Search This Blog

Saturday, March 8, 2014

MH370: Henti segera sebarang spekulasi

MH370: Henti segera sebarang spekulasi
 SEPANG –  Kementerian Pengangkutan mendesak semua pihak termasuk media sosial supaya tidak menyebarkan maklumat mengenai pesawat MH370 yang hilang daripada menara kawalan sejak pagi tadi.
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pelbagai khabar angin yang disebarkan hanya akan memburukkan lagi keadaan.
Menurutnya, pihaknya kini sedang menanti status terkini mengenai perkara itu dengan pelbagai agensi termasuk dari China, Filipina dan Vietnam.
“Kita sudah menghubungi semua agensi termasuk mengarahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk membantu dalam operasi mencari dan menyelemat ini.
“Setakat ini, kami masih belum menerima apa-apa perkembangan mengenai perkara ini dan berharap perkara ini tidak dimanipulasikan,” katanya.
Pesawat Boeing777 gagal dikesan hilang dari Pusat Kawalan Radar sekitar jam 1.30 pagi tadi.
Penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu menuju ke Beijing, China dengan membawa seramai 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal.
Pelbagai spekulasi yang diperkatakan mengenai pesawat ini. Antaranya adalah ia terhempas di perairan Vietnam berdekatan dengan lokasi minyak dan gas Talisman, Vietnam.
Terhadulu, pesawat berkenaan dikatakan telah membuat pendataran cemas di lapangan terbang Nanning, China.
Namun, masih belum dapat dipastikan mengenai kesahihan berita ini.

MAS: Tidak timbul isu lewat umum

MAS: Tidak timbul isu lewat umum
SEPANG - Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) hanya mengikut SOP syarikat itu apabila hanya mengumumkan pesawat MH370 gagal dihubungi sejak jam 2.40 pagi tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, sejak pagi tadi, pihaknya berusaha menghubungi kerana peasawat itu hilang dari radar pusat kawalan operasi Subang.

"Jangan jadikan isu mengapa lewat. Walaupun mengambil masa hampir lima jam, kami terus cuba. Namun keadaan pesawat tidak dapat dipastikan.
"Sepanjang tempoh ini, kami turut mendapatkan kerjasama dengan pihak dari Vietnam dan China bagi mengesan pesawat ini," katanya dalam sidang di sini, sebentar tadi.
Ditanya mengenai keadaan pesawat yang kehabisan minyak, Ahmad Jauhari berkata, perkara itu tidak mungkin berlaku.

"Minyak pesawat bukan hanya cukup dari Kuala Lumpur ke Beijing, malah boleh berpatah balik ke sini.
"Jadi, isu tidak cukup minyak boleh saya katakan, hanyalah spekulasi," katanya.
Pesawat boeing777 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing pada jam 12.41 tengah malam tadi.
Pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal.

Lokasi MH370 masih belum diketahui

mas
SHAH ALAM - Malaysia Airlines masih belum mendapat sebarang petunjuk terhadap lokasi pesawat MH370 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Ahmad Jauhari Yahya lokasi terkahir pesawat MH370 sebelum hilang dari radar ialah 065515 utara (Longitude) dan 1033443 Timur(Latitude).

“Kami masih cuba mengesan lokasi terkini pesawat itu berdasarkan kedudukan terakhir yang dikesan. Kami bekerjasama dengan pasukan penyelamat antarabangsa bagi mengesan MH370.

“Setakat ini, kami masih belum menerima sebarang amaran kecemasan daripada MH370. Kami bekerjasama dengan pihak berkuasa dan semua sumber bagi membantu untuk misi mencari dan menyelamat ini,” katanya dalam satu kenyataan bagi jam 4.20 petang, hari ini.

Dalam kenyataan itu juga menyebut, senarai penumpang tidak akan dikeluarkan sehingga kesemua ahli keluarga telah dimaklumkan.

MAS menghantar ‘Go Team’ ke Beijing yang berlepas dari KLIA jam 4.30 petang tadi dengan sepasukan penjaga serta sukarelawan bagi membantu ahli keluarga penumpang.

Berikut senarai penumpang mengikut warganegara:

Negara:        

China/Taiwan
154 termasuk bayi

Malaysia
38

India
5

Indonesia
7

Australia
6

Perancis
4

AS
3 termasuk bayi

New Zealand
2

Ukraine
2

Canada
2

Rusia
1

Itali
1

Netherlands
1

Austria
1

Warga emas maut dirempuh Perodua Kancil


8 Mac 2014

KUANTAN - Seorang lelaki warga emas terbunuh selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Kancil di persimpangan lampu isyarat dekat Sungai Isap di sini hari ini.

Pemangku Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, dalam nahas 11.45 pagi itu, Ramli Perang, 81, dikatakan menunggang melintasi jalan ke Batu 3 1/2 dari arah Sungai Isap.

"Pada masa yang sama, kereta terbabit yang datang dari arah Gambang menghala ke Kuantan tidak sempat membrek lalu melanggar mangsa.

"Akibat itu mangsa cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk rawatan namun disahkan mati kira-kira 3 petang tadi," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pemandu kereta, Nursaadah Fuyaqibah Mohd Hatta, 20, pelajar Universiti Malaysia Pahang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Pesawat MAS ke Beijing dilapor hilang

mas
KUALA LUMPUR - Pesawat Malaysia Airlines yang sedang dalam perjalanan ke Beijing dengan membawa 227 penumpang termasuk dua bayi bersama 12 kru dilaporkan hilang semasa dalam penerbangan ke Beijing.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan mengesahkan pesawat itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi ini.

MAS berkata penerbangan MH370, yang dikendalikan pesawat B777-200 berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi 8 Mac.

Penerbangan MH370 itu dijangka mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Malaysia Airlines sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang telah mengaktifkan pasukan mencari dan menyelamat untuk mengesan pesawat itu.

Syarikat penerbangan itu akan menyediakan perkembangan terkini berhubung keadaan itu.

Orang ramai boleh menghubungi talian 03 7884 1234 untuk maklumat lanjut. - Bernama

Padah ceroboh rumah waktu siang hari


WARTAWAN SINAR HARIAN
7 Mac 2014

Padah ceroboh rumah waktu siang hari
Padah ceroboh rumah waktu siang hari Mohamad Syakir Azroy dijatuhi hukuman penjara enam bulan selepas mengaku salah menceroboh masuk rumah seorang pemandu Skynet, 4 Mac lalu.



KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki terpaksa berputih mata apabila apabila tindakan beraninya menceroboh masuk kediaman seorang pemandu Skynet pada siang hari dengan niat untuk mencuri, tidak menjadi.

Balasannya, Mohamad Syakir Azroy Md Rodi, 19, dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan oleh mahkamah majistret, semalam.

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi membuat keputusan itu selepas dia mengaku salah melakukan pencerobohan rumah dan mencuri sebuah telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM60 milik Wan Zulkhairy Wan Adnan, 26.

Dia didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan itu di rumah mangsa di Kampung Seberang Baruh, di sini, kira-kira jam 9 pagi, pada 4 Mac lalu.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa, Inspektor L Rathna manakala Mohamad Syakir Azroy tidak diwakili peguam bela.

Berdasarkan fakta kes, pada 4 Mac lalu, kira-kira jam 9 pagi, mangsa telah keluar dari rumah untuk menghantar isterinya bekerja.

Setengah jam kemudian iaitu kira-kira jam 9.30 pagi, ketika balik semula ke rumah, mangsa dapati ada seorang lelaki tidak dikenali (Mohamad Syakir Azroy) sedang berada di dapur dan sejurus ternampak mangsa, lelaki berkenaan terus masuk ke dalam bilik rumah itu.

Mangsa pada mulanya menyangka lelaki itu adalah rakan kepada anaknya, namun terkejut apabila anaknya memaklumkan langsung tidak kenal lelaki terbabit.

Yakin lelaki itu merupakan seorang penjenayah yang cuba mencuri di dalam rumahnya, mangsa dengan bantuan anaknya memberanikan diri menangkap lelaki berkenaan sebelum pemeriksaan selanjutnya mendapati keadaan di bahagian dapur berselerak.

Selain itu, pemeriksaan ke atas tubuh badan Mohamad Syakir Azroy turut menemui wang tunai RM60 serta sebuah telefon bimbit miliknya.

84.4 hektar hutan masih terbakar


WARTAWAN SINAR HARIAN
8 Mac 2014
84.4 hektar hutan masih terbakar
84.4 hektar hutan masih terbakar Anggota bomba sedang giat melakukan kerja-kerja pemadaman.



SETIU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Terengganu masih giat memadam kebakaran membabitkan dua lokasi hutan di Lembah Bidong, iaitu kawasan berhampiran Ladang Rakyat dan Ladang Tabung Haji.

Setakat kelmarin, jumlah kawasan terbakar yang berjaya dipadamkan di Ladang Tabung Haji adalah seluas 18.2 hektar daripada 22.6 hektar yang terbabit bermula 25 Februari lalu, di mana masih berbaki 4.4 hektar yang belum dipadamkan.

