Search This Blog

Sunday, March 16, 2014

Mayat bayi ditemui atas penutup pam tandas


Oleh Raja Noraina Raja Rahim
Seremban: Seorang tukang cuci warga Myanmar terkejut menemui satu mayat bayi perempuan dalam tandas sebuah perhentian bas di sini, malam tadi.

Difahamkan, mayat bayi terbabit dibalut dengan kain putih sebelum dimasukkan dalam plastik dan ditinggalkan di atas penutup pam tandas wanita.
Mayat bayi perempuan itu ditemui kira-kira jam 7 malam dan masih bertali pusat serta berbau busuk dipercayai sudah mati lebih dua hari lalu.

Tukang cuci berusia 32 tahun terbabit pada mulanya menyangka ada individu tertinggal plastik berkenaan namun sebaik membukanya wanita itu mendapati ia adalah mayat bayi.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Zainal Abu ketika dihubungi mengesahkan penemuan itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/16

Lagi PATI Turki

Foto
ANTARA PATI warga Turki yang ditahan, semalam.
Bukit Kayu Hitam: Selepas 62 pendatang tanpa izin (PATI) warga Turki ditahan di Padang Besar tempoh hari, cubaan 28 PATI dari negara sama ke negara ini secara haram gagal apabila ditahan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 3 sewaktu cuba melalui pagar sempadan Malaysia-Thailand, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 9 pagi, sepasukan anggota PGA diketuai Inspektor Jonathan Putra Laum melakukan rondaan ternampak sekumpulan PATI berjalan kaki selepas masuk melalui pagar sempadan.
Mereka dikatakan sanggup berjalan kaki melalui hutan negara jiran sebelum menyusuri ladang getah untuk masuk ke negara ini melalui pagar sempadan.
Ketika ditahan, kebanyakan PATI keletihan dan lapar, malah kanak-kanak cedera ringan selain koyak pakaian akibat meredah hutan sebelum tiba di lokasi.
Penolong Pegawai Pemerintah PGA Batalion 3 Bidor Deputi Superintendan S Sivanganam berkata, PATI itu masuk dengan mengangkat pagar dan menyusup seorang demi seorang berhampiran pos M2, di sini.
“Berdasarkan siasatan, mereka dipercayai mempunyai kaitan keluarga dan tidak memiliki dokumen perjalanan masuk ke negara ini.
“Daripada jumlah itu, 12 adalah lelaki dewasa berusia antara 19 hingga 42 tahun manakala wanita antara 16 hingga 47 tahun serta lapan kanak-kanak, termasuk bayi antara tiga bulan hingga tujuh tahun,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Sivanganam berkata, pihaknya mempunyai masalah komunikasi mendapatkan maklumat berkaitan kumpulan itu disebabkan mereka tidak tahu berbahasa Inggeris dan Malaysia.
Beliau berkata, disebabkan itu sukar mengetahui dari mana mereka masuk dan siapa membawa mereka ke kawasan itu untuk menyeludup masuk ke negara ini.
“Namun kita tidak menolak kemungkinan mereka datang dari Turki menaiki kapal laut bersama 62 PATI yang ditahan sebelum ini.
“Kumpulan ini mungkin bergerak berasingan mengikut tekong berikutan penemuan tali biru diikat pada tangan mereka.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan sah.
“Ini tangkapan kedua membabitkan kumpulan PATI warga Turki.” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/16

Komputer Nato digodam

NATO
BEBERAPA laman web Perjanjian Pakatan Atlantik Utara (Nato) digodam semalam namun ia tidak memberi kesan kepada sistemnya, lapor CNN.

Menurut jurucakapnya, Oana Lungescu, laman web Ukraine mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Laman web itu lumpuh untuk beberapa jam daripada serangan dikenali sebagai 'penafian perkhidmatan'.

CNN gagal mengakses sekurang-kurangnya tiga laman web selepas sejam kenyataan Nato dikeluarkan.

Nato juga tidak menyebut siapa yang bertanggungjawab dalam serangan itu.

Namun, sebuah laman web Ukraine yang dimiliki kumpulan digelar Cyber Berkut mengaku bertanggungjawab.

"Kami Cyber Berkut mengumumkan hari ini pada jam 6 petang, kami memulakan serangan siber kepada sumber Nato.

"Kami tidak membenarkan kewujudan pekerjaan Nato di kawasan tanah air kami kerana ia bertentangan dengan campur tangan Ukraine," dakwa laman web itu dalam satu kenyataan.

Serangan itu dibuat sehari sebelum pengundian kontroversi pada pemisahan Crimea dari Ukraine.

Cyber Berkut merujuk kepada polis merusuh yang dikenali sebagai Berkut yang digunakan oleh bekas Presiden Ukraine Viktor Yanukovych.

Memancing toman, dapat buaya


MUAR 16 Mac - Disangka mata kail tersangkut ikan toman, tetapi rupa-rupanya seekor buaya!
Itulah pengalaman yang dilalui seorang pemancing, Kalit Morsid, 55, semasa memancing bersama empat rakannya di sebatang sungai di Kampung Parit Bugis, pukul 8.30 pagi ini.
Pemotong kelapa sawit berkenaan sebelum itu meninggalkan pancingnya pukul 5 petang semalam, sebelum datang pagi ini untuk melihatkan hasilnya di sungai tersebut.
Mulanya, Kalit menyangkakan mata kailnya disambar ikan toman kerana kawasan tersebut menjadi tumpuan spesies berkenaan, tetapi berasa tidak sedap hati apabila pancing yang diangkatnya terlalu berat.
"Saya rasa pancing disentap dan ingatkan ikan toman seberat lima atau enam kilogram, tetapi apabila cuba menarik 'ikan' tersebut, alangkah terkejutnya apabila timbul muncung buaya dan bahagian mulutnya terkena kail," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140316/dn_40/Memancing-toman-dapat-buaya#ixzz2w7oHmCLW
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dua pekerja INSTEP maut kemalangan di Kuala Terengganu


2014/03/16 - 18:59:20
KUALA TERENGGANU: Dua pekerja kontrak Institut Teknologi Petronas (INSTEP) Batu Rakit maut setelah kenderaan yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kampung Batu Rakit di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap polis berkata, kejadian kira-kira jam 5.40 pagi itu dipercayai berlaku selepas kereta PERODUA Viva yang dinaiki mereka hilang kawalan dan bertembung dengan sebuah lori minyak yang datang dari arah bertentangan.


Akibat kemalangan itu, mangsa yang dikenali Ambrose Josing, 27, dan rakannya Olwyn Adi, 23, maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketika kejadian, mangsa bersama empat lagi rakan mereka yang berasal dari Sarawak dalam perjalanan menuju ke tempat kerja mereka sebelum kereta yang dipandu Ambrose terbabas akibat jalan licin kerana hujan lebat.

Berikutan itu, kenderaan mereka memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori minyak yang datang dari arah Kota Bharu menghala Kuala Terengganu.

Bagaimanapun pemandu lori yang berasl dari Pasir Putih, Kelantan itu tidak mengalami kecederaan.

Manakala empat lagi rakannya yang berumur antara 26 hingga 33 tahun yang berada di tempat duduk belakang dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut selepas mengalami pelbagai kecederaan.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Samsuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mayat kedua sahabat itu dihantar ke HSNZ untuk dibedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu menyebabkan kematian.

- BERNAMA

14 penonton konsert dirawat


Kuala Lumpur: Jumlah mangsa dirawat akibat pengambilan dadah sintetik ketika menghadiri konsert di Stadium Bukit Jalil meningkat menjadi 14 orang.

Mangsa yang dirawat membabitkan sembilan warga Singapura manakala masing-masing seorang warga tempatan, Myanmar, Iran, Taiwan dan seorang masih belum dikenal pasti identiti.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/16

Polis serbu rumah anjur nyanyian tanpa permit


2014/03/16
Bachok: Keseronokan majlis hiburan yang dihadiri kira-kira 1,000 penduduk kampung di sebuah rumah di Kampung Kemasin di sini, berakhir apabila diserbu pihak berkuasa menerusi Ops Noda, malam kelmarin.

Serbuan kira-kira jam 11.30 malam di sebuah rumah tidak bernombor itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota bahagian kongsi gelap, maksiat dan perjudian (D7) Kota Bharu yang turut disertai pegawai Majlis Agama Islam Bachok.


Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad, ketika mengesahkan perkara itu berkata, serbuan dilakukan kerana menganjurkan acara nyanyian tanpa permit.

Katanya, polis menahan tujuh lelaki berusia antara 20 hingga 40 tahun termasuk seorang daripada yang berasal dari Terengganu.

“Kita turut dirampas pelbagai peralatan termasuk empat unit pembesar suara, khemah dan kain rentang bertulis ‘Konsert Dikir Gegar’.

