Search This Blog

Thursday, January 23, 2014

Pengerusi pertubuhan ibu dituduh pukul isteri



Tokyo: Seorang lelaki pengelola organisasi bukan berasaskan keuntungan yang mempromosikan kehidupan sebagai ibu ditahan semalam kerana disyaki memukul dan menendang isterinya.

Pegawai kanan polisMatsuyama Higashi berkata, Pengerusi Pertubuhan Ibu Jepun Shinji Morimatsu, 49, didakwa membelasah isterinya berusia 51 tahun di kepala, dada dan perut pada 26 Mei tahun lalu.


Katanya, isteri Morimatsu mengambil masa sebulan untuk pulih sepenuhnya.



“Isterinya melaporkan kejadian itu selepas pergi ke hospital pada hari sama untuk mendapatkan rawatan.


“Kami cuba memujuknya memfailkan laporan rasmi, namun jawapannya ketika itu sekadar ‘biar saya fikirkan dulu.’ “Mangsa hanya membuat laporan rasmi pada Julai lalu yang akhirnya membolehkan kami membuka kertas siasatan,” katanya.


Menurutnya, pihaknya turut menyiasat dakwaan mangsa bahawa itu bukan kali pertama dia dipukul.

Sementara itu, Morimatsu yang ditahan kelmarin mengakui bergaduh dengan isterinya namun menafikan berlaku keganasan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/22

Suami pesan berulang kali supaya jaga anak

 SINAR HARIAN
21 Januari 2014

Suami pesan berulang kali supaya jaga anak
Suami pesan berulang kali supaya jaga anak Siti Mazliah bersama anaknya, Ahmad Najmi dan Nur Najwa ketika menerima kunjungan Suhaimi.



PONTIAN - Seorang isteri tidak menyangka pesanan berulang kali suaminya yang meminta agar sentiasa menjaga anak-anak merupakan pesanan terakhir dari suami sebelum terlibat dalam kemalangan sehingga meragut nyawanya, awal pagi semalam.

Siti Mazliah Bedu 41, berkata, suaminya Md Hisham Md Khalil, keluar untuk ke tempat kerjanya di Pelabuhan Tanjung Pelepas kira-kira jam 5.40 pagi.

Menurutnya, sebelum keluar, arwah mengulangi pesanannya supaya menjaga kedua-dua anak mereka, Nur Najwa, 9, dan Ahmad Najmi, 5.

“Ketika arwah hendak keluar bekerja, saya rasa tidak sedap hati. Pesanannya supaya menjaga anak-anak diulang berkali-kali... tidak seperti selalu.

“Malah arwah kelihatan tidak keruan sehingga berulang kali menjenguk dan mencium anak-anak yang lena tidur di dalam bilik,” katanya.

Siti Mazliah berkata, arwah sempat menggantikan cermin tingkap rumah yang pecah akibat terkena bola ketika anak mereka bermain dua minggu lepas.

“Arwah sempat berkata jika beliau tiada lagi nanti, senang sikit saya tidak bersusah payah untuk menggantikan cermin yang pecah.

“Selain itu, saya tidak sangka, mimpi buruk lihat kemalangan selama empat malam berturut-turut merupakan petanda suami akan pergi buat selamanya.

“Saya reda dan pasrah dengan ketentuan Ilahi ini,” katanya.

Katanya, arwah baru empat bulan bekerja di PTP dan berulang alik ke tempat kerja dengan menaiki motosikal setiap hari.

Sementara itu Adun Kukup, Suhaimi Salleh yang melawat keluarga mangsa, akan membantu dari segi mendapatkan bantuan dan insurans, selain berharap Siti Mazliah bersama dua anaknya tabah menerima dugaan itu.

Gempa sederhana landa Bima, Indonesia

Jabatan Meteorologi Malaysia23 Januari 2014Jabatan Meteorologi Malaysia

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter melanda Laut Flores di Indonesia pada pukul 8.54 pagi hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu berpusat di 230km tenggara Bima, Indonesia dan 1,178km tenggara Sarikei, Sarawak.

Bagaimanapun, gempa itu tidak membawa ancaman tsunami. - Bernama

Wanita kena 60 jahitan dikelar peragut


23 Januari 2014


BUTTERWORTH - Seorang pengusaha salun menerima lebih 60 jahitan di lengan kanan, jari tangan kiri dan perut akibat dikelar seorang lelaki yang cuba meragutnya.
   
Kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam pada 11 Januari lalu ketika Ang Chin Tin, 56, mahu ke pusat membeli-belah Sunway Carnival di sini untuk membuat cermin mata.
   
Beliau berkata beliau mahu mengalih keretanya agar lebih dekat dengan pusat membeli-belah berkenaan.
   
"Ketika masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin, tiba-tiba seorang lelaki datang dari arah belakang dan menyembur sesuatu pada muka saya sambil mengarahkan saya menyerahkan barang berharga," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
   
Beliau menerima kunjungan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner  Mazan Kesah di rumahnya di Taman Arowana di sini sempena Program High Profile Policing.
 
Ang berkata beliau yang takut telah menjerit dengan kuat dan membuatkan lelaki berkenaan panik dan bertindak mengelarnya beberapa kali pada lengan, jari dan perutnya.
   
"Lelaki itu tidak sempat mengambil apa-apa dari saya mungkin kerana panik mendengar saya menjerit dan melarikan diri selepas mencederakan saya," katanya.
   
Beliau berkata beliau yang berlumuran darah cuba memandu keretanya ke hospital dan dalam perjalanan itu turut merempuh sekatan jalan raya sebelum tidak sedarkan diri.
   
"Saya telah kehilangan banyak darah sehingga menyebabkan saya tidak sedar. Saya hanya sedar ketika menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya dan dimaklumkan oleh pihak polis yang saya telah merempuh sekatan jalan raya sebelum saya dibantu," katanya.
   
Mazlan berkata pihaknya mendapat beberapa petunjuk baharu berhubung kejadia berkenaan dan usaha memburu suspek sedang giat dijalankan.
   
"Polis juga minta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar tampil membantu bagi mempercepatkan siasatan kes berkenaan," katanya. - Bernama

Syabu RM90,000 dirampas dari remaja Indonesia


23 Januari 2014


TAWAU - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menahan seorang remaja Indonesia dan merampas 300.5 gram syabu bernilai kira-kira RM90,000 di perairan Sabindo di sini semalam.

Komander PPM Bukit Aman, Datuk Isa Munir berkata, remaja berumur 19 tahun itu ditahan dalam rondaan kira-kira pukul 10.15 pagi.

"Semasa melakukan rondaan, anggota yang bertugas melihat seorang lelaki dalam keadaan yang mencurigakan sedang duduk di dalam sebuat bot yang sedang berlabuh di kawasan laut Sabindo.

"Ketika melakukan pemeriksaan, kami mendapati lelaki berkenaan tidak memiliki sebarang dokumen sah. Pemeriksaan lanjut pada bot berkenaan mendapati terdapat sebuah beg plastik yang mengandungi sebuah kotak yang setelah diperiksa di dalamnya terdapat enam pek kecil yang mengandungi bahan hablur jernih yang dibungkus menggunakan plastik lutsinar, yang disyaki dadah jenis syabu," katanya pada sidang media di sini, hari ini.  

Isa berkata, lelaki itu kemudiannya dibawa ke Pejabat PPM Tawau untuk tindakan lanjut dan kes itu telah dirujuk ke Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.

Beliau berkata, tangkapan dan rampasan itu merupakan kes pertama PPM Tawau tahun ini. - Bernama

Lelaki hadapi 13 pertuduhan menipu hampir RM70,000


23 Januari 2014

IPOH - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas 13 pertuduhan menipu dua individu melibatkan RM69,295 dua tahun lepas.

Mohamad Aizi Majid, 57, yang bekerja sendiri mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang didakwa dilakukan antara 24 Februari hingga 6 Mei 2012.

Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dan boleh dikenakan sebatan serta denda.

Bagi 12 pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Suhaima Mohd Noor, Mohamad Aizi didakwa menipu Lee Kok San, 53, melibatkan wang berjumlah RM15,250 dengan memperdayakannya untuk mempercayai bahawa tertuduh boleh mendapatkan tanah kerajaan untuk tapak kediaman yang tidak wujud.

Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu antara 7 April hingga 6 Mei tahun lepas di tiga cawangan Maybank iaitu Menglembu, Jalan Yang Kalsom dan Jelapang serta di Public Bank, Jalan Yang Kalsom.  

Sementara itu, di Mahkamah Majistret berasingan, Mohd Aizi didakwa memperdayakan Zulkhairy Muhamad Luding, 36, dengan menawarkan projek pasir di Mukim Sungai Raja yang tidak wujud.

Mohd Aizi dituduh mendorong Zulkhairy menyerahkan wang sebanyak RM54,045 di Hotel Excelsior di sini antara 24 Februari hingga 16 Mac 2012.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM16,000 bagi kesemua pertuduhan dengan dua penjamin serta mengarahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis berhampiran tempat tinggalnya setiap bulan.

Mahkamah turut menetapkan 26 Februari ini untuk sebutan semula kes.

