Search This Blog

Wednesday, January 22, 2014

RM40,000 dalam almari musnah

RM40,000 dalam almari musnah22 Januari 2014

Rumah pusaka berusia lebih 100 tahun musnah dalam kebakaran di Kampung Padang Lalang, Mukim Kuah, Langkawi, petang semalam.

KUAH - Sebuah rumah pusaka berusia lebih 100 tahun yang didiami lima sekeluarga musnah dalam satu kebakaran di Kampung Padang Lalang, Mukim Kuah, di sini, petang semalam.

Kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari yang bermula dari ruang tengah rumah kayu itu, disedari seorang penghuninya, Mohd Ridzuan Shariff, 51, yang ketika itu berada di dapur.

“Saya tidak boleh fikir apa-apa waktu itu cuma segera berlari keluar apabila melihat asap dan api marak dari ruang tengah rumah yang menempatkan tiga bilik tidur.

“Ketika kejadian cuma saya dan abang berada di rumah, kebetulan isteri seorang guru tadika berada di tempat kerjanya, manakala dua anak berada di sekolah,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, kejadian yang dipercayai berpunca dari litar pintas itu menyebabkan keluarganya kini tinggal sehelai sepinggang dan terpaksa menumpang di rumah saudara mara buat sementara waktu.

“Habis semua jadi arang termasuk sebuah kereta dan enjin bot, selain dua buah motosikal yang berada di bawah rumah kayu yang saya warisi daripada arwah bapa.

“Paling sedih apabila wang simpanan bertahun-tahun dalam almari berjumlah RM40,000 yang bakal digunakan untuk menjelaskan bayaran kes tuntutan tanah di mahkamah kini jadi abu,” katanya.

Namun Mohd Ridzuan tetap bersyukur kerana dalam kejadian itu dia dan abangnya terselamat, malah lebih penting lagi isteri dan dua anaknya masing-masing berusia 9 dan 16 tahun tiada di rumah.

Sementara itu, Ketua Operasi Bomba Langkawi, Yaakob Hassan, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.31 tengah hari sebelum tiba di tempat kejadian lima minit kemudian.

Katanya, seramai 21 anggota dikejarkan ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran yang dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 2.20 petang.

“Ketika bomba tiba, rumah kayu itu sudah 80 peratus terbakar. Begitu pun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan semua mangsa berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Beliau berkata, punca kejadian sebenar dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Suspek bakar ibu tunggal ditahan


Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang dipercayai penagih dadah ditahan hari ini di Perak, awal pagi tadi bagi membantu siasatan berhubung kes cubaan bunuh dan khianat dengan membakar seorang ibu tunggal dalam kejadian di Projek Perumahan rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak di sini, semalam.

Lelaki berusia 27 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman Desa Bernam Indah, Hutan Melintang kira-kira jam 3 pagi tadi dan turut ditemui satu plastik lutsinar mengandungi dadah dipercayai ganja seberat 2.15 gram.


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, lelaki terbabit cuba melarikan diri ke tempat tinggal asalnya selepas insiden itu.

"Suspek berjaya ditahan hasil kerjasama Ketua Balai Polis Hutan Melintang, selepas usaha mengesan suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau berhubung kes dadah itu,” katanya.


Beliau berkata, motif kejadian dipercayai perselisihan faham antara mangsa dengan suspek yang sering meminta wang dengan mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/22

Individu sebar gambar palsu diburu


Oleh Erdiehazzuan Ab Wahid
KOTA KINABALU: Polis akan membuka kertas siasatan bagi mengesan individu yang menyebarkan rakaman foto palsu suspek kes tembakan terhadap 46 premis menggunakan senapang angin dan guli sebagai peluru 10 Januari lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, pihaknya juga turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyiasat kes penyebaran foto palsu tersebut.


"Saya sudah mengarahkan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu membuat laporan dan polis akan membuka kertas siasatan sendiri bagi mencari individu yang terbabit dalam penyebaran foto tersebut.

"Walaupun polis membuka kertas siasatan sendiri, kita akan tetap bekerjasama dengan SKMM untuk membantu menyelesaikan kes penyebaran foto palsu itu," katanya dalam sidang media selepas Melancarkan Buku Amalan Menyambut Kelahiran dan Penyerahan Jaket Keselamatan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, sebentar tadi


Hadir sama, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Sabah, Datin Alauyah Mohamed.


Hamza berkata, pihaknya memandang serius kes berkenaan sehingga menimbulkan kegusaran dikalangan penduduk negeri ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/22

Lelaki Jerman seludup dadah ditahan


JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga Jerman ditahan selepas disyaki menyeludup dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada Ahad lalu.
Lelaki berusia 20 tahun itu ditahan bersama 3.308 kilogram dadah jenis methamphetamine bernilai RM628,520.


Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Johor Datuk Ramli Johari berkata, lelaki berkenaan ditahan kira-kira jan 4 petang.

Menurutnya, dadah terbabit dijumpai disembunyikan dicelah beg tangan diisi dalam sebuah beg pakaian.

"Kini lelaki terbabit ditahan reman selama 14 hari untuk siasatan," katanya.

Lebih banyak keganasan akan meletus


Bangkok: Tentera Thai semalam memberi amaran kemungkinan lebih banyak keganasan meletus, membabitkan penunjuk perasaan antikerajaan selepas hasil risikan menemui senjata dan bahan letupan dibawa masuk ke ibu kota ini.

Jurucakap tentera Winthai Suwaree mendedahkan perkara berkenaan tetapi tidak mengumumkan secara khusus kumpulan yang terbabit.


“Sebuah kumpulan yang berniat jahat sedang mengumpulkan senjata dan bom untuk mengucar-kacirkan keadaan dan menyerang musuhnya,” katanya.



Amaran itu menimbulkan kebimbangan terhadap konflik politik di negara itu yang diselubungi keganasan sejak kebelakangan ini.


Ini berikutan penunjuk perasaan di bawah Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat (PDRC) menjadi sasaran serangan bom tangan pada Jumaat dan Ahad lalu, menyebabkan seorang terbunuh manakala berpuluh cedera ketika demonstrasi untuk ‘menutup’ Bangkok.


Penyokong PDRC menuduh kerajaan dan penyokong ‘baju merah’ bertanggungjawab terhadap kejadian terbabit, manakala kerajaan dan penyokongnya mendakwa PDRC sengaja menimbulkan keganasan untuk menyemarakkan lagi sentimen antikerajaan. - Bangkok Post

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/22

Ribut Agaton pula landa Filipina



Manila: Ribuan orang di selatan Filipina dipindahkan semalam selepas dilanda banjir teruk kesan hujan tiga hari akibat ribut tropika Agaton.

Ratusan yang terselamat daripada Taufan Haiyan November lalu dan kini masih tiada tempat tinggal juga antara mereka yang terpaksa dipindahkan selepas pusat pemindahan kecemasan yang dibina musnah atau rosak teruk di pulau Samar.


Agensi Oxfam berkata, hujan lebat mengakibatkan khemah yang dibina runtuh atau diterbangkan angin.



Lebih 200,000 orang dibawa ke pusat pemindahan tiga hari lalu, tetapi ratusan masih terpaksa duduk di bumbung rumah untuk berlindung daripada air banjir.


Pengarah Eksekutif Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan Eduardo del Rosario berkata, 42 terbunuh, 65 cedera manakala kerosakan harta benda dan tanaman menjangkau 367 juta pesos (RM27 juta).


“Pihak tentera sedang berusaha menyelamatkan semua mangsa,” katanya.

Mangsa, Nenita Matuda, 45, dan tiga anaknya terpaksa mendapatkan perlindungan di atas bumbung rumah jirannya di Butuan, pulau Mindanao.


“Syukurlah kami selamat, walaupun kehilangan tempat tinggal,” katanya.

Darurat diisytiharkan di Agusan del Norte dan 15 bandar lain di Davao del Norte, Surigao del Sur dan Agusan del Sur, semuanya di Mindanao.


Secara purata, Filipina dilanda 20 taufan setiap tahun, namun taufan besar Haiyan pada 8 November lalu direkodkan yang paling teruk dengan lebih 6,100 terbunuh selain memusnahkan perkampungan di Leyte dan Samar. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/22

Remaja jual bayi RM371 di Facebook



Santiago: Seorang remaja Chile cuba menjual anak dalam kandungannya di Facebook dengan hanya £68 (RM371) kata polis semalam.
Remaja terbabit dikenali sebagai Veronica Carrera Chaparro, 18 ditangkap bersama ibu dan kakaknya yang disyaki bersekongkol untuk menjual bayi berkenaan.

