Search This Blog

Friday, February 28, 2014

Nahas bas lawatan pelajar: 15 maut, 40 cedera

Nahas bas lawatan pelajar: 15 maut, 40 cedera
Keadaan bas dua tingkat itu berlanggar dengan belakang trak ketika kedua-duanya menuruni bukit di lebuhraya nombor 34 (Nakhon Ratchasima-Nadee Road). - Foto ihsan Bangkok Post
WARTAWAN SINAR HARIAN
28 Februari 2014
 PRACHIN BURI - THAILAND. Seramai 15 pelajar perempuan dan gurunya terbunuh sementara 40 lagi cedera apabila bas yang dinaiki mereka untuk lawatan ke Jomtien Beach merempuh trak 18 tayar di Prachin Buri, awal pagi tadi lapor Bangkok Post.

Menurut pihak berkuasa, bas dua tingkat itu berlanggar dengan belakang trak ketika kedua-duanya menuruni bukit di lebuhraya nombor 34 (Nakhon Ratchasima-Nadee Road) kira-kira jam 4.30 pagi waktu tempatan.

Selepas melanggar trak, bas tersebut berubah arah dan melanggar pokok.

Ramai penumpang yang telah meninggal ketika dikeluarkan daripada bas tersebut.

11 mangsa mati ditempat kejadian dan empat lagi mati di hospital.

Pegawai di Balai Polis Wang Khon Daeng, Pol Lt Kittikarn Klomree berkata, kejadian itu mungkin berlaku disebabkan kegagalan sistem brek.

Bagaimanapun, pemandu bas itu, Sompong Saebae, 30 selamat dari nahas itu.

Sompong hanya memiliki lesen memandu biasa bukannya lesen memandu kenderaan awam.

Nelayan kita dibebas


Manjung: Sebuah bot nelayan tempatan dikendalikan dua awak-awak berpangkalan di Pantai Remis, di sini, ditahan pihak berkuasa Indonesia sebelum ditunda ke perairan negara itu, Selasa lalu.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Lumut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kapten Abdul Razak Johan berkata, bot nelayan itu ditahan ketika menangkap ikan di kedudukan 45 batu nautika barat Pulau Pangkor, di sini, pada jam 8.15 malam. Menurutnya, kawasan itu didakwa adalah perairan bertindih antara Malaysia dan Indonesia.


“Beberapa nelayan dalam dua bot lain yang berada berhampiran tempat kejadian bagaimanapun sempat melarikan diri sebelum menghubungi Bilik Operasi APMM Daerah Maritim 3 Lumut, untuk meminta bantuan.



“Susulan laporan berkenaan, APMM melancarkan operasi mencari bot berkenaan dengan mengarahkan kapal maritim Malawali yang berada di perairan Pulau Jarak selain bot APMM dari Pengkalan Maritim Kuala Kurau mencari bot nelayan yang ditahan itu,” katanya.


Menurutnya, usaha berkenaan dibantu kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), bagaimanapun gagal berikutan bot nelayan itu sudah ditunda ke perairan negara jiran.


Abdul Razak berkata, APMM menghubungi Pusat Operasi APMM (POMAR) di Putrajaya bagi menyelesaikan masalah itu.

“POMAR menghubungi Badan Koordinasi Keamanan Laut Indonesia (BAKORKAMLA) untuk membantu membebaskan awak-awak dan bot nelayan Malaysia itu.


“Bot nelayan itu dibebaskan bersama dua awak-awaknya pada jam 2.20 petang, Rabu lalu. Dua nelayan dan bot itu dalam keadaan baik dan selamat tiba di Pangkalan Perikanan Pantai Remis pada jam 6 pagi, Khamis lalu sambil diiringi kapal maritim Malawali,” katanya.

Katanya, Malaysia dan Indonesia sebelum ini mencapai persefahaman iaitu pihak berkuasa dari kedua-dua negara tidak menahan nelayan di kawasan perairan bertindih.


“Sepanjang 2011, sembilan kes seperti itu direkodkan berlaku, enam kes pada 2012 dan tujuh kes tahun lalu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/28

Amuk anak derhaka


Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Kasih seorang ayah kepada anaknya dengan memberikan pinjaman wang RM180,000 dibalas si anak derhaka dengan ugutan mahu mencencang ayahnya sehingga mati.

Kejadian berlaku di rumah lelaki berusia 80 tahun itu di Pudu, di sini, jam 3.30 petang Isnin lalu.


Sumber polis berkata, mangsa sebelum ini meminjamkan wang RM180,000 kepada anak lelaki kesayangannya yang berusia 30-an itu bagi membantu menguruskan perniagaan.

“Si ayah sanggup mengeluarkan wang simpanannya bagi membantu anaknya yang kesempitan wang kerana perniagaannya bermasalah, namun anaknya gagal membayar semula pinjaman itu apabila tiba masa dijanjikan,” katanya.


Menurutnya, warga emas itu sebelum ini sudah beberapa kali ingin bertemu dengan anaknya, namun gagal apabila suspek sering mengelak untuk berjumpa.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/28

Buruh diculik empat lelaki


Kota Bharu: Seorang buruh Myanmar berusia 30-an dipercayai diculik empat lelaki yang meminta wang tebusan RM100,000 daripada seorang rakannya dalam kejadian pagi Selasa lalu.

Sebelum kejadian, mangsa yang tinggal di rumah kongsi di Kuala Lipis, Pahang dikatakan ke bandar ini untuk bekerja pada jam 9 pagi. Timbalan Ketua Polis Daerah Superintendan Idris Abd Rafar yang mengesahkan kejadian berkata, mangsa sebelum itu memaklumkan kepada rakannya berusia 35 tahun yang tinggal di rumah kongsi terbabit dia mahu ke Kota Bharu menaiki bas.


Katanya, mangsa yang tiba di stesen bas itu dikatakan ditarik masuk empat lelaki ke dalam sebuah kenderaan.



“Mangsa menghubungi rakannya memberitahu dia ke Kota Bharu untuk bekerja. Selepas bercakap dengan mangsa, rakannya turut bercakap dengan seorang lelaki yang memberitahu dia menahan mangsa.


“Lelaki terbabit meminta wang RM100,000 itu dimasukkan ke akaun sebuah bank,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/28

Bunuh diri cinta ditolak


Bayan Lepas: Kecewa cintanya ditolak, seorang lelaki membunuh diri dengan menggantung diri di pokok berhampiran kilang tempat kerjanya di Zon Perindustrian Bebas (FIZ), di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa berusia 20-an berasal dari Nepal ditemui dalam keadaan tergantung di pokok oleh seorang pengawal keselamatan sebelum dia memaklumkan kejadian terbabit kepada polis.


Menurut sumber, sebelum itu mangsa yang baru selesai bekerja di kilang berhampiran bertemu dengan teman wanitanya sebelum mereka dikatakan bertengkar.



“Hasil siasatan mendapati mangsa cuba berbincang mengenai hubungannya bersama teman wanitanya, namun cintanya ditolak wanita terbabit membuatkan dia kecewa.


“Mangsa kemudian menggantung diri di atas pokok dengan kain hitam sebelum mayatnya ditemui seorang pengawal keselamatan,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah Hin berkata, siasatan mendapati tiada unsur jenayah dalam kematian pekerja kilang itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/28

Tersepit rempuh treler



Alor Gajah: Seorang lelaki nyaris maut selepas PROTON Iswara dipandunya merempuh belakang treler membawa muatan tikar getah di Kilometer 193.5, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi, lelaki lingkungan 30-an itu cedera di kepala dan badan serta tersepit di dalam kenderaan yang remuk sebelum berjaya dikeluarkan pengguna jalan raya.


Pemandu treler membawa muatan tikar getah Shahrom Aziz, 35, berkata, kenderaan berat dipandunya tiba-tiba bergegar dipercayai akibat dirempuh kenderaan lain dari belakang.



“Saya dalam perjalanan ke Taman Daya, Johor Bahru, untuk menghantar tempahan tikar getah dan memandu perlahan di lorong kiri kerana kenderaan sarat dengan muatan sebelum treler tiba-tiba bergegar.


“Tersentak dengan itu, saya terus memberhentikan treler di lorong kiri, namun tidak berani keluar kerana keadaan lebuh raya yang gelap lalu menghubungi seorang rakan memaklumkan kejadian,” katanya, di sini, semalam.


Menurutnya, beberapa pengguna lebuh raya berhenti untuk membantu dan pada masa sama memaklumkan ada kenderaan terbabit dalam kemalangan.

Shahrom berkata, dia kemudian memberanikan diri turun dari treler dan melihat beberapa pengguna jalan raya membantu mengeluarkan pemandu kereta yang cedera dari dalam kereta dan membaringkannya di tepi jalan.