Operasi yang membabitkan seramai 15 anggota yang dibahagikan kepada tiga pasukan itu bermula jam 8.30 pagi kelmarin dan berakhir kira-kira jam 6.30 petang pada hari sama.

Manakala di Ladang Rakyat, daripada 204 hektar kawasan yang terbakar, 124 hektar telah berjaya dipadamkan dan 80 hektar lagi masih lagi dalam proses pemadaman.

Bagi operasi di kawasan Ladang Rakyat itu, seramai 62 anggota terbabit dan dipecahkan kepada tiga pasukan bagi memudahkan kerja-kerja memadam kebakaran yang berlaku di kawasan tersebut.

Keadaan cuaca kering dan berangin antara kesukaran yang terpaksa dilalui anggota yang terlibat dalam operasi pemadaman kebakaran di kawasan hutan berkenaan.

Pegawai Operasi, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri, Mohd Hasbullah Halifah berkata, kedua-dua pasukan yang terlibat dalam dua operasi memadam kebakaran di kawasan berdekatan itu menggunakan sumber air dari parit kecil.

“Setakat ini, kita mengambil air daripada sumber terbuka iaitu dari parit kecil yang berdekatan,” katanya.

Katanya, orang ramai terutamanya pemilik kebun dinasihatkan agar segera menghentikan aktiviti pembakaran terbuka pada ketika ini memandangkan keadaan cuaca kering dan berangin memudahkan kebakaran menjadi lebih besar.

Pembantu penyelia lemas di pantai Kampung Cacar


WARTAWAN SINAR HARIAN
8 Mac 2014

Mohd Khairul Adamy Abas
Mohd Khairul Adamy Abas



PAKA – Keengganan seorang pembantu penyelia syarikat petrokimia pulang ke kampung semata-mata untuk menghabiskan cuti bersama rakan, ibarat satu panggilan ajal selepas dia lemas ketika mandi di pantai Kampung Cacar, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa, Mohd Khairul Adamy Abas, 24, lemas ketika mandi bersama tiga rakannya.

Rakan mangsa, Najib Norkaferi, 19, berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama Allahyarham dan dua lagi rakannya pergi ke pantai berkenaan untuk mandi laut.

Mangsa yang mengambil pelampung secara kebetulan ditemui di situ, berenang ke tengah laut sebelum menjerit meminta tolong.

Menurut Najid, Allahyarham dikatakan begitu teruja dapat mandi laut dan dia sama sekali tidak menyangka kegembiraan itu bakal berakhir dengan tragedi meragut nyawa rakan karibnya itu.

"Khairul tiba-tiba hanyut ke tengah laut, ketika itu dia menjerit minta tolong, saya ingat dia hanya bergurau.

“Tapi selepas banyak kali saya dengar jeritan dia, baru saya sedar dia lemas, tapi kami takut untuk selamatkan dia kerana kami tak tahu berenang," katanya.

Bagaimanapun, seorang nelayan yang berada tidak jauh dari lokasi kejadian, berlari mendapatkan bot untuk menyelamatkan mangsa selepas diberitahu Najib mengenai kejadian lemas menimpa sahabatnya itu.

Mohd Khairul berjaya ditarik ke dalam bot lalu dikejarkan ke klinik berdekatan sebaik tiba di daratan.

Namun, mangsa gagal diselamatkan dan meninggal dunia kira-kira jam 7 malam ketika menerima rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Paka.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk pemeriksaan lanjut sebelum jenazahnya dibawa pulang ke kampung halamannya di Setiu.

Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan kes lemas tersebut.

Keadaan bayi alahan ubat semakin pulih


MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI
8 Mac 2014

Keadaan bayi alahan ubat semakin pulih
Keadaan bayi alahan ubat semakin pulih Norsabrina (kiri) ketika menziarahi Muhammad Nasrullah di kediamannya, kelmarin.



ALOR SETAR - Bayi lapan bulan yang melecur dipercayai akibat alahan ubat dijangka sembuh sebulan dua lagi, kata Pegawai Kesihatan Bahagian Dermatologi Hospital Sultanah Bahiyah, Dr Edwin Jude Gunasegaran.

Beliau berkata, pihak hospital HSB masih memantau perkembangan Muhammad Nasrullah Khairul Nizam dari semasa ke semasa.

Pada 16 Februari lalu, badan bayi ini didapati mula melecur dan bertukar menjadi kehitaman selepas beberapa hari menggunakan ubat makan dan sapu yang diberikan sebuah klinik swasta di sini ketika mendapat rawatan akibat ruam.

“Bayi ini telah dibawa ke hospital ini sebanyak dua kali dan dalam tempoh itu saya lihat keadaan kulitnya bertambah sembuh. Tetapi hasil pemeriksaan lanjut, saya lihat bayi ini mungkin ada menghidap penyakit lain jadi kita akan jalankan pemeriksaan,” katanya semasa melawat bayi pasangan Khairul Nizam Lebai Jusoh, 41, dan Nur Shazira Mohd Salleh, 23, itu.

Sementara itu, Exco Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi, Norsabrina Mohd Noor yang turut mengunjungi bayi berkenaan berkata, pihaknya berasa kesal dengan insiden yang menimpa bayi tersebut.

“Saya difahamkan, keadaan dia sudah bertambah baik. Tetapi ada kesan sampingan yang membimbangkan. Soal bantuan pula kita akan bincang kemudian selepas dikenal pasti apakah masalah sebenar dan penyakit yang dialami Muhammad Nasrullah,” katanya.

Meringkuk seminggu dalam jel


WARTAWAN SINAR HARIAN
8 Mac 2014


KLANG - Empat pengurus kedai runcit termasuk tiga warga asing dipenjara tujuh hari dan didenda oleh mahkamah majistret di sini, semalam kerana memiliki rokok seludup.

Heri Fadli, 23 dan Nasrullah, 19, yang merupakan warga Indonesia, Kader Ebramza Abupackar, 39 (warga India) dan seorang rakyat tempatan, Shajahan Am Ismail, 39, mengaku bersalah memiliki rokok seludup keseluruhannya 359 kotak di kedai runcit sekitar daerah ini, Selasa lalu.

Majistret Mohd Fadli Yaacob turut memerintahkan Heri membayar denda RM1, 000, Nasrullah (RM2, 000), Kader (RM600) manakala Shajahan didenda RM5,000 serta masing-masing akan dihukum penjara enam bulan lagi sekiranya gagal membayar denda.

Mereka didakwa memiliki 359 kotak pelbagai jenama bernilai RM524 yang mana barang tersebut merupakan barangan dilarang pengimportannya di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2012.

Mereka didakwa melakukan kesalahan di premis perniagaan di pangsapuri Sri Bayu, Pangsapuri Sri Angkasa, Taman Chi Liung, dan Blok A Bayu Perdana, antara jam 10.30 dan 11.30 pagi, 4 Mac 2014.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Jabatan Kastam Di Raja Malaysia, Mazliza Abdul Wahid.

Guna akaun bank tipu pembeli online


ASYRAF MUHAMMAD
8 Mac 2014

Guna akaun bank tipu pembeli online
Guna akaun bank tipu pembeli online Jiann Yuw (tengah) bersama peguamnya (kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuat. Turut sama, Lip Eng.



SEGAMBUT - “Saya betul-betul rasa tertekan.” Kata seorang remaja, Lim Jiann Yuw, 18, yang gusar kerana dituduh menjalankan perniagaan palsu melalui laman sosial Facebook.

Menurut Jiann Yuw, kejadian berkenaan berlaku selepas dia bertemu salah seorang rakan yang dikenali sebagai Yantu Long sewaktu menjalankan kerja separuh masa di salah sebuah pusat siber sebelum ini.

Selepas perkenalan selama tiga bulan, Jiann Yuw memaklumkan bahawa rakannya itu meluahkan hasrat untuk menjalankan perniagaan barangan kamera melalui laman sosial Facebook.

“Yantu Long kata diatak ada akaun bank. Sebab percaya pada dia, saya beri nombor akaun dan kad ATM saya,” katanya ketika sidang media yang diadakan di Pejabat Ahli Parlimen Segambut, semalam.

Kata Jiann Yuw, rakannya itu menjalankan penipuan menerusi perniagaan online sejak Julai tahun lalu dengan menggunakan akaun bank miliknya sebagai transaksi pembayaran.

Melihatkan tawaran harga yang lebih rendah dari pasaran, ramai pelanggan berminat membuat pembayaran melalui akaun bank miliknya tetapi mereka sebenarnya ditipu.

“Rupanya Yantu Long hantar kotak berisi batu kepada pelanggan. Tapi mereka yang terkena tuduh saya menipu,” katanya.

Tidak cukup dengan menggunakan akaun bank miliknya, Jiann Yuw memaklumkan Yantu Long turut membuka laman sosial palsu dengan menggunakan maklumat peribadi dan gambar miliknya bagi meyakinkan pembeli lain.

Jelas Jiann Yuw, dia mula mengetahui akaun bank miliknya disalahgunakan pada minggu lalu selepas dimaklumkan oleh salah seorang rakan baiknya.

“Rakan saya beritahu maklumat diri dan gambar saya dimuat naik ke laman Facebook oleh seorang mangsa.

