Search This Blog

Friday, February 21, 2014

Lelaki cedera terkena tembakan ketika serang polis


21 Februari 2014

KLANG - Seorang suspek kes curi lori cedera di kaki akibat terkena tembakan ketika menyerang anggota polis trafik yang cuba menahannya di Taman Kandis Permai di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 7.45 pagi itu, anggota polis trafik terbabit terlihat sebuah lori dipandu dalam keadaan mencurigakan ketika sedang mengawal lalu lintas di Jalan Kebun di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata anggota polis berkenaan cuba menahan lori itu namun pemandunya enggan berhenti dan terus memecut sehingga hampir melanggar beberapa kenderaan lain.

Anggota berpangkat Lans Koperal itu terus mengejar suspek lelaki itu dengan motosikal sejauh tujuh kilometer dan berjaya memaksanya memberhentikan kenderaan.

"Suspek yang cemas, bergelut dan mengancam polis dengan sebilah pisau menyebabkan anggota kami terpaksa melepaskan satu das tembakan mengenai kaki suspek. Anggota polis itu pula cedera ringan di bahagian tangan kiri akibat bergelut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kamarul Zaman berkata lelaki itu disyaki melarikan diri kerana menaiki kenderaan curi bersabit satu kes di Pandamaran pada Ahad lepas.

Hasil pemeriksaan turut menjumpai peralatan yang digunakan untuk mencuri kenderaan dalam lori berkenaan.

Suspek yang cedera itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk rawatan dan akan ditahan reman, katanya.

Seorang saksi kejadian berkata beliau amat takut dan cemas kerana pergelutan itu di depan matanya dan beliau memuji tindakan berani polis itu.

"Masa kejadian saya bersama beberapa jiran lain di hadapan rumah dan terkejut tengok ada satu lori dikejar polis trafik. Lori tu himpit motor polis sampai polis jatuh dan dia bergelut dengan polis hingga polis terpaksa lepaskan tembakan," katanya. - Bernama

Langgar polis: Mekanik dipenjara 9 bulan


21 Februari 2014

KUALA LUMPUR - Seorang mekanik sambilan hari ini dipenjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah melanggar dua anggota polis yang melakukan Ops Cantas di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) bulan lepas.
   
Majistret Nor Azura Murah memerintahkan Mohd Yusof Nazri Zolkefli, 32, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 25 Januari lepas.
   
Mohd Yusof Nazri bersama seorang lagi suspek yang meninggal dunia, didakwa menggunakan kekerasan terhadap Lans Koperal Mohd Hafez Mohd Nor dan Lans Koperal Huzaini Baharin dengan melanggar motosikal milik mereka.
   
Dia yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan kesalahan itu dari Jalan Taman Melati 7, Taman Melati, Sentul hingga hadapan Projek Perumahan Rakyat Hiliran Ampang di MRR2  antara 11.05 malam 24 Januari lepas dan 7 pagi keesokannya.
 
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
   
Mengikut fakta kes, Mohd Yusof Nazri enggan bekerjasama dengan anggota polis yang melakukan Ops Cantas sebelum melanggar motosikal yang ditunggangi Mohd Hafez ketika berhenti di hadapan kenderaannya.
   
Tertuduh yang menaiki kereta jenis Proton Satria Neo bersama dua penumpang lain, kemudian memecut kenderaannya sehingga melanggar beberapa kenderaan awam.
   
Bagaimanapun ketika tiba di hadapan Zoo Negara, tertuduh bertindak agresif apabila melanggar motosikal yang ditunggangi Huzaini sehingga menyebabkan anggota polis itu terjatuh sebelum seorang anggota polis lain bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar kenderaan itu.
   

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Norazlin Mohamad Yusoff memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira faktor kejadian yang melibatkan pelanggaran kenderaan awam sehingga polis terpaksa melepaskan tembakan yang boleh menyebabkan kecederaan kepada orang awam dan anggota polis. - Bernama

Wanita warga emas cedera, rugi RM18,000 disamun


21 Februari 2014
KUANTAN - Seorang wanita warga emas cedera di leher setelah disamun seorang lelaki bersenjata parang panjang di rumahnya di Kampung Baru Jara dekat sini semalam.
 
Ketua Polis Daerah Maran Deputi Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, dalam kejadian 6.10 pagi itu, mangsa berusia 67 tahun itu baru hendak menunaikan solat subuh di ruang tamu rumahnya sebelum terdengar bunyi kuat dari arah dapur.
 
"Selepas menendang pintu dapur rumah, suspek meluru masuk sambil mengacukan parang panjang ke leher mangsa serta mengugutnya dan pada masa yang sama suspek merampas rantai dan gelang emas dipakai mangsa.
 
"Selain itu suspek turut melarikan sebuah beg milik mangsa yang mengandungi wang tunai RM3,000 menjadikan jumlah kerugian yang dialami mangsa RM18,000," katanya ketika dihubungi hari ini.
 
Menurutnya suspek kemudian melarikan diri bersama rakannya yang menunggu di dalam sebuah kereta di luar rumah.
 
Katanya, suami mangsa, 60-an yang balik menunaikan solat Subuh di masjid berhampiran membawa mangsa mendapatkan rawatan di klinik sebelum membuat laporan di Balai Polis Maran. - Bernama

Rempuh pintu masuk sekolah

Rempuh pintu masuk sekolah
Keadaan kereta dinaiki tiga beranak setelah merempuh pintu masuk sekolah. - Foto Sinar Harian 
WARTAWAN SINAR HARIAN
21 Februari 2014
MUAR - Sebuah keluarga Orang Asli nyaris maut apabila kereta dinaiki melanggar tiang lampu sebelum merempuh pintu masuk sebuah sekolah di Parit Keroma, Jalan Dato’ Haji Kosai, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.50 tengah malam itu, kereta Honda yang dinaiki tiga beranak itu hilang kawalan sebelum melanggar tiang dan tembok sekolah Sekolah Kebangsaan Jenis Cina (SJKC) Yok Eng hingga mengakibatkannya remuk di bahagian bumbung, depan dan belakang.

Pemandunya, Abu Lau, 39, dari Kampung Tanjung Selabu berkata, semasa kejadian, dia sekeluarga baharu pulang dari bandar bertemu rakannya dan dalam perjalanan untuk bermalam di rumah ibu mertua di pekan Parit Bakar.

“Setiba di tempat kejadian, sebuah motosikal di belakang memotong dan menyalakan signal kiri secara tiba-tiba untuk masuk ke simpang kiri. Keadaan itu membuatkan saya cuba mengelak ke kanan, tetapi terdapat sebuah kereta di hadapan.

“Saya cuba mengelak kereta dari arah bertentangan itu, tetapi menyebabkan saya hilang kawalan sebelum melanggar tiang lampu dan merempuh pagar sekolah berkenaan,” katanya, kelmarin.