Tertuduh yang mempunyai dua isteri dan 12 anak itu diwakili peguam K. Nathan dan pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Muhammed Fauzi Yusof. - Bernama

Kejar kakak dengan parang


23 Januari 2014
Kejar kakak dengan parang
Kejar kakak dengan parang Osman dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh mahkamah majistret semalam, selepas mengaku bersalah dengan sengaja telah melakukan ugutan jenayah terhadap kakak dan abang iparnya.



KUALA TERENGGANU- Bengang apabila permintaannya untuk mendapatkan sejumlah wang tidak dilayan si kakak, seorang pemuda bertindak mengejar mangsa dengan menggunakan sebilah parang, dalam satu kejadian 6 November tahun lalu.

Bukan itu sahaja, Osman Mohd Nasir, 32, dari Kulim, Tanjung Pauh, Bachok, Kelantan, turut bertindak memecahkan cermin kereta milik syarikat abang iparnya yang juga suami kepada mangsa.

Balasannya, Osman dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh mahkamah majistret, semalam, selepas mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah terhadap pasangan suami isteri berkenaan.

Dia mengaku bersalah dengan sengaja telah melakukan ugutan jenayah terhadap mangsa, Noraini Mohd Nasir dan Che Mohd Daud dengan cara mengejar menggunakan sebilah parang, di hadapan kedai makan, di Kampung Banggol Katong, di sini.

Dengan itu, Osman mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian kira-kira jam 10 malam, ketika mangsa berada di kedai makan miliknya di Kampung Banggol Katong, di sini, adiknya iaitu Osman atau nama panggilan Pok Su telah datang dalam keadaan marah-marah.

Punca Osman mengamuk dipercayai disebabkan bengang selepas permintaannya untuk mendapatkan sejumlah wang daripada mangsa tidak diendahkan.

Lebih membuatkan Osman naik angin apabila suami mangsa yang juga abang ipar kepada Osman telah cuba masuk campur dengan menenangkan dirinya yang ketika itu sedang marah-marah.

Osman kemudian mengejar kedua-dua mangsa dan memecahkan cermin kereta milik syarikat abang iparnya di bahagian tepi sebelah pemandu dengan parang.

Walaupun tidak mengalami sebarang kecederaan, bimbang keselamatan diri dan keluarga pada masa akan datang, mangsa membuat laporan polis sebelum Osman ditangkap beberapa jam kemudian.

Maut di rumah pengasuh


22 Januari 2014

Bayi maut di rumah pengasuh
Bayi maut di rumah pengasuh Jenazah Harith Haiqal dituntut keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tempoyang.



KUALA LIPIS - Seorang pengasuh tergamam apabila melihat bayi asuhannya yang berusia lapan bulan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di beret tentera Kem Batalion ke 8 Askar Melayu di Raja (RAMD) Kem Kuala Lipis.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.50 petang kelmarin, pengasuh berusia 33 tahun terbabit melihat bayi asuhannya, Harith Haiqal Iqbal Muhamad Yusof, tidak bergerak di atas katil selain mulutnya mengeluarkan buih.

Menurutnya, sejurus melihat keadaan bayi berkenaan, pengasuh terbabit bertindak membawa bayi itu ke Hospital Kuala Lipis untuk pemeriksaan.

“Sejurus sampai di hospital bayi berkenaan disahkan meninggal dunia.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan pihak forensik dari Kuantan mengesahkan bayi terbabit meninggal dunia akibat jantung bengkak dan tiada unsur-unsur penderaan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Abdul Razak berkata, ibu mangsa, Noor Suzilawati Nordin, 26, menghantar bayinya kepada pengasuh berkenaan kira-kira jam 7.30 pagi hari berkenaan sebelum pergi ke tempat kerja.

“Hasil maklumat dari ibu bayi terbabit menyatakan bahawa Harith Haiqal tidak mengalami sebarang masalah kesihatan dan tidak pernah dirujuk ke hospital atas penyakit terbabit.

“Jenazah Harith Haiqal dituntut oleh ahli keluarga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tempoyang,” katanya.

Penoreh getah cedera ditetak


22 Januari 2014

Penoreh getah cedera ditetak
Penoreh getah cedera ditetak Che Kob menerima rawatan di Hospital Kuala Lipis, kelmarin.



KUALA LIPIS - Seorang penoreh getah cedera akibat ditetak seorang kenalan di rumahnya di Felcra Sungai Temau, kira-kira jam 5 petang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, ketika kejadian mangsa, Che Kob Daud, 54, sedang berehat sambil membaca surat khabar sebelum dikejutkan dengan kedatangan suspek yang bersenjatakan sebilah parang.

“Mangsa cuba menenangkan suspek namun tidak berjaya. Suspek kemudiannya mengamuk sebelum bertindak melibas parang terbabit ke arah mangsa.

“Mangsa cuba mengelak dan cuba merampas parang dari suspek namun suspek terus-terusan menyerang mangsa,” katanya, semalam.

Abdul Razak berkata, isteri dan besan mangsa kemudiannya datang untuk membantu namun turut dicederakan oleh suspek.

Menurutnya, setelah beberapa minit bergelut mangsa berjaya merampas parang dari tangan suspek sebelum bertindak menghubungi pihak polis.

“Dalam pergelutan itu, Che Kob mengalami kecederaan di bahagian leher manakala isterinya cedera di bahagian tangan manakala besannya turut cedera di bahagian telinga.

“Kesemua mangsa dan suspek di bawa ke Hospital Kuala Lipis untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Abdul Razak berkata, suspek dipercayai berada di bawah pengaruh pil kuda dan pihaknya akan menunggu keputusan penuh ujian air kencing.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau benda berbahaya

Menggigil lari selamatkan diri


23 Januari 2014

Menggigil lari selamatkan diri
Sharul termenung kerana keseluruhan peralatan di atas rumah hangus dan rosak dijilat api.


Menggigil lari selamatkan diri
Siti Zalina dan Sharul melihat sisa pakaian dalam bilik tidur mereka yang terbakar.
Menggigil lari selamatkan diri
Walaupun panik, Siti Zalina sempat menyelamatkan diri dan mengendong bayinya keluar dari dalam rumah terbakar.
Menggigil lari selamatkan diri
Bahang panas dan asap tebal yang turut menyelubungi bilik tidur anak meninggalkan kesan hitam pada dinding dan siling.
KEMAMAN – “Terpaku saya lepas tengok kepulan asap tebal di tingkat atas... terus saya kendong dan tarik dua anak keluar dari rumah,” kata suri rumah, Siti Zalina Daud, 32, yang kerugian kira-kira RM15,000 setelah sebahagian rumah dua tingkatnya dijilat api, kelmarin.

Kebakaran kira-kira jam 12.15 tengah hari di Taman Sri Mekar, Jalan Binjai Tok Kapor itu berlaku ketika Siti Zalina dan dua anaknya, Nurliana Khalisa, 9 bulan, dan Mohd Shahaqiqullah, 4, sedang berada di tingkat bawah sementara suaminya keluar bekerja dan tiga lagi anak mereka berada di sekolah.

Menurut ibu lima anak itu, sebelum kejadian dia sedang memasak di dapur dan selepas memberikan anaknya yang berusia 4 tahun makan nasi, secara tiba-tiba dia terdengar bunyi letupan kecil dari  tingkat atas sebelum menjenguk ke atas dan melihat kepulan asap.

“Ketika keluar rumah, saya jerit meminta tolong jiran, saya panik sangat waktu itu hinggakan tubuh menggeletar.

“Sebenarnya dari waktu pagi lagi saya rasa tak sedap hati ditambah lagi kedua-dua anak merengek. Anak yang 9 bulan menangis dari pagi lagi, bila diberi susu badan dia tak nak, susu botol pun dia tak mahu. Anak lelaki pula lepas diberi nasi, dia makan sikit saja sedangkan beria-ia minta nasi,” katanya.

Tergerak hati pulang awal

Sementara itu suaminya, Sharul Alfaizal Wahab, 32, yang bekerja sebagai pembantu di sebuah syarikat swasta di Taman Semarak Binjai berkata, dia tergerak hati untuk pulang ke rumah awal dan sempat melihat isterinya membuka pintu pagar untuk melarikan diri.

“Dalam keadaan kelam kabut saya segera naik ke tingkat atas dan melihat dua anak jiran, Rizwan Nawi, 18, dan Suhaisa Raimi, 26, sedang memadamkan api dan saya juga segera sembur air di bahagian bilik tidur utama yang terbakar,” katanya.

Tindakan pantas berkenaan berjaya menghalang api merebak dan kebakaran dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh kira-kira 15 minit, namun akibat bahang panas, kesemua tiga bilik tidur terdapat kesan rentung, manakala barang di tingkat atas termasuk tiga katil, almari, buku teks sekolah anak dan pakaian mereka tujuh beranak musnah.

“Saya pun tak tahu kenapa saya tergerak hati untuk balik kerja awal kerana kebiasaannya saya pulang antara jam 6 dan 7 petang. Alhamdulillah, ada hikmah saya balik awal sebab saya sempat padamkan api bersama jiran.

