Search This Blog

Sunday, January 19, 2014

5 pekerja kilang dihanyut ombak


2014/01/19
Balik Pulau: Percutian seramai 24 pekerja sebuah kilang di Pantai Kerachut, Teluk Bahang, di sini, berakhir tragedi apabila lima daripada mereka dipukul ombak.

Seorang daripada mangsa disahkan maut, dua hilang, manakala dua lagi diselamatkan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan.


Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang semalam, kumpulan pekerja kilang dari Butterworth itu dipercayai mengadakan perkhemahan di Taman Negara Pulau Pinang sebelum mandi beramai-ramai di pantai.

Tak sedar bendera merah

Bagaimanapun, mereka tidak menyedari kewujudan bendera merah di tepi pantai sebagai tanda amaran bahawa keadaan laut berbahaya dan berombak.

Akibatnya, lima daripada 24 mereka dihanyut ombak ke tengah laut dan lemas, namun dua daripadanya diselamatkan rakan.

Mangsa yang disahkan meninggal dunia adalah P Yogambigai, 24, manakala dua lagi mangsa masih belum ditemui ialah Ku Muhammad Ilyas Ku Abdul Halim, 19, dan Ashwan Baljit Singh, 24.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zain, berkata polis menerima laporan berhubung insiden itu pada jam 4.20 petang.

“Ketika kejadian, lima daripada rakan mereka dihanyutkan ombak, namun dua daripadanya diselamatkan orang awam dan dibawa ke HPP untuk rawatan.

Seramai 30 anggota polis, bomba dan penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terbabit dalam operasi mencari mangsa yang hilang,” katanya di sini, semalam.

Operasi disambung hari ini

Tinjauan BH di Taman Negara Pulau Pinang mendapati kumpulan pekerja kilang berkenaan berkumpul dan dibawa keluar dari Pantai Kerachut, wartawan tidak dibenarkan mendekati mereka.

Operasi mencari dihentikan pada jam 7 malam dan akan disambung semula pada jam 7 pagi hari ini.

Berenang sejam tempuh arus

Berenang sejam tempuh arusDaro (Sarawak): "Saya terpaksa berenang hampir sejam menempuh arus deras ke tebing sungai...ketika itu memang terbayang maut di depan mata."

Itu kata Helmi Julai, 45, salah seorang mangsa terselamat dalam kejadian bot terbalik di Sungai Lassa berhampiran Kampung Kut, di sini semalam. 

Bimbang implan payu dara ‘makan diri’


2014/01/19
Los Angeles: Seorang bintang filem dewasa bimbang penanaman implan yang dilakukan sehingga menyebabkan payu daranya membesar ke saiz O akan membunuh dirinya sendiri.

Elizabeth Starr, yang menjalankan satu siri pembedahan 15 tahun lalu untuk meningkatkan kerjayanya berkata nyawanya bakal terancam disebabkan saiz payu daranya yang amat luar biasa.


Doktor mencadangkan beliau untuk melakukan pembedahan membuang kedua-duanya daripada mengambil risiko yang boleh meragut nyawanya sendiri.

Tetapi ibu kepada dua anak yang sudah melakukan 63 prosedur pembedahan plastik berkata beliau tidak lagi boleh melakukan pembedahan walaupun berhadapan dengan risiko darah beku dan jangkitan kerana ia bakal menamatkan kerjayanya.

Model berusia 43 tahun itu masih lagi melakukan proses pembesaran payu dara.

“Saya sebenarnya menjadi mangsa satu eksperimen dan saya dibayar untuknya sejak itu. Tambahan pula ketika itu saya mempunyai keluarga untuk ditanggung dan tahu memiliki payu dara yang besar menjamin masa depan kerja saya.

“Kini saya hidup di dalam kebimbangan kerana boleh mengalami jangkitan atau darah beku yang boleh meragut nyawa.”
Starr dari Los Angeles, California sudah memiliki payu dara bersaiz 32F ketika memilih untuk melakukan pembedahan implan pada 1999. AGENSI

Bunuh janin perempuan

Bunuh janin perempuanLondon: Beribu-ribu janin perempuan dilaporkan dibunuh dengan menerusi pengguguran berikutan kecenderungan sesetengah kumpulan etnik untuk mendapatkan anak lelaki, kata satu data terbaru.

Angka rasmi menyebut bahawa sekurang-kurangnya 4,700 janin perempuan hilang dalam rekod bancian kebangsaan terbaru bagi England dan Wales, meningkatkan kebimbangan bahawa ia menunjukkan amalan pengguguran haram untuk memilih jantina semakin berleluasa di United Kingdom.

Aktivis dilaporkan bimbang dengan kajian terbabit, menggesa tindakan diambil untuk menghalang doktor menjalankan pengguguran seperti ini dan memberi amaran bahawa amalan berkenaan boleh ‘merosakkan masyarakat’.


Dalam kebanyakan budaya, anak lelaki dilihat menjadi pilihan berbanding anak perempuan atas alasan agama atau ekonomi di mana ada pasangan yang memilih menggugurkan kandungan mereka jika mendapati anak yang dikandung adalah perempuan. 

Pergelangan kaki terputus

SINAR HARIAN
19 Januari 2014

Pergelangan kaki terputus
Keadaan MPV Naza Citra yang remuk setelah bergesel dengan motosikal Syed Mustapha Kamal.


Pergelangan kaki terputus
Pergelangan kaki kanan Syed Mustapha Kamal putus setelah tersangkut di tayar hadapan dan bumper MPV NAza Citra.
JASIN - Seorang lelaki nyaris maut apabila pergelangan kaki kanannya putus selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah kenderaan di Kilometer 30 Jalan Merlimau, di sini, kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi, mangsa, Syed Mustapha Kamal Syed Kassim, 59, kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku ketika motosikal jenis Kawasaki Versys 650 ditunggang sendirian Syed Mustapha dari arah Jasin ke Merlimau memasuki laluan bertentangan sebelum bergesel dengan dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Citra.

“Dipercayai mangsa yang menunggang motosikal berkuasa tinggi memotong beberapa kenderaan lain di hadapannya sebelum bergesel dengan MPV dipandu Ketua Balai Polis Sungai Rambai, Sarjan Major Kamaridzman Khanafee.

“Kaki kanan mangsa putus selepas tersangkut di antara tayar hadapan dan bumper MPV berkenaan sebelum terjatuh, manakala MPV itu mengalami rosak di sebelah kanan,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, mangsa yang parah akibat putus pergelangan kaki kanan bagaimanapun kelihatan tenang sementara menunggu anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) tiba untuk mendapatkan rawatan sebelum dibawa ke Hospital Melaka, manakala Kamaridzman tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mohd Nur Hishamuddin Hashim berkata, kemalangan dipercayai berpunca selepas motosikal ditunggang mangsa memasuki laluan bertentangan.

“Motosikal berkenaan kemudian bergesel dengan MPV Naza Citra dipandu Kamaridzman dan mengakibatkan penunggang berkenaan putus pergelangan kaki kanan.

“Mangsa yang parah dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kontraktor SPNB cabut lari

SINAR HARIAN
19 Januari 2014

Kontraktor SPNB cabut lari
Kontraktor SPNB cabut lari Kamarudin (kiri) menunjukkan rumah di bawah projek Rumah Mesra Rakyat miliknya yang terbengkalai sejak setahun lalu di Kampung Jus.



SELANDAR - Kegembiraan pasangan suami isteri di Kampung Jus untuk tinggal  di rumah sendiri tidak kesampaian setelah rumah yang dibina terbengkalai sejak tahun lalu.

Kamarudin Zainudin, 48, berkata, dia telah memohon Rumah Mesra Rakyat pada awal   tahun lepas dan permohonannya diluluskan.

Bagaimanapun pembinaan rumah yang bermula sejak Mei lalu masih belum siap.

Menurutnya, kontraktor memaklumkan rumah berkenaan akan disiapkan dalam tempoh dua bulan dari tarikh pembinaan, namun dalam tempoh itu kontraktor terbabit telah menghilangkan diri.

“Kontraktor yang dilantik Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menghilangkan diri selepas melakukan kerja-kerja pembinaan hanya selama dua minggu sahaja.

“Sudah tiga kali saya menghubungi SPNB di Kuala Lumpur dan mereka memberitahu akan menghantar wakil mereka untuk memantau perkara ini namun sehingga kini masih tiada tindakan,” katanya.

