Search This Blog

Wednesday, March 5, 2014

Kereta hangus cetus tanda tanya


WARTAWAN SINAR HARIAN
5 Mac 2014

Kereta hangus cetus tanda tanya
Kereta hangus cetus tanda tanya Nazri meneliti keadaan kereta jenis Perodua Viva yang hangus terbakar dan ditinggalkan di bawah Jambatan Kuala Kurau lebih dua minggu lalu.



KUALA KURAU - Keterujaan sekumpulan kaki pancing melampias hobi berhampiran Jambatan Kuala Kurau terbantut setelah menemui sebuah kereta hangus ditinggalkan di bawah jambatan itu.

Dalam kejadian jam 9 pagi kelmarin, saksi kejadian hanya dikenali Nazri ,23, berkata, dia dan empat lagi rakannya yang sedang menyusuri laluan bawah jambatan itu untuk ke lokasi memancing, terkejut menemui sebuah kereta hangus ditinggalkan dalam semak berhampiran.

Menurutnya, berikutan penemuan itu, dia bersama rakan-rakannya terpaksa membatalkan hasrat memancing disebabkan rasa bimbang insiden kereta terbakar mungkin disebabkan perbuatan jenayah.

“Memandangkan lokasi penemuan kereta terbakar itu agak terlindung dan dipenuhi semak-samun, kami bimbang suspek yang membakarnya masih berada berdekatan kawasan itu.

“Justeru, kami segera meninggalkan lokasi itu, tambahan pula keadaan di situ agak sunyi memandangkan tiada kediaman penduduk berdekatannya,” katanya sewaktu ditemui di sini, semalam.

Nazri berkata, sejurus meninggalkan lokasi kejadian, dia segera membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Kurau.

“Laporan dibuat disebabkan saya bimbang kemungkinan kebakaran kereta itu turut membabitkan nyawa individu lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya, hasil siasatan polis mendapati kereta jenis Perodua Viva itu dibakar individu tidak bertanggungjawab dan ditinggalkan dalam semak di bawah Jambatan Kuala Kurau hampir dua minggu lalu.

“Siasatan pihak kami ke lokasi kejadian mendapati kereta jenis Perodua Viva itu hangus sepenuhnya, nombor enjin dan casis hilang dimamah api dan keadaan ini menyukarkan polis mengenal pasti pemiliknya.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan polis meminta mana-mana individu yang mengalami kehilangan kereta jenis Perodua Viva agar tampil ke balai polis berdekatan untuk membantu siasatan kes ini,” katanya.

Dibelasah penduduk curi tabung masjid


NIK MUHD RAFFIQ
5 Mac 2014

Dibelasah penduduk curi tabung masjid
Dibelasah penduduk curi tabung masjid Suspek yang berjaya dicekup anggota KRT ketika mencuri wang dalam tabung di Masjid Kuala Abang, Dungun, tengah malam kelmarin.



DUNGUN – Tindakan seorang lelaki cuba mencuri wang tabung sebuah masjid, dekat sini membawa padah apabila dia bukan sahaja berjaya ditangkap penduduk kampung, malah turut dibelasah kerana bertindak agresif.

Kejadian kira-kira jam 12.40 tengah malam itu disedari anggota Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang secara kebetulan melakukan rondaan di kawasan terbabit sebelum melihat kelibat suspek dalam keadaan mencurigakan berada di kawasan Masjid Kuala Abang.

Suspek dikatakan cuba mencuri tabung dalam masjid itu menggunakan tali seperti pancing dan tindakannya disedari anggota KRT sebelum menyerbu ke arah suspek.
Suspek yang terkejut dengan kehadiran anggota KRT itu cuba melarikan diri.

Anggota KRT berkenaan terpaksa membelasah suspek yang bertindak agresif sebelum berjaya ditahan.

Suspek, berusia 30-an berasal dari Bukit Gasing Marang kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan tangkapan tersebut dan  suspek yang gagal mendapat sebarang habuan hasil kerja jahatnya itu kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Dawai berus periuk dalam telur goreng


WARTAWAN SINAR HARIAN
5 Mac 2014

Dawai berus periuk dalam telur goreng
Dawai berus periuk dalam telur goreng Beginilah keadaan dawai berus periuk yang ditemui Muhammad Azri dalam telur goreng.



MACHANG - Penemuan dawai berus periuk dalam telur goreng yang dipesan mengejutkan seorang pelanggan, di sini, baru-baru ini.

Muhammad Azri Awang, berkata, sekalipun peniaga berkenaan meminta maaf mengenai kejadian tersebut namun ia tidak seharusnya berlaku memandangkan kebersihan perlu dititikberatkan dalam penyediaan makanan kepada pelanggan.

Menurutnya, lebih membimbangkan jika dia atau pelanggan lain tertelan dawai itu yang mana mampu menimbulkan pelbagai masalah kesihatan.

“Jika tak tertelan, ia nampak biasa tetapi jika tertelan macam-macam masalah akan timbul terutamanya apabila ia membabitkan kanak-kanak. Saya harap kejadian ini menjadi iktibar kepada semua peniaga agar lebih berhati-hati.

“Saya faham, ia adalah satu kesilapan namun perkara ini tidak akan terjadi jika tukang masak itu peka dengan kebersihan dan sentiasa mengutamakannya,” katanya.

Muhammad Azri berkata, peniaga tersebut mengakui kesilapannya  dan  dia tidak bercadang untuk memperbesarkan perkara itu selain menjadikannya pengajaran kepada peniaga lain agar tidak berulang.

Maut terkena renjatan elektrik


ROSALWANI CHE SOH
5 Mac 2014

Maut terkena renjatan elektrik
Maut terkena renjatan elektrik Mayat yang ditemui di bilik pencawang kawasan Perindustrian Mara Fasa II Pengkalan Chepa, semalam.

Maut terkena renjatan elektrik
Orang ramai mengerumuni lokasi kejadian, semalam.

KOTA BHARU - Seorang lelaki maut terkena renjatan elektrik selepas menceroboh bilik pencawang kawasan Perindustrian Mara Fasa II Pengkalan Chepa, dipercayai untuk mencuri besi copper, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, lelaki berusia 41 tahun itu, dikatakan cuba memotong salah satu kabel di dalam kawasan pencawang berkenaan sebelum terkena renjatan elektrik.

Difahamkan, lelaki terbabit pernah bertugas sebagai pengawal keselamatan di kawasan berkenaan tetapi dibuang kerja sejak dua tahun lalu ekoran masalah disiplin.

Turut ditemui, beg mengandungi peralatan yang digunakan untuk memotong kabel berkenaan.

Sumber berkata, kejadian disedari kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) ketika mahu melakukan kerja penyelenggaraan di kawasan rumah pencawang tersebut.

Menurutnya, terkejut dengan kejadian itu, kakitangan terbabit segera dapatkan bantuan pekerja yang berada berdekatan lokasi tersebut.

Mayat lelaki terbabit ditemui dalam keadaan tertiarap dan hasil pemeriksaan mendapati, beberapa barangan hilang.

Tambahnya, rumah pencawang berkenaan berkuasa 415 Voltan digunakan untuk membekalkan arus elektrik di seluruh kawasan perindustrian tersebut.

Sementara itu, seorang saksi, Ahmad Affandi Shafie, 33, memberitahu, ketika kejadian dia berada di hadapan kilang tempatnya bekerja yang terletak beberapa meter dari rumah pencawang berkenaan.

“Seorang kakitangan TNB telah datang dan memberitahu dia menemui mayat seorang lelaki di dalam rumah pencawang tersebut," katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar mengesahkan menerima laporan dan hasil pemeriksaan rekod lampau, lelaki terbabit pernah terlibat dalam kes 15 (1) (c) Akta Dadah Berbahaya (ADB).

