Search This Blog

Monday, April 7, 2014

Penculik hubungi keluarga

AHMAD SOERJADI ABD KAHAR
Penculik hubungi keluarga

7 April 2014
SHAH ALAM - Kumpulan penjenayah yang menculik pelancong warga China, Gao Hua Yua, 29, telah menghubungi keluarga mangsa di China, kata Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mentek.

Beliau berkata, keluarga mangsa terbabit dihubungi oleh kumpulan penculik tiga hari lalu.

“Kumpulan itu hanya membuat panggilan untuk memaklumkan mangsa selamat dan berada bersama mereka,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Mohammad turut mengesahkan kumpulan penculik berkenaan adalah kumpulan yang menculik untuk mendapatkan wang (KFR).

Menurutnya, berdasarkan statistik tahun lalu, terdapat 76 kes culik membabitkan KFR di Filipina.

“Sebahagian daripada kes itu melibatkan penjualan mangsa kepada kumpulan culik yang lain,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata Esscom akan melancarkan operasi ke atas chalet di pusat peranginan sekitar Semporna dalam masa terdekat bagi memastikan tiada pekerja asing di kawasan Zon Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esszone).

Mohammad berkata Esscom, yang dianggotai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan menambah kekuatan aset di Semporna bagi mengawal keadaan di kawasan itu.

“Kita akan menambah kira-kira 30 peratus kekuatan aset kita yang membabitkan semua agensi dan digerakkan di perairan kawasan Semporna, namun kita tidak abaikan soal keselamatan di kawasan lain di Esszone,” katanya.

Dalam kejadian pada kira-kira 10.30 malam Rabu lalu, sekumpulan tujuh lelaki bersenjata menceroboh resort itu dan melarikan Gao Hua Yuan, 29, dari Shanghai serta seorang pekerja resort warga Filipina, Marcy Dayawan, 40.

Pada Jumaat lalu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dilaporkan berkata, polis menahan empat individu, termasuk tiga wanita, bagi membantu siasatan kes itu.

Ibu, anak maut kereta rempuh lori

SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI
Ibu, anak maut kereta rempuh lori
Anggota Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Teluk Intan dibantu orang awam membersihkan kawasan kemalangan yang mengakibatkan dua beranak maut di KM 47 Jalan Teluk Intan- Sitiawan petang kelmarin.
7 April 2014
 TELUK INTAN - Perjalanan pulang tiga beranak ke Seri Manjung berakhir dengan tragedi apabila kereta mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di Kilometer (KM) 47 Jalan Teluk Intan- Sitiawan, lewat petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, kejadian kira-kira jam 5 petang itu mengakibatkan dua mangsa, Nurzuraiyanie Habil, 30, dan seorang anaknya, Iman Nur Qurratunnisa Muhammad Syafie, 2, maut di tempat kejadian.

Menurutnya, seorang lagi anak mangsa, Muhammad Iman Qashrin Muhammad Syafie, 5, bagaimanapun tidak cedera.

Kok Liang berkata, ketika kejadian, mangsa yang memandu kereta jenis Proton Saga BLM  dari arah Teluk Intan menghala ke Sitiawan dipercayai cuba memotong kenderaan di hadapannya.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa yang cuba memotong kenderaan di hadapan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori dari arah Sitiawan ke Teluk Intan.

“Pemandu lori  berusia 37 tahun dari  Jalan Kampung Kelantan, Dulang Besar, Yan Kedah itu cuba mengelak namun tidak sempat disebabkan jarak terlalu dekat, mengakibatkan kedua-dua kenderaan itu bertembung,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Kok Liang berkata, akibat pelanggaran itu, kereta dipandu oleh mangsa berpusing dan terbakar manakala lori terbabas ke kiri jalan.

Katanya, kesemua mangsa yang berada di dalam kereta itu berjaya dikeluarkan dengan bantuan bomba dan orang awam namun dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, pemandu lori dan seorang anak mangsa dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk mendapatkan rawatan manakala kedua-dua jenazah turut dibawa ke hospital sama untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, ketika kejadian hujan lebat selain lokasi kemalangan berlaku di di jalan lurus bertar serta lorong dua hala.

Menurutnya, pihaknya turut memaklumkan kepada keluarga mangsa dengan bantuan Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung dan bedah siasat dijalankan malam semalam setelah waris hadir ke Hospital Teluk Intan.

“Bedah siasat dilakukan oleh Dr Nadir Khan mendapati, Nurzuraiyanie mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian anggota manakala anaknya cedera parah di kepala selain melecur tahap ketiga.

“Pihak kami masih menyiasat kejadian tersebut dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Laksa berkuah tisu

M. FEISAL NORAWI
Laksa berkuah tisu
Kuah laksa yang masih mempunyai tisu dibeli di Pekan Sehari Temerloh pagi semalam. 
7 April 2014
TEMERLOH - Hasrat seorang lelaki untuk sarapan pagi bersama ibu di rumahnya di Taman Bahagia, dekat sini terbantut apabila nyaris termakan laksa berkuahkan tisu.

Mangsa seorang kakitangan kerajaan berusia 38 tahun yang enggan dikenali berkata, laksa itu dibeli di Pekan Sehari Temerloh jam 10 pagi semalam daripada seorang penjual yang biasa dibelinya.

Menurutnya, dia membeli tujuh bungkus laksa itu dan dibawa pulang untuk bersarapan pagi bersama keluarga termasuk ibunya di rumah.

“Saya memang biasa beli di situ, sebelum ni memang tak syak apa-apa, kami makan macam biasa, pagi tadi (semalam) baru makan dengan emak, emak yang perasan.

“Emak gaulkan isi kuah, lepas tu nampak kuah laksa itu lain macam, bila basuh nampak jelas ada tisu,” katanya.

Lelaki terbabit berkata, selera mereka sekeluarga terbantut susulan penemuan tisu dalam kuah laksa itu.

“Kalau kuah laksa itu ikan memang tak akan jadi macam itu, bila dibasuh baru lihat gumpalan tisu pada kuah.

“Lepas itu kami semua terus tak lalu makan, buang saja semua tujuh bungkus yang dibeli,” katanya.

Menurutnya, tisu itu mungkin sengaja digaul bersama kuah ikan supaya kelihatan lebih pekat atau mungkin juga peniaga itu tidak perasan tisu itu termasuk ke dalam kuah laksa.

Pelajar tahun akhir dicabul pensyarah sendiri

SINAR HARIAN
6 April 2014


ARAU - Seorang pelajar perempuan dari sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) negeri ini mendakwa terpaksa merelakan diri dicabul kerana bimbang digagalkan dalam subjek yang diajar pensyarahnya.

Mangsa berusia 20 tahun itu terpaksa bertahan diperlakukan sedemikian selama beberapa bulan kerana bimbang jika perkara itu didedahkan, pensyarah berkenaan dengan sengaja menggagalkan subjek itu dalam peperiksaan akhir semester yang berakhir bulan lalu.

Bagaimanapun, mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Arau, sejurus selesai menduduki peperiksaan akhir semester.

Sumber berkata, kejadian terbaharu berlaku pada 28 Mac lalu, ketika mangsa dan dua rakannya berada di bilik pensyarah itu untuk mengulangkaji pelajaran.

“Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 2.30 petang, mangsa bersama dua rakannya itu diminta datang ke bilik pensyarah berkenaan, sebelum pensyarah berusia 40-an itu duduk di sebelah mangsa,” katanya.

Mangsa seterusnya dicabul kehormatan termasuk dengan menyentuh payu daranya oleh pensyarah berkenaan.

“Mangsa juga didekati pensyarah itu dan dengan sengaja meraba bahagian kakinya hingga ke bahagian dada beberapa kali.

"Mangsa terkejut dan cuba menghalang perbuatan itu, namun bimbang digagalkan pensyarah terbabit dalam subjek itu kerana peperiksaan sangat hampir dan membiarkan suspek berbuat sedemikian,” katanya.

Sumber berkata, mangsa turut mendakwa beberapa rakannya turut menjadi mangsa pensyarah itu dan perkara itu turut dimaklum kepada pengurusan IPT itu.

Sementara itu, Ketua Polis Perlis, Datuk Zull Aznam Haron ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis pelajar itu yang dibuat di Balai Polis Arau terhadap pensyarah terbabit.