Jelas Kamarudin, dia dan isterinya, Normah Abdullah, 50, serta seorang anaknya kini menumpang di rumah bapa saudara mereka sejak berkahwin sepuluh tahun lalu kerana tidak mampu memiliki kediaman sendiri.

"Saya tidak mampu membina rumah sendiri memandangkan pendapat kami suami isteri sebagai penoreh getah hanya RM800 sebulan.

"Saya juga baru pulih akibat terlibat dalam kemalangan tahun lalu dan tidak mampu bergerak aktif seperti dulu kerana kecederaan tulang belakang,” katanya.

Tambahnya, dia merayu pihak SPNB mengambil tindakan sewajarnya kerana dia sudah lama menunggu untuk mendiami rumah berkenaan.

Sementara itu, Eksekutif SPNB Melaka, Hafiz Ahmad ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menamatkan kontrak bersama kontraktor lama dan melantik kontraktor baru dalam tempoh sebulan.

Misteri di sebalik kedai kosong

SINAR HARIAN
19 Januari 2014
Misteri di sebalik kedai kosong
Misteri di sebalik kedai kosong Jika diperhatikan dengan teliti pintu kedai ini telah diubah suai dan kelihatan seolah-olah ditutup sedangkan ada aktiviti di dalamnya.

Misteri di sebalik kedai kosong
CCTV diletakkan di pintu belakang pusat judi berkenaan dan hanya orang tertentu dibenarkan masuk.

GEORGETOWN - Jika diperhatikan dari depan, kelihatan premis kedai itu seakan-akan kosong dan tidak berpenghuni, namun siapa sangka di dalamnya menempatkan puluhan komputer yang telah diubah suai khas untuk kaki judi.

Tidak mempunyai papan tanda, pintu depan dikunci dan kawasan kedai kelihatan suram itu antara helah yang digunakan pengusaha pusat judi untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

Tinjauan Sinar Harian di beberapa kawasan di sini mendapati taktik itu banyak digunakan oleh pengusaha pusat judi dan mereka menjadikan pintu belakang sebagai laluan rahsia untuk pelanggan masuk.

Bukan itu sahaja, pemerhatian mendapati premis itu juga dipantau rapi kamera litar tertutup (CCTV) dan hanya pelanggan tetap dan individu tertentu dibenarkan masuk.

Ada juga premis guna papan tanda perniagaan lain seperti pusat sukan dan pusat latihan komputer, namun di dalamnya adalah pusat judi.

Sinar Harian sempat menemu bual seorang penyelia pusat judi bagi mengetahui lebih lanjut modus operandi mereka.

Atas sebab keselamatan, dia tidak mahu identitinya didedah dan enggan gambarnya dirakam selain hanya mahu dikenali sebagai Garry.

Menurut Garry, untuk mengenal pasti premis itu menjalankan kegiatan judi bukanlah sukar.

Pelanggan hanya perlu melihat keadaan luar kedai kerana ada beberapa tanda digunakan yang biasanya difahami individu tertentu atau pelanggan tetap.

“Kebiasaannya pengusaha kedai judi akan menampal kertas yang tertulis perkataan seperti Google, Internet dan beberapa perkataan lain di pintu depan atau belakang premis berkenaan.

“Selain itu, ada juga antara pengusaha judi menampal logo di premis judi mereka seperti logo motosikal, lambang pasukan bola sepak dan imej kartun Master Q,” katanya.

Ditanya mengenai permainan atau jenis pertaruhan yang dilakukan di dalam premis berkenaan, Garry berkata, antara permainan yang sering mendapat sambutan ialah Rolex, Black Jack, slot dan tidak kurang juga ada kaki judi yang gemar bertaruh secara dalam talian (online).

Katanya, pelbagai hadiah ditawarkan pusat judi untuk menarik lebih ramai pengunjung antaranya motosikal dan baucar membeli belah.

“Disebabkan terlalu banyak pusat judi bersaing sesama sendiri, ada pengusaha memberi minuman percuma atau menganjurkan pelbagai aktiviti dan pertandingan lain.

“Tapi di Pulau Pinang saya tidak pernah dengar pula pusat judi menawarkan hadiah yang terlalu lumayan ataupun perempuan, untuk menarik pelanggan,” katanya.

Garry berkata, pelanggannya tergolong daripada pelbagai kaum dan kebanyakan berusia antara 18 hingga 60 tahun.

Mereka biasa menghabiskan sekurang-kurangnya RM50 sehari untuk bertaruh malah ada yang mengeluarkan modal besar demi melayani ketagihan judi mereka.

Dia turut mengakui setiap pusat judi di negeri ini dijaga tonto dan pelanggan di dalam tidak perlu risau kerana setiap kali serbuan dibuat oleh pihak berkuasa sudah pasti mereka akan mendapat maklumat dengan cepat.

Garry bagaimanapun berkata, kini kebanyakan pengusaha pusat judi tidak senang duduk berikutan terlalu banyak operasi dijalankan pihak berkuasa.

Mayat mangsa lemas ditemui

 SINAR HARIAN
19 Januari 2014
Mayat mangsa lemas ditemui
Mayat mangsa lemas ditemui Adik mangsa, Noor Suraya pengsan sejurus mayat kakaknya ditemui.
Mayat mangsa lemas ditemui
Mayat mangsa lemas dibawa ke pantai selepas dijumpai jam 12.15 tengah hari semalam.



PASIR PUTEH - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan lemas berhampiran benteng pemecah ombak Pantai Tok Bali jam 4 petang kelmarin dijumpai terapung kira-kira 100 meter dari tempat kejadian jam 12.15 tengah hari semalam.

Pasukan penyelamat berjaya menarik Mayat Noor Farahani Yusoff, 19, yang timbul di permukaan air untuk kali ketiga sejak pagi semalam.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd Kamal Zainal berkata, kali pertama mayat mangsa timbul kira-kira jam 10 pagi dan kali kedua jam 11 pagi, bagaimanapun katanya, kali ketiga baru berjaya mendapatkannya.

Menurutnya, pasukan penyelamat menghadapi kesukaran dalam kerja-kerja mencari mangsa kerana ombak besar.

“Kita bersyukur kerana berjaya menarik mayat ke pantai, mayat dihantar ke Hospital Tengku Anis untuk pengesahan dan akan diserahkan kepada keluarga selepas selesai dibedah siasat.

“Terima kasih kepada semua agensi dan sukarelawan yang terlibat dalam operasi mencari mangsa sehingga kita berjaya menemuinya seperti Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Rela dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang menjalankan operasi sejak semalam (kelmarin),” katanya.

Ibu mangsa, Norwati Yusof, 44, ketika ditemui berkata, arwah keluar rumah pagi kelmarin bersama adik dan rakan-rakan untuk ke Lata Hujan, Tanah Merah.

Bagaimanapun katanya, jam 4.30 petang kelmarin dia dikejutkan dengan berita Noor Farahani lemas di Pantai Tok Bali ketika dihubungi rakan arwah.

“Saya lihat dia (Noor Farahani) tidak banyak cakap akhir-akhir ini, saya tidak sangka perubahan ketara sikap dia itu merupakan petanda bahawa dia akan pergi buat selama-lamanya,” katanya.

Noor Farahani dari Kampung Baru Bechah Laut, Tanah Merah dikatakan mandi bersama adiknya, Nor Suraya Yusof, 17, sepupunya Nor Afikah Akmal Saufi, 14, serta dua rakan sekampung iaitu Muhamad Nasrullah Norhisyam, 19 dan Baharum Zawawi, 17, kira-kira jam  3 petang kelmarin.

Kelima-lima mereka lemas dibadai ombak besar sebelum arus deras menarik mereka sejauh kira-kira enam meter dari pantai.

Nor Afikah Akma ketika ditemui berkata, kelima-lima mereka lemas dibadai ombak besar tapi hanya Noor Farahani yang terus tenggelam.

“Arwah cuba menyelamatkan saya tanpa memikirkan keselamatan dirinya sehingga genggaman tangannya terlepas dan dia tenggelam, saya bernasib baik kerana diselamatkan pengunjung pantai dan rakan lain juga berjaya ke pantai,” katanya.

Turut berada di lokasi ialah Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Wan Baijuri Wan Hassan dan Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Kaharudin Yahya.

Gerakan mencari mangsa dijalankan Polis, Unit Skuba Bomba Kota Bharu, pasukan Bomba dan Penyelamat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Pasukan Bomba Sukarela Pangkalan Chepa, Pasukan Relawan Malaysia dan Sukarelawan 4X4 Pasir Puteh.

