Search This Blog

Sunday, March 2, 2014

Mekanik rugi RM100,000, bengkel hangus terbakar


2 Mac 2014

BESUT - Seorang mekanik kerugian kira-kira RM100,000 apabila dua buah kereta, sebuah motosikal, peralatan dan alat ganti di bengkelnya hangus dijilat api dalam satu kebakaran di Kampung Beting Lintang dekat sini, awal hari ini.

Dalam kejadian pada kira-kira 1.30 pagi itu, Tan Kian Joo terselamat apabila bangunan bengkel yang terbakar runtuh sejurus beliau menyelamatkan dua kenderaan lain.

Menceritakan detik cemas itu, Tan berkata beliau terjaga daripada tidur apabila terdengar letupan kuat seperti mercun dari arah bengkel yang terletak hanya beberapa meter dari rumahnya.

"Apabila saya keluar, api sedang besar menjulang membakar bengkel saya yang buka sejak enam tahun yang lalu," katanya kepada pemberita semasa Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kota Putera, Mohd Mahdi Musa melawat lokasi kejadian.

Kian Joo berkata, beliau hanya sempat menyelamatkan dua kenderaan untuk dibaiki iaitu sebuah Proton Wira dan pacuan empat roda.

Sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Besut dengan kekuatan enam anggota dikerah ke tempat kejadian dan api berjaya dikawal daripada merebak ke rumah berhampiran. - Bernama

Bayi dua bulan koma dipercayai didera

WARTAWAN SINAR HARIAN
Bayi dua bulan koma dipercayai didera
Bayi lelaki berusia dua bulan koma disyaki didera
2 Mac 2014
 IPOH – Bayi lelaki berusia dua bulan 16  hari koma selepas mengalami pendarahan dalam otak yang serius, dipercayai akibat didera pengasuhnya seminggu lalu.

Mangsa kini kritikal dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini selepas dimasukkan ke wad kecemasan kira-kira jam 11 malam, 25 Februari lalu.

Menurut sumber, bayi berkenaan dibawa oleh pasangan berusia 20-an selepas tidak sedarkan diri,  tidak lama selepas diambil dari rumah pengasuhnya.

Katanya, hasil imbasan tomogafi berkomputer (CT Scan) mendapati terdapat pendarahan dalam otak bayi tersebut dan mangsa juga mengalami sawan yang teruk.

“Doktor pakar neurologi kanak-kanak yang menjalankan pemeriksaan mengesan pendarahan dalam otak bayi berkenaan dan kemudian membuat laporan polis.

“Berdasarkan maklumat daripada doktor berkenaan, mangsa mengalami ‘baby shaking syndrom’ akibat goncangan kuat hingga menyebabkan pendarahan di bahagian selaput otak di antara otak kiri dan kanan,” katanya.

Sumber berkenaan berkata, pembedahan bagi menyelamatkan nyawa mangsa selamat dijalankan namun bayi malang terbabit masih kritikal.

“Bagaimanapun, pemeriksaan doktor tidak menemui sebarang kecederaan fizikal lain pada bayi berkenaan,” katanya.

Sumber itu berkata, hasil keterangan daripada ibu bapa mangsa, bayi terbabit dihantar ke rumah pengasuh berusia lingkungan 50-an terbabit sejak 5 Februari lalu.

“Difahamkan pengasuh terbabit menjaga 10 kanak-kanak termasuk mangsa. Kes berkenaan kini disiasat polis mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.

SPRM kesan 5 lelaki Myanmar bantu siasatan

SPRM
 SPRM
2 Mac 2014 ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah sedang mengesan lima lelaki Myanmar bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah, kata Penolong Penguasa SPRM Kedah, Vitwat a/l Eh Chan.
 
Mereka ialah Shah Alam Jabbar Ali bernombor pasport 512-05C00136 1/5 (UNHCR), Md Sharif (0867717612455136), Rashid Abdul Shukor (tiada nombor pasport), Abdul Shukor Shobiran (tiada nombor pasport) dan Dilop Nazidu Husin (tiada nombor pasport).

Alamat terakhir kesemua mereka ialah di Rumah Kongsi Balak, Bukit Kachi, Changlun.
 
Mereka sebelum ini bekerja mengambil upah menanam pokok getah.

Vitwat boleh dihubungi di talian 013-9177472 atau 04-7001880. - Bernama

Pelajar politeknik maut


WARTAWAN SINAR HARIAN
2 Mac 2014


SHAH ALAM - Seorang meninggal dunia manakala dua lagi cedera parah dalam satu kemalangan di persimpangan Bukit Kayu, Jalan Puncak Alam, kelmarin.

Jurucakap polis berkata, kejadian kira-kira jam 5.45  petang itu melibatkan sebuah teksi  dari arah Kuala Selangor dengan dua motosikal datang dari arah Shah Alam.

“Sampai di persimpangan berkenaan, teksi tersebut cuba masuk ke simpang itu. Malangnya, ada sebuah motosikal melalui jalan tersebut lalu berlaku pelanggaran,” katanya.

Beliau berkata, motosikal yang dinaiki dua lelaki itu melanggar bahagian depan teksi hingga menyebabkan mereka tercampak ke jalan.

Sebuah motosikal lain pula yang dinaiki seorang lelaki cuba mengelak teksi berkenaan tetapi gagal dan melanggar bonet sebelah kiri kenderaan tersebut.

“Pembonceng motosikal itu, Mohd Fadly Sharudin, 24, yang merupakan pelajar Politeknik Shah Alam dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrik  meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi penunggang motosikal mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk menerima rawatan,” katanya.

Samun bersama lelaki lain


WARTAWAN SINAR HARIAN
2 Mac 2014


BESUT - Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes pasangan suami isteri yang disyaki menyamun dan membelasah seorang warga emas dan cucunya di Taman Haji Hassan Alor Lintah, di sini, pada 21 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, tangkapan dibuat berikutan siasatan lanjut polis mendapati suami kepada suspek wanita terbabit tidak terlibat dalam kejadian pada malam itu.

Menurutnya, sebaliknya suspek wanita berusia 20 tahun yang sedang mengandung itu melakukan perbuatan tersebut dengan lelaki lain.

“Susulan itu polis telah melakukan operasi memburu lelaki tersebut dan berjaya memberkasnya di sebuah rumah di Kampung Gerai dekat Jertih, pada jam 8.30 malam Ahad lalu,” katanya.

Suspek berusia 27 tahun itu dan wanita berkenaan ditahan, manakala suaminya dari Kampung Bukit Tanah, Kerandang dibebaskan.

Katanya, kedua-dua mereka direman untuk siasatan lanjut dan saringan terhadap suspek ketiga mendapati dia positif dadah jenis methampetamine (pil kuda). Suspek dari Kampung Gerai itu juga mempunyai dua rekod jenayah lampau iaitu di bawah Seksyen  15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Kamaruddin berkata, polis turut menemui semula barang kemas yang disamun dan menganggap kes tersebut selesai.

Dalam kejadian itu, mangsa, Napisah Hamad, 56, bukan sahaja terpaksa bermalam di Hospital Besut beberapa hari selepas mengalami kecederaan di kepala akibat dipukul seorang lelaki  tetapi turut kerugian apabila seutas gelang tangannya dilarikan suspek.

Cucu lelakinya yang berumur 10 tahun turut dipukul di kepala dengan sebatang kayu.

4 nelayan berdepan detik cemas

4 nelayan berdepan detik cemas
Sekumpulan nelayan cuba menyelamatkan diri selepas bot karam dalam kejadian petang kelmarin. - Foto Sinar Harian 
ROSALWANI CHE SOH
2 Mac 2014
KOTA BHARU - Empat nelayan terpaksa berdepan detik cemas selepas bot yang dinaiki mereka karam dipukul ombak dalam kejadian di muara Pantai Mek Mas, Kuala Besar, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa Mohd Nor Hussein, 42, Mat Hasan @ Ismail Husin, 65, Mohamad Dollah, 40 dan Suhaimi Rashid, 30 dalam perjalanan ke laut kira-kira jam 5.30 petang selepas menaiki bot yang berlepas dari jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Menurut Mohd Nor, akibat gelombang yang kuat dia yang pada mulanya bercadang memulakan rutin harian mereka untuk menangkap ikan, cuba berpatah balik, namun belum sempat berpatah balik, bot yang mereka naiki mula dipenuhi air akibat dipukul ombak besar.

