepas majlis menghadiri aktiviti keagamaan Buddha sempena Peringatan Hari Polis ke-207 di sini, hari ini.
Ketika mengulas kenyataan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Johor yang menafikan manggis yang dibawa ke China menerusi pesawat MH370 adalah dari daerah Muar, beliau berkata ``tidak semestinya manggis itu ditanam di Johor, pembekalnya dari Muar.
``Saya tidak cakap ia dipetik dari Muar, saya cakap kita akan menyiasat sampai peringkat itu (di mana ia dipetik)... saya tidak kata ladangnya di Johor, memang manggis itu sebelum dibawa ke KLIA ia dihimpun di Muar.
Fama Johor sebelum ini menjelaskan manggis yang dibawa ke China menerusi pesawat MH370 tidak mungkin dihasilkan dari daerah Muar dan berdasarkan rekod Fama, tiada dusun di Johor yang menghasilkan manggis ketika ini kerana musim buah itu mulai Jun ini.
Khalid menjelaskan siasatan turut akan dijalankan bagi melihat sama ada makanan yang disediakan pembekal makanan bagi pesawat berkenaan beracun.
Penerbangan MH370 Kuala Lumpur-Beijing yang berlepas dari KLIA pada 12.41 tengah malam dilapor terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi ketika berada di ruang angkasa Malaysia-Vietnam.
Pesawat B777-200ER itu membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140411/dn_26/Polis-rekod-lebih-205-keterangan-berhubung-siasatan-kehilangan-pesawat-MH370#ixzz2yZ9e3yIV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

852 PATI ditahan dalam enam `Ops Gasak' di Semporna


SEMPORNA 11 April - Sejumlah 852 orang dipercayai pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan dalam enam `Ops Gasak' yang diselaraskan oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) sejak 24 Nov tahun lepas di beberapa pulau di sini.
Ketua Pengarah Esscom Datuk Mohammad Mentek berkata, dalam `Ops Gasak 6' awal hari ini di Kampung Labuan Haji Pulau Bum Bum berdekatan dengan pekan Semporna, 527 orang ditahan termasuk 287 wanita.
Beliau berkata, kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Semporna untuk penelitian dan pengesahan dokumentasi pihak Jabatan Imigresen.
Mohammad berkata, dua lelaki daripada yang ditahan itu masing-masing disyaki penagih dan pengedar dadah, dan mereka disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya.
``Ops Gasak yang kami mulakan sejak tahun lepas ini akan diteruskan dan diperluas ke kawasan lain di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).
``Buat masa ini tumpuan kami ialah membersihkan Semporna daripada Pati, apatah lagi dengan berlakunya kes penculikan di Singamata Resort baru-baru ini,'' katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Sehubungan itu, Mohammad menasihatkan orang ramai khususnya majikan di Esszone, supaya tidak melindungi atau menggaji pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen sah.
``Saya juga ingin mengingatkan pemimpin masyarakat terutama ketua kampung dan pengerusi jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung (JKKK) agar melaporkan kepada pihak berkuasa atau balai polis berhampiran kehadiran orang yang mencurigakan atau Pati di kampung mereka masing-masing.
``Kami tidak mahu ada orang kita yang menjadi tali barut dan melindungi Pati khususnya penjenayah,'' katanya sambil menegaskan bahawa pihak berkuasa tidak akan berkompromi lagi dengan mereka yang bersekongkol dengan Pati. - BERNAMA

Penganggur dan tukang besi didakwa membunuh


2014/04/10 - 12:46:30
ALOR SETAR: Seorang penganggur dan tukang besi hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh seorang ejen pelancongan, bulan lalu.

Mohd Shahrul Ruzaimy Maznan, 21, dan Norazmi Ahmad, 47, didakwa bersama-sama melakukan kesalahan itu terhadap Michael Ibraham, 60, di sebuah bilik Hotel Regency, Jalan Sultan Badlishah, di sini pada jam 2.33 petang, 13 Mac.


Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua tertuduh mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan namun tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Majistret Nurshahida Abdul Rahim menetapkan 4 Jun untuk sebutan kes.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ana Rozana Mohd Nor manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA 

Wanita diragut ‘secara langsung’

Penjenayah itu berjaya memutuskan rantai itu, tetapi gagal melarikannya.
Rio terkenal dengan kadar jenayah yang tinggi.