“Kalau api lambat dipadamkan mungkin akan merebak ke tingkat bawah dan ke rumah-rumah jiran.  Kalau keadaan itu terjadi mungkin lebih besar kerugian yang kami tanggung,” katanya yang turut bersyukur kerana isteri dan anak-anaknya terselamat.

Mangsa sekeluarga menyewa rumah berkenaan dengan bayaran RM400 sebulan sejak lebih dua tahun lalu dan mana-mana pihak yang bersimpati boleh menyumbang dengan menghubungi keluarga ini menerusi talian 019-9582025.

Dalam pada itu, dua pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Chukai dibantu Balai Bomba dan Penyelamat Kemaman dengan keanggotaan 13 orang diketuai Pegawai Operasi PBK II, Roziman Mohd Amin segera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kira-kira jam 6.07 petang.

Disebabkan api berjaya dipadamkan oleh mangsa dan jiran menggunakan air paip, pasukan bomba hanya membuat pemantauan bagi memastikan api padam sepenuhnya dan kebakaran tidak melibatkan struktur bangunan.

Lelaki gagal seludup motosikal curi


23 Januari 2014

Lelaki gagal seludup motosikal curi
Lelaki gagal seludup motosikal curi Mohd Hamdan (kanan) bersama anggotanya memeriksa motosikal curi yang cuba diseludup ke Thailand.



TUMPAT - Cubaan seorang penagih dadah menyeludup motosikal curi ke Thailand gagal hasil tindakan pantas Pasukan Polis Marin (PPM) Pengkalan Kubor dalam operasi di Pangkalan Haram Omar dekat Kampung Simpangan di sini, malam kelmarin.

Pemangku Pegawai Pemerintah PPM Pengkalan Kubor, Inspektor Mohd Hamdan Mustafa berkata, penagih dadah berusia 32 tahun ditahan dalam operasi tersebut bersama motosikal curi jenis Honda Wave.

Menurutnya, serbuan tersebut dilakukan kira-kira jam 8.30 malam selepas anggota PPM melihat seorang lelaki sedang menolak sebuah motosikal jenis Honda Wave ke arah Pangkalan Haram Omar dengan laju.

“Serbuan tersebut dilakukan hasil intipan selama satu jam yang dilakukan oleh sepasukan anggota kami selepas menerima maklumat daripada unit risikan melalui Op Cantas / Op Lejang Khas,” katanya.

Menurutnya, semasa serbuan dilakukan, berlaku pergelutan selama 10 minit dengan suspek apabila dia bertindak agresif.

“Suspek bertindak agresif namun anggota PPM berjaya menangkapnya.

“Di pangkalan haram tersebut gelap,  dalam keadaan itu anggota saya turut mendengar bunyi seperti orang terjun ke dalam sungai Golok.

“Kami percaya yang terjun dalam sungai itu adalah rakan suspek yang sama-sama terlibat dalam cubaan menyeludup motosikal curi ke Thailand ini,” katanya.

Mohd Hamdan berkata, pemeriksaan lanjut ke atas suspek menemui satu botol plastik mengandungi serbuk putih dipercayai dadah jenis heroin dan wang tunai RM500 serta telefon bimbit.

“Anggota saya juga turut menemui sebatang besi berbentuk T yang diasah sehingga tajam dan dipercayai digunakan untuk mencuri motosikal,” katanya.

Katanya, suspek yang berasal dari Kampung Kutan ketika ditahan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

“Suspek dibawa balik ke markas PPM Pengkalan Kubor untuk ujian air kencing dan mendapati dia positif dadah jenis Opiate.

“Suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah,” katanya.

Mohd Hamdan berkata, hasil soal siasat, suspek memaklumkanmotosikal tersebut dicurinya di Pasir Mas pada jam 6 petang hari kejadian.

“Dalam mengekang penyeludupan, pihak PPM perlu kerjasama daripada masyarakat, salurkan maklumat.

“Penyeludupan berlaku bukan hanya minyak petrol, diesel, beras tetapi motosikal curi juga diseludup ke Thailand,” katanya kepada Sinar Harian.

Bakar rumah ayah, dijel 5 tahun


23 Januari 2014

Bakar rumah ayah, dijel 5 tahun
Bakar rumah ayah, dijel 5 tahun Tertuduh dikawal polis untuk dibawa ke penjara bagi menjalani hukuman.



KOTA BHARU - Perlakuan khianat seorang anak yang bertindak membakar rumah bapanya sendiri mengundang padah apabila dihukum penjara lima tahun oleh mahkamah sesyen di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Hakim, Mohd Yusoff Yunus selepas tertuduh, Mohamad Faizie Mohd Noor, 24, mengaku bersalah.

Dia didakwa pada tuduhan pindaan berbuat khianat dengan api hingga menyebabkan kebakaran dengan niat merosakkan dan membinasakan rumah Mohd Noor Abdul Rahman, 53, di Jalan Kuala Krai, Kampung Wakaf Che Yeh di sini, pada jam 7 malam, 7 Julai, tahun lalu.

Sebelum kejadian, Mohd Noor keluar untuk berjumpa kawannya dan meninggalkan dua anak perempuan serta tertuduh di rumah itu.

Ketika sedang menonton televisyen, anak perempuannya yang berusia 16 tahun ternampak kepulan asap dan cahaya keluar dari bawah pintu bilik tertuduh. Tertuduh juga berada di dalam bilik tersebut.

Tidak lama selepas itu, tertuduh keluar dari bilik dalam keadaan muka dan badan yang kehitaman. Anak perempuan pengadu yang nampak tilam di dalam bilik tersebut terbakar kemudian mengambil adiknya dan pergi ke rumah jiran untuk mendapatkan bantuan.

Dia kemudian menghubungi bapanya sebelum pengadu menghubungi pihak polis. Tertuduh ditahan dalam keadaan memegang sebilah parang di bahagian dapur rumah.

Siasatan Jabatan bomba mendapati punca disebabkan tertuduh sengaja membakarnya dengan menggunakan mancis atau pemetik api. Selain bilik tidur, ruang tamu juga dibakar.

Pada prosiding semalam, tertuduh lebih banyak mendiamkan diri dan hanya memohon hukumannya diringankan.

Keputusan berkenaan dibuat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ahmad Salam Yusof.

Kilang perabot terbakar, pemilik rugi RM150,000


23 Januari 2014


KOTA BAHRU - Seorang pemilik kilang perabot dilapor mengalami kerugian kira-kira RM150,000 akibat kilangnya di Jalan Pintu Geng di sini terbakar semalam.  

Ku Ah Hee, 52, yang mengusahakan perniagaan perabot sejak 35 tahun lepas berkata akibat kebakaran itu, banyak tempahan perabot untuk sambutan Tahun Baru Cina ini tidak dapat disiapkannya.
   
Beliau berkata beliau mengetahui tentang kejadian itu selepas dihubungi rakannya pada pukul 6 petang.

"Saya bergegas ke kilang selepas mendapat panggilan telefon oleh seorang rakan yang memberitahu premis itu terbakar selepas ia ditutup pada jam 5.30 petang oleh anak bongsu saya, Ku Chee Liang, 23.
   
"Ketika tiba di kilang, saya dapati ia hampir musnah terbakar. Banyak tempahan perabot sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang  belum disiapkan oleh pekerja," katanya ketika ditemui di tempat kejadian malam tadi.
 
"Semua 20 pekerja yang bekerja membuat perabot terselamat apabila masing-masing telah pulang ke rumah setelah kilang ditutup pada 5.30 petang," tambahnya.
   
Ketua Zon Kota Baharu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Penguasa Kanan Bomba II Jamil Abdullah berkata seramai 40 pegawai dan anggota dari balai Darul Naim, Tunjung dan Kota Baharu digegaskan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada jam 6 petang.

"Kita tiba di tempat kejadian lima minit selepas mendapat panggilan dan menggunakan empat jentera dengan kebakaran dapat dipadam dalam masa kira-kira 30 minit," katanya.
   
Punca kebakaran dan jumlah kerugian sebenar masih dalam siasatan. - Bernama

Tak sempat jual daun ketum


23 Januari 2014

Tak sempat jual daun ketum
Tak sempat jual daun ketum Che Malek ( kiri) bersama dua pegawai menunjukkan guni-guni yang mengandungi daun ketum yang dirampas, kelmarin.

Tak sempat jual daun ketum
Kereta Saga Iswara yang dinaiki dua lelaki itu rosak teruk akibat kemalangan terbabit.

MACHANG -  Hasrat dua penganggur bagi mendapatkan keuntungan berganda dengan menjual daun ketum gagal apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kampung Muka Bukit, di sini, kelmarin.

Pada kejadian jam 11.30 pagi itu, kereta yang dinaiki kedua lelaki itu dipercayai dipandu laju sebelum terbabas di Lebuh Raya Machang-Pasir Puteh di sini.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan, Che Malek Bedot berkata, rampasan tersebut dibuat selepas anggota polis menemui enam guni daun kehijauan dipercayai ketum di tempat duduk belakang selepas kemalangan tersebut.

