Search This Blog

Wednesday, February 26, 2014

‘Isteri saya curang’


Kuantan: “Dia curang,” kata seorang lelaki memberi keterangan ketika perbicaraan anak lelakinya yang dituduh mencedera, mengugut serta merosakkan kereta isteri keduanya (ibu tiri tertuduh) kepada Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Lelaki berkenaan yang tampil selepas diminta mahkamah memberi keterangan berkata, anaknya, Muhammad Syaiful Fakhri M Sidi, 22, bertindak demikian kerana mendakwa isteri keduanya itu curang.
Majistret Jessica Daimis kemudian menjatuhkan hukuman denda RM4,500 terhadap Muhammad Syaiful Fakhri dari Ajil, Terengganu, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada ibu tirinya yang berusia 35 tahun di tepi Kolej Kejururawatan Hospital Tengku Ampuan Afzan pada jam 6.20 pagi, 23 Februari lalu, memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 jika sabit kesalahan.
Foto
SYAIFUL dijatuhi hukuman denda RM4,500 selepas didapati bersalah.

Bagi pertuduhan kedua mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, dia dituduh mengugut mangsa menggunakan sebatan rotan manakala pertuduhan ketiga, didakwa menyebabkan kemek di bahagian hadapan bonet kereta PROTON Gen-2 milik mangsa menggunakan rotan.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/26

3 remaja samun 7 Eleven diburu


KUALA LUMPUR 25 Feb. - Kerjasama orang ramai diperlukan untuk mengenal pasti identiti tiga remaja bawah 21 tahun yang bergiat aktif melakukan jenayah samun bersenjata membabitkan kedai serbaneka 24 jam di sekitar ibu kota.
"Gambar ketiga-tiga suspek ini telah dikesan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) semasa menyamun tiga buah kedai serbaneka 7 Eleven di Jalan Kuchai Lama, Jalan Klang Lama dan Kuchai Park sejak awal bulan ini," kata Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa hari ini.-UTUSAN ONLINE.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140225/je_15/3-remaja-samun-7-Eleven-diburu#ixzz2uNdbQEuB
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penternak kambing parah ditembak di Kulim


KULIM 25 Feb. - Seorang penternak kambing di Taman Makmur, Lunas di sini, cedera parah ditembak malam tadi.
Semasa kejadian, mangsa, R. Esparan, 39, dari Sungai Seluang Atas, Lunas, sedang menjamu selera bersama beberapa rakannya di sebuah kedai kopi, kira-kira pukul 8.30 malam, kata Ketua Polis Daerah Kulim, Supritendan Ghuzlan Saleh.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140225/je_13/Penternak-kambing-parah-ditembak-di-Kulim#ixzz2uNdHqnaG
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pemandu van pelancong maut ditembak


KUALA LUMPUR 25 Feb. - Seorang pemandu van pelancong ditembak mati dalam kejadian di Taman Sri Sentosa malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa berusia 27 tahun mati di tempat kejadian akibat terkena dua daripada tiga das tembakan yang dilepaskan oleh suspek. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140225/je_03/Pemandu-van-pelancong-maut-ditembak#ixzz2uNc0Q2LF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rasuk konkrit runtuh di Thailand, 11 maut


26 Februari 2014

BANGKOK - THAILAND. Sekurang-kurangnya 11 maut manakala 18 lagi cedera akibat dihempap rasuk konkrit di sebuah tapak pembinaan di wilayah Samut Prakan, menurut pihak berkuasa, semalam.

Jurucakap polis, Thatchai Hongthong memaklumkan operasi mencari dan menyelamat (Sar) telah dilakukan dan turut dibantu unit anjing pengesan.

"Bagaimanapun, operasi tersebut dihentikan kerana pihak berkuasa yakin kesemua mangsa telah ditemui," jelasnya pada AFP.

Sebelum ini, kesatuan buruh mendakwa pekerja asing terdedah kepada risiko akibat standard keselamatan yang longgar di tapak pembinaan di negara itu.

