Search This Blog

Thursday, January 30, 2014

18 rumah musnah dalam kebakaran di Likas


30 Januari 2014

Sebanyak 18 buah rumah dilaporkan musnah dalam kebakaran
Sebanyak 18 buah rumah dilaporkan musnah dalam kebakaran Anggota bomba dan penyelamat dibantu penduduk kampung memadam api daripada merebak ke kawasan perumahan lain dalam satu kebakaran di kampung Cenderamata Dua Likas di Kota Kinabalu hari ini. - Foto Bernama



KOTA KINABALU - Kira-kira 150 orang hilang tempat tinggal apabila 18 buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Cenderamata 2 di Likas dekat sini, hari ini.
   
Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu Hamsa Isnurdini berkata pihak bomba menerima panggilan pada jam 12.05 tengah hari dan empat jentera bersama 37 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.
   
Turut terlibat dalam operasi memadam kebakaran ialah 18 anggota bomba sukarela dan lima anggota Jabatan Pertahanan Awam, katanya.
   
"Bekalan air di sini kurang. Jadi, kami terpaksa mendapatkan air daripada longkang untuk memadamkan api," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.
   
Hamsa berkata api berjaya dipadamkan pada jam 12.40 tengah hari dan punca kebakaran masih disiasat. - Bernama

Tubuh pekerja kilang hancur diheret sejauh 43km

IPOH - Cebisan tubuh seorang pekerja kilang yang maut dalam kejadian langgar lari ditemui di Tapah, kira-kira 43 kilometer dari tempat dia dirempuh di Km274.2 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur keluar Ipoh Selatan di sini awal pagi ini.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata dalam kejadian kira-kira 2.15 pagi itu, motosikal ditunggangi Ahmad Mahmud, 25, dipercayai dirempuh sebuah kenderaan berat sebelum diheret sejauh itu.

"Rempuhan itu menyebabkan mangsa yang sedang dalam perjalanan dari rumah keluarganya menuju ke tempat kerja di Tanjung Malim tersangkut di bawah kenderaan tersebut dan diheret sehingga Kilometer 317.2 dekat Tapah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahmad dari Kampung Baru Majidi, Serdang di Kedah merupakan pekerja kilang pengeluar kereta Proton di Proton City, Tanjung Malim, katanya.

Wan Sharuddin berkata pemeriksaan di kawasan susur keluar Ipoh Selatan itu menjumpai cebisan daging dan tulang manusia, kasut hitam sebelah kanan dan sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang rosak teruk.

Katanya pada kira-kira 3 pagi, pihaknya menerima maklumat bahawa terdapat cebisan daging yang disyaki badan mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut berhampiran Tapah.

Wan Sharuddin berkata pemeriksaan polis di kawasan berhampiran Tapah pula menjumpai kasut hitam sebelah kiri, cincin, jam tangan dan beg sandang yang mengandungi maklumat peribadi mangsa termasuk lesen memandu dan kad kerja di Proton City.

Beliau berkata anggota Unit Peronda Lebuh Raya sedang menjejaki kenderaan berat yang melalui jalan itu dan menuju ke selatan dalam tempoh kejadian itu berlaku untuk membantu siasatan kes tersebut.

Katanya cebisan tubuh mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk bedah siasat dan telah dituntut oleh keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Majidi, Serdang, Kedah.

Ibu mangsa, Junaidah Baharuddin, 54, ketika ditemui pemberita di pekarangan Rumah Mayat HRPB berkata anak kedua daripada enam beradik itu bersalam dan memeluknya sebelum berlepas pulang kira-kira 11.30 malam.

"Dia ada beritahu makcik, kalau ada kerja lebih masa dia akan kerja raya Tahun Baharu Cina ni, kalau tiada dia kata nak balik kampung...memang biasa, bila nak balik ke sana dia akan bersalam dan memeluk cium saya. Selagi tak buat dia tak mau balik," katanya dengan sayu. - Bernama

Tiga maut nahas di Terengganu

kemalangan30 Januari 2014Keadaan kereta Perodua Myvi yang remuk dalam kemalangan yang melibatkan tiga buah kereta di Kilometer 29, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu di Kuala Terengganu, hari ini.- Foto Bernama

KUALA TERENGGANU - Tiga maut setelah kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Km29, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, berhampiran Kampung Sungai Ikan hari ini.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Superintendan Abdullah Ahmad berkata kejadian pukul 10 pagi itu meragut dua nyawa, pemandu dan penumpang di dalam Perodua Myvi, seorang di dalam Proton Waja manakala pemandu dan penumpang sebuah Toyota MPV selamat.
Abdullah berkata mangsa yang maut ialah Sajunairi Nafi, 31, berasal dari Pasir Putih, Kelantan; Amin Mohamad, 31, dari Bandar Permaisuri, Setiu manakala seorang lagi mangsa Hamdah Amit masih belum dikenal pasti identiti sepenuhnya.
Difahamkan, kereta Proton Waja dan Toyota MPV terbabit dalam perjalanan menghala ke Setiu manakala Perodua Myvi dari arah bertentangan.
"Berdasarkan barangan seperti beg pakaian dan bantal yang tercampak keluar, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang sempena cuti Tahun Baharu Cina," katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu Timbalan Penguasa Kamarul Bieza Mohd Kassim berkata 20 anggota bomba terbabit dalam operasi menyelamat.
Kamarul berkata pihaknya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian tempat duduk hadapan dan belakang kereta.
"Masa kita sampai, kita lihat ada mangsa yang tercampak keluar sejauh 10m dari kenderaan dan ada juga mangsa tersepit dan bomba terpaksa menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mereka," katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat. - Bernama

Tiga jalan maut dikenal pasti

Tiga jalan maut dikenal pasti30 Januari 2014Hamzah (kiri) Zubir (kanan) menyerahkan cenderahati kepada pengguna jalan raya sempena Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Musim Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri, semalam. - Foto Sinar Harian

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu mengenal pasti tiga kawasan paling berbahaya (black spot) di negeri ini berdasarkan kekerapan kemalangan yang berlaku di situ.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Hamzah Mohd Jamil berkata, tiga lokasi itu melibatkan Kilometer (KM) 20 hingga 26 (Kampung Alur Tuman), Marang;  KM 40 Jalan Kuala Terengganu - Kuala Berang (Kampung Batu 23), Hulu Terengganu dan KM 94 hingga 98, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan (Kampung Nyior dan Kampung Tebing Tembah), Dungun.

Menurutnya, sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina ini, pihaknya menyasarkan dapat mengurangkan kadar kemalangan di tiga lokasi berbahaya itu termasuk Lebuh raya Pantai Timur 2 (LPT 2).

“LPT 2 turut menyumbang kepada kejadian kemalangan kerana jalan itu baru dibuka dan pengguna belum begitu mahir dengan keadaan jalan itu,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Musim Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri, semalam.

Turut hadir, Speakar Dun, Mohd Zubir Embong dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Muhammad Pehimi Yusof.

Mengulas mengenai punca kepada kemalangan maut di negeri ini, Hamzah berkata, pihaknya kesal kerana masih terdapat individu enggan mengikut peraturan yang ditetapkan, sehingga menjadi punca kejadian tidak diingini.
Katanya, kumpulan yang berisiko kemalangan melibatkan pemuda berusia lingkungan 16 hingga 25 tahun dengan mencatat sebanyak 125 kes pada tahun lalu.

“Kebanyakan kes melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal dan terdapat enam kematian pada tahun lalu. Begitu juga dengan pemandu dan penumpang motokar.

