Search This Blog

Thursday, February 20, 2014

Lori SWM buang sisa kotoran di pantai?

Lori SWM buang sisa kotoran di pantai?
Gambar yang tersebar di laman sosial Facebook. 
WARTAWAN SINAR HARIAN
20 Februari 2014
PORT DICKSON - Gambar sebuah kenderaan milik SWM Environment Sdn Bhd (SWM) yang dipercayai sedang membuang air sisa kotoran berwarna hitam di pantai Port Dickson tersebar meluas di laman sosial Facebook, sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Melalui gambar berkenaan yang dimuat naik seorang lelaki itu menerima pelbagai komen daripada orang ramai.

Gambar berkenaan dimuat naik sekitar 12 tengah hari semalam,  dan melalui gambar itu, dapat dikenal pasti lokasi tersebut berlaku di Pantai Sea View Batu 1 Port Dickson.

Sementara itu, SWM dalam kenyataan rasminya yang diemel kepada Sinar Harian petang semalam berkata, pihaknya memandang serius perkara tersebut.

"Tatacara operasi kerja bagi melupuskan air kotoran dan kotoran longkang hanya boleh dijalankan di tapak pelupusan sampah.

"Syarikat mengambil serius terhadap pematuhan operasi manual kerja bagi semua anggota kerja SWM dan sub-kontraktor," katanya.

Menurut kenyataan itu, SWM sedang menjalankan siasatan dalaman untuk mengenal pasti pekerja yang terlibat dengan kegiatan tersebut, sebelum tindakan tegas diambil.

Malah, SWM turut memohon maaf kepada orang ramai terhadap insiden berkenaan.

Remaja maut digilis forklift

Remaja maut digilis forklift

LYDIA
20 Februari 2014
ROMPIN – Perubahan sikap seorang pemuda menjadi pendiam ketika bersama dengan ahli keluarganya selain hanya tersenyum jika adik beradik lain bergurau dengannya menjadi petanda bahawa beliau akan pergi meninggalkan keluarganya itu buat selamanya.

Mangsa, Ahmad Zaid Harishah Abu Bakar, 18, baru sebulan bekerja di Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian di Kampung Selancar, Tanjung Gemok, maut akibat cedera di leher dan kepala selepas di gilis oleh forklift sekitar jam 11.45 pagi kelmarin ketika cuba menghidupkan jentera tersebut yang rosak dengan membuat sambungan ‘jumper’ bateri dari sebuah forklift lain.

Kakak mangsa, Nur Zahidah Abu Bakar, 28, berkata, sejak seminggu lalu arwah banyak menunjukkan perubahan apabila tidak banyak bercakap dengan ahli keluarga selain hanya tersenyum jika ahli keluarga lain bergurau senda dengannya.

“Sebelum kejadian, saya dan arwah bersama-sama seorang lagi kakaknya , Nurul Diana Abu Bakar, 21, sempat ke kedai untuk membeli sarapan namun dia tidak banyak bercakap selain asyik termenung di depan forklift sebaik sampai di tempat kerja.

“Kelakuannya itu agak pelik kerana sebelum ini dia tidak begitu” katanya.

Menurutnya, difahamkan bahawa kejadian berlaku apabila forklift yang cuba dihidupkan Zaid terundur lalu menggilisnya ketika dia sedang berdiri dengan sebelah kakinya cuba menekan pedal minyak jentera itu.

Dalam pada itu, ibu mangsa, Zaiton  Ariffin, 49, berkata, beliau bergegas ke tempat kejadian apabila diberitahu salah seorang rakan mangsa.

“Ketika kejadian, saya sedang berniaga di warung yang hanya berhadapan dengan tempat kerjanya itu.

“Anak lelaki saya yang sulung juga bergegas ke tempat kejadian untuk melihat keadaan Zaid namun sebaik sampai dia sudah tidak sedarkan diri sebelum kami menghantarnya ke Klinik Kesihatan Tanjung Gemuk, Rompin, namun disahkan  sudah meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya mengesahkan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai kemalangan di tempat kerja.

Cubaan seludup RON95 gagal

WARTAWAN SINAR HARIAN
Cubaan seludup RON95 gagal
Bahagian dalam kereta diubah suai untuk memuatkan tong yang diisi petrol dalam kuantiti besar. 
20 Februari 2014
PASIR PUTEH - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) berjaya mematahkan cubaan menyeludup petrol selepas menyerbu stesen minyak di Kampung Jerus, Selising, dekat sini, malam kelmarin.

Ketua penguat kuasanya, Abdul Ghani Harun berkata, pihaknya dengan kekuatan 13 anggota melakukan intipan sejak jam 4.30 petang selepas menerima aduan orang awam.

Katanya, pada jam 9 malam, penguat kuasa mengepung suspek yang ketika itu sedang mengisi petrol RON95 ke dalam tong, yang memenuhi ruang dalam kereta.

“Ketika serbuan, terdapat dua kereta jenis Proton Iswara mengisi petrol ke dalam kereta tapi kami hanya berjaya kepung satu kereta sahaja, sementara satu kereta lagi memecut menuju ke arah Kota Bharu.

“Suspek cuba memecut keretanya untuk meloloskan diri daripada kepungan tetapi terlanggar kenderaan kami. Suspek keluar dan berlari meninggalkan keretanya,” katanya.

Hasil serbuan tersebut katanya, pihaknya menemui 18 tong, setiap satunya berisi 30 liter petrol bernilai kira-kira RM1,000 dan sembilan tong kosong yang belum sempat diisi.

Katanya, pihaknya percaya bahan bakar itu untuk diseludup ke Thailand dan serbuan malam kelmarin kali kedua di stesen minyak sama selepas menangani kes hampir serupa 25 September tahun lalu.

‘Kita menyita stesen minyak tersebut untuk tempoh tertentu dan disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. Pengusaha stesen boleh didenda RM100,000 bagi kesalahan pertama dan RM250,000 bagi kesalahan kedua.

“Penyeludup mencari stesen yang boleh bersekongkol dengannya walaupun jaraknya agak jauh dari sempadan Kelantan-Thailand,” katanya kepada pemberita.

Abdul Ghani berkata, pihaknya kesal kerana pengusaha terbabit langsung tidak mempunyai tanggungjawab sosial apabila bekerjasama dengan penyeludup membawa petrol bersubsidi ke negara jiran.

Katanya, harga minyak petrol bersubsidi RON95 ialah RM2.10 seliter berbanding harga di negara jiran RM4.70 seliter, yang menjadi perhatian kumpulan penyeludup mengaut keuntungan lebih.

"Mengikut peraturan penggunaan awam, pengusaha stesen minyak tidak boleh menjual atau bersekongkol dengan penyeludup untuk menjualnya di negara jiran apatah lagi dalam kuantiti sebanyak itu," katanya.

Siling auditorium runtuh ragut 10 nyawa

Siling auditorium runtuh ragut 10 nyawa
Bumbung auditorium kolej itu dipercayai runtuh akibat salji tebal yang melitupi siling bangunan tersebut.

SEOUL - Sekurang-kurangnya 10 pelajar terbunuh manakala lebih 100 lagi cedera apabila bumbung sebuah auditorium kolej runtuh secara tiba-tiba di bandar Gyeongju, menurut pihak berkuasa, semalam.
Memetik laporan CNA, insiden runtuhan dipercayai berpunca daripada salji tebal yang melitupi siling bangunan tersebut berlaku ketika lebih 560 pelajar menghadiri minggu suai kenal, kelmarin.