“Kita sudah terima laporan polis itu dan kes kini dalam siasatan polis. Beberapa keterangan telah diambil terutama daripada pelajar berkenaan,” katanya.

10 lelaki sesat di Gunung Tok Wan ditemui selamat


Sebahagian daripada mereka yang sesat di Gunung Tok Wan mengaminkan doa selepas mereka diselamatkan oleh pasukan bomba dan penyelamat di Hulu Langat, Selangor, semalam. - UTUSAN/RUSHDI SALLEH
HULU LANGAT 6 April - Sekumpulan 10 lelaki termasuk enam pelajar Sekolah Menengah Saujana Impian, Kajang di sini yang sesat lebih 24 jam ketika mendaki Gunung Tok Wan berhampiran Bukit Broga, Semenyih ditemui selamat di perkampungan Orang Asli, Kampung Kachau di sini pagi ini.
Mangsa, Nor Azreen Razali, 21; Izarazizi Saribon, 20; Asyraf Mohamad, 20; Muhammad Hariz Ariff, 20; Norman Hakim Abd. Rahman, 16; Akmal Hakim Ahmad Kamal, 16; Wan Ahmad Faris Wan Mohd. Nazmi, 16; Mohd. Haris Sahrizan serta pasangan kembar, Mohd. Zafran dan Mohd Zakuan Mohd. Azmir, 16, ditemui oleh pasukan penyelamat kira-kira pukul 10.30 pagi.
Mereka dikatakan tersesat kira-kira pukul 7 pagi semalam apabila mula mendaki Bukit Broga beberapa jam sebelum itu, bagi menyaksikan matahari terbit
Difahamkan, kesemua mereka selamat ditemui di Kampung Kachau setelah dua daripada ahli kumpulan berkenaan berpecah untuk mencari serta meminta bantuan daripada Orang Asli terbabit.
Menceritakan peristiwa itu, Izarazizi memberitahu, dia, Nor Azreen, Asyraf dan Muhammad Hariz mendaki secara berasingan dan mereka hanya bertemu enam remaja terbabit ketika menghampiri puncak Bukit Broga.
"Mereka bersetuju mengikut kami mendaki Gunung Tok Wan untuk melihat matahari terbit. Mulanya pendakian itu tidak menimbulkan sebarang masalah tetapi apabila kami memutuskan untuk berpatah balik sebelum sampai ke puncak gunung, saya sendiri merasakan ada sesuatu yang tidak kena.
"Kami berjalan turun tetapi hanya berpusing di lokasi yang sama. Ketika itulah saya tahu bahawa kami telah sesat dan terus menghubungi rakan yang berada di bawah bukit supaya segera meminta bantuan," katanya ketika ditemui selepas diselamatkan, di sini hari ini.
Jelas Izarazizi lagi, mereka nekad untuk mencari sungai dengan harapan arus itu membawa mereka ke kawasan selamat tetapi tragedi berlaku apabila kaki Muhammad Hariz terseliuh setelah tersepit di celahan batu air terjun.
"Kami meneruskan perjalanan namun kerana kecederaan Muhammad Hariz makin serius dan masing-masing telah kepenatan serta kelaparan, kami membuat keputusan untuk berehat dan berteduh di bawah pokok walaupun hujan lebat.
"Beberapa jam selepas itu, saya dan seorang lagi rakan memberanikan diri untuk mencari perkampungan Orang Asli dengan hanya berpandukan salur paip dan alhamdullilah kami berjaya menemui kampung itu dan memperoleh bantuan," katanya.
Sementara itu, Mohd. Zafran memberitahu, peristiwa itu membuatkan dia trauma lebih-lebih lagi melihat adik kembarnya, Mohd. Zakuan yang mengigil kesejukan dan ketakutan.
"Macam-macam perasaan ada ketika kami berehat dalam hujan lebat namun melihat adik mengigil kesejukan memaksa saya menjadi tabah dan memeluknya sehinggalah bantuan tiba," katanya yang mengakui akan berfikir panjang jika mahu mendaki lagi.
Sementara itu, Masriyah Abdul Wahab, 48, ibu kepada salah seorang mangsa berkata, dia sekeluarga bersyukur apabila anaknya, Muhammad Hariz selamat biarpun mengalami kecederaan.
"Muhammad Hariz sendiri yang menghubungi saya untuk memberitahu, dia dan rakan-rakan telah sesat. Tiada apa yang dapat saya lakukan kecuali berdoa agar dia dilindungi Allah ketika berada di dalam hutan.
"Apabila melihat dia berjaya dibawa keluar, kebimbangan saya terus hilang biarpun kakinya tercedera. Apa yang saya mahu adalah dia dan rakan-rakan selamat," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140407/je_01/10-lelaki-sesat-di-Gunung-Tok-Wan-ditemui-selamat#ixzz2yCVl4rhN
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wanita disyaki dibunuh anak kerana telefon pintar


MIRI 5 April - Pertengkaran seorang ibu dan anak lelakinya yang dikatakan berkaitan pembelian telefon pintar di sini malam tadi berakhir dengan tragedi apabila wanita itu mati dipercayai ditikam anaknya petang tadi.
Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, polis menahan remaja berusia 18 tahun itu untuk membantu siasatan selepas menemui mayat wanita berusia 43 tahun itu di dalam keretanya di tempat letak kereta berhampiran sebuah gelanggang tenis di sini pada 3 petang.
Beliau berkata, polis turut menemui pisau yang disyaki digunakan untuk membunuh wanita itu, yang bertugas sebagai guru tuisyen, di dalam kereta itu.
"Polis menganggap kes bunuh itu selesai...pertengkaran wanita dan anak lelakinya dari malam tadi berpunca daripada masalah keluarga," katanya di sini, hari ini.
Tian Kee bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci masalah keluarga itu tetapi Bernama difahamkan ia berpunca daripada keengganan ibu suspek membeli telefon pintar untuk anak lelakinya yang tidak bekerja itu. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140405/je_04/Wanita-disyaki-dibunuh-anak-kerana-telefon-pintar#ixzz2yCVd70aU
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Taktik nelayan asing terbongkar


KEMAMAN 5 April - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya membongkar taktik dua kumpulan nelayan warga Vietnam yang menangkap ikan secara pukat ganding menggunakan dua buah bot kargo tempatan dalam operasi di perairan Pulau Tioman, dekat sini kelmarin.
Taktik itu terbongkar apabila kedua-dua bot kargo yang membawa 40 awak-awak dan dua tekong itu ditahan di sekitar Pulau Tioman ke Kuala Kuantan pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari.
Selain bot, turut dirampas ialah peralatan menangkap ikan serta hasil tangkapan berupa 500 kilogram ikan dan satu tan metrik sotong kering yang kesemuanya bernilai kira-kira RM2 juta.
Pengarah Operasi Daerah Mari-tim Kuantan, Komander Rahim Ramli berkata, pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua bot itu menggunakan lesen kargo tempatan dan menceroboh perairan negara sejak seminggu lalu.
"Siasatan lanjut mendapati nelayan asing ini sangat licik kerana memindahkan hasil tangkapan ke dalam bot utama mereka yang ber-ada di sempadan perairan Malaysia-Vietnam. Sebab itulah hasil tangkapan yang dirampas tidak banyak.
"Mereka juga mengibarkan bendera Malaysia untuk mengaburi mata pihak berkuasa," katanya dalam sidang akhbar di jeti Pangkalan Ma-ritim Malaysia Telok Kalong, di sini semalam.
Sehubungan itu, kata Rahim, Maritim Malaysia akan mendapatkan kerjasama pihak berkuasa Viet-nam bagi membanteras aktiviti penyeludupan hasil tangkapan dari perairan negara ini.
Ujar beliau, kes tersebut disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Perkapalan Perdagangan 1967.
Dalam pada itu Rahim memberi-tahu, sejak Januari hingga semalam, pihaknya melakukan 315 pemeriksaan ke atas bot nelayan dan daripada jumlah itu, 35 pemeriksaan dilakukan pada Januari diikuti 143 (Februari), 135 (Mac) serta dua (April).


