Search This Blog

Saturday, February 22, 2014

Pencuri telan berlian RM600,000


22 Februari 2014


SYDNEY - AUSTRALIA. Seorang lelaki ditahan polis Australia kerana mencuri dan dipercayai menelan berlian merah jambu bernilai lebih A$200,000 (RM600,000).

Dipetik AFP, menurut pihak berkuasa, suspek berumur 29 tahun tersebut diberkas ketika dia cuba menaiki penerbangan antarabangsa di Melbourne.

Difahamkan, siasatan lanjut sedang dilakukan dan lelaki tersebut akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Cairns pada hari ini.  -

Dua tabung surau dipecah

Dua tabung surau dipecah
Sawal menunjukkan tabung surau yang dipecahkan pada kejadian Selasa lalu. 
WARTAWAN SINAR HARIAN
22 Februari 2014
BATU PAHAT – Dua tabung di sebuah surau di Taman Sri Jaya, di sini, dipecahkan menyebabkan kehilangan wang tunai hasil derma jemaah, Selasa lalu.

Bagaimanapun, ini bukan kejadian pertama kerana kegiatan berkenaan mula dikesan jawatankuasa surau sejak 2011.

Pengerusinya, Sawal Mohamad Jekon, 61, berkata, pelbagai cara dilakukan termasuk memasang mangga pada tabung berkenaan, namun ia tetap dikopak dan duitnya dilarikan.

Menurutnya, kejadian terbaharu pada 18 Februari apabila seorang jemaah yang mahu menderma mendapati tabung berkenaan dipecahkan.

“Saya memeriksa tabung surau ini setiap hari. Kali terakhir saya periksa selepas solat Subuh, ia masih elok, tetapi selesai Zuhur, saya didatangi seorang jemaah yang menyatakan tabung berkenaan telah dikopak dan kosong,” katanya.

Sawal berkata, tabung yang dipecahkan itu merupakan bekas derma yang diletakkan di tempat solat wanita dengan anggaran jumlah kutipan sekitar RM600.

Dia percaya kegiatan itu dilakukan sebelum solat Zuhur kerana semua penduduk di kawasan taman perumahan berkenaan keluar bekerja ketika itu.

“Pencuri ini cukup licik melakukan kegiatan ketika semua orang pergi kerja. Saya telah membuat satu laporan polis berhubung kejadian dan berharap agar pencuri berkenaan dapat ditangkap serta dikenakan hukuman setimpal,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superitendan Mat Razali Awang ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan kes masih dalam siasatan.

“Pihak polis masih lagi mengesan suspek yang melakukan perbuatan memecah tabung surau berkenaan, kami juga mengharapkan kerjasama orang ramai dengan memberikan maklumat jika mengetahui kegiatan terbabit,” katanya.

Warga emas maut kereta terbabas langgar tiang

Warga emas maut kereta terbabas langgar tiang
Mayat mangsa di samping kereta dipandunya yang memasuki pekarangan sebuah rumah seterusnya merempuh tiang. Gambar kecil: Wan Meriam
WARTAWAN SINAR HARIAN
22 Februari 2014


HULU BESUT - Seorang warga emas maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum terbalik beberapa kali dan melanggar tiang sebuah rumah di Kampung Padang Baloh dekat Kampung Wakaf Simen, Darau, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi semalam, mangsa, Wan Meriam Wan Ahmad, 71, dari Kampung Alor Keladi dekat Jertih, maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, sebelum kejadian, mangsa memandu kereta Perodua Kelisa bersama anak perempuan, Badihah Aqilah Daud, 26 dan anak Badihah, Muhammad Iqbal Huzaifah Mohammad Ikhwan, 2.

Menurutnya, Badihah datang menjemput ibunya itu di sebuah sekolah pondok di Pasir Akar, kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian.

“Ketika melalui selekoh di tempat kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaannya disebabkan ketika itu hujan dan jalan basah.

“Kereta dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik, sebelum melanggar tiang sebuah rumah yang terletak berdekatan lokasi kejadian,” katanya.

Menurut Kamaruddin, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala, manakala anak dan cucunya pula cedera ringan serta dirawat sebagai pesakit luar.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat Hospital Besut untuk bedah siasat.

Beliau berkata lagi, tiada individu lain termasuk penghuninya di depan rumah tersebut ketika kejadian.

Sementara itu, pemilik rumah tersebut, Zaiton Jusoh, 53, pula berkata, ketika kejadian dia sekeluarga tidak berada di rumah.

Menurut Zaiton, dia ketika itu berada di pekan Jertih untuk membeli barangan dapur, sebelum dihubungi jiran melalui telefon yang meminta dia pulang segera kerana ada kemalangan di garaj depan rumahnya.

“Suami pula sedang bekerja di pejabat. Sebaik pulang, saya terkejut lihat keadaan kereta yang senget pada tiang anjung rumah tempat parkir, selain mayat bertutup di depan tangga rumah,” katanya.

Tiga lelaki didakwa guna kad pengenalan palsu


AZRISHAM Abdul Aziz (kiri) bersama Roslisam Ali (tengah) dan Abdul Mubin Abu Bakar (kanan) dituduh membekalkan kad pengenalan palsu di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor, semalam. - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
SHAH ALAM 21 Feb. - Seorang bekas kerani bank dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menggunakan kad pengenalan palsu untuk membuka akaun bank dua individu lain manakala dua lagi lelaki didakwa bersubahat membekalkan kad pengenalan itu kepadanya, empat tahun lalu.
Azrisham Abdul Aziz, 41, yang merupakan bekas kerani Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) cawangan Kelana Jaya, Petaling Jaya dekat sini dan Abdul Mubin Abu Bakar, 47, serta Roslisam Ali, 43, masing-masing mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa.
Azrisham yang ketika kejadian merupakan kerani di bank itu didakwa menggunakan kad pengenalan palsu atas nama Ahmad SK Duis sebagai pengenalan diri untuk Maajis Senan, 70, dengan maksud membuka akaun di bank berkenaan atas nama Ahmad sedangkan tertuduh tahu kad pengenalan tersebut adalah palsu.
Lelaki itu juga didakwa melakukan perbuatan sama atas nama Sipah Binte Duez @ Sipak Binte Duez sebagai pengenalan diri untuk Yang Azizah Mohamed Yaacob, 69, dengan maksud membuka akaun di bank itu atas nama Sipah.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140222/ma_04/Tiga-lelaki-didakwa-guna-kad-pengenalan-palsu#ixzz2uCRhG7ru
© Utusan Melayu (M) Bhd 

8 DISEDUT PASIR JERLUS

8 DISEDUT PASIR JERLUSSatu demi satu ‘ditelan sungai’

Segamat: “Ya Allah... Zikri... Ayoi... tolong aku.” Itu ungkapan terakhir mangsa pertama tragedi lemas di Sungai Muar, Buloh Kasap, dekat sini, yang mengorbankan tiga remaja manakala lima lagi rakan mereka masih hilang, semalam.

Dalam kejadian jam 8.50 pagi itu, Mohd Hafizuddin Kamal, 16, yang berjalan di kawasan berpasir di sungai itu bersama 11 rakannya, tiba-tiba tergelincir ke dalam sungai itu sebelum tujuh rakannya yang cuba membantu turut hilang.

Sehingga jam 11 malam tadi, tiga mayat ditemui iaitu Mohd Hafizul Daniel Norhashim, Mohd Zikri Zaidi dan Naz-rul Aminuddin.

Ketiga-tiga mayat itu ditemui dasar sungai berhampiran satu sama lain.
Daripada lapan remaja berkenaan, dua daripada mereka adalah adik beradik, iaitu Mohd Zikri dan abangnya, Mohd Zaki.

Empat lagi rakan mangsa, Mohd Shahrul Abd Halim, 14; Mohd Amerul Shah Ammar, 14; Hafizuddin Zamri, 15; Norshafila Abdullah, 16, terselamat kerana tidak terjun ke dalam sungai selepas melihat satu demi satu kawan baik mereka ‘ditelan sungai’.

Semua remaja berkenaan adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Buloh Kasap.
Pasir jerlus

Kejadian dipercayai berpunca daripada pasir jerlus di Sungai Muar dekat Buloh Kasap, yang seolah-olah ‘menyedut’, mangsa apabila terpijak dasar sungai itu.

Apabila mangsa memijak dasar sungai yang mencecah kedalaman sehingga enam meter, kaki terbenam dan ‘disedut’ sehingga gagal menyelamatkan diri.

Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk So’iman Jahid, berkata lokasi mempunyai kedalaman lebih berbanding tempat lain kerana kegiatan mengorek pasir dilakukan di kawasan itu.

“Cuaca panas sejak kebelakangan menyebabkan air sungai menjadi cetek sehingga terbentuknya teluk dan beting pasir jerlus di tengah sungai,” katanya.

Sebelum kejadian itu, 12 remaja berkenaan dari Taman Mewah, yang terletak kira-kira dua kilometer dari sungai itu, berjoging di tepi sungai berkenaan.

Mereka yang berjoging kira-kira jam 6.30 pagi, singgah menghirup udara pagi di tepi Sungai Muar berhampiran lokasi kejadian.