Jurucakap Kementerian Keselamatan dan Pentadbiran Awam berkata, lebih 1,400 anggota penyelamat kini sedang bertungkus lumus melakukan operasi mencari dan menyelamat (Sar) pelajar yang masih terperangkap di bawah runtuhan terbabit.

Sementara itu, Presiden Korea Selatan Park Geun-Hye mengarahkan siasatan penuh dilakukan ke atas kejadian itu.

Janda kena tipu RM200,000

Janda kena tipu RM200,000
Norizan (kanan) menceritakan kisahnya kepada wartawan Sinar Harian,semalam. 
IZWAN ROZLIN
20 Februari 2014
KUALA LUMPUR - Akibat percaya janji, seorang janda kerugian kira-kira RM200,000 selepas tidak sedar dikikis oleh seorang lelaki berperwatakan baik yang konon boleh membantunya menyelesaikan pembahagian harta pusaka milik arwah suaminya.

Mangsa Norizah Muslim, 44, berkata, dia mengenali  suspek  selepas dihubungi lelaki itu yang dikenali sebagai Rizman, 38,  yang berminat mahu menyewa rumah milik arwah suaminya di Butterworth pada Mei tahun lalu.

“Dia berperwatakan baik malah dalam waktu yang singkat  dia banyak membantu kami sekeluarga termasuk urusan pembahagian harta pusaka  arwah suami,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, sikap lelaki itu yang gemar membantu menyebabkan dia sekeluarga  berasa senang dengan kehadirannya.

“Kami  suka sebab dia  ringan tulang malah sanggup menghantar dan mengambil anak perempuan  saya yang belajar di  sebuah IPTA di Perlis pada waktu cuti,” katanya.

“Pada awal November, kami menyerahkan wang deposit sebanyak RM25,000 sebagai deposit pembelian rumah. Dia membawa kami melawat rumah yang bakal dibeli sebelum meminta lagi RM38,000  sebagai wang pendahuluan selepas menandatangani perjanjian jual beli dengan syarikat pemaju perumahan berkenaan.

Menurut Norizah dia memang sudah lama berhasrat untuk membeli rumah teres di Kuala Lumpur.

“Malah dia juga meyakinkan saya  untuk melabur dalam projek ternakan ayamnya yang beroperasi di sebuah kawasan Di Bukit Mertajam. Saya dibawa ke kawasan penternakan yang dimilikinya dan bersetuju untuk menyertai pelaburan itu dengan modal permulaan RM50,000,” katanya.

“Untuk projek ternakan dia berjanji akan membayar keuntungan RM2,000. sebulan dan bagi menyenangkan saya berulang alik melihat pusat ternakan, dia memujuk  supaya membeli sebuah kereta dengan cara membuat pinjaman peribadi dari sebuah bank berjumlah RM45,000.

Katanya, kesemua wang  berjumlah kira-kira RM200,000 ini diserahkan kepada lelaki itu dari Oktober hingga Disember tahun lalu.

“Saya hanya menyedari ditipu selepas mendapat tahu Rizman dipukul oleh lelaki yang merupakan pemilik sebenar pusat penternakan kerana gagal melangsaikan hutang pembelian ayam berjumlah puluhan ribu ringgit.

“Bila dapat tahu perkara itu, saya memberikan pelbagai alasan kepadanya untuk mendapatkan kembali wang yang telah diberikan, namun dia memberikan pelbagai alasan termasuk sanggup berkahwin dengan saya untuk menyelesaikan masalah itu,” katanya.

Norizah berkata sepanjang mengenali lelaki itu, dia pernah membawa seorang wanita yang didakwa sebagai isterinya, Selepas diselidiki, keluarga wanita itu sebenarnya turut menjadi mangsa penipuan ‘Rizman’.

“Ramai lagi mangsa di  sekitar Bukit Mertajam ditipu dengan  pelaburan ternakan ayam yang sebenarnya tidak wujud,” katanya.

Katanya, disebabkan itu dia kini terpaksa menyelesaikan hutang dengan bank selain menanggung kerugian  besar disebabkan ‘Rizman’  menghilangkan diri.

Norizah membuat laporan  di Balai Polis Ampang sebelum kesnya dirujuk di Ibu Pejabat Polis Daerah Bandar Perda, Bukit Mertajam Disember tahun lalu.

Seludup rokok RM1j


Pengarah KDRM negeri Datuk Dr Janathan Kandok berkata, rampasan membabitkan nilai cukai hampir RM3 juta itu menjadi kejayaan terbesar dilakukan pihaknya, tahun ini. 
“Berdasarkan maklumat dan risikan, KDRM menyerbu sebuah rumah terbiar pada awal minggu lalu dan ketika pemeriksaan dilakukan, kita menemui ratusan ribu kotak rokok dipercayai diseludup dari negara jiran. 

“Dipercayai rumah kosong ini dijadikan transit penyeludup sebelum diedarkan kepada pihak ketiga seperti pemilik kedai atau individu,” katanya pada sidang media di Kilang Kayu Hiong Tiong, di sini, semalam.
Foto
DR Janathan (kiri) bersama pegawai kanan kastam memusnahkan rokok seludup.

Tambah DrJanathan, kes itu disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(e), Akta Kastam 1967 iaitu memiliki barang tiada kelulusan kastam.

“Tahun ini kastam akan melancarkan perang besar-besaran terhadap sebarang aktiviti penyeludupan terutama rokok. 

“Kami juga memberikan tumpuan terhadap penyeludupan minuman keras, besi, kaca dan penyeludupan manusia,” katanya. 

Sementara itu, KDRM memusnahkan 540,400 bungkus rokok kretek bernilai RM1.62 juta yang dirampas sepanjang 2009 dan 2010. 

“Jumlah ini membabitkan nilai cukai RM4.08 juta sepanjang serbuan di Penampang dan Keningau. 

“Semua rokok itu sudah mendapat kelulusan untuk dilupuskan melalui kaedah pembakaran atau menggunakan mesin,” katanya. 

Diseret lori tanah

Oleh Asmah Rusman
Kuala Lumpur: Seorang wanita maut selepas kereta Volkswagen Passat dipandunya dirempuh dan diseret sebuah lori membawa muatan tanah di susur Lebuh raya Bukit Jalil arah Jalan Bukit Jalil Indah, di sini petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa dikenali sebagai Sze To Po Ling, 45, dari Seri Kembangan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan. 
Siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan lori tanah berkenaan mengalami masalah brek dan hilang kawalan sebaik memasuki persimpangan jalan dari arah lebuh raya itu.

Lori itu kemudian melanggar pembahagi jalan sebelum memasuki laluan bertentangan lalu merempuh kereta yang dipandu mangsa dan terseret kira-kira 50 meter.
Foto
KENDERAAN yang terbabit kemalangan, semalam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Penguasa Kanan Bomba 1 Azizan Ismail yang mengesahkan kejadian itu berkata, sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil dikejarkan ke lokasi kejadian.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/20

Mewah duit kad klon


Shah Alam: Dua lelaki warga asing dengan seorang daripadanya berstatus pelarian Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNCHR) manakala seorang lagi masuk ke negara ini sebagai pelancong mampu mengaut wang jutaan ringgit dengan mengklon kad juruwang automatik (ATM) sebelum mengeluarkan wang dari mesin ATM bank tempatan.
Kedua-dua warga Sri Lanka berusia 28 dan 38 tahun itu dikesan menggunakan akaun bank individu tertentu di luar negara diperoleh melalui pihak ketiga sebelum menggunakan akaun itu mengeluarkan wang menggunakan kad ATM diklon di beberapa bank tempatan di negara ini. 
Kad ATM itu pula kad yang menggunakan jalur magnetik. Hanya terdapat beberapa bank tempatan yang masih menggunakan kad lama itu manakala selebihnya menggunakan kad yang bercip. Difahamkan, kebanyakan mangsa sindiket dianggotai dua lelaki itu membabitkan rakyat asing dan bukan warga tempatan. 

