Search This Blog

Sunday, February 2, 2014

Remaja cabul gadis dibelasah ahli keluarga mangsa



KOTA BHARU 2 Feb. - Gara-gara cuba mencabul kehormatan gadis berusia 14 tahun, seorang remaja dan rakannya cedera dibelasah dengan sebatang besi, kayu dan wayar oleh ahli keluarga mangsa dalam kejadian di Taman Desa Kemumin, Padang Tembak di sini semalam.
Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 6 pagi selepas remaja berusia 17 tahun itu ditahan keluarga mangsa di rumah rakannya di Jalan Kurnia, Pengkalan Chepa.
Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman, kejadian cabul itu berlaku selepas remaja lelaki berkenaan dikatakan membawa mangsa ke rumah rakannya.
“Suspek dan rakannya sebelum itu mengajak mangsa keluar minum sebelum bertindak membawa gadis tersebut pulang ke rumah rakannya di Jalan Kurnia.
“Sebaik tiba di rumah, suspek menarik mangsa masuk ke sebuah bilik, menolaknya ke atas katil sebelum cuba membuka baju dan mencium mangsa, namun ditampar gadis itu," katanya ketika dihubungi.
Ekoran itu, suspek membatalkan hasrat mencabul gadis berkenaan, sebelum sempat menghantarnya pulang, bapa gadis itu tiba di rumah berkenaan untuk mengambil mangsa.
Beliau memberitahu, tidak lama kemudian enam lelaki yang menaiki dua buah kereta datang mencari remaja terbabit sebelum salah seorang daripada mereka bertindak membelasah mangsa serta rakannya yang berusia 20 tahun.
“Mereka kemudiannya dibawa kumpulan lelaki itu ke sebuah rumah di Taman Desa Kemumin, Padang Tembak dan dipukul sekali lagi oleh lelaki sama menggunakan wayar, batang besi serta batang kayu.
“Remaja itu mendapat cedera di mata, telinga, muka, kepala dan seluruh badan manakala rakannya pula cedera di tangan, kaki dan badan selain terkehel jari kelingking dan jari manis kanan," katanya.
Mereka berdua menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan polis masih memburu suspek yang menyerang remaja itu. Remaja terbabit kemudian ditahan untuk membantu siasatan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140203/je_02/Remaja-cabul-gadis-dibelasah-ahli-keluarga-mangsa#ixzz2sCmJIsgZ

Parah dihempap wanita jatuh bangunan


Beijing: Seorang ahli perniagaan China bertarung untuk hidup selepas seorang wanita menghempapnya setelah mangsa terjatuh dari tingkat lima sebuah pusat beli-belah.

Yu Li, 42, pergi membeli-belah bersama tiga anak lelakinya di pusat beli-belah di Changsa, Hunan sebelum kepalanya dihempap wanita itu yang terjatuh dari tingkat lima. Yu pergi ke pusat beli-belah itu untuk membeli hadiah Tahun Baru Cina bagi anak lelakinya.


Jurucakap polis berkata, ketika kejadian, Yu berjalan menuju ke tangga bergerak. Wanita itu mati serta-merta, manakala Yu cedera parah. “Pihak hospital memaklumkan keadaan Yu kritikal dan tidak diketahui sama ada dia akan hidup,” katanya.

Isteri Yu yang dikenali sebagai Yan memberitahu akhbar tempatan, suaminya sudah berjanji sejak seminggu lalu untuk membawa anak lelaki mereka ke pusat beli-belah. Yan berkata, ketika polis menghubunginya agar mengambil anak lelakinya kerana suaminya cedera, dia menyangka ia gurauan. Akhbar tempatan turut menyiarkan gambar kedua-dua mangsa terbaring di lantai selepas kejadian itu.


Anak lelaki Yu tidak cedera tetapi terkejut dengan apa yang berlaku turut diberikan rawatan sebelum diserahkan kepada ibunya. - Agensi



Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/02

Sarjan paksa anak buah makan 15 burger


Tokyo: Seorang anggota polis berpangkat sarjan meletak jawatan selepas ditahan kerana memaksa orang bawahannya memakan sehingga 15 burger sebagai cara untuk mendisiplinkan mereka.

Sarjan di bahagian trafik yang berusia 40 tahun itu meletak jawatan dari jabatan polis di Osaka, barat Jepun minggu lalu.


Akhbar Yomiuri Shimbun berkata, dia berulang kali mengarahkan empat orang bawahannya, memakan 15 burger, 15 donat, empat cawan besar mi segera atau tiga hingga empat liter kopi susu.

“Selepas mendapati orang bawahannya tidak bekerja secukupnya, saya bertindak mendisiplinkan mereka,” kata sarjan berkenaan kepada penyiasat.


Orang bawahannya yang berusia 20-an dan 30-an yang ditugaskan di dua pos polis komuniti dipaksa makan makanan itu apabila sarjan itu melawat mereka. - AFP



Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/02

Mayat siap sedia ‘bertinju’

San Juan: Beratus-ratus peminat petinju Puerto Rico Christopher Rivera Amaro, 23, yang mati dibunuh mengunjungi upacara penghormatan terakhir untuknya kelmarin.
Mayat Amaro yang lengkap dengan sut tinju berhud kuning, berkaca mata hitam dan sarung tangan tinju disandarkan di tepi gelanggang palsu. Dia kelihatan seperti sudah bersedia untuk berlawan di gelanggang yang berlatar tirai merah putih, warna rasmi bendera negara itu.

