Search This Blog

Monday, March 3, 2014

Polis diejek, jadi bahan gurauan


NOOR’AINON MOHAMED YUSOF
3 Mac 2014

Polis diejek, jadi bahan gurauan
Polis diejek, jadi bahan gurauan Sebahagian samseng jalanan ditahan dalam Ops Penguatkuasa Trafik Cegah Samseng Jalan Raya / Ops Mabuk.



IPOH – Hati kering! Itulah yang digambarkan kepada sekumpulan samseng jalanan yang bertindak berani mengacah anggota polis yang menjalankan rondaan di sini, awal pagi semalam.

Seolah tidak takut dikenakan tindakan, sekumpulan mat rempit yang berkumpul di Jalan Kuala Kangsar berhampiran Kledang Jaya seawal jam 12 tengah malam tidak menghiraukan gerak geri mereka diperhatikan anggota keselamatan.

Tinjauan selama tiga jam di ‘port’ pilihan anak muda itu mendapati mereka seolah-olah tidak gentar dengan isu keselamatan diri ketika menunggang motosikal beramai-ramai sambil melakukan pelbagai aksi.

Lebih mengejutkan, mereka juga tidak menghiraukan lampu isyarat merah dengan terus meredahnya tanpa menghiraukan pengguna-pengguna jalan raya lain mahupun keselamatan mereka.

Kegembiraan mereka tidak lama apabila ada di antara pelumba haram itu dicekup polis dalam Ops Penguatkuasa Trafik Cegah Samseng Jalan Raya/ Ops Mabuk yang dijalankan bersama 13 anggota, 10 sukarelawan polis yang diketuai seorang pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

Selain itu, seorang lelaki warganegara China bersama teman wanita warga tempatan turut ditahan atas kesalahan memandu kereta tanpa lesen serta gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, lebih 10 penunggang dan pembonceng motosikal termasuk yang menjadi penonton di bawa ke IPD Ipoh untuk pemeriksaan.

“Sekatan jalan raya dibuat di Jalan Hospital, Jalan Raja Dihilir, Jalan Pasir Puteh, Jalan Silibin dan sekitar pusat bandar selain sekatan di persiaran Medan Ipoh bagi Ops Mabuk.

“Operasi selama lapan jam itu, 59 kenderaan telah diperiksa dan mengeluarkan 59 saman atas pelbagai kesalahan antaranya nombor pendaftaran, lesen, cermin gelap, cukai jalan dan sebagainya,” katanya.

Menurutnya, kesemua pelumba dikenakan tindakan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 manakala tujuh penonton turut ditahan mengikut Seksyen 81 akta yang sama.

“Kesemua pelumba dan penonton lumba haram kini ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan.

“Polis serius menguatkuasakan undang-undang terutama kepada samseng jalanan.  Ibu bapa perlu main peranan supaya anak-anak mereka tidak terlibat dalam aktiviti samseng jalanan,” katanya.

Pemandu bas maut tercampak keluar dari bas


2 Mac 2014


KUALA LUMPUR - Seorang pemandu bas persiaran maut selepas tercampak keluar daripada basnya setelah terbabas ke laluan bertentangan di Kilometer 10.9 Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) awal pagi ini.
   
Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata ketika kejadian iaitu pada 6.15 pagi, bas terbabit tanpa penumpang dari arah Kuala Lumpur dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kanan jalan dan melanggar tiang lampu.
   
Mangsa, VN Shanmuganathan, 38, mati di tempat kejadian.
   
Rusli berkata pada masa sama, sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki yang datang dari arah Putrajaya ke Kuala Lumpur, cuba mengelak tiang lampu terbabit yang tumbang, namun dia terjatuh.
   
"Selepas terjatuh, lelaki itu dilanggar pula sebuah bas lain yang datang dari arah sama.
   
"Penunggang motosikal itu mengalami patah tulang paha dan kini dirawat diHospital Universiti Kebangsaan Malaysia," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
   
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Bunuh: Perompak jerut leher, sumbat mulut mangsa


ROHANA ISMAIL
3 Mac 2014

Bunuh: Perompak jerut leher, sumbat mulut mangsa
Bunuh: Perompak jerut leher, sumbat mulut mangsa Anak saudara mangsa, Wan Din Wan Mamat menunjukkan kesan umpil di pintu bilik tidur Wan Meriam. Gambar kecil: Arwah Wan Meriam

Bunuh: Perompak jerut leher, sumbat mulut mangsa
Pintu kedua bahagian dapur rumah mangsa mempunyai jeriji besi namun kuncinya sudah rosak.
Bunuh: Perompak jerut leher, sumbat mulut mangsa
Ruang tamu rumah mangsa berselerak dipercayai diselongkar pencuri.
TUMPAT – Seorang wanita warga emas ditemui mati di rumahnya, di Kampung Kutan Tengah, di sini awal pagi semalam, dalam keadaan terbaring atas katil, di bilik tidur dengan mulutnya disumbat tuala.

Mangsa, Wan Meriam Wan Mahmood, 85, yang tinggal bersendirian di rumahnya dipercayai dibunuh kejam selepas rumahnya dipecah masuk dan mayatnya ditemui oleh cucunya, Mohd Faizal Abdul Samad, 30.

Dalam kejadian itu, rantai leher dan gelang tangan milik mangsa didapati hilang, malah baju dalam dipakai mangsa yang dipercayai mengandungi wang simpanan dalam poket berzip turut lesap.

Mohd Faizal memaklumkan, sebelum dia menemui mayat mangsa, penjenayah ada menghubunginya pada jam 3.30 pagi menggunakan telefon bimbit milik mangsa.

Menurutnya, dia memang mengesyaki sesuatu yang buruk menimpa arwah neneknya yang mesra dengan panggilan Mek selepas menerima panggilan tersebut.

"Mek tak pandai dail nombor sesiapa pun. Dia hanya tahu terima panggilan. Apabila saya menerima panggilan tersebut, saya memang syak ada orang lain di rumah Mek yang menelefon saya.

"Saya tak sempat jawab panggilan pertama dan ketika menjawab panggilan kedua, pemanggil senyap dan saya percaya penjenayah yang bunuh Mek menelefon saya ketika itu," katanya kepada media ketika ditemui di lokasi kejadian.


Terkejut lihat pintu dapur terbuka

Mohd Faizal berkata, ketika menerima panggilan tersebut, dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya yang terletak bersebelahan rumah mangsa selepas keluar minum di Wakaf Bharu bersama rakannya, Wan Mohd Sani Wan Hassan, 23.

Katanya, ketika panggilan diterima, dia berada berhampiran Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Tok Wan Ali, kira-kira 100 meter dari rumah mangsa.

Menurut Mohd Faizal, dia meletakkan kereta jauh sedikit dari rumah mangsa dan berjalan kaki bersama Wan Mohd Sani, lalu masuk perlahan-lahan ke kawasan rumah mangsa.

"Kami terkejut mendapati pintu dapur terbuka. Pada mulanya saya sangka Mek lupa tutup pintu tetapi selepas masuk ke dalam rumah, saya lihat ruang tamu berselerak seperti digeledah pencuri. Saya terus cari penjenayah tapi tak jumpa.

"Kemudian saya meluru masuk ke bilik Mek yang tidak berkunci untuk kejutkan dia tetapi Mek sudah meninggal dunia. Mulut Mek disumbat tuala dan hanya kain batik menutup separuh tubuhnya. Telefon bimbit milik Mek juga hilang," katanya.

Mohd Faizal berkata, dia percaya penjenayah memasuki rumah mangsa melalui dapur kerana terdapat kesan umpil pada pintu dapur dan bilik tidur mangsa.

"Walaupun ada jeriji besi pada pintu kedua bahagian dapur tetapi kunci jeriji tersebut rosak. Pintu kedua bahagian dapur hanya disendal dengan penyapu dan tong sampah," katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZII) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya.

Mangsa mempunyai lapan rumah sewa berdekatan kediamannya, dengan enam daripadanya berpenghuni.  