Pemandu van pelancong mati ditembak


KUALA LUMPUR 25 Feb.- Seorang pemandu van pelancong mati ditembak ketika cuba melarikan diri selepas diugut seorang lelaki di hadapan sebuah klinik di Taman Sentosa, Jalan Klang Lama di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa, S. Devananthan, 27, mati selepas terkena dua das tembakan dari arah belakang kepala dan menembusi mulutnya.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, mangsa sebelum itu telah pergi ke sebuah restoran dengan kereta Proton Wira bersama seorang rakan lelaki.
Beliau berkata, ketika tiba di tempat kejadian, sebuah kereta Proton Saga yang dinaiki empat suspek telah merempuh kenderaan yang dinaiki mangsa dari arah belakang.
"Salah seorang suspek telah keluar dan mengugut akan membunuh mangsa.
"Mangsa yang ketakutan terus keluar dari kereta untuk melarikan diri sebelum ditembak oleh suspek," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Menurut Khairi, rakan-rakan mangsa yang sedang makan di restoran berhampiran segera menghantarnya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Mangsa disahkan meninggal dunia di hospital.
Berikutan kejadian itu, kata beliau, pihaknya telah menahan dua orang termasuk seorang wanita yang merupakan pemilik kereta Proton Wira yang dinaiki mangsa semasa kejadian bagi membantu siasatan.
"Kita sudah mengenal pasti salah seorang daripada empat suspek itu dan polis telah menubuhkan satu pasukan khas untuk memburu mereka.
"Kes ini berkemungkinan telah dirancang dan kami juga sedang mencari motif pembunuhan mangsa," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140226/je_03/Pemandu-van-pelancong-mati-ditembak#ixzz2uNbKnzGo
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Anggota tentera hilang enam hari ditemui selamat


Nik Azizi Mohd. Nor dirawat di Hospital Besut, Terengganu selepas ditemui selamat, malam semalam.
KOTA BHARU 25 Feb. - Misteri kehilangan seorang anggota tentera Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Seri Pantai, Kuala Terengganu, sejak enam hari lalu, akhirnya terlerai apabila lelaki itu ditemui selamat malam tadi.
Namun punca kehilangan Koperal Nik Azizi Mohd. Nor, 31, semasa menjalani latihan di Hutan Lipur Lata Belatan, Jabi, Kuala Terengganu, Rabu lalu, sehingga kini masih belum terjawab.
Nik Azizi ditemui pasukan penyelamat di kawasan pusat rekreasi itu, kira-kira pukul 10 malam.
Difahamkan, Nik Azizi ditemui di atas batu dalam keadaan tersandar dan menyilang senjata api.
Panglima Briged Kelapan Infantri, Brigedier Jeneral Datuk Mohamad Zaki Hamzah ketika mengesahkan penemuan tersebut berkata, semasa ditemui Nik Azizi berada dalam keadaan baik.
"Anggota terbabit lengkap berpakaian celoreng bersama selaras raifal M4 tanpa peluru. Sebaik sahaja ditemui, Nik Azizi dikejarkan ke Hospital Besut bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.
"Mangsa hilang semasa menjalani latihan bagi menyertai raptai Eksais Pasak Bumi yang turut disertai 300 anggota batalion tersebut," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Dalam pada itu, Mohamad Zaki ketika dihubungi memberitahu, anggota terbabit telah dibawa pulang ke Batalion Ke-18 RAMD, Kem Seri Pantai, dengan kawalan ketat bagi tujuan siasatan dalaman.
"Siasatan akan dilakukan untuk mengenal pasti punca kehilangannya dan sebab-sebab dia lari daripada tugas," katanya.
Beliau seterusnya menolak dakwaan anggota itu mempunyai masalah dadah kerana sepanjang perkhidmatannya, Nik Azizi tidak pernah memiliki rekod penyalahgunaan barangan tersebut.
"Malah dia bebas dadah dalam setiap ujian air kencing yang dijalankan, tiga hingga empat bulan sekali di kem," ujarnya.
Pada 21 Februari lalu, Utusan Malaysia melaporkan kehilangan seorang anggota tentera yang sedang menjalani latihan untuk menyertai Eksais Pasak Bumi di Hutan Lipur Lata Belatan, Jabi, Terengganu, pada 19 Februari lalu.
Nik Azizi kali terakhir dilihat ketika turun ke sungai berkenaan dengan memakai seluar celoreng dan berselipar antara pukul 5.30 hingga 6 pagi hari kejadian.
Kehilangan mangsa hanya disedari apabila dia tidak kelihatan ketika dipanggil untuk raptai pembukaan eksais tersebut.
Dalam perkembangan lain, Mohamad Zaki berkata, pihaknya bersedia membantu Jabatan Kesihatan negeri bergotong-royong membersihkan lokasi pembiakan denggi bagi memerangi wabak berkenaan.
"Ini adalah sebahagian tugas ATM untuk memberi khidmat masyarakat kepada orang awam. Kita akan bergotong-royong di kawasan kem terlebih dahulu seperti di Desa Pahlawan serta Rumah Keluarga Kem Pengkalan Chepa," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140226/je_04/Anggota-tentera-hilang-enam-hari-ditemui-selamat#ixzz2uNbBMTe9
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penjenayah ditembak mati selepas merompak


