Search This Blog

Thursday, April 3, 2014

Lelaki disyaki tipu direman tiga hari


Shah Alam: Seorang lelaki yang disyaki menipu 39 bakal jemaah umrah sebuah persatuan pekerja syarikat swasta di Bukit Jati, Klang, 29 Mac lalu direman tiga hari bermula semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarulzaman Mamat berkata, suspek yang berusia 34 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret Klang bagi membolehkan pihak berkuasa mendapatkan perintah reman.

Menurutnya, selepas mahkamah membenarkan suspek direman, dia dibawa ke Lokap Berpusat Shah Alam untuk direman hingga esok.

“Bagaimanapun, tempoh reman mungkin dipanjangkan jika laporan siasatan masih tidak lengkap.



Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Beliau berkata, pasport milik semua mangsa yang dikatakan sudah dihantar ke Arab Saudi juga kini dilaporkan berada di Kedutaan Besar Arab Saudi di Ampang.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/03

Rakyat Malaysia diserang Taliban


Kuala Lumpur: Kementerian Luar Negeri, semalam mengesahkan seorang rakyat Malaysia antara warga asing yang diserang Taliban dalam sebuah rumah tamu di Kabul pada 28 Mac lalu.

Dalam kenyataannya di sini, Wisma Putra menyatakan rakyat Malaysia itu yang juga seorang pekerja sebuah kumpulan bantuan antarabangsa, sudah pulang dengan selamatnya ke Malaysia.


Justeru, Wisma Putra sekali lagi meminta rakyat Malaysia yang ke luar negara terutamanya negara berisiko tinggi supaya mendaftarkan diri di kedutaan Malaysia di sana atau di pusat transit.

“Ini membantu kedutaan dalam menyediakan bantuan konsul yang sepatutnya kepada rakyat Malaysia di luar negara,” kata kenyataan itu.


Tugas Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi turut merangkumi Afghanistan.

- BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/03

11 cedera kebakaran limpahan minyak


Gua Musang: Seramai 11 orang pelanggan kedai cedera dalam kebakaran membabitkan beberapa gerai makanan dalam kejadian di Persiaran Raya, di sini malam tadi.
Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, tujuh kenderaan termasuk dua Proton Wira, sebuah, Nissan Grand Livina dan sebuah Toyota Harrier turut terbakar.
Kejadian dipercayai berlaku apabila limpahan minyak dari stesen minyak Shell mengalir ke kawasan rendah di mana terletaknya gerai-gerai makanan. 

Apabila limpahan minyak sampai ke bahagian dapur gerai-gerai di sana, tiba-tiba bunyi letupan dan sekaligus berlakunya kebakaran.Foto
GERAI makanan yang terbakar. FOTO Ihsan Bomba dan Penyelamat

Semua mangsa yang mengalami melecur di badan dan kaki dikejarkan ke Hospital Gua Musang sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/03

Lelaki disyaki tipu direman tiga hari


Shah Alam: Seorang lelaki yang disyaki menipu 39 bakal jemaah umrah sebuah persatuan pekerja syarikat swasta di Bukit Jati, Klang, 29 Mac lalu direman tiga hari bermula semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarulzaman Mamat berkata, suspek yang berusia 34 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret Klang bagi membolehkan pihak berkuasa mendapatkan perintah reman.

Menurutnya, selepas mahkamah membenarkan suspek direman, dia dibawa ke Lokap Berpusat Shah Alam untuk direman hingga esok.

“Bagaimanapun, tempoh reman mungkin dipanjangkan jika laporan siasatan masih tidak lengkap.



Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Beliau berkata, pasport milik semua mangsa yang dikatakan sudah dihantar ke Arab Saudi juga kini dilaporkan berada di Kedutaan Besar Arab Saudi di Ampang.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/03

Kastam rampas RM486,020 rokok seludup


Oleh Junaidi Ladjana

Kota Kinabalu: Kastam Diraja Malaysia Sabah berjaya merampas sebanyak 47,500 bungkus rokok seludup dianggarkan bernilai RM486,020 selepas menahan sebuah lori kontena 1.5 tan di tepi jalan di Jalan Nosob Kobusak Penampang, dekat sini, Selasa lalu.

Pengarah Kastam Sabah, Datuk Janathan Kandok berkata, serbuan ini dilakukan selepas mendapat maklumat orang awam kira-kira jam 3.15 petang.


"Sebaik tiba di lokasi kejadian, tiada individu di dalam lori kontena berkenaan dan anggota kastam terpaksa membuka pintu kontena berkenaan.

"Hasil pemeriksaan merampas sebanyak 47,500 bungkus atau 950,000 batang rokok pelbagai jenama yang dipercayai belum lulus kastam yang dianggarkan bernilai RM104,500 dengan cukai terbabit RM486,020," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kastam Sabah, di sini, sebentar tadi.

Foto
JANATHAN (tengah) menunjukkan pelbagai jenis rokok seludup yang dirampas.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/03

Rayu jangan ambil pasport


Bera: “Saya merayu kepada suspek supaya tidak mengambil tiga pasport milik kami tiga beranak (termasuk suaminya, Selamat Omar, 60) kerana itu dokumen penting untuk memudahkan urusan perjalanan ke luar negara jika ada perkembangan terbaru mengenai kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.
“Namun, saya tidak sangka rayuan itu diterima suspek sebelum dia menyerahkan semula dokumen berkenaan,” kata Rosila Abu Samah, 50, ibu tiri kepada seorang penumpang pesawat MH370, Khairul Amri Selamat, 29, yang disamun dua lelaki dipercayai warga Indonesia dalam kejadian di FELDA Bukit Mendi, Triang, dekat sini, pagi semalam. 
Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, dua penyamun terbabit yang memakai topeng dan bersenjatakan parang melarikan rantai tangan, subang dan wang tunai milik mangsa mengakibatkan kerugian kira-kira RM10,000. 