Abu mengeluarkan isterinya, Wati, 35, serta anaknya, Wilson, 2, dari keretanya yang remuk teruk malah bersyukur tidak mengalami kecederaan.

Pengawal keselamatan sekolah terbabit, Mohd Azali Mohd Zakaria mengakui bernasib baik kerana kereta berkenaan tidak merempuh pondok pengawal keselamatan yang berkedudukan hanya bersebelahan pintu masuk sekolah berkenaan.

Katanya, sebelum kejadian, terdengar dua dentuman yang kuat dan akibat pelanggaran berkenaan pintu masuk sekolah terbabit yang mempunyai pagar besi serta tembok batu runtuh.

“Dua ambulans dari Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini dikejarkan ke tempat kejadian, tetapi mereka bernasib baik walaupun kereta dinaiki remuk teruk, lelaki tersebut dan keluarganya tidak apa-apa.

Mohd Azali berkata, mujur kejadian berkenaan berlaku pada sebelah malam kerana sekiranya terjadi pada sesi persekolahan, dibimbangi akan berlaku insiden tidak diingini kerana jalan itu sibuk pada sebelah siang.

“Kejadian ini tidak mengganggu sesi persekolahan bagi kira-kira 100 murid di SJKC Yok Eng dan semuanya berjalan seperti biasa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut dan memberitahu kes itu masih dalam siasatan.

Pembangkang cabul gencatan senjata

Pembangkang cabul gencatan senjata
Dataran Kemerdekaan musnah teruk selepas kumpulan pembangkang bertempur dengan anggota keselamatan.
21 Februari 2014

KIEV - UKRAINE. Kumpulan pembangkang mencabuli gencatan senjata selepas Presiden Ukraine, Viktor Yanukovych dan pemimpin mereka bersetuju menamatkan keganasan yang tercetus sejak tiga bulan lalu.

Media tempatan melaporkan dalam Press TV, penunjuk perasaan melemparkan bom petrol dan merobohkan sekatan polis di Dataran Kemerdekaan atau lebih dikenali sebagai Maidan di ibu negara itu, semalam.

Stesen televisyen tempatan juga menyiarkan penunjuk perasaan menawan semula dataran itu dan sebahagian mereka ditahan polis.

Awal pagi semalam,  Yanukovych mengumumkan gencatan senjata, sekali gus memulakan rundingan secara langsung dengan pemimpin pembangkang termasuk peninju negara yang juga ahli Parlimen, Vitali Klitschko.

Terdahulu, Yanukovych memecat Ketua Angkatan Tentera, Kolonel Jeneral Volodymyr Zamana selepas perkhidmatan keselamatan negara mengumumkan operasi antipengganas dilancarkan di seluruh negara.

Dikurung tak makan 3 hari

Dikurung tak makan 3 hariEmpat warga Myanmar yang berjaya diselamatkan dari sindiket pemerdagangan orang di Sungai Petani, kelmarin. - Foto Omar Osman

Sungai Petani: "Kami lapar... sudah tiga hari tak makan.” Rintihan itu diucap seorang lelaki warga Myanmar sebaik ditemui selepas serbuan pihak berkuasa di rumah usang di Jalan Pasar, di sini, yang menjadi lokasi penahanannya sejak sembilan hari lalu.

Lelaki berkenaan adalah antara empat lelaki etnik Rohingya berusia lingkungan 30-an, yang diselamatkan polis selepas menjadi mangsa sindiket pemerdagangan migran di sempadan Malaysia-Thailand. di sini.

Ketika ditemui, tangan keempat-empatnya diikat menggunakan rantai besi, yang turut dililit di leher mereka dan masing-masing berada dalam keadaan lesu di ruang dapur rumah berkenaan.

“Kami makan sekali sehari. Kalau pagi dapat makan, petang atau malam tidak makan lagi. Itu pun maggi (mee segera) saja. Last (kali terakhir) kami makan tiga hari lalu.

“Kami tak berani minta makan sebab takut. Lelaki yang jaga kami selalu pegang parang,” kata seorang daripada mereka.

Dalam kejadian pada jam 10 malam kelmarin, empat lelaki terbabit diselamatkan selepas dibawa ke negara ini secara haram melalui sempadan Malaysia-Thailand, sejak sembilan hari lalu.

Tuntutan wang 
Tindakan itu dipercayai bertujuan menuntut wang daripada keluarga mangsa terbabit.

Pihak berkuasa turut menahan seorang lelaki warga Myanmar dipercayai anggota sindiket terbabit yang ditugaskan menjaga mangsa.di rumah berkenaan.
Seorang mangsa berkata, dia dan tiga rakannya tiba ke negara ini menaiki bot dari Thailand dengan bantuan sindiket.

“Ketika nak masuk, kami bayar RM700 kepada mereka tetapi selepas sampai, mereka minta duit dengan keluarga di kampung di Arakan (Myanmar). Keluarga kami tak ada duit, sebab itu kami dikurung,” katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Asisten Komisioner Nashir Ya, berkata serbuan ke rumah terbabit dibuat hasil soal siasat ke atas empat lelaki Myanmar dipercayai anggota sindiket pemerdagangan migran, yang ditahan pihaknya pada jam 6 petang sebelum itu.

Beliau berkata, seorang suspek memaklumkan ada empat warga Myanmar dikurung di rumah berkenaan, sebelum sepasukan 19 pegawai dan anggota diketuai Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Kedah, Deputi Superintendan Mohd Naim Asnawi, menyerbu lokasi.

“Seorang lelaki warga Myanmar berusia 30-an yang berada di ruang hadapan rumah dan mengawal keempat-empat mangsa ditahan, manakala polis turut menemui sebilah parang serta pisau.“Keempat-empat lelaki Rohingya itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda sebelum dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk menjalani pemeriksaan,” katanya.

Askar jalani latihan hilang mandi di sungai


2014/02/21

Jertih: Seorang anggota tentera yan menjalani latihan ketenteraan di Lata Belatan, dekat Jabi di sini, dilaporkan hilang sejak awal pagi kelmarin, selepas pergi ke sungai berdekatan perkhemahan latihan.

Berdasarkan maklumat daripada beberapa rakannya, mereka melihat Koperal Nik Azizi Mohd Nor, 30, berjalan menuju ke sungai berdekatan tapak perkhemahan untuk mandi pada jam 5.30 pagi.


Bagaimanapun, kehilangannya hanya disedari ketika perbarisan pagi apabila beliau tidak menyahut selepas namanya dipanggil pada jam 7 pagi.

Nik Azizi berasal dari Pasir Puteh, Kelantan turut membawa senjata yang dibekalkan untuk latihan itu.

Sebelum itu, beliau bersama 300 anggota 18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Seri Pantai, Batu Rakit, Kuala Terengganu, mengikuti Eksesais Pasak Bumi di tapak perkelahan terbabit.

