Search This Blog

Wednesday, February 5, 2014

Pemuda ugut potong kemaluan anak saudara

 SINAR HARIAN
5 Februari 2014


KUALA TERENGGANU - Seorang pemuda mengamuk hendak memotong kemaluan anak saudara perempuannya gara-gara kanak-kanak itu ‘terkencing’ di atas tilam di dalam bilik tidurnya.

Kejadian berlaku di sebuah rumah di Kampung Masjid Raja, di sini, Ahad lalu.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, suspek berusia 20-an dipercayai melepaskan geram terhadap anak saudaranya yang baru berusia 3 tahun selepas bengang ditegur ibunya sebelum itu.

“Sebelum kejadian, suspek ditegur dan diberi nasihat oleh ibunya, 63, berhubung beberapa perkara salah yang dilakukannya sebelum ini, namun teguran itu tidak menyenangkan hati suspek.

“Suspek mula memberontak dengan meludah berkali-kali ke arah ibunya sebelum bertindak mengugut akan membunuh wanita itu menggunakan kapak yang diambil di dapur rumah,” katanya.

Sumber berkata, untuk menakut-nakutkan ibunya lagi, suspek turut mengetuk-ngetuk kapak di tangannya beberapa kali di atas meja, kononnya sebagai isyarat berhubung tindakan yang akan dilakukan selepas itu.

“Semasa sedang mengamuk itulah, tiba-tiba anak saudaranya terjaga dari tidur dan mungkin ketakutan, kanak-kanak itu terkencing di atas tilam menyebabkan suspek semakin naik angin sebelum bertindak mengugut akan memotong kemaluan mangsa.

“Selain itu, suspek turut melepaskan geram terhadap kanak-kanak itu dengan mengamuk akan membakar pakaian milik mangsa serta dalam masa sama mengugut akan membakar kediaman tersebut,” katanya.

Bimbang keselamatan diri dan keluarga termasuk cucu perempuannya, ibu suspek membuat laporan polis sejurus kejadian itu untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Berbogel selepas tak dibenar masuk istana presiden


2014/02/05

New Delhi: Sepasang suami isteri berusia dalam lingkungan 30 tahun berbogel di depan Rashtrapati Bhavan kelmarin selepas tidak dibenarkan masuk ke istana presiden, kata polis.

Pasangan berkenaan dikenali sebagai Prabhat dan Anuradha pergi ke pintu masuk utama istana dan menuntut untuk bertemu dengan Presiden Pranab Mukherjee.


Gagal beri alasan

Apabila kakitangan keselamatan bertanyakan alasan mahu menemui presiden, mereka gagal memberitahu sebabnya. “Mereka kemudian menanggalkan pakaian,” kata polis.

Pengawal keselamatan yang terkejut segera menyuruh mereka memakai semula pakaian tetapi si lelaki sekali lagi menanggalkan pakaian yang diarahkan pakai dan mula berlari dalam keadaan bogel, dengan anggota polis mengejarnya.

Beliau dipintas oleh kenderaan polis dan dipaksa masuk ke dalam kenderaan itu. Pasangan berkenaan dibawa ke balai polis Jalan Parlimen.

Polis berkata, mereka gagal memberitahu alasan sebenar membuat bantahan itu. Kedua-duanya tidak bertindak normal dan dibawa ke hospital Ram Manohar Lohia untuk tujuan pemeriksaan perubatan, kata polis.

Mereka juga dibawa berdepan dengan majistret dan kemudian dimasukkan ke Institut Peri Laku Manusia dan Sains Bersekutu di timur ibu negara.

Polis masih memeriksa latar belakang pasangan berkenaan. - AGENSI

Nenek mati: Polis tahan 'kekasih online'


Nenek mati: Polis tahan 'kekasih online'
Orowo Jesse Omokoh (kanan) ditahan polis Nigeria berhubung kes pembunuhan Jette Jacobs.
2014/02/05


Lagos: Polis Nigeria menahan seorang lelaki berkaitan pembunuhan wanita Australia yang ditipu AS$90,000 (RM300,015) menerusi penipuan percintaan dalam talian.

Suruhanjaya Ekonomi dan Kewangan (EFCC) berkata Orowo Jesse Omokoh ditahan pada 28 Januari di Nigeria, tanpa memperincikan lokasi individu itu ditahan.


Pelajar University of Ibadan di tenggara negara itu akan dihadapkan ke mahkamah untuk perbicaraan ekstradisi, menurut seorang jurucakap.

Omokoh dikatakan terbabit dalam percintaan palsu dalam talian dengan Jette Jacobs, tetapi lima hari selepas berpindah ke Johanesburg, Afrika Selatan untuk menemui Jacobs pada Februari tahun lalu, wanita itu ditemui mati.

Mahu meterai percintaan

Keluarga wanita itu percaya beliau dibunuh selepas meninggalkan rumah di Wagin, timur laut Perth pada November lalu untuk berjumpa bagi memeterai percintaan dalam talian yang berlangsung empat tahun. Beberapa barang berharganya hilang dan Omokoh pulang ke Nigeria.

“Polis Afrika Selatan, yang menyiasat kematian misteri itu, mengesyaki Omokoh bertanggungjawab ke atas kematian Jacobs,” kata EFCC.
Organisasi itu, yang menyiasat penipuan dalam talian dan penggubahan wang haram, berkata Polis Persekutuan Australia memaklumkan pegawainya pada Mac bahawa Omokoh menipu Jacobs sebanyak AS$90,000.

Jacobs, seorang nenek dari Barat Australia, dilaporkan menghantar AS$10,000 (kira-kira RM30,000) ke Nigeria ketika ‘percintaan’ empat tahun dengan lelaki dikenali ‘Jesse’.

Tragiknya, polis menerusi ‘Operation Sunbird’ untuk menumpaskan penipuan dalam talian sudah menghantar surat kepada Jacobs mengingatkan beliau adalah mangsa penipuan tetapi surat itu tiba ketika beliau sudah berangkat ke Afrika Selatan.

Beliau mempunyai enam anak dan 14 cucu. - AGENSI

Pejabat pos dipecah masuk rugi RM11,000



2014/02/05

Kota Bharu: Sebuah pejabat pos kerugian kira-kira RM11,000 membabitkan wang tunai, wang pos, setem, sampul pos ekspres dan alat tulis selepas dipecah masuk.

Kejadian di Pejabat Pos Mulong di sini, disedari seorang kakitangan yang tiba untuk bertugas pagi kelmarin dan mendapati pengunci pintu utama dipotong, manakala ruang pejabat berselerak.


Pada jam 2 pagi, 31 Januari lalu, bilik Gerakan Polis Bantuan Kuala Lumpur memaklumkan kejadian alat penggera pejabat pos itu berbunyi kepada Balai Polis Nilam Puri, bagaimanapun pemeriksaan mendapati tiada tanda pecah masuk.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman, berkata rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki memakai topi keledar bertutup muka dan bersarung tangan memasuki pejabat sebelum memecahkan sebuah peti besi.

“Suspek yang dipercayai berkumpulan melarikan wang tunai berjumlah RM9,360.

“Siasatan mendapati modus operandi digunakan sama seperti dua kejadian terdahulu membabitkan mesin juruwang automatik (ATM) di Nilam Puri dan bank di Kubang Kerian pada 24 dan 27 Januari lalu,” katanya di sini, semalam.