“Tidak lama kemudian sebuah jentera bomba tiba di tempat kejadian memberikan bantuan kecemasan sebelum anggota paramedik membawa mangsa ke hospital bagi mendapatkan rawatan,” katanya.

Jurucakap bomba berkata, sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu menyelamat mangsa sebaik menerima panggilan jam 3.30 pagi.


“Setibanya di tempat kejadian, pemandu kereta itu sudah dikeluarkan orang ramai sebelum dihantar pasukan paramedik ke hospital,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Mohammad Laham mengesahkan kemalangan dan berkata, mangsa yang cedera dirujuk ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/28

Tak sedar 3 jam kepala dihentak


Machang: Seorang wanita tidak sedarkan diri hampir tiga jam selepas kepalanya dihentak dipercayai menggunakan objek tumpul oleh peragut sebelum melarikan wang Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) selepas beg tangannya diragut dalam kejadian di Jalan Kampung Raja, Panyit, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa, Kasmawati Wahid, 46, dari Kampung Tok Bilal, Kemunchup, cedera di kepala, tangan serta bahu kiri selepas dihentak dan ditarik penyamun terbabit.


Akibat hentakan itu, mangsa yang juga penoreh getah terus terjatuh dari motosikal ditungganginya itu dan tidak sedarkan diri di atas jalan sebelum dihantar ke Hospital Machang (HM).



Kasmawati berkata, sebelum kejadian dia dalam perjalanan ke bank di bandar Machang untuk memasukkan wang AIM RM1,600 yang baru dikutip daripada peserta.


Katanya, dia tidak sedar diekori dua motosikal dinaiki empat lelaki yang kemudiannya menghimpit di kiri dan kanannya.


“Ketika itu, peragut terbabit menghentak kepala saya dengan satu objek tumpul sebelum jatuh tidak sedarkan diri. Saya hanya sedar tiga jam kemudian dan mendapati diri di hospital.

“Namun, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana terselamat daripada kejadian itu,” katanya.


Selain wang terbabit, beberapa dokumen penting turut dilarikan penjenayah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Che Malek Bedot ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/28

Tertipu perwatakan baik ejen hartanah, wang RM5,400 ‘lebur’


Kuala Lumpur: Perwatakan baik seorang ejen hartanah membantu pelanggan termasuk kononnya boleh membayar wang pendahuluan pembelian rumah berjaya memperdayakan seorang lelaki sehingga kerugian RM5,400.

Selain itu, ejen hartanah terbabit juga ada menawarkan untuk menaikkan harga pasaran rumah yang dibeli bertujuan meninggikan jumlah pinjaman hingga meyakinkan mangsa lelaki itu mahu membantunya.


Mangsa Steven Ngeow, 29, berkata, dia mengenali ejen hartanah itu pada September tahun lalu melalui satu laman web jual beli popular di negara ini sebelum dibawa melawat ke beberapa rumah yang ingin dijual.



Katanya, selepas berpuas hati dengan sebuah kondominium di Hulu Langat, dia bersetuju membeli dan diarahkan supaya membayar wang pendahuluan sebanyak dua peratus.


“Saya membayar wang pendahuluan sebelum saya diarah menandatangani satu dokumen. Lelaki itu juga ada menunjukkan kepada saya slip penyata deposit wang kepada saya. “Ejen itu memberitahu dia akan menguruskan pinjaman bank dan prosedur perundangan. Namun selepas menyerahkan wang, lelaki itu terus berubah wajah dan gagal dihubungi,” katanya yang membuat aduan di Biro Pengaduan Awam MCA.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/28

‘Adik tinggal saya’



Bahau: “Tiga hari lalu saya bermimpi adik (mangsa) meninggal dunia.

“Saya tidak sangka ia menjadi kenyataan, malah lebih menyedihkan dia pergi bersama keluarganya akibat kemalangan jalan raya,” kata Mohd Zaki Abu Bakar, 36, abang kepada Mohd Fauzan Abu Bakar, 32, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 18 Jalan Bahau-Keratong berhampiran Ladang Geddes, dekat sini, pagi semalam.


Tragedi itu turut meragut nyawa isteri Fauzan, Nur Hidayah Ngah, 28, dan dua anaknya Nur Ain Shahiera, 6, serta Nur Aina Shahmiera, 10 bulan.



Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, sebuah kereta PROTON Waja dari arah Bahau ke Muadzam Shah, Pahang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh kereta PROTON Saga dinaiki empat beranak itu.


Akibatnya, empat sekeluarga dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Baru Sri Rusa, Port Dickson, tersepit di tempat duduk masing-masing meninggal dunia di lokasi kejadian.


Katanya, adik lelakinya yang juga seorang anggota Askar Wataniah yang bertugas di Skuadron 2 Armor Diraja di Port Dickson, itu pulang ke kampung di Setiu, Terengganu untuk menziarahi keluarganya, Selasa lalu.

Zaki berkata, keluarga terbabit bagaimanapun, singgah di rumahnya di Kuantan, Pahang, pagi kelmarin kerana kereta dipandu adiknya rosak. “Sebaik Fauzan tiba di rumah saya, dia hanya menghantar isteri dan dua anaknya itu untuk berehat, manakala Fauzan terus ke sebuah bengkel membaiki keretanya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/28

Mimpi suami mati


Kuala Terengganu: “Adik ipar pernah menyatakan mimpi kematian suaminya kepada saya dan tidak sangka mimpi itu jadi kenyataan,” kata Nor Aslina Nor Rahman, 33, kakak ipar kepada Nurhidayah Ngah, 29, yang maut bersama suami dan dua anaknya dalam kemalangan di Kilometer 18, Jalan Bahau-Keratong berhampiran Ladang Geddes, Bahau, Negeri Sembilan, semalam.
Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, Nurhidayah bersama suami, Mohd Fauzan Abu Bakar, 33, serta dua anak mereka, Nur Ain Shahiera, 6, dan Nur Aina Shamiera yang berusia 10 bulan menaiki kereta PROTON Saga dalam perjalanan ke Kuantan sebelum bertembung dengan kereta PROTON Waja dipandu seorang lelaki berusia 45 tahun. 
Semua empat beranak yang menaiki kereta PROTON Saga itu meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta PROTON Waja yang cedera di beberapa bahagian badan dirawat di hospital berhampiran. 

Nor Aslina berkata, dia mengetahui kejadian itu sebaik dimaklumkan ahli keluarga di Dungun yang memintanya bertenang sebelum memberitahu kejadian menimpa Nurhidayah serta keluarganya.
Foto
KERETA dinaiki empat beranak yang kemalangan.

Menurutnya, dia tidak dapat menahan sebak selepas mendengar berita berkenaan kerana arwah adik ipar akrab dengannya.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/28

Disiram air panas


Chukai: “Mujurlah air panas yang tumpah tidak terkena muka anak saya, Allah masih selamatkan dia,” kata Siti Fauziah Amir, 34, ibu kepada Siti Noraina Ahmad Nesfu, 3, yang melecur di belakang badan selepas jag elektrik berisi air panas terjatuh di atas badannya.
Akibat kejadian itu, badan kanak-kanak itu melecur 10 peratus dan terpaksa menjalani pembedahan menampal kulit paha pada bahagian belakang badan yang melecur teruk. 
Siti Fauziah dari Kampung Gong Pauh, di sini, berkata, air panas itu tumpah di atas badan anak bongsunya pada Sabtu lalu, ketika dia bersama tiga anaknya berada di sebuah rumah tumpangan di Kuala Terengganu kerana menemani suami yang terbabit dalam pertandingan silat di Stadium Tertutup Gong Badak, dekat sini. 

“Dalam kejadian jam 10 pagi itu, Siti Fauziah tiba-tiba menangis ketika bermain di rumah tumpangan selepas terlanggar jag di atas meja menyebabkan air panas tertumpah ke atasnya.
Foto
BAHAGIAN belakang bahu kiri Siti Noraini yang melecur.

“Terkejut dengan insiden itu, saya terus menghubungi suami yang berada di stadium sebelum menghantar anak mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan ditahan dalam wad kerana kecederaan yang dialaminya agak teruk,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/28

Tertusuk paku karat


Kuala Terengganu: Seorang pelajar tingkatan lima menahan kesakitan lebih sejam selepas tangan kanannya tercucuk paku berkarat di belakang rumahnya di Kampung Laut, di sini, kelmarin.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Razali, Muhammad Nur Fitri Rosli, 17, berkata dalam kejadian jam 4.30 petang itu dia pergi ke belakang rumahnya untuk membersihkan timbunan kayu reput bagi mengelakkan kehadiran haiwan berbisa.