Difahamkan, mangsa tinggal bersama anak perempuannya, Nur Kaiyisah Adibah Selamat, 8, kerana suaminya, Selamat berada di Putrajaya untuk mengikuti perkembangan pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac lalu.
Foto
ROSILA menunjukkan bilik yang berselerak selepas disamun.

Khairul Amri seorang daripada 227 penumpang pesawat MH370 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China kerana urusan kerja untuk membaiki sebuah jet milik syarikat persendirian di sana.

Mengimbas detik cemas itu, Rosila berkata, dia tersedar daripada tidur selepas lampu biliknya menyala sebelum melihat dua lelaki bertopeng sambil memegang parang berdiri di depannya. 

Menurutnya, seorang daripada lelaki itu kemudian mengacukan parang ke arahnya dan meminta dia mendiamkan diri sebelum suspek mengarahkannya supaya menyerahkan rantai tangan serta subang. 

Katanya, pada masa sama, seorang lagi suspek dengan rakus menyelongkar almari baju untuk mencari barang berharga sebelum mengambil rantai tangan, subang, wang tunai dan dua telefon bimbit. 

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/03

Hukuman kekal


Oleh Sarah Zulkifli

Shah Alam: “Kes ini diibaratkan seperti pepatah ‘harapkan pagar, pagar makan padi’ kerana perayu, seorang doktor sepatutnya memberikan rawatan terhadap pesakitnya, namun melakukan perkara yang sebaliknya.”

Demikian kata Hakim Datuk Noor Azian Shaari sebelum membuat keputusan mengekalkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua kali sebatan terhadap seorang doktor atas dua pertuduhan mencabul kehormatan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun di sebuah hospital di Kajang, tiga tahun lalu.

Keputusan itu dibuat terhadap Dr Ahmad Hisham Ashan, 44, selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam, menolak rayuan perayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dihadapinya.

Noor Azian dalam penghakimannya berkata, Mahkamah Majistret Kajang sebelum ini menjatuhkan hukuman terhadap perayu yang diperuntukkan undang-undang dan mahkamah ini tidak perlu mengganggu keputusan berkenaan.

“Saya dapati jika seseorang doktor mahu merawat pesakit yang berlainan jantina, mereka perlu ditemani orang ketiga.

“Justeru, rayuan perayu ditolak dan mahkamah mengekalkan sabitan dan hukuman,” katanya.

Pada 8 Februari 2013, Majistret Abdul Jalil Salam Muhamad menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan yang dijalankan secara serentak.

Mengikut pertuduhan pertama, Dr Ahmad Hisham didakwa mencabul kehormatan dengan memegang buah dada remaja perempuan yang juga pelayan restoran di wad hospital di Kajang antara jam 3.15 pagi hingga 4 pagi pada 25 Disember 2011.

Mengikut pertuduhan kedua, dia didakwa mencabul kehormatan mangsa sama dengan memegang kemaluannya pada masa, tempat dan tarikh sama.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Mengikut fakta kes, mangsa dihantar ke hospital itu pada jam 9 malam kerana remaja itu mengalami sakit perut.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/03

Dijual kakak angkat


Oleh Asmah Rusman

Sungai Buloh: Akibat kesempitan hidup kerana dibelenggu hutang keliling pinggang, dua remaja warga Indonesia nekad berhijrah ke negara ini, kira-kira sebulan lalu bagi mendapatkan peluang pekerjaan.

Bagaimanapun, hasrat mereka yang masing-masing berusia 17 dan 18 tahun bertukar mimpi ngeri apabila ditipu kakak angkat yang sebenarnya menjual mereka kepada ejen rumah urut untuk dijadikan pelacur.

Penderitaan dua remaja berkenaan tidak berpanjangan apabila diselamatkan polis dalam serbuan dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman di dua premis di Bukit Rahman Putra di sini, kelmarin.

Serbuan jam 10 malam yang diketuai Asisten Superintendan Shahrul Nizam Jaafar berjaya menahan 10 wanita Vietnam berusia 22 hingga 31 tahun yang turut dijadikan pelacur di premis berkenaan.

Menurut Shahrul Nizam, kedua-dua remaja berkenaan dijanjikan pekerjaan jurujual di sebuah kedai, namun sebaik tiba di negara ini mereka dipaksa menjadi pelacur.

“Mereka mendakwa terdesak mencari pekerjaan kerana dibebani hutang, malangnya sebaik tiba di sini, mereka dijual kepada ejen pelacuran.



Kedua-dua kes itu disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang (ATIP).

“Siasatan awal juga tidak menolak kemungkinan semua wanita ini dibekalkan ejen pelacuran,” katanya ketika ditemui.

Katanya, selain 12 wanita terbabit, polis turut menahan dua lelaki tempatan berusia 25 dan 30 tahun yang bekerja sebagai penjaga kaunter di premis berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/03

Angkut mesin ATM guna van


Subang Jaya: Tiga lelaki bertopeng hanya mengambil masa kurang 10 minit melarikan satu mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Putra Heights di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian pada jam 5 pagi itu, tiga lelaki yang identitinya belum dipastikan dilapor melarikan wang tunai RM160,000 bersama mesin berkenaan. 
Menurut sumber, tiga suspek menggunakan van jenis Toyota Hiace untuk menarik mesin ATM berkenaan sebelum melarikannya. 

Sumber itu berkata, polis menerima laporan kejadian itu daripada syarikat penggera apabila penggera keselamatan di bank berkenaan berbunyi sebelum mengarahkan anggota menjalankan pemeriksaan.
Foto
RUANG menempatkan mesin ATM di Putra Heights, Subang Jaya yang dilarikan perompak.

“Sebaik tiba, polis mendapati satu daripada dua mesin ATM di bank berkenaan hilang,” katanya.

Katanya, siasatan awal mendapati ketika kejadian, seorang pengawal keselamatan berusia 22 tahun bertugas. 

“Berdasarkan percakapan direkodkan terhadap pengawal keselamatan berkenaan, dia mendakwa melihat tiga lelaki bertopeng dan bersarung tangan masuk ke bank berkenaan sambil membawa tali. 

