Search This Blog

Friday, March 7, 2014

Kakitangan Jakim maut rempuh treler


IZWAN ROZLIN
7 Mac 2014
Kakitangan Jakim maut rempuh treler
Kakitangan Jakim maut rempuh treler Mayat mangsa dibawa ke Hospital Banting untuk bedah siasat.
Kakitangan Jakim maut rempuh treler
MyKad dan pas pekerja mangsa.



BANTING – Seorang kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan treler di kilometer 17.5 Lebuh raya Elite arah utara berhampiran Saujana Putra, kira-kira 4.50 petang, semalam.

Mangsa Norhamizan Remeli, 28, yang menunggang motosikal Yamaha Lagenda dikatakan merempuh bahagian belakang treler berkenaan yang berhenti di lorong kecemasan selepas tayarnya pancit.

Sumber polis memaklumkan, mangsa maut serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Mangsa bekerja di Jakim Putrajaya,  dan kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Sri Indah B, Sungai Buloh,” katanya.

Treler berkenaan difahamkan dalam perjalanan menghantar barang ke Pelabuhan Klang.

Pemandu treler berusia 37 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Banting bedah siasat dan kes disiasat dibawa Seksyen 41(1)  Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pemandu tersepit diseret 1.5km


KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN
7 Mac 2014

Pemandu tersepit diseret 1.5km
Pemandu tersepit diseret 1.5km Arshad tercampak keluar dari lori dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.



GUNUNG SEMANGGOL - Gara-gara terlelap, dua lelaki maut dalam kemalangan ngeri membabitkan sebuah lori muatan ayam dan sebuah treler yang berlaku di Kilometer 185.9 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah selatan, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, dalam kejadian jam 3.25 pagi itu, mangsa, Abdul Halim Siron, 46, yang merupakan pemandu lori ayam dan kelindannya, Arshad Saad, 48, maut di tempat kejadian setelah kenderaan dinaiki mereka hilang kawalan sebelum merempuh bahagian belakang treler muatan besi yang sedang bergerak di laluan lorong perlahan.

Menurutnya, lori muatan ayam dinaiki kedua-dua mangsa ditemui remuk teruk apabila dipercayai berlanggar dan melekat di bahagian belakang treler terbabit, sebelum diseret sejauh 1.5 kilometer (km) dari lokasi kejadian.

“Berikutan kemalangan ngeri itu, pemandu lori ayam berkenaan dipercayai maut setelah tersepit pada bahagian tempat duduk pemandu.

“Manakala kelindannya yang sedang tidur, difahamkan tercampak keluar melalui bahagian cermin hadapan lori dan digilis tayar hadapan lori sebelum ditinggalkan di tengah jalan setelah lori terbabit melekat pada bahagian belakang treler,” katanya sewaktu ditemui media, semalam.

Mat Fauzi berkata, berdasarkan keterangan saksi kejadian, pemandu treler terbabit menyedari bahagian belakang kenderaannya itu seolah-olah dilanggar sesuatu dan segera memperlahankan treler.

Menurutnya, setelah treler itu diberhentikan sejauh 1.5 kilometer dari lokasi kejadian, pemandunya terkejut mendapati sebuah lori melekat pada belakang kenderaan itu, manakala pemandu lori terbabit tersepit pada stereng lori.

“Pemandu treler berkenaan segera melaporkan kejadian itu kepada polis dan hasil siasatan kami mendapati kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian setelah cedera parah di bahagian dada, pecah tempurung kepala dan hancur sebahagian tubuh badan.

“Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Bagan Serai terpaksa mengambil masa lebih 10 minit untuk mengeluarkan mayat pemandu lori berkenaan yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu, manakala mayat kelindan lori hanya ditemui kira-kira 800 meter dari lokasi treler diberhentikan,” katanya.

Mat Fauzi berkata, kedua-dua mayat mangsa segera dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat dan dituntut ahli keluarga kira-kira jam 10 pagi semalam.

Menurutnya, berdasarkan keterangan ahli keluarga mereka, kedua-dua mangsa sedang dalam perjalanan menghantar bekalan ayam hidup dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang ke Kuala Lumpur, manakala treler muatan besi sedang menuju ke Taiping dari arah Pulau Pinang.

“Polis tidak menolak kemungkinan kedua-dua mangsa yang berasal dari Bukit Mertajam mungkin terlelap dan mereka hanya menyedari lori dinaiki melanggar bahagian belakang treler berdasarkan kesan geseran tayar yang berjarak tidak sampai satu meter dari lokasi kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.

Dalam pada itu, Mat Fauzi menggesa pengguna jalan raya agar memandu dengan lebih berhemah di kawasan Lebuhraya Plus, terutamanya sewaktu melalui Kilometer 180 hingga Kilometer 190 dari kedua-dua arah yang dikenal pasti pihaknya sebagai laluan maut.

'Saya tak cari masalah dengan mak'


RUBIAH OMAR
7 Mac 2014

'Saya tak cari masalah dengan mak'
'Saya tak cari masalah dengan mak' Arshad dihadapkan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.



KUALA TERENGGANU - “Saya bukan cari masalah dengan mak, tapi sebenarnya mak yang cari masalah dengan saya. Mak sengaja reka cerita sebab dia memang nak cari punca supaya saya kena kurung.

“Bila saya kena kurung, mak memang akan senang hati sebab setiap kali dia tidak mahu bagi duit yang saya minta, saya akan pegang pisau ugut dia,” demikian alasan Arshad Shafie, 41, selepas mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap ibunya, di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Celoteh Arshad di dalam kandang tertuduh itu turut menggamatkan seketika suasana di kamar mahkamah dengan gelak tawa orang awam yang berada di galeri awam mahkamah berkenaan.

Terdahulu, Arshad mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah dengan menggunakan sebilah pisau terhadap ibunya, Asmah Sulaiman, 62, dengan niat hendak menyebabkan kematian kepada warga emas itu.

Arshad yang memiliki rekod pesakit mental sejak 20 tahun lalu mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan itu di kediaman mereka di Kampung Batu Enam, di sini, pada 28 Januari lalu, jam lebih kurang 7.10 malam.

Dengan itu, Arshad mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor L Rathna di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi.

Sejurus pengakuan tidak bersalah Arshad direkodkan dan mendengar celotehnya itu, Rozianti mengarahkan Arshad dihantar ke Hospital Permai Tampoi, Johor Bharu, bagi mendapatkan rawatan.

Rozianti kemudian menetapkan 2 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kesihatan.

Sebelum itu, Arshad dengan penuh yakin memaklumkan kepada mahkamah yang dia akan membela dirinya sendiri kerana tidak mempunyai wang untuk melantik peguam.

Seorang ditahan berhubung kes bunuh pelajar Afrika


7 Mac 2014


NILAI - Seorang lelaki tempatan ditahan untuk disiasat berhubung kes pembunuhan seorang pelajar Afrika di Mantin semalam.

Suspek berumur 24 tahun.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdullah Roning berkata pihak polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sejauh mana penglibatan suspek dalam kes tersebut.

"Pihak polis juga akan memanggil beberapa orang saksi termasuk rakan mangsa. Kita akan menjalankan siasatan dalam segenap sudut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mangsa yang berumur 26 tahun merupakan pelajar sebuah kolej swasta di Cheras, Kuala Lumpur tetapi tinggal di sini.

Abdullah berkata laporan bedah siasat mendapati kesan luka pada kepala mangsa adalah akibat terkena tembakan.

Mayat mangsa ditemui di bawah pokok di kawasan tempat letak kenderaan di sebuah apartmen kira-kira 5.30 petang semalam. - Bernama

Syarikat minuman dikesan guna logo tak sah


7 Mac 2014


MELAKA - Sebuah syarikat tempatan yang mengeluarkan minuman penjagaan kesihatan dan kecantikan dikesan menipu dengan menggunakan tiga logo perakuan tidak sah pada produknya.