Ketua Polis Santiago, Miguel Ampuero berkata, Veronica menyedari dia hamil pada Februari tahun lalu.


“Ketika itu kandungan Veronica berusia dua bulan,” katanya. Keadaan itu dimaklumkan kepada teman lelaki Veronica yang berusia 17 tahun dan berjanji untuk merahsiakan kehamilan berkenaan. Namun, kata Ampuero, Veronica mendedahkan keadaan itu kepada keluarganya. Mendengar berita itu ibu Veronica, Angela, 42, dan kakaknya Daniela Perez, 24, memberi tiga pilihan kepada remaja terbabit - sama ada ada menjual anaknya apabila lahir, menggugurkan kandungan atau memberikan bayi berkenaan kepada keluarga angkat. “Selepas Veronica mengiklankan anaknya yang bakal lahir itu di Facebook, ia mendapat reaksi serta-merta daripada sepasang suami isteri dari bandar Concepcion tetapi mereka gagal mencapai kata sepakat,” katanya. Sebuah keluarga dari Puente Alto di Santiago juga menghubungi Veronica dan menawarkan bayaran bernilai RM3,770 untuk urusan pendaftaran bayi berkenaan nanti. Veronica kemudian bersalin pada 4 November lalu dan menyerahkan bayinya sehari kemudian tetapi pasangan terbabit didakwa tidak mengotakan janji apabila hanya membayar wang dalam jumlah lebih rendah daripada sepatutnya. Kejadian itu kemudian diketahui polis mendorong pihak berkuasa menahan Veronica, ibu serta kakaknya atas dakwaan menjual bayi. Pasangan yang membeli anak Veronica itu juga ditangkap. Mereka dibicarakan di mahkamah semalam. - AFP

Dituduh tak sensitif

Jakarta: Keputusan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono untuk memberi tumpuan kepada urusan Parti Demokrat ketika Indonesia berdepan dengan bencana alam semalam dikritik pelbagai pihak.
Beliau disifatkan sebagai tidak sensitif terhadap masalah dihadapi rakyat ketika ini. 
Sedang ribuan penduduk terjejas akibat banjir pada hujung minggu lalu, Susilo pula mempengerusikan satu mesyuarat parti di Bali.

Ahad lalu, Susilo mengadakan mesyuarat tertutup di Nusa Dua bersama ribuan anggota Parti Demokrat dari Bali, Wilayah Nusa Tenggara Barat dan Selatan.
Foto
ANGGOTA komando Indonesia menggunakan bot untuk menjalankan operasi menyelamat di Jakarta, semalam.

Agenda utama Susilo di Bali adalah untuk menghadiri majlis pembukaan Kongres Nasional Gabungan Pelaksana Pembinaan Indonesia (Gapensi) yang dijadualkan pada Isnin.

Pakar Komunikasi Politik, Effendi Ghazali berkata, Susilo mempunyai pendekatan berbeza dalam tugasnya berbanding pemimpin lain.

“Kebiasaannya, pemimpin sesebuah negara memberikan fokus utama terhadap urusan negaranya berbanding urusan parti,” katanya.

Katanya lagi, Susilo seharusnya lebih menumpukan urusan bantuan mangsa bencana alam yang melanda negaranya ketika ini.

“Kehadiran pemimpin negara bagi melihat penderitaan yang dialami rakyat sedikit sebanyak membantu meringankan tekanan yang ditanggung.

“Persidangan di Bali mungkin penting baginya, namun dalam perspektif komunikasi politik, tindakannya mendahulukan urusan parti berbanding membantu mangsa bencana adalah kurang bijak” kata Effendi. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/22

Anakonda dalam tandas

Riyadh: Seekor ular anakonda yang sangat besar dan mampu menelan bayi menyusup masuk ke tandas di sebuah kediaman di Arab Saudi sebelum ditangkap pihak berkuasa perhilitan negara itu, semalam.
Tidak diketahui dari mana reptilia itu datang dan bagaimana ia boleh memasuki tandas di kediaman di Madinah, barat Saudi itu kerana ular terbabit biasanya ditemui di Amerika Selatan. “Jenis ular ini boleh menelan bayi jika ia lapar dan juga sukar untuk dijinakkan sekiranya terlepas,” menurut pakar di Pusat Perubatan Tentera Putera Sultan yang berpangkalan di Riyadh, Hassam Al Malki.

Menurutnya, ular itu mungkin dibawa ke Saudi dari Amerika Selatan dan dikunci dalam kurungan di kediaman itu tetapi ia berjaya menyusup keluar. - Agensi
Foto
ULAR anakonda yang cuba menyusup masuk ke tandas sebuah kediaman di Madinah, Arab Saudi.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/22

Kematian tak jadi halangan berkasih


Beijing: Seorang gadis menarik perhatian pengguna Internet di China apabila dia menghantar mesej harian kepada teman lelakinya walaupun individu terbabit sudah meninggal dunia pada 2009.

Zhang Xi mula menghantar mesej harian itu kepada teman lelakinya, Renren, yang menetap di Vancouver, Kanada sejurus selepas pemuda terbabit meninggal dunia pada Disember 2009.


Pada awalnya mesej itu berbentuk kesedihan atas kematian Renren namun ia berlarutan dan bertukar menjadi luahan hati Zhang setiap hari. Mendedahkan betapa dia terlalu sedih atas kematian Renren, Zhang berjanji untuk “menemani” kekasihnya selama-lamanya. Setakat ini Zhang masih mengotakan janji berkenaan.



Sebahagian mesej itu menceritakan pengalaman lalu dan kadang-kadang Zhang berkongsi kegembiraan pada hari berkenaan. Tidak ketinggalan - rungutan. Zhang menulis mesej berkenaan seolah-olah Renren masih hidup dan dapat membacanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/22

Tekong seludup warga Indonesia ditahan


JOHOR BAHRU: Seorang tekong dan pembantunya ditahan selepas disyaki menyeludup 12 warga Indonesia 8 Januari lalu.

Keduanya yang juga berasal dari Indonesia ditahan selepas bot mereka dipintas pasukan penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia di perairan Sungai Langat, Banting di Selangor kira-kira jam 11.30 malam.


Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Johor Datuk Rahim Johari berkata, pemeriksaan terhadap bot menemui empat lelaki dan lapan wanita berusia 20 hingga 43 tahun sedang bersembunyi.

Menurutnya, pihaknya mengesyaki migran terbabit cuba diseludup pulang ke Indonesia.


Katanya, kesemuanya direman untuk membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/22

Dua beranak maut kemalangan

Foto
SUNGKAI: Seorang guru dan anaknya maut selepas kereta dinaiki terlanggar bangkai lembu di tengah jalan sebelum kenderaan itu terbabas ke laluan bertentangan dan dirempuh pula kereta lain di Kilometer 86 jalan Ipoh-Kuala Lumpur di sini, subuh tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, Kamaruzzaman Bukhori, 51, dan anaknya, Ariff Zaqwan, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan beberapa bahagian badan.


Jurucakap polis berkata, kemalangan itu turut membabitkan dua kenderaan lain yang tidak sempat mengelak dan merempuh kereta mangsa serta sebuah kereta lain di tempat kejadian.


Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/22

300 terjejas tanah runtuh di Miri

MIRI: Hujan lebat berterusan sejak lewat petang kelmarin menyebabkan kejadian tanah runtuh di Kampung Katong, di sini, kira-kira jam 7 pagi tadi.
Kejdian menyebabkan kira-kira 300 penduduk terjejas berikutan jalan berkenaan terpaksa ditutup buat sementara waktu. 
Orang ramai turut diminta menggunakan jalan alternatif lain bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Foto
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/22

Pengurus beri suapan kepada polis dihukum


JOHOR BAHRU: Hanya kerana memberi suapan RM50 kepada seorang anggota polis trafik, seorang lelaki yang juga pengurus sebuah syarikat swasta warga tempatan didenda RM10,000 dan penjara sehari oleh Mahkamah Sesyen di sini, tadi.

Tertuduh Tan See Khai, 44, mengaku bersalah memberi suapan kepada Lans Koperal Mohd Ariff Johari Mohd Zulkipli yang bertugas di Cawangan Trafik Bukit Aman pada 20 Oktober lalu.