Berikutan kehilangannya, gerakan mencari dan menyelamat dilakukan tetapi gagal menemuinya. Kehilangannya kemudian dilaporkan Kapten Rusyadi Noh Ramli, di Balai Polis Jertih, pagi semalam.

Sejurus itu, pasukan mencari dan menyelamat dilancarkan polis dengan bantuan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta anggota tentera.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata gerakan mencari dan menyelamat membabitkan 200 anggota serta penduduk kampung.

“Operasi ini memberi tumpuan kepada kawasan sekitar sungai dan Air Terjun Lata Tembakah serta puncak Gunung Tebu.

“Kali terakhir, mangsa menghubungi keluarganya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), memaklumkan beliau sedang menyertai latihan di kawasan berkenaan sebagai persediaan untuk bertugas di Lahad Datu, Sabah,” katanya.

Turut berada di tapak perkelahan itu, Panglima 8 Briged, Mejar Jeneral Datuk Mohd Zaki Hamzah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar.

5 kedai ‘tikus, lipas’ ditutup


2014/02/21
Kluang: Lima kedai makan 24 jam di bandar ini diarah menutup operasi selama 14 hari selepas didapati kotor, sekali gus gagal mematuhi syarat penyediaan makanan bersih dan sihat.

Hasil pemeriksaan mengejut malam kelmarin, Pejabat Kesihatan Daerah Kluang mendapati pemilik premis terbabit mengabaikan penjagaan kebersihan yang ditetapkan.


Terima aduan orang ramai

Pegawai Kesihatan Daerah, Dr Muhamad Nizam Subahir, berkata pemeriksaan dijalankan selepas pihaknya menerima aduan orang ramai mengenai restoran kotor.

“Pemeriksaan mendapati ada makanan yang siap diproses terbiar tanpa ditutup, selain pelbagai bahan mentah diletak di tempat tidak sepat utnya.

“Dalam operasi ini, lima kedai diarah menutup operasi sehingga kerja pembersihan dijalankan,” katanya ketika ditemui selepas operasi berkenaan

Lelaki maut kena tembak


2014/02/21

Kulim: Seorang lelaki yang dilapor memiliki 12 rekod jenayah lampau, mati ditembak dua penyerang tidak dikenali di persimpangan lampu isyarat Jalan Kulim-Baling dekat Padang Meha di sini, semalam.

Mohd Irfan Abdullah, 34, disahkan meninggal dunia jam 6 petang semalam ketika menerima rawatan di Hospital Kulim, akibat kecederaan parah di kepala dan badan selepas terkena empat das tembakan.


Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa yang berasal dari Taman Desa Aman, Pedang Serai di sini, dikatakan membonceng motosikal jenis Honda EX-5 ditunggang rakan wanitanya berusia 21 tahun dan dalam perjalanan dari kawasan Industri Padang Meha ke Hospital Kulim.

Sebaik melepasi persimpangan lampu isyarat berkenaan, motosikal mereka dikatakan dihimpit dari belakang oleh motosikal dinaiki dua lelaki sebelum beberapa das tembakan dilepaskan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Chin Su Song, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nor Suriati di talian 04-4906222 atau balai polis berhampiran.

Bakal pengantin didenda, penjara kes beri suapan


2014/02/21

Johor Bahru: Seorang bakal pengantin didenda RM10,000 dan penjara sehari oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam selepas mengaku bersalah memberi suapan kepada seorang anggota polis, November tahun lalu.

Toh Seng Giap, 26, yang bekerja sebagai kontraktor dan bakal berkahwin bulan depan, mengaku bersalah memberi suapan RM100 selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.


Tidak patuhi lampu isyarat

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memberi suapan wang tunai kepada Lans Koperal Memori Asmara dari Balai Polis Sungai Mati, Ledang di kawasan perumahan Taman Tanjung Gading, dekat sini, pada jam 1.15 pagi, 13 November 2013.

Suapan itu sebagai dorongan supaya Memori tidak mengambil tindakan ke atasnya kerana tidak mematuhi lampu isyarat merah.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama

Wanita maut, kereta diseret lori 10 tan di Bukit Jalil


KUALA LUMPUR: Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandunya diseret sejauh kira-kira 150 meter oleh sebuah lori 10 tan di Jalan Bukit Jalil Indah, Bukit Jalil, di sini, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil, Fuad Omar, berkata kejadian berlaku pada 2.33 petang.


Katanya, kereta dipandu Sze Po Ling, 45, sedang berhenti di lampu isyarat sebelum lori itu yang dari arah bertentangan dan mahu membelok ke kanan, terbabas ke hadapan lalu menyeret keretanya.

"Lori mengangkut tanah itu mahu masuk ke simpang di Jalan Bukit Jalil Indah dan kita percaya lori itu hilang kawalan sebelum melanggar kereta Sze yang berhenti di lampu isyarat.


"Akibatnya, lori itu telah mengheret kereta berkenaan hingga masuk sedikit

ke dalam Tapak Semaian Bukit Jalil," katanya ketika dihubungi Bernama di sini,
hari ini.

Bagaimanapun, katanya pemandu lori itu melarikan diri selepas kemalangan
itu.

Sementara itu, Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor yang mengesahkan kemalangan itu, berkata mayat Sze dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/21

Penunggang maut langgar belakang lori tangki di NKVE


Oleh Nur Saliawati Salberi

SHAH ALAM: Seorang penunggang terbunuh selepas motosikalnya melanggar lori tangki yang berhenti di tepi jalan di Kilometer 2.1 Lebuhraya NKVE menghala ke Klang, malam tadi.

Dalam kejadian 9.30 itu, mangsa dikenali sebagai Azhar, 41, yang dalam perjalanan ke Klang dikatakan melanggar lori berkenaan yang berhenti kerana mengalami kerosakan.


Difahamkan, mangsa yang menetap di Rantau Panjang, Klang, maut di tempat kejadian akibat melanggar bahagian belakang kenderaan berat itu.

Menurut sumber, sebaik tiba di lokasi kejadian, enjin lori yang dalam perjalanan dari Melaka ke Bukit Raja Klang, tiba-tiba mati sebelum pemandunya memberhentikan lori berkenaan di lorong kecemasan.


Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, untuk dibedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/21

10 jam terbaring dalam tandas


Seremban: Kecederaan akibat kemalangan mengakibatkan seorang lelaki kini terlantar dan lebih menyedihkan, dia pernah terbaring di dalam tandas lebih 10 jam kerana tidak mampu bergerak.
Mohd Razis Abdul Razak, 37, lumpuh dari bahagian pinggang ke bawah, malah kedua-dua tangannya kebas dan mempunyai masalah saraf menyebabkan dia tidak berdaya mengangkat barang. 
Perbelanjaan perubatan mencecah RM400 sebulan diuruskan isterinya yang bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital swasta. 