Diarah henti majlis

“Ketika serbuan, kira-kira 1,000 penduduk dari kampung berkenaan dan kawasan sekitar berseronok menyaksikan nyanyian sebelum kita mengarahkan lelaki terbabit menghentikan majlis.
“Seorang lelaki yang mendakwa penganjur majlis, mengakui tidak memohon permit untuk majlis berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Abdul Hamid berkata, ujian air kencing yang dilakukan terhadap tujuh lelaki terbabit negatif dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1), Enakmen Hiburan Negeri Kelantan.

Remaja Pakistan maut bakar diri


2014/03/16 - 03:33:54
LAHORE: Seorang remaja Pakistan mati akibat kecederaan yang dialaminya selepas membakar diri di luar sebuah balai polis berikutan tindakan pihak berkuasa membebaskan lelaki yang didakwa merogolnya.

Aamna Bibi, 18 membakar diri di luar balai polis di daerah Muzaffargarh di Punjab selepas perogolnya berjaya merasuah pihak polis untuk membebaskan diri, lapor media tempatan.


Mangsa dibawa ke hospital dengan mengalami 80 peratus kesan kebakaran pada tubuhnya tetapi meninggal dunia pada hari berikutnya berikutan kecederaan parah yang dialaminya.

Aamna disahkan mati kelmarin selepas kejadian yang berlaku di kampung Beit Mir Hazar Khan, kata ketua polis daerah Muzaffargarh, Usman Akran Gondal.

Gondal berkata abang mangsa memfailkan laporan kepada pihak polis pada Januari mengatakan adiknya itu diculik dan penyerang cuba merogolnya.

Katanya pihak berkuasa menyiasat dakwaan itu tetapi tidak menemui bukti untuk menyokong dakwaan menyebabkan suspek dibebaskan.

Bagaimanapun media tempatan melaporkan bahawa seorang daripada penyerang dibebaskan selepas merasuah pihak polis dengan sejumlah wang yang besar.
Suspek kemudian diisytiharkan tidak bersalah oleh pegawai penyiasat, Zulfiqar Ahmed selepas membayar sejumlah 70,000 rupee (RM2,300), lapor International Business Times.

Suruhanjaya Hak Asasi Pakistan berkata wanita terbabit ke balai polis untuk membantah kejadian itu tetapi akhirnya memutuskan untuk membunuh diri kerana ketidakadilan itu. – AGENSI

1,800 tentera dikerah padam kebakaran


2014/03/16 - 03:38:25

JAKARTA: Tentera Nasional Indonesia (TNI) mengerahkan 1,800 anggota dengan kelengkapan tambahan untuk digunakan dalam mengendalikan kebakaran hutan dan tanah terbuka di Wilayah Riau.

Kerahan itu adalah tambahan daripada sejumlah 925 kakitangan yang dihantar sebelumnya.


Perkara itu dinyatakan Panglima TNI, Jeneral Moeldoko ketika menyaksikan persediaan anggota TNI di Taxi Way, Halim Perdanakusuma Jakarta semalam.

Daripada sejumlah 1,800 kakitangan itu 900 adalah angkatan Tentera Darat, 450 Angkatan Laut (Marinir) dan 450 anggota Angkatan Udara (Paskhas). Mereka akan bergabung dengan BNPB, Manggala Api dan penduduk tempatan.

Kekuatan tambahan TNI itu diketuai panglima TNI, Mejar Iskandar. Mereka akan bertugas selama 21 hari dengan catatan tambahan waktu biasa apabila diperlukan.

“Berikutan meluasnya kebakaran hutan ini, TNI melihat perlunya tambahan kekuatan untuk mempercepatkan proses memadam kebakaran hutan dan kawasan,” kata Moeldoko. Katanya, TNI prihatin terhadap kebakaran yang mengakibatkan sejumlah 53,000 orang dilaporkan sakit.

Moeldoko berkata, tugas utama operasi dalam mengendalikan kebakaran hutan dan asap itu terbahagi kepada tiga. Pertama memadamkan api dan asap, kedua melakukan tindakan hukuman kepada pelaku dan ketiga memberi nasihat kesihatan kepada penduduk tempatan. – AGENSI

Warga Pekanbaru lari




Warga Pekanbaru lari
Jerebu landa wilayah Riau pada tahap bahaya
PEKANBARU: Sebilangan penduduk mula meninggalkan bandar ini selepas jerebu teruk akibat pembakaran hutan di seluruh Riau menyebabkan indeks kualiti udara hingga ke tahap berbahaya.

Seorang pelajar tahun tiga di Universiti Riau, Yolanda Eviyonita dari Sumatera Barat berkata beliau tergesa-gesa mengambil keputusan meninggalkan Pekanbaru, ibu kota Riau walaupun terpaksa beratur dan menunggu enam jam hanya untuk mendapatkan tiket bas bagi membolehkannya pulang ke Bukit Tinggi.


“Saya menunggu sejak jam 8 pagi untuk mendapatkan tiket ke Bukit Tinggi. Setiap perjalanan sudah penuh ditempah,” katanya kepada Jakarta Globe.

“Saya akhirnya berjaya mendapatkan tiket pada jam 2 petang dan meninggalkan bandar ini setengah jam kemudian.”

Beliau adalah antara penduduk yang mempertimbangkan nasihat Datuk Bandar Pekanbaru, Firdaus, Khamis lalu meminta mereka yang bukan dari bandar terbabit pulang ke kampung halaman masing-masing sehingga kualiti udara semakin pulih.

Malah pihak berkuasa tempatan turut meminta penduduk menggunakan topeng muka ketika di luar, tetapi kebanyakan penduduk berkata tiada nasihat perubatan terhadap bahaya terdedah kepada udara yang teruk tercemar dalam tempoh lama.
“Tiada kempen kesedaran atau seumpamanya oleh pihak berkuasa tempatan mengenai jerebu boleh menjejaskan kesihatan sekiranya terus bernafas melaluinya,” kata seorang penduduk, Dolly Enniza.

“Pihak berkuasa hanya meminta kami mengenakan topeng jika mahu keluar.” – AGENSI

28 warga Turki ditahan

28 warga Turki ditahanKanak-kanak dan bayi warga Turki antara ditahan sekitar Bukit Kayu Hitam, semalam. - Foto Danial Noordin/BH]

Pendatang ditemui keletihan menyusup ikut pagar sempadan

Bukit Kayu Hitam: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 3 menahan 28 pendatang haram warga Turki di pos kawalan M2, Kedah/Perlis, di sini berhampiran pagar sempadan Malaysia-Thailand, pagi semalam.

Difahamkan, semua pendatang itu berjalan melalui hutan berhampiran dari negara jiran sebelum menyusuri ladang getah untuk masuk ke negara ini melalui pagar sempadan, di sini.

Ketika ditahan, kebanyakan pendatang dalam keletihan dan lapar, malah kanak-kanak pula ada yang cedera ringan selain pakaian koyak dipercayai akibat meredah hutan sebelum tiba di lokasi.

Penolong Pegawai Pemerintah PGA Batalion 3 Bidor, Deputi Superintendan S Sivanganam (gambar), berkata anggotanya diketuai Inspektor Jonathan Putra Laum yang meronda di kawasan itu, terlihat sekumpulan pendatang terbabit berjalan kaki selepas berjaya memasuki pagar sempadan jam 9 pagi.

Katanya, berdasarkan siasatan mereka dipercayai ada kaitan keluarga dan tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan masuk ke negara ini.

12 lelaki, 8 wanita
“Seramai 12 daripada mereka adalah lelaki dewasa dan lapan wanita berusia antara 16 hingga 47 tahun, serta lapan kanak-kanak dan bayi berusia antara tiga bulan hingga tujuh tahun,” katanya.

Sivanganam berkata, pihaknya sukar mendapatkan maklumat dari mana dan siapa yang membawa pendatang Turki itu masuk kerana mereka tidak tahu berbahasa Inggeris atau Melayu.

“Namun, kita tidak menolak berkemungkinan mereka datang dari Turki menaiki kapal laut bersama 62 pendatang yang ditahan anggota kami di sempadan Malaysia-Thailand di Chuping, Khamis lalu.

“Kumpulan ini mungkin bergerak berasingan mengikut tekong yang menguruskan kemasukan mereka berikutan penemuan tali biru pada tangan masing-masing. Ia menjadi tanda antara mereka dengan tekong berkenaan,” katanya.

Sivanganam berkata, mereka dihantar ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu selepas dibuat laporan tangkapan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan yang sah.

“Ini tangkapan kedua membabitkan pendatang Turki bagi kami dan kes pertama di sini. Namun, kita masih menyiasat kenapa kumpulan itu memilih untuk menyeludup masuk ke Malaysia sehingga sanggup merentasi beberapa negara,” katanya.

Polis siasat jurutera berkaitan pesawat MH370 - Hishammuddin


2014/03/16 - 17:02:20
KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat jurutera pesawat yang mempunyai kaitan tugas dengan kehilangan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 sebelum pesawat itu berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing, Sabtu lalu.

"Sebagai prosedur biasa, polis sedang menyiasat semua anak kapal dan penumpang MH370 serta jurutera," kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam kenyataan di sini hari ini.