Mohd Shahrul berkata, ketika berada di tepi sungai itu, ada dalam kalangan mereka mengingati sesama sendiri supaya tidak pergi ke gigi air kerana bimbang terjatuh.

“Belum habis bercakap, tiba-tiba Mohd Hafizuddin tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai dan tangan terkapai-kapai.

“Pada mulanya, kami ingatkan dia bergurau, tetapi apabila dia tenggelam, Mohd Izoan dan Mohd Noreen terus terjun untuk menyelamatkannya.

“Apabila melihat Mohd Izoan dan Mohd Noreen tidak juga timbul, Mohd Zikri dan Nazrul Aminuddin pula terjun bagi menyelamatkan mereka,” katanya.

Dalam keadaan cemas dan panik, Nazrul atau dikenali Ayoi, meminta rakannya yang terkapai-kapai dalam sungai supaya bersabar dan mengarahkan rakan di darat mencari tali dan kayu.

Bagaimanapun, belum sempat empat rakan yang berada di darat mendapatkan tali atau kayu, Ayoi turut tenggelam.

Nekad terjun 

Melihatkan seorang demi seorang rakan mereka hilang, Mohd Shafiq dan Mohd Hafizul Daniel, nekad terjun untuk menyelamatkan mangsa.

Bagaimanapun, kedua-duanya turut mengalami nasib yang sama.

Mohd Shahrul berkata, Mohd Zaki pula tanpa berfikir panjang, terus terjun untuk menyelamatkan tujuh rakan yang sudah tenggelam, tetapi dia juga tenggelam.

“Kami berempat tergamam apabila melihat kelapan-lapan teman baik semuanya tidak timbul,” katanya sambil menambah kejadian itu berlaku dalam masa kurang lima minit.

Sementara itu, Mohd Amerul Shah berkata, dia yang panik dan terkejut, menelefon ibu dan bapa mangsa untuk mendapatkan bantuan.

Norshafila, satu-satunya perempuan dalam kumpulan itu, berlari pulang ke rumah bagi memaklumkan kepada keluarga.

Penceroboh Sabah bawa senjata api laras panjang


2014/02/22

Kota Kinabalu: Seorang penceroboh bersenjata ditembak manakala dua rakannya dapat melepaskan diri ketika mereka menghampiri kedudukan pasukan Komando VAT 69 di Kampung Tanjung Batu, awal Mac tahun lalu.

Pegawai VAT 69, Inspektor Mazrul Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, ketiga-tiga penceroboh itu menghampiri kedudukan pasukannya dengan berjalan dalam keadaan tergesa-gesa pada jam 3.30 petang, 6 Mac tahun lalu.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Abdul Wahab Mohamed, pada sesi pemeriksaan utama, saksi ke-10 pendakwaan itu berkata, seorang penceroboh membawa senjata api laras panjang, “Seorang daripada mereka memakai baju celoreng penuh manakala dua lagi memakai baju celoreng separuh. Saya tidak pasti sama ada dua lagi membawa senjata atau tidak.

“Ketika itu, pasukan saya menjalankan Operasi Pintas dan berada dalam kedudukan bertahan. Apabila mereka menghampiri dalam jarak 30 meter, saya mengarahkan anggota saya menembak mereka.

Penceroboh kena tembakan

“Ketika tembakan dilepaskan, penceroboh bersenjata api itu rebah, tetapi dua lagi berjaya mendapatkan perlindungan,” katanya.

Mazrul berkata, beliau tidak mengarahkan anggotanya pergi melihat atau menjalankan pemeriksaan ke atas anggota penceroboh yang terkena tembakan itu kerana pasukannya ditembak ketika itu.
Katanya, pada masa sama, beliau mendengar tembakan dari kedudukan pasukan VAT 69 lain yang berada di sebelah kiri dan kanan selama kirakira 20 minit.

Mazrul memberi keterangan pada perbicaraan 27 tertuduh dari Selatan Filipina dan tiga rakyat tempatan, yang didakwa terbabit dalam pelbagai kegiatan keganasan berhubung pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, awal Februari tahun lalu.

Seramai 22 tertuduh didakwa melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi anggota pengganas, lima didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas, seorang wanita dituduh melindungi pengganas dan dua lagi cuba melindungi pengganas.

Perbicaraan di depan Hakim Mahkamah Tinggi, Steven Chung Hian Guan bersambung 3 Mac depan.

Nampak pemandu lori, polis bergelut

Nampak pemandu lori, polis bergelutAnggota trafik lihat kenderaan dalam keadaan mencurigakan

Klang: “Polis tu sangat pantas dan sedaya upaya menumpaskan penjenayah yang cuba merampas pistol ketika bergelut” kata seorang saksi kejadian tembak di Taman Kandis Permai, di sini, pagi semalam.

Saksi yang enggan dikenali berkata, dalam kejadian jam 8 pagi itu, dia sedang berbual bersama dua lagi jiran di hadapan rumahnya, terkejut melihat lori tiga tan dipandu laju melalui kawasan itu, dikejar anggota trafik bermotosikal.

Katanya, lori itu kemudiannya cuba menghimpit motosikal polis hingga anggota itu terjatuh ke atas motosikalnya.


Bergelut dengan polis 

“Saya lihat ada tiga lelaki dalam lori itu. Pemandu itu terus keluar dan bergelut dengan polis itu manakala... 

3 pengebom bunuh diri serang ibu pejabat polis


2014/02/22

Kabul: Tiga lelaki penyerang bunuh diri yang mengenakan burqa menyerang sebuah ibu pejabat polis berhampiran ibu negara Afghanistan, Kabul semalam menyebabkan seorang anggota polis terbunuh ketika kebimbangan terhadap keselamatan meningkat menjelang pilihan raya presiden.

Militan terbabit ditembak mati apabila mereka menyerbu pejabat polis berkenaan di Sarobi, 50 kilometer ke timur Kabul selepas penyerang bunuh diri yang lain mati ketika meletupkan kenderaan yang sarat dengan bom di luar pintu masuk.

Pemisah Taliban mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan itu yang berlaku di daerah yang sama di mana konvoi calon presiden, Abdullah Abdullah ditembak pada Rabu.

“Hari ini kira-kira 6.20 pagi, pengebom bunuh diri memandu sebuah van mini di hadapan pintu masuk di ibu pejabat polis Sarobi,” kata ketua polis wilayah Kabul, Jeneral Mohammad Zahir.

Darurat jerebu di Riau

Darurat jerebu di RiauAsap tebal menjejaskan kadar jarak penglihatan akibat kebakaran belukar di Pekanbaru. Pekanbaru: Ketua daerah di empat wilayah dan kota di Riau mengisytiharkan status darurat jerebu berikutan kebakaran hutan dan kawasan yang semakin serius.

“Status darurat diisytiharkan di Pelalawan, Bengkalis, Kota Dumai dan Kepulauan Meranti,” kata Ketua Agensi Pengurusan Bencana Daerah Riau, Said Saqlul Amri di Pekanbaru, semalam.

Penetapan status darurat itu adalah disebabkan kebakaran kawasan dan hutan yang disifatkan terlalu besar dan sukar untuk dikendalikan berikutan faktor cuaca kering, tiupan angin utara selain kekurangan kemudahan memadamkan kebakaran dan infrastruktur lain.

Keadaan pencemaran udara dan bilangan penduduk yang terjejas kesihatan akibat jerebu juga diambil kira dalam perisytiharan itu.

Pemantauan terkini titik panas sehingga kelmarin menunjukkan bahawa ada 88 kawasan titik panas dikesan di Riau dan 111 di Pulau Sumatera.

Titik panas paling banyak didapati di Bengkalis yang mencatatkan sehingga 23 kawasan, Kota Dumai (18), Siak (15), Pelalawan (10), Rokan Hilir (8), Kepulauan Meranti (1), Indragiri Hulu (5), Indragiri Hilir (5) dan Kampar (3).

Katanya usaha memadam kebakaran masih diteruskan pihak berkuasa tempatan dengan kerjasama daripada tentera dan polis, pasukan Manggala Agni dan penduduk tempatan.
Mohon bantuan hujan buatan Bagaimanapun ketua daerah Kepulauan Meranti berkata usaha memadam kebakaran di kawasannya terjejas dan pihaknya ingin memohon bantuan hujan buatan daripada pemerintah wilayah Riau.

Pihak berkuasa menganggarkan keluasan kawasan dan hutan yang terbakar di Riau sehingga kini sudah mencapai sehingga 6,000 hektar.

Sementara itu, beberapa lapangan terbang di beberapa wilayah di Sumatera Utara ditutup atau tergendala operasinya berikutan jerebu sejak beberapa hari lalu.

Syarikat pengurusan lapangan terbang PT Angkasa Pura II melaporkan bahawa sebuah lapangan terbang terjejas akibat jerebu ialah Lapangan Terbang Ferdinand Lumban Tobing di Pinangsor, wilayah Tapanuli Tengah yang berada di pantai barat Sumatera Utara. Ia ditutup sejak Rabu.