“Saya pernah terbaring dalam tandas lebih 10 jam. Sebelum itu, isteri membantu saya ke tandas jam 8.30 malam dan dia terpaksa bergegas ke tempat kerja. Saya tidak mampu bangun dan terpaksa menunggu isteri habis bekerja jam 7 pagi keesokannya.
Foto
ABU Ubaidah (kiri) melihat keadaan kaki Mohd Razis.

“Kebiasaannya isteri pulang ke rumah apabila ada kelapangan untuk menyediakan makan minum selain menguruskan saya, namun apabila banyak kerja di hospital dia tidak boleh pulang maka saya akan uruskan diri sendiri,” katanya.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/21

Terbaring disangka mangsa nahas jalan raya


Kulim: “Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, saya melihat seorang lelaki terbaring dalam keadaan berlumuran darah di tengah jalan lalu menyangka mungkin berlaku kemalangan jalan raya, tetapi berasa pelik kerana tiada kenderaan di situ.”
Begitu kata anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kulim Mohd Khairi Shamsudin, 22, yang secara kebetulan melalui lokasi kejadian lelaki parah akibat terkena tiga das tembakan pada badan dan kepalanya ketika membonceng motosikal bersama rakan wanitanya. 
Kejadian berlaku jam 9.30 pagi semalam di Lebuhraya Kulim-Baling berhampiran lampu isyarat Padang Meha, di sini, ketika mangsa berusia 34 tahun membonceng motosikal bersama rakan wanita berusia 21 tahun. 

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia jam 6 petang apabila hampir sembilan jam bertarung nyawa selepas dilaporkan kritikal ketika menerima rawatan di Hospital Kulim (HK), di sini.
Foto
MANGSA parah selepas terkena tembakan di Lebuhraya Kulim-Baling, semalam.

Difahamkan, sebelum kejadian mereka dalam perjalanan dari Kawasan Perindustrian Padang Meha menuju ke Pekan Kulim untuk mendapatkan rawatan di HK.

Mohd Khairi berkata, sebaik tamat bertugas, dia melalui jalan berkenaan untuk pulang dan melihat lelaki berlumuran darah terbaring di tengah jalan menghala ke arah Kulim di samping seorang wanita dipercayai rakan mangsa. 

“Saya kemudian memberhentikan motosikal untuk memberi bantuan kepada mangsa. Pada mulanya saya sangka dia mangsa kemalangan dan beberapa pengguna lain turut berhenti untuk memberi bantuan, namun saya berasa hairan kerana tiada kenderaan lain terbabit. 

“Saya beranggapan kemungkinan itu kes langgar lari, namun saya terkejut apabila wanita terbabit memaklumkan rakannya cedera akibat terkena tembakan. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/21

Maut kena 7 das tembakan


Manjung: Seorang kontraktor yang juga bekas ketua DAP cawangan maut terkena tujuh das tembakan mengenai lengan, dada dan kemaluannya dalam kejadian di hadapan rumahnya di Kampung Jering, Ayer Tawar, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 10 malam, mangsa Wong Kong Ting, 56, diserang penjenayah bermotosikal sebaik sampai di rumahnya selepas keluar makan malam bersama beberapa rakannya. 
Isteri mangsa hanya mahu dikenali Tan, 50-an, berkata, pada mulanya dia menyangka seseorang bermain mercun apabila mendengar bunyi beberapa letupan di hadapan rumahnya, namun terkejut sebaik terdengar jeritan suaminya. 

“Sebaik keluar untuk memeriksa, saya dapati suami terbaring berlumuran darah dan bergegas ke arahnya dan mendapatinya masih hidup.
Foto
ANGGOTA polis menyiasat kejadian tembakan di rumah Wong (gambar kecil) yang maut, kelmarin.

“Saya kemudian meminta tolong ahli keluarga sebelum menghantarnya ke Hospital Manjung, malangnya dia gagal diselamatkan,” katanya.

Mangsa dirawat di Unit Kecemasan hospital dilaporkan maut 50 minit kemudian. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Jaafar Baba berkata, pasukan khas diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim, ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan secara terperinci. 

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia kerana kehilangan darah yang banyak akibat cedera daripada tembakan di beberapa bahagian tubuh termasuk tangan dan dada. 

“Siasatan awal menunjukkan suspek dipercayai menaiki motosikal sebelum berhenti di hadapan rumah mangsa dan melepaskan beberapa das tembakan. Polis masih menyiasat jumlah individu yang terbabit dalam kejadian itu dan mengenal pasti motif di sebalik pembunuhan ini,” katanya dalam sidang media, di sini, semalam. 

Menurutnya, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat di talian 019-5753207 atau 05-6899922.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/21

3 sahabat terhumban ke laut


Dalam kejadian jam 1 pagi, mangsa, Alvinuslan Madayau, 17, yang duduk di bahagian penumpang belakang dipercayai tercampak keluar sebelum terjatuh di atas tebing batu pemecah ombak manakala kenderaan terbabit terhumban ke laut.
Dua lagi rakan mangsa, Eyad Azli, 20, yang juga pemandu kenderaan dan penumpang hadapan, Mohd Abdul Halim Abdul Rabak, 21, hanya cedera ringan apabila sempat keluar dari kenderaan yang tenggelam dan berenang ke tebing.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa bersama dua rakannya dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Taman Jaya Diri, Sepanggar selepas selesai menikmati makan malam di sebuah restoran di bandar raya.
Sebaik tiba di tempat kejadian, kenderaan Honda Civic yang datang dari bandar raya menuju ke Sepanggar dipercayai hilang kawalan lalu terhumban ke laut.
Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, siasatan awal mendapati Honda Civic itu hilang kawalan ketika melalui selekoh berhampiran lampu isyarat lalu terbabas ke kiri jalan sebelum terhumban.
“Mangsa yang duduk di belakang dikatakan tercampak keluar ditemui berlumuran darah di atas tebing batu pemecah ombak oleh orang ramai.
“Dua lagi rakan mangsa dapat menyelamatkan diri sebaik kenderaan mereka mulai tenggelam dan dimasuki air,” katanya, semalam.
Beliau berkata, ketiga-tiga mangsa dihantar pengguna jalan raya ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk mendapatkan rawatan, namun seorang daripadanya disahkan sudah meninggal dunia.
“Mangsa maut akibat parah di kepala manakala dua lagi mangsa menerima rawatan di HQE dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Foto
KENDERAAN yang dinaiki mangsa terhumban ke laut selepas hilang kawalan, pagi semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/21

Halau ayah keluar rumah


Oleh Asmah Rusman

Ampang: Dia bukan saja mengugut dengan menghayun tukul besi untuk mencederakan ayahnya yang berusia 70-an, malah warga emas itu akhirnya dihalau daripada rumah pusaka yang diduduki sejak sekian lama.

Itu perbuatan zalim seorang lelaki berusia 30-an yang terdesak mendapatkan wang bagi melangsaikan hutangnya dengan ceti haram atau along.


