Search This Blog

Tuesday, February 25, 2014

Ibu 4 anak kena penjara ragut rantai budak

Ibu 4 anak kena penjara ragut rantai budak
Rozita Jusoh 
Kuala Terengganu: Seorang ibu empat anak dipenjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana meragut rantai leher seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun.

Rozita Jusoh, 36, yang mengaku bersalah, tunduk ketika Hakim Azhar Othman menjatuhkan hukuman terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana merompak.

Mengikut kertas pertuduhan, Rozita didakwa melarikan seutas rantai leher milik mangsa bernilai RM1,600 di sebuah rumah di Kampung Seberang Takir di sini, jam 11 pagi pada 15 Februari lalu.



Menyamar jurujual

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, Rozita pergi ke rumah nenek mangsa dengan menyamar sebagai jurujual minyak dan pisau.
Ketika kejadian, mangsa berada bersama neneknya, sebelum Rozita menarik rantai leher dipakai mangsa lalu melarikan diri dengan menaiki motosikal bersama seorang lelaki yang menunggu di luar.

Tertuduh yang mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah dan curi, ditahan di bandar ini, tiga hari selepas kejadian.

Warga Nepal dipenjara 10 tahun kes bunuh penyelia

Warga Nepal  dipenjara 10 tahun kes bunuh penyelia
Subir keluar dari Mahkamah Tinggi selepas dikenakan hukuman penjara 10 tahun.
 Johor Bahru: Seorang lelaki warga Nepal terselamat daripada hukuman gantung, selepas Mahkamah Tinggi memerintahkannya dipenjara 10 tahun kerana membunuh penyelianya, dua tahun lalu.

Subir Gole, 27, diperintah menjalani hukuman itu selepas Hakim Datuk Abd Halim Aman menukar pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 304 (b) kanun sama selepas pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan asal.

Berdasarkan kertas pertuduhan, pekerja kedai kek dan roti itu dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati kerana menyebabkan kematian Tan Ai Ping, 28.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Ming Ang Bakery House di No 12, Jalan Sutera 3, Taman Sentosa di sini, kira-kira jam 8.20 malam, 6 September 2012.

Abd Halim dalam hujahnya berkata, bukti dan keterangan mendapati tertuduh melakukan kesalahan itu selepas timbul provokasi oleh si mati secara psikologi dan fizikal sepanjang empat bulan bekerja di bawah seliaan mangsa.

“Secara rasional, tanpa mengira adat, agama dan kepercayaan, jika diungkit mengenai ibu bapa atau keturunan, itu melampaui batas dan apa hak si mati berbuat demikian.

“Mahkamah mendapati tertuduh membuat kesalahan itu tanpa niat dan perancangan, malah si mati meninggal dunia 15 jam selepas tikaman dan tidak wujud elemen niat.
“Bagaimanapun, pihak pendakwaan berjaya buktikan prima facie mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan terhadap tertuduh.

“Hukuman berdasarkan fakta dan awak (tertuduh) seharusnya berterima kasih kerana berdasarkan fakta, awak terlepas hukuman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Abd Halim memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 10 tahun bermula tarikh ditahan pada hari kejadian.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Rahimah Abdul Majid, manakala peguam K Segaran mewakili tertuduh.

Rumah runtuh dipukul ribut


WARTAWAN SINAR HARIAN
25 Februari 2014

Rumah runtuh dipukul ribut
Rumah runtuh dipukul ribut Ahmad Salleh mengangkat tiang konkrit rumah sewanya yang patah ketika hujan lebat dan ribut lewat petang kelmarin.



SUNGAI MANIK - Seorang peniaga tergamam melihat sebuah rumah sewa miliknya yang sedang dalam pembinaan roboh secara tiba-tiba ketika hujan lebat dan ribut, petang kelmarin.

Ahmad lsmail, 62, berkata, ketika kejadian kira-kira jam 7 malam itu, dia sedang berehat di anjung rumahnya di Parit 12A, di sini, sebelum melihat sendiri kepingan batu bata rumah sewanya itu runtuh satu persatu.

Menurutnya, keadaan bertambah teruk apabila secara tiba-tiba sebatang tiang konkrit pada dinding turut patah mengakibatkan batu- bata jatuh berselerak di halaman rumah dengan bunyi dentuman kuat.

“Dalam tempoh 5 minit sahaja, habis semua struktur rumah roboh,” katanya yang masih terkejut dengan kejadian tersebut.

Pembinaan kediaman merangkumi dua bilik tidur, satu ruang tamu serta ruang dapur itu bermula sejak dua minggu lalu dan dijangka siap sepenuhnya akhir bulan ini.

Rumah yang sudah siap hampir 90 peratus dengan kos berjumlah RM7,000 itu sepatutnya dijadikan rumah sewa.

Ahmad berkata, dia terpaksa membina semula kediaman yang sudah mempunyai penyewa tersebut.

Katanya, walaupun terkilan, dia bersyukur apabila tiada ahli keluarga yang mengalami kecederaan ketika insiden tersebut.

Sementara itu, sebuah rumah papan di Kampung  Chikus dekat sini turut mengalami kerosakan bumbung apabila atap zinknya  diterbangkan angin.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berhubung kejadian tersebut.

Pembantu Khas Adun Sungai Manik, Rashimah Mohd Sayed yang melawat tempat kejadian berkata, pihaknya sudah menghubungi Pejabat Daerah supaya bantuan dapat disalurkan kepada penduduk yang terjejas.

Menurutnya, bantuan bencana yang disediakan kerajaan negeri menerusi Pejabat Daerah akan diberikan kepada mangsa ribut terlibat.

“Selain itu, pihak Pejabat Dun Sungai Manik akan memberikan bantuan berbentuk peralatan seperti zink dan sebagainya untuk membaiki bumbung rumah yang rosak teruk akibat kejadian ini,” katanya.

60 kereta nyaris terbakar


WARTAWAN SINAR HARIAN
25 Februari 2014

60 kereta nyaris terbakar
60 kereta nyaris terbakar Suasana ketika pihak bomba cuba mengawal kebakaran di kawasan perindustrian Jalan Johor, petang kelmarin.

60 kereta nyaris terbakar
Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran dalam kejadian yang berlaku di kawasan perindustrian Jalan Johor.

KOTA TINGGI – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi berjaya menyelamatkan kira-kira 60 kenderaan dalam kejadian kebakaran di kawasan perindustrian Jalan Johor berhampiran Pasar Borong Kota Tinggi, petang kelmarin.

Dalam kejadian itu, kawasan semak berhampiran dua bengkel kereta terbakar sebelum api merebak dan menyambar lapan kenderaan yang diletakkan di tepi jalan.

Pemilik bengkel, Chen Then Fook, 48, berkata, dia bimbang melihat serpihan api yang berterbangan di tiup angin akan menjejaskan kenderaan lain.

“Saya bimbang kerana terdapat 60 kenderaan di kedua-dua bengkel yang terletak 15 meter dari tempat kebakaran. Kenderaan tersebut termasuklah yang diletakan di tepi jalan sebab sedang menunggu untuk dibaiki dan urusan insurans.

“Nasib baik hanya lapan kenderaan sahaja terjejas, saya anggarkan kerugian kira-kira RM25,000," katanya.

Fook berkata, dalam kejadian itu dia terpaksa menggunakan forklift untuk mengalihkan kereta sebagai langkah-langkah keselamatan.

