Search This Blog

Saturday, January 18, 2014

Nyaris ditipu lelaki menyamar cari pelakon

Nyaris ditipu lelaki menyamar cari pelakon
SINAR HARIAN
18 Januari 2014

 
Nyaris ditipu lelaki menyamar cari pelakon Syarul dan rakannya menceritakan kisah hampir ditipu lelaki berkenaan.

SEREMBAN – Terpedaya dengan tawaran berlakon, dua remaja hampir ditipu seorang lelaki yang menyamar sebagai kakitangan sebuah stesen televisyen swasta.

Lelaki berusia lingkungan 20-an itu menawarkan bayaran lumayan serta telefon bimbit untuk berlakon dalam filem terbaru terbitan anak syarikat stesen terbabit.

Bagaimanapun, tawaran itu hanyalah taktik lelaki terbabit mencuri barangan berharga milik mangsa.

Salah seorang remaja berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Syarul, 17, berkata, kejadian berlaku kira-kira 12.30 pada 6 Januari lalu apabila dia dan rakannya bersiar-siar di bandar ini sebelum disapa lelaki berkenaan.

“Dia berpakaian kemas dan memberitahu wakil syarikat televisyen yang sedang mencari pelakon tambahan bagi filem baru menggabungkan filem KL Gangters, Mael Lambung dan Hantu Kak Limah.

“Ketika itu saya tidak mengesyaki apa-apa kerana dia datang dengan memakai pas syarikat terbabit. Malah, dia bertanya adakah kami berminat mahu menjadi pelakon tambahan,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu kemudian menawarkan bayaran sebanyak RM50 sejam serta sebuah telefon bimbit jenama Iphone.

"Saya tidak membuat sebarang persetujuan, tetapi dia meminta nombor telefon bimbit saya untuk mudah dihubungi.

“Lebih kurang 4.30 petang, dia hubungi saya dan beritahu sedang menunggu saya di Medan Selera di Kompleks Terminal One.

“Memandangkan lokasi tak jauh, saya pun pergi ke tempat dijanjikan," katanya.

Syarul berkata, sebaik sahaja mereka tiba, kelihatan lelaki berkenaan bersama seorang lagi lelaki berusia lingkungan 20 tahun.

"Dia perkenalkan lelaki itu sebagai pembantu peribadinya. Kami berbual-bual seketika sebelum dia beritahu mahu menghadiri satu jamuan majlis makan malam di Hotel Royale Bintang yang turut disertai artis tempatan, antaranya Aaron Aziz," katanya.

Menurutnya, dia bagaimanapun rasa tidak sedap hati apabila lelaki itu  meminta nombor kad pengenalan, nama penuh dan alamat rumah kami.

"Ketika itu juga, dia turut menghampiri tiga remaja perempuan yang berada di situ dan menawarkan perkara sama,” katanya.

Syarul berkata, dia kemudian menyedari ditipu apabila beberapa minit kemudian kesemua tiga remaja perempuan itu diajak ke suatu tempat, kononnya untuk disolek bagi menghadiri majlis makan malam itu.

“Ketika kami menunggu di medan selera, remaja perempuan terbabit tiba-tiba datang dan memberitahu saya mereka ditipu.

Lelaki itu dikatakan mengarahkan remaja berkenaan menyerahkan beg tangan serta barangan peribadi," katanya.

Menurutnya, dia kemudian cuba menghubungi nombor telefon lelaki terbabit, tetapi tidak berjawab.

"Malah kami cuba mencarinya di sekitar bandar ini termasuk di Royale Bintang, tetapi tiada kelibatnya,” katanya.

Syarul berkata, dia bernasib baik kerana tidak menjadi mangsa kepada lelaki berkenaan dan menasihatkan orang ramai agar berhati-hati sekiranya didatangi seseorang yang mempelawa jadi pelakon.

Polis jumpa kabel, tong gas curi RM30,000

Polis jumpa kabel, tong gas curi RM30,000
18 Januari 2014

 
Polis jumpa kabel, tong gas curi RM30,000 Anggota Polis menunjukkan kabel Telekom dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang dipercayai dicuri di sekitar Bayan Lepas dalam serbuan di sebuah stor di Permatang Damar Laut di Georgetown hari ini. - Foto Bernama
< 1 / 1 >
GEORGETOWN - Polis menemui kabel Telekom dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta 17 tong gas dipercayai dicuri di sekitar Bayan Lepas dalam serbuan di sebuah stor di Permatang Damar Laut, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Lai Fah Hin berkata, hasil risikan dan maklumat awam polis menahan seorang lelaki berusia 40-an dipercayai pembeli kabel itu sebelum membongkar stor berkenaan pada pukul 10 pagi ini.

"Ketika serbuan berkenaan kita menahan dua lagi pekerja lelaki berusia 18 dan 27 tahun dalam stor yang juga menjadi tempat mengumpul barangan lusuh serta kitar semula," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, dalam serbuan itu polis turut menjumpai 17 tong gas dipercayai dicuri dari gerai makan oleh penagih dadah dan warga asing sebelum dijual dengan harga rendah.

Lai berkata, kesemua kabel seberat lebih 100 kilogram dan tong gas berkenaan dianggar bernilai RM30,000 dan polis sedang menyiasat dari siapa barangan curi itu diperoleh.

Katanya ketiga-tiga lelaki terbabit ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda, jika sabit kesalahan. - Bernama

Warga Myanmar dipercayai dibunuh

Warga Myanmar dipercayai dibunuh
 SINAR HARIAN
18 Januari 2014

 
Warga Myanmar dipercayai dibunuh Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di kaki lima Hentian Bas Rapid di sini.

KUANTAN - Seorang lelaki warga Myanmar dipercayai mangsa bunuh ditemui mati dengan kesan pendarahan pada bahagian mulut di kaki lima  Hentian Bas Rapid, Jalan Pasar Baru di sini, pagi semalam.

Mayat Ramon Sang Tee Chun, 20 ditemui orang awam kira-kira jam 6.15 pagi sebelum dimaklumkan penemuan mangsa itu kepada polis.

Susulan maklumat diterima, sepasukan anggota polis ke lokasi untuk menjalankan siasatan sebelum mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati mayat mangsa hanya mengalami bengkak di bahagian mulut dan sedikit pendarahan bagaimanapun tiada kesan kecederaan parah ditemui.

Menurutnya, bagaimanapun hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan kecederaan pada organ dalaman mangsa dipercayai akibat hentakan benda tumpul.

“Polis menjalankan pemeriksaan di sekitar penemuan mayat mangsa bagaimanapun tiada sebarang penemuan senjata yang disyaki dijumpai.

“Bagaimanapun beg pinggang yang ditemui bersama mayat mangsa kosong,” katanya ketika dihubungi petang semalam.

Mohd Jasmani berkata, berdasarkan siasatan, mangsa dipercayai bergaduh dengan sekumpulan individu di belakang Pasar Besar sebelum melarikan diri dan rebah di kawasan mayatnya ditemui.

“Mangsa dipercayai  ke Kuantan dari Kuala Lumpur kira-kira seminggu lalu dipercayai untuk mencari pekerjaan,” katanya.

Susulan kejadian polis menahan tujuh individu warga tempatan termasuk tiga wanita berusia 14 hingga 25 tahun bagi membantu siasatan.

“Salah seorang daripada mereka dipercayai suspek utama kes manakala tiga lagi masih dijejaki untuk membantu siasatan,” katanya.

Mohd Jasmani berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tak sempat hapus bukti

 SINAR HARIAN
18 Januari 2014

Tak sempat hapus bukti
Tak sempat hapus bukti Seorang anggota polis menunjukkan komponen motosikal yang dijumpai di bilik suspek dekat Felda Raja Alias di sini, awal pagi semalam.


Tak sempat hapus bukti
Komponen motosikal yang dijumpai di kediaman salah seorang suspek ketika serbuan, awal pagi semalam.
JEMPOL - Tiga lelaki tidak sempat menghapuskan bukti komponen motosikal curi apabila kediaman salah seorang suspek di Felda Raja Alias, di sini diserbu polis, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superitenden Hamzah Alias berkata, dalam serbuan jam 2.30 pagi itu, polis menemui barangan curi berkenaan di sebuah bilik di kediaman suspek yang turut dihuni oleh keluarganya.

"Dua lagi suspek berumur 18 hingga 21 tahun turut berada di rumah berkenaan turut ditahan dan hasil pemeriksaan lanjut, kita menemui tiga buah enjin motosikal jenis Honda EX5, yang mana nombor casisnya dikikis dan dipadamkan bagi menghapuskan bukti.

"Kita juga turut menemui beberapa lagi komponen di dalam bilik suspek berkenaan," katanya.

Menurut Hamzah, pihaknya percaya suspek menjadikan bilik berkenaan sebagai lokasi untuk menyembunyikan barangan curi tersebut.

"Hasil semakan lanjut, enjin motosikal itu adalah enjin motosikal yang dilaporkan hilang sekitar Bahau dan Cheras kira-kira lima bulan lalu.

“Kes di siasat di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan kerana mencuri motosikal,” katanya.

Tambah Hamzah, ketika tangkapan dibuat, ahli keluarga suspek mengakui tidak mengetahui kegiatan anak mereka dan terkejut dengan insiden berkenaan.

Menyamar polis minta RM4,000

 SINAR HARIAN
18 Januari 2014


KUALA TERENGGANU – Terdesak ingin membebaskan anak lelakinya daripada ditahan polis, seorang bapa sanggup melakukan apa saja termasuk membayar RM4,000 kepada dua lelaki yang mengaku diri mereka sebagai anggota polis.

Menurut sumber, anggota polis berkenaan memberitahu dapat membebaskan anak pengadu yang ditahan kerana jenayah pecah rumah sekiranya mereka dibayar dengan jumlah tersebut dan ia menarik minat lelaki terbabit.

“Selepas berbincang, pengadu bersetuju  membayar pendahuluan sebanyak RM2,000 kepada lelaki itu pada Selasa lalu dan berjanji untuk melunaskan bakinya kelmarin,” katanya.