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140406/je_05/Taktik-nelayan-asing-terbongkar#ixzz2yCVJfMvb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pemandu treler maut akibat rempuh lori makanan ayam


ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memeriksa treler setelah berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan maut lori membawa muatan kabel dengan sebuah lori lain di persimpangan lampu isyarat LPT Tepoh, Kuala Terengganu, semalam.
KUALA TERENGGANU 6 April - Seorang pemandu treler maut selepas kenderaan yang dipandunya merempuh sebuah lori membawa muatan makanan ayam di persimpangan lampu isyarat Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di Tepoh, di sini hari ini.
Mangsa, Mohamad Rosli Othman, 44, tersepit akibat dihempap gulungan kabel yang menggelongsor dan turut meremukkan kepala treler itu berikutan pelanggaran tersebut.
Kejadian mengerikan itu berlaku kira-kira pukul 1 petang ketika mangsa yang dipercayai berasal dari Su­ngai Petani Kedah memandu treler membawa kabel elektrik dari arah LPT menuju ke pusat bandar raya.
Sebaik sahaja tiba di persimpangan, treler itu dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh belakang sebuah lori yang membawa makanan ayam dari arah Kota Bharu ke Kuala Terengganu menyebabkan kesesakan teruk dan kenderaan terpaksa dilencongkan.
Mohamad Rosli meninggal dunia di tempat kejadian manakala kelindan yang berusia dalam lingkungan 30-an cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zhariah (HSNZ) sementara pemandu lori makanan ayam tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurut Ketua Balai Bomba Penyelamat Jalan Kota, Azmi Salleh pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 1.03 petang dan usaha mengeluarkan mangsa agak sukar.
Katanya, jengkaut terpaksa digunakan untuk mengalihkan kabel sebelum menggunakan jentera pemotong.
Sementara itu, Ketua Polis Da­erah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Berdasarkan kad pengenalannya, mangsa dipercayai berasal dari Sungai Petani Kedah dan mayatnya dibedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140407/je_05/Pemandu-treler-maut-akibat-rempuh-lori-makanan-ayam#ixzz2yCVDzDDT
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mayat kanak-kanak mangsa dera ditemui di tepi jalan


KUALA LUMPUR 5 April - Mayat kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang dipercayai mangsa dera ditemui di tepi Jalan Batu 14, Hulu Langat, di sini awal pagi ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Supritendan Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, mayat tersebut ditemui orang awam yang kebetulan lalu di jalan tersebut kira-kira pukul 7.40 pagi.
Beliau berkata, setakat ini identiti kanak-kanak itu belum dikenal pasti tetapi mangsa dipercayai warga asing kerana tidak ada kesan suntikan BCG pada lengannya.
“Pemeriksaan awal polis mendapati terdapat kesan lebam di muka manakala mulut dan hidung mangsa pula mengeluarkan buih putih namun tiada kesan kecede-raan serius di badan.
“Ketika ditemui mangsa masih memakai lampin pakai buang dan sehingga kini tiada laporan berhubung kes kanak-kanak hilang direkodkan," katanya dalam ke­nyataan di sini hari ini.
Abdul Ghani berkata, setakat ini polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut namun tidak menolak kemungkinan mangsa mati akibat didera.
“Mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Serdang dan bedah siasat akan dijalankan Isnin ini untuk mengetahui punca kematiannya," jelasnya.
Sehubungan itu, beliau memin-ta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140406/je_02/Mayat-kanak-kanak-mangsa-dera-ditemui-di-tepi-jalan#ixzz2yCUW7d9w
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki cedera diserang 50 lelaki


TELOK KEMANG 7 April - Seorang lelaki cedera parah selepas diserang sekumpulan 50 lelaki di tepi jalan di Taman Perindustrian Lukut, dekat sini, semalam.
Berikutan kejadian kira-kira pukul 7.50 malam itu, mangsa, G.Murugan, 37, menerima 10 jahitan pada kening kanan serta 12 jahitan di kepala dan beberapa jahitan pada hidung dan tangan kanan.
Kenderaan jenis Honda Accord yang dipandu mangsa turut dirosak dan dipecahkan cerminnya oleh kumpulan terbabit.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Abd. Wahab Harun berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan berlakunya pergaduhan di lokasi kejadian.
"Sebaik sahaja tiba di lokasi, anggota polis mendapati terdapat sebuah kereta dipercayai milik mangsa dirosakkan.
"Siasatan awal mendapati mangsa diserang oleh lebih 50 lelaki yang menaiki pelbagai jenis kenderaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Abd Wahab, mangsa telah dibawa ke Hospital Besar Port Dickson, dengan menaiki ambulans untuk menerima rawatan dan kini dilaporkan stabil.
"Pihak kami masih menjalankan siasatan bagi memburu suspek dan mengenal pasti punca kejadian," katanya yang menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140408/je_02/Lelaki-cedera-diserang-50-lelaki#ixzz2yF2z956x
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki fitnah Rosmah direman


KUALA LUMPUR 6 April - Pemilik akaun Facebook yang dipercayai memuat naik status menghina isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan menyatakan konon-nya beliau telah terkorban dalam nahas pesawat dari Perth, Australia baru-baru ini, ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini.
Pemilik Facebook berusia 24 tahun itu ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia.
Terdahulu, lelaki itu telah ditahan polis di rumahnya di Bandar Universiti, Seri Iskandar, Perak pukul 12.10 malam tadi.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, polis bertindak menahan suspek yang bekerja dan berniaga di kedai dobi di Bandar Universiti, berdasarkan dua laporan polis yang dibuat di Sentul dan Putrajaya sepanjang minggu lalu.
"Ketika ditahan, polis turut merampas telefon bimbit, sebuah komputer termasuk pendrive (pemacu pena) dan peralatan lain yang dipercayai digunakan untuk tujuan menyebarkan fitnah terhadap Rosmah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Khairi berkata, dengan tertangkapnya lelaki tersebut, polis yakin telah berjaya menyelesaikan kes fitnah dan penghinaan terhadap isteri Perdana Menteri itu.
Menurutnya, suspek direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
Dua hari lalu, suspek bertindak biadab apabila memuat naik status di laman sosial Facebook menyatakan bahawa Rosmah telah terkorban dalam satu nahas pesawat di Perth.
Status Facebook tersebut yang berbunyi Dari Ia kita datang, dan dari Ia juga kita dikembalikan turut disertakan dengan gambar palsu cebisan daging dan tulang yang disunting dan diletakkan wajah Rosmah,
Suspek juga dengan berani mencabar Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati untuk mengambil tindakan dan membuat laporan polis terhadapnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140407/je_07/Lelaki-fitnah-Rosmah-direman#ixzz2yCU5GEZD
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki maut motor rempuh belakang kereta


BEGINILAH keadaan motosikal berkuasa tinggi milik Ting Chang Shyang yang terlibat dalam kemalangan di Km 285 arah utara di Ipoh, semalam.
IPOH 6 April - Seorang lelaki maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terbabas setelah merempuh bahagian belakang sebuah kereta yang berada di hadapannya di KM 285 arah utara di sini hari ini.
Mangsa, Ting Chang Shyang, 27, berasal dari Sibu, Sarawak maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya di beberapa bahagian badan.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah, Deputi Supritendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, kejadian berlaku pukul 3.16 petang semasa mangsa menunggang motosikal seorang diri di kawasan berkenaan.
"Sebelum itu, telah berlaku satu kemalangan di kawasan berkenaan melibatkan sebuah motosikal ditunggangi satu pasangan yang telah terbabas sendiri.
"Kejadian itu menyebabkan kenderaan lain bergerak perlahan.
Mangsa dikatakan gagal mengawal motosikalnya lalu melanggar kereta jenis Toyota Corolla di hadapannya.
"Pelanggaran itu telah menyebabkan dia hilang kawalan lalu terbabas melanggar pembahagi jalan. Mangsa maut di tempat kejadian,'' katanya di sini hari ini.
Wan Sharuddin berkata, pemandu kereta iaitu seorang wanita rakyat Singapura, Nurelliana Rahwam bagaimanapun tidak mengalami sebarang kece­deraan dalam kejadian tersebut.
Menurut beliau, pihak masih menjalankan siasatan lanjut kes itu mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140407/je_06/Lelaki-maut-motor-rempuh-belakang-kereta#ixzz2yCTvtRyV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wanita, anak maut kereta terbakar