“Dari situ saya sedar Yantu Long menggunakan akaun bank saya untuk jalankan perniagaan palsu,” katanya.

Bimbang dengan keadaan itu, Jiann Yuw ke bank untuk menyemak penyata akaun dan akui terkejut selepas mendapati terdapat banyak transaksi masuk dan keluar dibuat sejak Julai tahun lalu hingga kini.

Dia kemudiannya bertindak menutup akaun berkenaan atas tujuan keselamatan dan membuat laporan polis di Balai Polis Desa Jaya,Gombak pada hari yang sama

Dalam pada itu, peguam kepada Jiann Yuw,  Tan Wee Yee memaklumkan anak guamnya tidak dikenakan sebarang tindakan oleh polis berikutan tiada sebarang laporan diterima daripada pihak lain buat masa ini.

Tambah Wee Yee, jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman 5 hingga 10 tahun penjara.

“Sebelum ini, anak guam saya pernah hubungi suspek namun gagal dan orang ramai di nasihat berhati-hati,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berharap masyarakat awam lebih peka dengan sindiket haram yang sedang giat beroperasi pada masa kini.

Menurutnya, mangsa sewajarnya bersyukur akaun berkenaan tidak digunakan atas tujuan jenayah yang lebih berat seperti melibatkan dadah atau sebagainya.

“Orang ramai harus berhati-hati dan pastikan barangan yang hendak dibeli mestilah daripada pengeluar yang betul-betul diyakini,” katanya.

Dua rumah hangus, rugi RM250,000


WARTAWAN SINAR HARIAN
8 Mac 2014

Dua rumah hangus, rugi RM250,000
Anggota bomba dan penyelamat berusaha memadam kebakaran yang memusnahkan dua rumah di Jalan Bayam di sini, semalam.



KOTA BHARU - Seorang pekerja berdepan kerugian kira-kira RM250,000 apabila dua rumah yang disewakan di Jalan Bayam di sini, musnah dalam kebakaran, tengah hari semalam.

Azmi Husin, 47, berkata, dia mengetahui tentang kejadian tersebut selepas dimaklumkan anak saudaranya yang tinggal berhampiran rumah berkenaan kira-kira jam 12 tengah hari.

“Kedua-duanya rumah sewa, namun satu daripadanya kosong, saya dimaklumkan bunyi letupan datang dari bilik kosong rumah yang berpenghuni, bagaimanapun tidak disedari penghuni kerana berada di bilik air,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Zaini Bidin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 12.07 tengah hari sebelum bergegas ke tempat kejadian dan tiba dua minit kemudian.

Zaini berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira lapan minit untuk mengawal api dengan bantuan empat jentera dan kekuatan 23 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darul Naim dan Kota Bharu selain dua bomba sukarela.

“Ketika kami tiba rumah berkenaan hampir 50 peratus musnah, bagaimanapun punca kejadian belum dikenal pasti dan masih dalam siasatan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, semalam.

Bagaimanapun, Zaini berkata, kebakaran dua rumah dan salah satu daripadanya tidak berpenghuni itu melibatkan kerugian kira-kira RM250,000.

Mengulas lanjut, Zaini berkata, dalam usaha memadam kebakaran itu, pihaknya berdepan masalah mendapatkan bekalan air sehingga memaksa mendapatkannya dari pili bomba berdekatan.

Penganggur dihukum penjara setahun


WARTAWAN SINAR HARIAN
8 Mac 2014
Penganggur dihukum penjara setahun
Penganggur dihukum penjara setahun Tertuduh dibawa keluar dari mahkamah majistret, semalam.



KOTA BHARU - Akibat memukul isteri sehingga cedera di leher dan lengan, seorang penganggur dijel setahun oleh Mahkamah Majistret, di sini kelmarin selepas mengaku melakukan perbuatan tersebut.

Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh Mohd Zakaria Muhammad, 30, selepas meneliti keterangan impak saksi yang  memohon agar tertuduh diberi hukuman setimpal.

“Selepas meneliti keterangan impak mangsa iaitu isteri kamu, saya menilai kepentingan keluarga kamu mengatasi kepentingan kamu,” katanya sebelum menjatuhkan hukuman.

Mengikut pertuduhan, pada 3 Mac lalu, lebih kurang jam 9.30 malam di sebuah rumah di Kampung Pauh Dai, Badang Mohd Zakaria Muhammad, 30, telah dengan niat mencederakan Nurul Zilawati Mat Hassan sehingga mendatangkan kecederaan pada lengan dan belakang leher.

Oleh yang demikian tertuduh  didapati melakukan kesalahan  di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa  hukuman penjara boleh sampai setahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali.

Mohd Zakaria didakwa memukul isterinya dengan tangan dan kaki apabila mangsa tidak memberikan wang apabila dimintanya.

Kejadian seumpama ini telah banyak kali berlaku terutama apabila mangsa memberitahu tidak mempunyai wang.

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurliyana Md  Zukri memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman  yang setimpal memandang ia merupakan kes yang serius.

“Di dalam Islam sememangnya membenarkan untuk memukul isteri jika melakukan kesalahan namun mestilah bersyarat bagaimanapun dalam kes ini,  puncanya saya lihat sebagai tidak munasabah.

“Alasan tertuduh untuk mengurangkan hukuman kerana  tiada siapa menjaga dua orang anaknya yang bakal hidup terumbang ambing juga tidak patut diambil kira kerana sememangnya isterinya terpaksa bekerja dan menanggung  keluarga dan dua anaknya, manakala tertuduh tidak bekerja,” katanya.

Mahkamah menetapkan hukuman penjara tersebut di jalankan bermula daripada tarikh tangkap iaitu 4 Mac lalu.

Berpantang maut sebelum ajal


WARTAWAN SINAR HARIAN
8 Mac 2014

Berpantang maut sebelum ajal
Berpantang maut sebelum ajal Ameran mengeluarkan pakaian dan perkakas lain dari dalam keretanya yang terjunam ke dalam parit di Gong Rengas, dekat Gong Nering.



JERTIH - Seorang lelaki terselamat serta sempat keluar apabila kereta yang dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam parit di Gong Rengas, dekat Gong Nering, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, Ameran Abd Ghani, 35, yang memandu kereta jenis Mitsubishi  Tradial dari arah Jertih menghala ke Kuala Terengganu.

Menurutnya, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari Tanah Merah, Kelantan untuk ke Pekan, Pahang bagi tujuan mengambil isteri dan dua anaknya yang berada di kampung halaman isterinya.

“Sebelum kejadian saya cuba potong sebuah Proton Persona di depan kereta saya, tapi pada masa sama kereta itu mahu masuk simpang di kanan jalan,” katanya.

Katanya, akibat silau cahaya matahari menyebabkan dia tidak nampak dengan jelas sama ada kereta di hadapannya itu memberi isyarat untuk membelok atau tidak.

“Saya dapati kereta itu juga terlepas dari simpang dipercayai sebab silau cahaya matahari menyebabkan saya memotong keretanya.

“Akibat cuba mengelak daripada melanggar kereta di hadapan, kereta saya hilang kawalan dan terbabas ke dalam parit.

“Mujurlah air di dalam parit tak dalam dan kereta saya tak rempuh objek lain menyebabkan saya dapat keluar dari kereta dengan mudah,” katanya yang bersyukur kerana terselamat.

Ameran berkata, akibat kejadian itu keretanya mengalami kerosakan dan dia terpaksa menaiki bas untuk mengambil anak dan isterinya.

Nak muntah tertelan telur lalat


ASWANY OMAR
8 Mac 2014

Nak muntah tertelan telur lalat
Nak muntah tertelan telur lalat Kelihatan jelas telur lalat di ketulan ayam goreng yang dimakan Azlan bersama isterinya.



KUANTAN - “Geli tekak selepas sedar ayam goreng yang dimakan ada telur lalat, memang nak termuntah sebab dah banyak tertelan benda kotor tu,” kata seorang Jurulatih Taekwondo selepas menyedari ayam goreng dalam hidangan nasi goreng ayamnya dipenuhi telur lalat.

Kejadian berkenaan berlaku ketika jurulatih terbabit yang ingin dikenali sebagai Azlan, 31 dan isterinya singgah untuk menjamu selera  di sebuah restoran di Jalan Gambang selepas menghantar anaknya ke klinik kira-kira jam 11 malam, semalam.

“Selepas separuh menikmati nasi goreng yang dihidangkan, isteri saya menyedari ayam goreng dalam pinggannya dipenuhi telur lalat,” katanya.

Terkejut dengan ‘benda’ kotor itu, katanya, beliau turut memeriksa lauknya dan keadaan sama berlaku tetapi mujur belum menghabiskan kesemuanya.

Katanya, mereka berdua mengambil keputusan tidak makan hidangan itu dan meninggalkan meja untuk membuat bayaran.

“Ketika menunggu untuk membuat bayaran isteri saya mengadu perkara itu kepada peniaga berkenaan tetapi mereka seolah-olah tidak bersimpati dengan kami.

"Hanya satu ayam goreng yang dipotong harga sedangkan kedua-dua hidangan ayam dalam pinggan nasi goreng  dipenuhi telur lalat,” katanya.

