Search This Blog

Wednesday, February 19, 2014

Anggota Pussy Riot kena tahan lagi


Ini kali pertama Nadezhda Tolokonnikova dan Maria Alyokhina ditahan selepas dibebaskan Disember lalu.

“Kami ditahan kerana didakwa terbabit dengan rompakan,” kata Nadezhda dalam status Twitternya.
“Sewaktu ditahan, kami tidak melakukan apa-apa yang mencurigakan. Kami hanya berjalan sekitar Sochi,” katanya.

Rakannya, Maria mengesahkan dia turut ditahan.

Nadezhda berkata, dia dan Maria berada di Sochi untuk mengadakan persembahan dengan lagu terbaru mereka “Putin will teach you how to love the motherland” (Putin akan mengajar anda bagaimana mencintai tanah air).
Foto
MARIA (kiri) dan Nadezhda.
Katanya, sebelum ditahan mereka sudah membuat beberapa persembahan.

Mereka sebelum ini mengecam tindakan Putin menganjurkan sukan berkenaan serta melancarkan kempen memboikot Sukan Olimpik itu.
Kumpulan muzik radikal yang diketuai suami Nadezhda, Pyotr Verzilov berkata, selain anggota kumpulan Pussy Riot, tujuh lagi turut ditahan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/19

Pejabat sekolah dipecah


Gombak: Pejabat sebuah sekolah kebangsaan di Bandar Country Homes, Rawang di sini dipecah masuk membabitkan kerugian RM4,000, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, kejadian itu disedari guru jam 6.50 pagi ketika dia masuk ke dalam pejabat berkenaan.


Menurutnya, guru terbabit pada mulanya tidak mengesyaki bilik itu dipecah masuk kerana tiada tanda pintu diumpil.

“Selepas melakukan pemeriksaan, dia terkejut apabila mendapati satu set komputer yang berada di meja hilang.


“Guru itu kemudian memeriksa pula bilik penolong kanan sebelum mendapati satu lagi set komputer bersama wang tunai sebanyak RM393 milik murid yang disimpan dalam laci turut lesap,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/19

Remaja maut digilis jentera pengangkat


Oleh Zul Ikhwan Muhammad

ENDAU: Tindakan seorang remaja cuba untuk menghidupkan jentera pengangkat yang rosak dengan membuat sambungan bateri daripada sebuah jentera pengangkat lain membawa padah apabila dia maut serta merta akibat digilis jentera itu dalam kejadian di pusat pengumpulan hasil pertanian di Kampung Selancar, Endau, Rompin, semalam (Selasa).

Dalam kemalangan jam 10.45 pagi itu, Ahmad Zaid Harishah Abu Bakar, 18, maut ditempat kejadian akibat cedera di kepala apabila jentera yang cuba dihidupkannya terundur lalu menggilisnya ketika dia sedang berdiri dengan sebelah kakinya cuba menekan pedal minyak jentera itu.



Menurut ibu mangsa, Zaiton Ariffin, 49, anak kesembilan daripada 10 beradik itu baru bekerja di pusat pengumpulan hasil pertanian berkenaan kira-kira sebulan lalu dan mahir dalam membaiki kerosakan enjin dan jentera.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/19

Belasah majikan kerana dipecat


Kuala Terengganu: Bagaikan aksi gusti apabila seorang penyambut tetamu wanita ‘naik angin’ membelasah serta mengheret majikannya, juga seorang wanita, gara-gara berang diberhentikan kerja di sebuah resort di Jalan Haji Busu, Batu Burok, di sini, Rabu lalu.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku jam 3.30 petang apabila wanita berusia 29 tahun itu memanggil wanita berusia 20-an, datang ke pejabatnya untuk memberi notis berhenti kerja kerana dipercayai tidak berpuas hati dengan kualiti kerja wanita itu.


