Search This Blog

Thursday, March 20, 2014

Buruh dipenjara pecah masuk rumah guru

RAHAYU MUSTAFA
Buruh dipenjara pecah masuk rumah guru
Mohd Daud dipenjara dua tahun selepas mengaku salah mencuri pelbagai barangan milik seorang guru .
20 Mac 2014
 KUALA TERENGGANU - Tidak sampai tiga jam memecah masuk rumah seorang guru, seorang buruh akhirnya berjaya diberkas polis.

Mohd Daud Seman, 37, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu dan akhirnya dikenakan hukuman dua tahun penjara, semalam.

Keputusan itu dibuat majistret Rozianti Mohamed Hanaphi selepas tertuduh mengaku salah di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama di bawah Seksyen 34 kanun sama kerana mencuri di dalam bangunan.

Dia dituduh bersama pasangan suami isteri pada 11 Mac lalu, kira-kira jam 7.30 pagi hingga 11.15 pagi di rumah mangsa di Kampung Gelong Bilal, Jalan Pasir Panjang.

Bagaimanapun, pasangan suami isteri berkenaan, Sukeri Bidi, 36, dan Roshanita Hanipa, 34, yang turut didakwa bersama-sama, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Rozianti menetapkan 7 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan kedua-dua mereka diikat jamin sebanyak RM13,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Mengikut fakta kes, mangsa yang sedang bekerja di SM Sains Kuala Terengganu, telah menerima panggilan telefon daripada polis menyatakan kediamannya dipecah masuk, kira-kira jam 11.15 pagi.

Sebelum itu, lebih kurang jam 10.30 pagi, polis telah menyerbu sebuah rumah di Kampung Kubang Parit,  selepas mendapat maklumat awam berhubung jenayah pecah rumah yang berlaku kira-kira tiga jam sebelum itu.

Anggota bertugas terpaksa memecahkan pintu rumah berkenaan selepas penghuni enggan memberi kerjasama membuka pintu apabila diperkenalkan diri sebagai polis serta memberi salam beberapa kali.

Hasil pemeriksaan di dalam rumah, polis menemui Mohd Daud yang ketika itu bersembunyi di atas bumbung rumah; Sukeri pula bersembunyi di dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah manakala Roshanita bersembunyi di dalam sebuah bilik lain juga di tingkat atas rumah.

Polis juga menemui semula barangan yang dipercayai dicuri sebelum itu di ruang tamu rumah.

MH370: Objek ditemui satelit petunjuk baharu - Hishammuddin

MH370: Objek ditemui satelit petunjuk baharu - Hishammuddin
PEGAWAI Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA), John Young menunjukkan lokasi carian di selatan Lautan Hindi yang mengesan 'objek' besar bersaiz 24 meter ketika sidang media di Canberra, Australia. - Foto EPA 
KUALA LUMPUR: Penemuan dua objek oleh satelit di selatan Lautan Hindi dianggap sebagai pentunjuk dalam pencarian pesawat Malaysian Airline (MAS) MH370 sejak 12 hari lalu, kata pemangku Menteri Pengangkutan, Hishammuddin Hussein.

"Saya boleh sahkan kami mendapat petunjuk baharu...dan saya akan menemui delegasi Australia sekarang," katanya kepada pemberita di sini sebentar tadi. 

Polis Johor lumpuhkan sindiket curi kabel

Polis Johor lumpuhkan sindiket curi kabel
KETUA Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff bersama pegawainya menunjukkan kabel yang dirampas dari kedai membeli barang lusuh di Daerah Seri Alam, IPK Johor. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin 
JOHOR BAHRU: Polis Johor melumpuhkan sindiket curi kabel yang berselindung di sebalik perniagaan lain dalam dua serbuan berasingan di premis membeli barangan lusuh sekitar Ulu Tiram, di sini Isnin dan Selasa lalu.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas 3,900 butir peluru kosong jenis SME 5.56MM selain menahan dua lelaki tempatan dan tiga lelaki warga asing berusia antara 15 hingga 39 tahun. 

MH370: AMSA akui imej satelit 'tidak jelas'

MH370: AMSA akui imej satelit 'tidak jelas'
Nota edaran daripada Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia menunjukkan peta kawasan carian MH370. - Foto EPA
20 Mac 2014 
KUALA LUMPUR - Imej yang dikesan sebagai dua 'objek' mungkin berkaitan dengan MH370 yang hilang adalah 'tidak jelas', kata Pengurus Besar Bahagian Respons Kecemasan Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA), John Young.

"Dua objek itu dalam bentuk saiz yang munasabah dan mungkin dihanyutkan oleh air, bergerak turun naik di permukaan," menurut Young seperti yang dilaporkan agensi berita Reuters.

Agensi berita itu memetik Young dalam sidang akhbar di Sydney, Australia, sebagai berkata bahawa negara itu telah menghantar empat pesawat pencari dan dua kapal ke kawasan di bahagian selatan zon pencarian di selatan Lautan Hindi yang dikenal pasti sebelumnya minggu ini, untuk mencari objek yang dikesan oleh satelit itu.

Young berkata air di kawasan pencarian adalah 'beberapa ribu meter dalam' dan penglihatan yang lemah di kawasan itu akan menjejaskan pencarian, walaupun cuaca sederhana, lapor Reuters.

Awal hari ini, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Perdana Menteri Australia Tony Abbot menelefon Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada jam 10 pagi untuk memberitahu bahawa kemungkinan objek yang berkaitan dengan pesawat Malaysia Airlines yang hilang telah dikesan di selatan Lautan Hindi.

"Pada peringkat ini para pegawai Australia masih belum dapat memastikan sama ada dua objek itu benar-benar berkaitan dengan pencarian MH370," kata Hishammuddin.

Pesawat MAS penerbangan MH370, dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam sebelumnya. Ia dijadual tiba di Beijing pada jam 6.30 pagi hari yang sama.

Pengumuman Australia itu bersamaan hari ke-13 misi mencari dengan kerjasama pelbagai negara dilakukan terhadap pesawat itu yang menurut data satelit telah melencong dari laluan asal di Laut China Selatan menuju ke Lautan Hindi.

Kawasan mencari juga telah diperbesar untuk meliputi kawasan luas di sebelah barat Malaysia, termasuk Lautan Hindi, apabila diketahui bahawa pesawat itu telah terbang tujuh jam selepas hilang dari radar.

Operasi mencari kemudian ditumpukan kepada dua koridor, iaitu koridor utara yang menjangkaui dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi. - Bernama

Satelit Australia kesan objek di Lautan Hindi

Tony Abbott
Tony Abbott  
20 Mac 2014
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata di Canberra pada Khamis bahawa imej satelit telah menunjukkan dua objek yang boleh dikaitkan kepada pesawat Malaysia yang hilang pada 8 Mac, menurut agensi berita Reuters.

Agensi berita itu memetik Abbot sebagai berkata dalam ucapannya di Parlimen "bahawa maklumat baharu dan kredibel telah diperolehi berhubung misi mencari ... di selatan Lautan Hindi."

"Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) telah menerima maklumat berdasarkan imej satelit mengenai objek-objek yang mungkin boleh dikaitkan dengan pencarian," kata Abbot dan menambah pesawat Boeing 777-200ER dalam penerbangan ke kawasan objek-objek ditemui itu.

AMSA berkata ia akan mengadakan taklimat media di Canberra kelak, lapor Rueters.

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12  anak kapal hilang kira-kira sejam selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 pagi pada 8 Mac. Ia dijadual tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi pada hari yang sama.

Pengumuman di Australia dibuat pada hari ke-13 usaha pencarian antarabangsa terhadap pesawat itu yang menurut data satelit, melencong daripada laluan di Laut China Selatan dan menuju Lautan Hindi.

Kawasan pencarian diperluas meliputi di barat Malaysia, termasuk Lautan Hindi, apabila didapati pesawat telah terbang selama tujuh jam selepas itu.

Usaha pencarian kemudian ditumpukan di dua koridor iaitu koridor utara yang merintangi dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga utara Thailand, dan koridor selatan dari Indonesia hingga selatan Lautan Hindi. - Bernama

Perompak Jadi Bahan Lawak Dalam Internet


LONDON – Seorang perompak menyerah diri kepada polis selepas 24 jam, setelah dia menjadi bahan jenaka dalam Facebook. Lelaki itu, Nathan Baxendale, 21, tidak menutup muka ketika merompak di sebuah bank menyebabkan wajahnya dirakamkan dalam CCTV.
Polis kemudiannya memuat naik gambar mukanya dalam Facebook, sekali gus memudahkan dia ditangkap.
Ketika merompak, Baxendale menyerahkan sekeping nota kepada kakitangan bank yang tertulis `Bagi wang pada saya, saya ada pistol’’.
Selepas mendapat wang sebanyak £2,000, dia melarikan diri dengan teksi dan Baxendale menyangka dia berjaya melarikan diri daripada ditangkap polis, tanpa mengetahui aksinya dia merompak itu dirakamkan.
Selepas gambarnya dimuat naik dalam Facebook , identiti Baxendale dikenalpasti hanya dalam masa beberapa jam.
Pengguna Facebook turut menggelarnya bodoh dan dia menjadi bahan jenaka kerana merompak tanpa membuat perancangan terlebih dahulu.
Baxendale kemudiannya menyerah diri di balai polis dan mengaku merompak untuk membayar hutang dadah dan membeli baju.