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Maut rempuh pengadang jalan


WARTAWAN SINAR HARIAN
3 Mac 2014

Maut repuh pengadang jalan
Maut repuh pengadang jalan Mangsa maut di tempat kejadian berikutan kecederaan parah yang dialami di kepala.



SUNGAI KARANGAN - Hasrat seorang lelaki berusia 28 tahun untuk ke tempat kerja tidak kesampaian apabila maut di Km 27 lebuhraya Kulim-Baling dalam keadaan terlentang di tepi jalan kira-kira jam 4.50 pagi semalam sebelum dibawa ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, dari siasatan dijalankan, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC dalam perjalanan dari Kulim menuju ke Baling.

"Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai memasuki lorong bertentangan sebelum merempuh pengadang besi di tepi jalan.

Akibat rempuhan kuat, mangsa tercampak kira-kira dua meter mengalami kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya.

Dari maklumat diterima, mangsa tinggal di Taman Merawan di sini dan bekerja sebagai pemandu bas pekerja sejak beberapa tahun lalu.

Bapa mangsa pukul tuntut keadilan


WARTAWAN SINAR HARIAN
3 Mac 2014
Bapa mangsa pukul tuntut keadilan
Bapa mangsa pukul tuntut keadilan Ghazali menunjukkan salinan laporan polis berhubung kejadian anaknya dipukul tiga lelaki di Perhentian Bas Jalan Taiping, Kuala Kangsar 19 Ogos 2011.



KUALA KANGSAR - Seorang bapa mendakwa tidak berpuas hati terhadap siasatan dijalankan pihak polis berhubung kes anaknya dipukul tiga lelaki di Perhentian Bas Jalan Taiping, di sini, tiga tahun lalu.

Ghazali Osman, 53, berkata, dia berharap dua lagi lelaki yang memukul anaknya di perhentian bas pada 19 Ogos 2011 turut dihadapkan ke mahkamah bagi kesalahan tersebut.

Dakwanya, hanya seorang lelaki didakwa di mahkamah bagi kejadian tersebut manakala dua lagi terlepas.

“Saya berharap ketiga-tiga lelaki itu dihadapkan ke mahkamah dan bukan hanya seorang kerana dua yang lain turut memukul anak saya.

“Memang saya rasa kecewa dengan perkembangan kes ini. Malah, kawad cam juga dijalankan lambat. Bila kawad cam lambat, mana mungkin anak saya dapat cam ketiga-tiga lelaki yang memukulnya,” katanya.

Ghazali berkata, anaknya mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan akibat dipukul lelaki berkenaan dan ketika kejadian, anaknya tidak mampu berjalan dan terpaksa dipapah seorang rakannya.

“Pada hari kejadian., saya lihat baju anak saya penuh dengan kesan tapak kasut. Bila saya tanya kepada rakan anak saya, mereka kata yang anak saya dipukul tiga lelaki ketika berada di pondok bas depan sekolah.

“Saya harap kes ini diadili dengan sebaik-baiknya kerana saya rasakan yang anak saya adalah mangsa dan dia teraniaya,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan Ghazali, sumber polis menjelaskan, kawad cam berhubung kes tersebut lewat diadakan disebabkan beberapa isu teknikal dan seorang daripada suspek tinggal di luar Perak

Katanya, bagaimanapun ketika kawad cam, anak lelaki Ghazali hanya dapat mengecam seorang suspek dan kertas pertuduhan dibuka terhadap lelaki berkenaan.

“Masa kawad cam dijalankan, bukan anak lelaki Ghazali saja dipanggil malah seorang saksi kejadian yang juga rakan anaknya dipanggil bagi membantu proses tersebut.

“Rakan mangsa juga hanya dapat mengecam seorang suspek. Jadi, tidak wajar jika dia mempersoalkan prosedur kawad cam yang dijalankan,” katanya.

Dalam pada itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar berkata, orang awam dinasihatkan supaya tidak mempertikaikan siasatan dijalankan anggota polis kerana tugas itu sentiasa dijalankan dengan adil tanpa mengira status dan kedudukan.

Katanya, pihaknya sentiasa bersikap telus dalam menjalankan siasatan dan menjaga integriti ketika bertugas.

'Lepas ni adik tak makan dah...'


NUR SHARIEZA ISMAIL
3 Mac 2014

'Lepas ni adik tak makan dah...'
'Lepas ni adik tak makan dah...' Zaidi membawa jenazah Nur Aina di bilik mayat Hospital Tuanku Ja'afar, semalam.



NILAI – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut akibat lemas di dalam kolam renang sebuah pangsapuri di Mantin, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, Nur Aina Faqihah Mohd Saiful Azha dipercayai tergelincir ketika mandi di dalam kolam berkenaan ketika mengikut ibu saudaranya menghadiri majlis anjuran sebuah agensi kerajaan di kawasan terbabit.

Ibu saudaranya yang enggan dikenali itu telah menjaga mangsa sejak kelmarin, dan mangsa yang membahasakan dirinya ‘adik’ dikatakan rapat dengan keluraga wanita berkenaan sehingga memanggilnya ‘ibu’.

Suami wanita berkenaan yang mahu dikenali Asngari berkata, sebelum kejadian berlaku, mangsa meminta kebenaran daripada isterinya untuk mandi di kolam itu bersama sepupunya.

“Ketika di kolam, dia kata nak mandi sekejap saja, nanti dia dah tak mandi dah. Namun, ketika isteri saya berpaling sebentar, dia sudahpun tergelincir dan lemas.

“Tak sangka, kata-kata itu rupa-rupanya tanda dia akan pergi selamanya,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Tuanku Ja'afar, di sini, semalam.

Menurutnya, sebelum ini, mangsa pernah bercakap dengan isterinya yang dia mahu makan banyak.

“Dia kata, ibu, adik nak makan banyak,  lepas ini adik tak makan dah... Ini kali terakhir ibu jumpa adik, lepas ni dah tak jumpa,” katanya.

Sementara itu, isterinya berusia dalam lingkungan 40-an yang terlalu sedih dengan kejadian itu dilihat tidak berhenti menangis sambil memegang dan mencium berulang kali pakaian terakhir berwarna biru dipakai mangsa.

Adik wanita berkenaan, Zaidi Mohamad, 40, berkata, mangsa tinggal bersama datuk dan neneknya di Kampung Rembang Panas, Juasseh, Kuala Pilah, sejak kecil, manakala bapanya bekerja di Kedah.

“Jumaat lalu dia mahu datang ke rumah kakak saya di sini (Mantin). Menurut kakak, dia mula menunjukkan perubahan sikap malam tadi (kelmarin) apabila makan banyak sedangkan dia jenis susah untuk makan banyak.

“Ketika dalam perjalanan ke apartmen itu (tempat kejadian) pagi tadi (semalam), dia cakap itu perjumpaan terakhir mereka. Kakak saya tidak begitu memikirkannya sehinggalah kejadian itu berlaku,” katanya.

Mayat mangsa yang dibedah siasat di Hospital Tuanku Ja'afar dituntut ahli keluarga dan dikebumikan di Juasseh, Kuala Pilah, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdullah Roning mengesahkan kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Pelajar tingkatan 3 hilang


NIK MOHD RAFFIQ
3 Mac 2014
Pelajar tingkatan 3 hilang
Pelajar tingkatan 3 hilang Nur Alya Farida, hilang sejak 25 Februari lalu bersama motosikal milik bapanya dan sehingga kini pelajar tingkatan tiga itu masih belum ditemui.



DUNGUN – Seorang pelajar perempuan gagal dikesan selepas dipercayai keluar dari rumah bapa saudaranya untuk membeli barang di sebuah kedai runcit berdekatan.

Kehilangan Nur Alya Farida Nordin, 15, disedari bapa saudaranya, Md Nasir Ismail, 44, kira-kira jam 8.30 malam 25 Februari lalu selepas pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Serai itu tidak pulang sebaik keluar rumah.

Mangsa sebelum itu dikatakan keluar membeli barang di sebuah kedai runcit yang terletak kira-kira 700 meter dari rumah bapa saudaranya itu di perumahan Kos Rendah Pulau Serai Dungun.

