Search This Blog

Monday, February 10, 2014

Rentap emas nyawa tercabut


Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
Tanjung Malim: Seorang suri rumah yang parah selepas diragut dalam kejadian di Jalan Hospital Slim River, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Slim River, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.35 petang, mangsa M Shemavarthini, 25, menunggang motosikal seorang diri dalam perjalanan mengambil ibu saudaranya yang bekerja sebagai tukang cuci di hospital berkenaan.


Siasatan awal mendapati ketika kejadian seorang suspek yang menaiki motosikal serta sebuah lagi motosikal yang ditunggang seorang lelaki dan pemboncengnya seorang remaja wanita dilihat mengekori mangsa. Ketua Polis Daerah Superintendan Othman Nanyan berkata, suspek dipercayai menghampiri mangsa lalu merentap rantai emas dipakai menyebabkan motosikal hilang kawalan dan terjatuh di tepi jalan.



“Mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Lagenda dalam perjalanan ke Hospital Slim River untuk mengambil ibu saudaranya.


“Topi keledar yang dipakai mangsa tertanggal dan kepalanya terhentak di tebing konkrit,” katanya.


Menurutnya, mangsa dibantu orang awam mendapatkan rawatan di hospital sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan ketika di wad kecemasan Hospital Slim River jam 5.02 petang kelmarin.

“Laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak akibat hentakan kuat.


“Siasatan lanjut berhubung kejadian dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan melakukan samun dan bunuh,” katanya.

Beliau berkata, anggaran kerugian yang dialami mangsa sekitar RM5,000.


Dalam perkembangan berkaitan, pihaknya turut mengenai pasti dua individu bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.


“Mereka yang dikehendaki membantu siasatan ialah Farizul Hezry Mohamad, 29, beralamat No 1234 Taman Genting Permai Batang Kali, Selangor serta Shamsiah Asrik, 16, dari kampung Sungai Masin, Batang Kali, Selangor,” katanya.


Sehubungan itu pihaknya meminta mereka yang terbabit segera ke Balai Polis terdekat atau orang ramai yang mengetahui maklumat lanjut diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Malim di talian 05-4526999 atau Pegawai Penyiasat kes Asisten Superintendan Sila Kadong di talian 019-2659641.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/10

236 saman operasi mat rempit


Kuala Lumpur: Ratusan mat rempit ditahan dan diperiksa dalam dua operasi berasingan di sekitar ibu kota dan Serdang, malam kelmarin.

Di ibu kota, lokasi tumpuan di sekitar Jalan Raja Laut dan Jalan Tunku Abdul Rahman diketuai Pegawai Penguat kuasa dan Operasi Trafik Kuala Lumpur Asisten Superintendan Azmi Wahid bersama empat pegawai dan 26 anggota serta seorang pegawai dan tujuh anggota dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).


Azmi berkata, sebanyak 236 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan antara kesalahan yang ketara adalah tiada lesen memandu, lesen tamat tempoh dan cukai jalan tamat tempoh.



“JPJ pula mengeluarkan 22 saman dan 65 notis arah periksa ke atas kenderaan yang menggunakan lampu kelip-kelip berwarna biru dan merah yang menyerupai lampu pasukan penguat kuasa.


“Dalam menjalankan operasi, kami mendapati ramai penunggang motosikal terutamanya yang di bawah umur menunggang melawan arus tanpa menghiraukan keselamatan diri hanya kerana tidak memiliki lesen memandu. Bagaimanapun semua mereka dapat ditahan dan seorang daripada mereka diambil tindakan atas kesalahan menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya,” katanya.


Sementara itu, di Serdang pula, seramai 159 penunggang dan pembonceng motosikal ditahan bersama 143 buah motosikal di Lebuh raya Besraya.

Operasi berkenaan yang diketuai Ketua Bahagian Ketenteraman Awam / Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang Deputi Superintendan Ramsay Anak Embol dijalankan di kawasan berkenaan selepas mendapat aduan orang ramai mengenai ramai mat rempit berlumba di laluan itu terutamanya pada hujung minggu.