SHAH ALAM 25 Feb. - Seorang penjenayah mati ditembak polis, manakala tiga lagi melarikan diri sejurus selepas merompak banglo mewah milik seorang juruterbang di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah di sini, awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, suspek berusia 34 tahun ditembak selepas cuba menyerang anggota polis yang mengejarnya dengan sebilah parang.
Insiden berlaku kira-kira 500 meter dari kawasan perumahan itu ketika kesemua suspek disyaki sedang menunggu dua rakan untuk mengambil mereka dengan kenderaan di Kilometer 7.8, Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE).
Keempat-empat mereka yang bersenjatakan parang sebelum itu baru memecah masuk banglo berkenaan dan melarikan sejumlah barangan berharga.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shukri Dahlan berkata, bertindak atas laporan mangsa, polis melancarkan operasi dan ternampak sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux dinaiki dua lelaki warga tempatan dalam keadaan mencurigakan di tepi NKVE.
Katanya, hasil pemeriksaan polis menahan dua suspek di dalamnya, manakala empat rakannya yang sedang bersembunyi di dalam longkang di tepi lebuh raya itu bertindak melarikan diri ke dalam ladang kelapa sawit berhampiran.
"Polis mengejar mereka namun salah seorang suspek bersenjatakan parang berpatah balik dan melibas anggota berkenaan sehingga luka di bahagian lengan kiri.
"Tindakan agresif suspek menyebabkan anggota itu melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri. Tiga lagi rakannya berjaya melarikan diri," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Shukri berkata, hasil pemeriksaan ke atas mayat, polis menemukan sebuah beg mengandungi komputer riba dan telefon pintar dipercayai milik mangsa rompakan serta pasport milik suspek.
"Polis kini menjalankan operasi besar-besaran bagi memburu baki tiga penjenayah yang masih bebas," ujarnya.
Beliau seterusnya memberitahu, polis percaya dua suspek berusia 24 dan 25 tahun yang ditahan di dalam trak pikap berkenaan mempunyai kaitan dengan keempat-empat penjenayah yang merompak banglo milik juruterbang terbabit.
"Polis turut menahan sebuah teksi dan pemandunya berhampiran tempat kejadian kerana berada dalam keadaan mencurigakan, untuk siasatan," ujarnya.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana merompak.
Sementara itu, anak kepada juruterbang tersebut, Nik Amir Azaafiq, 24, ketika ditemui di rumahnya berkata, semasa kejadian dia tidur di biliknya di tingkat bawah, manakala bapanya tiada kerana bertugas.
Menurutnya, dia tersedar apabila mendapati seorang suspek memukul kakinya menggunakan pengumpil besi sebelum mengarahkan dia ke bilik ibunya di tingkat dua.
Berdasarkan dialek suspek, dia percaya mereka merupakan warga asing dari Indonesia.
Dia kemudian sempat menjerit kepada ibunya dari luar bilik supaya segera menghubungi polis dan melihatkan keadaan kelam-kabut itu, perompak yang panik keluar melarikan diri dari banglo berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140226/je_05/Penjenayah-ditembak-mati-selepas-merompak#ixzz2uNb2wCFE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Van sekolah bertembung kereta