Pemandu teksi minta tambang RM100 dibunuh

Pemandu teksi minta tambang RM100 dibunuh
Ahli keluarga melihat gambar mangsa (gambar kecil) dalam telefon bimbit di Kampung Tenglu Laut, Mersing. - Foto Ikhwan Muhamad
2014/02/05


Kluang: Seorang lelaki bukan saja enggan membayar tambang teksi kira-kira RM100, tetapi menikam sampai mati pemandu teksi yang dinaikinya, dalam kejadian di Kilometer 17 Jalan Mersing-Kluang dekat Kahang.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengahari kelmarin, suspek berusia 35 tahun dikatakan menaiki teksi mangsa, Ahmad Zaudin Adon, 60, dari sebuah hotel di Mersing untuk ke Kluang.


Bagaimanapun, suspek dikatakan enggan membayar tambang dan bertindak menyamun, mengelar lengan dan menikam perut mangsa sebelum melarikan diri. Mayat mangsa kemudiannya ditemui orang awam sebelum melaporkannya kepada polis.

Bagaimanapun suspek yang juga bekas penagih dadah berjaya ditahan polis kira-kira empat jam selepas melakukan jenayah itu di Kampung Sri Cahaya di sini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, mengesahkan tangkapan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.

“Suspek menunjukkan tempat dia menyerang mangsa dan polis menemui kesan tompokan darah serta cebisan daging mangsa di situ,” katanya.

Mohd Mokhtar berkata, suspek juga didapati menyamun mangsa dan kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati.
Anak mangsa, Mohd Firus Ahmad Zaudin, 32, sebelum kejadian, ayahnya meminta untuk memindahkan penama permit teksi.

Dua beradik lari rumah ditemui semula


2014/02/05

Seremban: Merajuk tidak dibenarkan keluar bersama rakan, dua beradik perempuan bertindak melarikan diri daripada rumah di Temiang, di sini, Ahad lalu.

Tindakan itu mengakibatkan ibu mereka, Tuan Saripah Rafiah Tuan Mat, 42, terpaksa bersusah payah membuat laporan polis dan meminta bantuan media bagi menghebahkan kehilangan dua beradik itu yang berusia 12 dan 15 tahun.


Bagaimanapun, ketika wartawan dan jurugambar BH dalam perjalanan ke rumah itu jam 4 petang semalam, ibu mereka memaklumkan dua beradik itu sudah menghubunginya dan memaklumkan berada di Stesen Komuter Seremban, di sini.
Pagi Sabtu lalu, mereka keluar ketika suami tidur untuk mengikut seorang rakan Facebook, wanita yang berusia 20 tahun ke rumah wanita itu di Ampang, Selangor” Tuan Saripah Rafiah Tuan Mat, Ibu

Ketika ditemui, dua beradik yang mengaku tidak diculik atau dicederakan itu, memohon maaf kerana menyusahkan semua pihak dan berjanji tidak mengulangi perbuatan itu.

Tuan Saripah Rafiah berkata, anaknya bertindak keluar daripada rumah suaminya di Temiang di sini, ketika ayah mereka tidur kira-kira jam 8 pagi, Ahad lalu.

“Sehari sebelum itu, mereka meminta kebenaran untuk keluar bersama rakan, tapi suami tidak izinkan. Jadi, pagi Sabtu lalu, mereka keluar ketika suami tidur untuk mengikut seorang rakan Facebook, wanita yang berusia 20 tahun ke rumah wanita itu di Ampang, Selangor,” katanya.

Ibu, teman lelaki kena tuduhan berasingan


2014/02/05
Ibu, teman lelaki kena tuduhan berasingan
Sofian Hadie (kiri) dan Rabiatul Adawwiyah Mamat
Kes bunuh Nur Syafiqah 


Dungun: Ibu kanak-kanak dua tahun yang ditemui mati di sebuah rumah kosong di Paka, di sini, bulan lalu dan teman lelakinya didakwa atas tiga pertuduhan berasingan di Mahkamah Majistret di sini, semalam.


Pendakwaan di hadapan Majistret Hazwanie Husain Bustari dimulakan dengan pendakwaan ke atas teman lelaki ibu kanak-kanak itu, Sofian Hadie Mohd Nor, 35, yang berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Bagi pertuduhan itu, Sofian Hadie yang beralamat di Kampung Baru Tebing Tembah, Paka, juga suspek utama didakwa mendera dan mengabaikan Nur Syafiqah Adawiyah Abdullah yang ketika itu dalam jagaannya sehingga menyebabkan kematian.

Gagal tunjuk kad pengenalan

Mengikut kertas pertuduhan, Sofian Hadie yang turut terbabit dengan penagihan dadah didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Perumahan Seberang Paka Fasa 2, Paka di sini, jam 3.20 petang, pada 22 Januari lalu.

Bagi kesalahan itu, dia boleh didenda sehingga RM20,000, penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya.
Dia yang berpakaian lokap warna ungu turut didakwa mengikut Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 kerana gagal menunjukkan kad pengenalan ketika ditahan polis di Pejabat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Kuala Paka, di sini, jam 1.30 tengah hari, 21 Januari lalu.

Sofian Hadie bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan terhadap kedua-kedua pertuduhan itu.

Di mahkamah sama, ibu Nur Syafiqah, Rabiatul Adawwiyah Mamat, 28, didakwa mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan atas pertuduhan membuat laporan polis palsu berhubung kehilangan anaknya itu.

Dakwa anak diculik

Dia yang berbaju-T merah dan bertudung hitam didakwa melakukan kesalahan itu di Balai Polis Paka, jam 12.01 tengah hari pada 18 Januari lalu, bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik.

Mengikut kertas pertuduhan, dalam laporannya, Rabiatul Adawwiyah yang tidak bekerja mendakwa anak perempuannya itu disyaki diculik selepas ditinggalkan kira-kira setengah jam dalam kereta PERODUA Myvi di hadapan sebuah restoran ikan bakar di Kuala Paka, antara jam 7 malam hingga 7.30 malam, pada 17 Januari lalu.

Tertuduh yang mengaku membuat laporan palsu itu atas paksaan teman lelakinya turut mendakwa meninggalkan anaknya dalam kereta berkenaan dalam keadaan tidak berkunci ketika dia bertemu rakannya.

Mengaku tak salah

Dia turut mendakwa anaknya mungkin diculik seorang lelaki dikenali sebagai Arif yang mengugut akan mengambil Nur Syafiqah Adawiyah jika tertuduh tidak membayar hutang.

Rabiatul Adawwiyah juga mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas pertuduhan itu yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan boleh didenda kerana memberi atau mereka keterangan palsu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd Izzat Wan Abdullah, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu dalam hujahnya, Wan Mohd Izzat memohon mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap Sofian Hadie kerana kes pembunuhan kanak-kanak itu membabitkan kepentingan awam dan mendapat liputan meluas media, serta ancaman keselamatan terhadap keluarga mangsa jika tertuduh dibenarkan diikat jamin.

Bagaimanapun, Wan Mohd Izzat menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin terhadap Rabiatul Adawwiyah.