Menurutnya, kejadian itu menyebabkan mangsa cedera di kepala, muka, leher dan badan mengambil keputusan membuat laporan polis.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/19

Empat lelaki samun ahli perniagaan RM2j


Petaling Jaya: Petaling Jaya: Seorang ahli perniagaan kerugian hampir RM2 juta selepas banglo miliknya di Tropicana Golf Country Resort disamun empat lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, mangsa yang berusia 70 tahun bersama isteri dan 10 ahli keluarga yang lain sedang tidur sebelum terkejut apabila penjenayah dipercayai warga Indonesia itu bertindak mengejutkan mereka dengan mengacu parang.


Menurut sumber, penjenayah mengikat kaki dan tangan semua mangsa serta mengarahkan mereka tidak melawan atau menjerit jika tidak mahu dicederakan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/19

Penarik kereta dituduh membunuh


Kuala Lumpur: Seorang penarik kereta dihadapkan ke Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan membunuh Pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian (AmBank) Hussain Ahmad Najadi dan cubaan membunuh isteri pengasas itu, Julai tahun lalu.

Koong Swee Kwan, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh Hussain dan cubaan membunuh isteri mangsa, Cheong Mei Kuan.


Hakim Datuk Azman Husin menetapkan perbicaraan selama dua minggu bermula 9 Jun ini.

Swee Kwan, 44, dituduh membunuh Hussain dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.


Dia turut dituduh cuba membunuh isteri mangsa dan didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun.


Kedua-dua perbuataan itu didakwa dilakukan di tempat letak kereta tokong cina Kuan Yin dekat Lorong Ceylon di sini, antara jam 1.30 tengah hari hingga 2 petang, pada 29 Julai lalu.

Tertuduh diwakili peguam Zamri Idrus

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/19

Lelaki dibunuh kekasih isteri


Riyadh: Seorang wanita Syria memujuk suaminya warga Saudi untuk berkelah di kawasan padang pasir sebelum lelaki itu dibunuh oleh kekasih isterinya.

Wanita yang namanya tidak disiarkan sebelum ini memberitahu polis, tiga lelaki bertopeng menyerang suaminya, merompak dan kemudian menembak mati mangsa di padang pasir.


Bagaimanapun, pakar forensik yang menyiasat kes itu mendapati senjata yang digunakan untuk membunuh lelaki berkenaan adalah miliknya. “Selepas disoal siasat, si isteri mengaku dia memujuk suaminya ke kawasan berkenaan supaya kekasihnya boleh membunuhnya,” lapor akhbar Sada.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/19

3 pembunuh terlepas hukuman mati


New Delhi: Tiga pembunuh bekas perdana menteri Rajiv Gandhi semalam terselamat daripada tali gantung.

Mahkamah agung India menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas ketiga-tiga tertuduh dalam kes yang tertunda selama 23 tahun selepas pembunuhan Gandhi oleh pengebom berani mati Tamil.


Mahkamah yang diketuai oleh Ketua Hakim P Sathasivam berkata, keputusan membatalkan hukuman itu dibuat kerana masa yang begitu lama diambil untuk menimbang rayuan tertuduh.



Tertuduh ialah anggota militan Tamil Eelamm, kumpulan pemisah berpangkalan di Sri Lanka sehingga 2009.


Mereka didapati bersalah merancang pembunuhan Gandhi pada 21 Mei 1991. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/19

10 mati dihempap bumbung

Seoul: Sepuluh orang terbunuh selepas dihempap bumbung auditorium sebuah resort yang runtuh akibat salji dan hujan.
Kakitangan bantuan kecemasan bertugas sepanjang malam untuk menarik keluar lebih 100 mangsa yang terperangkap dalam runtuhan itu.

Kira-kira 100 orang turut cedera dalam kejadian yang berlaku ketika majlis mengalu-alukan ketibaan pelajar baru universiti.
Seramai 560 mahasiswa Kajian Luar Universiti Busan berkumpul untuk menjalani orientasi dua hari di Resort Manua Ocean di Gyeongju, bandar di tenggara Korea Selatan apabila keretakan dilihat di bumbung auditorium itu sebelum ia runtuh.