Beginilah keadaan kereta yang bertembung dengan van sekolah di Jalan Bukit Idaman, Selayang, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 25 Feb. - Seorang pemandu van sekolah maut manakala anak perempuannya cedera parah setelah kenderaan yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Bukit Idaman, Selayang, dekat sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pa gi itu, van yang dipandu mangsa, Tan Shue Yeng (gambar), 44, difahamkan dalam perjalanan untuk menjemput murid sekolah lain di sekitar kawasan perumahan berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.
Turut berada di dalam van itu ialah anaknya, Lee Hui San, 16, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kepong Ulu dan seorang murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Selayang Baru, Bebe Yap Luo Yee, 11.
Ketua Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Ab dullah berkata, siasatan mendapati kemalangan itu berlaku ketika van se kolah itu membelok ke kanan di simpang masuk ke Perdana Residence, dekat sini.
"Ketika membelok, tiba-tiba sebuah kereta jenis Proton Wira dari arah hadapan merempuh van berkenaan. Pe mandu van mati di tempat kejadian kerana dipercayai akibat kecederaan dalaman, manakala Hui San, patah kaki kanan dan bahu.
"Pemandu kereta terbabit, Mohd. Azwan Zulkkafri, 23, cedera di kaki akibat tersepit, manakala Bebe Yap ce dera ringan di dahi akibat terhantuk," katanya ketika dihubungi Utusan Ma laysia di sini hari ini.
Tambah Abdul Rahim, kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hos pital Selayang untuk rawatan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.
Ketua Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mo hd. Sani Harul berkata, pihaknya turut terlibat menyelamatkan mangsa yang tersepit dengan seramai enam anggota Bomba dan Penyelamat Selayang d kerahkan ke tempat kejadian pada pukul 6.08 pagi.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140226/je_06/Van-sekolah-bertembung-kereta#ixzz2uNavVYPp
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Maut digilis bas sekolah


Mayat Adam Daniel Abdullah dipayung oleh orang ramai selepas digilis sebuah bas sekolah di dataran Sekolah Menengah Kebangsaan Semambu, Kuantan, Pahang, kelmarin.
KUANTAN 25 Feb. - Seorang pelajar lelaki tingkatan satu maut setelah terjatuh dan digilis bas sekolah ketika mengejar kenderaan itu untuk pulang di dataran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semambu di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 3 petang itu, Adam Daniel Abdullah, 13, dikatakan berlari bersama sekumpulan pelajar lain sebelum dia terjatuh di bawah bas lalu digilis.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusof, bas sekolah tersebut bergerak untuk mencari tempat letak kenderaan dan pintunya juga masih belum dibuka.
"Mangsa yang cedera parah di muka dan perut meninggal dunia di tempat kejadian. Pihak polis juga telah menahan pemandu bas tersebut yang berumur 45 tahun untuk siasatan lanjut.
"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut mengenai kejadian ini masih diteruskan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ibu saudara mangsa, Norhidayu Nordin, 30, berkata, insiden itu mengejutkan mereka sekeluarga malah tidak terlintas anak saudara yang dijaga sejak umur setahun menemui ajal secara tragis.
"Saya dimaklumkan mengenai kejadian tersebut oleh pihak sekolah dan bergegas ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan kira-kira pukul 3 petang.
"Saya terkejut namun tidak memaklumkan kepada ibu, Ana Musa, 57, kerana bimbang dia terkejut, kesihatannya juga tidak berapa baik kerana baru diserang angin ahmar," katanya.
Menurutnya, sebelum kejadian, Adam lebih banyak tersenyum dan sering bergurau dengan anak-anaknya beberapa hari sebelum kejadian.
"Saya dan ibu menjaga Adam sejak dia berumur setahun selepas kedua ibu bapanya berpisah.
"Dia seorang yang peramah dan periang malah disenangi ahli keluarga yang lain. Sebagai cucu yang tinggal bersama nenek, dia sangat rapat dengan ibu saya," katanya.
Tambahnya, jenazah Adam telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali petang semalam.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140226/je_07/Maut-digilis-bas-sekolah#ixzz2uNajtlzT
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pelajar tingkatan 6 maut motosikal rempuh kereta guru