Lelaki sakit jantung maut selepas nahas

Seremban: Seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah jantung mati selepas kereta dipandunya terbabit kemalangan jalan raya di Taman Rasah Jaya, di sini, semalam.
Ng Seu Chan, 60, ditemui di tempat duduk pemandu selepas kereta PROTON Waja dipandunya terbabit kemalangan dengan kereta Ford dan Mercedes-Benz.
Dalam kejadian pada jam 12 tengah hari itu, Chan dari Taman Mutiara, di sini, dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menemui seorang rakan di Taman Rasah Jaya.
Jurucakap polis berkata, sebaik tiba di tempat kejadian kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu merempuh dua kereta berkenaan yang diletakkan di tepi jalan.
“Akibat rempuhan itu, kereta Ford remuk di bahagian depan manakala kereta Mercedes mengalami kerosakan di bahagian belakang.
“Bagaimanapun, ketika kejadian, tiada sesiapa di dalam kedua-dua kereta itu.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk dibedah siasat,” katanya.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil di balai polis berhampiran.
Foto
ANGGOTA polis mengangkat mayat Chan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/05

Belukar terbakar nyaris sambar kilang

Oleh Nur Saliawati Salberi
Bestari Jaya: “Sebaik menunaikan solat Zuhur saya terkejut melihat asap hitam dan api marak di kawasan belukar depan kilang,” kata Khalid Mohamad, 63, saksi kebakaran hutan dan kebun terbiar di Kampung Berjuntai Bestari, di sini, petang semalam.
Menurutnya, kejadian dikesan kira-kira jam 1.30 tengah hari dan kebakaran dipercayai akibat cuaca panas di kawasan hutan dan kebun ubi serta pisang terbiar seluas kira-kira dua hektar itu. 
Khalid yang bekerja sebagai pengawal keselamatan sebuah kilang berhampiran berkata, ketika dia menunaikan solat, keadaan sekitar lokasi kejadian kelihatan seperti biasa.

“Sebaik melihat asap hitam dan api marak, saya segera memaklumkan penyelia kilang serta mengalihkan kenderaan di kawasan berdekatan kerana takut api menyambar kenderaan berkenaan.
Foto
ANGGOTA bomba berusaha memadamkan sisa kebakaran di kawasan tanah gambut.

“Pihak pengurusan menghubungi bomba dan tindakan pantas mereka mengawal api berjaya mengelakkan api merebak ke kawasan kilang berhampiran,” katanya.

Kebakaran hutan di kawasan hutan dan ladang terbiar di negeri ini bukan perkara baru kerana pada 24 September tahun lalu, kawasan pelupusan sampah haram seluas dua hektar di Kawasan Perindustrian Bukit Raja, Klang, terbakar.

Terdahulu pada 19 September, satu lagi kebakaran dilaporkan di hutan simpan FELDA Sungai Tengi di Bukit Tunggal, Hulu Selangor, sebelum api berjaya dikawal beberapa hari kemudian.

Sementara itu Pegawai Operasi Bomba Kamarul Anuar Isnawan berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan dari orang awam pada jam 1.48 tengah hari, seramai enam anggota dan sebuah jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian 12 minit kemudian, hampir 60 peratus kawasan berkenaan sudah terbakar dan sebaik api di bahagian hadapan dapat dikawal, tiba-tiba api di bahagian belakang kilang pula merebak dengan pantas berikutan angin kuat,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/05

Pelakon putar alam

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Shahrul Redzuan Zulkifli
Kuala Lumpur: Seorang pelakon lelaki yang juga model berusia 25 tahun menggunakan nama Harian Metro untuk meyakinkan mangsanya sebelum melakukan penipuan, termasuk kononnya menjual telefon bimbit dengan harga murah tetapi selepas mendapat bayaran, telefon itu tidak diserahkan kepada pembeli.
Pendatang baru dalam dunia hiburan itu dikatakan ‘mengupah’ seorang jurugambar membuat liputan ketika dia menghadiri majlis sebelum mendakwa jurugambar berkenaan adalah wakil Harian Metro atau majalah popular yang membuat liputan. 
Difahamkan, 10 individu termasuk selebriti dan penerbit filem terkenal menjadi mangsa penipuan pelakon terbabit membabitkan kerugian RM10,000.

Terbaru, artis berkenaan memperdaya seorang mangsa kononnya menjual telefon bimbit jenis iPhone 5s pada harga murah sebelum menghilangkan diri selepas mendapat bayaran.
Foto
MANGSA menunjukkan SMS yang dihantar pelakon itu.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Deric, 25, berkata, dia kerugian RM3,000 akibat terpedaya dengan tawaran penjualan telefon bimbit berkenaan.

“Saya percaya dengannya sebab dia pelakon. Apatah lagi saya lihat sendiri dia duduk bersama selebriti.

“Malah, saya lihat jurugambar merakam setiap pergerakannya. Apabila ditanya, pelakon itu mendakwa jurugambar itu adalah wakil majalah popular dan Harian Metro yang membuat liputan aktivitinya.

“Dia licik meyakinkan orang. Setiap kerja dan pertuturannya menggambarkan dia profesional,” katanya ketika ditemui, di sini.

Menceritakan semula kejadian itu, Deric berkata, dia mengenali pelakon terbabit pada 14 Disember lalu di satu majlis dan selepas berbual dengannya, pelakon itu mendakwa dia menjual telefon bimbit iPhone 5s dengan harga RM1,600 satu.

“Apabila ditanya kenapa murah, dia mendakwa mempunyai hubungan dengan pembekal, syarikat komunikasi terkemuka.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/0

Bayangan jemputan ajal

Oleh Mohd Sah Muda
Mersing: “Aku nak serah permit teksi ini kepada kamu. Kalau aku meninggal dunia, senang sikit sebab dah proses,” itu kata terakhir Ahmad Zaudin Adon, 73, kepada anak bongsunya, Mohd Firus, 32, sebelum dia meninggal dunia akibat ditikam di kilometer 17, Jalan Mersing-Kluang di sini, kelmarin.
Dalam kejadian pada jam 12 tengah hari itu, Ahmad Zaudin mengambil dua penumpang masing-masing seorang lelaki berusia 35 tahun dan seorang wanita berumur 30-an di sebuah hotel di bandar Mersing sebelum menghantar kedua-duanya ke Kluang. 
Tiba di lokasi kejadian, penumpang lelaki terbabit bergelut dengan mangsa sebelum menikam perut kiri warga emas berkenaan dengan senjata tajam menyebabkan Ahmad Zaudin meninggal dunia.

Suspek dan wanita terbabit menahan teksi lain sebelum meminta dihantar ke Kluang. Bagaimanapun, kedua-duanya ditahan polis empat jam selepas kejadian di Kampung Seri Cahaya, Kluang.
Foto
MOHD Firus menunjukkan gambar terakhir bersama bapanya.

Menurut Mohd Firus, dalam pertemuan terakhir mereka pada 27 Januari lalu di rumah keluarga di Taman Nelayan di sini, bapanya beria-ia hendak memindah milik permit teksi kepadanya.

“Saya tinggal di Seremban, Negeri Sembilan dan bapa beria-ia meminta saya pulang ke kampung untuk berbincang berkaitan perkara ini.

“Saya pulang dan kemudiannya membantu proses memindah milik permit teksi sebelum pulang semula ke Seremban.

“Saya tidak sangka permintaan bapa itu petanda dia pergi selamanya,” katanya.

