Search This Blog

Monday, March 17, 2014

Bas terbalik, seorang tersepit


BINTULU 17 Mac - Sebuah bas telah terbalik di Jalan Tatau-Bintulu lalu jatuh ke dalam gaung sedalam 20 meter petang ini.
Menurut Pusat Aduan Bomba negeri, difahamkan sembilan mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan pihak bomba namun seorang lagi mangsa lelaki masih tersepit.
Mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140317/je_04/Bas-terbalik-seorang-tersepit#ixzz2wE5oILBU
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Britain hadapi masalah lebihan banduan


2014/03/17 - 03:52:46
LONDON: Britain sedang berdepan krisis paling teruk membabitkan ruang penjara sejak tahun 2008 apabila pusat tahanan hanya mempunyai satu peratus ruang untuk menampung penjenayah.

Pakar penjara berkata kelmarin daripada lebih 85,000 kemudahan penjara di seluruh England dan Wales hanya 265 punya ruang. Angka itu adalah yang tertinggi sejak kerajaan campuran mengambil alih pentadbiran empat tahun lalu.


“Keadaan semasa di penjara yang sesak boleh membawa kepada rusuhan dan menghalang pemulihan di pusat tahanan,” kata pakar. Mereka juga menuduh pihak berkuasa keadilan United Kingdom, terutama Setiausaha Keadilan Chris Grayling, membayar 14 penjara yang dikendalikan sektor swasta untuk menyumbat lebih banyak tahanan ke dalam sel.


Firma pengurusan penjara sektor swasta ini termasuk Serco dan G4S, dua syarikat perkhidmatan sokongan yang mengenakan caj berlebihan kepada kerajaan Britain membabitkan “berpuluh juta pound” bagi memantau tag elektronik yang sebenarnya tidak wujud.

Pengkritik berkata krisis kesesakan di penjara Britain sudah meningkat dua kali ganda selepas pihak berkuasa menutup beberapa penjara negeri dalam usaha untuk mengurangkan bajet.

Setiausaha Agung Persatuan Penjara, Padi Scriven, berkata pasti timbul tanda tanya yang jelas apabila sebuah penjara ditutup secara tergesa-gesa, sambil menambah bahawa ia dianggap "politik yang tidak boleh diterima" untuk menutup penjara menjelang pilihan raya umum di United Kingdom.
Pembangkang utama Parti Buruh Britain menuduh Grayling “tidak bertanggungjawab”, sambil menambah masa depannya akan “bersifat sementara.”

“Dalam 14 daripada 22 minggu yang lalu, termasuk tujuh minggu secara berturut-turut, pihak penjara sudah mencecah tahap satu peratus daripada kapasitinya,” kata Parti Buruh. - AGENSI 

Pemuda tak serik ragut mangsa

WARTAWAN SINAR HARIAN
Pemuda tak serik ragut mangsa
Suspek ditahan untuk siasatan lanjut. Gambar kecil: Alatan yang dijumpai dalam beg suspek dipercayai digunakan untuk kegiatan ragut. 
17 Mac 2014
KULIM - Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat (PPKM) Kulim menahan seorang lelaki berusia 20-an dipercayai terlibat dalam kegiatan ragut.
Suspek sebelum ini pernah meragut seorang wanita di Taman Selasih dan berjaya melarikan beg tangannya.
Pengerusi PPKM, Khor Eng Khim berkata, suspek melakukan ragut kira-kira jam 4.30 petang ketika mangsa berjalan berseorangan dan boleh mengecam suspek.

Menurutnya, PPKM telah beberapa kali menerima maklumat tentang perlakuan jenayah dilakukan suspek, bagaimanapun gagal menahannya.

“Suspek dilihat menunggang motosikal yang digunakan untuk meragut di Taman Selasih dalam keadaan mencurigakan.
"Ahli PPKM kemudiannya memaklumkan kepada saya melalui alat perhubungan. Menyedari dirinya diekori ahli PPKM, suspek cuba melarikan diri dengan menggunakan jalan sempit,” katanya.

Menurutnya, setelah beberapa jam ahli PPKM mengekori suspek, suspek dilihat cuba melakukan ragut sekali lagi di kawasan taman perumahan itu.

Ahli PPKM kemudiannya mengepung suspek sebelum memaklumkan tentang kejadian itu kepada unit MPV polis.

Dari pemeriksaan dijalankan polis terhadap beg dimiliki suspek, terdapat beberapa peralatan yang digunakan untuk melakukan jenayah termasuk sebatang tukul besi.
Suspek kemudiannya dibawa ke Balai polis Kulim untuk siasatan lanjut.

22 rumah rosak dilanda ribut

KHAIRIL ANWAR MOHD AM IN
22 rumah rosak dilanda ribut
Sham (kanan) meninjau keadaan bumbung rumah seorang mangsa ribut di Parit Haji Amin yang diterbangkan ribut.
17 Mac 2014
 BAGAN SERAI - Kediaman penduduk di lima kampung di kawasan Dun Selinsing, di sini rosak teruk selepas dilanda ribut kencang petang kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 6.10 petang itu menyebabkan 22 rumah di Kampung Parit Gabis, Kampung Teluk Peribu 1, Kampung Teluk Peribu 2, Kampung Parit 7 dan Kampung Parit Haji Amin rosak teruk dengan hampir keseluruhan bumbung diterbangkan angin.

Rumah di Kampung Parit Gabis dan Kampung Parit 7 paling banyak terjejas apabila enam rumah didapati rosak dan jumlah keseluruhan kerugian dialami penduduk dianggarkan mencecah RM70,000.

Ribut kencang itu turut menjejaskan beberapa bangunan utama Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Al-Ridhwan, Telok Medan apabila bumbung empat bilik utama asrama, pondok pengawal keselamatan, pejabat, surau, koperasi dan parkir guru sebahagian besarnya mengalami kerosakan.

Seorang guru yang enggan dikenali berkata, pada kira-kira jam 6 petang, hujan lebat dan ribut kencang menyebabkan  bumbung asrama, surau dan tempat parkir guru diterbangkan angin dalam sekelip mata.
Menurutnya, sewaktu kejadian, seramai 60 penghuni yang berada di dalam bilik asrama diarahkan berkumpul di surau apabila kemudahan itu dipenuhi air hujan selepas kehilangan bumbung.

“Ribut berlaku selama 15 minit dan turut menyebabkan pondok pengawal keselamatan asrama yang menggunakan kontena terbalik di atas jalan, selain menerbangkan bumbung parkir kenderaan sejauh 100 meter.

“Bekalan elektrik terputus selama 11 jam sebelum dipulihkan kembali oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada jam 5 pagi ini (semalam),” katanya ketika ditemui selepas menerima lawatan Adun Selinsing, Husin Din semalam.

Pelajar diarah pulang

Guru berkenaan berkata, disebabkan struktur bumbung empat bilik asrama sekolah itu terjejas, kesemua pelajar asrama diarahkan pulang dan diminta berulang-alik ke sekolah dari rumah masing-masing sehingga satu tempoh ditetapkan.

Menurutnya, arahan itu terpaksa dikeluarkan bagi menjamin keselamatan pelajar yang menghuni asrama berikutan terdapat sebahagian atap rosak masih berada di atas bumbung asrama.

“Pengurusan sekolah bimbang sesuatu tidak diingini berlaku sekiranya struktur bumbung asrama pelajar yang rosak tidak dibaik pulih segera.
“Perkara ini sudah dimaklumkan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah, Bahagian Pendidikan Islam (BPI) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang turut hadir meninjau kerosakan di sekolah pada pagi ini (semalam),” katanya.
Seorang penduduk, Rashid, 45, dari Kampung Parit Gabis berkata, ketika kejadian dia berehat di bahagian ruang tamu bersama keluarga.
“Apa yang berlaku sangat menggerunkan kerana dalam sekelip mata ribut kencang menerbangkan bumbung menyebabkan semua barang dalam rumah rosak.

“Saya dan ahli keluarga lain sempat keluar selamatkan diri kerana semua siling jatuh bertaburan,” katanya.