MH370: Najib jumpa Panglima ATM

Najib Tun Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak 
20 Mac 2014
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan perbincangan dengan Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin mengenai pengesanan objek di selatan Lautan Hindi yang mungkin berkaitan dengan pencarian pesawat Malaysia Airlines yang hilang.
Najib dalam catatan terbaharu Twitternya berkata beliau mengadakan perjumpaan itu selepas Perdana Menteri Australia Tony Abbott menelefon beliau untuk menyampaikan berita pengesanan imej objek di satelit.
   
"Berjumpa dengan Panglima Angkatan Tentera. Selepas panggilan daripada @TonyAbbottMHR, menunggu pengesahan dari Australia mengenai objek yang ditemui," katanya dalam tweet beliau di @NajibRazak.
   
Abbot menelefon Najib pada pukul 10 pagi hari ini untuk memberitahu beliau tentang kemungkinan objek yang berkaitan dengan pesawat MAS MH370 yang hilang dikesan di selatan Lautan Hindi.
   
Perdana Menteri Australia itu memberitahu Parlimen di Canberra awal hari ini bahawa imej satelit telah menunjukkan dua objek yang mungkin berkaitan dengan pesawat MAS Boeing 777-200ER yang hilang pada 8 Mac.
Agensi berita Reuters memetik Abbot sebagai berkata "Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) telah menerima maklumat berasaskan imej satelit mengenai objek yang mungkin berkaitan dengan pencarian itu."
 
Pesawat Malaysia Airlines MH370, dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 tengah malam sebelumnya. Pesawat itu dijadual tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
 
Pengumuman hari ini di Australia bersamaan hari ke-13 misi mencari pesawat itu, menggabungkan kerjasama pelbagai negara, yang berpandukan data satelit telah mengalih operasi dari kawasan pencarian asal di Laut China Selatan ke Lautan Hindi.
 
Kawasan pencarian telah diperbesar meliputi bahagian luas di sebelah barat Malaysia termasuk Lautan Hindi apabila diketahui bahawa pesawat itu telah terbang selama tujuh jam selepas hilang dari radar.
 
Operasi mencari itu kemudian memberi tumpuan kepada dua koridor, menjangkaui dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand, dan koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi. - Bernama

Tiga lagi pesawat ke Lautan Hindi


KUALA LUMPUR: Tiga pesawat lagi telah dikerahkan ke kawasan di selatan Lautan Hindi di mana objek yang dipercayai berkaitan dengan usaha mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 dikesan, menurut Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA).

Aset-aset itu termasuk sebuah pesawat Orion Tentera Udara Diraja New Zealand dan pesawat P8 Poseidon Tentera Laut Amerika Syarikat.


"Pesawat Poseidon itu dijangka tiba 3 petang. Pesawat kedua Orion RAAF dijangka berlepas dari pangkalan Pearce RAAF pada 6 petang. Pesawat Orion New Zealand dijangka berlepas 8 malam," kata pengurus besar Bahagian Respons Kecemasan AMSA John Young dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata sebuah pesawat C-130 Hercules RAAF ditugaskan oleh Pusat Penyelarasan Menyelamat Australia (RCC Australia) AMSA untuk menjatuhkan boya penanda datum yang akan digunakan bagi memberikan maklumat mengenai pergerakan air bagi membantu dalam pemodelan aliran.


Boya itu juga akan menyediakan satu titik rujukan berterusan jika tugas menempatkan semula objek berlanjutan.


Awal hari ini, RCC Australia menerima imejan objek dari satelit berkemungkinan berkaitan dengan usaha mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang.

Young berkata, imejan itu dirakamkan oleh satelit dan penilaian ke atasnya yang disediakan oleh Australian Geospatial-Intelligence Organisation sebagai kemungkinan petunjuk objek di sebelah selatan kawasan carian yang menjadi fokus pencarian.

"Imej itu adalah di sekitar kawasan carian yang ditakrifkan dan diperiksa dua hari lepas, Empat pesawat itu telah diorientasikan semula ke kawasan 2,500 kilometer di barat daya Perth hasil maklumat ini.

Sebuah kapal dagang yang memberi respons kepada siaran perkapalan yang dikeluarkan RCC Australia pada Isnin dijangka tiba di kawasan itu kira-kira 6 petang.

Beliau berkata kapal Tentera Laut Diraja Australia, HMAS Success, juga dalam perjalanan ke kawasan itu tetapi jaraknya memakan masa beberapa hari dari kawasan itu. Kapal itu dilengkapi dengan kemudahan untuk mendapatkan semula mana-mana objek di lokasi dan jika terbukti daripada MH370, katanya.

Usaha mencari pesawat yang hilang semasa dalam penerbangan ke Beijing dan 239 penumpang dan anak kapal itu kini memasuki hari ke-13.

Pesawat itu hilang daripada skrin radar sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac.

Kawasan pencarian diperluaskan meliputi kawasan yang luas di arah barat Malaysia termasuk Lautan Hindi apabila diketahui bahawa pesawat itu telah melencong dari laluan asal selepas seseorang dengan sengaja mematikan sistem komunikasi dalam pesawat itu dan menurut satelit Inmarsat, pesawat itu dikesan terbang beberapa jam selepas itu.

Usaha itu kini ditumpukan kepada dua koridor iaitu koridor utara yang menjangkau lebih kurang dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke bahagian utara Thailand; dan koridor selatan meliputi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/20

Dua pelatih PUSPEN dipercayai lari dengan membolosi pagar


2014/03/20 - 15:48:34 PM
PADANG BESAR: Dua pelatih Pusat pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Bukit Chabang, di sini, hilang dipercayai melarikan diri dengan membolosi pagar keselamatan pusat itu ketika solat subuh di sini, pagi tadi.

Pengarahnya Mahadzir Elias, mengesahkan perkara itu dan usaha mengesan kedua-dua pelatih terbabit sedang dijalankan.

Lelaki terlepas hukuman gantung kes edar heroin


2014/03/20 - 12:23:34 PM
KANGAR: Seorang lelaki terlepas hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi di sini melepaskan dan membebaskannya atas pertuduhan mengedar dadah jenis heroin dan monoacetylmorphines pada 18 September 2012.

Keputusan itu dibuat Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab, selepas wujud gagal keraguan munasabah dalam pendakwaan terhadap tertuduh, Abdul Aziz Zainol Abidin, 28, yang dibuat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. 

MH370: Objek besar dikesan berukuran 24 meter panjang - AMSA

MH370: Objek besar dikesan berukuran 24 meter panjang - AMSAPEGAWAI Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA), John Young ketika sidang media petunjuk baharu pesawat MH370 selepas AMSA mengesan 'objek' besar bersaiz 24 meter terapung di permukaan laut, hari ini. - Foto Yazit Razali

CANBERRA: Objek terbesar yang dikesan dalam pencarian pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 berukuran 24 meter panjang manakala objek kedua pula yang dikesan adalah kecil sedikit, kata pihak berkuasa Australia, hari ini.

"Objek-objek itu secara amnya tidak jelas. Bagi saya, petunjuk ini adalah objek bersaiz berpatutan dan mungkin dipenuhi air serta tenggelam timbul di atas permukaan," kata pegawai Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA), John Young.
"Objek terbesar....berukuran 24 meter panjang. Ada satu lagi berukuran kecil," katanya. - AFP

   

MH370: Najib bincang dengan PAT berhubung objek yang dikesan Australia


2014/03/20 - 16:52:39 PM
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan perbincangan dengan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin mengenai pengesanan objek di selatan Lautan Hindi yang mungkin berkaitan dengan pencarian pesawat Malaysia Airlines yang hilang.

Najib dalam catatan terbaharu Twitternya berkata beliau mengadakan perjumpaan itu selepas Perdana Menteri Australia Tony Abbott menelefon beliau untuk menyampaikan berita pengesanan imej objek di satelit.


"Berjumpa dengan Panglima Angkatan Tentera. Selepas panggilan daripada @TonyAbbottMHR, menunggu pengesahan dari Australia mengenai objek yang ditemui," katanya dalam tweet beliau di @NajibRazak.

Abbot menelefon Najib pada jam 10 pagi hari ini untuk memberitahu beliau tentang kemungkinan objek yang berkaitan dengan pesawat MAS MH370 yang hilang dikesan di selatan Lautan Hindi.

Perdana menteri Australia itu memberitahu Parlimen di Canberra awal hari ini bahawa imej satelit telah menunjukkan dua objek yang mungkin berkaitan dengan pesawat MAS Boeing 777-200ER yang hilang pada 8 Mac. - BERNAMA 

Lelaki dipenjara 12 tahun, lima sebatan bersalah rogol gadis bawah umur


2014/03/20 - 13:02:18 PM
MELAKA: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi selepas didapati bersalah merogol gadis bawah umur tiga tahun lalu.