Ogos tahun lalu berlaku 406 pembunuhan di bandar berkenaan.
Foto
MANGSA yang namanya tidak disiar, diwawancara stesen televisyen RJTV.
CUBAAN meragut dirakam oleh kamera.
PETUGAS televisyen mengejar peragut.
Video itu akan digunakan untuk membantu peminat bola sepak yang datang melancong di bandar itu pada musim panas bagi perlawanan Piala Dunia. 
Baru-baru ini, tentera bersenjata dengan bantuan pasukan helikopter menyerbu satu kawasan jenayah di Rio dalam usaha membersihkan kawasan itu dari kadar jenayah menjelang kejohanan bola sepak itu. - AP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/11

Serang hendap ketika minum


Butterworth: Gara-gara tidak menjelaskan hutang dipinjam daripada along, seorang lelaki dan rakannya parah ditetak sekumpulan 20 penyerang dalam kejadian di sebuah restoran di Pasar Awam Sama Gagah di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa berusia 46 dan 58 tahun itu dikatakan sedang minum sebelum didatangi penyerang berkenaan yang menaiki tujuh kereta dan terus meluru ke arah mereka.


Akibat kejadian itu, lelaki berkenaan cedera parah akibat ditetak di kepala, belakang badan serta tangan dan dilaporkan dalam keadaan kritikal serta dirawat di wad Hospital Pulau Pinang (HPP) manakala rakannya ditempatkan di wad Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, sebelum serangan berlaku suspek dipercayai sudah mengenal pasti mangsa kerana mereka terus meluru ke arah kedua-dua lelaki berkenaan yang berada di premis terbabit.


“Hasil siasatan awal kami mendapati kejadian berpunca akibat rasa tidak puas hati apabila seorang daripada mangsa gagal menjelaskan hutang pinjaman daripada along seperti ditetapkan.


“Tindakan itu mencetuskan kemarahan kumpulan berkenaan yang kemudian menyerang mangsa ketika sedang minum bersama seorang lagi rakannya di kedai terbabit,” katanya selepas merasmikan Kempen Cegah Kecurian Motosikal Peringkat Pulau Pinang, semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis negeri Datuk A Thaiveegan dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah.


Abdul Rahim berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan serangan itu didalangi kumpulan kongsi gelap yang bertindak ganas dengan melakukan serangan di kawasan awam.

Difahamkan orang ramai yang cuba meleraikan pergaduhan bagaimanapun gagal sebelum menghubungi polis berikutan risau dengan tindakan ganas kumpulan kongsi gelap terbabit yang bersenjatakan parang panjang dan pisau. Sehingga petang semalam, polis belum menahan mana-mana individu bagi membantu siasatan kes, tetapi sudah mengenal pasti kumpulan kongsi gelap dipercayai bertanggungjawab melakukan serangan itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/11

Penuntut IPT dicabul rakan sekuliah


Oleh Siti Nadirah Hafidzin dan Redzuan Muharam
Johor Bahru: Seorang penuntut wanita sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini, berdepan detik mencemaskan selepas dia dicabul rakan sekuliahnya di dalam sebuah kereta berhampiran Danga Bay di sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa berusia 23 tahun keluar bersama seorang lelaki berusia lewat 20-an yang juga rakannya ke sebuah restoran makanan segera di Skudai sebelum bersiar-siar.


Difahamkan, kedua-dua mereka keluar pada jam 9 malam semalam menaiki sebuah kereta ke bandar raya ini sebelum lelaki terbabit memberhentikan kereta di sekitar Danga Bay untuk berbual.

Lelaki terbabit kemudiannya meraba buah dada mangsa, mencium dan memeluk mangsa selain memaksa mangsa memegang alat sulit suspek.