“Saya bertindak terjun ke laut dan berpaut pada tong diesel selepas air laut masuk ke dalam bot dan keadaan bot semakin lama semakin menyenget dan kemudian tumbang. Melihatkan keadaan itu, saya terus berenang ke Pulau Kuba yang terletak kira-kira 200 meter dari tempat bot karam.

“Hanya dengan bantuan tong diesel, kami terus berenang ke pulau berhampiran sebelum dibantu rakan nelayan lain yang kebetulan berada berhampiran kawasan,” katanya.

Menurut seorang lagi rakannya, Suhaimi Rashid, 30, dia hampir lemas akibat panik dan keletihan.

“Perasaan bimbang memang ada, tetapi mujur tidak lemas. Ini pengalaman pertama sepanjang 15 tahun menjadi nelayan. Mujur rakan nelayan lain menghulurkan tali dan menarik saya jika tidak saya tidak tahu apa nasib saya seterusnya," katanya.

Menurut Mohd Nor, kejadian berkenaan tidak melemahkan semangatnya untuk terus ke laut kerana pekerjaan sebagai nelayan adalah sumber rezekinya.

“Insya-ALLAH bot yang karam itu boleh dibaiki semula namun mengambil masa lama. Nilai bot itu bersama peralatannya kira-kira RM80,000.

“Ini pengalaman pertama saya berdepan detik cemas terpaksa berenang ke pulau untuk selamatkan diri,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Hutan Simpan Bukit Putus terbakar

Hutan Simpan Bukit Putus terbakar
Asap tebal dapat dilihat sejauh lebih tiga kilometer dari arah Seremban. - Foto Sinar Harian 
WARTAWAN SINAR HARIAN
2 Mac 2014
KUALA PILAH – Musim kemarau melanda negeri ini menyebabkan 7.5 hektar Hutan Simpan Bukit Putus terbakar.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat dari Senawang, Sazali Hanafiah berkata, kejadian bermula kelmarin pada jam 12 tenghari dan berakhir jam 5.30 petang semalam.

“Memandangkan hutan di sini tiada sumber air, maka anggota bomba dan penyelamat mengalami kesukaran untuk padamkan api yang merebak sehingga ke kawasan Seremban.

“Kami meminta bantuan daripada Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) membekalkan air bagi kerja-kerja pemadaman dan akhirnya kebakaran berjaya dipadam,” katanya.

Beliau menambah, seramai 53 anggota bomba dikerahkan ke tempat kejadian dengan melibatkan empat balai bomba dan penyelamat.

“Empat balai bomba yang terlibat ialah Seremban 2, Senawang, Kuala Pilah dan Teluk Kemang. Kerana cuaca panas dan kering, api merebak dengan pantas hingga memusnahkan hutan simpan seluas 7.5 hektar.

"Pada awalnya, pemadaman api selesai jam 4 pagi. Namun anggota bomba telah membuat pemantauan hari ini (semalam) dan mendapati asap masih ada.

“Oleh itu, kerja-kerja memadam dijalankan sehingga api berjaya di kawal jam 5.30 petang,” katanya.

Menurut beliau, punca kejadian masih dalam siasatan, sama ada ia kecuaian manusia ataupun faktor cuaca.

Pekan Greenwood 'dibanjiri' tikus

Pekan Greenwood 'dibanjiri' tikus
Tikus gergasi yang berjaya ditangkap semalam. - Foto Sinar Harian
2 Mac 2014
 GOMBAK - Kesedaran rendah di kalangan peniaga pekan Greenwood berkenaan pengurusan sampah dan kebersihan persekitaran menyumbang kepada pembiakan tikus di sini.

Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan berkata, persekitaran yang kotor dikhuatiri bukan hanya menjejaskan perniagaan tetapi boleh menyumbang kepada wabak penyakit.

Menurutnya, maklumat berkenaan kesan wabak penyakit yang berpunca daripada pembiakan haiwan perosak itu perlu diterangkan kepada komuniti supaya mereka lebih tanggungjawab terhadap kebersihan.

“Hari ini (semalam) sebanyak 34 ekor tikus berjaya ditangkap dan saya yakin jumlah sebenar habitat adalah lima hingga enam kali ganda daripada itu.

“Peniaga diharapkan lepas ini dapat mempertingkat kebersihan dan mengurus sampah dengan lebih baik, bukan membuang merata termasuk di tepi jalan sebaliknya meletakkannya di dalam tong sampah bertutup,” katanya sewaktu merasmikan program Program Hapus Tikus, Aedes dan Banner Haram di Pekan Greenwood semalam.

Katanya, apabila aspek kebersihan dipertingkat, kawasan tersebut bukan hanya berada pada tahap kebersihan terbaik tetapi dalam masa sama dapat menambah jumlah pelanggan di situ.

Semalam, RM2 diberikan untuk seekor tikus hidup yang ditangkap sementara pengunjung turut berpeluang mendapat pemeriksaan kesihatan percuma.

Program berkenaan mendapat kerjasama daripada Pejabat Kesihatan Gombak dan Majlis Perbandaran Selayang.

7.2 hektar hutan belukar musnah

7.2 hektar hutan belukar musnah
Nor Azizi 
NIK MOHD RAFIQ
2 Mac 2014
DUNGUN – Penduduk yang tinggal di kawasan perkampungan nelayan tradisional dekat sini cemas seketika sebaik melihat kepulan asap tebal dari kawasan bukit berhampiran.

Kebakaran kira-kira jam 11.30 pagi itu dipercayai berlaku di kawasan semak berhampiran melibatkan kawasan hutan seluas 18 ekar (7.2 hektar).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Dungun, Penolong Penguasa Nor Azizi Che Noh berkata, pihaknya menerima panggilan di bilik kawalan jam 11.50 pagi sebelum tiba beberapa minit kemudian di lokasi kebakaran.

“Sebuah jentera pemadam bersama tujuh anggota dikejarkan ke lokasi bagi memadam api berkenaan.

“Keadaan angin kuat dan lokasi kebakaran yang terletak agak jauh dari jalan utama menyukarkan sedikit operasi pemadaman api,” katanya.

Azizi berkata, pihaknya mengambil masa sehingga jam 8 malam sebelum api berjaya dipadamkan.

Katanya, tindakan mengawal api daripada merebak di hutan berdekatan terpaksa dilakukan dengan cekap, cepat dan berhati-hati agar peristiwa kebakaran hutan di kampung Tok Kah tidak berulang lagi di sini.

Sehubungan itu, beliau turut menasihatkan penduduk agar tidak melakukan pembakaran terbuka pada musim sekarang kerana berisiko tinggi ekoran api cepat merebak.

Diberkas selepas lori dicuri terbabas, terbalik


2 Mac 2014

HULU TERENGGANU - Seorang lelaki yang menceroboh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini semalam, dapat diberkas selepas lori yang dicurinya terbabas dan terbalik ketika menuju Jalan Batu 24 di sini.

Lelaki berusia 28 tahun itu melarikan sebuah lori tiga tan di tepi Jalan Besar Kuala Berang selepas meloloskan diri dari IPD itu setelah gagal mencuri kenderaan polis pada kira-kira 4 petang.
 
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Hussin Deraman berkata, ekoran kemalangan itu, suspek tersepit di tempat duduk pemandu dan dapat dikeluarkan oleh pihak bomba.
 
"Dia kemudian dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
 
Hasil ujian air kencing terhadap suspek juga mendapati dia positif dadah.
 
Lelaki itu kini ditahan di lokap IPD untuk membantu siasatan kes itu di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan, katanya ketika dihubungi hari ini. - Bernama

Mayat dua remaja perempuan lemas ditemui


2 Mac 2014


KUALA KRAI - Mayat dua remaja perempuan yang lemas selepas tergelincir ke dalam Sungai Lebir di Kampung Manek Urai di sini semalam, ditemui hari ini.
   
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Azman Abu Hassan berkata mayat kedua-dua mangsa ditemui di dasar sungai itu oleh anggota Unit Skuba Balai Bomba dan Penyelamat Kota Baharu.
   
Mayat Nurul Akmal Roshid, 16, ditemui pada 8.28 pagi iaitu kira-kira 20 meter dari tempat kejadian manakala mayat Nursyafiqah Syaura Mohd Tusof, 13, ditemui kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian pada 8.40 pagi.
   