Pesawat jenis Boeing 777-200ER dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 pagi Sabtu minggu lalu.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Sehingga ini, nasib penumpang dan anak kapal belum diketahui berikutan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilancarkan oleh beberapa negara masih belum menemui pesawat itu.

Mengenai operasi SAR, Hishammuddin berkata pegawai Malaysia sedang meminta bantuan daripada 15 negara di dua koridor iaitu Koridor Utara dari utara Thailand sehingga sempadan Kazakhstan dan Koridor selatan dari utara Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.

Beliau berkata, negera berkenaan ialah Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Turkmenistan, Pakistan, Bangladesh, India, China, Myanmar, Laos, Vietnam, Thailand, Indonesia, Australia dan Perancis.
"Pegawai Malaysia sedang berbincang dengan semua rakan kongsi cara terbaik untuk menggunakan aset di sepanjang dua koridor tersebut," katanya.

Hishammuddin berkata, perbincangan itu termasuk meminta negara berkenaan terus menyediakan bantuan carian pesawat itu seperti data satelit dan analisis, keupayaan carian di darat, data radar serta aset maritim dan udara.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata penerbangan MH370 menyimpang daripada laluan asalnya menuju ke Beijing dan kemudian terbang ke arah barat Semenanjung Malaysia sebelum membelok ke arah barat laut.

Komunikasi terakhir pesawat dengan satelit berlaku di satu daripada dua koridor - utara atau selatan.

Berhubung tindakan polis memeriksa rumah juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53 dan pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid, 27, di Shah Alam semalam, Hishammuddin berkata penyiasat sedang memeriksa simulator penerbangan milik Kapten Zaharie di rumahnya.

"Kami memohon orang awam supaya jangan membuat kesimpulan berhubung siasatan polis ini," katanya.

- BERNAMA 

Polis tahan 3 lelaki curi 20 bateri milik syarikat komunikasi


2014/03/16 - 16:46:13
ROMPIN: Polis menahan tiga lelaki yang dipercayai mencuri 20 biji bateri berkapasiti 12V/150 AH bernilai RM16,000 di sebuah kabin pencawang syarikat komunikasi di bandar ini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superitendan Johari Yahaya, berkata polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat sebelum berjaya memberkas suspek kira-kira jam 8.30 malam.


Katanya, hasil pemeriksaan polis menemui 16 biji bateri bersama tiga suspek tersebut dan pemeriksaan lanjut di dalam lori milik suspek berjaya menemui empat lagi bateri selain peralatan yang digunakan suspek untuk memecah masuk kabin pencawang berkenaan.

"Siasatan awal juga mendapati salah seorang daripada suspek terbabit turut memiliki rekod jenayah lampau bersabit penyalahgunaan dadah," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, polis percaya kesemua suspek yang berusia lingkungan 20-an itu terbabit dengan beberapa lagi kes kehilangan bateri di pencawang syarikat komunikasi lain di daerah ini.

Katanya,kKesemua suspek direman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

- BERNAMA

Pekerja tapak binaan nyaris maut kren tumbang


2014/03/16 - 16:50:00
BUTTERWORTH: Seorang pekerja di tapak pembinaan nyaris maut apabila sebuah kren yang di gunakan untuk kerja-kerja di situ tumbang secara tiba-tiba dalam satu kejadian di tapak projek rumah teres dua tingkat di Sungai Dua, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi, pekerja terbabit yang berusia lingkungan 30-an bernasib baik kerana hanya mengalami cedera ringan selepas terkena serpihan kayu yang melantun ke arahnya.


Difahamkan, ketika kejadian kren itu sedang mengangkat bahan binaan sebelum ia hilang kawalan dan senget di bahagian kiri membuatkan tayarnya terangkat dan besinya jatuh di atas rumah yang masih dalam pembinaan.

Seorang pekerja di tapak pembinaan itu yang enggan dikenali berkata ketika kejadian tidak ramai pekerja bertugas di kawasan berkenaan dan mangsa yang mengalami kecederaan ringan sempat melarikan diri selepas melihat besi kren berkenaan jatuh.

"Jika dia tidak sempat mengelak kemungkinan kren itu akan menghempapnya dan pekerja berkenaan pasti cedera parah bagaimanapun dia bertindak pantas dengan melarikan diri.

"Mangsa hanya terkena serpihan kayu yang melantun ke arahnya dan dia hanya mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Seberang Jaya," katanya.

Pekerja itu berkata, kren berkenaan kemungkinan mengangkat beban berat hingga menyebabkannya hilang kawalan sebelum tumbang dan menghempap rumah yang masih dalam pembinaan itu.
Untuk rekod, kejadian kren tumbang itu adalah kali ketiga berlaku pada tahun ini di Pulau Pinang dan satu daripadanya menyebabkan seorang wanita yang dalam perjalanan ke tempat kerja maut selepas dia melanggar besi kren yang melintang jalan.

Kejadian yang berlaku pada 24 Januari lalu di depan Masjid Negeri menyebabkan mangsa Che Fatimah Ishak, 50, maut akibat kecederaan parah di kepala.

Empat hari sebelum itu, tiga pelajar kolej swasta yang mengambil gambar pemandangan daripada atas sebuah kren di Jalan Lebuh King nyaris maut apabila jentera terbabit tumbang dan menghempap sebuah rumah teres dua tingkat.

- BERNAMA

Raja Bomoh bakal berdepan tindakan undang-undang

bomoh
SHAH ALAM - 'Raja Bomoh' yang melakukan ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini, kononnya bagi membantu usaha mengesan kehilangan pesawat MH370, bakal dikenakan tindakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, tindakan itu akan dikenakan ke atas Ibrahim Mat Zin, 80, jika siasatan Jais mendapati perbuatannya menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.

"JAIS menerima banyak aduan daripada orang ramai, termasuk melalui laman sesawang dan Facebook Jais, berhubung perbuatan dia.

"Merujuk kepada aduan itu, Jais sedang meneliti dan menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 7(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor," katanya kepada pemberita di sini.

Rabu lepas, Ibrahim dilapor melakukan ritual ala-ala 'tikar terbang' dengan disertai beberapa lelaki memegang dua biji kelapa yang tidak diketahui fungsinya.

Dua hari sebelum itu, Ibrahim turut muncul di KLIA melakukan ritual menggunakan bubu mata pancing.

Mengulas lanjut, Ahmad Zaharin berkata, pihaknya juga masih melakukan pemantauan di KLIA bagi mengekang kegiatan itu daripada berulang. - Bernama

Remaja Myanmar maut dirempuh kereta

WARTAWAN SINAR HARIAN
Mohamad Akram Syakir
Mohamad Akram Syakir 
16 Mac 2014
JELI - Hasrat seorang remaja warga Myanmar untuk berjumpa saudaranya yang akan berangkat ke Bangkok, Thailand tidak kesampaian apabila dia maut dirempuh kereta di Kilometer 91.3, Jalan Ayer Lanas-Jeli, dekat sini, kelmarin.

Pada nahas kira-kira jam 5.15 petang berhampiran Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli, mangsa, Mohamad Akram Syakir, 17, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Sepupu mangsa, Mohamad Alam Hamzah, 41, berkata, dia sepatutnya berjumpa dengan Mohamad Akram sebelum bertolak ke Bangkok, Thailand atas urusan kerja.

“Dia (mangsa) ajak berjumpa sebelum saya pergi ke Thailand tetapi disebabkan sibuk dengan kerja, kami tidak sempat bertemu hinggalah saya dapat berita kematiannya.

“Kali terakhir saya berjumpa dengannya sebulan lalu ketika dia baharu bekerja di tapak pembinaan dalam UMK Kampus Jeli,” katanya ketika ditemui di Hospital Jeli, kelmarin.

Mohamad Alam memaklumkan, kejadian berlaku ketika Mohamad Akram dalam perjalanan pulang ke rumah kongsinya selepas membeli barang keperluan di bandar Jeli.

“Dia pergi bersama seorang rakannya dan selepas turun dari bas ketika pulang, dia terus melintas jalan dan dirempuh sebuah kereta dari arah Jeli ke Tanah Merah,” katanya.

Sementara itu, mayat mangsa yang merupakan pemegang kad Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNCHR) itu kini ditempatkan di Hospital Jeli sementara menunggu bedah siasat.

“Apabila bedah siasat selesai dijangka Isnin ini (esok), mayat sepupu saya akan dikebumikan sama ada di Kampung Banggol, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) atau di Kuala Krai,” kata Mohamad Alam.

Anggota polis ditangkap mengamuk


WARTAWAN SINAR HARIAN
16 Mac 2014


KOTA BHARU - Seorang anggota polis yang telah melarikan diri daripada tugas sejak awal minggu lalu mengamuk di hadapan rumahnya, di sini.

Lelaki itu yang berusia 25 tahun dan masih bujang itu ditangkap selepas kakaknya membuat aduan polis mengenai suspek yang mengamuk di rumah mereka di Jalan Sabak.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superitendan Idris Abd Rafar mengesahkan menerima laporan kejadian.