Presiden Lembaga Perlindungan dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Datuk Seri Prof Dr Saharuddin Awang Yahya berkata, produk berasaskan buah-buahan termasuk epal hijau dan anggur itu menggunakan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, SIRIM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tidak mendapat kelulusan daripada agensi itu.

"Produk yang didakwa berfungsi merangsang pertumbuhan sel baharu dengan lebih optimum itu juga didapati menggunakan nombor paten bagi produk kosmetik," dakwanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

LPKPM juga sedang mendapatkan pengesahan daripada KKM sekiranya bahan di dalam produk itu selamat digunakan, katanya.

Saharuddin berkata, setakat ini pihaknya menerima 10 aduan daripada pengguna berhubung kesahihan logo pada produk yang menjadikan seorang pelakon dan penyanyi terkenal sebagai duta.

Justeru itu, beliau menasihatkan golongan artis yang dilantik sebagai duta minuman dan produk kecantikan, kesihatan serta kosmetik agar lebih peka dan bertanggungjawab dalam memilih produk dan tidak hanya memikirkan soal bayaran yang diterima.

Dalam pada itu, katanya LPKPM sedang menyiasat lima lagi produk makanan kesihatan yang sedang popular di pasaran bagi mendapat pengesahan status keselamatan dan kelulusannya daripada pihak berkuasa. - Bernama

Warga Sri Lanka didakwa miliki 72 kad bank palsu


7 Mac 2014

SHAH ALAM - Dua lelaki warga Sri Lanka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 72 pertuduhan memiliki kad bank antarabangsa palsu.

Kabilthev Naguleswaran, 33, dan Shanmugaraja Shabesan, 26, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan dalam bahasa Tamil oleh jurubahasa mahkamah di depan Hakim Datuk Noradida Ahmad.

Noradida tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin dan menetapkan tiga hari sebagai perbicaraan bermula 14 Mei.

Beliau turut menetapkan 27 Mac ini untuk menyebut semula kes itu bagi urusan dokumentasi.

Mengikut pertuduhan, Kabilthev dan Shanmugaraja memiliki kad ATM, kad debit serta kad kredit palsu yang mengandungi nombor akaun bank antarabangsa dan mengakibatkan kerugian berjumlah kira-kira USD15,000 (RM48,834).

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di W-25-08, Axis Sohu, Jalan Cempaka, Taman Cempaka, Ampang Jaya pada 7.50 malam 17 Februari lepas mengikut Seksyen 474 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda.

Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya, Faten Hadni Khairuddin manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam C Vignesh Kumar. - Bernama

Polis tahan 7 suspek, rampas syabu RM900,000


7 Mac 2014

KUALA LUMPUR - Polis melumpuhkan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas menahan tujuh suspek termasuk enam warga asing dan merampas 4.9 kilogram dadah Syabu bernilai RM900,000 dalam enam operasi di sekitar Lembah Klang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, sepanjang operasi sejak 20 Feb hingga semalam, polis menahan tiga lelaki Nigeria, tiga wanita warga Uganda dan seorang lelaki tempatan berusia antara 22 dan 42 tahun.
   
Beliau berkata, modus operandi sindiket itu ialah menyeludup dadah menerusi perkhidmatan pos laju dan kurier dengan menyorokkannya dalam pelbagai barangan persendirian termasuk peralatan cakera padat DVD.
   
"Kumpulan ini menggunakan taktik menyeludup bekalan dadah dalam jumlah yang kecil bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, namun ia dilakukan secara kerap.
   
"Kita mendapati ketiga-tiga lelaki Nigeria itu adalah penuntut di sebuah kolej di Lembah Klang namun siasatan masih diteruskan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini.
   
Noor Rashid berkata, latar belakang tiga wanita Uganda itu masih disiasat.
   
Beliau berkata kesemua suspek ditahan mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk membantu siasatan.
   
Menurutnya sepanjang dua bulan lepas, JSJN menahan 33,702 individu yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah berbanding 30,293 orang dalam tempoh sama tahun lepas.
   
Jumlah tangkapan meningkat sebanyak 11 peratus, katanya. - Bernama

Satu lagi mayat remaja ditemui


7 Mac 2014


GEORGETOWN - Mayat seorang lagi remaja lelaki yang dilapor lemas di Pantai Ashen, Permatang Damar Laut, dekat sini, ditemui hari ini.

Mayat Hung Gui Rui, 14, ditemui terapung dalam keadaan tertiarap oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira sembilan meter dari pantai pada 6.45 pagi.
   
Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Siti Nor Salawati Saad ketika dihubungi berkata, mayat Gui Rui dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat.  
   
Gui Rui dan rakannya Khoo Chong Chun, 14, dilapor hilang di laut ketika mandi selepas mencari siput bersama empat lagi rakan mereka pada 6 petang semalam.
   
Mayat Chong Chun ditemui orang awam pada 6.49 petang semalam, tidak jauh dari kawasan dia dilaporkan mandi. - Bernama

Punca komik 'Ultraman The Ultra Power' diharamkan


WARTAWAN SINAR HARIAN
7 Mac 2014
Ultraman


SHAH ALAM - Penggunaan kalimah ALLAH dalam komik 'Ultraman The Ultra Power' dipercayai menjadi punca mengapa ia diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menurut KDN, watak Ultraman King yang digambarkan seperti ALLAH, jelas boleh mengelirukan pemikiran kanak-kanak terhadap sifat ALLAH.

Tambah KDN, perintah larangan terhadap bahan penerbitan ini juga disebabkan watak Ultraman menjadi idola kepada kanak-kanak.

Oleh itu, KDN telah mewartakan larangan terhadap buku itu, berkuat kuasa 18 Februari lalu mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

"Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan.

"Mereka yang disabitkan melakukan kesalahan menerbitkan bahan bacaan seperti ini boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali," demikian menurut KDN dalam satu kenyataan.

Buku dalam bahasa Melayu itu adalah terbitan Resign Publications, manakala pencetaknya ialah Network Printers.

Dihukum penjara 42 bulan


NIK MUHD RAFIQ ABD GHANI
7 Mac 2014
Dihukum penjara 42 bulan
Dihukum penjara 42 bulan Rabiatul diiringi polis ke Mahkamah Majistret Dungun untuk proses pendakwaannya, semalam.



DUNGUN - Gara-gara membuat laporan polis palsu, seorang wanita terpaksa meringkuk di dalam penjara selama 42 bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Dungun, di sini, semalam.

Rabiatul Adawiyah Mamat, 28, beralamat di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan Paka, Jalan Santong dijatuhi hukuman itu selepas didapati bersalah membuat laporan palsu berhubung kehilangan anaknya pada jam 12.01 tengah hari, 18 Januari 2014.

Dalam laporan tersebut, tertuduh mendakwa anaknya hilang selepas ditinggalkan dalam sebuah kereta di hadapan sebuah restoran di Kuala Paka.

Bagaimanapun, selang beberapa hari selepas laporan itu dibuat, anak perempuannya, Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah, 2, ditemui mati di sebuah rumah kosong di Seberang Paka.

Majisret, Hazawani Hussain Bustari selepas mengambil kira rayuan tertuduh yang memohon agar hukuman diringankan mengarahkan tertuduh dipenjarakan selama 42 bulan dan hukuman berjalan bermula dari tarikh dia ditangkap.

Rabiatul yang tidak diwakili peguam kemudian dihantar ke Penjara Pengkalan Chepa untuk proses hukuman.

Pada 23 Januari lalu, Sinar Harian melaporkan ibu kanak-kanak berusia dua tahun yang mati dibunuh, mengakui membuat laporan palsu mengenai kehilangan anaknya sebelum ini kerana mendakwa dipaksa teman lelakinya yang juga suspek utama kes.

Budak jatuh dari tingkat tiga


NORAFIZA JAAFAR
7 Mac 2014

Budak jatuh dari tingkat tiga
Budak jatuh dari tingkat tiga Siti Zuraidah menunjukkan lokasi Arsyad terjatuh.



RAWANG – Niat bersuka-suka seorang kanak-kanak bersama sepupunya bermain, berakhir dengan tragedi.

