CANBERRA - Penemuan serpihan kelmarin di barat daya Perth masih belum disahkan milik pesawat MH370.

Namun, beberapa prosedur harus dilalui bagi merungkai teka-teki tersebut.

Pakar penyiasatan tempatan memaklumkan, serpihan terbabit perlu disahkan milik pesawat MH370 terlebih dahulu sebelum mencari kotak hitam.

Perkara pertama akan dilakukan adalah penyiasat akan menyelaraskan serpihan dijumpai sama ada ia milik B77-200ER atau bukan.

Jika terdapat nombor siri pada serpihan terbabit, ini bermakna proses pengesahan pesawat lebih mudah dilakukan.

Proses seterusnya jika serpihan terbabit disahkan milik pesawat, penyiasat akan bekerjasama dengan oceanographers untuk memulakan ujian arus dan angin bagi melakukan demonstrasi bagaimana serpihan itu boleh berada di kawasan terbabit.

Biasanya, kepingan besar pesawat akan karam di lautan dalam, manakala keping kecil akan ditiup angin dan ditolak arus hingga menjadi serpihan dan dihanyutkan ratusan batu dari bangkai utama. -ABC News