Salur bantuan segera

Sementara itu, Husin berkata, pihaknya simpati dengan semua mangsa ribut dan melawat rumah mereka bagi meninjau sendiri tahap kerosakan.

Menurutnya, pihaknya turut dimaklumkan kejadian itu sudah dirujuk kepada penghulu mukim dan pihak berkuasa tempatan.

“Pada masa sama, saya bersama Pas kawasan Bagan Serai telah meneliti setiap rumah dilanda bencana untuk diserahkan nama mereka kepada pihak berkenaan. Saya berharap bantuan segera dapat disalurkan oleh agensi kerajaan terlibat,” katanya.

Kejadian ribut itu turut mendapat perhatian segera Umno bahagian Bagan Serai dan beberapa agensi kerajaan diketuai Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kerian.

Ketua Umno bahagian Bagan Serai, Datuk Sham Mat Sahat berkata, sejurus kejadian bencana, pihaknya bersama wakil beberapa agensi kerajaan turun padang meninjau dan mengenal pasti jumlah keseluruhan rumah mangsa terlibat.
Menurutnya, pihaknya mendapati hampir sebahagian rumah mengalami masalah bumbung diterbangkan ribut, manakala lima rumah rosak teruk dan tidak selamat diduduki.

“Kesemua mangsa ribut diberi bantuan wang tunai RM200 daripada Umno Bahagian Bagan Serai bagi meringankan beban mereka.

“Selain itu, kesemua mangsa terlibat bakal terima bantuan wang tunai daripada Tabung Bantuan Bencana Daerah Kerian mengikut kerosakan rumah masing-masing,” katanya.

Sham berkata, pihaknya sudah memaklumkan insiden itu kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir khususnya mengenai keadaan lima rumah mangsa ribut yang kerosakan bumbung dan pendawaian elektrik terjejas.

“Datuk Seri Zambry sendiri setuju salur peruntukan tambahan bagi membiayai kos baik pulih bumbung dan sistem pendawaian elektrik lima rumah mangsa yang rosak teruk.
“Umno bahagian berterima kasih kepada kerajaan negeri di atas sumbangan diberi dan berharap inisiatif ini akan meningkatkan usaha kami dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya.

Pencuri masuk lalu belakang

NORAFIZA JAAFAR
Pencuri masuk lalu belakang
Tingkap dipasang jeriji sebagai langkah keselamatan.
17 Mac 2014
 SELAYANG - Deretan kedai milik Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di jalan besar Selayang Baru sering dimasuki pencuri yang menggunakan laluan belakang kedai.

Terbaru melibatkan sebuah kedai makan apabila pemiliknya kerugian RM2,000 setelah lapan tong silinder dan beberapa kotak minuman ringan dilarikan dengan mengumpil tingkap kedai tersebut.

Ketua Biro Komuniti Kaum Tiong Hwa JKKK Selayang Baru yang juga peniaga, Liow Kok Tee, 58, berkata, kedainya dimasuki pencuri dua kali dan kerugian RM4,000 apabila beberapa kotak kambing sejuk beku dicuri.

“Selepas Tahun Baru Cina Februari lepas, tingkap kecil yang dah dipasang jeriji dirosakkan penjenayah untuk masuk kedai. Jadi saya terpaksa menyimennya terus.

“Ini bukan kerja seorang sebab daging kambing sekotak beratnya 20 kilogram. Kalau diangkat keluar melalui tingkap kecil mesti perlu bantuan dua atau tiga orang," katanya.
Kok Tee turut mendakwa, tindakan pemilik tanah persendirian bersebelahan kedai MPS yang tidak menutup pintu kawasan parkir bawah tanah antara punca kegiatan jenayah tersebut berulang.

“Saya mahu pihak MPS pantau semula struktur bangunan tersebut sama ada ikut pelan atau sebaliknya.
“Kami memang ada buat rondaan bersama Pasukan Keselamatan Kejiranan (PKK) namun hanya kawasan utama. Mana boleh ceroboh tanah persendirian,” katanya.

Tambahnya, boleh dikatakan kesemua deretan 12 kedai itu pernah dimasuki pencuri menyebabkan ada di antara mereka terpaksa gulung tikar dan berniaga di kawasan lain.

Seorang pengusaha bengkel, Wong Kian Yow, 26, yang telah dua tahun berniaga di situ mengakui kawasan tersebut menjadi sasaran pencuri.

“Kawasan saya memang susah sikit mereka nak masuk kerana tingkap terhalang dengan struktur bangunan sebelah. Lagipun ia agak tinggi dan terletak di depan pintu masuk parkir kereta bawah tanah.
“Bagaimanapun saya tetap berwaspada tidak meninggalkan barangan penting dan berharga dalam kedai sementara tingkap telah dipasang jeriji sebagai perlindungan peralatan dalam bengkel,” katanya.

Lihat angin kencang landa rumah

Lihat angin kencang landa rumah
Rumah Haryati rosak teruk selepas bumbung rumahnya diterbangkan angin kencang.
MUHAYUDIN SALLEH
17 Mac 2014
 ENDAU – “Kami sekeluarga menjerit ketakutan sambil cuba berlindung untuk menyelamatkan diri,” kata seorang penduduk Jalan Haji Ariffin, di sini, yang menceritakan detik cemas ketika rumahnya dilanda angin kencang sekitar jam 9 pagi semalam.

Menurut Hayati Ismail, 48, ketika itu dia bersama tiga anaknya yang berusia antara tiga hingga 21 tahun sedang berehat di rumah dapat melihat dengan jelas pusaran angin kencang menghala ke rumahnya dan menerbangkan bumbung.

“Ketika itu kami melihat dengan jelas pusaran angin kencang menghala ke rumah dan seterusnya menerbangkan keseluruhan bumbung rumah. Kami tidak mampu berbuat apa-apa, hanya menjerit ketakutan dan cuba menyelamatkan diri.

“Kebetulan pula pada waktu itu suami saya tiada di rumah kerana berniaga di bandar Mersing, jadi kami sekeluarga yang tinggal di rumah hanya menadah tangan berdoa agar tidak ditimpa musibah lebih buruk,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam kejadian ribut itu, difahamkan 10 rumah penduduk di sekitar Kampung Semanyir dan Jalan Haji Ariffin rosak dilanda pusaran angin.

Dua rumah yang paling teruk mengalami kerosakan hingga hampir musnah adalah di Jalan Haji Ariffin yang menyaksikan pusaran angin bermula dari pantai Kampung Semanyir menghala ke Taman Harmoni seterusnya berakhir di Jalan Haji Mahadi.

Salah seorang jiran Haryati, Asiah, Ismail, 51, berkata, ketika kejadian, anaknya yang berusia 14 tahun berasa sangat takut dan hanya mampu menangis, malah pada masa sama seluruh ahli keluarga hanya memikirkan keselamatan diri kerana pusaran angin ganas seakan-akan angin puting beliung itu bagaikan bakal meranapkan keseluruhan rumah yang ada di kawasan berkenaan.

“Pada waktu itu kami ambil keputusan berlari keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri,” katanya yang masih trauma dengan kejadian yang hampir meragut nyawanya sekeluarga," katanya.

Wanita potong kemaluan lelaki dipenjara 7 tahun


Hong Kong: Wanita yang didakwa memotong kemaluan teman lelakinya hingga putus dan membunuhnya menggunakan tukul dua tahun lalu dijatuhkan hukuman tujuh tahun penjara kelmarin selepas di dapati bersalah menyebabkan kematian.

Pihak juri sebulat suara membuat keputusan itu selepas perbicaraan berlangsung selama empat setengah jam.


Hakim mahkamah berkata, Yeung dilihat benar-benar menyesal dengan perbuatannya melalui pengakuan yang dibuat.
Sehari selepas kejadian itu berlaku, dia dikatakan memberitahu seorang pekerja kebajikan: “Saya memotong kemaluannya. Ia perbuatan kejam tetapi saya tidak berniat melakukannya.”
Yueng Ki dikatakan bertindak demikian selepas teman lelakinya, Zhou Hui merogolnya dan memukul anak perempuannya.
Perkara itu terjadi apabila Yueng enggan memberikan HK$200,000 (RM 84,449) kepada Zhou untuk membeli kereta.