Hukuman itu diputuskan Hakim Ahmad Kamar Jamaludin ke atas tertuduh, Mutaal Badrain Abu Bakar, 26, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dan pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan.


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang gadis yang ketika kejadian berusia 14 tahun di sebuah rumah di Kilometer 8, Jalan Sidang Hassan, Bukit Katil, di sini antara jam 12 tengah hari hingga 1 petang, Mei 2011.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan hukuman ditangguh untuk rayuan di Mahkamah Tinggi dan jaminan terhadap tertuduN dinaikkan daripada RM 6,000 kepada RM20,000 selepas pembelaan memohon penangguhan. 

MH370: Objek ditemui 2,500km ke barat daya Perth


2014/03/20 - 14:50:21
KUALA LUMPUR: Dua objek yang mungkin serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) dikesan satelit di satu daripada kawasan terpencil dunia, menurut pegawai Australia.

Reuters melaporkan objek itu ditemui kira-kira 2,500 kilometer ke barat daya Perth, iaitu lautan luas antara Australia, selatan benua Afrika dan Antartika.


Pesawat peninjau sedang menyiasat sama ada objek berkenaan yang terapung di selatan Lautan Hindi adalah serpihan pesawat MH370 yang hilang 12 hari lalu bersama 239 penumpang dan anak kapal.


Objek paling besar berukuran 24 meter panjang dan kelihatan terapung di lautan sedalam beribu meter.

Sanggup sembunyi atas bumbung

MOHD FIRDAUS YON
Sanggup sembunyi atas bumbung
Warga asing ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen Johor di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Taman Setia Tropika, di sini untuk siasatan lanjut jabatan. 
20 Mac 2014
JOHOR BAHRU - Seramai 15 warga asing ditahan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Johor dalam serbuan Ops Sapu di sebuah rumah kedai di Bukit Kempas, kelmarin.

Serbuan jam 1.50 pagi itu dilakukan sepasukan anggota dan pegawai diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Kharulanuar Abu Bakar.

Timbalan Ketua Bahagian Penguat Kuasa Imigresen negeri, Masri Adul berkata, kesemua yang ditahan terdiri daripada 11 lelaki warganegara India, manakala selebihnya merupakan rakyat Pakistan.

“Setibanya di lokasi aduan, Kharulanuar memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan Imigresen dan memaklumkan mahu melakukan pemeriksaan di dalam rumah berkenaan.

“Hasilnya, Imigresen menemui 15 lelaki warga asing dan menahan mereka kerana didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63. Salah seorang daripada mereka ada yang cuba meloloskan diri dengan bersembunyi di atas bumbung bangunan,” katanya, semalam.

Masri berkata, lima warga asing terbabit didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 selain dua daripada jumlah keseluruhan disyaki melakukan kesalahan Seksyen 56(1)(I) Akta yang sama.

“Baki lapan warga asing pula ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Kesemua yang ditahan didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, tinggal lebih masa dan memiliki pas atau permit perjalanan palsu,” katanya.

Beliau berkata, warga asing terbabit dibawa ke Pejabat Imigresen Johor di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Taman Setia Tropika, di sini untuk siasatan lanjut jabatan.

“Tiada rampasan dan kejadian tidak diingini berlaku. Ops tamat pada jam 2.15 pagi,” katanya.

Cuaca buruk gagalkan kesan 2 objek


Perdana Menteri Australia, Tony Abbott ketika bercakap dalam parlimen di Canberra mengenai gambar satelit penemuan dua objek yang mungkin ada kaitan dengan kehilangan pesawat MH370, semalam. - REUTERS
SYDNEY 20 Mac - Australia menjangkakan hanya dapat membuat analisis, sama ada objek yang dikesan sebuah satelit di Lautan Hindi adalah serpihan pesawat MH370 atau tidak, dalam tempoh dua atau tiga hari lagi.
Namun, setakat ini, penerbangan pertama yang dihantar ke lokasi itu gagal mengesan objek berkenaan berikutan cuaca buruk.
Pihak berkuasa dijangka mengetahui apakah objek berkenaan adalah serpihan pesawat Malaysia Airlines atau tidak dalam tempoh "dua atau tiga hari" lagi, lapor Associated Press memetik Menteri Pertahanan, David Johnston sebagai berkata di Jakarta, hari ini.
Tetapi sebuah pesawat Orion daripada Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) yang dihantar ke lokasi itu, hari ini untuk menyiasat objek tersebut gagal mengesan objek berkenaan, kata Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA).
Pesawat pemantau P-3 dihantar ke kawasan zon pencarian di Lautan Hindi kira-kira 2,500 kilometer ke barat daya Perth selepas Australia mendedahkan kehadiran dua objek tersebut yang dipercayai ada kaitan dengan pesawat MH370.
"Pesawat itu tidak dapat mengesan objek tersebut. Awan gelap dan hujan membataskan penglihatan," kata AMSA dalam Twitternya.
Tiga lagi pesawat pemantauan jarak jauh, satu masing-masing dari Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat, dijangka memeriksa kawasan itu di mana satelit mengesan dua objek, satu daripadanya sepanjang 24 meter.
Perdana Menteri Australia, Tony Abbott memberitahu Parlimen tentang imej satelit itu dengan menegaskan ia perlu disahkan terlebih dahulu sama ada ia adalah serpihan pesawat MH370. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140321/dn_02/Cuaca-buruk-gagalkan-kesan-2-objek#ixzz2wb4IE5ND
© Utusan Melayu (M) Bhd 

MH370: Keluarga buat kecoh, siasatan dijalankan


WARTAWAN SINAR HARIAN
20 Mac 2014

MH370: Keluarga buat kecoh, siasatan dijalankan
MH370: Keluarga buat kecoh, siasatan dijalankan Salah seorang ahli keluarga penumpang MH370 dari China ditemui media selepas dihalang memasuki kawasan sidang media di lobi Hotel Sama Sama, Sepang, semalam. – Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sudah mengarahkan siasatan segera dijalankan berhubung tindakan lima saudara mara penumpang MH370 warga China yang cuba menceroboh pusat media di Hotel Sama-Sama, semalam.

"Kami kesal kejadian yang berlaku di sidang akhbar itu membabitkan beberapa saudara mara penumpang MH370. Kita hanya boleh membayangkan kesedihan yang terpaksa mereka alami," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Terdahulu, sejurus sebelum sidang akhbar yang dijadual bermula pada 5.30 petang, lima saudara mara penumpang pesawat berkenaan membuat kecoh apabila dua kali mereka cuba menceroboh pusat media.

Kali pertama mereka cuba memasuki pusat media ialah pada 4.45 petang dan menimbulkan kekecohan dengan tangisan serta jeritan selain turut membawa sepanduk bertulisan Mandarin. Taklimat media belum bermula ketika itu.
 
Dalam perkembangan berkaitan, Hishammuddin turut menegaskan, Malaysia sudah melakukan apa yang terdaya untuk mencari pesawat yang hilang itu.

Tidur dekat mayat rakan

NOOR’AINON MOHAMED YUSOF
Tidur dekat mayat rakan
Muhamad Putera (kiri) dikunjungi dua rakan sekelasnya ketika dia menerima rawatan di Hospital Kuala Kangsar, semalam.
20 Mac 2014
 KUALA KANGSAR – “Saya nampak mereka terkapai-kapai, tapi tak boleh nak selamatkan, keadaan sangat bahaya, sudahnya saya hanya mampu menangis lihat mereka,” kata salah seorang mangsa yang selamat, Siti Azimah Mohd Fitri, 17.
Menurutnya, dia tidak mampu menyelamatkan dua rakannya itu berikutan tidak pandai berenang sebelum menjerit meminta bantuan seorang lagi rakan, Muhamad Putera Rafaii yang tidak jauh dari tebing Sungai Gading, lokasi dua mangsa ditemui lemas.
“Setibanya Putera ke tebing Sungai Gading, kami tidak nampak mereka lagi.
"Sebelum itu, kami bercadang untuk menyeberangi sungai itu untuk menjejaki kumpulan lain, tidak sangka jadi begini.
“Sungai itu kelihatan seperti kolam dengan air tenang. Kami ingatkan airnya cetek kerana dari tepi kami nampak dasar sungai itu hanya sejengkal, tidak sangka ia dalam.

Di antara kami, hanya Putera sahaja pandai berenang,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Kangsar di sini, semalam.

Siti Azimah yang pernah mengikuti ekspedisi sama tahun lalu mengakui, masih trauma dan tidak bercadang mengikuti ekspedisi lasak kelak selepas kejadian meragut dua nyawa rakannya itu.

Katanya, dia bersyukur dapat kembali ke pangkuan keluarga, namun masih bersedih.

“Walaupun boleh tidur, kadang-kadang saya masih teringat," katanya.

Sementara itu, Muhamad Putera turut menceritakan perit jerih mereka berdua meneruskan perjalanan mencari jalan pulang selepas berpisah dengan kumpulan lain selepas tragedi itu.

Katanya, mereka terpaksa mencari tempat teduh dengan tidur di celah-celah batu yang dingin ketika hujan lebat pada malam kejadian.