Bapa kepada seorang anak berusia 14 tahun itu disaman anggota polis trafik berkenaan kira-kira jam 5.40 petang kerana memandu melebihi had laju di Kilometer 17.7, Lebuhraya Link Kedua di sini.

Pertuduhan dibacakan terhadapnya di depan Hakim Mohamad Haldar Abd Aziz.


Tertuduh diwakili Peguam CN Sritharan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/22

Penganggur mengaku bakar rumah ayah


KOTA BHARU: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima tahun di Mahkamah Sesyen, di sini terhadap tuduhan membakar rumah ayahnya, Julai tahun lalu.

Hakim Mohd Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohamad Faizie Mohd Noor, 22, mengaku bersalah terhadap tuduhan.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/22

Dua pekerja kontrak disamun


BUKIT MERTAJAM: Dua pekerja kontrak warga Bangladesh kerugian lebih RM2,000 selepas disamun empat lelaki dalam kejadian di Jalan Megat Harun, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu mangsa masing-masing berusia 30-an dalam perjalanan pulang ke Butterworth dengan menunggang motosikal.
Sumber berkata, ketika melalui jalan itu mangsa ditahan empat lelaki yang menunggang dua motosikal.

Menurutnya, suspek mengambil beg mengandungi wang tunai RM1,000, telefon bimbit, lesen serta kad pengeluaran wang automatik (ATM) mangsa.


"Suspek juga turut melarikan duit rakan mangsa berjumlah RM800 dan kedua-dua mangsa turut mengalami kecederaan dibahu kanan dan kepala akibat dipukul," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/22

Rintihan mangsa langgar lari

Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib
Kuala Lumpur: Seorang ibu tunggal terpaksa menanggung derita apabila tidak dapat bekerja selepas terbabit kemalangan pada Februari tahun lalu sehingga sewa rumah dan bil elektrik tertunggak RM1,500.
Noerhayaty Dollah, 44, yang sebelum ini bekerja sebagai tukang sapu terpaksa menggunakan tongkat untuk bergerak kerana cedera teruk pada kaki kiri yang dimasukkan besi bagi menyokong tulang kakinya yang patah. 
“Mujur anak sulung baru dapat kerja sebagai pengawal keselamatan selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Namun, sebagai ibu saya kesal kerana impiannya melanjutkan pelajaran terpaksa dilupakan semata-mata menjaga saya dan tiga adiknya berusia antara 13 hingga 17 tahun.

“Kebimbangan kami jika diusir kerana menangguhkan sewa rumah terlalu lama,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Flat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kampung Kerinchi di sini, semalam.
Foto
NOERHAYATY dibantu anak mencuci luka kakinya.

Menurutnya, episod duka dia sekeluarga bermula apabila dia dan anak bongsu Noor Alya Zubir, 13, menjadi mangsa langgar lari setahun lalu ketika menunggu bas.

Katanya, akibat rempuhan kereta itu, kaki dan tangan kirinya patah manakala Noor Alya patah kaki kanan menyebabkan mereka berdua terlantar beberapa bulan di hospital.

“Kaki Noor Alya pulih dan kembali meneruskan persekolahan walaupun tercicir hampir empat bulan. Bagaimanapun, kaki saya belum pulih, malah sebelum ini empat kali menjalani pembedahan.

“Sekarang pun kaki saya terpaksa dipasang besi bagi menyokong tulang yang patah hingga sukar bergerak,” katanya.

Menurutnya, dia perlu ke hospital setiap dua hari sekali untuk rawatan susulan dan terpaksa membayar RM20 bagi perkhidmatan teksi setiap kali ke hospital.

“Kalau ikutkan duit yang tinggal tidak mencukupi kerana perlu membayar teksi setiap kali ke hospital. Dengan wang zakat RM400 sajalah digunakan untuk belanja dapur dan persekolahan anak,” katanya.

Justeru, dia berharap sumbangan orang ramai untuk meringankan beban mereka sekeluarga dan Noerhayaty boleh dihubungi di talian 019-3894451 atau di alamat 01-04-01 Flat DBKL Kampung Kerinchi.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/22

Peniaga cabut lari bimbang diperiksa


Oleh Hamizah Badiran
Petaling Jaya: Akibat bimbang dengan kehadiran anggota penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Petaling Jaya yang membuat pemeriksaan di beberapa premis perniagaan, seorang peniaga kedai runcit bertindak menghilangkan diri.

Selain itu, terdapat peniaga lain yang tidak jemu memujuk pegawai penguat kuasa supaya memaafkan kesalahan mereka yang gagal menggunakan alat timbang mengikut spesifikasi selain mempamerkan tanda harga pada barangan jualan.

Keadaan itu antara yang dikesan pasukan penguat kuasa PPDNKK Cawangan Petaling Jaya ketika menjalankan Ops Harga 2.0 di 10 kedai runcit sekitar Pangsapuri Desa Mentari di sini, semalam.

Ketua Cawangan PPDNKK Petaling Jaya Abdul Wahab Satar berkata, permohonan maaf dan rayuan peniaga ketika PPDNKK menjalankan pemeriksaan hanyalah taktik mereka untuk meraih simpati dan belas kasihan.

“Kami serius mengenai operasi ini dan tidak berkompromi dengan peniaga yang dikesan melakukan kesalahan.



Kebanyakan peniaga runcit, pemborong mahupun pasar awam biasa melakukan kesalahan mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972, Akta Kawalan Harga serta Anti Pencatutan 2011.

“PPDNKK bertindak tegas terhadap setiap peniaga yang melanggar peraturan sedia ada memandangkan tindakan pendakwaan terus ke mahkamah akan dikenakan berbanding kompaun berkuat kuasa 16 Januari lalu,” katanya.

Menurutnya, operasi yang dilaksanakan hingga semalam mencatatkan 17 kes membabitkan nilai rampasan RM1,181.40 manakala jumlah premis yang diperiksa sebanyak 1,015.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/22

Tayar pecah undang tragedi


Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
Sungai Buloh: Seorang lelaki maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan treler, kereta dan motosikal di kilometer 453.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran dengan susur keluar ke Hospital Sungai Buloh (HSB), di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 petang, sebuah treler yang membawa dua unit konkrit landasan MRT terbabas selepas tayar depan kenderaan itu tiba-tiba pecah sebelum merempuh sebuah kereta Toyota Altis dari arah sama.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohamad Sani Harul berkata, treler dalam perjalanan dari Rawang ke Sungai Buloh itu kemudian merempuh pula pembahagi jalan dan memasuki laluan bertentangan lalu merempuh motosikal dinaiki seorang lelaki, Hamzah Abd Rahman, 57.

“Pemandu treler berusia 30 tahun itu dipercayai gagal mengawal keadaan selepas tayar depan tiba-tiba pecah,” katanya.

Menurutnya, treler itu terjatuh ke dalam gaung dan merempuh sebuah rumah penduduk, namun tiada penghuni di dalam rumah berkenaan.

“Dalam kejadian ini, penunggang motosikal maut di tempat kejadian manakala kelindan treler berusia 27 tahun patah kaki kanan manakala pemandu treler dan pemandu kereta hanya cedera ringan,” katanya.

Katanya, mayat dan mangsa yang cedera dibawa ke HSB untuk bedah siasat dan rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kemalangan itu juga menyebabkan kesesakan sepanjang tiga kilometer di kedua-dua arah selama lebih dua jam.



Foto
ORANG ramai melihat keadaan treler yang terbabas.

Foto
TOYOTA Altis yang dirempuh remuk teruk.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/22

Ramai penduduk ‘Bandung Mini’ hilang


Oleh Salman Hamat dan Azma Razana Johari
Juru: Menumpang rumah rakan atau kekasih adalah antara taktik yang digunakan pendatang asing tanpa izin (Pati) bagi mengelak dicekup pihak berkuasa dalam gerakan di negeri ini bermula jam 12 tengah malam semalam.

Berikutan itu, sebahagian besar warga asing yang tinggal secara haram di Flat di Taman Pelangi di sini, yang terkenal dengan nama jolokan ‘Bandung Mini’ menghilangkan diri lebih awal sebelum serbuan dijalankan pihak berkuasa.



Dalam pemeriksaan dijalankan di flat berkenaan, seramai 46 warga asing berasal dari Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan Nepal termasuk wanita dan tiga kanak-kanak berusia seawal tiga tahun hingga 50-an, ditahan kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan sah.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Pulau Pinang Basri Othman berkata, pihaknya mengakui ada antara warga asing berkenaan bertindak melarikan diri dengan berlindung di rumah rakan atau lokasi tertentu bagi mengelak daripada melalui pemeriksaan pihak berkuasa.