Salji baru-baru ini bersama-sama dengan hujan menyebabkan struktur bangunan lemah, kata jurucakap Jabatan Bomba Busan Kim In-you.

Dua daripada mangsa yang cedera dilapor parah.
Foto
SEORANG penuntut universiti yang terperangkap dalam runtuhan bumbung menanti bantuan pasukan penyelamat.
Pelajar terbabit baru saja selesai makan malam dan berkumpul untuk aktiviti rekreasi apabila bumbung itu runtuh. Sebahagiannya berjaya menyelamatkan diri selepas menyedari bumbung berkenaan retak.

Gyeongju ialah bandar bersejarah dan menjadi destinasi popular pelancong. - AP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/19

Empat tahun sorok mayat suami


London: Seorang wanita dipenjara tiga tahun selepas didapati bersalah mengebumikan secara rahsia suaminya di kawasan berbukit berbatu.

Rebekah Sturdey dituduh berbuat demikian kerana mahu terus memperoleh faedah saraan suaminya yang berjumlah £57,000 (RM314,712) selama lebih empat tahun.


Wanita berkenaan yang berusia 56 tahun mengebumikan suaminya secara rahsia dengan bantuan dua rakan.



Pegawai mengesyaki sesuatu tidak kena apabila elaun hilang upaya dan bayaran pencen berjumlah £77,318 (RM426,893) kepada Geoffrey sedangkan kali terakhir dia dilihat ialah pada 2008.


Mahkamah dimaklumkan bahawa Rebekah memberitahu penyiasat bahawa suaminya bercuti mengelilingi Eropah.


Pendakwa raya Huw Rees berkata: “Ketiga-tiga wanita itu mengebumikan mayat Geoffrey di ladang mereka. Rebekah dan rakannya Boqer-Ore Adie masih menuntut bayaran saraan Geoffrey sehingga perbuatan mereka terbongkar tahun lalu.” Boger-Ore ialah penjaga Geoffrey yang berdaftar dan dia dibayar elaun untuk menjaga lelaki berkenaan. Pasukan forensik menghabiskan kira-kira £20,000 (RM110,399) untuk menyiasat dari udara dan darat bagi mengesan tempat Geoffrey dikebumikan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/19

Mati kerana kaki ayam


Florida: Seorang lelaki berasal dari Tampa berdepan tuduhan membunuh rakannya selepas mereka bergaduh kerana berebut kaki ayam.

James Jugo, 52, didakwa menyerang Benjamin Calderon, 56, selepas rakannya itu mengambil kaki ayam yang dimasaknya di kuali.


Bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat Benjamin menunjukkan ada tanda pendarahan dalaman selepas dia dipukul berkali-kali di muka, leher dan beberapa tempat lain.



Seorang saksi memberitahu polis dia melihat James memukul Benjamin dengan papan.


Adik Calderon, Bolivar memberitahu media tempatan abangnya menetap di rumah James selepas keluar dari rumah perlindungan.


Bolivar berkata, abangnya berusaha mengumpul duit untuk mengambil lesen supaya dapat bekerja sebagai pengawal keselamatan.

“Tiada siapa yang patut mati semata-mata kerana berebut kaki ayam,” katanya.


Pihak berkuasa Tampa berkata James ditahan atas tuduhan membunuh selepas memukul rakannya sehingga mati baru-baru ini.

Jugo ditahan di penjara selepas gagal membayar ikat jamin. Rekod menunjukkan dia masih belum mengambil peguam untuk membelanya di mahkamah.