Naib persiden rumah mayat Marin, Elsie Rodriguez berkata keluarga Amaro mahu upacara itu menonjolkan konsep sukan tinju dan pihaknya menyediakan gelanggang itu sebagai memenuhi permintaan mereka. Gelanggang tinju itu dibina di pusat komuniti di kompleks perumahan awam berhampiran San Juan. Menurut Rodriguez, pihaknya mengambil masa beberapa jam untuk mewujudkan suasana seperti di gelanggang tinju di situ. Sebelum ini, rumah mayat berkenaan pernah menunaikan permintaan yang seumpamanya bagi upacara sedemikian untuk beberapa keluarga ternama lain, termasuk mayat lelaki yang menunggang motosikal.
Selain itu, terdapat juga mayat seorang lelaki lain menghisap rokok. Amaro yang mempunyai lima rekod kemenangan daripada 15 perlawanan ialah petinju kelas 59 kilogram. Polis berkata, dia ditembak Ahad lalu di Santurce. Amaro meninggalkan seorang balu, seorang anak lelaki dan ibunya. Setakat ini, tiada tangkapan dibuat. - Agensi
Foto
IBU Amaro, Celines (kiri) bersama Lidianette Carmona bersama dengan mayat petinju itu.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/02

Restoran beriani popular dirompak



AKSI tiga suspek (dalam bulatan) dirakam menerusi CCTV ketika menyamun pelanggan di sebuah restoran nasi beriani terkenal di Subang Jaya, Selangor Rabu lalu.


PETALING JAYA - Seramai 10 pelanggan yang sedang menikmati makan malam di sebuah restoran nasi beriani terkenal di Subang Jaya dekat sini tersentak apabila disamun sekumpulan penyamun bersenjata sebilah parang dalam kejadian samun Rabu lalu.
Difahamkan, dalam kejadian pukul 9.15 malam itu empat lelaki dipercayai warga tempatan berusia dalam lingkungan 30-an bertopi keledar tiba-tiba masuk ke dalam restoran itu lalu menghampiri pelanggan sebelum bertindak menyamun dengan parang.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikirim satu sumber, tiga daripada empat suspek terbabit mengugut mangsa menyerahkan wang tunai dan telefon bimbit milik mereka.
"Salah seorang suspek pula datang ke kaunter dan mengambil wang daripada mesin juruwang sebelum kesemua mereka bertindak melarikan diri.
"Nilai kerugian melibatkan wang tunai dan telefon bimbit pelbagai model yang disamun dianggarkan berjumlah RM8,000," katanya kepada Kosmo! Ahad di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2s8FDjBUk 
Hakcipta terpelihara 

Jadi saksi sepupu dilanggar lari



NORSUHADAH menunjukkan lokasi sepupunya, Muhammad Arif dilanggar dan digilis kereta di Jalan Kemumin, Kota Bharu, Kelantan semalam.


KOTA BHARU - Seorang remaja mengalami pengalaman ngeri selepas menyaksikan bagaimana sepupunya dilanggar sebuah kereta dari arah belakang sebelum digilis kenderaan itu dalam kejadian langgar lari di Jalan Kemumin, Kampung Panji di sini kelmarin.
Kejadian pada pukul 10 malam itu berlaku semasa Norsuhadah Fauzi, 17, ditemani mangsa, Muhammad Arif Salleh, 13, berjalan kaki di bahu kiri jalan untuk ke kedai berhampiran rumah nenek mereka.
Mereka ke kedai untuk membeli tambah nilai telefon bimbit.
Norsuhadah ketika ditemui di rumahnya semalam berkata, dia berjalan kaki beberapa meter di belakang mangsa di bahu kiri jalan menghala ke Panchor dan melihat sebuah kereta Perodua Myvi putih dan bercermin gelap yang dipandu laju melepasinya dan tiba-tiba melanggar sepupunya.
"Saya nampak kereta itu melanggar sepupu saya di bahu jalan. Selepas dilanggar, dia digilis kereta tersebut yang terus berlalu pergi.
"Sebuah kenderaan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan kemudian memberikan bantuan dan membuat panggilan kecemasan," katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2s8F40bxI 
Hakcipta terpelihara 

Tanam ganja dalam kondominium



HAMZA (kiri) melihat pokok ganja yang ditanam di kondominium dekat Signal Hill pada sidang akhbar di Kota Kinabalu, Sabah semalam.


KOTA KINABALU – Polis berjaya membongkar kegiatan penanaman pokok ganja di dalam kondominium dengan tertangkapnya lima individu dalam dua serbuan Ops Cantas Khas Narkotik dekat Signal Hill di sini, Rabu lalu.
Dalam serbuan berkenaan, polis menemui 36 pokok ganja yang ditanam di dua unit kondominium tersebut selain beberapa paket mengandungi ganja yang telah diproses seberat 500 gram.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, serbuan pertama dilakukan pada pukul 11.30 pagi dan polis telah menahan dua individu iaitu seorang lelaki tempatan berumur 25 tahun dan seorang wanita warga Perancis berumur 30-an.
“Kita juga telah menemui 29 pokok ganja yang ditanam di dalam unit kondominium tersebut dan 10 daripadanya telah dipotong untuk diproses menjadi ganja,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2s8EvRnaP 
Hakcipta terpelihara 

14 maut, Gunung Sinabung meletus



SEORANG penduduk melarikan diri selepas Gunung Sinabung meletus di daerah Karo, Sumatera semalam.- REUTERS


KARO – Seramai 14 orang terbunuh termasuk empat orang pelajar semalam selepas Gunung Sinabung di sini menghamburkan lahar dan gas panas, kata seorang pekerja bantuan kemanusiaan.
Menurut pekerja itu, Benny Kaban, lebih banyak mangsa yang mati akan ditemui selepas gunung tersebut yang terletak di utara Sumatera meletus.
Gambar-gambar yang dirakamkan seorang jurugambar agensi berita AFP menunjukkan beberapa mayat diselubungi debu ketika beberapa pekerja penyelamat memakai topeng gas tiba untuk menyelamatkan mangsa-mangsa gunung tersebut.
Tiga orang lagi termasuk seorang bapa dan anaknya melecur setelah terkena debu panas dan mereka kini dirawat di unit rawatan rapi sebuah hospital.
Gunung itu menghamburkan debu dan batu setinggi 2,000 meter ke udara.
Kejadian itu berlaku selepas lebih 13,000 penduduk kembali ke rumah masing-masing selepas gunung tersebut yang setinggi 2,460 meter menunjukkan pengurangan aktiviti letusan.
Gunung itu mula meletus sejak November tahun lalu. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2s8EXJ7gr 
Hakcipta terpelihara 