Azman memberitahu pemberita di sini mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk dikebumikan.
   
Dalam kejadian 6 petang semalam, Nurul Akmal dan Nursyafiqah Syaura dari Kampung Manek Urai Lama dihanyutkan arus selepas tergelincir ke dalam sungai itu.
   
Sementara itu, ibu Nurul Akmal, Marizan Ismail, 37, berkata beliau tidak menyangka yang permintaan daripada anaknya untuk ke sungai itu membawa
kepada kematiannya.  

"Setelah memberi kebenaran kepadanya, lebih kurang setengah jam orang kampung datang ke rumah memberitahu dia telah terjatuh ke dalam sungai," katanya. - Bernama

Bunuh: Perompak jerut leher, sumbat mulut mangsa


2 Mac 2014

TUMPAT - Seorang wanita warga emas yang tinggal sendirian, maut disyaki selepas lehernya dijerut dan mulutnya disumbat dengan tuala oleh perompak yang memecah masuk rumahnya di Kampung Kutan Tengah, Wakaf Bharu di sini hari ini.
   
Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, Wan Meriam Wan Mahmood, 85, ditemui terbaring di atas katil di dalam rumahnya oleh cucunya Mohd Faizal Abdul Samad, 30, yang sebelum itu menerima panggilan telefon dipercayai daripada mangsa.
   
Mohd Faizal yang tinggal berdekatan rumah neneknya, berkata dia menerima panggilan sebanyak dua kali dipercayai daripada neneknya dan segera pergi ke rumahnya selepas berasa curiga dengan keadaan itu kerana neneknya tidak pernah menelefonnya.
   
Kali pertama telefon berbunyi saya tidak sempat mengangkatnya bagaimanapun tiada siapa yang bersuara ketika saya mengangkat telefon pada panggilan kali kedua, katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini.
   
Beliau berkata ketika sampai di tempat kejaidan, dia terkejut melihat keadaan rumah yang berselerak sebelum mendapati neneknya yang berada di atas katil sudah tidak bernafas.
     
"Ketika saya sampai di rumah nenek, pintu dapur terbuka dan barang kemas berupa rantai, gelang dan juga wang tunai milik nenek sudah tiada," katanya.
   
Ketua Polis Daerah Tumpat Supt Zaharudin Rasip ketika dihubungi berkata siasatan awal mendapati mangsa maut akibat jerutan di leher.
   
"Kita turut menemui lima kesan cap jari yang diambil di tempat kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan  Zainab II (HRPZ) Kota Bharu untuk dibedah siasat," katanya
   
Zaharudin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan. - Bernama

Warga emas rugi RM100,000

ROSALWANI CHE SOH
Warga emas rugi RM100,000
Mek Senik menunjukkan barangan dalam biliknya yang bersepah dalam kejadian pagi kelmarin. - Foto Sinar Harian 
2 Mac 2014
KOTA BHARU - Seorang warga emas terpaksa berputih mata apabila kesemua barang kemas dan wang miliknya bernilai hampir RM100,000 dilarikan perompak dalam kejadian pecah masuk di Jalan Guchil Bayam, di sini, pagi kelmarin.

 Kejadian disedari Mek Senik Jusoh, 69, sekitar jam 12 tengah hari selepas mangsa pulang dari mendengar ceramah di Dataran Ilmu.

 Mek Senik berkata, pada mulanya, dia dijemput oleh suaminya dalam keadaan tergesa-gesa namun dia tidak mengesyaki apa-apa sehingga suaminya mengatakan rumah mereka dimasuki perompak.

 “Tergamam dibuatnya, apabila ketiga-tiga bilik termasuk bilik saya turut diselongkar dan barang-barang dalam kamar tidur habis bersepah.

“Hampir pengsan saya dibuatnya, apabila mendapati wang tunai dan juga barang kemas yang disembunyikan di dalam bilik telah hilang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya semalam.

“Kesemua barangan yang hilang termasuk, tiga utas gelang tangan bernilai lebih RM20,000, seutas rantai leher berlian bernilai lebih RM10,000 tiga bentuk cincin emas, berlian dan zamrud dan wang tunai hampir RM20,000.

“Memang saya tidak menyangka kejadian ini akan berlaku, namun saya cuba gagahkan diri untuk mengetahui barangan yang hilang dan membuat laporan polis,” katanya.

Mek Senik berkata, sehingga hari ini, dia masih trauma dengan kejadian itu dan tidak dapat mengemas rumah yang telah diselongkar perompak memandangkan amat terkejut dengan kejadian itu.

“Saya mengesyaki perompak masuk menerusi pintu belakang yang telah dipotong mangganya dan diumpil pintu papannya.

“Sejak enam tahun lalu, ini adalah kali ketiga rumah ini dirompak bagaimanapun, kali ini melibatkan kerugian yang paling besar,” katanya.

Menurutnya, kejadian pertama kira-kira enam tahun lalu namun waktu itu hanya sedikit barangan diambil manakala kali kedua kami kehilangan sebuah kereta Nissan Sunny iaitu pada tiga tahun lepas.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu Superitendan Idris Abd Rafar, mengesahkan menerima laporan kejadian dan menurutnya, suspek mengumpil pintu di bahagian dapur untuk dijadikan sebagai jalan keluar dan masuk.

“Kawasan belakang rumah mangsa adalah kawasan semak dan terlindung dari pandangan orang ramai. Tiada saksi yang melihat kejadian dan kawasan rumah mangsa juga tidak berpagar. Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan (KK),” katanya.

Lelaki bersenjata kawal lapangan terbang

Lelaki bersenjata kawal lapangan terbang
Kumpulan beruniform kawal lapangan terbang 
2 Mac 2014  KIEV - UKRAINE. Parlimen Ukraine meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan sesi perbincangan krisis politik negara itu.

Hal itu diputuskan ketika sekumpulan lelaki beruniform pro-Russia mengambil alih kawalan lapangan terbang di wilayah Crimea.

Memetik laporan AP, Parlimen Ukraine dalam resolusinya juga menggesa Moscow menghentikan semua tindakan yang boleh mencabuli kedaulatan negara itu.

Difahamkan, sekumpulan lelaki bersenjata tidak dikenali melakukan rondaan di Lapangan Terbang Simferopol, awal pagi semalam.

Bagaimanapun, tiada keganasan berlaku dan tidak menjejaskan jadual penerbangan.

1,046 titik panas di Sumatera

1,046 titik panas di Sumatera
Ribuan penduduk Riau kini mengalami pelbagai penyakit susulan pembakaran terbuka yang makin berleluasa. 
2 Mac 2014 PEKANBARU - INDONESIA. Satelit Terra dan Aqua melaporkan, sebanyak 1,046 titik panas di Sumatera ditemui dengan Riau mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 963 titik panas, semalam.

Ketua Pusat Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Pekanbaru Sugarin berkata, jumlah titik panas meningkat berbanding minggu lalu dengan hanya 70 titik panas ditemui.

“Keadaan itu disebabkan masih banyak hutan terbakar dan keadaan diselubung asap dan jerebu tebal,” katanya dipetik laporan Antara News

Menurutnya, situasi itu menyebabkan  lebih 28,000 penduduk mengalami masalah kesihatan terutama di 12 bandar dalam wilayah Riau.

Sementara itu, pesawat pengebom air dari Pusat Bencana Kebangsaan (BNPB) di jadual tiba di wilayah  Riau pada Rabu ini.

Pengarah BNPB Harmensyah berkata, dua pesawat amfibi BE-200, dua helikopter Kamov dan dua helikopter Sikorsky akan digunakan untuk operasi memadam kebakaran.

Menurutnya, dari pemantauan keadaan ini sukar dikawal kerana masih terdapat aktiviti pembakaran secara terbuka dilakukan oleh sekumpulan individu tidak dikenali di Cagar Biosfer Giam (Siak Kecil),
Bukit Batu (Bengkalis) dan Taman Nasional tesso Nello (Riau).

“Sekitar enam hektar ladang kelapa sawit dibakar hingga merebak ke hutan berhampiran,” katanya.

Beliau berkata, keadaan ini menyebabkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Bengkalis mencapai 375 ke 500 iaitu paras udara peringkat merbahaya.