“Pada hari kedua, kami berusaha mencari mereka berdua di pesisir sungai dan menemui Adam Asraf Azman dalam keadaan tertiarap di tebing sungai. Kami berdua cuba menarik mayat Adam ke tepi tetapi kaki dia tersangkut dekat celah-celah batu.

“Kami sedih terpaksa meninggalkan dia (Adam) di situ sebelum berusaha mencari jalan keluar dengan menuruni gunung dan tidur kira-kira 500 meter dari mayat Adam,” katanya.

Muhamad Putera berkata, mereka memasang unggun api bagi mengelakkan kesejukan dan bergilir-gilir menjaga antara satu sama lain.

“Kami guna segala ikhtiar kehidupan yang dipelajari dalam ekspedisi ini dengan menggunakan sungai sebagai sumber minuman.

“Kami bernasib baik apabila membawa makanan dalam tin yang disandang sepanjang perjalanan itu dan ketika ditemui, kami ingin memasak makanan berikutan kelaparan dan keletihan,” katanya.

Pada Ahad lalu, empat pelajar Tingkatan 5 Kolej Vokasional Padang Rengas dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi mendaki Gunung Bubu di Ulu Kenas.

Kehilangan keempat-empat pelajar itu disedari guru pengiring mereka ketika menuruni gunung tersebut kira-kira jam 2.30 petang.

Pelajar yang semuanya berusia 17 tahun menyertai perkhemahan yang dianjurkan kolej berkenaan bersama 21 pelajar lain dengan ditemani enam guru pengiring.

Berkurung elak dicekup Kastam

WARTAWAN SINAR HARIAN
Berkurung elak dicekup Kastam
Antara rokok yang berjaya dirampas dalam serbuan di sekitar daerah ini, semalam. 
20 Mac 2014
BATU PAHAT – Bagi mengelakkan dicekup Kastam Diraja Malaysia, seorang pekedai sanggup berkurung dalam kedai. Bagaimanapun, tindakannya tidak berhasil apabila anggota Kastam Johor dan Batu Pahat, mengepung dan mendesaknya untuk menyerah diri.

Jurucakap Kastam berkata, sebaik serbuan dilakukan, pihaknya mendapati beberapa karton rokok puti dan juga kretek diseludup.

Katanya, pemilik kedai berusia sekitar 50-an memberi pelbagai alasan antaranya mahu menutup kedai dahulu dan menukar baju sebelum dibawa ke pejabat Kastam daerah.

“Pihak Kastam terpaksa menunggu urusan penutupan kedai dan menerima alasan pemilik kedai untuk menukar pakaiannya terlebih dahulu sebelum dibawa ke pejabat Kastam daerah. Tetapi setelah hampir 15 minit menunggu, individu terbabit tidak juga muncul dan kami mengepung kedai terbabit.

“Sebaik kedai berkenaan dikepung, kami terus ke pintu belakang kedai dan mendapati pemilik kedai ‘membekukan’ dirinya di dalam kedai bagi mengelakkan kami mengambil tindakan terhadapnya,” katanya.

Dalam operasi melibatkan empat lokasi di daerah ini, dua individu ditahan.

Katanya, dalam operasi itu, 30 karton atau 400 kotak rokok seludup berjaya dirampas.

“Kedua-dua peniaga menjual rokok kecil-kecilan bagi mengaburi mata penguat kuasa.

Jurucakap Kastam berkata, kesemua didakwa mengikut Seksyen 135 (d) Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang 10 kali ganda amaun duti kastam atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun.

Penjual roti canai dipenjara


WARTAWAN SINAR HARIAN
19 Mac 2014


JOHOR BAHRU - Seorang penjual roti canai dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan oleh mahkamah majistret, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah memiliki heroin pada tahun lalu.

Zamri Abdullah, 37, membuat pengakuan berkenaan di hadapan Majistret Salina Omar selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya oleh jurubahasa.

Mengikut kertas pertuduhan, beliau didakwa didakwa memiliki barang terlarang itu dengan berat 0.13 gram di Kampung Sungai Rinting dekat Masai, kira-kira jam 8.05 malam, 14 Disember 2013.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta sama.

Sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Dzul Iswari Mohd Jaafar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Polis KL rampas bom tangan, dua pucuk pistol

WARTAWAN SINAR HARIAN
Polis KL rampas bom tangan, dua pucuk pistol
Mohmad (dua, kanan) menunjukkan sepucuk pistol kepada pihak media di IPKKL, semalam. 
20 Mac 2014
KUALA LUMPUR - Polis menemui sebutir bom tangan dan dua pucuk pistol dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dalam tempoh dua hari.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, polis membuat serbuan pertama di sebuah hotel bajet di Jalan Sarawak, di sini, pada awal pagi kelmarin dan berjaya menahan dua orang lelaki dan seorang wanita.

Menurutnya, selepas berjaya menahan tiga suspek berkenaan, salah seorang daripada mereka membawa polis ke sebuah rumah di Kampung Baru, Tanjung Sepat, Kuala Langat dan polis berjaya merampas sepucuk pistol jenis revolver .38 Smith & Wilson serta tiga butir peluru jenis .38 bertanda WW.38 dan S&B.38

“Senjata ini dijumpai dalam sebuah beg yang diletakkan di dalam sebuah almari,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), di sini, semalam.

Mohmad berkata, susulan dua serbuan berikut, suspek yang sama membawa polis ke sebuah pangsapuri di Setia Alam, Shah Alam, awal pagi semalam dan berjaya menahan tiga orang lagi lelaki tempatan.

Menurutnya, polis turut berjaya merampas sebiji bom tangan berwarna hijau, sepucuk pistol Auto Siq Sauer 9mm dan satu kelopak yang berisi 11 butir peluru 9mm di dalam sebuah kotak speaker.

“Kami mempercayai bahawa semua senjata api ini diseludup masuk daripada negara jiran dan sedang menyiasat sama ada mereka adalah sebuah kumpulan kongsi gelap atau tidak,” katanya.

Jumlah yang ditahan ialah lima lelaki serta seorang wanita yang berumur lingkungan 25 hingga 41 tahun dan mereka direman bermula kelmarin hingga esok.

Beliau berkata, kesemua suspek terbabit kes jenayah seperti kes bunuh, samun dan pecah rumah di sekitar Lembah Klang.

'Julia, anak kau dah tak ada...'

MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR
'Julia, anak kau dah tak ada...'
Bilik air di mana Siti Nuraisyah terjatuh Isnin lalu sebelum menemui ajal keesokan harinya. (Gambar kecil) Allahyarham Siti Nuraisyah.
20 Mac 2014
 SABAK BERNAM – “Anak kau dah tak ada, dia dah meninggal dunia," demikian SMS mengejutkan yang diterima seorang ibu tunggal dikenali sebagai Julia, 25, daripada ibu kandungnya, pagi kelmarin.

Menurut Julia, sebaik sahaja sedar dari tidur kira-kira jam 10 pagi, dia terkejut menerima banyak panggilan tidak berjawab diterima daripada ahli keluarga yang lain termasuk SMS memaklumkan anaknya, Siti Nuraisyah Mohd Razib, 3, meninggal dunia.

Bagaimanapun, katanya, dia seolah-olah tidak percaya dengan berita itu dan berulang kali meminta kepastian daripada ibunya.

"Bila dah dijelaskan, saya bergegas balik  kampung. Luluh hati mengenangkan anak yang dikasihi pergi meninggalkan kami selama-lamanya. Saya terkilan tak sempat berjumpa dengannya petang semalam (kelmarin),” katanya kepada Sinar Harian.

Siti Nuraisyah sebelum ini mengalami pendarahan teruk di bahagian kepala akibat terjatuh dari bilik air rumah bapa saudaranya di Taman Air Manis, Sabak Bernam, Isnin lalu.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu terpaksa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam jam 9.30 pagi keesokannya apabila mengalami muntah dan sesak nafas dan disahkan meninggal dunia 30 minit selepas menerima rawatan.

Julia yang bekerja di sebuah hotel terkemuka di ibu negara berkata, anaknya tinggal menumpang sementara di rumah salah seorang adiknya dan dia memang berhasrat mengambil Siti Nuraisyah untuk tinggal bersama di Cheras.

“Saya tinggalkan dia di rumah adik sebab nak selesaikan masalah perceraian dengan bekas suami. Saya memang rancang nak ambil Siti Nuraisyah tinggal dengan saya.

“Apa lagi boleh buat, semua ini kehendak ALLAH. Saya pasrah walaupun jauh di sudut hati rasa sangat perit," katanya.

Julia memberitahu, dia memang berhasrat berjumpa Siti Nuraisyah petang kelmarin setelah hampir dua minggu tidak bertemu anak ketiga daripada empat beradik itu, namun malangnya hasrat itu bertukar detik hitam yang memilukan.

“Kehilangannya dah tentu merentap jiwa saya, apatah lagi saya dah rancang nak jumpa dia. Tapi ALLAH lebih sayang padanya,” katanya.

Menurutnya, dia masih teringat kata-kata terakhir anaknya itu dan masih terbayang senyuman dilemparkan Siti Nuraisyah di rumah adiknya sewaktu dia ingin pulang semula ke Kuala Lumpur.