Beliau berkata, ekoran daripada aduan yang dibuat oleh kakaknya, polis telah menahan suspek.

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek telah menemui lapan biji pil kemerahan disyaki dadah merbahaya,” katanya.

Suspek yang kini bertugas di Balai Polis Hulu Kelang, Selangor dikatakan telah melarikan diri daripada menjalankan tugas sejak 5 Mac lalu.

Kes disiasat di bawah seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan ini adalah kali kedua suspek melarikan diri daripada tugas.

Lelaki ditemui tergantung di bahagian dapur


WARTAWAN SINAR HARIAN
15 Mac 2014


Lelaki ditemui tergantung di bahagian dapur

KOTA BHARU - Seorang lelaki ditemui mati tergantung di bahagian dapur di sebuah kediaman di Kampung Paya Rambai, Jalan Bayam di sini petang kelmarin.

 Kejadian disedari oleh orang awam kira-kira jam 3.40 petang yang ternampak mangsa, berada dalam keadaan terbabit sambil badannya menghadap ke bahagian dapur rumah.

Seorang jiran, yang hanya mahu dikenali sebagai Pok Su Sin, 73, berkata, kali terakhir dia melihat kenalannya itu, sehari sebelum kejadian, sedang meninjau keadaan pagar rumahnya yang diubah suai.

“Dia yang baru sahaja pencen dan merupakan seorang yang peramah tidak pernah menimbulkan sebarang masalah, malah sering bertanya khabar dengan jiran-jiran.

 “Terkejut menerima berita berkenaan memandangkan, dia merupakan seorang yang baik dan sering juga ke masjid,” katanya kepada media ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superitendan Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

 Idris berkata, mangsa dipercayai menggunakan tali skipping dan mengikatnya pada jeriji pintu dapur.

“Kali terakhir isteri mangsa melihatnya pada jam 8 pagi ketika dia bersiap untuk ke tempat kerja.

 “Isterinya mendapati mangsa dalam keadaan tidak sihat dan tinggal seorang diri di rumah. Mangsa mempunyai penyakit darah tinggi dan mengalami tekanan akibat penyakit tersebut dan telah beberapa kali dimasukkan ke hospital," katanya.

Idris berkata, isteri mangsa yang bekerja sebagai pensyarah di salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Mereka berkahwin sejak dua tahun lalu dan tidak mempunyai anak.

Mayat mangsa dihantar ke unit forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya.

Melalui hasil siasatan pihaknya, kematian mangsa diklafikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah.

Kekasih lepas rindu di bilik hotel


MOHD TAHA YAACOB
16 Mac 2014

Kamaruddin Mohd Zakaria
Kamaruddin Mohd Zakaria Kamaruddin Mohd Zakaria



BESUT - Dua pasangan kekasih ditahan dalam Operasi Bersepadu membabitkan beberapa agensi penguat kuasa yang diadakan di sekitar daerah ini bermula malam kelmarin dan berakhir pagi semalam.

Kedua-dua pasangan terbabit ditahan bersama pasangan masing-masing di lokasi berbeza kerana didapati berdua-duaan dalam bilik tanpa sebarang ikatan yang sah.

Pasangan pertama yang berusia 21 tahun dan kedua-duanya beralamat di Pahang ditahan di sebuah hotel, di bandar Jertih.

Difahamkan wanita terbabit datang dari Kuala Lumpur untuk bertemu kekasihnya yang sedang bekerja di sebuah tapak pembinaan, dekat sini.

Mereka yang menyewa sebuah bilik hotel, dekat sini, diberkas hasil pemeriksaan sepasukan pegawai dan anggota polis yang turut disertai anggota Penguatkuasa Syariah Pejabat Agama Daerah dan Penguatkuasa Daerah Besut.

Kedua-dua mereka ditahan kira-kira jam 11.30 malam selepas gagal menunjukkan bukti mempunyai hubungan suami isteri atau mahram.

Manakala pasangan kedua pula ditahan ketika berdua-duaan di sebuah chalet di Pantai Air Tawar, kira-kira jam 11.45 malam oleh pasukan lain.

Lelaki berusia 21 dan teman wanitanya berusia 20 tahun yang beralamat di Kampung Gaung, Jertih dan Apal, Jabi itu menyewa bilik tersebut semata-mata untuk bertemu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan kedua-dua pasangan terbabit diserahkan kepada Pejabat Agama Daerah untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, kedua-dua kes itu disiasat di bawah Seksyen 31(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (takzir) Negeri Terengganu 2001.

“Dalam operasi sama polis turut menahan empat suspek kerana disyaki mengambil dadah dan mereka disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Paling buruk dalam tempoh 10 tahun

WARTAWAN SINAR HARIAN
Paling buruk dalam tempoh 10 tahun
Sebanyak lima kebakaran besar melibatkan hutan di negeri ini sejak tiga minggu lalu. 
15 Mac 2014
SABAK BERNAM – Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor mengesahkan kebakaran hutan pada tahun ini disifatkan paling buruk dalam tempoh 10 tahun apabila sebanyak 249.69 hektar hutan di seluruh negeri ini terbakar sejak 16 Februari lalu.

Timbalan Pengarahnya, Mohd Puzi Mohd Tobat berkata, keseluruhan sebanyak lima kebakaran besar melibatkan hutan di negeri ini sejak tiga minggu lalu.

Katanya, kebakaran hutan paling teruk dilaporkan 24 Februari lalu apabila dua kawasan berasingan terbakar serentak sekali gus mencatatkan keluasan kebakaran tertinggi sehingga kelmarin.

"Sebanyak 157.018 hektar kawasan hutan gambut di Sungai Tengi, Kuala Kubu Baru terbakar dalam kejadian itu, manakala 48.26 hektar lagi berlaku di Kilometer 24 Lebuh Raya Elite.

“Keseluruhannya, lima kawasan di negeri ini terlibat dalam kebakaran hutan dan pada saya ini adalah kebakaran paling buruk pernah direkodkan berbanding hanya dua atau tiga sahaja kawasan kebakaran sebelum ini,” katanya.

Mohd Puzi memberitahu, kejadian kebakaran di negeri ini mula dikesan pada 16 Februari lalu apabila sebanyak 19.42 hektar hutan gambut di Taman Industri Alam Jaya, Bestari Jaya terlibat dalam kebakaran berkenaan.

“Kemudiannya kebakaran berlaku di hutan gambut Parit 16 Sungai Besar pada 19 Februari lalu yang melibatkan sebanyak 17.40 hektar dan terbaru pada 4 Mac lalu melibatkan kawasan seluas 7.28 hektar di Bukit Changgang Banting, pula terbakar,” katanya.

Kebakaran hutan penyumbang jerebu

Beliau berkata, kebakaran yang berlaku secara berleluasa itu juga dianggap sebagai penyumbang utama kepada peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan masalah jerebu di negeri ini.

Dalam pada itu, Timbalan Penolong Pengarah (Operasi) Selangor, Mohd Sani Harul berkata, punca kebakaran adalah dari petani sendiri yang memulakan pembakaran untuk melakukan operasi pembersihan ladang.

"Walaupun kita mempunyai paras air tinggi, tetapi jika mereka mulakan, kebakaran tetap akan berlaku.

"Kebakaran  juga mudah merebak di kawasan tanah gambut kerana walaupun kita sudah padamkan api, tetapi bila sudah dua tiga hari, kebakaran boleh merebak semula," katanya.

Mohd Sani berkata, pihak bomba juga telah membuka Pos Kawalan Bomba (PKB) bagi mengawal kebakaran besar di lima kawasan terlibat itu.

Tak sempat makan angin di Port Dickson


WARTAWAN SINAR HARIAN
15 Mac 2014
Tak sempat makan angin di Port Dickson
Tak sempat makan angin di Port Dickson Keadaan Perodua Viva yang dinaiki mangsa remuk dalam kemalangan tersebut.



BANTING - Hasrat dua beradik keluar makan angin ke Port Dickson dengan menaiki kereta tidak kesampaian apabila mereka menemui ajal dalam satu kemalangan di Kilometer 23.5, Jalan Banting-Port Dickson, kira-kira jam 4.10 pagi kelmarin.

Dalam kejadian itu, C Gobikrisna, 27, dan C Sathiasellen, 26, yang menaiki kereta Perodua Viva dari arah Klang maut apabila Sathiasellen gagal mengawal kenderaan lalu merempuh sebuah lori yang sedang mengundur.

Menurut sumber, Sathiasellen tidak menyedari lori yang sedang mengundur di bahu jalan itu kerana keadaan persekitaran terlalu gelap.

“Mangsa juga dipercayai terkejut menyebabkan kenderaan yang dipandunya tidak dapat dikawal lalu merempuh bahagian belakang lori jenis Volvo itu yang sedang mengundur.

“Pemandu dan penumpang kereta terbabit yang merupakan adik-beradik maut di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala,” katanya kepada Sinar Harian.