Sumber polis berkata, dalam kejadian yang berlaku jam 11 pagi Ahad lalu, suspek turut menghalau kakaknya yang turut tinggal di rumah sama yang terletak di Kampung Pandan, di sini.

Menurutnya, mangsa bersara daripada perkhidmatan kerajaan sejak setahun lalu dan dia yang sudah kematian isteri tinggal di rumah pusaka berkenaan bersama keluarga anak perempuannya.


“Suspek yang belum berkahwin turut tinggal di rumah itu. Pada hari kejadian suspek tiba-tiba naik berang dan menghalau ayah serta kakaknya keluar dari rumah,” katanya.


Sumber itu berkata, mangsa cuba menenangkan anaknya dan meminta mereka berbincang secara baik namun, suspek enggan berbuat demikian sebaliknya mengambil tukul besi dan mengugut untuk mencederakan ayahnya itu.

“Lelaki itu mendesak bapa dan keluarga kakaknya keluar dan mengancam mahu membelasah mereka dengan tukul besi berkenaan jika arahannya tidak diterima. 

17 tahun guna MyKad palsu



Oleh Mohd Husni Mohd Noor

Putrajaya: Penguat kuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya menahan seorang lelaki warga Filipina yang menggunakan MyKad palsu sejak 17 tahun lalu, di satu kawasan penempatan di Bandar Country Homes, Rawang awal pagi semalam.

Lelaki berkenaan diberkas dalam satu serbuan Ops ID dijalankan sepasukan 13 penguat kuasa JPN Putrajaya selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaannya Wan Zakaria Wan Awang berkata, dalam operasi sama, seorang lagi pekerja warga Filipina turut diberkas kerana memiliki resit kad pengenalan sementara palsu.

Beliau berkata, kedua-dua mereka didapati melanggar kesalahan di bawah Peraturan 25 (1) (e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 Pindaan 2007 yang boleh membawa hukuman tiga bulan tidak melebihi tiga tahun dan denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-dua sekali jika didapati bersalah.

“Serbuan itu dilakukan selepas kami menerima maklumat daripada penduduk setempat yang mendakwa wujud pekerja asing di beberapa projek perumahan di kawasan itu yang menggunakan MyKad palsu.

“Siasatan awal mendapati, seorang daripada mereka didapati menggunakan MyKad palsu itu sejak tahun 1997,” katanya, semalam.

Katanya, operasi sama turut memeriksa 30 pekerja asing bagi mengesan kes penyalahgunaan MyKad palsu.



Wan Zakaria berkata, kedua-dua mereka dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi semalam sebelum dijatuhkan hukuman penjara selama tiga bulan.

Sementara itu, dalam operasi kedua di Flat Pelangi, Damansara, pasukan sama menahan dua warga Indonesia masing-masing seorang lelaki dan wanita selepas didapati menggunakan MyKad milik orang lain dan Mykad palsu.

Wan Zakaria berkata, kedua-dua mereka ditahan di sebuah rumah di flat berkenaan dan mendapati mereka melanggar kesalahan di bawah peraturan sama di bawah Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

“Kami juga memeriksa lebih 10 pekerja asing yang menetap di flat sama, “ katanya.

Katanya, kedua-dua warga Indonesia itu turut dihadapkan ke mahkamah sama sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 14 hari.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/21

Polis mabuk bau ganja


Paris: Polis Perancis yang membuat rampasan ganja dalam jumlah yang besar di Roubaix kini menghadapi masalah.

Lebih 40 kilogram dadah berkenaan kini disimpan di ibu pejabat polis di utara Perancis itu dan baunya kini semakin merebak.


Malah, bau dadah itu juga boleh menyebabkan mereka gagal dalam ujian dadah, selain sesetengahnya mengadu loya dan sakit kepala.

Pegawai kesatuan polis, Fabrice Danel memberitahu akhbar Perancis NordEclair bahawa rakan sekerjanya benar-benar bosan dengan situasi itu.


“Mereka mengadu loya dan sakit kepala, sesetengahnya pula sama ada berasa bimbang atau untuk suka-suka melakukan ujian dadah.


“Hasilnya, kebanyakan mereka didapati positif dadah,” katanya.

Bau itu menggesa mesyuarat antara pegawai minggu lalu, tetapi setakat ini mereka belum menemui cara untuk menangani masalah itu.

Dadah dirampas itu biasanya akan dipindahkan dari bangunan terbabit, tetapi perbalahan yang timbul antara pesuruhjaya polis dan agensi bertanggungjawab untuk memusnahkan dadah berkenaan menyebabkan proses pemusnahan tertangguh.

Seorang hakim yang bimbang dengan situasi yang berlaku itu berkata, pegawai polis terbabit berdepan risiko yang besar.

“Bayangkan jika mereka terbabit dalam nahas ketika bertugas atau dalam perjalanan pulang. Ujian menunjukkan mereka positif dadah dan mereka mungkin ditahan,” katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/20

Balas dendam cara ‘kotor’


Washington: Seorang pembantu rumah yang tertekan dengan majikannya membalas dendam dengan cara yang menjijikkan.

Dia menukar air botol di bilik tidur majikannya dengan air kumbahan dan mencelup berus gigi mereka ke dalam lubang tandas.


Pembantu rumah itu mendedahkan perbuatannya dan berkata selepas merana dengan tugasannya selama tiga bulan, dia membalas dendam kepada majikannya, sepasang suami isteri, kerana mereka “menyakitkan hati dan tidak bertimbang rasa.”

“Saya membalas dendam dengan menyelinap masuk ke bilik air mereka dan mencelup berus gigi mereka ke dalam tandas,” katanya.


Menurut sumber, wanita itu melakukan beberapa lagi “kerja gila” untuk membalas dendam sebelum berhenti kerja.


“Isteri majikan saya selalu meletakkan botol air di tepi katil dan saya juga mencampurkan air itu dengan air dari lubang tandas. Ia membuatkan saya rasa puas ketika itu,” kata wanita itu.

Menurutnya, perbuatannya mungkin memberi kesan buruk terhadap majikannya.

“Saya mendapat tahu dari seorang kenalan yang mereka kini mengalami masalah kesihatan, tetapi saya tidak tahu penyakit apa dan saya risau saya menjadi penyebabnya,” katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/20

Anjing ‘makan’ kepala anak


London: “Anjing itu makan kepala anak saya!”

Itulah jeritan seorang ibu di Britain yang melihat anaknya yang berusia enam hari mati dibaham anjing.


Kejadian itu berlaku tiga hari selepas Sharon John, 42, membawa Eliza-Mae Mullane yang baru dilahirkan pulang dari hospital.

Bayi yang berada di bawah rawatan rapi selepas dilahirkan menjadi mangsa terbaru dalam kes serangan anjing terhadap kanak-kanak di Britain.