Dalam pada itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Habab berkata, pihaknya menerima panggilan mengelirukan berkaitan lokasi kebakaran.

"Pemanggil mengatakan kawasan semak bersebelahan sebuah taman perumahan di Batu 25, Jalan Johor terbakar.

"Dua jentera bomba dan sebuah van forensik kebakaran mengambil masa kurang 10 minit untuk ke lokasi tersebut, namun dimaklumkan semula bahawa lokasi sebenar ialah di kawasan perindustrian berkenaan," katanya.

Ketika kejadian, dua letupan berlaku dipercayai berpunca daripada tin cat dan bahan cecair mudah terbakar yang dibuang ke tong sampah berdekatan kawasan kebakaran.

Lelaki maut, kekasih parah


WARTAWAN SINAR HARIAN
25 Februari 2014

Lelaki maut, kekasih parah
Lelaki maut, kekasih parah Mangsa lelaki yang cedera parah maut di tempat kejadian, manakala kekasihnya kini dirawat di Hospital Taiping.



GUNUNG SEMANGGOL - Seorang lelaki maut, manakala kekasihnya cedera parah setelah motosikal dinaiki pasangan itu terbabas ketika menuruni jalan Bukit Merah Lake Town Resort (BMLTR) dalam kemalangan, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, ketika kejadian jam 4.20 petang itu, mangsa, Mohammad Salleh Awang,39, difahamkan datang ke BMLTR untuk menjemput kenalannya yang merupakan seorang pelajar kolej perubatan di sini.

Menurutnya, mereka dipercayai sedang menuruni jalan curam di kawasan itu sebelum motosikal ditunggang mangsa terbabas lalu terperosok ke dalam longkang kecil berhampiran lereng bukit.

“Berdasarkan keterangan saksi, seorang lelaki dan wanita berusia 26 tahun dilihat terbaring di atas jalan raya dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah.

“Mangsa lelaki yang berasal dari Kuala Kurau maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badannya.

“Manakala mangsa wanita yang turut cedera parah di bahagian kepalanya kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Taiping,” katanya ketika dihubungi media, semalam.

Mat Fauzi berkata, hasil siasatan mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yahama 125Z terbabas dengan sendiri sewaktu menuruni jalan bukit yang curam itu.

Menurutnya, sebaik tiba di satu selekoh jalan, mangsa dipercayai tidak dapat mengawal motosikal ditunggangnya dan terbabas ke bahagian bahu jalan.

“Mangsa difahamkan tercampak ke bahagian tepi jalan bersama kenalan wanitanya. Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian kemudiannya dihantar ke Hospital Parit Buntar sebelum dituntut ahli keluarga,” katanya.

Kes disiasat Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dua beradik maut ketika ke sekolah


AZURA MOHAMAD
25 Februari 2014

Dua beradik maut ketika ke sekolah
Dua beradik maut ketika ke sekolah Ilustrasi

Dua beradik maut ketika ke sekolah
Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

KUALA KRAI – Seorang ibu dari Kampung Jelkih, dekat sini, terkilan tidak sempat memenuhi permintaan terakhir salah seorang anaknya supaya membeli selipar dan seluar baharu setelah kedua-dua maut dalam kemalangan  di Kilometer 96, Jalan Kota Bharu-Gua Musang, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa, Haizum Ibrahim,17, dan adiknya, Nurasmaida,14,  dalam perjalanan ke sekolah, maut setelah  motosikal mereka dirempuh sebuah kereta dari arah Kota Bharu.

Kedua-dua mangsa yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Laloh cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ibu mereka, Rohani Mohamad, 43, berkata, dia dimaklumkan mengenai tragedi itu oleh adiknya yang  menyuruhnya ke lokasi berkenaan tanpa diberitahu apa yang berlaku.

“Ketika tiba di tempat kejadian saya terkejut melihat mayat kedua-dua anak perempuan saya terbujur kaku di atas jalan. Tubuh saya lemah longlai dan kaki saya tidak berdaya untuk mendekati jenazah kedua-dua mereka, tetapi saya kuatkan semangat untuk menerima takdir Tuhan,” katanya.

Menurutnya, ketika itu terlintas dalam  fikiran kedua-dua anaknya itu sejak tiga minggu lalu membuat segala-galanya bersama-sama, termasuklah tidur sekatil.

“Saya tidak menduga langsung kedua-dua mereka juga akan meninggal bersama-sama,” katanya yang cuba menerima kenyataan keakraban anaknya bukan sahaja ketika mereka masih hidup malah hingga ke akhir hayat.

Ibu enam anak ini berkata, dia tidak akan melupakan detik-detik terakhir bersama kedua-dua anak perempuannya itu.

Katanya, dia sempat memeluk dan mencium kedua anaknya itu seperti dilakukan selalu sebelum mereka keluar untuk ke sekolah kira-kira jam 6.50 pagi semalam.

Rohani berkata, perubahan paling ketara kedua-dua anaknya itu ialah apabila mereka memanggilnya mama sedangkan sebelum itu mereka menyebut ma sahaja.

“Saya tidak kisah apa sahaja panggilan anak-anak kepada saya, tapi sejak dua tiga minggu lalu mereka memanggil saya mama. Jika kakak memanggil saya mama, adiknya pun ikut memanggilnya dengan panggilan serupa, tapi saya biarkan sahaja.

Saya tak sangka perubahan itu membawa maksud rupanya mereka akan pergi buat selama-lamanya,” katanya.

Katanya, dia tidak menyangka permintaan terakhir, Nurasmaida, anak kelima daripada enam beradik yang begitu beria-ia untuk  mendapatkan seluar dan selipar baru.

Menurutnya, dia dan suami bukan sengaja tidak mahu memenuhi kehendak anaknya tetapi terpaksa menangguhkan seketika pembeliannya memandangkan beberapa keperluan lain perlu disegerakan.

“Pada hari sebelumnya, Nurasmaida ada beritahu dia hendak ke bandar Kuala Krai untuk membeli selipar kerana begitu teringin mendapatkan selipar baru.

“Pada masa sama dia juga memaklumkan kepada saya hendak membeli seluar yang ada garisan kecil berwarna  pada  bahagian tepinya. Cara dia meminta untuk membeli seluar dan selipar agak lain dari biasa, dia seolah-olah ingin segera mendapatkan kedua-duanya,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Nuraddin Wahab berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian, motosikal ditunggang mangsa keluar dari simpang Lata Rek ke Laloh.

Menurutnya, motosikal mereka berlanggar dengan kereta yang datang dari arah Kota Bharu menyebabkan mereka tercampak ke atas jalan.

“Kedua-dua mangsa cedera di kepala dan maut di tempat kejadian, sementara pemandu kereta yang merupakan seorang pengurus bank tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Motosikal mangsa rosak teruk di bahagian hadapan sementara kereta milik pengurus bank itu rosak teruk di bahagian kiri sebelah hadapan,” katanya.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) 1987 Akta Pengangkutan Jalan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat dan dituntut keluarga kira-kira jam 3 petang semalam untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam  Bukit Budu, Lata Rek.

28 jahitan diserang anjing resah


Georgetown: Seorang wanita berhadapan detik cemas diserang seekor anjing dipercayai jenis German Shepherd milik jirannya sejurus haiwan berkenaan terlepas daripada kurungan dalam kejadian di Solok Bukit Jambul, di sini, pagi kelmarin.