Sumber berkata, pengadu bagaimanapun berasa curiga dengan kedua-dua lelaki yang mengaku polis itu lalu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Melalui laporan itu, pihak SPRM telah memasang satu perangkap dan kedua-dua suspek berusia dalam lingkungan 30-an berjaya ditangkap kira-kira jam 3 petang kelmarin ketika datang mengambil baki wang di rumah pengadu di Kampung Pulau Musang.

Siasatan awal mendapati, kedua-dua lelaki itu bukan anggota polis sebaliknya hanya orang awam yang menyamar dan pemeriksaan ke atas Perodua Myvi yang digunakan suspek turut menemui dadah.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Zainal Adam mengesahkan penahanan lelaki tersebut.

Wanita Malaysia, Singapura ditahan sorok 'ice'


17 Januari 2014

SINGAPURA - Dua wanita, seorang rakyat Malaysia berusia 28 tahun dan seorang warga Singapura berumur 46 tahun, ditahan Biro Narkotik Pusat (CNB) kerana cuba menyeludup kira-kira 450g heroin dan 52g dadah 'Ice' di dalam seluar dalam mereka ke Singapura pada Rabu.

Menurut CNB, kira-kira 2.20 petang Rabu di zon ketibaan kereta di Pusat Pemeriksaan Woodlands, pegawai dari Lembaga Imigresen dan Pemeriksaan (ICA) menahan sebuah teksi dengan nombor pendaftaran Malaysia yang membawa empat penumpang dan merujuk mereka kepada CNB untuk pemeriksaan.

Seorang pegawai wanita CNB melakukan pemeriksaan ke atas seorang daripada penumpang wanita dan menemui sebungkus heroin disembunyikan di dalam seluar dalamnya.

Satu lagi bungkusan heroin dan bungkusan lebih kecil berisi 'Ice' turut ditemui disembunyikan di dalam seluar dalam seorang lagi penumpang iaitu warga Singapura, di dalam teksi sama.

Keseluruhannya, kira-kira 450g heroin dan 52g 'Ice' ditemui. Dadah yang dirampas itu mempunyai nilai pasaran kira-kira S$57,600.

Siasatan terhadap kedua-dua wanita itu masih dijalankan. - Bernama

Lelaki didenda kerana khianat

SINAR HARIAN
18 Januari 2014

KUANTAN - Seorang lelaki didenda RM500 selepas mengaku bersalah dalam Mahkamah Majistret Kuantan semalam atas tuduhan melakukan perbuatan khianat dengan memecah cermin tingkap sebuah van milik individu lain di sini, awal Februari tahun lalu.

Tertuduh, Engku Mohd Al Amin Engku Ali, 23 dari Felda Chini Timur 1, Pekan berdepan penjara dua munggu sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut.

Hukuman diputuskan Majistret Noor Zaihan Mohamed Ali manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd Nazari.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan khianat itu di Kilometer 27.4 Jalan Kuantan- Maran dekat Gambang kira-kira jam 2.35 petang, 1 Februari 2013.

Akibat perbuatan tertuduh itu, pemilik van berusia 41 tahun kerugian kira-kira RM200 kerana terpaksa menggantikan cermin kenderaannya yang dipecahkan.

Susulan kejadian, pengadu membuat laporan polis sebelum tertuduh ditahan dan dihadapkan ke mahkamah itu semalam atas tuduhan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Serang majikan, tetak kepala


NUR FARHANA ABDUL MANAN
18 Januari 2014

Serang majikan, tetak kepala
Serang majikan, tetak kepala Rakan majikan yang terkena tetakan terbaring mengerang kesakitan.


Serang majikan, tetak kepala
Polis menahan lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian pergaduhan, di Taman Kinrara.
PUCHONG – Gara-gara tidak puas hati majikannya enggan meminjamkan wang untuk menyambut perayaan Thaipusam, seorang pemandu lori menetak kepala mangsa hingga berlubang di sebuah restoran di Taman Kinrara dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu rakan majikan tersebut turut diserang menyebabkan tangan kanannya hampir putus ditetak sekumpulan lelaki.

Sumber berkata, sebelum itu, suspek ada bertemu dengan mangsa untuk meminjam wang bagi meraikan sambutan perayaan Thaipusam, semalam.

Majikan tersebut enggan menuruti permintaan suspek dan menyuruhnya pulang. Berang dengan tindakan itu, suspek dikatakan pergi ke rumah didiami mangsa dan merosakkan lori majikannya yang diletakkan di bawah pangsapuri.

Mangsa memaklumkan ketika hendak keluar rumah, dia terkejut mendapati lori miliknya ada kesan pecah namun tidak mengesyaki perbuatan sesiapa.

Ketika sedang menikmati minuman di sebuah restoran, mangsa didatangi suspek bersama sekumpulan lelaki yang terus menyerangnya menggunakan parang dan pisau.

“Berlaku pergelutan antara kesemua mereka, rakan mangsa yang turut sama berada di situ turut ditetak beberapa kali menyebabkan urat tangannya putus,” katanya.

Orang ramai yang melihat kejadian menghubungi polis sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Mangsa yang cedera parah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian pergaduhan di dalam restoran terbabit.

Beliau berkata, kesemua lelaki yang menyerang dan diserang berada dalam keadaan mabuk ketika pergaduhan berlaku.

“Ada tangkapan dibuat dan kita turut menerima laporan berhubung kejadian,” katanya.

Pusat judi online bersepah di Lembah Klang

SINAR HARIAN
18 Januari 2014

 Pusat judi online bersepah di Lembah Klang
Pusat judi online bersepah di Lembah Klang Keadaan premis menjadi sarang judi online. Gambar kecil, Rosliza.

SHAH ALAM - Selain Kuala Lumpur, kawasan lain sekitar Lembah Klang  dikenal pasti menjadi sarang pusat judi online turut melibatkan kawasan perumahan dan perniagaan di Ampang, Puchong, Selayang, Sungai Buloh dan Petaling Jaya.

Malah segelintir pengusaha premis judi online  berkenaan, didapati menyalahgunakan lesen yang diberi dan menjalankan aktiviti tersebut secara haram.

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Rosliza Mohd berkata, pihaknya menjalinkan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha membanteras kegiatan haram itu.

“Modus operandi kegiatan sindiket berkenaan cukup mudah, sindiket berkenaan akan menyewa sebuah premis untuk menjalankan aktiviti perjudian," katanya.

Rosliza berkata, selain menggunakan kamera litar tertutup (CCTV),  premis perjudian turut menggunakan 'pintu magnetik' yang mana pelanggan tetap dibekalkan dengan kod nombor tertentu untuk membuka pintu berkenaan.

“Kita terpaksa menyamar sebagai pelanggan tetap untuk mendapatkan kod tersebut, sebelum serbuan dilakukan.

“Difahamkan pihak Setiausaha Kerajaan Negeri juga sedang merangka undang-undang baru iaitu Enakmen Pusat Siber (Selangor) 2014 bagi meningkatkan lagi denda bagi kesalahan itu,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 115 sitaan dan 178 kompaun dikeluarkan pada tahun lalu terhadap pemilik premis terbabit.

“Pada 2012, kita melakukan sebanyak 187 sitaan dan sebanyak 344 kompaun dikeluarkan terhadap pemilik yang dipercayai melakukan aktiviti haram itu,” katanya.

83 GRO Thai diberkas


SINAR HARIAN
18 Januari 2014

83 GRO Thai diberkas
83 GRO Thai diberkas Antara GRO yang diberkas dalam serbuan ke atas sebuah premis hiburan.



KUALA LUMPUR – Seramai 83 wanita warga Thailand dipercayai pelayan pelanggan (GRO) ditahan polis dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Kuchai Lama, di sini, semalam.

Dalam Ops Noda pada jam 1.10 pagi itu, sepasukan empat pegawai dan 15 anggota polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, diketuai Asisten Superintendan Shahrulnizam Jaafar, menyerbu premis tanpa lesen itu.

Shahrulnizam berkata, ketika serbuan dibuat, seramai 150 pelanggan didapati berada di dalam premis yang agak tersorok itu.

“Pusat hiburan itu dipercayai menawarkan khidmat GRO warga asing bagi menarik pelanggan.”

“Premis berkenaan juga dipercayai menjual kalungan bunga, mahkota dan selempang kepada pelanggan yang ingin memilih wanita kegemaran masing-masing," katanya.

Beliau berkata, turut ditahan tujuh lelaki, termasuk seorang warga Thailand dan seorang warga India, yang dipercayai bekerja sebagai pengurus, jurujual, penjual kalungan bunga dan deejay pusat hiburan itu.

“Kita turut merampas peralatan muzik, speaker dan RM7,212 dalam operasi itu. Kesemua yang ditahan itu dibawa ke balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut,” katanya.

Remaja lemas ditarik arus


NORHASRAM MOHAMAD
18 Januari 2014
Remaja lemas ditarik arus
Remaja lemas ditarik arus Orang ramai melihat operasi mencari mangsa lemas di Pantai Tok Bali, semalam.

Nor Afikah Akmal Saufi
Nor Afikah Akmal Saufi
PASIR PUTEH - Keseronokan mandi-manda berhampiran benteng pemecah ombak di Pantai Tok Bali di sini, bertukar tragedi apabila seorang remaja perempuan dikhuatiri lemas dibawa arus deras, petang semalam.

Mangsa, Nor Farahani Yusof, 19, dari Kampung Baru Bechah Laut, Tanah Merah, dikatakan mandi bersama adiknya, Nor Suraya Yusof, 17, sepupunya Nor Afikah Akmal Saufi, 14, dan dua rakan sekampung iaitu Muhamad Nasrullah Norhisyam, 19, dan Baharum Zawawi, 17, kira-kira jam 3 petang.

Kelima-lima mereka lemas dibadai ombak besar sebelum arus deras menarik mereka sejauh kira-kira enam meter dari pantai.

Nor Afikah Akma ketika ditemui berkata, dia sempat merangkak ke tepi pantai selepas genggaman Nor Farahani pada bajunya terlepas dan dia diselamatkan pengunjung lelaki ke daratan.

Katanya, Nor Farahani bertungkus lumus membantunya sehingga mengabaikan keselamatan dirinya dalam kejadian itu.