Menurut anak bongsu daripada lima beradik itu, dia terkejut dimaklumkan kejadian oleh ahli keluarga pada tengah hari kelmarin sebelum bergegas pulang.

“Saya reda dengan kejadian dan bersyukur selepas polis berjaya menahan suspek yang menikam bapa. Kami harap penjenayah yang melakukan perbuatan ini dikenakan hukuman yang setimpal,” katanya.

Anak sulung mangsa, Noridah, 49, berkata, kali terakhir dia bertemu bapanya ialah pada Ahad lalu ketika arwah singgah di kediamannya di Johor Bahru.

Menurut Noridah, pada pertemuan itu, bapanya tidak menunjukkan sebarang perubahan selain tidak meminta apa-apa daripadanya.

“Bagaimanapun, bapa bersungguh-sungguh menceritakan kepada saya bahawa dia mahu memindah milik permit teksi kepada Mohd Firus.

“Mungkin bapa tahu dia akan pergi selamanya dan begitu bersungguh-sungguh mahu memindah milik permit teksinya,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/05

Tedung selar ragut nyawa

Oleh Zulfa Mohamad
Butterworth: “Sebelum ini, saya pernah melarang kerana hobinya itu sesuatu yang bahaya tetapi dia teruskan juga kerana minat dengan pertunjukan ular,” kata Aziz Bakar, 50, bapa tiri kepada Mohd Sufian Mohd Zain, 22, yang disahkan meninggal dunia akibat dipatuk ular tedung selar kira-kira jam 8.55 pagi semalam.
Terdahulu dalam kejadian di Sungai Petani Kedah, Sabtu lalu, mangsa yang cuba menangkap reptilia berbisa sepanjang empat meter itu tidak sedarkan diri selepas dipatuk ular berkenaan dan dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sunga Petani, Kedah. 
Bagaimanapun, selepas empat hari bertarung nyawa dan mendapat rawatan di wad di HSAH, Mohd Sufian disahkan meninggal dunia akibat terkena patukan reptilia berkenaan.

Aziz, dari Taman KGN, Teluk Air Tawar di sini, berkata, secara peribadi dia memang tidak gemar dengan hobi anak bongsunya itu kerana boleh mengundang risiko pada bila-bila masa, bagaimanapun membiarkan arwah meneruskan aktiviti itu kerana ia adalah minatnya.
Foto
MOHD Sufian maut dipatuk ular tedung selar Sabtu lalu.

“Kadang-kadang dia tunjukkan gambarnya beraksi bersama ular yang ditangkapnya itu dan gambar itu disimpan di dalam komputer riba tetapi saya enggan melayan gelagatnya itu sebagai membantah hobi dianggap berisiko.

“Hinggakan ada kalanya kami bergaduh tetapi saya tidak mahu terlalu bertegas kerana arwah sudah minat dengan pertunjukan ular, mungkin sudah takdir dia meninggal akibat dipatuk ular dan saya reda dengan pemergiannya,” katanya.

Berikutan minat mendalam mengenai reptilia itu, arwah sebelum ini kerap turut serta dalam pertunjukan ular bersama rakannya sejak menunjukkan minat dalam dunia menjinakkan dan menangkap reptilia berbisa itu setahun lalu.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/05

Pukau 4 rumah serentak


Oleh Rasmi Abdullah

Banting: “Saya percaya penjenayah yang menyamun saya menggunakan ilmu pukau kerana kami tidak sedar langsung dompet bawah bantal dan telefon yang berada di tangan diambil,” kata mangsa samun membabitkan empat rumah yang disamun sekumpulan penjenayah secara serentak di Jalan Lengkuas Kanchong Tengah, di sini, semalam.

Dalam kejadian antara jam 3 hingga 5 pagi itu, Lizawati Mohd Taslim, 42, kerugian hampir RM4,000 apabila tiga telefon bimbit jenis Samsung, iPhone, komputer riba dan wang tunai RM1,000 dilarikan penjenayah dipercayai memasuki rumah mangsa melalui tingkap dapur.


Menurutnya, dia terjaga jam 3.30 pagi untuk ke bilik air sebelum menghubungi suami yang bekerja shif malam bertanyakan khabar.

“Biasanya saya tidak kembali tidur kalau terjaga pada waktu itu kerana menyiapkan keperluan anak-anak ke sekolah, tetapi tidak tahu kenapa terlalu mengantuk dan terlelap, tidak sedar langsung sehingga terjaga semula sekitar jam 5 pagi,” katanya yang ditemui di rumahnya di sini semalam.

Foto
LIZAWATI menunjuklan tingkap dapur yang dibuka penjenayah.

Foto
RAMLAN menunjukkan cap cari penjenayah pada tingkap ruang tamunya.

Lizawati berkata, dia benar-benar terkejut apabila telefon bimbit dipegangnya ketika tidur turut lesap selain mendapati bilik tidurnya bersepah.


“Terkejut dengan keadaan itu, saya meluru keluar dan mendapati seluruh rumah bersepah, terutama dapur.

“Saya lihat tingkap dapur terbuka dan besi penghadangnya sudah dipatahkan. Saya percaya penjenayah memasuki rumah melalui tingkap dan keluar melalui pintu dapur,” katanya yang tinggal bersama empat anaknya ketika kejadian

Katanya, dia juga menemui dompet dan beg tangannya di luar rumah yang sudah diselongkar.

“Nasib baik dia (penjenayah) hanya melarikan wang tunai RM1,000 manakala kad pengenalan, kad bank dan kunci kereta serta motosikal dibiarkan bersepah di luar rumah,” katanya.

Katanya, selepas memeriksa dia menemui najis manusia di belakang rumah dipercayai antara amalan pengamal ilmu pukau.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/05

Rugi RM2j kilang perabot hangus

Muar: Seorang pengusaha perabot kerugian hampir RM2 juta apabila kilangnya musnah dalam kebakaran di Kawasan Perindustrian Bukit Pasir di sini, semalam.
Kebakaran dipercayai bermula pada jam 8.45 pagi dan ketika itu pekerja baru saja memulakan operasi harian.
Menurut seorang pekerja, Musa Surian, 51, ketika kejadian, dia baru memulakan tugas di bahagian pembungkusan.
Katanya, dia menyedari kebakaran selepas beberapa pekerja warga Nepal menjerit memaklumkan kejadian.
“Pada masa sama, kami cuba memadamkan api menggunakan air diambil dari bilik air, namun gagal kerana ia marak dengan pantas.
“Kami berlari keluar menyelamatkan diri selepas siren kecemasan kilang dibunyikan,” katanya.
Pemilik kilang Tan Chen Gee, 41, hanya mengetahui kejadian itu kira-kira 10 minit kemudian selepas dihubungi pekerjanya dan bergegas dari rumahnya di Bakri.
Kata Tan, kilang itu lebih tiga tahun beroperasi dan ia ditutup empat hari sempena sambutan Tahun Baru Cina.
“Kebakaran menyebabkan kami kerugian hampir RM2 juta kerana lebih 22 mesin selain papan perabot musnah terbakar.
“Mujur kebakaran tidak menyebabkan kematian kerana ada 150 pekerja ketika kejadian.
Berdasarkan maklumat daripada pekerja, kebakaran mungkin akibat litar pintas di sebuah daripada mesin sebelum merebak,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Operasi Kanan 1 Balai Bomba dan Penyelamat Muar Ismail Mahmud berkata, sebaik menerima panggilan kebakaran, dua jentera bersama 10 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.
“Operasi memadamkan sepenuhnya kebakaran berlarutan sehingga ke petang kerana kami mahu pastikan bara api terbabit padam sepenuhnya.
“Ia penting bagi mengelakkan kebakaran itu merebak ke kilang bersebelahan.