Mangsa yang terkejut dengan tindakan suspek terus menjerit dan berasa tidak selesa sebelum memaksa suspek menghantarnya pulang semula ke asrama IPT terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/10

Virus MERS melanda Arab Saudi


Oleh Mohd Husni Mohd Noor
Putrajaya: Jemaah haji yang gagal melepasi ujian saringan kesihatan tidak akan dibenarkan menunaikan ibadat haji tahun ini berikutan amaran kesihatan terbaru dikeluarkan kerajaan Arab Saudi berkaitan virus Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) yang melanda negara berkenaan kini.

Garis panduan terbaru itu dikeluarkan Lembaga Tabung Haji selepas kerajaan Arab Saudi mengisytiharkan virus itu semakin serius di mana dua individu sudah meninggal dunia akibat virus berkenaan.


Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pihaknya sudah mengambil langkah perlu bagi memastikan hanya jemaah yang lulus ujian saringan kesihatan sahaja dibenarkan menunaikan ibadat haji tahun ini.

"Kami memandang serius perkara itu kerana bimbang jemaah Malaysia yang mempunyai latar belakang penyakit kronik serta serius akan diserang virus berkenaan.


"Justeru, kami membuat keputusan jemaah yang gagal melepasi ujian saringan kesihatan tidak dibenarkan menunaikan ibadat haji pada musim ini," katanya ketika ditemui media selepas Majlis Pertemuan dan Ucapan Selamat Jalan kepada Anak-anak PERMATA Insan ke Arab Saudi di Kompleks Seri Perdana, di sini, tadi.


Program turut dihadiri Isteri Perdana Menteri merangkap Penaung Program PERMATA, Datin Seri Rosmah Mansor.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/10

Penarik lori mati tersepit


Dalam kejadian kira-kira 1.30 petang tadi, mangsa berusia 40-an maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah akibat dirempuh lori yang tertarik ke depan ketika cuba menurunkannya.
Foto

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/10

2 pengedar dadah dihukum gantung


Georgetown: Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap dua lelaki selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis heroin seberat 266.8 gram (g) dan 19.9g morfin, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Zamani A Rahim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atas tertuduh.


Kedua-dua tertuduh P K Saravana Kumar, 33, dan Ung Sin Seng, 50, didakwa mengedar 266.8 gram dadah jenis heroin dan 19.9 gram morfin jam 10.30 malam, 23 Mei 2011 di Mutiara Court, 33-02-02, Lorong Delima 20, Green Lane, di sini.

Untuk kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/10

6 PATI warga Indonesia ditahan


Oleh Isma Ismail
Johor Bahru: Enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dan seorang lelaki tempatan ditahan dalam pemeriksaan Jabatan Imigresen Johor di sebuah kilang di Taman Universiti, di sini, petang semalam.

Pemeriksaan yang diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Rahman Uthaman bersama tujuh pegawai dan anggota kira-kira jam 4 petang itu menahan enam PATI warga Indonesia termasuk tiga perempuan.


Seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai wakil majikan turut ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Johor Masri Adul berkata, kesemua yang ditahan itu berusia antara 19 hingga 58 tahun.

Foto
PATI diperiksa anggota imigresen.


Menurutnya, mereka ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63.


Katanya, kesemuanya kemudiannya dibawa ke pejabat imigresen di Setia Tropika untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/10

Polis rampas 200,000 pil kuda

Oleh Muhamaad Razis Ismail
Kota Bharu: Polis Kelantan berjaya merampas 100 bungkusan berisi hampir 200,000 biji pil kuda dan 350 botol disyaki heroin dianggarkan bernilai RM5.7 juta dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang, kelmarin.
Dalam serbuan Ops Cantas PGA jam 9 malam itu, polis turut menahan lima beranak terdiri daripada seorang wanita Thailand dan empat anaknya berusia antara 2 hingga 12 tahun untuk membantu siasatan.
Bagaimanapun, suami wanita itu yang juga suspek utama dalam kes ini tiada di rumah ketika serbuan itu dilakukan.
Foto
Datuk Jalaluddin (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas. FOTO NSTP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/10

Anak ugut ibu bapa enggan beri wang


Kuala Terengganu: Hanya untuk mendapatkan wang dengan jalan mudah dipercayai bagi membeli dadah, seorang anak tergamak mengugut bapa dan ahli keluarganya dalam kejadian di Kampung Kuala Bekah, Isnin lalu.