Menurutnya, ketika melakukan kerja itu dia melontar beberapa kayu reput untuk diasingkan dengan kayu yang masih elok dan tidak tersedar tangan kanannya terpegang paku berkarat.



“Sebaik kayu reput dilontar, paku berkarat itu terus tertusuk pada tapak tangan serta tidak menyedarinya sehingga terasa sakit pada tapak tangan dan terkejut melihat paku tertusuk di situ.


“Saya menjadi bimbang jika paku itu ditarik secara paksa ia memburukkan keadaan tambahan pula paku itu bengkok serta berkarat,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/28

Kemalangan babit 3 kenderaan


Seremban: Dua kakitangan Pos Malaysia Berhad yang membawa surat dan bungkusan ke Johor Bahru terbunuh selepas lori kontena Pos Laju yang dibawa dirempuh sebuah treler dari arah bertentangan di Kilometer (KM) 251.9 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.10 pagi itu, pemandu lori Mohd Sharimi Mohd Saad, 30, rentung dan kelindan Hasmadi Safar, 37, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dalam kejadian itu.


Sumber polis berkata, kemalangan membabitkan tiga kenderaan berpunca apabila sebuah treler membawa muatan plastik dari Pedas/Linggi menghala ke Kuala Lumpur melanggar bahagian belakang sebuah lori bermuatan baja dari arah sama.



Katanya, akibat pelanggaran itu, treler terbabit hilang kawalan dan terbabas hampir lima meter dan masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh lori dinaiki kedua-dua mangsa.


“Difahamkan treler berkenaan merempuh bahagian hadapan lori Pos Laju dipandu mangsa menyebabkan kedua-keduanya mati di tempat kejadian.


“Berikutan itu, muatan sebuah motosikal yang berada dalam lori Pos Laju berkenaan dikatakan terbakar sebelum ia merebak ke seluruh bahagian lori,” katanya.

Menurutnya, mangsa dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk pulang semula ke Johor sebelum terbabit kemalangan.


“Dalam insiden itu, pemandu treler yang terbabit pelanggaran awal hanya mengalami cedera ringan namun pemandu dan kelindan lori muatan baja yang terbabas itu mengalami cedera parah,” katanya semua mangsa dan mayat dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini.

Sumber berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Zainal Abu ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/28

Empat nahas mati rentung


Klang: “Walaupun dalam keadaan sakit dan separuh sedar, saya berusaha keluar dari kereta melalui pintu pemandu dan cuba untuk membantu rakan sebaik melepaskan diri.

“Namun, belum sempat saya berbuat apa-apa, kereta yang kami naiki terus terbakar menyebabkan empat rakan yang masih tidak sedarkan diri terperangkap dan rentung bersama kenderaan,” kata seorang penumpang kereta yang terselamat selepas kenderaan dinaiki terbabit nahas yang mengorbankan empat rakannya, semalam.


Chai Chee Seng, 18, yang ditemui di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi di Batu 10, Jalan Kapar itu, dia terpaksa merangkak dan melintas atas badan rakannya, Ang Chin Fu, 18, yang pengsan di bahagian pemandu.



Sejurus keluar dari kenderaan, dia cuba menyelamatkan empat rakannya yang dilihat tidak sedarkan diri, namun belum sempat menghampiri semula kereta, ia terus terbakar.


Kejadian mengakibatkan semua mangsa yang terperangkap termasuk Ang, mati di tempat kejadian. Mereka yang terbunuh dikenali sebagai , Chong Chee Seng, 18, Chew Yee Ying, 18 dan Lee Boon Huat, 19.


Chai berkata, ketika kejadian, mereka baru pulang dari sebuah pusat hiburan di Bandar Baru Klang untuk pulang ke rumah masing-masing di Kapar.

“Dalam perjalanan, kami melanggar lampu isyarat merah menyebabkan Perodua Myvi dinaiki terbabas dan berhenti di tepi deretan kedai,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/28

Kaku dalam kereta berkecai


Kampar: “Semuanya seperti mimpi ngeri. Saya hanya mampu melihat tubuh anak gadis saya berlumuran darah dan ditarik keluar anggota bomba dari bangkai kereta yang berkecai,” kata Kuh Sum Keong, 54, yang terkejut dengan kematian anaknya, Koh Suet Mun, 20, bersama tiga rakan lain dalam kemalangan selepas kereta dinaiki merempuh sebuah lori di Kilometer 25.5, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhampiran Gua Tempurung, Gopeng, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 5 pagi, semalam, kereta model PERODUA Viva dinaiki empat penuntut Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KTAR) dalam perjalanan dari arah Ipoh menuju ke pekan Kampar sebelum bertembung dengan lori yang membawa muatan tar dari arah bertentangan. 
Nahas itu menyebabkan semua mangsa termasuk Wong Pei Pei, 20, Ling Yok Sue, 20, serta pemandu kereta, Thomas Loh Tet, 20, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di badan dan kepala. 

Sum Keong yang ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Kampar berkata, dia hanya dimaklumkan berhubung kemalangan itu oleh seorang rakan anaknya.
Foto
ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mayat yang tersepit.

Menurutnya, penuntut terbabit bagaimanapun tidak memberitahu sama ada anaknya mengalami kemalangan serius atau sebaliknya apabila diajukan soalan.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/28

Pemandu lori ada 28 kes


Kampar: Pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan mengakibatkan empat penuntut Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KTAR) maut di Kilometer 25.5, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhampiran Gua Tempurung, Gopeng, di sini, kini ditahan polis untuk membantu siasatan.

Pemandu lori berusia 42 tahun berasal dari Chenderiang, di sini, ditahan berikutan pemeriksaan awal mendapati dia mempunyai 28 kesalahan lalu lintas selain dikehendaki polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik atas kesalahan tidak mempamerkan cukai jalan.


Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon berkata, pemandu lori itu ditahan untuk siasatan kes kemalangan maut itu sebelum diserahkan kepada IPD Gerik untuk tindakan lanjut.



Menurutnya, dalam kemalangan jam 5 pagi, semalam, sebuah kereta model PERODUA Viva dipercayai dari arah Ipoh menghala ke Kampar bertembung dengan lori terbabit yang sarat membawa muatan tar.


“Siasatan awal mendapati kereta dinaiki penuntut KTAR itu dipercayai gagal memotong kenderaan di hadapan lalu bertembung dengan lori dari arah bertentangan.


“Impak rempuhan yang kuat menyebabkan kereta dinaiki mangsa terseret kira-kira 30 meter ke bahu jalan,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, semalam.

Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan pemandu kereta, Thomas Loh Tet, 20, bersama tiga rakan wanitanya, Koh Suet Mun, 20, Wong Pei Pei, 20, dan Ling Yok Sue, 20, maut di lokasi kejadian.


Kong Soon berkata, pemeriksaan lanjut mendapati pemandu kereta dan penumpang kenderaan tidak mabuk ketika kejadian.

“Kes kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu kenderaan dengan cara melulu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/28

Kebas air RM656,000

Oleh Nur Saliawati Salberi
Pelabuhan Klang: Ketika rakyat Selangor mengalami krisis air hingga arahan catuan keperluan asas itu dikeluarkan Isnin lalu, sebuah gudang di Jalan Pelabuhan Klang, di sini pula sanggup ‘merompak’ keperluan asas berkenaan apabila mereka melakukan penyambungan haram dari paip utama milik Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).
Lebih mengejutkan kejadian yang baru dibongkarkan semalam itu bukan baru berlaku sehari dua malah sudah berlanjutan sejak enam tahun lalu mengakibatkan syarikat utiliti berkenaan mengalami kerugian sebanyak RM656,000.

Perbuatan kilang menyimpan baja itu dikesan hasil risikan Unit Penguatkuasaan SYABAS sebelum satu serbuan dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa syarikat berkenaan kira-kira jam 12 tengah hari semalam.
Pengarah Eksekutif Projek Air Tanpa Hasil (NRW) SYABAS Yusof Badawi berkata, serbuan membabitkan 13 anggota bersama kakitangan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Menurutnya, pihaknya menerima maklumat mengenai penggunaan air meragukan di kawasan itu sebelum membuat risikan selama seminggu.

“Hasil siasatan itu, kami dapati pemilik gudang tidak membuat sebarang pendaftaran untuk penggunaan air dan kami juga mendapati gudang berkenaan tidak mempunyai meter air sejak mula beroperasi pada 2006 hingga sekarang.
Foto
DUA kontraktor membuat operasi memotong sambungan haram.
“Selain itu, pemeriksaan yang dibuat menjumpai saluran paip sepanjang 400 meter disambungkan secara haram dari paip utama bagi membekalkan air ke tangki utama gudang berkenaan,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, hasil pengesahan ujian klorin juga mendapati sampel bekalan air yang diambil di gudang itu positif klorin, sekali gus membuktikan air yang dicuri adalah dari sumber air terawat SYABAS.
Berikutan itu katanya, SYABAS membuat pemotongan segera terhadap sumber bekalan air tidak sah itu serta mengeluarkan Notis Pemberitahuan Kesalahan dan Tindakan Penguatkuasaan kepada pihak pengurusan gudang itu bagi menuntut ganti rugi.