Punca kebakaran dan jumlah sebenar kerugian bagaimanapun masih disiasat,” katanya.
Foto
ANGGOTA bomba berusaha memadamkan api.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/05

Tembakan di kepala


Oleh Iskandar Shah Mohamed

Kuala Lumpur: Suasana di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan di sini, gempar apabila seorang anggota polis berpangkat lans koperal dari Cawangan Khas (SB) Bukit Aman ditemui mati akibat ditembak di kepala di tepi jalan itu, semalam.

Difahamkan, kejadian disedari orang awam yang ternampak mayat mangsa, T Thivakar, 37, berpakaian lengkap, terbaring berdekatan sebuah motosikal jam 4.30 petang.


Bertindak atas hasil maklumat, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa mempunyai kesan kecederaan dua das tembakan di kepala.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairy Ahrasa berkata, siasatan awal mendapati tiada pergelutan dalam kejadian itu yang dipercayai baru berlaku sebelum penemuan mayatnya.

Foto
ANGGOTA polis menjalankan siasatan di lokasi Thivakar


“Mayat mangsa yang bertugas di Cawangan Khas itu ditemui terbaring 1.5 meter dari motosikal yang diparkir dengan baik di tepi jalan terbabit.


“Kami turut menemui dua kelongsong peluru 9 milimeter dan tidak menolak kemungkinan suspek sememangnya berniat membunuh mangsa berikutan tiada kesan pergelutan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah.

Menurut Khairy, pihaknya menjalankan siasatan menyeluruh termasuk mengenal pasti motif kejadian.

“Setakat ini kami belum dapat memastikan sama ada mangsa membawa senjata api atau sebaliknya kerana ia tidak ditemui di lokasi kejadian.

“Pemeriksaan juga mendapati motosikal itu didaftarkan atas nama orang lain,” katanya.

Menurutnya, polis juga memastikan sama ada mangsa bertugas atau tidak ketika kejadian dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Harian Metro difahamkan, mangsa yang bertugas di Bukit Aman itu masih bujang dan berasal dari Ipoh, Perak.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/05

Rintihan ibu

Oleh Sarah Zulkifli
Shah Alam: “Saya memohon agar mahkamah meringankan wang jaminan kerana saya tidak mempunyai wang.
“Malah, saya terpaksa meminjam duit bantuan persekolahan BR1M anak-anak lain yang diberikan kerajaan untuk datang ke sini,” kata seorang ibu berusia 40-an dalam rayuannya di Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Terdahulu, remaja lelaki berusia 16 tahun yang juga anak kepada wanita itu mengaku bersalah atas kesalahan menunggang motosikal secara berbahaya di Jalan Dataran Kemerdekaan, di sini, pada 1 Februari lalu.

Bagaimanapun, Majistret Farah Azura Mohd Saad menetapkan 11 Mac depan sebagai tarikh hukuman.
Foto
DUA remaja mengaku bersalah tunggang motosikal secara berbahaya.

Sebelum prosiding berjalan, remaja yang memakai baju merah jambu dan sudah tidak bersekolah itu menangis teresak-esak di dalam kandang tertuduh.

Mengikut pertuduhan pilihan, anak keempat daripada tujuh beradik itu didakwa menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya kepada orang awam di Jalan Dataran Kemerdekaan di sini, pada kira-kira jam 12.45 tengah malam, 1 Februari lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Selain remaja itu, seorang lagi tertuduh Muhammad Adzie Zulhaq Rahim, 18, juga mengaku bersalah atas pertuduhan sama.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Nooranisa Ngadirin menawarkan masing-masing diikat jamin dengan RM4,000 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan agar tertuduh melaporkan diri di balai polis berhampiran seminggu sekali.

Bagaimanapun, kedua-dua penjaga tertuduh itu memohon supaya mahkamah mengurangkan wang jaminan kerana tidak berkemampuan.

Berikutan itu, mahkamah membenarkan kedua-dua remaja itu masing-masing diikat jamin dengan RM3,500 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan melaporkan diri di balai polis berhampiran.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/05

Polis cari 3 beranak


Oleh Sarah Zulkifli

Shah Alam: Tiga beranak yang menjadi saksi penting bagi satu perbicaraan kes rogol di Mahkamah Sesyen, di sini, diminta tampil memberi keterangan di mahkamah berkenaan pada 10 Februari ini.

Semua saksi terbabit adalah Nor Seri Hafiza Azhari, 18, dan ibu dan bapanya iaitu Norupawan Azhari dan Azhar Azahari yang beralamat terakhir di 4-G-8, Apartmen Randa, Jalan 31/112, Kota Kemuning, di sini.


Kehadiran tiga beranak itu di Mahkamah Sesyen diperlukan untuk membantu kes yang dibicarakan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Orang ramai yang mengenali mereka diminta menghubungi Inspektor Zaleha Mastura di talian 019-3455758.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/05

Pelajar amuk dapat markah rendah dalam peperiksaan


Moscow: Kejadian amuk di sebuah sekolah di Moscow semalam tercetus apabila seorang pelajar tidak berpuas hati kerana mendapat markah rendah dalam peperiksaan.

Sumber berkata, Sergey Gordeev mengalami gangguan emosi selepas gagal memperoleh markah yang diharapkan baru-baru ini.


Katanya, Gordeev kemudian menyerbu bangunan sekolahnya dan melepaskan 11 das tembakan menyebabkan seorang guru dan anggota polis terbunuh. Gordeev turut menahan 20 pelajar lain selepas membunuh guru geografi, Andrey Kirillov, 37, yang memberikan markah rendah kepadanya.



Jurucakap polis berkata, Gordeev, 16, mengamuk dan berdepan dengan Kirillov menggunakan dua laras raifal milik bapanya.


Katanya, Gordeev menembak perut Kirillov dan memeriksa sama ada gurunya itu masih hidup atau tidak.


“Dia kemudian menembak kepala Kirillov,” katanya. Pelajar dikenali sebagai Ivan Fodokin, 17, berkata mereka terdengar seseorang menjerit mengarahkan pintu dibuka sebelum bunyi tembakan dilepaskan Gordeev akhirnya ditahan apabila bapanya yang memakai jaket kalis peluru berjaya memujuknya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/05

Tiga beradik maut ditembak, ibu hamil cedera

Narathiwat: Tiga beradik Muslim termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun ditembak mati manakala ibu mereka yang hamil cedera.
Jurucakap polis di wilayah Bacho Kolonel Pramote Promin berkata, tiga budak lelaki berusia tiga, lima dan sembilan tahun berkenaan ditembak ketika pulang daripada solat maghrib di sebuah masjid berhampiran rumah mereka.

Ibu dan ayah mereka turut ditembak namun terselamat.
Pramote bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada kematian berkenaan ada kaitan dengan pemberontakan terhadap pemerintahan negara itu.