Anggota polis menutup mayat N.Thinesh yang maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas ke laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah kereta di Seremban, Negeri Sembilan, semalam. - BERNAMA
SEREMBAN 25 Feb. - Seorang pelajar tingkatan enam maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas lalu merempuh sebuah kereta yang dipandu seorang guru di Jalan Seremban-Tampin dekat kuari Eng Lian, di sini hari ini.
Dalam kemalangan pukul 7.20 pagi itu, N. Thinesh, 19, dari Ladang Perhentian Tinggi, Sungai Gadut dekat sini mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Menurut jurucakap polis, siasatan mendapati motosikal mangsa jenis Modenas gagal dikawal lalu memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh sebuah kereta jenis Perodua Kelisa.
Katanya, kereta dipandu seorang guru wanita dari arah Seremban itu kemudian terbabas dan melanggar sebuah lagi motosikal lain dari arah Rembau.
"Pelajar berkenaan maut di lokasi kejadian manakala penunggang sebuah lagi motosikal yang berusia 55 tahun cedera parah," katanya di sini hari ini.
Tambah jurucakap polis berkenaan, mayat Thinesh dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar di sini untuk dibedah siasat manakala mangsa yang parah dibawa ke hospital sama untuk rawatan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140226/je_08/Pelajar-tingkatan-6-maut-motosikal-rempuh-kereta-guru#ixzz2uNaYHNaq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dua beradik mati dikelar amah


KUALA LUMPUR 25 Feb. - Dua kanak-kanak lelaki berusia setahun enam bulan dan lima tahun maut dikelar di leher, dipercayai dilakukan oleh seorang pembantu rumah warga Indonesia di kediaman keluarga mereka di Taman Sri Putra, Sungai Buloh dekat sini malam ini.
Pembantu rumah tersebut kemudian bertindak nekad membunuh diri setelah membunuh kanak-kanak berkenaan iaitu Melvin Selvan Joseph, setahun enam bulan dan abang tirinya, Koay Jia Hong, 5.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Junaidi Bujang berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 7.35 malam sebelum menghantar sepasukan anggota bagi menjalankan pemeriksaan.
"Ketika pemeriksaan dilakukan di rumah tersebut, pihak polis menjumpai mayat seorang wanita warga Indonesia dikenali sebagai Agnes berusia lingkungan 30-an di dalam sebuah bilik.
"Kemudian seorang mayat kanak-kanak berusia setahun enam bulan ditemui dalam sebuah bilik lain sebelum polis menemui mayat seorang lagi kanak-kanak berusia lima tahun di bilik atas rumah dua tingkat tersebut.
"Polis menemukan kesan kelar di leher ketiga-tiga mayat tersebut," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian malam ini.
Junaidi berkata, pihaknya turut menemukan tiga bilah pisau iaitu dua pisau dapur dan sebilah pisau kecil yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.
Katanya, suspek sudah bekerja selama setahun setengah di rumah tersebut dan tidak mempunyai masalah sebelum ini.
Menurut beliau, mayat kesemua mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan bunuh diri.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140226/je_02/Dua-beradik-mati-dikelar-amah#ixzz2uNa3rwf4
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bekas calon Star Sebatik mengaku tidak salah kes tipu


TAWAU 26 Feb. - Bekas calon Parti Reformasi Negeri (STAR) bagi Dewan Undangan Negeri Sebatik pada Pilihan Raya Umum ke-13, Mohd Jeffry Rosman, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap dua pertuduhan menipu seorang lelaki membabitkan wang berjumlah RM90,000, tahun lepas.
Mohd Jeffry, 39, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Suhaila Selag terhadap tuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Suhaila membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan dua penjamin tempatan bagi kedua-dua pertuduhan manakala pasportnya diserah kepada mahkamah.
Bagi pertuduhan pertama, Mohd Jeffry didakwa menipu seorang lelaki berusia 59 tahun dengan memperdaya supaya memasukkan RM30,000 ke dalam akaun miliknya bagi mendapatkan surat tawaran membina gelanggang futsal di Lahad Datu daripada Kementerian Belia dan Sukan Sabah.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu pada 28 Ogos tahun lepas kira-kira pukul 3.30 petang di sebuah bank di Jalan Mahkamah Kompleks Fajar, Tawau.
Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa memperdaya orang yang sama untuk memasukkan sejumlah RM60,000 ke akaun miliknya bagi tujuan mendapatkan surat kelulusan membina gelanggang futsal tersebut.
Perbuatan itu didakwa dilakukan pada 4 Sept tahun lepas kira-kira pukul 3 petang di tempat sama.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Inspektor Ahmad Hafizul Helmi Mohd Shahar manakala tertuduh diwakili peguam Chong Kian Ming. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140226/ma_06/Bekas-calon-Star-Sebatik-mengaku-tidak-salah-kes-tipu#ixzz2uTQgTf1i
© Utusan Melayu (M) Bhd 