“Antara penyebab kepada tragedi itu ialah kes terbabas sendiri akibat mengantuk dan letih, sama ada terbabas ke tebing jalan atau langgar kereta di hadapan.

“Selain itu terdapat juga kemalangan berpunca daripada pemandu yang gagal mengawal kenderaan dan memandu di jalan pemandu lain, kemalangan ketika tukar lorong, kecuaian ketika melintas jalan dan keluar simpang tanpa lihat kiri dan kanan serta kemalangan akibat mengelak daripada melanggar binatang,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berjata, pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berhati-hati ketika memandu atau menunggang motosikal.

“Jika kita lebih berhati-hati dan memandu secara berhemah, risiko untuk berdepan kejadian sebegitu mungkin tidak akan berlaku,” katanya.

Juruwang diugut dengan parang

Juruwang diugut dengan parang30 Januari 2014Shaharon (kiri) beramah mesra dengan seorang pengguna jalan raya selepas melancarkan Ops Selamat IPD Batu Gajah di Kilometer 19, Lebuhraya Ipoh – Lumut menghala ke Ipoh, semalam. - Foto Sinar Harian

BATU GAJAH – Bimbang dicederakan, seorang juruwang sebuah kedai serbaneka terpaksa menyerahkan wang tunai berjumlah hampir RM300 yang ada di kaunter bayaran kepada dua lelaki selepas dia diugut dengan parang dalam satu kejadian samun di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, kedua-dua lelaki terbabit dikatakan masuk ke dalam kedai serbaneka tersebut dan berpura-pura ingin membeli barang.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abd Latif berkata, seorang suspek kemudian menghampiri mangsa dan mengarahkan juruwang menyerahkan wang tunai.

Menurutnya, suspek turut mengugut mangsa dengan menyelak baju dan menunjukkan satu objek berwarna hitam di pinggangnya yang dipercayai parang.

“Bimbang dengan ugutan itu, mangsa menyerahkan wang yang terdapat pada kaunter bayaran berjumlah RM200 hingga RM300 kepada lelaki terbabit.

“Kedua-dua suspek masuk ke kedai dengan memakai topi keledar bagi mengelak dikesan kamera litar tertutup (CCTV),” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas melancarkan Ops Selamat Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah, semalam.

Shaharon berkata, sebaik mendapat wang itu, kedua-dua suspek turut mengarahkan juruwang berkenaan menyerahkan kesemua rokok di kaunter sebelum melarikan diri.

“Juruwang terpaksa menyerahkan kesemua rokok yang ada di kedai berkenaan dan perbuatan mereka tidak disyaki orang ramai yang ketika itu turut berada di kedai berkenaan.

“Kita sudah lihat rakaman CCTV di kedai terbabit dan polis sedang menjalankan siasatan untuk kenal pasti identiti suspek kes ini,” katanya.

Kes itu di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Tiga pencuri meter air dicekup

Tiga pencuri meter air dicekup30 Januari 2014Yusuf (dua, kanan) menunjukkan sebahagian meter air yang berjaya dirampas daripada suspek. - Foto Sinar Harian
TAIPING - Misteri kehilangan meter air yang sering berlaku di beberapa kawasan di daerah ini terjawab dengan tertangkapnya tiga lelaki dalam dua tangkapan berasingan, 22 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, dalam tangkapan pertama, pada kira-kira jam 2.30 petang, sepasukan anggota polis diketuai Inspektor Abang Kaderi Abang Wasli menyerbu sebuah rumah di Jalan Tengah, Kampung Benggali, di sini.

Menurutnya, hasil serbuan dibuat hasil risikan dan maklumat orang ramai itu, polis berjaya menahan dua lelaki dan menjumpai 40 unit meter air bernombor siri, 35 unit meter air tiada nombor siri, 19 unit kepala paip air tembaga dan lima gulung wayar tembaga.

“Semua barangan itu termasuk kedua-dua lelaki terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping untuk siasatan lanjut,

"Mereka juga didapati positif dadah jenis morfin selepas ujian saringan air kencing dilakukan,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Yusuf berkata, berdasarkan tangkapan itu, polis sekali lagi membuat serbuan pada hari sama bagi memberkas seorang lagi rakan kumpulan itu.

Katanya, hasil intipan kira-kira jam 10.30 malam ke sebuah lagi rumah mendatangkan hasil apabila seorang lelaki berada di kediaman berkenaan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut dilakukan, polis menemui tujuh unit meter air bernombor siri, tujuh unit meter air tiada nombor siri dan tujuh unit kepala paip air tembaga di rumah berkenaan.

“Setelah disoal siasat, lelaki terbabit mengaku mencuri barangan itu di beberapa kawasan perumahan di sekitar Taiping,” katanya.

Ketiga-tiga lelaki berusia lingkungan 29 hingga 47 tahun itu kini ditahan reman di bawah seksyen 117 Kanun Acara Jenayah (KAJ)  dan kes disiasat di bawah seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum tujuh tahun penjara dan denda.

Yusuf berkata, dengan tangkapan itu, pihaknya percaya ia dapat membantu menyelesaikan beberapa kes kecurian meter di daerah ini.

Bagaimanapun katanya, siasatan masih diteruskan bagi mencari dalang sebenar yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan itu sejak empat bulan lalu.

“Ini adalah antara kejayaan terbesar polis kerana ia sekali gus menyelesaikan banyak kes kecurian meter air yang semakin serius berlaku sejak beberapa bulan lalu,” katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan kebimbangan penduduk di kawasan perumahan dan peniaga-peniaga di Taiping yang kehilangan meter air.

Ribut musim sejuk di Amerika

Ribut musim sejuk di Amerika30 Januari 2014Angin kencang dan jalan licin menyukarkan pemanduan dan boleh mengundang bahaya.

MIAMI - AMERIKA. Ribut musim sejuk yang membawa salji, hujan beku dan ais yang melanda wilayah selatan Amerika Syarikat memaksa sekolah ditutup dan jadual penerbangan dibatalkan.

Jurucakap kerajaan Alabama, Robert Bentley berkata, pihak berkuasa turut mengeluarkan amaran supaya pemandu tidak memandu berikutan jalan licin disebabkan cuaca buruk.

"Situasi ini sangat bahaya. Orang ramai perlu duduk di rumah sehingga keadaan pulih," katanya pada CNN.

Suhu dalam kawasan wilayah tersebut mencapai 34 Celcius di bawah paras beku dan ribut musim sejuk dijangka mampu menjangkau sehingga utara Florida.

Sementara itu, Datuk Bandar Atlanta Kasim Reed menyeru semua penduduk berhenti memandu sekurang-kurangnya sehari bagi tujuan pembersihan jalan.

18 rumah musnah dalam kebakaran di Likas

Sebanyak 18 buah rumah dilaporkan musnah dalam kebakaran30 Januari 2014Anggota bomba dan penyelamat dibantu penduduk kampung memadam api daripada merebak ke kawasan perumahan lain dalam satu kebakaran di kampung Cenderamata Dua Likas di Kota Kinabalu hari ini. - Foto Bernama

KOTA KINABALU - Kira-kira 150 orang hilang tempat tinggal apabila 18 buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Cenderamata 2 di Likas dekat sini, hari ini.
  
Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu Hamsa Isnurdini berkata pihak bomba menerima panggilan pada jam 12.05 tengah hari dan empat jentera bersama 37 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.
  