Keadaan kereta Proton Saga BLM yang remuk dan terbakar dalam kemalangan yang mengorbankan seorang wanita dan anak perempuannya di KM47 Jalan Teluk Intan-Sitiawan di Teluk Intan, Perak, kelmarin. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
TELUK INTAN 6 April - Seorang wanita dan anak perempuannya berusia dua tahun maut apabila kereta Proton Saga yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori sebelum terbakar dalam kemalangan di Kilometer 47, Jalan Teluk Intan-Sitiawan petang semalam.
Nur Zuraiyanie Habil, 30, dan anak perempuannya, Iman Nur Qurratunnisa Muhammad Syafie dari Seri Manjung, disahkan meninggalkan dunia di tempat kejadian.
Seorang lagi anak mangsa yang berada di dalam kereta, Muhammad Iman Qashrin Muhammad Syafie, lima tahun tidak mengalami kecederaan serius dan mendapat rawatan di Hospital Teluk Intan.
Sementara pemandu lori terlibat, Johari Ahmad, 37, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, kemalangan berlaku pada pukul 4.45 petang semalam ketika kereta yang dinaiki wanita berkenaan dalam perjalanan dari arah Teluk Intan menghala Sitiawan.
Menurutnya, kereta yang dipandu wanita berkenaan dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan lain lalu masuk ke laluan bersebelahan sebelum bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.
"Siasatan awal mendapati pemandu lori berkenaan cuba mengelak daripada bertembung dengan kereta mangsa namun tidak sempat. Akibat pertembungan itu, kereta mangsa berpusing sebelum terbakar manakala lori terbabit terbabas ke kiri jalan.
"Mangsa dikeluarkan dari kenderaannya dengan bantuan orang awam dan anggota bomba," katanya di sini hari ini.
Kok Liang memberitahu, anak mangsa yang terselamat dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Teluk Intan dan dibenarkan keluar setelah pemeriksaan mengesahkan kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Tambahnya lagi, mayat kedua-dua turut dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat sebelum jenazah dituntut oleh keluarga untuk pengkebumian.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140407/je_03/Wanita-anak-maut-kereta-terbakar#ixzz2yCTDNEyy
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mayat lelaki ditemui dengan kesan kelar di leher


BUKIT MERTAJAM 7 April - Mayat seorang lelaki ditemui dengan kesan kelar di leher dan beberapa tikaman serta luka di badan berhampiran kawasan perkuburan Islam di Jalan Permatang Nibong, di sini malam tadi.
Mayat lelaki yang lengkap berpakaian itu ditemui dalam keadaan terbaring oleh orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira pukul 8 malam.
"Lelaki itu memakai seluar jeans dan kemeja hitam. Selain kesan tikaman, perut lelaki itu juga hampir terburai akibat ditikam," kata jurucakap polis.
Beliau berkata, tiada dokumen pengenalan diri ditemui dan polis percaya lelaki itu adalah rakyat asing kerana tiada tanda suntikan BCG pada lengannya.
Polis percaya lelaki itu dibunuh di tempat lain dan mayatnya dibuang di kawasan itu.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata lelaki itu mempunyai tatu di bahagian dada.
Mayatnya dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140407/je_08/Mayat-lelaki-ditemui-dengan-kesan-kelar-di-leher#ixzz2yCSp29JT
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Remaja bunuh ibu, direman tujuh hari


MIRI 6 April - Seorang remaja lelaki yang disyaki membunuh ibunya di pekarangan Kompleks Tenis, Jalan Sukan di sini semalam kerana wanita itu enggan membelikannya sebuah telefon pintar, ditahan reman selama tujuh hari.
Perintah tahanan reman bermula hari ini dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret di sini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Suspek berusia 18 tahun itu ditahan kira-kira sejam selepas mayat ibunya, Marife R. Wong, 42, warga Filipina ditemui beberapa pelajar dalam keadaan berlumuran darah di dalam kereta jenis Hyundai Atos pada pukul 2.30 petang.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, rakaman percakapan suspek telah dibuat dan dia mengaku berlaku perbalahan antara mereka dua beranak.
Katanya, suspek merupakan anak sulung daripada tiga beradik memaklumkan bahawa dia sudah tidak tahan dengan tindakan mangsa yang sering memarahinya setiap hari.
"Kita tidak menolak pertengkaran dua beranak itu berlaku ekoran permintaan suspek mahu mendapatkan seunit telefon pintar tidak dipenuhi.
"Pemeriksaan awal mendapati suspek yang duduk di kerusi belakang kereta yang dipandu ibunya mengambil kesempatan menikam leher mangsa dari belakang sebelum melarikan diri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, remaja berkenaan ditahan setelah disyaki membunuh ibunya dengan menikam dan mengelar leher wanita itu.
Tambahnya, polis turut merampas pakaian serta peralatan tenis yang dipercayai digunakan suspek untuk membantu siasatan.
"Ujian air kencing yang dilakukan ke atas suspek juga negatif dadah," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140407/ma_01/Remaja-bunuh-ibu-direman-tujuh-hari#ixzz2yCSS0wXh
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ibu, bayi maut kemalangan


pengarang@utusan.com.my">
KUANTAN 6 April - Seorang ibu dan anak perempuannya berumur setahun maut selepas terlibat dalam satu kemalangan melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) dan lori di Kilometer 72, Jalan Kuantan-Segamat, dekat Muadzam Shah, semalam.
Kejadian pukul 7.30 malam itu menyebabkan Nur Damia Hanan Marzuki, setahun, maut di tempat kejadian manakala ibunya, Maziah Jusoh, 27, meninggal dunia selepas menerima rawatan susulan di Hospital Muadzam Shah.
Pegawai Penguat Kuasa Trafik Ibu Pejabat Polis Kontijen Pahang (IPK), Asisten Supritendan Zainalabidin Othman berkata, MPV jenis Perodua Alza yang dipandu suami mangsa, Marzuki Che Othman, 37, dalam perjalanan dari Simpang Renggam, Johor, menuju ke Terengganu untuk pulang bercuti hujung minggu.
"Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, Marzuki cuba memotong kereta di hadapannya namun gagal lalu bertembung dengan lori jenis Isuzu yang datang dari arah bertentangan.
"Akibat pertembungan itu, kenderaan mangsa remuk dan diseret kira-kira lima meter hingga mengorbankan anak tunggal mereka yang ketika kejadian berada di tempat duduk penumpang," katanya di sini hari ini.
Tambah beliau, orang ramai yang menyaksikan kejadian cuba mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit sebelum pegawai perubatan tiba beberapa minit kemudian dan mengesahkan Nur Damia Hanan sudah meninggal dunia.
Katanya, Maziah disahkan meninggal dunia di Hospital Muadzam sejurus mendapatkan rawatan susulan, manakala suaminya hanya mengalami kecederaan di pipi dan telinga.
"Marzuki yang bekerja sebagai anggota polis di Pusat Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam, Johor masih dirawat di hospital tersebut manakala pemandu lori tidak mengalami kecederaan serius," katanya.
Zainalabidin berkata, jenazah dua beranak itu akan dibawa ke kampung halaman Maziah di Kampung Durian Burung, Kuala Terengganu, Terengganu, untuk urusan pengebumian.
"Kita sudah mengambil maklumat daripada saksi dan pemandu lori berkaitan kejadian terbabit untuk tindakan lanjut. Kes ini akan disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140407/je_04/Ibu-bayi-maut-kemalangan#ixzz2yCSJ6Gu1
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pembantu rumah ditemui mati dijerut


IPOH 7 April - Seorang pembantu rumah warga Indonesia ditemui mati dengan kesan jerut di bahagian leher di rumah majikannya di Taman Tasek Mewah di sini hari ini.
Mayat wanita yang berusia lingkungan 30-an itu ditemui sendiri oleh majikannya dalam keadaan tertiarap di atas lantai dan leher pula dijerut kain tuala.
Mayat mangsa yang bekerja menjaga dua wanita warga emas sejak setahun lalu itu dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk dibedah siasat. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140407/je_09/Pembantu-rumah-ditemui-mati-dijerut#ixzz2yCS2piyu
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Suami isteri hina Nabi Muhammad SAW dihukum


