Search This Blog

Thursday, March 27, 2014

Janda 51 tahun tauke dadah

dadah
JOHOR BAHRU - Seorang janda berusia 51 tahun ditahan bersama seorang lelaki dalam satu serbuan oleh sepasukan anggota narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU), Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah JBU, Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abdul Rahman berkata, dalam serbuan kira-kira jam 4 petang di sebuah rumah di Bandar Baru Uda, di sini, pihaknya menemuipelbagai jenis dadah dan alat menghisap syabu termasuk wang tunai disyaki hasil jualan dadah sebanyak, RM1,222.

Menurutnya, polis menemui 24 paket plastik berisi dadah disyaki jenis heroin berat kasar 138.3 gram, tujuh paket disyaki berisi syabu dengan berat kasar 2.26 gram dan satu paket dadah disyaki ganja berat kasar 0.35 gram.

“Wanita terbabit yang tiada pekerjaan turut memiliki tiga rekod lampau berkaitan kes dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Manakala, seorang lagi suspek berstatus bujang berumur 35 tahun berkenaan bekerja sebagai pembantu stor kilang turut mempunyai empat rekod jenayah berkaitan kes dadah,” katanya.

Beliau berkata, semua dadah dianggarkan bernilai kira-kira RM2,500 itu dipercayai boleh menampung bekalan 100 penagih.

Mohd Khamsani berkata, saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis morfin.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) kerana memiliki heroin, jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati,” katanya.

Dua lelaki cedera disimbah asid oleh rakan


27 Mac 2014


PASIR PUTEH - Dua lelaki termasuk seorang remaja berusia 14 tahun cedera selepas disimbah asid oleh seorang lelaki dalam kejadian di Kampung Banggol Pak Esah di sini semalam.
 
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal berkata, kejadian berlaku pukul 10.15 malam ketika kedua-duanya iaitu Tuan Zulashraf Tuan Yaacob, 14, dan Emi Azman, 22, berada di sebuah gerai menjual burger.
 
"Seorang lelaki yang menunggang motosikal menghampiri mereka dan menyimbah cecair yang diisi di dalam botol sebelum melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
 
Menurutnya akibat kejadian itu  Emi mengalami cedera parah di muka dan badan serta dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, manakala Zulashraf pula menerima rawatan pesakit luar di Hospital Tengku Anis di sini.
 
Katanya siasatan awal polis mendapati suspek dikenali oleh mangsa.  - Bernama

Warga emas lumpuh rentung


NOOR AZLIDA ALIMIN
27 Mac 2014


RANTAU PANJANG – Tiga rumah di Rantau Panjang terbakar dalam dua kejadian berasingan, malam semalam.

Kejadian pertama berlaku pada jam 9.15 malam, di Kampung Tasek Bakong dan mengorbankan seorang warga emas.

Selang lima jam kemudian, kebakaran kedua berlaku di Kampung Banggol Kulim melibatkan dua rumah namun tiada kecederaan jiwa dilaporkan.

Pada kejadian pertama, mangsa May Kalsom Daud, 71, berada di tingkat dua rumah tidak mampu keluar kerana lumpuh sementara anaknya tiada di rumah kerana berada di hospital.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Abd Jalil Ishak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.21 malam dan bergegas ke tempat kejadian dengan kekuatan tujuh anggota.

"Setibanya di tempat kejadian, kita dapati rumah terbakar hampir 90 peratus terutama di bahagian berkayu di tingkat atas.

"Api berjaya dikawal 20 minit kemudian dan mangsa yang rentung dibawa ke hospital Pasir Mas untuk tindakan lanjut," katanya.

Mayat tanpa kepala dipercayai remaja hilang

 Cari botol jumpa mayat tanpa kepala
KUANTAN - Mayat tanpa kepala yang ditemui di Pantai Batu 6 Janglau dekat Rompin semalam dipercayai remaja yang dilaporkan hilang semasa memancing bersama bapanya pada 16 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Rompin Superintenden Johari Yahaya berkata mangsa, Muhd Ikhmal Danial Mohamad, 17, beralamat di Taman Inderapura di sini, dan tidak lagi bersekolah.

[Artikel berkaitan: Cari botol jumpa mayat tanpa kepala ]
Katanya mengikut laporan polis yang dibuat bapanya, Mohamad Isa, 40-an, pada hari kejadian, dia dan mangsa keluar memukat ikan dengan sebuah bot bersama tiga lagi rakannya di perairan Chukai, Kemaman.

Johari berkata ketika sedang memukat ikan di kawasan perairan itu, mangsa yang berada di dalam bot tiba-tiba terjatuh ke dalam laut.

"Mohamad bersama tiga rakannya itu cuba mencari dan menyelamatkan mangsa namun gagal lalu bergegas membuat laporan polis," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pengecaman setakat ini berdasarkan pada baju yang dipakai mangsa dan tulisan namanya pada belakang baju dengan pen marker.

"Polis juga sudah memaklumkan kepada keluarganya dan mayat akan dituntut pada hari ini bagi urusan pengebumian," katanya.

Mayat tanpa kepala itu ditemui terdampar di tepi pantai terbabit oleh dua nelayan yang sedang mengutip botol kira-kira 8 pagi semalam. - Bernama

Penggoreng keropok tersembam dalam kuali

ROSDALILAH ZAHARI
 Penggoreng keropok tersembam dalam kuali
Mangsa dibawa keluar daripada rumah selepas maut melecur di Jalan Ampang Baru 6, di Ipoh, petang tadi.
26 Mac 2014
 IPOH - Nasib seorang penggoreng keropok ikan berakhir tragedi apabila maut selepas melecur seluruh badan dalam kejadian yang berlaku di Jalan Ampang Baru 6, di sini, petang tadi.

Mangsa, Lee Oi Lin, 66, dipercayai sedang menggoreng keropok ikan di dapur rumahnya sebelum tertiarap dengan muka tersembam di dalam kuali.

Difahamkan wanita warga emas terbabit ada mengambil ubat darah tinggi dan sejak dua, tiga hari kebelakangan ini mangsa kurang sihat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, P Samasuvam berkata, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 6.34 petang dan jentera pertama tiba sembilan minit kemudian.

Menurutnya, ketika tiba di tempat kejadian mereka menemui mangsa sudah melecur 100 peratus di bahagian badan dan tiada kesan api ditemui
berhampiran mangsa.

"Ketika tiba di tempat kejadian mangsa didapati sudah meninggal dunia berhampiran dapur memasak dengan keadaan tertiarap.

"Difahamkan, jiran mangsa cuba menyelamatkan mangsa dengan menjirus air takungan hujan yang berada berhampiran rumah.

"Siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia akibat melecur di seluruh badan namun punca sebenar kebakaran masih disiasat.

"Sewaktu kejadian, mangsa hanya tinggal berseorangan di rumah," jelasnya.
Katanya, sebanyak empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh dengan kekuatan anggota serta pegawai seramai 15 orang dikejarkan di tempat kejadian.

"Mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan punca kejadian masih disiasat," katanya.

Warga asing maut kemalangan

WARTAWAN SINAR HARIAN
Warga asing maut kemalangan
Anggota bomba cuba mengeluarkan mayat mangsa tersepit di dalam kereta. 
27 Mac 2014
RAUB - Seorang lelaki warga Indonesia maut dalam kemalangan kemalangan membabitkan sebuah proton Wira dan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di KM359 jalan Kuala Lumpur-Kota Bahru, kelmarin.

Dalam kejadian sekitar jam 11 pagi itu, pemandu kereta proton Wira berkenaan yang hanya dikenali sebagai Andik, 41, meninggal di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, proton Wira dipandu mangsa datang dari arah Bentong.

“Berdasarkan siasatan, mendapati mangsa memasuki laluan kanan jalan lalu bertembung dengan Toyota Hilux yang datang dari arah bertentangan.

“Pertembungan itu menyebabkan mangsa tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, waris mangsa telah dimaklumkan berkenaan kemalangan itu dan mayat dihantar ke Hospital Raub untuk bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh tampil ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan,” katanya.

Difahamkan mangsa menetap di Taman Anggerik, Bentong.

Sementara itu, pemandu Toyota Hilux yang berasal dari Dong tidak mengalami sebarang kecederaan.