Menurut sumber, kejadian berlaku pada jam 4 petang ketika mangsa berusia 68 tahun sedang berehat di rumah mereka sebelum didatangi anak lelakinya dalam keadaan mengamuk sambil memegang sebilah pisau.


Katanya, suspek berusia 24 tahun itu mengugut akan mencederakan mangsa dan ahli keluarganya jika permintaannya tidak dipenuhi.



Sumber berkata, walaupun tidak mengalami kecederaan, mangsa membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/11

Belasah isteri, ugut ibu


Kuala Terengganu: Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, semalam kerana mencederakan isterinya menggunakan sebatang penyapu pada Isnin lalu.

Wan Mohd Ros’an Wan Su, 35, dari Kampung Tebauk, mengaku bersalah selepas pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) kerana dengan sengaja menyebabkan cedera menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya dibacakan di hadapan Majistret Noradila Ab Latif.


Tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Nafisah Awang, 36, dengan menggunakan sebatang penyapu di Kampung Tebauk pada jam 1.15 pagi, 7 April lalu.



Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Inspektor L Rathna manakala Wan Mohd Ros’an tidak diwakili peguam.


Selain itu, Wan Mohd Ros’an turut berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 506 KK kerana melakukan ugutan jenayah terhadap ibunya menggunakan sebatang penyapu dan sebilah pisau.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/11

Bekal 620 setem palsu

Klang: Seorang lelaki yang juga ejen penjual setem didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah membekalkan 620 keping setem palsu kepada Pos Malaysia.
Tertuduh, Teh Soon Chai, 35, pemilik Maxwell Trader Enterprise turut berdepan hukuman penjara dua tahun sekiranya gagal membayar denda. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zaki Mohd Daud di hadapan Majistret Mohd Fadli Yaacob sementara tertuduh diwakili peguam Rajvinder Singh.

Difahamkan, kes menjual setem palsu ini pertama kali berlaku di negara ini dan mengikut kertas pertuduhan, Soon didakwa melakukan kesalahan membekalkan setem berdominasi 60 sen kepada Pejabat Pos Mini Taman Sentosa, di sini, antara 28 Mei hingga 3 Oktober tahun lalu.
Satu laporan kemudian dikemukakan kepada Jabatan Penguatkuasaan dan Siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui Jabatan Pos SKMM pada 11 Oktober lalu berhubung kes pemalsuan setem pos dikesan di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang.

Laporan daripada Percetakan Keselamatan Nasional Malaysia Sdn Bhd bertarikh 11 Oktober tahun lalu mengesahkan 620 keping setem yang dibekalkan tertuduh adalah palsu.

Pemalsuan setem yang dilakukan tertuduh adalah kesalahan mengikut Seksyen 65(1) Akta Perkhidmatan Pos 2012 (Akta 741) yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Foto
TEH dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang, semalam.
Ahmad Zaki dalam hujahnya memohon mahkamah mengenakan tindakan yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan tertuduh kerana ia membabitkan kepentingan awam selain ingkar kepada Pos Malaysia kerana menjual setem palsu. Sementara itu, Mohd Fadli dalam penghakimannya berkata, tindakan tertuduh yang membekalkan setem palsu kepada Pos Malaysia adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab terhadap pihak Pos Malaysia kerana beliau adalah pihak yang diberi tanggungjawab membekalkan setem.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/11

Mati berdiri salah tekan

Arau: Angkara tersalah menekan butang, seorang lelaki warga emas maut dalam keadaan berdiri akibat tersepit selepas dihimpit sebuah lori yang diturunkan dari sebuah treler dalam kejadian di Mata Ayer, dekat sini, semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari ketika mangsa Beh Kai Soon, 60, yang juga pemandu treler terbabit cuba menurunkan muatan berkenaan menggunakan kabel dengan cara berundur ke belakang. 
Sumber berkata, mangsa dipercayai mengikat kabel di belakang kepala treler pada bahagian depan lori terbabit untuk diturunkan dengan cara mengundur ke bawah di tapak pembinaan landasan kereta api berkembar, di sini. 