Turut terlibat dalam operasi memadam kebakaran ialah 18 anggota bomba sukarela dan lima anggota Jabatan Pertahanan Awam, katanya.
  
"Bekalan air di sini kurang. Jadi, kami terpaksa mendapatkan air daripada longkang untuk memadamkan api," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.
  
Hamsa berkata api berjaya dipadamkan pada jam 12.40 tengah hari dan punca kebakaran masih disiasat. - Bernama

Presiden: Militan BIFF akan dihapuskan

Benigno Aquino30 Januari 2014 MANILA - FILIPINA. Presiden Filipina Benigno Aquino semalam, berikrar untuk menghapuskan militan yang menentang perjanjian damai antara kerajaan dan puak pemisah di negara itu.

Selepas selesai mengadakan rundingan damai Sabtu lalu, beliau mengarahkan tentera memburu semua anggota militan Barisan Pembebasan Islam Bangsamoro (BIFF) yang masih ada.

"Operasi ini akan menghalang sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang yang boleh memudaratkan penduduk sekali gus menggagalkan usaha mereka untuk sekali lagi bertindak sebagai  pemberontak," katanya kepada media.

Sementara itu, jurucakap tentera Dickson Hermoso berkata pada AFP, pihaknya telah menemui 37 mayat militan BIFF yang terbunuh dalam insiden pertempuran yang masuk hari ketiga di tiga kampung di pinggir bandar.

"Pemberontak meletupkan bahan api ke arah tentera menyebabkan seorang daripada kami terbunuh. Kini, mereka berpecah kepada kumpulan kecil dan kami akan terus memburu mereka," menurutnya.

Beliau turut menjangkakan pertempuran akan berakhir dalam tempoh tiga hari.

Pendakwa raya Brazil mula siasat kontroversi perpindahan Neymar


2014/01/30

RIO DE JANEIRO: Pihak pendakwa raya Brazil meminta pihak berkuasa pencukaian negara menyiasat perpindahan kontroversi penyerang negara itu, Neymar ke Barcelona.

Butiran mengenai perjanjian pemain itu kini membawa kepada peletakan jawatan bekas pengerusi Barcelona, Sandro Rosell dan menimbulkan tekanan kepada sistem kehakiman di Sepanyol.


Perpindahan Neymar yang dilaporkan mencecah 57.1 juta euro (AS$78 juta) dan ditambah dengan 2 juta euro sebagai bonus jika pemain berusia 21 tahun itu berjaya disenaraikan merebut anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA.

Namun beberapa lagi perjanjian yang semuanya bernilai 86 juta euro — termasuk 40 juta euro kepada N&N, iaitu sebuah firma keluarga yang dijalankan oleh ayah Neymar.

Ayah Neymar semalam menafikan menandatangani kontrak awal dengan Barcelona sehinggalah anaknya itu meninggalkan Santos untuk ke Barca namun tidak menafikan menerima 10 juta euro pada 2011 untuk memastikan perpindahan itu menjelang 2014.

Ini bermakna Neymar berpindah setahun lebih awal untuk menyertai Barca.

“Berikutan maklumat baru mengenai butiran yang sebenar mengenai nilai perpindahan pemain ini, pejabat pendakwa sudah meminta perkara berkaitan dengan pihak perbendaharaan mengenai aktiviti mengelak pembayaran cukai," kata pendakaw raya Brazil dalam satu kenyataan. - AFP

Mangsa culik ditemui mati dalam but kereta


2014/01/30

Ipoh: Seorang lelaki yang hanya berseluar dalam dengan tangan dan kaki terikat, ditemui mati dan ditinggalkan dalam but sebuah kereta di Jalan Perindustrian Kanthan 2, dekat sini, malam kelmarin.

Mayat R Govindaraju, 30, dengan kepala berlumuran darah ditemui orang awam kira-kira jam 12 tengah malam sebelum dilaporkan kepada polis. Dia dipercayai diculik dan dibelasah sehingga mati sebelum mayatnya ditinggalkan dalam but kereta Honda City itu.


Dipukul hingga mati

Timbalan Ketua Polis Ipoh, Superintendan Ahmad Termizi Abd Haq, berkata kereta berkenaan ditinggalkan berhampiran sebuah ladang sawit, kira-kira 10 kilometer dari rumah mangsa di kawasan Ladang Dovenby, Sungai Siput.

“Dia dipercayai dipukul dengan objek tumpul sehingga mati,” katanya sambil menambah, siasatan awal polis mendapati kereta berkenaan didaftarkan atas nama seorang lelaki berusia 46 tahun dari Tanah Hitam, Chemor.

Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut terhadap casis kenderaan itu mendapati pemilik sebenarnya seorang wanita berusia 56 tahun yang membuat laporan kehilangan kereta terbabit di Bercham, Mei lalu.

“Polis menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan termasuk bagi mengenal pasti motif kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya,” katanya.

Badan bersepai 43KM

Oleh Muhammad Apendy Issahak
Ipoh: Motosikal ditunggangnya, cebisan daging, tulang dan kasut bersama kaki kanan ditemui berhampiran susur keluar ke Ipoh Kilometer (KM) 274.2, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), di sini manakala kepala, kaki kiri, badan dan tangan pula bertaburan di KM317 berhampiran Tapah.
Begitu keadaan jasad seorang penunggang motosikal, Ahmad Mahamud, 25, yang bersepai selepas terbabit dalam kemalangan, kemungkinan kes langgar lari, menyebabkan dia diseret sejauh kira-kira 43km, awal pagi semalam. 
Ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal Honda EX5 dalam perjalanan dari rumah keluarganya di Kampung Baru Majidi, Serdang, Kedah ke tempat kerja di kilang PROTON Tanjung Malim.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ipoh Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, kira-kira jam 2.30 pagi pihaknya menerima aduan daripada pekerja PLUS berhubung penemuan motosikal dan cebisan daging manusia.
Foto
MOTOSIKAL mangsa ditemui dalam keadaan hancur.

“Pekerja PLUS menjumpai cebisan daging dan tulang manusia, kasut hitam sebelah kanan dan sebuah motosikal Honda EX5 yang rosak teruk di KM274.2, arah Selatan, iaitu kira-kira 800 meter dari Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Perak.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/30

Warga Libya didakwa rogol remaja berusia 15 tahun


BALIK PULAU 30 Jan. - Seorang lelaki warga Libya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan merogol seorang remaja berusia 15 tahun di Bayan Lepas di sini, pada 21 Disember tahun lepas.
Mahmoud M. Mukhtar Bagaeigaa, 20, mengangguk tanda faham apabila pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Inggeris.
Dia dituduh merogol gadis bawah umur itu di padang permainan Taman Sri Nibong, Jalan Bukit Kecil 1, Bayan Lepas di sini pada 12.30 tengah malam.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Majistret Muhammad Najib Ismail tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 19 Mac untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Charanjit Singh, manakala Mahmoud tidak diwakili peguam. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140130/ma_11/Warga-Libya-didakwa-rogol-remaja-berusia-15-tahun#ixzz2s2AJpe8E
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Nyaris dirempuh ketika jamu selera


Banting: Beberapa pelanggan sebuah restoran di Jalan Cempaka di sini, bertempiaran lari menyelamatkan diri sejurus sebuah kereta dipandu seorang lelaki nyaris merempuh premis berkenaan, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, kereta PROTON Iswara dipandu lelaki tempatan berusia 30-an itu dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh dua kereta dan sebuah motosikal diletakkan di depan restoran berkenaan.