Suami isteri ditahan, RM94,000 dadah dirampas


Serbuan dilakukan antara jam 1.30 tengah hari hingga 2.30 petang di sebuah rumah kedai di Lebuhraya Sultanah Bahiyah dan rumah di Taman Seraya, di sini. 
Turut dirampas sebuah kereta Mercedes Benz, sebuah Honda City, wang tunai RM12,000 dan dua rantai emas bernilai keseluruhan hampir RM300,000 untuk siasatan. 
Foto
KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Superintendan Abd Razak Md Zin (tengah) melihat dadah jenis ketamin yang dirampas.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/02

Warga emas maut dijerut penjenayah


Oleh Adnan Mohamad

Tumpat: Seorang warga emas berusia 88 tahun ditemui mati dipercayai dijerut penjenayah dalam kejadian pecah rumah di Kampung Kutan Tengah, jam 3 pagi tadi.

Mayat Wan Mariam Wan Mahmud dikatakan ditemui oleh cucunya, Faizal Abdul Samad, 30, yang curiga apabila menerima panggilan tidak berjawab daripada telefon bimbit neneknya.
Mayat dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk bedah siasat.


Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/02

Budak lima tahun lemas


Seremban: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun lemas di sebuah kolam renang di sebuah pangsapuri di Mantin, di sini, 9 pagi tadi.

Sumber berkata, mangsa mengikut ibu saudaranya berusia 40-an ke pangsapuri itu kerana terbabit penganjuran program perniagaan.
Katanya, sehubungan itu mangsa mengambil kesempatan untuk mandi di kolam renang terbabit bersama kanak-kanak lain sebelum lemas.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/02

Pasrah paut tong diesel


Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN

Kota Bharu: “Saya panik dan hampir lemas akibat keletihan. Mujur rakan nelayan lain menghulurkan tali dan menarik saya,” kata Suhaimi Rashid, 30, seorang daripada empat nelayan yang berdepan detik mencemaskan apabila bot dinaiki karam dipukul ombak di muara Kuala Besar, Badang, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 malam, Suhaimi bersama Mohd Nor Hussein, 42, Mat Hasan @ Ismail Husin, 65, dan Mohamad Dollah, 40, dalam perjalanan dari Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Besar, Badang, dekat sini, ke laut sebelum cuba berpatah balik ketika tiba di muara kerana ombak besar, namun dipukul ombak dan air memenuhi ruangan bot, menyebabkan ia karam.
Menurut Suhaimi, dia bersama tiga rakannya terjun ke laut dan berpaut pada tong diesel sebelum berenang ke Pulau Kuba yang terletak 200 meter dari tempat bot karam.

“Dengan bantuan tong diesel, kami berenang ke pulau berhampiran sebelum dibantu rakan nelayan lain yang kebetulan ada berhampiran kawasan kejadian.


“Perasaan bimbang memang ada, tetapi mujur tidak lemas. Ini pengalaman pertama sepanjang 15 tahun menjadi nelayan,” katanya ketika ditemui di Pantai Mek Mas, Badang, dekat sini, semalam.




Tinjauan Metro Ahad mendapati, sekumpulan nelayan, termasuk empat mangsa itu, berusaha menaikkan semula bot yang karam dengan bantuan bot nelayan lain.


Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/02

Vandalisme rumah ibadat angkara lelaki kurang siuman


Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim meminta orang ramai menghentikan spekulasi yang boleh menyebabkan ketegangan kaum dan agama supaya ia tidak merebak menjadi perkara tidak diingini. 
Katanya, berdasarkan maklumat, kejadian berlaku jam 1 tengah hari hingga 5 petang kelmarin berdasarkan laporan dibuat pihak pengurusan rumah ibadat terbabit. 

“Dalam kejadian terbabit, empat rumah ibadat dirosakkan iaitu tiga di Kulim membabitkan dua tokong Cina dan sebuah kuil Hindu manakala di Kuala Ketil, Baling membabitkan sebuah kuil Hindu.
Foto
PASUKAN polis mengawal satu daripada empat rumah ibadat yang dirosakkan.

“Walaupun kerosakan ini tidak besar, polis menganggap kes ini serius kerana ia membabitkan isu agama dan kaum yang mungkin menyebabkan keadaan tidak tenteram di kalangan masyarakat.

“Berikutan itu, polis menahan seorang lelaki selepas dia ditangkap sekumpulan orang awam ketika cuba merosakkan sebuah kuil di Kuala Ketil. 

“Suspek dipercayai menghadapi masalah mental kini ditahan di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Baling untuk siasatan lanjut,” katanya, malam kelmarin. 

Hadir sama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Assisten Komisioner Mohd Nashir Ya dan Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Salleh. 

Ahmad berkata, berdasarkan rekod lampau, lelaki terbabit pernah melakukan perbuatan sama di Ipoh, Perak dua tahun lalu, namun polis masih menyiasat punca sebenar perbuatan itu dan bagaimana kegiatan itu dijalankan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/02

Penjara buat penyeludup rokok


Seremban: Mereka yang menjual rokok seludup atau tidak sah bukan saja boleh dikenakan denda, malah individu yang didapati melakukan kesalahan itu bakal meringkuk dalam penjara.

Menyedari kedegilan sindiket pengedaran dan penjual rokok seludup, Kastam Diraja Malaysia (KDRM) menguatkuasakan undang-undang lebih ketat lagi untuk mengesan seberapa ramai pengedar dan penjual rokok seludup.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Matrang Suhaili berkata, bermula Disember tahun lalu, tiga individu dijatuhi hukuman penjara dan denda atas kesalahan itu di seluruh negara.

“Ketiga-tiga tertuduh dijatuhi hukuman penjara masing-masing satu hari, sebulan dan tiga bulan serta didenda RM10,000 setiap seorang oleh mahkamah.

“Seorang daripada tertuduh yang dipenjara menjual rokok seludup dengan nilai rampasan hanya RM500.

“Walaupun nilai rampasan rendah, kesalahan dilakukan dianggap serius kerana penjualan rokok tidak sah membahayakan kesihatan pengguna yang terdedah dengan risiko penyakit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Program Khidmat Bakti Masyarakat di Dewan Bistari Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Kastam Negeri Syed Mahri Syed Abu Bakar.

Menurut Matrang, KDRM melalui pasukan khas yang ditubuhkan dianggotai lima pegawai dan anggota di setiap negeri kini giat mengadakan risikan dan pemeriksaan hasil maklumat diperoleh dalam usaha menahan pengedar rokok seludup.

“Mereka yang ditahan akan direman sekurang-kurangnya tiga hari untuk siasatan lanjut.

“Melalui Akta Kastam 1967, kita akan menjalankan siasatan sama ada mengikut Seksyen 135 (1)(a) kerana mengimport atau mengeksport barang tidak berkastam atau barang larangan, Seksyen 135 (1)(d) dan Seksyen 135 (1)(e) kerana memiliki barang tiada kelulusan kastam,” katanya.

Matrang berkata, sepanjang tahun lalu, pihaknya merampas 450 juta batang rokok membabitkan nilai rampasan berjumlah RM36.6 juta dengan cukai tidak berbayar berjumlah RM212 juta.

Daripada jumlah itu, katanya, Negeri Sembilan mencatat rampasan sebanyak 19 juta batang rokok membabitkan nilai rampasan RM1.1 juta dengan cukai tidak berbayar RM6.1 juta.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/02

Guna pedang samurai


Ketika menahan lelaki berusia 30-an dalam kejadian jam 3 pagi, polis turut merampas dua pedang yang disembunyikan dalam bot pancung miliknya menyebabkan polis terpaksa bergelut dengan lelaki berkenaan selepas dia cuba terjun ke dalam sungai.
Difahamkan, lelaki itu diupah sindiket untuk membawa masuk barang seludup atau pendatang asing tanpa izin (PATI) yang mahu menggunakan jalan haram keluar dari negara ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Azman Abdul Razak berkata, kepantasan polis memberkas nelayan itu menyebabkan dia tidak sempat mengeluarkan pedang samurai dibungkus kain pelikat yang berada di dalam bot itu.
“Saya difahamkan suspek menggunakan pedang berukuran 100 sentimeter itu sebagai senjata mempertahankan diri sekiranya dia diserang pihak tertentu atau dihampiri pihak berkuasa.
“Nasib baik polis pantas bertindak dan suspek gagal mengeluarkan pedang itu dari sarungnya namun berlaku juga sedikit pergelutan kerana dia cuba terjun ke dalam sungai,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat, semalam.
Foto
PEDANG yang dirampas daripada tali barut sindiket penyeludupan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/02

Tahanan mati dalam lokap lepas mengadu sakit perut


Georgetown: Seorang tahanan kes dadah mati selepas mengadu sakit perut di Lokap Berpusat Balai Bayan Baru, di sini, awal pagi semalam.