Sementara itu, wakil SPAN yang ditemui memberitahu pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang mengikut Seksyen 123 (1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/28

Russia setuju lindungi Yanukovych


Moscow: Russia bersetuju memastikan keselamatan bekas Presiden Ukraine, Viktor Yanukovych, lapor agensi berita yang memetik sumber dalaman semalam.

Menurut sumber Interfax, Russia menerima rayuan daripada Yanukovych supaya keselamatannya dijamin.

“Saya mengesahkan permohonan Yanukovych itu diterima dan keselamatannya dijamin di dalam kawasan Persekutuan Russia,” katanya.

Terdahulu, Yanukovych berkata, dia masih menganggap dirinya sebagai ketua kerajaan Ukraine, tetapi meminta Russia memastikan keselamatan peribadinya.



“Saya masih menganggap saya adalah ketua sah Ukraine,” katanya dalam kenyataan kepada agensi berita Russia.

Ia adalah kenyataan pertama dikeluarkannya sejak 22 Februari lalu.

Yanukovych juga menganggap keputusan Parlimen Ukraine menyingkirkannya sebagai “tidak sah.” - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/28

Sembelih isteri, anak


Jeddah: Seorang lelaki warga Myanmar menyembelih isteri dan empat anak mereka di bandar ini dengan alasan sayangkan mereka.

Pembunuhan yang menggemparkan Arab Saudi itu berlaku waktu Subuh kelmarin.



Polis menemui semuamayat mangsa bergelimpangan di apartmen kecil mereka di Jeddah.

Lelaki berusia 42 tahun itu yang dikenali sebagai Abu Al-Kalam mengaku pada polis yang dia mengelar isterinya yang berusia 30 tahun dan empat anak perempuan mereka berusia antara sembilan bulan hingga enam tahun.


Selepas pembunuhan itu, dia menghubungi majikannya dan memberitahu lelaki terbabit mengenai jenayah dilakukannya sebelum menuju ke Masjidil Haram, Makkah untukmenunaikan solat.


“Dia duduk di Masjidil Haram selama beberapa jam sebelum menyerah diri kepada polis,” lapor akhbar Okaz.

- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/28

Mindanao bergelap


Manila: Jutaan penduduk di selatan Filipina terputus bekalan elektrik semalam tetapi puncanya masih tidak diketahui.

Bekalan elektrik terputus pada awal pagi menjejaskan kawasan berpopulasi tinggi di Mindanao.

“Menurut laporan, Mindanao mengalami gangguan pada jam 3.53 pagi.



Kami masih mencari punca dan sejauh mana bekalan terjejas,” kata Syarikat Grid Kebangsaan Filipina (NGCP) dalam satu kenyataan.

Menurutnya, sekurang-kurangnya 12 wilayah dan bandar utama Mindanao termasuk hab perniagaan utama terjejas, walaupun beberapa tempat kembali menerima bekalan elektrik beberapa jam kemudian.

Setiausaha Tenaga Filipina Jericho Petilla berkata, pekerja kini berusaha mencari punca gangguan dan dia yakin bekalan elektrik dapat dipulihkan sepenuhnya.

“Setakat ini tiada laporan kerosakan loji kuasa,” katanya.

- Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/28

Serangan seksual meningkat 60%


Washington: Laporan serangan seksual dalam pasukan tentera AS meningkat 60 peratus tahun lalu, namun pegawai semalam berkata, pertambahan itu menunjukkan mangsa semakin yakin kes mereka ditangani dengan lebih serius.

Orang ramai berang dengan peningkatan kes berprofil tinggi dalam pasukan itu sejak dua tahun lalu, mendorong pihak berkuasa melakukan inisiatif bagi mengatasinya.



Presiden AS, Barack Obama turut menyatakan kemarahannya terhadap masalah itu dan ahli politik menuntut tindakan drastik diambil.

Kira-kira 5,400 kes serangan seksual dilaporkan pada 2013, atau 15 kes sehari secara purata.

Jurucakap Pentagon Cathy Wilkinson berkata, data itu menunjukkan berlaku pertambahan sebanyak 60 peratus berbanding tempoh sama pada 2012.

Pentagon pula mengakui kes seumpama itu kurang dilaporkan dan langkah menanganinya diperkenalkan.


Pada masa sama, Senat diberitahu, mangsa mengadu mereka dikeji dan diturunkan pangkat jika melaporkan jenayah berkenaan.- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/28

Keluarga diperkosa kerana curi sayur


Lagos: Sekumpulan 10 lelaki membunuh seorang ibu dan memperkosa dua anak perempuannya kerana mencuri sayur-sayuran dari sebuah pasar di sini.

Rakaman video menunjukkan tiga mangsa terbabit dibogelkan dan diseksa di pasar berkenaan selepas mereka ditangkap mencuri.

Si ibu mati di tempat kejadian, manakala si bapa berjaya menyelamatkan dua anak perempuannya itu selepas membayar wang tebusan.



Enam daripada 10 lelaki berkenaan sudah ditahan dan polis masih memburu empat lagi suspek.

“Suspek dituduh membunuh, melakukan serangan, pemerasan dan konspirasi,” kata jurucakap polis.

Aktivis hak asasi manusia yang mengecam serangan itu berkata, keganasan bukan penyelesaian terbaik untuk mencegah jenayah.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/28

Letupan silinder gas ragut 9 nyawa


Doha: Sembilan orang maut dalam letupan ‘silinder gas’ di Doha semalam, lapor stesen berita kerajaan dengan diiringi laporan mengenai kerosakan serius dialami.

Letupan itu memusnahkan sebuah restoran yang bersambung dengan sebuah pusat beli-belah.

Namun, Qatar Television melaporkan, belum diketahui sma ada kejadian itu dirancang terlebih awal atau sekadar kemalangan.



Laporan video menunjukkan anggota paramedik membawa mayat yang ditutup keluar melalui runtuhan kira-kira 50 meter dari bangunan berkenaan.

Bumbungnya juga dilihat berlubang besar.


Gambar yang dipos melalui Twitter pula menunjukkan sejumlah kereta rosak Saksi berkata, polis sudah mengepung kawasan berkenaan.


- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/28

15 wilayah diisytihar kemarau


Bangkok: Ketua pengarah Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana, Chatchai Promlert semalam mengumumkan 2,667 perkampungan di 59 daerah yang terletak di 15 wilayah diisytiharkan zon kemarau yang memerlukan bantuan segera.

Semua 15 wilayah terbabit adalah Uttaradit, Sukhothai, Phrae dan Tak di utara; Buri Ram, Maha Sarakham, Khon Kaen dan Si Sa Ket di timur laut Thai; wilayah tengah Sing Buri, Saraburi dan Chai Nat; Chachoengsao, Chanthaburi dan Prachin Buri di timur; serta Trang di Selatan.

Chatchai berkata, jabatannya menyediakan pegawai dan peralatan termasuk trak serta pam air untuk menghantar bantuan ke kawasan terbabit.

Menurutnya, kawasan tadahan air utama Thai kini menyimpan keseluruhannya 44,950 juta meter padu air, iaitu 64% daripada kapasiti penuhnya.



Menurutnya, petani perlu menggunakan air secara berhemah.

Sehubungan itu, dia menggesa petani menangguhkan penanaman padi dan beralih kepada tanaman singkat masa yang tidak memerlukan air yang banyak.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/28

Derma baju bersama ganja


Pennsylvania: Sifat murah hati untuk menderma atas nama kebajikan mungkin berakhir dengan buruk bagi seorang penderma di sini.

Polis Sugarcreek Borough berkata, mereka menerima panggilan daripada pekerja badan kebajikan yang menemui satu bungkusan besar berisi ganja dalam timbunan baju yang didermakan.


Ketua polis, Matt Carlson memberitahu, dia mengesyaki pemilik dadah berkenaan sudah menyedari kehilangan ‘barang’ miliknya itu kerana bungkusan berkenaan mengandungi sejumlah besar ganja.

Polis bekerjasama dengan pekerja kedai berkenaan untuk mengenal pasti penderma dan waktu baju itu didermakan.


Menurut kenyataan polis, dadah itu dijumpai awal minggu ini.


Matt berkata ini bukan pertama kali anggotanya menyiasat kes seperti ini.