Tujuh cedera akibat ditembak di Bangkok


BEBERAPA penunjuk perasaan antikerajaan merangkak dan membongkokkan badan semasa berlaku kejadian tembakan.- AP


BANGKOK – Seramai tujuh orang cedera termasuk dua jurugambar media dalam pertempuran melibatkan kumpulan antikerajaan dengan prokerajaan di sini semalam sehari sebelum pilihan raya umum bermula pada hari ini.
Pertempuran itu bermula selepas sekumpulan penyokong prokerajaan berarak ke sebuah pejabat daerah yang menempatkan kotak undi.
Namun, kumpulan tersebut dikepung kumpulan antikerajaan yang cuba menghalang kotak undi tersebut dihantar ke pusat pengundian sebagai usaha untuk menjejaskan pilihan raya tersebut.
Kedua-dua kumpulan itu menggunakan batu dan bunga api semasa mereka saling bertempur sebelum diikuti dengan tembakan pistol serta raifal.
Sekumpulan lelaki turut menggunakan sebatang kayu untuk memecahkan cermin sebuah kereta yang membawa beberapa orang penunjuk perasaan.
Kereta tersebut kemudian beredar meninggalkan tempat kejadian.
Sebilangan orang yang terperangkap dalam kejadian itu turut mendapatkan perlindungan di sebuah pusat beli-belah dan di bawah jejantas. Beberapa orang lagi berlindung di belakang kenderaan.
Seorang jurugambar dan wartawan dari Amerika Syarikat, James Nachtwey cedera ditembak di kaki.
Dalam kejadian itu, seorang jurugambar akhbar Daily News turut mengalami kecederaan.
Ketegangan semakin meningkat di Bangkok ekoran penunjuk perasaan antikerajaan yang diketuai bekas Timbalan Perdana Menteri, Suthep Thaugsuban berikrar untuk menghalang pilihan raya umum yang disertai parti Pheu Thai pimpinan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra yang berlangsung pada hari ini.
Kumpulan tersebut tidak mahu parti pimpinan Yingluck itu memenangi pilihan raya kerana mereka menganggap beliau menjadi boneka abangnya, Thaksin Shinawatra.
Thaksin kini hidup dalam buangan selepas digulingkan tentera semasa beliau memegang jawatan Perdana Menteri pada tahun 2006.
Beliau digulingkan selepas kerajaannya dituduh terlibat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Yingluck menjadi Perdana Menteri pada 5 Ogos 2011 selepas partinya memenangi pilihan raya parlimen.
Dalam pada itu, beberapa pegawai pelancongan berkata, krisis politik di Thailand yang bermula akhir tahun lalu mungkin menyebabkan sektor pelancongan kehilangan pendapatan sehingga AS$1.2 bilion (RM4.01 bilion) pada tahun ini. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2s8EO83tP 
Hakcipta terpelihara 

Insiden tembakan, letupan gegar Bangkok


BANGKOK 1 Feb. - Bunyi tembakan dan sekurang-kurangnya dua letupan bom menggegarkan Bangkok hari ini, ketika satu pertempuran tercetus di antara penunjuk perasaan antikerajaan dan kumpulan prokerajaan, sehari sebelum pilihan raya umum negara ini diadakan esok.
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan cedera dalam kejadian di utara Bangkok itu yang bermula apabila kumpulan prokerajaan berarak ke sebuah pejabat daerah di utara Bangkok yang menempatkan peti-peti pengundian yang dikepung penunjuk perasaan antikerajaan yang cuba menghalang pilihan raya diadakan.
Kedua-dua pihak itu dikatakan bertempur menggunakan batu dan mercun, diikuti postol serta senapang, menyebabkan orang ramai yang berada di lokasi kejadian terpaksa berlindung di pusat beli-belah Lak Si Plaza dan IT Square Mall.
Bunyi tembakan sekali-sekala turut didengar menjelang waktu malam, dipercayai dilakukan sekumpulan lelaki bertopeng yang melepaskan tembakan ke udara.
Anggota pasukan keselamatan turut melepaskan tembakan ke udara menggunakan raifal M-16 bagi menggesa orang ramai mencari tempat berlindung.
Menurut Ketua Majlis Keselamatan Negara, Paradorn Pattanatabut, pihak berkuasa berjaya mengawal keadaan.
Menurut akhbar The Nation, disebabkan pertempuran itu, Perkhidmatan Kereta Api Thailand turut menutup perkhidmatan di antara stesen Lak Si den Don Muang atas sebab keselamatan.
Setiausaha Agung Suruhanjaya Pilihan Raya, Puchong Nutrawong berkata, persiapan pilihan raya dudah hampir 100 peratus di utara, timur laut dan wilayah tengah Thailand, namun terdapat masalah di Bangkok serta 12 wilayah di selatan Thai kerana proses penghantaran peti undi dihalang penunjuk perasaan antikerajaan.
Suruhanjaya itu turut mengarahkan supaya proses pengundian dihentikan sekiranya berlaku rusuhan atau keganasan. - AFP/Reuters


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140202/lu_04/Insiden-tembakan-letupan-gegar-Bangkok#ixzz2s8ChWGCi
© Utusan Melayu (M) Bhd 