“Kali terakhir, saya sempat mandikan dia, kucup dahinya sepenuh hati," katanya.

Katanya, jenazah anaknya itu dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Batu 37 Sekendi untuk disemadikan kira-kira jam 8 malam kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu daripada Unit Kecemasan HTAJ Sabak Bernam kira-kira jam 10.05 pagi kelmarin.

Beliau berkata, kanak-kanak itu dipercayai meninggal dunia sehari selepas kejadian dia terjatuh tertiarap dari bilik air rumah bapa saudaranya itu dan kemudiannya kembali sedar, bagaimanapun mangsa mengalami sesak nafas keesokan paginya.

“Terdapat kesan lebam di kepala dan muka mangsa dan siasatan polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah,” katanya.

MH370 mungkin di koridor utara

WARTAWAN SINAR HARIAN
MH370 mungkin di koridor utara
Gambar menunjukkan peta carian pesawat MH370 diperluaskan ke kawasan koridor utara. 
20 Mac 2014
SHAH ALAM – Kemungkinan untuk pesawat MAS MH370 dijumpai di koridor utara lebih besar berbanding koridor selatan.

Pakar penerbangan, Prof Madya Lt Kol (B) Mohamed Tarmizi Ahmad berkata, ini berdasarkan keluasan kawasan di koridor utara yang meliputi beberapa negara.

“Kalau jarak penerbangan diambil kira, lebih selamat ambil koridor utara. Ini kerana jika pesawat mahu mendarat atau berhenti di mana-mana, banyak kawasan lapang dan luas.

“Berbeza dengan koridor selatan yang jarang dilalui pesawat kerana lebih banyak kawasan lautan dan pulau-pulau kecil.

Kemungkinan untuk pesawat MAS MH370 dijumpai di koridor utara lebih besar berbanding koridor selatan.

Sebelum ini, Malaysia mengumumkan pencarian pesawat Boeing 777-200ER milik MAS yang hilang 8 Mac lalu diperluaskan ke koridor utara menghala Kazakhstan dan Kyrgyzstan, manakala koridor selatan ke Lautan Hindi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kapasiti minyak yang dimiliki pesawat MAS MH370 juga membolehkannya terbang sehingga Kazakhstan.

Oleh itu, katanya, adalah lebih baik kerajaan menumpukan usaha mencari dan menyelamat (SAR) di sepanjang laluan koridor utara kerana terdapat banyak satelit di kawasan itu.

“Kalau di koridor utara, kita ada rekod radar yang banyak. Lebih elok sekiranya kita dapat kerjasama dengan negara terlibat untuk dapatkan data satelit.

“Sekiranya benar pesawat itu melalui koridor utara, mesti dapat dikesan kerana ia tidak boleh hilang daripada rakaman. Cuma terpulang kepada negara berkenaan mahu berkongsi maklumat atau tidak kerana ini merupakan rahsia tentera sesebuah negara,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, kemungkinan di koridor selatan tetap ada, namun kekurangan liputan radar dan satelit membataskan pencarian.

“Bagi saya, pencarian di koridor selatan tidak perlu hantar aset sebab kawasannya jauh dan berisiko tinggi. Sebaliknya, lebih baik kita menggunakan kepakaran satelit dari negara lain seperti Amerika Syarikat,” katanya.

Sementara itu, pensyarah kanan dan Ketua Pusat Teknologi dan Ujian Penerbangan (FTTC), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Rizal Affendy berkata, pencarian di koridor selatan juga perlu diberikan tumpuan.

“Sekarang pasukan pencarian masih belum pasti sama ada pesawat melalui koridor utara atau selatan.

“Namun, di koridor utara tiada masalah untuk mencari kerana boleh mendapat bantuan daripada banyak negara lain.

“Berbeza dengan koridor selatan, tidak meliputi banyak negara. Jadi, kerajaan perlu memberi tumpuan di situ juga,” katanya.

Buruh dipenjara pecah masuk rumah guru

Buruh dipenjara pecah masuk rumah guru
Mohd Daud dipenjara dua tahun selepas mengaku salah mencuri pelbagai barangan milik seorang guru .
RAHAYU MUSTAFA
20 Mac 2014
 KUALA TERENGGANU - Tidak sampai tiga jam memecah masuk rumah seorang guru, seorang buruh akhirnya berjaya diberkas polis.

Mohd Daud Seman, 37, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu dan akhirnya dikenakan hukuman dua tahun penjara, semalam.

Keputusan itu dibuat majistret Rozianti Mohamed Hanaphi selepas tertuduh mengaku salah di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama di bawah Seksyen 34 kanun sama kerana mencuri di dalam bangunan.

Dia dituduh bersama pasangan suami isteri pada 11 Mac lalu, kira-kira jam 7.30 pagi hingga 11.15 pagi di rumah mangsa di Kampung Gelong Bilal, Jalan Pasir Panjang.

Bagaimanapun, pasangan suami isteri berkenaan, Sukeri Bidi, 36, dan Roshanita Hanipa, 34, yang turut didakwa bersama-sama, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Rozianti menetapkan 7 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan kedua-dua mereka diikat jamin sebanyak RM13,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Mengikut fakta kes, mangsa yang sedang bekerja di SM Sains Kuala Terengganu, telah menerima panggilan telefon daripada polis menyatakan kediamannya dipecah masuk, kira-kira jam 11.15 pagi.

Sebelum itu, lebih kurang jam 10.30 pagi, polis telah menyerbu sebuah rumah di Kampung Kubang Parit,  selepas mendapat maklumat awam berhubung jenayah pecah rumah yang berlaku kira-kira tiga jam sebelum itu.

Anggota bertugas terpaksa memecahkan pintu rumah berkenaan selepas penghuni enggan memberi kerjasama membuka pintu apabila diperkenalkan diri sebagai polis serta memberi salam beberapa kali.

Hasil pemeriksaan di dalam rumah, polis menemui Mohd Daud yang ketika itu bersembunyi di atas bumbung rumah; Sukeri pula bersembunyi di dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah manakala Roshanita bersembunyi di dalam sebuah bilik lain juga di tingkat atas rumah.

Polis juga menemui semula barangan yang dipercayai dicuri sebelum itu di ruang tamu rumah.

Al-Quran ditemui di tempat pembuangan sampah haram

MUHAYUDIN SALLEH
Al-Quran ditemui di tempat pembuangan sampah haram
Antara al-Quran lusuh yang dibuang oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. 
20 Mac 2014
ROMPIN – Gerak hati untuk berlegar-legar serta membuat pusingan kali kedua dengan motosikal di Pusat Pertumbuhan Desa Tanjung Gemok memberi jawapan di luar jangkaan kepada seorang ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung (JKKK) di sini.

Kassim Abd Manap. 57, yang melalui kawasan tersebut sekitar jam 10 pagi memberitahu, terkejut apabila melihat lebih 20 naskhah al-Quran telah dibuang di kawasan pembuangan sampah haram.

Sebelum memastikan penemuan tersebut, beliau pada mulanya tidak sedap hati apabila melihat terdapat kain kuning di kawasan pembuangan sampah haram itu dan berhenti untuk melihatnya dengan lebih dekat.

“Kebiasaannya saya akan melalui kawasan tersebut hanya sekali sahaja tetapi pagi semalam tergerak hati untuk pusing kali kedua  dan ketika itu baru saya nampak kain kuning lalu timbul rasa pelik dan mahukan kepastian dan cuba melihatnya dengan lebih dekat.

“Bila saya menghampiri kain kuning itu, saya nampak longgokan buku tetapi pada mulanya tidak perasan itu adalah al-Quran. Saya cuba melihat dengan lebih dekat untuk memastikan ia buku apa, terkejutnya saya bahawa ia adalah longgokan lebih 20 naskhah al-Quran dan surah Yasin,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau yang berasa tidak sedap hati dengan penemuan tersebut terus menghubungi Biro Keselamatan JKKK Tanjung Gemok, Noor Azhar Abu Bakar, 50, untuk memaklumkan mengenai hal itu.

“Saya kecewa dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab sebegini yang seolah-olah menghina kesucian al-Quran kerana al-Quran yang dibuang itu telah bercampur dengan botol arak yang turut dibuang di kawasan itu.

“Dalam keadaan negara yang menghadapi pelbagai isu ini, masih ada pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan sebegini. Bagaimanapun saya ucapkan terima kasih kepada pasukan Penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) Rompin yang segera bertindak.

Dalam pada itu, Azhar yang turut sama mengutip al-Quran berkata apa yang terjadi akan menjejaskan imej orang Islam itu sendiri.

“Kenapa orang Islam sekarang begitu mengambil ringan isu begini kerana dengan mudah membiarkan al-Quran dibuang begitu sahaja sedangkan ia adalah kita suci yang patut kita pertahankan darjatnya,” katanya.

Menurut Azhar lagi, beliau berharap kes seperti ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang kerana ia akan memalukan agama Islam atas tindakan orang Islam itu sendiri.

Paid ambil tindakan susulan

Sementara itu, Timbalan Kadi Daerah Rompin, Mohd Nor Senawi yang ditemui ketika mengetuai pasukan Penguatkuasa Paid Rompin yang melakukan siasatan di lokasi kejadian melahirkan rasa kecewa dengan penemuan tersebut dan menegaskan tindakan susulan akan diambil.