Berang dengan tindakan itu, Zhou mengugut menyebarkan gambar bogel Yueng di Internet sebelum memukul dan merogolnya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/17

Nelayan putus kaki tarik pukat


Kota Tinggi: Seorang nelayan putus kaki kanan akibat tersepit ketika menarik pukat di perairan Desaru, di sini, kira-kira jam 2 petang semalam.

Mangsa dikenali sebagai Ramli Liman, 47 diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan dihantar ke jeti Tanjung Sedili sebelum dibawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT) bagi mendapatkan rawatan.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/17

Pengarah disamun rugi RM100,000


Georgetown : Seorang pengarah syarikat kerugian kira-kira RM100,000 apabila keretanya serta pelbagai barangan berharga dilarikan dua lelaki bersenjatakan pisau ketika tertidur di tepi di Jalan Sungai Dua pagi semalam.

Kejadian berlaku jam 3 pagi ketika mangsa berusia 31 tahun dikatakan dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Sungai Petani sebelum berhenti di tepi jalan kerana keletihan sebelum terlelap tanpa mengunci pintu kereta.


Dua suspek lelaki kemudian masuk ke dalam kereta sebelum mengacukan sebilah pisau dan meminta menyerahkan wang tunai serta barangan lain.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/17

Tujuh tahi judi diberkas


Alor Gajah: Seramai tujuh tahi judi termasuk dua wanita berusia antara 37 dan 58 diberkas polis dalam satu serbuan di sebuah taman perumahan di sekitar daerah ini malam tadi.

Operasi dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka hasil maklumat orang ramai.


Aktiviti perjudian dikenali sebagai 'Judi Pai Kaw' itu dipercayai sudah beroperasi sejak beberapa bulan lalu dan dilakukan secara terbuka di halaman sebuah rumah penduduk tanpa mengambil kira keselesaan jiran.

Beberapa peralatan perjudian seperti batu Pai Kaw, plastik bulat bertulisan Cina, chip dan beberapa buah dadu dirampas dalam operasi berkenaan.


Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Muhamad Laham mengesahkan semua ditahan di bawa ke Balai Polis Kuala Sungai Baru bersama peralatan perjudian yang dirampas dan kes disiasat mengikut Seksyen 7 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/17

Kepala tersepit di luar, badan di dalam bas


Georgetown: Seorang pemandu bas ekspres ditemui maut dalam keadaan kepalanya tersepit di pintu bas penumpang yang diletakkan di kawasan parkir di Masjid Kampung Rawa, Sungai Pinang di sini, semalam.

Dalam kejadian yang hanya disedari jam 7.30 pagi itu, mangsa, Muhamad Shaharil Anuar, 32, ditemui dalam keadaan ngeri dengan kepalanya berada di luar, manakala badannya pula berada di dalam bas berkenaan.


Pegawai Bomba Kanan II Jalan Perak, Yaakob Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.33 pagi daripada orang awam dan tiba di lokasi kejadian tiga minit kemudian dengan mendapati terdapat seorang lelaki tersepit kepalanya di pintu bahagian penumpang bas ekspres berkenaan.



“Enam anggota tiba di lokasi dan melakukan kerja menyelamat menggunakan peralatan yang dibawa serta terpaksa masuk melalui cermin bahagian pemandu bas sebelum membuka pintu bahagian penumpang itu.


“Selepas 10 minit, mangsa yang tersepit itu dikeluarkan dan kami cuba memberikan rawatan kecemasan terhadapnya, namun dia didapati sudah meninggal dunia kerana tersepit dalam tempoh yang lama,” katanya.


Yaakob berkata, pihaknya tidak dapat memastikan punca sebenar kejadian itu sama ada berlaku disebabkan masalah teknikal atau sebaliknya dan kes itu diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan Ismail Idris berkata, berdasarkan siasatan awal, pihaknya mendapati mangsa pemandu kedua bas ekspres berkenaan.


Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dikatakan masuk ke dalam bas melalui pintu pemandu dan dipercayai keluar melalui pintu penumpang, namun siasatan dijalankan untuk mengenal pasti punca dia boleh tersepit di pintu bas berkenaan.

Katanya, mangsa berjaya dibawa keluar dari pintu bas dengan bantuan bomba dan mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian yang sebenar.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/17

Mangsa nahas meronta seperti dirasuk


Dungun: Seorang pemuda menjerit sambil meronta-ronta bagai dirasuk ketika orang ramai memberi bantuan kepadanya selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 85.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Bukit Bauk, di sini, pagi semalam.

Insiden itu menyebabkan orang ramai mengikat kaki dan tangannya di atas pengusung bagi mengelak dia terus meronta sebelum dikejarkan ke Hospital Dungun menggunakan ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).


Mangsa, Mohd Fahmi Idham Mohd Syukri, 22, yang memandu kereta PERODUA Viva dari arah Paka ke Dungun dipercayai terbabas ke kanan jalan selepas melalui satu selekoh tajam di situ jam 1.40 pagi.



Berikutan itu, kereta mangsa dirempuh sebuah PROTON Satria GTI yang datang dari arah bertentangan sebelum kereta dipandu mangsa terhumban ke dalam gaung dan terbalik.


Ketika kejadian Mohd Fahmi Idham dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu dari Seremban, Negeri Sembilan.


PROTON Satria GTI dipandu Faizal Rizal Abd Aziz, 26, bersama tiga rakannya Aminruddin Mamat, 21, Mohd Padzil Ab Manan, 22, dan Mohammad Nasridam Md Nor, 22 yang semua mereka berasal dari Air Putih, Kemaman dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing selepas menyaksikan perlawanan bola sepak antara Terengganu dan Johor Darul Ta’zim di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Mohd Fahmi yang parah di tangan dan beberapa bahagian badan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk rawatan manakala empat sahabat terbabit yang cedera ringan di muka dan kaki dirawat di Hospital Dungun.


Faizal Rizal berkata, sebaik tiba di tempat kejadian dia terkejut apabila sebuah PERODUA Viva tiba-tiba berpusing memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta dinaiki mereka.

“Kejadian berlaku terlalu pantas dan saya tidak sempat membrek menyebabkan saya merempuhnya,” katanya ketika ditemui di Hospital Dungun, di sini, semalam.


Ketua Polis Daerah Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/17

Dipukul sebelum dibuang ke belukar

WARTAWAN SINAR HARIAN
Dipukul sebelum dibuang ke belukar
Mayat mangsa (kiri) ditemui dalam belukar tidak jauh dari masjid Padang Temusu, Sungai Pasir. 
17 Mac 2014
SUNGAI PETANI - Seorang gelandangan ditemui mati dengan kecederaan di muka dan badan dipercayai dipukul di sebuah lokasi lain sebelum dicampak dalam sebuah belukar tidak jauh dari sebuah masjid dekat Padang Temusu, Sungai Pasir.

Mangsa dikenali K Shamugam, 33, dipercayai tidak mempunyai sebarang pekerjaan selain sering ditemui berlegar di sekitar pekan Sungai Petani.

Berdasarkan maklumat, mangsa dipercayai seorang insan kerdil dan tidak sempurna akal di mana mayatnya ditemui orang awam yang melalui kawasan tersebut kira-kira jam 8.30 pagi semalam.
Tinjauan Sinar Harian ke lokasi kejadian mendapati orang ramai mula memenuhi lokasi kejadian di mana mayat mangsa ditemui terbaring di tepi belukar tersebut sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas berikutan ramai pengguna motosikal dan kereta memperlahankan kenderaan.

Dalam perkembangan sama di lokasi berbeza, penduduk di Taman Kempas, Sungai Petani gempar apabila tindakan sepasukan polis yang mengunjungi taman permainan dekat perumahan tersebut bertindak memasang pita tanda larangan.