N Ramasamy, 50, ditahan dalam lokap bersama enam individu lain, termasuk adik kembarnya dan mereka direman seminggu kerana kesalahan menghisap dadah.

Bagaimanapun, dia mengadu mengalami kesakitan di perut dan badan sebelum diberi bantuan dan dibawa ke bilik menunggu di lokap terbabit.

Namun, selepas ambulans tiba, pegawai perubatan mengesahkan Ramasamy meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah Hin berkata, polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kematian Orang Kena Tahan (OKT) terbabit untuk mengenal pasti punca sebenar.

“Hasil keterangan awal, adik kembarnya yang turut ditahan dalam lokap berkenaan mendakwa abangnya menghidap penyakit asma dan kencing manis.

“Kami juga meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di lokap dan kami lihat tiada unsur jenayah berlaku hingga menyebabkan kematian OKT terbabit,” katanya.

Menurutnya, OKT juga diberi bekalan ubat untuk penyakit dialaminya dan siasatan mendapati dia tinggal bersama kakaknya di Ayer Itam dan masih bujang.

“Tahanan berkenaan penagih tegar dan menghisap dadah sejak berusia 18 tahun bersama adik kembarnya.

“Keluarga tahanan ini juga diberitahu mengenai kematiannya dan mereka tiba di balai jam 5 pagi tadi (semalam) dan mayat lelaki terbabit dihantar ke hospital untuk bedah siasat,” katanya.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/02

3 rumah ditelan bumi


Ipoh: Malang berganda menimpa seorang warga emas yang baru kematian isteri enam hari lalu apabila kini terpaksa berpindah selepas rumahnya terjejas teruk akibat tanah jerlus, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi, tiga rumah terjejas akibat tanah jerlus dengan satu daripadanya musnah hampir 80 peratus selepas tanah mendap sedalam lima meter hingga menyebabkan 20 penghuni membabitkan empat keluarga terpaksa dipindahkan ke tempat selamat. 
Mangsa G Sandaran, 64, yang juga pesara Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berkata, ketika kejadian, dia dan 11 ahli keluarga lain tidur selepas penat mengadakan kenduri dan upacara keagamaan untuk mendiang isterinya. 

“Ketika nyenyak tidur, tiba-tiba saya terjaga apabila mendengar bunyi bising dan keluar untuk memeriksa kerana menyangka penyamun ingin memecah masuk rumah.
Foto
S KUMARAN menunjukkan keadaan rumah yang terjejas teruk.

“Bagaimanapun, saya terkejut mendapati pokok di sebelah rumah tumbang dan terdengar bunyi retakan semakin kuat.

“Saya kemudian mengarahkan ahli keluarga termasuk lima cucu yang masih kecil keluar menyelamatkan diri selepas menyedari berlaku tanah runtuh,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam. 

Sandaran berkata, dia bersyukur tiada kemalangan jiwa berlaku dan mereka sekeluarga sempat menyelamatkan diri. 

“Sebaik kami sekeluarga keluar ke halaman rumah, tanah di kawasan rumah anak saya yang terletak bersebelahan rumah terus mendap, diikuti dentuman kuat selepas lebih separuh rumah anak saya runtuh ditelan tanah. 


Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/02

Mati akibat ditekup muka


Johor Bahru: Laporan bedah siasat ke atas mayat Ketua Wanita UMNO FELDA Semenchu Zalifah Jamaluddin, 68, mengesahkan mangsa mati akibat muka ditekup.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Rahmat Othman berkata, hasil bedah siasat juga mendapati mangsa patah empat tulang rusuk kanan dan lapan tulang rusuk kiri berpunca daripada tekanan benda berat dan tulang rapuh.
Menurut Rahmat, ketika ditemui, fizikal mangsa tidak mengalami kecederaan, tetapi hasil bedah siasat dijalankan mengesahkan mangsa mati disebabkan mukanya ditekup dengan sesuatu, dipercayai tuala kecil.

“Mangsa juga mengalami patah tulang rusuk berkemungkinan disebabkan beban tekanan, manakala matanya merah kerana mengalami luka di bahagian dalaman,” katanya.


Rahmat berkata, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 36 tahun yang tinggal di sekitar kawasan berkenaan bagi membantu siasatan.



“Kami menahan lelaki itu jam 8.30 malam semalam (kelmarin) dan motif kejadian dipercayai rompakan disebabkan mangsa tinggal seorang diri di rumahnya.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/02

Barang kemas, duit bernilai RM100,000 dilari pencuri


Kota Bharu: “Saya berdebar-debar selepas melihat ruang tamu dan tiga bilik di dalam rumah berselerak sebelum jadi lembik apabila mendapati barang kemas dan wang tunai, semuanya lebih RM100,000 yang tidak disimpan di dalam peti besi dilarikan pencuri,” kata Mek Senik Jusoh @ Halimah Md Yusoff, 69, mangsa pecah rumah di Jalan Guchil, di sini, kelmarin.

Mek Senik yang juga peniaga barangan kering seperti keropok di Pasar Siti Khadijah, di sini, hanya menyedari rumahnya dipecah masuk selepas suaminya memaklumkan kejadian itu kepadanya di pasar berkenaan pada jam 11.30 pagi.

Menurutnya, dia keluar rumah jam 9.20 pagi untuk mengikuti ceramah agama di Dataran Ilmu, di sini, sebelum berniaga di pasar itu.

Katanya, pada jam 11.30 pagi, suaminya menemuinya dan memaklumkan kejadian itu sebelum pulang ke rumah dan mendapati pintu dapur dipecahkan manakala mangga di pintu gril dipotong.

“Antara barang kemas yang hilang adalah empat utas gelang tangan, satu rantai leher dan tiga cincin berlian serta emas.

Wang hasil perniagaan, wang rumah sewa dan wang tunai RM3,000 yang disimpan untuk membeli lembu bagi majlis akikah dua cucu turut hilang.

“Ini kejadian ketiga sejak empat tahun lalu.


Dulu, kereta pun dicuri,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Menurut Mek Senik, satu peti besi disimpan di salah sebuah bilik di rumahnya cuba dibuka pencuri, tetapi gagal.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/02

Adik ugut bunuh ibu ditemui mati


Bentong: Seorang lelaki yang datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini, untuk membuat laporan berhubung tindakan adiknya dipercayai kurang siuman mengugut mahu membunuh ibu dan membakar rumah mereka terkejut apabila mendapati saudaranya itu mati selepas terjun dari tingkat dua IPD berkenaan malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.15 malam itu, mangsa, Lam Chiew Kok, 44, dari Kampung Perting, di sini, dikatakan datang ke IPD berkenaan dalam keadaan meracau sambil meminta polis menembaknya dengan memberikan alasan dia mahu mati.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, bagaimanapun mangsa ditenangkan oleh anggota yang bertugas ketika itu dan bertanya apa masalah dihadapinya.

“Lelaki itu kemudian meminta air dan rokok daripada anggota polis yang cuba menenangkannya.

“Selepas mendapat rokok dan minum air diberikan, dia meluru ke tangga lalu naik ke tingkat dua bangunan IPD,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, melihatkan tindakan mengejut itu, anggota polis mengekori mangsa namun lelaki itu secara tiba-tiba terjun dari bangunan.

“Anggota polis mengekorinya tidak sempat menyelamatkan mangsa.

“Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Bentong namun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah dialaminya,” katanya.

Mohamad Mansor berkata, abang mangsa yang berusia lewat 40-an datang ke IPD untuk membuat laporan mengenai tindakan lelaki itu mengugut mahu membunuh ibu dan membakar rumah mereka.

“Dia bagaimanapun terkejut apabila dimaklumkan adiknya itu maut selepas terjun dari bangunan IPD.

Lelaki itu turut memaklumkan adiknya tidak waras,” katanya.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/02

Kepala ditetak, telinga putus


Oleh ARIFIN SALLEH dan NORIZZAH BAHARUDDIN

Alor Gajah: Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan mengerikan dengan kesan tetakan di belakang kepala dan badan selain putus telinga kanan di Jalan Hutan Percha-Machap, dekat sini, semalam.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mayat K Viswanathan, 22, berasal dari Serkam, Jasin ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam longkang di tepi jalan berkenaan oleh seorang anggota polis yang kebetulan melalui jalan terbabit.