“Kita perlu menunggu siasatan. Apapun, masyarakat mesti bersatu mengutuk perbuatan keji ini,” katanya.

Rumah keluarga itu ditembak bertubi-tubi mengakibatkan tiga kanak-kanak cedera sebelum meninggal dunia di hospital. - AFP
Foto
ANGGOTA keluarga menguruskan jenazah kanak-kanak yang ditembak mati di hospital di Naratahiwat, semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/05

Bunuh rakan enggan adakan hubungan seks

Milan: Sepasang kekasih didakwa menjerut rakan serumah mereka hingga mati sebelum membawa mayat mangsa di dalam beg pakaian sejauh 400 kilometer ke Venice.
Pembunuhan itu dilakukan selepas mangsa, warga Iran, menolak melakukan seks dengan mereka.
Mayat Mahtab Savoji, 29, ditemui dalam beg yang terapung.

Gagandeep Kaur, 30 dan Rajeshwar Singh 28, yang berkongsi bilik dengan mangsa ditangkap semalam berhubung pembunuhan itu.
Foto
MAHTAB

Gagandeep dan Rajeshwar, kedua-duanya warga Iran mendakwa mereka cemas dan menyembunyikan mayat Mahtbab selepas menemuinya mati Isnin lalu setelah minum terlalu banyak arak.

Kedua-duanya, pekerja hotel, membuang mayat mangsa selepas membawanya di dalam beg dalam perjalanan selama 20 jam dengan tiga kereta api.

Polis menahan pasangan itu kerana meragui kenyataan mereka.

Gagandeep dan Rajeshwar dirakam oleh kamera litar tertutup di stesen kereta api Venice apabila mereka tiba dengan beg berisi mayat itu sebelum mereka kembali ke Milan dengan teksi.

Polis percaya mangsa dibunuh kerana menolak melakukan seks oleh pasangan kekasih itu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/05

Batu Feringghi dicemari E.coli



KEADAAN air yang kehitaman di muara Sungai Batu Feringghi, Pulau Pinang semalam.


GEORGE TOWN – Orang ramai dinasihatkan agar tidak melakukan sebarang aktiviti di sekitar kawasan pantai berhampiran muara Sungai Batu Feringghi dekat sini, kerana kawasan itu dicemari bakteria E.coli (Escherichia coli).
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh berkata, kehadiran bakteria itu dikesan melalui ujian yang dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) terhadap sampel air sungai berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0205&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2sOeltOcG 
Hakcipta terpelihara 

Kerajaan usir 3,000 PATI



SEBAHAGIAN PATI warga Indonesia yang ditahan Pasukan Polis Marin Wilayah Dua di Kota Tinggi, Johor semalam.


PUTRAJAYA - Tindakan agresif kerajaan memburu pendatang asing tanpa izin (PATI) mendatangkan hasil apabila berjaya mengusir kira-kira 3,000 golongan tersebut dalam tempoh 15 hari sejak Operasi Bersepadu 6P Fasa 2 dilancarkan pada 21 Januari lalu.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata, jumlah itu dijangka meningkat berdasarkan kejayaan pihaknya dapat menghantar pulang seramai 45,000 PATI pada tahun lalu.
Operasi itu akan dijalankan sehingga hujung tahun ini.
Katanya, 3,000 PATI tersebut diberkas selepas pihaknya menjalankan pemeriksaan ke atas 15,000 warga asing di tapak pembinaan, rumah kongsi, kilang dan kebun di seluruh negara.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0205&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2sOec2SkE 
Hakcipta terpelihara 

Lans Koperal SB mati ditembak



POLIS menggunakan anjing pengesan di tempat kejadian seorang anggota Cawangan Khas Bukit Aman mati ditembak di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur semalam. Gambar kecil ialah Thivakaran.


KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis Cawangan Khas (SB) Bukit Aman berpangkat Lans Koperal ditemui mati dengan kesan dua das tembakan pada muka dan mata sebelah kanan di tepi Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan di sini semalam.
Mayat T. Thivakaran, 37, berasal yang dari Chemor, Perak itu ditemui orang awam pada pukul 4.30 petang semalam.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa berkata, pemeriksaan yang dilakukan di lokasi kejadian, polis menemui dua kelongsong peluru berukuran .9 milimeter berdekatan mayat mangsa.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0205&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2sOeBIJwh 
Hakcipta terpelihara 

Guru cedera pipi dilibas parang


MOHD. Razali Nordin menunjukkan kecederaan yang dialaminya di Kampung Sungai Lampam, Langkap, Perak, semalam.
TELUK INTAN 4 Feb. - Seorang guru lelaki cedera di pipi kiri akibat dilibas dengan parang oleh seorang daripada tiga perompak yang memecah masuk kediamannya di Kampung Sungai Lampam, Langkap dekat sini awal pagi ini.
Mangsa, Mohd. Razali Nordin, 58, berkata, kediamannya dimasuki tiga lelaki bersenjatakan parang pada kira-kira pukul 3.30 pagi ketika dia dan lima ahli keluarganya sedang tidur.
Menurut beliau, kumpulan perompak berkenaan bertindak mengikatnya serta semua ahli keluarganya iaitu isteri, dua anak, kakak serta ibu yang berusia 85 tahun.
Katanya, perompak berkenaan meminta mereka jangan membuat bising sambil memaksa menyerahkan wang dan barang berharga.
"Perompak berkenaan cuba mengganggu isteri serta anak dan ketika saya menghalang, salah seorang daripada mereka berang lalu melibas parang dan terkena pipi kiri saya.
"Mereka juga mengugut akan mencederakan ahli keluarga saya jika tidak mendapat barang berharga.
"Setelah kumpulan perompak berkenaan beredar, kami berjaya melepaskan ikatan. Saya bersyukur kerana semua ahli keluarga saya selamat dan tidak dicederakan," katanya ketika ditemui di kediamannya di sini hari ini.
Akibat kecederaan itu, Mohd. Razali terpaksa menerima enam jahitan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Mohamad Zaki Harun berkata, kumpulan perompak itu melarikan dua buah motosikal, dua unit komputer riba, wang tunai berjumlah RM11,000, barang kemas, dua unit telefon bimbit dan dokumen peribadi milik mangsa.
Katanya, menurut keterangan mangsa, suspek dipercayai berasal dari Indonesia berdasarkan dialek yang dituturkan mereka.
"Siasatan mendapati perompak berkenaan memecah masuk melalui pintu belakang rumah itu yang baharu sahaja diubah suai.
"Dua daripada kumpulan perompak mengenakan topeng manakala seorang lagi tidak memakai penutup muka, namun mangsa gagal mengecam suspek dan polis masih memburu kumpulan perompak berkenaan," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140205/je_06/Guru-cedera-pipi-dilibas-parang#ixzz2sOUSYBJv
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penganggur didakwa rogol gadis bawah umur