Bagaimanapun, Md Nasir mulai bimbang apabila anak saudaranya itu tidak pulang selepas dua jam keluar rumah dengan menaiki motosikal miliknya jenis SYM BX110, berwarna biru dengan nombor pendaftaran TBF 5118.

Md Nasir cuba mencari Nur Alya di beberapa tempat namun gagal ditemui.

Dia kemudiannya membuat satu laporan polis di Balai Polis Dungun pada jam 2.50 petang 26 Februari lalu.

Kali terakhir mangsa dilihat berada di rumah rakannya bernama Nurin pada jam 4 petang 27 Februari lalu di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Tanjung Pagar.

Ketika itu, Nur Alya dikatakan datang ke rumah rakannya Nurin untuk meminjam wang bagi mengisi minyak motosikal dan selepas itu dia terus menghilangkan diri.

Sehubungan itu, polis meminta kerjasama orang ramai agar dapat menghubungi balai polis berdekatan jika terlihat mangsa.

Kali terakhir mangsa dilihat memakai baju T berwarna biru, seluar bercorak petak putih dan tidak bertudung.

Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan menerima laporan dan pihaknya kini sedang menjejaki mangsa yang dilaporkan hilang itu.

Ambil pil kuda sejak umur 13 tahun


WARTAWAN SINAR HARIAN
3 Mac 2014

Pelajar mengaku ambil pil kuda sejak umur 13 tahun
Shafiq

Pelajar mengaku ambil pil kuda sejak umur 13 tahun
Pelajar mengaku ambil pil kuda sejak umur 13 tahun
NUR
KOTA BHARU- “Saya mula berjinak-jinak dengan pil kuda sejak berusia 13 tahun lagi atas pengaruh rakan,” kata seorang pelajar dikenali Syafiq, 17, yang juga pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah di daerah ini.

Syafiq berkata, selepas diperkenalkan dengan pil tersebut yang pada mulanya diambil untuk suka-suka, akhirnya ia menjadi rutin.

“Sebelum ini, ibu dan ayah tidak tahu saya ambil pil tersebut kerana saya selalu menghabiskan masa dengan rakan melepak sehingga lewat malam.

“Ibu tidak pernah syak pada mulanya sehinggalah saya ditahan polis tahun lalu ketika pulang ke rumah pada jam 1 pagi. Polis membuat pemeriksaan berdekatan rumah dan saya tertangkap kerana berada di bawah pengaruh pil tersebut,” katanya kepada pemberita.

Menurutnya, disebabkan pengaruh dadah yang begitu kuat, dia sanggup melakukan kerja sambilan dengan mengambil upah menyelek pintu bagi binaan rumah baharu dan hasil gaji diperoleh digunakan untuk membeli pil kuda.

“Saya mula khayal dengan sebiji pil berharga RM15 dan seronok dalam dunia sendiri serta lupa segala-galanya termasuk mengabaikan pelajaran.

“Namun selepas ditahan polis, saya mula menjauhkan diri daripada bahan terlarang, malah tidak lagi melepak dan menghabiskan masa bersama rakan sehingga lewat malam," katanya yang mengakui menyesal dengan perbuatan sia-sianya itu dan berharap akan lebih fokus dalam pelajaran, seterusnya mencapai kejayaan.

Syafiq merupakan antara 200 pelajar yang terpilih menyertai Seminar Kecemerlangan Pelajar di Dewan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di Pengkalan Chepa, di sini.

Pada program itu, pelajar terlibat diberikan taklimat dan kesedaran mengenai bahaya penglibatan dalam kancah dadah termasuk peranan remaja supaya tidak terjebak.

Hadir merasmikan majlis, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Sementara itu, menurut seorang lagi pelajar yang dikenali sebagai Nur, 17, dia mula terlibat dalam gejala ponteng sekolah sejak tahun lalu.

“Perasaan ingin mengikut rakan mencuba sesuatu yang baharu membuatkan saya mula ponteng sekolah dan seronok melakukan aktiviti tersebut.

"Saya keluar dari rumah dengan pakaian sekolah tetapi tidak ke sekolah, sebaliknya duduk di kawasan padang dan menghabiskan masa sehingga tamat waktu sekolah,” katanya.

Namun katanya, selepas menerima kaunseling daripada guru dan mengikuti taklimat berkenaan, dia insaf serta tidak lagi ponteng sekolah.

“Saya menyesal dan tidak akan mengulanginya lagi. Saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti,” katanya.

Mayat dipercayai warga asing ditemui


3 Mac 2014


IPOH - Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui seorang penternak lembu di ladang kelapa sawit di Jalan Lengkuas, Kampung Piandang di Pusing di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Shaharon Anuar Abdul Latif berkata mayat itu yang ditemui kira-kira 7.30 malam, dipercayai dibunuh berikutan kesan pukul dan langgar pada tubuhnya.

"Mangsa dipercayai meninggal dunia dalam tempoh kurang 12 jam dan disyaki dibunuh di kawasan lain sebelum mayatnya dibuang di ladang itu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata bedah siasat yang dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini mendapati adanya kerosakan dalaman di bahagian dada dan rusuk mangsa yang berusia dalam lingkungan 35 hingga 40 tahun.

Menurutnya identiti mangsa tidak diketahui dan dipercayai bukan warga tempatan kerana tiada kesan suntikan BCG pada badannya.

Sehubungan itu, Shaharon Anuar meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga dan pekerja supaya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Batu Gajah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat kes itu juga diminta tampil untuk membantu siasatan, katanya. - Bernama

Gara-gara cemburu, suami pukul dan bakar isteri


3 Mac 2014

KOTA BHARU - Gara-gara cemburu selepas mengesyaki isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain, seorang lelaki bertindak menyimbah isterinya dengan petrol sebelum membakar wanita itu.

Dalam kejadian 11.30 pagi semalam di luar rumah mangsa di Jalan Sultan Yahya Petra, di sini, wanita berumur 30 tahun itu  melecur di muka dan kedua-dua tangan dan kini dirawat Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Supt Idris Rafar berkata sebelum kejadian, mangsa juga dipukul dan ditampar suaminya sebelum bertindak mencurah petrol dan membakar isterinya itu.

"Suspek bagaimanapun melarikan diri selepas menyedari kedatangan anggota keluarga mangsa," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Polis sedang mengesan suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat tentang suspek diminta tampil membantu siasatan, katanya. - Bernama

61 lelaki warga asing ditahan di Georgetown


3 Mac 2014

GEORGETOWN - Seramai 61 lelaki rakyat asing ditahan dalam operasi Jabatan Imigresen Pulau Pinang di dua blok tapak pembinaan di Bukit Gedung di sini, hari ini.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen negeri Basri Othman berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 46 rakyat Bangladesh, 14 warganegara Myanmar dan seorang Indonesia.

Kesemua mereka berusia antara 20-an dan 40-an.

"Lebih 10 orang yang ditahan itu didapati menggunakan pasport dan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNCHR) yang palsu.

"Kami dapati butiran peribadi dan gambar tertera adalah berbeza dengan pemegang pasport dan mereka memberi alasan tidak tahu mengenai perkara itu kerana urusan mengenainya diurus majikan masing-masing," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Antara kesalahan lain mereka ialah tiada dokumen pengenalan diri yang sah, tinggal melebihi masa dan menyalahguna pas lawatan sosial.

Basri berkata seramai 193 orang diperiksa dalam operasi bermula 11.15 pagi itu. - Bernama

Polis yakin suspek dera bayi tak akan lari


3 Mac 2014

KUALA LUMPUR - Suspek yang dipercayai terbabit dalam kes mendera seorang bayi lelaki sehingga mati Jumaat lepas akan ditahan dalam tempoh terdekat.
 
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohmad Salleh berkata suspek wanita berusia 20-an itu merupakan isteri kepada rakan bapa mangsa yang menjaga bayi berusia lapan bulan itu sejak tiga bulan lepas.
 
"Suspek yang berasal dari Kelantan itu kini sibuk dengan urusan kebajikan keluarga berikutan anggota keluarganya meninggal dunia baru-baru ini.
 