Penerbangan biasa dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu berhampiran Medan ke Lapangan Pinangsori juga dibatalkan. - Agensi

Mengamuk disuruh cari kerja


2014/02/22
Kota Bharu: Seorang pensyarah yang cuba menasihati suaminya supaya mencari kerja tetap, bukan saja cedera dipukul, malah dia dan anaknya diugut bunuh dalam kejadian di Kampung Padang Lembek, di sini, kelmarin.

Kejadian jam 9 pagi itu berlaku apabila mangsa berusia 35 tahun dan mengajar di Politeknik, menegur suaminya yang berusia 38 tahun, kerana malas dan sering bertukar kerja.

Tak terima nasihat Lelaki berkenaan berang kerana tidak boleh menerima nasihat isterinya yang menuduh dirinya pemalas, sebelum menampar mangsa berkalikali termasuk mengugut bunuh.

Sejurus kemudian, suspek menghilangkan diri selepas melihat mangsa cedera. Mangsa yang cedera di muka bergegas ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

Pernah bercerai

Sumber berkata, pasangan suami isteri itu pernah bercerai pada akhir 2010, namun rujuk dua bulan kemudian dengan harapan suaminya berubah.

Bagaimanapun katanya, lelaki itu tetap malas bekerja dan setiap kali berdepan tekanan kewangan, suspek memukul isterinya.
“Malah, lelaki itu sering berhutang hingga menyebabkan mangsa mengalami tekanan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan.

Petugas TV AlHijrah cemas dikepung


2014/02/22
Sepang: Dua petugas media stesen TV AlHijrah berdepan situasi cemas selepas dikepung lebih lima jam oleh kira-kira 100 penduduk kampung di Sittwe, Myanmar dipercayai ekstremis Buddha, malam kelmarin.

Wartawan yang juga Penolong Penerbit Program Majalah Islam, TV AlHijrah, Mohd Muhaimin Samad, 28, dan jurukamera, Mohd Fithri Ahmad, 42, yang sedang membuat liputan misi kemanusiaan bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bagaimanapun bernasib baik kerana polis Myanmar mengiringi mereka sehingga ke hotel penginapan, selepas mendapat arahan daripada kerajaan negara itu.

Muhaimin ketika menceritakan kejadian itu sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama Fithri, malam tadi, berkata ketika kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mereka dan seorang aktivis MAPIM, Zulhanis Zainol, 36, sedang dalam perjalanan pulang selepas bertemu dengan kumpulan aktivis MAPIM lain.

"Di pertengahan jalan, kami dimaklumkan seorang kenalan di hotel bahawa ada ramai yang menunggu kami kerana menyangka kami berniat jahat dan kemudian, polis tiba untuk membawa kami pulang ke hotel,” katanya.

60 mati kena tembak di Ukraine


2014/02/22
Kiev: Lebih 60 penunjuk perasaan ditembak mati kelmarin dalam satu tunjuk perasaan antikerajaan paling banyak mengakibatkan kematian dalam sehari, di Ukraine, kata pasukan perubatan pembangkang tatkala kedua-dua pihak mendakwa ia disebabkan serangan penembak curi, dan ketika menteri-menteri Kesatuan Eropah (EU) pula mengusahakan perjanjian damai negara itu.

Kematian berlaku ketika EU sudah bersetuju mengenakan sekatan terhadap warga Ukraine, namun ia tidak menolak perjanjian politik tanpa mendedahkan sebarang nama.

Adakan pilihan raya

Presiden Ukraine, Viktor Yanukovych nampaknya bersedia untuk beralah dengan satu daripada permintaan utama penunjuk perasaan dengan menyatakan kepada wakil EU bahawa beliau bersedia untuk mengadakan pilihan raya awal.

Sementara itu, Canselor Jerman, Angela Merkel bercakap melalui telefon dengan Presiden Barack Obama dari AS dan Vladimir Putin dari Russia – yang bertelagah membabitkan krisis itu.

Kesemuanya menyeru supaya pertumpahan darah yang bermula Selasa lalu itu dihentikan.

Pasukan perubatan pembangkang berkata, kelmarin sahaja 60 penunjuk perasaan ditembak mati polis. Pihak berkuasa Kiev, berkata kematian akibat keganasan selama tiga hari itu adalah 75.
Dalam pada itu, Presiden Ukraine sudah mengusahakan perjanjian antarabangsa bagi menamatkan pertembungan antara polis dan penunjuk perasaan.


Sudah capai persetujuan

Namun tidak jelas sama sama perjanjian itu mampu menenangkan penunjuk perasaan dan bunyi tembakan masih jelas kedengaran pagi semalam di tengah ibu negara, Kiev.

Kenyataan pejabat Yanukovych berkata, kerajaan dan pembangkang sudah mencapai persetujuan perjanjian awal, yang dicapai selepas rundingan sepanjang malam dengan diplomat EU.

Wakil rasmi EU berkata, masih terlalu awal untuk mengisytiharkan kerajaan dan pembangkang berjaya mencapai kata sepakat yang menentukan identiti Ukraine, negara 46 juta penduduk yang berbelah bahagi kesetiaan dengan Russia dan Barat.

Perjanjian awal itu akan menyaksikan presiden Ukraine kehilangan sebahagian kuasa dan kerajaan sementara ditubuhkan dalam 48 jam, yang mana ia turut membabitkan wakil pembangkang, menurut menteri luar Slovakia, Miroslav Lajcak. 

Payudara ditoreh


Teluk Intan: Seorang wanita menempuh azab apabila dia bukan saja dirompak, malah dada dan payudaranya ditoreh berulang kali oleh dua perompak ketika mangsa dalam perjalanan menjual ikan dalam kejadian berhampiran Jalan Bandar di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 4.30 pagi, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, 54, berkata, kejadian berlaku ketika dia menunggang motosikal menuju ke pasar Teluk Intan untuk bekerja mengambil upah menjual ikan. 
Menurutnya, dia yang menunggang motosikal bersendirian terkejut apabila dua lelaki tidak dikenali muncul dan mengekorinya dengan menaiki motosikal. 

“Tiba-tiba mereka memintas motosikal sebelum salah seorang lelaki itu terjun daripada motosikalnya menyebabkan saya hilang kawalan sebelum terjatuh.
Foto
TANGAN mangsa lebam akibat diserang penjenayah

“Dalam keadaan kesakitan, lelaki terbabit merampas beg duit berisi wang tunai RM300, namun saya terkejut apabila salah seorang lelaki itu mengeluarkan pisau dan menghiris dada saya,” katanya.

Tan berkata, dia yang berada dalam kesakitan merayu supaya tidak dicederakan berikutan penjenayah terbabit sudah memperoleh duitnya. 

“Lelaki terbabit terus bertindak menoreh dada saya berulang kali hingga mencederakan puting saya. Akibat kesakitan, saya terus pitam di tempat kejadian,” katanya 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/22

Menari seksi ganti emak


SERI KEMBANGAN: Seorang gadis 15 tahun adalah antara penyanyi dan penari separa lucah diitahan dalam Ops Noda di Medan Selera Serdang, di Taman Perindustrian Bukit Serdang, di sini, malam tadi.
Gadis berasal dari Bandar Tun Razak itu dikatakan berhenti sekolah tahun lalu kerana menggantikan ibunya yang juga penghibur di medan selera itu.
Gadis berkenaan mendakwa dia pertama kali membuat persembahan menggantikan ibunya yang sakit dan tidak boleh menyanyi.

Ibunya berusia 53 tahun turut ditahan ketika serbuan dilakukan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, kira-kira 11 malam.
Foto
Ops Noda di Medan Selera Serdang, di Taman Perindustrian Bukit Serdang, di sini, malam tadi.

Serbuan berkenaan diterajui Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik, Asisten Superintendan Ramsay Embol.

Ramsay berkata, ketika serbuan terdapat 15 wanita sedang berada di atas pentas menari dan dikalungkan bunga.

"Serbuan dilakukan 23 anggota termasuk empat pegawai selepas mendapat maklumat awam berhubung persembahan kurang sopan di medan selera itu.

"Semua 15 penari dan penyanyi berusia antara 15 hingga 50-an iaitu tujuh tempatan, tujuh warga China dan satu dari Thailand ditahan untuk siasatan lanjut.

"Dua lelaki tempatan yang disyaki penjaga premis berkenaan turut ditahan," katanya.

Menurutnya, semua tangkapan dibawa balik ke Balai Polis Seri Kembangan di atas pelbagai kesalahan antaranya tiada permit hiburan, menggajikan pekerja tanpa permit, salah guna pas pelawat dan pas pelajar serta pasport tamat tempoh atau tinggal lebih masa.

Difahamkan, pengunjung yang berpuas hati dengan persembahan akan mengalungkan bunga di samping tips RM10 sehingga RM100 kepada penari.