“Pemeriksaan dijalankan malam ini mendapati masih ada warga asing yang tinggal di negara ini secara haram, manakala bagi yang bersembunyi kami akan tetap memburu mereka kerana sebelum ini peluang sudah diberikan untuk kembali ke negara asal secara sah bagaimanapun gagal dipatuhi.

“Kami juga sudah mengenal pasti lokasi tertentu warga asing ini untuk bersembunyi kerana khuatir ditahan pihak berkuasa yang menjalankan gerakan memburu secara besar-besaran,” katanya.

Basri berkata, ketika serbuan dijalankan, pihaknya turut mengesan beberapa lelaki warga asing yang menjadikan tangki air dan ruang kosong dalam siling sebagai tempat untuk bersembunyi.

Bagaimanapun, katanya, taktik berkenaan berjaya dibongkar apabila pemeriksaan rapi dijalankan pihaknya berjaya menjejak warga asing berkenaan berdasarkan kesan serpihan siling yang pecah bertaburan di atas lantai.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/22

Kedai berusia 90 tahun terbakar

22 Januari 2014
Kedai berusia 90 tahun terbakar
Kebakaran itu menyebabkan kerugian lebih RM1 juta.


BATU PAHAT - Sederet 11 kedai usang yang berusia 90 di Rengit, di sini terbakar kira-kira jam 1 petang, semalam.

Bagaimanapun, dalam deretan kedai yang terdiri daripada kedai runcit dan telefon bimbit itu hanya tujuh sahaja yang masih beroperasi, manakala empat daripadanya telah dikosongkan.

Ketua operasi menyelamat yang juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rengit, Mohd Andimori berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.12 tengahari dan mengambil masa seminit untuk ke lokasi kejadian.

Katanya, disebabkan struktur rumah kedai berkenaan yang dibina daripada kayu dan faktor angin kuat, api merebak dengan cepat terutamanya di bahagian belakang kedai.

“Dalam operasi ini seramai 14 anggota bomba serta tiga jentera daripada Balai Bomba Rengit dan Jalan Mohd Khalid terlibat dan kami mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengawal kebakaran.

“Kami juga menerima bantuan daripada Pasukan Bomba Sukarela Senggarang dan Benut dengan kekuatan empat jentera serta 15 anggota.

“Punca kebakaran masih lagi dalam siasatan dan anggaran awal kerugian melebihi RM1 juta, namun tiada kemalangan jiwa,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, salah seorang peniaga Pua Yao Yu, 61, berkata, semasa kejadian dia berada di bahagian hadapan kedai dan terdengar bunyi riuh dari luar kedainya.

Katanya, sebaik terdengar jeritan berkenaan, dia melihat keluar dan mendapati api sedang marak membakar kedainya di bahagian belakang.

“Saya cuba masuk kembali ke kedai untuk menyelamatkan barang-barang tetapi hanya mampu menyelamatkan sedikit sahaja,” katanya.

Manakala seorang lagi mangsa, Khoo Chiu Fen, 60, berkata, dia tidak berada di kedai ketika kebakaran berlaku dan hanya mengetahuinya daripada kenalannya sahaja.

“Saya berada di luar semasa kejadian berlaku dan ada kawan menghubungi saya yang menyatakan kedai saya terlibat dalam satu kejadian kebakaran.

“Saya terus bergegas ke lokasi untuk menyelamatkan beberapa barangan namun tidak berhasil apabila api telah marak dan pasukan bomba sedang memadam kebakaran berkenaan,” katanya.

Kereta juruterbang dicuri ketika mandi


Kuala Lumpur: Seorang juruterbang kerugian lebih RM200,000 selepas sebuah kereta Volkswagen Golf GTI serta beberapa barang berharga lain miliknya dilarikan seorang penjenayah ketika sedang mandi di rumahnya di Persiaran Zaaba, Taman Tun Dr Ismail di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa sedang mandi di tingkat atas rumahnya sebelum menyedari beg sandang miliknya yang berisi kunci kereta serta wang tunai hilang.

Difahamkan, mangsa yang berusia 44 tahun sedang bersiap ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang untuk menerbangkan pesawat ke Bali pada jam 9.20 pagi.

Mangsa yang dikenali sebagai Yus berkata, tidak sampai 10 minit, penjenayah melakukan samun berkenaan.

“Saya turun ke tingkat bawah sebelum mendapati tingkap dan pintu di bahagian dapur terbuka.

“Selepas memeriksa, saya dapati kereta yang diletakkan di luar rumah tiada.



Selain kereta, pelbagai barang lain turut hilang termasuk jam berjenama, telefon pintar serta wang tunai lebih RM1,500,” katanya.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana tidak terserempak dengan penjenayah terbabit selain semua ahli keluarga lain termasuk ibunya yang berusia 74 tahun serta anak saudara tidak dicederakan,” katanya yang ditemui di kediamannya, semalam.

Beliau kemudian membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail.

“Saya percaya penjenayah ini memiliki senjata dan yakin polis akan menjalankan siasatan bagi mengesan suspek,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/22

Salah laku puluhan paderi AS didedah


22 Januari 2014

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Lebih 6,000 muka surat dokumen mengandungi bukti paderi melakukan penderaan seksual ke atas kanak-kanak didedahkan kepada umum, semalam.

Press TV melaporkan The Washington Post melaporkan pendedahan memalukan itu melibatkan 30 paderi Roman Catholic Archdiocese of Chicago, sebuah institusi berpengaruh dan terbesar di Amerika Syarikat (AS).

Menurut laporan akhbar itu lagi, kebanyakan daripada paderi terbabit dan meninggal dunia dan pihak berkuasa telah menyenaraipendekkan nama suspek yang disyaki terlibat dalam kes tersebut.

Gereja Roman Katolik terus menerima kritikan keras sejak akhir-akhir ini susulan daripada kegagalan mereka untuk melaporkan kejadian penderaan seksual ke atas kanak-kanak yang berlaku sebelum 1988 dan 1996.

Pada 2008, institusi tersebut membayar AS$12.6 juta (RM42 juta) kepada 16 mangsa penderaan seksual paderi.

3 jam sorok dalam longkang

Oleh Nazirul Roselan
Temerloh: Seorang peragut bersembunyi selama tiga jam dalam longkang selepas terjatuh dari motosikal ditunggang abangnya dipercayai akibat panik kerana dikejar orang ramai yang menyedari perbuatan mereka meragut seorang wanita di Lorong Melor di Jalan Mok Hee Tiang di Mentakab di sini, kelmarin.
Remaja berusia 17 tahun itu dikatakan terperangkap bersama beg diragut mengandungi wang tunai RM19,000, terpaksa bersembunyi dalam longkang besar berhampiran tempat kejadian sebelum diberkas polis.
Dalam kejadian jam 3.45 petang kelmarin, mangsa yang berkerja sebagai penyelia sebuah restoran makanan segera dalam perjalanan memasukkan wang ke sebuah bank berhampiran.
Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, sebaik mangsa yang berusia 22 tahun melalui lorong itu, seorang daripada suspek menolak dan merampas beg dibawanya menyebabkan mangsa menjerit meminta tolong.
Beliau berkata, jeritan mangsa menyebabkan suspek dikejar orang ramai sebelum seorang daripadanya terjatuh dari motosikal dan terpaksa menyorok di dalam longkang manakala seorang lagi melarikan diri.
“Polis berjaya menahan suspek pertama yang bersembunyi dalam longkang besar bersama beg berisi wang berkenaan manakala suspek kedua ditahan di kediamannya di Taman Seri Layang, Mentakab dekat sini pada jam 12.30 tengah malam,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.
Menurutnya, kedua-dua suspek adik-beradik itu dikatakan tahu pergerakan mangsa kerana pernah bekerja di restoran berkenaan sebelum berhenti dua minggu lalu.
“Mangsa luka dan calar di lengan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Klinik Kesihatan Mentakab,” katanya.
Abdul Aziz berkata, polis turut merampas motosikal, sarung tangan, topeng dan sebilah pisau yang dipercayai digunakan suspek untuk melakukan jenayah ragut.
Foto
PERAGUT yang dicekup orang ramai.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/22