30 minit bertarung nyawa


KANOWIT 1 Feb. - Berpantang maut sebelum ajal.
Lima lelaki yang merupakan anggota Askar Wataniah bertarung nyawa selama hampir 30 minit di tengah Sungai Rajang apabila perahu panjang yang dinaiki mereka terbalik dipukul ombak besar, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.20 petang itu, kelima-lima mangsa yang berusia dalam lingkungan antara 30-an hingga 40-an itu berhadapan detik-detik cepas selepas perahu panjang itu dinaiki air dan terbalik di sungai yang berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sedaya di sini.
Pegawai Bomba Kanan II, Mohamad Bujang berkata, kelima-lima lelaki berbangsa Iban itu jatuh dan cuba berpaut pada perahu panjang tersebut sebelum berenang ke tebing sungai.
“Bagaimanapun ketika mereka sedang berenang ombak semakin besar dan kebetulan beberapa penduduk rumah panjang di seberang sungai itu ternampak kejadian itu segera turun membantu.
“Penduduk kampung yang menaiki sebuah bot menyelamatkan kesemua mangsa dan membawa mereka ke Jeti Persinggahan Ekspres," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia, di sini hari ini.
Tambah Mohamad, tiga daripada mangsa berkenaan selamat dan berada dalam keadaan stabil manakala dua lagi lemah dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kanowit.
Katanya, difahamkan kelima-lima mangsa berkenaan baharu selesai menjalani latihan fizikal dan dalam perjalanan pulang ke rumah panjang masing-masing di seberang sungai itu.
Sementara itu dalam kejadian berlainan di Saratok, Pemangku Ketua Polis Daerah, Asisten Supritendan Zamrul Ahmad memberitahu, operasi bersepadu mencari dan menyelamat (SAR) seorang mangsa yang dipercayai lemas di Muara Seblak, Kabong di Saratok petang semalam, diteruskan hari ini.
Beliau yang dihubungi berkata, operasi yang dilakukan sejak pukul 7 pagi itu masih tidak menjumpai sebarang petunjuk dan akan diteruskan semula esok pagi kerana cuaca semakin gelap.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140202/je_08/30-minit-bertarung-nyawa#ixzz2s8CO935T
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki Bangladesh ditetak suami wanita cuba dirogol


ALOR SETAR 1 Feb. - Seorang lelaki warga Bangladesh yang cuba merogol seorang wanita berusia 50 tahun cedera di kaki kanan akibat ditetak oleh suami mangsa dalam kejadian di Kampung Teluk Wanjah di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, suspek berusia 40 tahun itu dipercayai tiba-tiba masuk ke dalam rumah mangsa melalui pintu hadapan dan merentap pakaian serta cuba merogol mangsa.
Mangsa cuba mempertahankan dirinya dan menjerit meminta pertolongan suaminya berusia 62 tahun yang ketika itu sedang mengupas buah kelapa di belakang rumah.
Suami wanita itu yang meluru masuk ke dalam rumah untuk membantunya terpaksa bergelut dengan lelaki itu dan suspek bertindak kasar dengan menumbuk bahagian dada suami wanita itu sehingga terjatuh.
Sewaktu pergelutan suami mangsa menetak lelaki tersebut pada bahagian kaki kanan dengan menggunakan parang yang digunakan untuk mengupas kelapa.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan mengklasifikasikan sebagai cubaan merogol dan kes disiasat mengikut Seksyen 375 Kanun Keseksaan.
Suspek yang cedera dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140201/je_14/Lelaki-Bangladesh-ditetak-suami-wanita-cuba-dirogol#ixzz2s8CFGEca
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wanita Perancis antara lima ditahan, 36 batang pokok ganja dirampas


KOTA KINABALU 1 Feb. - Seorang wanita warga Perancis antara lima yang ditahan bersama 36 batang pokok ganja gred A dalam serbuan di dua unit kondominium di Signal Hill, Bukit Bendera, dekat sini, Rabu lalu.
Suspek berusia 30-an itu ditahan bersama seorang lelaki warga tempatan berusia 20-an, oleh sepasukan anggota Op Cantas Khas Narkotik di sebuah unit kediaman tersebut pukul 11.30 pagi.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, dalam serbuan itu, polis merampas 29 batang pokok ganja termasuk 10 batang daripadanya yang telah siap dipotong untuk diproses.
Katanya, susulan itu, polis melakukan serbuan kedua di sebuah unit kondominium di kawasan sama pada pukul 1.10 petang.
"Di situ, polis merampas tujuh lagi pokok ganja termasuk dua yang siap dipotong. Turut dirampas satu peket seberat 500 gram dadah jenis ganja.
"Polis juga menahan dua lelaki berusia 20-an dan seorang wanita, dipercayai pembantu rumah," katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.
Tambah Hamza, hasil ujian air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah kecuali pembantu rumah terbabit.
Menurutnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, Seksyen 6B Akta Dadah Kebangsaan kerana menanam pokok ganja dan 15(1) Akta Dadah Berbahaya kerana positif dadah.
Sementara itu, Hamza memberitahu, wanita warga Perancis tersebut dipercayai telah berada di negara ini sejak lebih setahun lalu.
"Polis menyiasat sama ada ganja itu dijual untuk pasaran tempatan atau luar negara, selain menghantar sampelnya ke Jabatan Kimia untuk siasatan lanjut.
"Kes menanam pokok ganja dalam kondominium merupakan yang pertama di negara ini. Semua pokok itu jenis gred A kerana mengunakan baja berkualiti tinggi.
"Pokok-pokok ganja setinggi 1.2 meter itu dipercayai sudah berusia empat bulan dan sedia untuk dituai jika mencapai ketinggian 1.8 meter," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140202/je_09/Wanita-Perancis-antara-lima-ditahan-36-batang-pokok-ganja-dirampas#ixzz2s8BsVsVf
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Korban dua sepupu di Pantai Tanjung Balau


JOHOR BAHARU 1 Feb. - Kegembiraan sebuah keluarga seramai 12 orang yang berkelah di Tanjung Balau, Kota Tinggi sempena cuti Tahun Baharu Cina bertukar tragedi apabila dua daripada mereka lemas semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata, kejadian berlaku apabila mangsa J. Krisna Kumar, 31 dari Permas Jaya dan R. Ghanapathy, 32 dari Taman Ungku Tun Aminah, hanyut dibawa arus semasa berenang di pantai itu.
"Arus deras telah menarik kedua-dua sepupu itu ke kawasan yang dalam sebelum mereka menjerit meminta pertolongan," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, polis menerima panggilan mengenai kejadian tersebut kira-kira 6.25 petang dan terus mengadakan operasi dan menyelamat mangsa.
Rahmat berkata, anggota Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam menjumpai mayat mangsa pada 7.30 malam tidak jauh dari lokasi kali terakhir mereka dilihat.
Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140201/je_15/Korban-dua-sepupu-di-Pantai-Tanjung-Balau#ixzz2s8BiShwS
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kanak-kanak rentung dalam kebakaran di Tenom