Azlan berkata, beliau tidak bertanya peniaga terbabit mengenai masa ayam goreng itu mula dijual sebaliknya terus membayar dan meninggalkan kaunter kerana tidak mampu menahan loya.

“Kedua-dua ketul ayam itu memang ada masalah dan saya tengok bukan hanya di bahagian belakang tulang saja tapi di celah antara kulit dan isi pun banyak telur lalat,” katanya.

Katanya, harga kesemua makanan itu termasuk dua roti canai kosong dan satu roti canai telur berharga RM19.10.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak berhati-hati jika menikmati makanan lewat malam kerana hidangan berkenaan mungkin disediakan untuk sarapan atau makan tengah hari dan tidak bertutup.

Dua beradik miliki 100 pil kuda


WARTAWAN SINAR HARIAN
8 Mac 2014

Dua beradik miliki 100 pil kuda
Dua beradik miliki 100 pil kuda Abdul Hamid (kiri) bersama anggota IPD Bachok meluangkan waktu bersama penjual dan peminat batu permata pada program lawatan mesra polis bersama masyarakat di Pasar Tani Pekan Jelawat, semalam.



BACHOK - Dua beradik berusia 20 dan 21 tahun berjaya ditahan anggota polis selepas menemui 100 biji pil kuda dalam Ops Tapis yang dijalankan awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, dalam kejadian pada pukul 12:05 pagi, sepasukan polis yang sedang menjalankan operasi membanteras dadah di kawasan itu mengesan dua pemuda dalam keadaan mencurigakan di luar rumah berdekatan stesen minyak di kawasan tersebut.

Menurutnya, dua suspek berkenaan bertindak cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis  di luar rumah mereka di Kampung Wakaf Pohon Tanjung, Perupok.

“Melihat kehadiran polis, suspek bertindak melarikan diri tetapi berjaya dikejar dan anggota kami terpaksa bergelut untuk memberkas mereka.

“Siasatan awal menemui 100 biji pil kuda dalam satu bungkusan plastik di dalam poket seluar lelaki berusia 21 tahun.

“Berdasarkan identiti pada kad pengenalan mendapati mereka adalah adik- beradik. Ujian urin mendapati kedua-duanya positif methamphetamine.

Mereka ditahan reman selama empat hari sejak Khamis lalu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya kepada pemberita pada program Community Policing di Pasar Tani Pekan Jelawat, dekat sini semalam.

Beliau berkata, program itu adalah sebahagian daripada aktiviti bersama masyarakat dan akan diteruskan melalui pelbagai pendekatan termasuk majlis ziarah, riadah dan sukan, aktiviti bersama pemimpin setempat serta rukun tetangga.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Umno Bahagian Bachok, Datuk Dr Ilias Husain bersama tujuh pegawai dan 30 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok.

Katanya, pihaknya turut fokus terhadap pengedaran dadah yang menjadi punca utama kes penagihan dan faktor berlakunya jenayah lain.

“Tidak dinafikan ada pihak tidak bertanggungjawab yang menyasarkan remaja untuk cuba dadah sintetik yang menyebabkan ketagihan. Mereka juga cuba rekrut remaja sebagai pengedar kecil di peringkat bawah.

“Ibu bapa perlu sedar pengaruh dadah yang boleh menjadi ancaman dari dalam.  Jika pencegahan dapat dilakukan dari rumah dan saya percaya ancaman gejala sosial seperti ini dapat dikurangkan,” katanya.

'Boleh pukul, tapi bukan di kepala'


WARTAWAN SINAR HARIAN
8 Mac 2014
'Boleh pukul, tapi bukan di kepala'
'Boleh pukul, tapi bukan di kepala' Shahrul Azhar menunjukkan laporan polis dibuat berhubung kejadian anaknya dipukul dengan pembaris kayu hingga cedera.



KUALA KUBU BHARU - Tanpa alasan munasabah seorang murid sekolah  tahun dua  didakwa ditampar, dibaling pembaris dan dipukul dengan pembaris kayu di kepala sehingga cedera oleh seorang guru.

Bapa kepada kanak-kanak malang itu, Shahrul Azlan Ahmad Barai, 35, berkata, tindakan guru sekolah terbabit sangat keterlaluan dan dilakukan tanpa memikirkan kesan terhadap anak muridnya.

“Saya tanya cikgu tu apa alasan dia pukul anak saya sampai jadi begini, tapi dia hanya katakan anak saya susah dikawal. Saya cakap tak wajarlah cikgu pukul anak murid dengan pembaris, di kepala, di ubun-ubunnya sehingga cedera dan berdarah. Saya pesan pada cikgu tu, kalau nak mendidik murid boleh pukul di tempat lain tapi bukan di kepala,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Arif semalam.

Katanya, laporan polis juga telah dibuat dan anaknya telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Menurutnya, laporan doktor mengatakan anaknya hanya mengalami bengkak dan luka di kepala, namun jika terdapat tanda-tanda sampingan seperti muntah langkah susulan perlu diambil termasuk melakukan imbasan (x-ray).

Shahrul Azlan berkata, perkara tersebut telah dirujuk kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), bagaimanapun dia tidak berpuas hati jika hanya surat amaran diberikan kepada guru terbabit.

“Sebelum itu, saya bawa kes ni ke balai polis dan dua tindakan boleh diambil sama ada teruskan kes polis dan cikgu itu di reman serta bakal dibuang kerja atau bawa kepada PPD untuk tindakan undang-undang.

“Jadi, saya bawa kepada PPD, tapi jika surat amaran saja diberikan saya tidak puas hati sebab ini melibatkan kecederaan murid sekolah. Saya mahu cikgu itu ditukarkan ke sekolah lain,” katanya dengan nada tegas.

Menurut Shahrul Azlan, Kementerian Pendidikan harus memandang serius kejadian tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya agar perkara serupa tidak berulang.

Menurutnya, tindakan guru itu berniat mencederakan dan bukan bermaksud mendidik atau mendisiplinkan murid.

“Cikgu pukul dengan niat mencederakan bukan niat mendidik kerana kesannya adalah mencederakan sehingga anak saya trauma. Kalau cikgu tidak dapat kawal anak murid, boleh berikan kaunseling atau panggil ibu bapa.

"Boleh pukul dengan rotan di tangan atau kaki, tapi bukan di kepala dengan pembaris hingga cedera,” katanya.

Pasangan bakal kahwin maut kereta terbabas


MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
8 Mac 2014
Pasangan bakal kahwin maut kereta terbabas
Pasangan bakal kahwin maut kereta terbabas Keadaan kereta mangsa yang remuk selepas terbabas ke atas pembahagi jalan. Gambar kecil: Suresh (kanan) dan Logeswary.



SHAH ALAM - Hasrat sepasang kekasih mendirikan rumah tangga tidak menjadi kenyataan selepas terlibat kemalangan  di Kilometer 15.5 Lebuhraya Persekutuan dari Shah Alam ke Kuala Lumpur berhampiran Kilang Carlsberg, kelmarin.

Mangsa, B Suresh, 21, yang memandu kereta jenis Honda Civic dari Shah Alam untuk menghantar teman wanitanya, M Logeswary, 20, ke Kuala Lumpur.

Kereta itu  dipercayai dipandu laju, hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan sebelum kenderaan itu terhempas.

Difahamkan, pasangan tersebut bakal melangsungkan perkahwinan pada pertengahan Mac ini.

Kedua-duanya mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Menurut jurucakap polis, kejadian kira-kira 10.30 malam ketika Suresh mahu menghantar gadis berkenaan pulang ke Kuala Lumpur.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta tersebut dipandu laju melebihi 180 kilometer sejam.

“Kereta dipandu Suresh gagal dikawal lalu melanggar pembahagi jalan sebelah kanan menyebabkannya terhempas dan kenderaan tersebut musnah sepenuhnya,” katanya.

Kemalangan itu juga menyebabkan kesesakan teruk berlaku kerana orang ramai mahu melihat kejadian itu.

Anwar perlu talian hayat politik


AZMI TARMIZI
8 Mac 2014

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim



SHAH ALAM - Mahkamah Rayuan semalam memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Balia Yusof Wahi yang bersidang bersama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh membuat keputusan itu terhadap Anwar, 67, selepas mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.

Semasa membenarkan rayuan pihak pendakwaan, Hakim Datuk Balia Yusof Wahi berkata, Hakim Mahkamah Tinggi telah khilaf dalam membuat penghakimannya bahawa sampel DNA telah dicemari.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Semasa melepas dan membebaskan Ketua Umum PKR itu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, mahkamah tidak 100 peratus pasti mengenai kewibawaan sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada Mohd Saiful kerana sampel berkenaan telah dicemari sebelum ia tiba di Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Namun mahkamah mendapati berlaku penetrasi dalam dubur bekas pembantu peribadi ketua pembangkang itu berdasarkan keterangan tiga doktor.

Bagaimanapun Hakim Mohamed Zabidin menjelaskan, disebabkan tiada keterangan sokongan, adalah tidak selamat untuk mahkamah mensabitkan Anwar dengan tuduhan liwat memandangkan integriti sampel telah tergugat sebelum dihantar untuk analisis kimia.