Warga emas maut motosikal bertembung kereta


WARTAWAN SINAR HARIAN
27 Mac 2014


KUANTAN - Seorang warga emas maut selepas motosikal roda tiga miliknya berlanggar dengan sebuah kereta jenis Proton Saga yang dalam perjalanan dari Sungai Soi ke Bandar Kuantan, dekat sini, semalam.

Mangsa, Mukhtar Abdullah, 68, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Jasmani Yusoff berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal roda tiga tersebut keluar dari simpang kiri dari arah Sungai Soi lalu berlanggar dengan kereta yang juga datang dari arah sama menghala ke Kuantan.

“Pemandu kereta terbabit, tidak mengalami sebarang kecederaan dan sehingga kini siasatan masih diteruskan,” katanya.

Pura-pura beli ubi goreng

RAIHAM MOHD SANUSI
Pura-pura beli ubi goreng
Syed Mohamad Hanafiah menunjukkan tempat suspek berdiri dan menarik rantai leher emas dipakai kakak sulungnya. 
27 Mac 2014
KEMAMAN - “Ketika saya hulur bungkusan ubi goreng, tiba-tiba suspek tarik rantai leher emas yang saya pakai hingga putus,” kata peniaga sarat mengandung, Sharifah Syalima Syed Mohamad, 29, yang berdepan detik cemas disamun di kedainya di Kampung Pasir Minal, Jalan Air Putih, petang kelmarin.

Malah, gara-gara ketakutan selepas bergelut dengan suspek, mangsa mempertaruhkan nyawanya dan bayi dalam kandungan dengan melompat meja berketinggian kira-kira satu meter, untuk keluar dari kedai bagi menyelamatkan diri daripada suspek yang bertindak lebih agresif.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, suspek yang datang menaiki sebuah motosikal Yamaha Nouvo berwarna merah, berpura-pura mahu membeli ubi goreng sebelum meragut rantai leher mangsa, namun mangsa yang hamil tujuh bulan cuba merampasnya kembali.

Sharifah Syalima berkata, terkejut dengan kejadian itu, dia turut menjerit meminta tolong dan dalam loghat Kelantan, lelaki berkenaan mengugutnya agar jangan bersuara.

“Disebabkan saya berjaya rampas balik rantai diragutnya, lelaki itu yang masih bertopi keledar berwarna merah, bertindak berani dengan masuk ke dalam kedai tempat saya berdiri hingga saya menggigil ketakutan.

“Dengan spontan, saya melompat keluar dari kedai dan terjatuh atas lantai. Lelaki itu meluru ke arah saya dan merampas rantai emas itu semula. Tak cukup dengan itu, dia turut menarik gelang tangan emas yang saya pakai sebelum melarikan diri,” katanya, semalam.

Gara-gara kejadian itu, Sharifah Syalima yang merupakan anak sulung daripada sembilan beradik terseliuh kaki kiri, selain mengalami luka pada tangan sebelah kiri dan kaki kanan.

“Saya kemudiannya mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kemaman dan membuat laporan di Balai Polis Chukai kira-kira jam 9.20 malam pada hari kejadian.

“Kejadian samun ini benar-benar membuatkan saya kaku dan terkejut, hinggakan saya tak dapat tidur malam kerana peristiwa ngeri itu kembali terbayang dalam kepala,” katanya yang hamil anak kedua.

Sementara itu, adik bongsu mangsa, Syed Mohamad Hanafiah Syed Mohamad, 12, berkata, semasa lelaki terbabit menarik rantai emas kakak sulungnya, secara kebetulan dia sedang bersembang bersama tiga rakan kira-kira satu meter di hadapan kedai.

“Saya nampak lelaki yang berkulit gelap itu pegang tangan kak long (Sharifah Syalima) dan arahkan kak long supaya jangan jerit. Semasa lelaki itu masuk ke dalam kedai untuk pergi ke tempat kak long berdiri, saya nampak dia selak bajunya dan keluarkan senjata daripada pinggang.

“Senjata itu seperti pisau. Pucat muka saya lihat kejadian itu lalu saya segera berlari balik ke rumah yang terletak kira-kira 500 meter dari kedai untuk panggil abang, tapi semasa abang meluru pergi ke kedai, abang terserempak dengan lelaki itu di tengah jalan dan tak sempat menangkapnya,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.

Janin dibuat ujian DNA

WARTAWAN SINAR HARIAN
Janin dibuat ujian DNA
Che Suza 
27 Mac 2014
KEMAMAN - Polis mengambil spesimen janin berusia 22 minggu yang ditanam di kawasan semak di Kampung Mak Chili, di sini, untuk dilakukan ujian DNA bagi membantu siasatan lanjut kes berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, spesimen dari janin itu diambil ketika bedah siasat ke atasnya dilakukan pada Ahad lalu.

“Janin itu kita telah serahkan kepada waris untuk diuruskan. Dari hasil ujian itu doktor mengesahkan laporan perubatan akan dikemukakan oleh Hospital Kemaman.

“Kita lakukan DNA untuk mengesahkan sama ada ia sepadan dengan DNA suspek dan teman lelakinya atau sebaliknya,” katanya mengulas mengenai siasatan lanjut berhubung kes menyembunyikan kelahiran itu yang disiarkan Sinar Harian pada 22 Mac lalu.

Katanya, teman lelaki suspek berusia 23 tahun yang dipercayai menanam janin itu yang sebelum ini ditahan reman telah dibebaskan.

Suspek yang keguguran dan berusia 24 tahun pula masih dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang.

Pada 20 Mac lalu, kehadiran pasangan kekasih itu untuk mendapatkan rawatan kerana keguguran di HTAA membongkar rahsia mereka yang dipercayai menanam janin berkenaan pada dua hari sebelumnya dan mereka turut menyembunyikan perkara itu daripada keluarga masing-masing.

Maut selepas 14 jam kemalangan

WARTAWAN SINAR HARIAN
Maut selepas 14 jam kemalangan
Mangsa dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Kuala Berang dan disahkan meninggal dunia jam 2 pagi semalam di HSNZ. 
27 Mac 2014
KUALA BERANG - Seorang lelaki maut selepas kira-kira 14 jam terbabit dalam kemalangan di Kilometer 34 Jalan Kuala Terengganu-Bukit Besi, di Kampung Bukit Kolam, Ajil, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superintendan Mohd Rosli Mohd Amir berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, kereta Honda Accord yang dipandu mangsa, Puzi Said, 45, berasal dari Kampung Jak dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menghala ke Bukit Besi dipercayai hilang kawalan.

Menurutnya, apabila tiba di lokasi kejadian kereta mangsa dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung sebuah lori jenis dua tan dipandu seorang lelaki berusia 52 tahun berasal dari Kampung Butut.

“Akibat kejadian itu mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan berjaya dikeluarkan anggota bomba. Dia kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan.

“Bagaimanapun, kira-kira jam 2 pagi malam tadi (semalam), mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HSNZ. Hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut  Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Pengguna jalan raya diingatkan agar lebih berhati-hati ketika memandu termasuk mematuhi segala peraturan yang ditetapkan.

Adik maut tercampak atas kereta

Adik maut tercampak atas kereta
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang terpelanting di atas cermin kereta. 
AZMAN CHE MAN
27 Mac 2014
TANAH MERAH - Seorang murid tahun empat maut apabila basikal ditunggangi bersama abangnya dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di Kampung Chawas, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, Nik Khairul Nasroha Azhar, 10, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala selepas tercampak di atas cermin hadapan kereta terbabit.

Kejadian yang berlaku di Kilometer 6, Jalan Tanah Merah-Lubok Jong, dekat Kampung Chawas itu menyebabkan abang mangsa, Nik Khairul Nasoha, 14, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Tanah Merah.

Bapa mangsa, Azhar Ismail, 42, berkata, dua anaknya itu dalam perjalanan untuk mengaji al-Quran di sebuah rumah guru al-Quran yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah mereka.

“Ketika itu saya sedang mandi kerana baru balik kerja dan terus bergegas ke tempat kejadian apabila dimaklumkan rakan anak saya,” katanya yang bekerja sebagai tukang rumah.

Nik Khairul Nasroha, anak kelima daripada sembilan beradik dan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Suria 3, manakala abangnya, anak ketiga dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Tanah Merah 2, dekat sini.

Ibu mangsa, Rosmawati Ahmad Ridzwan, 38, pula berkata, sebelum keluar rumah, Nik Khairul Nasroha ada meminta kopiah milik arwah datuknya yang meninggal dunia pada 2007.