Ketika dicekup, semua mereka sedang menunggang secara berkumpulan dan menghalang lalu lintas. Selepas menjalani ujian air kencing, sembilan daripada mereka didapati positif dadah manakala dua lagi ditahan kerana memiliki sebuah motosikal dilaporkan dicuri di Shah Alam.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/10

Murid lemas dalam kolam renang MB


Oleh Nur Saliawati Salberi
Shah Alam: Seorang kanak-kanak perempuan yang mengikut ibu bapanya yang juga penyedia khidmat katering pada Majlis Tahun Baru Cina di Rumah Rasmi Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Seksyen 7 di sini, ditemui lemas dalam kolam renang rumah itu, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa, Amanda Dany Shah ditemui orang ramai yang berkunjung ke majlis berkenaan dalam keadaan lemah sebelum disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dipercayai akibat lemas.


Difahamkan kehilangan murid tahun satu terbabit tidak disedari ibu bapanya yang sibuk menguruskan makanan pada sambutan berkenaan dan hanya mendapat tahu mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan orang ramai.



Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi berkata, mangsa ditemui orang ramai yang kebetulan melalui kawasan berkenaan dan cuba menyelamatkannya, selain menghubungi talian kecemasan.


“Orang awam yang melihat kejadian itu terus menghubungi 999 bagi mendapatkan bantuan dan mangsa kemudian terus dibawa ke HTAR sebelum disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital.


“Mangsa dipercayai menghilangkan diri semasa ibu bapanya sibuk menyediakan makanan bersama pekerja lain kepada tetamu yang hadir,” katanya.

Menurutnya, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


Sementara itu, Abdul Khalid dalam akaun Twitternya malam kelmarin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dengan menulis ‘Takziah kepada Puan Rini Sutari & keluarga, katerer Majlis Tahun Baru Cina PEKAWANIS, atas kehilangan puteri Amanda Dany Shah. Al-fatihah’.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/10

Penyamun silap sasaran


Ipoh: Seorang lelaki yang menyamun seorang pengawal keselamatan tidak berpakaian seragam di sebuah bank di Menglembu, semalam, diberkas orang awam.

Dalam kejadian jam 9.15 pagi itu, suspek berusia 30-an bersenjatakan pisau bertindak mengugut mangsa yang berada berhampiran kawasan mesin pengeluaran wang ATM di bank berkenaan supaya menyerahkan barang kemas dipakainya.


Bagaimanapun tindakan suspek itu disedari orang awam yang melihat kejadian itu sebelum segera membantu pengawal keselamatan berkenaan menangkap suspek.

Saksi, Lee Yeng Soon, 34, berkata, dia melihat pengawal keselamatan itu melawan suspek daripada merampas barang kemasnya sebelum segera membantu.


“Pada mulanya pengawal keselamatan itu enggan menyerahkan barang kemas seperti cincin dan rantai emas serta jam tangan diminta lelaki berkenaan.

Penyamun silap sasaran


Ipoh: Seorang lelaki yang menyamun seorang pengawal keselamatan tidak berpakaian seragam di sebuah bank di Menglembu, semalam, diberkas orang awam.

Dalam kejadian jam 9.15 pagi itu, suspek berusia 30-an bersenjatakan pisau bertindak mengugut mangsa yang berada berhampiran kawasan mesin pengeluaran wang ATM di bank berkenaan supaya menyerahkan barang kemas dipakainya.


Bagaimanapun tindakan suspek itu disedari orang awam yang melihat kejadian itu sebelum segera membantu pengawal keselamatan berkenaan menangkap suspek.

Saksi, Lee Yeng Soon, 34, berkata, dia melihat pengawal keselamatan itu melawan suspek daripada merampas barang kemasnya sebelum segera membantu.


“Pada mulanya pengawal keselamatan itu enggan menyerahkan barang kemas seperti cincin dan rantai emas serta jam tangan diminta lelaki berkenaan.