Mangsa, kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dilaporkan kritikal  di wad unit kawalan rapi (ICU) Hospital Selayang, selepas terjatuh dari tingkat tiga pangsapuri Rawang Putra di sini, jam lima petang Selasa lalu.

Menceritakan kejadian, jiran mangsa, Suraya Mohd Yusof, 42, berkata, Mohd Alif Arsyad Rashid dilihat bermain bersama sepupunya di salah satu unit kosong di tingkat tiga.

“Saya dan beberapa orang yang melihat ada menegur jangan bermain di situ sebab besi pengadang tingkap rumah itu rosak dan berbahaya.

“Selepas beberapa minit terdengar bunyi kecoh termasuk ibunya yang meminta bantuan. Ketika keluar melihat, saya lihat mangsa tidak sedarkan diri dan mengalami pendarahan teruk di bahagian muka dan kepala,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, kejadian disedari seorang penghuni yang berada di tingkat bawah apabila melihat Arsyad duduk bersandar pada tiang dalam keadaan berdarah.

“Sepupunya juga tak sedar Arsyad terjatuh dan menyangka dia balik ke rumah.

“Mangsa di bawa ke hospital dengan bantuan salah seorang jiran dan difahamkan seluruh badannya terjatuh dalam longkang dan sempat bangun dari tempat kejadian,” katanya.

Sementara itu, ibu saudara mangsa, Siti Zuraidah Moosa, 29, berkata, anak saudaranya mengalami kecederaan patah kaki kanan, pergelangan tangan kanan mengalami keretakan sementara tulang pipi turut retak.

“Dia akan menjalani pembedahan pada bahagian mukanya kerana mengalami kecederaan teruk disebabkan jatuh dalam keadaan tertangkup.

“Arsyad ketika ditemui masih mampu bercakap dan menceritakan kejadian kepada ibunya dan mengaku tergelincir jatuh tanpa ditolak sesiapa,” katanya.

Larang jual minuman isotonik


7 Mac 2014

RIYADH - ARAB SAUDI.  Tindakan Arab Saudi melarang penjualan minuman bertenaga atau isotonik mengundang rasa terkejut kepada pengeluar menyebabkan kerugian besar kepada industri minuman di negara itu.

Minggu lalu, pihak berkuasa Saudi mengharamkan pengiklanan, tajaan dan penjualan minuman bertenaga di kelab sukan serta bangunan kerajaan atas sebab kesihatan.

Larangan dibuat selepas Kementerian Dalam Negeri mendapati, minuman bertenaga mampu memberi kesan buruk kerana mengandungi kandungan gula yang tinggi.

Difahamkan, mulai minggu ini setiap minuman bertenaga yang dijual di negara itu perlu memaparkan tanda amaran kesihatan.

Jurucakap Firma Penyelidikan Euromonitor Antarabangsa berkata, larangan terbabit menyebabkan pengeluaran minuman terbabit menurun di pasaran.

"Disebabkan pengeluarnya dihadkan, maka harga untuk setin minuman itu akan mahal sama  seperti minuman berkarbonat," katanya. - Al Arabiya

Datuk rayu dibebaskan


RUBIAH OMAR
7 Mac 2014
Datuk rayu dibebaskan
Datuk rayu dibebaskan  Muhamad (tengah) ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, semalam.



KUALA TERENGGANU - “Saya merayu agar mahkamah membenarkan saya dibebaskan dengan jaminan kerana saya kini menghidap sakit jantung,” demikian rayuan Muhamad Abdullah, 68, selepas mengaku tidak bersalah atas dakwaan merogol seorang remaja, di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Warga emas yang beralamat dari Taman Medan Jaya, Marang, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas dakwaan merogol mangsa yang dipercayai cucu saudaranya sendiri ketika mangsa berusia 14 tahun dan tiga bulan.

Dia didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di sebuah rumah di Kampung Nibong, Hulu Terengganu, lebih kurang jam 8 malam, pada 6 Ogos tahun lalu.

Dengan itu, Muhamad didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Zafirah Rosli di hadapan Hakim Aslam Zainuddin manakala Muhamad tidak diwakili peguam.

Sejurus pengakuan tidak bersalah Muhamad direkodkan serta rayuannya dipertimbangkan, Aslam membenarkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin sebelum menetapkan 7 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen.

Terdahulu, mahkamah terpaksa membenarkan Muhamad yang secara tiba-tiba diserang sakit jantung berbaring di atas bangku dalam kandang pesalah sambil mendengar kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Mayat wanita ditemui dalam semak


7 Mac 2014

KUANTAN - Seorang wanita ditemui mati di dalam semak berhampiran rumahnya di Kampung Lubuk Payang, Mentakab pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat tersebut kira-kira pukul 10.20 pagi.

Mayat R. Esther Maragathan, 54, ditemui lengkap berpakaian.

"Menurut keluarganya, mangsa yang dikatakan tidak siuman itu tinggal sendirian di rumah berkenaan," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pihak polis tidak menemui sebarang tanda kecederaan pada badan mangsa. - Bernama

Murid tahun 3 hisap ganja


Sonora: Polis di bandar di tengah California ini melancarkan siasatan bagi mengenal pasti bagaimana tiga murid tahun tiga yang ditangkap menghisap ganja memperoleh dadah itu.

Ketua polis Sonora, Mark Stinson berkata, murid berusia lapan dan sembilan tahun itu ditangkap menghisap ganja oleh seorang murid lain di Sekolah Rendah Sonora minggu lalu.


Superintenden Leigh Shampain memberitahu KPIX-TV, murid itu menghisap dadah itu dalam tandas sekolah.

Murid yang melihat perbuatan mereka memberitahu kakitangan sekolah yang kemudiannya menghubungi polis.


Mereka diikat jamin oleh ibu bapa masing-masing.


Mark berkata, pihaknya kini berusaha untuk mengenal pasti kemungkinan ada orang yang membekal dadah itu kepada murid terbabit. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/07

Gempa bumi landa Kepulauan Mariana


2014/03/06

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter melanda Kepulauan Mariana pada jam 1.42 tengah hari tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini pusat gempa itu ialah 1,962 kilometer di tenggara Yokosuka, Jepun dan 3,320 kilometer di timur laut Kinabatangan, Sabah.


Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami. - BERNAMA 

Bayi 4 bulan alami pendarahan otak, disyaki didera


2014/03/06

IPOH: Seorang bayi perempuan berusia empat bulan mengalami pendarahan dalam otak disyaki akibat didera.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong, berkata bayi itu yang kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini berada dalam keadaan stabil.


"Doktor memaklumkan tiada kesan kecederaan luaran, hanya ada kesan gegaran pada otak bayi. Hasil CT scan menunjukkan mangsa mengalami pendarahan dalam otak," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, bayi itu dibawa ke HRPB oleh ibu dan bapa mangsa yang tinggal di Taman Pulai Jaya, Simpang Pulai dekat sini.

Katanya, ibu mangsa yang berumur 30 tahun adalah seorang pekerja kilang manakala bapa mangsa, 40, adalah anggota tentera.

"Laporan polis dibuat oleh doktor di HRPB pada pukul 10.45 pagi ini," katanya.

Beliau berkata polis sedang mengambil keterangan ibu bapa serta pengasuh mangsa. Suspek kes itu masih belum dikenal pasti.
- BERNAMA

Remaja lemas, rakan hilang ketika cari siput


2014/03/06

BALIK PULAU: Seorang remaja berusia 14 tahun lemas manakala rakannya hilang ketika mencari siput di Pantai Ah Sen, di sini kira-kira jam 5 petang tadi.

Mayat mangsa ditemui orang awam kira-kira jam 6.50 petang.


Operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa difahamkan akan dihentikan berikutan hari semakin gelap. 

Remaja mengaku liwat budak


2014/03/06
Ayer Keroh: Seorang remaja lelaki mengaku salah melakukan persetubuhan luar tabii ke atas seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh di sebuah rumah di Pantai Kundor, Tanjung Kling di sini, Januari lalu.