“Selepas genggaman tangannya pada baju saya terlepas, saya hanya mampu melonjakkan kaki pada dasar pantai sehinggalah ada orang yang mengheret saya ke daratan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd Kamal Zainal berkata, mengikut laporan, orang ramai melihat dua orang berada dalam laut, dalam keadaan cemas.

“Seorang daripadanya diselamatkan orang ramai, manakala seorang lagi terus tenggelam dan dipercayai lemas. Operasi mencari dimulakan selepas menerima laporan mengenainya.

“Operasi ditangguhkan jam 7 malam dan akan disambung esok (hari ini), bagaimanapun usaha mencari diteruskan dengan rondaan kawasan pesisiran pantai dari lokasi lemas sehingga ke Pantai Kandis, Bachok,’ katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Wan Baijuri Wan Hassan pula berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.17 petang dan tiba di lokasi kejadian bersama enam anggota penyelamat dalam tempoh 15 minit.

Menurutnya, gerakan mencari dilakukan bersama enam anggota Unit Skuba, pasukan Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Pasukan Bomba Sukarela Pangkalan Chepa dan Pasukan Relawan Malaysia (Rela).

Temui bukti, kes bunuh tiga beradik selesai


17 Januari 2014
bunuh 3 beradik
 Muka depan Sinar Harian edisi Utara hari ini



ALOR SETAR - Polis Kedah dapat menyelesaikan kes pembunuhan tiga beradik perempuan dari Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini pada November lepas berikutan penemuan beberapa bahan bukti fizikal.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata polis menemui bukti itu selepas membawa dua suspek lelaki berusia 19 tahun, yang ditahan pada Rabu lepas, ke tempat kejadian di Alor Senibong di sini petang semalam.

Namun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai penemuan bukti itu oleh sepasukan anggota Unit Forensik.

"Kita akan membuat siasatan lebih rapi untuk kumpul semua bukti fizikal yang ditemui sebelum membuat pendakwaan di mahkamah. Saya tidak boleh beritahu apa bahan bukti kerana tidak mahu menjejaskan proses pendakwaan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, hari ini.

Ahmad berkata dua suspek itu dikatakan mengenali mangsa kerana jarak rumah suspek dan mangsa ialah kira-kira 150 meter.

Beliau berkata mereka ditahan di rumah masing-masing di Kampung Gelam berhampiran Jalan Datuk Kumbar antara 5.30 petang dan 11 malam pada Rabu lepas, hasil maklumat awam.

"Seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah pecah rumah dan dadah," katanya.

Kedua-dua suspek yang menganggur ditahan reman bermula semalam hingga 22 Januari ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mayat Noor Syafikah Nadia Rusdi, 14, ditemui di kawasan sawah Alor Senibong kira-kira 3.45 petang pada 30 November lepas manakala mayat adik-adiknya Nur Izzati Husna, 12, dan Puteri Nurul Akma, 3, ditemui di gigi air sungai di Kampung Padang Tani, Langgar kira-kira 3.5 kilometer dari tempat mayat kakak mereka, pada keesokannya.

Tiga beradik itu dikatakan keluar dari rumah mereka dengan menaiki sebuah motosikal kira-kira 7.30 malam pada 29 November lepas untuk ke rumah seorang rakan Noor Syafikah Nadia di Kampung Gelam, yang berdekatan dengan kampung mereka.

Namun, mereka tidak pulang ke ruma sehinggalah mayat mereka ditemui dalam keadaan menyayat hati. - Bernama

Remaja sesat empat jam di hutan simpan


18 Januari 2014
Remaja sesat empat jam
Remaja sesat empat jam Mangsa yang ditemui dihantar ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.


Remaja sesat empat jam
Anggota bomba dan penyelamat membantu salah seorang mangsa.
PUCHONG – Kegembiraan sekumpulan remaja beriadah di tepi sungai dalam Hutan Simpan Ayer Hitam (HSAH) dekat sini pagi kelmarin berakhir tragedi apabila keempat-empat mereka termasuk seorang kanak-kanak berusia lapan tahun sesat sebelum ditemui dalam keadaan keletihan.

Difahamkan, kesemua mereka termasuk seorang remaja perempuan berusia 19 tahun masuk ke dalam hutan itu kira-kira jam 10.20 pagi untuk mandi sebelum berkemas pulang beberapa jam kemudian.

Bagaimanapun, kesemua mangsa dikatakan panik apabila gagal menemui jalan pulang menyebabkan salah seorang daripadanya menghubungi panggilan kecemasan 999 kira-kira jam 2.30 petang.

Bertindak atas laporan, sepasukan anggota Balai Bomba Puchong diketuai Ketua Balai Bomba Puchong, Penolong Kanan Penguasa Bomba Jafri Amat segera melancarkan operasi mencari dan menyelamat.

Jafri berkata, pihaknya turut meminta bantuan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), pasukan renjer Universiti Putra Malaysia (UPM) dan pihak polis untuk mengesan kedudukan mangsa.

Menurutnya, tiga pasukan bergerak dalam lokasi berasingan, kesemua mangsa berjaya ditemui kira-kira jam 6 petang di tepi sungai hutan berkenaan.

Remaja perempuan tersebut mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dipercayai digigit serangga dan kesan meredah hutan.

Tiga lagi mangsa yang lain pula ditemui dalam keadaan kepenatan dan tidak bermaya. Mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Mengulas perkara itu, Jafri berkata, hutan berkenaan adalah kawasan larangan kepada orang awam dan papan tanda mengenainya ada diletakkan di jalan masuk di Taman Wawasan 5.

Namun jelasnya pihaknya kesal kerana ramai yang meredah masuk ke dalamnya tanpa pengawasan pihak berwajib.

Jelasnya, kejadian itu bukan kali pertama kerana sebelum ini beberapa individu pernah dilaporkan sesat di kawasan sama.

“Hutan tidak berapa besar tetapi bagi yang tidak mahir mereka berpotensi sesat, diingatkan bahawa air terjun yang ada di situ juga bahaya jika tiada pemerhatian daripada pihak berwajib,” katanya.

Pemuda maut kemalangan

SINAR HARIAN
18 Januari 2014

Pemuda maut kemalangan
Pemuda maut kemalangan Jenazah Hasanul Ashraff bawa ke Hosptal Port Dickson untuk di bedah siasat.


Hasanul Ashraff
Hasanul Ashraff
PORT DICKSON - Seorang pemuda menemui ajal kurang lima jam selepas membantu urusan pengebumian emak rakan baiknya yang meninggal dunia, petang kelmarin.

Hasanul Ashraff Hasanul Basri Baskaran, 19, meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di kepala apabila motosikal ditungganginya terbabas ke dalam longkang, di kilometer 9.3 Jalan Kampung Baru Sirusa, jam 1.15 pagi semalam.

Rakan baiknya, Mat Wazir Abd Wahid, 20, berkata, dia terkilan kerana tidak sempat mengucapkan terima kasih kepada Allahyarham kerana arwah banyak membantu menguruskan pengebumian emaknya.

"Hasanul Ashraff banyak membantu menguruskan pengebumian emak malam tadi (kelmarin), malah dia antara individu terakhir yang berada di sana sehingga upacara pengebumian itu selesai.

"Arwah juga sempat menyiram air mawar di pusara emak saya yang meninggal dunia akibat barah usus.

“Saya sangat terkilan kerana belum sempat mengucapkan terima kasih kepadanya. Berita kematiannya sangat mengejutkan kami," katanya.

Dia berkata demikian kepada Sinar Harian ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Port Dickson, semalam.

Sementara itu, ayah mangsa, Hasanul Basri Baskaran Abdullah, 52, berkata, dia tidak menyangka perbualan dengan anaknya di telefon malam sebelum kejadian merupakan perbualan terakhir.

"Selepas urusan pengebumian, dia ada balik ke rumah tetapi keluar semula dengan menunggang motosikal selepas menukar pakaiannya yang kotor kerana terkena tanah dan lumpur ketika menggali kubur.

“Sekitar jam 12 tengah malam, saya ada menghubunginya menyuruh dia balik ke rumah kerana dia perlu bekerja keesokan harinya.

"Namun, saya sangat terkejut apabila dua rakan Hasanul datang ke rumah memberi telefon bimbit serta barang miliknya dan memaklumkan tentang kejadian yang menimpanya," katanya.

Menurut Hasanul Basri, walaupun terkejut, dia sekeluarga reda dengan pemergian anak ketiga daripada empat beradik itu.

Mayat Hasanul Ashraff  selamat dikebumikan selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam Port Dickson, petang semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superitenden Abd Wahab Harun berkata, mangsa yang membonceng motosikal bersendirian dalam perjalanan dari Port Dickson ke

Telok Kemang dan dipercayai terbabas ketika melalui satu selekoh di lokasi kejadian.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Abd Wahab berkata, mangsa di bawa ke Rumah Mayat Hospital Port Dickson (HPD) untuk dibedah siasat.

Penyamun lap darah sendiri

SINAR HARIAN
18 Januari 2014
Penyamun lap darah sendiri

Penyamun lap darah sendiri Mat Daud (dua, kiri) bersama anggota polis menunjukkan senjata yang ditemui pada kedua-dua suspek.
Penyamun lap darah sendiri
Kedua suspek ketika ditahan polis awal pagi semalam.
Penyamun lap darah sendiri
Kecederaan yang dialami mangsa.
BALING - “Selepas suspek bergelut dengan saya, dia lap darah dia sendiri di atas lantai. Tangan dia berdarah terkena serpihan cermin selepas memecah masuk ke rumah saya,” kata Lim Kian Tong, 52, mangsa samun bersenjata di kediamannya di Bangunan Kedai Pekan Baling kira-kira jam 4 pagi, semalam.

Ketika kejadian, hanya mangsa dan isterinya, Cheah Kowang Heng berada di rumah yang juga merupakan premis perniagaan jahitan baju.

Lim berkata, dia terjaga dari tidur selepas isterinya menjerit ternampak kelibat manusia di luar rumahnya.

“Selepas itu, dua lelaki terus pecahkan cermin tingkap dan masuk dalam rumah. Saya arahkan isteri masuk dalam bilik dan saya cuba untuk halang dua lelaki terbabit,” katanya

Menurutnya, dia bergelut dengan perompak terbabit hampir 10 minit mengakibatkannya cedera di bahagian bahu terkena parang yang digunakan suspek.