Dipercayai tindakan berkenaan mempunyai kaitan dengan kematian mangsa yang dipercayai dipukul di kawasan taman permainan tersebut sebelum dicampak ke kawasan belukar di Padang Temusu kira-kira jaraknya satu kilometer.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin berkata, siasatan berhubung kes itu masih dijalankan.

Menurutnya, polis akan menyiasat sekiranya mangsa dibunuh di lokasi lain sebelum dibuang ke lokasi yang ditemui.

Turut kelihatan, anggota Forensik Polis yang menjalankan siasatan berhubung kejadian.

“Kita berharap, tiada sebarang spekulasi dibuat berhubung kejadian, biarlah polis menjalankan siasatan terlebih dahulu,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk dibedah siasat.

4 pelajar daki gunung hilang


Kuala Kangsar : Empat pelajar sebuah sekolah menengah disini dikhuatiri hilang ketika mendaki Gunung Bubu, Ulu Kenas, di sini, petang semalam.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat berkata pihaknya menerima panggilan jam 10 malam berhubung kejadian.


Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/17

Maut angkara si pemabuk


Kuala Lumpur: Malang bagi seorang pemandu teksi berusia 58 tahun apabila dia rentung ketika tidur di tempat duduk pemandu selepas keretanya terbakar akibat dirempuh kereta Toyota Corolla Altis dipandu seorang lelaki dipercayai mabuk di tepi sebuah pusat pameran kereta di Jalan Sungai Besi, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 5.20 pagi itu, pemandu Toyota Corolla Altis itu yang dalam perjalanan ke pusat bandar, memandu laju dan dipercayai mabuk, hilang kawalan lalu merempuh dua kereta dan empat motosikal yang berada di tempat letak kenderaan.


Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Penguasa Kanan Bomba 1 Azizan Ismail berkata, akibat rempuhan itu semua kenderaan terbabit terbakar sepenuhnya dan orang ramai yang menyedari kejadian itu menghubungi bomba serta polis.



Menurutnya, bomba menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 5.26 pagi dan tiba di lokasi 10 minit kemudian membabitkan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP ) Pudu serta BBP Hang Tuah.


“Seramai 33 pegawai dan anggota bomba terbabit dalam operasi memadam kebakaran itu dan siasatan awal mendapati kereta Toyota Altis melanggar kenderaan lain yang berada di tempat kejadian.


“Kami menemui mayat seorang lelaki yang rentung. Mangsa dipercayai tidur di tempat pemandu dalam keretanya dan gagal menyelamatkan diri apabila keretanya terbakar,” katanya.

Azizan berkata, pemandu kereta Toyota Corolla Altis itu hanya cedera ringan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.


Pemangku Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Asisten Superintendan Fadhli Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan menurutnya, pusat pameran kereta terbabit turut terbakar akibat kemalangan itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/17

Lelaki koma kepala ditetak


Oleh Shamsul Munir Safini
Kangar: Seorang lelaki berusia 32 tahun koma selepas diserang seorang lelaki menggunakan parang panjang di hadapan sebuah kedai telefon bimbit di Jalan Raja Syed Alwi, di sini malam tadi.

Mangsa Cheng Shin Seng, 32, parah di bahagian kepala dan terpaksa menerima lebih 20 jahitan apabila diserang seorang lelaki tidak dikenali dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam tadi.


Difahamkan dalam kejadian itu mangsa yang berada dihadapan kedai berkenaan didatangi dua lelaki menaiki motosikal jenis Honda Wave sebelum salah seorang daripada suspek turun sambil membawa sebilah parang panjang.

Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, sejurus selepas itu, suspek menetak kepala mangsa sebelum melarikan diri selepas rakan mangsa menyedari kejadian.


"Mangsa yang parah dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) bagi mendapatkan rawatan.


"Pihak kami percaya ia berkaitan hutang along dan kedua-dua suspek kini sedang diburu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/17

Gempa bumi sederhana landa barat daya Sumatera


KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.0 pada skala Richter dilaporkan melanda barat daya Sumatera, Indonesia pada 8.35 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan medianya berkata, pusat gempa ialah 248 kilometer (km) barat daya Bengkulu, Indonesia dan 738 km barat daya Pontian, Johor.


Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami yang diramalkan oleh jabatan itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/17

Lelaki maut kereta rempuh van sekolah


Oleh Siti Nadirah Hafidzin
Johor Bahru: Seorang pekerja kilang maut selepas kereta dipandunya merempuh sebuah van sekolah di simpang tiga Jalan Persisiran Seri Alam di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 5.10 petang itu, mangsa, John Anak Penggau, 28, yang memandu kereta Perodua Viva disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di badan dan kepala.


Bagaimanapun pemandu van sekolah itu hanya mengalami kecederaan ringan dan kesemua tujuh kanak-kanak yang juga penumpang van itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/17

Tujuh tahi judi diberkas


Alor Gajah: Seramai tujuh tahi judi termasuk dua wanita berusia antara 37 dan 58 diberkas polis dalam satu serbuan di sebuah taman perumahan di sekitar daerah ini malam tadi.

Operasi dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka hasil maklumat orang ramai.


Aktiviti perjudian dikenali sebagai 'Judi Pai Kaw' itu dipercayai sudah beroperasi sejak beberapa bulan lalu dan dilakukan secara terbuka di halaman sebuah rumah penduduk tanpa mengambil kira keselesaan jiran.

Beberapa peralatan perjudian seperti batu Pai Kaw, plastik bulat bertulisan Cina, chip dan beberapa buah dadu dirampas dalam operasi berkenaan.


Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Muhamad Laham mengesahkan semua ditahan di bawa ke Balai Polis Kuala Sungai Baru bersama peralatan perjudian yang dirampas dan kes disiasat mengikut Seksyen 7 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/17

16 wanita warga asing dicekup


Johor Bahru: Seramai 16 wanita warga asing yang dipercayai menawarkan khidmat urut dan seks ditahan dalam satu pemeriksaan Jabatan Imigresen Johor di sebuah pusat urut di Taman Nusa Bestari, Bukit Indah di sini, malam tadi.
Tiga lelaki warga tempatan yang dipercayai majikan dan penjaga premis turut ditahan dalam pemeriksaan diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Anuar Zainal bersama 10 pegawai dan anggota kira-kira jam 8 malam itu. 
Wanita yang ditahan itu terdiri daripada warga Vietnam dan Thailand, kesemua yang ditahan berusia antara 19 hingga 58 tahun. 

Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Johor dan Ketua Penyelaras Operasi Bersepadu Masri Adul berkata, kesemua yang ditahan disiasat mengikut Peraturan 17(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1966, Seksyen 55(B) dan 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63.
Foto

Menurutnya, kesemua yang ditahan kemudiannya dibawa ke pejabat imigresen di Kompleks Sultan Abu Bakar untuk siasatan lanjut.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/17

Pengarah disamun rugi RM100,000


Georgetown : Seorang pengarah syarikat kerugian kira-kira RM100,000 apabila keretanya serta pelbagai barangan berharga dilarikan dua lelaki bersenjatakan pisau ketika tertidur di tepi di Jalan Sungai Dua pagi semalam.

Kejadian berlaku jam 3 pagi ketika mangsa berusia 31 tahun dikatakan dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Sungai Petani sebelum berhenti di tepi jalan kerana keletihan sebelum terlelap tanpa mengunci pintu kereta.


Dua suspek lelaki kemudian masuk ke dalam kereta sebelum mengacukan sebilah pisau dan meminta menyerahkan wang tunai serta barangan lain.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/17

Saudi larang guna 50 nama

Saudi larang guna 50 nama
 Ibu bapa diarah supaya tidak menamakan anak dalam senarai 50 nama yang dikeluarkan. 
17 Mac 2014RIYADH - ARAB SAUDI . Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengharamkan  50 nama kerana bercanggah dengan agama dan budaya negara itu.