Maut jatuh dari tingkat empat

 SINAR HARIAN
19 Januari 2014


SEPANG – Seorang kanak-kanak lelaki, D Sree Sarveash berusia dua tahun setengah, maut dipercayai terjatuh dari tingkat empat rumahnya di Apartment Elite, Putra Perdana, di sini, kira-kira jam 6 petang, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Deputi Supritendan Zaldino Zaludin memberitahu, polis sudah memanggil ibu bapa mangsa untuk mendapat keterangan berhubung kematian anak mereka.

“Ini bagi menyelesaikan masalah dan mengetahui punca kejadian sebenar. Kita masih menyiasat punca kejadian, keputusan akan diperoleh dalam masa terdekat,” katanya.

Zaldino berkata, ada dua kemungkinan sahaja iaitu sama ada cuai atau pun jenayah tetapi mengesahkan tiada unsur jenayah terhadap kematian mangsa.

Beliau berkata, setakat ini polis mengklasifikasikan kejadian sebagai mati mengejut.

“Mangsa di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat,” katanya.

Salah seorang ibu saudara mangsa yang hanya dikenali sebagai Saras berkata, ketika kejadian, keluarga mangsa baharu sahaja pulang dari Batu Cave sempena perayaan Thaipusam.

“Setelah pulang, mereka yang agak penat terus tidur tanpa menyedari kelakuan anaknya ketika itu. Sebelum itu, mungkin anak mereka memanjat balkoni sebelum terjatuh ke bawah,” katanya.

Lelaki ditemui mati dengan kesan kelar

 SINAR HARIAN
19 Januari 2014


AMPANG - Seorang lelaki dipercayai warga Indonesia ditemui mati dengan kesan kelar di leher dalam kawasan semak di Jalan Enggang Timur 1, Taman Keramat, di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, penemuan mayat mangsa dilaporkan  orang awam yang kebetulan melalui kawasan berkenaan pada jam 11 malam.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati mayat lelaki dipercayai berusia awal 20-an itu, ditemui masih lengkap berseluar jeans dan t-shirt selain terdapat kesan cedera akibat dikelar di bahagian leher.

"Kita menjumpai kesan seperti diikat di kedua-dua pergelangan tangannya, selain kesan pergelutan.

"Kita percaya dia (mangsa) dibawa ke lokasi tersebut sebelum dibunuh di situ. Tiada sebarang senjata ditemui di lokasi dia dijumpai," katanya ketika dihubungi, semalam.

Khairuldin berkata, identiti mangsa juga masih belum dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan diri bersama mayatnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Lori diesel terbalik elak mat rempit

Lori diesel terbalik elak mat rempitSINAR HARIAN
19 Januari 2014

Lori terbalik dipercayai mengelak mat rempit di Lebuhraya Persekutuan dari Shah Alam menghala Kuala Lumpur, semalam.

SHAH ALAM - Sebuah lori membawa muatan diesel terbalik dipercayai mengelak sekumpulan mat rempit di Kilometer 10.5 Lebuhraya Persekutuan dari arah Shah Alam menuju Kuala Lumpur, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa cuba mengelak sekumpulan mat rempit sehingga menyebabkan lori dipandunya hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik.

Mangsa yang mengalami kecederaan dibawa ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Timbalan Penguasa Bomba Mohamad Khairi Daud berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 3.39 pagi.

Beliau memberitahu, pihaknya tiba di tempat kejadian jam 4.08 pagi dengan tujuh anggota serta seorang pegawai dari Balai Bomba Shah Alam.

“Setibanya di tempat kejadian, bomba melakukan operasi membersihkan diesel di lebuh raya tersebut,” katanya.

Operasi membersihkan jalan tamat pada jam 5.24 pagi.

Keluarga trauma anak diculik

Keluarga trauma anak diculik
NIK AMIRULMU’MIN NIK MIN
19 Januari 2014


Suseendhren menunjukkan laporan polis yang dibuat isterinya setelah anak gadis mereka yang dilarikan suspek berjaya ditemui dalam keadaan selamat, kelmarin.

KUANTAN - “Mujurlah dia sempat menghubungi kami, rakan dan talian 999 untuk memaklumkan kejadian kerana melalui maklumat yang diberikan, polis berjaya mengesan lokasi dia dikurung selepas dilarikan seorang lelaki tidak dikenali kelmarin.

“Atas bantuan banyak pihak, anak saya berjaya diselamatkan daripada menjadi mangsa ancaman penculik yang dipercayai cuba menjualnya kepada penagih dadah sebagai hamba seks,” kata V Suseendhren, 48, bapa kepada gadis yang didakwa menjadi mangsa penculikan dalam satu kejadian di Kampung Padang Jaya, Jalan Sungai Lembing dekat sini, 12 Januari lalu.

Suseendhren berkata, anaknya berusia 20 tahun diculik seorang lelaki berusia dalam lingkungan 60 tahun ketika berjalan kaki pulang ke rumah selepas turun bas di perhentian Kampung Padang Jaya.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 10.50 malam itu, anaknya yang bekerja di sebuah pusat membeli-belah di bandar Kuantan didatangi seorang lelaki bermotosikal bersenjatakan pisau panjang.

“Lelaki terbabit mengacukan pisau  dan memaksa anak saya menaiki motosikalnya sebelum memecut ke satu destinasi tidak diketahui.

“Semasa di atas motosikal, suspek memaksa anak saya memeluk kuat tubuhnya manakala pisau diletakkan pada bahagian pinggang sebagai amaran jika melawan,” katanya.

Dia berkata, mangsa sempat menghubungi ibunya memberitahu dia diculik dan pada masa sama, mendail talian 999 menggunakan telefon bimbit yang disorok di celah baju.

“Melalui panggilan yang diaktifkan itu, polis dapat mengesan lokasi dituju berdasarkan kata-kata suspek yang memberitahu akan membawa anak saya ke Taman Impian.

“Maklumat itu dikuatkan lagi dengan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada rakan  memberitahu dia diculik dan berada di tepi padang Taman Impian,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan penjelasan anaknya, dia dibawa ke sebuah rumah di Taman Impian yang dihuni beberapa penagih dadah.

“Suspek memaksa anak saya mengambil pil dipercayai dadah sebelum membuat tawaran untuk menjualnya kepada penagih di situ selain orang luar yang dihubungi,” katanya.

Dia berkata, anaknya bernasib baik apabila kejadian yang berlaku diketahui seorang lelaki selepas mendapat tahu dari salah seorang suspek yang ditemui ketika keluar membeli minuman di sebuah kedai serbaneka berhampiran.

“Lelaki tersebut terus ke rumah tempat mangsa disorok lalu menariknya keluar.

“Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu,  berlaku pergaduhan antara lelaki terbabit dengan dua suspek bagaimanapun dengan bantuan penduduk, anak saya berjaya diselamatkan,” katanya.

Menurutnya, dua suspek yang cedera dibelasah berjaya ditahan dan diserahkan kepada polis.

“Semasa polis tiba, semua penagih dalam rumah berjaya melarikan diri, manakala dua suspek yang ditangkap penduduk diberkas,” katanya.

Dia berkata, hasil pemeriksaan polis dalam rumah tersebut membawa kepada penemuan dua bilah pisau panjang dipercayai milik suspek.

“Saya percaya suspek menculik anak saya bagi tujuan menjual tubuhnya dan bukan bermotifkan samun memandangkan beg duit dan barang kemas miliknya tidak diusik kecuali telefon bimbit dipecahkan,” katanya.

Susulan kejadian isterinya, K Arputha Mary, 44, membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan kira-kira jam 2.20 pagi pada hari yang sama.

“Kami berterima kasih kepada semua pihak termasuk polis dan penduduk Taman Impian yang membantu menyelamatkan anak saya,” katanya.

Duit cabutan bertuah RM3,000 lesap

Duit RM3,000 lesap
Resit bayaran RM3,000 diterima mangsa.
SINAR HARIAN
19 Januari 2014

SIMPANG EMPAT - Seorang kakitangan kerajaan terpaksa berputih mata apabila kerugian wang RM3,000 akibat terpedaya tipu helah cabutan bertuah pada 5 Disember lalu.

Difahamkan, wanita berusia 53 tahun itu terpengaruh dengan habuan cabutan bertuah yang ditawarkan kepada dirinya sewaktu berkunjung ke sebuah pasar raya besar di Mergong, dekat sini.