Kes bunuh tiga beradik disebut semula


WARTAWAN SINAR HARIAN
5 Mac 2014

Kes bunuh tiga beradik disebut semula
Kes bunuh tiga beradik disebut semula Firdaus dibawa masuk ke mahkamah, semalam.



ALOR SETAR - Mahkamah Majistret Alor Setar semalam menetapkan 30 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes pembunuhan tiga beradik perempuan tahun lalu.

Mohd Firdaus Mohd Faridul, 19, dituduh dengan niat melakukan pembunuhan menyebabkan kematian Noor Syafikah Nadia Abdullah, 14, di Kampung Alor Senibong, Mukim Tajar, dekat sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Majistret Mohd Khairul Hafizuddin Ramli membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Ayu Rohaiza Khazali memohon tarikh baru kerana laporan kimia belum lengkap sepenuhnya.

Sebelum prosiding bermula, tertuduh berpakaian kemeja T kuning cair berkolar dilihat sebak selepas bercakap dengan seorang wanita dipercayai ibunya. Suasana bertambah pilu apabila wanita berkenaan juga gagal menahan kesedihan.

Tertuduh diwakili peguam, Burhanudeen Abdul Wahid.

Sebelum ini, akhbar melaporkan anak sulung pasangan Rusdi Rani, 38, dan Siti Aishah Ariffin, 40, Noor Syafikah Nadia, ditemui dalam keadaan meniarap dan separuh bogel kira-kira jam 3.45 petang pada 30 November, di kawasan bendang dekat Kampung Alor Senibong, Langgar.

Manakala dua adiknya, Nurul Izzati Husna, 12 dan Putri Nurul Akma, 3, ditemui mati kira-kira jam 3 petang keesokan harinya dalam keadaan terapung di tali air Terusan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) Kampung Padang Petani.

Dalam kejadian itu, Noor Syafikah Nadia bersama adik-adiknya dilaporkan tidak pulang ke rumah di Kampung Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar.

Mangsa dikatakan keluar dari rumah kira-kira jam 7.30 malam untuk ke rumah rakan yang terletak di Kampung Gelam kira-kira 15 minit dari rumah.

30 minit kawal kebakaran

WARTAWAN SINAR HARIAN
30 minit kawal kebakaran
Anggota bomba memadamkan kebakaran hutan dekat Taman Tengku Anis, kelmarin.
5 Mac 2014

RANTAU PANJANG – Pasukan Bomba dan Penyelamat Pasir Mas serta Rantau Panjang mengambil masa 30 minit untuk mengawal kebakaran hutan melibatkan keluasan hampir 50 hektar, kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Penolong Penguasa Bomba Mohamed Adenan Said berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.55 petang, kelmarin.Menurutnya, 12 anggota daripada kedua-dua balai menggunakan dua jentera bergegas ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran.
“Kebakaran melibatkan dua kawasan berasingan iaitu kawasan hutan belukar dekat Taman Tengku Anis dan Gual Mesa.

“Faktor kemarau dan pokok kering menyebabkan api marak dengan cepat. Operasi memadamkan kebakaran berakhir sepenuhnya jam 9 malam tadi (kelmarin)," katanya.

Bagaimanapun Mohamed Adenan berkata, pemantauan akan diteruskan selama 24 jam bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

"Walaupun api berjaya dikawal, saya nasihatkan pengguna jalan raya berhati-hati kerana asap kebakaran boleh mengganggu laluan trafik terutama waktu malam.

"Mereka juga diingatkan supaya tidak membuang puntung rokok keluar dari kenderaan kerana ia boleh mencetuskan kebakaran hutan di sepanjang Lebuhraya Pasir Mas-Rantau Panjang,” katanya.

Dalam pada itu katanya, sepanjang musim kemarau bermula Januari lalu, pihaknya menerima 24 laporan berkaitan kebakaran hutan.

"Namun, kejadian terbaru ini adalah yang terbesar melibatkan kawasan hutan belukar seluas lebih 50 hektar," katanya.

Polis yang diserang tidak langgar SOP

Serang polis: Empat warga asing ditahan
Anggota polis Forensik memeriksa mayat warga Indonesia yang mati ditembak oleh anggota polis peronda yang cedera parah dalam satu kejadian di Taman Sentosa, Klang - Foto Bernama   
5 Mac 2014
 KUCHING - Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata tidak berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam kejadian dua anggota unit peronda polis diserang dengan senjata tajam, seorang maut, di Taman Sentosa, Klang semalam.
 
Beliau berkata dua anggota itu melakukan tindakan betul dengan berhenti untuk memeriksa lima individu yang kelihatan mencurigakan.
 
"Kalau dilihat dari sudut SOP, tidak ada pelanggaran SOP berlaku. Dua anggota tersebut cuba menahan lima individu itu kerana kelihatan mencurigakan dan kemudiann membawa tiga wanita yang ditahan masuk ke dalam kereta untuk dibawa ke balai polis bagi pemeriksaan lanjut.
 
"Pemeriksaan terhadap wanita tidak boleh dilakukan oleh anggota polis lelaki," katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pengagihan Baucar BR1M 3.0 peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Pantai Damai dan Dun Demak Laut di sini hari ini.
 
Mengulas lanjut, Wan Junaidi yang juga anggota Parlimen Santubong berkata sebagai bekas pegawai polis, beliau juga tidak melihat ada kelemahan SOP dalam kejadian itu kerana dua anggota itu diserang dalam keadaan tidak disangka.

"Tindakan mereka berdua juga tepat, nampaknya individu yang cuba ditahan itu juga membawa parang dan pisau," katanya.
 
Semalam, Koperal Raja Aizam Raja Mohd, 53, yang cedera di kepala, maut manakala Koperal Mohd Aidil Mustafa, 29, cedera selepas diserang hendap sekumpulan warga asing dalam satu kejadian awal pagi.
 
Ketika diminta mengulas cadangan supaya rondaan polis turut disertai oleh anggota polis tambahan, Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), atau anggota tentera, Wan Junaidi menyifatkan cadangan itu amat baik untuk dipertimbangkan.
 
"Cadangan ini adalah sebahagian perancangan dalam Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).
 
"Rondaan bersama adalah baik bagi menampung kekurangan anggota polis, bagaimanapun masih perlu diperhalusi kerana jika anggota polis tambahan, mereka mengetahui selok-belok tugasan, namun kepada anggota RELA dan JPAM, itu mungkin suatu perkara baharu," katanya.

Wan Junaidi berkata cadangan pengambilan anggota polis baharu setiap tahun adalah 4,000 orang, namun dengan jumlah kekosongan kerana persaraan sebanyak 1,500 setiap tahun, jumlah pengambilan dirasakan perlu dipertingkat.
 
"Kita (polis) mempunyai kapasiti dan kemampuan melatih lebih banyak anggota baharu setiap tahun. Pengambilan lebih ramai adalah bagi menyeimbangi nisbah anggota polis dengan penduduk Malaysia," katanya. - Bernama

Mayat hanya berseluar dalam


Oleh Shahrul Nizam Mohamad

Kuantan: Mayat seorang lelaki yang hanya berseluar dalam, ditemui dalam sebuah bilik rumah teres dua tingkat di Lorong Sri Kuantan, dekat sini, tengah malam kelmarin, dipercayai dibunuh.

Mayat Thang Suam Kim, 20, yang bekerja sebagai pelayan sebuah restoran di bandar ini, ditemui rakan serumahnya kira-kira jam 12 tengah malam.


Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusof berkata, mayat ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di tingkat atas berdekatan dengan tangga.