Difahamkan, kereta berkenaan kemudian terbabas lalu merempuh cermin kaca butik pakaian terletak bersebelahan restoran itu menyebabkan cermin berkenaan pecah.



Seorang saksi dikenali Khairul, 30-an, berkata, PROTON Iswara itu dipandu laju dari arah Jalan Suasa sebelum hilang kawalan lalu merempuh butik bersebelahan restoran.


“Ketika kejadian saya sedang makan di restoran berkenaan dan bernasib baik ada kenderaan diletakkan di depan restoran kerana jika tidak pasti kereta berkenaan akan merempuh masuk ke dalam restoran dan melanggar pelanggan.


“Kereta berkenaan melanggar dua kereta PROTON Iswara dan Honda City serta sebuah motosikal sebelum terbabas lalu melanggar cermin kaca butik pakaian bersebelahan restoran ini,” katanya ketika ditemui, di sini.

Menurutnya, lelaki yang memandu kereta berkenaan cedera di muka dan dikejarkan ke Hospital Banting untuk rawatan lanjut, namun tiada kecederaan membabitkan orang awam.


Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Azman Abdul Razak ketika dihubungi berkata, setakat ini tiada laporan polis dibuat pemandu kereta berkenaan.

“Polis hanya menerima laporan polis daripada pemilik butik pakaian dan dua pemilik kenderaan yang dirempuh kereta berkenaan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/30

51gerai ‘lenyap’

Shah Alam: “Hancur hati saya melihat gerai diusahakan sejak 23 tahun lalu musnah sekelip mata dan lebih mengecewakan gerai menjual barangan runcit ini satu-satunya mata pencarian utama saya dan keluarga,” kata peniaga runcit A N Gopal, 81, selepas gerainya di Pasar Baru Sri Muda, Seksyen 25 di sini, terbakar, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi, 51 daripada 387 gerai menjual pelbagai barangan runcit dan pakaian musnah menyebabkan semua pemiliknya menanggung kerugian kira-kira RM600,000.

Gopal berkata, dia hanya dimaklumkan kebakaran itu oleh seorang rakan yang berniaga di pasar sama kira-kira jam 4 pagi sebelum dia dan ahli keluarganya bergegas ke pasar berkenaan.
Menurutnya, sebaik tiba, api sudah marak membakar gerainya dan beberapa gerai lain dan cubaan menyelamatkan barangan runcit disimpan dalam gerai gagal kerana api marak cepat.

“Rakan menghubungi saya dan meminta terus datang ke kedai. Bagaimanapun, dia hanya meminta datang segera dan tidak memberitahu apa yang berlaku kerana tidak mahu saya terkejut.

“Saya kerugian kira-kira RM100,000 selepas pelbagai barangan runcit seperti beras, tepung dan barangan makanan musnah,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
Foto
ANTARA gerai di Pasar Baru Sri Muda yang musnah.
Katanya, dia kini menunggu laporan lengkap Jabatan Bomba dan Penyelamat selain memikirkan sama ada untuk membuka gerai lain sementara menunggu gerai yang musnah itu dibina semula.

Sementara itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Shah Alam Ahmad Zaidi Safuan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.39 pagi sebelum jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik tiba 19 minit kemudian.
Menurutnya, pihaknya terpaksa menyembur air di kawasan gerai bersebelahan terlebih dulu bagi mengelak api dari gerai yang terbakar itu merebak ke kawasan bersebelahan.

“Api marak cepat kerana struktur gerai diperbuat daripada kayu. Bagaimanapun, kita dapat mengawal api pada jam 7 pagi dan kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya sejam kemudian.

“Siasatan awal mendapati kebakaran dipercayai bermula di kawasan tengah deretan gerai berkenaan dan pasukan forensik kebakaran dan anjing pengesan sudah dihantar ke tempat kejadian bagi mengenal pasti punca kebakaran,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/30

Lelaki ditemui mati dalam kereta hilang


Ipoh: Seorang lelaki ditemui mati dengan kepala berlumuran darah dan hanya berseluar dalam berhampiran pencawang telekomunikasi bersebelahan sebuah kilang di Jalan Perindustrian Kanthan 2, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, mangsa, A R Govindaraju, 30, dipercayai dihentak kepalanya dengan objek tumpul berulang kali sebelum dibiarkan mati di dalam kereta Honda City.


Ketika ditemui, mayat mangsa berada di tempat duduk belakang kereta dalam keadaan telentang dan separuh bogel.



Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Superintendan Ahmad Tarmizi Abdul Haq berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam yang curiga selepas melihat but kereta mangsa terbuka di kawasan pencawang itu.


“Hasil pemeriksaan, polis mendapati ada enam kesan kecederaan di kepala mangsa yang dipercayai akibat dipukul dengan besi atau kayu.


“Semakan mendapati, mangsa tinggal di Ladang Dovenby, Sungai Siput manakala kereta Honda City terbabit pula dilaporkan hilang pada Mei tahun lalu selain menggunakan nombor pendaftaran palsu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/30

Mati ditikam kerana sastera


Moscow: Seorang bekas guru yang mabuk menikam rakannya hingga mati selepas perselisihan faham mengenai keindahan puisi berbanding prosa.

Jurucakap polis berkata, dua rakan itu bertegang urat selepas mula membincangkan kesusasteraan ketika minum bersama di Irbit.

“Pergaduhan bermula selepas lelaki yang juga tuan rumah menegaskan prosa adalah kesusasteraan sebenar manakala rakannya yang juga bekas guru menganggap puisi lebih penting.

“Pergaduhan menjadi lebih serius mengakibatkan bekas guru berusia 53 tahun itu menikam sahabatnya hingga mati,” katanya.

Menurutnya, suspek ditahan ketika bersembunyi di rumah rakan lain.

Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu.

Pada September tahun lalu, dua rakan yang mabuk selepas sesi minum bergaduh mengenai ahli falsafah Jerman Immanuel Kant mengakibatkan seorang daripada mereka ditembak.

AS dalang serangan ala pemberontak?


Washington: Presiden Afghanistan Hamid Karzai mengesyaki AS mungkin mendalangi serangan ala pemberontak bagi melemahkan kerajaan tetapi mengakui tidak mempunyai bukti menyokong teori itu.

Memetik sumber kerajaan Afghanistan, akhbar Washington Post semalam melaporkan, Hamid menyenaraikan puluhan serangan yang disyaki didalangi AS.

Hamid turut mengesyaki rakyat AS terbabit dalam serangan terhadap sebuah restoran Lubnan yang sering dikunjungi warga asing di Kabul.

Kenyataan berkenaan dipetik Washington Post semalam melalui seorang pegawai Istana Presiden Afghanistan.



Namun, Kabul tidak memiliki bukti terhadap pembabitan AS dalam mana-mana serangan yang didakwa.

Hamid menduduki jawatan presiden selepas AS dan tentera asing menggulingkan kerajaan Taliban pada tahun 2001 kerana anggota militan terbabit menyokong al-Qaeda.

Pandangan Hamid berkenaan memberi bayangan mengapa dia enggan menandatangani perjanjian keselamatan dengan AS seperti diharapkan Washington.


Hamid juga mungkin mahu menonjolkan dirinya bukan boneka Rumah Putih atau sekadar memujuk Taliban supaya dapat berunding dengan kerajaannya.


- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/30

Dirogol kerana sendiri cari pasal


New Delhi: Seorang ahli politik wanita diselar selepas mengeluarkan kenyataan mendakwa pakaian atau kelakuan tidak sopan menjadi punca wanita dirogol.