“Saya beritahu dia (Nik Khairul Nasroha) kopiah itu sudah tak ada. Itu sahaja perubahan pelik ditunjukkannya,” katanya yang sedang menonton televisyen apabila dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud memaklumkan, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila basikal ditunggangi dua beradik itu tiba-tiba membelok masuk ke tengah jalan.

“Basikal terbabit kemudian dirempuh sebuah kereta yang datang dari arah Tanah Merah dan menyebabkan mangsa terpelanting ke atas cermin kereta, dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat dan siasatan kes masih diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kereta bertembung: Seorang cedera, enam terselamat

Kereta bertembung: Seorang cedera, enam terselamat
Penduduk dan pihak berkuasa mengalihkan kereta terbabit yang menghalang lalu lintas. 
27 Mac 2014
MERANTI - Seorang cedera di kepala, manakala enam yang lain terselamat dalam kemalangan di Jalan Meranti, jam 5.05 petang, kelmarin.

Saksi, Mamat Che Kob, 62, berkata, dia yang baru tiba di kedai makan dekat sini, terkejut apabila mendapati berlaku kemalangan melibatkan kereta Waja dan Mazda 323 di selekoh jalan.

Menurutnya, kereta Waja yang dipandu dari arah Rantau Panjang bertembung dengan kereta Mazda 323 dari arah bertentangan.

“Saya segera membantu mangsa, termasuk seorang kanak-kanak berusia setahun, yang menangis dalam kereta Waja tersebut.

“Manakala seorang wanita bersama bayi dalam ribaan yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan juga agak tersepit,” katanya.

Menurutnya, pemandu bersama penumpang dalam kereta Mazda pula tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata, memandangkan Klinik Kesihatan Meranti berada kurang 100 meter, maka penduduk membawa mangsa yang tercedera untuk mendapatkan rawatan.

Penjara enam tahun miliki rokok seludup

WARTAWAN SINAR HARIAN
Penjara enam tahun miliki rokok seludup
Seorang anggota kastam menunjukkan rokok seludup yang dirampas.
27 Mac 2014
 TUMPAT - Seorang pemilik kedai runcit dipenjara enam hari, manakala dua lagi dikenakan denda RM3,000 dan RM1,500 di mahkamah masjistret di sini, atas pertuduhan memiliki rokok seludup bernilai RM377.84 pada Khamis lalu.

Mereka ialah Wan Zulkifli Wan Jaafar, 31, dari Kampung Kedemit, Wakaf Bharu, Muhamad Ruslan Razali, 28, dari Kampung Padang Mandol dan Azizul Husin, 30, dari Kampung Tebing Pengkalan Kubor.

Sebaik tuduhan dibacakan, ketiga-tiga mereka mengaku bersalah di hadapan Majistret Ahmad Adha Amir Yasser Amri.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam hari kepada Wan Zulkifli daripada tarikh ditangkap, Muhamad Ruslan didenda RM3,000 dan dipenjara lapan bulan jika gagal membayar denda, manakala Azizul didenda RM1,500 dan dipenjara tujuh bulan jika gagal membayar denda.

Kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Norbayani Shamsuddin.

Mengikut kertas pertuduhan yang dibacakan berasingan, semua tertuduh didakwa memiliki rokok seludup dengan jumlah 242 paket bernilai RM377.84, antara jam 12.20 hingga jam 1 tengah hari pada 20 Mac lalu.

Mereka melakukan perbuatan itu di premis kedai runcit YBL Mini Market hadapan masjid Kampung Kebakat, di kedai runcit Sedar Maju Solution, Kampung Sedar dan kedai runcit ZKA Kampung Air Dingin.

Ketiga-tiga mereka didakwa mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 135(1)(iii)(aa) akta yang sama.

Berjudi sambil ditemani GRO


WARTAWAN SINAR HARIAN
25 Mac 2014


SEGAMAT - Sebuah pusat hiburan di sini, yang baru sahaja beberapa hari beroperasi berani menggunakan khidmat gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing bagi menarik pelanggan ke premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, hasil maklumat orang awam dan risikan, premis itu dipercayai menjalankan aktiviti perjudian memancing melalui mesin simulator.

Menurutnya, kegiatan itu bagaimanapun tidak mendapatkan kelulusan mana-mana pihak berkenaan.

“Pemilik premis juga menggaji tujuh GRO warga Vietnam yang tidak mempunyai permit kerja dan dokumen perjalanan sah serta khidmat mereka diperlukan bagi menggoda pelanggan supaya berjudi di premis tersebut.

“Ketika diserbu jam 11.45 malam kelmarin, beberapa pelanggan yang leka berjudi dibelai GRO berkenaan sambil berjudi melalui mesin simulator memancing bersaiz 1.5 meter persegi sambil memegang alat kawalan sebagai batang joran,” katanya.

Mohd Kamil berkata, pelanggan yang berjaya mendapatkan ikan bersaiz besar dan bernilai tinggi akan dibayar dengan wang taruhan yang banyak.

Sebelum itu pelanggan perlu membayar beberapa ratus ringgit sekiranya mahu menggunakan khidmat GRO berkenaan.

Katanya, siasatan awal yang diperolehi daripada pelanggan premis terbabit juga mendapati pelanggan mendakwa tidak pernah berjaya memperolehi habuan besar kerana GRO sering mengganggu tumpuan ketika ‘memancing’.

“Kami menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 20-an yang bekerja sebagai operator di premis tersebut dan tujuh GRO warga Vietnam yang kesemuanya berusia di antara 20 hingga 30 tahun dan kesemua mereka telah ditahan reman.

“Selain itu, kami merampas dua unit simulator memancing ‘Fishing Master’, sebuah meja dan cip plastik berwarna dan kami juga mendapati premis tersebut beroperasi melebihi waktu dibenarkan,” katanya.

Niat buang air kecil tak kesampaian

Niat buang air kecil tak kesampaian
Keadaan kereta Toyota Innova milik seorang pegawai eksekutif yang remuk di bahagian hadapan selepas dilanggar trak tentera, semalam. 
27 Mac 2014 IPOH – Niat mahu melepaskan ‘hajat’, tetapi malang menimpa.

Seorang pegawai eksekutif sebuah syarikat telekomunikasi selamat apabila kereta dipandunya dilanggar sebuah trak tentera di Plaza tol Jelapang, arah Selatan di sini, semalam.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah, Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.48 pagi itu, mangsa dalam perjalanan menghadiri mesyuarat di sebuah hotel di bandar raya ini.

“Ketika kejadian, mangsa, 44 tahun dalam perjalanan dari pejabat di Taiping baharu lepas membayar tol hendak masuk ke perhentian untuk buang air kecil sebelum meneruskan perjalanan menghadiri mesyuarat.

“Mangsa yang memandu kereta jenis Toyota Innova memberi isyarat kiri sebelum dilanggar trak tentera” katanya, semalam.

Menurutnya, pemandu bagi kedua-dua kenderaan tidak cedera  dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Ketika kejadian, keadaan jalan lurus dan cuaca baik selain aliran trafik berjalan lancar,” katanya.

Maut sebelum makan malam

WARTAWAN SINAR HARIAN
Maut sebelum makan malam
Keadaan kereta dipandu mangsa. Gambar kecil: Sasi Reka. 
26 Mac 2014
KLUANG - Hasrat seorang wanita dan tiga rakannya untuk makan malam di bandar Kluang tidak kesampaian apabila terlibat dalam kemalangan di KM 85 Jalan Kota Tinggi-Kluang jam 7.10 petang kelmarin.

Mangsa, Sasi Reka Chandraya Naidu,26, maut dan tiga rakannya cedera parah apabila kereta jenis Viva yang dipandu mangsa gagal mengelak sebuah Kancil dari arah bertentangan lalu terbabas sebelum bertembung dengan kereta Naza Citra yang dipandu Mumtaz Jaminurin,24, dari arah Kluang- Kota Tinggi.

Ketua Polis Kluang, Asistan Komisioner Mohd Roze Shaari berkata, kereta dipandu Sasi Reka dari arah Kota Tinggi telah menyebabkan Kancil dipandu wanita berusia 54 tahun itu masuk ke dalam longkang.

Beliau berkata, Sasi Reka maut dalam perjalanan ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, dua kilometer dari tempat kejadian.