“Kami pernah menemui pistol, wang tunai, cincin dan kini ganja dalam pakaian yang didermakan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/28

Mayat mangsa taufan Haiyan masih ditemui


Manila: Mayat mangsa taufan besar Haiyan masih terperangkap di bawah timbunan sisa bangunan hampir empat bulan selepas membadai Filipina.

Angka rasmi kematian akibat bencana itu yang sebelum ini direkodkan 6,201 tidak dikemas kini kerajaan sejak sebulan lalu berikutan pihak berkuasa masih menyiasat sama ada 1,785 yang sebelum ini dilaporkan hilang adalah antara mayat yang baru ditemui itu.

Penolong Setiausaha Agung Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi hal-ehwal kemanusiaan, Valerie Amos menceritakan pengalamannya yang mengejutkan apabila melihat mayat timbul ketika melawat Tacloban.

“Semakin banyak sisa runtuhan dibersihkan, semakin banyak mayat ditemui.



Kami sendiri melihatnya,” katanya.

Menurutnya, dia melawat Tacloban untuk melihat sendiri usaha pemulihan yang dibantu PBB selain melawat mangsa yang terselamat daripada taufan terbesar direkodkan melanda daratan.

Jurucakap Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan Reynaldo Balido mengesahkan masih ada mayat yang baru timbul.

“Ada masanya dua atau tiga mayat ditemui dalam sehari, ada pula harinya tiada mayat langsung,” katanya.

Malah, katanya, penduduk tempatan kini sudah biasa melihat mayat ‘baru.’ - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/28

MUI nafi terima rasuah keluar sijil halal


Jakarta: Majlis Ulama Indonesia (MUI) semalam menafikan dakwaan kononnya syarikat asing yang ingin menjual makanan di negara itu dikehendaki memberi rasuah bagi mendapatkan sijil halal.

“Sijil halal dikeluarkan secara percuma,” kata pengerusi MUI, Amidhan Shaberah dalam kenyataan yang dipetik agensi berita Antara.


Menurutnya, syarikat berkenaan hanya diminta membayar wang perjalanan untuk juruaudit MUI.

Portal berita Tempo.com Isnin lalu melaporkan MUI menerima sejumlah besar bayaran daripada syarikat di Australia yang memohon sijil halal.


Pengerusi pihak berkuasa pensijilan halal Sydney, Mohamed El-Mouelhy berkata, pihaknya dan enam syarikat negara itu membayar A$26,000 (RM76,231) kepada pegawai MUI pada 2006 tetapi belum lagi mendapat sijil berkenaan.


Menurut Tempo, wang itu dipindahkan secara langsung kepada Amidhan.

Perkhidmatan Makanan Halal Australia, pembekal makanan halal terbesar di Australia pula mendakwa sudah memindahkan A$10,000 (RM 29,317) kepada MUI supaya tidak membatalkan sijil halalnya.

Amidhan menafikan semua dakwaan itu.

Dia berkata, sesetengah organisasi tidak mendapat sijil halal kerana gagal menepati syarat, termasuk perkhidmatan komuniti Islam, pendidikan Islam, pejabat tetap dan kehadiran suruhanjaya terdiri daripada tiga juruaudit halal yang sah serta prosedur operasi yang konsisten. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/28

Siasat gelaran Profesor Rhoma


Jakarta: Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Muhammad Nuh berkata, gelaran profesor yang diberikan kepada penyanyi dangdut Rhoma Irama sepatutnya disahkan terlebih dulu.

Menurut Nuh, sekiranya terbukti gelaran profesor yang diterima Rhoma itu tidak diiktiraf, penyanyi terbabit boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun atau denda Rp500 juta (RM140,658) selaras dengan undang-undang Sistem Pendidikan Nasional.

“Sama saja jika dia memperoleh gelaran sarjana itu di luar negara, tidak bermakna kita mengiktirafnya serta-merta.

“Perlu ada pengesahan kerana kita ingin tahu sama ada institusi yang memberikan gelaran itu ditauliah atau tidak. Jika setiap syarat sudah dipenuhi maka kita akan mengiktiraf gelaran itu sebagai sah,” katanya.


Nuh mengaku dia tidak tahu-menahu mengenai gelaran profesor yang diterima Rhoma.

Menurut pendapatnya, seorang profesor ialah ahli akademi yang aktif mengajar dan memiliki hasil penulisan ilmiah yang diiktiraf.

Isu gelaran profesor diterima Rhoma dipertikaikan selepas sepanduk menampilkan foto Raja Dangdut di Jakarta Selatan berbunyi “Presiden Kita Bersama Prof Rhoma Irama”.

Sementara itu, Rhoma berkata, dia lebih suka jika sepanduk berkenaan hanya menulis namanya saja tanpa menyatakan gelaran diperolehnya.

Rhoma mengaku menerima gelaran akademik itu Universiti Amerika, Hawaii pada 2005.

Pada waktu itu, katanya, tiga profesor universiti terbabit berkunjung ke Taman Mini Indonesia Indah dan bertemu dengannya.

Disebabkan dia dianggap guru muzik dangdut di Indonesia, maka gelaran itu diberikan kepadanya.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/28

Pasangan jual tiga anak ditangkap


Hunan: Sepasang suami isteri ditahan kerana menjual tiga daripada anak mereka sejak 2008.

Wang, 27, ditahan pada September 2013 dan kini berada di penjara manakala isterinya, Zhang, 24, ditahan awal minggu ini di sebuah kafe Internet ketika mengandung anaknya yang keenam.


Pasangan yang menetap di bandar Hengyang, Hunan itu bertemu pada 2006 mendapat anak pertama setahun kemudian sebelum melahirkan anak kedua pada November 2008.

Akibat kesempitan hidup, pasangan itu menjual anak kedua mereka kepada satu pasangan dari bandar Chansha dengan harga 6,000 yuan (RM3,211) ketika bayi itu berusia enam bulan.


Pada Oktober 2009 mereka mendapat anak ketiga dan menjualnya dengan harga RM 10,706 kepada pasangan tempatan dan pada September 2012 mereka menjual seorang lagi anak dengan harga RM5,353.


Bapa Zhang membuat laporan dan menyerahkannya kepada polis kerana kecewa dengan tindakan anaknya itu.

Pasangan itu cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan.

Dua anak mereka berjaya diselamatkan polis manakala seorang lagi masih belum ditemui.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/28

Telur tersekat dalam kemaluan


Shanghai: Seorang wanita terpaksa mendapatkan khidmat doktor untuk mengeluarkan telur rebus yang tersekat di kemaluannya selepas melakukan tabiat pelik bersama suaminya ketika mengadakan seks dengan suaminya.

Doktor di Shanghai berjaya mengeluarkan telur rebus itu baru-baru ini.


Suami wanita berkenaan berkata, dia memasukkan telur rebus yang telah dikopek kulitnya itu ke dalam kemaluan isterinya untuk mencuba sesuatu yang baru ketika mengadakan seks.

Namun, tidak lama selepas itu, isterinya mengadu mengalami sensasi yang luar biasa di bahagian berkenaan.


Pasangan dalam lingkungan usia 20-an itu berkata, mereka cuba mengeluarkannya menggunakan penyepit dan sudu, apabila usaha itu gagal, wanita itu cuba mengeluarkannya dengan melompat -lompat tetapi gagal juga.


Dr Guo Xinxin daripada jabatan sakit puan hospital berkenaan berkata, pasangan itu mengambil risiko yang tinggi.

“Apabila sudah berada dalam kemaluan, ia mengandungi campuran bakteria yang rumit dan telur rebus itu akan mereput. Pasangan harus berhati-hati tetapi jika mereka mempunyai masalah seperti itu, mereka harus cepat mendapatkan rawatan di hospital,” katanya. -Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/28

Wanita Sri Lanka diculik 72 jam


2014/02/28

Kuala Lumpur: Penderitaan seorang wanita warga Sri Lanka yang diculik selama 72 jam berakhir selepas diselamatkan polis di sebuah rumah di Wangsa Maju awal pagi semalam.

Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata mangsa yang berusia 20 tahun itu dipercayai baru tiba ke ibu negara untuk melanjutkan pelajaran.


Minta wang tebusan


“Bagaimanapun, dia dipercayai diperdaya tiga lelaki warga tempatan dan asing yang menyamar sebagai ejen menguruskan pembelajaran mangsa sebelum diculik di Batu Caves, Isnin lalu.

“Suspek dikatakan memaksa mangsa untuk menghubungi keluarganya di Sri Lanka dan meminta wang tebusan RM10,000 bagi membebaskannya,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Abdul Rahim berkata, mangsa dikurung di sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Wangsa Ceria 8, Wangsa Maju sepanjang diculik.
Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Gombak dimaklumkan mengenai penculikan mangsa pada Selasa lalu oleh INTERPOL selepas keluarga mangsa membuat laporan polis di Colombo.