Asha Mirje dari Parti Kongres Kebangsaan (NCP) mempertikaikan kenapa seorang pelajar fisioterapi berusia 23 tahun digelar ‘Nirbhaya’ - yang mati selepas dirogol beramai-ramai dalam sebuah bas pada 2012 - keluar lewat malam.

Kejadian itu membangkitkan kemarahan di India menyebabkan ribuan orang berarak memprotes kesalahan seks dan rogol di negara berkenaan.

Malah sejak itu banyak kes dilaporkan media tempatan termasuk baru-baru ini apabila seorang wanita berusia 20 tahun dirogol beramai-ramai sebagai hukuman yang diperintahkan jawatankuasa kampungnya.

Berhubung kes ‘Nirbhaya’ - nama gelaran untuk mangsa bermaksud ‘berani’ dalam bahasa Hindi - Asha berkata: “Kenapa dia perlu keluar menonton filem bersama teman lelakinya pada jam 11 malam?” Dia turut mempertikaikan tindakan seorang wartawan yang dirogol ketika diarahkan mendapat berita di sebuah kilang terbengkalai di Mumbai, tahun lalu.

“Kenapa dia pergi ke tempat itu yang diketahuinya sunyi? “Wanita perlu berhati-hati dan memastikan mereka tidak mengundang serangan perogol.

“Mereka memang mencari pasal jika berpakaian atau berkelakuan tidak sopan, atau berada di tempat yang tidak sepatutnya,” katanya.

Kenyataannya itu dikutuk ramai pihak termasuk stesen televisyen tempatan.

Jakarta ‘tenggelam’ lagi

Jakarta: Bandar raya ini sekali lagi banjir akibat hujan lebat sepanjang malam, malah turut melanda kawasan yang sebelum ini tidak terkesan.
Air Sungai Ciliwung yang melimpah awal pagi Selasa mengakibatkan lalu lintas terhenti malah Detik.com turut melaporkan air naik setinggi 0.8 meter di depan pengkalan tentera laut. 
Sementara itu, Polis Jakarta melaporkan banjir berlaku di utara ibu kota itu dengan air naik setinggi 0.5 meter di WTC Mangga Dua selain air naik tinggi di Ancol.

Laman web rasmi kerajaan tempatan Jakarta BeritaJakarta.com berkata, warga kota akan berdepan gangguan sistem pengangkutan dan jalan raya.
Foto
SEORANG lelaki meredah banjir di sebuah kuil Cina di Jakarta, dua hari menjelang Tahun Baru Cina.

Ketua Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BPBD) Bambang Surya berkata, laporan sementara menunjukkan puluhan jalan di Jakarta ditenggelami air.

“Tahap banjir di kawasan perumahan mungkin semakin meningkat.

“Mungkin lebih ramai penduduk perlu dipindahkan, namun kami masih mengumpul maklumat,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/30

Nenek mencuri kerana bosan


June Humphreys, 76, menggunakan pas bas percuma untuk ke bandar berdekatan dan mengambil barangan, menyembunyikannya di dalam troli sebelum menyelinap keluar dari kedai tanpa membayar barangan berkenaan.
June akan melakukan demikian di dua daerah ketika menjalani rawatan untuk kanser payudara dan osteoarthritis.
June dari Crewe, Cheshire mempunyai kesalahan jenayah mencuri pada 2011, 2012, 2013 dan Januari tahun ini.

Dalam kejadian terbaru, dia mengaku bersalah mencuri alat tulis dari Iceland yang berharga £2 (RM11), pakaian bayi dan pam payudara berharga £69 (RM381).
Foto
JUNE

Pegawai mahkamah Darren Vernon memberitahu majistret North Staffordshire, June mempunyai rekod ketagihan heroin ketika remaja.

Dia sering membuat perjalanan dengan pengangkutan awam dan melakukan jenayah.

“Dia tahu dia melakukan kesalahan.

Dia kata dia bosan dan tinggal sendirian.

Dia ada tujuh anak tetapi satu-satunya yang dihubungi June tinggal di atas kediamannya.” June dipenjarakan sebulan tetapi hukuman ditunda selama setahun.

Dia juga diberi amaran akan dipenjarakan jika melakukan kesalahan lagi.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/30

Wartawan ubah muka

Seoul: Seorang wanita Korea Selatan dituduh merosakkan mukanya selepas prosedur mengenai pembedahan plastiknya tersebar di Internet.
Wanita yang didakwa sebagai wartawan di sebuah stesen televisyen Korea Selatan berkenaan menjalani pembedahan rahang bagi memperoleh wajah berbentuk bujur sirih yang diimpikan kebanyakan wanita Asia Timur. 
Masyarakat Korea Selatan lebih banyak menjalani pembedahan plastik berbanding dengan masyarakat negara lain, menurut angka terkini dengan golongan sasaran berusia 19 hingga 49 tahun.

Prosedur itu menghasilkan dagu yang runcing secara luar biasa hingga beberapa pengguna forum Internet Jepun sangat terkejut.
Foto
FOTO sebelum (kiri) dan selepas wanita itu menjalankan pembedahan.

Seorang pengguna menulis: “Tolong beritahu saya ini adalah hasil Photoshop, manakala seorang pengguna menulis: “Nampaknya kamu boleh membajak sawah dengan dagu seperti itu”, lapor RocketNews24.

Seorang pengguna bertanya: “Adakah dagu seseorang benar-benar boleh diruncingkan sebegitu? Dia tidak tahu apakah makna sebenar kecantikan asli.”
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/30

Lelaki rogol remaja bawah umur ditambah hukuman


M. Retnam cuba melindungi mukanya daripada dirakam semasa keluar dari Mahkamah Tinggi, Pulau Pinang, semalam.
PULAU PINANG 28 Jan. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang tukang besi dihukum penjara 15 tahun dan sebatan 10 kali atas kesalahan merogol seorang remaja berusia 15 tahun di dalam kawasan hutan, dua tahun lalu.
Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim menjatuhkan hukuman yang lebih berat itu terhadap M. Retnam, 33, setelah membenarkan rayuan pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati dengan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen.
Keputusan itu sekali gus mengetepikan perintah Mahkamah Sesyen sebelum ini yang menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan sebatan tiga kali terhadap Retnam.
Dalam penghakimannya, Hakim Zamani berkata, hukuman yang dibuat oleh Mahkamah Sesyen adalah tidak setimpal dengan kesalahan lelaki itu berdasarkan fakta kes yang dikemukakan pihak pendakwaan.
"Hukuman anda adalah ringan dan berdasarkan fakta kes, anda sepatutnya boleh didakwa atas empat pertuduhan berbanding hanya satu tuduhan rogol di bawah Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan seperti yang dikemukakan,'' kata beliau.
Hukuman terhadap lelaki itu diperintahkan berkuat kuasa dari tarikh jatuh hukum oleh Mahkamah Sesyen iaitu pada 3 Julai tahun lalu.
Retnam didakwa merogol remaja terbabit di dalam kawasan hutan berdekatan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pondok Upeh, Balik Pulau di sini, kira-kira pukul 2.30 petang, 1 Mac 2012.
Tuduhan di bawah Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun serta boleh dikenakan sebatan.
Mengikut fakta kes, tertuduh sebelum itu didakwa mengaku sebagai seorang anggota polis dan menunjukkan kad berwarna biru putih dengan lambang Polis Diraja Malaysia (PRDM) kepada mangsa dan kawan lelakinya sebelum meminta kad pengenalan mereka.
Namun, mangsa dan kawan lelakinya tidak membawa kad pengenalan dan tertuduh menyuruh kawan lelakinya itu pulang mengambil kad pengenalan.
Walau bagaimanapun, sebaik sahaja kawan lelaki mangsa pulang, tertuduh mengeluarkan pisau dan mengacukannya ke leher mangsa sebelum membawa mangsa menaiki motosikal ke kawasan hutan terbabit.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Fatimah Talib manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140129/ma_08/Lelaki-rogol-remaja-bawah-umur-ditambah-hukuman#ixzz2rpqjak3d
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bunuh janda, mekanik mengaku tidak bersalah


