WARTAWAN SINAR HARIAN
23 Mac 2014
BUKIT BERUNTUNG - Sebanyak sembilan kes demam denggi dilaporkan berlaku di Apartment Kenanga, Taman Bunga Raya (TBR) sepanjang tempoh dua minggu.
Pengerusi Combi Hulu Selangor, Miswan Kaslan berkata, melihat kepada peningkatan mendadak itu pihaknya bersama beberapa pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk tempatan bekerjasama mengadakan gotong-royong bagi membersihkan tempat pembiakan Aedes.
“Peningkatan kes ini berlaku di kala kawasan lain yang sebelum ini menjadi wabak sudah bebas denggi.
“Sebab itu, kami cuba gerakkan di sini secara bersepadu bagi memastikan kawasan ini bersih dan bebas daripada menjadi tempat pembiakan Aedes,” katanya ketika ditemui pada program Gotong-Royong Perdana Hapus Aedes dan Denggi semalam.
Antara agensi terlibat, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Apartment Kenanga, Jawatankuasa Surau, Jawatankuasa Pengurusan Bangunan (JMB) dan peniaga kecil.
Miswan berkata, dua kawasan wabak denggi sebelum ini yang telah bebas adalah Jalan Orkid dan Jalan Tanjung, Bukit Sentosa yang masing-masing pernah mencatatkan 14 dan tujuh kes.
Manakala katanya, empat kes denggi yang dicatatkan di Bandar Sungai Buaya berkurangan kepada satu saja kes minggu lalu.
Beliau turut mengakui pembasmian wabak denggi masih belum berkesan disebabkan kesedaran mengenai bahaya denggi masih rendah selain sikap segelintir masyarakat yang tidak mementingkan kebersihan.
“Mungkin ada keluarga yang tak tahu apa itu Aedes dan denggi. Sebab itu, kesedaran mengenainya perlu terus dipupuk melalui program seumpama ini.
“Harapan kami juga supaya setiap orang bermula daripada rumah mengamalkan konsep ‘rumah kita tanggungjawab kita’ dan prihatin mengenai tanggungjawab bermasyarakat,” katanya.
Dalam pada itu, Miswan turut menyentuh mengenai kerjasama dalam kalangan penduduk yang tinggal di kawasan perumahan bertingkat untuk membersihkan sampah di unit-unit kosong kerana banyak unit kosong yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk.
![]() |
Gotong-royong bersepadu dilakukan di kawasan perumahan bertingkat. |