Polis merampas anjing baka Alaskan Malamute peliharaan keluarga berkenaan selepas kejadian di Pontyberem, Camarthenshire itu.


Jiran keluarga berkenaan, Patricia Punter berkata Sharon berlari ke rumahnya dan menjerit, “Saya tak tahu apa nak buat.

“Ia sangat dahsyat, Saya tidak pernah mendengar jeritan seperti itu,” kata Patricia.

“Sharon tergamam dan terus menjerit “anjing itu makan kepala anak saya.”
“Dia menyalahkan saya atas kejadian itu - Bayi itu sudah mati, hanya tuhan yang tahu apa yang berlaku ketika itu,” katanya ketika ditemui.

Anjing dalam lingkungan lima atau enam tahun yang dinamakan Nisha itu dibawa pulang dari sebuah kelab malam oleh Sharon dan suaminya Patric Mullane, 35.

Eliza-Mae disahkan meninggal dunia di hospital.

Jurucakap polis berkata, mereka tidak boleh memberitahu punca kematian itu. Ibu bapa mangsa belum disoal siasat dan kejadian itu disifatkan sebagai kemalangan tragik.

Kejadian yang menimpa Eliza-Mae itu berlaku lebih kurang seminggu selepas Ava-Jayne Corless berusia 11 bulan mati dibaham anjing keluarganya sewaktu tidur.

Presiden kelab baka anjing Alaskan Malamute United Kingdom, Keith Givens berkata, “Saya membabitkan diri dengan baka ini lebih 20 tahun dan tidak pernah mendengar kejadian seperti ini berlaku.” - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/20

Kiev mandi darah


Presiden Viktor Yanukovych menyalahkan pembangkang kerana menyebabkan keganasan terburuk kelmarin selepas krisis bermula tiga bulan lalu.
Pasukan keselamatan menyerbu Dataran Kemerdekaan dalam kejadian itu, melepaskan gas pemedih mata dan bom asap terhadap ribuan penunjuk perasaan ketika pihak berkuasa cuba menawan semula zon utama tunjuk perasaan di Kiev.

Penunjuk perasaan bertindak balas dengan melontar bom minyak serta membakar tayar.
Foto
POLIS berkawal di Dataran Kemerdekaan ketika penunjuk perasaan antikerajaan meneruskan bantahan mereka di Kiev, semalam.

Peningkatan keganasan di negara yang terbahagi antara rakyat yang menyokong untuk bersekutu dengan Barat dengan yang menyokong untuk terus bersama Russia mencetuskan kebimbangan di Eropah dan Amerika Syarikat.

Yanukovych diselar oleh Barat dengan dakwaan enggan mengadakan dialog secara serius dengan pemimpin penunjuk perasaan ketika krisis mula meletus November lalu selepas pemimpin itu menolak mengadakan perjanjian dengan Kesatuan Eropah kerana mahu menjalinkan hubungan lebih erat dengan Moscow.

Berucap menerusi televisyen ke seluruh negara, Yanukovych menuduh pembangkang bersikap tidak demokratik.

Kementerian Kesihatan Ukraine berkata, 25 orang terbunuh dalam pertempuran kelmarin dan 241 lagi cedera.

Mereka yang terbunuh termasuk 10 polis dan seorang wartawan yang ditembak oleh lelaki bertopeng.

Sehubungan itu, Yanukovych mengisytiharkan hari berkabung hari ini.

Kejadian keganasan terbaru itu memeranjatkan banyak pihak selepas ketegangan dilihat semakin reda sejak beberapa hari lalu. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/20

Ratu cantik antara mangsa rusuhan



Caracas: Polis Venezuela melepaskan gas pemedih mata dan peluru penabur untuk menyuraikan ratusan penunjuk perasaan antikerajaan semalam.

Sementara itu, jumlah kematian akibat pergolakan sejak dua minggu itu meningkat kepada empat orang.


Pihak berkuasa hospital berkata, antara mangsa yang terbunuh ialah ratu cantik berusia 21 tahun, Genesis Carmona yang mati akibat ditembak di kepala di Valencia.



Di kejiranan kaya di timur Caracas, polis menggunakan gas pemedih mata dan peluru penabur untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang menyekat jalan raya dengan membakar sampah dan serpihan kayu. Beberapa kecederaan dilapor berlaku. Demonstrasi dilakukan sebagai menyokong tokoh pembangkang Leopoldo Lopez yang menyerah diri kepada pihak berkuasa Selasa lalu selepas beberapa hari mengelak daripada ditangkap polis.


Lopez tampil di mahkamah kelmarin dan dituduh melancarkan demonstrasi ganas pada minggu lalu yang menyebabkan tiga orang maut. Pada masa sama, kira-kira 100 penyokong Lopez berhimpun di luar mahkamah Caracas, tempat di mana pertuduhan akan dibacakan terhadapnya. Polis mengenakan kawalan ketat di mahkamah dengan menyekat setiap jalan yang menuju ke bangunan itu.


Bagaimanapun, seorang rakan Lopez berkata dalam mesej di Twitter, bahawa bacaan pertuduhan terhadap pemimpin pembangkang itu sudah dipindahkan ke penjara tentera. Peguam Lopez, Juan Carlos Gutierez berkata, mahkamah mengarahkan pertukaran itu dengan alasan untuk melindungi nyawa Lopez. Penunjuk perasaan yang terdiri daripada pelajar dan pembangkang melancarkan demonstrasi kerana berang dengan jenayah jalanan yang kian meluas. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/21

Lelaki mengaku sembah syaitan serah diri



Bangkok: Seorang lelaki yang mengaku menyembah syaitan menyerah diri kepada polis semalam bagi menghadapi tuduhan membunuh seorang pemuzik pada 9 Januari lalu.

Ketua Polis Bangkok Leftenan Jeneral Camronwit Toopgrajank berkata, Prakan Hanpan, 26, dituduh menikam Sam-ong Triasattha 30 kali.


Prakan bagaimanapun berkata, dia bertindak kerana mempertahankan diri.



Sam-ong, 36, adalah penyanyi utama kumpulan black metal ‘Surrender of Divinity.’ Prakan berkata, mereka bergaduh selepas mangsa mengkritik amalannya menyembah syaitan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/21

Tikam bapa suruh ke sekolah



Xinhua: Seorang remaja 14 tahun didakwa menikam bapanya di sebuah kafe Internet di Hunan selepas dipujuk supaya pergi ke sekolah.

Remaja itu didakwa bertengkar dengan bapanya yang datang ke kafe berkenaan untuk memujuknya agar pergi ke sekolah.


Berang dengan tindakan bapanya, dia mengeluarkan pisau dan menikam lelaki itu, menyebabkan bapanya mati di tempat kejadian.