Susulan maklumat itu, katanya, polis menjejaki suspek berdasarkan nombor telefon yang digunakan suspek ketika menghubungi keluarga mangsa.

“Polis mengesan dan menahan dua suspek di Selayang semalam (kelmarin).

“Soal siasat ke atas mereka membawa kepada suspek ketiga di kediamannya di Wangsa Maju yang dijadikan lokasi mengurung mangsa.

“Suspek terakhir ditahan jam 1.30 pagi tadi (semalam). Mangsa ditemui selamat walaupun trauma dengan kejadian itu,” katanya.

Dua rakan tak mengaku salah rogol budak bawah umur


2014/02/28
Kuala Lumpur: Dua sahabat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol remaja bawah umur, dua minggu lalu.

Muhammad Afiq Zulkifli dan Mohamad Khaizie Hassan yang masing-masing berusia 20 tahun, mengaku tidak bersalah serta mohon untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azman Mustapha.


Muhammad Afiq dituduh merogol mangsa yang berusia 15 tahun enam bulan ketika kejadian, di atas tikar dalam bilik sebuah rumah di Setapak dekat sini, kira-kira jam 9 pagi, pada 15 Februari lalu.


Penuntut kolej

Mohamad Khaizie turut dituduh merogol remaja sama di tempat dan tarikh sama, kira-kira jam 9.45 pagi.

Kedua-dua penuntut kolej swasta berkenaan didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
Tidak tawar jaminan

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nadiah Malek Fauzie, tidak menawarkan jaminan ke atas kedua-dua tertuduh atas alasan kesalahan yang dilakukan tidak boleh dijamin, selain mangsa adalah kenalan tertuduh.

Mahkamah menetapkan 27 Mac depan untuk sebutan semula kes bagi tertuduh melantik peguam.

'Mayat reput dihantar bedah siasat'


2014/02/28

Shah Alam: Mahkamah Tinggi di sini, semalam diberitahu mayat Omar Peter Abdullah berada dalam proses pereputan ketika dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.

Saksi pendakwaan ke-13, Pakar Perunding Perubatan Forensik HKL, Dr Nurliza Abdullah, berkata lidah mayat terjelir manakala matanya kemek, selain keseluruhan badan menggelembung.


“Ketika berada di Jabatan Forensik pada 12 Mac 2013, saya mendapat maklumat daripada polis ada dua kes kematian yang perlu dibedah.


Mayat mulai busuk

“Saya dapati mayat Omar mulai busuk menyebabkan berlakunya penggelembungan, perubahan warna kulit kepada hitam kehijauan, kulit menggelupas, muka dan kepala berulat serta kesan kehitaman di kiri muka dan bibir,” katanya pada pemeriksaan utama di hadapan Hakim Datuk Abdul Halim Aman.

Pada Mac 2012, pensyarah kolej swasta, Zara Eleena Omar Peter, 23, dan bapanya, Omar, 56, dibunuh bagi menutup perbuatan teman lelaki Zara Eleena mencuri wang simpanan wanita itu di bank.
Empat pelajar kolej, Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 22; Mohamad Sharafe Matt Noh, 21; Azizi Aizat Ibrahim, 22, dan Muhamad Safwan Muhamad, 22, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, membunuh Zara Eleena pada jam 1.30 pagi hingga 2.30 pagi di sebuah rumah di Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong, 9 Mac 2012.

Mereka turut menghadapi tuduhan kedua membunuh Omar yang juga pesara syarikat kewangan di tempat sama, antara jam 11.30 malam, 8 Mac dan 1.30 pagi keesokannya.

Apabila ditanya Timbalan Pendakwa Raya, Aidatul Azura Zainal, mengenai punca keadaan itu, Dr Nurliza yang berpengalaman membedah siasat lebih 4,000 kes berkata, ia proses semula jadi jika mayat terbiar.

Selatan Filipina putus bekalan elektrik


2014/02/28

Manila: Berjuta penduduk bergelap di selatan Filipina semalam, selepas bekalan elektrik mengalami gangguan besar, kata pegawai ketika krew berusaha memastikan punca kejadian.

Gangguan bermula sebelum subuh dan menjejaskan kawasan berpenduduk padat di Mindanao, yang dihuni satu perempat daripada hampir 100 juta penduduk negara itu.


“Laporan menunjukkan grid Mindanao mengalami gangguan pada jam 3.53 pagi. Kami masih mencari punca kejadian dan tahap gangguan,” kata Perbadanan Grid Kebangsaan Filipina (NGCP) dalam satu kenyataan.

Mindanao, pulau utama di selatan Filipina yang bergantung hampir sepenuhnya ke atas hidroelektrik, berdepan dengan kekurangan tenaga kronik selama beberapa tahun.

Bandar utama terjejas

NGCP berkata, sekurang-kurangnya 12 daripada bandar dan wilayah utama Mindanao, termasuk hab perdagangan besar -terjejas, walaupun bekalan elektrik terhad disambung di sebahagian kawasan beberapa jam kemudian.

Setiausaha Tenaga Filipina, Jericho Petilla, yakin bekalan elektrik di semua kawasan akan pulih dalam masa beberapa hari. - AFP

Brunei tahan suspek JI


2014/02/28

Bandar Seri Begawan: Pihak berkuasa Brunei menahan seorang warga Indonesia yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) kerana didakwa terbabit dalam aktiviti berkaitan keganasan di negara itu, lapor media semalam.

Suspek, dikenali sebagai ‘Daniel atau Awaluddin Sitorus, ditahan pada 21 Februari lalu dan dipercayai menjadi anggota JI yang beribu pejabat di Indonesia, menurut Brunei Times.


JI, yang dikatakan bersekutu dengan al-Qaeda, dipersalahkan di atas beberapa serangan di Asia Tenggara, dengan paling dahsyat adalah pengeboman di Bali pada Oktober 2002 yang mengorbankan 202 orang.

Awaluddin disyaki merancang membantu militan memasuki dan menggunakan Brunei - yang berkongsi kepulauan Borneo dengan Malaysia dan Indonesia - sebagai kubu dan menyalurkan kewangan untuk militan di luar negara, menurut akhbar itu yang memetik kenyataan pegawai keselamatan Brunei.

Pihak berkuasa Brunei tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Awaluddin, yang dinyatakan dalam akhbar, berusia dalam lingkungan 40-an dan menggunakan banyak nama samaran termasuk Abu Yasar dan Dani Sitorus, dibicarakan di Indonesia sedekad lalu berhubung rancangan mengebom tiga gereja di Medan pada Mei 2000. - AFP

4 rakan rentung depan mata


2014/02/28

 4 rakan rentung depan mata
Keadaan kereta PERODUA Myvi yang rentung dalam nahas di Kapar, semalam.
Mangsa nahas terkilan gagal selamatkan kawan dalam kereta terbakar



Kapar: Chai Chee Seng bersyukur masih hidup, tetapi terkilan tidak dapat buat apa-apa sekadar melihat empat rakan karib rentung di depan matanya.

Beliau dihalang api yang marak membakar keempat-empat rakannya yang terperangkap dalam kereta PERODUA Myvi selepas merempuh dinding kedai pajak di Jalan Kapar.


Chee Seng yang juga bekerja sebagai mekanik itu berkata, rempuhan kuat di dinding kedai pajak itu mengakibatkan rakannya pengsan.

“Saya cuba tumbuk cermin tingkap di bahagian depan penumpang, namun tidak berhasil. Pintu juga tidak dapat dibuka kerana kedudukan kereta yang rapat ke dinding bangunan.

Berjaya selamatkan diri

“Akhirnya saya berjaya keluar melalui pintu bahagian pemandu dan menyelamatkan diri,” katanya kepada ketika ditemui BH di Wad Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, semalam.

Dapat petanda perkara buruk timpa anak


2014/02/28

Dapat petanda  perkara buruk timpa anak
Anggota Bomba dan Penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa nahas di Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, berhampiran persimpangan Gua Tempurung, semalam.

4 pelajar KTAR terbunuh kereta bertembung lori

Kampar: Debaran hati seorang bapa yang merasakan ada perkara buruk menimpa anaknya, terjawab selepas melihat mayat empat penuntut Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) termasuk anak perempuannya akibat kemalangan jalan raya, semalam.

Koh Sum Keong, 52, dari Bukit Merah, Menglembu, sayu melihat mayat Koh Suet Mun, 20, dikeluarkan dari PERODUA Viva yang remuk selepas dirempuh lori yang sarat muatan bitumen di Kilometer 26 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, berhampiran persimpangan Gua Tempurung di sini, semalam.