“Kumpulan terbabit menarik mesin berkenaan menggunakan sebuah van sebelum melarikannya menuju ke arah Lebuhraya ELITE,” katanya. 


Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/03

Pembunuh tak sempat lari


Dungun: “Saya segera berpatah balik dan memecut laju ke stesen bas sebaik mendapat tahu suspek berada di situ,” kata Pengurus Projek Saifudin Sulaiman, 42, yang berjaya menahan suspek kes bunuh pekerjanya di tapak projek pembinaan Masjid Kampung Durian Mentangau, di sini, semalam.
Dalam kejadian dipercayai berlaku awal pagi semalam, seorang buruh warga Myanmar berusia 20-an ditemui mati dengan kesan cedera parah di kepala di rumah kongsi didiami 14 pekerja yang menjadi tempat pergaduhan buruh terbabit.
Mangsa yang sudah lapan bulan bekerja di situ ditemui seorang pekerja lain dalam keadaan berlumuran darah dipercayai dipukul dengan objek keras.
Saifudin berkata, pada jam 8 pagi, dia menerima panggilan telefon daripada seorang pekerja warga Bangladesh memberitahunya menemui mayat seorang pekerja warga Myanmar di rumah kongsi terbabit.
“Ketika itu saya berada di rumah dan segera ke tapak projek untuk melihat kejadian dan pada masa sama, seorang pemandu jentera di situ memaklumkan ada ternampak seorang pekerja saya berjalan bersendirian di Bukit Bauk, di sini.
“Saya mengesyaki pekerja saya warga Myanmar yang berjalan kaki itu suspek kes bunuh sebelum saya bersama beberapa rakan menaiki kenderaan dan menjejakinya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.
Menurutnya, dia akhirnya menemui suspek yang tidak pandai berbahasa Melayu itu di stesen bas sebelum segera menghubungi polis.
“Suspek ketika itu sudah membeli tiket bas ke Kota Bharu, Kelantan dan saya percaya dia cuba melarikan diri selepas kejadian terbabit,” katanya.
Saifudin berkata, mangsa dan suspek bekerja dengannya sejak lapan bulan lalu dan mereka berdua amat akrab, tetapi dia tidak tahu bagaimana kejadian itu boleh berlaku.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Dungun untuk dibedah siasat.
“Seorang suspek lelaki warga Myanmar berjaya diberkas di stesen bas Dungun pada jam 9.45 pagi serta ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Polis masih memburu seorang lagi suspek berusia 20-an juga dari negara sama yang dipercayai terbabit dalam kes bunuh ini,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
Foto
ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa yang ditemui di rumah kongsi.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/03

Mati terkejut kereta dicuri


Oleh Mary Victoria Dass

Johor Bahru: Seorang pengusaha hotel bajet rebah dan meninggal dunia selang beberapa minit selepas menyaksikan keretanya dilarikan dua penjenayah berdekatan pondok pengawal kawasan perumahannya di Jalan Molek 1/6, Taman Molek, di sini, semalam.

Sebelum kejadian, lelaki berusia 66 tahun itu dikatakan dalam perjalanan ke pejabatnya sebelum muncul sebuah PROTON Gen 2 berwarna kuning menghalang laluannya selepas melalui pondok pengawal kawasan kediamannya, kira-kira jam 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Roslan Zainuddin berkata, dua lelaki kemudian turun dari kereta berkenaan sebelum menarik mangsa keluar dari Nissan Teana dipandunya dan terus melarikan diri meninggalkan PROTON Gen 2 dinaiki mereka di lokasi itu.

Beliau berkata, mangsa yang pada mulanya sempat pulang ke rumah dan menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian itu sebelum dikatakan rebah dan meninggal dunia.

“Kami tidak pasti sama ada kereta yang ditinggalkan suspek adalah kereta curi atau sebaliknya kerana siasatan masih dijalankan dan gerakan mengesan suspek sudah digerakkan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Roslan berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 395/397, Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dan bersenjata.

Buat cerita dicabul kekasih


Oleh Siti Nadirah Hafidzin

Johor Bahru: Gara-gara hubungan cinta tidak direstui keluarga, seorang wanita nekad membuat laporan polis kononnya dicabul kekasihnya di rumah lelaki terbabit di Kampung Melayu Majidee, di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, wanita terbabit yang datang ke rumah teman lelakinya itu mendakwa diberikan minuman sebelum khayal dan tidak sedarkan diri.

Sumber berkata, difahamkan, wanita lingkungan 20-an itu mendakwa kekasihnya kemudian meraba seluruh badan termasuk bahagian sulitnya ketika keadaan separuh sedar.

Menurutnya, wanita itu kemudiannya melaporkan kejadian itu kepada polis, namun siasatan awal mendapati wujud keraguan keterangan diberikan.

“Hubungan pasangan kekasih itu difahamkan tidak direstui keluarga menyebabkan wanita terbabit yang tidak bekerja berang dan cuba mencari pelbagai cara bagi membolehkannya berkahwin dengan teman lelakinya itu.

“Lebih meragukan apabila wanita itu turut mengaku dirogol beberapa kali oleh teman lelakinya sebelum ini, namun tidak membuat laporan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan lanjut sudah dijalankan termasuk memanggil lelaki berusia 30 tahun itu untuk direkod keterangan.

“Siasatan mendapati lelaki itu tiada pekerjaan tetap, namun sehingga kini dakwaan yang dibuat wanita itu masih meragukan.

“Kita akan menyiasat semua aspek selain merekod keterangan beberapa individu bagi membantu siasatan,” katanya di sini, semalam.

Sulaiman berkata, sehingga kini, ada beberapa keterangan wanita itu yang meragukan dan pihaknya juga akan menyiasat kemungkinan laporan dibuat itu adalah palsu atau berniat untuk memerangkap lelaki itu.

