Search This Blog

Thursday, January 16, 2014

Jakarta masih banjir, hujan lebat

Jakarta masih banjir, hujan lebat15 Januari 2014

Penduduk awam berpindah ke 35 pusat pemindahan susulan banjir berterusan di seluruh Jakarta.

JAKARTA - Pihak keselamatan mengesahkan sehingga semalam sebanyak 36 kawasan masih ditenggelami banjir di seluruh bandar itu selepas hujan berterusan sejak empat hari lalu.

Ketua Polis Jakarta, Hindarsono berkata kepada Antara News, sebanyak 15 kawasan di Jakarta Selatan ditenggelami air sedalam 1 meter termasuk TB Rajin, Kebagusan 1, Kemang Raya, Kemang Utara 9, Duren Bangka dan Prapanca.

“Sembilan kawasan di Jakarta Timur juga dilaporkan ditenggelami air sedalam 2 meter termasuk kampung Pulo, Redang HEK, Jatinegara Barat, Kalisari Pasar Rebo, Kramat Makassar, Bidara Cina, Kalibata, Jagorawi dan Kebun Pala.

Menurutnya, tiga kawasan di Jakarta Pusat iaitu Karet Tengsin, Benhil dan Sumur Batu juga terjejas manakala di Jakarta Utara terdapat dua kawasan banjir iaitu Kramat Raya dan Mangga Dua Raya.

“Tujuh kawasan di Jakarta Barat antara terjejas iaitu di Citraland Mall, Grogol, Rawa Buaya, Panjang Grenvil, Panjang Green Garden, Pos Pengumben, Daan Baginda dan BN Angke.

Terdahulu, Jurucakap Agensi Bencana Sutopo Purwo berkata, sehingga semalam 5,152 orang masih ditempatkan di 35 pusat pemindahan. 

Karam sejurus belayar


16 Januari 2014

JAKARTA - INDONESIA. Sebuah kapal membawa kenderaan karam  di dermaga pelabuhan Tanjung Priok, Indonesia, semalam.

Media melaporkan, ketika kejadian kapal KMBJL1 sedang membawa 85 penumpang dan 44 kenderaan.

"Kesemua penumpang terselamat namun, semua kenderaan dalam kapal terbabit tenggelam bersama kapal KMBJL1," menurut laporan itu.

Menurut Jakarta Post, punca kejadian disyaki akibat salah perhitungan kuantiti air yang diisi ke dalam pelampung kapal.

Dua kritikal kemalangan bot nelayan


16 Januari 2014


TOKYO - JEPUN. Dua nelayan kini berada dalam kritikal selepas bot nelayan dinaiki berlanggar dengan sebuah kapal tentera Jepun di perairan antara dua pulau utama di negara itu, semalam.

Stesen televisyen melaporkan, kemalangan berlaku kira-kira jam 8 pagi (waktu tempatan) di perairan laut Seto itu menyebabkan bot nelayan yang berlanggar dengan kapal pengangkutan tentera laut Osumi seberat seberat 8,900 tan tersebut terbalik.

Menurut pengawal pantai, sejurus menerima laporan kemalangan, pihaknya bergegas bagi membantu mangsa yang terjatuh ke dalam laut.

“Empat mangsa ditemui. Dua daripada mereka mengalami cedera ringan manakala dua yang lain masih kritikal,” katanya dipetik AFP.

Tujuh mati dibaham harimau betina


2014/01/16
Lucknow: Harimau yang kelaparan membunuh tujuh orang di utara India sejak dua minggu lalu, memaksa penduduk kampung yang ketakutan tidak keluar rumah, manakala pemburu cuba membunuh haiwan ganas itu, kata pihak berkuasa semalam.

Mangsa terbaru mamalia itu ialah seorang wanita yang mayatnya ditemui di dalam hutan kelmarin di Uttar Pradesh, kata Ketua Pemuliharaan Utama Hutan, Rupak De.