“Tak lama kemudian, salah seorang suspek pecahkan pintu bilik dan mengacukan parang ke isteri saya. Saya tak boleh buat apa-apa, hanya serahkan apa yang mereka inginkan.

“Selepas itu, salah seorang lelaki itu bertindak mengelap darahnya di atas lantai rumah. Darah dia banyak sebab tangan dia luka kerana cermin tingkap. Mungkin dia takut ada kesan darahnya dalam rumah ini,” katanya.

Kejadian itu juga mengakibatkan isterinya cedera di muka dan badan setelah ditumbuk oleh seorang suspek terbabit.

Katanya, selepas menyerahkan wang tunai, kedua suspek terus beredar dan pada masa sama anggota polis ada di bawah bangunan kedai itu.

“Mujurlah ada anggota polis yang membuat rondaan, kalau tidak, memang suspek dapat larikan diri dengan kawan mereka,” katanya.

Mangsa kemudiannya terus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Baling dan hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar.


Suspek ada enam rekod jenayah lampau

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hassan berkata, salah seorang suspek samun bersenjata awal pagi semalam mempunyai enam rekod jenayah lampau.

Mat Daud berkata, kedua suspek berjaya ditahan polis berusia 38 dan 23 tahun dipercayai aktif melakukan aktiviti samun di sekitar Kuala Muda, Sungai Petani, Kulim serta Baling.

Menurutnya, kedua suspek ditahan ketika ingin melarikan diri bersama seorang lagi rakan mereka yang sedang menunggu di bawah Bangunan Kedai Pekan Baling itu.

"Sejurus mendapat maklumat, anggota polis diketuai Ketua Polis Balai, Inspektor Mohamad Hamdan Ghazali bergegas ke tempat kejadian.

“Kedua suspek tidak berjaya melarikan diri setelah dihalang anggota polis yang berada di kawasan itu.

“Manakala seorang lagi rakan mangsa yang sedang menunggu suspek terus melarikan diri menggunakan kereta,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Baling, semalam.

Katanya, polis berjaya menemui sebilah parang, pedang, kuku kambing, pemutar skru, empat telefon bimbit dan wang tunai RM821.

Menurutnya, suspek pertama berusia 38 tahun itu yang berasal dari Sungai Petani mempunyai   enam rekod jenayah lampau manakala rakannya yang berusia 23 tahun berasal dari Alor Setar tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini.

“Suspek berusia 38 tahun itu pernah ditahan di Pusat Tahanan Machang, Kelantan sebanyak tiga kali mengikut Ordinan Darurat dan pernah ditahan sebanyak dua kali mengikut Kediaman Terhad di Ulu Yam, Selangor,” katanya.

Mat Daud berkata, penahanan kedua suspek terbabit juga dipercayai dapat menyelesaikan beberapa kes samun sekitar kawasan Sungai Petani, Kulim, Alor Setar dan Baling.

Kedua suspek kini ditahan reman selama seminggu dan kes akan disiasat mengikut seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Seorang lagi rakan mereka melarikan diri kini diburu polis dan pihaknya yakin akan dapat menahan lelaki terbabit  dalam masa terdekat ini.


Minta bantuan pakai walkie talkie

Dalam pada itu, Kowamg Heng sempat menggunakan walkie talkie meminta bantuan semasa sedang sembunyi di dalam bilik.

Menurutnya, dia sempat menekan butang walkie itu dan menjerit meminta bantuan sebelum biliknya itu dipecahkan seorang suspek yang mengetahui mangsa sedang membuat panggilan menggunakan alat itu.

“Suspek kemudiannya menumbuk dan menendang badan saya,” katanya.

Sementara itu, Jurucakap Persatuan Prihatin dan Keselamatan Sukarela (PPKS) Baling berkata, dia terkejut kerana terdengar jeritan menerusi walkie talkie itu.

Menurutnya, dia kemudiannya menyemak semua kod panggilan itu untuk mengetahui kedudukan panggilan seterusnya memaklumkan kepada anggota polis.

“Mujur kami sedang membuat rondaan malam. Bila dengar suara kecemasan, saya terus minta bantuan polis,” katanya.

PPKS merupakan sebuah pertubuhan berdaftar di Baling dan menjadikan walkie talkie sebagai alat perhuhungan terutama melibatkan kecemasan.

Penyamun dibelasah orang ramai


KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN
18 Januari 2014
Penyamun dibelasah orang ramai

Penyamun dibelasah orang ramai Suspek cedera dibelasah orang ramai selepas cuba menyamun Anthony semalam.

BAGAN SERAI - Seorang penjenayah bukan hanya berputih mata kerana gagal menyamun seorang pengusaha bengkel kereta dengan menggunakan pistol mainan malah dia cedera selepas dibelasah orang ramai di Batu 8, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, suspek berusia lingkungan 40-an terbabit memasuki premis milik T Anthony Dass, 41, dan mengugut peniaga itu supaya menyerahkan wang tunai kepadanya.

Anthony berkata, dia yang sedang bersendirian di bengkelnya terkejut diacukan pistol oleh suspek yang memasuki premisnya melalui pintu utama.

Menurutnya, suspek yang berada berdekatan pintu utama bengkel itu mengugut untuk menembaknya sekiranya mangsa gagal menyerahkan wang tunai dan barang berharga.

“Panik dengan kejadian itu, saya terus menolak pintu utama dan menyebabkan pencuri itu terhumban keluar, manakala pistolnya terlepas dari pegangannya.

“Melihat suspek terjatuh, saya segera menjerit meminta tolong dan tindakan saya itu menyebabkan suspek cuba melarikan diri.

“Bagaimanapun, lelaki terbabit berjaya dihalang adik saya dan orang ramai yang berada di sekitar bengkel,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

Anthony berkata, sejurus selepas suspek diberkas, berlaku pergelutan antara lelaki terbabit dan sekumpulan orang ramai berikutan suspek bertindak agresif untuk melepaskan diri.

Menurutnya, insiden itu segera dimaklumkan kepada sepasukan anggota pasukan sukarelawan Bagan Serai yang kemudiannya membantu membawa suspek ke balai polis.

“Tindakan agresif suspek membawa padah apabila orang ramai yang berang dengan sikapnya bertindak membelasahnya.

“Hanya setelah suspek tidak lagi agresif, barulah dia diserahkan kepada anggota keselamatan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Anthony berkata, dia kemudiannya terkejut selepas dimaklumkan bahawa senjata digunakan suspek untuk mengugutnya itu hanyalah pistol mainan.

Susulan kejadian tersebut, Anthony membuat laporan di Balai Polis Bagan Serai dan suspek serta motosikal dinaikinya diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Bot karam: Tiga sah lemas, lapan masih hilang


18 Januari 2014
KUCHING - Tiga wanita disahkan lemas selepas bot panjang membawa 27 orang yang dalam perjalanan dari Kampung Saei ke Kampung Tekajong, Pulau Bruit, Matu dalam Bahagian Mukah terbalik dipukul ombak tengah hari ini.

Ketua Polis Daerah Matu/Daro Deputi Superintenden Wagner Lisa Libut berkata ketiga-tiga mangsa berumur lingkungan 40 hingga 50 tahun.  

"Setakat 5 petang ini lapan masih hilang iaitu lima lelaki dan tiga perempuan. Difahamkan semua mangsa yang hilang adalah dewasa," katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurutnya 16 penumpang berjaya diselamatkan dalam kejadian itu dan dihantar ke Hospital Daro untuk pemeriksaan lanjut.

"Semua penumpang bot berasal dari Kampung Tekajong, Pulau Bruit dalam perjalanan pulang selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Saei. Menurut maklumat awal keadaan cuaca ketika kejadian adalah baik, namun bot panjang terbalik dipukul ombak besar," katanya.

Wagner berkata ketika ini operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan oleh pelbagai agensi seperti polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Pasukan Sukarelawan Malaysia. - Bernama

Ceroboh rumah wartawan


NIK AMIRULMU’MIN NIK MIN
18 Januari 2014

Ceroboh rumah wartawan
Ceroboh rumah wartawan Suspek ditangkap selepas tiga jam sembunyi dalam stor diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

KUANTAN - Tanda-tanya berhubung dalang  yang memecah masuk rumah sewa dua wartawan Sinar Harian Edisi Pahang di Taman Satelit Damai di sini terjawab selepas seorang lelaki dipercayai penagih gam ditemui menyorok dalam ruang stor rumah itu, malam kelmarin.

Suspek berusia dalam lingkungan 20-an berasal dari Kampung Batu Hitam dekat sini dipercayai menyembunyikan diri kira-kira tiga jam selepas gagal keluar apabila salah seorang penghuninya pulang kira-kira jam 6.15 petang.

Usaha mengesan suspek yang dijalankan tuan rumah bersama beberapa rakan kira-kira jam 6.30 petang menemui jalan buntu.

Pencarian kali kedua disertai penduduk kampung bersama tiga anggota polis  di ruang siling dan tangki air juga tidak menemui sebarang tanda atau individu lain yang disyaki

Bagaimanapun, usaha kali ketiga kira-kira jam 9 malam yang turut disertai pegawai penyiasat berjaya mengesan suspek yang ketika itu bersembunyi di sebalik  tikar  di dalam stor.

Ketika ditemui, suspek memegang gunting pokok dipercayai digunakan untuk mempertahankan diri.

Hasil semakan polis turut mendapati, motosikal jenis Honda Wave yang digunakan suspek disahkan motosikal curi yang dilaporkan hilang di Kampung Batu Hitam.

Wartawan biro Sinar Harian Pahang, Erma Yusnida Jusoh, 31 berkata, rumah sewa tersebut dihuni bersama Ketua Wartawan, Aswany Omar, 37 sejak 2009.

Menurutnya, pada hari kejadian dia bercuti dan keluar rumah kira-kira jam 4 petang untuk satu urusan.

“Saya kembali kira-kira jam 6.15 petang dan mendapati siling ruang hadapan pecah manakala sebuah motosikal yang tidak dikenal pasti pemiliknya diletakkan berhampiran rumah.