Mayat warga emas ditemui

Daro: Hari keempat operasi mencari dan menyelamat 11 penumpang bot karam di muara Sungai Lassa, di sini, berjaya menemui seorang lagi mangsa di antara Teluk Gerigat dan Tanjung Bubus, tujuh kilometer dari lokasi kejadian, semalam.
Mayat wanita ditemui pada jam 9.02 pagi itu dikenali sebagai Ibong Rais, 60, mangsa ke-10 disahkan lemas, sekali gus menjadikan seorang lagi mangsa masih hilang iaitu Mahdani Akim, 56.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Daro untuk dibedah siasat dan pengecaman oleh keluarga mangsa sebelum dibawa ke Kampung Tekajong, di sini, untuk dikebumikan, petang semalam.
Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kementerian akan bekerjasama dengan Polis Sarawak, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) dan beberapa agensi berkaitan bagi mengatasi kemalangan yang berlaku di sungai di negeri ini.
“Kami akan bekerjasama bagi memastikan isu kemalangan di sungai dapat diatasi bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
“Bagaimanapun, nelayan serta penduduk kampung dinasihatkan mengutamakan keselamatan ketika di laut dan sungai bagi mengelakkan tragedi seumpama ini.
“Gunakan jaket keselamatan, pastikan bot dinaiki tidak melebihi muatan dan keadaan cuaca baik adalah antara asas keselamatan yang perlu dipatuhi,” katanya ketika melawat Pusat Gerakan Operasi dan Menyelamat di Kampung Saai, di sini, semalam.
Foto
ANGGOTA bomba dan penyelamat mengangkat mayat Ibong yang ditemui, semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/22

‘Tak berlembut lagi’

Oleh Mohd Husni Mohd Noor
Sepang: Bukan omong kosong, sebaliknya Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengotakan janji apabila sanggup bersengkang mata sehingga jam 4 pagi bagi mengetuai operasi bersepadu membanteras pendatang asing tanpa izin secara besar-besaran yang berjalan serentak di seluruh negara mulai awal pagi semalam.
Beliau yang berpakaian seragam lengkap pegawai penguat kuasa menyertai lebih 500 penguat kuasa pelbagai agensi termasuk Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Perbandaran Sepang dalam operasi itu. 
Operasi bermula jam 12.30 tengah malam dan berakhir jam 7 pagi itu menyerbu sebuah kawasan penempatan pekerja asing di Jalan KLIA 1/61 berdekatan Downtown Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, sebelum memeriksa 949 pekerja asing.

Dalam serbuan itu, 220 pendatang ditahan kerana pelbagai kesalahan membabitkan 89 pekerja asing warga Bangladesh, India (83), Nepal (21), Pakistan (25) dan dua Myanmar.
Foto
AHMAD Zahid (tiga dari kiri) turut serta dalam Operasi Bersepadu 6P di rumah kongsi Sepang, semalam.

Ahmad Zahid berkata, semua ditahan kerana pelbagai kesalahan termasuk tiada dokumen lengkap, menetap lebih masa dan memiliki pelekat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu.

“Semua tahanan dibawa ke Depoh Tahanan Sementara Semenyih dan KLIA untuk siasatan lanjut,” katanya.

Turut sama Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Abd Rahim Mohd Radzi, Ketua Pengarah JIM Datuk Seri Alias Ahmad dan Pengarah Penguat Kuasa JIM Datuk Zahari Abdul Aziz.

Ahmad Zahid pada sidang media selepas operasi berkata, pihaknya optimis operasi bersepadu sepanjang tahun diketuai JIM itu mampu mengusir pendatang sepenuhnya.

Menurutnya, 10,000 penguat kuasa di bawah KDN dikerahkan terbabit dalam operasi yang disifatkan terbesar pernah dikendalikan JIM.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/22

Pura-pura mati


Bayan Baru: Akibat terlalu takut, seorang lelaki warga Myanmar yang asyik bekerja di sebuah tapak pembinaan di Queensbay di sini, menggigil dan kaku sejurus ditahan pegawai Jabatan Imigresen di lokasi berkenaan.
Lelaki berusia 20-an itu juga kelihatan amat lemah dan langsung tidak boleh bangun ketika operasi dijalankan di tapak pembinaan itu bermula jam 10.30 pagi semalam.
Gelagat lelaki itu menyebabkan dia terpaksa diusung untuk menjalani proses pemeriksaan sebelum ditahan selepas didapati gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan atau permit sah.
Dia yang masih lemah sekali lagi terpaksa dibantu anggota dari Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) untuk dimasukkan ke dalam kenderaan milik Jabatan Imigresen Pulau Pinang sebelum dibawa ke Pejabat Bahagian Pengaut Kuasa Imigresen Pulau Pinang di Seberang Jaya untuk tindakan selanjutnya.
Ketua Bahagian Penguat Kuasa Imigresen Pulau Pinang Basri Othman berkata, turut dikesan ialah helah seorang lagi lelaki warga Myanmar yang berpura-pura seolah-olah sudah meninggal dunia kerana mahu mengelak daripada ditahan pihak berkuasa.
“Pegawai dan anggota menjalankan pemeriksaan merasa curiga dengan objek terlindung di bawah kanvas di dalam sebuah bilik masih lagi dalam pembinaan di bangunan itu dan melakukan pemeriksaan lanjut sebelum menemui lelaki terbabit dipercayai sedang bersembunyi.
“Selepas kanvas berkenaan diselak, lelaki terbabit masih memejam matanya, seolah-olah sudah meninggal dunia, tetapi taktik itu tidak menjadi apabila pemeriksaan lanjut dijalankan mendapati dia sebenarnya masih bernyawa,” katanya.
Basri berkata, pihaknya sudah menjangkakan pelbagai helah akan digunakan oleh pekerja warga asing berkenaan, namun mereka tidak akan berjaya melepaskan diri kerana taktik lapuk itu sudah dihidu sejak awal.
“Pemeriksaan membabitkan seramai 103 pekerja di tapak pembinaan itu, tetapi selepas proses penelitian dijalankan, kami menahan 24 individu iaitu 19 lelaki Myanmar, 3 lelaki Bangladesh, seorang lelaki dan seorang wanita Indonesia kerana melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen.
“Semua yang ditahan akan didakwa di bawah Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan sah,” katanya.
Foto
SEORANG warga asing berpura-pura mati dan bersembunyi di bawah kanvas.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/22

Mayat busuk budak


Oleh Helmy Abd Rahman dan Rosli Ilham
Dungun: Bau busuk dari sebuah rumah kosong di Taman Permint Seri Paka Fasa Dua di sini, membawa kepada penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia dua hingga empat tahun, disyaki mangsa bunuh, semalam.

Sumber berkata, ketika ditemui di dalam tandas rumah kosong itu, sekitar mayat mangsa dipenuhi darah dan separuh bogel dengan pakaiannya tersingkap hingga ke paras dada.

Menurutnya, mayat mangsa ditemui jam 3.20 petang oleh seorang pengawal keselamatan yang membuat pemeriksaan selepas terhidu bau busuk dari rumah itu.

“Berdasarkan keadaan mayat yang sudah kembung dan berbau busuk, mangsa dipercayai mati antara dua hingga tiga hari lalu dan polis turut mengambil kira kemungkinan mangsa dibunuh,” katanya.



Sumber itu berkata, terkejut melihat mayat kanak-kanak perempuan itu yang berlumuran darah, pengawal keselamatan terbabit segera memaklumkan kepada majikannya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Paka dekat sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.