Berkeliaran mencari mangsa

Harimau betina itu berkeliaran mencari mangsa di seluruh kawasan seluas kira-kira 130 kilometer itu.

“Usaha memburu sudah dilancarkan untuk membunuh harimau berkenaan yang mula memakan manusia.

“Ia pasti amat lapar kerana berlari tanpa rehat dan makanan tidak mencukupi,” katanya.

Laporan mengenai harimau pembunuh yang bebas mula terbesar pada 29 Disember lalu apabila seorang lelaki berusia 65 tahun muat dibaham di daerah Sambhal.
“Penduduk ketakutan. Mereka diminta tidak pergi ke hutan berdekatan seorang diri. Tiga pemburu diupah untuk membunuh harimau itu,” kata pegawai di Moradabad, Salim Luqman.

Haiwan ganas itu dipercayai tersesat ke kawasan itu dari Taman Negara Jim Corbett. - AP

Polis tahan dua lelaki dipercayai suspek bunuh 3 beradik


2014/01/16
ALOR SETAR: Polis menahan dua lelaki dipercayai suspek kes bunuh tiga beradik yang ditemui mati di dua lokasi berasingan di sini masing-masing pada 30 November dan 1 Disember lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya, ketika dihubungi mengesahkan penahanan dua remaja berusia 18 dan 19 tahun masing-masing jam 5 petang dan 11 malam tadi di sekitar Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar, di sini.


Kedua-dua suspek pagi tadi dibawa ke Mahkamah Majistret di sini untuk tahanan reman.

Sementara itu, polis mendapat perintah tahanan reman kedua-dua suspek selama seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan polis.

Noor Jan pembohong besar: Idris

Noor Jan pembohong besar: IdrisAnggota polis membawa Noor Jan yang mengaku dirinya ‘Sultan Melaka’ untuk direman di Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh. - Foto Rasul Azli Samad Ayer Keroh: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengesahkan sijil pengiktirafan waris Kesultanan Melayu Melaka milik Noor Jan Tuah adalah palsu.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, berkata pejabat Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima surat daripada pihak ICJ di The Hague, Belanda, pada September tahun lalu yang menyatakan Noor Jan sebagai pembohong.

“Kenyataan Noor Jan adalah pembohong besar jelas dinyatakan dalam pengakuan pihak ICJ yang ditulis kepada kami,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO di Seri Negeri di sini, semalam.

Baru-baru ini, Idris menerima surat daripada Noor Jan yang mahu perbincangan dilakukan bagi mendapatkan pengiktirafan sebagai ‘Sultan Melaka’ kerana mendakwa mendapat pengiktirafan ICJ.

Bagaimanapun, polis semalam mendapat perintah tahanan reman empat hari ke atas Noor Jan, 57, yang dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah, V Kanasan.

Selepas perintah reman dikeluarkan pada jam 9.45 pagi, Noor Jan yang berbaju lokap jingga, dibawa anggota polis memasuki van ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.

Tinjauan BH mendapati kawasan pintu masuk mahkamah dikawal beberapa anggota polis, manakala pengikut Noor Jan tidak kelihatan di perkarangan mahkamah.
Tampil bantu siasatan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah, meminta individu yang terbabit secara langsung dengan aktiviti Noor Jan supaya tampil ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri atau IPD Melaka Tengah bagi membantu siasatan.

“Mereka yang menganjur atau membiayai aktiviti beliau (Noor Jan) diharap tampil sendiri di balai polis berhampiran tanpa menunggu dicari polis,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Polis tahan dua lelaki dipercayai suspek bunuh 3 beradik


2014/01/16
ALOR SETAR: Polis menahan dua lelaki dipercayai suspek kes bunuh tiga beradik yang ditemui mati di dua lokasi berasingan di sini masing-masing pada 30 November dan 1 Disember lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya, ketika dihubungi mengesahkan penahanan dua remaja berusia 18 dan 19 tahun masing-masing jam 5 petang dan 11 malam tadi di sekitar Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar, di sini.