Hujah penghakiman itu memberikan mesej jelas: Anwar terlepas daripada hukuman kerana teknikal tetapi persoalan pokok terjawab bahawa penetrasi berlaku.

Ini merupakan pertuduhan liwat kedua terhadap Anwar. Pada 2000, beliau dituduh meliwat pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar.

Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi kerana meliwat Azizan, tetapi empat tahun kemudian Mahkamah Persekutuan mengetepikan hukuman penjara tersebut.

Karier politik Anwar kini bergantung kepada rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan. Bagaimanapun Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan hukuman penjara dan dikenakan jaminan RM10,000 sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Anwar pernah ditahan selama 22 bulan semasa menjadi pemimpin pelajar pada 1974-1975 dan enam tahun pada 1998 hingga 2004 atas tuduhan liwat dan rasuah.

Kes ini bermula pada 28 Jun 2008, apabila Saiful membuat laporan polis di Balai Polis Travers, Kuala Lumpur bahawa Anwar meliwatnya beberapa kali, termasuk kali terakhir di sebuah kondominium di Damansara.

Pada Julai 2008, Anwar telah ditahan sepasukan polis, kira-kira 1km dari rumah beliau di Bukit Segambut. Beliau ditahan di lokap polis dan dibebaskan keesokan harinya selepas Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Anwar  dibawa ke Hospital Besar Kuala Lumpur untuk pemeriksaan. Anwar mendakwa telah ditelanjangkan semasa pemeriksaan itu tetapi enggan membenarkan sampel DNA beliau diambil dengan alasan ia boleh dimanipulasi.

Pada Ogos 2008, Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan meliwat Saiful mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Anwar mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu yang disifatkannya 'berniat jahat dan fitnah terhadap dirinya'.

Saiful membuat sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan dan tidak berganjak daripada dakwaannya.

Semalam, Saiful dalam laman blognya melahirkan rasa bersyukur kerana penantiannya selama enam tahun akhirnya terjawab dengan keputusan memihak kepadanya.

“Benar janji Allah, yang hak pasti mengatasi yang batil. Berkat doa, istiqamah dan sabar selama enam tahun. Saya bersyukur ke hadrat Ilahi dengan keputusan mahkamah yang memihak kepada saya," katanya.

Timbul persoalan sama ada Anwar mahu meneruskan atau tidak hasrat  untuk bertanding pada PRK Kajang kerana sekiranya gagal mendapatkan 'talian hayat' di Mahkamah Persekutuan, beliau akan hilang segala-galanya.
Bukan sahaja harapan untuk menjadi Menteri Besar Selangor lebur, hajat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia turut berkubur.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh akan turut melayang, jawatan Ketua Pembangkang pun tidak layak dipegang.

Mengikut undang-undang, seorang Ahli Parlimen atau Adun yang dipenjara selama setahun atau lebih dan dikenakan denda RM2,000 atau lebih akan hilang kelayakan mereka dan pilihan raya perlu diadakan.

Anwar yang ditemui semalam berkata, beliau tidak akan bertanding di Kajang. Siapakah yang akan menggantikan beliau?

Apakah Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli atau anak sulung Anwar, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR atau mungkin Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution?

Penganalisis politik, Dr Azmi Hasan berpendapat, keputusan bersalah terhadap Anwar memberi peluang kepada PKR membetulkan sebagai apa yang didakwa kesilapan dalam ‘Kajang Move’.

“Ini peluang terbaik untuk PKR menunjukkan kepada pengundi Kajang bahawa mereka mementingkan kebajikan rakyat, bukan parti,” katanya.

Ada juga yang mempertikaikan mengapa mahkamah memilih tarikh perbicaraan hampir dengan tarikh PRK Kajang.

Jawapannya mudah. Tarikh perbicaraan ditetapkan sejak awal namun ditangguhkan 61 kali atas permohonan Anwar manakala PRK Kajang berlaku apabila bekas Adun, Lee Chin Cheh, tiba-tiba meletak jawatan untuk memberi laluan Anwar bertanding di situ.

Justeru, siapakah yang merangka storyboard di Kajang?

Liwat II: Panel hakim putus Anwar bersalah

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan rayuan hari ini memutuskan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes Liwat II.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi berkata keputusan itu diputuskan sebulat suara panel hakim yang turut dianggotai Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Mohd Salleh.
Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun, bagaimanapun hakim membenarkan permohonan bagi penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan, dengan jaminan RM10,000.
Peguam Anwar, Karpal Singh kemudian memohon agar mitigasi dilakukan pada minggu depan tetapi Anwar bangun dan minta mitigasi dijalankan sekarang.

Hakim Balia berkata, beliau akan memberi masa dan mitigasi akan dibuat dalam tempoh satu jam.

Sementara itu, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anaknya dilihat keluar dari bilik mahkamah sejurus keputusan dibacakan.

Tidak berapa lama kemudian, mereka dilihat masuk kembali.

Di pintu belakang bangunan mahkamah pula, jumlah penyokong Anwar dilihat semakin ramai.

Pihak polis juga mengetatkan kawalan di laluan masuk situ.

Sindiket kurier dadah dalam pemain DVD


2014/03/08

Kuala Lumpur: Dadah dikurier dalam pemain DVD. Itu modus terbaru digunakan sindiket penyeludupan dadah antarabangsa untuk membawa masuk dadah ke negara ini.

Dulu, sindiket menyeludup dadah dalam jumlah yang banyak menggunakan keldai dadah. Namun, cara itu mudah dihidu pihak berkuasa menyebabkan mereka menukar taktik menggunakan syarikat kurier untuk membawa masuk bahan berkenaan ke negara ini dengan jumlah yang lebih kecil tetapi kerap.


Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim, berkata sindiket didalangi warga Afrika khususnya dari Nigeria dikesan mula menggunakan taktik itu sejak beberapa bulan lalu dengan menyorok dadah yang beratnya antara 300 gram hingga 1.5 kilogram (kg) dalam pemain DVD.

“Dadah diisi dalam paket plastik dan disorok dalam pemain DVD sebelum dipos ke negara ini menggunakan syarikat kurier dari beberapa negara, antaranya Afrika dan China.

“Ia dibuat dalam jumlah yang kecil bagi mengelak mudah dikesan, namun aktiviti itu dilakukan berulang-ulang. Dalam tempoh di antara 20 Februari hingga semalam (kelmarin), kita sudah pun mematahkan beberapa penghantaran membabitkan 4.9kg syabu dan menahan tujuh ahli sindiket,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Bekas Presiden Perancis, isteri dakwa penasihat


2014/03/08

PARIS: Bekas Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy dan isterinya, Carla Bruni memfailkan saman membabitkan rakaman audio mereka yang dibuat secara rahsia oleh penasihatnya ketika kempen pilihan raya 2012, kata peguam pasangan itu semalam.

Pendedahan Patrick Buisson yang rapat dengan Sarkozy merakamkan perbincangan selama beberapa jam antara pemimpin konservatif itu dengan rombongannya mencetuskan kegemparan dalam parti UMP beberapa minggu sebelum pilihan raya tempatan.


Bertanding pilihan raya presiden 2017

Sarkozy dijangka bertanding dalam pilihan raya presiden 2017 selepas tewas kepada Francois Hollande dua tahun lalu.

“Nicolas Sarkozy dan Carla Bruni-Sarkozy tidak dapat menerima bahawa apa-apa yang dicakapkan secara peribadi dirakamkan dan disiarkan tanpa persetujuan mereka,” kata peguam Thierry Herzog dan Richard Malka dalam satu kenyataan.

“Mereka memutuskan untuk membuat dakwaan melalui satu proseding tergempar tidak lama lagi yang akan difailkan di Mahkamah Paris Grand Instance,” kata mereka.

“Melindungi rahsia perbualan peribadi adalah satu daripada prinsip asas sebuah masyarakat demokrasi.”
Petikan rakaman itu disiarkan minggu ini melalui Le Canard Enchaine dan halaman berita sayap kanan, Atlantico.fr.

Peguam Buisson, Gilles-William Goldnadel berkata bahawa rakaman itu adalah tulen. Katanya anak guamnya membuat rakaman itu untuk tujuan penyelidikan bersejarah dan tidak berniat untuk didedahkan kepada umum.

Dalam petikan yang disiarkan, Sarkozy kedengaran membincangkan strategi pilihan raya dan satu rombakan Kabinet pada 2011 manakala Bruni dirakamkan berjenaka mengenai bagaimana beliau terpaksa menghentikan karier peragaan beliau ketika bergelar wanita pertama Perancis.

“Saya ingat saya mengahwini seorang lelaki yang bergaji. Saya mendapat kontrak besar dan sekarang tiada apa-apa,” katanya sambil menambah jika Sarkozy kalah dalam pilihan raya beliau akan aktif semula dan mula menjual krim anti kedutan.

Media Perancis berkata lebih banyak yang akan didedahkan melalui rakaman yang dibuat pada 2011 itu.