Kafe Internet di China dikaitkan dengan beberapa kes kematian dan pembunuhan sejak dua tahun lalu, termasuk lelaki berusia 24 tahun yang membunuh teman wanitanya dan kemudian menghabiskan masa bermain permainan komputer sepanjang malam.


Ada juga kes remaja di Hunan yang menyamun dan menikam seorang wanita sebelum melarikan diri ke kafe Internet untuk menulis status memberitahu “semuanya berjalan lancar”.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/2

Padah pukul, jerut leher isteri




KOTA BHARU – Perbuatan kejam seorang penganggur yang memukul isterinya menggunakan kapak sebelum menjerut leher wanita itu dengan rantai besi pengikat beruk pada 20 Januari lalu berbalas apabila Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadapnya semalam.
Tertuduh, Mohd. Fahmie Mat Refin, 26, (gambar) mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nik Hbari Muhammad.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0221&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2tuHUnRCf 
Hakcipta terpelihara 

Ainan Tasneem cedera kemalangan



KEADAAN kereta Proton Saga dinaiki Ainan Tasneem yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Sungai Batu Pahat, Kangar, Perlis kelmarin.


KANGAR - Penyanyi yang popular dengan lagu bertajuk Aku Suka Dia, Ainan Tasneem Ridzuan cedera ringan selepas kereta yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan di Jalan Sungai Batu Pahat di sini malam kelmarin.
Dalam kejadian pukul 9.30 malam itu, kereta Proton Saga yang dipandu oleh rakan penyanyi itu hilang kawalan di satu selekoh sebelum terbabas ke dalam longkang konkrit sedalam satu meter.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd. Nordin berkata, semasa kejadian Ainan Tasneem bersama tiga rakan sekuliahnya di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam perjalanan dari universiti berkenaan ke bandar ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0221&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2tuHHO8m5 
Hakcipta terpelihara 

Bot pukat jerut ditahan, disita



SERAMAI 23 awak-awak warga Thailand yang menceroboh kawasan nelayan Zon A ditahan Maritim Malaysia di Kuala Sala, Kedah semalam.


ALOR SETAR – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Wilayah Maritim Utara menahan sebuah bot nelayan pukat jerut kelas Zon C selepas didapati menceroboh kawasan tangkapan larangan di Zon A kira-kira 4.2 batu nautika dari Pantai Kuala Sala, dekat sini semalam.
Ketua Penguat Kuasa Pangkalan Maritim Kuala Kedah, Leftenan Komander Maritim Mohd. Khairi Abd. Aziz berkata, bot berpangkalan di Kuala Perlis, Perlis itu ditahan pukul 11.25 malam ketika sedang menangkap ikan di lokasi zon larangan terbabit.
Ujarnya, kawasan tangkapan di Zon A iaitu lima nautika dari pantai khusus untuk nelayan pantai manakala Zon C, 12 batu nautika dari pantai.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0221&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2tuH45kZt 
Hakcipta terpelihara 

Polis Malaysia dipenjara di Medan


JAKARTA - Seorang anggota polis Malaysia dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Daerah Medan kelmarin kerana menyeludup 0.5 gram serbuk kristal methamphetamine menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Polonia di Medan, Sumatera Utara, Mei lepas.
Menurut akhbar berbahasa Inggeris Jakarta Post semalam, Lans Koperal Salim Muhammad Yusof, 49, turut didenda Rp800 juta (RM224,000) atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda itu.
Hukuman terhadap Salim dibuat di bawah Undang-undang No. 35/2009 berkaitan narkotik republik itu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0221&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2tuGuoJ71 
Hakcipta terpelihara 

Tak mengaku rompak RM3.36 juta



SEGAR (depan), Balasegaran (tengah) dan Sumon (belakang) yang menghadapi tuduhan merompak van keselamatan dibawa ke Mahkamah Sesyen Klang semalam.


KLANG - Tiga lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan ke atas sebuah van keselamatan yang membawa wang tunai sebanyak RM3.36 juta di sebuah stesen minyak, akhir bulan lalu.
Tertuduh, S. Segar, 41, yang merupakan kelindan lori, P. Balasegaran, 36, bekerja sebagai pengimpal dan Sumon Miah, 39, seorang ejen pekerjaan membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar.
Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh bersama-sama beberapa orang yang masih bebas didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan Kedai Mesra, stesen minyak Petronas, Simpang Tiga Ijok, Bestari Jaya, Kuala Selangor dekat sini kira-kira pukul 9.50 pagi, 28 Januari lalu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0221&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2tuGV6N7k 
Hakcipta terpelihara 

Minta wang tebusan



EMPAT warga Myanmar ditemui dalam keadaan tidak bermaya dan dirantai di sebuah rumah di Sungai Petani semalam.


SUNGAI PETANI - Hasrat empat lelaki warga Myanmar masuk ke negara ini secara haram untuk mencari rezeki menjadi igauan ngeri apabila mereka dikurung dan tangan diikat dengan rantai besi dalam keadaan kelaparan di sebuah rumah kosong di Pekan Atap Jalan Pasar di sini.
Bagaimanapun, penderitaan mereka berakhir apabila polis menyerbu rumah tersebut setelah mendapat maklumat daripada orang awam yang curiga dengan aktiviti di rumah terbabit kira-kira pukul 10 malam kelmarin.
Kesemua pendatang asing tanpa izin (PATI) berusia dalam lingkungan 30-an itu dikatakan menerima layanan buruk daripada penjaga rumah yang juga rakan senegara apabila tidak diberi makan sejak tiga hari lalu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0221&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2tuGENmER 
Hakcipta terpelihara 

Mayat mangsa ketiga ditemui


SEGAMAT 21 Feb. - Mayat mangsa ketiga lemas di sungai Muar, Buloh Kasap, dekat sini, Mohd. Nazrul Aminuddin, 16, ditemui kira-kira pukul 4.22 petang ini. Gerakan mencari dan menyelamat lima lagi mangsa masih diteruskan.
Sebelum ini, dua mayat daripada lapan remaja mangsa lemas di Sungai Muar, Buloh Kasap, dekat sini, ditemui petang ini.
Mayat Mohd. Hafizul Daniel Norhashim, 16, ditemui kira-kira pukul 3.30 petang dan mayat Mohd. Zikri Zaidi, 14, ditemui 10 minit selepas itu.
Gerakan mencari dan menyelamat enam lagi mangsa iaitu Mohd. Mohd Zaki Zaidi, 16, Mohd. Izoan Hakimis Amin, 13, Mohd. Noreen Zainal, 14, dan Mohd. Hafizuddin kamal, 16, masih dilakukan.
Mereka semuanya berasal dari Taman Mewah di sini dan dipercayai mandi di sungai tersebut sebelum tragedi itu berlaku. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140221/je_13/Mayat-mangsa-ketiga-ditemui-KEMASKINI#ixzz2u067yLPn
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lapan remaja dikhuatiri lemas


SEGAMAT 21 Feb. - Lapan remaja dikhuatiri lemas ketika mandi di takungan air di sebuah kuari di Buloh Kasap, dekat sini pukul 8:50 pagi ini.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Kamil Sukarmi ketika dihubungi berkata, usaha mencari sedang dijalankan oleh pihaknya dengan bantuan anggota bomba dan penyelamat - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140221/je_10/Lapan-remaja-dikhuatiri-lemas#ixzz2u05nhGyb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Firma keluarga Shinawatra dikepung


BEBERAPA pekerja keluar dari bangunan yang dikepung para penunjuk perasaan itu.