“Akibat daripada kemalangan terbabit, enam mangsa iaitu tiga penumpang bersama mangsa, dua mangsa daripada Kancil serta seorang daripada kereta Naza Citra cedera parah dan masih dirawat di Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohd Roze berkata, kemalangan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menyebabkan kemalangan maut.

“Walau bagaimanapun, siasatan masih dijalankan bagi mengenal punca sebenar kejadian tersebut dan kepada mereka yang menyaksikan kejadian ini diharap dapat tampil untuk memberikan keterangan kepada pihak kami,” katanya.

Empat kali rogol anak tiri

RUBIAH OMAR
Empat kali rogol anak tiri
Tertuduh dipenjara 24 tahun dan dikenakan 16 sebatan selepas mengaku salah merogol anak tirinya sebanyak empat kali. 
27 Mac 2014
KUALA TERENGGANU - Perbuatan jijik seorang buruh yang tergamak menjadikan anak tirinya sebagai tempat melampiaskan nafsu, menerima balasan apabila dia dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan 16 sebatan oleh mahkamah sesyen, di sini, semalam.

Tertuduh dijatuhi hukuman itu selepas mengaku salah atas empat pertuduhan melakukan sumbang mahram iaitu merogol mangsa sebanyak empat kali di lokasi dan tarikh berasingan.

Tertuduh mengaku salah bagi pertuduhan keempat merogol mangsa di kawasan ladang kelapa sawit, Kampung Padang Tapong, Jerteh, Besut, kira-kira jam 12 tengah hari, pada 21 Ogos 2013, yang ketika itu mangsa sudah berusia 18 tahun.

Dengan itu, dia mengaku salah atas keempat-empat pertuduhan di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram.

Berdasarkan fakta kes, pada Ogos 2007, kira-kira jam 10 malam hingga 11 malam, semasa tertuduh membawa pulang mangsa dari kelas malam dengan menaiki motosikal, dia telah memberhentikan motosikalnya di kawasan ladang getah sebelum bertindak merogol mangsa di situ sebanyak sekali.

Keesokannya, mangsa menceritakan kejadian berkenaan kepada ibunya dan terkejut mendengar berita tersebut, ibu mangsa bertindak memarahi suaminya, namun tertuduh telah memukul isterinya serta mangsa.

Pada pertengahan Mei 2011, kira-kira jam 7.30 pagi semasa ibu mangsa keluar bekerja menoreh getah, tertuduh sekali lagi merogol mangsa di ruang tamu rumah mereka.

Sejurus ibunya pulang, mangsa menceritakan perbuatan jijik bapa tirinya itu, namun selepas mendapat tahu perbuatannya disebarkan kepada isterinya, tertuduh sekali lagi memukul mangsa dan isterinya itu.

Pada pertengahan Mac 2012, jam 10 pagi, akur dengan arahan bapa tirinya itu yang menyuruh dia mengikutnya ke pekan Jerteh dengan menaiki motosikal, mangsa sekali lagi menjadi pemuas nafsu tertuduh.

Tertuduh memberhentikan motosikalnya di kawasan hutan dan di situ dia sekali lagi merogol mangsa.

Seterusnya, pada 21 Ogos 2013, semasa ibu mangsa berada di Hospital Besut kerana melahirkan anak bongsu, mangsa diajak tertuduh ke ladang kelapa sawit dan disebabkan takut dengan bapa tirinya itu, mangsa akur sebelum dirogol di situ.

Bagaimanapun, pada 3 September 2013, disebabkan tidak tahan lagi diperlakukan sedemikian, mangsa nekad menceritakan kejadian itu kepada rakan sekelasnya yang kemudiannya telah memaklumkan kepada guru kaunseling sekolah mereka.

Keesokannya, setelah dirujuk kepada wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah Besut, mangsa dibawa ke Balai Polis Kampung Raja untuk membuat laporan, sebelum tertuduh ditangkap di hadapan rumahnya hari sama laporan dibuat, iaitu kira-kira jam 8 malam.

Lelaki cuba bakar diri depan rumah

WARTAWAN SINAR HARIAN
Lelaki cuba bakar diri depan rumah
Mangsa menerima rawatan awal akibat melecur. 
27 Mac 2014
KULIM - Gara-gara marahkan keluarga, seorang lelaki berusia 30an bertindak agresif dengan membakar dirinya sendiri di hadapan rumah di Taman Selasih kira-kira jam 3 pagi.

Difahamkan mangsa yang mengalami tekanan perasaan selepas bertengkar bersama keluarganya sebelum mengambil keputusan membakar dirinya sendiri.

Menurut sumber, jiran mangsa yang ternampak badan mangsa terbakar kemudiannya cuba memadamnya.

"Dia juga menghubungi Jabatan Pertahanan Awam memaklumkan kejadian sebelum dibawa ke Hospital Kulim bagi menerima rawatan susulan," katanya.

Mangsa melecur 35 peratus di bahagian badan, muka dan kepala kini berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, dari siasatan awal dijalankan mangsa dipercayai di bawah pengaruh alkohol.

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh diri.

Inspektor didakwa terima rasuah

mahkamah
SHAH ALAM - Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menerima suapan wang tunai RM10,000, Mac lalu.

Raja Mohamad Izzudin Raja Kamarulzaman,30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Daerah (IPD) Subang Jaya itu didakwa memperoleh wang tersebut daripada seorang lelaki warga Bangladesh, Md Harun UR Rashid, 42, sebagai dorongan untuk melepaskan rakan senegaranya, Nazrul Islam,38, daripada tindakan pengusiran Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Lelaki yang berkhidmat selama lapan tahun itu didakwa melakukan perbuatan itu di Tingkat 2, IPD Serdang, Jalan Bandar Kinrara 5, Puchong, Selangor jam 8.45 malam pada 14 Mac 2014.

Timbalan Pendakwa Raya, Lokman Kassim mencadangkan jaminan kepada mahkamah RM10,000 dengan seorang penjamin.

Ridha Abdah Subri, yang bertindak sebagai peguam bela memohon agar mahkamah membenarkan jaminan dengan jumlah minima atas faktor anak guamnya menyara kedua ibu bapanya yang uzur serta tiga adik beradiknya yang masih bersekolah.

"Anak guam saya juga memberi kerjasama yang baik dengan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak ditangkap sehinggalah siasatan selesai ke atasnya," katanya.

Hakim, Slamat Yahya bagaimana pun membenarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah juga menetapkan 10 April depan untuk sebutan.

Pesakit barah jatuh tingkat 9


Butterworth: Seorang lelaki yang menghidap barah paru-paru ditemui mati dalam keadaan mengerikan selepas dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan rumah pangsa Tanjung Jaya, Jalan Raja Uda, di sini, dalam kejadian pada jam 6.30 pagi semalam.

Sebelum kejadian mangsa keluar seorang diri dari rumahnya di Butterworth dengan menunggang motosikalnya menuju rumah pangsa berkenaan sebelum ditemui sudah meninggal dunia oleh penduduk kediaman berkenaan.


Menurut sumber, ketika ditemui mayat lelaki dikenali Thum Kim Hong, 54, masih lengkap memakai topi keledar dan mangsa parah pada badan serta pinggang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.



“Mangsa sebelum ini disahkan doktor menghidap barah paru-paru dan beberapa kali menjalani rawatan kimoterapi, malah dia kerap mengadu sakit setiap kali selesai sesi berkenaan.


“Pada malam sebelum kejadian dia tidak menunjukkan gelagat aneh, sebaliknya berjanji untuk keluar bersarapan bersama isterinya menyebabkan wanita terbabit langsung tidak mengesyaki perkara buruk akan menimpa suaminya,” katanya.


Difahamkan isteri mangsa yang juga penjual bunga di sebuah pasar berhampiran dan wanita itu hanya mengetahui mengenai kejadian menimpa suaminya selepas dihubungi seorang rakan. Siasatan masih dijalankan untuk mengesan sekiranya kejadian berunsur jenayah atau sebaliknya dan mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/27

Penunggang basikal dirempuh kereta


Oleh Yusmawati Mhd Yusof

Melaka: Seorang wanita warga emas maut selepas basikal ditunggang dipercayai dilanggar kereta dari belakang di Jalan Pokok Mangga di sini, malam tadi.




Dalam kejadian kira-kira jam 8.10 malam itu, basikal ditunggang mangsa Lee Siu Yoke, 62, dari arah Limbongan ke Taman Asean dipercayai dilanggar Proton Iswara dipandu seorang lelaki berusia 26 tahun.