Tiga rakan mangsa terbunuh dalam kemalangan kira-kira jam 5 pagi ialah Thomas Loh Hung Teh dari Tambun, yang memandu kereta; Ling Yok Sue dari Manjung dan Wong Pei Pei dari Batu Gajah.

Semua mangsa yang berusia 20 tahun, adalah pelajar tahun akhir Diploma Pengurusan Perniagaan KTAR Cawangan Perak di sini.

Mereka dikatakan dalam perjalanan pulang dari Ipoh ke sini selepas menghadiri majlis sambutan hari jadi rakan.

Sum Keong berkata, dia mengetahui kemalangan itu selepas dimaklumkan oleh rakan anaknya sejurus kejadian.

2 kakitangan Pos Malaysia maut


2014/02/28
2 kakitangan Pos Malaysia maut
Keadaan lori PosLaju yang terbakar dalam kemalangan di KM 251.9, Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Senawang, semalam.

Seremban: Surat dan bungkusan termasuk kiriman dari luar negara, antara yang musnah terbakar dalam kemalangan yang mengorbankan dua kakitangan Pos Malaysia Berhad di Kilometer 251.9 Lebuhraya Utara Selatan dekat Senawang, semalam.

Kemalangan meragut nyawa pemandu lori PosLaju, Asmadi Safar, 37, dan kelindannya, Mohd Sharimi Mohd Saad, 30, kira-kira jam 4.10 pagi, membabitkan tiga lori.


Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Baharuddin Mustapha, berkata nahas itu bermula apabila lori membawa muatan plastik dari arah selatan merempuh sebuah lori membawa muatan baja di laluan yang sama.

Rempuhan itu menyebabkan lori membawa muatan plastik terbabas, lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan lori PosLaju.

Lori PosLaju itu dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Pusat Serahan PosLaju Pasir Gudang, Johor.

Pertembungan itu menyebabkan kedua-dua lori itu terbakar. Ini menyebabkan pemandu dan kelindan lori PosLaju parah, termasuk melecur dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

14 maut tragedi dinihari


2014/02/28

Foto
Muka depan BH hari ini.
Foto
Mohd Zaki (tengah) tidak dapat menahan perasaan sedih dan ditenangkan oleh ahli keluarga sambil disaksikan oleh adik bongsu, Mohd Wahyu Abu Bakar, 26 (kanan) di Hospital Jempol, semalam. Gambar kecil, Mohd Fauzan.

Tragedi dinihari: Mimpi abang jadi kenyataan

Bandar Seri Jempol: Luluh hati seorang abang, apabila mimpi kematian adiknya yang dialami tiga hari lalu yang disangka sekadar mainan tidur, menjadi kenyataan awal pagi semalam.

Pembantu jualan, Mohd Zaki Abu Bakar, 36, terkejut mimpi itu menjadi kenyataan, apabila adiknya, Mohd Fauzan, 33, bersama isteri dan dua anak pasangan itu maut dalam nahas jalan raya, jam 6.10 pagi.


Nahas di Kilometer 22, Jalan Bahau-Keratong dekat sini, meragut nyawa Mohd Fauzan bersama isteri, Nurhidayah Ngah, 28, serta dua anak mereka, Nur Ain Shahiera, 6, dan Nur Aina Shahmiera, 10 bulan.

Ketika kejadian, empat beranak terbabit yang menaiki PROTON Saga, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Port Dickson, selepas menziarahi keluarga di kampung dekat Kuala Terengganu, sejak Selasa lalu.

Kereta yang dipandu Fauzan yang bekerja sebagai pemandu lori itu, bertembung PROTON Waja dipandu kakitangan syarikat petroleum, Muhammad Fairahall Abbas, 45, dari Seremban yang sedang menuju ke Kerteh, Terengganu.

Ketika ditemui, Mohd Zaki mengakui tidak mempercayai mimpi yang dialaminya tetapi kemalangan yang menimpa keluarganya itu membuatkan dia pantas mengingati kejadian itu.

Pernah cerita mimpi

“Saya sebelum ini pernah ceritakan mimpi itu kepada adik beradik lain, tetapi kami tidak mahu mempercayai mimpi sedemikian.

“Malah, saya juga tidak ceritakan kepada Fauzan ketika dia singgah di rumah saya dekat Kuantan jam 10 pagi semalam, kerana keretanya mengalami kerosakan,” katanya ketika ditemui menuntut jenazah ahli keluarga itu di Hospital Jempol, semalam.

Mohd Zaki berkata, Fauzan yang menunggu di bengkel hingga kereta selesai dibaiki menjelang Maghrib kelmarin, kemudian pulang ke rumahnya untuk makan dan berehat sebelum meneruskan perjalanan jam 10 malam kelmarin.

Ketika perjalanan, beliau sempat menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada adiknya itu jam 3 pagi dan hanya dibalas sejam kemudian.


SMS tidak dijawab

“Ketika itu, Fauzan beritahu dia singgah berehat di Muadzam Shah. Jam 7 pagi, saya hantar lagi SMS, tetapi tidak dijawab sehinggalah menerima panggilan abang saya, Mohd Azmani, pada jam 9 pagi memberitahu nahas itu,” katanya.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias, berkata kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta dinaiki empat beranak itu terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung kereta dipandu Fairahall.

Katanya, kecederaan parah dialami empat beranak itu menyebabkan semua mereka meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala Fairahall yang patah kaki kanan dirawat di Hospital Jempol.

“Siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar nahas itu sedang disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sementara itu abang Fairahall, Mohd Faizal, 48, dari Seremban, berkata adiknya yang tersepit dalam kereta, sempat menghubungi isteri memaklumkan kemalangan itu.

4 sahabat terbunuh kereta langgar lampu isyarat


KLANG - Kegembiraan lima sahabat meluangkan masa bersama bagi meraikan seorang daripada mereka yang bakal memulakan kerja di Sarawak berakhir dengan tragedi apabila empat daripada mereka maut selepas kereta dinaiki terbabas lalu melanggar lampu isyarat di hadapan Balai Polis Kapar di Batu 10, Jalan Kapar di sini pukul 3.30 pagi semalam.
Mereka yang maut ialah Ang Chin Fu, 18, yang dikatakan akan bekerja di Sarawak, Lee Boon Huat, 19, Chong Chee Seng, 21, dan Chew Yee Ying, 19.
Mangsa yang terselamat, Chai Chee Seng, 18, berjaya merangkak keluar dari kereta jenis Perodua Myvi sebelum ia terbakar menyebabkan dia mengalami kecederaan ringan.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Shukor Sulong berkata, kereta Perodua Myvi tersebut yang datang dari arah Klang menghala ke Kapar dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan dan melanggar tiang lampu isyarat.
"Kereta itu kemudian terbabas dan merempuh pula tembok di hadapan sebuah kedai pajak gadai sebelum terbakar.
"Hanya seorang penumpang berjaya keluar dan diselamatkan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0228&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2uZENbfET 
Hakcipta terpelihara 

Mayat Omar Peter kembung


SHAH ALAM - Mayat Omar Peter Abdullah sudah menggelembung, mengalami perubahan warna kulit dan menggelupas ketika proses bedah siasat dijalankan pukul 10.20 pagi, pada 12 Mac 2012, kata pakar perubatan forensik dari Hospital Kuala Lumpur, Dr. Nurliza Abdullah.
Nurliza, 49, yang merupakan saksi pendakwaan ke-13 dalam keterangannya di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Halim Aman berkata, terdapat infestasi (hinggapan) ulat mayat iaitu berengga di bahagian muka dan kepala si mati.
Selain itu, terdapat kesan hitam pada sisi kiri serta bibir, lidah terkeluar dari mulut dan bola mata telah menjadi kemik semasa bedah siasat dijalankan.
Saksi itu yang dipanggil memberi keterangan pada hari ketujuh perbicaraan juga mendedahkan, mangsa dipercayai telah mati selama beberapa hari iaitu lebih 24 jam berdasarkan pada proses pembusukan dan pereputan.
"Saya berpendapat berdasarkan rupa bentuk, jasad si mati masih lagi sempurna, tidak menjadi tulang, tiada kesan gigitan binatang, kemungkinan besar kematian berlaku beberapa hari di dalam keadaan atau persekitaran terkawal.
"Pemeriksaan dalaman mendapati organ-organ seperti otak, paru-paru, jantung dan abdomen sudah mengeluarkan cecair kesan pembusukan serta pereputan selain tidak menunjukkan kesan patah pada tulang kecuali tulang belakang yang sedikit bengkok kerana skoliosis," katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0228&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2uZEDchKR 
Hakcipta terpelihara 

Dua staf Pos Malaysia maut



BEGINILAH keadaan lori Pos Laju yang terbakar selepas terbabit dalam kemalangan dan mengorbankan dua kakitangan Pos Malaysia di Kilometer 251.9 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Seremban, Negeri Sembilan semalam.