Sindiket antarabangsa itu dipercayai bergiat aktif di Lembah Klang sejak dua bulan lalu dan dikesan memiliki kepakaran dalam bidang teknologi maklumat (IT) kerana mereka boleh memasukkan data pemegang akaun bank luar negara yang diperoleh dari pihak ketiga termasuk menukar nombor PIN kad bagi membolehkan mereka mengeluarkan wang dengan mudah.
Foto
CHONG menunjukkan kad ATM palsu yang dirampas.

Bagaimanapun, kegiatan mereka tidak bertahan lama apabila dicekup sepasukan anggota polis di sebuah kondominium di Taman Cempaka, Ampang, kira-kira jam 8 malam, Isnin lalu.

Bersama-sama suspek, polis turut merampas 2,217 kad ATM palsu pelbagai nama, kotak keselamatan (58), mesin pencetak (1), pembaca data kad (2) dan masing-masing sebuah telefon bimbit serta komputer riba. 

Difahamkan, kejayaan polis itu adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia namun polis masih menyiasat sama ada terdapat pemegang akaun bank tempatan yang turut menjadi mangsa. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor Asisten Komisioner Chong Mun Phing berkata, suspek dipercayai mempunyai rangkaian dengan beberapa lagi rakan jenayah yang dipercayai warga asing. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. 
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/20

Abang noda dua adik



Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Ampang: Seorang abang sanggup menjadikan dua adik perempuannya sebagai hamba seksnya di rumah mereka di Taman Ukay Bistari.

Malah lelaki berusia 30-an itu turut mengugut kedua-dua adiknya itu yang berusia 20-an supaya tidak menceritakan perbuatan terkutuknya setiap kali merogol mereka jika tidak mahu dibelasah lebih teruk.

Dalam kejadian terbaru Ahad lalu, mangsa bersama kakaknya yang sedang tidur di dalam bilik sekali lagi didatangi abang mereka sebelum lelaki itu bertindak memperkosa kedua-dua mereka.

Lelaki itu dipercayai merogol adiknya seorang demi seorang di bilik tidur berasingan.

Mangsa yang tidak tahan diperlakukan seperti itu akhirnya nekad membuat laporan polis, kelmarin.

Sumber berkata, ketika mangsa cuba menjerit meminta tolong, suspek yang berang terus menampar muka mangsa beberapa kali sebelum membelasahnya.

“Selepas puas memperkosa mangsa, suspek mengugut supaya mereka tidak menceritakan perkara itu kepada sesiapa sebelum dia keluar dari rumah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah mengesahkan kejadian itu dan suspek sudah ditahan di kediamannya kira-kira jam 3 pagi kelmarin.

Menurutnya, suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/20

Bayi mati di rumah pengasuh


Putrajaya: Seorang bayi lelaki meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika dijaga pengasuh di Presint 9, di sini, semalam.

Bayi berusia lima bulan itu didapati tidak sedarkan diri oleh pengasuhnya jam 11 pagi, sebelum dihantar ke Hospital Putrajaya (HPj), di sini untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, mangsa dihantar ibunya yang tinggal di Presint 11 jam 7 pagi, dan ketika itu bayi terbabit dalam keadaan sihat.

“Bagaimanapun, pada jam 11 pagi, ibu mangsa mendapat panggilan telefon daripada pengasuh memaklumkan anaknya tidak sedarkan diri.


“Dia bergegas ke rumah pengasuh sebelum menghantar anaknya ke bahagian kecemasan HPj untuk pemeriksaan, namun doktor mengesahkan bayi berkenaan sudah meninggal dunia,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/20

Kerja roboh rumah setinggan kecoh


Mereka mendakwa tidak menerima sebarang notis daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk berpindah dan menganggap tindakan itu dilakukan tergesa-gesa. 
Anggota penguat kuasa DBKL, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan anggota polis turut berada di lokasi bagi mengawal keadaan sebaik kerja meroboh bermula jam 9 pagi. 

Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Chubadak Tambahan, Ramlee Ahmad berkata, kali terakhir penduduk diberi notis mengenai kerja meroboh rumah itu pada Oktober tahun lalu.
Foto
PENDUDUK Kampung Chubadak Tambahan berehat di hadapan rumah selepas kerja meroboh ditangguhkan.

“Mereka tidak menerima sebarang notis daripada pihak berkuasa untuk berbuat demikian, malah sehingga kini pihak pemaju juga tidak memberi sebarang jaminan terhadap tuntutan yang dibuat,” katanya.

Katanya, pegawai yang hadir mendakwa dia menerima arahan berbuat demikian bagaimanapun apabila diminta mengemukakan bukti mereka hanya berdiam diri. 
“Sudahlah tidak diberikan notis, cara mereka datang juga seperti kami ini penduduk setinggan yang merampas tanah orang,” katanya. 

Difahamkan, mahkamah sudah memutuskan tanah berkenaan bukan setinggan dan menjadi milik penduduk kampung berkenaan. 

Ramlee berkata, berikutan keputusan itu, pihak pemaju atau pihak lain yang ingin mendapatkan tanah berkenaan perlu membayar ganti rugi atau pampasan seperti dipersetujui antara kedua pihak. 

Berikutan bantahan penduduk itu, kerja meroboh berkenaan ditangguhkan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/20

‘Lari’ tinggal hutang RM30,000

Oleh Nur Lela Zulkipli
Puchong: “Kalau sudah tak nak duduk di sini sekalipun, sekurang-kurangnya tolonglah jelaskan yuran penyelenggaraan bulanan yang tertunggak,” itu permintaan pengurus bahagian pengurusan Pangsapuri Sri Begonia, Bandar Puteri, di sini, Adenan Ibrahim, 34, selepas 10 pemilik rumah di kawasan itu meninggalkan kediaman masing-masing secara serentak, tujuh tahun lalu.
Lebih malang apabila terdapat pemilik rumah yang tidak bertanggungjawab dengan meninggalkan rumah mereka dalam keadaan rosak dan kotor sehingga memberi rasa tidak selesa kepada jiran.
Menurut Adenan, setiap pemilik rumah hanya perlu membayar yuran penyelenggaraan bulanan RM36 bagi memudahkan pihak pengurusan membaiki sebarang kerosakan di kawasan pangsapuri.

“Sudahlah mereka tidak pernah membayar yuran penyelenggaraan sejak menetap di sini, malah tergamak pula tinggalkan rumah dalam keadaan tidak terurus.
Foto
SEBUAH pangsapuri yang tidak terurus selepas ditinggalkan pemilik.

“Tolonglah fikirkan keselesaan dan keselamatan penduduk lain dan sila tampil untuk jelaskan yuran yang tertunggak hampir RM30,000 sejak tujuh tahun lalu,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Difahamkan, 10 pemilik itu juga cuba dikesan pihak pengurusan melalui maklumat yang diberikan ketika membeli rumah, namun gagal apabila nombor telefon yang diberikan tidak aktif lagi.