Rempuhan mengakibatkan mangsa tercampak ke atas jalan raya manakala basikalnya terhumban ke dalam parit berhampiran.


Menurut sumber, mangsa yang parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.


"Pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/27

7 pasangan dicekup berkhalwat


Oleh Norasikin Daineh

Tawau: Seramai tujuh pasangan bukan muhrim berusia antara 16 hingga 40 tahun ditahan pihak berkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dalam Op Bersepadu yang diadakan di beberapa hotel bajet dan taman semalam.

Operasi yang bermula jam 10.30 malam itu berjaya menahan 14 individu yang disyaki berkhalwat atau berdua-duaan di kawasan gelap tanpa sebarang ikatan yang sah.


Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Tawau Abdul Imam Basirun berkata, sasaran operasi adalah untuk mencegah maksiat.

"Kita membuat serbuan di rumah penginapan termasuk hotel bajet dan taman yang banyak kita terima aduan.


"Seramai tujuh pasangan yang ditahan berkaitan dengan jenayah syariah dan ada yang dirujuk kepada Jabatan Imigresen serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya.


Terdahulu, operasi terbabit turut disertai daripada pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/27

Lelaki bawa bom babi diberkas


Oleh Junaidi Ladjana

Sandakan: Seorang lelaki diberkas polis selepas menemui dua butir bom babi dan beberapa senjata tajam yang disembunyikan di dalam beg pinggang suspek di Bandar Indah, di sini, kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Suspek berusia 27 tahun ditahan polis peronda ketika sedang menunggang basikal seorang diri dalam keadaan mencurigakan.


Difahamkan, bahan letupan itu digunakan untuk membunuh babi dan bom berkenaan juga boleh meletup jika dipijak atau dipecahkan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/27

Kebakaran ragut nyawa warga emas


Kota Bharu: Seorang warga emas yang juga orang kurang upaya (OKU) maut dalam satu kebakaran di Kampung Tasek Bakong, Rantau Panjang, dekat sini, malam semalam.

May Kalasom Daud, 71, meninggal dunia apabila rumah separa kayu yang didiami bersama anak, menantu dan cucunya terbakar di bahagian loteng yang juga bilik mangsa.


Ketika kejadian, May Kalasom seorang diri di rumah dan gagal diselamatkan anak mangsa, Mohamad Mat Yaakob,35, yang tinggal bersebelahan dengan rumah mangsa.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Halilludin Rahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/27

Kereta lesap depan rumah


Ipoh: Seorang kontraktor mengalami kerugian hampir RM170,000 selepas kereta Toyota Fortuner miliknya yang diletakkan di hadapan rumah hilang disyaki dicuri.

Difahamkan, kejadian jam 1 pagi itu, di Desa Sri Ampang, di sini, berlaku di dalam kawasan kediaman mangsa ketika semua ahli keluarga mangsa tidur nyenyak.


Menurut sumber, kenderaan mangsa sebelum itu dikunci dengan baik termasuk menggunakan peralatan kunci tambahan, namun berjaya dilarikan suspek dipercayai menggunakan peralatan canggih.



Katanya, mangsa terkejut apabila mendapati kenderaannya itu hilang jam 8 pagi ketika ingin keluar ke pejabat.


Menurutnya, berdasarkan semakan kamera litar tertutup (CCTV) di rumah mangsa, pencuri terbabit menggunakan satu peralatan seakan-akan komputer riba bagi membuka kenderaan berkenaan termasuk kunci tambahan.


“Dalam semakan itu dapat diperhatikan kecurian berkenaan dilakukan secara bersendirian oleh seorang lelaki menggunakan peralatan tertentu dan tindakannya ketika membuka kenderaan itu bagaikan pakar.

“Bukan mudah untuk membuka kenderaan seperti itu namun dia hanya mengambil masa tidak sampai beberapa minit untuk membuka dan melarikan kenderaan berkenaan,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/27

7 tahun jadi hamba seks


Alor Gajah: Tidak tahan menjadi hamba seks bapa tiri sejak tujuh tahun lalu, seorang remaja perempuan nekad membuat laporan polis berhubung tindakan lelaki durjana itu, kelmarin.

Lebih mengejutkan selain mangsa berusia 18 tahun itu, adiknya berumur 15 tahun turut didakwa menjadi tempat melepaskan nafsu bapa tiri mereka yang bekerja sebagai pembantu am rendah di sebuah agensi kerajaan sejak tiga tahun lalu.


Menurut sumber, mangsa bertindak nekad membuat laporan selepas tidak tahan dengan sikap lelaki berusia 44 tahun berkenaan merogolnya sejak dia berusia 11 tahun.



“Mangsa mendakwa kali pertama dirogol bapa tirinya pada 2007 selepas lelaki itu berpura-pura memintanya melihat keadaan adik tirinya yang demam di dalam sebuah bilik.


“Kejadian sama kerap berulang walaupun ibu mangsa berada di rumah,” katanya.


Menurutnya, tidak puas menjadikan mangsa sebagai tempat memuaskan nafsu, lelaki berkenaan turut merogol seorang lagi anak tirinya berusia 15 tahun.

“Adik mangsa dirogol bapa tiri mereka sejak berusia 12 tahun kini trauma, mereka berkurung di dalam bilik dan hanya keluar untuk makan serta ke tandas,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/27

Beria-ia ajak gadis lari rupanya sudah dinoda


Segamat: Tindakan seorang buruh kasar bersungguh-sungguh mengajak teman wanitanya yang juga gadis tempatan berusia 15 tahun lari ke negara asalnya di Indonesia akhirnya membongkar perbuatan keji lelaki berkenaan yang sebenarnya sudah merogol gadis bawah umur itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat Deputi Superintendan M Anuar Ismail berkata, sebelum melarikan diri, lelaki berkenaan sempat memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun ibu mangsa sebagai dorongan kepada mangsa mempersiapkan diri pergi ke Indonesia.


Katanya, mangsa keluar dari rumah pada jam 7 pagi, 23 Mac lalu, kerana ingin mengeluarkan wang yang diberi teman lelakinya berusia 27 itu sambil ditemani dua ibu saudaranya.


“Ibu saudaranya bagaimanapun berpisah dengan mangsa di Jalan Station, di sini, dan pulang ke rumah masing-masing kira-kira jam 10 pagi hari yang sama.


“Gadis itu menyatakan kepada ibu saudaranya ingin berjumpa dengan teman lelaki dan menyuruh mereka pulang terlebih dulu selain sempat berpesan supaya mereka jangan risaukan keselamatannya,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Menurut M Anuar, keluarga mangsa yang gagal menghubungi telefon bimbit anaknya itu selepas tidak pulang hingga ke tengah malam bertindak membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Segamat, di sini.

“Bapa gadis berkenaan yang berusia 46 tahun membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya pada jam 1 pagi, 24 Mac lalu, selepas gadis itu tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi.


“Anaknya itu dipercayai melarikan diri bersama lelaki berkenaan kerana anaknya pernah memberitahu saudara terdekatnya dia mahu mengikuti teman lelakinya beberapa hari sebelum menghilangkan diri,” katanya.

Menurutnya, susulan laporan itu, polis melancarkan operasi mengesan mangsa dan teman lelakinya sebelum mereka ditahan di Terminal Larkin, Johor Bahru, sehari selepas laporan polis dibuat.


“Siasatan awal mendapati gadis itu menjadi mangsa rogol teman lelakinya yang juga warga Indonesia di sebuah rumah kongsi dekat kilang batu-bata sekitar Redong pada malam 23 Mac lalu.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/27

Samun di parkir kereta


Georgetown: Seorang pengurup wang lelaki kerugian kira-kira RM10,000 apabila disamun dua lelaki bersenjatakan pisau ketika berjalan kaki ke tempat letak kereta di Jalan Tun Syed Sheikh Barakhbah, di sini kelmarin.

Kejadian berlaku pada jam 8 pagi ketika mangsa berusia 31 tahun berjalan kaki seorang diri untuk pergi ke tempat meletak kereta yang terletak berhadapan dengan pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN).


Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang berasal dari Kota Kinabalu itu dikatakan baru saja turun dan keluar dari kapal persiaran sebelum menuju ke kawasan parkir itu untuk mengambil teksi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) untuk pulang ke kampung halamannya di Sabah.



“Secara tiba-tiba mangsa dihampiri dua suspek sebelum seorang daripada mereka mengacukan pisau dan mengugut mangsa supaya mematuhi arahan mereka dan tidak melawan.