KOTA KINABALU 1 Feb. - Seorang kanak-kanak lelaki berumur lima tahun ditemui rentung dalam sebuah rumah yang terbakar di Tenom, kira-kira 176 kilometer dari sini hari ini.
Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah di sini, mangsa, Mohd. Imel Abdullah ditemui di bahagian ruang tamu, rumah kayu itu di Kampung Mensasou, Tenom pada pukul 12.18 tengah hari ini.
Operasi itu yang diketuai Runzee Thani bersama seorang pegawai dan empat anggota, berjaya mengawal kebakaran dalam masa 45 minit.
Kenyataan itu juga menyebut panggilan kecemasan diterima pada 11.47 pagi dan jentera bomba tiba di tempat kejadian 23 minit kemudian. Punca kebakaran sedang disiasat. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140201/je_18/Kanak-kanak-rentung-dalam-kebakaran-di-Tenom#ixzz2s8BWvjDV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki cuba langgar polis cedera ditembak


MELAKA 1 Feb. - Tindakan dua penjenayah yang cuba melanggar anggota polis dengan sebuah trak pikap ketika hendak meloloskan diri daripada ditahan membawa padah apabila seorang daripadanya cedera ditembak di sebuah rumah di Taman Seri Rambai dekat sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu, kedua-dua suspek bagaimanapun berjaya melarikan diri dengan dengan trak pikap berkenaan jenis Toyota Hilux.
Kira-kira enam jam selepas itu, suspek berusia 27 tahun yang cedera di bahagian paru-paru berjaya ditahan ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka, kira-kira pukul 1.15 petang.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehuddin Abd Rahman berkata, sepasukan polis yang menerima maklumat berhubung kes jenayah telah dihantar ke sebuah rumah di Taman Seri Rambai dekat sini.
Menurutnya, sebaik sahaja tiba, anggota terbabit terserempak dengan dua lelaki yang sedang keluar dari sebuah kenderaan melalui jalan belakang.
"Sewaktu polis memperkenalkan diri, kedua-duanya bertindak menaiki semula kenderaan tersebut dalam cubaan melarikan diri.
"Salah seorang suspek menjerit 'langgar, langgar' dan kenderaan yang dinaiki dua suspek itu cuba melanggar sehingga memaksa anggota polis melepaskan tiga das tembakan dari jarak dekat dan mengenai pemandunya," katanya dalam sidang akhbar di IPD Melaka Tengah di sini.
Salehuddin berkata, polis kini memburu rakan suspek iaitu Ahmad Sabri Hamzah, 24, memiliki kad pengenalan 900223-04-5411 dan alamat terakhirnya di No.18 Jalan 6A, Taman Pokok Mangga, Melaka.
Beliau memberitahu, hasil pemeriksaan di rumah tersebut polis menemukan sebuah set sofa, sebuah televisyen plasma berukuran 42 inci model Pioneer, peti sejuk mini, set hi-fi, empat buah speaker dan sebuah meja kaca yang dilaporkan hilang dari sebuah di Tanjong Kling, baru-baru ini.
"Siasatan mendapati suspek yang cedera itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau tetapi rakan yang diburu mempunyai dua rekod iaitu satu di bawah Seksyen 380 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Merbahaya 1952," ujar beliau.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mengenali mangsa agar menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Fahmi Abd. Aziz di talian 012-3069746 dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140202/je_11/Lelaki-cuba-langgar-polis-cedera-ditembak#ixzz2s8BHhSUx
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Peras ugut: Tujuh individu termasuk inspektor ditahan


Abdul Rahim Jaafar
KUALA LUMPUR 1 Feb. - Polis menahan tujuh individu terdiri daripada seorang pegawainya yang berpangkat Inspektor, lima anggota Cawangan Narkotik dan seorang awam kerana dipercayai terlibat dalam kes peras ugut sebanyak RM12,000 di Jalan Bukit Mewah, Kajang dekat sini, Selasa lalu.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, pihaknya telah pun menghantar kertas siasatan berhubung kes tersebut kepada Timbalan Pendakwa Raya.
"Suspek orang awam terbabit akan didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan pada Isnin ini sementara bagi pegawai dan anggota terbabit, pihak kami masih memerlukan beberapa tindakan susulan sebelum mendapat keputusan daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk pendakwaan.
"Mereka kini dalam jaminan polis dan sekiranya didapati positif terbabit dalam kejadian tersebut, tindakan tegas akan dikenakan termasuk menggantung tugas selain tindakan undang-undang yang bakal dihadapi," katanya ketika ditemui pada sesi lawatan lokasi penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, dekat sini hari ini.
Abdul Rahim berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dalam kes ini serta memberi jaminan bahawa anggota polis tidak akan terlepas daripada sebarang tindakan undang-undang sama seperti orang awam sekiranya didapati bersalah.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, seorang inspektor bersama lima anggota dari Cawangan Narkotik Daerah Kajang yang menaiki kereta jenis Perodua Kembara dan Proton Saga BLM telah menahan sebuah kereta dinaiki dua lelaki serta seorang wanita kerana disyaki membawa dadah.
Salah seorang lelaki terbabit mendakwa telah dipukul serta digari sebelum dibawa ke sebuah lokap di tingkat 1, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk siasatan lanjut sebelum ditawarkan untuk menutup kes dengan bayaran RM12,000.
Lelaki terbabit kemudian dibebaskan selepas membayar RM400 serta menyerahkan telefon bimbit jenis i-Phone 4 sebagai pendahuluan sebelum didatangi seorang lelaki dikenali sebagai Ah Boy yang bertindak sebagai pengantara antara suspek dan polis untuk proses penyerahan wang RM12,000 yang ditawarkan untuk bebas.
Dia kemudian membuat laporan polis ekoran kejadian itu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140202/je_12/Peras-ugut-Tujuh-individu-termasuk-inspektor-ditahan#ixzz2s8B6R89I
© Utusan Melayu (M) Bhd 