"Kita beri sedikit masa untuk suspek menyelesaikan hal tersebut sebelum ditahan dalam dua hari lagi," katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur di sini hari ini.
 
Beliau berkata polis yakin suspek tidak akan melarikan diri malah akan membantu pihaknya dalam kes ini.
 
Dalam kejadian Jumaat lepas, bayi itu maut dipercayai akibat didera pengasuhnya di Jalan Buku Lima, Datuk Keramat di sini.
 
Laporan bedah siasat mendapati wujud unsur jenayah dalam punca kematian bayi berkenaan. - Bernama

Mayat bayi ditemui dekat IPTA di Sepanggar


WARTAWAN SINAR HARIAN
3 Mac 2014

KOTA KINABALU - Mayat bayi yang baru dilahirkan ditemui di pondok pengumpulan sampah di sebuah institusi pengajian tinggi awam di Jalan Sepanggar di sini pagi tadi.

Mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat itu ditemui kira-kira 10 pagi oleh pekerja Dewan Bandaraya Kota Kinabalu di dalam kotak kasut yang ditinggalkan di atas tong sampah.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun mengesahkan perkara itu dan berkata polis sedang menyisat kes tersebut. - Bernama

Juruteknik rugi RM11,000 ditipu sindiket


3 Mac 2014


MELAKA - Seorang juruteknik teknologi maklumat kehilangan RM11,000 dalam akaun simpanannya kerana terpedaya dengan sindiket penipuan kad kredit melalui pesanan peti suara telefon bimbitnya.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Melaka Superintendan Ee Khong Koy berkata, lelaki berusia 37 tahun itu dari Tanjung Kling di sini pada mulanya menerima pesanan peti suara daripada individu mendakwa pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung masalah kad kreditnya kira-kira 4.30 petang pada 18 Februari lepas.
 
"Mangsa kemudian diarah menghubungi seorang pegawai bahagian perkhidmatan pelanggan kononnya dari BNM bagi menyelesaikan masalah itu...mangsa menghubungi pegawai tersebut dan memberi semua maklumat peribadi termasuk maklumat akaun simpanannya kepada pegawai terbabit," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
 
Beliau berkata mangsa seterusnya diarah tidak melakukan sebarang transaksi menerusi akaun simpanannya dalam masa tiga hari bagi tujuan keselamatan.
 
Tetapi selepas tiga hari mangsa menyedari sejumlah wang dalam akaunnya telah hilang.
 
Katanya, mangsa cuba menghubungi pegawai terbabit namun gagal dan bertindak menghubungi pihak bank yang mengeluarkan kad kreditnya namun pihak bank tersebut menafikan pernah membuat panggilan.
 
Mangsa kemudian membuat aduan di Balai Polis Malim di sini semalam.

Ee berkata sindiket terbabit dikesan menghubungi mangsanya secara rawak melalui peti suara tersebut sebelum mengambil segala butiran peribadi mangsa juga maklumat bank termasuk Kod Pengesahan Transaksi.
 
Katanya mangsa diarah tidak membuat sebarang transaksi dalam tempoh tiga hari tersebut kerana sindiket terbabit dipercayai mengambil peluang untuk mencuri semua wang daripada akaun milik mangsanya.
 
"Sindiket ini juga dikesan kerap bertukar nombor telefon bagi mengelak dihubungi mangsanya dan dikesan pihak berkuasa...pihak polis menasihatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap sindiket menggunakan cara penipuan seperti ini," katanya.
 
Sementara itu beliau berkata sebanyak 49 kes penipuan 'Macau Scam' membabitkan penipuan menggunakan panggilan telefon, e-mel dan pesanan peti suara dengan kerugian RM1.44 juta telah dilaporkan sepanjang tahun lepas di negeri ini.
 
"Kita juga telah menerima 11 laporan dalam penipuan yang sama melibatkan kerugian berjumlah RM87,000 antara Januari tahun ini hingga semalam," katanya.
 
Ee berkata dalam tempoh sama polis menerima sembilan laporan membabitkan sindiket penipuan pintasan cek dengan tiga daripadanya membabitkan kerugian berjumlah RM13,260 manakala selebihnya berjaya dikesan dan cek itu dibatalkan pihak bank. - Bernama

Presiden China gesa ambil tindakan

Presiden China gesa ambil tindakan
Pihak berkuasa sedang mengumpulkan bukti di lokasi kejadian. 
3 Mac 2014  BEIJING - CHINA. Presiden China, Xi Jinping mengarahkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas berhubung insiden serangan menggemparkan yang meragut 29 nyawa manakala lebih 130 cedera di stesen kereta api di Kunming, kelmarin.

Agensi berita Xinhua melaporkan bukti di lokasi kejadian menunjukkan serangan ganas tersebut didalangi puak pemisah di Xinjiang, sebuah wilayah yang didiami etnik minoriti Uighur.

Susulan daripada itu, sebuah kumpulan hak asasi manusia yang memperjuangkan hak penduduk minoriti Islam di wilayah tersebut menggesa satu siasatan telus dilakukan oleh pihak berkuasa.

"Kami berharap tidak ada pihak yang membuat tuduhan melulu tanpa melakukan siasatan terperinci," kata jurucakap kumpulan terbabit.

Sementara itu, laporan dipetik dari AFP,  pihak berkuasa memaklumkan empat daripada 10 penyerang bersenjatakan pisau tersebut turut terbunuh manakala seorang rakan mereka berjaya diberkas.

Warga tua maut dijerut, mulut disumbat tuala


2014/03/03

Tumpat: Seorang wanita berusia 85 tahun ditemui mati dalam keadaan separuh bogel dengan kesan jerutan di leher dan mulutnya disumbat tuala di rumahnya di Kampung Kutan Hilir, Wakaf Bharu, di sini, semalam.

Mayat Wan Mariam Wan Mahmud ditemui cucunya, Mohd Faizal Abd Samad, 30, kira-kira jam 3.30 pagi.


Mayat wanita itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di Kota Bharu untuk dibedah siasat.

Mohd Faizal berkata, ketika berada di kedai makan berhampiran rumah neneknya kira-kira jam 3.30 pagi, dia menerima panggilan telefon daripada nombor telefon neneknya.

Dia bergegas ke rumah neneknya kerana berasa pelik apabila tidak mendengar suara wanita itu.


Pintu dapur dikopak
Beliau kemudiannya mendapati pintu dapur dan bilik tidur rumah neneknya yang tinggal seorang diri, dikopak.

Sebaik nampak pintu dapur terbuka, dia terus masuk dan mendapati rumah berselerak sebelum ke bilik neneknya untuk mengejutkannya yang tidur di atas katil.

“Saya yang belum tahu nenek sudah meninggal dunia, kemudian memaklumkan kepada jiran mengenai ada orang memecah masuk rumah nenek. Selepas membuat pemeriksaan bersama jiran, baru kami tahu nenek sudah meninggal dunia dengan mulutnya disumbat tuala,” katanya.

Lelaki 83 tahun ditahan cabul pembantu rumah


2014/03/03

Melaka Tengah: Seorang lelaki berusia 83 tahun ditahan polis kerana didakwa mencabul kehormatan pembantu rumah anaknya di Tangga Batu, dekat sini, kelmarin.

Lelaki itu ditahan pada jam 6 petang selepas pembantu rumah warga Indonesia berusia 33 itu melarikan diri dan membuat laporan di Balai Polis Tanjung Kling, jam 8 pagi pada hari kejadian.


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Superintendan P R Gunarajan, berkata mangsa yang bekerja dan tinggal serumah dengan majikannya, mendakwa suspek meramas buah dadanya beberapa kali.


Diganggu sejak tiga bulan lalu

Katanya, mangsa mendakwa suspek mengganggunya sejak mula bekerja kira-kira tiga bulan lalu.

Antara lain, mangsa mendakwa suspek sering meminta untuk mencium buah dadanya dan pernah menunjukkan kemaluan.
“Mangsa juga mendakwa suspek beberapa kali meramas buah dadanya ketika sedang memasak dan mengemas bilik tidur,” katanya, di sini, semalam.