Pemandu lori berkenaan bagaimanapun selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut sumber lagi, kenderaan mangsa rosak teruk di bahagian hadapan sehingga menyebabkan pihak bomba terpaksa mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mereka.

“Kedua-dua mangsa sudah dihantar ke Hospital Banting untuk dibedah siasat,” kata sumber itu lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azman Abdul Razak mengesahkan kejadian terbabit.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

17 rumah musnah sekelip mata

ASYRAF MUHAMMAD
17 rumah musnah sekelip mata
Keadaan rumah penduduk yang hangus dalam kebakaran di Jalan Bukit Badak, Kampung Melayu Subang, semalam. 
16 Mac 2014
SUBANG - “Saya hanya sempat bawa keluar dokumen penting saja.” Itu rintihan salah seorang mangsa, Selvarani Subramaniam, 34, selepas rumahnya hangus dalam kebakaran yang berlaku di Jalan Bukit Badak, Kampung Melayu Subang, semalam.

Kejadian sekitar jam 12 tengah hari itu melibatkan sebanyak 17 buah rumah.

Selvarani berkata, dia menyedari kejadian itu apabila terdengar salah seorang jirannya menjerit supaya keluar dari rumah dan ketika itu keadaan api semakin marak.

“Saya terus keluar bila terdengar jeritan dia. Saya nampak asap sangat tebal. Kerana risau kandungan saya ini, saya hanya sempat ambil dokumen-dokumen penting saja,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut Selvarani, buat sementara waktu, dia bersama semua mangsa ditempatkan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Subang bagi memberi ruang kepada kerja-kerja siasatan oleh pihak  bomba.

Dia yang kini tinggal sehelai sepinggang memberitahu kerugian yang dialami mereka sekeluarga membabitkan sebanyak RM20,000.

“Banyak barang-barang yang musnah. TV LED, dua buah motosikal, barang kemas, barang persekolahan anak-anak dan macam-macam lagi,” katanya.

Sementara itu, seorang remaja, Jaramaya Vijayaveeran, 23, memberitahu ketika kejadian dia tiada di rumah kerana bertemu rakan.

Dia terkejut selepas dimaklumkan salah seorang rakan mengenai kejadian itu dan bergegas pulang untuk melihat keadaan rumahnya.

“Ketika sampai, saya tengok api besar. Bomba juga sedang usaha padamkan kebakaran,” katanya.


Bomba hadapi kesukaran

Penguatkuasa Kanan Bomba II (PgKB II), Ahmad Zaidi Safuan berkata, pihaknya mendapat panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu sekitar jam 12.24 tengah hari dan sepasukan anggota penyelamat dikerahkan ke lokasi kejadian bagi membantu mengawal api kebakaran.

Menurut Zaidi, pihaknya terpaksa berhadapan dengan kesukaran bagi memadamkan api disebabkan keadaan catuan air yang sedang berlaku di kawasan berkenaan.

“Bekalan air di sini tiada, jadi sedikit kesukaran terpaksa dihadapi anggota penyelamat dan pihak kami mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengawal api,” katanya.

 Disebabkan oleh ketiadaan bekalan air, pihaknya terpaksa memohon bantuan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Selayang bagi membekalkan ‘trailer tanker’ untuk memudahkan kerja-kerja pemadaman api.

Kata Zaidi, anggota forensik bomba sedang giat menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca utama berlakunya kebakaran ini.

Pihaknya juga masih menjalankan siasatan terperinci berhubung jumlah kerugian yang ditanggung setiap mangsa.

“Siasatan terperinci sedang giat dijalankan dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku,” katanya.

Menurut Zaidi, struktur rumah di kawasan itu yang diperbuat daripada kayu menyebabkan api mudah merebak dan melibatkan rumah-rumah berhampiran.

Pihaknya menggunakan kekuatan anggota seramai 24 orang melibatkan jentera dari Balai Bomba Kota Anggerik dan Balai Bomba Sungai Buloh.

“Buat masa sekarang, semua mangsa akan ditempatkan di Dewan MBSA Subang bagi membolehkan siasatan terperinci dapat dijalankan selepas ini,” katanya.

Difahamkan, anggota penyelamat daripada skuad Pantas MBSA turut turun padang bagi membantu dalam menjalankan kerja-kerja menyelamat.

2 pemain bola sepak SMK Tanah Merah maut


NURULATIQ AHMAD BANDI
16 Mac 2014

Kereta rempuh motosikal
Kereta rempuh motosikal Polis melakukan siasatan di lokasi kemalangan.
Dnish Kumar
Dnish Kumar

G Kevinnesan
G Kevinnesan

LUKUT – Dua pemain bola sepak Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanah Merah maut dalam kemalangan di Kilometer 16, Jalan Lukut-Sepang, malam kelmarin.
Ketika kejadian, kedua-dua mereka berusia 17 tahun sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai bermain bola sepak.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.25 malam membabitkan sebuah motosikal jenis Honda EX5 dan sebuah kereta jenis Proton Wira.

“Mangsa yang maut di tempat kejadian ialah penunggang motosikal, G Kevinnesan dan pemboncengnya, G Dnish Kumar manakala  pemandu kereta seorang lelaki berusia 37 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian muka, tangan dan badan.

“Mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Port Dickson (HPD) untuk rawatan lanjut manakala mangsa yang maut di bawa ke Bilik Mayat HPD untuk dibedah siasat,” katanya.

Abd Wahab berkata, siasatan awal polis mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dari arah Lukut telah masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh motosikal yang datang dari arah Sepang.

“Akibat rempuhan itu, kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, rakan mangsa, A Bala Ganesh, 19, berkata, kedua-dua mangsa adalah rakan karib dan mereka mewakili daerah Port Dickson  dalam bola sepak.

“Kami baru sahaja bermain bola sepak di padang Tanah Merah Site C bersama beberapa lagi rakan yang lain. Setiap hari kami akan berlatih di situ dan kedua-dua mendiang akan pulang bersama kerana tinggal di  taman yang sama.

“Selepas sesi latihan kami sempat bersembang, namun dalam perjalanan balik ke rumah di taman yang sama, saya terkejut mendapati mereka berdua terlibat dalam kemalangan.

"Kejadian itu berlaku tidak sampai lima minit selepas kami bersembang di padang," katanya.

Tambahnya, dia yang tergamam terus menghubungi keluarga kedua-dua mangsa untuk memaklumkan kejadian itu.

Tidak sempat solat Jumaat

KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN
Tidak sempat solat Jumaat
Orang ramai membantu mengangkat mayat mangsa yang maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. 
16 Mac 2014
BAGAN SERAI - Hasrat murni seorang penuntut kolej swasta ingin menunaikan solat Jumaat tidak kesampaian apabila dia maut dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 94 Jalan Ipoh-Butterworth arah utara, berhampiran Masjid Kampung Dew, di sini, kelmarin.

Lebih menyayat hati, pemergian mangsa, Jamaluddin Abu Bakar, 18, yang berasal dari Simpang, Taiping diratapi bapanya yang memeluk jenazah anaknya selama hampir lima minit, sebelum ditenangkan polis dan ahli keluarga.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa difahamkan maut di tempat kejadian setelah motosikal ditunggangnya merempuh sebuah jentolak yang keluar dari persimpangan sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Dew, di sini secara mengejut.

Rakan karib mangsa, Yusof Hamzah, 20, berkata, sebelum kejadian, dia menemani mangsa membuka akaun simpanan di sebuah bank tempatan untuk kegunaan kolej remaja itu di Bagan Serai.

Menurutnya, selepas mangsa menyelesaikan urusan bank, dia mengajak mangsa singgah di rumahnya di sini untuk membersihkan diri sebelum bersama-sama pergi menunaikan solat Jumaat.

“Dalam perjalanan ke rumah saya, sebuah jentolak keluar secara melulu daripada satu persimpangan di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran, menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak dan merempuh jentera berat berkenaan.

“Saya juga hampir terbabit dalam kemalangan itu tetapi saya sempat mengelak motosikal daripada terus merempuh jentolak berkenaan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Yusof berkata, sebaik sahaja berjaya mengelakkan jentolak terbabit, dia terus memberhentikan motosikalnya dan meluru ke arah mangsa untuk melihat keadaan remaja itu.

Katanya, bagaimanapun, keadaan mangsa amat menyedihkan apabila topi keledar dipakai pecah, manakala kepala Jamaluddin remuk akibat terhentak pada batang hidraulik jentolak terbabit.

Menurutnya, dia kemudiannya segera meminta pertolongan daripada seorang rakannya untuk memaklumkan kejadian tersebut kepada bapa mangsa yang berada di rumah di Taiping.

Menurutnya, suasana pilu menyelubungi lokasi kejadian apabila bapa mangsa yang tiba di lokasi kejadian terus menangis dan memeluk erat jenazah anaknya sebelum ditenangkan orang ramai dan polis.