“Suspek kemudian mengarahkan mangsa menyerahkan wang dan rantai leher dipakai menyebabkan mangsa yang ketakutan menanggalkan rantai itu serta menyerahkan wang tunai RM5,500,” katanya.


Menurutnya, suspek kemudian melarikan diri bersama hasil samun dan mangsa tidak diapa-apakan serta tiada saksi ketika kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/27

Bakar diri tak dapat makanan


Suruhanjaya Tinggi PBB mengenai Pelarian (UNHCR) ketika mengesahkan kejadian itu berkata wanita berusia 50-an berkenaan kini dirawat di hospital kerana melecur teruk. 
Saksi, peniaga gerai Abu Riad al-Amudi yang berniaga berhampiran pusat pendaftaran PBB itu berkata, wanita berpakaian hitam itu mula menjerit ketika ratusan pelarian beratur mendapatkan makanan pagi kelmarin. 

“Dia menjerit: ‘Sudah tiga hari saya datang mendapatkan bantuan makanan bagi kami enam beranak. Setiap kali saya dihantar pulang dan dijanjikan bantuan jika datang keesokannya. Namun semuanya janji kosong belaka.’
Foto
KEADAAN wanita itu di hospital, semalam.

“Kemudian dia tiba-tiba mengeluarkan botol plastik kecil dari beg tangan dibawanya dan menuangkan isi kandungannya ke kepala dan badannya sebelum menyalakan pemetik api.

“Anak-anaknya berdiri di sebelahnya ketika itu,” katanya. 

Abu Riad yang masih terkejut dengan kejadian itu berkata dia bersama orang ramai cuba memadamkan api menggunakan jaket masing-masing serta air sebelum pengawal PBB datang membantu dan membawanya ke hospital. 

Pengarah hospital Gabriel al-Sabeh memberitahu AFP wanita itu melecur pada muka dan anggota badannya. 


Wanita itu ditemui di hospital dengan wajah dan kakinya dibalut malah sukar bercakap kerana kesakitan. 

“Dada saya sakit. Kami tidak makan beberapa hari,” katanya. 

Suaminya, Khaled al-Daher yang turut berada di situ terkejut dengan perbuatan isterinya itu. 

“Selalunya kami mendapat bantuan sekali sebulan, namun kali ini memang bantuan lambat tiba,” katanya dalam satu kenyataan. 

Jurucakap UNHCR Joelle Eid mengesahkan kejadian dan berkata kakitangan PBB berusaha memastikan mangsa mendapat bantuan sewajarnya selain menyiasat dakwaannya. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/27

‘Pelakon hamilkan saya’


Ipoh: Demi cinta, seorang pelakon dan ahli perniagaan di sini sanggup berbuat apa saja bagi memenuhi kemahuan teman lelakinya termasuk membenarkan dirinya ditiduri.
Namun selepas terlanjur dan kandungannya kini berusia enam bulan, lain pula jadinya apabila lelaki berkenaan bukan saja tidak mengaku zuriatnya, malah mengugut membelasah kekasihnya dengan mengupah samseng. 
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Shelin, 29, turut dituduh perempuan jalang dan pengedar dadah oleh lelaki berkenaan. 

Menurutnya, lelaki yang bekerja di sebuah agensi kerajaan di Kulim, Kedah itu pernah berjanji mengahwininya sebelum bertindak melarikan diri selepas mengetahui mengenai kandungannya itu.
Foto
SHELIN menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.

“Yang menjadi persoalan kini dia sudah bertunang dan mendaftar perkahwinan dengan seorang perempuan lain dan akan melangsungkan majlis perkahwinan pada April ini.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/27

Nahas buka rahsia


Kuala Lumpur: Pemeriksaan anggota bomba dan penyelamat terhadap sebuah lori yang menyebabkan tumpahan minyak di Jalan Duta di sini, semalam, sehingga mengakibatkan tiga kereta dan 20 motosikal terbabas membongkarkan satu sindiket penyeludupan diesel.
Ini berikutan pemeriksaan pada lori itu menemui enam tong dianggarkan mengandungi kira-kira 6,000 liter minyak dipercayai untuk diseludup.

Pemeriksaan mendapati terdapat paip disambung dari tangki lori ke setiap tong yang ditutup dengan kanvas di belakang kenderaan terbabit. Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Penguasa Kanan Bomba 1 Azizan Ismail berkata, pemeriksaan anggotanya itu tidak menolak kemungkinan lelaki berusia 30-an itu ada kaitan dengan sindiket penyeludupan diesel berikutan muatannya yang melebihi had dibenarkan.
“Penyambungan paip itu juga mencurigakan kerana kita percaya apabila pemandu mengisi minyak, ia akan disalurkan terus ke dalam enam tong yang berukuran 1,000 liter setiap satu.

“Berikutan keadaan kenderaan yang mencurigakan itu, pemandu terbabit diserahkan kepada anggota polis untuk tindakan dan siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dalam kejadian jam 2.20 petang itu, seorang wanita cedera parah selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan manakala lebih 20 penunggang motosikal cedera ringan selepas terjatuh di jalan raya.
Foto
KONTRAKTOR membersihkan tumpahan minyak di Jalan Duta, semalam.
Kejadian dipercayai berpunca daripada klip penyambungan utama pada tong dibawa lori berkenaan tercabut menyebabkan muatan diesel dianggarkan sebanyak 2,000 liter tumpah dan mengalir sepanjang satu kilometer tanpa disedari pemandu.

Azizan berkata, terdapat tiga kereta yang melalui jalan berkenaan terbabas dan merempuh penghadang jalan.
“Seorang pemandu cedera parah dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut manakala penunggang motosikal hanya mengalami cedera ringan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/27

Maduro tahan 3 jeneral rancang pemberontakan


Caracas: Presiden Venezuela Nicolas Madura berkata, tiga jeneral tentera udara ditahan kerana disyaki merancang pemberontakan terhadap kerajaannya.

Perkara berkenaan didedahkan Maduro ketika perjumpaan dengan menteri luar negara Amerika Selatan.


Menurutnya, siasatan menunjukkan tiga jeneral berkenaan banyak menghubungi pihak pembangkang malah merancang pemberontakan.

“Kumpulan ini mempunyai kaitan langsung dengan pihak pembangkang malah dipercayai mahu melaksanakan perancangan mereka minggu ini,” katanya.


Katanya, jeneral terbabit sudah dihadapkan ke mahkamah tentera dan rancangan mereka bocor apabila pegawai lain mengadu suspek cuba merekrut mereka. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/27

Mayat ‘tonton’ televisyen


Frankfurt: Mayat seorang wanita Jerman berusia 66 tahun yang mati enam bulan lalu ditemui “menonton” televisyen yang masih terpasang apartmennya.

Menurut laporan akhbar Frankfurter Neue Presse kelmarin, wanita yang menetap di Oberursel itu mati kerana sakit tua dalam keadaan memakai baju tidur ketika menonton televisyen.

Polis juga menemui intisari rancangan televisyen bulan September berhampiran mayat wanita itu.

Akhbar berkenaan menyifatkan mayat wanita itu sebagai “separa mumia”.



- AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/27

Budak bakar rumah jiran mahu jumpa ibu bapa


Sichuan: Seorang budak perempuan 12 tahun bertindak membakar rumah jirannya kerana mahu memaksa ibu bapanya datang menemuinya.

Dia yang dikatakan hanya bertemu ibunya 10 tahun lalu melakukan perkara itu dengan harapan ibu bapanya pulang untuk membincangkan pampasan yang perlu dibayar kepada jirannya itu.

Gadis yang tidak didedahkan identitinya itu menetap di Guang'an, Sichuan, bersama neneknya.

Ibu bapanya sudah lama tidak datang menjenguk mereka walaupun pada Tahun Baru Cina.



Dia dikatakan sudah tidak tahan dengan keadaan itu.

Pada 6 Mac lalu dia membakar rumah jirannya.

Ketika disoal mengenai tindakannya, dia berkata: “Jika saya melakukan sesuatu yang luar biasa, ibu akan pulang.” - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/27

Sorok 7,000 berlian dalam seluar dalam


Shenzhen: Seorang lelaki Hong Kong ditahan selepas pegawai kastam di sempadan bandar raya itu mendapati dia berjalan dengan cara yang pelik.