“Saya mensyaki rumah dipecah masuk lalu menghubungi Aswany di pejabat serta tuan rumah sebelum masuk melihat keadaan di dalam,” katanya.

Dia berkata, keadaan dalam rumah sunyi sepi ketika itu bagaimanapun hatinya mula berdebar selepas melihat siling bahagian bilik air utama turut dipecahkan.

“Tidak lama kemudian tuan rumah bersama beberapa rakan tiba dan memeriksa bahagian dalam rumah termasuk di bahagian bumbung bagaimanapun tiada kelibat individu asing ditemui.

“Menyedari keadaan sudah ‘selamat’ kami ke Balai Polis Beserah untuk membuat laporan berhubung kejadian tetapi beberapa penduduk di sini masih memantau,” katanya.

Erma berkata, kira-kira jam 9 malam anggota polis datang ke rumah untuk menjalankan siasatan.

“Beberapa penduduk yang ada bersama ketika itu tidak puas hati lalu memeriksa semua ruang dan mendapati suspek bersembunyi di sebalik lipatan tikar,” katanya.

“Sebenarnya, ruang itu sudah diperiksa, mungkin disebabkan barang yang bersusun, suspek berjaya menyembunyikan diri elak dikesan,” katanya.

Katanya, ekoran kejadian dia dan Aswany trauma memandangkan kejadian itu kali kedua sejak tinggal di situ.

“Walaupun tiada kehilangan barang berharga, detik-detik ketika berseorangan tanpa menyedari ada tetamu tidak diundang dalam rumah amat menakutkan.

“Mujurlah pencuri tidak mengambil kesempatan mengancam keselamatan saya ketika itu kerana mungkin dia juga dalam ketakutan,” katanya.

Mereka berdua berterima kasih kepada penduduk perumahan atas kerjasama dan bantuan yang diberikan sehingga tertangkapnya suspek tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

Gadis dihanyut ombak ditemui mati lemas


18 Januari 2014


PASIR PUTEH - Sorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dihanyut ombak besar ketika mandi bersama rakan di pantai Air Tawar, Kuala Tok Bali di sini, petang semalam, ditemui mati lemas hari ini.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Mohd Kamal Zainal berkata, mayat Norfarahani Yusoff, 19, dijumpai 12.15 tengah hari ini, kira-kira 100 meter dari tempat dia dilaporkan hilang.

"Mayatnya timbul dua kali iaitu pukul 10 dan 11 pagi tetapi pihak kami (pasukan mencari dan menyelamat) tidak sempat mengambilnya ketika itu kerana hilang dibawa arus dan ombak," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini, hari ini.

Dalam kejadian semalam, tiga rakan Norfarahani terselamat apabila sempat berenang ke tepi pantai manakala seorang lagi diselamatkan penduduk.

Mohd Kamal berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk bedah siasat.

Sementara itu, ibu mangsa Norwati Yusof, 44, ketika ditemui berkata, beliau mengetahui kejadian berlaku pada anak keduanya daripada lapan beradik itu pada  4.30 petang menerusi panggilan telefon oleh seorang rakannya.

"Norfarahani hanya memberitahu saya beliau akan ke rumah kawan ketika turun dari rumah pukul 2.30 pada hari kejadian," katanya yang juga seorang ibu tunggal.

"Ketiadaannya merupakan kehilangan besar bagi saya kerana beliau (Norfarahani) membantu menoreh getah bagi menyara empat orang adiknya berumur antara tiga dan lapan tahun," katanya. - Bernama

Dua penumpang maut

SINAR HARIAN
18 Januari 2014
Dua penumpang maut
Yameelah mendukung anaknya Firdaus selepas terselamat dalam nahas yang mengorbankan dua saudaranya, pagi semalam.


Dua penumpang maut
Fadeelah yang cedera parah dihantar ke HSNZ sebelum meninggal dunia jam 12.30 tengah hari ketika menerima rawatan kecemasan.
Dua penumpang maut
Kereta Honda Accord dipandu Faison remuk teruk di bahagian belakang selepas melanggar tiang eletrik sebelum terbalik.
Faison Ibrahim
Faison Ibrahim...Terselamat
Aumiyah Tohmasee
Aumiyah Tohmasee
DUNGUN - Seorang ibu terpaksa merangkak dalam gelap sambil mengendong anaknya berusia dua tahun untuk menyelamatkan diri selepas kereta dinaiki bersama suami serta dua yang lain terbabas dan terbalik di satu selekoh, dekat sini, awal pagi semalam.

Kejadian berlaku ketika mangsa, Yameelah Mat, 30, bersama suami  Faison Ibrahim, 45, pemilik sebuah restoran di Jalan Alor Tempoyak Dungun dan anak mereka, Muhammad Firdaus Furqan, 2, serta dua lagi saudara dalam perjalanan ke sebuah kedai makan selepas selesai menutup perniagaan jam 5 pagi.

Kemalangan mengakibatkan dua saudaranya yang duduk di belakang, Aumiyah Tohmasee, 15, dan  Fadeelah Buanae, 21, maut.

Menurut Yameelah, kejadian berlaku terlalu pantas dan dia yang duduk di hadapan hanya menyedari kemalangan itu selepas kereta Honda Accord dipandu suaminya terbalik.

Katanya, ketika kejadian, mereka dalam perjalanan dari Dungun menuju ke Paka untuk makan selepas menutup kedai masakan panas milik suaminya  berdekatan simpang Alor Tempoyak Dungun

"Masa itu saya sedang menyusukan anak, sementara Fadeelah dan Aumiyah berada di tempat duduk belakang.

"Selepas kereta terbalik, dalam keadaan gelap saya merangkak mencari anak dan memanggil suami," katanya.


Sempat ajar mengucap

Yameelah berkata, selepas mendapati anak dan suaminya selamat, dia yang mengalami luka di bahagian muka terus merangkak dalam gelap untuk mencari Aumiyah.

Bagaimanapun Aumiyah ketika itu sudah tidak menunjukkan sebarang tindak balas lalu dia terus mengajarnya mengucap.

“Orang ramai yang bantu kami keluar dari kenderaan, namun saya tidak pasti bagaimana keadaan Aumiyah dan Fadeelah.

"Saya dibawa ke Hospital Dungun, tetapi sebaik sampai di sana mereka beritahu Aumiyah sudah pun meninggal dunia,” katanya.

Mayat Aumiyah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat bagi memastikan punca kematian.

Mangsa yang berasal dari Thailand difahamkan baru beberapa minggu datang ke sini selepas berpisah dengan suaminya.

Jenazahnya dibawa pulang dengan menaiki kenderaan jenazah Khidmat Masyarakat Dun Sura untuk dikebumikan di Pattani, Thailand.

Sementara itu, Fadeelah yang cedera parah meninggal dunia kira-kira jam 12.30 tengah hari ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, kemalangan di Kilometer 94 Jalan  Kuala Terengganu-Kuantan itu dipercayai berlaku apabila kereta Honda Accord dari arah Dungun menghala ke Paka itu terbabas lalu melanggar tiang elektrik sebelum terbalik sebaik melalui satu selekoh.

Bagaimanapun katanya, kes masih dalam siasatan polis.

Kes pukul anak: Anak pasangan Malaysia tak gembira


17 Januari 2014
Pukul anak tak solat, pasangan dikenal pasti
Pukul anak tak solat, pasangan dikenal pasti Pasangan warga Malaysia yang ditahan di Sweden atas dakwaan memukul anak lelaki mereka. - Foto dipetik daripada Astro Awani

KUALA LUMPUR - Empat anak pasangan warga Malaysia, yang ditahan polis Sweden setelah didakwa memukul mereka kerana enggan bersolat, menyatakan rasa tidak selesa tinggal bersama keluarga angkat berlainan agama di negara itu.

Anak sulung pasangan itu yang mahu dikenali sebagai Aisyah, 14, berkata, beliau dan tiga adik lelakinya yang berusia 7, 11 dan 12 tahun ditempatkan bersama keluarga angkat yang disediakan pihak khidmat sosial negara itu sejak ibu bapa mereka ditahan pada 18 Disember lepas.

Aisyah berkata mereka tidak gembira dengan keadaan di dalam rumah berkenaan.

"Kami tidak gembira tinggal dengan keluarga angkat sebab keluarga ini bela anjing.

"Keluarga angkat juga makan makanan tidak halal...walaupun kami tidak diberi makanan itu tetapi kami berkongsi pinggan mangkuk yang sama," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Aisyah berkata mereka juga berulang kali menyatakan hasrat pulang ke Malaysia secepat mungkin namun tidak dibenarkan pihak khidmat sosial.

Katanya mereka juga tidak dibenarkan bertemu ibu bapa dan anggota keluarga dari Malaysia.

Menurutnya seminggu selepas penahanan ibu bapa mereka, keluarga dari Malaysia datang untuk bertemu dengan mereka namun tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa Sweden.

Anak kedua yang mahu dikenali sebagai Ammar pula berkata mereka mahu pulang ke Malaysia secepat mungkin kerana tidak tahan tinggal dengan keluarga angkat itu.

"Kami rindukan mummy dan daddy...kami nak balik Malaysia tapi mereka tidak benarkan. Kami sedih, setiap kali balik sekolah mummy dan daddy tiada.

"Sebelum ini, mummy dan daddy hantar dan ambil kami di sekolah. Sekarang terpaksa naik kenderaan awam sendiri. Adik bongsu pun menangis setiap hari sebab rindukan mummy dan daddy," katanya.

Tahanan reman pasangan suami isteri itu, yang dipercayai kakitangan Tourism Malaysia di Stockholm dan guru yang bercuti tanpa gaji, dilanjutkan dua minggu lagi bagi membantu siasatan. - Bernama

Isteri menteri India ditemui mati di hotel


18 Januari 2014
Isteri menteri India ditemui mati di hotel
Isteri menteri India ditemui mati di hotel Saat Bahagia.. Sunanda (kiri) ketika bersama suaminya, Shashi. - Foto dipetik daripada BBC

NEW DELHI - INDIA. Dua hari selepas beliau membuat pendedahan tentang kemungkinan suaminya menjalin hubungan sulit dengan seorang wartawan Pakistan, isteri Menteri Pembangunan Sumber Manusia India Shashi Tharoor, ditemukan meninggal dunia di sebuah bilik hotel mewah di sini pada Jumaat malam.