Sementara itu, bapa mangsa, Abu Bakar Saad, 45, berkata, dia masih tidak dapat menerima hakikat kehilangan anak kedua dari empat beradik yang baru melanjutkan pelajaran di sebuah kolej swasta di Kampung Boyan, Taiping.

Menurutnya, mangsa ada memaklumkan hasratnya untuk membuka akaun simpanan di sebuah bank tempatan untuk kegunaan kolejnya dan meminta kebenaran darinya untuk menyelesaikan urusan itu.

“Arawah baru sahaja melanjutkan pelajaran di sebuah kolej pada awal tahun ini dan dia merupakan seorang anak yang sangat baik serta taat perintah orang tua.

“Biarpun letih belajar, dia tidak pernah merungut setiap kali diminta membantu ibunya berniaga sebaik tamat waktu belajar,” katanya.

Abu Bakar berkata, anaknya itu merupakan seorang yang periang, namun sikapnya mula berubah menjadi pendiam dan sering tersenyum sejak dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati jentolak dirempuh mangsa dipercayai keluar dari sebuah persimpangan secara meluru sehingga menyebabkan motosikal dinaiki mangsa tidak sempat mengelak.

“Pemandu jentolak itu pada mulanya disangka melarikan diri, namun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian cawangan Trafik di Bagan Serai.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Lelaki maut rempuh lori

WARTAWAN SINAR HARIAN
Lelaki maut rempuh lori
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian badan dan kepala. 
16 Mac 2014
PADANG SERAI - Hasrat seorang lelaki berusia 50-an pulang ke rumahnya di taman perumahan di sini tidak kesampaian apabila mangsa terlibat dalam kemalangan di kawasan perindustrian berhampiran kira-kira jam 4.35 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, mangsa yang tidak bekerja dikatakan datang dari arah Padang Serai menuju ke Sungai Karangan.

"Tiba di tempat kejadian, motosikal jenis Honda EX5 ditunggang mangsa terbabas lalu memasuki jalan bertentangan sebelum merempuh lori yang datang dari arah hadapan.
"Akibat rempuhan kuat, mangsa melambung ke bahagian belakang motosikalnya," katanya

Katanya, mangsa yang mengalami patah kaki serta kecederaan parah di bahagian badan dan kepala kemudiannya dihantar ke bilik mayat Hospital Kulim untuk bedah siasat.

"Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana mengakibatkan kemalangan maut," katanya.

Pelajar trauma diliwat 4 pelajar senior

SYAIRAH ABDUL LAJIS
Azmi Abdul Rahim
Azmi Abdul Rahim
16 Mac 2014
 KUALA PILAH – Seorang pelajar berusia 15 tahun trauma selepas diliwat empat pelajar tingkatan lima yang menuntut di sekolah yang sama dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, penjaga mangsa berusia 34 tahun yang bertugas sebagai pengawal keselamatan hanya mengetahui kejadian itu setelah dimaklumkan pihak sekolah.

Menurutnya, dia yang terkejut apabila mengetahui anak tirinya diliwat bertindak membuat laporan polis pada 13 Mac jam 3.15 petang.

“Kejadian liwat itu berlaku sebanyak tiga kali sejak pertengahan Februari dan kali terakhir pada 10 Mac lalu.

“Susulan laporan polis yang dibuat penjaga berkenaan, pada 14 Mac, sepasukan polis yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Pilah, Asisten Superintendan Normanshah Din menahan empat suspek pada hari yang sama di sekolah tersebut.

“Semua suspek tinggal di asrama begitu juga dengan mangsa,” katanya.

Tambahnya, keempat-empat suspek ditahan reman selama empat hari mulai 15 Mac dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan seks di luar tabii yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun jika sabit kesalahan.

Azmi menambah, kes liwat merupakan masalah serius yang perlu ditangani dengan segera.

“Pihak sekolah sepatutnya tidak perlu berselindung berhubung perkara ini sebaliknya terus bertindak melaporkan kepada pihak polis serta ibu bapa mangsa.

“Walaupun kes ini boleh mencemarkan imej sekolah namun ia perlu dipandang serius dan diharapkan pihak sekolah dapat memberi kerjasama yang baik kerana melibatkan pelajar mereka," katanya.

Selain itu, peranan ibu bapa juga penting untuk mengetahui aktiviti dan kegiatan anak-anak mereka sama ada di sekolah mahupun di luar rumah.

Treler terbakar dalam terowong

Treler terbakar dalam terowong
Kebakaran sebuah treler dalam terowong Karak jam 5 pagi semalam menyebabkan gangguan trafik sejauh 500 meter dari tempat kejadian menghala ke Kuala Lumpur. 
NORAFIZA JAAFAR
16 Mac 2014
GOMBAK - Kebakaran sebuah treler dalam terowong Karak jam 5 pagi semalam, menyebabkan gangguan trafik di kedua-dua arah sejauh 500 meter dari tempat kejadian.
Kejadian di kilometer 39 itu melibatkan 100 peratus bahagian depan treler hangus.

Tindakan pantas anggota bomba yang tiba di tempat kejadian berjaya mengawal api dari marak ke keseluruhan treler itu.

Menurut Ketua Balai Bomba Selayang, Azrul Khairi Abu Bakar, sebanyak tiga jentera bomba ke lokasi iaitu satu dari balai Selayang dan bakinya dari balai Bentong melibatkan 17 anggota.

“Pemandu treler berkenaan dipercayai dari Pahang mahu menuju ke Kuala Lumpur secara tiba-tiba bahagian depan kenderaan mengalami masalah dan terbakar.

“Tiada sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan dan lokasinya yang hampir laluan keluar dari terowong memudahkan kerja pemadaman dilakukan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, siasatan lanjut punca kebakaran masih dalam siasatan namun tidak menolak ada kaitan dengan masalah enjin atau pendawaian.

Angkara budak jahat

Oleh MOHD RAZLAN SALLEH DAN NORASIKIN DAINEH
Kota Kinabalu: Polis menafikan semua 31 kejadian tembakan senapang angin menggunakan peluru guli di pintu dan dinding kaca premis sekitar bandar raya dan Penampang ada kaitan dengan perbicaraan 30 pengganas Sulu yang menceroboh di Lahad Datu, yang sedang berlangsung di Kompleks Pusat Penjara Kota Kinabalu.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu dilakukan sekumpulan 'budak nakal' yang tidak bertanggungjawab dan tiada kaitan dengan kegiatan pengganas.

“Polis yakin insiden ini dilakukan kumpulan tidak bertanggungjawab, ia bermotifkan untuk menimbulkan kerisauan orang ramai dan berdasarkan perbincangan awal, polis melihatnya sebagai perbuatan golongan muda nakal.
“Bagaimanapun, ia masih dalam siasatan termasuk usaha mengenal pasti kumpulan terbabit yang menaiki tiga kenderaan ketika melakukan perbuatan ini,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, dekat sini, semalam.

Jauteh berkata, kejadian dipercayai berlaku antara jam 11.45 malam hingga 12.45 tengah malam di sekitar bandar raya termasuk Inanam dan Luyang yang mengakibatkan kerosakan membabitkan 25 premis.

“Hasil pemeriksaan, polis turut menemui beberapa biji guli di lokasi kejadian, dipercayai digunakan kumpulan terbabit untuk memecahkan cermin premis.
Foto
KESAN tembakan pada cermin kaca sebuah pusat beli-belah akibat bidikan senjata angin yang berlaku sekitar Kota Kinabalu.
“Antara premis yang terjejas termasuklah lima bank, tiga hotel dan selebihnya membabitkan pejabat, restoran dan salun.

“Pecahan lokasi termasuk 13 kejadian dilaporkan di pusat bandar, sembilan di Luyang dan tiga lain di Inanam,” katanya yang mengesahkan 19 laporan polis sudah diterima.
Sehubungan itu, Jauteh berkata, pihaknya yakin kumpulan itu yang menaiki dua kenderaan pacuan empat roda dan kereta memiliki tiga senapang angin untuk melakukan perbuatan terbabit.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mendatangkan khianat.

“Polis kini sedang mengumpul maklumat termasuk daripada kamera rakaman litar tertutup (CCTV) premis terbabit,” katanya.

Sehubungan itu, Jauteh meminta orang ramai supaya tidak cemas dan usah mudah percaya khabar angin yang disiarkan di laman sosial.

“Orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat boleh menghubungi talian 088-221191 dan jangan mudah percaya dengan sebarang maklumat disebarkan di laman sosial,” katanya.

Sementara itu di Penampang, Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Ratan Kumar Singh, ketika dihubungi turut mengesahkan enam premis turut menerima nasib sama.

“Kawasan terbabit termasuk empat premis di Donggongon dan selebihnya di Bundusan dan Beverly Hills membabitkan dua bank, bilik pameran kereta, pusat beli belah dan restoran.

“Kejadian ini berlaku antara jam 4 hingga 6 pagi tadi (semalam),” katanya.

Ratan berkata, polis masih melakukan siasatan dan meminta orang ramai memberi kerjasama sekiranya mempunyai maklumat.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/12

Bunuh, bakar!