Menurut sumber, pada awalnya anggota polis itu menyangkakan mayat berkenaan adalah mangsa langgar lari selepas melihat sebuah motosikal kira-kira empat meter dari lokasi mayat ditemui.

“Selepas diperiksa, anggota polis itu terkejut apabila mendapati objek yang disangka babi hutan itu adalah mayat seorang lelaki dalam keadaan berbaju namun seluarnya terlondeh ke paras lutut sebelum dia melaporkan kejadian di Balai Polis Hutan Percha,” katanya di sini, semalam.

Foto
ANGGOTA forensik menjalankan siasatan di tempat kejadian.

Foto
ANTARA barang kes yng ditemui polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Mohamad Laham berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menaiki Honda EX5 dipercayai dari arah Hutan Percha ke arah Bukit Bulat dihimpit sebelum dirempuh sebuah kereta dinaiki sekumpulan penjenayah dari arah sama.




“Mangsa yang terjatuh kemudian diserang menggunakan parang sebelum berlaku pergelutan. Mangsa dipercayai cuba melawan namun ditetak di belakang kepala dan penjenayah itu bertindak memijak tengkuk mangsa hingga patah.

“Malah telinga kanan mangsa turut dipotong, kumpulan penjenayah terbabit yang meninggalkan mangsa dalam keadaan tertiarap di dalam longkang dipercayai turut membawa lari telinga mangsa,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, semalam.

Turut berada di lokasi Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (Operasi dan Risikan) Superintendan PR Gunarajan dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Alor Gajah Asisten Superintendan Md Dom Dolah.

Menurut Mohamad Laham, hasil siasatan awal di tempat kejadian turut mendapati kunci motosikal mangsa hilang, namun dompet mengandungi wang tunai RM200 dan beberapa dokumen penting miliknya tidak dilarikan.

“Polis turut menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) bagi membantu mencari cebisan telinga mangsa yang di potong namun ia masih belum ditemui.

“Kami percaya kejadian ini dilakukan lebih dari tiga individu dan ia dipercayai bukan bermotifkan samun, sebaliknya berpunca dari dua faktor berkemungkinan membabitkan perebutan kawasan atau perempuan,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengesan kumpulan penjenayah berkenaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi talian 06-5562222 atau balai polis berhampiran.

“Mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/02

Kedai kopi gesek


Banting: Minum sambil bergesek, itulah menu tambahan ditawarkan pengusaha sebuah restoran di sini yang menyediakan sekurang-kurangnya 10 wanita warga China untuk menjadi peneman pengunjung sepanjang menjamu selera di premis dalam ladang kelapa sawit itu.
Terletak jauh di pinggir kota, gadis muda berkulit putih gebu yang rata-rata­nya berusia 20-an ini boleh dibawa keluar dan diajak ke ranjang dengan bayaran kira-kira RM500 oleh pengunjung mata keranjang, terutama pelanggan tetap, 
Itulah gambaran boleh diberikan kepada restoran berkenaan yang menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) ‘China Doll’ kepada pengunjung­nya dipercayai sejak beberapa bulan lalu. 

Beroperasi kira-kira 500 meter dari jalan utama, tidak siapa menyangka ada lebih 10 GRO asyik melayan pelanggan secara terbuka di restoran berkenaan.
Foto
SALAH seorang GRO sedang melayan pelanggan.

Selain kopi dan teh, pelanggan boleh menikmati makanan dan minuman keras selain menjalani sesi urutan dan belaian manja si genit yang hanya mengenakan skirt pendek dan baju nipis bagi menarik pelanggan.



Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/02

Kekasih mati selepas dipaksa minum asid


Abuja: Seorang lelaki ditahan polis atas tuduhan membunuh selepas dia didakwa memaksa teman wanitanya minum asid.

Polis di Lagos berkata, lelaki berusia 23 tahun itu tidak dibenarkan diikat jamin.

Siasatan yang dijalankan mendapati lelaki berkenaan sudah lama menjalinkan hubungan dengan mangsa yang berusia 26 tahun.

Bagaimanapun, selepas mangsa bertunang dengan orang lain tanpa pengetahuannya, dia mula hilang pertimbangan.

Dia memaksa wanita itu minum asid di sebuah hotel sebelum melarikan diri.

Kejadian itu terbongkar selepas pemilik hotel menemui mayat wanita berkenaan.

Bagaimanapun, kerana takut dituduh membunuh, pemilik hotel bersama-sama dua orang pekerjanya membuang mayat berkenaan di luar Lagos.

Ketiga-tiga mereka turut ditahan.

- Agensi



Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/02

Lepas bapa, nenek pula ditukul


Taipei: Seorang lelaki Taiwan ditahan kerana disyaki membunuh neneknya menggunakan tukul besi, tujuh tahun selepas dia membunuh bapanya menggunakan senjata yang sama.

Lelaki yang dikenali dengan nama keluarganya, Lee mempunyai sejarah gangguan mental dan didakwa menyerang neneknya kelmarin, memukul kepala dan mukanya dengan tukul serta merodok mata mangsa dengan pemutar skru di rumah mereka di selatan Taiwan.
Lee, 35, mengejutkan ibunya selepas didakwa melakukan jenayah berkenaan dan apabila polis tiba di tempat kejadian, mereka menemui mayat neneknya yang berusia 85 tahun di atas lantai dengan muka hancur.

Kesan darah terdapat pada muka dan tangan Lee.


Lee mendakwa dia mengalami halusinasi dan mungkin sudah keluar membunuh orang lain jika tidak membunuh neneknya, lapor akhbar Apple Daily.




Lee pernah ditahan pada 2007 atas tuduhan membunuh ayahnya menggunakan tukul kerana marah pada mangsa yang dikatakan mempunyai hubungan sulit dan mendera ibunya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/02

Askar Zionis tembak mati wanita tak siuman


Gaza: Seorang wanita tidak siuman ditembak mati oleh askar Israel awal semalam. Rejim Zionis mengesahkan askarnya melepaskan tembakan itu berhampiran pagar sempadan di kawasan Khazaa di Khan Yunis.

“Mayat Amena Atiyyeh Odeih, 57, ditemui berhampiran pagar sempadan dan kami masih belum dapat membawanya keluar dari kawasan itu kerana tentera Israel masih melepaskan tembakan,” kata seorang jurucakap kementerian kesihatan Palestin.

Jurucakap rejim Zionis berkata, wanita itu enggan berundur walaupun selepas tembakan amaran dilepaskan.

“Ia menyebabkan anggota kami menembaknya,” kata jurucakap itu.

Menurut jiran mangsa, wanita berkenaan tidak siuman.

Kejadian berlaku selepas sebuah pesawat Zionis mengebom kawasan yang disyaki tempat melancar roket di utara Gaza.

Ketegangan meningkat di sekitar Gaza sejak kebelakangan ini selepas setahun tenang.

Peningkatan serangan Israel dan tembakan roket oleh pejuang Palestin mencetuskan kebimbangan kemungkinan konflik baru meletus antara rejim Zionis dengan kerajaan Hamas yang mentadbir Gaza.

- AFP



Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/02

Klip video ‘sorok’ kalimah Allah


Los Angeles: Klip video Katy Perry berjudul ‘Dark Horse’ dilihat sudah disunting selepas petisyen yang dibuat menerusi Internet melabelkannya menghina agama berikutan pemakaian kalung yang mempunyai kalimah Allah.

Selepas lebih 65,000 orang menandatangani petisyen berkenaan, Shazad Iqbal, aktivis yang membuat petisyen itu berkongsi berita penyuntingan semula video klip berkenaan.
“Saya sangat teruja untuk memberitahu anda semua, kalimah Allah yang terdapat dalam klip video ‘Dark Horse’ sudah dibuang dan kejayaan ini tidak dapat dicapai tanpa sokongan anda semua.

“Saya berterima kasih kepada anda. Suara kita sudah didengari! Semoga Allah merahmati anda semua,” tulis Shazad.


‘Dark Horse’ yang menampilkan penyanyi rap, Juicy J itu menarik lebih 42.5 juta tontonan sejak dimuat naik lebih seminggu lalu.