Menurutnya, hasil pemeriksaan, pihaknya turut menemui 10 guni daun ketum lain yang disembunyikan di dalam bonet kereta yang sama.

“Daun ketum seberat 128 kilogram itu kemudiannya dirampas dan kedua-dua lelaki tersebut diberi jaminan polis dengan mengambil kira kecederaan parah yang mereka alami.

“Kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan hukuman denda RM10,000 atau penjara empat tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya di sini, semalam.

Che Malek berkata, lelaki tersebut dipercayai dalam perjalanan ke Terengganu untuk memasarkan daun ketum tersebut dengan harga RM50 sekilogram berbanding dibeli dengan harga RM5 sekilogram di Kedah.

Katanya, kereta lelaki tersebut remuk teruk akibat kemalangan itu dan kedua-dua mereka tersepit di tempat duduk masing-masing sebelum dikeluarkan oleh anggota bomba.

“Kedua-duanya mengalami kecederaan parah di bahagian kaki dan badan dan sedang dirawat di Hospital Kuala Krai termasuk akan melakukan  pembedahan dalam masa terdekat,” katanya kepada Sinar Harian.

Curi Volkswagen untuk menyamun


23 Januari 2014
Curi Volkswagen untuk menyamun
Curi Volkswagen untuk menyamun Antara barangan yang dirampas dari suspek.



KAJANG - Sebuah kereta Volkswagen curi dan menggunakan nombor pendaftaran palsu yang digunakan penjenayah untuk menyamun berjaya dikesan polis di Lebuhraya Silk, Balakong, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, kereta itu dilaporkan hilang tiga hari lalu di Kajang.

“Anggota peronda bertindak mengejar kereta yang dipandu suspek hingga ke kawasan perindustrian Cheras Jaya. Suspek bagaimanapun berjaya diberkas ketika cuba lari dari kereta," katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan  di dalam kereta menemui sebilah kapak yang disembunyikan di bawah tempat duduk pemandu.

“Kita turut merampas empat buah telefon bimbit dipercayai hasil samun serta sebotol semburan pemedih mata.

“Siasatan awal mendapati suspek berusia 35 tahun  mempunyai tiga rekod lampau atas kesalahan jenayah dan dadah,” katanya.

Ab Rashid berkata, polis percaya suspek aktif menyamun di sekitar Lembah Klang sejak beberapa bulan, lalu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan tanpa senjata,” katanya.

Dua beranak maut kemalangan


23 Januari 2014
Dua beranak maut kemalangan
Dua beranak maut kemalangan Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Trafik Daerah Tapah, Inspektor Khairul Nizam Ismail melihat keadaan kereta yang dipandu mangsa.
Dua beranak maut kemalangan
Bangkai lembu di tengah jalan yang dilanggar mangsa menyebabkan kenderaan gagal dikawal dan masuk ke laluan bertentangan.



SUNGKAI – Dua beranak maut apabila kenderaan yang mereka naiki hilang kawalan setelah terlanggar bangkai lembu yang merintangi laluan di Kilometer 86.4 Jalan Ipoh – Kuala Lumpur, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 itu, mangsa, Kamaruzzaman Bokhari, 51, dan anaknya, Muhammad Hariz Zakwan,15, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan beberapa bahagian badan.

Ketika kejadian, Kamaruzzaman yang juga Guru Penolong Kanan Kokurikulum bersama anaknya dalam perjalanan dari kediaman mereka di Taman Permai Jaya untuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Trolak.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, berdasarkan laporan awal, kereta jenis Kelisa dinaiki mangsa terbabas sebelum masuk ke laluan bertentangan sebaik melanggar bangkai lembu berkenaan.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang berada di laluan bertentangan tidak sempat mengelak menyebabkan pertembungan berlaku.

“Pertembungan itu menyebabkan mangsa tersepit, hasil bedah siasat dijalankan Hospital Tapah mendapati kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan di beberapa anggota badan,” katanya.

Som Sak berkata, insiden berkenaan turut menyebabkan dua lagi kenderaan termasuk sebuah MPV yang datang dari arah Kuala Lumpur ke Ipoh merempuh antara satu sama lain.

Katanya, rempuhan itu berlaku akibat kegagalan mengelak disebabkan jarak terlalu dekat.

“Bagaimanapun,  semua pemandu yang terlibat hanya mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar, siasatan dibuat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bidor, Mohd Azlan Mahiyidin  berkata, pihaknya menerima panggilan jam 7.05 dan tiba di tempat kejadian pada jam 7.20 pagi.

Katanya, dengan kekuatan satu jentera dan  lapan anggota yang diketuai oleh beliau berjaya mengeluarkan mangsa dalam tempoh 10 minit dengan menggunakan peralatan menyelamat.

“Kami terpaksa mengambil masa sedikit kerana keadaan mangsa yang tersepit, bagaimanapun operasi menyelamat selesai pada jam 9 pagi,” katanya.

 Sangka kemalangan biasa

“Saya sangka ayah dan adik hanya kemalangan biasa, tak sangka rupanya kedua-dua mereka sudah meninggal dunia,” demikian reaksi menantu sulung mangsa, Ahmad Taufiq Baharuddin, 22.

Ahmad Taufiq berkata, dia dimaklumkan mengenai kemalangan itu oleh salah seorang rakan ayah mentuanya sekitar jam 7 pagi.

Tanpa mengesyaki apa-apa, dia segera bergegas ke lokasi kemalangan sebelum terkejut melihat keadaan kereta berkenaan.

“Saya ingat ia hanya kemalangan biasa, bila dah sampai sana, baru saya diberitahu ayah dan adik terkorban dalam nahas itu,” katanya.

Ahmad Taufiq berkata, sepanjang menghabiskan cuti di rumah mentuanya itu, kedua-dua arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan diri yang ketara.

Katanya, mereka sekeluarga masih terkejut dengan berita pemergian berkenaan.

Jenazah kedua-duanya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungkai, petang semalam.

Guru berdedikasi

Sementara itu, Pengetua SMK Trolak, Shaharuddin Mohd Daud berkata, ketika kejadian, beliau dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum menyedari  kemalangan itu melibatkan guru  yang mengajar  di sekolahnya.

Katanya,  arwah yang baru lima tahun bertugas di SMK Trolak sering berulang alik dari tempat kerja dan rumahnya di Taman Permai Jaya, Sungkai.

“Arwah adalah seorang guru Bahasa Melayu, beliau tegas ketika mengajar anak muridnya, kami kehilangan seorang guru yang berdedikasi dalam tugasnya,” katanya.

Kesucian air sungai diragui


23 Januari 2014
Kesucian air sungai diragui
Kesucian air sungai diragui Sungai di Kampung Legong jadi tempat pembuangan kepala babi.



SEREMBAN –  Penduduk di sekitar Kampung Legong Jaya, Rembau, dinasihatkan tidak menggunakan air di sungai berkenaan berikutan kesucian air sungai tersebut kini diragui.

Mufti kerajaan negeri, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, babi tergolong dalam najis mughallazah, mana-mana individu Islam yang menyentuhnya perlu di samak dengan sempurna.

Katanya, sekiranya air di sungai itu berada dalam kuantiti yang sedikit, sudah pasti wujudnya kekotoran, akibat daripada pembuangan kepala binatang berkenaan.

“Dan sekiranya air sungai berkenaan terkena pakaian mahu pun tubuh badan kita (orang Islam) ia perlu disamak.

“Oleh sebab itulah, saya menasihatkan kepada penduduk kampung berkenaan supaya tidak menggunakan lagi air tersebut, kerana kesucian dan kebersihan sungai itu sangat diragui,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar negeri,  Charanpal Singh  berkata pihaknya sudah menghantar wakil untuk meneliti keadaan di sungai tersebut dan mengambil contoh air berkenaan untuk diperiksa kualitinya,  bagi memastikan ia tidak tercemar.

Katanya, keputusan mengenai tahap kualiti air di sungai berkenaan belum dapat diberikan, memandangkan ia mengambil masa sebelum sebarang tindakan dibuat.

“Kejadian ini merupakan pertama kali kita terima, kerana sebelum ini tiada sebarang aduan dibuat oleh penduduk kampung.

“Mungkin juga mereka membuat aduan kepada jabatan lain, atau PBT berkaitan, namun kita akan menyiasat perkara ini dengan teliti bagi memastikan tiada wujudnya pencemaran air di sungai berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, Jabatan Alam Sekitar akan bekerjasama dengan Jabatan Vaterinar dan juga Majlis Daerah Rembau, bagi menyelesaikan isu tersebut.
“kita yakin kejadian ini pasti dilakukan oleh orang luar, berikutan di Negeri Sembilan  tidak mempunyai pusat penyembelihan binatang (babi) berkenaan.

“Namun kita tidak mahu menuduh sesiapa, sehingga siasatan terperinci dilakukan bersama pihak berkuasa, serta jabatan lain yang terlibat,” katanya.

Maut terkena tembakan 'bakakuk'


23 Januari 2014

KOTA KINABALU - Seorang lelaki berumur 64 tahun maut dipercayai terkena tembakan senapang buatan sendiri yang meletup ketika dilemparkan ke dalam bot di Membakut, semalam.
 
Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Mustaffa Maaroff Mustaffa berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, lelaki tempatan yang berasal dari Keningau itu mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian perutnya.
 
"Ketika kejadian, mangsa bersama tiga orang ahli keluarganya dan seorang pemandu bot baru balik dari memburu kelawar.

"Mangsa telah melemparkan senjata dipanggil 'bakakuk' itu ke dalam bot sebelum meletup di Sungai Pimping, Membakut," katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis pelancaran buku "Amalan Menyambut Kelahiran Menyusuri Sunah Nabi Akhir Zaman" di sini, semalam.
 
Mustaffa menambah, mayat mangsa telah dibawa ahli keluarganya ke Hospital Keningau dan pihak hospital telah memaklumkan kejadian itu kepada polis pada kira-kira 8 malam.
 
"Polis telah menahan tiga orang ahli keluarga mangsa yang berumur dalam lingkungan 30an untuk membantu siasatan," katanya.
 
Katanya, polis turut menemui selaras 'short gun' berlesen dan kes disiasat di bawah Seksyen 304 (A) Kanun Keseksaan. - Bernama

Anggota polis mengaku berkhalwat

SINAR HARIAN
23 Januari 2014
Anggota polis mengaku berkhalwat
Anggota polis mengaku berkhalwat Zainurul Azilawaty mengaku bersalah pertuduhan khalwat di Mahkamah Syariah Kuala Selangor, semalam. - Foto Sinar Harian



KUALA SELANGOR - Gara-gara berdua-duaan di dalam sebuah rumah tanpa hubungan sah, pasangan kekasih yang juga anggota polis berpangkat sarjan dan pegawai penyiasat trafik dihadapkan ke Mahkamah Syariah Kuala Selangor, semalam.

 Tertuduh, Mohd Che’ Puteh Omar, 28, dan pasangannya, Zainurul Azilawaty Azizan, 31, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof.

Kedua-dua tertuduh yang berasal dari Johor itu faham dengan pertuduhan yang dibacakan dan mengaku bersalah berkhalwat di sebuah rumah di Taman Paduka, di sini pada jam 5.55 pagi pada 19 Ogos 2013 lalu.

 Mereka dipercayai sudah bertunang ketika itu didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang boleh dihukum denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

 Bagaimanapun tertuduh memohon rayuan supaya hukuman diringankan dengan alasan mereka sudah bernikah dengan sah pada Disember 2013 lalu manakala Zainurul kini mengandung.

Pegawai Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shafezan Rusli memberitahu mahkamah, tertuduh faham dengan pertuduhan dan masing-masing menjawat jawatan berlatarbelakangkan penguatkuasaan.

 “Mereka ini lebih arif dengan undang-undang dan meskipun penjawat awam namun moral mereka dipertikaikan. Sewajarnya hukuman setimpal diambil bagi memberi pengajaran orang ramai di luar sana,” katanya.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM3,000 atau 60 hari penjara jika gagal membayar denda berkenaan.

Kena langgar selepas menyamun


23 Januari 2014
 Kena langgar selepas menyamun
Kena langgar selepas menyamun Salah seorang penyamun yang mengalami kecederaan di kedua-dua kaki akibat dirempuh sebuah van selepas melakukan rompakan.

SEREMBAN – Seorang penyamun patah kedua-dua belah kakinya, akibat dirempuh sebuah van dalam usaha melarikan diri selepas melakukan rompakan, di sebuah kedai serbaneka di Jalan Tun Dr Ismail, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, dua perompak masuk ke kedai tersebut lalu mengacukan parang kepada dua pekerja kedai berkenaan, sebelum meminta sejumlah wang.

Menurut juruwang kedai tersebut dikenali sebagai Nadia, dia dan rakan sekerjanya yang bertugas pada waktu pagi itu, terkejut dengan kehadiran perompak berkenaan, yang kelihatan sangat bengis dan menakutkan.

“Tanpa berfikir panjang, saya menyerahkan sejumlah wang yang ada tanpa mengetahui jumlah sebenar.

“Sejurus wang tersebut diperolehi, lelaki berkenaan meluru keluar dan menaiki motosikal yang sedia menunggunya di luar kedai,” katanya.

Selepas kejadian tersebut, datang empat anggota polis peronda yang ketika itu membuat rondaan di jalan berkenaan.

Akibat terlalu cemas dengan kegiatan jenayah yang dilakukan, kedua-dua suspek kemudiannya mengikut laluan bertentangan, untuk melarikan diri.

“Dalam keadaan kelam-kabut, motosikal suspek dirempuh sebuah van yang datang dari arah Mantin.

“Seorang daripada suspek mengalami kecederaan di kaki dan tangan, manakala seorang lagi berjaya melarikan diri,” katanya.

Sementara itu, menurut jurucakap polis, suspek yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar untuk tindak susulan, dan keterangan daripadanya juga diambil untuk direkodkan.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Zainal Abu dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, kes disiasat mengikut Sekysen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu rompakan bersenjata.

Tambahnya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat, boleh tampil di mana-mana balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.

Sebuah rumah runtuh, tujuh keluarga diarah pindah


23 Januari 2014


LABUAN - Sebuah rumah runtuh di Kampung Patau-Patau 2 manakala tujuh keluarga di tiga kampung di sini diarah berpindah serta-merta berikutan kejadian tanah mendap dan hakisan tanah awal pagi ini, berikutan hujan lebat sejak empat hari lepas.

Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan Supt Adzhar Othman berkata tujuh keluarga yang diarah berpindah itu dari Kampung Patau-Patau 2, Kampung Sungai Keling dan Kampung Rancha-Rancha dan lebih ramai penduduk dijangka berpindah jika hujan berterusan beberapa hari lagi.

"Sejurus selepas laporan dibuat pagi semalam oleh seorang penduduk Kampung Sungai Keling, arahan supaya berpindah dikeluarkan kepada keluarga berkenaan selepas mendapat pengesahan daripada pihak bomba dan penyelamat," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Adzhar berkata pihak polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan akan terus membuat pemantauan di kawasan terbabit dan tempat-tempat lain yang dianggap berisiko tinggi.

"Kita juga memantau keadaan tiga rumah di lereng bukit Kampung Sungai Keling yang kita lihat tidak selamat dan turut disahkan berisiko oleh pihak bomba," katanya.

Sementara itu, seorang penduduk di Kampung Patau-Patau 2, Juliana Jumat, 20, berkata hakisan tanah begitu ketara sejak hujan lebat turun tiga hari lepas dan menyebabkan kebanyakan penduduk dalam keadaan berjaga-jaga.

"Kami di sini berasa terancam dan mengharapkan ada tindakan daripada pihak berkuasa tempatan atau bantuan sewajarnya. Ada beberapa rumah yang kini dalam keadaan senget dan bahagian dapur hanya menunggu saat untuk roboh," katanya ketika ditemui di kampung itu.

Katanya jalan raya turut mendap mengakibatkan laluan masuk dan keluar kampung terjejas teruk.

Mangsa yang terjejas dipindahkan ke balai raya berdekatan.

Pejabat anggota Parlimen Labuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menghulurkan bantuan kilat untuk keluarga yang terjejas. - Bernama

Thailand isytihar perintah darurat


21 Januari 2014
Thailand isytihar darurat

Thailand isytihar darurat Anggota polis berkawal selepas kumpulan Baju Kuning merempuh pengadang bangunan kementerian.

BANGKOK - THAILAND. Kerajaan sementara Thailand mengisytiharkan perintah darurat bagi mengekang demonstrasi oleh kumpulan Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat (PDRC), yang telah menggugat pentadbiran kerajaan serta menjejaskan aktiviti komersil dan kewangan di Bangkok.

Perintah darurat itu akan berkuat kuasa selama 60 hari bermula esok dengan merangkumi kawasan Bangkok, wilayah Nontaburi, daerah Lat Lumkaew di Pratumthani dan daerah Bangphli di Sumutprakarn, kata Surapong Tovijakchaikul, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar kerajaan sementara Thailand, dalam sidang berita di Tentera Udara Diraja Thailand di sini, petang tadi.

Beliau membuat pengumuman itu selepas mengadakan mesyuarat dengan agensi-agensi keselamatan.

Beliau berkata para penunjuk perasaan telah mengancam dan mengganggu penjawat awam yang bertugas dan meminta mereka memberi sokongan kepada protes jalanan itu.

Surapong berkata kerajaan sementara telah menjemput duta-duta asing di Thailand untuk menghadiri satu majlis taklimat bagi menjelaskan mengenai pengumuman dekri darurat itu esok.

"Kami akan mematuhi standard antarabangsa, kami tidak akan menggunakan senjata untuk menyuraikan para penunjuk perasaan," kata Surapong.

Perintah darurat itu membolehkan kerajaan untuk mengenakan perintah berkurung, melakukan penapisan media dan mengharamkan perhimpunan politik.