Wanita enggan dikenali itu memaklumkan dia didatangi seorang lelaki dan perempuan secara tiba-tiba di kawasan parkir kereta kira-kira jam 12 tengah hari pada hari berkenaan.

“Wanita berusia 29 tahun berkenaan memperkenalkan dirinya sebagai As’. Kemudiannya, mereka menyerahkan dua keping sampul surat dengan cabutan bertuah Mega Sale kepada saya.

“Apabila membuka sampul berkenaan, satu tulisan ‘menang’ kelihatan. Lantas, wanita itu menyuruh saya ke sebuah hotel di Jalan Putra, Alor Setar di sini, untuk tebusan hadiah,” katanya.

Katanya, dia menemui seorang lelaki dikenali sebagai Darren Chua sebaik tiba di hotel, malah suspek meminta dirinya membayar sebanyak RM3,000 untuk menebus kad cabutan bertuah itu.

Menurutnya, selepas membayar sejumlah wang dikehendaki kepada suspek, mangsa menerima kad cabutan bertuah bernombor ‘5’ dengan tawaran hadiah tilam.

Dalam pada itu, katanya, dia memberitahu suspek bahawa dirinya ingin menukarkan hadiah cabutan bertuah tilam itu dengan barangan lain.

Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang hadiah diterimanya sehingga kini.

"Saya rasa mungkin ditipu. Lantas, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada 21 Disember baru-baru ini,” katanya.

Dia juga difahamkan, pihak tidak bertanggungjawab terbabit tidak tetap pada satu tempat semata-mata, sebaliknya sering menukar kawasan sasaran mereka.

16 penumpang diselamatkan


Kuching: Tiga penumpang sebuah bot panjang yang karam berhampiran Kampung Kut, Pulau Bruit di Daro dalam Bahagian Mukah, disahkan lemas, manakala lapan lagi masih hilang.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, seramai 16 penumpang berjaya diselamatkan dalam kejadian jam 1.40 tengah hari itu.
Beliau berkata, bot itu dipercayai terbalik selepas dipukul gelombang besar berhampiran Kampung Kut, Pulau Bruit, Daro.

“Ketika kejadian, bot panjang berkenaan membawa 27 penumpang dari Kampung Tekajong yang dalam perjalanan balik selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Saie.


“Bot panjang berkenaan milik persendirian membawa penumpang dari Kampung Tekajong dan Kampung Saei di Pulau Bruit.




“Gerakan mencari dan menyelamat masih dijalankan untuk mengesan sembilan yang hilang,” katanya dalam satu kenyataan ringkas, petang semalam.

Bagaimanapun, semalam identiti tiga mangsa yang lemas masih belum diperoleh, namun difahamkan semua mangsa adalah wanita.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Norhisham Mohamad berkata, sehingga jam 5 petang semalam, tiga mayat baru dijumpai dan identiti belum diketahui.

Katanya, gerakan mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang sudah dilancarkan.

“Pihaknya turut meminta bantuan helikopter dari Unit Udara Bomba dan Penyelamat bagi memudahkan gerakan mencari dan menyelamat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/19

Pesakit kusta terpaksa makan tikus, kucing, ular


Probolingo: Seorang lelaki yang disisihkan keluarganya sejak lima tahun lalu kerana menghidap kusta, hidup dengan memakan haiwan, termasuk tikus, kucing dan ular.

Sarep, 40, dari Desa Menyono di Jawa Timur hidup bersendirian di sebuah pondok di lembah pergunungan Tengger.
“Saya makan apa saja yang boleh ditangkap.

“Untuk memasak haiwan itu, saya gunakan air hujan atau memanggangnya selepas memasang perangkap bagi menangkapnya.


“Saya minum air hujan yang ditadah,” katanya.




Lelaki itu berkata, adakalanya ada jiran yang tinggal berhampiran menghantar makanan, tetapi tidak ada seorang pun anggota keluarganya yang datang menjenguk kerana malu dan takut dijangkiti.

Bagaimanapun, menurut Sarep, dia pasrah sehingga maut menjemputnya, lebih-lebih lagi keadaannya kini semakin teruk. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/19

Libas isteri dengan pedang samurai


Kota Bharu: Hanya kerana meminta izin untuk pulang ke rumah ibunya, seorang suri rumah bukan hanya dibelasah suaminya, malah turut dilibas dengan pedang samurai di Kampung Cina, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi, mangsa berusia 25 tahun itu mendapat kesan calar di tangan kanan dan lebam di beberapa bahagian di badannya.
Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Azham Othman berkata, ketika kejadian, berlaku pertengkaran mulut antara suspek berusia 26 tahun dan mangsa di kedai haiwan peliharaan milik lelaki itu.

Katanya, suspek mula berang selepas isterinya meminta izin untuk pulang ke rumah keluarganya di Kubang Kerian.


“Suspek mengambil pedang samurai yang disimpan di bawah meja kaunter dan terus membuka sarung pedang itu lalu melibasnya ke arah mangsa.




“Bagaimanapun, pedang itu terkena beg pakaian anaknya sebelum terkena sedikit pada tangan kanan mangsa,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/19
metro

Padah ingkar suami


Oleh MOHD FIRDAUS IBRAHIM
Kuala Lumpur: Berang isterinya keluar rumah tanpa izin, seorang lelaki bertindak kejam dengan menoreh muka wanita terbabit menggunakan pisau lipat di Jalan Munshi Abdullah, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi, mangsa berusia 25 tahun menerima lapan jahitan di muka dan kini masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Menurut sumber, kejadian bermula apabila mangsa meminta izin suaminya berusia 30 tahun untuk pulang ke rumah ibunya di Batu Caves, namun permintaan itu ditolak.

“Biarpun tidak diizinkan, si isteri nekad pulang ke rumah ibunya. Selepas suaminya keluar dari rumah, dia menghubungi teksi dan bergegas pulang ke rumah ibunya.


“Tidak lama kemudian, lelaki terbabit pulang sebelum mendapati isterinya tiada lalu bergegas mencarinya,” katanya.




Sumber itu berkata, ketika berlegar-legar mencari, lelaki itu menemui isterinya di dalam sebuah teksi di Jalan Munshi Abdullah sebelum menahan kenderaan terbabit.


Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/19

Tragedi rombongan zikir


Oleh RABI 'ATUL 'ADAWIYAH ISMAIL dan AKHMARUDDIN AHMAT
Mukah: “Saya difahamkan abang ipar, Riji Dolol 60, antara penumpang yang berada dalam bot panjang terbabit, namun sehingga kini nasibnya masih belum diketahui,” kata seorang wartawan akhbar tempatan Aini Selikang mengenai kejadian bot karam berhampiran Kampung Kut, Pulau Bruit di Daro dalam Bahagian Mukah, di sini semalam.

Dalam kejadian jam 1.40 tengah hari itu, tiga penumpang bot berkenaan disahkan lemas, manakala lapan lagi masih hilang.

Katanya, dia difahamkan abang iparnya menyertai kumpulan zikir dari Kampung Tekajong yang terdiri daripada ahli berusia lingkungan 20 hingga 60-an ke Kampung Saie di Pulau Bruit untuk membuat persembahan di majlis perkahwinan.

“Kumpulan terbabit dalam perjalanan pulang dan sebaik tiba di perairan berhampiran Kampung Kut, Pulau Bruit bot panjang itu terbalik akibat dipukul ombak.

Foto
PENDUDUK mengangkat mayat mangsa bot terbalik di Kampung Kut, Daro, dekat Mukah.

Foto
PENDUDUK dan keluarga menunggu berita mangsa bot di jeti.

“Mereka baru setengah jam memulakan perjalanan pulang dan keadaan laut ketika itu bergelora,” katanya ketika dihubungi.




Dalam kejadian itu, bot panjang yang dinaiki 27 penumpang itu terbalik, 16 penumpang berjaya menyelamatkan diri manakala lapan masih hilang.

Sehingga jam 6.30 petang semalam, tiga mayat penumpang wanita yang masih belum dikenal pasti identiti ditemui kira-kira 20 meter dari lokasi kejadian.

Aini berkata, sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu, dia cuba menghubungi abang ipar tetapi telefon bimbitnya tidak diangkat.

Katanya, dia yang tinggal di Sarikei bergegas ke lokasi kejadian yang mengambil masa kira-kira tiga jam.

“Abang ipar saya pandai berenang tetapi dalam keadaan panik seperti itu, tidak pasti sama ada dia terselamat atau tidak. Kami sekeluarga berdoa dia terselamat dalam kejadian itu.