"Saya sayang anak saya"



NORAZMAN Mohammad (kiri) dihadapkan ke mahkamah atas pertubuhan membunuh dan cubaan membunuh anak sendiri di Kompleks Mahkamah Kajang, semalam. - utusan/Mohd. Farizwan Hasbullah
NORAZMAN
HULU LANGAT 25 Feb. - "Saya sayang anak saya," kata seorang bapa yang menghadapi tuduhan mengelar anak perempuan bongsunya berusia tujuh tahun sehingga mati dan cuba membunuh dua lagi anak perempuannya di Bandar Baru Bangi dekat sini, bulan lalu.
Norazman Mohamad, 43, berkata demikian dengan nada perlahan semasa jurubahasa membaca semula pertuduhan terhadapnya di hadapan Majistret Abdul Jalil Salam Muhamad di Mahkamah Majistret Kajang, hari ini.
Tertuduh yang bertubuh kecil dengan sebahagian kepalanya berbalut akibat kecederaan yang dialami hanya menggeleng kepala dan berkata 'saya sayang anak saya' seterusnya mengekalkan pengakuan tidak bersalah terhadap dua pertuduhan cuba membunuh anaknya, Maryam, 10, dan Liyana, 12, sehingga menyebabkan kecederaan.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam rumah No, 21 Jalan 4/9G Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, dekat sini, kira-kira pukul 4 petang, 30 Januari lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.
Sebelum itu, pertuduhan terhadap lelaki berkenaan yang didakwa membunuh anak perempuan bongsunya, Zulaikha menggunakan parang di tempat, masa dan tarikh yang sama dibacakan semula, namun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Pertuduhan tersebut dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, S. Abirami mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
Abdul Jalil kemudian menegaskan, keputusan pemeriksaan psikiatri terhadap tertuduh tidak akan diputuskan hari ini sebaliknya menetapkan 26 Mac ini, bagi mendapatkan laporan kimia, forensik dan bedah siasat.
Norazman yang pertama kali dihadapkan ke mahkamah hari ini telah didakwa atas tiga pertuduhan tersebut di Wad 2 Lelaki, Hospital Kajang ketika dia sedang mendapatkan rawatan akibat kecederaan di kepala pada 7 Februari lalu.
Yang turut hadir mendengar prosiding kali ini ialah isterinya, Umi Supya Ismail, 42, dan anak-anak serta beberapa ahli keluarganya.
Terdahulu, peguam Norah Abu Bakar yang mewakili Norazman, memohon mahkamah membenarkan anak guamnya itu menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak.
Ini bagi membolehkan pihak pembelaan mengemukakan representasi kepada pihak pendakwaan untuk meminda pertuduhan Seksyen 302 Kanun Keseksaan sekiranya tertuduh didapati mengalami masalah mental.
Katanya, waktu sekarang adalah masa yang sesuai untuk pemeriksaan tersebut dan tindakan menunggu laporan forensik dan kimia akan mengambil masa yang lama.
Perkara ini disokong oleh seorang lagi peguam mewakili tertuduh, Nasar Khan Mirbas Khan yang memohon pemeriksaan tersebut dilaksanakan secepat mungkin bagi merujuk keadaan mental tertuduh semasa kejadian.
Bagaimanapun, Abirami membantah permohonan itu dan menegaskan, Timbalan Pendakwa Raya di Mahkamah Tinggi akan mengemukakan permohonan pemeriksaan mental itu apabila kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Tertuduh yang menganggur turut diwakili seorang lagi peguam, Lailawati Husain.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140226/ma_01/Saya-sayang-anak-saya#ixzz2uTQVY1oh
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tukang cat dijel lempar botol sos pada bapa


KOTA BHARU 25 Feb. - Perbuatanseorang tukang cat melemparkan botol sos kaca ke arah bapanya sehingga menyebabkan warga emas itu cedera Khamis lalu menerima balasan apabila dia dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman itu selepas Muhamad Sabri Cik Mat, 29, mengaku bersalah mencederakan bapanya yang terkena serpihan kaca botol itu.-UTUSAN ONLINE.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140225/ma_19/Tukang-cat-dijel-lempar-botol-sos-pada-bapa#ixzz2uTPWZVkV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mayat siap `dikafan' ditinggalkan di tepi jalan