Kemudian, Perdana Menteri kerajaan sementara Yingluck Shinawatra berkata para pegawai polis akan menjadi pasukan utama yang menguatkuasakan dekri darurat itu dan bukannya pihak tentera sebagai langkah mengelak berulangnya tindakan keras terhadap para penunjuk perasaan seperti yang berlaku pada 2010.

Kabinet telah menekankan supaya pasukan keselamatan melaksanakan tugas mereka dengan penuh toleransi dan mematuhi standard operasi antarabangsa, katanya selepas mengadakan mesyuarat Kabinet sepanjang hari di Tentera Udara Diraja Thailand di sini, hari ini.

Sebelum ini,  pihak polis telah menggesa supaya dekri darurat dikeluarkan tetapi para panglima tentera berpendapat ia tidak perlu dilakukan.

Demonstrasi 'Shutdown Bangkok' yang masih berterusan anjuran PDRC telah menyebabkan menteri-menteri termasuk Yingluck tidak dapat ke pejabat mereka, malah sesetengah agensi terpaksa memindahkan operasi masing-masing.

Beberapa hari lepas, dua serangan bom tangan dilakukan terhadap para penunjuk perasaan selain ada petunjuk bahawa senjata dan bom perisikan tentera sedang dipindahkan ke ibu negara ini.

Kerajaan juga berdepan demonstrasi oleh para pesawah, yang kebanyakannya penyokong kerajaan, setelah mereka tidak mendapat bayaran bagi beras yang dijual kepada kerajaan mengikut skim subsidi.

Sesetengah pesawah yang mengadakan demonstrasi itu dilaporkan telah menyertai para penyokong PDRC, yang mahu memaksa Yingluck meletakkan jawatan dan menangguhkan pilihan raya 2 Februari depan.

Ketika memberi makluman balas mengenai perintah darurat itu, pemimpin PDRC Suthep Thaugsuban berkata dekri darurat itu tidak perlu dikeluarkan kerana kumpulannya mengadakan protes jalanan secara aman sejak tiga bulan lepas.

"Semasa saya menjadi timbalan perdana menteri yang bertanggungjawab terhadap keselamatan negara, perintah darurat dikeluarkan kerana para penyokong Baju Merah telah mencetuskan kebakaran, mengganggu Sidang Kemuncak ASEAN serta melepaskan tembakan ke arah hotel dan bangunan," katanya sambil merujuk kepada insiden 2010 semasa beliau berucap di hadapan para penyokongnya di petang tadi. - Bernama

2,800 penerbangan terjejas


23 Januari 2014
2,800 penerbangan terjejas

2,800 penerbangan terjejas Ribut salji melumpuhkan semua pergerakan trafik di New England.

WASHINGTON - Ribut salji melanda bahagian timur Amerika Syarikat menyebabkan lebih 2,800 jadual penerbangan di negara itu terpaksa dibatalkan.

Selain itu, puluhan jalan raya di negara berkenaan turut diliputi salji tebal dan cuaca menjunam hingga -28 Celsius.

Jurucakap Jabatan Kaji Cuaca berkata, ribut berkenaan membadai daerah Philadelphia dan selatan New England dengan salji kira-kira 35.6 sentimeter tebal.

“Berikutan itu, sekolah di Pennsylvania, New Jersey, Connecticut, Virginia dan Kentucky diarah tutup,” katanya.

Menurut AFP, antara kawasan terjejas,  lapangan terbang dari Washington ke Boston kerana ribut salji dilaporkan bergerak ke Atlantik Tengah dan bahagian timur.

“Daerah paling teruk terjejas termasuk Kentucky dan utara Massachusetts ,” katanya.

Penunjuk perasaan tutup pejabat kerajaan


23 Januari 2014

 Penunjuk perasaan tutup pejabat kerajaan
Penunjuk perasaan tutup pejabat kerajaan - Foto AP

PATTANI - THAILAND. Penyokong-penyokong Jawatankuasa Pembaharuan Demokrasi Rakyat (PDRC) di tiga wilayah selatan Thailand yang menunjuk perasaan telah bertindak menutup pejabat kerajaan sebagai tanda sokongan kepada rakan-rakan di Bangkok di hari pertama dikri darurat dilaksanakan di ibu negara itu.
 
Seawal 7.00 pagi semalam, penunjuk perasaan telah berkumpul di pintu masuk utama Pejabat Kerajaan di Pattani yang turut menempatkan Pejabat Gabenor wilayah Pattani, bagi menyekat pegawai kerajaan dari masuk untuk memulakan tugas.
 
Pegawai kerajaan dan orang ramai yang hendak berurusan dengan mereka terpaksa pulang.
 
Pada jam 10 pagi penunjuk perasaan yang datang dari semua daerah di wilayah Pattani berarak ke pejabat kerajaan di Bandar Pattani antaranya pejabat Datuk Bandar, pejabat syarikat telekomunikasi, pejabat tanah, pendidikan dan lain-lain untuk "meminta kerjasama" pegawai kerajaan serta pekerja pulang ke rumah dan menutup pejabat selama tiga hari.
 
Ini sebagai tanda sokongan kepada ketua PDRC, Suthep Thaugsuban.
 
Salah seorang penunjuk perasaan berkata, mereka tidak akan patuh dan takut kepada perisytiharan Undang-undang Darurat yang dikuatkuasakan di Bangkok dan akan terus menentang kerajaan Perdana Menteri sementara Yingluck Shinawatra.

Di Wilayah Yala, ribuan penunjuk perasaan berarak ke pejabat-pejabat kerajaan dan swasta untuk menyeru pegawai dan pekerja berhenti kerja dan pulang ke rumah.
 
Akibatnya hampir semua pejabat kerajaan ditutup.
 
Sementara itu, di daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat, lebih kurang 2,500 orang penunjuk perasaan berkumpul di Pejabat Daerah Sungai Golok untuk menghalang pegawai dari mendaftarkan nama-nama mereka yang berhak mengundi dalam pilihan raya umum 2 Februari depan.
 
Namun, tiada keganasan dilaporkan berlaku.
 
Bahagian selatan merupakan kubu kuat PDRC dan kumpulan penentang bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, abang kepada Yingluck.
 
Walaupun Thaksin berada dalam buangan di luar negara, banyak rakyat Thai percaya beliau mempunyai pengaruh besar ke atas kerajaan Yingluck.
 
Oleh itu, kumpulan penentang beliau seperti PDRC mahukan pilihan raya ditunda dan reformasi dilaksanakan bagi menghapuskan pengaruh Thaksin.
 
Thaksin popular di utara dan parti pimpinan adik beliau iaitu Pheu Thai, dijangka menang dalam pilihan raya akan datang.
 
Keganasan yang berlaku semasa kempen menentang kerajaan Yingluck sejak 30 November hingga sekarang, telah menyebabkan sembilan maut dan hampir 600 cedera. - Bernama

Ketua prokerajaan Thai ditembak


23 Januari 2014
 Ketua prokerajaan Thai ditembak
Ketua prokerajaan Thai ditembak Penyokong antikerajaan cedera dalam rusuhan, semalam.

BANGKOK - Penyokong kempen Shutdown Bangkok bertindak balas terhadap dekri darurat dengan mengadakan perarakan bantahan di pejabat utama kerajaan sementara termasuk di Ibu Pejabat Polis Diraja Thailand, semalam.

Di timur laut wilayah Udon Thani, Kwanchai Praipana yang juga Ketua Kumpulan Baju Merah dan penyokong kuat bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, ditembak dan kini berada di unit rawatan rapi di sebuah hospital.

Di Bangkok, ribuan penunjuk perasaan tidak mematuhi perintah darurat dikuatkuasakan mereka sebaliknya berhimpun ke Pejabat Tetap Setiausaha Pertahanan yang juga ibu pejabat bagi kerajaan sementara pimpinan adik Thaksin, pemangku Perdana Menteri Yingluck Shinawatra.

Dipetik dari sumber Bernama, penunjuk perasaan tiba pukul 10.20 pagi dan Yingluck pula tiba kira-kira 30 minit lebih awal dan meninggalkan bangunan itu selepas penunjuk perasaan mula mengelilingi premis berkenaan.

Kumpulan itu mendesak tentera supaya menyebelahi mereka manakala kumpulan lain diketuai Rangkaian Pelajar dan Rakyat Bagi Pembaharuan Thailand berkumpul di hadapan Ibu Pejabat Polis Diraja Thailand.

Kumpulan ini pula mendesak Ketua Polis Negara Jen Adun Saengsingkeow meletak jawatan atas dakwaan bahawa pihak polis bersetuju mengenakan perintah darurat dan bukan tentera.

Drama tebusan cinta


23 Januari 2014
 Drama tebusan cintaDrama tebusan cintaDrama tebusan cintaDrama tebusan cinta
Drama tebusan cinta

SANYA - Gara-gara perkahwinan ditentang keluarga, seorang buruh binaan di China sanggup mengheret teman wanitanya ke atas bumbung dan mengacukan pisau pemotong daging ke leher mangsa.

Media melaporkan, suspek dikenali sebagai Lin, 32, turut mengugut membunuh mangsa kerana mendakwa mangsa menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain.