Katanya, pihak pengurusan pangsapuri itu sentiasa bersedia memberi perkhidmatan terbaik untuk penduduk, namun sikap penduduk yang enggan dan menangguh membayar wang penyelenggaraan menyukarkan pihaknya.

“Apabila kami rujuk kepada pihak pemaju, mereka tidak boleh mengambil sebarang tindakan kerana kediaman itu sudah dibeli dan tidak berada di bawah tanggungjawab mereka lagi.

“Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) pula hanya boleh bertindak menyita rumah yang ditinggalkan berikutan pemilik rumah gagal membayar cukai pintu sejak ditinggalkan,” katanya.

Lebih membimbangkan apabila ada remaja melakukan perkara terkutuk selain menjadi tempat bermalam bagi penagih dadah di unit yang ditinggalkan itu.

“Sampai bila kami perlu berdepan risiko bahaya daripada tindakan penduduk yang tidak bertanggungjawab meninggalkan rumah selama bertahun-tahun?

“Jika tidak mahu menetap di sini, sewakan kepada orang lain kerana ramai yang ingin menyewa rumah di kawasan bandar dan tolonglah kami supaya tiada lagi rumah kosong dalam pangsapuri ini,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/20

‘Geram’ lihat janda muda


Oleh Junaidi Ladjana

Labuan: Terangsang melihat seorang janda muda berusia 23 tahun sedang tidur, seorang lelaki bertindak cuba merogol wanita berkenaan apabila menyelinap masuk ke dalam bilik sebelum perbuatannya disedari mangsa.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi di Kampung Saguking Laut, Ahad lalu, suspek yang juga sepupu mangsa berusia 30 tahun turut bertindak mengugut mangsa apabila perbuatannya terbongkar.

Menurut sumber, ketika kejadian mangsa sedang tidur seorang diri di dalam bilik dan terjaga apabila menyedari suspek memasuki biliknya.

“Suspek kemudian menolak mangsa di atas katil lalu menutup mulut mangsa sebelum mencabulnya.


“Suspek yang turut membawa pisau mengugut akan menikam mangsa jika menjerit.


“Namun, perbuatan suspek disedari bapa mangsa yang curiga dengan bunyi bising lalu masuk ke dalam bilik anaknya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/20

Pencuri pesan sekolah tinggalkan duit



Madinah: Seorang lelaki yang menyelinap masuk ke dalam pejabat sebuah sekolah di sini begitu kecewa selepas tidak menemui wang di pejabat sekolah berkenaan.

“Lain kali tolong tinggalkan sedikit wang,” tulis pencuri itu pada papan hitam sebelum meninggalkan kawasan sekolah berkenaan.


Menurut laporan, lelaki itu ditahan oleh polis tidak lama selepas itu.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/20

Ciuman bawa padah



Manama (Bahrain): Seorang pemandu warga Pakistan menanggung derita kerana mencium pipi seorang kanak-kanak perempuan Bahrain.

Lelaki berusia 39 tahun itu dihukum penjara 10 tahun kerana tindakannya mencium kanak-kanak berusia lima tahun.


Dalam keterangannya kepada mahkamah sebelum hukuman dijatuhkan, lelaki berkenaan berkata, dia mencium kanak-kanak itu tahun lalu kerana menganggapnya sama seperti anaknya.


Mahkamah tidak mempercayainya.


Laporan perubatan dikemukakan kepada mahkamah di Manama, Bahrain menunjukkan pipi kanak-kanak itu merah, menandakan dia dicium secara paksa.


Lelaki terbabit ditahan selepas ibu kanak-kanak berkenaan membuat laporan polis selepas melihat anaknya menangis sekembali dari sekolah.

Kanak-kanak itu memberitahu ibunya, pemandu yang setiap hari membawa dia pergi dan pulang dari sekolah mencium dan menggigit pipinya.


Wanita itu memberitahu mahkamah, anaknya mengadu warga Pakistan itu berulang kali meminta kebenaran mencium pipinya tetapi kanak-kanak itu menolak sehingga dia menciumnya secara paksa pada hari itu.

Akhbar tempatan melaporkan, hakim memarahi defendan apabila lelaki itu berkata dia menciumnya setelah mendapat kebenaran.


Hakim itu berkata, gambar menunjukkan kesan seperti trauma pada wajah kanak-kanak itu dan ia tidak menggambarkan ciuman seorang bapa.


Pemandu itu didapati bersalah kerana menggunakan paksaan untuk mencium kanak-kanak dan dia dihukum penjara 10 tahun serta diusir dari Bahrain selepas menjalani hukuman berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/20

Lelaki ugut 100 wanita mungkin digantung


Seorang lelaki yang memeras ugut lebih 100 wanita dengan merakam gambar mereka di apartmennya mungkin dikenakan hukuman gantung.

Pendakwa raya dalam kes berkenaan menuntut hukuman itu dikenakan terhadap lelaki terbabit.


Sebuah mahkamah di Buraidah, bandar di tengah Saudi menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan 800 sebatan selain membayar denda SR80,000 (RM70,321) ke atas lelaki itu.



Bagaimanapun, pendakwa raya meminta hakim di mahkamah rayuan supaya mengenakan hukuman mati ke atasnya atas alasan kesalahannya sungguh berat.


Polis Saudi menahan lelaki itu selepas menerima aduan daripada beberapa wanita yang menuduh dia menyamar sebagai wanita dalam laman sosial untuk memerangkap mereka.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/20

Tiga maut ditembak


Narathiwat: Tiga orang ditembak mati dalam daerah Yarang di Pattani awal pagi semalam sementara sebutir bom yang meletup di Yi Ngor di sini mencederakan empat wartawan.

Dalam kejadian di Yarang, tiga lelaki terbabit berada dalam sebuah kereta di Kampung Mohmawi apabila sekumpulan lelaki bersenjata menaiki pikap dan motosikal menembak.


Selepas kereta berkenaan jatuh ke dalam parit, kumpulan lelaki bersenjata berkenaan menarik seorang mangsa keluar dan menembaknya sementara lelaki bersenjata lain menembak dua lagi penumpang yang berada dalam kereta.



Menurut sumber, ketiga-tiga mangsa ialah anggota keselamatan tempatan. Penyerang turut merampas senjata mangsa sebelum melarikan diri.


Polis tidak dapat memastikan sama ada serangan itu berpunca daripada gerakan pemisah atau urusan niaga haram memandangkan seorang daripada mangsa pernah ditangkap tahun lalu kerana memiliki dadah. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/20

Balas dendam cara ‘kotor’


Washington: Seorang pembantu rumah yang tertekan dengan majikannya membalas dendam dengan cara yang menjijikkan.

Dia menukar air botol di bilik tidur majikannya dengan air kumbahan dan mencelup berus gigi mereka ke dalam lubang tandas.


Pembantu rumah itu mendedahkan perbuatannya dan berkata selepas merana dengan tugasannya selama tiga bulan, dia membalas dendam kepada majikannya, sepasang suami isteri, kerana mereka “menyakitkan hati dan tidak bertimbang rasa.”

“Saya membalas dendam dengan menyelinap masuk ke bilik air mereka dan mencelup berus gigi mereka ke dalam tandas,” katanya.


Menurut sumber, wanita itu melakukan beberapa lagi “kerja gila” untuk membalas dendam sebelum berhenti kerja.


“Isteri majikan saya selalu meletakkan botol air di tepi katil dan saya juga mencampurkan air itu dengan air dari lubang tandas. Ia membuatkan saya rasa puas ketika itu,” kata wanita itu.