“Sehingga petang ini (semalam), saya masih menunggu laporan daripada pihak berkuasa dan maklumat daripada penumpang lain yang terselamat.

“Difahamkan, di tempat kejadian tiada liputan talian telefon selain itu juga untuk ke sana mengambil masa yang agak panjang,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/19

Van curi masuk longkang

Oleh ARIFIN SALLEH
Alor Gajah: “Lelaki yang memandu van panik selepas beberapa kereta di depan menghalang laluannya dan apabila dia cuba mengelak, kenderaan dipandu berpusing sebelum terbabas masuk ke dalam longkang.”
Begitu kata Khairol Salam Mohd Solaam, 34, menceritakan detik cemas apabila dua pelatih sebuah pusat pemulihan dadah di Tampin, Negeri Sembilan yang meloloskan diri bertindak nekad melarikan van syarikat telekomunikasi tempat dia bekerja yang diletakkan berhampiran sebuah masjid di Taboh Naning, Simpang Empat, di sini, kelmarin. 
Menurutnya, ketika kejadian jam 5.30 petang, dia yang melakukan tugas penyelenggaraan berhampiran lokasi terkejut apabila dimaklumkan rakan sekerja bahawa van itu hilang sebelum bergegas ke tempat kejadian dengan menaiki kereta.

“Kebetulan ketika itu saya mahu membuat pusingan U di lampu isyarat Simpang Ampat, saya terlihat van berkenaan sebelum mengekori kenderaan itu yang dipandu laju dari arah Simpang Ampat ke Taboh Naning.
Foto
VAN yang dilarikan suspek terbabas di Taboh Naning, Alor Gajah.

“Saya kemudian menghubungi beberapa rakan meminta mereka bersedia di setiap simpang untuk menghalang laluan van supaya penjenayah tidak dapat melarikannya lebih jauh,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Van itu kemudian membelok ke arah sebuah resort percutian di situ sebelum meneruskan perjalanan ke pekan Tampin, Negeri Sembilan.

“Penjenayah kemudian memasuki Jalan Tampin-Seremban sebelum masuk ke Kampung Taboh Naning sejauh 10 kilometer.


Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/19metro

Dua sahabat maut balik niaga mi

Butterworth: Dua sahabat yang menjalankan perniagaan mi goreng sempena sambutan perayaan Thaipusam maut selepas motosikal mereka dirempuh sebuah pacuan empat roda (4WD) di Kilometer 140 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), berhampiran Juru Autocity, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kemalangan jam 3 pagi, penunggang motosikal R Jayaseelan, 35 dan pembonceng L Krishnamurthy, 38, maut di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
Menurut jurucakap trafik, kedua-dua mangsa dalam perjalanan pulang ke Simpang Ampat, dekat sini, selepas menjalankan perniagaan mi goreng untuk pengunjung yang menyambut Thaipusam di Georgetown.
“Bagaimanapun, sejurus sampai di lokasi kejadian, motosikal mereka dirempuh sebuah 4WD, membuatkan kedua-duanya tercampak dan terkena besi penghadang jalan.
“Akibatnya, kedua-duanya maut di lokasi kejadian kerana cedera parah di kepala dan seluruh anggota badan.
Mayat kemudian dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat,” katanya.
Menurutnya, kedua-dua mangsa sudah tiga hari tidak pulang kerana sibuk menyiapkan gerai dan tapak berniaga mi goreng untuk pengunjung yang menyambut Thaipusam.
“Setiap tahun mereka berdua mengambil kesempatan menjalankan perniagaan mi goreng secara kecil-kecilan buat pengunjung ketika Thaipusam,” katanya.
Menurutnya, setakat ini pemandu 4WD terbabit membuat laporan berhubung kemalangan itu dan polis mengambil keterangan daripadanya manakala siasatan lanjut masih dijalankan.
Difahamkan, Jayaseelan masih bujang manakala Krishnamuthy berkahwin dan mempunyai tiga anak.
Foto
DUA sahabat maut nahas di Kilometer 140.6 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Juru Autocity.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/19

Penangan jarum pelali

Oleh DJ DOLASOH
Gerik: “Saya terkejut mendapati hanya tinggal seekor ibu lembu yang longlai bersama satu jarum suntikan ubat pelali di rusuknya. Seekor anaknya berusia sebulan dalam kandang manakala 10 ekor lagi lesap,” kata penternak lembu Mohd Yusnihisham Mohd Yusof, 34.
Mohd Yusnihisham dari Kampung Tersusun Jong, Kerunai, di sini, yang melihat ternakan di kandang dalam kebun getahnya hilang jam 7 pagi Khamis lalu, terus mencari lembu sebelum menjumpai hanya tujuh daripada 10 ekor sehingga semalam. 
Dia menjumpai ternakannya itu dalam keadaan terbaring dalam belukar sejauh 500 meter dari kandang kerana lari akibat terkejutkan sesuatu.

“Saya memeriksa setiap lembu yang longlai dan menemui enam jarum suntikan ubat pelali di sekitarnya yang mungkin ditembak bagi membolehkan lembu itu mudah diseret ke dalam kenderaan.
Foto
MOHD Yusnihisham (kanan) menunjukkan jarum suntikan mengandungi ubat pelali yang ditemui.

“Tiga ekor tidak ditemui meskipun mencari di merata tempat dengan dibantu beberapa rakan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mohd Yusnihisham, bapa kepada tiga anak dan bekerja menoreh getah di samping menternak lembu sejak 2001 lalu berkata, akibat kehilangan tiga ekor lembunya dia mengalami kerugian lebih RM3,000.

Dia mengesyaki ternakannya dicuri sekumpulan lebih tiga orang dengan cara menembak menggunakan ubat pelali bagi melemahkan haiwan itu seterusnya mudah dibawa masuk ke dalam kenderaan.

“Pemeriksaan mendapati jarum disuntik ubat pelali itu disambung supaya panjang dan dapat memasukkan jumlah ubat pelali dengan banyak supaya haiwan itu cepat longlai.

“Saya rasa pencuri melakukan kerja itu selepas jam 12 tengah malam kerana pada malam kejadian saya balik dari kandang yang terletak tiga kilometer dari rumah itu sebelum waktu itu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/19metro

Terjun bangunan selepas bergaduh


Georgetown: Pertengkaran antara sepasang kekasih mengundang padah apabila si wanita nekad terjun dari tingkat satu parkir kereta di sebuah pangsapuri di Paya Terubong, di sini, kelmarin.

Akibatnya, wanita warga Indonesia berusia 31 tahun itu patah tengkuk dan cedera seluruh badan sebelum dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.

Menurut sumber, sebelum itu pasangan kekasih berkenaan dalam perjalanan pulang dari sebuah pasar raya di Bukit Jambul, di sini, selepas membeli-belah dan berlaku pertengkaran ketika mereka dalam kereta.

“Teman lelakinya iaitu rakyat tempatan berusia 31 tahun yang cemburu mendakwa mangsa menjalin hubungan dengan orang lain, namun wanita terbabit menafikannya sebelum berlaku pertengkaran.

“Pertengkaran itu berlarutan hingga ke tempat parkir kereta pangsapuri diduduki mereka.

Teman lelaki mangsa kemudian meminta wanita terbabit mengambil semua barang dan keluar dari rumah,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian mengugut akan terjun namun ia tidak diendahkan teman lelakinya sebelum dia membuka pintu lalu terus terjun dari tingkat satu pangsapuri terbabit.

“Si lelaki mangsa tidak sempat menghalang dan hanya mampu melihat mangsa terjun sebelum menghubungi ambulans selepas mendengar wanita terbabit menjerit meminta pertolongan,” katanya.

Difahamkan, hasil siasatan awal mendapati mangsa dan teman lelakinya menjalin hubungan sejak tujuh tahun lalu dan mereka dikatakan kerap bertengkar sejak kebelakangan ini.

Ini kerana teman lelaki mangsa dikatakan turut mengalami tekanan kerana diberhentikan kerja sebagai pemandu limosin di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).



Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/19

Sesak nafas, histeria selepas serbu pusat rawatan tradisional


Shah Alam: “Saya jadi pening secara tiba-tiba sebelum dikejarkan ke hospital kerana tekanan darah tinggi. Yang saya ingat, sebelum itu saya lihat mulut pengamal perubatan itu terkumat kamit seperti membaca sesuatu.