"Drama tebusan berlangsung selama lima jam. Selain itu, suspek juga bertindak menanggalkan pakaian dan mengarahkan mangsa melakukan perkara sama dengan tujuan ingin memalukan mangsa di hadapan jiran yang sedang melihat mereka," menurut laporan media.

Menurut Daily Mail, selepas lima jam, suspek meminta sebuah kereta untuk melarikan diri bersama teman wanitanya, namun cubaannya gagal apabila dia ditahan anggota polis dan orang awam.

Tentera campur tangan jika keadaan tak terkawal


Bangkok: Panglima Tentera Thailand semalam enggan mengulas tindakan kerajaan mengisytihar darurat di Bangkok dan wilayah sekitarnya.

Sebaliknya, Jen Prayuth Chan-Ocha berkata, tentera hanya akan bertindak jika situasi semasa gagal dikawal polis. “Pengisytiharan darurat adalah tanggungjawab dan budi bicara kerajaan,” katanya kepada media.


Prayuth berkata, tugas utama menguatkuasakan darurat terletak di tangan polis.



Walaupun begitu, katanya, polis boleh meminta bantuan tentera jika perlu. “Tentera akan bersikap adil terhadap semua pihak kerana tugas utama kami ialah melindungi orang awam, harta umum dan pasukan keselamatan yang diingatkan supaya menggunakan budi bicara ketika bertugas dengan senjata api,” katanya. Menurut Prayuth, tentera akan menunggu hasil pelaksanaan darurat sama ada memberi kesan positif atau mencetus lebih banyak keganasan. “Jika keadaan tidak terkawal mungkin perlu bagi kami campur tangan,” katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/23

Remaja terlampau

Kuala Lumpur: Dua pasangan remaja bukan Islam dikesan menjadikan surau di sebuah pangsapuri di Bandar Sri Damansara, di sini, sebagai tempat memadu kasih sebelum perbuatan mereka terbongkar, petang semalam.
Menurut sumber, perbuatan pasangan terbabit yang berasmara di dalam rumah ibadat itu dikesan seorang penduduk yang mahu menunaikan solat Asar dan hairan apabila mendapati pintu surau berkunci dari dalam kira-kira jam 4.30 petang. 
Katanya, sebaik menyedari pintu berkenaan berkunci, penduduk terbabit yang memegang kunci pendua surau itu cuba membuka menggunakan kunci itu, namun gagal kerana ia seperti ditahan seseorang dari dalam.

Menurutnya, penduduk terbabit kemudian memaklumkan kepada beberapa jemaah lain yang datang untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku.
Foto
JEMAAH surau menunjukkan pintu surau yang terpaksa dipecahkan.

“Kumpulan penduduk terbabit kemudian terdengar bunyi seseorang sedang keluar dari surau berkenaan melalui tingkap sebelum melarikan diri.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/23

Luluh hati nenek

Luluh hati nenek

Dungun: “Sebagaimana zalimnya cucu saya dibunuh, saya mahu orang yang melakukannya menerima hukuman setimpal,” kata Semek Hitam, 58, nenek kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang dipercayai dibunuh sebelum mayatnya ditemui dalam sebuah rumah kosong di Taman Permint Paka Fasa Dua, Paka dekat sini, kelmarin.
Lebih membuatkannya pilu, Semek berkata, dia menjaga cucu sulungnya yang dikenali sebagai Nursyafiqah itu sejak mangsa dilahirkan di rumahnya di Kampung Tebing Tembah, di sini. 
“Kali terakhir saya bertemu cucu September tahun lalu sebelum dia dan ibunya berpindah ke belakang Sekolah Menengah Kebangsaan Paka atas alasan ingin berdikari.

“Saya cuba menghalangnya (anak), tetapi dia tetap berkeras dan sejak itu saya tidak pernah berjumpa mereka,” katanya ketika ditemui, semalam.
Foto
JENAZAH Nursyafiqah dibawa untuk dikebumikan, semalam.

Semek berkata, dia hanya mengetahui mengenai kematian cucunya menerusi televisyen malam kelmarin sebelum disahkan seorang ahli keluarganya.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/23

Mati hantar rakan


Kuching: Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggang dirempuh sebuah pacuan empat roda dalam kejadian di bulatan Jalan Muara Tabuan/Samajaya, Kuching, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, Abdul Rani Rumani, 21, maut di tempat kejadian selepas motosikal ditunggang bersama rakan Adeni Wahab, 28, dilanggar Toyota Hilux. 
Menurut sumber, difahamkan, mangsa dikatakan dalam perjalanan menghantar rakannya pulang ke rumah di Tabuan dan ketika keluar simpang di bulatan berkenaan, motosikal mereka dirempuh Toyota Hilux dipandu laju dari arah Muara Tabuan ke Samajaya. 

Mangsa tidak sempat mengelak menyebabkannya dilanggar dan tercampak beberapa meter.
Foto
SEORANG ahli keluarga mangsa mencium jenazah Abdul Rani di tempat kejadian.

“Mangsa parah di kepala dan disahkan maut di tempat kejadian, manakala rakan yang cedera ringan dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan dilaporkan stabil.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/23

‘Jerung’ sudah dikenal pasti

Oleh Aziman Rosdi
Kelana Jaya: Dalang skandal rasuah dan mengatur perlawanan membabitkan skuad Kuala Lumpur kini pasti seperti ‘cacing kepanasan’ apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan mereka sudah mengenal pasti identiti individu terbabit.
Selain memberi amaran kepada dalang yang diibaratkan sebagai ‘jerung’ itu tidak akan terlepas, FAM juga mendedahkan siasatan mereka tidak akan terhenti di situ kerana berdasarkan maklumat dikumpul setakat ini, beberapa pasukan lain juga bakal disiasat.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM Datuk Taufek Abd Razak, pihaknya bukan saja akan memaklumkan keputusan perbicaraan 28 pemain Kuala Lumpur pada 28 Januari ini malah akan mendedahkan dalang di sebalik gejala rasuah dan mengatur perlawanan itu.

“Tidak, tak mungkin ‘jerung’ akan terlepas. Kami mempunyai cukup bukti. Apa yang pasti, kami akan dedahkan siapakah ‘jerung’ ini pada 28 Januari nanti,” katanya kepada pemberita selepas selesai perbicaraan tiga pemain Kuala Lumpur iaitu Hishamuddin Othman, Ahmad Dashila Tajudin dan Badrul Hisyam Azmi semalam atas dakwaan rasuah dan mengatur perlawanan.
Foto
Datuk Taufek Abd Razak

Bagaimanapun Taufek berkata, kesemua keputusan akan diumumkan apabila mereka selesai memanggil baki tujuh pemain iaitu Ahmad Jihad Ismail, Mohd Munir Amran, Syafiq Johari, Mohd Ar’ra’uf Roslee , Muhd Rafef Raya, Muhd Hanis Mohtar dan Muhd Taufiq Mohd Shukor untuk sesi perbicaraan esok dan Selasa depan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/23

TANAH runtuh di lereng Bukit Kanada di Miri

Foto MenarikTANAH runtuh di lereng Bukit Kanada di Miri menyebabkan Jalan Pujut Padang Kerbau ditutup lebih empat jam kepada kenderaan. FOTO Kandau Sidi.

RM27.4 juta di padang pasir


Ridyadh: Polis Arab Saudi semalam berjaya “menggali” semula wang berjumlah SR31 juta (RM27.4 juta) dilarikan tiga perompak tidak lama dulu.

Wang berkenaan dirompak dari sebuah van keselamatan beberapa bulan lalu dan di tanam di sebuah kawasan padang pasir . Jurucakap polis, Kolonel Zaid Al Ruqaiti berkata ketiga-tiga perompak ditahan baru-baru ini.


“Seorang daripada suspek mendedahkan tempat wang berkenaan ditanam dan kami berjaya menemuinya semula.” katanya lagi. - Agensi



Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/23

10 mangsa banjir dipindahkan di Beaufort

BEAUFORT: Seramai 10 penduduk dari beberapa kampung di daerah ini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara selepas kediaman mereka dinaiki air, petang semalam berikutan hujan lebat sejak tiga hari lalu.
Semua mangsa banjir membabitkan tiga buah keluarga kini ditempatkan Dewan Pa'Musa. 
Pada masa kini, bacaan sungai Padas Beaufort pada paras 8.99 meter iaitu pada paras bahaya. 
Foto
ANGGOTA JPAM membantu memindahkan penduduk ke Dewan Pa'Musa Beaufort. FOTO Ihsan JPAM Kota Kinabalu
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/23

PPM Tawau rampas dadah atas kapal

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Daerah Tawau berjaya merampas enam bungkusan plastik yang mengandungi kira-kira 300 gram dadah dalam serbuan di sebuah kapal di Perairan Sabindo, dekat sini, semalam.
Komander PPM, Datuk Isa Munir berkata, dalam operasi yang dilaksanakan pada jam 10.15 pagi itu, seorang lelaki bukan warga tempatan berusia 19 tahun turut ditahan. 
Foto
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/23

Nelayan dikhuatiri lemas


Oleh Rosli Ilham
DUNGUN: Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas terjatuh daripada bot dinaikinya di muara Kuala Dungun, di sini, kira-kira jam 9 malam semalam.