Menurutnya, perbuatannya mungkin memberi kesan buruk terhadap majikannya.

“Saya mendapat tahu dari seorang kenalan yang mereka kini mengalami masalah kesihatan, tetapi saya tidak tahu penyakit apa dan saya risau saya menjadi penyebabnya,” katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/20

Polis mabuk bau ganja



Paris: Polis Perancis yang membuat rampasan ganja dalam jumlah yang besar di Roubaix kini menghadapi masalah.

Lebih 40 kilogram dadah berkenaan kini disimpan di ibu pejabat polis di utara Perancis itu dan baunya kini semakin merebak.


Malah, bau dadah itu juga boleh menyebabkan mereka gagal dalam ujian dadah, selain sesetengahnya mengadu loya dan sakit kepala.

Pegawai kesatuan polis, Fabrice Danel memberitahu akhbar Perancis NordEclair bahawa rakan sekerjanya benar-benar bosan dengan situasi itu.


“Mereka mengadu loya dan sakit kepala, sesetengahnya pula sama ada berasa bimbang atau untuk suka-suka melakukan ujian dadah.


“Hasilnya, kebanyakan mereka didapati positif dadah,” katanya.

Bau itu menggesa mesyuarat antara pegawai minggu lalu, tetapi setakat ini mereka belum menemui cara untuk menangani masalah itu.

Dadah dirampas itu biasanya akan dipindahkan dari bangunan terbabit, tetapi perbalahan yang timbul antara pesuruhjaya polis dan agensi bertanggungjawab untuk memusnahkan dadah berkenaan menyebabkan proses pemusnahan tertangguh.

Seorang hakim yang bimbang dengan situasi yang berlaku itu berkata, pegawai polis terbabit berdepan risiko yang besar.

“Bayangkan jika mereka terbabit dalam nahas ketika bertugas atau dalam perjalanan pulang. Ujian menunjukkan mereka positif dadah dan mereka mungkin ditahan,” katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/20

Anjing ‘makan’ kepala anak


London: “Anjing itu makan kepala anak saya!”

Itulah jeritan seorang ibu di Britain yang melihat anaknya yang berusia enam hari mati dibaham anjing.


Kejadian itu berlaku tiga hari selepas Sharon John, 42, membawa Eliza-Mae Mullane yang baru dilahirkan pulang dari hospital.

Bayi yang berada di bawah rawatan rapi selepas dilahirkan menjadi mangsa terbaru dalam kes serangan anjing terhadap kanak-kanak di Britain.


Polis merampas anjing baka Alaskan Malamute peliharaan keluarga berkenaan selepas kejadian di Pontyberem, Camarthenshire itu.


Jiran keluarga berkenaan, Patricia Punter berkata Sharon berlari ke rumahnya dan menjerit, “Saya tak tahu apa nak buat.

“Ia sangat dahsyat, Saya tidak pernah mendengar jeritan seperti itu,” kata Patricia.

“Sharon tergamam dan terus menjerit “anjing itu makan kepala anak saya.”
“Dia menyalahkan saya atas kejadian itu - Bayi itu sudah mati, hanya tuhan yang tahu apa yang berlaku ketika itu,” katanya ketika ditemui.

Anjing dalam lingkungan lima atau enam tahun yang dinamakan Nisha itu dibawa pulang dari sebuah kelab malam oleh Sharon dan suaminya Patric Mullane, 35.

Eliza-Mae disahkan meninggal dunia di hospital.

Jurucakap polis berkata, mereka tidak boleh memberitahu punca kematian itu. Ibu bapa mangsa belum disoal siasat dan kejadian itu disifatkan sebagai kemalangan tragik.

Kejadian yang menimpa Eliza-Mae itu berlaku lebih kurang seminggu selepas Ava-Jayne Corless berusia 11 bulan mati dibaham anjing keluarganya sewaktu tidur.

Presiden kelab baka anjing Alaskan Malamute United Kingdom, Keith Givens berkata, “Saya membabitkan diri dengan baka ini lebih 20 tahun dan tidak pernah mendengar kejadian seperti ini berlaku.” - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/20

Turki sekat guna Twitter


2014/02/20
Ankara: Presiden Turki, Abdullah Gul kehilangan beribu pengikut Twitter selepas beliau menandatangani undang-undang kontroversi, yang diluluskan Parlimen bagi melaksanakan kawalan terhadap laman web di negara itu.

Gul yang turut kerap menggunakan media sosial, kehilangan 80,000 pengikut selepas beliau menghantar kiriman Twitter lewat Selasa, menyatakan beliau sudah meluluskan undang-undang itu.


Beliau berkata, kerajaan memberi jaminan kepadanya bahawa ia akan mengurangkan ketegasan dua peruntukan dalam undang-undang itu, yang disifatkan pembangkang dan kumpulan hak asasi mengganggu kebebasan warganya.

“Saya sedar masalah utama adalah mengenai dua hal, kebimbangan ini akan diambilkira dalam undang-undang baru,” kata Gul, yang masih mempunyai 4.3 juta pengikut Twitter.

Cetus kemarahan

Namun, tindakan itu mencetuskan kemarahan dalam Twitter.

“Selamat pagi / perkara pertama perlu dilakukan hari ini #tinggalkan@cbabdullahgul,” kata seorang pengguna Twitter dengan nama mevan.
“Presiden Gul luluskan undang-undang internet. Selamat datang ke era penapisan Internet,” kata @tanikunal.

@zuhalayla menulis: “Gul meluluskan undang-undang penapisan internet di Turki. Kebebasan bersuara dalam keadaan lebih teruk berbanding sebelum ini”. Undang-undang baru itu mencetuskan kemarahan dalam dan luar negara.

Ia menimbulkan kebimbangan keadaan demokrasi di bawah Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan.

Erdogan bagaimanapun menafikan tuduhan penapisan internet dan menyatakan pengguna internet Turki yang majoritinya Islam sudah mencecah 34 juta daripada 20,000 sejak 2002.

Sekat laman web

Di bawah peraturan baru itu, Pentadbir Komunikasi Telekomunikasi (TIB) boleh mengarahkan penyedia perkhidmatan menyekat laman tertentu yang dianggap menghina atau mengganggu privasi.

Namun, kerajaan kini mencadangkan TIB perlu memaklumkan kepada hakim terhadap sebarang keputusan untuk menyekat laman web. Hakim akan mengeluarkan perintah dalam 48 jam atau tindakan TIB dianggap tidak sah.

Pemimpin berkuasa Turki sejak 2003, Erdogan secara terbuka meragui internet, dengan menyifatkan Twitter ‘mengganggu’ kerana membantu tunjuk perasaan di seluruh negara pada Jun, yang menyaksikan enam terkorban dan beribu cedera.
AFP

Polis tahan teman lelaki wanita mati dibelasah


2014/02/20
Subang Jaya: Polis menahan teman lelaki seorang pegawai khidmat pelanggan sebuah bank di ibu negara yang mati dipercayai akibat dibelasah, Isnin lalu, bagi membantu siasatan.

Lelaki berusia 30 tahun itu ditahan ketika menerima rawatan di Wad Trauma Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) jam 12.45 tengah malam kelmarin.


Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, berkata suspek yang juga penganggur ditahan sejurus dia selesai menerima rawatan akibat kecederaan di kepala dipercayai tercedera ketika bergaduh dengan mangsa.