“Tidak lama kemudian, ada satu suara membisikkan kepada saya supaya beredar saja dari kawasan itu dan ia bukan urusan saya,” kata seorang ketua penolong pengarah bahagian penguatkuasaan sebuah jabatan kerajaan.

Beliau yang mengetuai satu serbuan ke atas premis menjalankan rawatan secara tradisional pada 2010 berkata, beberapa minggu sebelum itu pihaknya menerima aduan orang ramai mengenai wujudnya amalan bertentangan dengan agama oleh perawat berusia 50-an itu.

Selepas menelitinya dan mendapat waran geledah, beliau bersama sepasukan anggota penguat kuasa memeriksa premis berkenaan ketika pengamal perubatan terbabit melakukan pembedahan batin ke atas seorang pesakit wanita.

“Ketika memaklumkan kehadiran kami, saya terdengar bisikan seseorang menyuruh saya keluar dari tempat itu dan tidak mencampuri urusan di pusat rawatan berkenaan sebelum jantung saya tiba-tiba berdegup kencang.

“Dengan tidak semena-mena, badan saya berpeluh dingin dan sakit kepala yang teruk menyebabkan saya meminta rakan sejawat menggantikan saya untuk prosedur siasatan seterusnya sebelum saya dihantar ke hospital berdekatan,” katanya.

Selama lima jam dirawat, beliau dibenarkan keluar hospital namun dikejutkan pula dengan berita bahawa rakannya pula mengalami histeria sebaik selesai perbualan dengan lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, selepas menerima kaedah rawatan Islam, mereka berdua pulih biarpun berlaku gangguan kecil seperti perasaan gelisah, murung dan sering berasakan bahawa ada ancaman tertentu akan berlaku ke atas diri mereka.

“Justeru, pada peringkat ini saya mencadangkan supaya pengenalan akta sihir dipercepatkan bagi membolehkan pelaku sihir mendapat balasan setimpal di atas apa yang mereka lakukan,” katanya.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/19

Kelar leher

Oleh MUHAAMAD HAFIS NAWAWI
Ampang: Seorang lelaki warga Indonesia maut dengan lehernya dikelar di tepi jalan raya di Jalan Enggang Timur 1, Taman Seri Keramat, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 10.30 malam, seorang pekerja wanita warga Indonesia yang melalui kawasan terbabit terkejut melihat mangsa berusia 20-an tertiarap dan berlumuran darah. 
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, pekerja terbabit kemudian memaklumkan kejadian itu kepada majikannya sebelum polis dihubungi.

Menurutnya, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu setengah jam kemudian sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
Foto
ANGGOTA forensik memeriksa mayat.

“Hasil pemeriksaan kami menemui mangsa tertiarap dengan tangan terikat dan leher dikelar.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/19metro

Pergelangan kaki putus

Oleh YUSMAWATI MHD YUSOF
Jasin: Seorang lelaki putus pergelangan kaki kanan selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya terbabit kemalangan di Kilometer 30 Jalan Merlimau-Jasin, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.30 pagi, motosikal Kawasaki Versys 650 ditunggang Syed Mustapha Kamal Syed Kassim, 59, dari arah Jasin ke Merlimau dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bergesel dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Citra dipandu Ketua Balai Polis Sungai Rambai Sarjan Mejar Kamaridzman Khanafee. 
Difahamkan, ketika kejadian, Kamaridzman dalam perjalanan dari Merlimau ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin untuk menghadiri mesyuarat.

Kemalangan mengakibatkan Syed Mustapha Kamal putus pergelangan kaki kanan dan dihantar ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan.
Foto
SYED Mustapha putus pergelangan kaki akibat kemalangan.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang Syed Mustapha Kamal dari arah Jasin ke Merlimau memasuki laluan bertentangan sebelum bergesel dengan MPV berkenaan yang datang dari arah Merlimau ke Jasin.
“Dipercayai mangsa yang menunggang motosikal memotong beberapa kenderaan lain di depan dan memasuki laluan bertentangan sebelum motosikalnya bergesel dengan Naza Citra dipandu Kamaridzman.

“Kemalangan mengakibatkan pergelangan kaki kanan mangsa putus selepas tersangkut di ruang antara tayar depan dan bumper MPV berkenaan sebelum terjatuh, manakala MPV itu rosak di sebelah kanan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/19metro

Jakarta banjir, lima maut


penduduk Jakarta meredah banjir yang menenggelami sebatang jalan di kota Jakarta, semalam. - AFP
JAKARTA 19 Jan. - Beberapa kawasan di ibu kota Jakarta ditenggelami banjir, hari ini akibat hujan lebat, dengan lima orang dilaporkan terkorban.
Lebih 10,000 orang penduduk lagi terpaksa dipindahkan ke kawasan selamat selepas keadaan banjir di ibu negara ini semakin membimbangkan.
Banyak kawasan di Jakarta terjejas dan ada sesetengah bangunan dan jalan raya ditenggelami air.
''Setakat ini 10,530 orang tidak mempunyai tempat tinggal selepas berlakunya banjir yang disebabkan oleh hujan lebat,'' kata pegawai agensi bencana, Tri Budiarto.
Bagaimanapun, menurut Tri, banjir tahun ini tidak seteruk tahun lepas di mana hampir keseluruhan kawasan di Jakarta ditenggelami air.
Sementara itu, di Sulawesi jumlah korban akibat banjir lumpur dan tanah runtuh yang bermula minggu lalu meningkat kepada 19 orang.
Lebih 40,000 orang lagi hilang tempat perlindungan, selepas rumah mereka dihanyutkan banjir.
''Ketika ini banjir sudah mulai surut, namun banyak rumah musnah termasuk peralatan perabot dan beberapa barangan peribadi,'' kata ketua agensi bencana tempatan, Christian Laotongan.
Jelas Laotongan, semalam pasukan penyelamat berjaya menemui mayat seorang wanita yang menjadi korban kejadian tanah runtuh di bandar Tomohon dan sehingga kini jumlah korban banjir di Sulawesi mencecah 19 orang.
Indonesia sering mengalami banjir dan tanah runtuh ketika berlaku musim hujan dan pencinta alam sekitar menyalahkan aktiviti penebangan hujan secara berleluasa dan kegagalan menanam semula pokok sebagai punca utama kejadian. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140120/lu_05/Jakarta-banjir-lima-maut#ixzz2qspKuAxR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Isteri menteri mati akibat 'kematian luar biasa'


Shashi berselendang biru duduk disisi mayat isterinya, Sunanda Pushkar bersama sanak saudara pada majlis pengkebumian isterinya di New Delhi, semalam. - AFP
NEW DELHI 19 Jan. - Laporan bedah siasat ke atas mayat Sunanda Pushkar, isteri kepada Menteri Sumber Manusia Shashi Tharoor, menunjukkan punca kematian mangsa akibat 'kematian luar biasa atau mengejut', kata seorang doktor yang melakukan prosedur tersebut, semalam.
Sunanda ditemukan mati di Hotel Leela di ibu negara India, semalam, dua hari selepas mendiang mendedahkan tentang hubungan sulit suaminya, Shashi dengan wartawan Pakistan, Mehr Tarar.
Sudhir Gupta, seorang daripada tiga doktor yang melakukan pembedahan itu berkata, lebih banyak ujian perlu dilakukan bagi mengenal pasti punca kematian Sunanda dan proses berkenaan akan memakan masa selama beberapa hari.
Tambahnya, beberapa kecederaan fizikal turut dikesan pada mayat Sunanda, namun tidak dapat dipastikan sama ada ia berkaitan dengan kematian mangsa.
"Laporan bedah siasat Sunanda akan diserahkan pada pihak berkuasa esok," katanya.
Sementara itu, pembantu Shashi, Abhinav Kumar berkata, tiada unsur jenayah dikesan berhubung kematian wanita berusia 52 tahun itu.
"Mendiang dilaporkan tidur secara normal sebelum ditemukan mati oleh suaminya," kata Kumar.
Terdahulu, laporan media tempatan mendakwa, Sunanda mati akibat menelan pil tidur secara berlebihan dipercayai tertekan dengan skandal yang menyelubungi Shashi.
Dalam komen terakhir Sunanda melalui laman Twitter sebelum dia meninggal dunia, dia menulis 'Apa yang ditakdirkan berlaku akan berlaku dan pergi dengan senyuman'.
Bagaimanapun maksud sebenar kenyataan itu tidak dapat dijelaskan dan kes kematian Sunanda masih lagi dalam siasatan pihak polis. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140120/lu_06/Isteri-menteri-mati-akibat-kematian-luar-biasa#ixzz2qsq1ziVf
© Utusan Melayu (M) Bhd 