Akibat serangan itu, mangsa, Badriah Hanani Abu Bakar, 53, terpaksa menerima 28 jahitan iaitu 13 di kepala, 12 di lengan kiri dan tiga di paha kanannya.


Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 pagi di luar pekarangan rumahnya, mangsa dikatakan bersembang dengan jirannya yang ketika itu sedang mengutip bunga.



“Ketika itu, saya melihat anjing milik jiran dalam keadaan resah dan membuat bising. Bagaimanapun, kami tidak menghiraukannya dan terus berbual kerana menyangka haiwan itu tidak akan bertindak agresif.


“Tanpa saya sedari anjing yang tingginya separas pinggang orang dewasa itu terus menerkam ke arah kami lalu menggigit paha saya. Saya hanya mampu menjerit, tetapi gagal menghentikan serangan anjing itu,” katanya.


Katanya, dia cuba melawan, tetapi berikutan anjing itu bertindak agresif menyebabkan dia terjatuh sebelum pengsan akibat terlalu panik selepas melihat pahanya ditembusi gigi tajam haiwan berkenaan.

Mangsa bagaimanapun bernasib baik apabila pemilik anjing berkenaan yang menyedari kejadian itu terus bergegas keluar untuk menenangkan haiwan berkenaan ketika itu masih lagi menyerang mangsa.


“Walaupun sudah rebah, anjing itu sekali menggigit lengan kiri saya sebelum dihalang tuannya. Saya kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan akibat kecederaan itu,” katanya sedang menerima rawatan di Hospital Pantai Bayan Baru, semalam.

Suami mangsa, Suhaimi Ismail, 59, berkata, dia berlari keluar untuk membantu isterinya, tetapi terkedu apabila mendapati anjing itu dalam keadaan agresif sedang menyerang isterinya.


Berikutan kejadian itu, Suhaimi membuat laporan di Balai Polis Sungai Nibong, petang kelmarin, diikuti aduan susulan kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) pagi semalam.


“Diharapkan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya kerana membabitkan keselamatan orang ramai di kawasan perumahan.


“Saya juga bimbang sekiranya kejadian sama akan berulang dan menimpa orang lain,” katanya.


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan kejadian serangan haiwan terbabit.


Difahamkan, pihak JPV juga sudah mengambil tindakan susulan dengan merampas anjing berkenaan untuk tindakan selanjutnya petang semalam dan siasatan juga dijalankan bagi mengesahkan sama pemiliknya mempunyai lesen sah untuk memelihara haiwan berkenaan.


Sementara itu, rakan mangsa yang turut berada di lokasi dan menyaksikan kejadian itu dilaporkan tidak cedera.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/25

Maut tak sempat tamat pengajian


Kota Kinabalu: Hasrat dua pelajar tahun akhir Universiti Malaysia Sabah (UMS) menamatkan pengajian mereka bersama terkubur apabila kedua-dua mereka maut selepas kereta dinaiki dirempuh bas ekspres ketika membuat pusingan U di Jalan Tuaran Bypass, Menggatal, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 malam berhampiran persimpangan lampu isyarat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandaraya, pemandu, Shazwan Hazlami, 23, dan penumpang hadapan Nurashila Abdullah, 23, mati di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.


Difahamkan, pasangan pelajar itu dipercayai membuat pusingan U untuk ke pusat futsal berhampiran.



Ketika membuat pusingan U, sebuah bas dalam perjalanan dari arah bandar raya menuju ke Tawau membawa 35 penumpang gagal mengelak lalu merempuh kenderaan dinaiki pasangan terbabit.


Rempuhan kuat itu menyebabkan kenderaan PERODUA Viva terbabit diseret lebih 70 meter dan terperosok di bawah bas.


Kedua-dua mangsa yang tersepit meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu bas ekspres bersama semua penumpang tidak cedera.

Menurut Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Jauteh Dikun, siasatan awal mendapati bas ekspres membawa 33 penumpang bersama dua pemandu gantian baru bertolak dari stesen bas Inanam menuju ke Tawau.


“Sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat berhampiran SMK Bandaraya, bas terbabit gagal mengelak kenderaan dinaiki mangsa yang membuat pusingan U,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/2

Penyamun cat semula barang curi


Hulu Selangor: Polis menahan tiga lelaki dipercayai terbabit menyamun sebuah kilang peralatan pembinaan di Bukit Beruntung, Rawang, 18 Februari lalu dalam dua serbuan berasingan di Puchong, Selangor dan Air Tawar, Perak, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Shukri Yaacob berkata, tiga lelaki berusia 35 hingga 50 tahun itu mengaku menyamun kilang berkenaan, malah seorang daripada mereka juga ditugaskan untuk mengecat semula peralatan yang disamun itu.


“Soal siasat yang dijalankan mengesahkan suspek mengaku menyamun kilang itu bersama empat lagi rakan mereka yang masih bebas.



“Bagaimanapun, belum ada sebarang maklumat berhubung saki baki anggota geng itu. Polis masih mengesan keempat-empat suspek berkenaan berdasarkan keterangan dan bukti yang diperoleh,” katanya.


Katanya, modus operandi kumpulan itu ialah mengecat semula semua peralatan yang dicuri sebelum dijual kepada pelanggan sedia ada bagi mengaburi mata pihak berkuasa.


“Antara barangan yang dirampas termasuklah empat jana kuasa elektrik dan dua lori dipercayai hasil samun dianggarkan bernilai RM500,000,” katanya.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 11.45 malam, 18 Februari lalu, tujuh lelaki bertopeng yang bersenjatakan parang dan kayu menyamun sebuah kilang peralatan pembinaan jalan raya dengan mengikat tiga pengawal keselamatan kilang berkenaan.


“Ketika kejadian, tiga pengawal keselamatan yang sedang bertugas diacu parang,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/25

Yanukovich diburu


Kiev: Presiden Ukraine yang disingkirkan, Viktor Yanukovich disenarai sebagai individu dikehendaki pihak berkuasa negara itu kerana dipercayai melakukan pembunuhan massa.

Pemangku Menteri Dalam Negara, Arsen Avakov semalam berkata, kes mengenai dakwaan terhadap Yanukovich itu sudah dibuka secara rasmi. “Yanukovich dan individu lain yang bertanggungjawab dalam kejadian itu sudah diumum sebagai orang yang dikehendaki,” katanya dalam akaun Facebook. Yanukovich, 63, melarikan diri dari Kiev menaiki helikopter Sabtu lalu, tiga hari selepas rakyat Ukraine bangkit menentang kerajaannya dan lebih 80 orang terbunuh dalam konflik berkenaan.


Avakov berkata, setakat semalam Yanukovich berada di wilayah Crimea yang menyokong Russia. Pergerakan Yanukovich dilaporkan tidak menentu.


Sejak Sabtu lalu, Yanukovich dan ketua pentadbirannya, Andriy Klyuev meninggalkan Kiev untuk ke Kharkiv di timur Ukraine sebelum menuju kubu kuatnya di Donetsk.