“Sejurus menerima laporan kematian mangsa, kita hantar sepasukan anggota polis ke PPUM untuk menahan suspek.

“Pagi tadi (semalam) suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk mendapatkan perintah reman dan dia kini direman tujuh hari sehingga 25 Februari ini,” katanya.

Dibelasah guna objek tumpul

Media sebelum ini melaporkan, Pakizah Raja Khan, 27, meninggal dunia selepas lebih sejam dirawat di PPUM akibat cedera kedua belah tangan, lutut selain terdapat kesan lubang pada dahi dan bibirnya terkoyak.
Mangsa dihantar ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri jam 12.10 tengah malam Isnin sebelum disahkan meninggal dunia satu setengah jam kemudian.

Sebelum kejadian itu, mangsa yang tinggal di Sungai Long dekat Kajang dikatakan ke rumah teman lelakinya di Lagoon Perdana, Bandar Sunway kira-kira jam 8 malam Isnin untuk berbincang masalah hubungan mereka.

Bagaimanapun, sebaik Pakizah tiba di rumah itu, pasangan terbabit dikatakan bergaduh dan suspek didakwa hilang sabar serta membelasah mangsa menggunakan objek tumpul.

Suspek kemudian menghubungi ibu mangsa jam 8.50 malam meminta wanita itu datang ke rumahnya tanpa memberitahu sebab.

Ibu mangsa, Maimunah Abdullah, 49, mendakwa apabila sampai di rumah teman lelaki Pakizah jam 12 tengah malam, dia melihat anaknya meronta-ronta menahan sakit sebelum dikejarkan ke PPUM.

Geng guna kad ATM palsu tumpas


2014/02/20

Shah Alam: Polis berjaya menumpaskan sindiket antarabangsa yang menggunakan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) palsu untuk mengeluarkan jutaan ringgit sejak dua bulan lalu.

Kejayaan itu berikutan penahanan dua lelaki Sri Lanka bersama 2,217 keping kad ATM palsu pelbagai jenis di sebuah kondominium di Taman Cempaka, Ampang, dekat sini, Isnin lalu.


Dalam serbuan jam 8 malam itu, polis turut merampas 58 kotak keselamatan, sebuah mesin pencetak, satu pembaca data kad, dua telefon bimbit, satu komputer riba dan mesin pencetak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, Asisten Komisioner Chong Mun Phing, berkata serbuan dibuat berdasarkan maklumat orang awam yang curiga dengan kehidupan mewah dua warga Sri Lanka itu, masing-masing berumur 28 dan 38 tahun.

Seorang suspek adalah pemegang kad Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian (UNHCR), manakala seorang memiliki pas pelancong yang tamat tempoh.

Katanya, modus operandi sindiket itu ialah hanya mengeluarkan RM1,000 daripada setiap kad bagi mengelak kegiatan mereka dikesan pemilik akaun.

Jadikan Malaysia pusat keluar wang
“Sindiket ini tidak menyasarkan rakyat negara ini, sebaliknya hanya menjadikan Malaysia sebagai pusat operasi untuk mengeluarkan wang menerusi mesin ATM.

“Siasatan mendapati kedua-dua suspek adalah orang tengah yang mengeluarkan wang dari mesin ATM, manakala data akaun dan nombor pin digodam di luar negara.

“Siasatan mendapati kebanyakan mangsa mereka adalah daripada Kanada,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, semalam.

Mun Phing berkata, jika dilihat dengan mata kasar, kad palsu itu tidak kelihatan seperti kad ATM dan ada antaranya hanya menggunakan kad belian pasar besar.

“Namun, pemeriksaan oleh pegawai bank tempatan mendapati jalur magnetik dirampas daripada mereka ada 1,300 data pemilik akaun yang semuanya dari luar negara.

“Suspek mengeluarkan wang dengan cara memasukkan kad palsu itu ke dalam kotak keselamatan menggunakan kata laluan berbentuk nombor sebelum ke mesin ATM.

“Apabila berada berhampiran mesin ATM, suspek akan dimaklumkan nombor pin menerusi e-mel. Dia kemudian akan menggunakan kad itu untuk mengeluarkan wang.

“Suspek menerima maklumat pengguna yang dihantar oleh orang hubungan mereka di luar negara. Setakat ini, kita belum terima sebarang laporan mangsa dari negara ini,” katanya.

Kedua-dua suspek ditahan reman selama empat hari bermula semalam untuk disiasat mengikut Akta 420 Kanun Keseksaan.

Peniaga jala ikan dapat peluru lama


2014/02/20

Ipoh: Seorang ahli perniagaan terkejut apabila menemui sejumlah peluru lama ketika menjala ikan di Sungai Kinta berhampiran Kampung Paloh di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, lelaki terbabit menjala berseorangan di tebing sungai yang cetek berikutan kemarau.


Kasut tersangkut

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, berkata kasut peniaga itu tiba-tiba tersangkut pada kayu di dasar sungai.

“Ketika mahu melepaskan kasut, dia terlihat beberapa butir peluru berhampiran kayu sebelum menemui tujuh lagi di dasar sungai dan mengutipnya. Lelaki itu kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Pasir Putih.

“Pemeriksaan selepas itu menemui 200 butir peluru berkarat di dasar sungai,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, peluru ditemui adalah peluru hidup dari jenis 7.6 milimeter. Katanya, siasatan diteruskan bagi mengesan individu yang membuangnya ke sungai terbabit.

“Setakat ini, tiada saksi mengetahui atau melihat sesiapa membuang peluru itu,” katanya.

Ammar teragak-agak disoal polis

Ammar teragak-agak disoal polisDari kiri Azizul, Jon, Shalwati dan Kris dalam mahkamah di Sweden. Anak kedua pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal, dilihat teragak-agak memberikan keterangan kepada anggota polis yang menyiasat dakwaan dia didera ibu bapanya.

Rakaman video mengandungi keterangan Ammar, 13, ditayangkan di Mahkamah Daerah Solna 4, pada hari kedua perbicaraan, semalam.

Pada permulaan rakaman sejam setengah itu, dia juga kelihatan gementar dan gemuruh ketika disoal seorang anggota polis wanita yang dibantu seorang jurubahasa.


“Saya jangka ibu bapa saya tidak akan sayang saya lagi selepas ini,” katanya dalam rakaman itu ketika menjawab soalan dikemukakan anggota polis terbabit, yang antara lain meminta kanak-kanak berkenaan menjelaskan hubungannya dengan ibu bapa.

Ammar juga dilihat seperti terganggu, khususnya ketika menceritakan kepada mahkamah kejadian sebenar yang membawa kepada penahanan Azizul dan Shalwati, yang menyebabkannya bersama kakak, Aisyah, 15, serta dua adik mereka, Adam, 12, dan Arif, 8, terpaksa diletakkan di bawah jagaan pasangan tempatan.

Meneruskan keterangan, anak kedua itu menggambarkan situasi pada hari kejadian sebagai hari yang buruk kerana mempunyai banyak kerja sekolah, selain terjatuh dan mengalami beberapa kecederaan.

Protes sikap ibu
“Ibu bertanya mengenai kerja rumah dan saya terus mendengar muzik,” katanya yang kemudian mendakwa, Shalwati menampar mukanya, tetapi dia terus menguatkan suara radio sebagai tanda protes.

Mahkamah juga diberitahu bahawa Ammar dipukul menggunakan penyangkut baju plastik selepas itu sebelum Shalwati bertindak menghempas pintu bilik anaknya.