Mangsa, Muhammad Ariffin, 40, tercampak daripada bot dinaikinya ketika dalam perjalanan pulang ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Kuala Dungun, di sini.


Ketika kejadian, mangsa bersama tiga lagi rakannya Fazli Mohamad, 37, Mohd Shamri Bakar, 44, dan Aidilhim Othman, 34, duduk di belakang bot manakala jurugan bot Bahyuddin Awang, 28, mengendali bot.

Kesemua nelayan terbabit berasal dari Kampung Seberang Pintasan, di sini.


Ketika memasuki muara terbabit, jurugan bot dikatakan menjerit meminta kesemua awak-awaknya itu bersedia selepas menyedari botnya itu dipukul ombak yang menyebabkan bot terumbang-ambing sebelum mangsa tercampak ke dalam laut.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun Norazizi Che Noh berkata, pihaknya yang menerima laporan daripada polis bergegas ke tempat kejadian serta melancarkan gerakan mencari dan menyelamat.

Katanya, usaha mencari dan menyelamat mangsa menghadapi kesukaran semalam berikutan ombak besar dan gerakan mencari dan menyelamat disambung pagi ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/23

Badan disambar api

Foto
KERETA mangsa remuk dihempap runtuhan konkrit.
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
Kuala Lumpur: Panik apabila api menyambar badannya, seorang lelaki nekad menyelamatkan diri dengan berlari turun dari rumah kedai tiga tingkat di Jalan Pelangi 17, Taman Pelangi, di sini, sebelum pengsan, semalam.
Dalam kejadian jam 2 pagi itu, mangsa berusia 30-an berjaya diselamatkan orang awam yang menyedari kejadian itu sebelum menghantarnya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Keadaan mangsa dilaporkan kritikal selepas hampir separuh badannya terbakar.
Malah, kereta Nissan Sylphy miliknya turut musnah dalam kejadian itu apabila dinding konkrit premis berkenaan runtuh dan menghempap keretanya.

Seorang lagi mangsa yang menyewa premis di tingkat dua, Datuk Zulkifli Azbdul Aziz pula kerugian dianggarkan RM200,000 selepas barangan milik syarikatnya turut musnah.


Menurutnya, dia hanya menyedari kejadian itu kira-kira jam 9.30 pagi semalam selepas dimaklumkan pekerjanya dan terus bergegas ke tempat kejadian sebelum mendapati rumah kedai berkenaan yang turut menempatkan pejabat syarikatnya musnah.

“Saya diberitahu, sebelum kejadian ada saksi terdengar bunyi letupan di tingkat tiga premis ini.

“Selang beberapa minit kemudian tiba-tiba terdengar jeritan seorang lelaki yang berlari turun dalam keadaan terbakar sebelum pengsan,” katanya.

Zulkifli berkata, dia jarang bertemu dengan lelaki itu kerana mangsa menyewa di tingkat tiga sebagai stor simpanan barang.

“Saya sendiri tidak mengenali mangsa kerana dia jarang berada di sini.

“Malah, akibat kebakaran ini, semua peralatan seperti komputer, mesin pencetak, barangan syarikat rosak dan tidak boleh digunakan menyebabkan kerugian hampir RM200,000,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.12 pagi dan tiba ke lokasi kejadian 25 minit kemudian.

“Api berjaya dikawal lima minit kemudian. Dalam kejadian itu seorang lelaki terbakar separuh badan dan dihantar ke HKL untuk rawatan,” katanya.

“Seramai 45 anggota bomba pelbagai pangkat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gombak Selatan, Sentul, Titiwangsa dan Hang Tuah terbabit dalam operasi memadam kebakaran itu,” katanya.

Menurutnya, punca dan jumlah kerugian sebenar masih dalam siasatan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/23

Kes tumbuk polis sudah ke mahkamah

Oleh Fardy Bungga dan Kalidevi Mogan Kumarappa
Kuala Lumpur: Satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki dipercayai penceroboh sebuah kawasan ladang milik FELDA di Sabah menendang dan memaki hamun seorang anggota polis bantuan FELDA kini tersebar di media sosial.
Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku pada 2011 bagaimanapun video berkenaan baru disebarkan semalam. 
Rakaman video durasi 2.12 minit itu menunjukkan seorang lelaki menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda memarahi beberapa anggota polis bantuan dalam satu kawasan ladang.

Rakaman itu bermula ketika lelaki berkenaan mendakwa pondok miliknya dirobohkan, namun ia dinafikan anggota polis bantuan terbabit dan seterusnya bertanyakan bagaimana lelaki itu tahu perbuatan meroboh itu dilakukan pihaknya.
Foto
RAKAMAN video pada 2011 tersebar di media sosial.

Lelaki terbabit kemudian mendakwa ada melihat kesan tapak kasut anggota polis bantuan di kawasan berkenaan sebelum anggota itu bertanyakan sekiranya ada bukti lain seperti cap jari mereka di kawasan itu.

Berang dengan jawapan diberikan anggota itu, lelaki terbabit turun daripada kenderaannya sebelum menendang dan menumbuk seorang daripada anggota berkenaan.

Selepas itu , lelaki terbabit mengarahkan mereka untuk membuat laporan polis sebelum anggota itu memberitahu akan membawa perkara itu ke mahkamah.

Selain itu, lelaki berkenaan bagai mencabar anggota berkenaan dengan mengarahnya untuk menumbuk mukanya, namun anggota berkenaan tidak melayan provokasi lelaki terbabit.

“Kita jumpa di mahkamah. Ini bukan cara untuk menyelesaikan masalah. Kami cuma mahu berunding dan menjalankan tugas,” kata anggota itu.

Meskipun anggota polis bantuan itu cuba diprovokasi namun dia tidak melawan.
Ini menyebabkan lelaki itu seperti tidak berpuas hati dan cuba sekali lagi untuk menumbuk anggota berkenaan, namun diselamatkan anggota lain.

“Kau tengok muka saya,” kata lelaki itu selepas anggota berkenaan tekad dengan keputusan untuk membawa kes itu ke mahkamah.

Sementara itu, sumber polis yang mengesahkan rakaman video itu menyatakan kejadian itu berlaku di Lahad Datu, Sabah pada 2011 dan kes berkenaan sudah dibawa ke mahkamah.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/23

Patah gigi dibelasah pemandu teksi


Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
Kuala Lumpur: Seorang pemandu lori patah gigi dan lebam pada badan selepas dibelasah sebaik lori dipandunya terlanggar sebuah teksi di Jalan Kuchai Lama, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa yang berusia 29 tahun ditemani adiknya berusia 23 tahun dalam perjalanan ke ibu kota sebelum lori dipandunya melanggar sebuah teksi di lokasi kejadian.

Menurut sumber, mangsa kemudian keluar untuk melihat kerosakan yang berlaku dan ingin berbincang dengan pemandu teksi terbabit.

“Bagaimanapun tiba-tiba pemandu teksi itu mengamuk dan memarahi mangsa dengan menghamburkan kata-kata kesat.

“Terkejut dengan tindakan berkenaan, mangsa meminta lelaki terbabit bertenang namun gagal apabila dia tiba-tiba menumbuk muka mangsa.



Malah adik mangsa turut diserang lelaki itu,” katanya.

Sumber berkata, sebaik dibelasah selama beberapa minit, pemandu teksi berkenaan terus beredar.

“Akibat kejadian itu, mangsa patah sebatang gigi dan lebam di muka serta badan sementara adiknya hanya mengalami kecederaan ringan.

“Bimbang kejadian sama berulang mangsa membuat laporan di Balai Polis Brickfields,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/23

Lembu mati ragut nyawa 2 beranak

Sungkai: “Saya terkejut apabila mendapati Cikgu Kamaruzzaman terbaring di tepi kereta, manakala anak lelakinya yang berusia 15 tahun tersepit di tempat duduk penumpang hadapan kenderaan,” kata saksi kemalangan maut, Mohd Salim Iskandar, 51.
Mohd Salim yang juga Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Trolak, di sini, adalah antara saksi terawal yang tiba di lokasi kejadian selepas mangsa terlanggar bangkai lembu dan sebuah kenderaan dalam kemalangan di Kilometer 86.4, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, di sini, kira-kira jam 6.30 pagi semalam. 
Dalam kejadian itu, Kamaruzzaman Bukhori, 51, dan anak lelakinya, Mohd Hariz Zakwan, 15, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Mohd Salim yang dalam perjalanan ke sekolah tidak menyangka mangsa nahas jalan raya itu adalah rakan setugas dan murid di sekolahnya.
Foto
KEADAAN kenderaan yang terbabit dalam kemalangan menyebabkan kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian

“Saya dalam perjalanan ke sekolah sebelum terlihat kereta milik Kamaruzzaman terbabit dalam kemalangan itu. Dalam keadaan cemas, saya segera menghampiri keretanya dan mendapati dia berlumuran darah di muka dan badan.

“Melihat keadaannya itu, saya segera menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan,” katanya.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/23