Jurucakap kementerian berkata, nama Barat seperti Sandy, Linda dan Elaine diharamkan termasuk Malika yang bermaksud permaisuri dan Amir bermaksud putera.
“Nama menghina tuhan seperti Malaak yang bermaksud malaikat, nama Nabi atau Jibril juga diharamkan," katanya.

Menurutnya, nama seperti Abdul Nabi dan Abdul Hussain termasuk dalam senarai pengharaman kerana mirip kepada gelaran dalam puak Syiah dan boleh disalah tafsir.
“Nama pemimpin Revolusi Mesir 1952, Gamal Abdel Nasser turut tersenarai diharamkan,’ katanya, dipetik dari laporan Gulf News.

Bagaimanapun, Mesir memandang sinis pengharaman nama itu kerana berpendapat Raja Farouk yang digulingkan ketika revolusi itu mempunyai kaitan dengan Saudi. 

Berikut adalah nama diharamkan: Abdul Aati, Abdul Musleh, Nabiyya (nabi wanita), Sumuw (yang mulia), Al Mamlaka (negara), Tabarak (diberkati) Nardeen, Maya, Randa, Basmala (dengan nama ALLAH), Taline, Aram, Nareej, Rital, Alice, Rama (Tuhan Hindu), Maline, Inar, Maliktina, Lareen, Kibrial, Lauren, Benjamin, Naris, Yara, Sitav, Loland, Tilaj, Barrah, Abdul Nabi, Abdul Rasool, Abdul Mu’een, Abrar, Iman, Bayan, Baseel dan Wireelam.

Mayat bayi atas pam tandas

SYAMILAH ZULKIFLI
Mayat bayi atas pam tandas
Mayat bayi perempuan yang ditemui.
17 Mac 2014
 SEREMBAN – Seorang tukang cuci terkejut apabila mendapati beg dalam tandas wanita yang disangka barang orang tertinggal, rupanya berisi mayat seorang bayi.

Kejadian berlaku di hentian bas dan teksi Terminal One di sini, kira-kira 7 petang semalam, apabila Kyaw Mioo, 32, yang merupakan warga Myanmar mendapati mayat seorang bayi perempuan masih bertali pusat di dalam beg yang ditinggalkan di atas penutup pam tandas berkenaan.

Menurutnya, ketika itu dia masuk ke dalam tandas berkenaan untuk melakukan kerja pembersihan.

“Apabila saya membuka pintu tandas ketiga, saya nampak ada beg berwarna oren di atas pam tandas. Saya sangka mungkin ada orang tertinggal.

“Saya cuba melihatnya, tapi  mula terhidu bau busuk sebelum ternampak ada kepala bayi,” katanya yang bekerja di situ sejak tujuh bulan lalu.

Kyaw Mioo berkata, dia yang terkejut membawa beg berkenaan keluar dan memberitahu majikannya.

Menurutnya, setelah diperiksa, mereka mendapati terdapat mayat seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat.

Sementara itu, pengurus pembersihan tandas di perhentian bas berkenaan, Roslan Mohd Nor, 47, berkata, walaupun mereka duduk di bahagian kaunter bayaran tandas, dia bersama pekerja lain tidak terhidu sebarang bau busuk.

"Kami memang tidak bau apa-apa sebab di sini disediakan pewangi Dettol. Saya pun tidak perasan siapa yang terakhir masuk ke dalam tandas sebelum mayat bayi itu dijumpai.

“Tapi apabila beg plastik itu dibawa keluar, baunya sangat busuk menyebabkan saya sendiri pun takut mahu melihatnya,”katanya.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Zainal Abu ketika dihubungi mengesahkan penemuan itu.

Beliau berkata,  siasatan lanjut masih dijalankan termasuk untuk mengesan ibu kepada bayi berkenaan.

Maut kereta bertembung

RAIHAM MOHD SANUSI
Maut kereta bertembung
Pelanggaran kuat mengakibatkan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu akibat kereta remuk teruk sebelum mangsa dikeluarkan bomba. Gambar kecil: Mohd Nazrul Shahmir
17 Mac 2014
 KEMAMAN – Seorang pekerja sebuah syarikat swasta di Kawasan Perindustrian Jakar, Chukai terbunuh selepas kereta Proton Satria dinaikinya bertembung dengan sebuah Perodua Myvi dalam nahas di hadapan SMK Mak Lagam, di sini, kelmarin.

Mangsa, Mohd Nazrul Shahmir Mohd Nasir, 28, yang berasal dari Jalan Permatang Badak, Kuantan, Pahang, meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan sejurus tiba di Hospital Kemaman akibat mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.05 tengah hari di Kilometer 8 Jalan Mak Lagam-Bandar Cheneh Baru itu, kereta dipandu mangsa dipercayai memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan Perodua Myvi dipandu seorang wanita.

Mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu, berjaya dikeluarkan sepasukan anggota bomba dan penyelamat Balai Chukai yang bergegas ke lokasi setelah mendapat panggilan kecemasan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan ke Bandar Chukai.

“Bagaimanapun setiba di lokasi kejadian, dipercayai kereta dipandunya masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh  Perodua Myvi terbabit.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Difahamkan sebelum kejadian berlaku, mangsa baru sahaja menghantar isterinya yang bekerja sebagai guru tadika ke rumah mereka di Taman Perumahan Alam Perdana, Binjai, sebelum pergi semula ke Bandar Chukai atas urusan kerja.

Akibat perlanggaran tersebut, pemandu Perodua Myvi, Musfirah Mahmud, 27, yang dikatakan seorang guru dan berasal dari Pulau Serai, Dungun cedera parah dan masih dirawat di hospital sama.

Nahas itu menyebabkan kereta mangsa remuk teruk di bahagian hadapan.

Jenazah mangsa kemudian dituntut keluarganya di Unit Forensik kira-kira jam 5 petang dan dikebumikan di kampung halaman Allahyarham di Kuantan.

MPV terperosok rempuh rumah

ROSALWANI CHE SOH
Keadaan MPV yang merempuh rumah Ibrahim, semalam.
Keadaan MPV yang merempuh rumah Ibrahim, semalam.
17 Mac 2014
 KOTA BHARU - Seorang remaja yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Chery, dipercayai hilang kawalan lalu merempuh sebuah rumah di Kampung Guchil Bayam, di sini, semalam.
Bagaimanapun, pemandunya dipercayai berusia 20-an, dilaporkan selamat tetapi melarikan diri meninggalkan kenderaan tersebut.

Kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, hanya disedari pemilik rumah terbabit apabila mendengar bunyi bising beberapa ekor burung peliharaannya dalam sangkar di bahagian dapur.
Ibrahim Hamzah, 49, berkata, dia terkejut apabila menjenguk keluar dan mendapati garaj keretanya dirempuh MPV dipandu seorang remaja.

"Mulanya saya sangka bunyi dentuman kuat itu adalah kemalangan yang melibatkan kenderaan di hadapan rumah.

"MPV tersebut terperosok ke dalam dinding dan orang ramai yang melihat kejadian membantu  mengeluarkan mangsa yang cuba merangkak keluar,” katanya kepada media.

Menurutnya, pemilik sebenar MPV itu telah datang menemuinya dan mendakwa, anak saudaranya memandu kenderaannya tanpa pengetahuan.

"Ini kejadian kali kedua rumah saya dirempuh kenderaan. Kali pertama pada 2004 tetapi mujurlah tiada yang cedera, begitu juga kali ini hanya rumah yang rosak teruk," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar ketika dihubungi berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan.

Serangan kedua di rumah Suthep


17 Mac 2014


BANGKOK - THAILAND . Rumah Srisakul Promphan, isteri pemimpin antikerajaan Suthep Thagsuban di Phutthamonthon, Thailand sekali lagi diserang bom tangan M79, kelmarin.

Srisakul berkata, kejadian itu adalah serangan bom kedua berlaku di rumahnya namun tiada kecederaan dilaporkan.

"Bom jatuh di halaman bersebelahan dapur. Ketika itu saya berada di dalam rumah. Saya tidak tahu sampai bila harus berdepan dengan serangan bom, namun kami (PDRC) akan berjuang hingga ke akhir untuk menggulingkan kerajaan Yingluck," katanya menurut laporan Bangkok Post.