Sambil menjelaskan dia tidak mahu ibunya menutup pintu bilik kerana takutkan hantu, kanak-kanak itu turut menunjukkan cara dia dipukul di belakang bahu...

Bayi meninggal di rumah pengasuh


2014/02/20

Putrajaya: Seorang wanita membuat laporan polis selepas seminggu bayinya yang berusia lima bulan meninggal dunia selepas ditinggalkan di rumah pengasuh di Presint 9, di sini.

Noor Idayu Ibrahim, 29, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, semalam, berhubung kematian Muhammad Rayyan Aqeel, pada 12 Februari lalu.


Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, berkata Noor Idayu menghantar anaknya ke rumah pengasuh jam 7.15 pagi 12 Februari lalu.

Ketika diserahkan kepada pengasuh, mangsa dikatakan berada dalam keadaan baik.

Pengasuh hubungi ibu

Kira-kira jam 11 pagi, pengasuh itu mendapati bayi berkenaan tidak sedarkan diri sebelum menghubungi Noor Idayu.

“Ibu mangsa bergegas ke rumah pengasuh untuk mengambil anaknya dan membawa ke Unit Kecemasan Hospital Putrajaya untuk pemeriksaan.
Belum pasti punca kematian

“Pada jam 11.25 pagi, doktor mengesahkan bayi itu sudah meninggal dunia, namun punca kematian belum dikenal pasti,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Difahamkan, ibu bapa mangsa yang juga penjawat awam di sini, enggan mengulas kejadian itu.

Tak lena tidur risau tanah runtuh


2014/02/20
Ampang: “Kami sekeluarga tidak lena tidur sejak kejadian (tanah runtuh) kerana bimbang berlaku runtuhan susulan yang mengancam nyawa,”

Aiman Mohamad, 27, yang bekerja sebagai pegawai bank di ibu negara, berkata keluarganya masih menunggu arahan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sama ada perlu berpindah atau sebaliknya.


“Kami sentiasa berwaspada kerana khuatir berlaku kejadian tidak diingini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Melawati di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang kelmarin, hujan lebat di sekitar Ampang dipercayai menjadi punca struktur dinding belakang rumah yang didiami sejak 13 tahun lalu itu senget tetapi tidak membabitkan kehilangan nyawa.

Rakam kejadian guna telefon bimbit

Aiman sempat merakam kejadian itu menggunakan telefon bimbit yang antara lain memaparkan air deras keluar dari celah bukit di belakang rumahnya kira-kira 20 minit sebelum runtuhan.

“Saya bergegas memeriksa selepas mendengar bunyi bising di belakang rumah dan melihat aliran air deras dari celah bukit.
“Kejadian menyebabkan dapur rumah turut dinaiki air ke paras buku lali.
“Beberapa minit kemudian, saya dapati ada pergerakan tanah di bukit itu dan terus menutup pintu lalu lari menyelamatkan diri,” katanya yang tinggal bersama ibu bapa dan seorang pembantu rumah.

Tinjauan BH di lokasi kejadian mendapati, tanah runtuh setinggi 20 meter itu belum dibersihkan tetapi MPAJ menempatkan kakitangannya mengawasi keadaan.

Tiada catuan air di Lembah Klang


DUA orang penduduk menyimpan air untuk keperluan harian mereka di Kampung Pandan Luar, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) tidak bercadang untuk melakukan catuan air di Kuala Lumpur dan Selangor bagi menampung keperluan air bersih di kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air.
Ketua Pegawai Eksekutif SPAN, Datuk Teo Yen Hua berkata, setakat ini pihaknya masih belum membuat sebarang keputusan untuk melakukan catuan air memandangkan masalah tersebut masih terkawal.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0220&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2toS7u588 
Hakcipta terpelihara 

Tauke kicap rugi RM2 juta rumah diceroboh perompak


PETALING JAYA - Seorang ahli perniagaan memiliki kilang kicap dipercayai kerugian kira-kira RM2 juta selepas rumah banglo dua tingkat miliknya di Tropicana Golf Resort di sini diceroboh empat lelaki bersenjatakan parang kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 4.30 pagi itu, ahli perniagaan berusia 70 tahun, isteri dan 10 ahli keluarganya sedang tidur sebelum mereka dikejutkan oleh empat lelaki memakai topeng yang berparang.
"Penjenayah kemudian mengarahkan mangsa-mangsanya tidak melawan sebelum kaki dan tangan mereka diikat.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0220&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2toRqIE6r 
Hakcipta terpelihara 

Si Empat Mata didakwa membunuh


KOONG SWEE


KUALA LUMPUR – Seorang penarik kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini semalam atas tuduhan membunuh pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian (AmBank), Hussain Ahmad Najadi pada Julai 2013.
Tertuduh, Koong Swee Kwan (gambar), 46, yang digelar Si Empat Mata turut tidak mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datuk Azman Husin atas cubaan membunuh isteri pengasas bank tersebut, Cheong Mei Kuen, 49.
Mahkamah menetapkan perbicaraan penuh ke atas tertuduh akan berlangsung selama dua minggu bermula 9 hingga 20 Jun depan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0220&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2toRhWl7U 
Hakcipta terpelihara 

7,000 penduduk Seremban terputus bekalan air bersih



ORANG ramai terpaksa menadah air yang disalurkan dari sebuah lori tangki di Taman Nuzari Jaya, Sendayan, Seremban semalam.


SEREMBAN - Lebih 7,000 penduduk di tiga kawasan di daerah Seremban terputus bekalan air apabila Sungai Batang Benar yang membekalkan sebahagian air ke Loji Rawatan Air Sungai Terip di sini susut akibat cuaca panas berpanjangan di negeri ini sejak sebulan lalu.
Keadaan tersebut menyebabkan penduduk di tiga kawasan terlibat iaitu di Sendayan, Rasah dan Mambau kini mengalami masalah gangguan bekalan air sejak tiga hari lalu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0220&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2toRVPG3g 
Hakcipta terpelihara 

Warga Singapura tidak mengaku salah miliki kumbu, jala milik orang lain



TERTUDUH, R. Dennis (kanan) yang didakwa memiliki barang curi dibawa keluar dari Mahkamah Majistret, Melaka semalam.


MELAKA - Seorang lelaki warga Singapura didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan memiliki harta curi di Umbai, Jasin dekat sini awal bulan ini.
Bagaimanapun, tertuduh, R. Dennis Ravi, 42 mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Syajaratudur Abd. Rahman.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang berasal dari Jelapang Road, Singapura itu didakwa memiliki harta curi iaitu sebuah kumbu iaitu bakul kecil tempat menyimpan ikan dan serawan jala milik Noor Affandy Zaini, 39, bernilai RM1,000 dengan mengetahui bahawa harta tersebut adalah harta curi.
Perbuatan itu dilakukan tertuduh di Pengkalan Jeti Umbai di sini pada pukul 10 pagi, 1 Februari lalu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0220&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2toR9cHv9 
Hakcipta terpelihara 

Marah disaman, lelaki bawa jentolak halang jalan

INILAH jentolak ditinggalkan lelaki yang berang selepas keretanya disaman di Kilometer 21, Jalan Melawi-Kuala Besut dekat Pasir Puteh, Kelantan kelmarin.