Di dalam klip video berkenaan, Katy Perry memainkan watak ratu Mesir purba yang mencari pasangan dan kemudiannya menghancurkan mereka sekiranya mereka gagal menepati cita rasanya.

Dalam klip video yang asal, seorang lelaki didapati memakai kalung yang tertera kalimah Allah disumpah menjadi pasir oleh Katy dan dalam versi rasmi yang sudah dimuat naik kini, kalung itu dikaburkan.

Melalui petisyen yang dibuat di laman Change.org, Shazad menulis, “Video ini mengundang kontroversi terhadap penonton kerana menghina Islam.” - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/02

Sasar tutup daerah pelacur sebelum puasa


Surabaya: Datuk Bandar Surabaya Tri Rismaharini menyasarkan untuk menutup pusat pelacuran di bandar raya ini yang lebih dikenali sebagai Dolly, sebelum Ramadan tahun ini.

Bercakap kepada wartawan di satu majlis taklimat di ibu pejabat polis di sini, Rismaharini berkata, pihaknya kini melakukan penyusunan semula dari semua aspek, termasuk membimbing pelacur meninggalkan kegiatan maksiat itu.

Rismaharini juga berkata, pihak berkuasa tempatan mengharapkan bantuan polis, tentera dan ulama dalam usaha mengakhiri kegiatan pelacuran di wilayah berkenaan dalam usaha untuk membuktikan penutupan kegiatan itu bukan main-main atau dilakukan sambil lewa.

Taklimat berkenaan turut dihadiri wakil penduduk sekitar kawasan maksiat, tokoh agama, ketua kampung, polis dan juga tentera.

Rismaharini, datuk bandar wanita pertama Surabaya mengakui masih berdepan dengan halangan untuk menutup Dolly, khususnya mereka yang bukan di kalangan penduduk kawasan itu.

“Mereka sengaja menangguhkan usaha kami sedangkan penduduk asal Dolly mahukan pusat maksiat ditutup,” katanya ketika ditemui.

Usaha menutup Dolly dilakukan dengan pelbagai cara, termasuk membeli rumah milik penduduk yang sebelum ini dijadikan rumah pelacuran.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/02

Nyaris tak mati kerana main telefon


Shanghai: Kerana asyik bermain dengan telefon bimbitnya sambil bermundar-mandir di platform, seorang penumpang wanita berusia 50 tahun yang menanti kereta api di sebuah stesen di sini terjatuh ke landasan.

Mujur ketika kejadian tidak ada kereta api yang melintas dan wanita itu ditarik naik ke platform tanpa sebarang kecederaan.
Rakaman video menunjukkan penumpang itu tidak duduk diam sambil membelek telefonnya, tanpa melihat keadaan sekeliling sebelum dia terjatuh ke landasan.

Rakaman itu juga menunjukkan, walaupun selepas jatuh, dia tidak menunjukkan sebarang reaksi, malah masih asyik melihat telefonnya. - Agensi



Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/02

Mati lima setengah jam


Kejadian berlaku di sebuah rumah mayat di Lexington, di sini, kelmarin. 
Menurut laporan, pekerja rumah mayat itu bersiap sedia untuk mengawet Walter Williams apabila dia mula bergerak. 

Terdahulu, doktor memeriksanya dan mengesahkan dia mati pada jam 9 malam. Bagaimanapun, pada jam 2.30 pagi, pekerja rumah mayat menelefon anak saudaranya untuk memberitahu dia masih hidup.
Foto
WILLIAMS terjaga sejurus sebelum diawet.

“Saya melihat sendiri pekerja hospital memasukkan bapa saudara saya ke dalam beg mayat untuk dihantar ke rumah mayat.

“Tidak lama selepas itu saya mendapat telefon dari rumah mayat mengatakan bapa saudara saya masih hidup,” kata Eddie Haster. 

Apabila ditanya mengenai kejadian itu, seorang doktor berkata, kejadian mungkin berpunca daripada perentak jantung terhenti sebelum berfungsi semula. -AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/02

Sindiket tipu pelajar


2014/03/02
Sindiket tipu pelajar
Sindiket tipu pelajar
Antara mangsa yang hadir pada sesi temuduga ketika tinjauan BH mengenai sindiket penipuan pelajar menunggu keputusan SPM di Jalan Hutton, Pulau Pinang, semalam.
Caj RM500 untuk hadiri temuduga dan dijanjikan tempat ke universiti

Kuala Lumpur: Dua sindiket dikesan menipu pelajar menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengaut keuntungan dengan mengenakan bayaran sehingga RM500 bagi menghadiri temuduga kemasukan ke universiti awam dan swasta.

Sindiket itu turut menggunakan logo Kementerian Pendidikan, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan pelbagai agensi lain dalam surat panggilan temuduga yang diedar kepada pelajar di seluruh negara.

Mereka turut menggunakan nama Jabatan Pengurusan Siswazah, Jabatan Pengurusan Biasiswa dan Unit Pengambilan Khas Pelajar Kementerian Pendidikan. Namun, siasatan BH mendapati jabatan dan unit itu tidak wujud di Kementerian Pendidikan.

Penunjuk perasaan undur


2014/03/02 - 02:13:52 AM Cetak Emel Kawan


Foto
Seorang peniaga menjual pelbagai barangan di sebuah lokasi tunjuk perasaan di Bangkok.

Foto
Penunjuk perasaan membersihkan dinding yang diconteng di pagar Ibu Pejabat Polis Thailand di Bangkok.
Serangan rambang, letupan bom di Bangkok punca bantahan dihentikan

Bangkok: Penunjuk perasaan anti kerajaan yang mahu menggulingkan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra berkata mereka akan mengakhiri bantahan yang bertujuan melumpuhkan Bangkok bermula esok berikutan tembakan rambang dan serangan bom yang semakin kerap berlaku.

Ketegangan mula reda di ibu kota Thailand semalam selepas penunjuk perasaan tidak meneruskan cubaan menutup bandar raya itu tetapi langkah itu dilihat sebagai penangguhan sementara bagi Perdana Menteri negara itu.


Pengunduran mengejutkan oleh penunjuk perasaan terbabit meningkatkan harapan pengurangan keganasan jalanan yang sudah meragut 23 nyawa dan mencederakan ratusan lagi sejak beberapa minggu lalu.


Dakwaan cuai

Pergerakan antikerajaan berikrar untuk meluaskan kempen mereka, manakala pakar berkata kedudukan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra masih tidak menentu.

Panel antirasuah mengenakan dakwaan cuai terhadap Yingluck yang boleh membawa kepada penyingkiran beliau daripada jawatan dan larangan terbabit dalam politik selama lima tahun.
“Penunjuk perasaan sendiri tidak boleh menyingkirkan Yingluck. Cuma mahkamah atau rampasan tentera boleh menggulingkan beliau. Bagaimanapun campur tangan perundangan boleh menjatuhkan kerajaan Yingluck dan ia kemungkinan berlaku Mac ini,” kata pengarah penyelidikan Institut Hal Ehwal Asia Tenggara di Universiti Chiang Mai, Paul Chambers.

Beliau menambah rampasan kuasa juga satu lagi kemungkinan. - AFP

Dubai haram 'terapi puntianak'


Dubai haram 'terapi puntianak'
Aktres Kim Kardashian dikatakan amat meminati
rawatan wajah puntianak.
2014/03/02

Dubai: Pihak berkuasa Dubai mengharamkan rawatan kecantikan yang menggunakan sel darah pelanggan untuk mengekalkan keremajaan wajah.

Prosedur platelet kaya plasma (PRP) itu dikenali sebagai rawatan wajah puntianak dan popular di kalangan pelanggan di banyak spa dan klinik di bandar raya itu.


Pembantu Pengarah Jabatan Kesihatan di Pihak Berkuasa Kesihatan Dubai (DHA), Dr Laila Mohammad Al Marzouqi mengesahkan PRP diharamkan.

“Ia satu bentuk prosedur baru dan perlu dikawal selia seperti prosedur kosmetik atau terapeutik lain untuk memastikan keselamatan pesakit, yang menjadi keutamaan kami,” katanya.

Pengurus operasi Klinik Dermalase di Dubai, Natasha Bennett, berkata beliau berhenti menawarkan rawatan berkenaan di kliniknya berikutan arahan itu.