Remaja berusia 16 tahun itu membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Syajaratudur Abd Rahman sejurus pertuduhan dibacakan.


Dia didakwa melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii terhadap kanak-kanak berusia tujuh tahun tanpa kerelaan mangsa di sebuah rumah di Batu 9, Pantai Kundor, Tanjung Kling, Januari lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam yang mengendalikan kes itu menawarkan mahkamah jaminan RM3,500 sementara menantikan laporan akhlak tertuduh.

Ibu tertuduh yang menemaninya sepanjang prosiding, merayu jaminan dikurangkan. Ini kerana, dia adalah seorang ibu tunggal berpendapatan kurang daripada RM900 sebulan serta menanggung tiga anak, termasuk dua anak melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi.

Tiga ditahan cuba seludup kereta curi


2014/03/06
Jitra: Polis menahan tiga lelaki termasuk seorang warga Thailand kerana dipercayai cuba menyeludup keluar kenderaan curi ke negara jiran di Kampung Bukit Kechil, Changlun di sini, kelmarin.

Suspek ditahan ketika menunggu untuk menyeberangi sempadan dengan memandu Honda CRV dan Honda Civic, kira-kira jam 6.30 petang.


Mereka ditahan dalam operasi khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah dengan dibantu Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Bukit Kayu Hitam, jam 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohd Yusof, berkata suspek cuba mengelirukan pihak berkuasa dengan menukar identiti kenderaan curi itu untuk mengelak dikesan apabila mahu menyeludup keluar melalui pintu sempadan.

Mereka juga menukar nombor plet kenderaan itu serta menggunakan cukai jalan dan insurans palsu negara jiran.

“Bagaimanapun, taktik mereka terbongkar apabila ditahan dalam operasi khas. Pemeriksaan ke atas casis kenderaan itu yang menggunakan nombor pendaftaran negara jiran, sebenarnya didaftarkan di Malaysia,” katanya di sini.

Siasatan lanjut mendapati Honda CRV itu dilaporkan di Bayan Baru, Georgetown, Pulau Pinang, manakala Honda Civic dilaporkan hilang di Damansara, Petaling Jaya, pada 10 Januari lalu.

Lelaki mengaku ugut isteri kena 15 bulan


2014/03/06
Kuala Terengganu: Seorang lelaki yang mengaku mengamuk kerana cemburu hingga mengeluarkan ugutan jenayah terhadap isterinya dijatuhkan hukuman penjara 15 bulan oleh Mahkamah Majistret semalam.

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi membuat keputusan itu selepas Mohammad Ariffin Said, 45, mengaku salah dengan sengaja melakukan ugutan jenayah terhadap isterinya, Rosnani Mat, 39, dengan cara membaling pisau ke arah mangsa.


Mohamad Ariffin mengaku salah terhadap tuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di kediaman mereka di Kampung Bukit Tunggal, Gong Badak, di sini, kira-kira jam 11.30 malam pada 26 Februari lalu.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor L Rathna, manakala Mohammad Ariffin tidak diwakili peguam.

Terdahulu, tindakan Mohammad Ariffin memberi alasan cemburu hingga mendorongnya bertindak demikian mengundang tawa orang ramai di galeri awam mahkamah.

“Saya mengamuk disebabkan cemburu kerana isteri selalu pulang lewat malam, ” katanya sebelum dijatuhi hukuman itu.

Pemilik stesen minyak diugut sindiket seludup


2014/03/06

Alor Setar: Diugut termasuk diancam untuk dibakar premis. Ini risiko dihadapi pemilik stesen minyak di negeri ini terutama di kawasan sempadan Malaysia-Thailand, jika enggan bekerjasama dengan sindiket penyeludupan.

Perkara itu didedahkan Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kedah, Mohd Sakri Saleh, sekali gus membuktikan sikap ganas penyeludup sehingga sanggup melakukan apa saja untuk memastikan kegiatan haram yang menjamin keuntungan besar itu terus berjalan.


“Saya akui ada pemilik premis stesen minyak termasuk pam minyak mini di sekitar negeri ini bersekongkol dengan penyeludup, ada yang buat secara sukarela sebab untungnya besar, namun ada yang terpaksa selepas diugut sindiket.

“Malah kita banyak terima aduan ada sindiket yang larang pemilik stesen minyak jual diesel atau petrol subsidi kepada sindiket lain.

“Malah, anggota kami nyaris dicederakan ketika cuba memberkas seorang lelaki yang juga dalang kegiatan penyeludupan diesel di sebuah stesen minyak di bandar raya ini, baru-baru ini. Namun lelaki dikenali sebagai ‘Janggut’ berjaya ditahan dengan bantaun polis,” katanya.

Suspek kes buang kitab suci ditahan


2014/03/06
Suspek kes buang kitab suci ditahan
Suspek kes buang al-Quran direman empat hari selepas ditahan di pekan Besut, petang semalam. - Foto Mohamad Ishak

Lelaki hidap sakit mental direman 4 hari bantu siasatan

Kuala Terengganu: Polis berjaya menyelesaikan kes kitab suci al-Quran yang dibuang dalam tandas di dua masjid di Besut, dengan tertangkapnya seorang lelaki berusia 27 tahun, petang kelmarin.


Lelaki berkenaan yang masih bujang dan menghidap penyakit mental dari Kampung Keluang, Besut, ditahan di pekan Besut, hasil maklumat orang awam pada jam 5 petang.

Rampas motosikal, telefon

Ketua Polis negeri, Datuk Jamshah Mustapa, berkata polis turut merampas motosikal dan telefon bimbit milik suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan serta beberapa barangan yang boleh membantu siasatan.

Katanya, suspek kini ditahan reman empat hari sehingga Sabtu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana membinasakan, merosakkan atau mencemarkan rumah ibadat dan Seksyen 427 kanun sama melakukan perbuatan khianat.

“Kita percaya kes ini dapat diselesaikan dengan penahanan suspek yang dipercayai melakukan perbuatan tidak beradab itu di Masjid Limbongan dan Masjid Nasharuddin Shah, Kampung Raja, Besut. Perbuatan khianat ini dilakukan pada malam Isnin hingga awal pagi Selasa.
“Berdasarkan siasatan dan pengakuan keluarga suspek, lelaki ini memang menghidap penyakit mental sejak tiga tahun lalu dan ada mendapatkan rawatan serta mengambil ubat bagi penyakitnya itu.

“Dengan tertangkapnya suspek, kita juga dapat mematikan segala spekulasi yang mengaitkan perbuatan khianat ini dilakukan golongan daripada kaum tertentu.
“Ia sebenarnya dilakukan oleh individu kurang siuman,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis negeri, di sini, semalam.

Kaki cedera terkena kaca

Jamshah berkata, ketika ditahan suspek memberi kerjasama dan kakinya yang cedera dipercayai akibat terkena kaca ketika menendang pintu gelungsur masjid berkenaan menerima lapan jahitan.

“Sebab itu, kita dapati banyak kesan tompokan darah pada masjid berkenaan, namun kita masih menyiasat sama ada suspek menendang pintu berkenaan untuk memasuki masjid atau sebaliknya,” katanya.

Rugi RM200,000 barang kitar semula terbakar


2014/03/06
Alor Setar: Seorang pemilik kilang kerugian kira-kira RM200,000 apabila kawasan pengumpulan barangan kitar semula di premis itu terbakar, semalam.

Kebakaran kira-kira jam 11 pagi itu memusnahkan longgokan barangan kitar semula serta sebuah jentolak.


Kejadian itu mencetuskan panik dalam kalangan pekerja kilang berkenaan apabila kepulan asap menyelubungi kawasan sekitar, selain menyebabkan kesesakan lalu lintas kerana pemandu memperlahankan kenderaan masing-masing.

Pemilik kilang, Khor Bun Sai, 52, berkata kebakaran disedari beberapa pekerjanya sebelum mereka cuba memadam api tetapi gagal.