ISLAMABAD 6 April - Sepasang suami isteri beragama Kristian dijatuhi hukuman mati atas kesalahan menghantar mesej menghina Nabi Muhammad SAW di timur wilayah Punjab di sini.
Peguambela, Nadeem Hassan berkata, hakim menjatuhkan hukuman itu, kelmarin terhadap Shafqat Emmanuel, 38, dan isterinya, Shagufta Kausar, 42, yang ditahan di sebuah penjara di bandar Toba Tek Singh.
Jabatan pendakwa mengesahkan hukuman berkenaan.
Nadeem berkata, pasangan suami isteri itu akan mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu.
Pada Julai lalu, imam sebuah masjid di Gojra, Maulvi Mohammad Hussain membuat aduan tentang satu mesej yang diterimanya daripada pasangan itu yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW.
Maulvi mendakwa Shafqat menghantar mesej itu menggunakan telefon bimbit isterinya.
Namun, peguam Nadeem berkata, teks mesej itu berasal daripada sebuah telefon bimbit pasangan itu yang hilang sebelum insiden berkenaan, jadi tidak mungkin Shafqat dan isterinya yang melakukan perbuatan tersebut.
Tambah Nadeem, kedua-dua pesalah itu disyaki mempunyai musuh menyebabkan mereka terbabit dalam kes itu. Pasangan itu turut dikatakan mempunyai kaitan dengan pengadu.
Pakistan melaksanakan undang-undang keras terhadap pesalah yang memfitnah Islam, termasuk hukuman mati terhadap mereka yang menghina Nabi Muhammad SAW dan undang-undang itu sering digunakan sebagai cara bagi menyelesaikan perbalahan peribadi. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140407/lu_03/Suami-isteri-hina-Nabi-Muhammad-SAW-dihukum#ixzz2yCRUyFVi
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki parah dibelasah 50 samseng


Oleh Khidir Zakaria
Port Dickson: Seorang lelaki berusia cedera parah selepas dibelasah lebih 50 lelaki di kawasan perindustrian Lukut, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 7.50 malam itu, mangsa, G Murigam, 37, diserang dengan senjata parang dan pelbagai jenis kayu depan sebuah premis perniagaan
Suspek sebelum itu menaiki beberapa kenderaan dan menghampiri mangsa sebelum membelasahnya dipercayai tidak puas hati berhubung kumpulan kongsi gelap.

Akibat kejadian itu, mangsa yang cedera parah di bawa ke Hospital Port Dickson untuk menerima rawatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/07

Peniaga mengaku salah dijel 6 hari


Kuala Terengganu: Seorang peniaga lelaki dipenjara enam hari selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu di sini semalam kerana memiliki 70 peket rokok tidak sah.

Mohd Sobree Mohd Shafie, 50, didakwa mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. Mengikut fakta kes, dalam serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada jam 11.30 pagi, 1 April lalu, pihak berkuasa menemui 70 peket rokok tidak sah pelbagai jenama yang ditaksirkan bernilai RM320 di rumah kedai di Taman Desa Jaya, Gong Pak Damat, di sini.


JKDM turut menahan Mohd Sobree di premis itu ketika serbuan dilakukan.

Rokok dirampas dipercayai untuk diedarkan secara kecil-kecilan di bandar raya ini.


Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa JKDM Mohd Zaizul Azlee Mohamed Zain di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim manakala Mohd Sobree tidak diwakili peguam.


Sejurus pengakuan salah direkodkan, Abdul Hayyi menjatuhkan hukuman penjara enam hari bermula dari tarikh Mohd Sobree ditangkap pada 1 April lalu.

Sementara itu, di Johor, seorang peniaga dijatuhkan hukuman penjara tujuh bulan di Mahkamah Majistret Batu Pahat, Khamis lalu selepas mengaku bersalah memiliki rokok seludup, 30 Mac lalu. Hukuman dijatuhkan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim terhadap tertuduh, Norhisham Myooun, 45, yang memakai kemeja T berwarna biru ketika hadir di mahkamah.


Mengikut pertuduhan, Norhisham didakwa melakukan kesalahan memiliki rokok putih dan keretek seludup bernilai RM9,470.40 disimpan di rumahnya di Taman Bistari, Tongkang Pechah pada jam 1 petang, 30 Mac lalu.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/07

Tak tuntut tebusan


Oleh Ardyhansah Amat
Kota Kinabalu: Kumpulan lelaki bersenjata yang menculik seorang pelancong China berusia 29 tahun di Singamata Reef Resort, Rabu lalu, ada menghubungi keluarga mangsa tetapi tiada sebarang tuntutan atau tebusan yang dilakukan penjenayah itu.

Difahamkan, kumpulan berkenaan menghubungi keluarga mangsa beberapa minit pada Jumaat lalu dan mangsa, Gao Hua Yuan, turut diberi peluang bercakap bersama ahli keluarganya.


Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Mohammad Mentek berkata, hasil maklumat pihaknya, keluarga mangsa memaklumkan penculik itu tidak menyatakan mengenai wang tebusan, sebaliknya memberitahu Hua Yuan masih selamat.

“Mangsa culik dilaporkan selamat dan berada dalam keadaan sihat. Berdasarkan risikan, kami sudah mengenal pasti kumpulan penculik terbabit dan tempat mereka menyembunyikan mangsa.


“Pada masa sama, kami juga sudah mengenal pasti empat daripada tujuh individu yang melakukan penculikan ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Menurut Mohammad, keempat-empat penculik dikenal pasti pernah terbabit dengan beberapa siri penculikan sebelum ini iaitu membabitkan seorang lelaki di Pulau Pom Pom, Semporna tahun lalu dan kes membabitkan tiga mangsa di Pulau Sipadan, kira-kira 14 tahun lalu.

“Selain itu, seorang daripada mereka juga sering terbabit dengan aktiviti penyeludupan dadah, bahan api dan senjata.


“Berdasarkan siasatan, sebahagian penculik yang melakukan kes culik baru-baru ini pernah menetap dan bekerja di Semporna secara tidak sah,” katanya.

Sementara itu, Mohammad berkata, kes penculikan bukan saja berlaku di pantai timur Sabah, sebaliknya turut berlaku di selatan Filipina yang menjadi lokasi ‘kegemaran’ kumpulan penculik.


“Setakat ini, 76 kes penculikan dilaporkan berlaku di sekitar kepulauan selatan Filipina dan membuktikan kumpulan ini bergiat aktif dalam melakukan jenayah penculikan dan tebusan,” katanya.


Terdahulu, dalam kejadian pada jam 10.30 malam Rabu lalu, pelancong warga China berasal dari Shanghai dan pekerja pusat peranginan warga Filipina diculik sekumpulan tujuh lelaki bersenjata. Selain Hua Yuan, penculik turut melarikan Marcy Dayawan,40, yang juga pekerja di pusat pelancongan itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/07

‘Pulanglah Angah...’


Seremban: Seorang pengawal keselamatan sebuah pusat beli-belah di Cheras, Kuala Lumpur nekad mengambil cuti tanpa gaji sejak Februari lalu bagi mengesan anak perempuannya dipercayai lari mengikut adik angkat lelakinya.

Pengawal terbabit, Miza Azmi Yahya, 57, berkata, anaknya Nor Fadzlina, 29, dipercayai lari mengikut lelaki itu sejak 23 Januari lalu, selepas ditegur supaya menjaga batas pergaulannya.


Menurutnya, sehingga kini dia sekeluarga bukan saja rindu malah begitu bimbang keselamatan Nor Fadzlina atau mesra disapa keluarga sebagai ‘Angah’.

“Pulanglah ke pangkuan keluarga, ayah dan emak sedia memaafkan Angah. Datuk sekarang jatuh sakit kerana terlalu rindukan Angah.


“Walaupun sudah membuat laporan polis mengenai kehilangan Nor Fadzlina pada 24 Januari lalu dan polis ada mengesan dia di Ipoh, Perak dan Kota Bharu, Kelantan, namun usaha mencarinya masih buntu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Cempaka, Senawang, dekat sini.