Menurutnya, perbuatan membuang naskhah al-Quran di tempat yang tidak sepatutnya adalah satu penghinaan kepada kitab suci al-Quran dan agama Islam itu sendiri.

“Sepatutnya al-Quran yang sudah lusuh dan mahu dilupuskan perlu dibakar dan abunya ditanam atau buang ke laut. Kebiasaannya ia akan dihantar ke Paid sebelum dihantar ke ibu pejabat Jabatan Agama Islam Pahang untuk proses pelupusan.

“Pihak kami akan menjalankan siasatan terperinci mengikut enakmen yang ada dan kemungkinan tumpuan siasatan adalah kepada sebuah premis berhampiran yang menempatkan sejumlah pelajar Islam. Ini kerana al-Quran lusuh yang dibuang itu turut ditulis nama yang kemungkinan nama pemiliknya,” katanya.

Mayat disimen dalam tong


ANGGOTA polis membawa suspek untuk membuat pengecaman mayat seorang ahli peniagaan di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban, Negeri Sembilan, semalam.
KUALA LUMPUR 20 Mac - Penahanan enam suspek termasuk seorang wanita warga Thailand di sekitar Lembah Klang pada malam tadi dan hari ini membawa kepada penemuan mayat seorang ahli perniagaan yang dibunuh dan mayatnya disimen dalam tong.
Mayat mangsa ditemui di dalam tong tersebut yang dicampak di tepi jalan di Bukit Pelanduk, Lukut, Negeri Sembilan kira-kira pukul 6 petang.
Menurut sumber, penemuan itu berikutan dua daripada suspek terlibat mengaku telah membunuh ahli perniagaan itu.
"Dua suspek terbabit menunjukkan polis lokasi mayat tersebut disembunyikan iaitu di kawasan Bukit Pelanduk.
"Polis kemudian menemui tong di mana mayat mangsa yang dilaporkan hilang di Batu 9, Cheras tiga bulan lalu disimen di dalamnya," katanya.
Difahamkan, satu sidang akhbar akan dibuat oleh pihak polis berhubung penemuan mayat itu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140321/je_01/Mayat-disimen-dalam-tong#ixzz2wZOZqo5M
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dua anggota polis dipenjara kerana rasuah


JOHOR BAHRU 20 Mac - Dua anggota polis berpangkat koperal dan lans koperal masing-masing dipenjara setahun dan denda RM120,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini apabila didapati bersalah atas empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah kira-kira dua tahun lalu.
Bagaimanapun hukuman terhadap tertuduh, Kamaruzzaman Khamis, 45, dan Zamzuri Idha Ismawi, 27, dibenar untuk ditangguhkan sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140320/ma_04/Dua-anggota-polis-dipenjara-kerana-rasuah#ixzz2wZOLbklE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

MH370: Polis ketat kawalan di pusat media


2014/03/20 - 12:28:42 PM
SEPANG: Polis hari ini memperketatkan kawalan keselamatan di Hotel Sama Sama yang menjadi lokasi utama sidang media bagi melaporkan perkembangan terkini insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Ia berikutan kekecohan yang berlaku semalam apabila sekumpulan warga China dipercayai anggota keluarga penumpang pesawat cuba memasuki bilik persidangan media sejurus sebelum ia berlangsung.


Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, seramai 20 anggotanya dan Malaysia Airports ditugaskan mengawal sekitar pusat media hari ini.

Selain menempatkan anggota di kesemua pintu masuk dan laluan menghala ke pusat media, terdapat juga tali sekatan dipasang dengan nota yang menyatakan hanya petugas media dibenarkan memasuki kawasan itu.

"Hanya pemberita yang mempunyai pas khas yang dikeluarkan Jabatan Penerangan sahaja dibenarkan masuk ke kawasan pusat media. Dua anggota polis dan dua dari Malaysia Airport juga ditempatkan di pintu masuk bilik sidang media untuk melakukan pemeriksaan," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata penambahan anggota juga bagi mengelakkan sebarang perbuatan sabotaj dan ancaman selain tidak mahu orang yang tidak berkenaan, bebas keluar masuk.

Beberapa anggota tentera berpakaian seragam turut kelihatan berkawal di luar pusat media, selain tirai penghadang dipasang bagi menutup laluan ke pusat media. - BERNAMA 

‘Saya ada bom dalam dubur’


Beijing: Seorang penumpang yang ‘mengejar masa’ di lapangan terbang antarabangsa di sini ditahan selama lima hari selepas dia memberitahu pegawai dia mempunyai bom di di dalam duburnya.

Lelaki itu merungut apabila pemeriksaan keselamatan yang dijalankan ke atasnya memakan masa yang lama sebelum berkata: “Nak saya buka seluar juga? Saya ada bom dalam dubur saya.” Seorang pegawai keselamatan meminta lelaki itu mengulangi apa yang dikatakannya dan apabila dia melakukan demikian, semua yang berada di situ cemas. Ia mungkin menggelikan hati, tetapi dengan situasi pesawat Malaysia MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu dan masih belum ditemui hingga ke hari ini, perbuatan lelaki terbabit dianggap serius.


Perbuatannya itu mencetuskan kekecohan apabila orang ramai diminta mengosongkan kawasan berkenaan dan menyebabkan dia ditahan di pusat tahanan lapangan terbang berkenaan. Pemeriksaan teliti dijalankan ke atasnya sebelum pihak berkuasa mengesahkan dia bukan pengganas tetapi penumpang yang “cerewet” Menurut laporan media tempatan, lelaki itu memberitahu dia marah kerana menganggap pemeriksaan keselamatan hanya membuang masa dan tidak menyangka perbuatannya boleh mencetuskan kekecohan. - Agensi



Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/20

MH370: Dua objek dikesan mungkin ada kaitan dengan pesawat - Australia


2014/03/20 - 11:37:33 AM
SYDNEY: Dua objek yang mungkin ada kaitan dengan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dikesan di Lautan Hindi, kata Perdana Menteri Australia, Tony Abbott.

Abbott ketika sidang Parlimen negara itu berkata, "maklumat baru dan boleh dipercayai" itu diperolehi ketika hampir dua minggu selepas pesawat berkenaan hilang.


Katanya, pesawat Tentera Udara Australia, Orion diarah untuk mencari objek berkenaan bersama tiga lagi pesawat peninjau.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan lokasi sebenar objek itu tetapi Australia sudah mengambialih misi mencari dan menyelamat (SAR) di selatan Lautan Hindi.

"Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) sudah menerima maklumat berdasarkan data satelit mengenai objek itu yang ada kaitan dengan SAR," katanya.

Beliau juga sudah memaklumkan maklumat penemuan dua objek berkenaan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak. - AFP

Sempat minta ubat sebelum ajal

NIK MUHD RAFFIQ
Sempat minta ubat sebelum ajal
Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat
20 Mac 2014
 DUNGUN - “Cepat... nak ubat, minta Karmila balik cepat.”

Itu kata-kata terakhir Djaelani, 53, kepada anak perempuannya sebelum lelaki warga Indonesia itu meninggal dunia di sebuah rumah sewa, dekat Pulau Serai, semalam.

Kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu berlaku ketika mangsa yang sedang berehat di ruang tamu rumah anak perempuannya, Kanarita Andi, 22, mengadu sesak nafas.

Menurut Kanarita, bapanya sudah beberapa hari datang ke rumahnya selepas dibawa pulang dari rumahnya di Kampung Mak Lagam, Kemaman.

Katanya, dia mengambil bapanya yang tinggal seorang diri itu untuk dibawa pulang ke rumah kakaknya di Bachok Kelantan.

Bagaimanapun, selepas melihat keadaan kesihatan bapanya kurang mengizinkan, dia mengambil keputusan menjaganya sementara waktu sebelum mengajak tiga lagi adik beradiknya datang menjenguk mangsa.

“Masa tunggu kakak pulang beli ubat, dia (bapa) tiba-tiba lemah dan mengadu sesak nafas. Saya lihat keadaannya semakin tenat, saya cuba ajar mengucap tapi dia dah tak tunjuk sebarang tindak  balas,” katanya.

Kanarita berkata, beberapa hari sebelumnya, bapanya yang bekerja sebagai penjaga sarang burung walit ada menyatakan hasrat mahu berjumpa dengan anak-anaknya.

"Tak sangka pula itu permintaan terakhir ayah sebelum meninggal dunia," katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat dan hasil siasatan awal polis, mangsa dipercayai mengalami masalah kesihatan serta pernah keluar masuk hospital.

Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan kes tersebut.

FBI MAHU AMBIL SIMULATOR

FBI MAHU AMBIL SIMULATORPakar luar negara berusaha dapatkan log data hilang

Washington: Biro Siasatan Persekutuan (FBI) secara rasmi menyertai siasatan kehilangan pesawat MH370 dan dijangka mula menganalisis komputer dan simulator yang diambil dari rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah, minggu ini.