Menurutnya, seorang saksi mendakwa terdengar pergaduhan sebelum menemui mangsa terbaring berlumuran darah.


Katanya, ketika ditemui, mangsa hanya memakai seluar dalam dan terdapat gelas yang pecah, baju kemeja dan sehelai kain di sisi mayat.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/05

Gadis 13 tahun dipaksa jadi GRO

Melaka: Seorang gadis warga Vietnam berusia 13 tahun yang dipaksa menjadi pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya, di sini, diselamatkan polis dalam Ops Noda tengah malam semalam.
Serbuan jam 12.30 tengah malam itu dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7), Bukit Aman jam 12.30 tengah malam itu turut menahan 34 GRO warga asing selain tiga warga tempatan termasuk pengurus pusat hiburan terbabit. 
Ketua Unit D7 Bukit Aman Asisten Superintendan Sharulnizam Jaafar berkata, 32 GRO yang ditahan membabitkan warga Vietnam, manakala tiga lagi warga Indonesia berusia antara 13 hingga 32 tahun.

“Siasatan polis mendapati GRO terbabit didapati mempunyai pasport lawatan, namun menyalahgunakannya untuk bekerja di pusat hiburan terbabit.
Foto
GADIS berusia 13 tahun yang diselamatkan disoal siasat polis.

“Selain GRO terbabit, 65 pelanggan pusat hiburan itu turut diperiksa dan siasatan mendapati pusat hiburan itu tidak mempunyai lesen,” katanya, di sini, semalam.

Beliau berkata, gadis berusia 13 tahun yang diselamatkan itu diletakkan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 - ATIP (Pindaan) 2010 dan Akta Imigresen.

Menurutnya, pengusaha pusat hiburan itu melakukan kesalahan di bawah ATIP dan menggunakan khidmat GRO warga asing dan semua mereka dibawa ke Balai Polis Melaka Tengah untuk tindakan lanjut.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/05

35 motosikal hanya tinggal rangka


Georgetown: Sebanyak 35 motosikal rentung dalam kebakaran dipercayai akibat perbuatan khianat dalam dua kejadian berasingan di Taman Sri Perak dan Jalan Masjid Negeri, di sini, awal pagi kelmarin.
Kejadian pertama dilaporkan berlaku di Taman Sri Perak pada jam 1.03 pagi membabitkan kemusnahan 27 unit motosikal yang ditinggalkan di tempat letak kenderaan awam. 
Dalam kejadian kedua di Jalan Masjid Negeri pada jam 4.06 pagi, lapan lagi motosikal hangus juga dipercayai angkara perbuatan khianat oleh individu tidak dikenali. 

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Jalan Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan lalu bergegas ke lokasi kejadian bersama dua jentera dan 13 anggota.
Foto
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran motosikal di Taman Sri Perak, kelmarin.

“Tindakan pantas anggota terbabit mengawal api daripada terus merebak ke arah kenderaan lain. Kejadian juga tidak membabitkan sebarang kemalangan atau kemalangan jiwa.

“Siasatan masih dijalankan untuk mengetahui punca sebenar kebakaran itu berlaku sama ada ia perbuatan khianat atau sebaliknya dan tafsiran jumlah kerugian akibat motosikal yang terbakar,” katanya. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan Ismail Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, pihaknya menjalankan siasatan lanjut.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/05

Seterika anak angkat


Kuantan: “Walaupun dia hanya anak angkat, amanah itu sepatutnya dijaga bukan didera,” kata Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah kepada seorang peniaga, Abdul Muhamad Khalifah Ali, 39, selepas lelaki itu mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, terhadap pertuduhan mendera anak angkatnya menggunakan seterika panas September tahun lalu.
Tuan Ruzuaini menyifatkan perbuatan tertuduh itu tidak berperikemanusiaan kerana mendera kanak-kanak lelaki yang baru berusia tujuh tahun. 
“Dalam usianya baru tujuh tahun, dia berdepan tekanan emosi selain kecederaan fizikal yang serius akibat perbuatan kamu,” katanya. 

Abdul Muhamad dari Taman Tas, dekat sini, menjaga mangsa bersama isterinya sejak kanak-kanak itu masih kecil.
Foto
ABDUL Muhamad mengaku bersalah selepas didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan, semalam.

Akibat perbuatan lelaki itu, mangsa melecur di beberapa bahagian badan termasuk lengan, tapak kaki dan badan akibat ditekap seterika panas di rumah mereka di Lorong Tas 24, Taman Tas, pada 5 September tahun lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya. 

Berikutan pengakuan bersalah itu, Tuan Ruzuaini menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dari tarikh tertuduh ditangkap dan denda RM5,000 atau enam bulan penjara jika dia menjelaskan denda berkenaan. 

Terdahulu, dalam rayuannya, tertuduh memaklumkan dia dan isterinya menjaga tiga anak angkat termasuk mangsa selain tiga anak sendiri. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/05

Bakteria dalam darah


Kuala Terengganu: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengenal pasti tiga peniaga yang menyebabkan keracunan makanan lebih 100 pesakit sehingga menyebabkan seorang kanak-kanak lima tahun mati.
Pengarahnya Datuk Dr Anwa Sulaiman berkata, tiga peniaga berkenaan disiasat dan pihaknya kini menunggu laporan penuh sebelum mendakwa tiga peniaga berkenaan mengikut Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Menurutnya, hasil bedah siasat Muhammad Iqbal Rafie Mohd Ilmie, 5, menemui bakteria Salmonella dalam badannya.
“Bakteria itu dikesan menerusi air tulang belakang serta darah dari saluran jantung kanak-kanak itu dan kami yakin punca kematiannya disebabkan bakteria berkenaan.
“Kami percaya bakteria berkenaan datang dari pasar malam di Dataran Shahbandar dan Jalan Hiliran.
“Buat masa ini, kita masih menunggu bukti dan ketiga-tiga peniaga pasar malam terbabit pasti berdepan hukuman sekiranya bakteria berkenaan dikesan di gerai mereka,” katanya yang ditemui ketika melawat pesakit yang mengalami keracunan makanan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam.
Beliau berkata, operasi perniagaan ketiga-tiga peniaga terbabit diarah dihentikan sehingga siasatan JKNT selesai.
Sementara itu, seorang pesakit yang mengalami keracunan makanan, Kamarina Muhammad, 36, berkata, dia terkejut melihat keadaan wad di HSNZ sesak dengan pesakit yang keracunan makanan.
Menurut guru Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Berangan, Marang, itu, dua anaknya Khairiah Aleeya Azhar, 9, dan Khairim Asyraf Azhar, 11, turut mengalami gejala sama dengan pesakit lain apabila mengalami cirit-birit serta muntah dan kini terlantar di wad.
“Saya terpaksa mengambil cuti untuk menjaga dua anak yang terlantar di hospital dan ia dipercayai berpunca daripada bakteria yang terdapat dalam nasi goreng.
“Justeru, saya berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera dan meminta orang ramai supaya berhati-hati ketika membeli makanan di pasar malam kerana bimbang dijangkiti bakteria,” katanya.
Foto
DR Anwa (dua dari kiri) melawat pesakit yang mengalami keracunan makanan di HSNZ, semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/05

Kes keracunan makanan makin serius


Oleh Khairul Hamizy Ramlee

Kuala Terengganu: Kes keracunan makanan di bandar raya ini semakin serius apabila 101 orang dilaporkan mendapatkan rawatan sejak Sabtu lalu.

Kejadian itu dipercayai berlaku selepas pesakit terbabit dijangkiti bakteria Salmonella yang kebanyakannya terdapat pada ayam serta telur haiwan itu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Datuk Dr Anwa Sulaiman berkata, sehingga semalam seramai 101 orang mendapat rawatan di hospital dan seorang pesakit berusia lima tahun meninggal dunia kelmarin.