40 buah lagi kenderaan musnah terbakar


ANGGOTA bomba dan penyelamat berusaha memadamkan kebakaran yang memusnahkan kira-kira 40 buah kereta terpakai di sebuah stor di Taman Desajaya, Johor Bahru, semalam. - MINGGUAN/RAJA JAAFAR ALI
JOHOR BAHRU 1 Feb. - Tindakan pantas pihak bomba berjaya mengawal kebakaran yang berlaku di tempat penyimpanan kenderaan di Taman Desa Jaya di sini daripada terus merebak ke pencawang elektrik dan kilang-kilang berhampiran.
Ketua Operasi Zon Johor Bahru, Harun Idris berkata, kebakaran yang berlaku di kawasan seluas satu ekar itu memusnahkan 40 buah kenderaan dan kawasan hutan di sekelilingnya.
"Selepas menerima laporan, kami bergegas ke tempat kejadian dengan tiga jentera bomba daripada Pasir Gudang, Johor Jaya dan lori tangki air dari Johor Bahru yang melibatkan 22 anggota.
"Kami mengambil masa sehingga dua jam untuk mengawal kebakaran di kawasan itu kerana mengalami masalah tekanan air rendah yang berpunca daripada kekurangan bekalan air," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Harun berkata, siasatan awal mendapati tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana tiada sesiapa di situ ketika kejadian tersebut berlaku.
"Daripada 80 buah kenderaan yang disimpan di bengkel ini, sebanyak 40 buah daripadanya musnah terbakar. Kami masih menyiasat punca kejadian dan anggaran kerugian yang dialami ekoran kebakaran itu," jelasnya.
Pada Khamis lalu, sebanyak 100 daripada 150 buah kenderaan di stor penyimpanan sebuah bengkel di Parit Bakar, Muar, musnah terbakar mengakibatkan kerugian lebih RM2.2 juta.
Dalam kejadian pukul 9.45 pagi itu, kira-kira 70 buah kereta termasuk kereta mewah, 10 buah lori dan treler serta selebihnya van dan kenderaan pelbagai guna (MPV) gagal diselamatkan.
Stor yang bersebelahan bengkel utama dan terletak kurang satu kilometer dari pekan Parit Bakar merupakan tempat menyimpan kenderaan terlibat kemalangan yang hendak dibaik pulih pelanggan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140202/je_10/40-buah-lagi-kenderaan-musnah-terbakar#ixzz2s8AwB0OO
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Remaja lelaki maut dilanggar lari depan sepupu


KOTA BHARU 1 Feb. - Seorang remaja lelaki 13 tahun terbunuh setelah menjadi mangsa langgar lari oleh sebuah kereta di Jalan Kemumin di sini malam tadi.
Lebih menyayat hati kemalangan yang menimpa Muhammad Arif Salleh itu berlaku betul-betul dihadapan sepupunya, Norsuhadah Fauzi,17, ketika mereka sama-sama berjalan kaki di bahu jalan untuk ke kedai kira-kira 15 meter dari rumah nenek mereka.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa yang ketika itu mahu menemani sepupunya membeli kad tambah nilai telefon bimbit telah dilanggar dari arah belakang sebelum digilis kereta jenis Myvi putih.
Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian dan disahkan meninggal dunia kira-kira setengah jam kemudian.
Norsuhadah memberitahu, dia berjalan kaki beberapa meter di belakang mangsa di bahu kiri jalan menghala ke Panchor dan melihat sebuah kereta Myvi putih yang laju melepasinya dan tiba-tiba melanggar Muhammad Arif.
"Saya nampak di depan mata sebuah kereta bercermin gelap melanggar sepupu saya di bahu jalan. Selepas dilanggar, dia (Muhammad Arif) digilis kereta itu yang terus berlalu pergi.
"Sebuah kenderaan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang kebetulan lalu di situ kemudian memberikan bantuan dan membuat panggilan kecemasan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Panji sini hari ini.
Sementara itu, ibu Muhammad Arif, Rashidah Ibrahim, 45, pula berkata, mereka dari Pasir Puteh datang ke rumah neneknya bagi menghadiri majlis makan malam bersama keluarga.
"Anak saya itu boleh dikatakan pelajar cemerlang kerana memperoleh 4A 1B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah lalu," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut.
"Siasatan sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140202/je_07/Remaja-lelaki-maut-dilanggar-lari-depan-sepupu#ixzz2s8Aj9NJy
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kanak-kanak 3 tahun maut dihempap TV


BUKIT MERTAJAM 1 Feb. - Kegembiraan sebuah keluarga untuk merakamkan gambar kenangan semasa perayaan Tahun Baharu Cina bertukar duka apabila seorang kanak-kanak berusia tiga tahun mati dihempap sebuah televisyen berukuran 29 inci malam tadi.
Dalam kejadian di Taman Chai Leng, Perai, dekat sini, kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa, Chew Hui Zhen dipercayai tertarik wayar televisyen di ruang tamu sebuah rumah ketika ahli keluarganya yang lain sedang bersiap sedia untuk sesi bergambar.
Akibatnya, Hui Zhen ditimpa televisyen seberat 10 kilogram itu dan mengalami kecederaan di kepala.
Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Seberang Jaya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Baharom Abu berkata, siasatan awal pihaknya mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian berkenaan.
“Polis menerima panggilan telefon mengenai kejadian ini kira-kira pukul 10.30 malam daripada pihak hospital. Setakat ini kita mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut dan menunggu laporan bedah siasat.
“Ketika kejadian, mangsa dipercayai berdiri berhampiran rak televisyen yang agak rendah sebelum tertarik wayar dan televisyen terbabit menghempapnya," katanya di sini hari ini.
Sementara itu, bapa mangsa, Chew Hock Soon yang bekerja sebagai tukang paip kelihatan sebak ketika menunggu mayat anaknya di Rumah Mayat Hospital Seberang Jaya.
Hock Soon dan isterinya, Phoruethai Sae Lee yang berketurunan Siam menangis teresak-esak dan enggan ditemu-ramah kerana terlalu sedih dengan kejadian yang menimpa anak tunggal mereka itu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140202/je_01/Kanak-kanak-3-tahun-maut-dihempap-TV#ixzz2s8AVz49r
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Diserang ketika makan di restoran