Menurut laporan USA Today, seorang pegawai penguat kuasa perundangan persekutuan Amerika Syarikat berkata, komputer dan simulator itu berkemungkinan besar dihantar ke makmal FBI di Quantico, Virginia.


Sementara itu, Peguam Negara AS, Eric Holder, kedua-dua kerajaan sudah mengadakan “perbincangan berterusan mengenai bagaimana kita boleh membantu.”
“Kita bekerjasama dengan pihak berkuasa, tetapi kita tidak mempunyai sebarang teori (mengenai punca kehilangan pesawat itu),” katanya di sini semalam.

Obama: Mencari MH370 'keutamaan tertinggi'

Barack Obama
Barack Obama 
20 Mac 2014
KUALA LUMPUR - Presiden Amerika Syarikat Barack Obama pada Rabu berkata Washington meletakkan misi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sebagai 'keutamaan tertinggi' negara itu.

Agensi berita AFP memetik Obama sebagai berkata demikian dalam komen pertamanya di hadapan kamera mengenai pesawat yang hilang itu dalam temu bual dengan KDFW, stesen televisyen Dallas, di White House.

"Saya mahu mereka yakin bahawa kami menganggap ini sebagai keutamaan tertinggi.

"Kami telah mengumpulkan semua sumber yang kami ada untuk digunakan dalam proses pencarian ini," kata presiden itu.

Menurut laman sesawang stesen televisyen itu, temu bual eksklusif oleh penyampai FOX4 Clarice Tinsley diadakan pada tengah hari Rabu (waktu tempatan).

Menurut laporan AFP itu juga, semasa temu bual berkenaan, pemimpin Amerika Syarikat itu turut menyebut tentang kerjasama erat Washington dan Kuala Lumpur berhubung insiden pesawat hilang itu.

"Memang wujud kerjasama erat (kami) dengan kerajaan Malaysia," kata Obama. Amerika Syarikat telah menghantar antara lain, pesawat pengawasan dan peninjau, P8 Poseidon serta P-3 Orion dalam misi mencari itu.

Menurut AFP, Obama juga berkata Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara (NTSB) dan agensi-agensi atau pegawai yang terlibat dalam bidang penerbangan sedia membantu kumpulan penyiasat yang ada.

NTSB ialah sebuah agensi persekutuan bebas yang dibenarkan Kongres untuk menyiasat setiap kemalangan melibatkan penerbangan awam di Amerika Syarikat dan kemalangan besar yang melibatkan pengangkutan lain seperti kereta api, lebuh raya, marin dan saluran paip.

Presiden Obama juga melahirkan rasa simpati yang mendalam kepada semua anggota keluarga penumpang dan anak kapal MH370.

"Pertama sekali kami mahu menyampaikan ingatan dan doa kami kepada semua keluarga yang terlibat terutama kepada keluarga warga Amerika kami, yang saya hanya boleh bayangkan apa yang sedang mereka lalui dalam keadaan yang tiada ketentuan lagi ini," kata Obama dalam temu bual itu.

Terdapat tiga warga Amerika dalam penerbangan itu dan seorang daripadanya ialah Philip Wood, 50, dari Keller, Texas.

Boeing 777-200ER yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing apabila ia hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pukul 12.41 tengah malam.

Pesawat itu sepatut mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Malaysia sebelum ini menyatakan operasi mencari pesawat itu tetap diberi keutamaan dengan memberikan tumpuan kepada cabaran diplomatik, teknikal dan logistik yang ada.

Setakat ini 26 negara yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat MH370 telah secara lisan bersetuju membantu Malaysia, dan kerajaan juga telah menghantar permohonan rasmi secara bertulis untuk mendapatkan  kerjasama mereka.

Misi mencari itu kini tertumpu kepada dua koridor iaitu koridor utara yang menjangkaui dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand, dan koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi. - Bernama

Cubaan larikan barang kemas gagal

WARTAWAN SINAR HARIAN
Cubaan larikan barang kemas gagal
Barang kemas yang berjaya diselamatkan oleh ahli PPKM. 
20 Mac 2014
KULIM - Hasrat dua lelaki melakukan samun dan pecah rumah di Taman Bukit Kulim kira-kira jam 12 tengah hari semalam tidak kesampaian apabila kegiatan mereka dilihat beberapa jiran lain.
Jiran mangsa ketika ditemui berkata, dia ternampak suspek berlegar-legar dengan menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z di kawasan taman perumahan itu sebelum berhenti di hadapan rumah jirannya.

Dia kemudiannya masuk ke rumah dan hanya melihat suspek melalui cermin. Bagaimanapun dia hairan kerana salah seorang suspek sahaja berada di hadapan rumah manakala seorang lagi tidak kelihatan.

Curiga dengan keadaan ini, dia telah memaklumkan kejadian itu kepada ahli Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat (PPKM) Kulim dengan menggunakan alat perhubungan.

Pengerusi PPKM, Khor Eng Khim telah mendapat maklumat diberi dan terus ke rumah mangsa.

Menurut Eng Khim, dari maklumat diperoleh rumah itu kosong kerana pemiliknya tidak berada di rumah.

"Saya meminta semua ahli PPKM  membuat pemantauan terhadap rumah mangsa. Bagaimanapun setelah beberapa kali memanggil mangsa, ahli PPKM ternampak salah seorang suspek melarikan diri melalui tingkap bilik belakang bersama sebuah beg," katanya.

Beliau berkata, ahli PPKM menahan suspek bagaimanapun suspek bertindak agresif dan memukul ahli PPKM.

"Ahli PPKM yang bergelut dengan suspek bagaimanapun terus memegang beg yang berada di tangan suspek. Bimbang ditangkap ahli PPKM yang lain, suspek kemudiannya melarikan diri dengan motosikal," katanya.

Dalam pada itu, ahli PPKM lain cuba mengejar suspek bagaimanapun mereka terus memecut motosikal.

"PPKM kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada unit MPV sebelum mengambil beg yang berisi barangan kemas itu ke balai polis.

“Dari jumlah emas yang diperoleh, saya percaya ia tidak kurang dari RM60,000. Walaupun ahli PPKM tercedera tetapi masih mampu menyelamatkan beg yang berisi barangan kemas itu dari dilarikan oleh suspek,” katanya.

Penuntut didakwa menyebabkan kematian bayi


2014/03/20
Ayer Keroh: Seorang penuntut kolej swasta didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tuduhan menyebabkan kematian seorang bayi yang baru dilahirkannya di Tanjung Kling, Disember tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 17 tahun 11 bulan ketika kejadian, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.
Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa menyebabkan kematian seorang bayi lelaki yang dilahirkannya di sebuah rumah di Jalan Bukit Rambai, Batang Tiga, Tanjung Kling kira-kira jam 8 malam 23 Disember tahun lalu.

Dia yang berasal dari Johor Bahru, dituduh mengikut Seksyen 309B Kanun Keseksaan yang boleh dijatuhkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Maisarah Kamal, manakala tertuduh diwakili Azrul Zulkifli Stork.

Tiga lelaki dituduh bunuh

Tiga lelaki dituduh bunuh
Ahli keluarga tertuduh menangis ketika tertuduh diiringi polis dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi. - Foto Mohd Azren Jamaludin
 Kes bunuh Ketua Wanita UMNO cawangan FELDA Semenchu: Mahkamah tetapkan 22 April bagi sebutan semula

Kota Tinggi: Tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam, atas tuduhan membunuh Ketua Wanita UMNO Cawangan FELDA Semenchu, di rumahnya di tanah rancangan berkenaan, 28 Februari lalu.

Mazlan Kasim, 21, Amirul Syahid Mohamad Razali, 20, dan Harulnizam Salleh, 25 dituduh membunuh Zalfah Jamaluddin, 68, pada jam 12.20 tengah hari di Blok 2 FELDA Semenchu.


Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan diambil daripada ketiga-tiga tertuduh selepas tuduhan dibacakan jurubahasa di depan Majistret Mazana Sinin.

Tak diwakili peguam

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Suhaila Shafi'uddin, manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian menetapkan 22 April ini bagi sebutan semula kes dan menunggu laporan bedah siasat.

Suasana sedih menyelubungi pekarangan mahkamah apabila anggota keluarga masing-masing menangis dan memeluk tertuduh ketika mereka dibawa masuk ke dewan perbicaraan.

Seorang tertuduh turut kelihatan menangis dan cuba memeluk ibu ketika dibawa keluar daripada tempat tertuduh selepas tuduhan dibacakan. 

Dewan Rakyat: Dewan kecoh isu bomoh MH370


2014/03/19
Dewan Rakyat kecoh seketika apabila Ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan saling tuduh menuduh pihak bertanggungjawab membawa bomoh ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk mengesan pesawat MH370.

Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) pada mulanya menuduh kerajaan bertanggungjawab membawa bomoh, Ibrahim Mat Zin dalam usaha membantu mengesan pesawat yang masih hilang.


Minta tunjuk bukti

Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) kemudian bangun mencelah meminta Siti Zailah menunjukkan bukti atas tuduhannya menuduh BN bertanggungjawab atas kemunculan bomoh itu.

“Siapa yang hantar bomoh? Mana bukti? Mana bukti?,” katanya.