Perhilitan rampas burung RM20,000


Ipoh: Jabatan perlindungan hidupan liar dan taman negara (Perhilitan) Perak berjaya merampas 17 ekor burung dilindungi dari rumah seorang peneroka felda di Felda Lawin, Gerik di sini.

Dalam serbuan jam 11pagi kelmarin, pegawai Perhilitan merampas pelbagai spesis burung dilindungi seperti burung Murai Batu, Punai Daun, Merbah, ayam hutan dan pelbagai lagi burung dari rumah peneroka berusia 50-an itu.


Semua burung spesis terancam itu dipercayai dijual kepada 'orang tengah' dengan harga tidak kurang RM20,000.

Suspek bagaimanapun sempat melarikan diri walaupun pihak Perhilitan menyamar dengan menaiki kenderaan persendirian ketika memasuki kawasan felda berkenaan.

Foto
Pegawai Perhilitan menunjukkan gambar burung yang berjaya dirampas.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/10

Saksi kes tembak diminta tampil


Melaka: Polis meminta lebih ramai saksi tampil membantu siasatan dalam kes seorang anggotanya menembak mati lelaki yang dikatakan menyerang polis dan mengancam keselamatan awam dalam satu kejadian di Machap Baru, Alor Gajah, di sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, setakat ini dua saksi awam tampil memberi keterangan dan mahu lebih ramai saksi memberi kerjasama bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan secara terperinci.


Dalam pada itu, beliau meminta orang awam agar tidak membuat andaian serta rumusan sendiri, berkaitan kes 7 Februari lalu, selagi belum tamat proses siasatan.

Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 307, cubaan membunuh.


Beliau ditemui di Ibu Pejabat Kontinjen selepas perhimpunan bulanan, di sini sebentar tadi.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/10

Hidup susah masih mahu berjudi


Oleh Arifin Salleh
Alor Gajah: "Saya orang susah, kalau ada rezeki dapatlah saya duit lebih sebab dengan cara ini (beli nombor ekor) saya dapat tampung kesusahan keluarga, nak harapkan bantuan dari orang lain derma duit memang payahlah."


Begitu kata seorang lelaki warga emas berusia 67 tahun selepas dicekup sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Melaka (JAIM) dalam Operasi Judi Nombor Ramalan di sekitar daerah ini, di sini, petang semalam.




Lebih menyedihkan, lelaki terbabit mendakwa tidak takut dicekup penguat kuasa JAIM kerana sudah terbiasa dan berusaha mendapatkannya dengan apa cara sekalipun biarpun dia sedar judi haram di sisi Islam.
Lelaki warga emas terbabit antara 20 lelaki berusia antara 31 dan 67 tahun yang ditahan kerana membeli tiket nombor ramalan dalam operasi khas di sekitar pekan Masjid Tanah, Kelemak, Alor Gajah dan Pulau Sebang.
Difahamkan, beberapa lelaki yang ditahan turut melontarkan kata kesat dan cuba bertindak agresif terhadap anggota penguat kuasa yang menjalankan tugas di beberapa premis judi.

Ketua Penguat Kuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, kesemua lelaki terbabit ditahan ketika sedang atau selepas membeli nombor ekor di beberapa premis nombor ramalan dan diberikan saman.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/10

Buruh proses wang kertas palsu dipenjara 10 tahun


Kota Bharu: Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah terhadap dua tuduhan memiliki dan memproses wang kertas palsu pada Disember lalu.

Keputusan dibuat Hakim Mohd Yusoff Yunus terhadap Mohd Zulkifli Husain, 42, selepas dia menukar pengakuannya.


Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki 200 keping wang kertas palsu RM100 berjumlah RM20,000 dengan niat menggunakannya sebagai tulen di sebuah chalet di Kampung Dalam Rhu, Cherang Ruku, Pasir Puteh, jam 8 malam pada 19 Disember 2013.



Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 489C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga sepuluh tahun jika sabit kesalahan.


Pada tarikh, masa dan tempat yang sama, dia turut didakwa membuat serta melakukan aktiviti pemprosesan membuat wang kertas palsu dan mempunyai sebuah mesin cetak jenama Canon Prima, pemacu storan serta komputer riba untuk tujuan memalsukan 810 keping wang kertas RM100 berjumlah RM81,000.


Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 489D Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiga lagi rakannya, Raja Nazirul Mubin Raja Muzaffar, 20, Mahamad Robi Hassan, 41 dan Che Ridzuan Che Anuar, 26, yang didakwa atas pertuduhan kedua mengaku tidak bersalah dan tarikh sebutan kes ditetapkan pada 9 Mac depan.


Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Salam Yusof mengendalikan pendakwaan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ketika rayuan, tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman minimum kerana dia sudah insaf dan perlu menjaga ibunya yang uzur.


“Yang Arif, saya mohon hukuman dikurangkan dan ini adalah kesalahan pertama. Saya sudah insaf dan sedar,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/10

Warga emas panjat gunung maut terjatuh


Ipoh: Seorang warga emas maut selepas terjatuh ketika menyertai ekspedisi memanjat Gunung Sugu 35 kilometer dari Simpang Pulai, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa Lee Kar Giap, 61, dari Petaling Jaya, Selangor menyertai ekspedisi memanjat gunung berkenaan bersama 27 rakannya yang lain bermula jam 9 pagi sebelum turun jam 3 petang.


Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, mangsa bersama rakannya menyertai ekspedisi memanjat gunung berkenaan sejak pagi sebelum keluar dari gunung pada sebelah petang.



“Ketika menuruni bukit berkenaan mangsa terjatuh lalu pengsan. Rakan mangsa seorang doktor membuat pemeriksaan terhadapnya mendapati mangsa sudah meninggal dunia.


“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan. “Mangsa dikeluarkan sebelum dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk tindakan lanjut,” katanya.


Anggota bomba menerima panggilan jam 3.50 petang sebelum tiba berhampiran kaki bukit Gunung Sugu setengah jam kemudian bersama satu jentera serta satu unit motosikal RRV dengan 11 anggotai diketuai Ketua BBP Simpang Pulai, Rozmie Hamat.

Mangsa berjaya dikeluarkan dari gunung berkenaan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sementara rakan mangsa yang menyertai ekspedisi itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/10

Imigresen serbu bengkel PATI


Oleh Isma Ismail
Johor Bahru: Seramai 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bekerja sebagai mekanik lori ditahan dalam pemeriksaan di sebuah bengkel membaiki kenderaan di Jalan Selong, Kempas di sini, petang semalam.

Pemeriksaan jam 4 petang itu dijalankan 20 penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kharulanuar Abu Bakar.


Dalam pemeriksaan itu, 11 lelaki warga Indonesia, Myanmar (10), Nepal (empat) dan satu dari Bangladesh ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah.
 
Mereka ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan kesemuanya dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nenas, Pontian untuk tindakan lanjut.

Foto
Kesemua pendatang tanpa izin dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nenas, Pontian.


Warga asing yang ditahan dibawa masuk ke kenderaan imigresen untuk dibawa ke depot tahanan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/10

Warga Myanmar tidak mengaku sebabkan kematian isteri


ALOR SETAR: Seorang buruh warga Myanmar hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menyebabkan kematian isterinya, seorang rakyat Indonesia hujung bulan lalu.

Masali Abdul Sukor, 39, didakwa menyebabkan kematian Elna Reti Anfal, 30 pada jam 1.30 pagi, 26 Jan lalu di sebuah rumah di Kampung Imam, Jitra.


Pertuduhan terhadapnya adalah di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya Azlina Hashim tidak menawarkan sebarang jaminan ke atas tertuduh.