Bagaimanapun, pengawal sempadan menghalang Yanukovich dan Klyuev meninggalkan negara itu, memaksa mereka menukar haluan ke semenanjung Crimea. Berdasarkan kenyataan Avakov, Yanukovich melarikan diri ke lapangan terbang tentera di Belbek, Crimea sebaik saja mengetahui dia disingkirkan daripada jawatan presiden secara rasmi. Yanukovich kemudian berpindah ke lokasi lain apabila mendapat tahu pegawai tertinggi Kementerian Dalam Negara dan pasukan keselamatan Ukraine sedang menunggunya di situ. Di sebuah kediaman persendirian di wilayah Balaclava, dia mengumpul pengawal keselamatannya dan memberi pilihan sama ada menyertainya atau berpisah. “Yanukovich juga membebaskan dirinya daripada kawalan keselamatan rasmi kerajaan,” katanya. Sesetengah pengawal keselamatan itu kemudian meninggalkan Yanukovich dan menyerahkan senjata mereka kepada pihak berkuasa Crimea. “Dengan baki pengawal keselamatan yang ada, Yanukovich ditemani Klyuev melarikan diri dengan tiga kereta ke destinasi tidak diketahui.


“Semua sistem komunikasi dengan mereka terputus,” katanya. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/25

Ditembak ketika minum


Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Azahar Hashim

Kuala Lumpur: Dua lelaki cedera ditembak dalam kejadian berasingan di Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama dan di Taman Makmur, Lunas, Kulim, malam tadi.

Dalam kejadian di Taman Sri Sentosa, seorang pemandu van pelancong cedera akibat ditembak berdekatan sebuah kedai serbaneka 9.30 malam tadi.



Mangsa yang berusia 27 tahun dipercayai terkena dua das tembakan dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan kecemasan.

Sementara itu di Kulim, seorang lelaki cedera parah selepas terkena dua das tembakan pada perut dan kaki kanan di sebuah kedai kopi di Taman Makmur, Lunas, kira-kira jam 8.30 malam tadi.

Foto
Anggota polis memeriksa lokasi kejadian seorang lelaki ditembak dari jarak dekat di Taman Makmur, Lunas. FOTO Azahar Hashim
Foto
POLIS menyiasat lokasi kejadian tembak seorang lelaki di Sri Sentosa, Jalan Klang Lama. FOTO Shahrul Redzuan

Foto
Anggota polis memeriksa restoran di mana mangsa di tembak di Taman Makmur, Lunas. FOTO Azahar Hashim
Mangsa berusia 39 tahun dipercayai tembak ketika sedang berbual bersama seorang rakannya sebelum didatangi seorang daripada dua suspek.


Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Salleh berkata, sebelum kejadian beberapa pelanggan lain turut berada di dalam kedai kopi berkenaan tetapi di meja berasingan.

"Secara tiba-tiba seorang lelaki yang memakai topi keledar meluru masuk lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa.

"Rakan mangsa serta beberapa pelanggan lain sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami kecederaan.

"Mangsa yang mengalami kecederaan di badan serta kaki kanan dikejarkan ke Hospital Kulim untuk rawatan dan kini dilaporkan dalam keadaan kritikal," katanya.

Katanya, motif sebenar kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/25

Nelayan Filipina ditembak meriam air China


Manila: Ketua tentera Filipina semalam menuduh pengawal pantai China melepaskan tembakan meriam air ke arah nelayan mereka sebagai tekanan meninggalkan perairan dipertikai kedua-dua negara.

Jen Emmanuel Bautista berkata, tentera laut China melakukan tindakan itu di Beting Scarborough pada 27 Januari lalu.


“Pengawal pantai China cuba menghalau nelayan Filipina sehingga menggunakan meriam air,” katanya kepada Persatuan Wartasan Asing Filipina.


Perairan itu dianggap sensitif kerana kedudukannya yang strategik dan dituntut banyak negara, termasuk China dan Filipina. Beting Scarborough terletak kira-kira 220 kilometer dari Pulau Luzon dan 650 kilometer dari Hainan, China. Pada April 2012 hubungan Manila Beijing tegang sehinggalah tentera Filipina berundur dari kawasan berkenaan yang kaya dengan ikan. Perairan itu turut dituntut Brunei, Malaysia, Taiwan dan Vietnam.


Bautista tidak menyatakan sama ada tindakan pengawal pantai China itu menyebabkan sebarang kecederaan kepada nelayan Filipina. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/25

2 beradik ‘pergi’ serentak


Oleh Rohaida Omar

Kuala Krai: Seorang ibu terkulai lemah sehingga terpaksa dipapah ahli keluarganya selepas melihat mayat dua anak perempuannya yang maut akibat kemalangan terbujur kaku atas jalan raya di simpang empat Laloh, Kilometer 98, Jalan Kota Bharu-Gua Musang, semalam.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, Haizum Ibrahim, 17, dan adiknya Asmaida Ibrahim, 14, pelajar sekolah Menengah Kebangsaan Laloh dalam perjalanan dari rumah mereka di Kampung Jelkis, Lata Rek, dekat sini, ke sekolah yang jaraknya tiga kilometer dengan menunggang motosikal Honda Wave sebelum berlanggar dengan kereta PROTON Perdana.



Kejadian dipercayai berlaku apabila Haizum yang menunggang motosikal tanpa lesen keluar dari simpang Lata Rek ke Laloh melanggar bahagian depan sebelah kiri PROTON Perdana dipandu pengurus bank berusia 54 tahun yang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Gua Musang.

Dua beradik itu yang tidak memakai topi keledar tercampak ke atas jalan raya dan maut akibat cedera parah di kepala, manakala pemandu kereta tidak cedera walaupun kereta dipandunya terbabas melanggar papan tanda.

Foto
ANGGOTA polis mengangkat mayat Haizum dan Asmaida yang maut dalam kemalangan, semalam.


Mayat anak keempat dan kelima daripada enam beradik itu dibawa ke Hospital Kuala Krai (HKK) untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga mereka dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Budu, Lata Rek,dekat sini, selepas Solat Asar, semalam.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/25

Sebar gambar aib dendam putus cinta


Miri: Kerana dendam dan tidak dapat menerima hakikat hubungan cinta terputus di tengah jalan, seorang lelaki bertindak menyebarkan gambar bogel dan video bekas teman wanitanya dalam keadaan mengaibkan sejak seminggu lalu.

Difahamkan, mangsa berusia 29 tahun yang bekerja di sebuah syarikat swasta di sini, memutuskan hubungan dengan bekas teman lelakinya sejak awal bulan ini kerana tidak tahan sikap panas barannya.


Tindakan wanita terbabit menolak permintaan kembali menjalinkan hubungan menyebabkan lelaki berusia 35 tahun itu berang dan menyebarkan gambar bogel mangsa di laman sosial.



Sumber berkata, mulanya mangsa tidak mengendahkan ugutan lelaki terbabit sehingga pada Rabu lalu dia menerima pesanan melalui WeChat dari seorang rakan yang ternampak gambar bogelnya dimuatkan dalam Facebook.


Lebih teruk, katanya, lelaki terbabit turut membuka sebuah lagi akaun Facebook untuk menyebarkan gambar bogel dan video lucahnya selain turut dimuatkan ke YouTube.


“Mangsa menghubungi lelaki itu, namun dia menafikan bertanggungjawab mengenai penyebaran gambar dan video lucah berkenaan.

“Temberang lelaki itu terbongkar apabila dia memarahi mangsa dan memaklumkan penyebaran gambar bogel dan video lucah sebagai balasan tindakannya memutuskan hubungan mereka,” katanya.