Menurutnya, mayat kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Paka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Difahamkan seorang wanita yang tinggal di kampung berhampiran tempat kejadian, ada membuat laporan polis mengenai kehilangan anak perempuannya yang berusia dua tahun, dua hari lalu.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada mangsa yang mati itu adalah kanak-kanak yang hilang.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/22

Beri alasan barang jualan baru sampai

Oleh Nurfarahin Hussin
Shah Alam: “Barang ni baru sampai jadi saya tak sempat nak letak tanda harga,” itu antara alasan diberikan peruncit ketika Ops Harga 2.0 yang dijalankan di kedai runcit di sekitar Seksyen 6 oleh anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri, semalam.
Peruncit berkenaan akan didakwa di mahkamah mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
Ketua Penguat kuasa KPDNKK Selangor Othman Nawang berkata, setakat ini, sebanyak 12 kes dengan rampasan bernilai RM2,326 dikesan dalam operasi yang dilakukan di sekitar kedai runcit seluruh negeri itu.
“Dalam operasi kali ini, kami memberi tumpuan terhadap kesalahan berkaitan tanda harga, menjual barangan dengan harga mahal serta penggunaan alat timbang dan sukat yang tidak disahkan.
“Kami memeriksa lebih 70 kedai runcit di kawasan terpilih seperti di Kajang, Kuala Selangor, Kuala Kubu Baru, Sepang, Petaling Jaya dan Shah Alam dan mendapati majoriti peruncit tidak meletakkan tanda harga pada barangan yang dijual dan ini menjadi kesalahan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
“Selain itu, ada juga peniaga yang meletakkan harga mahal ke atas barangan yang dijual seperti sardin dan telur.
Oleh itu, mereka akan didakwa mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya kepada pemberita selepas operasi di Seksyen 6, semalam.
Othman berkata, barangan yang tidak diletakkan tanda harga dan dijual dengan harga tinggi boleh dirampas selain peruncit akan berdepan dengan saman serta pendakwaan di mahkamah.
Foto
OTHMAN memeriksa harga barangan yang dijual sebuah kedai runcit di Seksyen 6, Shah Alam, semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/22

Hentaman bola polo

Oleh Khairul Hamizy Ramlee

Kuala Terengganu: Akibat bola polo sesat, seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Chendering, di sini, kini terlantar di hospital sejak dua hari lalu dan mungkin kehilangan deria penglihatan mata kiri disebabkan tragedi di pusat Rekreasi dan Sukan di Kuala Ibai, Ahad lalu.
Bapa mangsa, Adnan Ismail, 48, berkata, dalam kejadian jam 6.30 petang itu, anaknya, Azliyahana Adnan, 21, bersama 25 penuntut lain turun dari bas dan berjalan kaki menuju ke pusat sukan boling berhampiran.
Menurutnya, ketika itu sekumpulan lelaki bermain polo di padang yang terletak lebih 50 meter dari kawasan anak dan penuntut lain berjalan kaki.

Katanya, tiba-tiba bola polo dipukul seorang lelaki melantun ke luar dan mengenai tepat mata kiri anaknya yang ketika itu sedang berjalan.
Foto
ARLINA melihat keadaan anaknya, Azliyahana yang terlantar di hospital.

“Azliyahana terus rebah dan menggelupur kesakitan sambil memegang mata yang berlumuran darah. Rakan lain yang melihat kejadian itu terus mengambil tisu untuk menghentikan pendarahan pada mata kirinya.

“Rakan dan kakitangan di pusat rekreasi itu kemudiannya bergegas ke sebuah klinik swasta untuk rawatan sebelum dirujuk kepada pakar di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ),” katanya ketika ditemui di HSNZ, di sini semalam.

Kakitangan bank yang tinggal di Sungai Buloh, Selangor, itu berkata selain menerima lebih lima jahitan, doktor memberitahu saraf dan retina pada mata kiri cedera parah dan tulang kerangka mata kiri Azliyahana juga mengalami keretakan dan perlu menjalani pembedahan dalam masa terdekat bagi mengelak sebarang komplikasi buruk berlaku.

Menurutnya, dia kecewa dengan sikap mereka bertanggungjawab menganjurkan sukan berkenaan dan pemain atau pengurusan pasukan terbabit pada hari itu yang sehingga kini tidak bertemu muka untuk berbincang masalah berkenaan.

Katanya, dia dan isteri, Arlina Omar, 45, ada berjumpa dengan kakitangan pusat sukan rekreasi berkenaan untuk berbincang mengenai insiden yang menimpa anaknya itu semalam, namun malangnya pihak berkenaan seperti mengelak untuk bertanggungjawab.

“Saya amat kecewa dengan pihak berkenaan dan demi keadilan saya dan isteri kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu untuk mengetengahkan masalah itu,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/22

Banjir akibat ribut taufan 'Agaton' di Butuan, Mindanao

Foto GlobalSEORANG penduduk berdiri di atas bumbung rumahnya yang tenggelam dalam air banjir akibat ribut taufan 'Agaton' di Butuan, Mindanao. FOTO Reuters

Darurat di Bangkok


2014/01/22
gambar sebelum  gambar berikut
Foto
PENUNJUK perasaan antikerajaan bergerak sambil mengibar bendera di Bangkok semalam. - Foto Reuters
Foto
KETUA demonstrasi Suthep Thaugsuban (atas kanan) melambai tangan kepada penyokongnya ketika penunjuk perasaan berarak di Bangkok, semalam. - Foto AFP

Perintah 60 hari kawal perhimpunan lebih dua bulan

BANGKOK: Thailand semalam mengisytiharkan darurat selama 60 hari di Bangkok dan kawasan sekitarnya bagi menangani demonstrasi yang mahu menggulingkan kerajaan.

“Kabinet memutuskan untuk mengisytiharkan perintah darurat untuk mengawal situasi dan menguatkuasakan undang-undang,” kata Timbalan Perdana Menteri Surapong Tovichakchaikul sambil menegaskan bahawa tindakan penunjuk perasaan telah menghalang kakitangan untuk pergi bertugas.
Perintah darurat itu berkuasa kuat hari ini (Rabu). Tindakan itu diambil ekoran perhimpunan besar-besaran yang berminggu-minggu di bandaraya yang menyebabkan berlakunya beberapa kejadian keganasan, termasuk serangan bom tangan dan tembakan.

Perdana Menteri Yingluck Shinawatra berdepan tekanan kuat daripada penunjuk perasaan untuk meletak jawatan selepas lebih dua bulan demonstrasi untuk menggulingkan kerajaannya dan menggantikannya dengan pelantikan “majlis rakyat”.

Yingluck mahu mengadakan pilihan raya pada Februari tetapi parti pembangkang utama mahu memulaukannya. Penunjuk perasaan mahu mengganggu pilihan raya itu dan di beberapa wilayah di selatan mereka telah menghalang bakal calon daripada daripada mendaftarkan diri.

Penunjuk perasaan telah melancarkan “penutupan” Bangkok sejak 13 Januari dengan mengadakan sekatan jalan raya dan perhimpunan di beberapa laluan utama jalan raya meskipun bilangan penunjuk perasaan telah berkurangan sejak pertengahan minggu lalu.

Dua belas orang cedera dan seorang terbunuh dalam serangan bom tangan yang dilempar oleh orang yang tidak dikenali ke arah penunjuk perasaan pada Jumaat dan Sabtu. Insiden itu membangkitkan kebimbangan kemungkinan wujud kekecohan pada pilihan raya bulan depan.
Menteri Buruh Chalerm Yubamrung, yang akan memantau pelaksanaan perintah berkurang itu berkata, Thailand akan mematuhi standard antarabangsa. “Kami tidak akan menggunakan kekerasan. Kami tidak ada dasar untuk untuk menyuraikannya (penunjuk perasaan),” katanya.

Thailand sudah beberapa kali berdepan persengketaan politik dan pertumpahan darah sejak bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra, abang Yingluck digulingkan oleh tentera tujuh tahun lalu.

Protes terbaru adalah ekoran rang undang-undang pengampunan yang akan membolehkan Thaksin pulang ke negaranya tanpa perlu dipenjarakan kerana kesalahan rasuah lampau. Bagaimanapun ia tidak diluluskan.

Penunjuk perasaan menuduh Thaksin menguasai pentadbiran adiknya itu dari tempatnya di Dubai.

Thaksin mempunyai sokongan kuat di utara Thailand, tetapi tidak disukai oleh kebanyakan rakyat di selatan serta penduduk kelas menengah di Bangkok. - AFP

Filipina larang import ayam, itik dari China


2014/01/22
Manila: Filipina semalam melarang import ayam itik dan produk yang berkaitan dengannya dari China selepas pengesahan berlakunya penularan virus HN52 selesema burung di wilayah utara Hebei.

Larangan itu yang dikeluarkan setiausaha pertanian, Proceso Alcala meliputi semua ayam, itik dan burung termasuk yang liar serta telur dan baka dari pusat ternakan di China. 

Marinatasha dakwa mangsa diskriminasi

Marinatasha dakwa mangsa diskriminasiMarinatasha memegang kenyataan akhbar pada sidang media di M Cafe, Plaza Damansara.

 Kuala Lumpur: Seorang penyanyi mendakwa menjadi mangsa diskriminasi apabila diarah turun dari pentas ketika membuat persembahan untuk sebuah syarikat korporat di Petaling Jaya, Sabtu lalu, kerana memakai tudung.

Marinatasha Isnariah Mustapar, 33, mendakwa dihalang menyanyi oleh seorang pengurusan kanan syarikat itu ketika hendak memulakan persembahan bersama kumpulan Rufus.