SEREMBAN - Dua kakitangan Pos Malaysia maut dengan seorang daripadanya rentung apabila lori Pos Laju yang dinaiki mereka merempuh sebuah lori kontena yang terbabas dari arah bertentangan di Kilometer 251.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan dekat sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 pagi itu, Mohd. Sharimi Mohd. Saad, 30, yang merupakan pemandu lori Pos Laju dan kelindannya, Hasmadi Safar, 37, maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah.
Mayat Mohd. Sharimi rentung 100 peratus kerana mangsa tersepit dalam lori yang dijilat api manakala mayat Hasmadi yang berjaya dikeluarkan terbakar hampir 50 peratus.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0228&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2uZE531lN 
Hakcipta terpelihara 

Pilu lihat anak maut kemalangan



BEGINILAH keadaan kereta Perodua Viva yang remuk dalam kemalangan maut mengorbankan empat pelajar.


KAMPAR - Hati bapa mana yang tidak luluh saat melihat anak perempuannya tersepit dan tidak bernyawa dalam sebuah kenderaan selepas terlibat dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 26, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, kira-kira 500 meter dari Gua Tempurung dekat sini pukul 5 pagi semalam.
Lebih tragis, dia yang mahu dikenali sebagai Koh, 54, turut menyaksikan detik-detik memilukan ketika mayat anaknya, Koh Suet Man, 20, bersama tiga lagi mangsa dikeluarkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Gopeng dan Kampar.
Koh yang tinggal di Lahat dekat sini berkata, dia menerima panggilan daripada seorang rakan anaknya yang memberitahu sesuatu telah berlaku kepada anaknya dan memintanya pergi ke tampat kejadian tanpa memberitahu hal sebenar.
"Ketika sampai di tempat kejadian, saya melihat pihak bomba sedang berusaha mengeluarkan semua mangsa termasuk anak saya," katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Kampar di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0228&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2uZDxebO3 
Hakcipta terpelihara 

Empat beranak maut kemalangan


PASUKAN penyelamat mengangkat mayat mangsa kemalangan di KM22 Jalan Bahau-Keratong, Jempol semalam.


JEMPOL - Seorang askar Wataniah maut bersama isteri dan dua anak perempuannya selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum bertembung dengan sebuah kereta lain dari arah bertentangan dalam nahas di Kilometer 22, Jalan Bahau-Keratong dekat sini pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa, Mohd. Fauzan Abu Bakar, 32, yang merupakan pemandu lori buah-buahan di Port Dickson dekat sini meninggal dunia di tempat kejadian bersama isteri, Nur Hidayah Ngah, 28, serta dua anak perempuan mereka, Nur Ain Shahiera, 6, dan Nur Aina Shahmiera, 10 bulan.
Ketua Polis daerah, Superintendan Hamzah Alias berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kereta jenis Proton Saga dari arah Keratong gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0228&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2uZDnWiDG 
Hakcipta terpelihara 

Riau isytihar darurat jerebu

PEMANDANGAN ibu negeri wilayah Riau, Pekanbaru yang diselubungi jerebu semalam.


JAKARTA - Perintah darurat diisytihar di wilayah Riau, Indonesia semalam selepas jerebu akibat pembakaran hutan yang menjejaskan penerbangan dan perjalanan kapal manakala pihak berkuasa melaporkan masalah pernafasan kian meningkat.
Agensi Mitigasi Kebangsaan menyatakan, wilayah Riau yang dihuni oleh lima juta penduduk dilanda jerebu sejak beberapa minggu lalu ekoran operasi pembersihan hutan secara haram dan kemarau berpanjangan.
"Menurut data yang kami peroleh, kebakaran hutan kini semakin teruk dan perlu dipadam menggunakan pesawat membawa bom air," kata jurucakap agensi berkenaan, Sutopo Purwo Nugroho.
"Kami bersedia melakukan operasi tersebut," tambahnya.
Imej televisyen agensi berita Reuters semalam menunjukkan asap tebal naik ke udara dari beberapa kawasan hutan yang terbakar di Riau.
Pasukan bomba sukar memadamkan kebakaran hutan yang berlaku ekoran peralatan yang terhad dan kekurangan bekalan air.
Pada masa yang sama, pihak berkuasa wilayah berkenaan mengagihkan topeng muka kepada penduduk dan menggesa mereka supaya tidak keluar rumah.
"Situasi ini membimbangkan kerana kami melihat peningkatan dalam kes masalah pernafasan daripada 5,000 kes pada Januari lalu kepada 22,000 kes bulan ini," kata ketua jabatan kesihatan wilayah, Zainal Arifin.
Sebilangan penerbangan turut dibatal atau dilencongkan dari beberapa lapangan terbang di Riau berikutan jarak penglihatan kini kurang daripada satu kilometer.
Jerebu merupakan masalah berulang di Indonesia dan jiran-jirannya. Masalah itu kerap berpunca daripada perbuatan petani dan syarikat pertanian membakar hutan untuk membuka ladang-ladang kelapa sawit.
Presiden Susilo Bambang Yudhoyono terpaksa meminta maaf kepada dua jirannya, Singapura dan Malaysia pada pertengahan tahun lalu apabila kedua-dua negara itu dilitupi jerebu akibat pembakaran hutan di Indonesia.
Beberapa penganalisis menganggarkan Singapura berdepan kerugian hampir AS$1 bilion (RM3.2 bilion) akibat bencana itu pada tahun 2013 yang disifatkan terburuk dalam tempoh 16 tahun.
Dalam perkembangan berkaitan, agensi meteorologi Indonesia menyatakan, angin kini bertiup ke arah barat daya, jauh dari Singapura tetapi perubahan angin yang biasa berlaku pada bulan April atau Mei di Indonesia mungkin menyebabkan Singapura kembali dilanda jerebu.
Sementara itu, polis menangkap 26 orang pada minggu lalu kerana disyaki melakukan pembakaran dan pembersihan hutan secara haram melibatkan kawasan seluas 2,000 hektar. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0228&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2uZDSAL90 
Hakcipta terpelihara 

'Tuhan Harun' minta dilepas dengan jaminan


KUANTAN 27 Feb. - Ketua ajaran sesat 'Tuhan Harun', Harun Mat Saat yang menghadapi tuduhan berhubung pembunuhan Ketua Penolong Pengarah (Penguat Kuasa), Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abd. Malek, mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini untuk dibebaskan dengan jaminan.
Peguam Hermes Media Putra Ibrahim yang mewakili Harun, 48, menyatakan, permohonan itu dibuat atas faktor kesihatan anak guamnya yang diserang angin ahmar menyebabkannya memerlukan pengawasan dan rawatan rapi.
Sementara Timbalan Pendakwa Raya, Khalmizah Salleh pula memohon tuduhan bunuh yang dihadapi oleh Sumustapha Suradi dan tuduhan subahat membunuh ke atas Harun serta dua lagi pengikutnya dibicarakan secara serentak.
Hakim Datuk Ab. Karim Ab. Rahman kemudian menetapkan 17 Mac ini untuk sebutan kedua-dua permohonan itu.
Beliau turut berharap pengurusan kes itu dapat dipercepatkan supaya tarikh perbicaraan dapat ditetapkan.
Harun yang diserang angin ahmar sejak Jun tahun lalu, hadir di mahkamah dengan berbaju putih dan berkerusi roda diiringi isterinya, Azida Mohd. Zol, 31.
Pada 16 Disember tahun lalu, Sumustapha, 40, didakwa membunuh Ahmad Raffli bersama-sama dua lagi yang masih bebas di rumah mangsa di Nombor 7, Lorong IM 2/29, Bandar Indera Mahkota di sini kira-kira pukul 1.50 petang, 10 November tahun lalu.
Tertuduh dari Kampung Sibugal Besar, Sandakan, Sabah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori.
Sementara Harun, Azida dan seorang lagi pengikut ajaran sesat itu, Shaizral Eddie Nizam Shaari, 38, didakwa bersama-sama Sumustapha dan dua lagi yang masih bebas untuk bersetuju antara satu sama lain melakukan konspirasi jenayah yang membawa kepada pembunuhan Ahmad Raffli.
Kesalahan itu yang didakwa dilakukan pada masa, tarikh dan tempat yang sama mengikut Seksyen 120B(1) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun tersebut yang turut memperuntukkan hukuman mati mandatori.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140228/ma_03/Tuhan-Harun-minta-dilepas-dengan-jaminan#ixzz2uZBrCDjU
© Utusan Melayu (M) Bhd