Menceritakan kehilangan itu, Miza berkata, dia dan isteri Sabariah Mohd Rais, 52, sepatutnya menjemput Nor Fadzlina di tempat kerjanya di sebuah restoran makanan segera di Mantin, Nilai, selepas tamat waktu bekerja jam 8 malam 23 Januari lalu.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/07

‘Datuk Seri’ tipu mangsa mampu jadikan ADUN


Seremban: Kegiatan seorang lelaki menggunakan gelaran palsu termasuk ‘Datuk Seri’ dan ‘Tan Sri’ untuk menipu orang ramai kononnya mampu menjadikan mangsa sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini, terbongkar selepas dia dicekup polis di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), di sini, minggu lalu.

Sumber polis berkata, suspek berusia 60-an itu terbabit banyak penipuan terhadap mangsa dengan memperkenalkan diri kononnya bertaraf Datuk Seri, Tan Sri, Profesor dan Doktor Kehormat serta mendakwa mampu menjadikan seseorang sebagai pemimpin tempatan.


Katanya, dalam kejadian Februari tahun lalu, suspek menipu seorang ahli politik berusia 50-an kononnya untuk menjadikan mangsa calon DUN Seri Menanti, Kuala Pilah mewakili parti bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Menurutnya, suspek mendakwa dirinya mempunyai kenalan di kalangan pemimpin tertinggi parti politik dan ada jalan pintas menjadi calon bertanding.


“Disebabkan itu, suspek meminta bayaran RM200,000 daripada mangsa yang kemudian mengeluarkan wang simpanan.


“Namun, apabila tiba waktu pilihan raya, suspek menghilangkan diri dan nama mangsa tidak tercalon,” katanya.

Katanya, tidak cukup itu, suspek turut menipu seorang penduduk di Kuala Pilah berusia 50-an yang mahu memindahkan anaknya seorang guru untuk bertugas di sebuah sekolah di Seremban.


“Pada Ogos tahun lalu, lelaki berkenaan meminta bayaran RM8,000 daripada mangsa dan terus menghilangkan diri,” katanya.

Sumber berkata, kedua-dua mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 2, di sini.


Kata sumber, pihaknya yang memburu suspek sejak tahun lalu gagal apabila lelaki itu menghilangkan diri berikutan memiliki empat isteri dan banyak kediaman.


“Bagaimanapun, risikan dibuat minggu lalu mendapati suspek pergi ke HTJS untuk rawatan kesihatan. Sehubungan itu, anggota kami (polis) menahannya,” katanya.


Menurutnya, pemeriksaan dibuat ke atas rumah warga emas itu di Seremban 2, di sini turut menemui beberapa cop jawatan Pengarah Strategik Ekonomi Malaysia, Datuk Seri dan Tan Sri.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/07

15 ‘sardin’ Myanmar dalam kereta


Kota Bharu: Demi mengejar pekerjaan ‘impian’, 15 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar termasuk seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dikatakan sanggup disumbat dalam dua kenderaan untuk dihantar bekerja ke Kuala Lumpur dan negeri lain selepas dibawa masuk melalui sempadan Kelantan-Thailand oleh individu yang menjalankan sindiket penyeludupan.

Bagaimanapun, impian mereka musnah selepas ditinggalkan dalam dua kenderaan itu jenis Honda Stream oleh anggota sindiket terbabit ketika diserbu sepasukan anggota Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Air Batu, Lalang Pepuyu, Tanah Merah, kira-kira jam 3.45 pagi semalam.


Komander Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan Rusli Karim berkata, semua warga Myanmar itu dikesan menyelinap masuk melalui kawasan sempadan yang bersemak sebelum dikumpulkan di ladang kelapa sawit terbabit.

Katanya, mereka kemudiannya dipercayai akan dipunggah menggunakan motosikal ke kenderaan itu kerana laluan ke Sungai Golok agak sempit.


“Kami bersama Unit Risikan Jabatan Imigresen Kelantan sudah menyelinap masuk ke kawasan itu sejak jam 10.30 malam bagi menjalakan intipan,” katanya pada sidang media di Pejabat UPP, di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/07

Keluar mayat drebar guna jengkaut


Kuala Terengganu: Seorang pemandu treler yang maut terpaksa dikeluarkan menggunakan bantuan jengkaut selepas tersepit dalam kenderaan dipandunya yang bertembung dengan sebuah lori membawa muatan makanan ayam di persimpangan lampu isyarat Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di Tepoh, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1 petang, mangsa, Mohamad Rosli Othman, 44, yang memandu treler membawa kabel elektrik dikatakan dalam perjalanan dari arah LPT menuju ke pusat bandar.


Bagaimanapun, sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat, treler dipandu mangsa hilang kawalan sebelum merempuh belakang sebuah lori dari arah Kota Bharu menuju ke Kuala Terengganu.

Mohamad Rosli yang tersepit di tempat duduk pemandu meninggal dunia di tempat kejadian, manakala kelindannya lingkungan 30-an yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.


Pemandu lori lingkungan 40-an pula tidak cedera.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kota Azmi Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan jam 1.03 petang dan tiba di tempat kejadian bersama enam anggota serta dibantu empat anggota dari Pasukan Bomba Sukarela Kuala Nerus.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, pihaknya menghadapi kesukaran mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kepala treler berkenaan dan terpaksa meminta bantuan daripada jengkaut dari kuari berhampiran.


“Sebaik kabel elektrik dialihkan dan kepala treler berkenaan dibuka dengan bantuan jengkaut, barulah anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan mangsa.

“Anggota berjaya mengeluarkan mangsa sejam kemudian dan lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan HSNZ di situ,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.


Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/07

Isteri merintih, anak terbujur kaku


Kuala Terengganu: “Keadaan ketika itu kelam-kabut dan saya dengar suara isteri merintih kesakitan di tepi anak yang terbujur kaku. Saya cuba membantu tetapi langsung tidak berdaya,” kata Marzuki Che Othman, 27, yang sebak selepas kehilangan isteri dan anak tunggalnya yang terbabit dalam kemalangan ngeri di Kilometer 72, Jalan Kuantan-Segamat, Pahang, malam kelmarin.

Sebelum kejadian jam 7.30 malam itu, anggota polis berpangkat Lans Koperal yang bertugas di Pusat Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam, Johor bersama isterinya, Maziah Jusoh, 27, dan anak perempuannya, Nur Damia Hanan Marzuki, setahun, baru menghabiskan cuti seminggu di Kampung Durian Burung, di sini, sebelum bertolak semula ke Simpang Renggam, Johor untuk memulakan tugas. Bagaimanapun, sebaik tiba di Kuantan, kereta PERODUA Alza dipandu Marzuki hilang kawalan ketika memotong kenderaan lain sebelum bertembung sebuah lori Isuzu dari arah bertentangan.


Marzuki berkata, selepas terbabit dalam kemalangan itu, dia dalam keadaan separa sedar dan sempat melihat keadaan isterinya yang mengerang kesakitan dan anak yang sudah tidak bernyawa.

“Saya hanya mampu berdoa supaya mereka berdua selamat ketika itu sebelum kami bertiga dikeluarkan orang awam daripada kereta,” katanya yang ditemui di rumah keluarga mentuanya di Kampung Durian Burung, di sini, semalam.


Katanya, pada Jumaat lalu, dia dan arwah isteri yang bekerja sebagai jururawat di Hospital Kluang baru mengadakan sambutan ulang tahun pertama anaknya di Kampung Durian Burung.


“Selepas semua selesai, kami tiga beranak bertolak jam 3 petang semalam (kelmarin) kerana isteri sepatutnya memulakan tugas hari ini (semalam).