Walaupun Sunanda Pushkar disyaki membunuh diri, namun tiada nota tentang perkara itu ditemukan, lapor The Times of India.

Bagaimanapun sumber polis lebih berhati-hati lewat malam tadi apabila mereka berkata kematian Sunanda mungkin "kematian biasa atau kematian luar biasa".

Mayat wanita berusia 52 tahun ini dilaporkan ditemukan Tharoor apabila beliau pulang ke hotel itu selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kongres All India pada Jumaat malam.

Polis dimaklumkan tentang kejadian itu oleh S Abhinav Kumar, setiausaha peribadi Tharoor.

Pasangan itu dikatakan tinggal di hotel berkenaan kerana banglo rasmi Tharoor sedang dicat semula.

Tragedi berlaku ketika laman Twitter dibanjiri kemarahan dan perbincangan orang ramai tentang Tharoor, Sunanda dan wartawan berkenaan yang dikenali sebagai Mehr Tarar.

Mereka yang berbual dengan Sunanda dua hari lepas menyifatkan beliau berada dalam keadaan amat terganggu dan tidak keruan berhubung dakwaan suaminya menjalin hubungan sulit dengan Tarar.

Terdapat juga laporan bahawa Sunanda pernah menyebut tentang perceraian, tetapi perkara itu dinafikannya pada Khamis.

Polis berkata siasatan sedang dijalankan dari pelbagai sudut, termasuk bunuh diri, keracunan atau serangan jantung. Sebuah pasukan forensik pergi ke hotel berkenaan dan seorang majistret dipanggil untuk menyoal siasat Tharoor serta setiausahanya.

Tidak terdapat kecederaan pada mayat Sunanda, yang ditemukan pada pukul 8 malam apabila Tharoor masuk ke bilik. Menurut laporan, Sunanda dilihat kali terakhir berada di lobi hotel berkenaan pada kira-kira pukul 3.30 petang.
 
Autopsi mungkin dijalankan di All India Institutes of Medical Sciences (AIIMS) hari ini.

Tharoor, yang meninggalkan Pertubuhan Bangsa Bersatu selepas gagal dalam pemilihan bagi jawatan setiausaha agung, kembali ke India pada 2008.

Tidak lama selepas itu, beliau bercerai dengan isterinya, seorang diplomat dari Kanada dan berkahwin dengan Sunanda pada 2010, perkahwinan ketiganya.

Tharoor mempunyai dua anak lelaki hasil perkongsian hidup dengan isteri pertamanya, Tillotma.

Media India melaporkan Tharoor, yang mengadu mengalami sakit dada dan palpitasi pada Jumaat malam, kini dipindah keluar dari Unit Rawatan Rapi AIIMS ke wad biasa. Kini, beliau berada dalam keadaan stabil.

Sementara itu, ketua Jabatan Sains Forensik AIIMS Dr Sudhir Gupta berkata laporan awal autopsi menunjukkan kematian Sunanda bukan kematian secara biasa.

"Ia kematian mengejut luar biasa dan siasatan menyeluruh sedang dijalankan. Kami akan beri pendapat muktamad kami beberapa hari lagi dan satu laporan holistik akan dikemukakan kepada majistret.

"Pakar patologi menolak keracunan (menyebabkan kematian Sunanda) kerana sampel yang dihantar untuk dibuat analisis toksikologi menunjukkan hasil negatif, tetapi terdapat kecederaan tertentu pada mayatnya.

"Jenis kecederaan ini tidak boleh didedahkan. Saya tidak mahu memberi komen mengenainya (kecederaan) sekarang. Berilah saya masa untuk memberi pendapat holistik. Laporan yang dikeluarkan nanti akan bersifat telus," katanya.

Sekumpulan tiga doktor, diketuai Dr Gupta, melakukan autopsi terhadap mayat Sunanda.

Sunanda, ahli perniagaan berketurunan Indo-Kanada, bertugas sebagai pengurus jualan dengan TECOM Investments, yang berpejabat di Dubai dan pemilik bersama Rendezvous Sports World dari di India. - Bernama

Bom gegar Bangkok, penunjuk perasaan cedera

SINAR HARIAN
18 Januari 2014
Bom gegar Bangkok, penunjuk perasaan cedera
Bom gegar Bangkok, penunjuk perasaan cedera Seorang daripada penunjuk perasaan antikerajaan yang cedera dalam insiden letupan bom, semalam.

BANGKOK - THAILAND. Sekurang-kurangnya 31 cedera dalam insiden serangan bom yang menyasarkan kumpulan antikerajaan di sini, semalam.

Jurucakap kumpulan Baju Kuning, Akanat Promphan memaklumkan bom tersebut meletup pada jarak 30 meter berhampiran pemimpin Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat (PDRC), Suthep Thaugsuban.

Bagaimanapun, Suthep tidak mengalami sebarang kecederaan dan beliau sempat kembali semula ke pentas sambil diiringi pengawal peribadinya.

"Insiden itu mencetuskan panik dan kebanyakan penunjuk perasaan cuba menyelamatkan diri," katanya dalam laporan AFP.

Susulan daripada kejadian itu, pihak berkuasa dan kumpulan penunjuk perasaan dilaporkan saling menuduh antara satu sama lain sebagai dalang bertanggungjawab dalam insiden tersebut.

Siasatan awal polis mendapati bom tangan terbabit dipercayai dilempar ke arah kumpulan Baju Kuning dari bangunan berhampiran.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri Yingluck Shinawatra menegaskan pilihan raya untuk menamatkan krisis politik di negara itu akan tetap diadakan pada 2 Februari depan walaupun ditentang banyak pihak.

"Jika rakyat tidak percaya atau tidak suka dengan kerajaan sekarang, mereka boleh mengundi pada bulan depan," tegasnya.

Kelmarin, Suruhanjaya Anti-rasuah Kebangsaan (NACC) melancarkan siasatan ke atas Yingluck berhubung kecuaian tugas berkaitan skim subsidi bagi petani di Thailand.    

Skim penjualan beras kepada China itu dikatakan tidak wujud sehingga menyebabkan lambakan beras di seluruh negara. 

Isteri menteri India ditemui mati di hotel

Isteri menteri India ditemui mati di hotel
Sunanda Pushkar
 NEW DELHI: Dua hari selepas beliau membuat pendedahan mengenai kemungkinan suaminya menjalin hubungan sulit dengan seorang wartawan Pakistan, isteri Menteri Pembangunan Sumber Manusia India, Shashi Tharoor, ditemui meninggal dunia di sebuah bilik hotel mewah di sini semalam.

The Times of India melaporkan, walaupun Sunanda Pushkar disyaki membunuh diri, tiada nota mengenai perkara itu ditemui.

Bagaimanapun, sumber polis lewat malam tadi menyatakan kematian Sunanda mungkin "kematian biasa atau kematian luar biasa".

Mayat wanita berusia 52 tahun itu dilaporkan ditemui Tharoor apabila beliau pulang ke hotel itu selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kongres All India malam tadi.

Polis dimaklumkan mengeni kejadian itu oleh S Abhinav Kumar, setiausaha peribadi Tharoor.

Pasangan itu dikatakan tinggal di hotel berkenaan kerana banglo rasmi Tharoor sedang dicat semula.

Tragedi berlaku ketika laman Twitter dibanjiri kemarahan dan perbincangan orang ramai tentang Tharoor, Sunanda dan wartawan berkenaan yang dikenali sebagai Mehr Tarar.
Mereka yang berbual dengan Sunanda dua hari lalu menyifatkan beliau berada dalam keadaan amat terganggu dan tidak keruan berhubung dakwaan suaminya menjalin hubungan sulit dengan Tarar.

Terdapat juga laporan bahawa Sunanda pernah menyebut tentang perceraian, tetapi perkara itu dinafikannya kelmarin.

Polis berkata, siasatan sedang dijalankan dari pelbagai sudut, termasuk bunuh diri, keracunan atau serangan jantung.

Satu pasukan forensik pergi ke hotel berkenaan dan seorang majistret dipanggil untuk menyoal siasat Tharoor serta setiausahanya.

Tidak terdapat kecederaan pada mayat Sunanda yang ditemui pada jam 8 malam apabila Tharoor masuk ke bilik itu.

Menurut laporan, Sunanda dilihat kali terakhir berada di lobi hotel berkenaan pada kira-kira jam 3.30 petang.

Autopsi mungkin dijalankan di All India Institutes of Medical Sciences (AIIMS) hari ini.

Tharoor yang meninggalkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) selepas gagal dalam pemilihan bagi jawatan setiausaha agung, kembali ke India pada 2008.

Tidak lama selepas itu, beliau bercerai dengan isterinya, seorang diplomat dari Kanada dan berkahwin dengan Sunanda pada 2010, iaitu perkahwinan ketiganya.

Tharoor mempunyai dua anak lelaki hasil perkongsian hidup dengan isteri pertamanya, Tillotma.

Media India melaporkan Tharoor yang mengadu mengalami sakit dada dan palpitasi malam tadi, kini dipindah keluar dari Unit Rawatan Rapi AIIMS ke wad biasa.

Beliau kini berada dalam keadaan stabil. - BERNAMA

Suthep dakwa kerajaan dalang letupan

Protes Bangkok tegang18 Januari 2014

Ribuan penyokong meneruskan protes, bagaimanapun jumlah mereka mula berkurangan semalam.

BANGKOK - THAILAND.  Pemimpin antikerajaan, Suthep Thaugsuban mendakwa kerajaan bertanggungjawab dalam serangan bom terhadap penunjuk perasaan, semalam.

Namun polis mempertikai tindakan penunjuk perasaan yang menghalang pihak polis dan wartawan daripada memasuki tempat kejadian di mana mereka dakwa menemui simpanan senjata, lapor Bangkok Post.

Polis juga mempersoal tentang perubahan laluan protes pada saat-saat akhir.

Ada juga tersebar spekulasi di media sosial semalam yang mengatakan bahawa beberapa pegawai tentera bekerjasama dengan Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat (PDRC) merancang serangan itu.