Remaja dikhuatiri lemas dalam tasik


SHAH ALAM 17 Mac - Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam tasik di Puncak Alam di sini hari ini.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 6 petang tadi dan usaha mencari dan menyelamat mangsa oleh pasukan bomba masih dilakukan. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140317/je_05/Remaja-dikhuatiri-lemas-dalam-tasik#ixzz2wHcGVNk3
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ibu tunggal melecur

WARTAWAN SINAR HARIAN
Ibu tunggal melecur
Rohaya membantu menyapu ubat ke bahagian badan Ernee Suhaily yang melecur.
17 Mac 2014
 LABIS - Kejadian 21 Januari lalu, tidak mungkin dapat dilupakan seorang ibu tunggal di sini, apabila 40 peratus tubuhnya melecur disambar api ketika hendak memanaskan lauk.

Ernee Suhaily Abdullah, 30, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah di Bekok berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang di rumah sewanya di Bekok, Chaah.

“Kebetulan, pada hari kejadian saya sedang bercuti dan ketika hendak menghidupkan dapur gas untuk memanaskan lauk, tiba-tiba api daripada dapur menyambar rambut dan muka saya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, jiran yang terkejut mendengar jeritannya menghantar dia ke Klinik Kesihatan Bekok sebelum dia dikejarkan ke Hospital Daerah Segamat (HDS) menaiki ambulans.

Jelasnya, dia ditahan di wad selama 22 hari dan akibat kebakaran itu, 40 peratus badannya disahkan melecur iaitu  pada muka, dada, belakang badan dan peha.
“Berdasarkan laporan doktor, saya mungkin mengalami hilang upaya kekal dan tidak mampu melakukan kerja berat berikutan kesan melecur teruk yang melibatkan otot di tangan kanan. Pada masa sama, saya sudah diberhentikan kerja disebabkan insiden ini,” katanya.

Ernee Suhaily berkata, mujur ketika kejadian, anak tunggalnya yang berusia enam tahun tidak berada bersama kerana dibawa bekas suaminya ke Melaka.

Tambahnya, dia yang terpaksa menumpang di rumah kakak angkatnya, Rohaya Teh, 52, memerlukan RM4,800 sebulan bagi membeli dua tiub ubat sapu sehari yang setiap satu berharga RM80.

“Segala keperluan saya termasuk ubat-ubatan, makan minum dan kos pengangkutan mendapatkan rawatan susulan di HDS dua minggu sekali turut ditanggung keluarga kakak angkat, selain hasil sumbangan yang dihulurkan beberapa pihak seperti Umno dan MCA Labis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Labis yang juga Adun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim berkata, beliau akan berusaha membantu Ernee Suhaily mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ambil dadah berlebihan: Jumlah penonton konsert dirawat 14 orang


KUALA LUMPUR 16 Mac - Jumlah mangsa yang dirawat di hospital akibat pengambilan dadah sintetik secara berlebihan ketika menghadiri konsert antarabangsa Future Music Asia 2014 di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil semalam, meningkat kepada 14 orang.
Ini kerana polis mendedahkan seramai 11 lagi penonton turut mendapatkan rawatan di tiga buah hospital di sini, berbanding tiga semalam.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, mangsa yang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya adalah seramai 10 orang, Hospital Kuala Lumpur (3) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (1).
Beliau berkata, kesemua 14 mangsa yang dirawat itu berada dalam keadaan stabil dengan sembilan daripada mereka adalah rakyat Singapura.
Menurutnya, empat lagi mangsa masing-masing rakyat Malaysia, Taiwan, Iran dan Myanmar. Warganegara seorang lagi mangsa belum diketahui.
"Seorang daripada sembilan mangsa warga Singapura yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur telah dibenarkan keluar pagi ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mengulas tentang jumlah kematian akibat pengambilan dadah itu, Mohan Singh memberitahu, tiada kematian terbaru dilaporkan dan jumlah mangsa yang meninggal dunia masih kekal enam orang.
Semalam Mingguan Malaysia melaporkan enam penonton konsert maut akibat pengambilan dadah berlebihan. Mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22; Sabreena Kamarudin, 21; Syazana Sohaime, 23; Victor Wong E Hern, 26; Faizza Mohd. Wazir, 27; dan M. Suresh, 28.
Susulan kejadian itu, polis membatalkan hari ketiga iaitu kemuncak konsert tersebut yang dijadualkan berlangsung di lokasi sama semalam.
Tambah Mohan Singh, sebanyak 29 penonton telah ditangkap berkaitan dengan aktiviti penyalahgunaan dadah di konsert berkenaan.
"Seramai 13 orang adalah warga tempatan dan 16 lagi warga asing yang hadir menyaksikan konsert berkenaan," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140317/dn_03/Ambil-dadah-berlebihan-Jumlah-penonton-konsert-dirawat-14-orang#ixzz2wAP7l6sm
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ugut ibu guna pisau dijel 21 bulan


CHEE YEW dibawa keluar daripada Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Seorang lelaki di hukum penjara 21 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana mengugut ibu dan kakaknya menggunakan pisau minggu lalu.
Majistret Mohd. Isa Mohamad menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Ng Chee Yew, 32, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, pada 12 Mac lalu pada pukul 7 petang bertempat di sebuah rumah di Jalan Telipot, telah membuat ugutan jenayah dengan mengacukan sebilah pisau ke leher Ng Phei Suan, 38, dengan niat hendak mencederakannya dan menyebabkan kematian.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0317&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2wAOtZXtY 
Hakcipta terpelihara 

Simulator milik Kapten Zaharie disiasat pakar



SIMULATOR penerbangan milik Kapten Zaharie diambil oleh pihak polis untuk diperiksa oleh pakar-pakar keselamatan.


SEPANG - Polis telah mengambil simulator penerbangan daripada rumah juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah untuk diperiksa oleh pakar-pakar.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pakar kini sedang memeriksa simulator milik juruterbang itu dengan harapan mendapat petunjuk bagi membantu mencari kehilangan pesawat tersebut.
"Kami telah ke rumah beliau petang semalam (kelmarin) dan mengambil simulator serta semua yang dapat membantu kami.
"Kami menanggalkannya (simulator) di rumah dan memasangnya semula di pejabat kami," katanya pada sidang media yang diketuai Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0317&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2wANogn3T 
Hakcipta terpelihara 

Pemberi maklumat dakwa empat warga Malaysia rancang rampas pesawat


SAAJID


LONDON - Seorang pemberi maklumat kumpulan Al-Qaeda, Saajid Badat pernah memberitahu sebuah mahkamah di New York bahawa sekumpulan lelaki Malaysia merancang merampas sebuah kapal terbang, lapor akhbar Daily Telegraph kelmarin.
Menurut akhbar itu, ekoran pendedahan itu, terdapat spekulasi bahawa rampasan pesawat itu didalangi oleh kumpulan pengganas Al-Qaeda.
Kata laporan itu, satu siasatan dijalankan berhubung sebuah kumpulan militan Islam di Malaysia yang merampas pesawat itu.
Saajid memberitahu kumpulan itu merancang meletupkan pintu kokpit dengan menggunakan sebuah bom yang disembunyi di dalam kasut.
Beberapa pakar keselamatan berkata, bukti yang dikemukakan lelaki itu boleh dipercayai.
Saajid berkata, dia berjumpa dengan beberapa lelaki Malaysia di Afghanistan dan salah seorang daripada mereka adalah juruterbang.
Katanya, dia memberi sebuah bom kasut yang boleh digunakan untuk merampas sebuah pesawat.
Saajid membuat pendedahan itu dalam satu perbicaraan di New York melibatkan menantu Osama bin Laden, Sulaiman Abu Ghaith.
Jelasnya, rancangan itu dirancang oleh seorang pemimpin Al-Qaeda, Khalid Sheikh Mohammed yang juga perancang serangan terhadap AS pada 9 November 2011. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0317&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2wANgb7ci 
Hakcipta terpelihara 

India tangguh cari pesawat MH370


SEBUAH kapal penumpang melalui Laut Andaman dekat Pelabuhan Blair, India semalam.