Adik dicampak ke laut


Seberang Jaya: “Masih terngiang-ngiang suara adik merayu sambil menangis kelaparan sehingga dia menghembuskan nafas terakhir di pangkuan saya.
“Lebih menyedihkan, mayatnya dicampak ke laut begitu saja di depan mata saya kerana kapal yang kami naiki tak boleh berpatah balik,” kata Salamatullah Zaitusong, 12, antara kanak-kanak pelarian Rohingya yang melarikan diri ke negara ini dari kampung halamannya di Rakhine (Arakan), Myanmar, tiga bulan lalu. 
Menurutnya, adik lelakinya yang berusia tujuh tahun itu meninggal dunia disebabkan kelaparan pada hari keenam pelayaran berikutan mereka tidak membawa makanan mencukupi akibat kesempitan wang. 

Katanya, sebelum bertolak, mereka berdua yang mengikuti bapa saudara ke negara ini hanya membawa sebotol air mineral dan tiga bungkus roti sebagai bekalan sepanjang perjalanan yang memakan masa selama 12 hari.
Foto
SALAMATULLAH ZAITUSONG

Salamatullah berkata, sepanjang perjalanan menaiki kapal yang membawa kira-kira 100 orang itu, dia dan adiknya hanya meminum satu tudung botol air mineral sehari serta menikmati sedikit roti yang dibawa sebagai ‘alas perut’.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/22

Lebih 5,000 panggilan kebakaran dalam 20 hari


MELAKA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima 5,762 panggilan membabitkan kebakaran hutan, belukar dan lalang di seluruh negara dalam tempoh 20 hari sejak awal bulan ini berikutan cuaca panas kini.

Ketua Pengarah jabatan itu Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, jumlah panggilan itu meningkat lima kali ganda berbanding tempoh sama tahun lepas.

"Ini berikutan cuaca masa kini yang luar biasa panasnya selain keadaan kering yang agak panjang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2013 di sini, hari ini.

Seramai 38 pegawai dan kakitangan JPBM Melaka menerima anugerah itu selain tujuh anggota menerima anugerah sempena 30 tahun perkhidmatan.


Wan Mohd Nor berkata di Melaka, jabatan itu menerima 30 hingga 50 panggilan kebakaran hutan, belukar dan lalang sehari dalam tempoh itu.


Sementara itu, JPBM bakal menerima 30 unit jentera tangki air berkapasiti 20,000 liter yang akan diagihkan ke balai bomba seluruh negara dalam tempoh dua minggu lagi.

"Jentera ini sangat berguna terutamanya ketika musim panas untuk membawa air dalam kuantiti yang lebih banyak bagi memadam kebakaran berbanding jentera sedia ada iaitu 3,600 liter," katanya. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/22

Lima lelaki 'ulat' gores dan menang ditahan


SEREMBAN: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri Sembilan hari ini menahan lima lelaki 'ulat' gores dan menang dalam operasi di sekitar bandar ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa PPDNKK Negeri Saifulbahri Abdul Kadir berkata, dua daripada lelaki itu ditahan di kawasan pasaraya Tesco di Seremban 2 manakala tiga lagi di Dataran Senawang.


Beliau berkata kesemua lelaki berusia lingkungan 20-an itu ditahan reman empat hari untuk siasatan.

"Kita turut merampas beberapa keping kad gores dan menang daripada mereka. Operasi mula dijalankan hari ini berikutan aduan yang kita terima melibatkan kegiatan 'ulat' gores dan menang di sekitar bandar ini," katanya kepada pemberita di lokasi operasi di sini.


Katanya pihaknya turut memeriksa sebuah premis yang disyaki dijadikan pejabat syarikat gores dan menang di Taipan, Senawang dan menyita beberapa barangan seperti alat urut kaki dan alat pengimbas untuk mengimbas kad gores dan menang.


Katanya operasi selama dua jam mulai 4 petang itu melibatkan 70 anggota PPDNKK Negeri Sembilan dan Putrajaya.

"Operasi ini akan kita diteruskan bagi membendung aktiviti gores dan menang di negeri ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak mudah tertipu dengan apa yang ditawarkan oleh agensi atau pun pihak yang terlibat dengan gores dan menang.

"Walaupun hadiah yang ditawarkan berlipat kali ganda, namun kita perlu menggunakan lojik akal iaitu adalah sesuatu yang mustahil untuk mendapat keuntungan berlipat kali ganda dalam tempoh seminggu atau pun dua minggu. Jadi, kita perlu teliti sama ada penawaran hadiah ini benar-benar wujud atau tidak," katanya.

Saifulbahri berkata, sindiket ini sering menjadikan warga emas dan pesara sebagai mangsa untuk menggores kad yang menjanjikan hadiah dan kemudiannya dipujuk datang ke pejabat untuk berunding soal hadiah dan bonus.

Beliau berkata mangsa juga ditawarkan hadiah lain sebagai ganti seperti tilam berharga hingga RM40,000, namun perlu membuat bayaran minimum RM10,000. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/22

Nasihat jangan jadi pembantu rumah di Malaysia, Saudi


Jakarta: Seorang anggota Dewan Perwakilan Daerah (DPD) semalam menggesa rakyat Indonesia supaya mengelak daripada bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia dan Arab Saudi dengan alasan mereka kononnya menjadi sasaran keganasan di kedua-dua negara itu.

GKR Hemas berkata, keganasan itu berpunca daripada ketiadaan perjanjian antara kerajaan bersama kedua-dua negara itu berkait dengan perlindungan terhadap pekerja asing.

“Kesan daripada itu, pekerja Indonesia terus berdepan dengan keganasan di Malaysia dan Arab Saudi,” kata Hemas pada forum mengenai pembantu rumah di Yogyakarta, semalam.

Menurutnya, tanpa persetujuan itu, usaha melindungi rakyat Indonesia di kedua-dua negara itu tidak boleh dilakukan secara menyeluruh.

Dia mendedahkan, DPD sudah mengusulkan kepada kerajaan Indonesia supaya tidak menghantar warga negara itu ke Malaysia dan Arab Saudi.



- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/22

Pesawat terhempas ragut 11 nyawa


Tunis: Semua 11 penumpang sebuah pesawat terbunuh selepas terhempas berhampiran ibu negara Tunisia ini, semalam.

Jurucakap kementerian pertahanan, Tawfik Rahmouni berkata punca nahas masih belum dikenal pasti.
Akhbar Assabahnews melaporkan pesawat Antonov buatan Russia itu yang dikhaskan untuk tujuan perubatan membawa dua pesakit, enam kakitangan dan tiga yang lain.



Pesawat itu terhempas di kawasan pertanian yang jarang didiami di wilayah Grombalia, 40 kilometer ke tenggara Tunis sebelum terbakar.
Pasukan tentera dan pertahanan awam dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran dan mengeluarkan mayat mangsa.
Rakaman video amatur memaparkan gambar ekor pesawat yang mempunyai warna negara Libya.

Bagaimanapun, identiti mangsa belum dikenal pasti.
Tawfik memberitahu media, kakitangan penerbangan menghubungi menara kawalan lapangan terbang Tunis-Carthage untuk melaporkan enjin pesawat itu terbakar sebelum perbualan terputus.

Menurut sumber, pesawat berkenaan dalam penerbangan dari Mitiga, Libya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/22

Rampas 1.4 tan kokain


Paris: Polis Perancis semalam berkata, mereka berjaya merampas 1.4 tan kokain di pelabuhan Le Havre.

Rampasan yang mencatat rekod itu dianggap memberi tamparan hebat kepada rangkaian dadah antarabangsa.

Sumber polis berkata, sekurang-kurangnya seorang ditahan ketika serbuan di pelabuhan di utara negara itu, kelmarin.



Tiada maklumat lanjut didedahkan dan Menteri Dalam Negeri Manuel Valls dijangka membuat kenyataan mengenai kes itu hari ini.

Rekod rampasan kokain di Perancis sebelum ini ialah 1.3 tan yang disembunyikan dalam 30 beg pakaian pada September lalu di atas pesawat Air France yang mendarat dari Venezuela.

Lebih 20 orang, termasuk kakitangan Air France di Caracas sudah dipenjarakan kerana terbabit dalam kes itu.

- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/22

7 pengedar dadah ditembak mati


Davao: Tujuh orang ditembak mati dalam satu operasi besar-besaran terhadap pengedar dadah oleh polis di selatan Filipina, semalam.

Ketua Agensi Penguatkuasaan Dadah wilayah, Emerson Rosales berkata, 36 orang, termasuk seorang warga Korea Selatan ditangkap dalam serbuan terhadap 26 rumah yang dipercayai menjual dadah methamphetamine hydrochloride atau lebih dikenali sebagai syabu.

“Kawasan itu terkenal dengan jumlah pengedar yang ramai dan sebahagian besar mereka bersenjata,” katanya.

Menurutnya, jumlah korban yang tinggi itu berpunca daripada kejadian tembak menembak selepas suspek cuba menyerang anggota keselamatan.

Wakil Jabatan Kehakiman, keajaan tempatan dan juga stesen televisyen turut serta dalam serbuan itu.



Sebelum ini, polis Filipina dituduh membunuh suspek secara rambang dan kemudian mendakwa mereka dibunuh kerana cuba melawan.

Julai lalu, dua anggota polis dituduh membunuh dua samseng yang mereka tahan sementara 14 yang lain didakwa cuba merahsiakan jenayah itu.

- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/22

2 beradik lari dari penculik



Manila: Dua wanita adik beradik yang diculik oleh kumpulan pelampau sejak lapan bulan lalu berjaya melarikan diri daripada penculik mereka di hutan di selatan Filipina.

Nadjoua dan Linda Bansul diculik oleh anggota Abu Sayyaf ketika berada di Pulau Jolo, kubu kuat kumpulan itu di selatan Filipina pada Jun tahun lalu ketika membuat rakaman dokumentari mengenai peladang kopi di wilayah yang majoritinya penduduknya beragama Islam Kedua-dua beradik itu dilahirkan di Algeria.



Ibu mereka warga negara itu sementara bapa rakyat Filipina.

Mereka dibesarkan di Filipina dan menerbitkan beberapa dokumentari sejak beberapa tahun lalu.

Tentera Filipina menemui mereka sebelum Maghdib di Kampung Bunhanginan kelmarin sebelum dibawa ke pusat trauma angkatan tentera di Jolo untuk menjalani pemeriksaan perubatan, makan dan kemudian diterbangkan ke bandar Zamboanga.

Abu Sayyaf sebelum ini menuntut bayaran tebusan sebanyak 50 juta peso (RM3.6 juta) untuk membebaskan kedua-dua beradik itu tetapi tidak dipastikan sama ada wang berkenaan dibayar.

Serangan tentera yang berterusan serta operasi mencari mereka mungkin menyebabkan penculik itu membebaskan kedua-dua beradik berkenaan, kata seorang jurucakap tentera.


- AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/22

Si ‘kerdil’ tak serik


Oslo: Kanak-kanak Norway yang memberitahu polis bahawa dia orang kerdil yang lupa membawa lesen memandu ketika ditahan memandu kereta ibu bapanya minggu lalu, melakukan perbuatan itu sekali lagi.

Kali ini, kanak-kanak berusia 10 tahun itu memandu kereta ibu saudaranya dari Fagernes ke Tonsasen, perjalanan sejauh 40 kilometer sebelum ditahan, kata ibu bapanya.



Dia sudah memandu sejauh 17 kilometer apabila ditahan.

“Dia memandu kereta adik saya.


Kunci kereta berada di dalam, memudahkannya untuk membawa kereta itu,” kata ibunya.

Selepas ditahan tempoh hari, dia berjanji untuk tidak melakukan perbuatan itu lagi tetapi nampaknya godaan terlalu besar buatnya.

“Dia kanak-kanak yang sukakan cabaran dan keseronokan,” kata ibunya, semalam.

Kanak-kanak itu mencetuskan kegemparan minggu lalu apabila membawa bersama adik perempuannya yang berusia 18 bulan di dalam kereta ibu bapanya ketika mereka masih tidur.


Dia memandu dari kediamannya di Dokka untuk membawa adiknya ke rumah nenek mereka di Valdres, 59 kilometer dari kediaman mereka.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/22

Cinta hingga hujung nyawa



New York: Enam dekad, Floreen dan Ed Hale hidup bersama. Malah, kematian pun gagal memisahkan pasangan itu yang berkahwin pada 12 Mei 1953.

Floreen, 82, meninggal dunia di sebuah hospital pada 7 Februari lalu di Batavia, New York dengan suaminya yang sakit terbaring di katil bersebelahan sambil memegang tangannya.

Dan 36 jam kemudian, Ed pula meninggal pada usia 83 tahun.



“Bapa memang lelaki budiman hingga ke detik akhir hayatnya kerana sanggup menunggu ibu pergi dulu,” kata anak perempuan mereka, Rene Hirsh.

Sebulan lalu, Ed yang berkerusi roda dimasukkan ke hospital di Rochester, New York akibat sakit buah pinggang.

Pada 4 Februari pula, isterinya dimasukkan ke Pusat Perubatan United Methodist di Batavia berikutan masalah jantung.

Ed berkeras mahu bersama isterinya, menyebabkan kedua-dua hospital bekerjasama menyatukan pasangan itu pada hari-hari terakhir mereka.

Floreen diisytihar mati pada pagi selepas Ed tiba, di depan anggota keluarga dan rakan.

Suaminya menyusulinya keesokannya.

“Saya berpendapat adalah lebih menyedihkan melihat seorang daripada mereka terus hidup tanpa seorang lagi.


Kehidupan mereka berakhir dengan begitu baik,” kata anak saudara mereka, Lisa Giattino.

Pasangan itu dikebumikan bersama-sama Khamis lalu.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/22

Hutang gigi dibalas dengan gigi


Makkah: Sebuah mahkamah Arab Saudi semalam menjatuhkan hukuman lima tahun penjara dan 2,400 sebatan ke atas seorang lelaki kerana menyerang ibunya.

Ia juga mengarahkan lelaki berusia lingkungan 30-an itu dipatahkan giginya kerana dia mematahkan gigi ibunya sewaktu memukul wanita itu ketika berada dalam kereta yng dipandunya.

Hakim Turki Al Qarni mengarahkan, bahagian gigi yang akan dipatahkan mesti sama dengan gigi ibunya yang patah ketika serangan secara fizikal itu dilakukan lelaki berkenaan.

Sebatan akan dijalankan dalam 60 peringkat, 40 sebatan setiap sepuluh hari dan akan dijalankan di khalayak ramai berhampiran pasar, kata hakim.

Mengikut laporan, lelaki itu ditahan selepas ibunya yang cedera meminta bantuan polis di sebuah pos keselamatan dan meminta polis menyelamatkannya.



- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/22

Bakar anak saudara


Tragedy at wedding party: 3 girls of a family burnt alive, allegedly by uncleSeorang lelaki disyaki menculik dan membakar tiga anak saudaranya hingga mati kerana cemburu dengan dua adik lelakinya yang sudah berkahwin.

Mayat Akshaya, 9, Suri, 6, dan Khushi, 4, yang rentung ditemui berhampiran sebuah kolej kejuruteraan tidak jauh dari bandar Nizamabad, Andhra Pradesh, tempat keluarga mangsa menghadiri majlis perkahwinan Rabu lalu.



Polis turut menemui sebotol minyak tanah di tempat kejadian.

“Jelas sekali ini adalah satu kes pembunuhan,” kata Superintendan polis Nizamabad, Tarun Joshi ketika ditemui, semalam.

Tiga kanak-kanak perempuan itu hilang pada tengah hari dan kira-kira jam 10.30 malam, ahli keluarga menerima panggilan telefon daripada bapa saudara mereka, Narendra Reddy, 37, yang memberitahu dia berada di bandar Basser dan ingin membunuh diri.

Ahli keluarga yang panik kemudian menghubungi polis.

Reddy dilapor memperdaya anak saudaranya dengan coklat dan memberitahu keluarga yang dia sedih kerana belum berkahwin seperti dua adik lelakinya, lapor akhbar The Times of India.

Polis hingga semalam masih belum mengetahui di mana Reddy berada tetapi jam tangan dan seliparnya ditemui berhampiran sebuah jambatan.

Ahli keluarga yang terkejut dengan kejadian berkenaan berkata, mereka tidak menyisihkannya tetapi berpendapat dia bertindak demikian kerana cemburu dengan adik lelakinya.


Mangsa yang mati ialah cucu seorang pemimpin masyarakat peladang.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/22

Kilang kitar semula terbakar


JOHOR BAHRU 22 Feb. - Satu kebakaran besar berlaku di sebuah kilang pengumpulan bahan kitar semula sejak kira-kira pukul 5 petang tadi namun kerja-kerja pemadaman api menemui kesukaran kerana kekurangan air di kawasan terbabit.
Cuaca panas dan angin kencang antara faktor kebakaran merebak dengan cepat dan asapnya boleh kelihatan sehingga Gelang Patah. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140222/je_13/Kilang-kitar-semula-terbakar#ixzz2u64FlQXF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Hajat tunai umrah tak kesampaian

ROSALWANI CHE SOH
Hajat tunai umrah tak kesampaian
Ibu Allahyarham Hamzah, Wan Meriam tidak dapat menahan sebak ketika menatap wajah anaknya untuk kali terakhir.
21 Februari 2014
 KOTA BHARU- “Seminggu sebelum kejadian, Abe Chik ada menyatakan hasrat untuk menunaikan umrah bersama keluarga, namun hajatnya tidak kesampaian,” kata ibu mangsa lemas, Wan Meriam Wan Othman, 52.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang kelmarin, mangsa, Hamzah Hashim, 15, ditemui lemas selepas mandi di sungai terbabit bersama empat rakannya dan dikatakan keluar dari pintu pagar sekolah yang terletak hampir 50 meter dari jambatan itu, selepas tamat sesi persekolahan.

Wan Meriam berkata, Hamzah (Abe Chik) yang merupakan pelajar Tingkatan 3 tahfiz, tinggal di asrama di Sekolah Menengah Ugama (SMU) Tarbiah Mardiah, Panchor dan hanya pulang hanya setiap minggu pada hari Khamis ke rumah, tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kejadian.

Namun menurutnya seminggu sebelum tragedi, anak keempat dari lima beradik itu menyatakan hasratnya untuk menunaikan umrah dan ingin mengumpul wang untuk ke Tanah Suci Makkah.