Dia pernah ditahan sebanyak 19 kali sebelum ini. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/19

Suspek pukul teman wanita hingga mati direman


Subang Jaya: Lelaki yang disyaki memukul teman wanitanya hingga maut di sebuah apartmen di Bandar Sunway malam kelmarin direman tujuh hari bermula hari ini

Suspek berusia 30 tahun itu ditahan polis ketika menerima rawatan di Wad Trauma PPUM jam 12.45 tengah hari tadi.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/19

China mahu polis tegas banteras pelacuran



SEORANG anggota polis membuat pemeriksaan di sebuah rumah urut di wilayah Shandong, Timur China kelmarin.- Reuters


BEIJING - Pemerintah China mengarahkan pihak berkuasa di seluruh negara itu agar tegas menangani jenayah pelacuran, judi dan dadah selepas polis menahan hampir 1,000 orang dalam operasi membasmi pelacuran di Dongguan yang turut dikenali sebagai The Sin City pada bulan ini.
Pengumuman mengenainya yang dibuat di laman web Kementerian Keselamatan Awam kelmarin menyatakan, siasatan telah dimulakan di beberapa wilayah manakala polis mematahkan sebanyak 73 sindiket pelacuran serta menutup 2,410 pusat pelacuran dan perjudian sejak lebih seminggu lalu.
China mengharamkan pelacuran susulan revolusi Komunis pada tahun 1949 tetapi gejala sosial itu kembali bertapak selepas reformasi ekonomi tiga dekad lalu yang turut menyaksikan peningkatan jangkitan HIV dan pelbagai penyakit kelamin lain.
Perjudian juga diharamkan di China melainkan dua loteri kelolaan pemerintah.
Walaupun serbuan ke atas rumah pelacuran dilakukan dari semasa ke semasa tetapi gejala tersebut semakin meluas ekoran kelemahan penguatkuasaan.
Dalam satu amaran keras terhadap pegawai-pegawai yang bersekongkol, kementerian sama menegaskan, mereka akan disiasat secara serius dan akan dihukum berlandaskan undang-undang negara jika didapati bersalah.
Amaran itu dikeluarkan selepas ketua polis bandar raya Dongguan di selatan China, Yan Xiaokang yang juga timbalan datuk bandar dipecat Jumaat lalu kerana lalai dalam melaksanakan tugas.
Seramai tujuh pegawai tempatan turut dipecat berhubung kes tersebut.
Pada tahun ini, serbuan di sebuah kampung dalam wilayah Guangdong yang disyaki menjadi pusat pengeluaran satu pertiga daripada bekalan syabu di China membawa kepada penangkapan setiausaha parti politik dan ketua polis tempatan. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0219&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2tiALtHYd 
Hakcipta terpelihara 

4 maut, 64 cedera dalam keganasan di Bangkok



BEBERAPA anggota polis antirusuhan rebah selepas sebutir bom tangan meletup di hadapan mereka dalam pertempuran dengan penunjuk perasaan di Bangkok semalam.- AP


BANGKOK - Sebanyak empat orang maut manakala 64 lagi cedera dalam pertempuran antara penunjuk perasaan antikerajaan dengan polis di ibu kota Thailand di sini semalam.
Kematian tersebut berlaku ketika polis pencegah rusuhan dikerahkan untuk menyuraikan beberapa kem penunjuk perasaan.
Beberapa das tembakan kedengaran tengah hari semalam di sebuah tapak berhampiran pejabat perdana menteri apabila polis bertindak mengusir penunjuk perasaan dan merobohkan sebuah pentas mereka.
Dalam perkembangan berkaitan, perkhidmatan kecemasan Erawan memberitahu, seorang penduduk awam berusia 52 tahun terbunuh akibat kecederaan di kepala manakala seorang anggota polis meninggal dunia selepas cedera di dada.
Ia menyatakan, dua mangsa lain turut maut tanpa mendedahkan butiran lanjut.
Ketua Jabatan Siasatan Khas, Tharit Pengdit dalam satu sidang akhbar menyatakan, penunjuk perasaan antikerajaan telah membaling beberapa butir bom tangan ke arah anggota-anggota polis.
Kekacauan terbaharu itu berlaku selepas polis cuba menahan dan menyuraikan penunjuk perasaan yang berkampung selama beberapa minggu bagi mendesak Yingluck meletak jawatan.
Sebelum ini, polis enggan menyuraikan mereka kerana bimbang keganasan akan tercetus.
Namun, kelmarin pusat kawalan keselamatan khas mengumumkan polis akan menguasai semula lima lokasi tunjuk perasaan di sini untuk kegunaan awam.
Beribu-ribu anggota polis termasuk skuad antirusuhan dikerahkan ke seluruh bandar raya ini semalam dalam operasi yang dinamakan 'Keamanan untuk Bangkok'.
Semalam, seramai 144 penunjuk perasaan yang berhimpun dekat Kementerian Tenaga, dekat sini ditahan tanpa kekerasan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0219&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2tiA0jVwQ 
Hakcipta terpelihara 