Selepas diperiksa mereka mendapati lelaki itu cuba menyembunyikan lebih 7,000 berlian di dalam seluar dalamnya.

Selain itu pihak berkuasa turut menemui 10 barangan kemas disembunyikan di tempat yang sama.

Menyeludup berlian dengan cara menyembunyikannya di dalam seluar dalam sememangnya kedengaran pelik dan menjijikkan.

Namun ia tetap menjadi cara yang dipilih penyeludup dari Taiwan yang ditahan Julai lalu bersama 24 kepingan emas yang diselitkan di duburnya.



- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/27

Nelayan didenda RM10,000


2014/03/27 - 05:46:40
Georgetown: Seorang nelayan dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen semalam, selepas mengaku bersalah menipu Timbalan Setiausaha Kanan, Unit Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Hakim Zulhazmi Abdullah menjatuhkan hukuman itu ke atas Megat Zabil Megat Basir, 46, selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan pilihan berkenaan yang dilakukan di sebuah hotel di sini, kira-kira jam 2 petang pada 6 Jun 2012.


Dia sebelum ini dituduh memberi rasuah kepada pegawai terbabit, sebagai dorongan untuk mendapatkan satu unit rumah.

Boleh dipenjara 20 tahun

Kesalahan rasuah mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM ) 2009 yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah rasuah itu atau RM10,000.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, denda atau kedua-duanya.

Peguam Ahmad Rizal Abd Hamid yang mewakili Megat Zabil berkata, anak guamnya mempunyai tanggungjawab menjaga tiga anak serta bapa mentuanya.
Katanya, dua anak Megat Zabil kini menuntut di universiti dan seorang lagi masih pada peringkat sekolah menengah.

Bagaimanapun Pegawai Pendakwa SPRM, Firdaus Sekman, mendesak tertuduh dijatuhkan hukuman berat sebagai pengajaran kepada semua pihak. 

Budak hilang empat jam takut kena buli


2014/03/27 - 05:41:31
Alor Gajah: Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun hilang hampir empat jam selepas dipercayai melarikan diri kerana dibuli rakan sepermainannya di Taman Seri Kelemak.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, Nurul Liyana Nafisah Mohd Hafiz dikatakan diajak bermain oleh kanak-kanak yang tinggal di taman perumahan itu di padang berhampiran, namun selepas beberapa ketika dia melarikan diri.


Ibu saudaranya, Asmah Ahmad Salleh, 30, berkata, dia menyedari anak saudaranya yang tinggal bersamanya tidak pulang ke rumah jam 7 malam selepas keluar bermain di kawasan perumahan itu.

Menyedari Nurul Liyana masih belum pulang saya meminta bantuan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk mencarinya sementara saya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah membuat laporan.

Saya bersyukur apabila dia ditemui semula oleh sekumpulan penduduk di rumah sepasang warga emas jam 11 malam, katanya.

Jabatan agama tangkap Kassim


2014/03/27 - 05:47:43
 
Kulim: Dr Kassim Ahmad ditahan oleh penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) di rumah beliau di Kelab Golf Kulim di sini, semalam.

Penahanan itu, berikutan waran tangkap yang di keluarkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas tuduhan menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama.


Ketua Unit Penguat Kuasa Agama PADK, Azmi Abdul Rejab, berkata beberapa penguat kuasa PADK diketuai oleh Penolong Pegawai Agama, Anuar Shariffuddin Mat Saad bersama beberapa anggota polis pergi ke rumah Kassim pada jam 12.30 tengah hari, semalam.

Katanya, waran tangkap bertarikh 25 Mac bersama waran geledah dibawa sebagai bukti bagi menahan Kassim untuk diserahkan kepada JAWI.

PADK membantu JAWI selepas waran tangkap dikeluarkan.

Tiada di rumah

Kassim tiada di rumah ketika PADK datang, namun pada jam 2 petang, Kassim dan isteri beliau, Sharifah Fawziah Syed Yussoff pulang ke rumah menaiki kereta dipercayai dari pekan Kulim.
Selepas memasuki rumahnya, PADK kemudian menerangkan tujuan kehadiran mereka dengan menunjukkan waran tangkap yang di keluarkan oleh JAWI, katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Azmi berkata, penguatkuasa PADK memaklumkan kehadiran mereka bagi melaksanakan tindakan mengikut Seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997.

Pada mulanya beliau mempersoalkan kehadiran penguat kuasa PADK serta waran tangkap itu dan minta kami keluar dari rumahnya.

Akur arahan

Selepas kira-kira setengah jam kemudian beliau akur dengan arahan yang dikeluarkan lalu mengikut penguat kuasa PADK menaiki van untuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim sebelum menyerahkannya kepada JAWI, katanya.

Kassim sebelum ini dalam satu seminar yang diadakan bulan lalu di Putrajaya, dilaporkan mempertikaikan dua kalimah syahadah dengan menganggap syahadah yang kedua sebagai mendewa-dewakan Nabi Muhammad SAW.

Wanita kena penjara 32 tahun bebas

Wanita kena penjara 32 tahun bebas

Los Angeles: Seorang wanita berusia 74 tahun dibebaskan kelmarin selepas menjalani hukuman penjara selama 32 tahun kerana kes bunuh yang ditegaskan beliau tidak dilakukannya. Pembebasannya hasil usaha keras sekumpulan penuntut bidang undang-undang.

Mary Virginia Jones disabitkan bersalah pada 1981 kerana membunuh, menculik dan merompak.


Isnin lalu, Hakim William Ryan dari Mahkamah Agung Los Angeles menarik balik sabitan dan mengarahkan beliau dibebaskan.

Jones dituduh bertindak sebagai rakan subahat dalam pembunuhan pengedar dadah oleh pasangannya ketika itu, Mose Willis. 

ASP buat tuntutan palsu dihukum penjara enam tahun


SHAH ALAM 26 Mac - Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Supritendan Polis (ASP) terpaksa meringkuk dalam penjara selama enam tahun setelah Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak rayuannya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara setahun serta denda RM60,000 atas enam kesalahan membuat tuntutan palsu, 10 tahun lalu.
Hakim Datuk Noor Azian Shaari memerintahkan demikian terhadap Pegawai Penyiasat Trafik, Wan Nazli Wan Jaafar, 46, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang setelah mendapati hakim Mahkamah Sesyen tersilap semasa memutuskan hukuman penjara setahun bagi setiap pertuduhan itu dijalankan serentak.
"Mahkamah terkhilaf semasa memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak kerana transaksi yang berlaku dalam kes ini adalah berlainan dan melibatkan enam resit justeru penjara setahun kekal bagi setiap pertuduhan tetapi hendaklah dijalankan secara berasingan bermula hari ini," kata beliau.
Bagaimanapun, Hakim Nor Azian mengekalkan hukuman denda tersebut.
Permohonan Wan Nazli yang diwakili peguam, Halim Ashgar Mohd. Hilmi untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan terakhir di Mahkamah Rayuan turut ditolak oleh hakim tersebut.
Lelaki itu didapati bersalah terhadap enam pertuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM1,300, berhubung penginapan di dua buah hotel.
Bagi lima pertuduhan pertama, Wan Nazli didakwa mengemukakan lima tuntutan penginapan hotel palsu kepada kerani kewangan, Bahagian Kewangan IPD itu, Rosliah Mohamed, berjumlah RM1,100, antara 28 Februari dan 11 Mac 2004.
Dia juga didakwa atas pertuduhan keenam mengemukakan tuntutan penginapan hotel palsu berjumlah RM200 di tempat sama, 29 Disember tahun sama.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.
Mahkamah Sesyen pada 8 Mac 2011 menjatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM10,000 untuk setiap kesalahan terhadap tertuduh dan memerintahkan hukuman penjara tambahan dua bulan bagi setiap denda yang tidak dibayar.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Zarifah Zulghaffar.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140327/ma_03/ASP-buat-tuntutan-palsu-dihukum-penjara-enam-tahun#ixzz2x76ZyuNH
© Utusan Melayu (M) Bhd 

2 lelaki seludup 140 tong gas ditahan



BOT jongkong yang sarat dengan muatan 140 tong gas ditahan selepas dipercayai cuba diseludup ke negara jiran melalui Kampung Titingan, Tawau, Sabah, semalam. - UTUSAN/ASSIM HASSAN

