Kejadian kira-kira jam 5 petang itu dipercayai berpunca daripada seorang suri rumah berusia 50-an yang membakar sampah di belakang rumahnya sebelum serpihan sampah terbakar itu diterbangkan angin dan jatuh di atas bumbung rumahnya dan merebak ke dua rumah berhampiran.
Suami mangsa yang terperangkap dalam rumah mengalami sesak nafas namun terselamat selepas dibantu penduduk kampung yang menyedari kejadian itu.
“Sebaik menyedari rumah terbakar, mangsa menjerit meminta pertolongan penduduk kampung dan mengarahkan pemilik rumah berhampiran mengosongkan kediaman mereka.
“Angin kuat dengan kedudukan rumah yang rapat menyebabkan tiga rumah terbabit musnah dalam sekelip mata.
Selain barang berharga, satu PERODUA Kancil milik salah seorang penduduk turut rosak akibat terkena api,” katanya.
Seorang mangsa turut dikatakan pengsan akibat terhidu asap tebal dalam kejadian itu dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Bau untuk rawatan lanjut sebelum dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) kerana mengalami masalah jantung.
Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bau berkata, satu jentera dengan lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati tiga rumah terbabit sudah 50 peratus terbakar.
Katanya, bomba menghadapi masalah kesukaran mendapat punca air untuk memadamkan api.
“Api berjaya dikawal lima minit kemudian dan padam sepenuhnya jam 5.30 petang.
Punca kejadian dan jumlah kerugian sebenar masih dalam siasatan,” katanya.
Punca kejadian dan jumlah kerugian sebenar masih dalam siasatan,” katanya.
TIGA rumah yang terbakar di Kampung Peros Krokong, Bau.