“Saya sepatutnya membuat persembahan penuh pada malam itu, tetapi diarah turun dari pentas oleh seorang pengarah syarikat ketika bersiap memulakan persembahan.

“Alasan tidak membenarkan saya menyanyi ialah wanita bertudung tidak sesuai membuat persembahan pada majlis itu walaupun ada tetamu yang berhijab,” katanya pada sidang media bersama Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) di sini, semalam.

Turut hadir, Presiden KARYAWAN, Datuk Freddie Fernandez.

Marinatasha yang berpengalaman selama 12 tahun sebagai penyanyi, mendakwa beliau dimalukan dan dihina akibat kejadian itu.

“Saya tidak diberitahu oleh penganjur yang tidak mahu penyanyi bertudung membuat persembahan walaupun sudah menjalani sesi latihan bersama kakitangan syarikat itu,” katanya.

Mayat budak dalam tandas


2014/01/22
 
Dungun: Mayat seorang kanak-kanak perempuan ditemui dalam keadaan menyedihkan dalam tandas sebuah rumah yang belum diduduki di Taman Permint, Seri Paka Fasa Dua di sini, semalam.

Mayat kanak-kanak dipercayai berusia sekitar dua tahun itu yang masih berbaju petak berwarna biru tanpa seluar ditemui seorang pengawal keselamatan kawasan berkenaan, kira-kira jam 3.20 petang.


Hidu bau busuk


Pengawal terbabit menghidu bau busuk ketika berkawal di sebuah rumah yang sudah siap tetapi belum diduduki itu dan terkejut apabila menemui mayat mangsa di tandas rumah itu.

Berdasarkan keadaan mayat mangsa yang lebam dan kembung, kanak-kanak itu dipercayai sudah mati antara dua ke tiga hari sebelum ditemui.

Lantai berhampiran tandas itu turut dipenuhi darah daripada mayat mangsa.
Pengawal keselamatan berkenaan melaporkan kejadian kepada majikannya, sebelum satu laporan polis dibuat oleh pihak pengurusan di Balai Polis Paka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Beliau berkata, identiti mangsa belum dapat disahkan tetapi polis daerah Dungun ada menerima laporan mengenai kehilangan seorang kanak-kanak beberapa hari lalu.

Mayat kanak-kanak berkenaan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat.

Terserah kepada polis siasat ‘komando didera’


2014/01/22
Kuala Lumpur: Tentera Darat menyerahkan sepenuhnya kepada polis menyiasat dakwaan pelatih komando didera selepas bot mereka karam ketika latihan di Melaka, bulan lalu.

Susulan laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris Jumaat lalu yang mendakwa 11 pelatih didera dan laporan polis sudah dibuat seorang daripada mereka, Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, berkata pihaknya maklum dengan dakwaan berkenaan.


“Jika benar, wajar perkara ini disiasat pihak berwajib (polis),” katanya pada sidang media di Wisma Pertahanan, di sini semalam, sambil berharap insiden di Melaka itu tidak dimanipulasi mana-mana pihak sehingga menjejaskan kredibiliti pasukan berkenaan, sedangkan siasatan dalaman berhubung kejadian itu masih berjalan.

Katanya, pihak tentera juga menubuhkan lembaga siasatan bagi menyiasat insiden bot digunakan 11 pelatih serta dua jurulatih komando itu karam ketika kursus asas komando di perairan Selat Melaka, berhampiran Klebang pada 9 Disember lalu.

Ibu tunggal, bayi melecur dibakar bekas kekasih


2014/01/22
Kuala Lumpur: Seorang ibu tunggal serta bayinya berusia empat bulan melecur teruk apabila rumah mereka dipercayai dibakar bekas teman lelaki wanita itu di PPR Setapak Jaya, Wangsa Maju, awal pagi semalam.

Mangsa dikenali sebagai Sarliza Saidin, 29 dan anaknya, Nur Airis Khalisya Mohd Shahril, melecur 80 peratus badan dan dilaporkan kritikal. Ibu Sarliza, Som Dollah, 62, turut melecur pada tangan dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi.
“Kira-kira jam 1.30 pagi, bekas teman lelaki Sarliza datang ke rumah untuk berbincang hal peribadi sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.

“Tiba-tiba lelaki itu menyimbah minyak petrol ke arah Sarliza dan anaknya serta membakar rumah kami sebelum dia mengunci pintu jeriji,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata kedua-dua mangsa yang kritikal kerana melecur dihantar ke HKL.

Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan kejadian itu berpunca daripada salah faham atau dendam dan menyiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

“Suspek kini diburu polis dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis terdekat bagi membantu siasatan,” katanya, semalam.

Dua anggota polis didenda selepas mengaku salah berkhalwat


2014/01/22
Kuala Selangor: Dua anggota polis masing-masing didenda RM3,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah berkhalwat, tahun lalu.

Hakim syarie, Shukran Yusof menjatuhkan hukuman itu mengikut Seksyen 29(1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, yang boleh dihukum denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali. 

Tanah runtuh di Kampung Katong, Miri akibat hujan lebat

Tanah runtuh di Kampung Katong, Miri akibat hujan lebat HUJAN lebat berterusan sejak lewat petang kelmarin menyebabkan kejadian tanah runtuh di Kampung Katong, di Bukit Kanada, Miri, kira-kira jam 7 pagi tadi. - Foto pembaca BH

MIRI: Hujan lebat berterusan sejak lewat petang kelmarin menyebabkan kejadian tanah runtuh di Kampung Katong, Canada Hill, di sini, kira-kira jam 7 pagi tadi.

Laluan utama ke perkampungan itu turut ditutup kepada satu lorong berikutan sebahagian jalan runtuh. 

Pengurus didenda RM10,000 kerana beri RM50 kepada polis


2014/01/22
Johor Bahru: Seorang pengurus dijatuhkan hukuman denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, sebentar tadi selepas mengaku bersalah memberi suapan RM50 kepada seorang polis trafik pada 20 Oktober tahun lalu.

Tertuduh, Tan See Khai, 44, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abd Aziz. 

Jururawat dera pesakit nyanyuk digantung tugas


2014/01/22
Jururawat dera pesakit nyanyuk digantung tugas
Nigel Phillips

London: Seorang ketua jururawat yang menyumbat mulut pesakit tua dan nyanyuk di sebuah rumah penjagaan di sini, semata-mata untuk membuat mereka diam, lapor media tempatan.

Nigel Phillips, 58, dari Stockton-on-Tees juga memulas jari pesakit wanita itu ketika merawat lukanya di pusat penjagaan warga tua Brierton Lodge milik rangkaian rumah penjagaan warga tua Bupa, di Hartlepool, County Durham, ketika beliau mengetuai bahagian penjagaan mental.


Beliau akan dipecat daripada jawatan manakala lesen perkhidmatannya sebagai jururawat digantung seumur hidup jika sabit kesalahan.

Phillips yang diletakkan di bawah perhatian polis selepas mengaku melakukan perbuatan itu pada 27 November tahun lalu, berkata, beliau tertekan berikutan keadaan keluarga yang sukar. Beliau bagaimanapun mengaku menyumbat mulut salah seorang pesakit berkenaan.


Digantung 18 bulan

Phillipis kini digantung tugas selama 18 bulan, sebagai ‘langkah keselamatan’ ketika Majlis Kejururawatan dan Perbidanan (NMC) meneruskan siasatan terhadap kes itu.
Pusat penjagaan dengan 58 katil itu mengenakan bayaran £619 (RM3,377) seminggu dan menjaga pesakit cacat fizikal, nyanyuk, pesakit warga tua dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental lain.

Laporan Jawatankuasa Tata Tertib NMC menyatakan bahawa ketika laporan dibuat, Phillips adalah seorang jururawat kanan, berpengalaman dan sepatutnya berupaya memberi perkhidmatan berkualiti kepada pesakit yang memerlukan.

“Mengikut pertuduhan, ketika merawat luka pada jari seorang pesakit wanita warga tua yang nyanyuk, Phillips memulas jari wanita dan memegang tangannya dengan kuat. Beliau juga menjerit ‘diam’ kepadanya sebelum menyumbat mulut wanita itu dengan kertas tisu tandas,” lapor NMC.

Kes itu masih disiasat dan Phillips yang tidak hadir pada perbicaraan awal bulan lalu, berdepan tindakan larangan berkhidmat seumur hidup jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Bupa melalui laman webnya berkata, pusat penjagaan itu menawarkan penjagaan jangka panjang dan jangka pendek termasuk pemulihan ke atas pesakit Parkinson dan mereka yang nyanyuk.