Remaja dijel dua tahun kerana cedera, aibkan ibu


Mohammed Nor Alief
KOTA BHARU 18 Feb. - Seorang remaja dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, setelah mengaku bersalah mencedera dan mengaibkan kehormatan ibu kandungnya, Disember lalu.
Mohammed Nor Alief Abdul Maleq Ab. Manan, 19, mengaku menyebabkan kecederaan terhadap ibunya dengan menggunakan sebatang kayu penyapu bersalut plastik berwarna merah berukuran 57 sentimeter kira-kira pukul 6.30 petang, 21 Disember lalu di rumah mereka di Lundang di sini.
Dakwaan ke atas tertuduh dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua seksaan itu.
Remaja itu juga didakwa hendak mengaibkan kehormatan ibunya dengan kata-kata sambil menunjukkan aksi lucah kira-kira pukul 8 malam, 20 Disember di tempat sama.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.
Bagi pertuduhan ketiga, Mohammed Nor Alief didakwa gagal mengemukakan kad pengenalan kepada pegawai polis di tepi rumahnya itu pada pukul 8 malam, 21 Disember lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 25(1)(n) Akta Pendaftaran Negara 1959 yang membawa hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000.
Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman penjara dua tahun masing-masing bagi pertuduhan pertama dan kedua serta penjara enam bulan bagi pertuduhan ketiga.
Mahkamah bagaimanapun memerintah hukuman tersebut dijalankan serentak bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 21 Disember lalu.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam, Latifah Ariffin.
Terdahulu, Noor Dayana memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.
"Dalam kes ini, tindakan yang dilakukan tertuduh tidak masuk akal dan di luar tabiat seorang manusia," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140219/ma_05/Remaja-dijel-dua-tahun-kerana-cedera-aibkan-ibu#ixzz2ti4tgI3X
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Narathiwat jadi sasaran keganasan