Menurutnya, sehingga semalam, 68 pesakit dimasukkan ke dalam wad termasuk 18 kanak-kanak dan daripada jumlah terbabit, lapan pesakit dibenarkan keluar wad manakala selebihnya dirawat sebagai pesakit luar.

“Kebanyakan kes ini kita dapati hampir keseluruhannya dijangkiti bakteria Salmonella yang terdapat pada ayam serta telurnya yang dimasak dalam nasi goreng putih dan merah, kuetiau serta mi goreng yang dijual di pasar malam Dataran Shahbandar serta Jalan Hiliran.

“Semua sampel najis diambil menunjukkan pesakit terkena jangkitan bakteria Salmonella dan kebanyakan pesakit berasal dari Kuala Terengganu serta Marang,” katanya ketika ditemui sewaktu melawat pesakit di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini, semalam.

Beliau berkata, semua pesakit dalam wad terbabit kini dilaporkan stabil.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/05

Peniaga MLM nafi tipu 2 lelaki


Tertuduh Mohamad Rezal Md Isa, 35, dari FELDA Moakil, Johor mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syajaratudur Abd Rahman. 
Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memperdayakan Mohd Khori Hanafi, 64, supaya menyerahkan RM150 sebagai tawaran menyertai program TV3 yang tidak wujud. 

Kesalahan itu dilakukan di sebuah restoran di Jalan Melaka Raya, Banda Hilir pada 15 November 2006.
Foto
TERTUDUH diiringi polis meninggalkan mahkamah.

Pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama iaitu memperdaya Zulkefflee Ahmad, 31, dari Pasir Putih, Bachang, di sini, supaya menyerahkan RM800 pada 10 Januari 2007.

Bagi kedua-dua pertuduhan, Rezal didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan dan boleh juga dikenakan denda. 

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Nizam ketika mengendalikan kes, menawarkan jaminan RM14,000 bagi kedua-dua pertuduhan. 

Namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu supaya jumlah jaminan itu dikurangkan dengan alasan mempunyai tanggungan selain menjaga ibunya yang sakit. 

Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak Syajaratudur membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 bagi kedua-dua pertuduhan iaitu RM4,000 bagi pertuduhan pertama dan RM3,000 bagi pertuduhan kedua. 

Mahkamah menetapkan 25 Mac ini untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/05

Ditimpa malang balik rumah


Putrajaya: Bukan saja diculik, tapi turut dibogel, dirakam gambar serta dicabul sebelum wang tunai, barangan berharga serta kenderaan miliknya dicuri.
Itu nasib malang menimpa seorang wanita selepas suspek lelaki berusia 20-an menculiknya dari kawasan tempat letak kereta berhampiran Hospital Putrajaya, di sini, jam 7.30 petang 26 Februari lalu. 
Sumber polis berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 40-an berada di tempat letak kereta berkenaan untuk mengambil kereta Toyota Caldina untuk pulang ke rumah. 

“Bagaimanapun, suspek muncul secara tiba-tiba dan mengacukan pisau ke arah mangsa. Lelaki itu kemudian merampas beg tangan dan menolaknya masuk ke dalam kereta.

“Mangsa diarah memandu ke Kajang sebelum diarahkan berhenti di tepi jalan. Di situ, suspek mengarahkan mangsa bertukar ke tempat duduk penumpang dan mengikat tangannya,” katanya.

Suspek memandu kereta itu ke arah Hulu Langat sebelum berhenti di satu kawasan sunyi. 

“Dia menanggalkan pakaian mangsa sebelum mencabul wanita itu. Malah, mangsa turut diugut bunuh jika dia melawan atau cuba melarikan diri. 

“Selepas dicabul, suspek merakam gambar mangsa dalam keadaan bogel. Mangsa yang ketakutan tidak mampu berbuat apa-apa biarpun berasa amat malu apabila diaibkan,” katanya. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/05

Seludup rakan dalam bagasi


Madrid: Polis sempadan Sepanyol semalam terkejut selepas menahan seorang rakyat Maghribi dan menemui rakannya dalam beg yang diheretnya ketika memasuki negara itu.

Polis merampas bagasi berkenaan serta menahan suspek selepas melihatnya mengheret beg besar dan berbentuk pelik ketika menyeberang sempadan Melilla di utara Afrika dan bandar Beni Ansar di Maghribi.


Apabila dikejar suspek selamba mengheret beg itu.


Polis yang berjaya merampas beg berkenaan terkejut apabila membuka beg itu dan melihat seorang lelaki warga Mali berusia 19 tahun merengkuk di dalamnya.


Menteri Dalam Negeri Sepanyol mengesahkan kedua-dua lelaki itu ditahan reman untuk membantu siasatan.


Keadaan di sempadan negara berkenaan semakin tegang sejak kebelakangan ini selepas sekurang-kurangnya 14 warga asing yang cuba memasuki Sepanyol secara haram mati lemas di perairan Maghribi pada 6 Februari lalu, Kejadian berlaku di Ceuta, kawasan milik Sepanyol, 579 kilometer dari Melilla.

Kumpulan hak asasi manusia mendakwa pasukan keselamatan Sepanyol menembak peluru getah terhadap pendatang berkenaan dalam usaha menghalang mereka memasuki negara itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/05

7 individu dikompaun lakukan pembakaran terbuka


2014/03/05
Alor Setar: Sekurang-kurangnya tujuh individu dikompaun atas kesalahan melakukan pembakaran terbuka di Kedah sejak awal Januari hingga semalam.

Kesalahan itu yang dilakukan di Pendang, Kubang Pasu, Semeling dan Pokok Sena, dikompaun antara RM100 hingga RM2,000 setiap kes dengan kutipan sebanyak RM20,300.


Pengarahnya, Mohamad Sayuti Sepeai, berkata kes berkenaan adalah antara 36 aduan diterima Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri sepanjang tempoh itu yang membabitkan gangguan atau kesan sampingan kepada orang ramai dan kemusnahan harta benda.

“Pembakaran terbuka itu turut merebak ke premis berdekatan termasuk kawasan perumahan, komersial atau tapak pelupusan sampah sehingga menyumbang kemerosotan kualiti udara termasuk jerebu," katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohamad Sayuti berkata, orang ramai dinasihat tidak melakukan pembakaran terbuka kerana ia bukan hanya menyebabkan keadaan jerebu bertambah buruk.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan tindakan tahun ini meningkat berbanding 17 kes pada tahun lalu.

Pendakwaan ditangguh tunggu laporan kimia


2014/03/05

Kes bunuh pelajar

Alor Setar: Prosiding pendakwaan kes bunuh seorang daripada tiga beradik perempuan di Alor Senibong, dekat sini, November lalu, ditangguhkan, semalam, sementara menunggu laporan penuh kimia dan bedah siasat.


Penangguhan tarikh sebutan semula kepada 30 Mac itu dibuat Majistret Mohd Khairul Hafizuddin Ramli, sejurus pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibacakan terhadap tertuduh, Mohd Firdaus Mohd Faridul, 20.

Bagaimanapun, sehingga kini, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Tertuduh sebelum ini didakwa dengan niat melakukan pembunuhan yang menyebabkan kematian Noor Syafikah Nadia Abdullah, 14, di Kampung Alor Senibong, Mukim Tajar, di sini.

Dia didakwa menyebabkan kematian mangsa antara jam 9.30 hingga 11.30 malam pada 29 November lalu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Ayu Rohaiza Khazali, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Tertuduh diwakili peguam Burhanudeen Abdul Wahid.