Bagaimanapun Masali yang tidak diwakili peguam merayu kepada Hakim Azhar Mokhtar supaya dia dibenarkan diikat jamin kerana dia mempunyai tujuh orang anak untuk dijaga menerusi tiga perkahwinan, termasuk empat bersama mangsa.


Di mahkamah yang sama, Masali juga mengaku tidak bersalah atas dakwaan memiliki sebilah pedang samurai tanpa kebenaran, pada jam 11.30 pagi, 24 Julai tahun lepas di rumah kedai Kyaw Myanmar Store, No. 179B, Tingkat Atas, Jalan PJ 2, pekan Jitra.

Pertuduhan dilakukan di bawah Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Azhar tidak membenarkan ikat jamin terhadap tertuduh dan menetapkan 10 Mac untuk sebutan kedua-dua kes. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/10

Penjual sayur dipenjara kerana potong kabel DBKL


KUALA LUMPUR: Seorang penjual sayur hari ini dijatuhi hukuman penjara dua minggu oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah melakukan khianat memotong kabel milik perumahan rakyat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan memerintahkan Nasaruddin Mohd Yatim, 53, menjalani hukuman itu bermula tarikh dia ditangkap pada 6 Feb lepas.

Nasaruddin, yang tinggal di Kampung Chubadak di sini mengaku memotong kabel milik perumahan rakyat DBKL yang menyebabkan kerugian sebanyak RM1,500 di Bilik Riser Tingkat 2, Blok D, Projek Perumahan Rakyat Batu Muda, Sentul pada 3 petang, 6 Feb lepas.

Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Cif Insp Nom Phot Prackdit.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/10

Lelaki maut dilanggar ketika buang sampah


SANDAKAN: Seorang lelaki maut dilanggar kereta ketika hendak membuang sampah di hadapan rumahnya di Kampung Sundang Darat, Jalan Batu Sapi dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong ketika dihubungi di sini hari ini berkata mangsa dikenali sebagai Naning Ani, 58, menjadi mangsa langgar lari dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu.

Katanya mangsa mati di tempat kejadian selepas dipercayai dilanggar sebuah kereta berdasarkan siasatan awal di lokasi kemalangan.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk bedah siasat, katanya.

Rowell menasihatkan pemandu kereta terbabit tampil membuat laporan polis dan orang ramai yang melihat kejadian itu tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Zabir Arifin di talian 089-212222 sambungan 254.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/10

Dua ahli 'Geng Onai' ditangkap


SUBANG JAYA: Polis daerah ini berjaya menyelesaikan sembilan kes pecah rumah dan kenderaan membabitkan nilai sebanyak RM1 juta dengan tertangkapnya dua individu yang dikenali sebagai 'Geng Onai', Khamis lalu.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, dua suspek terbabit ditahan dalam satu serbuan yang dilakukan terhadap sebuah rumah di Taman Permai, Sungai Buaya berdasarkan risikan dan maklumat awam.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/10

Polis arah majikan bayar gaji amah


Arab Saudi: Jabatan Polis Riyadh mengarahkan dua majikan membayar gaji tertunggak berjumlah SR95,000 (RM84,363) kepada pembantu rumah Indonesia sebelum mereka dihantar pulang.

Tindakan diambil berdasarkan laporan polis yang dibuat kedutaan Indonesia di Riyadh kata ketua pusat keselamatan untuk pembantu rumah Jabatan Polis Riyadh, Kolonel Abdulrahman Al-Juraid.


Seorang daripada pembantu rumah berkenaan telah bekerja dengan majikannya selama lebih 12 tahun dan seorang lagi melebihi tiga tahun.



Kedua-dua majikan menghantar pembantu rumah mereka ke kedutaan tanpa menyelesaikan tunggakan gaji mereka.


Polis Riyadh terpaksa menahan kedua-dua majikan sehingga mereka menyelesaikan tunggakan berkenaan.


- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/10

Lepas geram pada telinga budak

Beijing: Seorang wanita ditahan semalam kerana memotong kedua-dua telinga dan mengelar rahang anak saudaranya hanya kerana berselisih faham dengan ibu bapa mangsa.
Zhang Qihui, 35, ditahan selepas mencederakan mangsa yang berusia enam tahun.
Agensi berita Xinhua semalam melaporkan, kejadian berlaku di Hubei pada 28 Januari lalu, tetapi Zhang hanya ditangkap semalam.

Xinhua melaporkan, ayah budak lelaki terbabit (yang tidak disiarkan identitinya) enggan meminjamkan wang kepada adiknya yang juga suami Zhang.
Foto
GAMBAR mangsa yang disebarkan di laman sosial menimbulkan kemarahan pengguna Internet.
Wang itu diperlukan bagi membantu pasangan suami isteri terbabit membina rumah.
Bagaimanapun, polis masih menyiasat sama ada kegagalan meminjam wang menjadi punca Zhang menyerang mangsa.

Difahamkan, Zhang menyerang kanak-kanak itu menggunakan pisau selepas memujuk mengikutnya ke lorong di belakang rumah mereka.

Gambar muka mangsa yang berlumuran darah akibat kecederaan teruk tersebar di laman sosial dan menimbulkan kemarahan pengguna Internet.

“Tindakan psiko dan tidak berhati perut!

“Sanggup dia lakukan sebegitu terhadap budak yang tiada kaitan langsung dengan pergaduhan orang dewasa di sekelilingnya.

“Kasihan kanak-kanak ini dan ibu bapanya,” kata pengguna Internet.

Ramai menuntut supaya suspek dihadapkan segera ke muka pengadilan.

Akibat kecederaan parah, doktor hanya mampu mencantum semula satu daripada telinga mangsa.

Kejadian itu berlaku enam bulan selepas seorang kanak-kanak lain, Bin Bin, dikorek matanya oleh ibu saudaranya.

Dalam kejadian Ogos lalu, orang ramai dari dalam dan luar negara mendermakan wang bagi membolehkan Bin Bin mendapat mata palsu.

Ibu saudara Bin Bin bagaimanapun membunuh diri beberapa hari selepas serangan itu.- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/09

11 korban cuaca buruk Tokyo


Tokyo: Salji paling tebal melanda Tokyo dan kawasan lain di Jepun dalam beberapa dekad ini mengakibatkan sekurang-kurangnya 11 maut dan 1,200 lagi cedera di seluruh negara.

Sehingga 27 sentimeter salji direkodkan di Tokyo lewat malam kelmarin - paling tinggi dalam tempoh 45 tahun menurut pakar kaji cuaca.


Ribut salji melanda di Tokyo hanya sehari sebelum pilihan raya gabenor kota itu.



Menurut pemerhati, cuaca buruk mungkin menjejaskan jumlah pengundi yang keluar membuang undi. Sehingga jam 6 petang waktu tempatan, jumlah warga kota yang keluar mengundi direkodkan kurang 10 peratus berbanding pilihan raya terdahulu.


Tekanan rendah di pesisiran Pasifik pada Sabtu melihatkan bandar raya Sendai diliputi salji setebal 35 sentimeter - paling teruk direkodkan sejak 78 tahun lalu.


Media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 11 maut, manakala seorang dalam keadaan kritikal akibat kemalangan disebabkan cuaca buruk. Kebanyakannya berlaku selepas kenderaan dinaiki tergelincir akibat jalan yang licin dipenuhi ais. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/10

13 jemaah umrah terbunuh

Tiga belas jemaah terbunuh dan 130 yang lain cedera dalam kebakaran di sebuah hotel di bandar suci ini Sabtu lalu.
Dalam kenyataannyaa sebelum ini, pihak berkuasa Madinah berkata, kebakaran berlaku yang di Hotel Ishraq Al-Madina pada jam 2.33 petang (7.33 malam waktu Malaysia) meragut 15 nyawa.