“Kami cuba memadamkan kebakaran tetapi gagal kerana api merebak dengan cepat sebelum meminta bantuan bomba,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak, Wan Jamaludin Omar, berkata pihaknya mengambil masa kira-kira 40 minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak.

“Kami masih menyiasat punca kebakaran dan jumlah kerugian,” katanya.

8 DITAHAN TIPU PELAJAR SPM

8 DITAHAN TIPU PELAJAR SPM
Susulan pembongkaran BH: Lima wanita, tiga lelaki terbabit disyaki kunjungi sekolah, ambil maklumat peribadi



  • Polis buka kertas siasatan di Melaka dan Selangor berikutan 4 laporan diterima

    Kuala Lumpur: Susulan pembongkaran BH mengenai sindiket menipu pelajar yang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sejak Ahad lalu, polis menahan lapan individu bagi membantu siasatan kes berkenaan.
  • Lima wanita dan tiga lelaki terbabit ialah mereka yang mengunjungi sekolah di beberapa lokasi di seluruh negara, kononnya untuk mengadakan seminar peluang melanjutkan pelajaran selepas SPM.


    Sindiket berkenaan mengambil kesempatan mengumpul data peribadi pelajar dan mengirim jemputan menghadiri temu duga di lokasi tertentu bagi penempatan serta penajaan ke universiti swasta, tetapi dikenakan caj RM500 untuk pemprosesan pendaftaran.

    Buku Ultraman The Ultra Power diharamkan


    KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku Ultraman The Ultra Power yang didapati mengandungi unsur-unsur mungkin memudaratkan ketenteraman awam.
    Buku bahasa Melayu itu adalah terbitan Resign Publications manakala pencetaknya Network Printers.
    Mengikut kenyataan KDN semalam, warta larangan itu berkuat kuasa 18 Februari lalu mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.


    Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0307&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2vECOf3v7 
    Hakcipta terpelihara 

    Perisian cetak rompak dirampas


    JOHOR BAHRU - Sebanyak 10 komputer bersama 22 salinan perisian cetak rompak bernilai RM1.4 juta berjaya dirampas dalam serbuan di dua buah kilang di Senai dan Skudai, di sini kelmarin.
    Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri, Ayub Abd. Rahman berkata, dalam serbuan pertama di sebuah kilang membuat komponen industri dekat Kawasan Perindustrian Senai di sini, pihaknya merampas sebanyak enam komputer bersama 10 salinan perisian cetak rompak.
    Menurut beliau, dalam serbuan kedua di sebuah kilang membuat acuan plastik di Taman Industri Jaya, Skudai di sini, sebanyak empat komputer dirampas bersama 12 salinan perisian cetak rompak.


    Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0307&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2vEC29dHo 
    Hakcipta terpelihara 

    Parah dibelasah bapa saudara

    Oleh SYALMIZI HAMID

    SHAHRUNAIN memeriksa kecederaan dialami mangsa di Hospital Seberang Jaya, Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam.


    BUKIT MERTAJAM – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun terpaksa menerima sepuluh jahitan di kepalanya selepas dibelasah bapa saudaranya menggunakan topi keledar dan kerusi plastik dalam kejadian di sebuah di Permatang Tiga Ringgit di sini kelmarin.
    Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, Superintendan Shahrunain Jais berkata, dalam kejadian pukul 2 petang itu, suspek dipercayai memukul mangsa kerana berang melihat kanak-kanak terbabit sengaja mengoyakkan buku teks sekolahnya.


    Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0307&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2vEBu3yaU 
    Hakcipta terpelihara 

    Ulat mengganas di Tumpat



    ZURIATI menunjukkan ulat yang memenuhi pekarangan rumahnya di Kampung Kuar Baru, Tumpat, Kelantan semalam.


    TUMPAT- Rutin hidup penduduk di Kampung Kuar Baru, Genting di sini menjadi tidak keruan apabila ribuan ulat yang tidak tahu dari mana datangnya, menyerang kediaman mereka di Kampung Kuar Baru, Genting di sini sejak empat hari lalu.
    Beberapa penduduk yang ditemui berkata, kehadiran ulat yang tidak dikenal pasti jenis apa, semakin 'mengganas' apabila jumlahnya semakin mening- kat saban hari.


    Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0307&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2vEBjpVCi 
    Hakcipta terpelihara 

    Hutan Gua Musang terbakar



    HUTAN yang terbakar akibat cuaca panas dan kering meresahkan penduduk yang tinggal berhampiran di Gua Musang semalam.


    GUA MUSANG - Sebanyak 20 keluarga yang tinggal di rumah setinggan berhampiran gua batu kapur, Gua Musang di sini hidup dalam keresahan sejak tiga hari lalu resah apabila hutan di puncak batuan gua itu terbakar hingga mengeluarkan kepulan asap tebal ekoran cuaca panas dan kering pada masa ini.
    Situasi itu mencemaskan penduduk kerana jarak antara kediaman mereka dengan gua berkenaan hanyalah 10 meter atau lebih kurang 100 meter dari landasan kereta api dan kebakaran kian merebak ke kaki bukit.
    Kebakaran itu juga menyebabkan bongkah batu serta bara api jatuh ke bawah dan dikhuatiri menimpa rumah penduduk.


    Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0307&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2vEBcNzkb 
    Hakcipta terpelihara 

    Tonto kepung anggota Imigresen, berang kelab malam diserbu



    DUA anggota GTK Imigresen mengawal GRO yang ditahan di sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya, Banda Hilir, Melaka kelmarin.


    MELAKA – Berang kelab malam bawah jagaan mereka diserbu Jabatan Imigresen, kira-kira 100 tonto bertindak ganas dengan mengepung sepasukan anggota penguat kuasa jabatan berkenaan selama dua jam di Taman Melaka Raya di sini kelmarin.
    Pemangku Pengarah Imigresen Melaka Abu Bakar Sidek Hasan berkata, dalam kejadian pukul 6 petang itu, sejumlah 23 anggota Grup Taktikal Khas (GTK) dan tujuh anggota penguat kuasa jabatan itu cuba membawa keluar 35 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk 34 gadis pela- yan pelanggan (GRO) yang ditahan, namun dihalang tonto terbabit yang menge- pung pusat hiburan tersebut.


    Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0307&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2vEBSCdW3 
    Hakcipta terpelihara 

    Dua beradik maut kemalangan


    DARI KIRI: Muhamad Nadzim, Mohd. Nadzrul Khairi


    TAPAH – Dua beradik maut setelah pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 348.3, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini awal pagi semalam.
    Dalam kejadian pukul 5 pagi itu, Mohd. Nadzrul Khairi Ishak, 34, dan abangnya, Muhamad Nadzim, 39, dari Kampung Baru, Kuala Nerang, Kedah yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari arah utara, meninggal dunia di tempat kejadian.


    Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0307&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2vEBIcv5o 
    Hakcipta terpelihara 

    Balasan buat suami isteri kejam

    MOHD. AZLI ADLAN

    KONG MENG dan isterinya, Ching Yen dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam kerana membiarkan amahnya mati kebuluran.


    SHAH ALAM – Sepasang suami isteri dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam setelah didapati bersalah membunuh amah Indonesia pada kira-kira tiga tahun lalu.
    Fong Kong Meng, 58, dan isterinya, Teoh Ching Yen, 56, dari Taman Sea, Petaling Jaya dekat sini didapati bersalah menyebabkan kematian Isti Komariah dari Jawa Timur, Indonesia yang meninggal dunia dalam keadaan kurus kering dan kesan lebam serta calar di beberapa bahagian badan pada 6 Jun 2011.


    Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0307&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2vEB55dGs 
    Hakcipta terpelihara 

    Kebakaran Lembah Bidong, Pagar Besi musnahkan 500 hektar hutan


    ANGGOTA bomba mengawal kebakaran hutan yang merebak ke kawasan tanaman kelapa sawit Ladang Rakyat dekat sempadan Pagar Besi, Kuala Terengganu, semalam.
    KUALA TERENGGANU 5 Mac - Cuaca panas telah menyebabkan kebakaran yang memusnahkan hampir 500 hektar kawasan hutan paya gambut dan hutan gelam di Lembah Bidong dan juga di Pagar Besi.
    Kebakaran di Lembah Bidong bermula sejak 25 Februari lalu meliputi kawasan 250 hektar manakala di Pagar besi yang jaraknya kira-kira 10 kilometer mula disambar api semalam dengan keluasan yang hampir sama.
    Keadaan itu memaksa pihak bomba berusaha mengawal api daripada merebak ke kawasan penempatan dan juga ladang kelapa sawit dengan membina benteng parit pemisah di kawasan yang dikenal pasti.
    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Timbalan Penguasa Kamarul Bieza Mohd. Kassim berkata, pihaknya dengan kekuatan 50 anggota bersama anggota jabatan lain masih giat menjalankan operasi memadam baki kira-kira 81 hektar hutan paya gambut berhampiran Ladang Rakyat.
    "Bagaimanapun, keadaan masih terkawal dan langkah berjaga-jaga telah diambil termasuk melakukan sekatan bagi mengelak api merebak," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.
    Menurut Kamarul Bieza, pihaknya percaya kebakaran itu merebak berkemungkinan berpunca daripada percikan bara api yang dibawa angin.
    "Kebakaran di kedua-dua kawasan itu dijangka dapat dikawal sepenuhnya dalam masa seminggu," katanya.
    Sementara itu, seorang penduduk, Nik Mat Nik Mahmud, 58, berkata, kebakaran hutan paya gambut sejak minggu lalu itu menimbulkan keresahan penduduk setempat apabila mereka semakin menghidu asap.
    "Sejak kira-kira 30 tahun menetap di Pagar Besi, Batu Rakit, ini merupakan kebakaran yang terburuk yang pernah saya lihat dan kini rata-rata penduduk mengadu mengalami simptom batuk serta demam berikutan udara tidak sihat.
    "Seawal pagi bermula dari pukul 6 hingga 8 pagi, kawasan itu pasti diselaputi asap dan sekiranya keadaan itu terus berlarutan saya bimbang akan memburukkan kesihatan penduduk," katanya ketika ditemui di sini hari ini.


    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140306/dn_14/Kebakaran-Lembah-Bidong-Pagar-Besi-musnahkan-500-hektar-hutan#ixzz2vE9WNfka
    © Utusan Melayu (M) Bhd 

    Kapal Vietnam ulang kesalahan


    Kapal MT Sunrise 689 yang ditahan kerana berlabuh di perairan negara tanpa kebenaran di perairan Tanjung Piai, Pontian, Johor, semalam.
    JOHOR BAHRU 6 Mac - Sebuah kapal Vietnam yang pernah ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kerana berlabuh tanpa kebenaran dikesan melakukan kesalahan sama di perairan Tanjung Piai, Pontian, semalam.
    Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim Johor Bahru, Kapten Maritim Aminuddin Abd. Rashid berkata, kapal MT Sunrise 689 yang berdaftar di Hai Pong itu dikesan dalam keadaan mencurigakan di kedudukan 6.4 kilometer dari Tenggara Pulau Kukup pada pukul 1.30 petang.
    Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati kaptennya gagal memaklumkan ketibaan kapal di perairan negara ini selain berlabuh di luar batas pelabuhan sehingga boleh membahayakan keselamatan kapal-kapal lain.
    Sehubungan itu katanya, 17 anak kapal warga Vietnam berusia antara 23 hingga 59 tahun dan tiga pegawai termasuk kaptennya telah dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Malaysia Johor Bahru untuk siasatan lanjut.
    "Siasatan mendapati kapal tersebut sebelum ini pernah ditahan oleh Maritim Malaysia Daerah Tanjung Sedili di perairan Tanjung Penyusop, Kota Tinggi pada 14 September tahun lalu atas kesalahan sama.
    "Ini menunjukkan mereka masih berdegil dan tidak mematuhi undang-undang negara ini. Justeru, kita akan mengambil tindakan lebih tegas," katanya dalam satu kenyataan di sini.
    Aminuddin berkata, pemilik kapal tersebut boleh didakwa di bawah Seksyen 491B (1) (l) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 dan Seksyen 3 Akta Dius Api Persekutuan 1953 iaitu bersauh tanpa kebenaran dari Pengarah Laut.
    Tambahnya, kesalahan itu memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan.


    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20140307/wj_01/Kapal-Vietnam-ulang-kesalahan#ixzz2vE9MlP4s
    © Utusan Melayu (M) Bhd 

    Dua beradik maut kemalangan di Tapah


    SYAZLINA Ali mengiringi jenazah Nadzrul Khairi Ishak untuk dibawa pulang dari Hospital Tapah, Perak ke Kuala Nerang, Kedah, semalam. - UTUSAN/Zulkarnain Mohd. Saidin
    TAPAH 6 Mac - "Jaga anak kita baik-baik,". Itu pesanan Mohamad Nadzrul Khairi Ishak, 34, yang maut dalam kemalangan bersama abangnya, Mohd. Nadzim, 39, di Kilometer 348.3, Lebuh Raya Utara Selatan di sini pagi ini kepada isterinya, Nahiyah Mohd. Salleh, 33, minggu lalu.
    Nahiyah berkata, pesanan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) itu dihantar oleh Mohd. Nadzrul Khairi semasa beliau dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya di Kampung Baru Kuala Nerang, Kedah, Khamis lalu.
    Ujar ibu kepada tiga anak itu, walaupun hairan dengan SMS tersebut, beliau hanya mendiamkannya.
    ''Selain pesanan tersebut, beliau langsung tidak menunjukkan perubahan luar biasa. Beliau memang berulang-alik dari Kuala Nerang dan rumah kami di Bandar Baru Jengka, Pahang kerana menjaga ibunya yang uzur.
    "Seminggu di sini, seminggu di sana. Saya juga dimaklumkan beliau mahu menolong abangnya membuka kedai makan," katanya dalam nada sebak ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Tapah di sini hari ini.
    Nahiyah mendapat panggilan daripada pihak bomba memaklumkan kecelakaan yang menimpa suaminya itu kira-kira pukul 6.30 pagi,
    Dalam kejadian pukul 5 pagi ini, Mohamad Nadzrul Khairi dan Mohd. Nadzim maut setelah kereta pacuan empat roda (4WD) jenis Ford Ranger yang dinaiki mereka untuk ke Kuala Lumpur merempuh sebuah kenderaan lain sebelum dirempuh oleh sebuah Proton Satria GTI.
    Mohd. Nadzim, 39, Pegawai Penerangan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Perlis dan Mohamad Nadzrul Khairi yang bekerja sendiri maut di tempat kejadian akibat cedera parah.
    Menurut Nahiyah, beliau reda dengan pemergian suaminya dan berjanji akan menjaga tiga anak mereka yang berusia antara tiga hingga tujuh tahun dengan baik.
    Mohd. Nadzim pula meninggalkan seorang isteri, Syazlina Ali, 38, yang bekerja sebagai Ketua Pendaftar di Jabatan Kehakiman Syariah Perlis dan empat orang anak.
    Jenazah dua beradik itu telah dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan di kampung halaman mereka petang ini.
    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah, Supritendan Som Sak Din Keliaw berkata, pemandu kereta Proton Satria GTI yang merupakan seorang wanita tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.
    Bagaimanapun katanya, pemandu sebuah lagi kenderaan yang turut terlibat dalam kemalangan tersebut telah melarikan diri.
    "Kita minta pemandu kenderaan yang terlibat atau sesiapa yang menyaksikan kejadian agar tampil di balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," katanya.


    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140307/dn_16/Dua-beradik-maut-kemalangan-di-Tapah#ixzz2vE8vOHO7
    © Utusan Melayu (M) Bhd 

    Laporan empat beradik dihantar ke Sweden



    KUCHING 6 Mac - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menghantar empat laporan berkala mengenai empat beradik anak pasangan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden, sejak mereka pulang ke tanah air pada 31 Januari lalu.

    Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, kesemua laporan itu diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Masyarakat Sweden menerusi Wisma Putra.

    Katanya, laporan berkala itu merupakan salah satu daripada tiga syarat yang dikenakan oleh jabatan berkenaan terhadap kerajaan Malaysia.

    "JKM turut menghantar dua pakar kaunseling bagi membantu memulihkan emosi empat beradik berkenaan supaya tidak terganggu dengan laporan berita mengenai ibu bapa mereka yang kini didakwa di mahkamah di Sweden.

    "Kami sedaya-upaya memastikan kesemua syarat yang ditetapkan itu dipatuhi dengan sebaik mungkin," katanya dalam sidang akhbar di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

    Empat anak pasangan Malaysia, Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Nor Shal yang ditahan pihak berkuasa Sweden, dibawa pulang ke tanah air hasil usaha diplomasi kerajaan Malaysia menerusi Wisma Putra dengan pihak berkuasa Sweden.



    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140307/dn_13/Laporan-empat-beradik-dihantar-ke-Sweden#ixzz2vE8G8IV8
    © Utusan Melayu (M) Bhd 

    Suami isteri bunuh pembantu rumah Indonesia dihukum gantung


    SHAH ALAM 6 Mac - Sepasang suami isteri dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah membunuh pembantu rumah mereka warga Indonesia yang tidak diberi makan secukupnya, empat tahun lalu.
    Hakim Datuk Noor Azian Shaari memutuskan demikian terhadap Fong Kong Meng, 58 dan isterinya, Teoh Chin Yen, 56, setelah mendapati pihak pembelaan gagal membangkitkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
    Dalam penghakimannya beliau berkata, keterangan pembelaan kedua-dua tertuduh hanyalah penafian semata-mata.
    "Semasa bekerja dengan mangsa mempunyai berat badan 46 kilogram tetapi hanya tinggal 26 kilogram semasa meninggal dunia malah sebab kematian dan fizikal mangsa tidak dapat disangkal oleh pihak pembelaan," ujarnya.
    Kong Meng, bekas jururunding pendawaian dan isterinya yang merupakan suri rumah didapati bersalah bersama-sama membunuh Isti Komariah, 26, di rumah No. 90 Jalan SS2/6 Sea Park, Petaling Jaya dekat sini, antara 14 Mei 2010 dan 5 Jun 2011.
    Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati. - UTUSAN ONLINE


    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140306/ma_06/Suami-isteri-bunuh-pembantu-rumah-Indonesia-dihukum-gantung#ixzz2vE7iH5kT
    © Utusan Melayu (M) Bhd 

    Warga Indonesia dihukum mati



    PULAU PINANG 6 Mac - Seorang pengaturcara komputer warganegara Indonesia dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 1,875.7 gram, dua tahun lalu.
    Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu terhadap Adhy Tedjajadi, 35, setelah mendapati pembelaan tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
    Mahkamah juga berpendapat keterangan pembelaan tertuduh tidak mempunyai asas yang kukuh dan bukti yang dikemukakannya sukar dipercayai.
    Adhy yang memakai kemeja berwarna biru kelihatan tenang dan mengangguk faham selepas hakim menjatuhkan hukuman terhadapnya.
    Mengikut pertuduhan, lelaki yang berasal dari Bandung, Indonesia itu didakwa mengedar dadah itu di ruang ketibaan antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, pada pukul 5.40 petang, 15 Ogos 2012.
    Dadah itu ditemui pihak polis di dalam beg miliknya selepas imbasan yang dijalankan di kaunter Jabatan Imigresen lapangan terbang itu mendapati terdapat sesuatu yang mencurigakan.
    Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Fatimah Talib manakala Adhy diwakili peguam Azura Alias.


    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140307/ma_07/Warga-Indonesia-dihukum-mati#ixzz2vE7VwhMb
    © Utusan Melayu (M) Bhd 

    Suami isteri dihukum gantung



    FONG Kong Meng, 58, (depan), bersama isterinya Teoh Ching Yen, 56, (belakang) diiringi anggota polis selepas dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana didapati bersalah membunuh pembantu rumah mereka oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor, semalam. - UTUSAN/Saharuddin Abdullah
    SHAH ALAM 6 Mac - Sepasang suami isteri dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah membunuh pembantu rumah warga Indonesia yang tidak diberi makan secukupnya, empat tahun lalu.
    Hakim Datuk Noor Azian Shaari memutuskan demikian terhadap Fong Kong Meng, 58, dan isterinya, Teoh Chin Yen, 56, setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
    Dalam penghakimannya, beliau berkata, keterangan pembelaan kedua-dua tertuduh hanya bersifat penafian semata-mata.
    "Semasa bekerja dengan tertuduh-tertuduh, mangsa mempunyai berat badan 46 kilogram tetapi hanya tinggal 26 kilogram semasa meninggal dunia malah sebab kematian dan fizikal mangsa tidak dapat disangkal oleh pihak pembelaan," ujar Hakim Noor Azian.
    Kong Meng, bekas jururunding pendawaian dan isterinya yang merupakan suri rumah didapati bersalah bersama-sama membunuh Isti Komariah, 26, di rumah No. 90 Jalan SS2/6 Sea Park, Petaling Jaya, dekat sini antara 14 Mei 2010 dan 5 Jun 2011.
    Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
    Terdahulu, Hakim Noor Azian berkata, pihak pendakwaan yang berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan berhujah, kematian mangsa disebabkan tindakan kedua-dua tertuduh tidak membekalkan makanan mencukupi dan memberi rawatan perubatan kepada mangsa.
    Seramai 16 saksi pendakwaan dan enam saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada 30 Julai 2012.
    Kedua-dua tertuduh yang mempunyai anak kembar berumur 17 tahun dilihat tenang semasa keputusan dibacakan.
    Pendakwaan dikendali oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Nordin Ismail, Muhammad Asyraf Md. Kamal dan Suzana Abdul Latif manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam-peguam, Zaleha Al-Hayat dan Thong Seng Kong.
    Zaleha ketika ditemui pemberita selepas selesai prosiding berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan secepat mungkin terhadap keputusan tersebut.
    Menurut laporan akhbar, pembantu rumah yang berasal dari Jawa Timur, Indonesia itu dibawa oleh majikannya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada pukul 7.50 pagi, 6 Jun 2011 namun disahkan telah meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital tersebut.
    Mangsa mula bekerja dengan pasangan tersebut sejak Disember 2008.
    Hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan lebam baharu dan lama serta calar pada bahagian belakang, dahi serta lengan mangsa.


    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140307/ma_06/Suami-isteri-dihukum-gantung#ixzz2vE7GdPa1
    © Utusan Melayu (M) Bhd 