Pesawat kecil terhempas di Iran


2014/03/04

TEHRAN: Sebuah pesawat kecil terhempas di Teluk Parsi semalam dan nasib lima anak kapal di dalamnya tidak dapat dipastikan setakat ini.

Agensi berita rasmi IRNA berkata, pesawat milik Pertubuhan Penerbangan Awam negeri itu sedang menjalani ujian peralatan penerbangan ketika ia terhempas di Pulau Kish yang terkenal sebagai pusat peranginan.


IRNA berkata, pasukan penyelamat bergegas ke tempat kejadian tetapi belum menemui sebarang mayat. - AP 

Minta peguam baca nota luahan 4 beradik


2014/03/05

Kota Bharu: Nota luahan perasaan empat adik beradik yang ibu bapa mereka ditahan di Sweden atas dakwaan mendera, akan diserahkan kepada peguam pasangan itu dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin, berkata pihaknya juga akan meminta peguam kepada Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshal membaca nota itu di mahkamah.


Katanya, nota yang ditulis sendiri oleh empat beradik itu adalah daripada luahan perasaan mereka sendiri dan akan diserahkan melalui Duta Besar Malaysia ke Sweden, Datuk Badruddin Ab Rahman.

“Nota yang mereka tulis ini adalah luahan perasaan sendiri dan ia tidak diajar oleh sesiapa. Kita minta kalau boleh supaya peguam di sana dapat membaca nota berkenaan dalam mahkamah itu nanti untuk membuktikan empat beradik ini sayang kepada ibu bapa mereka.

“Melihat kepada nota ditulis empat beradik ini, kita berasakan bahawa mereka sangat sayang dan merindui kedua ibu bapa mereka. Saya percaya apa yang berlaku tidak diingini sesiapa.

“Kita juga akan memberitahu pasangan itu berkenaan perkembangan anak mereka yang kini berada dalam jagaan adik Shalwati, Shaleena,” katanya ketika melawat kediaman Shaleena di Kampung Wakaf Tok Wali, Peringat, semalam.

Pada majlis itu, Hamzah turut sempat menyampaikan sumbangan peribadinya kepada keluarga terbabit. Selain itu, Hamzah berkata, perbicaraan kes Azizul dan Shalwati dijangka berakhir pada 14 Mac ini tapi mungkin ada penambahan hari perbicaraan sekiranya tidak selesai pada hari terbabit.

Sepasang kekasih ditemui mati


2014/03/05

Kuala Lumpur: Dua individu disyaki sepasang kekasih, ditemui mati dalam sebuah kereta di taman rekreasi Taman Metropolitan dekat Batu di sini, petang semalam.

Kejadian disedari seorang pengunjung yang baru selesai berjoging di taman terbabit jam 5 petang, sebelum memaklumkan penemuan itu kepada pengawal keselamatan di situ.


Pengawal keselamatan terbabit, Fariz Izham Kamaruddin, 21, bergegas mendapatkan kereta itu yang terletak berhampiran tasik, 50 meter dari pintu masuk taman rekreasi berkenaan.

“Ketika itu, saya nampak kedua-duanya sudah tidak sedarkan diri seperti sedang tidur. Saya cuba buka pintu kereta tetapi berkunci dari dalam. Saya ketuk cermin dan goyangkan kereta, namun mereka tidak sedar ataupun bergerak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata mangsa dipercayai membunuh diri dengan menyalurkan asap enjin melalui hos yang dipasang ke dalam kereta.

Sindiket samun jongkong tembaga RM1j tumpas


Sindiket samun jongkong tembaga RM1j tumpas
Sindiket samun jongkong tembaga RM1j tumpas
2014/03/05

Mohd Mokhtar (tengah) menunjukkan sebahagian barangan yang dirampas dalam serbuan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, semalam. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
Johor Bahru: Polis Johor menumpaskan satu sindiket samun jongkong tembaga bernilai hampir RM1 juta, menerusi siri serbuan sekitar Seri Alam dekat Pasir Gudang, di sini.

Dalam serbuan pada 24 Februari lalu, polis menahan 18 lelaki berusia 19 hingga 48 tahun dipercayai anggota sindiket terbabit.


Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata gerakan bermula selepas pihaknya menerima laporan sebuah lori kargo dengan muatan tembaga dilarikan dari perkarangan sebuah kilang di Pasir Gudang, jam 2.40 petang.

Katanya, dalam tempoh setengah jam, polis mengesan kenderaan terbabit di ladang sawit dekat Mount Austin, kira-kira 15 kilometer dari lokasi ia dilarikan.

“Polis menyerbu lokasi terbabit dan berjaya menemui semula lori 12 tan dengan muatan jongkong tembaga. Susulan penemuan itu, polis melakukan beberapa serbuan sekitar Seri Alam, Pasir Gudang dan Johor Bahru yang berhasil menahan 18 lelaki.

“Siasatan awal mendapati, empat daripada suspek memiliki rekod jenayah lampau dan mereka ditahan reman sehingga Sabtu ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, semalam.

Mohd Mokhtar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Sindiket samun kargo tumpas

Sementara itu, dalam kes berasingan, Mohd Mokhtar berkata, polis menumpaskan sindiket samun kargo perabot separa siap yang dilarikan di Plaza Tol Tangkak, Ledang, pada Jumaat lalu.

Katanya, dalam kejadian jam 5 pagi itu, tiga lelaki bersenjatakan parang mengikat pemandu kenderaan terbabit sebelum melarikan lori dengan muatan perabot separa siap bernilai RM100,000.

“Kira-kira jam 2 petang Sabtu lalu, polis menjalankan beberapa serbuan sekitar Seremban, Negeri Sembilan sebelum menahan tiga suspek berusia 36 hingga 38 tahun,” katanya.

Mohd Mokhtar berkata, polis merampas empat parang, pemutar skru boleh laras serta dua telefon bimbit milik mangsa.

Katanya, semua suspek termasuk dua yang mempunyai rekod jenayah lampau ditahan reman sehingga Sabtu ini bagi siasatan lanjut kes berkenaan.

“Kumpulan itu dipercayai terbabit dalam sekurang-kurangnya enam kes samun lori di sekitar Johor dan Negeri Sembilan,” katanya.

Renjer mengaku bunuh tiga beradik

Jaehsea (kiri) dan Maming pada sidang media anjuran polis Thailand selepas ditahan kerana menembak mati tiga kanak-kanak di Narathiwat. - Foto AFP
Narathiwat: Dua Renjer tentera Thai mengaku menembak mati tiga beradik, memburukkan lagi keadaan politik sedia ada dalam serangan kejam bermotif balas dendam, kata polis semalam.

Maming bin Mama, 21 dan Sagrueara Jaehsea, 25, mengaku menembak mati tiga adik beradik lelaki berusia tiga, lima dan 9 ketika pulang ke rumah dari sebuah masjid di Bacho, awal Februari lalu.
Ibu mangsa selamat


Renjer mengaku bunuh tiga beradik
Mereka (renjer) mengaku membunuh bermotifkan balas dendam” Pattanawuth Angkanawin, Komander Polis Wilayah


Lelaki terbabit juga menembak ibu kanak-kanak itu yang sedang hamil, namun dia terselamat.

Daerah ini antara yang paling tidak menentu keamanannya di Wilayah Narathiwat, salah satu daripada tiga wilayah selatan yang dilanda pergolakan sejak sedekad lalu hingga mengorbankan lebih 6,000 nyawa.