Berikutan itu mangsa ditemani seorang rakan membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut, kelmarin.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/25

11 korban banjir, tanah runtuh

Jakarta: Hujan lebat menyebabkan banjir dan tanah runtuh, mengorbankan sekurang-kurangnya 11 orang di Papua, Indonesia, kata pegawai kerajaan semalam.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho berkaa, dua orang masih hilang selepas tanah runtuh berlaku di tiga lokasi berbeza di ibu negeri Papuan, Jayapura. “Lebih 50 rumah musnah akibat bencana itu yang berlaku akibat hujan lebat sejak malam Sabtu,” katanya. Hujan turut menyebabkan air di tiga sungai di Jayapura melimpah. Menurut Sutopo, gerakan menyelamat kini dijalankan bersama tentera, polis dan sukarelawan.


Musim tengkujuh sering menyebabkan banyak kejadian tanah runtuh dan banjir setiap tahun di Indonesia. - AP


Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/25

Budak mangsa ketiga bom


Kanak-kanak itu mati selepas cedera dalam serangan bom tengah hari kelmarin di kawasan beli-belah berhampiran lokasi penunjuk perasaan antikerajaan berkumpul.

Adik lelakinya berusia empat tahun dan seorang wanita turut terkorban dalam letupan yang menyebabkan darah membasahi jalan raya di kawasan menempatkan gerai, hotel mewah dan pusat beli belah utama. Sebelum ini, seorang budak berusia lima tahun ditembak mati oleh orang tidak dikenali ketika perhimpunan penunjuk perasaan antikerajaan di Trat, wilayah timur Thai.
Kematian tiga kanak-kanak yang mengejutkan itu mendapat kritikan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-Moon.

Dalam kejadian kelmarin, polis berkata, penyerang menggunakan pelancar bom jenis M79 untuk menyasarkan orang ramai.

Sementara itu, seorang anggota polis juga mati semalam, hampir seminggu selepas ditembak di kepala ketika kejadian berbalas tembakan dengan penunjuk perasaan.
Foto
KUMPULAN antikerajaan membawa bendera Thailand ketika menunjuk perasaan di perkarangan Kementerian Luar di Bangkok, semalam.
Enam orang termasuk dua polis terbunuh dalam kejadian itu.

Jumlah kematian terbaru itu menjadikan angka korban sepanjang empat bulan tunjuk perasaan antikerajaan diadakan kepada 21 orang. Keganasan itu turut mencederakan 700 yang lain.
Kebanyakan keganasan berlaku di Bangkok.

Krisis melanda Thailand ketika ini adalah terburuk sejak tunjuk perasaan Baju Merah yang menentang kerajaan pimpinan Parti Demokrat pada 2010 mencetuskan rusuhan dan rampasan kuasa tentera meragut 90 nyawa.

Perdana Menteri Yingluck Shinawatra dalam akaun Facebooknya mengecam serangan hujung minggu itu disifatkannya sebagai ‘keganasan untuk kepentingan politik’ dan berkata, kematian kanak-kanak terbabit sungguh menyedihkan. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/25

Buruh mati tersimbah 13 tan cecair logam panas


Tokyo: Seorang buruh terbunuh selepas 13 tan cecair logam yang dilebur terjirus ke seluruh tubuhnya.

Kazuki Tada, 23, sedang bekerja pada Sabtu lalu di bawah bekas besar mengandungi logam aloi yang sudah dipanaskan pada suhu 1,300 darjah Celsius di tapak pembinaan Nippon Denko di barat daya Jepun. Polis berkata, bekas yang tergantung di udara itu menjadi tidak seimbang lalu menyebabkan cecair itu jatuh ke atas tubuh Tada.


Siasatan terhadap kejadian itu masih dijalankan, kata jurucakap polis. - AFP



Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/25

Keterangan Ammar bercanggah


AMMAR


KUALA LUMPUR - Perbicaraan yang memasuki hari keempat pasangan Malaysia, Azizul Raheem Awalludin dan isterinya, Shalwati Norshal di Sweden semalam menyaksikan keterangan anak kedua mereka, Ammar, 12 tidak konsisten.
Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, rakaman video Ammar yang ditayangkan pihak pendakwaan semalam menyaksikan budak itu mendakwa hanya dipukul ibunya sekali dalam tempoh sebulan.
Katanya, kenyataan tersebut mengelirukan kerana sebelum ini, Ammar pernah mendakwa dipukul lebih 1,000 kali dalam tempoh setahun oleh ibunya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0225&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2uICSXvfM 
Hakcipta terpelihara 

2 pelajar UMS maut kemalangan



ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat Nurashila yang maut selepas kenderaan dinaikinya dan Shahzwan diseret sejauh 70 meter oleh sebuah bas ekspres di Jalan Tuaran By Pass, Kota Kinabalu, Sabah kelmarin.


KOTA KINABALU - Tindakan seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) melakukan pusingan U di sebuah lampu isyarat mengundang padah apabila kereta dipandunya itu dirempuh sebuah bas ekspres di Jalan Tuaran By Pass di sini kelmarin.
Kejadian pukul 8 malam itu menyebabkan pelajar UMS yang memandu kereta jenis Perodua Viva tersebut, Shahzwan Hazlami Sharidzuan, 23, dan penumpang, Nurashila Abdullah, 23, yang juga merupakan pelajar UMS maut setelah kenderaan itu diseret sejauh 70 meter selepas dirempuh bas berkenaan
Shahzwan yang berasal dari Sandakan dekat sini dan Nurashila dari Miri, Sarawak meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala dan badan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0225&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2uIC817AZ 
Hakcipta terpelihara 

Kepala koyak digigit anjing jiran


SUHAIMI (kanan) bersama anaknya, Ezamil melihat kecederaan yang dialami Badriah Hanani.- NOOR HASLIZA NUSI


GEORGE TOWN - Seorang wanita warga emas terpaksa menerima 28 jahitan di kepala, paha dan lengan selepas diserang seekor anjing peliharaan jirannya di luar pekarangan rumahnya di Solok Bukit Jambul di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi itu, mangsa, Badriah Hanani Abu Bakar, 53, sedang berbual dengan seorang jiran di hadapan kediamannya sebelum diterkam seekor anjing dipercayai jenis German Shepherd.
Difahamkan, anjing tersebut terlepas daripada kurungan sebaik pintu pagar rumah tuannya terbuka. Jarak antara rumah mangsa dan jiran terbabit terletak kira-kira 80 meter.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0225&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2uIBXB7Co 
Hakcipta terpelihara 

Bekalan air di Selangor dicatu


SEBAHAGIAN penduduk Pangsapuri Sri Tioman 2 mendapatkan bekalan air dari Masjid Salahuddin Al-Ayubi di Taman Melati, Gombak.


SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor mengumumkan untuk melaksanakan catuan bekalan air di seluruh negeri mulai hari ini bagi menangani masalah penyaluran air di kawasan yang terjejas terutamanya di Batu 11, Cheras dan Bukit Tampoi, Dengkil.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, melalui program itu, kawasan yang terbabit akan mendapat bekalan air selama dua hari diikuti catuan bagi dua hari berikutnya.
Menurut beliau, tempoh catuan air itu akan diteruskan sehingga ke satu masa yang sesuai dengan jangkaan ia berlarutan sehingga penghujung Mac depan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0225&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2uIAlCY6U 
Hakcipta terpelihara 

Sepasang kekasih edar ganja

MOHMAD (dua dari kanan) menunjukkan ketulan ganja mampat yang dirampas daripada sepasang kekasih di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Kegiatan sepasang kekasih yang memperoleh pendapatan lumayan dengan mengedar dadah berakhir apabila mereka diberkas polis dalam satu serbuan di kawasan letak kereta berhampiran hentian bas Jalan Duta di sini Khamis lalu.
Difahamkan, sebelum tangkapan pada pukul 2.45 pagi, lelaki berusia 30 tahun dan teman wanitanya berusia 20 tahun itu dipercayai sedang menunggu pelanggan di dalam sebuah kereta.
Bagaimanapun, polis bertindak pantas dengan menahan mereka dan berjaya menemui dadah jenis ganja seberat 45.5 kilogram bersama pasangan tersebut bernilai RM100,000.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0225&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2uIBr9r1m 
Hakcipta terpelihara 

Rasuah, salah guna kuasa polis di Sabah kes terpencil


KOTA KINABALU 25 Feb. - Kes rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan anggota polis di negeri ini adalah kes terpencil dengan hanya membabitkan empat kes tahun lalu dan tindakan lanjut telah dilaksanakan terhadap mereka.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib bagaimanapun menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai atau anggota yang didapati melakukan kesalahan itu.
"Kita amat komited dalam mengatasi perkara ini termasuklah mengambil tindakan tatatertib, buang kerja atau dibicarakan di mahkamah," katanya selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini hari ini.
Tambahnya, bermula awal tahun ini sehingga 23 Februari lalu sebanyak 48 kertas siasatan tatatertib termasuk kes rasuah dibuka, berbanding hanya 23 kertas siasatan bagi tempoh sama pada tahun lalu.
"Salah satu kaedah menangani perkara ini ialah para pegawai atau penyelia perlu memainkan peranan aktif bagi menegur anggota yang melakukan kesalahan agar perlakuan negatif dihindarkan," katanya.
Dalam pada itu, mengulas kes seorang anggota polis yang ditahan di Tawau, Sabtu lalu, Hamza berkata, suspek ditahan kerana membawa pulang kereta peronda dan sepucuk pistol tanpa kebenaran.
Difahamkan, suspek berusia 30-an itu mengamuk kerana tidak berpuas hati setelah mendapati dia tersenarai untuk dipindahkan ke balai polis di daerah lain.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140226/je_09/Rasuah-salah-guna-kuasa-polis-di-Sabah-kes-terpencil#ixzz2uNdvHi75
© Utusan Melayu (M) Bhd 

21 nelayan Vietnam diberkas


PASIR PUTEH 25 Feb. - Seorang tekong dan 20 awak-awak warga Vietnam diberkas kerana tidak memiliki dokumen serta permit keizinan untuk memukat di perairan negara berhampiran muara Tok Bali, dekat sini semalam.
Kesemua nelayan asing itu diberkas selepas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot yang menggunakan nombor pendaftaran negara ini dilokasi kejadian kira-kira pukul 11 pagi, kata Pegawai Memerintah Kapal Maritim Amanah, Leftenan Komander Sahrih Samsudin di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140225/je_16/21-nelayan-Vietnam-diberkas#ixzz2uNdjGgr0
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bakar diri tuntut tanah di India

BEBERAPA anggota polis cuba memadamkan api yang menjilat Boro.- AFP


GUWAHATI, India - Seorang aktivis hak asasi manusia, Pranab Boro membakar dirinya di depan pejabat Sekretariat Assam di sini semalam.
Dia mencurahkan petrol pada badannya sendiri sebelum bertindak menyalakan api dan membakar dirinya.
Boro yang berusia 45 tahun melakukan perbuatan itu bagi menuntut tanah untuk penduduk tempatan di beberapa lokasi di negeri Assam.
Namun, beberapa anggota polis berjaya memadamkan api yang menjilat tubuhnya.
Dia turut dihantar ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan.
Boro kemudian bagaimanapun meninggal dunia selepas hampir keseluruhan badannya melecur akibat dijilat api.
Lelaki itu merupakan anggota persatuan pembela hak petani iaitu Krisak Mukti Sangram Samiti. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0225&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2uHn7G02k 
Hakcipta terpelihara 

Pelajar terbunuh dirempuh guru


SEREMBAN 25 Feb. - Seorang pelajar tingkatan enam maut selepas motosikal ditungganginya terbabas sebelum merempuh sebuah kereta yang dipandu seorang guru dalam kemalangan di Jalan Seremban-Tampin dekat kuari Eng Lian di sini hari ini.
Mangsa, N. Thinesh, 19, dari Ladang Perhentian Tinggi, Sungai Gadut dekat sini mati di tempat kejadian dalam kejadian pukul 7.20 pagi itu akibat kecederaan parah di kepala, menurut jurucakap polis di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140225/je_14/Pelajar-terbunuh-dirempuh-guru#ixzz2uNdRXKws
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiga maut pesawat terhempas di Atlanta

SEBUAH pesawat ringan terhempas di sebuah lapangan terbang di LaGrange, Georgia pada Sabtu lalu.- WSBTV


ATLANTA - Sebuah pesawat ringan terhempas di sebuah lapangan terbang di LaGrange, Georgia di Amerika Syarikat di sini menyebabkan tiga orang maut, lapor akhbar New York Daily News semalam.
Pesawat tersebut yang sedang membuat satu latihan penerbangan terjunam selepas cuba mengelak sebuah peluncur udara pada kira-kira pukul 2.07 petang waktu tempatan pada Sabtu lalu.
Mangsa yang terbunuh itu dikenali sebagai, Vincent Michael Rossetti, 60, Willy Lutz, 69, dan Jeffery Van Curtis, 53.
Beberapa saksi berkata, mereka melihat pesawat dua enjin jenis Beechcraft Baron itu terjunam selepas ia mengelak peluncur udara itu yang tiba-tiba berada di laluan mereka.
"Selepas terhempas, pesawat itu tidak terbakar atau mengeluarkan asap tetapi semua penumpang mati serta-merta akibat impak yang kuat,'' kata seorang saksi, Rusty Miller. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0225&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2uHmlioEx 
Hakcipta terpelihara 

Polis temui 'petunjuk penting' kes bunuh pegawai JAIP


KOTA KINABALU 25 Feb. - Polis menemukan `petunjuk penting' dalam siasatan kes pembunuhan Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Allahyarham Ahmad Raffli Abdul Malik, November tahun lalu.
Ini berikutan penangkapan tiga individu di Papar dekat sini Sabtu lalu yang menemukan beberapa dokumen, telefon bimbit dan komputer riba serta wang tunai RM6,000 yang dipercayai ada kaitan dengan kes tersebut.
"Dua daripada suspek tersebut dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan Allahyarham Ahmad Raffli," kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140225/je_12/Polis-temui-petunjuk-penting-kes-bunuh-pegawai-JAIP#ixzz2uNd8OkqK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pejabat Malaysiakini disimbah cat merah


KUALA LUMPUR 25 Feb. - Pejabat portal pro pembangkang, Malaysiakini di Jalan Bangsar Utama di sini, disimbah cat merah oleh individu tidak dikenali hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, turut ditemui adalah sebuah kotak mengandungi seekor itik hidup yang diikat lehernya.
Kotak itu ditemui berdekatan pintu masuk pejabat tersebut. - UTUSAN ONLINE.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140225/je_10/Pejabat-Malaysiakini-disimbah-cat-merah#ixzz2uNcwEWgm
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wanita muda miliki dadah ditahan polis