NARATHIWAT 18 Feb. - Beberapa kejadian keganasan berlaku dari petang semalam hingga pagi tadi mengakibatkan lima orang terbunuh dan lapan yang lain cedera di Narathiwat.
Pada 8.50 pagi, dua orang wartawan dan seorang polis cedera apabila sebiji bom meletup ketika pegawai pemusnah bom, forensik dan sekumpulan wartawan sedang bertugas di satu tempat kejadian bom di Kg Bukit Bakong malam tadi.
Pada masa yang sama tiga tembakan dilepaskan ke arah markas tentera.
Pada jam 9.45 malam berlaku serangan ke atas markas tentera di Mukim Rusak Timur, kemudian pada 11.03 telah berlaku serangan terhadap markas tentera di Kg Ejok, Bachok.
Kemudian pada 11.40 malam satu tembakan ke dalam markas tentera yang terletak di Mukim Suwari, Daerah Rusak.
Ketiga-tiga serangan itu tidak menyebabkan kecederaan.
Pada sekitar waktu yang sama berlaku dua letupan bom, di Daerah Yingo dan Bachok, yang menyebabkan enam batang tiang elektrik tumbang.
Sebelum itu, pada jam 8.30 malam dua orang penganut Buddha mati ditembak ketika berada dalam rumah manakala seeorang lagi cedera. Kejadian berlaku di Kg.Saikhao, Mukim Praiwan, Daerah Takbai.
Sementara itu, pada jam 4.50 petang semalam, dua anggota gerakan pemisah terbunuh dalam satu pertempuran 15 minit dengan pegawai keselamtan.
Dalam kejadian itu, 100 orang pegawai keselamatan Thai mengepung sebuah rumah yang digunakan dua orang suspek anggota gerakan pembebasan Patani di Kg Telok Neng Aman, di daerah Muang Narathiwat.
Suspek dikenali sebagai Abdullah Kaetong dan Matradelan Dereh. Pihak berkuasa mengeluarkan waran tangkap undang-undang darurat ke atas mereka.
Di satu lagi tempat, pada jam 4.20 petang berlaku serangan bom ke atas pasukan renjer yang mengawal keselamatan guru dan orang awam di kawasan Kg.Bangol Dukdung.
Ia mengakibatkan seorang renjer maut dan dua yang lain cedera.
Menurut Pol. Kol. Sungthong Pirasa bom buatan sendiri seberat 20 kg ditanam di tepi jalan dan diaktif dengan mengguna walkie talkie ketika dua belas orang renjer sedang membuat rondaan berjalan kaki dan tiga renjer menunggang motosikal. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140218/lu_17/Narathiwat-jadi-sasaran-keganasan#ixzz2ti3plq3m
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Maut disyaki angkara kekasih


polis menyita rumah yang mana seorang wanita ditemui cedera parah di kepala dipercayai dipukul oleh teman lelakinya di Lagoon Perdana, Bandar Sunway, kelmarin. Mangsa meninggal dunia di PPUM, Petaling Jaya, semalam.
KUALA LUMPUR 18 Feb. - Seorang pekerja wanita sebuah pusat panggilan bank di ibu negara maut akibat dipukul di kepala dipercayai dilakukan oleh teman lelakinya di sebuah rumah di Lagoon Perdana, Bandar Sunway, dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, mangsa, Pakizah Raja Khan, 27, disahkan meninggal dunia pada pukul 1.41 pagi ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) setelah dihantar untuk mendapatkan rawatan lanjut di hospital berkenaan.
"Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam semalam, ibu mangsa yang tinggal di Kajang menerima panggilan daripada seorang lelaki yang meminta dia ke sebuah rumah di Lagoon Perdana.
"Setibanya di rumah berkenaan, ibu mangsa mendapati anak perempuannya itu meronta-ronta kesakitan serta berdarah di bahagian kepala dan muka.
"Mangsa yang dipercayai mengalami keretakan tengkorak sebelah kiri dikejarkan ke hospital dengan ambulans tetapi disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Yahaya berkata, ekoran itu, ibu mangsa membuat laporan di Pondok Polis PPUM kerana mengesyaki anaknya tersebut telah dipukul kerana terdapat kesan luka baharu dan lama di badan mangsa.
"Pihak polis kini sedang mengesan teman lelaki mangsa yang dipercayai terlibat dalam kejadian ini dan pemeriksaan di rumah suspek mendapati dia telah meninggalkan rumah itu," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140219/je_01/Maut-disyaki-angkara-kekasih#ixzz2ti3Xqqq8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