Goldnadel berkata rakaman terbabit yang dibuat Buisson menggunakan alat yang diletakkan dalam poketnya kemudian dimuat naik dalam komputer peribadinya itu dicuri dari Buisson dan beliau akan memfailkan aduan kerana kecurian oleh orang yang tidak dikenali. – Agensi

Nasib baik peluru tak tembus kereta


2014/03/08

Chukai: “Nasib baik peluru itu tidak tembus, jika tidak, anak saya mungkin cedera,” kata Johan Sidek, 50, selepas kereta yang dinaiki mereka empat beranak terkena sebutir peluru sesat dekat Gebeng, Kuantan, Pahang kelmarin.

Beliau mendakwa peluru sesat itu dipercayai dari lapang sasar sebuah agensi penguatkuasaan berdekatan.


Mahu beli buku sekolah anak

Katanya, ketika kejadian, dia bersama isteri, Rahimah Jamil, 53, serta dua anak perempuan mereka, Nur Suhada, 24, dan Nurul Nabihah,15, dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Tanah Lot, Mak Lagam, Kemaman ke Kuantan untuk membeli buku sekolah anaknya.

“Dalam perjalanan dan setibanya di kawasan itu kira-kira jam 10.50 pagi, tiba-tiba saya terdengar satu letupan kuat sebelum cermin kereta sebelah kanan di bahagian belakang pecah berderai,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Johan berkata, dia segera memberhentikan kenderaannya dan terkejut mendapati ada satu lubang dan percaya ia berpunca daripada tembakan.

"Saya kemudiannya ke kawasan agensi penguatkuasaan terbabit lalu terdengar bunyi tembakan daripada mereka yang menjalani latihan menembak di situ.
Tidak mengaku

“Saya menceritakan perkara itu kepada beberapa anggota penguatkuasaan di situ mengenai kejadian, namun mereka tidak mengaku peluru itu datang daripada pihak mereka,” katanya yang juga seorang kakitangan awam.

Beliau membuat aduan di Balai Polis Beserah, Kuantan, membuat laporan, kira-kira jam 12.20 tengah hari.

“Ketika di balai polis itu, saya membuka panel pintu di bahagian dalam untuk membuang serpihan kaca dan menjumpai sebutir peluru. Peluru terbabit kemudiannya diambil pihak forensik yang datang membuat siasatan sejurus saya membuat laporan," katanya.

Sementara itu Nur Syuhada berkata nasib baik ketika cermin tingkap kereta pecah dia memaling muka bersembang dengan adik, Nurul Nabihah.

“Kalau tiada besi penghadang (dalam pintu kereta) sudah tentu peluru terkena badan saya,” katanya.

4 pengurus kena penjara tujuh hari


2014/03/08
Klang: Hukuman tujuh hari dikenakan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam terhadap empat pengurus kedai selepas mereka mengaku bersalah memiliki 5,668 batang rokok seludup.

Dua warga Indonesia, Heri Fadli, 23 dan Nasrullah, 19; warga India, Kader Ebramza Abupackar, 39 dan warga tempatan Shajahan Am Ismail, 39, didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 135 (1) (iii) (aa) akta sama.


Majistret Mohd Fadli Yaacob turut mendenda semua tertuduh iaitu Heri dengan denda RM1,000, Nasrullah (RM2,000), Kader (RM600) dan Shajahan (RM5,000), selain memerintahkan masing-masing dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Diusir keluar

Tiga tertuduh yang juga warga asing turut diperintahkan mahkamah supaya diusir keluar dari negara ini selepas tamat menjalani hukuman.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan secara berasingan, semua tertuduh didakwa memiliki rokok seludup dengan jumlah keseluruhan 359 kotak bernilai RM524.68 di antara jam 10.30 pagi hingga 11.30 pagi, pada 4 Mac lalu.

Perbuatan berkenaan dilakukan semua tertuduh di tiga premis perniagaan di Apartmen Sri Bayu, Apartment Sri Angkasa, Bayu Perdana dan Taman Chi Liung, Pelabuhan Klang.
Hukuman mengikut Seksyen 135 (1) (iii) (aa) Akta Kastam memperuntukkan denda maksimum 20 kali ganda nilai barang atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Hukuman setimpal

Terdahulu, Pegawai Pendakwa dari Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Mazliza Abdul Hamid, memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal atas alasan kes itu berkepentingan awam.

Bagaimanapun, Heri Fadli dan Nasrullah memohon mahkamah meringankan hukuman dengan hanya memberikan hukuman denda.

Selain itu, Shajahan juga memohon mahkamah meringankan hukumannya atas alasan dia mempunyai tiga anak dan ibu yang perlu dijaga manakala Kader juga mempunyai anak di negara asalnya.

Dua lagi pengikut ‘Tuhan Harun’ didakwa


2014/03/08
Kuantan: Dua lagi pengikut kumpulan ‘Tuhan Harun’ dihadapkan di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, berkaitan tuduhan membunuh Ketua Penolong Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abd Malek, November lalu.

Tertuduh, Shamsinar Abdul Halim dan Jefferi Safar, kedua-duanya berusia 37 tahun, ditahan di Papar, Sabah pada 22 Februari lalu.


Shamsinar dituduh bersama Sumustapha Suradi, 39 dan seorang lagi yang masih bebas, membunuh Ahmad Raffli di Lorong IM2/29, Bandar Indera Mahkota, dekat sini, 10 November lalu.

Dituduh bersama ketua kumpulan

Jefferi pula dituduh bersama ketua kumpulan ajaran sesat itu, Harun Mat Saat, 48; isteri ketiganya, Azida Mohd Zol, 31 dan pemandu mereka, Shaizral Eddie Nizam Shaari, 38, melakukan konspirasi jenayah dengan bersetuju antara mereka dengan niat membunuh Ahmad Raffli.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh, yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan, mereka boleh dihukum mengikut Seksyen 120B(1), yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Cinta sampai rentap nyawa


IPOH: Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan bogel bersama seorang wanita dipercayai kekasihnya dalam sebuah kereta di premis kedai Bandar Cyber belakang sebuah hotel bajet, di sini, kira-kira 9 malam tadi.
Mangsa berusia 58 tahun manakala wanita berkenaan berusia 51 tahun ditemui ahli keluarganya.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam, berkata isteri mangsa dikatakan mencari suaminya selepas dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak kira-kira 6 petang, kelmarin.

"Berikutan itu, isteri mangsa membuat laporan polis pada kira-kira 7.55 petang sebelum mencari mangsa di sekitar Ipoh dan pejabat suaminya di Bandar Cyber.
Foto
POLIS mengangkat satu daripada mayat pasangan kekasih yang ditemui mati dalam keadaan bogel dalam kereta di premis rumah kedai di belakang sebuah hotel bajet di Bandar Cyber, dekat Ipoh. FOTO Ikhwan Munir

"Isteri mangsa kemudian melihat kepulan asap keluar daripada pejabat suaminya dan terpaksa mengumpil pintu premis tersebut.

"Dia kemudian mendapati kereta jenis Proton Wira milik suaminya dalam keadaan enjin dan pendingin hawa kenderaan masih hidup," katanya pada sidang media di tempat kejadian, di sini, malam tadi.

Beliau berkata, isteri mangsa membuat pemeriksaan dan mendapati suaminya bersama seorang wanita lain dalam keadaan bogel dalam kereta itu, sebelum memaklumkan perkara berkenaan kepada polis.

"Bagaimanapun, kedua-dua mangsa disahkan sudah meninggal dunia. Siasatan awal mendapati lelaki terbabit adalah ahli perniagaan," katanya.

Paramasivam berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan kes belum diklasifikasikan sama ada terdapat unsur jenayah atau mati mengejut.

"Siasatan awal mendapati mayat kedua-dua mangsa tidak mempunyai sebarang kecederaan dan polis menunggu laporan forensik sebelum siasatan lanjut dijalankan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/04

Pemuda ditemui mati dalam bilik rumah nenek


Oleh Rosli Ilham

Dungun: Seorang pemuda ditemui mati di dalam bilik rumah neneknya di Kampung Pinang Merah, Paka, di sini, pagi semalam.

Muhamad Hafizudin Abdul Aziz, 22, ditemui mati oleh sepupunya berusia lapan tahun yang kemudian memaklumkan perkara itu kepada bapanya, kira-kira jam 9.30 pagi.


Menurut sumber, bapa saudara mangsa berusia 40 tahun dan isterinya yang tinggal tidak jauh dari tempat kejadian bergegas ke rumah berkenaan untuk kepastian.

“Sebaik bapa saudara mangsa dan isterinya masuk ke dalam bilik terbabit, mereka terkejut menemui mangsa dalam keadaan terlentang dan sudah tidak sedarkan diri,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/08

Motif dadah


Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Seremban: Seorang anggota polis berusia 24 tahun yang disyaki menembak mati seorang pelajar lelaki kolej swasta di sebuah blok Flat Seri Jasmin 3, Mantin, di sini, kelmarin, ditahan beberapa jam selepas kejadian.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa warga Afrika berusia 26 tahun itu ditemui mati terbaring di bawah pokok tempat letak kenderaan blok berkenaan selepas terkena satu das tembakan di kepalanya.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Abdullah Roning berkata, polis yang menjalankan siasatan di lokasi kejadian menemui telefon bimbit mangsa kira-kira 100 meter dari tempat penemuan mayatnya dipercayai tercicir ketika dikejar suspek.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.