KUALA LUMPUR 29 Jan. - Seorang mekanik di sebuah kedai basikal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan masing-masing cubaan membunuh seorang janda dan dua anak perempuan wanita itu dengan membakar mangsa di Perumahan Awam, Desa Rejang, Setapak, di sini, minggu lalu.
Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap Mohd. Afizi Abdul Rahman, 27. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140129/ma_13/Bunuh-janda-mekanik-mengaku-tidak-bersalah#ixzz2rpqYFX00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penganggur edar dadah dihukum gantung



KOTA BHARU 29 Jan. - Seorang penganggur dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar heroin seberat 310.1 gram, dua tahun lalu.
Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Roslan Hanapi, 36, selepas pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah bagi menolak pertuduhan yang dihadapi tertuduh.
Roslan disabit dengan tuduhan mengedar dadah tersebut bersama dua rakannya, Abdul Razak Senik, 40, dan Mohd Hafizul Aswan Azman, 30, kira-kira pukul 2.15 pagi, 30 Januari 2012 di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Bakat, Rantau Panjang, di sini.
Dakwaan terhadap tertuduh dikemukakan mengikut Seksyen 39 (B)(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman di bawah Seksyen 39 (B)(2) akta sama dengan memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Bagaimanapun, pihak pembelaan berjaya membuktikan keraguan munasabah bagi menolak pertuduhan yang dihadapi Abdul Razak Senik dan Mohd Hafizul.
Oleh itu, mahkamah melepas dan membebaskan kedua-dua tertuduh daripada pertuduhan terbabit. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140129/ma_15/Penganggur-edar-dadah-dihukum-gantung#ixzz2rpqOnyWK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

7 lelaki kekal dijel seumur hidup, sebat


PUTRAJAYA 29 Jan. — Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara seumur hidup dan setiap seorang enam sebatan terhadap tujuh lelaki termasuk dua beradik kerana menculik seorang ahli perniagaan pada 2009.
Panel tiga anggota hakim diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi sebulat suara menolak rayuan dua beradik G. Vishal, 28, dan G. Harvinther, 26, Soon Yong Hwa, 23, (pengimpal), S. Sharvin Raj, 23, (kelindan lori), S. Richard Roy, 29, (mekanik), T. Kaviaraasu, 25, (penganggur) dan S. Jayakanthan, 31, (jurujual).
Tujuh lelaki itu merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Johor Baharu pada 21 Mac 2012 yang mendapati mereka bersalah menculik Foo Kwai Sang, 56.
Dalam penghakimannya, Hakim Balia berkata, tiada merit dalam rayuan mereka, dan terdapat bukti substantif daripada mangsa berhubung identiti perayu.
Beliau berkata, penculikan berlaku di satu tempat manakala mangsa dikurung di rumah sewa seorang daripada tertuduh yang terletak di sebuah ladang sawit.
Hakim Balia berkata, walaupun semua perayu tidak berada di satu tempat dalam waktu sama tetapi mereka mempunyai niat melakukan jenayah itu.
Terdapat bukti mencukupi yang wang tebusan dituntut dan dibayar serta pertuduhan terhadap perayu telah dibuktikan, katanya.
Panel itu turut dianggotai Hakim Datuk Mohtarudin Baki dan Datuk Seri Zakaria Sam.
Ketujuh-tujuh lelaki berkenaan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi menculik Kwai Sang dengan niat bagi mendapatkan wang tebusan di Jalan Pulai 7, Taman Pulai Utama, Kangkar Pulai, Johor Baharu pada 3.45 petang, 9 September 2009. — BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140130/ma_07/7-lelaki-kekal-dijel-seumur-hidup-sebat#ixzz2rpqA4DFH
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bekas penyanyi, Arween didakwa tipu 9 individu RM235,400


Mohd. Qhairol Iqhssan Yusof ketika hadir di Mahkamah Majistret Ampang, semalam.
KUALA LUMPUR 29 Jan. - Bekas penyanyi kumpulan Tiga, Arween didakwa di Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini atas sembilan pertuduhan menipu sembilan individu berhubung pinjaman perumahan, yuran guaman dan pinjaman peribadi melibatkan wang tunai RM235,400 tahun lalu.
Arween atau nama sebenarnya, Mohd. Qhairol Iqhssan Yusof, 28, yang bekerja sebagai pegawai bank ketika kejadian mengaku bersalah atas tujuh daripada sembilan pertuduhan tersebut dan mengaku tidak bersalah bagi dua lagi pertuduhan.
Dia mengaku bersalah atas empat pertuduhan menipu Afiq Adham Mustamin, 28, Nur Hidayah Mohd. Yusof, 30, Mohammad Faizal Ahmad, 33, dan Mohd. Afendy Izani Arizal, 35, sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang tunai keseluruhannya berjumlah RM139,700 kepadanya sebagai bayaran pendahuluan pinjaman perumahan.
Mohd. Qhairol yang berasal dari Sandakan, Sabah turut mengaku bersalah atas dua tuduhan menipu Nazim Mustapah, 28, dan Rosli Ahmad, 41, dengan memperdaya mereka untuk mempercayai yang dia adalah wakil pihak Ambank yang mengurus dan meluluskan permohonan pinjaman perumahan yang dimohon.
Perbuatannya mendorong kedua-dua mangsa masing-masing menyerahkan RM30,950 dan RM17,000 kepadanya.
Tertuduh yang pernah tampil dengan single pertama kumpulan itu berjudul 'Pengakuan' turut mengaku bersalah terhadap tuduhan menipu Mohd. Firdaus Satir @ Satar, 29, sehingga mendorong mangsa menyerahkan RM8,750 sebagai bayaran yuran guaman kepadanya.
Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di Ambank cawangan Bandar Baru Ampang di 5G dan 7G, Jalan Wawasan Ampang 2/10, Bandar Baru Ampang di sini antara 31 Mei dan 30 September 2013.
Sementara itu, Mohd. Qhairol mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan menipu rakannya yang juga ahli kumpulan Tiga, Maya Hariyanto, 21, sebanyak RM26,500 sebagai bayaran pendahuluan pinjaman perumahan pada 10 Julai 2013 di tempat yang sama.
Tertuduh juga mengaku tidak bersalah bagi tuduhan menipu Hairul Faizal Mohd. Siraj, 32, sehingga mendorong mangsa menyerahkan RM12,500 kepadanya sebagai bayaran penuh pinjaman peribadi pada pukul 2.30 petang, 28 Jun 2013 di bank tersebut.
Bagi kesemua pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan serta denda.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Ummi Aliza Ab. Kadir yang mengendalikan pendakwaan memohon satu tarikh sebutan bagi mengemukakan fakta sebelum hukuman dijatuhkan terhadap tertuduh.
Beliau turut mencadangkan jaminan RM20,000 bagi setiap pertuduhan serta syarat tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri ke balai polis berdekatan sebulan sekali.
Peguam bela S. Parvin yang mewakili Mohd. Qhairol pula memohon jaminan dikurangkan kepada RM10,000 bagi kesemua pertuduhan kerana anak guamnya mengaku bersalah dan menjimatkan masa mahkamah.
Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman membenarkan tertuduh diikat jamin berjumlah RM171,000 dengan dua penjamin bagi kesemua pertuduhan beserta syarat jaminan tertuduh perlu menyerahkan pasportnya kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis berdekatan seminggu sekali.
Mahkamah menetapkan 7 Februari ini untuk pihak pendakwaan mengemukakan fakta kes sebelum menjatuhkan hukuman bagi tujuh pertuduhan yang diakui bersalah oleh tertuduh.
Mohd. Qhairol yang gagal membayar wang jaminan kemudian dihantar ke Penjara Sungai Buloh.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140130/ma_03/Bekas-penyanyi-Arween-didakwa-tipu-9-individu-RM235400#ixzz2rppYIxbi
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bayi lelaki ditemui bersama sekeping nota