“Khamis lalu, semasa berada di rumah, ketika berada di dalam bilik tidur Abe Chik sempat menyatakan hasratnya kepada saya.

“Saya amat gembira dengan hajatnya itu, namun saya nyatakan jika tidak berkesempatan bawa semua adik beradiknya yang lain, saya hajat nak pergi bertiga bersamanya, dan juga suami, Hashim Ismail, namun tidak kesampaian,” katanya sebak.

Wan Meriam berkata, pemergian anaknya itu amat dirasai memandangkan dia, merupakan antara yang paling rapat dengan keluarga dan antara pelajar yang cemerlang dan disenangi guru dan rakan-rakan di sekolah.

“Tiada perkataan yang dapat menggambarkan perasaan saya sebagai ibu yang melahirkannya, namun kejadian ini berlaku sekelip mata dan kami sekeluarga menerima ketentuan dan takdir ALLAH. Saya hanya mampu berdoa semoga rohnya dicucuri
rahmat dan ditempatkan dalam kalangan golongan yang beriman," katanya.

Jenazah Allahyarham Hamzah, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kem, Pengkalan Chepa jam 11 pagi semalam.

Ketua Operasi dan Penyelamat, Pegawai Bomba Tinggi Pengkalan Chepa, Saipu Bahri Mohd berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.04 petang.

“Setibanya di lokasi, kami memulakan operasi mencari dengan 20 anggota termasuk Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) pada jam 4.30 petang dan mayat mangsa ditemui 10 minit kemudian.

“Ketangkasan anggota berjaya menemui mayat remaja terbabit dan kemudiannya dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk menjalani proses bedah siasat,” katanya.

Adik nyaris jadi mangsa tebusan

MUHAYUDIN SALLEH
Adik nyaris jadi mangsa tebusan
Mohd Azli menunjukkan keadaan tingkap yang diumpil di bilik anak perempuannya.
21 Februari 2014


ROMPIN – Tidak sampai hati mendengar tangisan adik perempuan jadi tebusan perompak yang memecah masuk ke rumah bapanya, Mohd Azraimi Mohd Azli, 25, yang merupakan anak kepada Ketua Kampung Pianggu, Tanjung Gemuk, di sini, nekad bertindak memukul salah seorang daripada empat perompak sehingga dirinya turut cedera di bahagian tangan dan bahu.

Menurut Mohd Azraimi, dia sempat melepaskan beberapa tumbukan serta membelasah belakang suspek dengan atap genting dan pada masa sama bapanya berlari keluar dengan membawa senapang untuk mengejar perompak berkenaan.

“Saya betul-betul nekad ketika itu walaupun sedar ia tindakan merbahaya kerana tidak sampai hati dengar tangisan adik apabila perompak mengacu pisau di lehernya.

“Selepas bergelut dan saya cedera, bapa saya mengejar perompak tersebut dengan senapangnya, namun mereka sempat melarikan diri,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam kejadian sekitar jam 2.30 pagi pada 17 Februari lalu, rumah Ketua Kampung Pianggu, Mohd Azli Abdullah, 55, di sini, telah dipecah masuk empat lelaki bertopeng yang dipercayai warga asing berdasarkan loghat yang dituturkan mereka ketika memasuki rumah.

Menurut Mohd Azli, perompak tersebut mengumpil tingkap dapur rumahnya sebelum memecahkan bilik anak perempuannya, Norazira, 23, dengan tong gas.

Katanya, sebaik berjaya memecah masuk bilik Norazira, semua penyamun bertopeng muka itu mengikat anak perempuan saya menggunakan getah paip kecil, lalu arahkannya mengejutkan saya dan isteri di bilik bersebelahan.

“Sebaik membuka pintu bilik, saya melihat seorang daripada penyamun itu mengacu pisau di leher anak perempuan sambil mengarahkan kami tidak melawan serta menyerahkan wang serta barang kemas.

"Pada masa sama isteri menahan pintu bilik, namun perompak berkenaan cuba menetak isteri dengan pisau menyebabkan saya berteriak meminta isteri mengambil senapang yang diletakkan di dalam bilik tidur,” katanya.

Azli berkata, akibat terkejut dengan tindakan itu, semua perompak melarikan diri dengan membawa anak perempuan yang dijadikan tebusan menyebabkan anak lelakinya, Azraimi nekad bergelut sehingga ke luar tepi longkang.

“Melihat kejadian cemas itu, saya melepaskan satu das tembakan amaran. Mungkin kerana takut, mereka bertindak melepaskan Norazira dan melarikan diri ke arah belukar. Kemudian saya melepaskan dua das lagi tembakan, tetapi tidak pasti sama ada mengenai suspek atau tidak.

“Suspek berjaya melarikan diri ke arah kawasan Ladang Yayasan Pahang dengan membawa lari rantai emas serta telefon bimbit milik anak bernilai kira-kira RM2,000. Namun, kami bersyukur kerana terselamat meskipun masih trauma dengan kejadian malam itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata, berdasarkan maklumat diterima daripada orang awam, enam suspek berjaya ditahan di kawasan ladang berhampiran rumah mangsa pada hari kejadian dan suspek ditahan reman  seminggu bermula 18 Februari lalu bagi membantu siasatan.

Pengawasan polis ke atas masjid di New York


NEW YORK 21 Feb. - Program pengawasan polis New York City secara rahsia ke atas masjid, perniagaan dan kumpulan pelajar Islam di New Jersey tidak melanggar Perlembagaan Amerika Syarikat (AS).
Demikian diputuskan Hakim Daerah AS, William Martini di Newark, semalam, selepas penduduk Islam di New Jersey memfailkan tuntutan di mahkamah mendakwa pengawasan yang dijalankan terhadap mereka dibuat secara tidak sah.
Penduduk itu mendakwa, Jabatan Polis New York secara salah menjadikan mereka sebagai sasaran pemantauan rahsia semata-mata kerana mereka menganuti agama Islam.
Program polis itu pertama kali didedahkan dalam beberapa siri artikel oleh Associated Press yang melaporkan bahawa pegawai polis telah menyusup masuk ke dalam pertubuhan Islam di rantau ini berikutan serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia Putra pada 11 September 2001. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140222/lu_07/Pengawasan-polis-ke-atas-masjid-di-New-York#ixzz2u61x1IYD
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Anggota tentera dilapor hilang

Anggota tentera dilapor hilang
Pasukan penyelamat memberi taklimat kepada Mohd Iskandar di salah satu kawasan pencarian. 
MOHD TAHA YAACOB
21 Februari 2014
BESUT- Seorang anggota tentera berpangkat koperal dipercayai hilang ketika menjalani latihan Eksesais Pasak Bumi di kawasan perkelahan Hutan Lipur Lata Belatan dekat Jabi, di sini, sejak pagi kelmarin.

Anggota terbabit, Nik Azizi Mohd Nor, 30, dari pasukan 18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Seri Pantai Batu Rakit, Kuala Terengganu disedari hilang ketika raptai perbarisan jam 7 pagi.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, sebelum itu mangsa bersama rakan sepasukan berkhemah di kawasan terbabit untuk pembukaan latihan yang bermula kelmarin.

Menurutnya, sebelum hilang, mangsa telah dilihat oleh rakan setugasnya berjalan dengan berpakaian seluar celoreng untuk mandi di kawasan perkelahan tersebut, kira-kira jam 5.30 pagi.
“Mangsa hanya berselipar dan meninggalkan peralatan termasuk pakaian lain berhampiran buaian tempat tidurnya.

“Kehilangannya disedari apabila Nik Azizi tidak melaporkan diri ketika raptai perbarisan pembukaan latihan di kawasan berkenaan,” katanya

Beliau berkata demikian kepada media ketika meninjau operasi mencari dan menyelamat di kaki Gunung Tebu itu, pagi semalam.

Turut meninjau operasi mencari, Adun Jabi, Mohd Iskandar Jaafar dan Panglima 8 Briged, Mejar Jeneral Datuk Mohd Zaki Hamzah.


Gerakan mencari dilancar

Kamaruddin berkata, sebelum membuat laporan di Balai Polis Jertih jam 1 pagi semalam, pihak tentera telah menjalankan usaha mencari dan menyelamat, namun gagal.

“Gerakan mencari semalam membabitkan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, 200 anggota tentera dan penduduk kampung selain Unit Anjing Pengesan Polis (K9) Ibu Pejabat Polis Kelantan dan Anjing Pengesan Tentera Darat,” katanya.

Menurutnya, gerakan mencari dilakukan di kawasan sungai dan persekitaran hutan termasuk sehingga ke puncak Gunung Tebu.

"Pada masa sama pihak polis dan tentera sedang menjalankan siasatan dan usaha mengesan kehilangan mangsa," katanya.

Katanya, siasatan awal mendapati setakat ini kehilangan mangsa tidak membabitkan unsur jenayah, bagaimana siasatan lanjut akan dijalankan.

Kamaruddin berkata, mangsa yang masih bujang berasal dari Rumah Murah Jaya, Semerak Pasir Putih, Kelantan turut didapati tidak menunjukkan sebarang perubahan atau kemurungan ketika menjalani latihan.