ROME Faizal Kamarulzaman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan, semalam.
KOTA BHARU 4 Feb. - Seorang penganggur berusia 33 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga tuduhan merogol seorang gadis bawah umur yang juga jirannya pada Disember dan Januari lalu.
Rome Faizal Kamarulzaman didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun tujuh bulan di rumahnya di Jalan Pengkalan Chepa, di sini kira-kira pukul 2 petang sekitar Disember lalu.
Lelaki itu turut didakwa mengulangi perbuatannya sebanyak dua kali lagi di tempat yang sama pada pukul 8 dan 11.30 pagi, 19 Januari lalu.
Ketiga-tiga pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Hakim Mohd. Yusoff Yunus membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Asmah Azhari yang mengendalikan pendakwaan agar tertuduh tidak dibebaskan dengan jaminan.
Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 5 Mac ini bagi membolehkan tertuduh melantik peguam bela.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140205/ma_06/Penganggur-didakwa-rogol-gadis-bawah-umur#ixzz2sOUGid9X
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lagi pengurus Genneva didakwa


AHMAD Khairuddin Ilias (tengah) dikawal anggota polis ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA
KUALA LUMPUR 4 Feb. - Seorang pengurus syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva (M) Sdn. Bhd. (GMSB) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan menerima deposit tanpa lesen, kira-kira empat tahun lalu.
Ahmad Khairuddin Ilias, 56, merupakan individu yang ke-16 didakwa ke muka pengadilan berhubung skim pelaburan jongkong itu, selain 10 buah syarikat yang turut berdepan pertuduhan serupa.
Tertuduh terbabit didakwa menerima deposit daripada orang awam melalui dua akaun CIMB Islamic Bank Bhd. tanpa lesen sah bagi satu skim yang membabitkan transaksi emas.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di antara 10 Januari 2011 dan 1 Oktober 2012 di CIMB Islamic Bank Bhd. cawangan Kuchai Lama, No. 69, Jalan Kuchai Maju 1, Dynasty 2 off Jalan Kuchai Lama di sini.
Kedua-dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10 juta atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya.
Ahmad Khairuddin mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya dari Bank Negara Malaysia (BNM), Fahmi Abd. Moin dan Hardeep Kaur manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd. Hairani Samsi.
Hakim Mat Ghani Abdullah selepas mempertimbangkan hujah dan rayuan kedua-dua pihak menetapkan jaminan sebanyak RM500,000 terhadap tertuduh dengan seorang penjamin.
Ahmad Khairuddin juga diperintah menyerahkan pasport kepada mahkamah sebagai syarat jaminan.
Kes itu akan disebut semula pada 20 Februari ini bersama kes-kes membabitkan GMSB terdahulu.
Pada tarikh tersebut, pihak pendakwaan akan mengemukakan permohonan agar kesemua kes itu dibicarakan bersama.
Secara keseluruhan, kes terhadap 16 individu dan 10 buah syarikat itu membabitkan sebanyak 1,550 pertuduhan dengan 14 daripadanya dikemukakan mengikut BAFIA.
Selebihnya didakwa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140205/ma_02/Lagi-pengurus-Genneva-didakwa#ixzz2sOU3xTJK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kematian Nursyafiqah: Ibu, teman lelaki didakwa


SOFIAN Hadie Mohd. Noor dan Rabiatul Adawiyyah (kiri) didakwa di Mahkamah Seksyen Dungun, semalam.
DUNGUN 4 Feb. - Seorang penganggur yang dikaitkan dengan kematian Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah yang mayatnya ditemui dalam keadaan menyayat hati, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mendera dan mengabaikan kanak-kanak berusia dua tahun itu.
Sofian Hadie Mohd. Nor, 35, yang mempunyai jagaan terhadap Nursyafiqah Adawiyyah didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa di sebuah rumah kosong, Lot 8428, Taman Perumahan Seberang Paka, Fasa 2, Paka di sini kira-kira pukul 3.20 petang, 22 Januari lalu.
Dakwaan terhadap teman lelaki ibu mangsa itu dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya.
Tertuduh turut menghadapi satu lagi tuduhan iaitu gagal menunjukkan kad pengenalan ketika ditahan di hadapan Pejabat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Kuala Paka, Paka pada pukul 1.30 petang, 21 Januari lalu.
Bagi pertuduhan itu, lelaki itu didakwa mengikut Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 25 akta sama yang membawa hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya.
Tertuduh yang mempunyai rekod penyalahgunaan dadah mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut.
Majistret Hazwanie Husain Bustari tidak membenarkan ikat jamin terhadap tertuduh yang beralamat di Felda Kerteh 5, Ketengah Jaya, di sini serta tidak diwakili peguam bela.
Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd. Izzat Wan Abdullah yang mengendalikan pendakwaan sebelum itu memberitahu mahkamah, pihaknya masih menunggu laporan forensik dan kimia terhadap Sofian, bagi mengaitkannya atas tuduhan membunuh Nursyafiqah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Di mahkamah sama, ibu kepada mangsa, Rabiatul Adawiyyah Mamat, 28, dituduh membuat laporan palsu berhubung kehilangan anaknya kira-kira pukul 12.01 tengah hari, 18 Januari lalu di pejabat Pertanyaan Balai Polis Paka.
Wanita itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan di bawah Seksyen 192 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum bawah Seksyen 193 akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah turut menetapkan sebutan semula kes pada 5 Mac depan sementara menunggu laporan toksikologi dan kimia siap.
Rabiatul Adawiyyah bagaimanapun gagal membayar wang jaminan.
Dalam kejadian bulan lalu, mayat kanak-kanak malang itu ditemui dalam keadaan menyedihkan di dalam bilik air sebuah rumah kosong dan mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih 24 jam.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140205/ma_03/Kematian-Nursyafiqah-Ibu-teman-lelaki-didakwa#ixzz2sOTteQ4t
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Remaja mengaku salah merempit


SHAH ALAM 4 Feb. - Dua mat rempit, seorang daripadanya menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala seorang lagi masih di bawah umur, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menunggang motosikal secara berbahaya, tiga hari lalu.
Muhammad Adzie Zulhaq Rahim, 18, pekerja sambilan di sebuah pasar raya dan rakannya berusia 16 tahun yang tidak lagi bersekolah, mengaku bersalah atas tuduhan pilihan melakukan perbuatan yang berbahaya kepada orang awam di Jalan Dataran Kemerdekaan pada pukul 12.45 tengah malam, 1 Februari lalu.
Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nooranisah Ngadirin mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.
Beliau mencadangkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin terhadap setiap tertuduh serta syarat tambahan melapor diri ke balai polis setiap bulan.
Majistret Farah Azura Mohd. Saad membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan melapor diri di balai polis setiap bulan untuk Muhammad Adzie dan setiap minggu untuk rakannya.
Beliau menetapkan 11 Mac ini untuk menjatuhkan hukuman sementara menunggu laporan akhlak dan laporan sosial masing-masing.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140205/ma_05/Remaja-mengaku-salah-merempit#ixzz2sOTiv1nK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pembantu kedai makan merogol, dijel 8 tahun