Kedua-dua suspek pagi tadi dibawa ke Mahkamah Majistret di sini untuk tahanan reman.

Sementara itu, polis mendapat perintah tahanan reman kedua-dua suspek selama seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan polis.

Tanah runtuh, banjir kilat di Sulawesi ragut 13 nyawa


2014/01/16
MANADO (Indonesia): Hujan lebat tanpa henti yang mencetuskan tanah runtuh dan banjir kilat di Sulawesi, meragut sekurang-kurangnya 13 nyawa dan menyebabakan puluhan ribu lagi dipindahkan ke kawasan selamat, kata pegawai bencana banjir hari ini.

Sementara itu, penduduk dan anggota penyelamat di daerah Sangihe, utara Sulawesi membersihkan serpihan lumpur dan sisa runtuhan menggunakan tangan dan penyodok.


Jurucakap Agensi Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho, berkata dua mayat ditemui dari celahan lumpur manakala 11 yang lain ditemui lemas.

Lebih 1,000 kediaman musnah ditenggelami banjir di lima daerah dalam wilayah Sulawesi berikutan hujan lebat itu, katanya.

Dalam pada itu, seramai 40,000 penduduk dipindahkan ke tempat perlindungan sementara, dan anggota penyelamat masih mencari sekruang-kurangnya dua orang yang masih hilang. - AP 

6 maut terowong arang batu meletup di utara Vietnam


2014/01/16
HANOI: Sekurang-kurangnya enam pekerja terbunuh dalam kebakaran di sebuah terowong arang batu di utara Vietnam, lewat malam tadi.

Pengarah syarikat Uong Bi Coal Co, Duong Quang Lai di wilayah Quang Ninh berkata mayat pekerja yang terperangkap dalam kebakaran itu dikeluarkan dari terowong berkenaan pagi tadi.


Sementara itu, seorang pekerja berjaya menyelamatkan diri dengan kesan terbakar di badan akibat letupan itu.

Ketika ini, pihak berkuasa masih berusaha memadamkan kebakaran di dalam terowong berkenaan, yang berlaku di antara 30 hingga 105 meter. - AP

Banjir kilat: 13 maut, 40,000 dipindahkan


16 Januari 2014


JAKARTA - INDONESIA. Banjir kilat di Manado, Sulawesi Utara semalam mulai surut hari ini selepas menghanyutkan puluhan rumah dan kenderaan serta mengorbankan 13 orang dan menyebabkan 40,000 orang lagi dipindahkan ke tempat selamat.

Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia menyatakan banjir kilat dan tanah runtuh itu, yang berlaku akibat faktor alam dan antropogenik, telah menjejaskan enam daerah di Sulawesi Utara iaitu Kota Manado, Minahasa Utara, Kota Tomohon, Minahasa, Minahasa Selatan dan Kepulauan Sangihe.

Lima orang maut di Kota Manado, lima lagi di Kota Tomohon dan tiga orang di Minahasa manakala mangsa seorang lagi dilaporkan hilang selepas dihanyutkan air deras di Kota Manado.

"Hujan lebat akibat sistem tekanan rendah di perairan selatan Filipina menyebabkan berlakunya pembentukan awan intensif. Selain itu, adanya tumpuan kesan daripada tekanan rendah di utara Australia sehingga awan-awan besar memasuki wilayah Sulawesi Utara," kata Ketua Pusat Data Maklumat dan Perhubungan Awam BNPB Sutopo Purwo Nugroho dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata empat sungai besar di Kota Manado melimpah dan menghanyutkan puluhan rumah dan kenderaan.

"Bencana kali ini lebih besar daripada yang terjadi pada 2000 yang menyebabkan 22 terbunuh dan pada  Februari 2013 yang menyebabkan 17 terbunuh," katanya.

Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Sulawesi Utara menyelaraskan operasi bersama-sama tentera, polis dan agensi kerajaan selain badan sukarela untuk memindahkan mangsa banjir itu.