KOTA BHARU 29 Jan. - Seorang bayi lelaki dipercayai berusia 14 hari ditemui ditinggalkan di hadapan pintu masuk sebuah rumah di Kampung Jerulong, Jalan Pasir Mas Salor, dekat sini awal pagi ini.
Bayi seberat dua kilogram yang masih bertali pusat itu disedari oleh pemilik rumah berkenaan Nora Syettah Mohd. Zain, 41, selepas terdengar tangisan kira-kira pukul 4.20 pagi.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azaham Othaman berkata, bayi berkenaan ditemui dalam keadaan sihat dan dibaluti selimut serta ditutup dengan kelambu.
Menurutnya, turut ditemui bersama bayi itu ialah sebuah beg berisi pakaian, lampin pakai buang, peralatan bayi dan sekotak susu serta sekeping nota. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140129/je_12/Bayi-lelaki-ditemui-bersama-sekeping-nota#ixzz2rppGKmt4
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pelajar Malaysia ditikam 14 kali


KUALA LUMPUR 29 Jan. - Seorang pelajar Malaysia terpaksa menerima 11 jahitan selepas cedera ditikam 14 kali oleh tiga remaja di Nottingham, United Kingdom semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, mangsa, Ahmad Izat Ahmad Mazni (gambar) dikatakan baru pulang daripada menonton perlawanan bola sepak.
Ahmad Izat dalam Twitternya memaklumkan, dia telah dirompak dalam kejadian itu dan penjenayah telah mengambil telefon bimbit, jam tangan serta dompetnya.
"Saya juga terkena tikaman di kepala, di dada, belakang badan, kaki kiri, celah paha, kaki kanan, lengan dan dikelar di beberapa tempat di badan.
"Saya telah keluar hospital semalam dan kini sedang berehat kerana pergerakan terhad," ujarnya.
Sementara itu, Pengerusi Kelab UMNO Nottingham, Nik Zakirah Farhanis Zakimi melalui laman Facebooknya memaklumkan, kelab tersebut kini mengumpul dana bagi membantu meringankan beban yang dihadapi oleh Ahmad Izat.
Sebarang bantuan boleh dihulur kepada Kelab UMNO Nottingham atau menghubungi Nik Zakirah di talian 07415785462.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140130/je_06/Pelajar-Malaysia-ditikam-14-kali#ixzz2rpovr5iI
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kanak-kanak dirogol, liwat


LOKASI seorang murid berusia 10 tahun dalam perjalanan ke sekolah yang diculik sebelum dirogol serta dicederakan di Bukit Batu dekat Bakri, Muar, Johor, semalam.
MUAR 29 Jan. - Malang buat seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun apabila diperlakukan secara kejam oleh seorang lelaki yang bukan sahaja merogol malah meliwat mangsa dan dipaksa melakukan seks oral di Bakri di sini semalam.
Tidak cukup dengan itu, mangsa yang enggan mengikut kemahuannya dipukul dan kemaluannya ditoreh suspek dengan senjata tajam sehingga mengakibatkan kanak-kanak berkenaan terpaksa menerima 18 jahitan.
Lebih menyedihkan kejadian tersebut berlaku semasa mangsa dalam perjalanan menaiki basikal berseorangan menggunakan jalan pintas ke sebuah sekolah agama di Bakri di sini, melalui kebun getah, pukul 3 petang.
Semasa dalam perjalanan, mangsa ditahan suspek berusia 37 tahun, kira-kira 250 meter dari Jalan Mahmud di sini, sebelum dipaksa menaiki kereta lalu melarikannya.
Insiden itu disedari seorang pekebun yang hanya sempat mencatat nombor pendaftaran kereta tersebut dan bertindak menghubungi polis.
Menurut sumber, mangsa kemudian dibawa ke sebuah tempat pembuangan sampah lalu dirogol, diliwat dan dipaksa melakukan seks oral di dalam kereta.
"Mangsa turut dicederakan suspek apabila enggan menurut kemahuan lelaki itu," katanya ketika ditemui di Bukit Bakri, sini hari ini.
Kata sumber itu lagi, selepas kejadian, suspek membawa mangsa ke sebuah stesen minyak di Bukit Bakri dan sepasukan polis yang mendapat maklumat berhubung nombor pendaftaran kereta tersebut bertindak menahannya kira-kira pukul 5 petang.
Ujarnya, mangsa diselamatkan dalam keadaan baju sekolahnya berlumuran darah, ketakutan dan tidak bermaya sebelum dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) dan menerima 18 jahitan di bahagian kemaluan.
Melalui siasatan awal katanya, suspek mengaku mengambil dadah sebelum melakukan perbuatan tersebut dan direman bermula hari ini untuk membantu siasatan.
Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi kejadian mendapati jarak antara rumah kanak-kanak malang itu dengan sekolah agama terbabit kira-kira dua kilometer yang perlu melalui kawasan belukar, kebun sawit dan kebun getah.
Menurut penduduk tempatan yang enggan dikenali, mangsa menggunakan jalan tersebut setiap hari kerana merupakan jalan pintas dengan mengambil masa kira-kira 10 minit untuk ke sekolah.
Katanya, jalan tersebut sunyi tetapi penduduk tidak mempunyai pilihan lain kerana merupakan jalan paling dekat.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140130/je_02/Kanak-kanak-dirogol-liwat#ixzz2rpogAEEK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mayat mangsa langgar diseret 43km



IPOH 29 Jan. - Seorang penunggang motosikal menemui ajal dalam keadaan mengerikan apabila mayatnya ditemui hampir hancur selepas diseret sejauh 43 kilometer oleh sebuah kenderaan dari Kilometer 274.2 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat susur Simpang Pulai di sini sehingga ke Tapah.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 pagi itu, mangsa, Ahmad Mahmud, 25, yang berasal dari Kampung Baru Majidi, Serdang, Kedah dipercayai dilanggar dari arah belakang sebelum diseret oleh kenderaan berat tersebut yang dipercayai lori.
Semasa kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerjanya di kilang Proton di Proton City, Tanjung Malim dekat sini.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah, Deputi Supritendan Wan Sharudddin Wan Omar berkata, selepas dilanggar, mangsa dipercayai tersangkut di bawah kenderaan tersebut lalu diseret sehingga ke Kilometer 317.2 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Tapah.
''Pihak polis menerima maklumat daripada orang awam yang mengatakan terdapat seorang penunggang motosikal telah dilanggar dan digilis dalam kemalangan di susur Simpang Pulai di sini pada pukul 2.15 pagi.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140130/je_01/Mayat-mangsa-langgar-diseret-43km#ixzz2rpnnGT3p
© Utusan Melayu (M) Bhd 