Gunarajan berkata, susulan laporan itu suspek ditahan dan anaknya turut dipanggil untuk memberi keterangan.

Suami, isteri ditahan, 2kg dadah dirampas

Suami, isteri ditahan, 2kg dadah dirampasPegawai Penyiasat Narkotik, Inspektor Teen Boon Hwi (kanan) menunjukkan dadah yang dirampas pada sidang media di Alor Setar, semalam, sambil diperhatikan Abdul Razak (dua dari kanan). Alor Setar: Sepasang suami isteri yang menikmati kemewahan hasil kegiatan pengedaran dadah sejak enam bulan lalu, ditahan dalam serbuan berasingan di sekitar daerah ini, Rabu lalu.

Berikutan tangkapan ke atas pasangan berusia 29 dan 39 tahun itu, polis merampas dua kilogram dadah jenis ketamin dan 1,750 biji pil Eramin 5 bernilai RM94,000.

Rampasan itu hasil serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sebuah rumah kedai di Lebuhraya Sultanah Bahiyah dan rumah suspek di Taman Seraya, di sini, antara jam 1.30 tengah hari hingga 2.30 petang.


Ada rekod jenayah

Ketua JSJN Kedah, Superintendan Abd Razak Md Zin, berkata suspek pertama yang mempunyai satu rekod jenayah lampau, ditahan di rumah kedai kosong yang dipercayai disewa untuk menyimpan dadah.

Berikutan penahanan suspek lelaki, polis menahan isterinya di rumah mereka.
“Siasatan mendapati dadah jenis ketamin dan Eramin 5 siap untuk diedarkan kepada pelanggan di daerah ini.
“Polis turut merampas sebuah Mercedes Benz dan Honda City, wang tunai RM12,000 dan dua rantai emas dengan nilai keseluruhan rampasan dianggar RM295,735,” katanya di sini, semalam.

Pasangan itu yang mempunyai dua anak, masing-masing berusia dua tahun dan 10 bulan, direman hingga Ahad ini bagi membantu siasatan.

Remaja jatuh ketika meragut ditinggal kekasih


2014/03/03

Kuala Lumpur: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun ditinggalkan kekasihnya selepas terjatuh dari motosikal ketika cuba meragut pembantu Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) di Jalan Sri Gombak, di sini, semalam.

Dalam kejadian pada jam 11 pagi itu, remaja terbabit yang membonceng motosikal ditunggang kekasihnya, cuba meragut beg tangan wanita berusia 51 tahun yang baharu keluar bank.


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abd Rahim Abdullah, berkata wanita berkenaan sempat menarik beg tangannya yang menyebabkan remaja perempuan itu terjatuh dari motosikal.

Remaja itu cuba melarikan diri tetapi gagal kerana ditahan anak wanita berkenaan sebaik menyedari kejadian itu.

Cuba melanggar mangsa ragut

“Kekasih suspek yang menunggang motosikal Yamaha 135 LC, membuat pusingan dan cuba melanggar wanita itu tetapi dia sempat mengelak sebelum orang ramai membantu.

“Lelaki itu terus memecut motosikal dengan meninggalkan teman wanitanya,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Abd Rahim berkata, remaja itu yang tidak bersekolah, dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak oleh orang awam dan kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Kerana mulut hotel binasa


Puluhan penduduk kampung merusuh dan merosakkan Hotel Sari Papandayan di Cisrupan, Jawa Barat gara-gara pemilik premis berkenaan ‘menyamakan’ pelacur dengan ulama.

Media semalam melaporkan, Ujang Sulaeman menyampaikan ceramah di rumah seorang penduduk Kampung Cipelah sempena majlis kesyukuran.

Pegawai polis tempatan Ajudin berkata, Ujang yang juga seorang ustaz berucap dan menyentuh mengenai isu demokrasi di depan kira-kira 60 tetamu.

“Suasana tidak bermasalah sehinggalah Ujang berkata, dalam amalan demokrasi suara seorang pelacur setaraf dengan seorang ulama,” katanya.

Ajudin berkata, selepas Ujang menyatakan pandangannya itu kira-kira jam 9 malam, keadaan mula menjadi tegang.

“Seorang lagi ustaz yang dijemput sebagai pembaca doa di majlis itu berasa sangat tersinggung dan dia bersama beberapa tetamu meninggalkan kenduri berkenaan,” katanya.



Ceramah Ujang, kata Ajudin, turut tidak disenangi kerana menyentuh pemimpin Indonesia.

Bimbang ancaman keselamatan terhadapnya, ceramah Ujang dihentikan dan dia dibawa ke balai polis bagi melindunginya daripada kemarahan penduduk kampung.

Tindakan itu tidak meredakan kemarahan orang kampung.

Ajudin berkata, kira-kira jam 11.15 malam orang ramai berkumpul di depan hotel miliknya sebelum merusuh dan merosakkan harta benda hotel berkenaan.

Mereka turut membakar papan tanda hotel itu.

Polis dikerah ke tempat kejadian bagi mengawal rusuhan dan penduduk berjaya disuraikan tidak lama kemudian.

Sementara itu, Ketua Polis Cisurupan Krisna Irawawan berkata, kejadian berlaku akibat salah faham.

“Kenyataan Ujang bermaksud, dalam sistem demokrasi pandangan sesiapa pun setaraf, namun belum sempat dia menjelaskan dengan lebih lanjut, penduduk pulang,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/03

Tengkuk, kepala jadi sasaran


Sekurang-kurangnya 29 maut dan 130 cedera dalam serangan ganas di sebuah stesen kereta api yang segera didakwa Beijing dilakukan pemisah Xinjiang.

Menurut pihak berkuasa, sekumpulan pengganas bersenjatakan parang melancarkan serangan terancang di Stesen Kereta Api Kunming, malam kelmarin.

Polis antirusuhan dikerah menjaga keselamatan di tempat kejadian untuk memastikan serangan tidak berulang dalam kejadian yang disifatkan paling buruk seumpamanya dalam sejarah China setakat ini.

Penjaga tempat letak kereta yang terletak 50 meter dari stesen berkenaan dikenali sebagai Chen berkata, dia tidak percaya apa dilihatnya.

“Memang sukar dipercayai.



Saya nampak seseorang memegang parang sebesar ini (sambil mendepakan tangannya).

“Kemudian saya melihat lima atau enam lagi, semuanya bersenjatakan parang dan melibas sesiapa saja yang berada dekat pejabat tiket,” katanya.

Agensi berita Xinhua melaporkan, polis menembak mati empat suspek manakala seorang ditahan.

Lima lagi dipercayai melarikan diri.

Pemilik pasar raya, Ren Guanggin, 28, berkata, ratusan orang mendapatkan perlindungan di kedai dan restoran berdekatan termasuk di premis miliknya.

“Pasar raya saya dipenuhi mangsa termasuk dua penumpang kereta api yang cedera ditikam.

“Memang saya takut kerana suspek seolah-olah tidak mempedulikan langsung nyawa orang,” katanya.

Puluhan mangsa yang cedera terpaksa ditempatkan di koridor Hospital Kunming, malah beberapa pesakit mengalami kecederaan di kepala.

Pelajar universiti, Wu Yuheng, 20, berkata, penyerang terbabit menyasarkan kepala dan tengkuk mangsa, malah dia sendiri bernasib baik apabila sekadar mengalami luka ringan selepas kepalanya dilibas parang.

“Sungguh menakutkan.


Mereka menyerang seolah-olah memang mahu membunuh.

“Terlalu ramai orang tidak bersalah cedera atau mati dalam kejadian itu, namun saya berpendapat selagi tiada bukti kukuh mengenai pihak bertanggungjawab tidak perlulah kita membuat tuduhan liar,” katanya.

Serangan itu berlaku ketika China bersedia untuk persidangan tahunan Parlimen Rabu ini yang sering melihat kawalan keselamatan lebih ketat di seluruh negara.

Berita mengenai kejadian itu tersebar dengan cepat blog mikro tempatan, Sina Weibo.