Bantuan kecemasan dan lojistik seperti dapur umum, perahu, khemah, tilam, selimut dan makanan juga telah dihantar kepada mangsa. - Bernama

Terbabas langgar tiang lampu

Terbabas langgar tiang lampu
SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
16 Januari 2014


Terbabas langgar tiang lampu Kereta yang terbabas sehingga menyebabkan tiang lampu bengkok dan tercabut.

SUNGAI PETANI - Belum puas merasai kereta yang baru dibeli, seorang peniaga berputih mata akibat kemalangan yang menyebabkan kenderaannya rosak teruk.

Dengan alasan gagal mengelak sebuah motosikal yang berada di hadapan, kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 30-an itu remuk teruk di bahagian hadapan setelah melanggar tiang lampu hiasan di tepi jalan sehingga tercabut.

Kejadian yang berlaku dekat Jalan Badlishah berdekatan kawasan perkuburan tidak jauh dari lampu isyarat Institut Kemahiran Mara, Sungai Petani pada jam 6.30 petang kelmarin itu mengejutkan ramai pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan.

Kebanyakan pengguna yang menyaksikan kejadian terkejut apabila mendapati sebuah kereta berada di atas pembahagi jalan selain tiang lampu yang bengkok.

Kejadian turut menyebabkan kereta jenis Toyota Camry yang baru sahaja dibeli beberapa bulan lalu itu remuk akibat dihempap tiang lampu terbabit.

Bagaimanapun, mangsa yang memandu kereta itu sendirian dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati tiang lampu hiasan dipercayai tercabut dan patah akibat rempuhan kuat.

Ketika ditanya, mangsa menjelaskan dia sedang mengelak dari sebuah motosikal yang tiba-tiba berada di hadapan.

Kereta mangsa yang datang dari arah Sungai Lalang ke Butterworth terbabas sehingga ke pembahagi jalan.

Seorang ahli keluarga mangsa memaklumkan, mangsa merupakan seorang peniaga dan ketika kejadian, dia sedang dalam perjalanan menghantar pesanan yang tertinggal.

Kaki judi mati lemas


ZAIMATULJUWITA ABDULLAH
16 Januari 2014
Kaki judi mati lemas
Kaki judi mati lemas Kaki judi mati lemas lari daripada polis.

BACHOK - Seorang lelaki berusia 37 tahun yang asyik berjudi di jeti Kuala Kemasin ditemui mati lemas selepas bertindak tekad terjun ke sungai ketika cuba melarikan diri daripada ditahan nggota polis malam semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bachok, Asisten Superintendan Abdul Jalil Abdul Kadir berkata, dalam kejadian pada jam 7.10 malam itu, sepasukan polis Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Bachok menjalankan operasi membanteras kegiatan judi.

Menurutnya, apabila tiba di lokasi berkenaan, terdapat enam lelaki sedang asyik berjudi.

"Menyedari kehadiran polis mereka bertindak terjun ke sungai dan naik semula ke darat dalam jarak 60 meter.

"Tetapi salah seorang daripada mereka didapati hilang dan operasi mencari dijalankan sejurus kemudian," katanya kepada pemberita, hari ini.

Ambil tindakan tegas pihak halang bertudung


16 Januari 2014
KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Rosni Zahari meminta pihak berkenaan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang dilapor menghalang seorang guru mualaf daripada bertudung di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Kota Tinggi, Johor.

Beliau berkata individu itu tidak berhak menghalang guru berkenaan daripada memakai tudung ketika hari persekolahan.

"Beliau tidak mempunyai hak untuk menghalang cikgu berkenaan memakai tudung atau berhijab kerana apabila seorang wanita Islam memilih untuk memakai tudung, itu merupakan hak kebebasan individu berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rosni berkata hak kebebasan individu adalah termasuk di tempat kerja selagi tidak melanggar tata susila dan adab seorang Islam.