LAHAD DATU 25 Feb. - Polis menahan seorang wanita dan merampas dadah jenis syabu seberat 177.99 gram dengan anggaran nilai pasaran kira-kira RM75,000 di hadapan sebuah restoran makanan segera di Bandar Sri Perdana di sini semalam.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Shamsudin Mat berkata, suspek berusia 24 tahun yang dipercayai sedang menunggu seseorang ditahan kira-kira pukul 3.30 petang dan hasil pemeriksaan menemukan tujuh paket plastik lutsinar disyaki dadah jenis syabu yang disimpan dalam tas tangan yang dipegangnya.- UTUSAN ONLINE.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140225/je_09/Wanita-muda-miliki-dadah-ditahan-polis#ixzz2uNcjoEzO
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pembunuhan bekas Pengerusi DAP Kampung Jering tiada kaitan politik


IPOH 25 Feb. - Kes pembunuhan bekas pengerusi DAP Kampung Jering di Ayer Tawar dekat sini minggu lepas tidak mempunyai sebarang kaitan politik atau melibatkan isu perkauman, kata Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.
Beliau berkata oleh yang demikian siasatan polis kini diteruskan dengan lebih mendalam ke arah aspek pergaulan sosial, keperibadian serta hubungan kekeluargaan mangsa.
"Selain itu kita juga meneliti aspek perniagaan yang dijalankannya kerana mangsa merupakan seorang kontraktor yang terlibat dalam kerja-kerja pembersihan serta tanaman semula kelapa sawit yang dijalankan secara berskala besar," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini. -BERNAMA.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140225/je_07/Pembunuhan-bekas-Pengerusi-DAP-Kampung-Jering-tiada-kaitan-politik#ixzz2uNcWtrA2
© Utusan Melayu (M) Bhd 

17 Ditahan Berhubung Kes Tembak Premis Di Sabah


KOTA KINABALU 25 Feb. - Sebanyak 17 suspek sudah ditahan berhubung kes menembak premis di sekitar bandar raya ini serta Penampang bulan lalu.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, kebanyakan mereka adalah rakyat tempatan yang berumur antara 20 hingga 50 tahun yang ditahan di pelbagai lokasi di seluruh Sabah dari 27 Januari hingga 17 Februari lalu.
Bagaimanapun enam daripada suspek yang diberkas melalui 'Ops Cermin' itu telah dibebaskan dengan jaminan polis.
"Setakat ini kita telah menerima 50 laporan, jadi kita membuka 50 kertas siasatan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini Selasa.
Dinding dan pintu kaca 46 premis seperti bank, salun dan premis makanan segera dilapor ditembak pada malam 10 Jan lalu.
Hamza berkata, turut dirampas ialah beberapa laras senjata dan kenderaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 32 Akta Senjata Api 1960. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140225/je_06/17-Ditahan-Berhubung-Kes-Tembak-Premis-Di-Sabah#ixzz2uNcN41Pv
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mayat lelaki ditemui berhampiran tapak projek hospital


SHAH ALAM 25 Feb. - Seorang pekerja binaan sebuah hospital di Seksyen 7 di sini menemukan mayat seorang lelaki di tepi jalan berhampiran tapak projek awal pagi ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140225/je_04/Mayat-lelaki-ditemui-berhampiran-tapak-projek-hospital#ixzz2uNcBErLM
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pelajar perempuan maut dilanggar bas


BELURAN 25 Feb. - Seorang pelajar perempuan maut selepas dilanggar bas sekolah ketika dalam perjalanan ke sekolah di Km38, Jalan Sapi-Nangoh dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Beluran DSP Sivanathan Velautham berkata mangsa dikenali sebagai Siti Nur Hajidah Ajid, 16, pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Sapi Beluran.
"Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, mangsa dilanggar sebuah bas sekolah milik sebuah syarikat perladangan yang dipandu seorang lelaki berusia 55 tahun.
"Mangsa yang cedera parah di kepala dikejarkan ke Klinik Kesihatan Telupid, namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan," kata beliau. -UTUSAN ONLINE.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140225/je_17/Pelajar-perempuan-maut-dilanggar-bas#ixzz2uNbo8o4h
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Operator kilang ugut bunuh bapa didakwa


KUALA LUMPUR 25 Feb. - Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengugut untuk membunuh bapa kandungnya, dua minggu lalu.
S. Ganesan, 28, didakwa melakukan ugutan jenayah itu terhadap V. Subramaniam, 68, dengan mengeluarkan perkataan ‘aku bunuh kau’ sambil mencekik leher mangsa di blok D-6-14, Program Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibah, Jalan Puchong, Cheras, di sini kira-kira pukul 8 malam, 6 Februari lalu.- UTUSAN ONLINE.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140225/ma_14/Operator-kilang-ugut-bunuh-bapa-didakwa#ixzz2uTR5AuxI
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Saksi lihat mayat lelaki berulat