Sekumpulan empat lelaki termasuk seorang bersenjatakan parang menyerang dan menyamun pelanggan di sebuah restoran di Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini.
KUALA LUMPUR 1 Feb. - Kira-kira 10 pengunjung sebuah restoran di SS18, Subang Jaya dekat sini berdepan detik cemas apabila sekumpulan empat lelaki termasuk seorang yang bersenjatakan parang menyerang dan menyamun premis tersebut, Rabu lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 malam itu, empat suspek memakai topi keledar meluru masuk ke restoran tersebut dan mengambil wang serta telefon bimbit pelanggan yang sedang menjamu selera di situ.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, suspek turut mengambil wang di dalam mesin juruwang sebelum melarikan diri.
“Kesemua 10 pelanggan tersebut tidak dicederakan dan jumlah kerugian keseluruhan dianggarkan bernilai RM8,000 termasuk wang tunai serta telefon bimbit," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Abdul Rahim berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140202/je_03/Diserang-ketika-makan-di-restoran#ixzz2s89zFJmu
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sembunyi jenayah kemanusiaan


Sekumpulan pelarian Rohingya berlindung di dalam sebuah masjid, sebagai persediaan menghadapi Taufan Mahasen di Sittwe, negeri Rakhine, Myanmar, pada 15 Mei tahun lalu. - AGENSI
BANGKOK 1 Feb. - Keganasan melibatkan pembunuhan sejumlah etnik Rohingya Islam dan seorang anggota polis di Rakhine pada awal bulan ini, masih misteri ketika kerajaan Myanmar enggan memberi kebenaran kepada wartawan asing memasuki kawasan terbabit.
Tindakan itu juga dilihat sebagai cubaan kerajaan Myanmar untuk menyembunyikan penghapusan etnik Rohingya Islam yang didakwa sudah bermula, menjelang bancian penduduk negara ini pada hujung Mac hingga April nanti.
Laman web akhbar Burma Times mendedahkan, laporan dari bandar Maungdaw, Rakhine menyatakan, sekurang-kurangnya 48 anggota Rohingya terbunuh dalam serangan kumpulan pelampau Buddha dan 70 rumah dibakar dalam kejadian yang berlaku antara 9 dan 13 Januari lalu.
Seorang pegawai polis Myanmar turut dilaporkan terbunuh dalam kejadian itu.
Laporan Kumpulan Krisis Antarabangsa pada 26 Januari lalu menyatakan, kira-kira 48 orang dipercayai dibunuh dalam dua kejadian keganasan antara 9 dan 13 Januari.
Beberapa dakwaan menyatakan, pembunuhan tersebut dilakukan oleh polis dan mangsa yang terkorban termasuk wanita dan kanak-kanak.
Dalam pada itu, laman web saluran televisyen Press TV melaporkan, kerajaan Myanmar menyatakan pihaknya telah melancarkan siasatan ke atas pembunuhan besar-besaran di Rakhine dan menegaskan tidak membenarkan sebarang kumpulan asing campur tangan dalam perkara itu.
Menteri Luar Myanmar, Wunna Maung Lwin berkata, kerajaan membentuk satu pasukan untuk menyiasat kejadian di Maungdaw.
Kerajaan Myanmar turut menolak laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung pembunuhan 48 anggota Rohingya dalam kejadian terbaharu di Rakhine tersebut.
Badan dunia dan pertubuhan hak asasi manusia menuduh kerajaan Myanmar tidak mempedulikankeganasan terhadap wanita Rohingya tersebut.
Etnik Rohingya membentuk lima peratus populasi daripada keseluruhan penduduk negara itu yang menghampiri 60 juta orang.
Mereka didakwa diseksa, dipinggirkan dan ditindas sejak Myanmar mencapai kemerdekaan pada 1948. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140202/lu_03/Sembunyi-jenayah-kemanusiaan#ixzz2s89pjvct
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki Bangladesh ditetak cuba rogol jiran


ALOR SETAR 1 Feb. - Seorang lelaki Bangladesh yang cuba merogol di Kampung Teluk Wanjah di sini, cedera di kaki kanan apabila ditetak dengan parang oleh suami mangsa.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam, jeritan mangsa, Shopiah Ahmad, 50, didengari oleh suaminya, Hashim Nan, 62, yang ketika itu sedang membelah kelapa di belakang rumah.
Shopiah berkata, beliau mengenali suspek yang berusia 40-an itu, kerana suspek merupakan jirannya dan tidak menyangka lelaki terbabit sanggup bertindak demikian kerana sebelum ini suspek dikenali sebagai seorang yang baik.
“Sebelum kejadian saya bersembang dengan tuan rumah kami di luar rumah dan saya ternampak suspek masuk ke dalam rumahnya. Waktu itu saya memang nampak dia pandang saya.
“Tidak lama kemudian, selepas tuan rumah kami balik, saya masuk semula ke dalam rumah. Namun pintu hadapan rumah saya tidak kunci dan suspek tiba-tiba meluru masuk lalu merentap pakaian saya," katanya di Kampung Teluk Wanjah di sini hari ini.
Menurutnya, ekoran itu beliau terus menjerit meminta tolong dan jeritannya itu disedari oleh suaminya yang sedang membelah kelapa di belakang rumah, lalu suaminya segera memasuki rumah mereka sambil membawa sebilah parang.
“Suspek kemudian bertindak dengan lebih ganas sehingga dia menyerang lalu memukul pula suami saya bertubi-tubi.
“Dalam pergelutan untuk mempertahankan diri, suami saya berjaya menetak kaki kanan suspek.
“Saya bersyukur kerana terselamat daripada menjadi mangsa suspek," jelasnya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Kommisioner Adzaman Mohd. Jan berkata, suspek yang cedera telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatkan rawatan.
“Kes diklasifikasikan sebagai cubaan merogol dan disiasat dibawah Seksyen 375 Kanun Keseksaan," jelasnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140202/je_04/Lelaki-Bangladesh-ditetak-cuba-rogol-jiran#ixzz2s89eyw00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dua bersaudara lemas