    Ibu akui anak bohong, berpakat


    STOCKHOLM 6 Mac - Ibu warga Malaysia yang sedang dibicarakan atas tuduhan memukul anak-anaknya di Sweden memberitahu bahawa mereka bukan sahaja berupaya berbohong tentang kejadian dipukul tetapi mempunyai motif untuk berbuat demikian.
    Sambil menafikan kesemua pertuduhan yang dihadapinya, Shalwati Nor Shal memberitahu, 'cerita' yang ditimbulkan oleh anak-anaknya ketika disoal siasat pegawai polis adalah hasil kekeliruan dan diperbesar-besarkan dan dalam sesetengah kes adalah pembohongan semata-mata.
    Walau bagaimanapun, ketika disoal oleh peguam Johan Kallus yang mewakili anak-anaknya, sama ada kesemua kejadian yang dimaksudkan oleh mangsa itu sesuatu yang direka, Shalwati mengakui insiden itu benar-benar berlaku tetapi telah diperbesar-besarkan tentang kaitannya dengan keganasan.
    Memandangkan Sweden telah mengharamkan hukuman membabitkan fizikal sejak 1979, ini bermakna Shalwati dan suaminya, Azizul Raheem Awaludin berhadapan dengan hukuman penjara maksimum enam tahun sekiranya didapati bersalah atas tuduhan memukul anak-anak mereka.
    Shalwati juga mendedahkan bahawa anak keduanya, Ammar adalah seorang yang suka mencari perhatian dan tidak berpuas hati dengan rakan-rakan sekolahnya yang tidak mempedulikannya.
    "Ammar adalah seorang yang kurang matang dan dia berpendapat, boleh menjadi popular sekiranya memberitahu kepada rakan-rakannya yang dia telah dipukul di rumah,'' katanya merujuk kepada dakwaan pihak pendakwaan berhubung perbualan anaknya itu menerusi Skype yang menyatakan dia membenci ibu bapanya.
    "Apa lagi yang diperlukan," soal Shalwati sambil menitis air mata ketika memberi keterangan di Mahkamah Daerah Solna.
    Ibu kepada empat anak itu juga mempertikai keterangan anak bongsunya, Ariff yang langsung tidak menyentuh mengenai insiden dia dipukul oleh pasangan itu ketika disoal siasat oleh pegawai polis pada awal keterangan, tetapi beberapa minggu kemudian, keterangannya itu berubah.
    "Ariff mengagumi Ammar dan mudah dipengaruhi oleh abangnya itu.
    "Rotan yang yang digambarkan olehnya kepada pihak polis sebagai sebatang rotan yang lengkap (rotan itu telah patah dua sebelum mereka pindah ke Sweden) hanya digunakan terhadap Ammar ketika di Afrika Selatan,'' kata Shalwati.
    Peguam Kristofer Stahre yang mewakili wanita itu ketika ditanya sama ada Aishah mampu berbohong, sambil mengeluh panjang Shalwati memberitahu, anak sulungnya itu sangat cenderung berbuat demikian terutamanya untuk menyembunyikan hal-hal yang memalukannya.
    "Misalnya, Aishah pernah berbohong berhubung hal mencuri coklat ketika dia sedang berdiet dua tahun yang lalu," katanya.
    Sementara anak ketiganya, Adam pula, Shalwati berkata, mudah terkeliru ketika ditanya soalan kerana dia mempunyai masalah pemahaman.
    "Ketika disoal siasat sebelum ini pun, Adam kelihatan keliru dan tidak dapat mengingati tarikh-tarikh dan jawapannya mengelirukan pegawai yang merekodkan keterangan," katanya.
    Pada 10 Februari lalu, Azizul Raheem dan Shalwati didakwa atas pelbagai pertuduhan mencabul integriti kanak-kanak dengan cara memukul dan mendera anak-anak mereka.
    Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di kediaman mereka di Spanga, di pinggir bandar Stockholm di antara 15 September 2010 dan 17 Disember 2013.
    Perbicaraan bersambung 10 Mac ini. - THE STAR


    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140307/ma_01/Ibu-akui-anak-bohong-berpakat#ixzz2vE70oGVv
    © Utusan Melayu (M) Bhd 

    Kebakaran: Warga asing terjun bangunan selamatkan diri






    KLANG 6 Mac - Seramai 11 orang yang dipercayai warga asing dilaporkan terjun menyelamatkan diri setelah sebahagian daripada bangunan empat tingkat bersebelahan pasar raya Mydin di sini terbakar tengah malam tadi.

    Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, kebakaran berlaku kira-kira pukul 12.46 tengah malam yang memusnahkan hampir 30 peratus bangunan tersebut.

    "Kesemua mangsa dilaporkan tinggal di sebuah hostel dalam bangunan itu," katanya kepada Bernama.

    Beliau berkata, enam jentera dikejarkan ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran yang memusnahkan tingkat bawah dan tingkat satu yang menempatkan antara lain kedai kasut, kedai makan dan kedai gunting rambut.

    Punca kejadian belum diketahui. Bangunan itu dikatakan pernah terbakar tahun lepas. - BERNAMA



    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140306/je_09/Kebakaran-Warga-asing-terjun-bangunan-selamatkan-diri#ixzz2vE6UOZfo
    © Utusan Melayu (M) Bhd 

    100 tonto halang Imigresen



    ABU Bakar Sidek Hasan (berdiri, tengah) bersama anggota Grup Taktikal Khas memeriksa sekumpulan GRO yang ditahan di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya, malam semalam.
    MELAKA 6 Mac - Biarpun dihalang oleh 100 tonto semasa serbuan di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya di sini malam tadi, Jabatan Imigresen berjaya menahan 35 warga asing, termasuk 34 wanita dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO).
    Dalam kejadian pukul 6 petang itu, ketegangan berlaku hampir dua jam apabila kumpulan tonto terbabit cuba menghalang anggota penguat kuasa Imigresen daripada memasuki pusat hiburan berkenaan untuk membuat pemeriksaan.
    Pemangku Pengarah Imigresen Melaka, Abu Bakar Sidek Hasan berkata, keadaan menjadi reda apabila 23 anggota Grup Taktikal Khas (GTK) dan 15 anggota polis berjaya mengawal keadaan.
    Menurutnya, hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas pusat hiburan tersebut, seramai 33 wanita Vietnam dan seorang warga China berusia antara 18 hingga 35 tahun ditahan di tingkat tiga premis tersebut.
    Beliau berkata, pihak penguat kuasa turut berdepan dengan cemuhan daripada sebahagian pelanggan yang mempersoalkan tindakan menyerbu dan menahan GRO yang berada di pusat terbabit.
    "Seramai 13 wanita warga Vietnam dan seorang warga China didapati melakukan kesalahan melanggar syarat pas, permit atau pas sempadan.
    "Sejumlah 20 lagi wanita Vietnam serta seorang lelaki Bangladesh didapati masuk dan tinggal di negara ini tanpa permit sah," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di Ayer Keroh di sini semalam.
    Abu Bakar Sidek berkata, kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Machap Umboo, Alor Gajah untuk tindakan lanjut.
    Menurutnya, serbuan tersebut dilakukan selepas pihaknya membuat intipan di pusat hiburan itu sejak tiga hari lalu dan tangkapan yang dilakukan adalah yang terbanyak.
    Beliau berkata, pemilik premis tersebut bijak mengaburi mata pihak berkuasa apabila kesemua GRO terbabit dibawa datang ke pusat hiburan itu seawal pukul 3 petang.
    Ujarnya, kesemua wanita warga asing itu dibawa menaiki kenderaan dalam kumpulan yang kecil secara berperingkat-peringkat bagi mengelak dihidu pihak berkuasa.


    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140307/je_04/100-tonto-halang-Imigresen#ixzz2vE6IWpPk
    © Utusan Melayu (M) Bhd 

    Kanak-kanak tujuh tahun cedera dipukul - Polis


    PERMATANG PAUH 6 Mac - Hanya kerana mengoyak buku, seorang kanak-kanak lelaki cedera di kepala dan menerima 10 jahitan akibat dipukul dengan topi keledar dan bangku plastik di rumahnya di Permatang Tiga Ringgit, Kepala Batas, Ahad lalu.
    Ketika kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, Mohd. Izuwan Iskandar, 7, sedang membuat kerja sekolahnya.
    Timbalan Ketua Siasatan Jenayah negeri, Supritendan Shahurinain Jais berkata, semasa dipukul oleh suspek, terdapat tiga lagi ahli keluarga mangsa, termasuk neneknya yang menyaksikan kejadian.
    Beliau berkata, suspek berusia 24 tahun itu kemudian ditahan bagi membantu siasatan.
    "Suspek yang bekerja sebagai nelayan ditahan reman empat hari untuk siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya ketika ditemui selepas melawat mangsa di Wad Kanak-Kanak Hospital Seberang Jaya di sini hari ini.
    Menurut Shahurinain, mangsa kini berada dalam keadaan stabil kerana tiada kecederaan lain yang dialaminya.


    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140307/je_03/Kanak-kanak-tujuh-tahun-cedera-dipukul---Polis#ixzz2vE5xNcKN
    © Utusan Melayu (M) Bhd