“Siasatan awal mendapati hubungan pasangan kekasih itu tidak direstui menyebabkan wanita itu sukar menerima kenyataan,” katanya.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/03

Rompak tempat awek bekerja


Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz dan Mohd Rizal Abdullah

Kuala Lumpur: Bahana berhutang dengan along berikutan ketagih permainan judi Internet, seorang lelaki nekad merompak kedai serbaneka tempat teman wanitanya bekerja di Bangunan Scott Garden, Jalan Klang Lama, Ahad lalu.

Dalam kejadian pada jam 10.30 pagi itu, lelaki berusia 26 tahun berkenaan turut mengurung teman wanitanya bersama juruwang dalam stor premis berkenaan sebelum melarikan wang tunai dan decoder kamera litar tertutup (CCTV) bernilai kira-kira RM30,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, suspek bersenjatakan pisau turut menarik rambut juruwang untuk mendapatkan wang tunai.

Menurutnya, teman wanita suspek yang berada dalam stor cuba membantu rakannya itu, namun dihalang suspek.

"Suspek kemudian mengurung teman wanitanya bersama juruwang berkenaan dalam stor premis itu," katanya pada sidang media, semalam.

Beliau berkata, sejurus menerima laporan kes berkenaan, suspek ditahan dan siasatan mendapati dia bekerja sebagai pengawal kelab malam di kawasan berhampiran premis dirompak itu.

Menurutnya, penahanan suspek membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki berusia 23 tahun yang juga rakan suspek di sebuah flat di Jalan Desa Bahagia, Taman Desa pada hari sama.

Katanya, polis menemui wang tunai RM6,000 yang disembunyikan dalam bekas pam tandas dipercayai wang hasil samun.

“Suspek kini direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun tanpa senjata api,” katanya.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/03

‘Saya malu jumpa anak’


Alor Setar: “Saya malu berjumpa anak kalau mereka tahu saya kena tangkap khalwat,” kata seorang wanita berusia 43 tahun sejurus ditahan bersama pasangan lelakinya oleh anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) kerana disyaki berkhalwat, malam kelmarin.
Wanita yang baru kematian suami enam bulan lalu mendakwa hanya mengikut lelaki berusia 25 tahun terbabit ke sebuah hotel murah di Jalan Lencong Barat, di sini, kerana mahu menunggu rakan mereka di situ.
Namun, keadaan pintu berkunci dari dalam menimbulkan syak mereka melakukan kegiatan maksiat walaupun memberi alasan baru masuk ke bilik hotel sebelum pintu diketuk anggota penguat kuasa JAIK.
Wanita yang tidak bekerja itu mendakwa mengenali pasangannya yang tinggal sekampung sebelum kematian suaminya walaupun lelaki terbabit hampir sebaya dengan anak perempuan sulungnya berusia 20 tahun.
Kedua-dua mereka ditahan sekitar jam 12 tengah malam dalam serbuan di hotel murah terbabit oleh anggota penguat kuasa JAIK yang menjalankan operasi berdasarkan maklumat.
Wanita yang berpakaian lengkap seluar jean dan kemeja-T itu mengaku kesilapannya menyewa bilik di hotel murah itu bersama pasangannya selain mendakwa mereka baru hendak makan sebelum pintu bilik diketuk berulang kali.
Ketua Penolong Pengarah (Penguat Kuasa) JAIK Syeikh Ahmad Faisol Omar berkata, pasangan itu ditahan mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana disyaki berkurung sehingga mendatangkan syak kepada orang ramai.
Beliau berkata, wanita itu sepatutnya mendidik tiga anak perempuannya selepas kematian suami, malah tidak sepatutnya melakukan perbuatan tidak bermoral itu kerana boleh mengundang malu kepada keluarganya.
“Mereka dibawa ke Balai Polis Kota Setar untuk dibuat laporan tangkapan dan dibawa ke pejabat agama daerah untuk diambil keterangan,” katanya.
Dalam serbuan berasingan di rumah tumpangan di Jalan Pegawai, di sini, seorang wanita yang berstatus isteri orang beranak dua dicekup berkhalwat dengan seorang lelaki berstatus duda anak tiga.
Pasangan masing-masing berusia 23 dan 31 tahun itu ditahan ketika berdua-duaan dalam sebuah bilik di rumah tumpangan berkenaan sambil memberi alasan mahu berbincang berhubung masalah peribadi masing-masing.
Menurutnya, lelaki terbabit mendakwa baru berpisah dengan isteri keduanya pada Disember lalu dan berhasrat mahu berkahwin dengan pasangannya itu yang mendakwa dalam proses bercerai dengan suami.
“Kami hanya mengambil keterangan mereka untuk membantu siasatan sebelum kes dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah kerana kesalahan berkhalwat,” katanya.
Mengikut seksyen itu, sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Katanya, pihaknya meneruskan operasi berkala di hotel murah atau rumah tumpangan di bandar raya ini selain operasi di daerah dalam membanteras kegiatan maksiat dalam kalangan muda-mudi.
Foto
WANITA berstatus isteri orang dan duda beranak tiga yang ditahan kerana disyaki berkhalwat.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/03

Bumbung terbang hempap kereta


Menurut Abd Aziz Shukri, 41, seorang pelanggannya membuat keputusan tepat untuk tidak meneruskan hasrat mencuci kereta di premis itu selepas mendapati awan mendung berserta bunyi guruh dalam kejadian jam 5 petang itu.
“Dia antara seorang daripada pelanggan tetap saya, tetapi semalam dia membatalkan hasrat mencuci keretanya apabila mendapati tanda bahawa hari akan hujan dan beredar pulang ke rumah.
“Beberapa minit kemudian, berlaku angin kencang sebelum bumbung pusat mencuci kereta ini bergegar serta terangkat beberapa meter dan diterbangkan sejauh 10 meter,” katanya.
Abd Aziz berkata, suasana itu turut mencetuskan rasa panik kerana bimbang bumbung yang diterbangkan itu jatuh menghempap rumahnya yang berdekatan.
Katanya, apabila bumbung itu jatuh di depan rumah, dia menjerit mengarahkan isteri, Noraini Atikami, 41, dan anak lelakinya, Mohd Aris, 10 yang berada di dalam rumah keluar kerana dibimbangi rumah mereka pula diterbangkan angin kencang itu.
Bumbung yang diterbangkan itu turut menghempap sebuah PERODUA Kancil milik Abd Aziz yang tidak sempat dialihkan sehingga menyebabkan kerosakan teruk.
“Angin kencang serta hujan lebat yang melanda selama 20 minit itu benar-benar membuatkan kami sekeluarga ketakutan, tetapi bersyukur semua selamat,” katanya.
Menurutnya, dia tidak dapat menganggarkan jumlah kerugian dialami buat masa ini.
Foto
BUMBUNG pusat cuci kereta Abd Aziz yang terbang dan menghempap keretanya, semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/03