“Saya pelik melihat Nur Damia Hanan yang tidak berhenti memeluk ibunya sepanjang perjalanan itu, namun saya tidak bertanya kepada arwah isteri kerana memikirkan ia perkara biasa,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/07

Perjalanan pilu


Dalam kemalangan kira-kira jam 5 petang itu, mangsa dikenali sebagai Nur Zuraiyanie Habil, 30, beralamat di Seri Manjung, dekat sini dan anak perempuannya Iman Nur Qurratunnisa Muhammad Syafie, dua tahun meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi penumpang yang juga anak lelaki mangsa dikenali sebagai Muhammad Iman Qashrin Mohammad Syafie, lima tahun cedera di kepala termasuk terbakar seluruh badan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, siasatan awal mendapati Nur Zuraiyanie bersama dua anaknya itu dalam perjalanan dari arah Teluk Intan menuju Sitiawan, manakala lori tiga tan tanpa muatan yang bertembung dengan kenderaan mangsa pula datang dari arah bertentangan.
“Siasatan mendapati, sebaik saja tiba di tempat kejadian, mangsa yang memandu kereta jenis Proton Saga dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya dengan memasuki laluan bertentangan. “Ketika memotong sebuah kenderaan, kereta mangsa gagal memasuki laluannya semula dan pada masa sama lori dipandu, Johari Ahmad, 37, dari Kampung Kelantan Dulang Besar, Yan, Kedah, dari arah bertentangan cuba mengelak dengan memotong ke kiri jalan, namun tidak dapat mengelak lalu bertembung di bahagian kanan hadapan lori. “Akibat pertembungan itu kereta berkenaan berpusing beberapa kali sebelum terbakar hingga menyebabkan mangsa bersama dua anaknya terperangkap dalam kenderaan terbabit, manakala lori tiga tan yang gagal mengelak terbalik“ katanya di sini, semalam.

Menurutnya, orang ramai melalui kawasan terbabit kemudian bertindak membantu mengeluarkan ketiga-tiga mangsa, bagaimanapun wanita berkenaan bersama anaknya berusia dua tahun itu sudah meninggal dunia di tempat kejadian dan seorang lagi anak mangsa serta pemandu lori yang cedera dihantar ke Hospital Teluk Intan (HTI) untuk rawatan.

“Sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Teluk Intan turut dihantar ke tempat kejadian, namun apabila sampai kereta berkenaan sudah terbakar 100 peratus.
Foto
ANGGOTA bomba memadam kebakaran lori terbabit nahas.
“Pemeriksaan polis di lokasi kejadian mendapati laluan terbabit basah akibat hujan serta jalan lurus bertar dengan garisan berkembar sebagai pembahagi jalan dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Kok Liang berkata, mayat dua beranak terbabit dihantar ke Unit Forensik, Hospital Teluk Intan (HTI).
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/07

Pelajar perempuan nafi miliki pil kuda


Kota Bharu: Seorang pelajar tingkatan empat dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas tuduhan memiliki 96 pil dadah jenis methamphetamine dalam kejadian pada Januari lalu.

Tertuduh yang berusia 16 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad.


Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa memiliki 95 biji pil kemerahan dan satu biji pil kehijauan 8.97 gram (berat bersih) mengandungi 1.36 gram dadah berbahaya jenis methamphetamine.



Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Sultanah Zainab, Kampung Sireh, jam 11.15 pagi pada 12 Januari 2014.


Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 12(2), Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3), akta sama dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau dikenakan hukuman penjara tidak lebih lima tahun.


Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad, manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Terdahulu, Noor Dayana mencadangkan mahkamah supaya tertuduh diikat jamin dengan RM2,500.


Tertuduh melalui peguamnya merayu jumlah itu dikurangkan dengan alasan masih bersekolah dan ditanggung ibu yang bekerja di kedai makan dengan pendapatan RM500 sebulan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Mei sebagai tarikh sebutan kes.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/07

Angkara punggung


Oleh Mohamad Hussin
Dannok (Selatan Thailand): Gara-gara mabuk, seorang lelaki warga Malaysia parah ditembak akibat melakukan gangguan seksual ke atas seorang pelanggan wanita di sebuah pusat hiburan di Lorong 6, pekan ini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam (waktu tempatan), mangsa berusia lingkungan 30-an dikatakan ke pusat berkenaan bersama beberapa rakannya untuk berhibur di situ.


Menurut sumber, selepas beberapa jam mengunjungi pusat berkenaan sambil berkaraoke, mangsa dan rakannya dipercayai meneguk minuman keras sehingga mabuk dan mengganggu pengunjung lain.

“Mangsa dikatakan mencabul seorang pelanggan wanita yang juga warga tempatan di bahagian punggung menyebabkan teman lelakinya berang dan memarahi mangsa kerana bertindak demikian.


“Teman lelaki wanita itu yang tidak berpuas hati kemudian mengacukan pistol ke arah mangsa lalu menembaknya dipercayai di bahagian perut sehingga mangsa rebah.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/07

Pemandu mati rempuh tiang telefon


Ipoh: Seorang warga emas yang bersantai di laman rumahnya terkejut apabila sebuah bas persiaran secara tiba-tiba merempuh tiang telefon dan pokok di hadapan kediamannya dalam kemalangan maut di Taman Rapat Setia Baru, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, pemandu dan pemilik bas persiaran Lim Chee Kheong, 55, yang yang dalam perjalanan ke taman perumahan berkenaan untuk menghantar penumpang, maut dalam kemalangan terbabit akibat terbabas.


Menurut saksi kejadian, Rizal Munir, 43, bapanya yang berusia 70-an duduk di laman rumah sebelum dikejutkan dengan rempuhan kuat bas persiaran terbabit.



“Terkejut dengan dentuman itu, bapa terus masuk ke rumah memaklumkan perkara itu dan saya keluar untuk mengenal pasti apa yang berlaku.


“Pada awalnya saya lihat tiada pemandu, namun apabila menghampiri kenderaan itu saya mendapati seorang lelaki rebah berhampiran tangga bas. Saya segera menghubungi ambulans, bagaimanapun petugas perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya, semalam.


Rizal berkata, sepanjang lebih 20 tahun dia dan keluarganya menetap di kawasan itu, beberapa kemalangan sering berlaku memandangkan rumahnya terletak berhampiran simpang dan jalan lurus menyebabkan pemandu terleka ketika melalui jalan berkenaan.

“Sebelum ini, kereta abang saya yang diparkir di hadapan rumah pernah dilanggar malah dua tahun lalu, tiang telefon di rumah jirannya turut tumbang akibat dilanggar lori,” katanya.


Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ipoh Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menurutnya siasatan awal mendapati, mangsa Chee Kheong yang menetap di Desa Permata, Chemor, di sini, memandu bas persiaran miliknya dari Kuala Lumpur ke Taman Rapat untuk menghantar penumpang.

“Sebaik selesai menghantar penumpang dan semua turun, mangsa meneruskan perjalanan untuk pulang ke Chemor dengan melalui Jalan Persiaran Wira Jaya, Taman Rapat Setia Baru dan berdasarkan keterangan seorang saksi, setibanya di lokasi kejadian bas dipandu mangsa terus meluncur serta merempuh pokok dan tiang telefon berhampiran sebuah rumah penduduk.


“Keterangan dari anak lelaki mangsa, mendakwa bapanya menghidapi penyakit darah tinggi dan mempunyai rekod rawatan kesihatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/07

57 penumpang cemas bas ekspres terbakar


Georgetown: Seramai 57 penumpang bas ekspres Plusliner berdepan detik cemas apabila kenderaan itu mengalami masalah teknikal lalu terbakar di Jalan Simpang Ampat Tasik menghala ke Junjung, Seberang Prai Selatan (SPS) di sini, petang semalam.

Kejadian berlaku pada jam 5 petang apabila pihak bomba menerima maklumat mengenai kebakaran dipercayai bermula di bahagian enjin bas lalu merebak ke bahagian atas bas sebelum pemandu memberhentikan bas itu di tepi jalan bagi menyelamatkan nyawa penumpang bas.


Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.12 petang dan sepasukan pegawai dari Balai Bomba Nibong Tebal yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mohd Safi @Roslan Abdullah bersama tujuh anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian.

“Pihak bomba tiba di lokasi kebakaran kira-kira 20 minit kemudian dan mendapati api sudah dipadamkan oleh pemandu bas dengan menggunakan alat pemadam api dan air dengan bantuan anggota bomba sukarela dari Valdor, Permatang Tinggi, Taman Merak Jaya, Jawi serta Balai Bomba Sukarela dari Kulim, Kedah.