Batu Gajah: Seorang gadis ditemui mati dalam keadaan mengerikan apabila mangsa yang berusia awal 20-an dipercayai dipukul di kepala sebelum dibakar hingga tinggal tulang.
Mangsa dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dibuang dan dibakar di kawasan pembuangan sampah berhampiran jalan Kawasan Perindustrian Pengkalan 2, di sini.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, kejadian itu dimaklumkan kepada pihak polis oleh orang awam yang terserempak dengan mayat mangsa sekitar jam 2.15 petang semalam.

Menurutnya, sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Gajah kemudian bergegas ke lokasi kejadian sebelum menemui mayat seorang gadis yang terbakar seluruh tubuh hampir 95 peratus.
Foto
LOKASI mayat mangsa ditemui rentung berhampiran tempat pembuangan sampah di Kawasan Perindustrian Pengkalan 2, Batu Gajah, Perak.

“Siasatan mendapati kawasan pembuangan sampah berhampiran Kampung Sri Rahmat, di sini, agak terpencil dan lengang terutama pada waktu malam.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/12

Gempa 6.3 magnitud gegar utara Peru


2014/03/16
WASHINGTON: Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan utara Peru awal pagi tadi, demikian menurut Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat.

Gempa berlaku pada jam 7.51 di pesisir pantai Peru, kira-kira enam kilometer di barat Sechura dengan kedalaman sembilan kilometer.


Kawasan berkenaan terletak berhampiran dengan sempadan Peru dan Ecuador.

Bagaimanapun, tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan. - AFP

Op Lejang Mega berkas ahli sindiket Robin Hai


ABD. Manaf Abd. Razak menunjukkan gambar kereta yang berjaya ditemui dalam Op Lejang Mega semasa sidang akhbar di Bukit Aman, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Halim Khalid
KUALA LUMPUR 14 Mac - Polis menahan dua ahli sindiket curi kenderaan Robin Hai dalam serbuan di sebuah gudang di kawasan perindustrian Mega, Bandar Teknologi Kajang, di sini pada 18 Februari lalu.
Dalam serbuan Op Lejang Mega kira-kira pukul 4.30 petang itu, polis merampas 10 buah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux, Fortuner dan Honda CRV yang kesemuanya bernilai RM1.9 juta.
Dalang sindiket itu yang dikenali Robin Hai atau nama sebenarnya Nyo Ah Hai, 49, masih bebas.
Ketua Penolong Pengarah (Risikan Jenayah, Operasi dan Rekod) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Abd. Manaf Abd. Razak berkata, kedua-dua suspek berusia 21 hingga 26 tahun itu ditahan bersama dua wanita dipercayai kekasih mereka.
Beliau berkata, siasatan pihaknya mendapati, suspek berperanan sebagai joki kereta yang mengambil dan menghantar kenderaan seperti diarahkan sebelum melarikannya ke dalam kontena yang sedia menunggu.
Menurut beliau, sewaktu intipan pihaknya di gudang berkenaan, pihaknya ternampak dua kenderaan jenis Toyota Hilux dan sebuah Perodua Kancil dibawa keluar. Ketiga-tiga kenderaan itu diekori sehingga ke Plaza Tol Sungai Ramal sebelum dipintas.
"Kenderaan mereka berjaya dihalang sebelum kedua-dua Toyota Hilux itu secara tiba-tiba bertindak mengundur dengan laju dan merempuh sebuah kenderaan polis yang berada di belakang.
"Polis terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah tayar sebuah daripada Toyota Hilux itu sebelum menahan mereka ketika cuba melarikan diri," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Bukit Aman hari ini.
Tahun lalu, Robin Hai yang berasal dari Nibong Tebal, Pulau Pinang dikenal pasti polis sebagai dalang terbesar kes curi kenderaan di negara ini, sehingga mengakibatkan kerugian RM180 juta.
Robin Hai dikehendaki bagi kes ini sejak 10 tahun lalu namun kekerapannya menukar identiti menyukarkan polis mengesan kedudukannya.
Tambah Abd. Manaf, gudang tersebut dipercayai dijadikan tempat pengumpulan kenderaan yang dicuri sebelum diangkut masuk ke dalam kontena untuk dihantar ke Pelabuhan Klang dan polis merampas dua lagi Toyota Hilux curi di dalamnya.
"Hasil siasatan lanjut, polis kemudiannya dibawa oleh suspek ke Westport, Pelabuhan Klang dan ditunjukkan dua kontena mengandungi enam lagi kenderaan pacuan empat roda masing-masing dua Toyota Hilux, tiga Toyota Fortuner dan sebuah Honda CRV.
"Suspek direkrut sejak pertengahan tahun lepas dan mengaku sehingga kini sudah 22 buah kenderaan curi yang diseludup keluar dari Malaysia melalui jalan laut menuju ke Pelabuhan Jebel Ali, Dubai," jelasnya.
Kata Abd. Manaf, kedua-dua wanita yang merupakan kekasih suspek telah dibebaskan dan suspek masih ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam melakukan tugas dan Seksyen 414 Kanun Keseksaan dan melupuskan harta curi.
"Kita percaya masih ada saki baki sindiket ini dan polis sedang giat menjejaki mereka.
"Kita merekodkan sebanyak 40 hingga 45 kenderaan hilang setiap hari di negara ini dan sekurang-kurangnya tiga hingga lima kenderaan jenis 4WD dan kenderaan pelbagai guna (MPV) pula lesap setiap hari," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140315/je_03/Op-Lejang-Mega-berkas-ahli-sindiket-Robin-Hai#ixzz2w4YnOzeq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Teori rampasan beri kelegaan


Sebahagian ahli keluarga penumpang pesawat MH370 di China, menonton sidang akhbar secara langsung diberikan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di Hotel Lido, Beijing, semalam. - REUTERS
BEIJING 15 Mac - Berita tentang kemungkinan pesawat MH370 dirampas, menghidupkan semula harapan ahli keluarga penumpang bahawa kapal terbang itu mungkin mendarat di lokasi tertentu dan kesemua mangsa di dalamnya masih selamat.
Kemungkinan terbaharu itu yang diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak di Kuala Lumpur hari ini, turut dikuatkan lagi dengan laporan seorang wanita yang mendakwa menerima panggilan dari ayahnya, seorang daripada penumpang MH370.
Panggilan itu bagaimanapun tidak sempat dijawabnya.
Media China melaporkan, wanita yang enggan dikenali itu cuba menghubungi telefon bimbit ayahnya semula, namun gagal.
Dakwaan wanita tersebut turut tersebar di laman web sosial China, Sina Weibo.
Walaupun laporan berkenaan tidak dapat disahkan, sekurang-kurangnya petunjuk baharu tentang pesawat milik Malaysia Airlines itu dirampas lebih baik berbanding terhempas atau meletup di udara.
Para pengguna media sosial di China termasuk laman Seina Weibo memberi maklum balas positif terhadap perkembangan terbaharu yang diumumkan Najib dengan harapan maklumat tersebut tidak berubah.
"Rampasan pesawat lebih baik berbanding terhempas," kata seorang pengguna laman sosial itu.
Pengumuman Najib hari ini juga akan memberi semangat baharu kepada kira-kira 300 ahli keluarga penumpang MH370 yang memenuhi sebuah bilik menunggu di Hotel Lido di Beijing bagi mengikuti perkembangan nasib keluarga mereka.
Semalam, seorang wanita yang enggan dikenali berkata, dia bersama kebanyakan ahli keluarga penumpang yang lain berharap agar pesawat itu dirampas memandangkan itu satu-satunya peluang untuk saudaranya terus hidup. - AFP/AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140316/lu_01/Teori-rampasan-beri-kelegaan#ixzz2w4YiKT2p
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Radar di Andaman, Nicobar tidak berfungsi setiap masa


Beberapa orang kakitangan agensi mencari dan menyelamat Indonesia, memantau perairan Laut Andaman semasa operasi mencari pesawat MH370 yang hilang, semalam. - AFP
NEW DELHI 15 Mac - Sebuah portal berita India hari ini melaporkan, radar tentera milik negara ini di Kepulauan Andaman dan Nicobar, tidak dipasang sepanjang masa, sekali gus meningkatkan kemungkinan pesawat MH370 yang hilang sejak seminggu lalu memasuki kawasan itu tanpa dikesan.
Indianexpress.com yang memetik kenyataan sumber berkata, jika MH370 memasuki lokasi itu, radar tentera yang ditempatkan di kawasan kepulauan terbabit, akan mengesan pesawat itu dengan serta-merta.
Bagaimanapun, pesawat itu dikhuatiri tidak dapat dikesan semasa memasuki ruang udara Kepulauan Andaman atau Nicobar ketika radar tidak dihidupkan.
Malah pengesahan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang kemungkinan perbuatan sabotaj terhadap sistem isyarat pesawat akan menyukarkan lagi sistem radar untuk mengesan pergerakan MH370.
Kepulauan Andaman dan Nicobar meliputi kira-kira 572 rantaian pulau dan hanya 37 daripadanya berpenghuni.
Difahamkan, India memiliki empat kemudahan landasan kapal terbang di kedua-dua kepulauan tersebut iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Veer Savarkar, Pangkalan Tentera Udara Car Nicobar, Lapangan Terbang Campbell Bay dan Lapangan Terbang Shibpur.
Namun hanya landasan di Veer Savarkar boleh menjadi lokasi pendaratan sesuai untuk pesawat jenis Boeing 777, sama seperti MH370 berbanding pendaratan di pangkalan tentera yang boleh dikesan dengan mudah.
Malah kawasan kepulauan Andaman dan Nicobar merupakan zon ketenteraan dilengkapi sistem pemantauan yang luas di Lautan Hindi, menunjukkan hampir mustahil sebuah pesawat tidak akan dikesan jika memasuki lokasi itu.
Namun satu-satunya kemungkinan yang boleh dibangkitkan adalah kelemahan tentera India yang didakwa tidak memasang radar pada setiap masa. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140316/lu_02/Radar-di-Andaman-Nicobar-tidak-berfungsi-setiap-masa#ixzz2w4Ybw58k
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Yayasan Lady Gaga disiasat