“Mangsa yang berada di bahagian depan muatan lori itu bagaimanapun tersalah menekan butang apabila tertekan butang tarik dan menyebabkan kenderaan berkenaan tiba-tiba merempuhnya.
Foto
ORANG ramai melihat keadaan mangsa di Mata Ayer, semalam.

“Akibat itu mangsa dipercayai tidak sempat mengelak kerana kejadian berlaku dengan pantas menyebabkan lelaki berasal dari Pulau Pinang terbabit tersepit dan maut di tempat kejadian disebabkan cedera parah,” katanya.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/11

Ditahan ketika punggah rokok seludup


Raub: Keasyikan seorang lelaki warga Bangladesh memunggah beberapa kotak mengandungi 127 karton rokok seludup terbantut apabila dia ditahan sepasukan anggota polis di Sungai Ruan, kelmarin.

Dalam serbuan jam 11.30 malam itu, lelaki berusia 40 tahun berkenaan gagal melarikan diri selepas dikepung sepasukan anggota polis.


Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohamad Samsudin Wan Osman berkata, serbuan itu dilakukan selepas polis menerima maklumat awam berhubung kegiatan lelaki terbabit.



Menurutnya, ketika intipan, polis mendapati lelaki terbabit asyik memunggah beberapa kotak mengandungi rokok seludup untuk disimpan di dalam rumah.


Katanya, polis menemui rokok pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM10,000.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/11

Sorok pil kuda RM5 juta


Oleh Muhamaad Razis Ismail
Kota Bharu: Cubaan sepasang suami isteri menyembunyikan pelbagai jenis dadah bernilai RM5.7 juta di sebuah lubang khas yang ditutup dengan jubin di sebuah rumah di Kampung Lubok Jong, Rantau Panjang, dekat sini, dibongkar polis dalam serbuan pada Selasa lalu.

Ketika serbuan jam 9 malam sempena Ops Cantas Pasukan Gerakan Awam itu, polis menemui 199,791 biji pil kuda bernilai RM5 juta bersama 350 botol berpenutup kuning berisi dadah dipercayai heroin dianggarkan bernilai RM700,000.


Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abd Rahman berkata, ketika menyerbu rumah berkenaan, seorang wanita warga Thailand berusia 40 tahun ditemui bersama empat anaknya berusia antara dua dan 12 tahun.



“Suaminya berusia 47 tahun melarikan diri.


“Kami percaya suspek menyembunyikan semua dadah ini di dalam lubang khas ditutup dengan kepingan jubin bagi mengelak dikesan.


“Sebaik lubang itu dibuka, sejumlah 199,791 pil kuda bernilai RM5 juta ditemui bersama 350 botol berisi dadah heroin bernilai RM700,000.

Foto
JALALUDDIN (tengah) menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas.

“Kami juga percaya rumah suspek dijadikan pusat pengedaran dadah di negeri ini berikutan jumlah dadah yang ditemui banyak dan dipercayai diperoleh dari negara jiran,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, semalam.


Jalaluddin berkata, isteri suspek dipercayai turut terbabit dengan sindiket itu manakala suspek utama dikenal pasti sebagai pengedar dadah di Kelantan dan Terengganu, namun melarikan diri kemungkinan besar ke Thailand.

“Usaha memburunya diteruskan dengan kerjasama polis Thailand manakala wanita ini ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan.


“Empat anak suspek dilepaskan dengan jaminan. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,“ katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/11

Tulang remuk jatuh tingkat 27


Oleh Hadzlihady Hassan
Georgetown: Seorang pekerja kontrak maut apabila terjatuh ke tingkat lapan ketika melakukan kerja di tingkat 27 di sebuah tapak pembinaan kondominium di Jalan Cantoment, Bagan Jermal, di sini, semalam.

Dalam kejadian pada jam 9.15 pagi itu, dua lagi rakannya yang ketika itu berada di perancah besi di tingkat sama turut terjatuh ke tingkat 25 kondominium yang sedang dalam pembinaan itu dan kedua-duanya parah.


Semua mangsa berusia antara 30 dan 40 tahun, namun identiti mereka belum dikenal pasti dan dikatakan berasal dari Indonesia.