"Hak ini juga telah diperuntukkan di bawah Perlembagaan Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sentimen serupa disuarakan Pengerusi Biro Pelajaran Pemuda Umno Mohd Rafiq Naizamohideen, yang mahu Kementerian Pendidikan bertindak tegas terhadap individu berkenaan.

"Maklumat yang diterima ialah Pejabat Pendidikan Kota Tinggi telah memindahkan guru itu ke sekolah lain selain membawanya untuk membuat laporan polis," katanya. - Bernama

Hati tak tenang selagi mereka belum dihukum’


KUANTAN 15 Jan. - Balu Allahyarham Koperal Abd. Halim Md. Ali berharap penjenayah yang menembak mati suaminya dapat diberkas dengan segera dan menerima hukuman setimpal.
Asmah Laily Jusoh, 50, berkata, jiwanya tidak akan tenang selagi memikirkan kes yang menyebabkan empat anaknya hilang tempat bergantung, belum selesai.
“Setiap malam tidur saya tidak pernah lena kerana memikirkan bila kes ini akan selesai. Saya reda dengan apa yang berlaku tetapi amat berharap penjenayah terlibat dibawa ke muka pengadilan.
“Harapan saya semoga kes ini dapat diselesaikan dengan cepat dan mereka yang bertanggungjawab menerima hukuman yang setimpal," katanya kepada pemberita selepas majlis Penyampaian Bantuan Kepada Mangsa Banjir dan Balu Anggota serta Pegawai Polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini hari ini.
Penyampaian sumbangan kepada 135 pegawai dan anggota mangsa banjir serta enam balu itu disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusof.
Pada 6 Januari lalu, Abd. Halim, 48, yang hilang ketika menyertai operasi cegah jenayah pada hari sebelumnya, ditemui mati dengan kesan tembakan di bahagian mata dan dada di Ladang Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP) Padang Jaya, Jaya Gading.
Berikutan itu, dua lelaki berusia 19 dan 33 tahun ditahan reman selama seminggu bermula kelmarin sehingga Ahad ini.
Menurut Asmah Laily, kehilangan suami yang dinikahi sejak 25 tahun itu amat meruntun jiwanya, namun dia perlu tabah agar anak-anak juga kuat untuk menghadapi dan meneruskan kehidupan.
“Saya cuba tidak menangis di hadapan anak-anak terutama dua anak perempuan yang masih bersekolah di tingkatan lima dan dua.
“Saya akan cuba lakukan yang terbaik untuk anak-anak dan saya amat berterima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana begitu prihatin dan sentiasa menjaga kebajikan saya dan anak-anak," jelasnya.
Sementara itu, menurut Mohd. Jasmani, seorang lagi lelaki ditahan semalam bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan Allahyarham Abd. Halim.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140116/je_04/Hati-tak-tenang-selagi-mereka-belum-dihukum#ixzz2qXMR7pxL
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bunuh: 3 lelaki ditahan


KUALA TERENGGANU 15 Jan. - Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan wanita warga emas yang ditemui mati dengan lehernya dijerut getah paip dalam kejadian samun di Kampung Baru Sungai Kerak, Marang dekat sini semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner, K. Manoharan berkata, kesemua suspek yang merupakan buruh binaan di kawasan berdekatan rumah mangsa ditahan pada pukul 4.30 petang semalam.
"Polis menahan dua lelaki berusia antara 25 dan 35 tahun yang merupakan buruh binaan kedua-duanya sedang bekerja di kawasan sebelah belakang berhampiran rumah mangsa.
"Seorang lagi lelaki yang berasal dari Kampung Pengkalan Berangan, ditahan pada pukul 3 pagi selepas kita menemui pakaian yang dipercayai milik suspek yang telah dibuang di tempat sampah di tandas surau berdekatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 petang itu, Tengku Enong Tengku Muda, 68, yang tinggal berseorangan sejak tujuh tahun lalu ditemui mati tertiarap di dalam tandas rumahnya dipercayai disamun sebelum dibunuh.
Beberapa barangan milik mangsa yang lumpuh sebelah kakinya itu termasuk rantai leher, gelang tangan dan seunit telefon bimbit didapati hilang.
Manoharan memberitahu, hasil pemeriksaan mendapati suspek ketiga yang berusia 35 tahun itu adalah positif dadah jenis heroin.
"Punca kematian adalah lemas akibat dijerut dan kita percaya mangsa mati antara 12 jam dan 36 jam sebelum ditemui.
"Berdasarkan tali kasut yang dijumpai di leher mangsa, kita juga percaya mangsa dijerut dengan tali kasut terlebih dahulu sebelum suspek bertindak menggunakan paip getah," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140116/je_06/Bunuh-3-lelaki-ditahan#ixzz2qXLfJleh
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Selesaikan 4 kes bunuh


Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff (tiga dari kanan) menunjukkan barangan yang dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, semalam. - BERNAMA
JOHOR BAHRU 15 Jan.-- Keberanian dua anggota polis terjun ke laut bagi memberkas suspek yang cuba melarikan diri daripada pemeriksaan pada 8 Januari lalu berjaya membantu menyelesaikan empat kes pembunuhan di Batu Pahat dekat sini sejak 3 November tahun lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, suspek diberkas di sebuah rumah di tepi laut Kampung Makam, Ulu Tiram, beberapa jam selepas rakannya yang berusia 30 tahun ditahan di Taman Cahaya Masai, dekat sini kira-kira pukul 12 tengah hari.
"Kita memang telah menubuhkan pasukan khas untuk memberkas penjenayah ini dan kedua-dua suspek akhirnya berjaya ditahan.
"Dengan tertangkapnya kedua-dua penjenayah ini, kami menganggap empat kes bunuh itu selesai," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Mohd. Mokhtar memberitahu, kedua-dua penjenayah tersebut didapati positif dadah dan mempunyai tiga rekod lampau.
Menceritakan mengenai modus operandi empat kes bunuh di Batu Pahat, beliau berkata, kesemua mangsa merupakan warga emas yang berusia 55 hingga 76 tahun dan mereka dibunuh menggunakan objek tumpul atau peralatan yang ada di dalam premis yang dipecah masuk oleh mereka.
"Mereka akan membunuh mangsa dan melarikan barangan berharga seperti telefon bimbit dan wang tunai, " kata beliau.
Tambah Mohd. Mokhtar, semasa tangkapan dibuat, pihaknya merampas lima telefon bimbit, satu iPad, dua pen drive serta lima kad memori daripada suspek.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140116/je_03/Selesaikan-4-kes-bunuh#ixzz2qXLWCbHU
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penahanan Noor Jan siasat kemelut 9 tahun