LOS ANGELES 15 Mac - Penyanyi terkenal, Lady Gaga disiasat selepas rekod yayasan amal miliknya menunjukkan dia berbelanja hampir AS$2 juta (RM3.55 juta) pada 2012 untuk pelbagai urusan berbanding menyumbang kepada pertubuhan tertentu.
Portal hiburan, Showbiz411.com melaporkan, Gaga atau nama sebenarnya Stefani Germanotta merupakan pengarah Yayasan Born This Way manakala ibunya, Cynthia sebagai presiden dan bapanya, Joseph sebagai bendahari.
Laporan itu menyebut, yayasan terbabit mempunyai dana sebanyak AS$2.66 juta (RM8.5 juta) dan kira-kira A$S1.85 juta (RM6 juta) digunakan untuk menanggung kos operasi.
Maklumat terperinci akaun itu menunjukkan, yayasan tersebut berbelanja sebanyak AS$$406,552 (RM1.3 juta) untuk kos guaman, AS$348,000 (RM1.1 juta) bagi kos produksi majlis, AS$150,000 (RM491,869) untuk rundingan kebajikan dan AS$77,923 (RM255,520) untuk kos perjalanan.
Rekod juga menunjukkan Gaga hanya menderma sebanyak A$S5,000 (RM16,395) pada 2012, sekali gus menimbulkan keraguan tentang akuan yayasan terbabit.
Bagaimanapun wakil Gaga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu itu.
Yayasan Born This Way ditubuhkan pada 2011 bagi memperkasakan kemahiran dan membuka peluang untuk golongan muda bersaing.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140316/lu_03/Yayasan-Lady-Gaga-disiasat#ixzz2w4YPPloz
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sempadan Kazakh-Turkmenistan


Sepang: Hari kelapan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu minggu lalu memasuki fasa baru apabila pasukan penyiasat mendapat petunjuk lokasi terbaru membabitkan dua koridor carian.

Perkembangan terbaru itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di pusat media Hotel Sama-Sama di sini, semalam.
Najib berkata, pencarian MH370 kini bertumpu sama ada di dua koridor iaitu koridor utara dari utara Thailand sehingga sempadan Kazakhstan serta Turkmenistan dan koridor selatan bertumpu dari utara Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.

Katanya, operasi SAR di sekitar Laut China Selatan dihentikan serta-merta.

Foto
PERDANA Menteri pada sidang media berhubung pesawat MH370 bersama (dari kiri) Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin, Hishammuddin, Azharuddin dan Ahmad Jauhari.


“Maklumat diterima Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan agensi sama di beberapa negara lain itu mengesahkan komunikasi terakhir pesawat dikesan oleh satelit bertumpu di dua koridor berkenaan.


“Bagaimanapun, pasukan penyiasat sedang bekerja keras untuk mengesahkan lanjut maklumat berkenaan.

“Kementerian Luar (Malaysia) bersama pakar teknikal siasatan juga sudah memaklumkan perkembangan baru itu kepada kementerian luar di beberapa buah negara berkaitan kerana dua koridor itu meliputi banyak negara.

“Saya juga sudah mengarahkan Kementerian Luar untuk memberi penjelasan sama kepada wakil negara yang mempunyai penumpang dalam pesawat itu,” katanya.

Katanya, pihak MAS juga sudah memaklumkan perkara sama kepada ahli keluarga penumpang dan kru.

Sementara itu, mengulas mengenai sistem komunikasi pesawat (transponder) yang dimatikan dengan sengaja, Najib berkata, Sistem Pautan Data Digital Bagi Penghantaran Pesanan Pendek Antara Pesawat dengan Stesen Darat atau Aircraft Communications Addressing and Reporting System (ACARS) dimiliki pesawat MH370 disahkan tidak berfungsi sebelum pesawat itu tiba di pantai timur.


Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/16

Woo Bong Sik bunuh diri


Woo Bong Sik ditemui mati di kediamannya.
TEKANAN hidup adalah di antara punca yang mendorong sesetengah selebriti Korea mengambil jalan pintas menamatkan riwayat hidup mereka dengan membunuh diri.
Ahad lalu, pihak polis menemui mayat pelakon Woo Bong Sik, 41, tergantung di kediamannya, kira-kira pukul 8 malam. Pihak polis Seoul mengesahkan bahawa pelakon pembantu itu mati kerana menggantung dirinya sendiri.
Menurut laporan, mayatnya ditemui oleh rakan-rakan yang risau tidak dapat menghubunginya dan terus meminta tuan rumah yang disewa oleh Woo Bong Sik membuka pintu rumah tersebut.
Difahamkan, pelakon yang pernah muncul dalam filem Fly High itu mengalami masalah tekanan dan masih menerima rawatan dengan pengambilan ubat.
Dia tertekan kerana kurang mendapat tawaran berlakon dan kali terakhir dia ditawar berlakon drama Dae Jo Young menerusi watak Palbo pada 2007. Untuk meneruskan kehidupannya, Woo Bong Sik terpaksa bekerja setiap hari.
Lain-lain filem lakonannya adalah Diary of June, Siren, Plastic Tree dan drama 3840 Guerilla Unit.
Selebriti Korea lain yang mati dengan cara membunuh diri adalah Jung Ah Yool, Jung Da Bin, Lee Eun Joo dan U Nee.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140315/hi_02/Woo-Bong-Sik-bunuh-diri#ixzz2w4Y8TU2J
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mayat ditemui dalam dusun durian


BUKIT MERTAJAM 15 Mac - Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui dalam dusun durian di Jalan Gajah Mati, Machang Bubok di sini pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Supritendan Baharom Abu berkata, mayat tanpa sebarang dokumen itu ditemui kira-kira 8 pagi oleh pemilik dusun yang kemudian memaklumkannya kepada polis.
Pihak polis tidak menolak kemungkinan mangsa dalam lingkungan 20-an mati di tempat lain sebelum dibuang di dusun berkenaan.
"Setakat ini siasatan kita mendapati tiada sebarang kecederaan dialami mangsa dan polis tidak menolak kemungkinan lelaki itu mati akibat jangkitan kuman pada paru-parunya.
"Ini berdasarkan empat kes penemuan mayat warga asing sebelum ini yang hasil bedah siasat mendapati semua mereka mati akibat jangkitan kuman pada paru-paru," kata Baharom. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140316/je_03/Mayat-ditemui-dalam-dusun-durian#ixzz2w4Xccbn2
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Liwat: 4 pelajar ditahan

Oleh Farabi Sheikh Said al Jabri

KUALA PILAH 15 Mac - Polis menahan empat pelajar senior bagi membantu siasatan berhubung seorang pelajar berusia 15 tahun yang mendakwa diliwat di asrama sebuah sekolah di daerah ini, baru-baru ini.
Difahamkan, kejadian menimpa mangsa berlaku sebanyak tiga kali, sejak pertengahan Februari hingga 10 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Supritendan Azmi Abdul Rahim berkata, kesemua yang berusia 17 tahun itu ditahan pada pukul 10.15 pagi semalam dan direman selama empat hari bagi siasatan lanjut.
"Tangkapan itu dibuat susulan laporan daripada bapa tiri pelajar terbabit berusia 34 tahun yang mendakwa mangsa diliwat beberapa pelajar senior di sekolah.
"Lelaki itu mendakwa mengetahui kejadian tersebut selepas dimaklumkan pihak sekolah. Dia membuat laporan polis pada Khamis lalu," katanya di sini hari ini.
Jelas Azmi, kes itu disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan iaitu kerana melakukan seks di luar tabii yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.
"Pihak sekolah perlu memantau asrama dan tidak berselindung jika berlaku sebarang masalah sosial kerana boleh menjurus ke arah jenayah yang lebih serius," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140316/je_01/Liwat-4-pelajar-ditahan#ixzz2w4XWKeuh
© Utusan Melayu (M) Bhd