MELAKA 4 Feb. - Seorang pembantu kedai makan dihukum penjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah merogol seorang gadis bawah umur, dua tahun lalu.
Hakim Datuk Anita Harun menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Syafiq Md. Kamal, 24, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah.
Mengikut pertuduhan pindaan, tertuduh didakwa merogol gadis berusia 15 tahun tujuh bulan itu di dalam bilik sebuah rumah di Kampung Sempang, Bukit Kuda dekat Merlimau, Jasin antara pukul 6.40 petang dan 8 malam, 31 Januari 2012.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Terdahulu, peguam, Jason Kay dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili Muhammad Syafiq, memohon agar mahkamah meringankan hukuman selain memberitahu tertuduh tidak pernah gagal hadir pada setiap perbicaraannya.
Timbalan Pendakwa Raya, Haslida Isamail yang mengendalikan pendakwaan pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dan sebat ke atas tertuduh disebabkan kes ini telah melalui perbicaraan penuh.
Tambah Haslida, tertuduh juga telah melakukan kesalahan membabitkan perkara yang sama buat kali kedua.
"Tertuduh sebelum ini pernah diberikan bon jaminan berkelakuan baik tetapi dia telah melanggar syarat berkenaan," katanya.
Sepanjang perbicaraan kes yang berlangsung lebih setahun itu, seramai 13 saksi pendakwaan dan tujuh saksi pembelaan telah dipanggil memberi keterangan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140205/ma_04/Pembantu-kedai-makan-merogol-dijel-8-tahun#ixzz2sOTZRKm6
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Buruh mengaku tidak bersalah


SIA Tiong Yap dihadapkan di Mahkamah Majistret, Muar, Johor, semalam. - UTUSAN/ISHAK RAHMAD
MUAR 4 Feb. - Seorang buruh binaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas empat pertuduhan termasuk menculik, merogol dan melakukan seks oral terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, minggu lalu.
Sia Tiong Yap, 29, mengaku tidak bersalah terhadap keempat-empat pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa kepadanya di hadapan Majistret Suzana Mokhtar.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melarikan kanak-kanak perempuan berkenaan dengan sebuah kereta di Lorong Jaafar, Jalan Mahmud, Bukit Pasir, dekat sini bagi tujuan memuaskan nafsunya kira-kira pukul 2 petang, 28 Januari lalu.
Tiong Yap didakwa mengikut Seksyen 367 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat.
Sementara pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh didakwa melakukan seks oral terhadap mangsa di Ladang Kelapa Sawit Batu 8 Setengah, Bakri, dekat sini, masing-masing pada pukul 2.30 petang dan 2.50 petang, hari yang sama.
Dakwaan itu dikemukakan mengikut Seksyen 377(c) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau sebat.
Bagi pertuduhan keempat, Tiong Yap didakwa merogol mangsa terbabit kira-kira pukul 3 petang pada hari dan lokasi yang sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam bela memohon agar dia diberikan jaminan dengan alasan sudah berkahwin dan mempunyai anak yang perlu disara.
Timbalan Pendakwa Raya, Kartini Kasran bagaimanapun tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh berikutan kesalahannya yang sangat serius.
Suzana tidak membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jamin dan menetapkan 20 Februari ini sebutan semula kes berkenaan bagi mendapatkan laporan perubatan dan kimia selain membolehkan tertuduh melantik peguam.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140205/ma_01/Buruh-mengaku-tidak-bersalah#ixzz2sOTPI6dc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kebakaran: Satu keluarga tinggal sehelai sepinggang di Kota Bharu


KOTA BHARU 4 Feb. - Kegembiraan sebuah keluarga menyambut perayaan Tahun Baharu Cina bertukar tragedi apabila tinggal sehelai sepinggang apabila rumah yang didiami hangus terbakar di Kampung Cina, Jalan Pantai Cahaya Bulan di sini petang tadi.
Dalam kebakaran yang melibatkan dua premis pada kira-kira 5.45 petang itu, turut menyebabkan dua kenderaan Proton Saga dan Perodua Kancil yang diletak di hadapan premis yang terbakar itu hampir musnah.
Mangsa, Ko Ting Beng, 56, berkata, ketika kejadian kebakaran tersebut dia, isteri dan lima orang anaknya tiada di rumah.
Katanya, ketika kejadian tersebut berlaku dia berada di Jalan Kuala Krai selepas pulang mengunjungi seorang kenalan yang sakit.
"Selepas dimaklumkan oleh salah seorang anak yang tiba di rumah lebih awal, saya terus bergegas pulang.
"Walaupun tinggal sehelai sepinggang, namun saya tetap bersyukur kerana tiada siapa (keluarga) yang berada di rumah ketika kejadian.
"Sebuah lagi rumah yang turut terbakar merupakan pusat latihan tarian singa selepas pemiliknya berpindah dan menyewakan rumah itu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140204/je_20/Kebakaran-Satu-keluarga-tinggal-sehelai-sepinggang-di-Kota-Bharu#ixzz2sOT22Qwj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kilang perabot terbakar, kerugian dianggar RM2 juta


ANGGOTA bomba berusaha memadamkan api dalam kebakaran sebuah kilang menghasilkan komponen perabot di Kawasan Perindustrian Bukit Pasir dekat Muar, Johor, semalam.
PAGOH 4 Feb. - Sebuah kilang menghasilkan komponen perabot untuk tujuan eksport kerugian kira-kira RM2 juta apabila dua blok operasinya musnah dalam kebakaran di Kawasan Perindustrian Bukit Pasir di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 8.45 pagi itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana semua pekerja kilang berkenaan sempat menyelamatkan diri.
Pemilik kilang berkenaan, Tan Chen Gee, 41, berkata, komponen-komponen perabot dan 20 mesin musnah dalam kebakaran yang disedari pekerjanya di Blok D sebelum merebak ke Blok C.
Chen Gee yang tinggal di Bakri berkata, dia mengetahui kilangnya terbakar kira-kira pukul 9 pagi dan bergegas ke lokasi, tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana api sudah marak di kedua-dua blok berkenaan.
"Kerugian dianggarkan RM2 juta. Kilang ini yang sudah beroperasi tiga tahun lalu mempunyai Blok A,B,C dan D. Blok B turut terbakar tetapi sebahagian sahaja manakala Blok A yang menempatkan produk sudah siap, tidak terjejas.
"Kilang ini yang mempunyai 150 pekerja dan beroperasi 24 jam secara dua syif, baharu dibuka semalam selepas empat hari ditutup sempena Tahun Baharu Cina," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Seorang pekerjanya, Salmiah Sardon, 57, berkata, selepas setengah jam memulakan kerja, dia dan rakannya dikejutkan dengan suara pekerja asing warga Nepal menjerit menyatakan ada kebakaran di bahagian belakang.
Katanya, kesemua pekerja terus menyelamatkan diri apabila siren kecemasan dibunyikan dan berkumpul di depan kilang selain beberapa pekerja cuba memadam kebakaran dengan menggunakan sumber air yang ada tetapi tidak berhasil.
"Saya menggigil ketakutan dan kami bersyukur kerana sempat menyelamatkan diri," katanya yang tinggal di Parit Karim, Air Hitam, dekat sini dan sudah enam tahun bekerja di kilang tersebut
Sementara itu, Pegawai Operasi Kanan 1, Balai Bomba dan Penyelamat Pagoh, Ismail Mahmud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.04 pagi dan 10 anggota dengan dua jentera dikerahkan ke tempat kejadian.
Katanya, operasi memadamkan api masih diteruskan sehingga lewat petang ini bagi memastikan kebakaran dapat dikawal sepenuhnya.
"Punca dan jumlah sebenar kerugian masih dalam siasatan," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140205/je_05/Kilang-perabot-terbakar-kerugian-dianggar-RM2-juta#ixzz2sOSrI7rV
© Utusan Melayu (M) Bhd