BANGKOK - Kumpulan penunjuk antikerajaan semalam menyasarkan firma-firma yang didapati mempunyai kaitan dengan keluarga Perdana Menteri sementara, Yingluck Shinawatra bagi memaksanya meletakkan jawatan.
Ribuan penyokong Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat (PDRC) berarak di luar bangunan Shinawatra 3 di utara Bangkok bagi memaksa Yingluck meletakkan jawatan.
Firma yang beroperasi di pejabat itu mempunyai kaitan perniagaan dengan keluarga Yingluck.
Para penunjuk perasaan itu mendakwa keluarga Shinwatra melakukan rasuah dan penipuan.
Bagaimanapun, para penunjuk perasaan itu tidak memasuki bangunan tersebut.
Sebuah lagi kumpulan PDRC yang diketuai Monk Pu Buddha Issara memasuki Hotel SC yang dimiliki keluarga Shinawatra.
Kumpulan tersebut berpura-pura menjadi tetamu hotel dengan menempah sebanyak 20 buah bilik.
Ribuan petani telah membuat bantahan di Bangkok kerana marah disebabkan kegagalan kerajaan untuk membayar mereka harga padi yang dibeli menerusi skim subsidi padi.
Pihak hotel pada mulanya enggan untuk menerima para tetamu itu yang menyatakan mereka mahu untuk menaikkan harga padi.
Namun, pihak hotel bersetuju untuk membayar sebanyak AS$3,700 (RM12, 237) sebagai pampasan kepada para tetamu hotel tersebut dan wang deposit sebanyak AS$120 (RM).
Yingluck merupakan adik bongsu Thaksin Shinawatra.
Thaksin merupakan bekas Perdana Menteri yang telah digulingkan tentera pada tahun 2006.
Ketika itu, kerajaan Thaksin dituduh melakukan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0221&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2tuFGLH5F 
Hakcipta terpelihara 

Serombong diruntuhkan guna bahan letupan



KOMBINASI gambar menunjukkan sebuah serombong runtuh di Pelabuhan Kembla, Australia semalam.


PELABUHAN KEMBLA, Australia - Sebuah serombong setinggi 200 meter diruntuhkan dengan menggunakan bahan letupan di sini semalam.
Hampir 1,000 bahan letupan diletakkan di sekeliling serombong tersebut sebelum ia diletupkan.
Serombong yang dibina dengan menggunakan kira-kira 7,000 tan konkrit itu kemudian putus dua selepas ia diletupkan.
Ribuan orang menyaksikan serombong itu diruntuhkan yang terletak kira-kira 100 kilometer ke selatan Sydney. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0221&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2tuEa6biC 
Hakcipta terpelihara 

22 orang lagi maut di Kiev



BEBERAPA orang penunjuk perasaan mengusung seorang lelaki yang cedera di Dataran Kemerdekaan di Kiev semalam.


KIEV - Satu gencatan senjata di bandar raya ini yang melibatkan golongan penentang antikerajaan dengan polis berakhir semalam apabila 22 orang lagi meninggal dunia.
Penembak-penembak tepat kerajaan Ukraine dilaporkan menembak sejumlah penunjuk perasaan antikerajaan di sini.
Sekurang-kurangnya 50 orang telah mati dalam minggu ini akibat pertempuran yang melibatkan para penentang kerajaan dengan polis.
Seorang wartawan Associated Press melaporkan, dia menyaksikan 21 daripada 22 mayat semalam di celah-celah kawasan khemah para penentang kerajaan di tengah Kiev.
Menurut jurucakap Menteri Dalam Negeri, Serhiy Burlakov, seorang anggota polis terbunuh dan 28 lagi cedera akibat terkena tembakan semalam.
Pada malam kelmarin, Presiden Ukraine, Viktor Yanukovych menemui beberapa pemimpin penunjuk kerajaan antikerajaan untuk meminta satu gencatan senjata diadakan.
Namun, gencatan senjata itu berakhir apabila para penunjuk perasaan membaling bola api ke arah anggota-anggota polis pencegah rusuhan.
Para penunjuk perasaan antikerajaan itu melancarkan perhimpunan sejak bulan lalu menuntut Yanukovych meletakkan jawatan manakala pilihan raya awal diadakan.
Namun, Yanukovych tidak mahu meletakkan jawatan.
Persengketaan itu bermula apabila Yanukovych enggan menandatangani satu perjanjian perdagangan dengan Kesatuan Eropah sebaliknya meneruskan kerjasama erat dengan Rusia. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0221&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2tuE43dpE 
Hakcipta terpelihara 

Dua mayat ditemui, enam lagi mangsa sedang dicari


SEGAMAT 21 Feb. - Dua mayat daripada lapan remaja mangsa lemas di Sungai Muar, Buloh Kasap, dekat sini, ditemui petang ini.
Mayat Mohd. Hafizul Daniel Norhashim, 16, ditemui kira-kira pukul 3.30 petang dan mayat Mohd. Zikri Zaidi, 14, ditemui 10 minit selepas itu.
Gerakan mencari dan menyelamat enam lagi mangsa iaitu Mohd. Mohd Zaki Zaidi, 16, Mohd. Izoan Hakimis Amin, 13, Nazrol Aminuddin Zamri, 15, Mohd. Noreen Zainal, 14, dan Mohd. Hafizuddin kamal, 16, masih dilakukan.
Mereka semuanya berasal dari Taman Mewah di sini dan dipercayai mandi di sungai tersebut sebelum tragedi itu berlaku. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140221/je_12/Dua-mayat-ditemui-enam-lagi-mangsa-sedang-dicari#ixzz2tzuyFx8s
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bekas kakitangan syarikat tembakau dipenjara kerana rasuah


KUALA LUMPUR 20 Feb. - Bekas kakitangan sebuah syarikat pembekal tembakau, JT International Tobacco hari ini dipenjara 15 bulan dan didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana rasuah.
Datuk Dr. Ronald Louis Richards, 52, didapati bersalah memperoleh rasuah RM20,000 daripada seorang pengurus syarikat keselamatan, enam tahun lepas.
Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman itu terhadapnya selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Mahkamah turut memerintahkan tert


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140220/ma_06/Bekas-kakitangan-syarikat-tembakau-dipenjara-kerana-rasuah#ixzz2ttecoe2Y
© Utusan Melayu (M) Bhd