Mangsa yang maut itu ditemui dalam keadaan badannya berlipat di tingkat lapan akibat impak ketinggian tempatnya jatuh ketika melakukan kerja menampal simen di dinding kondominium terbabit.


Dua lagi rakannya patah tulang dan mereka kini berada dalam keadaan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP).


Penolong Kanan Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal A Ravi berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.30 pagi daripada orang awam yang memaklumkan kejadian itu.

“Seramai 18 anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian dan kerja menyelamat dilakukan sehingga jam 11 pagi.


“Kami dapati seorang mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah dan hampir keseluruhan tulangnya patah kerana jatuh terhempas di simen tingkat lapan yang dijadikan tempat parkir kereta,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati papan dijadikan pelapik ketika melakukan kerja di tingkat 27 itu tidak dapat menampung beban ketiga-tiga mangsa membuatkan mereka terjatuh.


“Setakat ini, kami menyerahkan kes terbabit kepada pihak bertanggungjawab dalam pembinaan dan kerja membina di tapak kondominium ini dihentikan serta-merta untuk memudahkan proses siasatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/11

Rempuh farmasi dek pedal minyak


Kuching: Akibat tertekan pedal minyak ketika mahu membrek, kenderaan dipandu seorang lelaki warga emas berusia 60-an merempuh pintu kaca sebuah farmasi di Batu 4, Jalan Penrissen, di sini, semalam.

Dalam kejadian pada jam 11 pagi itu, lelaki terbabit mahu memberhentikan kereta Proton Wira di tempat parkir, malangnya tertekan pedal minyak dan terus melanggar pintu farmasi berkenaan. Kenderaan lelaki itu merempuh masuk setengah meter ke dalam farmasi berkenaan, tetapi tiada siapa cedera.


Seorang pengunjung kedai berhampiran Alice Wee, 28, berkata, bunyi kuat perlanggaran itu mengejutkan orang ramai.


 
“Lelaki warga emas segera mengundurkan keretanya sebaik menyedari kenderaannya terbabas. Saya diberitahu lelaki terbabit tertekan pedal minyak bukannya brek ketika mahu memberhentikan kereta di depan kedai,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. Bagaimanapun, pemandu kereta terbabit bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan, malah kenderaannya juga tidak rosak, tetapi pintu kaca kedai brekenaan pecah.


Sementara itu, pekerja farmasi yang ditemui berkata, lelaki terbabit berjanji membayar ganti rugi kerosakan pintu kaca.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/11

Empat penyamun kempunan


Shah Alam: Empat lelaki ‘kempunan’ melarikan wang tunai daripada tiga mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah pusat beli-belah di Seksyen 14, di sini, selepas alat penggera mesin berbunyi, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, tiga lelaki memakai topi keledar memasuki kawasan menempatkan mesin ATM itu melalui pintu tepi premis.


Sumber berkata, tiga pengawal keselamatan bertugas menyedari mesin cuba diumpil selepas mendengar bunyi penggera daripada mesin.



Beliau berkata, sebaik mendengar bunyi penggera, pengawal keselamatan bertugas bergegas ke mesin berkenaan dan mendapati dua daripada mesin ATM sudah disembur warna hitam selain mempunyai kesan umpilan.


“Suspek dipercayai cuba mengumpil mesin ATM itu. Cubaan kumpulan itu tidak berjaya selepas alat penggera mesin berkenaan berbunyi menyebabkan suspek melarikan diri tanpa sempat melarikan wang tunai yang berada di dalam mesin,” katanya.


Menurutnya, kejadian hanya dimaklumkan pengawal keselamatan kepada pihak pengurusan ATM sebaik memulakan operasi jam 9.30 pagi sebelum mereka membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Sumber itu berkata, hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) premis mendapati suspek memasuki premis memakai topi keledar dan berjaket sebelum memusingkan CCTV ke arah luar premis bagi mengelak perbuatan mereka dirakam.


Katanya, suspek kemudian melarikan diri menggunakan sebuah kereta yang sedia menunggu di luar premis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias mengesahkan kejadian dan memberitahu kes tidak membabitkan sebarang kerugian dan polis masih menjalankan siasatan menjejaki individu yang disyaki terbabit dalam kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/11