PENAHANAN seorang lelaki yang mendakwa sebagai pewaris takhta Kesultanan Melaka, Noor Jan Tuah, 56, atau lebih dikenali sebagai Raja Noor Jan Shah oleh sepasukan polis di jeti Anjung Batu Serkam pagi kelmarin diharap dapat menyelesaikan kemelut yang berlarutan sejak sembilan tahun lalu.
Sudah pasti ramai yang lega dengan penahanan itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terperinci untuk mengetahui apakah benar Noor Jan adalah pewaris Kesultanan Melaka yang lenyap sejak 477 tahun lalu seperti yang didakwanya sejak 2005.
Penahanan Noor Jan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kira-kira pukul 10.50 pagi itu ketika ingin menaiki feri ke Pulau Besar bagi menghadiri majlis kesyukuran dikatakan menyambut Maulidur Rasul, disifatkan ramai pihak sebagai langkah terbaik menyelesaikan kemelut yang berlaku.
Beliau ditahan untuk siasatan lanjut ekoran polis menerima lapan laporan daripada individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bimbang mengenai tuntutan lelaki tersebut boleh mencetuskan pelbagai isu-isu lain.
Sebelum ini bukan sahaja rakyat Melaka menjadi keliru malah pakar-pakar sejarah juga turut bingung apabila secara tiba-tiba muncul seorang ahli perniagaan yang menggelarkan dirinya sebagai Raja Noor Jan Shah Ibni al-Marhum Raja Tuah mendakwa dirinya pewaris Kesultanan Melaka dengan gelaran Sultan Ahmad Shah.
Lebih mengejutkan apabila pada 14 November 2005, beliau bersama dua daripada empat 'permaisurinya' hadir pada Istiadat Penganugerahan Watikah Gelar Adat Kesultanan Melaka Ke-44 yang dihadiri 500 pengikutnya di Dewan Pusat Komuniti Taman Melati, Gombak, Selangor.
Ekoran daripada itu, Ketua Menteri Melaka ketika itu, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menganggap dakwaan Noor Jan tidak berasas.
Bagaimanapun, Noor Jan bertegas dan mengumumkan akan menuntut hak menduduki takhta Kesultanan Melaka.
Beliau mendakwa telah mengambil masa 17 tahun bagi mengumpul segala bukti termasuk salasilah dan nasab keturunan Sultan Mahmud Shah (1488-1511) bagi mempertahankan dakwaannya sebagai pewaris Kesultanan Melaka.
Kemelut tersebut memaksa Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ketika itu, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menegaskan hanya mahkamah boleh memutuskan tuntutan Noor Jan itu.
Kata Rais lagi, tuntutan tersebut bukan sekadar dakwaan semata-mata tetapi ia membabitkan undang-undang yang mencabar Perlembagaan Malaysia yang telah menetapkan Melaka sebagai negeri tidak beraja.
Selepas itu, pelbagai kontroversi dicetuskan Noor Jan antaranya apabila beliau mendakwa menyimpan keris Taming Sari yang menjadi milik pahlawan Melayu, laksamana Hang Tuah serta tongkat 'Lang Buana'.
Pada 31 Januari 2006, beliau sekali lagi membuat kejutan apabila mempertontonkan kepada umum bahawa beliau memiliki keris Taming Sari yang dikatakan dinaikkan dari muara Sungai Duyong di Melaka.
Sejak timbulnya perkara tersebut pelbagai pihak mula menjadi keliru mengenai tuntutan yang dibuatnya hingga berlarutan selama sembilan tahun tanpa ada kesudahannya.
Dalam tempoh tersebut pula, Noor Jan secara perlahan-lahan menjalankan aktiviti dipercayai cuba menghasut dan meraih sokongan rakyat di negeri ini agar menerimanya sebagai Sultan Melaka.
Sebenarnya beliau berasal dari Kampung Teluk Perang, Parit, Perak dan menetap di tiga tempat berasingan iaitu di Kampung Seri Kinta, Perak; Batu Caves, Selangor dan Jalan Sungai Pusu, Gombak.
Di samping itu, beliau mempunyai lima nama lain iaitu Noor Jan Shah Tuah Shah, Raja Alang Noor Jan Raja Tuah, Yang Maha Mulia (YMM) Raja Noor Jan Shah Ibni Yang Mulia (YM) Raja Tuah Shah, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Paduka Seri Sultan Ahmad Shah Ke-44 dan Pak Ungku.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140116/je_02/Penahanan-Noor-Jan-siasat-kemelut-9-tahun#ixzz2qXLMomOO
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dua lelaki ditahan berhubung kes bunuh tiga beradik


ALOR SETAR 16 Jan. - Polis menahan dua lelaki petang semalam berhubung kes pembunuhan tiga beradik di Alor Semela pada Disember tahun lalu.
Kedua-dua suspek berusia 19 tahun itu ditahan berdekatan Alor Senibung di sini.
Mereka ditahan reman mulai hari ini sehingga 22 Januari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140116/je_10/Dua-lelaki-ditahan-berhubung-kes-bunuh-tiga-beradik#ixzz2qXLAjDEW
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tembakan di Bangkok, 2 cedera