Dapat ‘habuan’ cuba curi lembu


Bukit Mertajam: Dua lelaki disyaki terbabit dengan cubaan mencuri lembu parah dibelasah empat lelaki dalam kejadian di Kampung Sungai Lembu, Machang Bubuk di sini, kira-kira jam 5.30 petang, kelmarin.
Suspek berusia 26 dan 27 tahun itu dikatakan mengalami lebam pada badan akibat ditumbuk dan ditendang empat lelaki berkenaan berusia lingkungan 34 hingga 50 tahun, seorang daripada mereka dipercayai pemilik haiwan ternakan berkenaan. 
Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Superintendan Baharom Abu, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan pihaknya bertindak menahan semua enam individu berkenaan untuk membantu siasatan kes. 

Dua pemuda berkenaan juga bernasib baik apabila sekumpulan penduduk kampung melihat kejadian itu bertindak meleraikan dan menenangkan kumpulan lelaki berkenaan ketika itu tidak dapat menahan kemarahan selepas suspek dikatakan cuba mencuri lembu.
Foto
SUSPEK ditahan polis selepas dibelasah 4 penduduk kampung.
Foto
PIHAK berkuasa memeriksa kereta suspek.

“Kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah kampung di Kulim Kedah. Menyedari gelagat mereka diperhatikan empat lelaki berkenaan kedua-duanya melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta PROTON Wira Aeroback.

“Empat lelaki berkenaan kemudian bertindak mengejar kereta dinaiki dua pemuda berkenaan sebelum dipintas di lokasi kejadian, kerana marah mereka terus membelasah suspek berkenaan,” katanya. 

Baharom berkata, pemuda berkenaan kemudian dirujuk ke Hospital Seberang Jaya (HSJ), untuk mendapatkan rawatan berikutan luka dan lebam dialami akibat dibelasah suspek bagaimanapun ditahan semula untuk membantu siasatan kes berkenaan sejurus kemudian. 

Siasatan dilakukan untuk mengetahui punca sebenar menimbulkan kemarahan empat lelaki berkenaan sama ada akibat salah faham atau tindakan suspek cuba mencuri haiwan ternakan penduduk kampung. 

“Orang ramai dinasihatkan tidak terlalu mengikut perasaan dengan membelasah atau memukul mana-mana individu yang disyaki melakukan jenayah kerana dikhuatiri hanya akan memberikan kesan buruk kepada diri sendiri. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/03

Kepala berasap, mulut berbuih


Alor Gajah: Rambut berasap, tubuh menggeletar dan mulut berbuih. Itu detik cemas dilalui pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ayer Paabas, di sini, apabila disambar petir dalam kejadian di padang sekolah berkenaan petang kelmarin.
Kejadian jam 6 petang menyebabkan pelajar tingkatan satu, Johan Jasmin, kini koma dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Melaka.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang ke asrama selepas beriadah bersama 200 pelajar lain sebelum dia tiba-tiba rebah akibat disambar petir.
Mangsa yang berada di tengah kelompok pelajar rebah serentak dengan bunyi dentuman petir menyebabkan badannya menggigil, rambut berasap dan mulut berbuih.
Sumber berkata, ketika kejadian cuaca cerah, namun kedengaran bunyi guruh beberapa kali sebelum guru bertugas mengarahkan mangsa bersama pelajar lain beredar dari kawasan padang dan masuk ke bangunan asrama.
“Ketika kumpulan pelajar beriadah kedengaran bunyi guruh dan beberapa guru memberi arahan supaya beredar meninggalkan padang dan berlindung ke tempat lebih selamat.
Namun, ketika berjalan bersama 200 pelajar lain ke arah bangunan asrama, mangsa tiba-tiba disambar petir.
“Menyedari kejadian itu, guru dan beberapa rakan cuba menggerakkan mangsa, namun tiada tindak balas lalu guru bertugas terus menghantarnya ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan,” katanya, semalam.
Menurutnya, ketika rawatan kecemasan dilakukan, paramedik memaklumkan terdapat kesan lebam dan terbakar selain bau hangit di bahagian kepala mangsa dipercayai disambar petir.
Sumber itu berkata, mangsa yang berasal dari Shah Alam, Selangor, dalam keadaan lemah dan sukar bernafas selain pucat seluruh tubuh lalu diberikan bantuan menggunakan mesin pernafasan sebelum dirujuk ke ICU Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, jurucakap Hospital Melaka berkata, keadaan mangsa masih kritikal dan menggunakan bantuan mesin pernafasan serta kini ditempatkan di ICU hospital berkenaan untuk rawatan selanjutnya.
Pengarah Jabatan Pendidikan Melaka Md Rashid Husin mengesahkan kejadian dan berkata, pihaknya menunggu laporan penuh mengenai kejadian dari pengurusan sekolah berkenaan untuk tindakan selanjutnya.
“Saya difahamkan, mangsa bersama pelajar lain berada di atas padang sekolah berkenaan melakukan aktiviti bersukan sebelum diarahkan masuk ke bangunan selepas melihat cuaca gelap.
“Ketika berjalan masuk ke dewan, mangsa secara mengejut rebah dan tidak sedarkan diri lalu dihantar oleh seorang guru pemantau ke Hospital Alor Gajah untuk dapatkan rawatan lanjut,” katanya.
Beliau berkata, difahamkan hanya seorang mangsa saja yang terbabit dalam kejadian berkenaan, manakala lebih 200 pelajar lain selamat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Mohamad Laham ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu, namun masih belum menerima sebarang laporan polis daripada pihak berkaitan.
Foto
KEADAAN mangsa kritikal selepas dipanah petir dihantar ke Hospital Melaka dan ditempatkan di ICU untuk rawatan lanjut.
Foto
PADANG bola keranjang di sekolah berkenaan dipercayai tempat mangsa rebah selepas dipanah petir, petang kelmarin.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/03