16 terbunuh dalam konflik politik Thailand di Bangkok sejak November


BANGKOK 22 Feb. - Keganasan ekoran krisis politik Thailand di Bangkok sejak 30 Nov lepas telah mengorbankan 16 orang dan 695 orang cedera, menurut Pusat Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Erawan hari ini.
Mangsa terbaru dilaporkan terbunuh pada Selasa lepas dalam operasi membersihkan beberapa kawasan perkemahan apabila polis bertempur dengan penunjuk perasaan antikerajaan yang berkhemah di sini sejak akhir tahun lepas.
Operasi itu diberi nama Keamanan bagi Misi Bangkok tetapi sebaliknya operasi itu berakhir dengan keganasan.
Keganasan pertama meletus pada 30 Nov tahun lepas antara kumpulan prokerajaan dan kumpulan antikerajaan di Universiti Ramkhamhaeng di ibu negara ini.
Menurut pusat itu di bawah Pentadbiran Metropolitan Bangkok, sebanyak 24 mangsa yang cedera masih dirawat di hospital.
Keganasan terbaru berlaku pada pukul 8.45 malam tadi di persimpangan Pratunam (dekat gedung membeli-belah borong yang terkenal bagi pelancong tempatan dan asing) apabila letupan kecil menyebabkan enam orang cedera ringan.
Hanya seorang daripada mereka yang cedera dalam kejadian itu masih dirawat di hospital sementara yang lain dibenarkan pulang.
Bagaimanapun, keadaan di Bangkok pada malam hari dilaporkan tenang apabila polis melancarkan operasi untuk mengusir penunjuk perasaan daripada beberapa kawasan demonstrasi.
Keadaan aman itu adalah susulan keputusan Mahkamah Sivil, Rabu lepas, bahawa kerajaan mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan perintah darurat jika keadaan menjadi kritikal. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140222/lu_10/16-terbunuh-dalam-konflik-politik-Thailand-di-Bangkok-sejak-November#ixzz2u5zvbylj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bapa dakwa doktor pelatih cuai


KUALA LUMPUR - Seorang bapa kecewa apabila anak lelaki tunggalnya berusia 11 bulan yang mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor meninggal dunia selepas enam hari terjatuh dari katil hospital berkenaan ketika ditinggalkan bersendirian.
Menurut bapa mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Fakhrul, 30, anaknya, Adam Faris dimasukkan ke hospital berkenaan pada 12 Februari lalu akibat kekejangan selepas terjatuh di rumah pengasuhnya di Shah Alam pada hari sama.
Katanya, selepas dirawat, anaknya telah sedar dan diberi ubat pelali sebelum proses pengimbasan di bahagian kepalanya dilakukan.
"Selepas selesai proses pengimbasan, doktor memberitahu anak saya tidak mengalami pendarahan serius di kepala dan akan pulih.
"Saya kemudian diarah meninggalkan Adam di atas katil setinggi satu meter yang tidak mempunyai penghalang di dalam bilik rawatan berikutan doktor pelatih mahu mengambil darah," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0222&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2u09YB35q 
Hakcipta terpelihara 

Suspek curi lori cedera ditembak



ANGGOTA forensik memeriksa lori yang dinaiki suspek dalam kejadian tembak di Taman Kandis Permai, Klang, Selangor semalam.


KLANG - Seorang suspek kes curi lori cedera di kaki akibat terkena tembakan ketika menyerang anggota polis trafik yang cuba menahannya di Taman Kandis Permai di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira 7.45 pagi itu, anggota polis trafik terbabit ternampak sebuah lori dipandu dalam keadaan mencurigakan ketika sedang mengawal lalu lintas di Jalan Kebun di sini.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, anggota polis berkenaan cuba menahan lori itu namun pemandunya enggan berhenti sebaliknya terus memecut sehingga hampir melanggar beberapa kenderaan lain.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0222&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2u096dveF 
Hakcipta terpelihara 

Mimpi mayat busuk sebelum anak lemas



SUHAILI (dua dari kanan) tidak dapat menahan kesedihan selepas anaknya Mohd. Nazrul ditemui mati lemas di Sungai Muar, Segamat semalam.


SEGAMAT - Mimpi buruk tentang mayat busuk yang dialami ibu salah seorang mangsa lemas di Sungai Muar di sini rupa-rupanya petanda dia kehilangan anaknya.
Suhaili Sarudin, 39, dari Taman Mewah, Buloh Kasap berkata, mimpi itu menimbulkan tanda tanya sebelum terjawab apabila dia mendapat berita anaknya, Mohd. Nazrul Aminuddin Zamri, 16, lemas di sungai semalam.
"Dua hari lalu, saya bermimpi menemui mayat busuk di sebuah tempat dan ia amat menghairankan saya. Anak saya, Mohd. Nazrul yang kami panggil Ayoi keluar rumah pada pukul 6.30 pagi bersama 11 orang rakannya untuk berjoging di kawasan berdekatan.
"Saya diberitahu, semasa kejadian anak saya itu cuba membantu rakannya yang sedang tenggelam," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0222&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2u08p3D84 
Hakcipta terpelihara 

3 ditemui mati di dasar sungai


PASUKAN penyelamat membawa naik mayat salah seorang pelajar yang ditemui mati lemas di dasar Sungai Muar di Segamat semalam.


SEGAMAT - Kegembiraan sekumpulan 12 pelajar berjoging pada cuti hujung minggu semalam berakhir dengan ingauan ngeri apabila tiga daripada mereka mati lemas di sungai manakala lima lagi masih hilang.
Kejadian di Sungai Muar berhampiran Pekan Buluh Kasap itu berlaku pukul 8.50 pagi selepas lapan daripada 12 pelajar itu terjun ke sungai untuk mandi selepas berjoging.
Mayat mangsa pertama, Mohd. Hafizul Daniel Norhisham, 16, ditemui pada pukul 3.30 petang, mangsa kedua, Mohd. Zikri Zaidi, 14, ditemui pukul 3.41 petang manakala mayat mangsa ketiga, Mohd. Nazrul Aminuddin Zamri, 16, dijumpai pada pukul 4.22 petang.
Ketiga-tiga mayat mangsa ditemui di dasar sungai yang berlumpur dan banyak kayu pada jarak kira-kira 20 hingga 30 meter dari lokasi mereka tenggelam dan hilang. Ketiga-tiga mayat itu dihantar ke Hospital Daerah Segamat untuk bedah siasat.
Bagaimanapun, sehingga pukul 6 petang, nasib lima lagi mangsa, Mohd. Izuan Hakimi Amin, 13, Mohd. Zaki Zaidi, 16, Mohd. Nazreen Zainal, 14, Mohd. Shafiq Shukor, 16, dan Mohd. Hafizuddin Kamal, 16, belum diketahui.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0222&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2u08YNIe9 
Hakcipta terpelihara 

Krisis air semakin meruncing



PARAS air di Empangan Air Itam semalam menunjukkan penurunan akibat daripada musim kemarau yang melanda negara ini sejak sebulan lepas. - BERNAMA
KUALA LUMPUR 21 Feb. - Krisis air di seluruh negara semakin meruncing apabila bilangan empangan yang mencatatkan bacaan paras air di bawah paras normal meningkat kepada 18 empangan hari ini berbanding 15 empangan semalam.
Namun sehingga pukul 7 malam ini, kesemua 20 stesen empangan termasuk 18 empangan tersebut yang dipantau menerusi sistem Info Kemarau masih mencatatkan bacaan air di atas paras minimum.
Menurut laman web Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), empangan yang mencatatkan bacaan air di bawah paras normal adalah Machap, Sembrong, Labong dan Bekok di Johor, Padang Saga, Ahning, Muda dan Beris (Kedah), Bukit Kwong (Kelantan), Timah Tasoh (Perlis), Bukit Merah (Perak), Langat, Sungai Selangor, Tasik Subang dan Sungai Tinggi (Selangor), Batu dan Genting Klang (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan Anak Endau (Pahang).
Daripada 18 empangan tersebut, Padang Saga yang mencatatkan bacaan paras air 18.94 meter sudah hampir dengan paras minimum iaitu 18.50 meter.
Berdasarkan laman web itu juga, jelas menunjukkan bahawa sebanyak lima empangan termasuk di Johor dilaporkan mempunyai simpanan air aktif kurang daripada 45 peratus.
Tiga empangan di Johor itu adalah Machap yang mempunyai simpanan air sebanyak 20.43 peratus, Sembrong (28.30 peratus), Bekok (20.18 peratus) manakala dua lagi empangan ialah Padang Saga (26.96 peratus) dan Timah Tasoh (36.23 peratus).
Sebanyak lapan lagi empangan dilaporkan mempunyai simpan air aktif kurang daripada 50 peratus iaitu Empangan Muda (46.67 peratus), Bukit Merah (48.73 peratus) manakala Genting Klang, Labong, Beris, Anak Endau, Semenyih (Selangor) dan Ulu Kinta (Perak) masing-masing sebanyak 48.29 peratus.
Tiga empangan yang dilaporkan mempunyai simpanan air aktif yang banyak ialah Tasik Subang sebanyak 96.26 peratus, Sungai Tinggi (80.68 peratus) dan Langat (76.10 peratus).
Utusan Malaysia hari ini melaporkan simpanan air di kesemua empangan di seluruh negara diunjurkan hanya mampu membekalkan air antara satu hingga tiga bulan sekiranya cuaca panas dan kering berpanjangan.
Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S. Piarapakaran berkata, keupayaan untuk menampung permintaan air bergantung kepada situasi kemarau di setiap negeri dan saiz serta struktur empangan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140222/dn_02/Krisis-air-semakin-meruncing#ixzz2u06huTry
© Utusan Melayu (M) Bhd 