PASIR PUTEH - Gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakan polis mengeluarkan saman ke atas cermin gelap kereta Proton Wira dipandunya, seorang lelaki bertindak biadab dengan mengugut, memarahi anggota polis sebelum muncul buat kali kedua dengan memandu jentolak dan meletak kenderaan itu menghalang jalan.
Kejadian pada pukul 11.30 pagi itu berlaku di sekatan jalan raya di Kilometer 21, Jalan Melawi-Kuala Besut di Kampung Kuala Semerak dekat sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd. Kamal Zainal berkata, lelaki berusia 30 tahun itu dikatakan berang selepas kereta Proton Wira dipandunya sebelum itu ditahan dan disaman oleh anggota polis trafik wanita berpangkat Lans Koperal.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0220&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2toR11eUg 
Hakcipta terpelihara 

25 terkorban dalam pertempuran di Ukraine


PANDANGAN Dataran Kemerdekaan di tengah Kiev umpama medan perang selepas penunjuk perasaan bertempur dengan polis.


KIEV - Sekurang-kurangnya 25 orang terkorban dalam pertempuran ganas antara pihak polis dan kumpulan penunjuk perasaan di tengah bandar raya ini kelmarin.
Kementerian Kesihatan Ukraine memberitahu, sejumlah 241 orang lagi cedera termasuk 79 anggota polis dan lima wartawan dalam kejadian yang dianggap terburuk di negara itu.
Pertempuran tercetus pada pagi kelmarin apabila pihak berkuasa cuba menyuraikan kumpulan penunjuk perasaan yang berhimpun di Dataran Kemerdekaan di tengah Kiev.
Kumpulan penunjuk perasaan cuba mempertahankan dataran berkenaan yang dikuasai mereka sejak November lalu dengan membaling bom petrol dan batu terhadap polis.
Beberapa saksi berkata, lokasi pertempuran umpama zon perang dengan api dan asap tebal menyelubungi dataran berkenaan.
Para penunjuk perasaan turut menggunakan perisai dan topi keledar ketika bertempur dengan polis antirusuhan.
Pertempuran ganas itu menyebabkan berpuluh-puluh penunjuk perasaan yang cedera dan keletihan bergelimpangan di atas jalan raya.
Seorang doktor, Lena Liventsova berkata, dia bekerja selama 24 jam bagi merawat mangsa yang cedera dalam kejadian itu.
Katanya, majoriti penunjuk perasaan cedera akibat terkena bom tangan dan ramai juga mangsa yang terkena tembakan daripada peluru getah serta peluru hidup.
Kekacauan di Ukraine mula tercetus pada November tahun lalu selepas penunjuk perasaan membantah tindakan Presiden Viktor Yanukovych menolak perjanjian untuk membawa negara itu menganggotai Kesatuan Eropah. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0220&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2toQ726Te 
Hakcipta terpelihara 

Artis Britain bina arca mercu tanda guna jejari kentang



TAPAK bersejarah Stonehenge merupakan antara mercu tanda Britain yang dihasilkan oleh artis seni berkenaan.


LONDON - Seorang artis seni telah menghasilkan ukiran beberapa mercu tanda ikonik di Britain menggunakan jejari kentang dan pes kacang hijau.
Prudence Staite, 33, dan beberapa angggota pasukannya menggunakan 10 kilogram jejari kentang untuk membina buaian London Eye, ukiran Stonehenge, patung Angel of the North dan Cenuram Putih Dover.
Wanita berkenaan memerlukan 240 jejari ubi kentang dan masa 12 jam untuk menghasilkan patung Angel of the North.
Mercu tanda Cenuram Putih Dover pula dibuat menggunakan 70 jejari kentang dan mengambil masa empat jam untuk disiapkan.
Wanita itu turut menghasilkan raksasa Loch Ness menggunakan hanya tujuh jejari kentang.
Semua ukiran itu dihasilkan sempena Minggu Jejari Kentang 2014 anjuran Majlis Ubi Kentang Britain. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0220&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2toPxZrbN 
Hakcipta terpelihara 

Mahkamah halang guna kekerasan



ANGGOTA tentera mengawal penunjuk perasaan yang berhimpun di bangunan Kementerian Pertahanan di Bangkok semalam yang menjadi pejabat sementara Yingluck.


BANGKOK - Sebuah mahkamah di Thailand semalam mengarahkan kerajaan supaya tidak menggunakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan yang berhimpun secara aman.
Arahan oleh Mahkamah Sivil di sini itu dikeluarkan sehari selepas pertempuran antara pihak polis dan penunjuk perasaan yang menyebabkan lima maut serta berpuluh-puluh lagi cedera.
Mahkamah tersebut turut memutuskan beberapa arahan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Sementara, Yingluck Shinawatra dan pusat arahan keselamatan khas di bawah perintah darurat adalah tidak sah kerana melanggar hak penunjuk perasaan.
Arahan tersebut termasuk larangan berhimpun lebih daripada lima orang, memasuki bangunan dan larangan menggunakan beberapa jalan raya oleh penunjuk perasaan.
Mahkamah tersebut turut melarang pihak berkuasa daripada menggunakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan.
Bagaimanapun, mahkamah menolak satu permohonan oleh peguam kumpulan penunjuk perasaan untuk membatalkan perintah darurat kerana ia berada di bawah bidang kuasa badan eksekutif.
Dalam pertempuran pada Selasa lalu seramai lima orang maut, manakala 64 lagi cedera apabila pihak polis bertempur dengan kumpulan penunjuk perasaan dalam usaha mengambil alih semula lokasi yang ditawan mereka.
Konflik di Thailand berpunca daripada tindakan para penunjuk perasaan diketuai bekas Timbalan Perdana Menteri, Suthep Thaugsuban yang menuduh Yingluck menjadi boneka kepada abangnya iaitu bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra yang kini tinggal di luar negara.
Thaksin hidup dalam buangan selepas beliau disingkir daripada jawatan Perdana Menteri menerusi rampasan kuasa tentera pada tahun 2006 selepas kerajaannya dicemari dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0220&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2toPhaPw7 
Hakcipta terpelihara 

Rang undang-undang baharu pukul anak dicadang



GAMBAR menunjukkan cara yang betul untuk ibu bapa memukul anak mereka mengikut undang-undang perlindungan kanak-kanak di Kansas.


TOPEKA, Kansas - Seorang wakil rakyat di negeri ini mencadangkan satu rang undang-undang baharu yang membenarkan ibu bapa, guru dan penjaga memukul kanak-kanak yang degil sehingga meninggalkan kesan merah, lapor akhbar New York Daily News semalam.
Rang undang-undang itu yang dicadangkan oleh wakil rakyat Wichita, Gail Finney membenarkan kanak-kanak dipukul dengan tangan sebanyak 10 kali dan juga pukulan yang meninggalkan kesan merah atau lebam.
Undang-undang tersebut juga memberikan hak kepada ibu bapa untuk memberi kebenaran kepada individu lain memukul anak mereka.
Di bawah undang-undang perlindungan kanak-kanak di Kansas ketika ini, ibu bapa dibenarkan memukul anak mereka tetapi tidak boleh meninggalkan kesan merah.
Sebanyak 30 negeri di Amerika Syarikat (AS) tidak membenarkan ibu bapa memukul anak mereka.
Finney yang mempunyai tiga anak dan empat cucu berkata, dia mencadangkan rang undang-undang berkenaan bagi mengembalikan disiplin dalam keluarga.
Bagaimanapun, Pengerusi Suruhanjaya Negeri, John Rubin berkata, beliau tidak pasti sama ada wakil rakyat yang lain akan menerima atau menolak cadangan itu sebelum dibahaskan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0220&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2toPXuFZR 
Hakcipta terpelihara