Melalui laman sesawang itu pengguna memuat naik pelbagai gambar mayat berlumuran darah, namun ia kemudiannya dipadamkan agensi penapis kerajaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/03

‘Tamparan wanita’

Photo: ragel kwazi ghama.....jaqla xeba min 2 nisa .......Queensland  awstralja

Paul Buttigieg,ta 77 sena..........

Lana Janet Watmough ta  21 sena u  Layni Gloria Cameron ta  17 il- sena

huma akkuzati li wettqu dan ir-reat

wara li ixandar il-FILMAT......fl-awstralja huma marru ghand il-pulizija
 IL-filmat ingibed min tifla ta 13 il-sena li kienet fuq ix-xarabank

FILMAT

http://www.youtube.com/watch?v=YD6NQLIqyns

AHBAR 

http://www.timesofmalta.com/articles/view/20140302/local/partially-blind-elderly-man-attacked-in-new-south-wales.508914
Tidak padan dengan jantina, dua perempuan muda melakukan serangan berunsur perkauman terhadap lelaki warga emas berusia 77 tahun yang juga rabun dalam sebuah bas, lapor media semalam.

Kejadian itu menjadi perhatian dan diambil tindakan oleh pihak berkuasa selepas rakaman mengenainya dimuat naik di laman sosial - terima kasih kepada seorang budak perempuan yang berani.



Lana Janet Watmough, 21, dan Layni Gloria Cameron, 17, menyerah diri kepada polis selepas rakaman kejadian itu tersebar kepada umum.

Semalam, kedua-duanya mereka didakwa menyerang dan mengganggu mangsa.

Lana dibebaskan dengan jaminan manakala Layni masih ditahan reman.

Seorang budak perempuan berusia 13 tahun merakamkan kejadian itu yang menunjukkan mereka turut menendang dan meludah Paul Bittigieg yang ketika itu duduk di bahagian depan bas.

Kedua-duanya mereka juga memaki hamun penumpang lain ketika menaiki bas itu, termasuk seorang ibu yang membawa anaknya.

Bercakap kepada media, Buttigieg berkata, dua perempuan terbabit memaki hamun orang ketika menaiki bas dari pintu belakang.

“Saya berkata dengan baik supaya jangan menyeranah kami, namun tiba-tiba mereka memukul saya,” katanya.

Kes itu membangkitkan kemarahan orang ramai yang menandatangani petisyen selain mewujudkan kumpulan di Facebook mendesak mereka ditangkap.

Sementara itu, peguam bela dua wanita terbabit berkata anak guamnya turut menerima ancaman bunuh.

Kes 2 London: Seorang wanita yang menjadi buruan kumpulan gengster menyaman polis yang menyelamatkannya kerana pihak berkuasa didakwa melanggar hak asasi.

Wanita dikenali sebagai Julie, 47, memfailkan saman di Mahkamah Tinggi London bagi menuntut ganti rugi £100,000 (RM549,000) daripada Polis Metropolitan.

Berdasarkan dokumen difail, Julie mendakwa dia kini papa kedana selepas hampir sedekad dimasukkan ke skim perlindungan saksi.

Tuntutannya bakal didengar lewat tahun ini dan dia akan mewakili dirinya sendiri berikutan tidak mampu melantik peguam.

Jurumekap profesional itu tinggal di beberapa lokasi rahsia bersama anak perempuan remajanya di selatan England sejak dia dan bekas teman lelakinya - pengedar dadah yang mempunyai kaitan dengan keluarga gengster Adams - menjadi buruan penjenayah.

Kata Julie, polis melarangnya bekerja ketika berada dalam skim perlindungan saksi mengakibatkan rumahnya di London, serta beberapa harta lain, dirampas bank disebabkan gagal membayar hutangnya.

“Saya hilang segala-galanya.


Saya rasa seperti polis mengabaikan saya.

“Mereka berjanji akan menebus balik sebarang kerugian dialami sepanjang berada dalam program perlindungan saksi itu, tetapi kini saya tiada duit langsung dan masih takut setiap kali terdengar pintu rumah diketuk,” katanya.

Menurut Julie, masalahnya bermula selepas polis merampas sejumlah besar dadah di dalam van dipandu bekas teman lelakinya.


Dorling merempuh van itu supaya ditangkap kerana bimbang diburu anggota geng yang mungkin melihatnya sebagai tali barut akibat kejadian itu.

Polis kemudian menghubungi Julie dengan amaran dia menjadi sasaran pembunuh upahan.

Julie berkata dia dimaklumkan program itu hanya untuk enam bulan sehingga perlu memberi keterangan terhadap Dorling.

“Namun kini sudah bertahun-tahun saya hidup bagai pelarian.

“Saya, ibu dan anak perempuan tinggal di sembilan rumah antara 2003 dan 2011,” katanya.

- Agensi Kes 3 Florida: Seorang wanita yang terkenal selepas gambarnya di balai polis dimuat naik ke Internet kini menyaman sebuah syarikat yang didakwa menyalahgunakannya untuk mengaut keuntungan.

Meagan Simmons, 28, menuduh InstantCheckmate.com meraih keuntungan daripada imej itu yang diambil ketika dia ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk pada 2010.

Gambar itu banyak kali digunakan dalam Internet berikutan keayuan wajahnya.

Namun peguam Meagan, Matthew Cristmenyifatkan perbuatan syarikat terbabit sebagai melampau.

Ini berikutan syarikat yang melakukan pemeriksaan latar belakang untuk pelanggannya menggunakan gambar itu dalam iklan berserta slogan “Kadangkala yang comel tidak semestinya tidak bersalah.” “Ini isu membabitkan harta intelek.

Jika mereka mahu menggunakan imej itu mereka perlu membayarnya,” katanya.

- Agensi
http://www.youtube.com/watch?v=YD6NQLIqyns

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/03

Pub Myanmar diserbu penguat kuasa



AHMAD ZAHID menyoal siasat beberapa PATI yang ditahan dalam Ops 6P fasa kedua di Jalan Silang, Kuala Lumpur malam kelmarin.


KUALA LUMPUR - Sebuah pub Myanmar milik warga asing yang disyaki telah beroperasi selama lima tahun antara tiga premis perniagaan yang diserbu dalam Ops 6P fasa kedua di Jalan Silang berhampiran Kompleks Kotaraya malam kelmarin.
Salah seorang pekerja warga Myanmar yang berusia sekitar 20-an mendakwa, dia telah bekerja di premis tersebut sejak tahun 2009 tetapi dengan memiliki kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNCHR) yang baru diperolehi empat bulan lalu.
Dua lagi premis adalah restoran makanan dan menjual peralatan telekomunikasi yang pekerjanya terdiri daripada warga asing.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0303&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2uqj8JvTK 
Hakcipta terpelihara 

Dua gadis mati lemas di sungai



SUNGAI Lebir di Kampung Manek Urai, Kuala Krai inilah tempat di mana Nurul Akmal dan Nursyafiqah Syaurah ditemui mati lemas semalam.


KUALA KRAI - Seorang ibu tidak menyangka permintaan anaknya untuk ke Sungai Lebir dekat sini kelmarin merupakan permintaan pertama dan terakhir buat anaknya itu untuk ke lokasi tersebut sebelum remaja itu dijumpai mati lemas bersama seorang lagi rakannya.
Mayat kedua-dua sahabat, Nurul Akmal Roshid, 15, dan rakannya, Nursyafiqah Syaurah Mohd. Yusof, 13, ditemui di dasar sungai tersebut pagi semalam selepas mereka dikatakan tergelincir ke dalam sungai itu pada pukul 6 petang kelmarin.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0303&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2uqikO22o 
Hakcipta terpelihara 

Pinggan dibuat guna abu haiwan



SET pinggan mangkuk mengandungi abu tulang binatang yang didakwa CAP di George Town, Pulau Pinang baru-baru ini.