“Bas berkenaan dalam perjalanan dari Kulim ke Kuala Lumpur dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan. Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kebakaran dan kerugian,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/07

Siasat lelaki simpan senapang dalam kereta


Klang: Polis masih menjalankan siasatan susulan berikutan penemuan senapang jenis Shot Gun 12 Bore Semi Auto Browning dan 25 butir peluru, dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda milik seorang warga emas, pada pagi Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya sudah merampas senjata itu untuk memastikan kesahihan lesen dimiliki lelaki terbabit.


“Memang tidak menjadi kesalahan memiliki senjata sekiranya berlesen, namun tindakan warga emas terbabit yang membawanya pada waktu tengah malam menimbulkan kecurigaan.

“Lebih-lebih lagi senjata itu sepatutnya disimpan di dalam tempat khas, namun warga emas terbabit hanya meletakkannya di bawah tempat duduk sebelah kerusi pemandu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Kamarul Zaman berkata, lelaki itu tidak ditahan sebaliknya hanya diambil keterangannya.


Metro Ahad semalam melaporkan senapang patah yang disimpan selama 20 tahun oleh seorang lelaki dirampas selepas ditemui dalam kenderaan dibawa warga emas berkenaan dalam operasi itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/07

Pencak silat sesat


Seremban: Mereka menyertai sebuah persatuan silat di sekolah menengah sebagai sebahagian aktiviti kokurikulum, namun terkejut apabila seni mempertahankan diri itu menyebarkan dakyah songsang dengan mempertikaikan kebenaran al-Quran.
Apabila seorang daripada pelajar terbabit yang berusia 17 tahun menyanggah kenyataan itu, guru silat terbabit terus berang lantas melempar al-Quran sebelum memijak dan membakarnya.
Itu aduan diterima Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) daripada seorang pelajar terbabit awal tahun ini dan menyiasat mengenai ajaran sesat yang disebarkan guru persatuan silat berkenaan.

Sumber JHEAINS berkata selepas menerima aduan daripada seorang daripada pelajar terbabit, pihaknya sudah menemui pengurusan sekolah berkenaan bagi membincangkan perkara itu awal bulan ini.
Foto
SHAHRUL dan rakan, Iskandar menceritakan mengenai guru sebuah persatuan silat yang didakwa menyebarkan dakyah songsang.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lebih 10 pelajar sekolah itu menyertai persatuan silat di sekolah mereka sebagai aktiviti kokurikulum.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/07

‘Saya nak bayar hutang’

Pelabuhan Klang: Rayuan seorang ibu tunggal yang juga pemilik sebuah kedai runcit supaya dilepaskan daripada dikenakan tindakan tidak berjaya apabila dia ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Kastam dan Eksais Selangor kerana didapati menjual rokok seludup dalam satu pemeriksaan di Persiaran Sireh Junjung, di sini.
Kedai runcit milik ibu tunggal itu antara tiga kedai yang diperiksa dalam operasi Ops Premis yang dijalankan Kastam Selangor sekitar Kampung Seri Perantau dekat, di sini, Jumaat lalu.

Dia yang berusia 45 tahun itu berkata, dia mengaku mengetahui bahawa menjual rokok seludup adalah kesalahan di sisi undang-undang, tetapi demi menyara anak tunggalnya dan membayar hutang suaminya, membuatkan dia nekad berbuat demikian.
“Selepas suami keluar dari rumah dan tinggalkan kami bersama hutang, saya mengambil alih tugas menguruskan kedai runcit ini dan langsaikan hutang sedikit demi sedikit.

“Saya tahu menjual rokok ini salah, tapi memandangkan ia mendapatkan permintaan dalam kalangan pelanggan selain mencari duit lebih untuk melangsaikan hutang, saya terpaksa berbuat demikian (menjualnya),” katanya.

Menurut sumber, Ops Premis yang dilancarkan sejak 5 Mac lalu bertujuan untuk membanteras jualan rokok seludup di seluruh negara memandangkan ia mendapat permintaan tinggi.
Foto
ANGGOTA penguat kuasa kastam memeriksa premis yang menjual rokok seludup.
Sumber itu berkata, pihak Kastam tidak berkompromi dengan individu yang didapati menjual rokok seludup kerana perkara ini menyalahi undang-undang.

“Hasil pemeriksaan ke atas tiga kedai, dua daripadanya didapati menjual rokok seludup dan kami menahan dua individu berusia antara 30 hingga 45 tahun untuk siasatan.
“Jumlah rampasan rokok di kedua-dua kedai runcit berkenaan bernilai RM300 dan ia merangkumi RM2,000 nilai cukai,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/07

Isyarat tersekat


Kuala Lumpur: Faktor bateri lemah mungkin menjadi punca membataskan tempoh isyarat akustik yang diterima sebuah kapal milik Tentera Laut China, kelmarin, kerana isyarat ping itu dikesan hanya selama 90 saat.
Pakar Ukur Hidrografi dan Pemetaan Dasar Laut, Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Dr Mohd Razali Mahmud berkata, isyarat ping yang dikeluarkan kotak hitam lazimnya dihantar secara berterusan sehingga hayat bateri alat berkenaan tamat.
“Isyarat akustik yang dikeluarkan tidak terhad untuk suatu jangka masa saja, tetapi ia dihantar setiap detik dan isyarat yang dihantar akan diterima oleh pengesan ‘ping’ (Pinger Receiver) menerusi frekuensi 37.5 kHz.

“Frekuensi berkenaan adalah gelombang piawaian yang digunakan oleh mana-mana kotak hitam di dalam pesawat dan ia akan terus menghantar ping sehingga jangka hayat bateri tamat,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Foto
HELIKOPTER A S-70B-2 Seahawk (Tiger 75) turun ke dek kapal Tentera Laut Diraja Australia HMAS Toowoomba untuk mendapatkan bekalan, semalam.

Agensi berita Xinhua, kelmarin, melaporkan sebuah kapal perang China, Haixun 01 menerima satu isyarat akustik dalam frekuensi 37.5kHz, namun hanya kira-kira 90 saat.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/07

Malang si adik


Kepala Batas: Niat murni seorang kanak-kanak perempuan membantu ibu bapanya membersihkan rumah bertukar menjadi igauan buruk apabila dia berdepan risiko buta sebelah mata akibat terkena kayu.
Kejadian berlaku pada jam 6 petang, 12 Mac lalu ketika mangsa, Nur Syazrina Asfa Adnan, 5, bersama abangnya, Muhammad Syafi Akif, 7, membersihkan kawasan rumah mereka di Taman Bertam Indah, dekat sini.
Ketika itu, ibu bapa mereka Sabrina Abdul Kasim, 35, dan Adnan Salleh, 35, sedang membersihkan sampah tidak jauh dari tempat dua beradik itu berada.

Sabrina berkata, sebelum itu, Nur Syazrina dan Muhammad Syafi yang baru pulang dari mengaji ingin membantu membersihkan rumah dengan membuang kayu dan ranting pokok berselerakan.
Foto
REEZAL Merican (kanan) melihat keadaan Nur Syazrina yang berdepan risiko buta sebelah mata akibat terkena kayu sambil ditemani ibunya, Sabrina di Taman Bertam Indah, Kepala Batas, semalam.

“Kebetulan Muhammad Syafi sedang memegang kayu sepanjang kira-kira 0.4 meter untuk dibuang dan apabila dia berpaling, Nur Syazrina berada di sebelah menyebabkan kayu tertusuk pada mata kirinya.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/07

Amah terlepas tali gantung


Kota Bharu: Seorang amah warga Indonesia, Wilfrida Soik yang didakwa membunuh majikannya pada Disember 2010, terlepas hukuman gantung selepas didapati tidak bersalah oleh Mahkamah Tinggi atas alasan kurang siuman.
Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan keterangan menyatakan tertuduh berada dalam keadaan kurang waras ketika kejadian itu. 
 
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh warga emas, Yeap Seok Pen, 60, di sebuah rumah Kampung Chabang Empat Tok Uban, Pasir Mas antara jam 11 pagi hingga 12.30 tengah hari pada 7 Disember 2010. 
  
Dakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung jika sabit kesalahan.
Foto
WILFRIDA gembira selepas Mahkamah Tinggi membebaskan beliau kerana kurang siuman. FOTO Fathil Asri
  
Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim mengendalikan pendakwaan, manakala tertuduh pula diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Tania Scivetti dan Raftfizi Zainal Abidin.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/07