15 remaja ditahan curi motosikal


MAT Daud Mat Hasan (kanan) melihat rangka motosikal yang dileraikan serta motosikal yang dicuri di sekitar daerah Baling, Kedah, semalam.
BALING 18 Feb. - Seramai 15 remaja termasuk seorang perempuan diberkas selepas dipercayai terlibat dengan kegiatan curi motosikal di sekitar daerah ini.
Ketua Polis Daerah Baling, Supritendan Mat Daud Mat Hasan berkata, kesemua suspek yang berusia antara 17 hingga 24 tahun itu diberkas dalam operasi selama seminggu bermula 12 Februari lalu sehingga semalam
"Kita berkas kesemua suspek di rumah masing-masing di sekitar daerah ini serta Sungai Petani.
"Mereka kini ditahan reman tujuh hari untuk membantu siasatan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Menurut Mat Daud, pihaknya turut menemui tiga motosikal jenis Honda EX5, Yamaha LC serta sembilan rangka kenderaan itu.
"Pihak polis percaya rangka motosikal yang dileraikan tersebut akan dijual pada harga yang murah.
"Rangka motosikal jenis Honda EX5 dan Yamaha RXZ turut ditemui di beberapa kawasan sekitar rumah salah seorang suspek," jelasnya.
Mat Daud berkata, polis kini memburu beberapa lagi suspek yang terbabit dalam kes curi motosikal itu.
"Kami meminta ibu bapa beri kerjasama kepada polis jika anak-anak mereka membawa pulang motosikal tidak dikenali.
"Semua suspek disiasat mengikut Seksyen 379A dan Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara lima hingga tujuh tahun serta denda," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140219/je_02/15-remaja-ditahan-curi-motosikal#ixzz2ti3PJxVo
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mayat pelajar lemas dijumpai tersangkut pada pukat


TEMERLOH 18 Feb. - Mayat remaja lelaki yang lemas semasa mandi-manda di Sungai Pahang dekat Kampung Bangau Parit di sini petang semalam, ditemui tersangkut pada pukat ikan di dasar sungai itu oleh penduduk Kampung Tengah malam tadi.
Ketua Polis Daearah Temerloh, ACP Abdul Aziz Salleh berkata, mayat Mohd. Fariz Daniel Mat Jaafar, 17, pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Temerloh, ditemui kira-kira 12 tengah malam.
"Mayatnya ditemui tersangkut pada pukat ikan penduduk kampung di dasar sungai di kawasan beliau dilaporkan tenggelam," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140218/je_10/Mayat-pelajar-lemas-dijumpai-tersangkut-pada-pukat#ixzz2ti37aSuO
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mayat pelajar lemas dijumpai tersangkut pada pukat



TEMERLOH 18 Feb. - Mayat remaja lelaki yang lemas semasa mandi-manda di Sungai Pahang dekat Kampung Bangau Parit di sini petang semalam, ditemui tersangkut pada pukat ikan di dasar sungai itu oleh penduduk Kampung Tengah malam tadi.
Ketua Polis Daearah Temerloh, ACP Abdul Aziz Salleh berkata, mayat Mohd. Fariz Daniel Mat Jaafar, 17, pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Temerloh, ditemui kira-kira 12 tengah malam.
"Mayatnya ditemui tersangkut pada pukat ikan penduduk kampung di dasar sungai di kawasan beliau dilaporkan tenggelam," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140218/je_10/Mayat-pelajar-lemas-dijumpai-tersangkut-pada-pukat#ixzz2ti2uJkhl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Empat terbunuh dalam pertempuran di Bangkok


BANGKOK 18 Feb. - Empat orang terbunuh dan berpuluh-puluh cedera selepas polis Thailand dan penunjuk perasaan anti-kerajaan bertempur di sini hari ini apabila kerajaan membuat keputusan untuk membersihkan mereka dari jalanan.
Ketua Majlis Keselamatan Negara, Paradorn Pattanatabut berkata, kira-kira 100 penunjuk perasaan juga ditahan di beberapa lokasi berbeza di kompleks Kementerian Sumber Tenaga atas kesalahan melanggar perintah berkurung.
Ini merupakan kali pertama pihak berkuasa Thailand menangkap ramai penunjuk perasaan sejak bantahan antikerajaan yang diadakan secara besar-besaran tiga bulan lalu bagi mendesak Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra dan kepimpinannya berundur.
Badan anti-rasuah Thailand juga hari ini mengumumkan bahawa Yingluck akan didakwa cuai berhubung skim subsidi beras untuk pesawah pada 27 Februari ini yang membolehkan beliau dilucutkan jawatan sebagai Perdana Menteri. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140218/lu_16/Empat-terbunuh-dalam-pertempuran-di-Bangkok#ixzz2ti1PuTz5
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Resort pergunungan runtuh, 10 terkorban di Korea