GEORGE TOWN - Set pinggan mangkuk keluaran sebuah syarikat di Jepun dan China didakwa mengandungi abu tulang haiwan yang kini dijual secara eksklusif di pasaran tempatan termasuk di negeri ini
Dakwaan itu didedahkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) selepas mendapati bekas hidangan jenis porselin itu telah dibawa masuk ke negara ini sejak 2006.
Difahamkan, set pinggan mangkuk diproses menggunakan abu tulang haiwan itu untuk menjadikannya kuat, keras, tidak mudah pecah dan sentiasa kelihatan putih.
Pegawai penyelidik CAP, Hatijah Hashim berkata, menerusi penyelidikan pihaknya mendapati bahan yang digunakan membuat peralatan makanan itu mengandungi campuran abu tulang haiwan sebanyak 40 hingga 50 peratus.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0303&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2uqiSv0AO 
Hakcipta terpelihara 

Nenek dibunuh, coli hilang



INILAH rumah Wan Meriam diceroboh penjenayah di Kampung Kutan Tengah, Wakaf Bharu semalam.


TUMPAT - Seorang nenek maut tercekik gigi palsu apabila mulutnya disumbat kain tuala oleh penjenayah yang merompak coli berkocek tempat mangsa menyimpan wang di Kampung Kutan Tengah, Wakaf Bharu di sini semalam.
Mayat Wan Meriam Wan Mahmood, 85, ditemui pada pukul 3.30 pagi dalam keadaan tidak berbaju manakala kain sarung dipakai terselak di atas katil di bilik tidur rumahnya oleh cucunya Mohd. Faizal Abdul Samad, 30.
Lebih menyedihkan coli berkocek yang selalu dipakai mangsa ketika tidur turut hilang bersama barang kemas berupa rantai leher, gelang emas dan telefon bimbit miliknya.
Cerita Mohd. Faizal, dia bergegas pulang dari sebuah gerai makan selepas curiga menerima dua kali panggilan telefon neneknya pada pukul 3.20 pagi.
"Kali pertama saya tidak sempat jawab panggilan itu dan kemudian menerima panggilan kali kedua. Ketika saya jawab panggilan kedua, tiada siapa yang bersuara.
"Saya berasa sangat curiga kerana nenek tidak pernah menggunakan telefon tersebut untuk membuat panggilan dan hanya digunakan untuk menerima panggilan," cerita Mohd. Faizal ketika ditemui di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0303&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2uqhsAvKb 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki ditemui mati ditetak di tepi jalan






ALOR GAJAH 2 Mac - Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan tetakan di kepala di tepi jalan dekat Felda Bukit Bulat di sini semalam, dipercayai kerana terlibat dalam pergaduhan.

Mangsa, K. Visvanathan, 22, ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh orang awam yang melalui jalan berkenaan pada pukul 6.30 pagi, sebelum menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supritendan Mohamad Laham berkata, siasatan di lokasi kejadian menemukan motosikal jenis Honda EX5 dipercayai digunakan mangsa, tidak jauh dari situ.

Katanya, polis bagaimanapun tidak menjumpai sebarang senjata.

"Polis masih menyiasat motif kejadian dan tidak menolak kemungkinan mangsa yang tinggal di Taman Seri Indah, Jasin, terlibat dalam pergaduhan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohamad berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tampil untuk membantu siasatan," ujarnya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140303/je_03/Lelaki-ditemui-mati-ditetak-di-tepi-jalan#ixzz2uqX7pJDD
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Warga emas mangsa rompak dibunuh



WAN Din Wan Mamat, menunjukkan tempat ibu saudaranya, Wan Meriam Wan Mahmood dibunuh oleh penjenayah di Kampung Kutan Tengah, Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan, semalam. - UTUSAN/Zuharman Mohamad Nor
TUMPAT 2 Mac - Seorang wanita warga emas berusia 85 tahun ditemui mati setelah dipercayai sesak nafas kerana lehernya dijerut, manakala mulutnya disumbat dengan kain oleh penjenayah yang memecah masuk rumahnya di Kampung Kutan Tengah, Wakaf Bharu, di sini awal pagi ini.
Mayat, Wan Meriam Wan Mahmood ditemui dalam keadaan menyayat hati di dalam bilik tidur oleh cucu angkatnya, Mohd. Faizal Abdul Samad, 30, kira-kira pukul 3.30 pagi.
Mohd. Faizal berkata, beliau bergegas ke rumah itu kerana curiga selepas menerima dua panggilan telefon daripada neneknya yang tinggal bersendirian.
"Nenek saya tidak pandai membuat panggilan menggunakan telefon bimbitnya, tetapi saya terkejut tiba-tiba menerima dua panggilan daripada arwah.
"Kali pertama telefon berdering, saya tidak sempat menjawab. Namun kali kedua, tiada suara kedengaran. Saya yang curiga bergegas ke rumahnya.
"Semasa menerima panggilan, saya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bertemu dengan rakan di warung berhampiran. Rumah saya dan nenek hanya bersebelahan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Menurut Mohd. Faizal, sebaik sahaja tiba, beliau melihat pintu dapur terbuka dan pemeriksaan di dalamnya berselerak, manakala mayat warga emas itu ditemui di atas katil.
"Saya mendapati terdapat kain tuala yang disumbat di dalam mulutnya, manakala sehelai lagi tuala menutup separuh mukanya. Wang tunai dan beberapa barang kemas seperti gelang dan rantai leher yang dipakai nenek pula lesap," ujarnya.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Zaharuddin Rasid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, pemeriksaan polis mendapati suspek memecah masuk rumah tersebut melalui pintu dapur.
"Mayat dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan," ujarnya.
Difahamkan, laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan sesak nafas setelah gigi palsu yang dipakainya tertolak ke dalam mulut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140303/je_01/Warga-emas-mangsa-rompak-dibunuh#ixzz2uqWumBwm
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wanita tumpaskan gadis cuba meragutnya


KUALA LUMPUR 2 Mac - Tindakan berani seorang wanita melawan seorang peragut remaja perempuan berusia 17 tahun berjaya menggagalkan cubaan suspek untuk melarikan beg tangan milik mangsa semalam.
Kejadian berlaku pukul 10.55 pagi semasa mangsa berusia 51 tahun yang bekerja sebagai pembantu tadika berjalan seorang diri menuju ke kereta di hadapan sebuah bank di Sri Gombak dekat sini.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim berkata, mangsa kemudian dihampiri oleh suspek dan seorang lelaki yang menaiki sebuah motosikal lalu meragut beg tangan yang dipegang oleh wanita itu.
"Mangsa bagaimanapun nekad melawan dengan menarik beg tangan itu semula sehingga suspek terjatuh daripada motosikal yang dibonceng.
"Anak mangsa yang berada berdekatan dan menyedari insiden itu bergegas ke lokasi dan menahan suspek," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tambah Abdul Rahim, melihat kejadian itu, penunggang motosikal tersebut berpatah balik dan cuba melanggar mangsa dan anaknya untuk menyelamatkan suspek namun gagal kerana mereka sempat mengelak.
Katanya, lelaki itu kemudian melarikan diri dengan motosikal terbabit.
"Suspek ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 14 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan," ujarnya dan memberitahu, polis kini memburu rakan suspek.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140303/je_02/Wanita-tumpaskan-gadis-cuba-meragutnya#ixzz2uqWdlyyG
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Didakwa bunuh teman wanita



PETALING JAYA 3 Mac - Seorang pegawai operasi sebuah syarikat kawalan keselamatan yang dipercayai membelasah teman wanitanya sehingga menyebabkan mangsa mati, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.
S. Sarwindren, 30, didakwa membunuh Pakizah Raja Khan, 27, seorang kakitangan bank di 3A-17-08, pangsapuri Lagoon Perdana, Jalan PJS 9/1, Bandar Sunway, di sini antara pukul 8.50 malam, 17 Februari dan 1.41 pagi, keesokan harinya.
Dakwaan terhadap lelaki tersebut dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Tertuduh hanya menganggukkan kepala tanda faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa kepadanya di hadapan Majistret K.B. Elena Hong Tze Lan.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Tertuduh yang berbadan gempal itu kelihatan tenang sepanjang prosiding. Kepala tertuduh juga dilihat dibalut dengan kain pembalut luka dipercayai ekoran kecederaan akibat kejadian itu.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Saphirra Selamat manakala tertuduh diwakili peguam Geethan Ram Vincent.
Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 15 April ini sementara menunggu laporan forensik.
Akhbar sebelum ini melaporkan, mangsa yang mengalami keretakan tengkorak sebelah kiri akibat dipukul teman lelakinya mati di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), setelah dihantar untuk mendapat rawatan lanjut.
Sebelum kejadian itu, ibu mangsa yang tinggal di Kajang menerima panggilan daripada seorang lelaki yang meminta dia ke sebuah rumah di Lagoon Perdana.
Setibanya di rumah berkenaan, ibu mangsa mendapati anak perempuannya itu meronta-ronta kesakitan serta berdarah di bahagian kepala dan muka. Wanita itu kemudian membawa mangsa ke hospital dengan ambulans tetapi disahkan meninggal dunia.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140304/je_08/Didakwa-bunuh-teman-wanita#ixzz2uwHAx6cw
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pembantu juru ukur maut kemalangan