NEW DELHI - India menangguhkan usaha mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang dengan aset operasinya diletakkan dalam keadaan bersiap sedia, lapor agensi berita Bernama semalam.
"Pihak berkuasa Malaysia kini memberi petunjuk bahawa berdasarkan siasatan, operasi mencari telah memasuki fasa baharu dan strategi pencarian seterusnya sedang dirangka," menurut Kementerian Pertahanan India dalam satu kenyataan semalam.
India menggunakan enam buah pesawat, enam kapal dan helikopter untuk mencari pesawat MH370 yang hilang sejak sembilan hari lalu di sekitar Laut Andaman dan Teluk Benggala.
Aset tambahan tentera laut diletak dalam keadaan bersiap siaga.
Tentera laut yang mengetuai operasi terus mengekalkan koordinasi dengan Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia dari Pusat Operasi Maritim di New Delhi yang beroperasi 24 jam.
"Setakat ini tiada pengesanan dilaporkan unit yang dikerah untuk mencari di pelbagai kawasan yang ditentukan," kata kementerian itu.
Misi mencari pesawat itu di gugusan Kepulauan Andaman dan Nicobar masih tidak menemui sebarang objek dari pesawat tersebut.
Tiada kesan minyak, serpihan atau maklumat daripada sonar yang menunjukkan pesawat itu terhempas di lokasi operasi mencari MH370. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0317&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2wANR0aLs 
Hakcipta terpelihara 

Mendarat di lokasi rahsia?


keluarga penumpang MH370 warga China keluar dari bilik mesyuarat selepas mengadakan pertemuan para pegawai di hotel Metro Park Lido di Beijing, semalam. - AFP
LONDON 16 Mac - Biro Siasatan Persekutuan (FBI) tidak menolak kemungkinan pesawat MH370 mungkin berada di satu lokasi rahsia.
DailyMail Online yang memetik kenyataan sumber melaporkan pesawat terbabit mungkin dirampas dan kesemua 239 penumpang dan anak kapalnya kini ditahan di satu tempat rahsia.
Dalam pada itu, stesen radio Amerika Syarikat (AS) WNYC melaporkan, sebanyak 634 lokasi boleh menjadi tempat pesawat MH370 mendarat, dari Australia hingga ke Maldives dan Pakistan. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140317/lu_01/Mendarat-di-lokasi-rahsia#ixzz2wANC5OEv
© Utusan Melayu (M) Bhd 

MH370 disembunyi di pangkalan AS di Diego Garcia?


Gambar fail pemandangan dari udara pangkalan tentera laut Amerika di Diego Garcia di Lautan Hindi. - AGENSI
LONDON 16 Mac - Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang masuk hari kesembilan hari ini dipercayai telah 'disembunyikan' di Diego Garcia, pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Lautan Hindi.
Menurut portal Cabal Times, sekiranya spekulasi pesawat itu terbang ke pangkalan tentera AS di Diego Gracia adalah benar, radar Indonesia sudah pasti mengesan kedudukan pesawat tersebut.
Namun, persoalannya Indonesia yang dipercayai negara terlibat dalam gerakan 'rahsia globalisasi' atau pakatan Barat yang mempunyai agenda tertentu, sudah pasti berdiam diri tentang apa yang mereka kesan pada radar mereka, dakwa portal itu.
Portal itu membuat spekulasi itu berdasarkan laporan media yang menyebut walaupun pesawat itu dikesan terputus hubungan dengan radar pada pukul 1.22 pagi Sabtu lalu namun ada pihak mendakwa pesawat itu masih boleh dihubungi lagi beberapa jam selepas itu selagi enjinnya hidup.
Sejurus selepas transponder pesawat dimatikan, MH370 dipercayai membuat pusingan-U dan didakwa melintasi Malaysia menghala ke Diego Garcia.
Menurut portal itu, sekiranya pesawat mengalami masalah teknikal, juruterbang seboleh-bolehnya akan cuba mendarat dengan selamat di laut dan tidak akan berpatah balik ke Malaysia.
Persoalannya, mengapa tiada pihak yang mendedahkan tentang kedudukan MH370 berada di Diego Garcia?
Ia mungkin kerana kakitangan di pangkalan tentera AS di Diego Garcia mematuhi prosedur operasi standard (SOP), termasuk tidak bertanyakan soalan dan 'menutup mata' tentang apa yang mereka lihat di radar.
Sementara itu, Cabal Times dalam laporannya mendakwa mengapa AS melakukan 'rampasan pesawat' itu adalah kerana MH370 membawa sejumlah besar rakyat China dan AS mahu mengeruhkan hubungan Kuala Lumpur dan Beijing. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140317/lu_02/MH370-disembunyi-di-pangkalan-AS-di-Diego-Garcia#ixzz2wAMzOXrZ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

MH370 terakhir dikesan di barat Perth


NEW YORK 16 Mac - Pasukan penyiasat Amerika Syarukat (AS) berkata, lokasi terakhir pesawat MH370 dikesan kemungkinan ketika ia berada di sebuah zon kira-kira 1,609 kilometer dari barat Perth, Australia.
Laman web berita Bloomberg melaporkan petunjuk terbaharu itu dimaklumkan oleh sumber kerajaan AS berdasarkan keputusan analisis ke atas data transmisi satelit oleh pasukan penyiasat tersebut. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140317/lu_03/MH370-terakhir-dikesan-di-barat-Perth#ixzz2wAMt7ohM
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Polis kesan dadah sintetik baharu


KUALA LUMPUR 16 Mac - Dadah yang dikesan membunuh enam penonton konsert antarabangsa Future Music Asia 2014 di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil semalam, berkemungkinan adalah dadah sintetik baharu yang belum dipasarkan di negara ini.
Difahamkan, dadah berkenaan diseludup masuk dari negara jiran dan sememangnya dibawa khas untuk mereka yang menghadiri konsert terbabit.
Sumber memberitahu, setakat ini polis masih belum dapat memastikan jenis dadah yang digunakan, meskipun mereka mengaitkan kematian mangsa dengan dadah sintetik jenis methamphetamine.
Menurutnya, pakar perubatan yang menemui beberapa kapsul dadah berkenaan di badan mangsa juga sukar untuk mengenal pasti jenisnya.
“Polis masih mengesan sama ada dadah itu jenis methamphetamine yang baharu atau dadah jenis lain kerana setakat ini barangan terlarang sebegitu masih belum ada dalam pasaran negara.
“Polis juga tidak dapat memastikan kandungan dalam dadah itu untuk menentukan punca kematian enam individu terbabit dan dadah tersebut telah dihantar ke makmal untuk diuji.
“Keputusan ujian hanya akan diketahui dua minggu lagi dan ketika itu barulah polis mengetahui jenis dan dari mana bekalan dadah tersebut diperolehi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, enam penonton konsert iaitu Kamal Zekry Kamal Basha, 22; Sabreena Kamarudin, 21; Syazana Sohaime, 23; Victor Wong E Hern, 26; Faizza Mohd. Wazir, 27; dan M. Suresh, 28; maut manakala tiga lagi kritikal dipercayai akibat pengambilan dadah sintetik berlebihan.
Utusan Malaysia difahamkan, dadah yang diambil oleh mangsa ketika menghadiri konsert berkenaan berupa kapsul ubat dan dijual dengan harga yang rendah.
Mereka yang mengambil dadah itu juga dikatakan akan mengalami peningkatan suhu badan secara mendadak sehingga boleh mengakibatkan tidak sedarkan diri di samping keluar darah menerusi hidung dan telinga.
Mengulas tentang pengedaran dadah di konsert terbabit, sumber memberitahu, bekalan dadah itu mungkin dibawa oleh warga asing.
“Polis juga tidak tahu sama ada dadah itu dibekalkan oleh individu yang sama kerana percakapan mangsa masih belum direkodkan.
“Polis turut menyiasat kemungkinan dadah berkenaan dengan kes yang melibatkan belasan penonton di sebuah konsert di Sepang dimasukkan hospital beberapa tahun lalu," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140317/dn_02/Polis-kesan-dadah-sintetik-baharu#ixzz2wALrfLyO
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Terjunam dalam gaung elak lembu

WARTAWAN SINAR HARIAN
Terjunam dalam gaung elak lembu
Zainurhairi melihat keadaan keretanya yang terjunam ke dalam gaung.
17 Mac 2014
 GEMAS – Seorang pekerja sebuah pasar raya di Melaka nyaris maut apabila kereta Perodua Kancil yang dipandunya terbabas ke kanan jalan lalu sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam lebih lima meter di Jalan Jelai-Pasir Besar, dekat Felcra Jelai, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 1 petang itu, mangsa, Zainurhairi Izwan Zainal, 29, dipercayai ingin mengelak daripada merempuh seekor lembu yang tiba-tiba melintas selepas melalui sebuah selekoh.