100 keluarga Jong-un dibunuh


SEOUL 29 Jan. - Lebih 100 ahli keluarga bapa saudara kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un (gambar) yang dijatuhi hukuman mati baru-baru ini, termasuk kanak-kanak dan duta negara itu ke Cuba dan Malaysia, sama ada telah dibunuh atau dipenjarakan, menurut beberapa sumber, semalam.
Bapa saudara pemimpin Korea Utara itu, Jang Song-thaek, 67, sebelum ini merupakan seorang pemimpin tertinggi tentera yang berpengaruh dijatuhi hukuman mati pada Disember lalu atas kesalahan mengkhianat dan cuba menggulingkan pemimpin negara berkenaan.
Song-thaek juga didapati cuba mendapatkan sokongan tentera bagi melancarkan rampasan kuasa.
''Hampir kesemua ahli keluarga terdekat Song-thaek telah dibuhuh.
"Kesemua ahli keluarga Song-thaek telah dijatuhkan hukuman mati, termasuk kanak-kanak," kata satu sumber yang enggan dikenali.
Menurut sumber itu, antara mereka yang dibunuh termasuk saudara perempuan Song-thaek, Jang Kye-sun, suaminya dan Duta Korea Utara ke Cuba, Jon Yong-jin, dan Duta Korea Utara ke Malaysia, Jang Yong-chol, yang merupakan anak saudara lelaki Song-thaek serta dua anak lelakinya.
Kesemua mereka termasuk anak lelaki, anak perempuan dan cucu Song-thaek serta dua saudara lelakinya telah dipanggil ke Pyongyang pada awal Disember lalu dan dibunuh.
Bagaimanapun, masih tidak jelas bilakah mereka dibunuh, namun mereka dipercayai telah dibunuh sejurus Song-thaek dijatuhi hukuman mati pada 12 Disember lalu.
''Beberapa orang ahli keluarga Song-thaek ditembak dengan pistol sehingga mati di hadapan orang ramai setelah mereka diheret keluar dari apartmen mereka,'' kata sumber itu.
Menurut sumber, sebahagian lagi ahli keluarga Song-thaek termasuk isteri Duta Korea Utara ke Malaysia dilepaskan daripada hukuman bunuh dan dihantar ke kampung terpencil bersama ahli keluarga masing-masing. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140130/lu_06/100-keluarga-Jong-un-dibunuh#ixzz2rpnL96Fv
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Maut selepas diseret 43 kilometer


IPOH – Seorang operator kilang Proton di bahagian operasi ditemui maut dalam keadaan mengerikan selepas beberapa anggota badannya hancur selepas diseret dipercayai oleh kenderaan berat sejauh 43 kilometer dalam satu kejadian langgar lari di Kilometer (KM) 274.2, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran susur keluar Simpang Pulai di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 2.15 pagi itu, sebahagian anggota badan mangsa, Ahmad Mahmud, 25, yang berasal dari Kampung Baru Majidi, Serdang, Kedah turut ditemui di KM317.2, dekat susur keluar Tapah.
Semasa kejadian, mangsa yang masih bujang dalam perjalanan pulang dari kampungnya selepas bercuti sejak Ahad lalu menuju ke tempat kerjanya di Proton City, Tanjung Malim dekat sini dengan menunggang motosikal jenis Honda EX5.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0130&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2rpmxtL00 
Hakcipta terpelihara 

18 individu ditahan, dadah RM1.1 juta dirampas



WAN ABDULLAH (kanan) menunjukkan sebuah kereta mewah yang disyaki digunakan untuk menyeludup dadah ke negara ini di IPK Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seramai 18 individu termasuk enam warga asing yang disyaki mengedar dadah ditahan bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM1.1 juta dalam serbuan berasingan di sekitar ibu kota baru-baru ini.
Dalam operasi yang dijalankan selama dua hari bermula 21 Januari lalu itu, polis turut menyita lima buah kereta mewah iaitu dua kereta Volvo S40 serta masing-masing sebuah kereta Mercedes Benz S350, BMW 320i dan Honda Civic bernilai RM1 juta.
Kenderaan ini disyaki digunakan untuk menyeludup masuk dadah ke Malaysia.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak berkata, kesemua suspek berusia 24 hingga 61 tahun yang ditahan dipercayai baru aktif mengedar dadah di sekitar Lembah Klang sejak sebulan lalu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0130&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2rpmnDrHn 
Hakcipta terpelihara 

Kastam rampas 60 tan mercun, bunga api



BADARUDDIN (tengah) bersama pegawainya menunjukkan sebahagian mercun dan bunga api dirampas di Wisma Kastam Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang semalam.


PELABUHAN KLANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya melakukan rampasan mercun dan bunga api seberat 60 tan serta rokok tidak sah yang terdiri daripada pelbagai jenama sebanyak 6.2 juta batang dengan nilai rampasan sebanyak RM3.1 juta.
Pengarah Kastam Selangor, Badaruddin Mohamed Rafik berkata, serbuan dilakukan di empat buah bangunan yang dijadikan stor penyimpanan terletak di Batu Arang dan Rawang kira-kira 2 kilometer dari jalan utama pada pukul 5.30 petang, Ahad lalu.
"Stor yang digunakan untuk menyimpan bahan terlarang itu terletak di dalam ladang kelapa sawit dan ketika serbuan dijalankan tiada sesiapa di bangunan tersebut dan tiada tangkapan dibuat.
"Kegiatan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan musim perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi dan kebanyakan mercun serta bunga api dibuat di China," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0130&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2rpmMBOPf 
Hakcipta terpelihara 

Bekas penyanyi didakwa tipu sembilan pembeli rumah


AMPANG - Bekas penyanyi kumpulan Tiga, Mohd. Qhairol Iqhssan Yusof atau lebih dikenali sebagai Arween dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas sembilan pertuduhan menipu sembilan pembeli membabitkan pinjaman perumahan berjumlah RM235,400 tahun lalu.
Mohd. Qhairol, 29, dari Sabah merupakan pegawai sebuah bank di Bandar Baru Ampang namun dia kini telah diberhentikan kerja.
Terdahulu, Mohd. Qhairol yang juga ketua kumpulan tersebut mengaku bersalah tujuh daripada sembilan pertuduhan manakala baki dua pertuduhan mohon dibicarakan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0130&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2rpmCaXp0 
Hakcipta terpelihara 

Diberkas miliki syabu, pistol



FAH HIN (dua dari kiri) menunjukkan pistol angin dan sebahagian barang kes yang dirampas daripada tiga lelaki di Balik Pulau, Pulau Pinang semalam.


BALIK PULAU - Polis menahan dua beranak warga tempatan kerana memiliki dadah jenis syabu, selain menyimpan sepucuk pistol angin bersama peluru yang disorok di dalam bilik tidur rumah mereka di Pulau Betong di sini, 27 Januari lalu.
Bapa dan anak lelakinya itu diberkas bersama seorang lagi anak saudaranya yang berada di dalam rumah berkenaan pada pukul 6.15 petang.
Difahamkan, polis telah membuat tangkapan pertama terhadap lelaki berusia 46 tahun itu yang merupakan seorang nelayan di hadapan pintu rumah terbabit, manakala dua suspek berumur 18 dan 25 diberkas di ruang tamu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0130&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2rplyYL1e 
Hakcipta terpelihara