Polis berkata, renjer berkenaan bertindak selepas bapa kanak-kanak itu disyaki membunuh abang Maming dan kakak iparnya, Ogos tahun lalu di daerah sama.
Bapa mangsa ditahan tetapi kemudian dibebaskan kerana tidak cukup bukti untuk pendakwaan.
“Mereka (renjer) mengaku membunuh bermotifkan balas dendam,” kata Komander Polis Wilayah, Pattanawuth Angkanawin sambil menambah renjer itu tidak sengaja membunuh kanak-kanak itu ketika memburu bapa mereka yang berjaya melarikan diri. - AFP

Nenek dan dua cucu nyaris maut

WARTAWAN SINAR HARIAN
Nenek dan dua cucu nyaris maut
Mangsa hilang tempat tinggal dalam satu kejadian kebakaran di Kampung Jiboi, Ampangan, semalam. Gambar kecil: Ramlan. 
4 Mac 2014
SEREMBAN – Seorang nenek bersama dua cucunya nyaris maut apabila rumah yang didiaminya mereka rentung dalam satu kebakaran di Kampung Jiboi, Ampangan, di sini, pagi semalam.

Kebakaran yang memusnahkan 100 peratus rumah separuh papan itu disedari nenek, Jamiah Abd Rani, 60, kira-kira jam 7.30 pagi. Jamiah ketika itu berada di ruang tamu sempat menyelamatkan dua cucunya, Muhammad Quyum Sayid Ramlan, 3, dan Muhammad Taqid Abdul Hakam, 5 bulan, sebelum api marak.

Anak mangsa, Ramlan Ramli, 35, berkata, ketika kejadian dia berada di rumahnya yang tidak jauh daripada rumah ibu bapanya itu.

“Saya terima panggilan daripada jiran kira-kira jam 8.05 pagi yang memaklumkan rumah mak terbakar.

“Saya seolah-olah tidak percaya kerana baru saja hantar anak ke rumah mak jam 7 pagi. Anak memang mak jaga kerana kami suami isteri bekerja,” katanya semalam.

Menurutnya, dia bergegas ke rumah ibu bapanya itu dan dari jauh kelihatan asap tebal dan api sedang marak.

“Hati saya sangat berdebar bila kenang nasib mak dan anak saya. Sebaik tiba, saya meraka berada di luar rumah dan kelihatan.

“Ketika itu saya mengucap syukur kerana mak dan anak selamat,” katanya. Ramlan berkata, ketika  kejadian hanya mak dan dua orang cucunya berada di rumah manakala ayah, Ramli Abdullah, 58, sudah keluar bekerja.

“Mak memberitahu ketika kejadian dia sedang meneman cucu bermain. Tibatiba terbau asap dan kelihatan api muncul dari dapur.

“Sepantasnya mak bawa dua cucunya keluar tanpa sempat menyelamatkan apa-apa” katanya.

Katanya, jiran yang menyaksikan kejadian itu sempat menyelamatkan motosikal adik daripada terkena api.

“Tiada apa yang dapat diselamatkan. Mak dan ayah tinggal sehelai sepinggang. Walaupun kehilangan harta, saya tetap bersyukur mak dan anak selamat kerana nyawa lebih penting dari segala-galanya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mustaza dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7.57 pagi.

“Tiga jentera bersama 30 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dan sejurus tiba api sedang marak.

“Kita mengambil masa kira-kira lima minit bagi memadam api dan berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah jiran bersebelahan,” katanya.

Katanya, punca kebakaran masih dalam siasatan dan kerugian dijangka hampir RM80,000.

Penjaga rumah urut didakwa


TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
4 Mac 2014


SHAH ALAM - Seorang penjaga rumah urut tidak berlesen didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memberi suapan wang tunai RM500 kepada kakitangan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), dua tahun lalu.

Lee Kar Leong, 37, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa.

Lelaki itu didakwa memberi rasuah kepada Pembantu Penguatkuasa Kanan MPSJ, Mohd Fadzir Mukhtar, 40, agar tidak mengeluarkan saman dan menyita premis perniagaan H20 Reflexology yang melakukan  kesalahan mengikut Seksyen 3, Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Kesihatan 2007 yang mana tidak mempunyai lesen perniagaan.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di premis tersebut yang beralamat No 8-1, Jalan Puteri 5/2, Bandar Puteri Puchong, Puchong, Selangor jam 9.50 malam pada 10 Januari 2012.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mahamad Sukri Seman @Abu Samah mengikut Seksyen 17 (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Jika sabit kesalahan, lelaki itu bakal berdepan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau yang mana lebih tinggi.

Mahamad Sukri mencadangkan kepada mahkamah RM10,000 sebagai wang jaminan.

Kar Leong yang diwakili oleh Peguam Bela, Hamidi Datuk Mohd Noh memohon kepada mahkamah agar wang jaminan dikurangkan kepada RM2,500.

Hakim, M. Bakri Abd Majid membenarkan wang jaminan RM7000 dengan seorang penjamin.

Sebagai syarat tambahan, Kar Leong perlu melaporkan diri setiap bulan di ibu pejabat SPRM.

Mahkamah menetapkan 4 April depan sebagai sebutan semula.

Polis Johor tumpas sindiket samun lori

Polis Johor tumpas sindiket samun lori
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff melihat muatan perabot separuh siap yang ditemui dengan kejayaan pihak polis menumpaskan sindiket samun kargo di daerah Ledang pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor Bahru di sini hari ini. - Foto Bernama
4 Mac 2014
 JOHOR BAHRU - Tindakan pantas polis menyebabkan sekumpulan penyamun yang melarikan lori membawa muatan jongkong tembaga bernilai RM400,000 berputih mata selepas lori itu dikesan dalam tempoh setengah jam selepas kejadian.
  
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata dalam kejadian 24 Februari lepas di Jalan Litar, Pasir Gudang, polis menerima laporan sebuah lori memuatkan jongkong tembaga dilarikan oleh sekumpulan lelaki yang bertindak menahan pemandunya.
  
"Dalam masa setengah jam, polis berjaya mengesan lori itu bersama muatan di ladang sawit di Mount Austin, Johor Bahru," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
  
Katanya susulan itu juga polis menahan 18 lelaki berusia antara 19 dan 48 tahun dalam beberapa serbuan di sekitar Seri Alam dan Johor Baharu.
  
Siasatan mendapati empat daripada mereka mempunyai rekod jenayah dan dengan penangkapan itu juga polis dapat menyelesaikan 13 kes samun membabitkan kumpulan tersebut, katanya.
  
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mengulas kes lain, Mohd Mokhtar berkata polis Johor berjaya menyelesaikan kes samun sebuah lori membawa perabot separuh siap yang dilapor berlaku pada 28 Feb lepas.
  
Dalam kejadian pukul 5 pagi di Plaza Tol Tangkak itu, pemandu lori berkenaan disamun tiga lelaki bersenjatakan parang yang kemudian melarikan lori tersebut.
  
Hasil risikan dan maklumat awam polis menyerbu beberapa lokasi di Seremban, Negeri Sembilan dan menahan tiga suspek berusia antara 36 dan 38 tahun selain menemui semula lori dan barangan yang disamun, katanya.
  
Dalam satu lagi kes, Mohd Mokhtar berkata polis menahan sepasang kekasih berusia 19 dan 21 tahun yang dipercayai terbabit dalam beberapa kes pecah rumah di Kluang.
  
Pada 26 Februari lepas, polis menyerbu sebuah rumah di Kampung Tengah, Layang-Layang di Kluang dan menahan seorang gadis berusia 19 tahun, katanya.
  
Susulan penangkapan itu, polis menahan teman lelakinya di Jalan Layang-Layang Bukit Batu dan menemui beberapa barangan yang dipercayai hasil kegiatan pecah rumah.
  