3 penumpang maut, bas pesiaran terbabas di lebuh raya


BATU PAHAT 19 Jan. - Tiga penumpang maut, 11 parah, empat cedera ringan manakala seorang lagi patah kaki apabila sebuah bas persiaran terbabas di Kilometer 107 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, dekat sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.50 petang itu, bas berkenaan yang membawa 17 penumpang dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru dipercayai melanggar penghadang jalan sebelum terbalik ke parit bersebelahan. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140119/je_18/3-penumpang-maut-bas-pesiaran-terbabas-di-lebuh-raya#ixzz2qsrFyUOu
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bot karam: Mayat 3 mangsa dibawa pulang ke kampung


DARO (Sarawak) 19 Jan. - Mayat tiga wanita yang lemas dalam tragedi bot panjang di Batang Lassa dekat Kampung Kut di Daro semalam, diterbangkan dengan helikopter Nuri untuk dikebumikan di kampung mereka, Kampung Tekajong.
Helikopter itu berlepas kira-kira 1.45 tengah hari ini.
Sementara itu, polis Daro mengeluarkan senarai nama lapan mangsa yang masih hilang.
Mereka ialah Borhan Bordan, Riji Dalol, Mahdani Akim, Abu Bakar Mahli, Kalsum bt Mat, Ebong Rais, Nur bt Abdullah dan Naibi Saibi.
Kemalangan itu berlaku apabila bot panjang yang membawa 27 orang dari Kampung Tekajong yang pulang daripada menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Saai terbalik akibat dipukul ombak besar.
Enam belas lagi penumpang berusia lingkungan 23 hingga 69 tahun berjaya menyelamatkan diri, tiga wanita lemas, manakala lapan lagi masih hilang.
Pasukan mencari dan menyelamat meneruskan operasi di Batang Lassa, anak sungai Sungai Rajang, lokasi kemalangan itu berlaku kira-kira 1 tengah hari semalam.
Kira-kira 100 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Mukah, Sungai Merah (Sibu) dan Sibu, Rela, polis, Jabatan Pertahanan Awam, Lembaga Sungai Sarawak dan penduduk setempat terbabit dalam operasi itu.
Hujan sekali-sekala sejak 1 petang ini tidak memudarkan semangat mereka
ketika memulakan operasi pada 7 pagi ini.
Antara yang turut membantu operasi itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semok, Abdullah Saidol dan ADUN Daro, Murni Suhaili. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140119/je_17/Bot-karam-Mayat-3-mangsa-dibawa-pulang-ke-kampung#ixzz2qsrSSAmY
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mayat reput, berulat ditemui di Felda Pasir Raja


KOTA TINGGI 19 Jan. - Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan reput dan berulat di sebuah rumah di Felda Pasir Raja di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman berkata, mayat Ashri Yusof, 40, ditemui abang iparnya, Misnan Tuminar yang berkunjung ke rumah peninggalan ibu mertuanya itu di mana Ashri tinggal bersendirian.
"Sebaik sahaja tiba di pekarangan rumah itu, saksi terhidu bau busuk mencurigakan dan memaklumkan kejadian itu kepada polis," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, setakat ini pihaknya tidak mengesyaki sebarang perlakuan jenayah terhadap mangsa.
Rahmat berkata, mayat anak bongsu daripada empat beradik dan masih bujang itu dihantar Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam Felda Pasir Raja, malam tadi. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140119/je_14/Mayat-reput-berulat-ditemui-di-Felda-Pasir-Raja#ixzz2qsrdof8s
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Letupan di Bangkok, 30 cedera


BEBERAPA anggota polis menjalankan siasatan di lokasi letupan bom di Monumen Victory di utara Bangkok, semalam. - AP
BANGKOK 19 Jan. - Kira-kira 30 orang cedera dalam dua kejadian letupan di ibu negara ini, hari ini ketika demonstrasi 'Tutup Bangkok' diteruskan oleh penunjuk perasaan antikerajaan.
Tidak dapat dipastikan punca letupan di Monumen Victory di utara Bangkok itu.
Namun, tiada kerosakan teruk dilaporkan di kawasan tersebut dalam kejadian pada kira-kira pukul 1.34 petang (2.34 petang waktu Malaysia).
Pusat Perubatan Erawan berkata, mangsa yang cedera dibawa ke hospital berlainan di bandar raya ini untuk mendapatkan rawatan.
Saksi berkata, letupan berlaku selang dua minit antara satu sama lain.
Letupan pertama berlaku antara 100 meter dan 200 meter dari pentas yang dibina penunjuk perasaan dan letupan kedua berlaku berdekatan barisan peniaga yang menjual kemeja-T antikerajaan.
Dalam pada itu, seorang lelaki berumur 54 tahun cedera apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di daerah Lad Prao, di sini malam tadi.
Pusat Perubatan Erawan berkata, lelaki tersebut telah menjalani pembedahan dan kini dirawat di unit rawatan rapi.
Masih belum dikenal pasti siapa dalang dalam serangan tersebut, namun penganalisis berkata, keganasan yang berterusan walaupun pada skala kecil, meningkatkan kemungkinan tentera melancarkan rampasan kuasa. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140120/lu_02/Letupan-di-Bangkok-30-cedera#ixzz2qyb1I8hK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Jaga isteri, isteri baik-baik - Pesan akhir mangsa bot karam


DARO 19 Jan. - "Kerja bagus-bagus, jaga anak-anak dan isteri dengan baik," pesanan terakhir seorang mangsa, Ripi Dalol, 60, yang masih belum ditemui.
Anak mangsa, Madihi Ripi, 30, ketika ditemui berkata, pesanan yang disampaikan sehari sebelum tragedi karam itu, masih terngiang-ngiang diingatannya.
Katanya, beliau hanya mengetahui setibanya di tempat kejadian bahawa bapanya salah seorang mangsa bot karam itu. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140119/je_12/Jaga-isteri-isteri-baik-baik---Pesan-akhir-mangsa-bot-karam#ixzz2qswyPZvN
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pemuda maut, tujuh cedera dalam pergaduhan


SUNGAI PETANI 19 Jan. - Seorang lelaki maut ditikam manakala tujuh lagi cedera dalam satu pergaduhan melibatkan dua kumpulan di Jalan Pasar berhampiran Hotel Seri Malaysia, di sini tengah malam tadi.
Kesemua yang cedera kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH). Motif pergaduhan sedang disiasat. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140119/je_08/Pemuda-maut-tujuh-cedera-dalam-pergaduhan#ixzz2qsxPSrSA
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Angin kuat, arus deras ketika bot karam


KUCHING 19 Jan. - Siasatan awal polis mendapati kejadian bot panjang terbalik dan karam di Kampung Tekajong Pulau Bruit di Mukah semalam berlaku ketika angin kuat dan arus laut sangat deras.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, pihaknya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung nama dan umur mangsa kerana masih dalam usaha mencari serta menyelamat.
Justeru, polis meminta semua pihak termasuk media tidak mengeluarkan sebarang bentuk maklumat seperti nama dan umur mangsa yang hilang atau selamat dalam kejadian itu.
"Kita juga masih belum mengetahui punca sebenar kejadian, bagaimanapun mengikut siasatan awal polis ketika itu angin kuat dan arus laut sangat deras," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau sebelum itu mengadakan Program Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Komuniti Bersama Memerangi Jenayah di Medan Niaga Satok di sini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140119/je_10/Angin-kuat-arus-deras-ketika-bot-karam#ixzz2qsxGp33s
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Polis tahan lima lelaki berhubung kes gaduh


SUNGAI PETANI 19 Jan. - Polis menahan lima lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan yang menyebabkan seorang lelaki maut dan tujuh lagi cedera pada tengah malam tadi.
Mangsa ialah S. Sivakumaran, 25, yang maut ditikam manakala tiga rakannya parah dalam pergaduhan di hadapan sebuah hotel di Jalan Pasar di sini.
Kejadian berlaku kira-kira 12.30 tengah malam ketika mangsa bersama rakannya dalam perjalanan pulang daripada meraikan sambutan Thaipusam di sebuah kuil berdekatan tempat kejadian. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140119/je_09/Polis-tahan-lima-lelaki-berhubung-kes-gaduh#ixzz2qsxYLZ6J
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pekerja kilang maut, 7 parah