Perlakuan kedua-dua Ahli Parlimen itu dibiarkan Timbalan Speaker, Datuk Ismail Mohamed Said yang senyap membiarkan mereka bertikam lidah selama beberapa minit.
Sementara itu, kerajaan diminta menyediakan kaedah terbaik termasuk pemberian subsidi bagi menyelaraskan harga rumah di Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung berikutan perbezaan harga yang begitu ketara.
Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh, berkata ketiadaan skim rumah kos rendah di Sabah menyebabkan penduduk terpaksa membayar lebih untuk harga rumah.

“Sebagai contoh, jika kita boleh mendapatkan rumah di Semenanjung dengan harga RM30,000, harga rumah yang sama akan melonjak antara RM100,000 hingga RM150,000 di sana (Sabah dan Sarawak).

“Justeru, mekanisme tertentu perlu dicari bagi menyelaraskan harga di antara kedua-dua lokasi supaya tidak ada perbezaan harga, termasuk cadangan pemberian subsidi pembelian rumah,” katanya berucap menjunjung kasih titah Diraja.

Kerajaan memberi jaminan keputusan mengeluarkan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) daripada senarai Bursa Malaysia dan penswastaannya, tidak akan memberi kesan terhadap tanggungjawab sosial dan kepentingan syarikat itu kepada rakyat terutama golongan petani.

Terikat perjanjian

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata BERNAS masih terikat dengan perjanjian dengan kerajaan.

“Penswastaan itu tidak akan menjejaskan perjanjian yang dibuat antara kerajaan dan BERNAS.

“Apa juga penstrukturan semula, ia tidak akan sesekali mengabaikan kepentingan rakyat malah melindungi kepentingan petani dan pengedar Bumiputera di negara ini, ” katanya pada media di lobi Parlimen di sini, semalam.

Sementara itu, 3,381 belia berusia 18 tahun ke atas mendaftar sebagai sukarelawan Penggerak Inovasi 1Malaysia atau ICATs, sejak dilancarkan tahun lalu, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah.

Katanya, daripada jumlah itu, 1,846 adalah wanita menyertai program sukarela itu yang dilaksana Yayasan Inovasi Malaysia (YIM).

Beliau berkata, program berkenaan bagi memperkasa belia 18 tahun ke atas dalam membudayakan inovasi dalam kalangan komuniti akar umbi.

‘Ulama’ rakam video porno ditahan


Bogor: Seorang lelaki yang didakwa ulama ditangkap atas tuduhan membuat rakaman video lucah bersama dua guru, berdepan dengan hukuman penjara 12 tahun.

Saeful Sardi Jayadi, 44, menyerah diri kepada polis Sabtu lalu selepas video berkenaan mula beredar di Cisarua, selatan Jakarta.


Lelaki berkenaan akan dibicarakan menurut undang-undang antiporno.



Indonesia, negara paling ramai penduduk Islam didunia, menguatkuasakan undang-undang ketat antiporno pada 2008.


Saeful dituduh membuat rakaman video enam minit itu di sebuah hotel pada 2011, kata Ketua Polis Bogor, Didik Purwanto.


“Dia menerbitkan video lucah itu untuk koleksi peribadi. Dia boleh dihukum penjara 12 tahun sekiranya didapati bersalah,” kata Didik.

Rakaman berkenaan mula tersebar menerusi telefon bimbit di daerah itu baru-baru ini.


Saeful melarikan diri minggu lalu kerana mengelak daripada ditangkap tetapi kemudian menyerah diri. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/20

Dadah: Buruh dijel tiga tahun, tiga sebatan

MOHD ZAILANI ABDUL RAHMAN
Dadah: Buruh dijel tiga tahun, tiga sebatan
Tertuduh dibawa keluar dari mahkamah selepas perbicaraan, semalam. 
20 Mac 2014
KOTA BHARU - Seorang buruh berusia 33 tahun dijel tiga tahun dan tiga sebatan oleh mahkamah sesyen di sini semalam, setelah mengaku salah memiliki heroin seberat 6.25 gram April tahun lalu.

Tertuduh Mohd Rizuan Rahim membuat pengakuan itu selepas tuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di depan Hakim Mohd Yusoff Yunus.

Mengikut pertuduhan, kesalahan tersebut dilakukan tertuduh di belakang sebuah sekolah di Manek Urai di mana dia didapati memiliki dadah merbahaya jenis heroin.

Kes dibicarakan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (1) Akta yang sama. Jika didapati bersalah, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebat tidak kurang tiga sebatan dan tidak lebih sembilan sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ahmad Salam Yusof memohon tertuduh dikenakan hukuman yang setimpal dan munasabah kerana kesalahan yang dilakukan amat serius.

“Hukuman mestilah mengambil kira kepentingan negara kerana ia melibatkan dadah, malah kepentingan orang awam lebih daripada kepentingan tertuduh,” katanya.

Bagaimanapun peguam, Mohd Hasif Hasan yang mewakili tertuduh memohon jaminan yang dikenakan ke atas anak guamnya dikurangkan agar tertuduh dapat kembali ke pangkuan isterinya yang sedang sakit serta anaknya yang berusia 10 bulan.

Gagal kawal emosi

Mereka memasuki dewan sambil membawa kain rentang dalam bahasa Mandarin.
Kain rentang itu menyatakan rasa tidak puas hati dan mendakwa Malaysia lambat bertindak dalam menangani insiden kehilangan MH370.
Foto
PENGAWAL keselamatan mengiringi ahli keluarga yang cuba memasuki dewan media.

Sebaik memasuki dewan, sekumpulan warga China itu kemudian membuka kain rentang dibawa sehingga menarik perhatian jurugambar dan wartawan yang kemudian meluru ke arah mereka untuk merakam insiden itu. 
Foto
PIHAK berkuasa memapah seorang ahi keluarga penumpang, semalam.
Difahamkan, empat individu itu baru tiba dari tempat penginapan mereka di Cyberview Logde, Cyberjaya sebelum menyusup masuk ke bilik sidang media. 
Keadaan bertambah serius apabila mereka enggan keluar dari dewan sehingga memaksa anggota polis dan sekretariat media menenangkan mereka dan memujuk mereka keluar dari dewan.

Selepas 10 minit, keadaan berjaya dikawal sebelum semua mereka dibawa keluar dan ditenangkan sekretariat media dan polis.


Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/20

Data simulator dipadam


Malah beliau menegaskan juruterbang, kru dan penumpang pesawat itu tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah. 
Berikut sedutan sidang media harian yang diadakan di Hotel Sama Sama, semalam. 
Foto
KELUARGA melihat KD Kasturi dan KD Lekiu berlepas di Jeti Operasi Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia Lumut.
Perkembangan operasi mencari dan menyelamat (SAR) MH370 di dua Koridor Utara dan Selatan 
Operasi SAR kini lebih bersifat antarabangsa di mana fokus kami kekal iaitu meneruskan carian pesawat MH370. 

Kami kini sedang mengecilkan skop carian di koridor berkenaan dengan meneliti maklumat satelit termasuk menganalisa data radar, meningkatkan aset di laut dan udara serta meningkatkan kepakaran berkaitan teknikal. 

Operasi SAR kini lebih mencabar kerana membabitkan urusan diplomatik serta berkaitan aspek teknikal dan logistik. 

Pada masa sama, pasukan teknikal utama dipecahkan kepada tiga kumpulan di mana pasukan diplomatik diketuai Menteri Luar Malaysia, pengurusan kerahan aset dan logistik pula diketuai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keseluruhan pusat operasi diketuai Jabatan Penerbangan Awam (DCA). 

Selain itu, secara lisannya semua 26 negara yang terbabit di kawasan operasi SAR sudah bersetuju menyokong operasi itu. 

Malah, Malaysia juga sudah menulis surat rasmi kepada semua negara itu bagi meminta sokongan berkenaan. 

Jumlah aset yang dijanjikan sebelum ini juga sedang dalam proses pelepasan kebenaran diplomatik untuk memulakan operasi. 

Sebaik saja mereka menerima pelepasan rasmi, kami akan mempercepatkan penghantaran aset ke lokasi carian di koridor berkenaan. 

Saya juga ingin sahkan kami sudah menerima beberapa maklumat data radar daripada beberapa negara, namun tidak boleh didedahkan buat masa ini. 

Saya merayu kepada semua negara berkaitan untuk terus secara sukarela berkongsi sebarang maklumat yang boleh membantu operasi SAR. 

Saya baru berjumpa dengan delegasi dan pasukan teknikal dari Perancis, pagi tadi (semalam). 

Mereka mempunyai pengalaman dalam tragedi pesawat Air France yang mengambil masa dua tahun untuk menemui kotak hitam. 

Pengalaman mereka akan membantu kita buat keputusan selanjutnya. 

Saya juga sudah bercakap dengan laksamana dari China dan mereka cuba untuk mengenal pasti kelengkapan sesuai membantu kita dalam operasi ini. 

Pakar Perancis yang saya temui menyatakan penemuan kotak hitam penting dan kelengkapan canggih digunakan boleh membantu. 

Setakat ini, negara yang boleh membantu di Koridor Selatan Australia dan Indonesia. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/20