Menurut saksi, mangsa terdiri daripada warga pelbagai negara, termasuk Mesir dan Turki.
Anggota penyelamat dari Jabatan Pertahanan Awam berjaya memadamkan kebakaran pada jam 5 petang.

Gabenor Makkah Putera Faizal bin Salman memantau sendiri kerja memadamkan kebakaran itu.

Sehubungan itu, siasatan untuk menentukan punca kebakaran dilancarkan.
Foto
Bagaimanapun, laporan awal menunjukkan ia berlaku akibat litar pintas ketika kerja penyelenggaraan oleh pihak hotel.

Tiga puluh mangsa yang cedera dirawat di tempat kejadian sementara bakinya dihantar ke Hospital King Fahd dan Hospital Ansar.
Menurut satu laporan, Hospital Ansar menerima empat mayat dan 91 mangsa yang cedera.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Madinah juga menyatakan, kebanyakan mangsa mati akibat lemas.

Terdapat 700 tetamu berada di hotel ketika kejadian.

Kebakaran itu menyebabkan pihak berkuasa memindahkan semua tetamu dan menutup jalan menuju ke hotel yang terletak di Jalan Shireen, tidak jauh dari Masjid Nabawi.

Sebahagian jemaah yang terperangkap di dalam hotel dilihat diluar bangunan itu, untuk memanjat ke bumbung dalam usaha menyelamatkan diri.

Usaha memadam kebakaran dan menyelamat mangsa dikatakan terganggu akibat orang ramai yang berkumpul di bawah dan sekitar hotel.

Lapan belas pasukan bomba dikerah memadamkan kebakaran itu sementara Persatuan Bulan Sabit Merah menghantar 14 pasukan bantuan cemas dan dibantu dengan lapan pasukan dari Jabatan Kesihatan Madinah.

Seorang jemaah dari India yang menetap di hotel bersebelahan berkata, dia melihat kepulan asap hitam keluar dari hotel berkenaan ketika dalam perjalanan pulang dari Masjid Nabawi jam 2.45 petang, “Kami melihat ramai orang melambai menerusi tingkap hotel, menjerit meminta tolong.

“Keadaan sungguh mencemaskan,” katanya.

Terdapat laporan bertindih mengenai jumlah korban dalam kalangan rakyat Mesir.

Pegawai di pejabat Konsul Mesir di Jeddah, Ahmed Zaki berkata, pihaknya menerima laporan bahawa empat warga negara itu terbunuh.

Laporan lain pula menyatakan, 12 daripada yang terbunuh itu rakyat Mesir.

Duta Mesir Afifi Abdel-Wahab pula dipetik oleh sebuah stesen televisyen negara itu sebagai berkata, “semua yang mati ialah rakyat Mesir.”
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/10

Cedera angkara gajah liar


10 Februari 2014


BEIJING - CHINA . Dua pelancong cedera selepas diserang sekumpulan gajah liar yang cuba menyeberangi sungai di wilayah Yunnan, China.

Jurucakap polis hutan berkata, kejadian berlaku di rizab Lembah Gajah Liar di wilayah Xishuangbanna apabila haiwan itu berlari ke arah sebuah keluarga yang terdiri daripada lima orang.

"Seorang wanita patah bahu kanan manakala seorang lelaki mengalami luka kecil. Kedua-dua mereka kini dirawat di sebuah hospital tempatan,"katanya, dipetik dari laporan AFP.