GYEONGJU (Korea Selatan), 18 Feb. - Sepuluh orang yang menghadiri parti menyambut pelajar baharu universiti terbunuh apabila sebuah bangunan di resort pergunungan di sini runtuh semalam.
Seorang pegawai kecemasan berkata, selepas runtuhan, ramai yang terperangkap di dalam salji dan runtuhan bangunan selama beberapa jam sebelum diselamatkan.
Dalam kejadian itu, kira-kira 560 pelajar telah berkumpul di auditorium resort golf di pergunungan bandar ini itu yang terletak kira-kira 375 kilometer di tenggara bandar raya Seoul.
Dipercayai salji lebat yang turun dan berkumpul di atas bumbung bangunan pasang siap itu menyebabkan ia runtuh kerana terlalu berat, kata pegawai bomba.
Sembilan pelajar universiti adalah antara yang terkorban dan 23 lain cedera. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140218/lu_15/Resort-pergunungan-runtuh-10-terkorban-di-Korea#ixzz2ti14ocyd
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Auditorium runtuh di Korea, 10 terkorban


pasukan penyelamat menarik keluar seorang wanita yang terperangkap dalam runtuhan bangunan di Mauna Ocean Resort di Gyeongju, Korea Selatan, semalam. - AFP
SEOUL 18 Feb. - Sebanyak 10 orang terkorban, manakala 101 orang lagi cedera, selepas sebuah auditorium yang dipenuhi dengan pelajar di Mauna Ocean Resort berhampiran bandar raya Gyeongju, runtuh lewat malam semalam.
Lebih 560 orang pelajar jurusan bahasa asing dari Universiti Busan mengambil bahagian dalam majlis orientasi sempena kemasukan pelajar baharu, sebelum kejadian runtuhan itu berlaku pada kira-kira pukul 9.15 malam waktu tempatan (10.15 malam waktu Malaysia).
"Setakat ini kami mengesahkan 10 orang terkorban dalam kejadian itu dan 101 orang lagi mengalami cedera ringan," kata jurucakap Kementerian Keselamatan dan Pentadbiran Awam kepada pemberita, di sini hari ini.
Walaupun pelajar yang terlibat dalam tragedi itu sudah dikenal pasti, namun pasukan penyelamat masih menjalankan kerja-kerja mencari di tapak kejadian awal pagi ini, bagi mengesan jika terdapat mangsa yang terperangkap di dalam runtuhan.
Polis berkata, sembilan orang yang terbunuh merupakan pelajar universiti, manakala seorang lagi adalah penganjur acara.
Lebih 1,400 orang anggota pasukan keselamatan dengan dilengkapi peralatan menyelamat, bertungkus-lumus sepanjang malam bagi mengalihkan sisa-sisa runtuhan dan timbunan salji bagi menyelamatkan mangsa yang terperangkap.
Menurut seorang pegawai bomba, auditorium itu runtuh disebabkan timbunan salji yang terlalu banyak di atas bumbung bangunan berkenaan.
"Siling bumbung jatuh betul-betul di hadapan pentas dan pada ketika itu suasana bertukar menjadi kelam-kabut kerana semua orang mahu menyelamatkan diri," menurut salah seorang pelajar kepada stesen televisyen YTN.
Sementara itu, pemilik resort berkenaan, kumpulan perniagaan Kolon sudah mengeluarkan kenyataan memohon maaf berhubung kejadian itu, selain berjanji akan membayar pampasan dan memberi sokongan penuh kepada mangsa.
Polis akan menjalankan siasatan berhubung nahas itu selepas kesemua kerja-kerja menyelamat selesai dijalankan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140219/lu_04/Auditorium-runtuh-di-Korea-10-terkorban#ixzz2thxlNh3D
© Utusan Melayu (M) Bhd