Jurucakap rangkaian itu berkata, kesejahteraan penghuni menjadi keutamaan dan tindakan serta-merta diambil ke atas Nigel, manakala laporan dibuat ke atasnya sebaik saja maklumat diterima. - AGENSI

Susilo berjanji bantu mangsa dera di Hong Kong


JAKARTA 22 Jan. - Presiden Susilo Bambang Yudhoyono melahirkan rasa bimbang dan marah terhadap penderaan yang dilakukan ke atas pembantu rumah Indonesia oleh majikan di Hong Kong baru-baru ini.
Dalam satu perbualan telefon bersama mangsa penderaan tersebut iaitu Erwiana Sulistyaningsih dan bapanya Rohmad Saputra, Susilo berjanji akan membantu mereka menghadapi masalah ini. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140122/lu_02/Susilo-berjanji-bantu-mangsa-dera-di-Hong-Kong#ixzz2r4iXdYMK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bogor rancang roboh 400 rumah haram


Beberapa orang Komando Tentera Udara Indonesia membantu memindahkan penduduk yang terjejas akibat banjir di Jakarta, semalam. - AGENSI
JAKARTA 21 Jan. - Pihak berkuasa Bogor merancang merobohkan 400 buah rumah yang dibina secara haram di pusat peranginan Puncak, sebagai sebahagian usaha mewujudkan kawasan tadahan bagi mengelak banjir.
Ketua daerah Bogor, Rachmat Yasin berkata, sebanyak 231 buah rumah itu dirombak pada tahun lalu, dan lebih 400 buah rumah lagi akan dirobohkan pada tahun ini.
Katanya, kerja-kerja meroboh itu akan dimulakan pada bulan depan selepas belanjawan daerah itu diluluskan.
"Kerja-kerja meroboh tersebut akan dilakukan secara berperingkat-peringkat sehingga akhir tahun depan," ujarnya.
Kawasan terbabit akan dijadikan kawasan agro-pelancongan di mana pelbagai pokok akan ditanam dan kawasan tadahan air akan dibangunkan bagi mengelakkan air dari pusat peranginan Puncak mengalir terus ke dalam Sungai Ciliwung. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140122/lu_06/Bogor-rancang-roboh-400-rumah-haram#ixzz2r4iQfKSi
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Indonesia tahan dua militan


SURABAYA, Indonesia 21 Jan. - Polis Indonesia menahan dua anggota kumpulan militan yang didakwa merancang untuk menyerang kawasan pelacuran dan pondok polis di bandar kedua terbesar di republik ini.
Isnaini Ramdhoni dan Abdul Majid ditahan lewat semalam di sebuah stesen minyak di sini.
Polis kemudian menemukan dua bom paip hidup yang dibungkus bersama paku semasa serbuan di rumah Majid.
Ketua Polis wilayah Jawa Timur, Unggung Cahyono berkata, pasangan itu dikaitkan dengan kumpulan pengganas di utara Pulau Sulawesi, Mujahideen Timur Indonesia, diketuai militan paling dikehendaki, Santoso.
Indonesia telah melancarkan tindakan kekerasan ke atas kumpulan militan selepas kejadian serangan di barat negara ini, termasuk pengeboman di Bali pada 2002 yang mengorbankan sebanyak 202 orang, kebanyakannya terdiri daripada pelancong asing. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140122/lu_08/Indonesia-tahan-dua-militan#ixzz2r4iJOJPL
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Anggota pelampau dipenjara


JAKARTA 21 Jan. - Seorang anggota kumpulan pelampau dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun setengah selepas didakwa merancang mengebom Kedutaan Myanmar di negara ini pada Mei lalu.
Mahkamah daerah Jakarta Selatan, hari ini mendapati Sigit Indrajit bersalah kerana terlibat dalam konspirasi jenayah untuk melancarkan serangan bom ke atas kedutaan itu bagi membalas dendam terhadap pembunuhan etnik Rohingya Islam.
Sebelum ini, dua rakan Sigit turut didakwa atas kesalahan sama dan dijatuhi hukuman penjara tujuh setengah tahun dan enam tahun masing-masing.
Keganasan etnik di wilayah Rakhine, Myanmar pada 2012 menyebabkan sekurang-kurangnya 167 orang terbunuh dan kebanyakan mangsa terdiri daripada etnik Rohingya. - DPA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140122/lu_10/Anggota-pelampau-dipenjara#ixzz2r4hvW1Yy
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Serangan: Polis, tentera Thailand berbalah


BANGKOK 21 Jan. - Konflik politik di Thailand semakin buruk setelah tercetus perbalahan antara pihak polis dan pasukan tentera berhubung beberapa serangan yang menjadikan penunjuk perasaan antikerajaan sebagai sasaran sepanjang minggu lalu.
Pihak tentera menuduh polis cuba memburuk-burukkan imej pasukan tentera apabila mendakwa seorang pegawai tentera laut melontar sebutir bom tangan ke arah kumpulan penunjuk perasaan, kelmarin sehingga menyebabkan 28 orang cedera.
Polis turut memuat naik rakaman dalam laman media sosial yang menunjukkan aksi lelaki berkenaan melontar grenad, dan menawarkan ganjaran kepada orang ramai yang menyalurkan maklumat tentang suspek.
Semalam, polis mengeluarkan kenyataan tentang seorang pegawai tentera laut yang disoal siasat berkaitan insiden melontar bom tangan ke arah penunjuk perasaan di ibu negara ini.
Komander Tempur Tentera Laut, Laksamana Muda Winai Klom-in mengugut untuk memfailkan saman terhadap pihak polis jika terdapat bukti polis menggunakan media sosial untuk memburuk-burukkan pasukan tentera dan mencetuskan kekeliruan berhubung identiti penyerang.
"Cara polis menangani isu serangan itu dilihat sebagai cubaan untuk memburuk-burukkan pasukan tentera," kata panglima itu.
Polis juga mahu melaksanakan perintah darurat bagi memberi kuasa kepada mereka melaksanakan perintah berkurung, menahan suspek tanpa dakwaan, menyunting media dan mengharamkan perhimpunan politik melebihi lima orang, tetapi pihak tentera menentang cadangan itu.
Sementara itu, Ketua Tentera, Jeneral Prayuth Chan-ocha memberi amaran tentang keganasan di Thailand mungkin merebak selepas maklumat risikan melaporkan sejumlah senjata dan bahan letupan dibawa masuk ke Bangkok.
Beliau tidak mendedahkan kumpulan terbabit yang dipercayai mahu memburukkan lagi konflik di negara ini dan menyerang kumpulan lawan.
Beliau juga meminta polis mempercepatkan siasatan berhubung insiden serangan berkenaan bagi memastikan orang ramai mendapat maklumat yang betul.
Chan-ocha berharap suspek dapat ditahan segera dan dihadapkan ke mahkamah untuk dikenakan hukuman.
Dalam perkembangan lain, tunjuk perasaan antikerajaan anjuran Jawatankuasa Reformasi Demokratik Rakyat (PDRC) diadakan di beberapa wilayah di selatan Thailand menyebabkan banyak pejabat kerajaan terpaksa ditutup.
Penunjuk perasaan dilapor bertindak mengepung bangunan majlis perbandaran, pejabat daerah dan pejabat kesihatan.
Mereka menggesa penjawat awam menghentikan tugas masing-masing dan menyertai tunjuk perasaan antikerajaan bagi menggulingkan Perdana Menteri sementara, Yingluck Shinawatra. - AGENSI

Seorang warga emas korban selesema burung di Vietnam


HANOI 22 Jan. - Vietnam merekodkan kematian pertama akibat serangan jangkitan selesema burung H5N1 sejak sembilan bulan lalu, selepas seorang lelaki berusia 52 tahun dari selatan wilayah Binh Phuoc meninggal dunia Sabtu lalu.
Menurut Kementerian Kesihatan dalam kenyataan semalam, warga emas itu meninggal dunia selepas menerima rawatan di bandar raya Ho Chi Minh.
"Pihak hospital berjaya menjalankan analisis terhadap sampel (tisu) mangsa, dia didapati positif dijangkiti virus H5N1,’’ lapor kenyataan itu lagi. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140122/lu_01/Seorang-warga-emas-korban-selesema-burung-di-Vietnam#ixzz2r4fHElpn
© Utusan Melayu (M) Bhd