anggota polis mengawal empat tertuduh kes pembunuhan Zara Eleena Omar Peter sewaktu hadir ke Mahkamah Tinggi Jenayah Shah Alam, Selangor, semalam. - utusan/Riduan Rizal Ahmad
SHAH ALAM 25 Feb. - Seorang anggota polis memberitahu perbicaraan kes bunuh pensyarah Bahasa Inggeris di Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics (KTAC), Zara Eleena Omar Peter dan bapanya yang dia melihat mayat seorang lelaki di atas tilam di atas sebuah katil dalam keadaan mukanya yang sudah berulat.
Sarjan S.K. Amathi dari Balai Polis Kinrara, Puchong berkata, mayat lelaki yang berbau hanyir itu dijumpai di bilik pertama sebuah rumah yang diperiksanya manakala mayat seorang wanita ditemui di atas lantai bersama cecair berwarna merah yang kering di dalam bilik kedua rumah tersebut.
Menurut saksi itu, mayat perempuan berkenaan yang juga berbau hanyir tidak dapat dilihat sepenuhnya kerana mayat itu menghalang daun pintu yang menyebabkan pintu gagal dibuka sepenuhnya.
Katanya, keadaan rumah dan bilik-bilik itu tidak kemas dan bilik yang mengandungi mayat perempuan berselerak dengan timbunan barang-barang.
Saksi pendakwaan keenam itu menyatakan demikian ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aidatul Azura Zainal Abidin yang mewakili pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes bunuh Zara Eleena, 23, dan bapanya, Omar Peter Abdullah, 56, di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Dalam kes itu, empat bekas pelajar KTAC, Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 22, Mohamad Sharafe Matt Noh, 21, Azizi Aizat Ibrahim, 22, dan Muhamad Safwan Muhamad, 22, didakwa membunuh dua beranak itu di rumah No. 28, Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong.
Kejadian didakwa berlaku antara pukul 1.30 pagi dan pukul 2.30 pagi, 9 Mac 2012.
Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Menurut Amathi, mayat lelaki tersebut memakai baju T dan seluar jeans manakala mayat wanita itu berpakaian baju T dan wajahnya pula menghadap ke atas dan keadaan mayat sudah mereput dan busuk.
Ditanya mengenai lampu kedua-dua bilik itu, saksi menyatakan, kedua-dua lampu bilik sedia terpasang ketika dia menjalankan pemeriksaan itu sekitar pukul 9.40 malam pada 11 Mac 2012.
Selepas itu, menurut Amathi, dia menghubungi Ketua Polis Daerah Puchong dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Puchong, seterusnya mendapat arahan supaya menunggu sehingga pegawai penyiasat datang ke tempat kejadian pada pukul 11 malam hari yang sama bersama pasukan forensik.
Ketika disoal balas oleh peguam, Rusli Zain yang mewakili tertuduh ketiga iaitu Azizi Aizat atau Boy, sama ada saksi melihat ada kereta di dalam kawasan rumah itu, Amathi menyatakan, tidak nampak sebarang kereta di situ.
Disoal sama ada saksi itu menemui jiran mangsa , anggota polis itu menyatakan, dia ada pergi ke rumah No. 26 bersebelahan rumah mangsa dan seorang wanita memberitahu sudah beberapa hari tidak nampak kelibat Zara Eleena dan Omar Peter.
Sementara itu, saksi pendakwaan ketujuh, Farah Dayana Sulaiman, 26, yang menetap di taman perumahan yang sama menyatakan, dia kenal Zara Eleena, Omar Peter dan ibu Zara Eleena, Normaliah Mahmood sebagai jiran kepada ibu angkatnya yang tinggal di rumah No. 26.
Menurut Farah Dayana, dia mengenali Zara Eleena tetapi tidak pernah bertegur sapa dan mereka cuma berbalas senyuman apabila ternampak antara satu sama lain.
"Kali terakhir saya nampak Zara Eleena sekitar pukul 11 atau 12 malam, tarikh tidak ingat, waktu itu saya bersama anak ibu angkat saya, Ernina dan seorang kawan bernama Aryati dari IOI Mall pulang ke rumah ibu angkat untuk menghantar roti.
"Saya tunggu di dalam kereta yang saya letakkan di hadapan rumah ibu angkat saya dan juga berhadapan kereta Perodua Kenari merah milik Zara Eleena yang turut diletakkan di situ," ujarnya.
Menurut saksi itu, ketika Ernani masuk ke rumah menghantar roti, dia melihat Zara Eleena keluar dari rumahnya, menghampiri tempat pemandu kereta Perodua Kenari dan kemudian ada seorang lelaki keluar dari tempat duduk penumpang hadapan dan bertukar tempat duduk dengan Zara Eleena.
Lelaki berkenaan kemudian dicamkan oleh saksi tersebut sebagai tertuduh pertama, Mohamad Zul Shahril atau Shah.
Ujar Farah Dayana, kereta Perodua Kenari itu kemudian bergerak melalui keretanya dan dia nampak terdapat seorang lagi lelaki duduk di bahagian tempat duduk belakang kereta tersebut.
Ditanya lagi oleh Aidatul Azura sama ada itu kali pertama dia melihat Shah, saksi itu berkata dia pernah nampak Shah bersama kawannya lebih kurang tiga kali di depan rumah Zara Eleena pada waktu siang tetapi tidak dapat mengecam kawan Shah itu.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Abdul Halim Aman bersambung esok.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140226/ma_02/Saksi-lihat-mayat-lelaki-berulat#ixzz2uTQEtVrI
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pengurusan kes Azilah, Sirul Azhar, Khamis


PUTRAJAYA 25 Feb. - Mahkamah Persekutuan menetapkan Khamis ini lanjutan pengurusan kes anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar yang dibebaskan daripada sabitan hukuman mati atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, lapan tahun lalu.
Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup memaklumkan demikian kepada pemberita selepas sebutan kes itu di kamar Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Izuddin Mohamad hari ini.
Dalam pertemuan ringkas itu, Manoj secara tidak langsung menyangkal laporan portal berita sebelum ini yang menyatakan bahawa Sirul Azhar telah `hilang'.
"Sekiranya mereka (peguam) hadir bermakna mereka mendapat arahan daripada anak guam. Jadi, tidak hilang,’’ katanya.
Pada 27 Ogos 2013, panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membebaskan Azilah dan Sirul Azhar daripada sabitan dan hukuman mati kerana membunuh Altantuya.
Antara alasan yang digariskan dalam penghakiman itu menyentuh isu pembelaan alibi, kegagalan memanggil saksi penting bagi merungkai kes pembunuhan model berkenaan, ketepatan diari polis dan rekod panggilan syarikat telekomunikasi serta pemilikan bahan letupan C4 yang dikaitkan dengan kematian mangsa.
Azilah, 35, dan Sirul Azhar, 39, didakwa atas tuduhan membunuh Altantuya, 28, di antara pukul 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Klang, Selangor.- UTUSAN ONLINE.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140225/ma_17/Pengurusan-kes-Azilah-Sirul-Azhar-Khamis#ixzz2uTPx5MrL
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tok Batin terselamat selepas sesat 32 jam


TELOK KEMANG 23 Feb. - Seorang Tok Batin yang tersesat selama 32 jam di Hutan Simpan Sungai Menyala, Port Dickson di sini, berjaya diselamatkan penduduk kampungnya semalam.
Mangsa, Gomeng Taat, 82, yang tinggal di Kampung Orang Asli, Bukit Kepung, di sini ditemui penduduknya kira-kira pukul 7.30 malam semalam setelah operasi menyelamatkan dijalankan di sekitar hutan tersebut. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140223/je_12/Tok-Batin-terselamat-selepas-sesat-32-jam#ixzz2uHioOpVy
© Utusan Melayu (M) Bhd 

`Saya lihat mayat lelaki mukanya berulat'


SHAH ALAM 25 Feb. - Seorang anggota polis memberitahu perbicaraan kes bunuh pensyarah Bahasa Inggeris di Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics (KTAC), Zara Eleena Omar Peter dan bapanya yang dia melihat mayat seorang lelaki di atas tilam di atas sebuah katil dalam keadaan mukanya yang sudah berulat.
Sarjan S.K. Amathi dari Balai Polis Kinrara, Puchong berkata, mayat lelaki yang berbau hanyir itu dijumpai di bilik pertama sebuah rumah yang diperiksanya manakala mayat seorang wanita ditemui di atas lantai bersama cecair berwarna merah yang kering di dalam bilik kedua rumah tersebut.
Menurut saksi itu, mayat perempuan berkenaan yang juga berbau hanyir itu tidak dapat dilihat sepenuhnya kerana mayat itu menghalang daun pintu yang menyebabkan pintu gagal dibuka sepenuhnya.
Katanya lagi, keadaan rumah dan bilik-bilik itu tidak kemas dan bilik yang mengandungi mayat perempuan berselerak dengan timbunan barang-barang.
Saksi pendakwaan keenam itu menyatakan demikian ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aidatul Azura Zainal Abidin yang mewakili pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes bunuh Zara Eleena, 23 dan bapanya, Omar Peter Abdullah, 56, di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Dalam kes itu, empat bekas pelajar KTAC, Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 22, Mohamad Sharafe Matt Noh, 21, Azizi Aizat Ibrahim, 22, dan Muhamad Safwan Muhamad, 22, didakwa membunuh dua beranak itu di rumah No. 28, Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong.
Kejadian didakwa berlaku antara pukul 1.30 pagi dan pukul 2.30 pagi, 9 Mac 2012.
Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.-UTUSAN ONLINE.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140225/ma_18/Saya-lihat-mayat-lelaki-mukanya-berulat#ixzz2uTPgyWaY
© Utusan Melayu (M) Bhd