Siasatan polis mendapati gadis itu bertindak sebagai penjual barangan yang dicuri oleh kekasihnya, kata Mohd Mokhtar yang menambah kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 14 tahun, denda dan sebatan jika sabit kesalahan.  - Bernama

Sindiket poligami ekspres RM3,000

MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI
Sindiket poligami ekspres RM3,000
Mohamad Shariff menunjukkan laporan polis yang dibuat.
4 Mac 2014
 ALOR SETAR – Demi merahsiakan perkahwinan kedua daripada isteri pertama, ada suami yang sanggup menggunakan khidmat sindiket nikah yang menyediakan pakej lengkap termasuk sijil nikah menyerupai yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik).

Amat membimbangkan apabila proses akad nikah pasangan berkenaan juga dilakukan tanpa kehadiran wali.

Sindiket berkenaan dipercayai bergerak aktif sejak beberapa tahun lalu dengan mengenakan bayaran serendah RM3,000 dan dikatakan mendapat sambutan hangat mereka yang mahu berpoligami secara rahsia.

Difahamkan, sindiket terbabit bijak memancing pasangan berkenaan supaya menggunakan khidmat mereka dengan mempercepatkan pengeluaran sijil nikah beberapa hari sebelum akad nikah berlangsung.

Lebih mengejutkan, sindiket itu turut didakwa didalangi 'orang dalam' sebuah masjid dekat Kuala Kedah yang mendorong sebuah badan bertindak membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini, semalam.

Wakil badan itu, Mohamad Shariff Nawab, 66, berkata, bagi membolehkan pernikahan itu berlangsung, sindiket berkenaan akan menukar alamat pengantin perempuan ke mana-mana alamat rumah orang lain di sekitar Kuala Kedah.

“Pasangan itu diijabkabulkan tanpa wali. Malah, taraf perkahwinan dalam sijil nikah itu pula ditulis sebagai anak dara walaupun status sebenar pengantin perempuan itu janda.

“Bagaimanapun, penipuan sindiket itu terbongkar apabila perkahwinan pasangan yang menggunakan khidmat sindiket itu tidak kekal lama dan terpaksa bercerai,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, khidmat sindiket itu mendapat sambutan kerana pengantin lelaki tidak perlu bersusah payah melalui prosedur ketat di pejabat agama termasuk mendapatkan kebenaran mahkamah syariah.

Mohamad Shariff berkata, sindiket itu turut mendapat sambutan pasangan dari Johor, Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Pahang.

“Kebanyakan sijil nikah pasangan berkenaan telah pun disiapkan empat hari lebih awal sebelum akad nikah berlangsung. Kebiasaannya, akad nikah itu akan dijalankan di sebuah rumah di sini.

“Kegiatan mereka mula dikesan sejak dua minggu lalu dan sindiket itu dipercayai aktif sejak beberapa tahun dulu lagi. Sebanyak 12 sijil nikah dikesan telah dikeluarkan menerusi sindiket itu,” katanya.

Berikutan itu, beliau meminta pihak berkuasa khususnya Jaik melakukan siasatan terperinci kerana kemungkinan wujud penglibatan orang dalam yang mempunyai kaitan dengan sindiket berkenaan hingga mereka mampu mengeluarkan sijil nikah poligami yang nampak seperti tulen.

Dua koperal diserang hendap


ANGGOTA polis memeriksa mayat seorang lelaki Indonesia yang mati ditembak selepas menyerang dua anggota polis di Taman Sentosa di Klang semalam.


KLANG - Dedikasi dua anggota polis melakukan rondaan cegah jenayah di Taman Sentosa dekat sini semalam bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut manakala seorang lagi cedera parah akibat diserang hendap sekumpulan warga Indonesia yang cuba ditangkap kerana tiada dokumen pengenalan diri.
Anggota polis yang terbunuh ialah Koperal Raja Aizam Raja Mohd. 53, manakala rakannya, Koperal Mohd. Aidil Mustafa, 29, cedera parah. Kedua-dua anggota polis itu ditetak, ditikam dan dilibas dengan pisau rambo dan parang oleh dua daripada sekumpulan enam warga asing yang bertindak agresif ketika cuba diberkas.
Dalam pergelutan itu, dua lelaki Indonesia yang menyerang anggota polis itu mati ditembak oleh anggota polis yang cedera parah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kejadian pada pukul 4.30 pagi itu berlaku ketika dua anggota polis yang menaiki kereta peronda memasuki kawasan perumahan di Taman Sentosa dan terserempak dengan sekumpulan enam warga asing termasuk tiga wanita di Lorong Yusuf Shahbudin 44D.
Dua anggota polis terbabit bertugas di Unit Kereta Peronda Ibu Pejabat Pejabat Polis Daerah Klang Selatan.
Menurut beliau, pemeriksaan mendapati kesemua warga asing tersebut tiada dokumen dan menyebabkan Raja Aizam dan Mohd. Aidil cuba menahan mereka.
Bagaimanapun, Khalid memberitahu, ketika Raja Aizam dan Mohd. Aidil mahu menahan sekumpulan warga Indonesia itu, dua lelaki yang masing-masing bersenjatakan pisau rambo dan parang menyerang dari belakang Raja Aizam dan Mohd. Aidil.
"Serangan itu mengenai belakang kepala, tangan dan muka kedua-dua anggota polis terbabit sebelum Raja Aizam kemudian turut dilibas di perut menyebabkan dia rebah," kata beliau.
Khalid berkata demikian selepas menziarah Mohd. Aidil dan jenazah Raja Aizam di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini semalam.
Turut hadir Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan dan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarulzaman Mamat.
Selepas itu, beliau berkata, seorang suspek itu merampas pistol milik Raja Aizam yang sudah rebah dan tersungkur di dalam longkang.
"Suspek itu mengacukan pistol itu ke arah Mohd. Aidil namun Mohd. Aidil bernasib baik kerana suspek tidak tahu menggunakan senjata api itu," kata beliau.
Kesempatan itu diambil Mohd. Aidil untuk merampas semula pistol itu sebelum melepaskan tembakan yang menyebabkan kedua-dua lelaki yang menyerangnya maut di tempat kejadian.
Salah seorang suspek yang mati mempunyai tatu di bahagian dada.
" Mohd. Aidil kemudian turut mengacukan pistol ke arah empat lagi warga asing lain sebelum sebuah kereta peronda polis datang ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan," kata beliau.
Raja Aizam disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke HTAR manakala Mohd. Aidil masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Difahamkan, kawasan perumahan di lokasi kejadian menjadi penempatan ramai warga asing.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0305&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2v2Wz2OA7 
Hakcipta terpelihara 

Dakwa mahu bayar kos belajar anak



ANTARA botol air ketum yang dirampas di sebuah rumah di Kampung Gong Kelih, Gaal, Pasir Puteh, Kelantan kelmarin.