Menurutnya, kejadian berkenaan berlaku sekelip mata dan dia juga terpaksa memanjat tebing bagi meminta pertolongan pengguna jalan raya untuk membawanya ke Klinik Kesihatan Jelai.
“Saya sebenarnya dalam perjalanan dari Melaka ke kampung halaman saya di Felda Palong 6," katanya yang hanya mengalami cedera ringan.

Peragut dicekup orang ramai

SITI SHAHROSAMIRAH SHAHARMAN
Peragut dicekup orang ramai
Suspek diiringi anggota polis sebelum dibawa masuk ke dalam kereta peronda.
17 Mac 2014
 BANDARAYA MELAKA - Nasib malang menimpa dua lelaki apabila ditangkap ketika cuba meragut beg salah seorang daripada empat pelancong asing yang sedang menunggu bas di hentian bas, Jalan Kubu, di sini, semalam.

Kedua-dua suspek berusia lingkungan 20-an itu ditangkap oleh keempat-empat pelancong asing wanita dibantu orang awam yang melalui kawasan berkenaan dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang.

Saksi, Yeo Tian Su, 30, berkata, dia dari Malim, di sini dalam perjalanan bertemu rakannya di Jalan Bendahara melihat motosikal dinaiki kedua-dua lelaki berada di hadapannya sebelum berhenti di hentian bas.

“Pembonceng turun dari motosikal lalu meragut beg salah seorang daripada empat warga asing berusia 40 hingga 50-an itu, bagaimanapun berjaya ditahan keempat-empat mereka sebelum sempat lelaki itu lari.

“Sementara penunggang motosikal pula cuba melarikan diri, tapi  dapat dihalang dengan motosikal saya dan beberapa orang awam yang turut melalui kawasan ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.
Menurut Tian Su, penunggang motosikal itu sempat mencakar bahagian dadanya sambil tidak mengaku terlibat dengan kejadian ragut tersebut.
“Saya luka sedikit di bahagian dada ketika bersama orang awam cuba menahan penunggang motosikal itu daripada melarikan diri.

“Kami menghubungi polis memaklumkan kejadian, sementara empat pelancong terus menaiki bas sebelum polis sampai kira-kira 10 minit kemudian,” katanya.

Sempat ajar mangsa mengucap

WARTAWAN SINAR HARIAN
Sempat ajar mangsa mengucap
Salmah (dua, kanan) tidak dapat menahan sebak selepas melihat keadaan mayat anaknya.
17 Mac 2014
 TAMPIN – “Sebaik lori berhenti saya terus berlari keluar dan menuju ke arah mangsa yang kelihatan seperti nyawa-nyawa ikan. Saya periksa nadi di pergelangan tangannya dan melihat nafas turun naik mangsa lalu mengajar mangsa mengucap,” luah pemandu lori, Jamaludin Mohamed, 51, ketika ditemui di lokasi kemalangan di kilometer 43, Jalan Tampin-Gemas, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, mangsa, Syekh Mohd Haikal Daud, 29, maut di tempat kejadian selepas kereta yang dipandunya dirempuh sebuah lori.

Mangsa yang memandu kereta jenis Proton Perdana cedera parah di bahagian kepala dan badan, manakala isterinya cedera.
Jamaludin berkata, ketika kejadian dia berasa sangat cemas apabila melihat darah mengalir tidak henti-henti dari hidung mangsa dan keadaan mata mangsa yang pecah serta isteri mangsa pula sedang menangis meminta pertolongan.

"Kejadian ini berlaku selepas sebuah kereta Perodua Viva dari arah Gemencheh masuk ke laluan saya sebelum bergesel dengan lori saya.

"Selepas itu, lori saya berpusing serta masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh kereta dinaiki mangsa," katanya.

Katanya, selepas itu, ada sebuah lagi kereta jenis Toyata Unser merempuh bahagian belakang lorinya.
Pemandu kereta Toyota Unser, Mazri Mohamad, 47, ketika kejadian, dia bersama empat ahli keluarganya dalam perjalanan dari arah Gemencheh ke Gemas.
“Anak-anak saya menjerit dan kami menyelamatkan diri dengan merebahkan badan ke arah kiri bagi mengelak bahagian lori mengenai saya," katanya yang bersyukur mereka sekeluarga selamat.

Sementara itu, bapa mangsa, Daud Mohamad Din, 70, yang menetap di Segamat berkata, dia menerima panggilan daripada menantunya, Munirah Harun, 26, yang memaklumkan anaknya maut dalam kemalangan.

Menurutnya, dia yang terkejut bergegas bersama isteri, Salmah Abdullah, 60, ke lokasi kemalangan dan kali terakhir dia suami isteri berjumpa arwah adalah pada tiga hari lalu ketika arwah datang di warungnya.
“Arwah adalah anak ketiga daripada empat adik beradik bersalaman mencium tangan seperti biasa dan sempat memberi duit kepada isteri saya sebanyak RM500.

“Jika diikutkan kami sememangnya terkejut, namun reda dengan ketentuan Ilahi lebih-lebih lagi anak sulung saya juga meninggal akibat kemalangan jalan raya pada tahun 1999," katanya.

Jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan awal sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dipandu seorang lelaki berusia 27 tahun dalam perjalanan dari Melaka ke Segamat masuk ke laluan bertentangan dan bergesel dengan sebuah lori.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasat dan isterinya dikejarkan ke klinik di Gemas bagi rawatan lanjut.

3 dicekup curi bateri pencawang

MUHAYUDIN SALLEH
3 dicekup curi bateri pencawang
Anggota URB IPD Rompin memeriksa bateri yang terdapat dalam lori yang digunakan suspek untuk memunggah barangan curi.
17 Mac 2014
 ROMPIN - Tiga lelaki yang berumur lingkungan 20 hingga 30 tahun yang sedang leka mencuri bateri di sebuah pencawang milik syarikat telekomunikasi Digi sekitar jam 8 malam kelmarin diberkas anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis (IPD) Rompin.

Tindakan pantas anggota URB yang bergegas ke tempat kejadian dan memberkas suspek adalah hasil maklumat diterima daripada orang awam.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, salah seorang daripada suspek yang diberkas mempunyai rekod lampau bersabit kesalahan dadah.

“Turut dirampas bersama suspek adalah 20 bateri, peralatan pecah kabin dan sebuah lori yang digunakan untuk memunggah barangan curi. Jumlah kerugian dianggarkan sekitar RM16,000.

“Kejayaan ini adalah hasil maklumat daripada orang awam dan setinggi penghargaan serta terima kasih kepada orang awam yang membantu. Kita sangat mengalu-alukan sikap prihatin masyarakat sebegini,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya,  suspek yang ditangkap akan direman untuk siasatan lanjut berkaitan kes kehilangan bateri di pencawang syarikat komunikasi lain.

“Lokasi pencawang syarikat telekomunikasi yang selalunya terletak di kawasan yang agak terpencil menyebabkan kes yang sama ada berlaku sebelum ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.