Suntik ke wajah Namun sebahagian klinik di Bandar Raya Penjagaan Kesihatan Dubai terus menawarkan rawatan berkenaan, dengan berkata mereka tidak tertakluk dengan garis panduan DHA.

Rawatan PRP adalah prosedur selama sejam yang memerlukan pakar terapi mengambil darah daripada kulit pesakit dalam dua hingga empat tiub. Ia kemudian diletakkan dalam mesin emparan yang memisahkan sel darah merah daripada plasma dalam darah.
Plasma dikumpulkan dalam 12 hingga 14 jarum suntikan dan disuntik ke wajah pesakit. Harga purata bagi satu sesi PRP antara Dh4,000 dan Dh5,000 (RM3,575 dan RM4,469).

Selebriti Kim Kardashian adalah antara yang menjalani prosedur itu, walaupun keberkesanan dan keselamatannya belum dikaji dalam ujian klinikal terkawal. - AGENSI

‘Raja Dangdut’ boleh kena hukum penjara

‘Raja Dangdut’ boleh kena hukum penjaraJakarta: “Profesor Dangdut” Rhoma Irama mungkin terpaksa berpuas hati dengan gelaran “Raja Dangdut” selepas Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia Muhammad Nuh, berkata calon presiden itu boleh dikenakan hukuman jika terbukti anugerah ‘Profesor Dangdut’ diterimanya adalah palsu. 

Rhoma dicalonkan Parti Kebangkitan Bangsa(PKB) sebagai calon presiden. Pengerusi Parti itu, Muhaimin Iskandar berkata parti itu akan mempromosikan Rhoma sebagai satu-satunya calon.
Tidak belajar di kolej


Kontroversi bermula selepas kain rentang yang ditemui di Jalan Tanjung Barat Raya, Jakarta Selatan, tertera “Presiden kami Prof Rhoma Irama.”

Rhoma tidak belajar di kolej tetapi mendakwa dianugerahkan ijazah doktor kehormat untuk muzik dangdut oleh sebuah universiti di Amerika pada tahun 2005. Beberapa lawan mengejek calon PKB ini di media sosial menyatakan ia perbuatan tidak jujur paling teruk untuk menggunakan gelaran ijazah kehormat bagi menjadikan kempen seseorang itu lebih hebat.

Siasatan menunjukkan calon presiden PKB itu menerima ijazah kedoktorannya dari institusi yang sudah diharamkan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat. American University of Hawaii diarah tutup oleh mahkamah Hawaii pada 2005 dan pengasasnya, Hassan H. Safavi, juga dikenali sebagai Henry, warga Britain keturunan Iran diarahkan berhenti mengambil pelajar dan membayar denda AS$500,000 (RM1.6 juta). - AGENSI

Strok haba boleh membunuh


CUACA panas melampau bulan lepas mengakibatkan hutan tanah gambur di Penor, Pekan di Pahang mudah terbakar.


KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia yang kini berjumlah 30 juta orang pada minggu ini perlu berwaspada terhadap tanda-tanda awal 'heat stroke' atau 'strok haba' berikutan cuaca panas dan kering ketika ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah Celsius.
Suhu normal badan manusia kira-kira 37 darjah Celsius.
"Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas.
"Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam," katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0302&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2umkjFHTx 
Hakcipta terpelihara 

Ukraine minta Rusia undurkan askar


SEORANG lelaki yang merupakan anggota polis tempatan yang diharamkan Ukraine mengacukan senjata api di sebuah pusat pemeriksaan dekat bandar Armyansk, Crimea kelmarin.


SIMFEROPOL, Ukraine - Ketegangan politik yang melibatkan Rusia dengan Ukraine semakin meningkat semalam.
Ketegangan itu meningkat selepas Perdana Menteri Crimea dalam wilayah Ukraine, Sergei Aksyonov meminta Presiden Rusia, Vladimir Putin campur tangan dalam konflik di negaranya.
Crimea merupakan wilayah Ukraine yang diberikan pemerintahan berautonomi.
Bagaimanapun, Perdana Menteri Ukraine, Arsenly Yatsenyuk mendesak askar-askar Rusia berundur dari wilayah tersebut.
Konflik di Ukraine bermula selepas anggota-anggota Parlimen memilih Oleksandr Turchynov sebagai Presiden sementara bagi menggantikan Viktor Yanukovych yang melarikan diri dari Kiev pada bulan lalu.
Yanukovych melarikan diri selepas menandatangani satu perjanjian damai tajaan Barat bagi meredakan situasi politik selepas hampir 100 orang mati akibat pertempuran antara polis dengan penunjuk perasaan.
Para penunjuk perasaan itu menuntut Yanukovych meletakkan jawatan selepas beliau enggan menandatangani satu perjanjian perdagangan dengan Kesatuan Eropah.
Jika perjanjian itu ditandatangani, barangan Ukraine akan menembusi pasaran di Eropah. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0302&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2umkYrumX 
Hakcipta terpelihara 

Bayi melecur kulit selepas dirawat di klinik


ALOR SETAR - Seorang bapa melahirkan rasa kesal terhadap kecuaian sebuah klinik swasta di sini yang didakwa tersalah memberi ubat sehingga menyebabkan seluruh tubuh anak sulungnya melecur teruk selepas menjalani rawatan pada 16 Februari lalu.
Penyelia stesen minyak, Khairul Nizam Lebai Jusoh, 41, mendakwa telah membawa anaknya yang berusia lapan bulan, Muhammad Nasrullah ke klinik berkenaan untuk mendapatkan rawatan penyakit ruam yang dialami di bahagian paha dan perut.
Beliau mendakwa, selepas selesai menjalani pemeriksaan, doktor terbabit memberitahu, anaknya menghidap ruam biasa sebelum memberikan empat jenis ubat iaitu dua ubat sapu dan dua lagi untuk dimakan.
"Saya ikut segala arahan yang diberikan doktor berkenaan. Pada hari pertama, keadaannya biasa sahaja namun pada hari kedua seluruh kulit anak saya berubah kemerah-merahan seperti terbakar.
"Lebih membingungkan, keadaan itu juga menyebabkan seluruh tubuhnya menjadi bengkak dan melecur menyebabkan dia hanya menangis setiap hari kecuali pada waktu tidur," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Jalan Stadium di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0302&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2umkSTpZJ 
Hakcipta terpelihara 

Peniaga dirompak RM100,000


KOTA BHARU - Seorang peniaga barangan makanan kering kerugian lebih RM100,000 apabila rumahnya di Jalan Desa Rahmat, Off Jalan Guchil di sini dimasuki perompak pagi kelmarin.
Perniaga terbabit, Mek Senik Jusoh, 69, berkata, sebelum kejadian, dia keluar dari rumah kira-kira pukul 9 pagi untuk mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus di Dataran Ilmu dan terus ke Pasar Siti Khadijah untuk memulakan perniagaan pada pukul 11 pagi.
"Suami saya kemudian pulang ke rumah namun setengah jam selepas itu dia menghubungi dan memberitahu supaya pulang ke rumah dan akan menjemput saya.
"Sebaik sampai, saya melihat rumah bersepah dan kesan selongkar di ketiga-tiga bilik dalam rumah," katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.
Menurutnya, dia hampir pengsan apabila mendapati wang tunai dan barangan kemas yang disembunyikan di dalam biliknya telah hilang.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0302&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2umkLCfY5 
Hakcipta terpelihara 

Empat keluarga sedang tidur selamat



DUA anggota bomba melihat sebuah rumah yang rosak dalam kejadian tanah jerlus di Kampung Pengkalan Gate Tambahan Dua, Pengkalan, Ipoh, Perak semalam.


IPOH – Sebanyak 18 orang daripada empat keluarga yang sedang tidur terselamat dalam kejadian tanah jerlus di Kampung Pengkalan Gate Tambahan Dua, Pengkalan di sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, sebanyak lima lubang dengan keluasan kira-kira satu hingga dua meter dan kedalaman 1.5 meter hingga lima meter telah terbentuk di kawasan kampung itu.
Ekoran kejadian itu, sebuah rumah papan yang tidak berpenghuni mengalami kerosakan teruk apabila sebahagian lantai dan dinding rumah tersebut roboh.
Dua buah rumah lain yang terletak bersebelahan rumah itu juga mengalami keretakan pada lantai dan dinding.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0302&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2umk5syHK 
Hakcipta terpelihara