Hukuman kekal


Oleh Sarah Zulkifli

Shah Alam: “Kes ini diibaratkan seperti pepatah ‘harapkan pagar, pagar makan padi’ kerana perayu, seorang doktor sepatutnya memberikan rawatan terhadap pesakitnya, namun melakukan perkara yang sebaliknya.”

Demikian kata Hakim Datuk Noor Azian Shaari sebelum membuat keputusan mengekalkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua kali sebatan terhadap seorang doktor atas dua pertuduhan mencabul kehormatan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun di sebuah hospital di Kajang, tiga tahun lalu.

Keputusan itu dibuat terhadap Dr Ahmad Hisham Ashan, 44, selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam, menolak rayuan perayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dihadapinya.

Noor Azian dalam penghakimannya berkata, Mahkamah Majistret Kajang sebelum ini menjatuhkan hukuman terhadap perayu yang diperuntukkan undang-undang dan mahkamah ini tidak perlu mengganggu keputusan berkenaan.

“Saya dapati jika seseorang doktor mahu merawat pesakit yang berlainan jantina, mereka perlu ditemani orang ketiga.

“Justeru, rayuan perayu ditolak dan mahkamah mengekalkan sabitan dan hukuman,” katanya.

Pada 8 Februari 2013, Majistret Abdul Jalil Salam Muhamad menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan yang dijalankan secara serentak.

Mengikut pertuduhan pertama, Dr Ahmad Hisham didakwa mencabul kehormatan dengan memegang buah dada remaja perempuan yang juga pelayan restoran di wad hospital di Kajang antara jam 3.15 pagi hingga 4 pagi pada 25 Disember 2011.

Mengikut pertuduhan kedua, dia didakwa mencabul kehormatan mangsa sama dengan memegang kemaluannya pada masa, tempat dan tarikh sama.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Mengikut fakta kes, mangsa dihantar ke hospital itu pada jam 9 malam kerana remaja itu mengalami sakit perut.


Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/03

Pemandu rentung kereta terbakar


Mangsa Lim Eng Heng, 33, yang dikenal pasti ahli keluarganya ditemui rentung di tempat duduk pemandu selepas dipercayai sedang tidur ketika kejadian.
Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 5.38 pagi sebelum anggotanya bergegas ke tempat kejadian dan mendapati terdapat satu mayat rentung dalam kereta itu.

“Keadaan mayat terbakar 80 peratus dan kebakaran itu menyebabkan polis tidak dapat mengenal pasti identiti mangsa berikutan kenderaan dinaiki didaftarkan atas nama seorang warga tua yang uzur dan tinggal di Banting, malah kenderaan itu juga tidak dilaporkan hilang.
Foto
ANGGOTA forensik bomba memeriksa kereta terbakar.

“Bagaimanapun, seorang ahli keluarga mangsa yang datang ke tempat kejadian mengesahkan mangsa anak pemilik kereta berkenaan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Beliau berkata, siasatan awal pihaknya tidak menemui sebarang tanda yang boleh mengaitkannya dengan perbuatan jenayah dan kebakaran dipercayai berpunca daripada masalah bateri. 

“Bagaimanapun, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk dibedah siasat dan polis akan menunggu laporan hasil bedah siasat nanti.

“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, namun jika laporan bedah siasat mengatakan sebaliknya, kita akan membuka kertas siasatan baru,” katanya.


Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/03

‘Kubur paling sempurna’


Hong Kong: Seorang pakar feng shui mati tertimbus dalam tanah runtuh di sebuah tanah perkuburan di sini, hanya beberapa saat selepas menunjukkan ‘tempat pengebumian paling sempurna’ kepada sebuah keluarga.

Anggota keluarga De Meng, 75, yang baru meninggal dunia meminta pakar feng shui berkenaan, Zheng Guoqiang, 55, menunjukkan tempat paling sesuai untuk menyemadikan De Meng.


Selepas membuat penilaian tanah perkuburan itu, Zheng yang dianggap antara pakar feng shui paling terkenal Hong Kong memberitahu keluarga berkenaan dia sudah menemui lokasi paling sempurna.

Menurut satu-satunya orang yang terselamat dalam kejadian itu, tanah runtuh berlaku sejurus selepas pengumuman itu, mengakibatkan enam daripada tujuh anggota keluarga itu maut bersama Zheng.


Hong Kong yang kekurangan tanah semakin banyak melihat kawasan bukit curam digunakan untuk tujuan pengebumian. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/03

Padah ugut sepupu dengan sabit



AHMAD (kiri) dibawa ke Penjara Pengkalan Chepa selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan semalam.