Dalam ucapan beremosi selepas serangan itu, Suthep berkata letupan itu mencederakan 36 penunjuk perasaan dan seorang daripadanya parah.

“Darah yang terpercik di jalanan menikam hati saya. Apa yang mereka telah lakukan kepada rakyat Thailand tak berhati perut.

Biar kesakitan itu mengingatkan kita dan memberikan kekuatan kepada kita untuk berjuang hingga menang,” kata Suthep kepada penunjuk perasaan di pentas Lumpini.

Suthep turut menafikan dirinya merupakan dalang di sebalik letupan yang mensasarkan dirinya itu.

“Saya bukan orang seperti itu. Saya tidak bunuh penyokong saya sendiri,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan insiden itu, Perdana Menteri bukan seorang yang bodoh sebaliknya ‘syaitan’.

Katanya, serangan bom itu tidak menakutkan dinyanya dan penyokong PDRC malah akan berarak lagi hari ini.

Semalam, bom meletup pada jarak 30 meter berhampiran Suthep namun tiada sebarang kecederaan ke atas beliau dan sempat kembali semula ke pentas sambil diiringi pengawal peribadinya.

Susulan daripada kejadian itu, pihak berkuasa dan kumpulan penunjuk perasaan dilaporkan saling menuduh antara satu sama lain sebagai dalang bertanggungjawab dalam insiden tersebut.

Siasatan awal polis mendapati bom tangan terbabit dipercayai dilempar ke arah kumpulan Baju Kuning dari bangunan berhampiran.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra menegaskan pilihan raya untuk menamatkan krisis politik di negara itu akan tetap diadakan pada 2 Februari depan walaupun ditentang banyak pihak.

Dicekup hanya selepas dua jam rompak


Banting: Sandiwara dua penyamun menyamar polis membawa padah apabila belum pun sampai dua jam melakukan jenayah, mereka dicekup di sebuah rumah tumpangan di Pekan Banting di sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, suspek dipercayai datang ke rumah tumpangan berkenaan dan mengetuk pintu sebuah bilik sebelum memperkenalkan diri sebagai polis yang ditugaskan memeriksa premis berkenaan.

Selepas dua mangsa mengeluarkan kad pengenalan, suspek yang tidak menunjukkan kad kuasa merampas dompet mereka mengandungi wang tunai dan kad juruwang automatik (ATM).

Suspek turut mengambil telefon bimbit milik seorang mangsa sebelum meninggalkan tempat kejadian dengan Proton Iswara hijau.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Azman Abdul Razak (gambar) berkata, selepas kejadian itu, mangsa segera membuat laporan bagi memaklumkan polis mengenai kejadian itu.

“Bertindak atas maklumat itu, pasukan anggota rondaan cegah jenayah bergegas ke tempat kejadian sebelum menemui sekumpulan lelaki tempatan pada jam 2.30 pagi di Taman Sri Putra dengan dua daripada mereka dipercayai penjenayah yang dikehendaki.

“Mereka dibawa ke balai untuk pengecaman oleh mangsa yang mengesahkan mereka adalah suspek yang dikehendaki,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Azman berkata, kedua-dua suspek terbabit pada mulanya menyamar sebagai polis yang mahu memeriksa tempat penginapan mangsa.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana menyamun dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam,” katanya.

Dicekup turun tangga

Oleh Safuri Kamarudin
Baling: Tindakan pantas pemilik kedai kain menghubungi pihak berkuasa menggunakan ‘walkie talkie’ berjaya menahan dua daripada tiga suspek yang melakukan samun bersenjata di kedainya di Pekan Baru Baling, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 4 pagi itu, suspek berusia 23 dan 38 tahun itu ditahan polis ketika cuba melarikan diri menuruni tingkat atas rumah kedai terbabit sambil membawa parang dan pedang. 
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hasan berkata, penjenayah menggunakan parang dan pedang ketika menyamun sebuah kedai jahit di tingkat atas bangunan dua tingkat di pekan berkenaan. 

Bagaimanapun katanya, mereka gagal meloloskan diri apabila polis menunggu di tangga bawah selepas menerima aduan mangsa yang ketika itu menggunakan ‘walkie talkie’.
Foto
MAT Daud (dua dari kiri) menunjukkan parang dan pedang yang dirampas daripada penyamun.

Beliau berkata, dua lelaki itu ditahan sepasukan anggota diketuai Ketua Balai Polis Baling, Inspektor Mohamad Hamdan Ghazali bersama dua anggota yang membuat serbuan di lokasi kejadian.

“Lelaki itu ditahan ketika menuruni tangga untuk melarikan diri sebelum dikepung anggota polis yang sedia menunggu. Polis menemui sebilah parang, pedang, kuku kambing, pemutar skru, empat telefon bimbit dan wang tunai RM821,” katanya, semalam. 

Penyamun dua sejoli


Kuala Lumpur: Menyamar sebagai pelanggan menjadi taktik digunakan sepasang kekasih berusia 20-an yang dikesan menyasarkan kedai serbaneka 24 jam sekitar Lembah Klang, sejak tiga bulan lalu.

Harian Metro difahamkan, pasangan kekasih yang bersenjatakan parang itu akan aktif antara jam 12 tengah malam hingga 6 pagi.



Sehingga kini, lebih lima kedai berkenaan di beberapa daerah seperti Sentul, Dang Wangi dan Cheras dilaporkan sudah menjadi mangsa kepada kelicikan pasangan terbabit.

Dalam kejadian terbaru yang dilaporkan berlaku di Jinjang, di sini, kira-kira jam 5 pagi kelmarin, kedai serbaneka 24 jam itu kerugian lebih RM1,000.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber polis berkata, ketika kejadian dua pekerja premis berkenaan berusia 29 tahun sedang bekerja.

“Mereka kemudian didatangi seorang wanita mendakwa mahu membeli kad tambah nilai.

Tanpa curiga, seorang daripada pekerja memberikan apa yang diminta wanita terbabit.

“Lima minit kemudian, seorang lelaki dipercayai kekasih kepada wanita terbabit yang bersenjatakan parang meluru masuk,” katanya.

Sumber itu berkata, wanita itu kemudian merampas wang tunai, rokok, kad tambah nilai dan minuman dianggarkan bernilai lebih RM1,000 sebelum melarikan diri menaiki sebuah motosikal yang diletakkan di hadapan premis berkenaan.

Sehubungan itu, pekerja kedai serbaneka 24 jam itu tampil membuat laporan polis di Balai Polis Kepong, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.


Dalam kejadian itu, tiada kecederaan dilaporkan.

Katanya, siasatan awal pihak berkuasa mendapati pasangan kekasih yang aktif sejak tiga bulan lalu sering menyamun kedai serbaneka 24 jam di ibu kota.

“Antara kawasan mereka seperti Cheras, Sentul dan Dang Wangi.


Sehingga kini, sekurang-kurangnya lima premis sudah menjadi mangsa kepada pasangan kekasih itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/18

Sindiket guna kad debit elak dikesan


2014/01/18
Kuala Lumpur: Sindiket jual beli diesel subsidi dikesan menggunakan modus operandi baru, berurusan menerusi penggunaan kad debit bagi mengelak aktiviti dikesan.

Taktik itu terbongkar selepas Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur menyerbu sebuah premis di Jalan Emas, Chan Sow Lin di sini, menjelang tengah malam kelmarin.


Lebih 7,000 liter diesel dianggarkan bernilai RM14,000 dirampas termasuk 3,000 liter yang masih dalam tiga tangki, masing-masing berkapasiti 1,000 liter dipasang pada sebuah lori secara ubah suai. 

Satu das di paha


Kuala Lumpur: Tindakan seorang lelaki cuba melarikan diri dan merempuh motosikal ditunggangi polis mengundang padah apabila ditembak pada paha kiri sebelum ditahan di kawasan kilang di Fasa 1 Desa Tun Razak, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 11.20 malam itu, dua anggota polis menerima maklumat daripada orang awam kereta Proton Iswara dinaiki suspek berusia 30 tahun dalam keadaan mencurigakan di kawasan tempat letak kereta di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar Tun Razak.

Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, sebaik tiba di kawasan terbabit, anggota polis mengarahkan suspek memberhentikan kereta dengan menghalangnya dengan motosikal.

Bagaimanapun katanya suspek tidak memberhentikan kenderaannya sebaliknya melanggar motosikal anggota polis sehingga mereka terjatuh sebelum melarikan diri.

“Suspek memecut laju kereta ke kawasan kilang Fasa 1 Desa Tun Razak namun dikejar anggota polis sehingga ke jalan mati berhampiran kedai Perodua,” katanya ketika dihubungi semalam.

Khairi berkata, anggota polis terbabit mengelak dan melepaskan satu das tembakan yang menembusi cermin sebelah pemandu dan mengenai paha kiri suspek.

“Suspek yang cedera dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan hasil siasatan mendapat suspek berasal dari Damai Perdana, Cheras.

“Semakan rekod mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kami percaya suspek mempunyai masalah mental,” katanya.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/18

Kes curi pertama babit kanak-kanak

Kes curi pertama babit kanak-kanak
Keratan akhbar BH semalam.


 Kuala Lumpur: Kes kanak-kanak mencuri cincin berlian bernilai RM5.2 juta kelmarin, adalah yang pertama membabitkan kanak-kanak mencuri barangan kemas berharga jutaan ringgit di ibu negara.

Sebelum ini, sindiket yang memperalatkan kanak-kanak untuk melakukan jenayah hanya membabitkan kecurian barangan berharga dan tidak mencecah hingga nilai ratusan ribu ringgit.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata modus operandi yang digunakan sindiket terancang itu adalah yang pertama berlaku di Kuala Lumpur. 

Menggigil mayat anak ditemui

Menggigil mayat anak ditemuiAnggota JPAM membawa mayat yang ditemui di muara Sungai Jemukan. Kuching: “Saya menggigil sebaik diberitahu mayat anak sudah ditemui,” kata nelayan, Sahari Tom, 54, bapa Amir Hamzah, 15, yang hilang sejak tiga hari di Sungai Jemukan, di sini.

Sahari berkata, berkata dia mengecam mayat anaknya berpandukan warna baju dipakai mangsa sebelum keluar mencari kerang bersama bapa saudaranya, Reduan Ili, 49, yang sehingga kini masih gagal ditemui.