Keputusan bedah siasat mengesahkan lelaki itu mati akibat terkena tembakan di bahagian kepala.

“Susulan itu, polis menjalankan siasatan lanjut dan mengesan suspek sebelum menahan seorang anggota polis dipercayai menembak mati mangsa,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, di sini, semalam.

Suspek yang bertugas di Selangor itu ditahan di lokasi berasingan pada hari kejadian bagi membantu siasatan selepas pihaknya mendapati ada kemungkinan dia terbabit dalam kes itu.

Beliau bagaimanapun, enggan mengulas lanjut berhubung penahanan anggota polis terbabit kerana siasatan lanjut masih dijalankan.

Abdullah berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan motif pembunuhan itu mempunyai kaitan dengan aktiviti pengedaran dadah yang didalangi kumpulan senegara dengan mangsa.

“Kemungkinan (motif) ada kaitan dengan dadah.

Dalam aktiviti dadah itu, mereka ada banyak musuh.


Mungkin dia (si mati) melanggar peraturan jadi berlakunya tindak balas, lawan dan sebagainya,” katanya siasatan akan diteruskan termasuk mengesan pembabitan suspek lain.

Katanya, mangsa menuntut di sebuah kolej swasta di Cheras, namun menetap di flat berkenaan bersama beberapa pelajar lain.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/08

Dua sahabat ke tali gantung


Oleh Hadzlihady Hassan

Georgetown: Dua sahabat dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini semalam selepas didapati bersalah mengedar ganja seberat hampir 60 kilogram dua tahun lalu.

Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan berkenaan.

Dalam penghakimannya, Zamani berkata, pembelaan kedua-dua tertuduh bersifat penafian semata-mata dan pihak pendakwaan berjaya membuktikan pertuduhan terhadap tertuduh pertama dan kedua melampaui keraguan munasabah.

“Saya tiada jalan lain dan tertuduh pertama dan kedua didapati bersalah seperti disabitkan dan dikenakan hukuman gantung sampai mati,” katanya.

Terdahulu, tertuduh pertama, Mohd Helmi Anuar Mohd Kassim, 34, dan tertuduh kedua, Rohaidi Sudin, 41, didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Mohd Helmi yang bekerja sebagai tukang rumah dan Rohaidi bekerja sebagai pengawal keselamatan kelihatan tenang ketika mendengar keputusan dan dilihat menoleh ke galeri awam memandang ahli keluarga mereka.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama mengedar ganja seberat 59.1 kilogram di kawasan belukar Kampung Ayer Itam, Merbau Kudong, Sungai Dua, Seberang Perai Utara, jam 2.30 petang, 17 Jun 2012.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Fatimah Talib, manakala Mohd Helmi diwakili peguam Mohd Ismail Mohamed dan Rohaidi diwakili peguam Harpal Singh Gill.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/08

4 pengurus dijel 7 hari


Oleh Sarah Zulkifli

Empat pengurus kedai runcit termasuk tiga warga asing masing-masing dipenjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini, terhadap tuduhan memiliki rokok seludup berjumlah 5,668 batang, Selasa lalu.

Mereka adalah dua warga Indonesia, Heri Fadli, 23, dan Nasrullah, 19, seorang warga India, Kader Ebramza Abupackar, 39, dan warga tempatan, Shajahan Am Ismail, 39.



Majistret Mohd Fadli Yaacob menjatuhkan hukuman itu apabila semua tertuduh mengaku bersalah sebaik tuduhan dibacakan.

Mahkamah turut mendenda semua tertuduh dengan Heri sebanyak RM1,000, Nasrullah (RM2,000), Kader (RM600) dan Shajahan (RM5,000) selain memerintahkan masing-masing dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda itu.

Foto
DARI kiri, Ebramza, Nasrullah, Shajahan dan Heri dibawa ke Mahkamah Majistret Klang.


Selain itu, mahkamah juga memerintahkan tiga tertuduh yang juga warga asing diusir keluar dari negara ini.


Mengikut kertas tuduhan yang dibacakan secara berasingan, semua tertuduh didakwa memiliki rokok seludup dengan jumlah keseluruhan 359 kotak bernilai RM524.68 antara jam 10.30 hingga 11.30 pagi, 4 Mac lalu.

Perbuatan itu dilakukan semua tertuduh di tiga premis perniagaan di Apartmen Sri Bayu, Apartmen Sri Angkasa, Bayu Perdana dan Taman Chi Liung, Pelabuhan Klang.

Mereka masing-masing didakwa mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 135(1)(iii)(aa) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum 20 kali ganda nilai barangan atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, sekumpulan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memeriksa tiga premis itu sebelum menemui rokok seludup berkenaan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa KDRM Mazliza Abdul Hamid memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal dengan alasan kes itu mempunyai kepentingan awam.

Bagaimanapun, Heri Fadli dan Nasrullah yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah meringankan hukuman mereka dengan hanya mengenakan denda.

Selain itu, Shajahan yang juga tidak diwakili peguam memohon mahkamah meringankan hukumannya dengan alasan mempunyai tiga anak dan ibu yang perlu dijaga manakala Kader mempunyai anak di negara asalnya.

Sebelum ini, akhbar melaporkan Ketua Pengarah JKDM Datuk Seri Khazali Ahmad dipetik sebagai berkata, pihaknya akan melumpuhkan kegiatan pengedaran rokok seludup melalui Op Outlet.

Menurutnya, pada tahun ini pihaknya dengan kerjasama agensi penguatkuasaan lain akan memperhebatkan operasi dan 2014 juga disifatkan sebagai ‘tahun tindakan’ bagi melumpuhkan rantaian aktiviti penyeludupan rokok.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/08

Peniaga sorok-sorok jual rokok seludup


Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Kuala Lumpur: Hukuman berat masih tidak cukup untuk menghalang pengedar dan penjual meneruskan aktiviti jualan rokok seludup kerana tinjauan di sekitar ibu kota mendapati masih banyak kedai yang rata-rata dipercayai milik warga asing masih menjual rokok berkenaan yang menghasilkan keuntungan besar.

Tinjauan di beberapa kedai runcit sekitar Kampung Baru dan Jalan Chow Kit di sini, mendapati peniaga tetap menjual rokok seludup antaranya jenis Nusantara, Canyon dan juga Gudang Garam iaitu kegemaran warga asing yang mahukan rokok berharga murah.

Menggunakan taktik menyorok rokok berkenaan dalam stor kedai, berasingan daripada rokok sah, peniaga menjual rokok tersebut kepada pelanggan yang dikenali dan tidak menjualnya kepada orang tidak dikenali.

Langkah itu bagi memastikan kegiatan mereka tidak dibocorkan atau terjual kepada pegawai penguat kuasa yang menyamar berikutan kerajaan mengisytiharkan perang terhadap rokok seludup.

Menurut seorang pembeli yang mahu dikenali sebagai Zaidi, 30, rokok jenis Nusantara menjadi pilihannya sejak lima tahun lalu kerana harga murah berbanding rokok sah.

“Saya tidak mampu membeli rokok jenama terkenal kerana harganya mahal, jadi saya beli rokok Nusantara,” katanya.

Pekerja binaan Indonesia itu mengakui ada perbezaan rasa rokok seludup yang kurang ‘mengancam’ berbanding rokok lain, namun ketika harga rokok yang mahal sekarang ini, rokok berkenaan pilihan terbaik.

Bagaimanapun, menurutnya, rokok seludup semakin sukar diperoleh kerana ada pengedar dan penjual tidak berani mengambil risiko menjualnya secara terbuka kerana bimbang dikesan pihak berkuasa.

“Keadaan itu memaksa kami membelinya secara sembunyi daripada peniaga yang mengenali kami,” katanya.

Seorang lagi pembeli, Ad Afnan Shaharuddin, 27, berkata, dia pernah mencuba menghisap rokok seludup jenis Canyon dan Nusantara, namun disebabkan rasanya kurang sedap berbanding rokok sah, membuatkan dia tidak lagi membeli rokok jenis itu.

Menurutnya, walaupun harga rokok seludup murah, namun dari segi kepuasan dia lebih gemar rokok jenama terkenal walaupun mahal.

“Bagi saya, rokok seludup banyak kesannya.



Saya pernah hisap Gudang Garam, terus batuk dan sakit tekak.

Bagi yang tidak biasa dengan rokok seludup ini, ia mungkin membawa kesan tidak menyenangkan,” katanya.


Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/08

Terkubur hidup-hidup


Oleh Arifin Salleh

Alor Gajah: Hasrat seorang lelaki warga Bangladesh melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya, bulan depan, tidak kesampaian apabila dia mati tertimbus tanah ketika melakukan kerja menanda tanah di Terminal Kenderaan Berat Gangsa, Durian Tunggal, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.30 petang, Alamgir Kamal, 25, dikatakan tertimbus sedalam 3.5 meter selepas tebing konkrit dipijaknya runtuh menyebabkan dia terjerumus ke dalam lubang yang digali untuk kerja pemasangan paip.