KOTA BHARU – Perbuatan seorang penganggur menakutkan sepupunya dengan mengancam untuk mencederakannya dengan sebilah sabit membawa padah apabila dia dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Ahmad Nasir, 23, setelah dia mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.
Ahmad didakwa menakutkan secara jenayah dengan mengancam untuk mencederakan Mohsin Shikh Halim, 38, menggunakan sebilah sabit berhulu kayu di rumah nenek mereka di Lorong Kampung Baru 2, Jalan Wakaf Mek Zainab, di sini pada pukul 7.30 malam, 3 Mac lalu.
Pertuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0403&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2xn8FueUL 
Hakcipta terpelihara 

Wanita hamil dirogol lima lelaki


BACHOK – Seorang wanita yang hamil tujuh bulan menjadi habuan seks lima lelaki apabila dirogol bergilir-gilir di sebuah wakaf di tengah sawah padi di sini Isnin lalu.
Sebelum kejadian pukul 11.30 malam, mangsa yang berusia 21 tahun dan merupakan ibu kepada seorang anak itu dikatakan pergi ke rumah seorang rakan wanitanya yang terletak di kampung berhampiran.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, dari rumah rakannya itu, mangsa kemudian mengajak adik perempuan rakannya itu untuk keluar membeli makanan di sebuah kedai berhampiran.
Menurut beliau, ketika dalam perjalanan menunggang motosikal, teman lelaki kepada adik rakan mangsa mengekori motosikal ditunggangi mangsa.
Turut mengekori mereka, dua lagi lelaki lain.
Abdul Hamid berkata, mangsa dan gadis itu kemudian berhentikan motosikal di tepi jalan bagi berbincang dengan kumpulan lelaki yang mengekori mereka.
“Selepas itu, kedua-dua wanita terbabit dibawa pergi ke sebuah wakaf di kawasan sawah padi tidak jauh dari situ,” kata beliau.
Di wakaf itu, mangsa ditinggalkan bersendirian di situ sementara menunggu gadis itu dan kekasihnya berbincang mengenai masalah hubungan mereka.
Abdul Hamid memberitahu, tidak lama selepas itu, mangsa didatangi kekasih gadis itu dan dua lagi lelaki.
“Mangsa yang berseorangan di wakaf itu kemudian dirogol oleh ketiga-tiga lelaki itu. Tidak berakhir di situ, suspek keempat dan kelima yang dipercayai dihubungi rakan-rakan mereka turut datang ke lokasi kejadian dan turut merogol mangsa secara bergilir-gilir,” kata beliau.
Mangsa dihantar pulang ke rumahnya pada pukul 4.30 pagi oleh salah seorang suspek. Suspek itu turut memohon maaf kepada mangsa atas kejadian tersebut.
Kata beliau, mangsa kemudian membuat laporan pada pukul 7 pagi semalam dan polis kini sedang memburu kelima-lima suspek itu yang semasa kejadian dipercayai mabuk.
Difahamkan, semasa kejadian suami mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori tiada di rumah kerana bekerja di ibu negara.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0403&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2xn84EwhN 
Hakcipta terpelihara 

Rumah Selamat dirompak



ROSILA menunjukkan keadaan rumahnya yang berselerak selepas dimasuki perompak di Felda Bukit Mendi dekat Bera, Pahang semalam.


BERA – Ibu tiri kepada seorang penumpang pesawat MH370, Rosila Abu Samah, 50, mengalami detik cemas apabila disamun dua lelaki dipercayai warga Indonesia, di Felda Bukit Mendi, Triang, dekat sini pagi semalam.
Dalam kejadian pukul 4.30 pagi itu, Rosila hanya tinggal berdua bersama anak perempuannya, Nur Kaiyisah Adibah, 8, kerana suaminya Selamat Omar, 60, berada di Hotel Everly, Putrajaya mengikuti perkembangan kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.
Selamat merupakan ayah kepada Mohd. Khairul Amri, 29, salah seorang penumpang pesawat MH370.
Menceritakan semula detik cemas berkenaan, Rosila berkata, ketika sedang tidur, secara tiba-tiba lampu biliknya terpasang dan dua lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang menyuruhnya diam agar tidak dicederakan.
“Salah seorang menyuruh saya menyerahkan kesemua wang kemas yang dipakai manakala seorang lagi menyelongkar almari mencari barang berharga.
“Saya sempat merayu kepada mereka supaya jangan ambil tiga buah pasport kepunyaan saya, suami dan anak kerana sukar nak ke luar negara sekiranya terdapat sebarang berita mengenai MH370” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Menurutnya, kedua-dua penjenayah berkenaan kemudian melarikan diri bersama-sama rantai tangan, subang dan wang tunai yang keseluruhannya bernilai kira-kira RM10,000.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0403&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2xn7WuNHq 
Hakcipta terpelihara 

Buruh Myanmar di tapak bina masjid mati dibunuh



POLIS memeriksa lokasi seorang buruh warga Myanmar yang mati dibunuh rakan sekerja di rumah kongsi di Kampung Durian Mentangau, Dungun semalam.


DUNGUN - Seorang buruh kontrak warga Myanmar maut selepas dipukul dua rakannya di sebuah rumah kongsi di Kampung Durian Mentangau di sini semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi itu disedari seorang pekerja warga Bangladesh yang memaklumkan kejadian tersebut kepada penyelia tapak projek pembinaan masjid di kampung tersebut.
Menurutnya, penyelia itu menemui mayat mangsa yang berusia 22 tahun dengan beberapa kesan kecederaan akibat dipukul menggunakan besi.
"Kita percaya mangsa dipukul menggunakan besi perancah dan akibat pukulan itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada kepala serta cedera di dada, kaki dan tangan," kata beliau kepada pemberita di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0403&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2xn7EoJh7 
Hakcipta terpelihara 

Pemuda buli ibu, adik dipenjara



MOHD. HAFIZI dijatuhi hukuman penjara selepas didakwa menumbuk, mencedera ibu dan dua adiknya di Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Hanya kerana kuantiti keropok dan pisang goreng yang dibeli tidak seperti dipesan, seorang pemuda tergamak menumbuk ibu dan adik lelakinya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Nilam Puri di sini pada 5 Februari lalu.
Dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, penganggur itu turut didakwa mengacu parang dan melempar piring kaca ke arah seorang lagi adik perempuannya.
Bagaimanapun, semua perbuatan Mohd. Hafizi Baharuddin, 26, menerima balasannya apabila Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atasnya semalam.
Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman tersebut setelah Mohd. Hafizi mengaku bersalah atas keempat-empat tuduhan iaitu mengugut adik perempuannya, Rofizah, 20, dengan parang, mencederakan belakang badan Rofizah dengan melempar piring kaca, mencederakan ibunya, Sharifah Mamat, 48, dengan menumbuk paha wanita itu dan mencederakan adik lelakinya, Mohamad Hafizul, 17, dengan menumbuk belakang lehernya.
Difahamkan, kejadian berlaku setelah tertuduh naik berang apabila kuantiti keropok dan pisang goreng yang dibeli oleh Mohd. Hafizul tidak seperti yang diminta tertuduh.
Bagi pertuduhan pertama, Mohd. Hafizi didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengangkat sebilah parang berukuran 42 sentimeter untuk mencederakan Rofizah.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0403&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2xn73fTWu 
Hakcipta terpelihara 

Habuk dari Gurun Sahara punca Britain dilanda asbut tebal

KAWASAN perniagaan Canary Wharf dilanda asbut di London, England semalam.