40 pelajar diserang histeria


Anggota polis dipanggil untuk mengawal keadaan setelah sekumpulan pelajar diserang histeria di Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong, Selangor, semalam.
KUALA LUMPUR 21 Feb. - Warga Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong, Subang Jaya dekat sini cemas apabila lebih 40 pelajar tiba-tiba diserang histeria setelah dikatakan ternampak satu lembaga besar.
Difahamkan, kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu bermula apabila seorang pelajar perempuan tiba-tiba menjerit ketika acara perhimpunan berlangsung.
Seorang ustaz berjaya merawatnya namun kejadian histeria berlarutan menyerang sekumpulan pelajar lain.
Turut menjadi mangsa tiga guru wanita yang cuba membantu pelajar berkenaan.
Utusan Malaysia difahamkan, kejadian histeria itu telah berlaku beberapa hari lalu apabila seorang guru tiba-tiba tidak sedarkan diri apabila terlihat satu lembaga besar di belakang di kawasan sekolah berkenaan.
Lembaga besar itu mula muncul apabila sebuah bilik air di sekolah itu yang tidak digunakan lebih 10 tahun telah dimasuki untuk tujuan pemeriksaan.
Bilik air itu dipercayai tidak digunakan berikutan satu kejadian rasukan tidak lama dahulu.
Sementara itu, salah seorang ibu pelajar, Datin Rozita Haron memberitahu, beliau mengetahui kejadian itu pada pukul 9.30 pagi apabila dihubungi pihak sekolah memintanya mencari pihak yang boleh mengubati pelajar.
"Sebaik mendapat tahu orang yang boleh mengubati pelajar telah sampai di sekolah, saya bersama suami terus bergegas ke sana.
"Saya sendiri berasa takut apabila melihat ramai pelajar terlibat yang kebanyakannya pelajar tingkatan tiga dan empat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Mengulas lanjut, Rozita mendedahkan, pelajar yang mengalami histeria itu meraung-raung dengan suara kasar dan melawan apabila dibacakan ayat Al-Quran.
"Saya melihat seorang pelajar mengalami histeria yang teruk. Dia menggelupur dan perlu dipegang beberapa orang guru. Dia juga meracau mahu mengikuti lembaga itu ke suatu kawasan," jelasnya.
Kata Rozita lagi, oleh kerana keadaan di sekolah menjadi kelam-kabut, pihak polis terpaksa dipanggil untuk membantu menjaga keselamatan namun sesi persekolahan di situ tetap berlangsung.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140222/je_05/40-pelajar-diserang-histeria#ixzz2tzvvMNnC
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kehilangan anggota tentera masih misteri


Nik Azizi
BESUT 21 Feb. - Misteri kehilangan seorang anggota tentera Batalion ke-18, Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Seri Pantai, Kuala Terengganu, Koperal Nik Azizi Mohd. Nor di Hutan Lipur Lata Belatan, Jabi dekat sini Selasa lalu, masih belum terjawab.
Ini kerana operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dilancarkan oleh pasukan RAMD dengan bantuan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), polis, bomba serta penduduk kampung semalam masih menemui jalan buntu.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Kamarudin Mohd. Zakaria berkata, operasi di satu lokasi di mana terdapat rekahan batu yang merupakan laluan air terjun di situ juga gagal menemui sebarang tanda.
Beliau berkata, dua ekor anjing dari Unit K9, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan turut dikerah menjejaki mangsa semalam sebelum operasi dihentikan kira-kira pukul 6.30 petang.
Dalam tragedi itu, Nik Azizi, 31, yang berasal dari Semerak, Pasir Puteh, Kelantan didapati hilang semasa menjalani latihan bagi menyertai raptai Eksesais Pasak Bumi yang turut disertai 206 anggota serta 12 pegawai dari kem batalion tersebut.
Kali terakhir mangsa dilihat turun ke sungai di hutan lipur itu, tidak jauh dari tempat perkhemahan mereka dengan hanya memakai seluar celoreng antara pukul 5.30 hingga 6.00 pagi hari kejadian.
Bagaimanapun mangsa gagal ditemui selepas dua hari usaha mencari dijalankan oleh rakan-rakannya sebelum laporan mengenai kehilangannya dibuat di Balai Polis Jerteh awal pagi semalam.
Ahli keluarga mangsa dan penduduk kampung sekitar hutan lipur tersebut turut mengadakan solat hajat bagi memudahkan usaha mencari mangsa selain menggunakan khidmat pawang secara sukarela.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140222/je_07/Kehilangan-anggota-tentera-masih-misteri#ixzz2tzvnOwX0
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ibu alami mimpi buruk petanda anak lemas


SALAH seorang ahli keluarga pengsan kerana sukar menerima kenyataan tragedi lapan sahabat lemas di Sungai Muar, Segamat, Johor, semalam.
SEGAMAT 21 Feb. - Ibu kepada salah seorang mangsa lemas tidak menyangka mimpi buruk yang dialaminya dua hari lepas merupakan petanda anaknya, Mohd. Nazrul Aminuddin Zamri, 16, akan pergi buat selama-lamanya.
Suhaili Sarudin, 39, dari Taman Mewah, Buloh Kasap berkata, apabila dimaklumkan pada pukul 10.10 pagi ini yang Mohd. Nazrul Aminuddin bersama tujuh lagi rakannya lemas di Sungai Muar, Buloh Kasap di sini, dia terus teringatkan mimpinya itu.
"Mimpi buruk yang saya alami ialah menemui mayat busuk di sebuah tempat.
"Tapi saya tidak sangka mimpi itu petanda Mohd. Nazrul atau lebih mesra kami panggil Ayoi akan meninggalkan kami," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Menurut Suhaili, kali terakhir dia melihat anaknya ialah ketika Mohd. Nazrul Aminuddin keluar rumah pukul 6.30 pagi ini untuk berjoging di kawasan berdekatan bersama 13 rakannya.
"Saya diberitahu, semasa kejadian Ayoi cuba membantu rakannya yang sedang tenggelam timbul dengan menghulurkan sebatang kayu tetapi dia tiba-tiba pengsan dan terjatuh dalam sungai itu," ujarnya.
Kesemua 12 sahabat tersebut keluar berjoging sebelum sampai di kawasan sungai dan berpecah kepada dua kumpulan.
Lapan daripada mereka iaitu kesemua mangsa pergi ke kawasan dalam, manakala empat lagi di kawasan cetek dan mangsa lemas kira-kira pukul 8.50 pagi.
Tiga daripada mangsa, Mohd. Hafizul Daniel Norhisham, 16, Mohd. Zikri Zaidi, 14, dan Mohd. Nazrul Aminuddin Zamri ditemui mati lemas kira-kira enam jam kemudian.
Lima lagi iaitu Mohd. Izuan Hakimi Amin, 13; Mohd. Zaki Zaidi, 16; Mohd. Nazreen Zainal, 14, Mohd. Shafiq Shukor, dan Mohd. Hafizuddin Kamal, 16, masih belum ditemui sehingga pukul 8 malam ini.
Mereka yang merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Buloh Kasap tinggal di Taman Mewah, Buloh Kasap di sini.
Dalam pada itu, Suhaili yang merupakan suri rumah berkata, selain mimpi tersebut, selepas Mohd. Nazrul keluar rumah, wajah anaknya seakan-akan muncul dan terbayang-bayang sebanyak empat kali tetapi dia tidak pasti mengapa perkara itu berlaku.
"Anak saya dan semua yang lemas itu sangat rapat antara satu sama lain. Mereka sering datang ke rumah saya untuk membuat aktiviti bersama. Saya tidak menghalangnya kerana merasa selesa mereka semua berada di depan mata," katanya.
Sementara itu, seorang lagi ibu mangsa, Nur Azian Che Ramli, 35, berkata, dia tidak mengetahui Mohd. Hafizuddin pergi ke sungai tersebut kerana dia hanya dimaklumkan anaknya itu keluar berjoging bersama rakan-rakanya.
"Saya mengetahui kejadian tersebut pukul 10 pagi. Sebelum itu anak saya tidak menunjukkan sebarang tanda pelik.
"Sebelum ini Mohd. Hafizuddin aktif bersukan dan merupakan seorang yang pendiam dan tidak banyak bercakap," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140222/je_02/Ibu-alami-mimpi-buruk-petanda-anak-lemas#ixzz2tzvb0ri1
© Utusan Melayu (M) Bhd