Difahamkan, kepala mangsa bersepai dihempap runtuhan konkrit dan mayatnya berjaya dikeluarkan sepasukan anggota bomba dan penyelamat yang dipanggil ke tempat kejadian.

Majikan mangsa dikenali sebagai Harmaci, 51, berkata, sebelum kejadian, dia memberi gaji pertama mangsa berjumlah RM800 dan mangsa memberitahu hendak mengambil cuti untuk menguruskan persiapan perkahwinan dengan gadis pilihan di negara asalnya, bulan depan.

Foto
ANGGOTA bomba mengalihkan timbunan tanah dalam usaha mengeluarkan mayat mangsa.
Foto
MAYAT mangsa ditutupi kain selepas dikeluarkan dari lubang sedalam 3.5 meter.


“Saya sempat berbual panjang dengan mangsa sebelum beredar dari lokasi untuk mengambil anak pulang dari sekolah.


“Beberapa jam kemudian, saya dihubungi seorang pekerja memaklumkan mangsa terbabit dalam kemalangan lalu bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, saya lihat anggota bomba dan polis bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang tertimbus di dalam lubang berkenaan,” katanya ketika ditemui di perkarangan Bilik Mayat Hospital Alor Gajah, di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh Penolong Kanan Penguasa Bomba Wan Azlan Abd Jalil berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada jam 3.45 petang dan sepasukan anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa didapati tertimbus dalam lubang sedalam 3.5 meter yang digali untuk kerja pemasangan paip dan mayatnya berjaya dikeluarkan dalam masa 20 minit.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/08

Kurier ‘DVD lalok’

Oleh Iskandar Shah Mohamed
Kuala Lumpur: Bagi mengaburi pihak berkuasa negara ini, sindiket pengedaran dadah antarabangsa didalangi warga Afrika terutama dari Nigeria yang sebelum ini menggunakan ‘keldai’ bagi membawa masuk dadah, kini menggunakan perkhidmatan syarikat penghantaran kurier dan pos laju untuk menyeludup masuk dadah berskala kecil.
Difahamkan, dadah berkenaan yang diperoleh dari beberapa negara luar, biasanya seberat antara 300 gram hingga 1.5 kilogram disembunyikan dalam pelbagai barangan persendirian yang dikirim menggunakan perkhidmatan berkenaan, termasuk pemain cakera padat video digital (DVD).
Walaupun dalam jumlah kecil, penyeludupan dadah berkenaan dilakukan secara kerap selain dikatakan turut mendapat kerjasama sindiket pengedaran tempatan.
Taktik terbaru itu bagaimanapun berjaya dibongkar Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman yang mematahkan beberapa cubaan penyeludupan dadah terutama di Lembah Klang antara 20 Februari sehingga kelmarin.
Foto
NOOR Rashid menunjukkan DVD yang mengandungi dadah.
Sehingga kini, selain seorang lelaki tempatan, enam warga asing termasuk tiga wanita dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dari Nigeria dan Uganda berusia antara 22 hingga 42 tahun ditahan untuk siasatan. 
Dalam enam serbuan yang dijalankan itu, 4.9 kilogram dadah jenis syabu dianggar bernilai kira-kira RM900,000 dirampas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, pemerhatian pihaknya mendapati sindiket pengedaran dadah antarabangsa itu menyeludup dadah dalam kuantiti kecil yang disorok dalam barangan persendirian dihantar menggunakan kurier.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya


Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/08

Polis Riau buru empat disyaki bakar hutan


Riau: Polis melancarkan gerakan memburu empat orang disyaki melakukan pembakaran membersihkan tanah hutan di sini.

Ketua polis Riau Brigadier Jeneral Condro Kirono berkata, polis sedang menyiasat tujuh kes membabitkan kebakaran hutan dan ladang dengan satu daripadanya membabitkan sebuah syarikat.

Dia bagaimanapun tidak mendedahkan nama syarikat terbabit.

“Individu diburu adalah pelabur dan penjual kawasan diwartakan untuk pemuliharaan,” katanya.


Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNCB) melaporkan 10,502 hektar tanah hutan di Riau dibakar mengakibatkan jerebu tebal di kawasan itu selain mengganggu kehidupan seharian.


Ketuanya Syamsul Maarif berkata, 99 peratus daripada kebakaran itu sengaja dilakukan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/08

Lelaki buta nyaris digilis kereta api


Los Angeles: Seorang lelaki buta bernasib baik kerana masih hidup selepas terjatuh ke atas landasan kereta api ketika kenderaan itu hampir tiba ke stesen berkenaan.

Jurucakap Lembaga Pengangkutan Bandar Raya Los Angeles berkata, lelaki itu tidak mengalami sebarang kecederaan apabila dia terus berbaring dan kereta api yang terpaksa brek mengejut itu berhenti betul-betul di atasnya.


“Syukurlah, kereta api berkenaan ‘melanggar’ lelaki terbabit tetapi dia tidak cedera,” kata jurucakap LA Metro, Paul Gonzales ketika ditemui.

“Pada pandangan saya, ini adalah suatu keajaiban.


“Lelaki itu sangat bernasib baik kerana masih hidup,” kata Paul.


Lelaki berusia 47 tahun itu terjatuh dari platform di stesen Wilshire dan Vermont yang terletak di Koreatown bandar berkenaan ketika kereta api Red Line terbabit menghampiri stesen berkenaan. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/08

Dua beradik tauke pil kuda diberkas dalam Op Tapis


BACHOK - Polis menahan dua beradik bersama 100 biji pil kuda di Kampung Wakaf Pohon Tanjung, Perupok di sini malam kelmarin.
Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, mereka ditahan dalam Op Tapis bagi membanteras penagihan dan pengedaran dadah di kawasan berkenaan.
"Dalam serbuan kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, kedua-dua adik-beradik tersebut cuba melarikan diri menyebabkan berlaku sedikit pergelutan sebelum mereka berjaya ditangkap.
"Hasil pemeriksaan yang dilakukan terhadap dua beradik itu, polis menemui 100 biji pil kuda dalam satu bungkusan plastik di dalam poket seluar salah seorang daripada mereka," katanya kepada pemberita selepas mengadakan program lawatan mesra polis bersama masyarakat di pasar tani pekan Jelawat di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0308&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2vJzJeQ6o 
Hakcipta terpelihara 

Siasat syarikat urus kahwin ekspres



ANTARA kad bisnes syarikat yang menguruskan perkahwinan ekspres yang diedar kepada orang ramai.


KUALA LUMPUR – Persatuan Peguam Syarie Malaysia menggesa pihak berkuasa supaya menyiasat dengan teliti syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan ‘kahwin ekspres’ yang kini secara terbuka dan berani mempromosikan perniagaan mereka.
Presidennya, Musa Awang berkata, sebelum ini sindiket itu bergerak secara sembunyi dan hanya mempromosikan kegiatan masing-masing di internet serta laman sosial, namun kini mereka bergerak aktif dengan mengedarkan iklan dan kad nama syarikat masing-masing kepada orang ramai secara terbuka.
“Ayat-ayat yang digunakan dalam risalah yang diedarkan kepada orang ramai menunjukkan bahawa mereka mampu menyelesaikan beberapa masalah berkenaan kesukaran bernikah di Malaysia.
“Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah menyelesaikan masalah mengandung tanpa surat nikah dan dapat menutup aib jika belum berkahwin,” katanya pada sidang akhbar di kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0308&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2vJynD3L1 
Hakcipta terpelihara 

Komik Ultraman salah guna kalimah


KUALA LUMPUR - Watak Ultraman King dalam buku Ultraman The Ultra Power yang digelar sebagai 'Allah' merupakan punca utama naskhah tersebut diharamkan penerbitannya di negara ini.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kenyataan memberitahu, penggunaan watak tersebut boleh mengelirukan pemikiran pembaca buku tersebut yang kebanyakannya kanak-kanak.
Kenyataan itu menegaskan, kalimah Allah adalah suci bagi umat Islam di Malaysia dan ia adalah perkara sensitif serta boleh mencetuskan provokasi sekiranya disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0308&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2vJyaSSyq 
Hakcipta terpelihara 

Geng lerai motosikal tumpas

Oleh SAHLIZAH MOHAMED


CHANG KEONG (kiri) menunjukkan rangka motosikal yang dicuri Geng Kimi pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, Perak semalam.


IPOH – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket curi motosikal yang aktif di sekitar Jelapang di sini sejak dua bulan lalu dengan tertangkapnya tiga lelaki termasuk seorang remaja berusia 16 tahun semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, kumpulan yang dikenali Geng Kimi itu dipercayai hanya menyasarkan motosikal Honda EX5 yang diparkir di lokasi tumpuan awam termasuk beberapa buah pasar raya besar di sini.
Katanya, dalam kejadian pukul 4 pagi itu, sepasukan polis yang sedang menjalankan rondaan Op Lejang di Taman Wing Onn di sini telah terserempak dengan dua suspek dalam keadaan mencurigakan sebelum mengejar mereka sehingga ke Kampung Tawas di sini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0308&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2vJyOOETM 
Hakcipta terpelihara