KOTA KINABALU 26 Mac - Taktik dua lelaki mengemukakan dokumen pengenalan pelaut untuk menyeludup keluar 140 tong gas subsidi gagal apabila mereka ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Tawau, semalam.
Kedua-duanya berusia 23 dan 57 tahun itu ditahan berdekatan Kampung Titingan ketika menaiki sebuah bot jongkong yang membawa muatan tong gas tersebut, kira-kira pukul 10 malam.
Ketua Penguat Kuasa Maritim Tawau, Kapten Maritim Anor Jaafar berkata, hasil siasatan mendapati suspek dipercayai dalam perjalanan ke Pulau Sebatik.
"Suspek bagaimanapun gagal mengemukakan surat pelepasan atau pengesahan dari pegawai bekalan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan untuk meniagakan kesemua tong gas itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tambah Anor, kesemua rampasan itu bernilai RM16,100 dan kedua-dua suspek bersama muatan dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Tawau, dekat sini untuk siasatan lanjut.
Katanya, kedua-dua suspek disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.
Beliau menegaskan, Maritim Malaysia akan terus menjalankan penguatkuasaan di perairan negeri ini khususnya perairan Tawau, bagi membanteras kegiatan penyeludupan dan meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140327/je_03/2-lelaki-seludup-140-tong-gas-ditahan#ixzz2x76DZgHc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

RM1 juta lesap dua minit



BEBERAPA anggota forensik polis memeriksa dan mencari bukti di sebuah kedai emas di Jalan Sentul, semalam. - utusan/ NOOR AZLINA JAAFAR
KUALA LUMPUR 26 Mac - Empat suspek bertopeng, bersenjata dua pucuk pistol mengambil masa dua minit untuk melarikan beberapa dulang barang kemas dalam rompakan di sebuah kedai emas di Jalan Sentul, di sini hari ini.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 11.20 pagi itu, suspek berjaya melarikan enam dulang barang kemas yang dianggarkan bernilai hampir RM 1
juta.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, ketika kejadian, terdapat lapan pekerja di dalam kedai berkenaan.
Jelasnya, siasatan awal pihaknya mendapati tiga suspek secara tiba-tiba meluru masuk ke dalam kedai emas berkenaan sementara seorang lagi menunggu di kereta.
"Mereka bertopeng, bersarung tangan serta bersenjatakan pistol. Dua daripadanya mengacukan senjata api serta mengarahkan pekerja kedai mengeluarkan dulang emas dan memasukkannya ke dalam karung.
"Mereka melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Waja. Sebelum itu salah seorang suspek melepaskan satu das tembakan ke udara," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah Zakaria, kesemua pekerja dilaporkan selamat dan tidak dicederakan.
"Polis sedang berusaha mengenal pasti suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai berkenaan," katanya yang memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkumpulan dan menggunakan senjata.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140327/je_02/RM1-juta-lesap-dua-minit#ixzz2x75w4psM
© Utusan Melayu (M) Bhd 

9 ditahan kes samun, pecah rumah dan curi


MOHD . Khamsani Abdul Rahman (kanan) menunjukkan kereta curi yang dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru, Utara, semalam.
JOHOR BAHRU 26 Mac - Polis percaya menyelesaikan 13 kes samun, pecah rumah dan curi kenderaan di bandar raya ini berikutan penahanan sembilan suspek termasuk wanita dalam serbuan di beberapa lokasi pada Isnin dan Selasa lalu.
Serbuan yang dijalankan dalam Op Cantas Khas itu dilakukan di Taman Tampoi Utama, Kampung Pasir, Taman Perling, Taman Bukit Kempas dan Kolam Air.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Khamsani Abdul Rahman berkata, kesemua suspek yang berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan antara pukul 1 petang sehingga pukul 4 petang pada keesokannya.
"Dalam serbuan itu, polis merampas enam buah kenderaan iaitu sebuah kereta Proton Perdana, Jaguar (2), Honda Accord (1), Suzuki Swift (1) dan sebuah lori jenis Mitsubishi.
"Turut dirampas sebuah monitor, beberapa gugus kunci kenderaan, sekeping kad pengenalan milik orang lain dan sebuah kereta Proton Kancil dan Proton Tiara yang dipercayai digunakan suspek semasa melakukan jenayah itu," katanya di sini hari ini.
Ujar beliau, semakan jenayah lampau mendapati empat daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan dadah, curi kenderaan, pemerasan dan tipu.
Kata Mohd. Khamsani, kesemuanya direman sehingga 31 Mac ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan dan bersenjata.
Dalam perkembangan lain, Mohd. Khamsani berkata, polis menahan tiga lelaki berusia 20 hingga 26 tahun serta merampas 12 buah mesin perjudian berkomputer dalam satu serbuan di sebuah premis di Taman Perling, di sini, Ahad lalu.
Menurutnya, turut dirampas dalam serbuan pukul 5.45 petang itu adalah enam buah meja, sebuah buku catatan pertaruhan, sebuah pencetak, sebuah telefon bimbit, satu peket lutsinar disyaki dadah, sebuah komputer riba dan 32 keping wang kertas berjumlah RM188.
"Mereka yang ditahan merupakan seorang juruwang kedai berkenaan dan dua orang pelanggan. Mereka ditahan mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140327/je_01/9-ditahan-kes-samun-pecah-rumah-dan-curi#ixzz2x75jgXDa
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiga ejen Perkhidmatan Rahsia Obama mabuk


Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama turun daripada limousin bagi menghadiri Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear di The Hague, Belanda, kelmarin. - REUTERS
WASHINGTON 26 Mac - Tiga ejen Perkhidmatan Rahsia yang sepatutnya melindungi Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama di Amsterdam pada minggu ini dihantar pulang ke Amerika Syarikat (AS) selepas didapati mabuk.
Akhbar The Washington Post yang memetik tiga sumber melaporkan, seorang daripada ejen tersebut ditemukan mabuk dan pengsan di koridor sebuah ruang hotel.
The Washington Post menyatakan, ketiga-tiga ejen tersebut telah dihantar pulang dan diarahkan bercuti.
Kejadian terbaharu itu mengulangi skandal pada April 2012 melibatkan ejen Perkhidmatan Rahsia dan pelacur di Cartagena, Colombia.
Kes terbaharu tersebut melanggar peraturan perlakuan baharu Perkhidmatan Rahsia yang dikuatkuasakan selepas skandal di Colombia tersebut yang menyaksikan ejen mabuk dan membawa pelacur ke hotel mereka sebelum Obama tiba di negara itu.
Jurucakap Perkhidmatan Rahsia, Ed Donovan mengesahkan agensinya menghantar pulang tiga kakitangannya kerana masalah disiplin.
“Kesemua mereka telah digantung tugas sementara sehingga siasatan dilakukan," katanya.
Beliau enggan mengulas lanjut kes tersebut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140327/lu_02/Tiga-ejen-Perkhidmatan-Rahsia-Obama-mabuk#ixzz2x74QFM1Y
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kumpulan curi kereta tumpas



MOHD. KHAMSANI (kanan) bersama anggotanya melihat kereta yang dirampas oleh kumpulan sindiket curi kenderaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara, Johor Bahru, Johor semalam.


JOHOR BAHRU – Lapan lelaki dan seorang wanita yang disyaki terlibat dengan sindiket curi kenderaan sekitar bandar raya ini dicekup polis dalam serbuan Ops Cantas Khas di beberapa lokasi pada hari Isnin dan Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Khamsani Abdul Rahman, berkata, kesemua suspek berusia dalam lingkungan 18 hingga 44 tahun itu ditahan antara pukul 1 petang pada hari Isnin hingga pukul 4 petang pada hari Selasa.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0327&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2x73X7552 
Hakcipta terpelihara 

Kassim Ahmad ditahan Jawi, Jakim



KASSIM bertongkat (tengah) ditahan oleh penguat kuasa Jawi dan Jakim di rumahnya di Taman Kulim Perdana, Kelab Golf Kulim, Kulim, Kedah semalam.


KULIM - Karyawan dan bekas aktivis politik, Dr. Kassim Ahmad yang menimbulkan kontroversi kerana mengeluarkan kenyataan didakwa boleh menyesatkan akidah umat Islam baru-baru ini, ditahan pihak berkuasa di rumahnya, di Taman Kulim Perdana, Kelab Golf Kulim, di sini semalam.
Kassim, 81, ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kira-kira pukul 12.30 tengah hari.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0327&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2x73P4m5k 
Hakcipta terpelihara