Mayat mangsa lemas dibawa ke Hospital Kota Tinggi, Johor untuk dibedah siasat kelmarin. - MINGGUAN/ FARIK SALLEH
KOTA TINGGI 1 Feb. - Percutian sebuah keluarga di pantai Tanjung Balau, Desaru dekat sini, sempena cuti perayaan, menjadi detik hitam buat mereka apabila dua daripadanya lemas ketika mandi-manda di pusat peranginan itu, semalam.
Mangsa yang terbunuh ialah J. Krisna Kumar, 31, dari Jalan Permas Jaya, Masai dan adik iparnya, R. Ghanapathy, 32, dari Taman Ungku Tun Aminah, Skudai.
Dalam kejadian pukul 6.15 petang itu, seorang anak saudara mereka, B. Suren, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Selesa Jaya 2, Skudai bagaimanapun sempat diselamatkan orang ramai.
Suren ditemui terdampar di kawasan berbatu sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan. Seorang lagi yang turut mandi bersama mereka bagaimanapun terselamat.
Kesemua mereka datang ke pantai itu bersama 15 ahli keluarga yang lain tetapi hanya empat orang sahaja yang mandi sebelum dihanyutkan ombak besar.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman memberitahu, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 6.25 petang dan melancarkan operasi mencari dan menyelamat dengan turut dibantu Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
“Kedua-dua mangsa yang hilang akibat dipukul ombak besar ditemui terdampar di pantai tidak jauh dari lokasi mereka mandi pada pukul 7.30 malam. Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk disemadikan.
“Kawasan berkenaan menjadi lokasi bahaya kepada mereka yang mandi-manda dan pihak berkuasa sebelum ini telah memasang bendera amaran, namun ramai yang tidak mengendahkan arahan tersebut," katanya ketika dihubungi.
Justeru, Rahmat menasihatkan ibu bapa dan penjaga agar mengambil langkah keselamatan terhadap anak-anak apabila melakukan aktiviti di kawasan perkelahan yang berisiko terutamanya pada musim angin dan ombak besar.
Kelmarin, seorang remaja Orang Asli, Sham Salem, 14, yang bekerja di ladang tembikai berhampiran pusat peranginan itu mati lemas ketika datang ke situ bersama enam rakannya untuk mencari pucuk pokok nipah untuk dibuat pembalut rokok.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140202/je_02/Dua-bersaudara-lemas#ixzz2s89RERFv
© Utusan Melayu (M) Bhd 

6 cedera, pertempuran menjelang pilihan raya Thailand esok


SEBAHAGIAN daripada penyokong kerajaan berarak untuk menghadapi pemprotes anti-kerajaan di Bangkok, hari ini sebelum berlakunya pertempuran sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya enam tercedera. - AP
BANGKOK 1 Feb. - Enam orang dilaporkan cedera berikutan pertempuran dekat pejabat daerah Lak Si antara kumpulan anti-kerajaan yang menentang pilihan raya umum esok dengan kumpulan pro-kerajaan yang mahukan ia diteruskan.
Pertempuran itu berlaku kerana pemprotes anti-kerajaan menyekat pintu masuk ke sebuah bangunan yang menyimpan peti dan kertas undi untuk pilihan raya itu.
Seorang daripada yang cedera ialah pemberita akhbar tempatan dalam insiden sekitar 4 petang dan antara sebab utama ialah mercun besar yang dilemparkan ke arah kumpulan anti-kerajaan.
Ada pihak melaporkan mereka mendengar beberapa tembakan, mengkibatkan anggota polis dan tentera dikejarkan ke kawasan berkenaan.
Keadaan mulai tenang pada lewat petang.
Berikutan pertempuran itu, Keretapi Negara Thai menghentikan sementara perkhidmatan antara stesen Laksi dan Don Muang demi keselamatan penumpang.
Perkhidmatan berjalan semula pada lewat petang. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140201/lu_13/6-cedera-pertempuran-menjelang-pilihan-raya-Thailand-esok#ixzz2s88k2lJ1
© Utusan Melayu (M) Bhd 

14 termasuk pelajar terbunuh angkara letusan Gunung Sinabung


KARO, Indonesia 2 Feb. - Seramai 14 orang termasuk empat orang pelajar sekolah terbunuh semalam, selepas Gunung Berapi Sinabung menghamburkan abu panas dalam letupan terbesar sejak beberapa hari.
Menurut jurucakap Jabatan Agensi Bencana Nasional, Sutopo Purwo Nugroho, lapan daripada mereka ditemui mati di kampung Sukameriah berhampiran Gunung Sinabung, manakala empat daripada mereka adalah pelajar sekolah tinggi yang dalam perjalanan melihat letusan tersebut.
Tiga lagi mayat lain ditemui di kampung itu tenghari dan mereka dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140202/lu_02/14-termasuk-pelajar-terbunuh-angkara-letusan-Gunung-Sinabung#ixzz2s88MXKko
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Gempa bumi gegar Kepulauan Sandwich Selatan


KUALA LUMPUR 1 Feb. - Satu gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter melanda wilayah Kepulauan Sandwich Selatan pada 11.58 pagi ini, kata Jabatan Meteorologi Malaysia.
Katanya, pusat gempa terletak 3,693 kilometer (km) di tenggara Puerto Montt, Chile dan 12,483km di barat daya Pontian, Johor.
Gempa bumi itu tidak mengakibatkan ancaman tsunami. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140201/lu_12/Gempa-bumi-gegar-Kepulauan-Sandwich-Selatan#ixzz2s87xEIuj
© Utusan Melayu (M) Bhd