BUKIT MERTAJAM 26 Feb. - Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui dibungkus dalam kain cadar di Jalan Perusahaan 2, Bukit Minyak di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Azman Abd. Lah berkata, mayat itu ditemui oleh seorang awam yang melalui kawasan itu kira-kira 8.45 pagi dengan kepala dan kaki mayat diikat.
"Keadaan mayat seperti sudah dikafan. Ia masih dalam keadaan sempurna, tidak berpakaian dan mulutnya berbuih. Kita percaya mungkin lelaki itu baru mati," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan mangsa mati di tempat lain sebelum mayatnya diletakkan di situ.
Tiada sebarang dokumen ditemui bersama mayat yang kemudiannya dihantar ke hospital untuk mengenal pasti punca kematian mangsa, katanya.
"Tiada sebarang kesan kecederaan di badan mayat dan tiada unsur jenayah. Kes disiasat sebagai mati mengejut bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140226/je_13/Mayat-siap-dikafan-ditinggalkan-di-tepi-jalan#ixzz2uTOKDATZ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

3 pengikut ajaran 'Tuhan Harun' direman


KUANTAN 26 Feb. - Seramai tiga lagi pengikut kumpulan ajaran sesat yang dikenali sebagai 'Tuhan Harun' direman sehingga 1 Mac ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malik pada November lalu.
Perintah ke atas Shamsinar Abdul Halim,37, beralamat di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru; Jefferi Safar,37, (Kluang, Johor) dan Zul-Fahri Muhammad, 34, (Bachok, Kelantan) dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140226/je_10/3-pengikut-ajaran-Tuhan-Harun-direman#ixzz2uTO52MuZ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mayat warga Myanmar ditemui di Teluk Cempedak


KUANTAN 26 Feb. - Mayat lelaki warga Myanmar dipercayai dibunuh ditemui di kawasan pembinaan jalan raya berhampiran Pantai Teluk Cempedak-Tok Sira di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, mayat dengan kesan kecederaan teruk di kepala itu ditemui orang awam pada kira-kira pukul 8.15 pagi. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140226/je_11/Mayat-warga-Myanmar-ditemui-di-Teluk-Cempedak#ixzz2uTNuyeQg
© Utusan Melayu (M) Bhd 

100 jenis haiwan cuba diseludup dirampas di Manila


MANILA 26 Feb. - Pihak berkuasa jabatan hidupan liar kelmarin menyatakan pihaknya berjaya merampas hampir 100 jenis haiwan eksotik yang cuba diseludup ke selatan Filipina dalam tangkapan kali kedua dalam tempoh dua minggu.
Ketua Serantau Lembaga Hidupan Liar Filipina, Ali Hajina berkata, seramai lima suspek warga Filipina yang membawa haiwan tersebut telah ditangkap dan akan didakwa kerana cuba menyeludup haiwan terlarang dan memilikinya secara haram.
Rampasan dan tangkapan itu dilakukan selepas seminggu beberapa pegawai jabatan hidupan liar di selatan Filipina menemui hampir 100 haiwan yang sama dari Australia dan Indonesia cuba dibawa masuk menggunakan sebuah van ke Manila. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140226/lu_01/100-jenis-haiwan-cuba-diseludup-dirampas-di-Manila#ixzz2uNTJGpnz
© Utusan Melayu (M) Bhd 

11 pekerja binaan maut ekoran bangunan runtuh


BANGKOK 26 Feb. - Seramai 11 pekerja binaan maut dan 18 lagi cedera apabila sebuah banguan hospital yang sedang dalam pembinaan di ibu kota Thailand runtuh, semalam.
Seorang Supritendant, Korawat Hanpradit, dari balai polis Bang Phli, Samut Prakarn berkata, bangunan itu runtuh apabila batang konkrit besar yang sedang dalam binaan dengan tiba-tiba runtuh lalu menimpa mereka.
Dua daripada mereka yang tercedera dilaporkan berada dalam keadaan kritika. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140226/lu_02/11-pekerja-binaan-maut-ekoran-bangunan-runtuh#ixzz2uNSmDwyG
© Utusan Melayu (M) Bhd