Anggota keluarga mententeramkan kakak mangsa, Siti Zaleha Sa'adan yang tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat mayat Mohd. Zohir di Kampar, semalam. - UTUSAN/ HANAFI KHAMIS
KAMPAR 3 Mac - Seorang pembantu juru ukur maut selepas motosikal ditunggangnya gagal mengelak lalu merempuh sebuah kereta yang sedang membuat pusingan U di Kilometer 4, Jalan Gopeng-Batu Gajah, malam tadi.
Kejadian pukul 10.15 malam itu berlaku ketika mangsa, Mohd. Zohir Sa'adan, 25, dalam perjalanan dari rumah kakaknya di Batu Gajah ke tempat kerjanya di Cameron Highlands.
Setibanya di lokasi kejadian, Mohd. Zohir yang menunggang motosikal jenis Kawasaki Ninja ZXR merempuh sebuah kereta jenis Proton Saga yang membuat pusingan U dari arah bertentangan.
Rempuhan itu mengakibatkan mangsa yang merupakan anak keenam daripada lapan adik beradik cedera parah setelah tercampak sejauh 50 meter.
Mohd. Zohir meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta terbabit, Suhaili Ismail, 37, mengalami kecederaan ringan.
Difahamkan identiti Mohd. Zohir hanya dapat dikenal pasti oleh anggota polis yang tiba di lokasi kejadian menerusi semakan terhadap nombor pendaftaran motosikal miliknya kerana barang peribadinya hilang dipercayai dicuri selepas kejadian.
Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Ng Kong Soon ketika dihubungi hari ini berkata, kes berkenaan disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140304/je_09/Pembantu-juru-ukur-maut-kemalangan#ixzz2uwGy1nJC
© Utusan Melayu (M) Bhd 

2 sekolah di Beaufort dan Tuaran terbakar


KOTA KINABALU 3 Mac - Dua buah Sekolah Kebangsaan (SK) di Beaufort dan Tuaran terbakar petang tadi.
Kejadian itu melibatkan tiga blok bangunan kayu SK Pekan Kiuli, Tuaran yang musnah sama sekali dalam kejadian 1.50 petang dan dua blok yang menempatkan perpustakaan dan stor sukan SK Gadong, Beaufort yang berlaku kira-kira 3.15 petang.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendi K. Ramin berkata, kejadian berlaku selepas tamat sesi persekolahan.
Punca kebakaran belum dikenal pasti, katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, 16 anggota dikejarkan untuk mengawal kebakaran di SK Pekan Kiuli sementara tujuh anggota ke SK Gadong.
Sementara itu Presiden Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin), Newmond Tibin berharap Jabatan Pendidikan dapat menempatkan murid SK Kiulu sama ada dengan menumpang sementara bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Kiulu atau bangunan lain seperti Dewan Masyarakat.
"Kami juga berharap Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Sabah dapat mempercepatkan pembinaan SK Kiulu yang baharu daripada konkrit bagi menggantikan bangunan lama daripada kayu itu," katanya. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140303/je_09/2-sekolah-di-Beaufort-dan-Tuaran-terbakar#ixzz2uwGmQJuS
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Polis berkas 4 lelaki, rampas barangan curi RM220,000


LEDANG 3 Mac - Polis memberkas sekumpulan empat lelaki berusia antara 23 hingga 53 tahun dan menemui sejumlah barangan curi termasuk dua buah kereta, masing-masing jenis Toyota Camry dan Perodua Viva yang kesemuanya bernilai lebih RM220,000 dalam satu serbuan di Gersek, Bukit Gambir di sini baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Ledang, Supritendan Mohamed Salleh Abd. Razak berkata, kenderaan jenis Toyota Camry model baharu berharga RM160,000 yang ditemui itu dilaporkan hilang di Johor Baharu tahun lalu manakala Perodua Viva pula milik seorang lelaki dari Taman Setia, Rawang, Sungai Mati di sini.
Katanya, barangan lain yang ditemui termasuk sebuah komputer riba, televisyen 42 inci dan telefon bimbit yang dilaporkan turut hilang daripada sebuah rumah di Taman Setia, Rawang, Sungai Mati di sini.
Kesemua lelaki itu direman sehingga esok untuk membantu siasatan dan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tangkak pada hari yang sama, kata beliau pada sidang akhbar di sini hari ini.
Siasatan lanjut mendapati dua daripada lelaki yang ditahan itu mempunyai kesalahan lampau termasuk kes penyalahgunaan dadah.
Pada 25 Februari lalu, polis Ledang yang menerima maklumat daripada orang awam telah membuat serbuan kira-kira pukul 4 petang ke atas sebuah premis di Pekan Gersek, Bukit Gambir. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140303/je_06/Polis-berkas-4-lelaki-rampas-barangan-curi-RM220000#ixzz2uwGZp9pc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Warga emas mangsa rompak dibunuh



WAN Din Wan Mamat, menunjukkan tempat ibu saudaranya, Wan Meriam Wan Mahmood dibunuh oleh penjenayah di Kampung Kutan Tengah, Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan, semalam. - UTUSAN/Zuharman Mohamad Nor
TUMPAT 2 Mac - Seorang wanita warga emas berusia 85 tahun ditemui mati setelah dipercayai sesak nafas kerana lehernya dijerut, manakala mulutnya disumbat dengan kain oleh penjenayah yang memecah masuk rumahnya di Kampung Kutan Tengah, Wakaf Bharu, di sini awal pagi ini.
Mayat, Wan Meriam Wan Mahmood ditemui dalam keadaan menyayat hati di dalam bilik tidur oleh cucu angkatnya, Mohd. Faizal Abdul Samad, 30, kira-kira pukul 3.30 pagi.
Mohd. Faizal berkata, beliau bergegas ke rumah itu kerana curiga selepas menerima dua panggilan telefon daripada neneknya yang tinggal bersendirian.
"Nenek saya tidak pandai membuat panggilan menggunakan telefon bimbitnya, tetapi saya terkejut tiba-tiba menerima dua panggilan daripada arwah.
"Kali pertama telefon berdering, saya tidak sempat menjawab. Namun kali kedua, tiada suara kedengaran. Saya yang curiga bergegas ke rumahnya.
"Semasa menerima panggilan, saya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bertemu dengan rakan di warung berhampiran. Rumah saya dan nenek hanya bersebelahan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Menurut Mohd. Faizal, sebaik sahaja tiba, beliau melihat pintu dapur terbuka dan pemeriksaan di dalamnya berselerak, manakala mayat warga emas itu ditemui di atas katil.
"Saya mendapati terdapat kain tuala yang disumbat di dalam mulutnya, manakala sehelai lagi tuala menutup separuh mukanya. Wang tunai dan beberapa barang kemas seperti gelang dan rantai leher yang dipakai nenek pula lesap," ujarnya.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Zaharuddin Rasid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, pemeriksaan polis mendapati suspek memecah masuk rumah tersebut melalui pintu dapur.
"Mayat dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan," ujarnya.
Difahamkan, laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan sesak nafas setelah gigi palsu yang dipakainya tertolak ke dalam mulut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140303/je_01/Warga-emas-mangsa-rompak-dibunuh#ixzz2uwGPAE1t
© Utusan Melayu (M) Bhd