LONDON - Pihak berkuasa Britain semalam memberi amaran pencemaran udara daripada pelepasan sisa industri dan habuk yang diterbangkan dari Gurun Sahara di Afrika menyebabkan sebahagian besar Britain dilitupi asbut tebal.
Pihak berkuasa juga mengeluarkan amaran kepada orang ramai yang mempunyai masalah jantung atau paru-paru supaya tidak membuat sebarang aktiviti di luar rumah.
Asbut ialah campuran asap dengan kabus.
Jabatan Alam Sekitar United Kingdom memberitahu bahawa tahap pencemaran udara mungkin mencecah tahap tertinggi iaitu pada tahap 10.
Kata jabatan itu lagi, kabus itu berpunca daripada pencemaran dari Britain dan kawasan industri di benua berkenaan yang tidak bergerak kerana tiupan angin sederhana.
Satu ribut yang melanda Gurun Sahara turut menerbangkan habuk sekali gus memburukkan lagi keadaan.
Pada minggu ini, ramai penduduk terkejut selepas mendapati kenderaan mereka dilitupi habuk berwarna merah.
Seorang jurucakap Kesihatan Awam England, Paul Cosford memberitahu stesen televisyen BBC, mereka yang mempunyai masalah jantung atau pernafasan dinasihatkan mengurangkan aktiviti di luar selama beberapa hari.
Pencemaran udara itu dijangka berkurangan menjelang esok. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0403&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2xmb0FdQr 
Hakcipta terpelihara 

Buaya baham empat orang ditangkap

SEJUMLAH orang menyaksikan seekor buaya yang membaham empat orang di daerah Jinja, Uganda pada 31 Mac lalu.


KAMPALA - Seekor buaya yang telah membaham empat orang di daerah Jinja dan Mayuge, tebing Tasik Victoria kini ditangkap oleh anggota-anggota Pihak Berkuasa Hidupan Liar Uganda (UWA) pada 31 Mac lalu selepas haiwan itu diburu selama empat hari di Jinja.
Pegawai UWA, Sulani Tumanya berkata, buaya berusia 80 tahun itu mempunyai berat sekitar 1,000 kilogram (kg).
Berat tersebut cuma 47kg kurang daripada buaya paling berat di dunia, Lolong.
Petugas-petugas UWA dan penduduk setempat memburu reptilia pembunuh itu di sepanjang Tasik Victoria.
Lolong merupakan spesies buaya air masin dari Filipina seberat satu tan dengan panjang 6.4 meter.
Buaya itu mati pada 10 Februari 2013 pada usia 50 tahun kerana penyakit misteri di kurungan di bandar Bunawan selepas 17 bulan ditangkap di sebuah teluk kecil oleh para pemburu haiwan tersebut selepas ia dipercayai membaham seorang nelayan.
"Orang ramai merayu kepada UWA agar menjejaki buaya itu ekoran kematian seorang penduduk bandar Kakira dalam daerah Jinja," kata Tumanya.
Menurutnya, haiwan ganas itu yang diperangkap menggunakan umpan daging dan sebilah cangkuk empat hari lalu akan dipindahkan ke Taman Negara Jeram Murchison. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0403&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2xmafChYA 
Hakcipta terpelihara 

SPA dedah penipuan RM500


PUTRAJAYA 2 April - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) hari ini mendedahkan kegiatan satu sindiket penipuan bagi tujuan memperdayakan orang ramai yang mahu mendapatkan pekerjaan di sektor awam dengan dikenakan bayaran sebanyak RM500.
Pengerusinya, Tan Sri Mahmood Adam berkata, SPA menerima maklumat mengenai kegiatan tersebut melalui laporan yang dibuat orang ramai.
“Kami menerima beberapa laporan orang ramai bahawa ada pihak tertentu atau sindiket mengguna pakai nama SPA bagi tujuan panggilan temuduga.
“Panggilan itu bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), kolej dan universiti untuk mendapatkan pekerjaan di sektor awam dengan mengenakan bayaran RM500," katanya melalui satu kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu Mahmood menjelaskan, semua permohonan pekerjaan di sektor awam dilakukan atas talian secara percuma melalui laman web, www.spa.gov.my setelah jawatan-jawatan tersebut diiklankan di akhbar-akhbar tempatan apabila terdapat kekosongan.
Ujar beliau, semua calon yang berjaya akan dipanggil temuduga bagi sebarang jawatan menerusi surat, e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS) atau panggilan telefon.
“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan sindiket tersebut jika mahu mendapatkan pekerjaan di sektor awam," katanya.
“Mereka juga dinasihatkan supaya membuat laporan polis sekiranya terdapat tawaran pekerjaan oleh sindiket tersebut bagi mengelakkan sebarang penipuan," katanya.
Untuk pertanyaan lanjut katanya, orang ramai boleh menghubungi SPA menerusi nombor telefon 03-88856000, Setiausaha Bahagian Pengambilan Khas (03-88856010), Setiausaha Bahagian Pengambilan (03-88856014) atau Unit Pendaftaran SPA, 03-88856297/03-88856298.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140403/je_02/SPA-dedah-penipuan-RM500#ixzz2xmYudVOK
© Utusan Melayu (M) Bhd