“Wajah Amir tidak lagi sempurna, namun saya dan isteri mampu mengecamnya. Siapa tidak sedih bila kehilangan anak, namun jika begini pengakhiran hidupnya, kami reda ketentuan Allah SWT.


“Kami bersyukur kerana mayatnya ditemui dan dapat dikebumikan dengan sempurna,” katanya dihubungi semalam.

Dalam kejadian jam 7 pagi Rabu lalu, Amir bersama bapa saudaranya dilaporkan hilang ketika leka mengutip kerang selepas berlaku air pasang secara tiba-tiba.

Mayat Amir ditemui kira-kira jam 10.40 pagi oleh penduduk Kampung Sadong Jaya, Samarahan berhampiran Sungai Semera dan Sungai Jemukan, kira-kira sejam setengah perjalanan dari lokasi mereka dilaporkan hilang.

Sahari berkata, Pasukan Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan dengan bantuan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) masih menjalankan operasi mengesan Reduan.
Terjatuh dalam sungai

Sementara itu, misteri kehilangan seorang lelaki, juga pada Rabu lalu, terungkai selepas penemuan mayatnya terapung di Sungai Balai Ringin, Serian semalam.

Mayat lelaki yang dikenali Taip, 32, ditemui penduduk Kampung Balai Ringin yang kebetulan melalui kawasan sungai berkenaan kira-kira jam 7.40 pagi.

Ketua Polis Daerah Serian Deputi Superintendan Mohd Jamali Umi, berkata berdasarkan keterangan penduduk kampung, lelaki itu sudah dua hari tidak pulang rumah selepas pergi ke kebun berhampiran sungai di situ.

“Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai dan lemas. Polis tidak menemui sebarang kecederaan pada badan mangsa yang boleh mengaitkannya dengan unsur jenayah.

“Mayat dihantar ke Hospital Serian untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya ketika dihubungi.

‘Anggota polis’, teman wanita dicekup khalwat


2014/01/18
Kangar: Seorang lelaki mengugut pasukan rondaan sukarela, mendakwa dia anggota polis ketika ditangkap berkhalwat di Taman Rekreasi Sungai Batu Pahat, kelmarin.

Helah lelaki berusia 48 tahun yang sudah mempunyai dua cucu itu bagaimanapun gagal kerana anggota pasukan terbabit tetap menahannya bersama pasangan, wanita berusia 24 tahun yang mendakwa berasal dari Perak.


Komander Pasukan Skim Rondaan Sukarela Kawasan Rukun Tetangga (SRS-KRT) Sungai Batu Pahat, Che Suria Che Din, berkata pihaknya menerima laporan mengenai sebuah kereta hitam dipandu berulang-alik di antara kawasan padang Golf Sungai Batu Pahat serta Taman Ular dan Reptilia di sini, jam 11 malam kelmarin.

Katanya, kereta itu kemudian berhenti di satu lokasi gelap dan tersembunyi berhampiran Mes Pegawai Polis, sebelum sepasukan lapan anggota SRS-KRT dihantar untuk menjalankan pemeriksaan, namun tidak melihat sesiapa di dalam kenderaan berkenaan.

“Pasukan itu kemudian mengesan seorang lelaki dan pasangannya berdua-duaan dalam gelap di sebuah pondok terbuka di Taman Rekreasi Sungai Batu Pahat tidak jauh dari keretanya.

“Pemeriksaan mendapati mereka tiada ikatan perkahwinan atau persaudaraan, tetapi mendakwa berjiran di sebuah taman perumahan di Padang Besar,” katanya.

Kata Che Suria, lelaki terbabit dan wanita yang mengaku baru menamatkan pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini, diberikan saman supaya hadir ke pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) untuk tindakan lanjut.

Lelaki cedera ditembak cuba langgar polis


2014/01/18
Kuala Lumpur: Seorang lelaki yang cuba melanggar anggota polis yang mahu memeriksanya cedera ditembak dalam kejadian di Kawasan Kilang Fasa 1 Desa Tun Razak di sini, malam kelmarin.

Lelaki berusia 30 tahun dari Bandar Damai Perdana, Cheras itu cedera di paha apabila polis melepaskan tembakan kerana dia cuba mengundurkan kereta dan hampir melanggar anggota berkenaan.


Kira-kira jam 11.20 malam, dua anggota polis melakukan rondaan bermotosikal di sekitar Bandar Tun Razak apabila menerima maklumat mengenai sebuah kereta PROTON Iswara yang mencurigakan keluar dari Stesen LRT di situ.

Lepas tembakan

Seorang anggota polis cuba memintas dan mengarahkan pemandunya memberhentikan kereta tetapi tidak dihiraukan, sebaliknya memecut dan cuba melanggar anggota berkenaan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata suspek tidak dapat melarikan diri apabila memasuki jalan mati di Kawasan Kilang Fasa 1 Desa Tun Razak dan memberhentikan kenderaannya di situ.

Apabila polis menghampiri kereta itu untuk memeriksa, lelaki terbabit mengundurkan kereta dengan laju tetapi anggota itu sempat mengelak menyebabkan satu das tembakan dilepaskan.

Kes bunuh tiga beradik di Kedah: Dua ditahan suspek utama, kes selesai

Kes bunuh tiga beradik di Kedah: Dua ditahan suspek utama,  kes selesaiAlor Setar: Kes pembunuhan tiga beradik yang ditemui mati di dua lokasi berasingan di sini, masing-masing pada 30 November dan 1 Disember lalu dianggap selesai dengan tertangkapnya dua remaja lelaki, Rabu lalu. Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim, mengesahkan suspek yang ditahan polis di rumah mereka kelmarin adalah suspek utama kes berdasarkan siasatan dan maklumat yang diperoleh ketika ini.

Beliau berkata, polis menubuhkan satu pasukan khas untuk menjejak suspek sehingga mendapat maklumat yang membawa kepada penangkapan dua remaja lelaki. Berdasarkan keterangan dan selepas dibawa melawat lokasi kejadian dua suspek itu didapati tahu mengenai tempat itu, selain seorang daripada mereka juga didapati mempunyai rekod jenayah samun.

Siasat motif pembunuhan

“Motif pembunuhan masih samar dan kita sedang meneliti beberapa perkara untuk menjalankan prosedur kes untuk pertuduhan di mahkamah.

“Dua suspek ini juga didapati mengenali mangsa dan jarak rumah mereka adalah hanya 150 meter,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, semalam.

Dapat bukti penting
Ahmad berkata, polis juga mendapat bukti penting selepas membawa dua suspek berkenaan ke lokasi kejadian itu selepas mereka ditangkap kelmarin. Dua suspek ini direman sehingga 22 Januari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

BH semalam melaporkan misteri pembunuhan tiga beradik di Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini, bakal terungkai berikutan penahan dua remaja lelaki berusia 19 tahun yang juga kenalan mangsa di Kampung Gelam, Jalan Datuk Kumbar di sini, Rabu lalu.

Dua suspek terbabit ditahan di sebuah rumah di Kilometer 6 jalan Datuk Kumbar di sini, pada jam 5.30 petang dan di sebuah rumah di Batu 4, Jalan Datuk Kumbar pada jam 11 malam. 

Maut tak sempat makan nasi ayam

Maut tak sempat makan nasi ayamKeadaan kereta yang terbabit nahas dekat Kampung Nyior, Paka. Gambar kecil, Aumiyah (sebelah) dan Padeelah. - Foto ROSLI ILHAM

 Dungun: “Aumiyah bersungguh mahu pulang ke kampung kerana rindukan keluarga. Namun, tidak menyangka dia dan seorang lagi saudara pulang untuk selama-lamanya,” kata Yameelah Mat, 30.

Yameelah, sepupu Aumiyah Tohmasae dan Padeelah Buenaed, kedua-dua mereka maut dalam kemalangan dekat Kampung Nyior, Paka di sini, semalam.

Kemalangan kira-kira jam 6 pagi di Kilometer 94, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan itu menyebabkan Aumiyah, 15, berasal dari Pattani, Thailand, maut di tempat kejadian.

Saudaranya Padeelah, 21, dari Yala maut di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dipandu suami Yameelah, Faison Ibrahim, 45, terbabas sebelum terbalik. Yameelah serta anak mereka, Muhammad Firdaus Furgan, dua tahun dan kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Dungun ke Bandar Paka untuk makan.

Difahamkan, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta dinaiki mereka terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh tiang elektrik, lalu terbalik dalam keadaan keempat-empat tayar ke atas.

Bagaimanapun, Yameelah bersama suami dan anaknya yang cedera ringan, mereka dihantar ke Hospital Dungun untuk menerima rawatan.
Yameelah bersama suaminya yang mengusahakan kedai makan di Restoran Batu 50 di Dungun berkata, mereka ke Paka untuk menunaikan hajat Aumiyah yang berhajat makan nasi ayam di Paka.

“Sebaik selesai menutup kedai makan, saya membawa arwah ke Paka, menunaikan hajatnya menikmati nasi ayam di situ. Namun tidak sangka kami terbabit dalam kemalangan hingga mengorbankan arwah,” katanya sayu.

Tak sabar pulang

Yameelah berkata, kedua-dua sepupunya itu datang ke Dungun sejak 27 hari lalu.

“Kelmarin Aumiyah memaklumkan dia sudah tidak sabar untuk pulang kerana merindui keluarganya dan meminta supaya dihantar segera.

“Saya bercadang menghantarnya pulang pagi ini (semalam) selepas makan nasi ayam. Tetapi tidak sangka kami terpaksa pulang ke Thailand dalam kesedihan kerana membawa sekali jenazah mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Paka terpaksa dipanggil ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa tersepit.

Beliau berkata, mangsa cedera parah di bahagian kepala meninggal serta merta di tempat kejadian, manakala Padeela cedera bahagian dalaman meninggal dunia di HSNZ.

“Pemandu kereta bersama isteri dan anaknya hanya mengalami cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Dungun,” katanya.

Katanya, jenazah mangsa yang siap dimandi dan dikafankan di Unit Forensik Hospital Dungun kemudiannya diserahkan kepada keluarganya untuk dibawa pulang ke kampung asalnya di Thailand.