Pasangan Malaysia di Sweden didakwa pukul semua anak


KUALA LUMPUR 10 Feb. - Pasangan warga Malaysia, Azizul Raheem Awalluddin dan isterinya, Shalwati Norshal hari ini didakwa di mahkamah daerah Solna, Stockholm, Sweden atas pertuduhan memukul keempat-empat anak mereka antara tahun 2010 hingga 2013.
Tuntutan pertuduhan yang disifatkan sebagai luar jangkaan itu diterima mahkamah dalam bentuk bertulis yang dikemukakan pendakwaraya, Anna Arnell.
Pertuduhan itu menyebut pasangan berkenaan didakwa memukul anak-anak mereka dengan penyangkut baju, kayu dan tali pinggang dalam beberapa kejadian.
Pasangan berkenaan dijangka akan dibicarakan selama 10 hari bermula 18 Februari ini atas kesalahan yang berulang-ulang antara 2010 sehingga tahun lalu.
Mahkamah menggunakan istilah melanggar integriti seseorang bagi menggambarkan pertuduhan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum sehingga 10 tahun.
Peguam Shalwati, Kristofer Stahre akan membuat rayuan di Mahkamah Supreme Sweden supaya membebaskannya daripada reman sementara menunggu perbicaraan memandangkan keempat-empat anak mereka telah pulang ke Malaysia.
Pendakwaan terhadap pasangan berkenaan disahkan oleh Stahre kepada Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140210/ma_02/Pasangan-Malaysia-di-Sweden-didakwa-pukul-semua-anak#ixzz2sxeaJcD6
© Utusan Melayu (M) Bhd 

15 maut kebakaran hotel


Gambar menunjukkan asap ketika kebakaran berlaku di hotel tersebut di Madinah, Arab Saudi, kelmarin. - AGENSI
MADINAH 9 Feb. - Sebanyak 15 jemaah umrah terkorban dan lebih 130 orang lagi cedera, selepas hotel yang mereka diami terbakar di sini, semalam.
Kebakaran tersebut berlaku di Hotel Ishraq al-Madina kira-kira pukul 2.33 petang waktu tempatan dan berjaya dikawal dua jam kemudian oleh 110 anggota bomba.
Menurut pegawai yang dipetik agensi berita SPA, sebanyak 700 orang berada di dalam hotel berkenaan ketika kebakaran itu berlaku.
Jurucakap Palang Merah Arab Saudi, Mohammed Mahmoud Kheyat berkata, kebanyakan mangsa maut akibat terhidu asap.
Pihak berkuasa turut menutup jalan-jalan utama ke hotel yang terletak di Sitteen Street itu, bagi tujuan pemindahan mangsa ke tempat selamat.
Punca kejadian sedang disiasat dengan sumber memberitahu, laporan awal menunjukkan kebakaran itu berlaku ekoran masalah litar pintas ketika kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan.
Seramai 30 orang yang cedera, dirawat di tempat kejadian dan selebihnya dihantar ke Hospital King Fahd dan Hospital Ansar.
Ada sesetengah daripada jemaah yang terperangkap di dalam hotel, bertindak memanjat bumbung hotel untuk menyelamatkan diri.
Seorang jemaah umrah dari India yang tinggal di hotel berhampiran berkata, dia ternampak asap tebal keluar daripada Hotel Ishraq al-Madina ketika beliau pulang dari Masjid Nabi kira-kira pukul 2.45 petang.
"Saya nampak beberapa penghuni melambai-lambai dari tingkap. Kami juga lihat anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran. Orang ramai turut berkumpul di hadapan hotel," katanya.
Kementerian Luar Malaysia dalam satu kenyataan melaporkan, tiada jemaah dari negara itu terlibat atau mengalami kecederaan dalam kejadian tersebut.
Laman web berita Al-Bawaba Nayouz pula memetik pegawai Palang Merah sebagai menyatakan, semua mangsa yang terkorban adalah rakyat Mesir.
Seorang pegawai konsulat dari Kedutaan Mesir di Jeddah, Ahmad Zaki memberitahu akhbar Youm al-Sabaa, bahawa 10 yang maut merupakan warganegara Mesir.
Menurut saksi pula, mangsa yang terkorban berasal dari pelbagai negara termasuk Mesir dan Turki.
Gabenor Madinah, Putera Faisal bin Salman berkata, pihaknya akan menyiasat bagaimana kejadian itu boleh berlaku. - AGENSI/BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140210/lu_03/15-maut-kebakaran-hotel#ixzz2sxbpngRZ
© Utusan Melayu (M) Bhd