Anggota paramedik memeriksa keadaan S. Sivakumaran (terbaring) yang ditikam dalam pergaduhan semasa menyertai sambutan Thaipusam di Jalan Pasar, Sungai Petani, Kedah, malam semalam. S. SIVAKUMARAN
SUNGAI PETANI 19 Jan. - Sambutan Thaipusam dicemari insiden buruk apabila seorang pekerja penyelenggaraan kilang maut dan tujuh lagi parah dalam pergaduhan dipercayai antara dua kumpulan kongsi gelap di Jalan Pasar, dekat sini tengah malam tadi.
Kejadian berlaku pada pukul 12.05 tengah malam selepas mangsa, S. Sivakumaran, 35, dari Sungai Tukang, dekat sini bersama kira-kira 100,000 lagi penganut Hindu sedang menyertai perarakan sempena sambutan perayaan itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supritendan Ong Aik Chang berkata, secara tiba-tiba, sekumpulan 20 lelaki bersenjata datang menyerbu mangsa dan mengakibatkan berlakunya perselisihan faham.
Beliau berkata, dalam keadaan kelam-kabut, berlaku pergelutan antara dua kumpulan dan mereka menggunakan senjata tajam untuk menyerang antara satu sama lain.
“Sivakumaran yang ditikam pada bahagian tulang rusuk serta perut meninggal dunia di tempat kejadian. Turut cedera parah dalam pergaduhan ialah tujuh lagi mangsa.
“Mayat Sivakumaran dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat manakala semua yang cedera dibawa ke hospital sama bagi rawatan lanjut. Keadaan mereka stabil," katanya di sini hari ini.
Aik Chang berkata, polis masih menyiasat motif kejadian dan tidak menolak kemungkinan serangan berkenaan dilakukan oleh kumpulan kongsi gelap.
Menurutnya, pergaduhan antara kumpulan tersebut sering tercetus semasa sambutan Thaipusam meskipun polis telah meningkatkan kawalan keselamatan setiap tahun.
“Kita percaya kumpulan yang bertelagah akan menggunakan kesempatan semasa orang ramai menyambut perayaan untuk mencetuskan pergaduhan.
“Kumpulan berkenaan mungkin telah berdendam sejak sekian lama dan menggunakan kesempatan bergaduh apabila bertemu semula," katanya.
Tambahnya, ekoran kejadian itu, polis menahan enam lelaki berusia 25 hingga 35 tahun di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mereka telah ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.
Perintah tahanan reman tersebut dikeluarkan Majistret Intan Nurul Farena Zainal Abidin di Kompleks Mahkamah Sungai Petani, di sini kira-kira pukul 11 pagi.
Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi MIC Kedah, Datuk S. Ganesan menjelaskan, Sivakumaran bukanlah Ketua Pemuda MIC Cawangan Sungai Tukang seperti yang dilaporkan dalam laman media sosial.
Sebaliknya, kata beliau, Ketua Pemuda MIC cawangan tersebut ialah T. Ananda dan mangsa hanyalah penyokong biasa.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140120/dn_23/Pekerja-kilang-maut-7-parah#ixzz2qsxrlAL7
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tak sempat cakap dengan ibu



NAGARATNAM, (duduk) tidak dapat menahan kesedihan selepas mendengar berita mengenai anaknya Dr. N. Gnanathurai yang maut dalam satu serangan berani mati di Kabul, Afganistan ketika ditemui di rumahnya di Bukit Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN
KUALA LUMPUR 19 Jan. - Hajat rakyat Malaysia yang terbunuh dalam serangan berani mati di Kabul, Afghanistan, Dr. N. Gnanathurai, 66, untuk bercakap dengan ibunya melalui telefon beberapa jam sebelum kejadian itu tidak kesampaian.
Menurut adik bongsu mangsa, N. Premnath, 54, ibunya, Nagaratnam, 88, yang menghidap stroke serta tinggal di rumah Gnanathurai di Jalan Bukit Pantai di sini sedang tidur ketika panggilan itu dibuat Jumaat lalu.
Bagaimanapun Gnanathurai sempat bercakap dengan Premnath yang baru tiba di tanah air dari Amerika Syarikat pada hari sama.
"Kami bercakap seperti biasa sahaja dan amat santai. Beliau kemudian meminta untuk bercakap dengan ibu, bagaimanapun ibu sedang tidur.
"Beliau ada juga memaklumkan agak keberatan untuk keluar makan di restoran (tempat serangan) pada malam itu namun terpaksa kerana majlis itu turut dihadiri oleh orang kenamaan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Dalam kejadian Jumaat lalu, Gnanathurai maut setelah terlibat dalam kejadian serangan berani mati dan tembakan rambang di sebuah restoran popular di ibu negara Afghanistan itu.
Premnath berkata, abangnya itu turut menyatakan yang beliau akan pulang ke tanah air pada Isnin depan.
Menurut Premnath, kali terakhir beliau berjumpa dengan Gnanathurai ialah pada Disember lalu di Amerika Syarikat setelah abangnya itu datang ke rumahnya di sana bersama anak dan isterinya bagi meraikan hari Krismas.
Katanya, Gnanathurai meninggalkan dua isteri iaitu Gisela dan Elleanor serta empat orang anak yang masing-masing menetap di Sweden dan Amerika Syarikat.
Sementara itu, katanya, beliau sekeluarga dimaklumkan mengenai insiden itu semalam oleh badan penasihat ekonomi antarabangsa, Adam Smith International yang merupakan majikan abangnya.
"Kami amat terkejut dengan berita tersebut dan selepas itu kami hanya menonton berita dunia mengenai kejadian berkenaan di televisyen bagi mengetahui perkembangan seterusnya," katanya.
"Buat masa ini kami masih lagi menunggu keputusan majikan Ghanathurai untuk urusan membawa pulang mayat kerana Malaysia tidak mempunyai kedutaan di sana," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140120/dn_10/Tak-sempat-cakap-dengan-ibu#ixzz2qsxzzhsC
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mangsa keempat bot karam ditemui


Anggota polis mengangkat mayat Norsiah Abdullah yang ditemui terapung di Sungai Batang Lassa dalam kejadian bot karam dekat Kampung Kut, Bruit, Mukah, semalam.
KUCHING 19 Jan. - Mayat seorang lagi mangsa bot panjang yang karam di Kampung Kut, Pulau Bruit di Mukah semalam ditemui hari ini.
Mayat Nursiah Abdullah, 45, ditemui penduduk kampung berdekatan Pangkalan Tengah, Kampung Kut kira-kira pukul 2.56 petang.
Ketua Polis Daerah Matu/Daro, Deputi Supritendan Wagner Lisa Libut berkata, ini mayat pertama ditemui dalam operasi mencari dan menyelamat pada hari kedua.
Tiga lagi mayat yang kesemuanya wanita, ditemui semalam.
Beliau berkata, penemuan itu menjadikan tujuh mangsa masih hilang dalam kejadian itu iaitu lima lelaki dan dua wanita.
"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Daro untuk bedah siasat dan polis telah memaklumkan kepada keluarganya," katanya.
Wagner berkata, perjalanan operasi mencari dan menyelamat hari ini berjalan lancar dan beliau berpuas hati dengan kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan dan penduduk kampung.
Katanya, 139 anggota termasuk orang kampung terlibat dalam operasi mencari di sekitar kawasan kejadian dan kesemua mereka dikehendaki memakai jaket keselamatan sepanjang melakukan operasi tersebut.
Ujarnya, operasi mencari dan menyelamat hari ini ditangguhkan pukul 6 petang dan akan disambung semula pukul 7 pagi esok.
Diminta mengulas mengenai punca kejadian, Wagner berkata, berdasarkan siasatan awal polis percaya bot panjang itu terbalik ketika membuat pusingan U ke Kampung Saei kerana cuba mengelak daripada dilambung gelombang besar.
"Malangnya, ketika tekong cuba patah balik. gelombang besar itu terus memukul bot sehingga terbalik menyebabkan kesemua penumpang jatuh ke dalam laut," katanya.
Dalam kejadian pukul 11.40 pagi semalam, kesemua 27 penumpang dan tekong bot berkenaan dalam perjalanan dari Kampung Saei menghala ke Kampung Tekajong, sebelum tiba-tiba karam setelah dipukul ombak.
Seramai 16 penumpang berjaya diselamatkan dalam kejadian itu, empat meninggal dunia dan tujuh lagi masih hilang.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140120/dn_09/Mangsa-keempat-bot-karam-ditemui#ixzz2qsy6TT8B
© Utusan Melayu (M) Bhd