PASIR PUTEH – Seorang penganggur mendakwa, dia terpaksa menjual air ketum kerana mahu menampung kos pengajian anaknya di salah sebuah institut pengajian tinggi (IPT) di sini.
Apa jua alasan yang diberikan olehnya bagaimanapun tidak mampu mengelak dirinya daripada didakwa di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas kediamannya di Kampung Gong Kelih, Gaal di sini didapati telah dijadikan tempat memproses bahan terlarang itu.
Ketika serbuan dijalankan pada pukul 7.20 pagi kelmarin, suspek yang berusia 43 tahun itu juga sedang asyik memasak daun ketum.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd. Kamal Zainal (gambar kecil) berkata, penahanan itu dibuat selepas pihak polis menjalankan intipan dan risikan selama beberapa hari di rumah itu yang didakwa menjalankan aktiviti haram ini.
“Ketika serbuan dibuat, suspek sedang berada di dapur memasak sementara isterinya tidak ada di rumah kerana menghantar anak mereka ke sekolah,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Ujar Mohd. Kamal lagi, hasil pemeriksaan lanjut, pihaknya menemui 11 botol plastik berisi cecair berwarna kehijauan dengan jumlah isipadu 15 liter selain satu periuk aluminium berisi daun ketum.
Semasa disoal siasat, beliau berkata, suspek mendakwa, air ketum hasil ‘air tangannya’ itu dijual dengan harga RM2 sebungkus.
“Dia juga beri alasan yang hasil jualannya itu dikumpulkan untuk membiayai keperluan pengajian anaknya di sebuah IPT berikutan tiada sumber kewangan lain.
“Suspek memberitahu polis, bekalan daun ketum diperolehi daripada pembekal dari Besut, Terengganu,” katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0305&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2v2Wpn6BZ 
Hakcipta terpelihara 

Pencuri mati direnjat elektrik



ANGGOTA polis mengangkat mayat seorang lelaki yang mati terkena renjatan ketika cuba mencuri kabel elektrik di rumah pencawang milik TNB di Kawasan Industri Mara II, Pengkalan Chepa dekat Kota Bharu, Kelantan semalam.


KOTA BHARU - Seorang lelaki berusia 40 tahun maut terkena renjatan elektrik ketika dipercayai cuba mencuri kabel elektrik di dalam rumah pencawang yang terletak di Kawasan Industri Mara II, Pengkalan Chepa dekat sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa dikatakan cuba memotong salah satu kabel yang terdapat di dalam rumah pencawang berkenaan sebelum terkena renjatan elektrik.
Difahamkan mangsa pernah bertugas sebagai pengawal keselamatan di kawasan berkenaan namun dibuang kerja sejak dua tahun lalu ekoran masalah disiplin.
Turut ditemui bersama mangsa ialah beg yang mengandungi peralatan digunakan untuk memotong kabel berkenaan.
Sumber Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kelantan berkata, kejadian tersebut disedari oleh kakitangannya ketika mahu menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di kawasan rumah pencawang itu.
Menurutnya, terkejut dengan kejadian itu, kakitangannya telah mendapatkan bantuan daripada orang ramai yang berada berdekatan dengan kawasan itu.
"Mayat lelaki berkenaan ditemui dalam keadaan tertiarap dan hasil pemeriksaan yang dijalankan pihak kami mendapati beberapa barangan telah hilang dari dalam kawasan berkenaan," katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.
Tambahnya, pencawang elektrik berkuasa 415 Voltan itu membekalkan arus elektrik di seluruh kawasan perindustrian tersebut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0305&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2v2WZc8D5 
Hakcipta terpelihara 

Bapa nafi bahagi tugas rotan anak


KUALA LUMPUR – Azizul Raheem Awalludin menafikan dakwaan daripada anaknya, Ammar yang menyatakan dia dan isteri, Shalwati Nurshal pernah berbincang mengenai pembahagian tugas untuk memukul anak-anak mereka.
Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, ketika ditanya pihak pendakwa pada hari ketujuh perbicaraan kelmarin, Azizul menyifatkan kelemahan bahasa Melayu Ammar menyebabkan anak keduanya itu tersalah faham perbincangannya dengan Shalwati.
“Azizul menyatakan bahawa setiap perbincangan dengan Shalwati akan dilakukan dalam bahasa Melayu dan disertai dengan bunyi televisyen yang kuat.
“Selain itu, dia turut menutup pintu dengan rapat bagi mengelakkan anak-anak mereka mendengar perkara yang dibincangkan olehnya dengan Shalwati,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Azizul yang merupakan pegawai Tourism Malaysia di Sweden telah ditahan bersama isterinya, Shalwati sejak 18 Disember tahun lalu dan didakwa secara berasingan di mahkamah daerah Stockholm, Sweden pada 10 Februari lepas atas tuduhan mendera anak mereka.
Menurut Khairul Anwar, selain insiden melibatkan Ammar, Azizul turut disoal mengenai insiden melibatkan anak ketiganya, Adam.
“Azizul dilihat kembali beremosi ketika ditanya mengenai Adam dan dia menyatakan hanya memarahi Adam kerana anaknya itu berbohong mengenai solat.
“Azizul menyatakan dia hanya memegang dan memandang ke arah Adam dengan menerangkan secara perlahan-perlahan agar bisa difahami dan diamalkan Adam,” ujarnya.
Mengulas lanjut, Khairul Anwar berkata, pada perbicaraan itu, peguam bela Azizul, Jonas Tamm diberi peluang mengemukakan soalan balas kepada Azizul supaya menerangkan sifat dan perilaku Ammar kepada mahkamah.
Menurut beliau, Azizul yang sekali sekala mengusap mukanya menggambarkan Ammar sebagai seorang yang mempunyai sifat kepimpinan selain gemar menganggap dirinya seorang yang serba tahu.
“Oleh sebab itu, Azizul berkata dia tidak menafikan jika ada dakwaan yang dikemukakan oleh Ammar dalam kes ini merupakan satu rekaan atau penambahan daripada cerita asal,” katanya.
Sebelum perbicaraan berakhir, Mahkamah Daerah Solna tersebut kecoh seketika apabila pegawai pendakwaan berusaha memohon tambahan masa selama tujuh minit bagi mengemukakan keterangan namun ditolak Hakim.
Perbicaraan hari kelapan pada hari ini akan menyaksikan sambungan keterangan Azizul dengan pihak pendakwaan dijangka menyoal beberapa soalan tambahan kepada Azizul bagi membuktikan dakwaan mereka.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0305&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2v2WRDv8H 
Hakcipta terpelihara 

4 termasuk tiga wanita diberkas




GOMBAK - Tiga wanita dan seorang lelaki kesemuanya dipercayai warga Indonesia ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian serangan hendap yang mengakibatkan seorang anggota polis maut manakala seorang lagi cedera parah.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan (gambar) berkata, kesemua mereka ditahan di kawasan berhampiran di Taman Sentosa, Klang sejurus selepas kejadian itu.
"Polis tahan tiga wanita dan seorang lelaki warga asing dan kami masih cuba mengenal pasti kerakyatan sebenar mereka yang ditahan itu," kata beliau ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di sini semalam.
Menurut beliau, polis kini sedang mengesan suspek-suspek lain yang dipercayai turut berada atau terlibat dalam kejadian itu.
Dalam kejadian pada pukul 4.30 pagi semalam, seorang anggota polis peronda, Koperal Raja Aizam Raja Mohd., 53, maut manakala rakannya, Koperal Mohd. Aidil Mustafa, 29, cedera parah selepas diserang hendap sekumpulan warga asing ketika hendak menahan mereka di kawasan perumahan di Taman Sentosa.
Mohd. Shukri memberitahu, sebelum kejadian kedua-dua anggota polis dari Unit Kereta Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan terserempak dengan sekumpulan warga asing, termasuk tiga wanita berada dalam keadaan mencurigakan sebelum anggota polis itu cuba memeriksa mereka.
"Selepas memeriksa dan cuba menahan tiga wanita daripada kumpulan warga asing itu, beberapa orang lelaki telah menyerang dua anggota polis itu dari belakang menggunakan parang dan pisau rambo.
"Raja Aizam ditikam di belakang kepala manakala muka Mohd. Aidil luka teruk akibat ditetak," kata beliau.
Bagaimanapun, kata beliau, dalam pergelutan itu, Mohd. Aidil sempat menembak mati dua lelaki yang menyerangnya.
Polis menemui sebilah parang dan pisau rambo di lokasi kejadian.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0305&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2v2WH3t4k 
Hakcipta terpelihara