Beribu-ribu penunjuk perasaan antikerajaan berarak menuju ke bangunan yang menempatkan kementerian-kementerian dan jabatan keeajaan yang lain di tengah Bangkok bagi mendesak Perdana Menteri Yingluck Shinawatra meletakkan jawatan, semalam. - REUTERS
BANGKOK 15 Jan. - Sekurang-kurangnya dua orang cedera dalam satu kejadian tembakan, ketika tunjuk perasaan antikerajaan melancarkan bantahan besar-besaran yang diberi nama 'Tutup Bangkok', yang masuk hari ketiga di ibu negara Thailand, awal pagi ini.
Sumber pusat kecemasan di bandar Erawan melaporkan, seorang lelaki dan wanita dibawa ke hospital kerana mengalami kecederaan kecil akibat ditembak pada tengah malam tadi.
Bagaimanapun kedua-dua mangsa dibenarkan keluar hospital tidak lama kemudian.
Media tempatan melaporkan, lelaki berkenaan merupakan pekerja pengangkut sampah, manakala wanita itu adalah salah seorang peserta tunjuk perasaan.
Siaran televisyen turut menunjukkan imej kesan tembakan yang dilepaskan oleh kumpulan bersenjata yang tidak dikenali.
Kejadian itu berlaku tidak sampai 24 jam, selepas bahan letupan buatan sendiri, dipercayai bom kecil atau mercun, meletup di sebuah rumah milik keluarga ketua pembangkang, Abhisit Vejjajiva, namun tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.
Kedua-dua insiden berkenaan berlaku ketika pemimpin-pemimpin penunjuk perasaan bersiap sedia untuk berarak ke kawasan penempatan golongan mewah di Bangkok, sebagai usaha mereka mendesak Perdana Menteri sementara, Yingluck Shinawatra berundur.
Ketua penunjuk perasaan, Suthep Thaugsuban berkata, beberapa kumpulan penunjuk perasaan akan berada di beberapa kawasan penempatan terbabit, manakala selebihnya akan menuju ke bangunan-bangunan kerajaan.
Thaugsuban turut berkata, pihaknya tidak akan terlibat dengan tindakan segelintir penunjuk perasaan antikerajaan tegar yang mahu berdemonstrasi di lapangan terbang atau bursa saham.
"Sebarang gangguan terhadap orang awam dan pelancong asing akan dikurangkan sebaik mungkin," katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140116/lu_01/Tembakan-di-Bangkok-2-cedera#ixzz2qX2vSuqV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Van sekolah bertembung trak sampah, 19 maut


KARACHI 16 Jan. - Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh termasuk 17 kanak-kanak apabila sebuah van sekolah yang dinaiki bertembung dengan sebuah trak sampah di Pakistan, semalam.
Kejadian terbabit berlaku di pekan Nawabshah, kira-kira 270 kilometer di utara Karachi, di wilayah selatan Sindh.
Kesemua kanak-kanak yang terbunuh merupakan murid-murid Sekolah Sinar Masa Depan di pekan Daulatpur yang dalam perjalanan ke Nawabshah untuk satu lawatan sekolah.
Pengarah Hospital Awam Nawabshah, Dr. Hashim Langa berkata, kebanyakan mangsa berusia antara lima hingga 16 tahun.
“Seramai 15 hingga 20 orang yang cedera dalam kejadian terbabit kini dirawat di hospital.
“Pemandu van itu antara mangsa yang terbunuh.," katanya.
Punca kejadian masih disiasat namun seorang daripada pemandu terbabit disyaki memandu secara merbahaya sehingga menyebabkan kemalangan itu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140116/lu_07/Van-sekolah-bertembung-trak-sampah-19-maut#ixzz2qX2rYhy1
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tenggara Australia dilanda cuaca panas melampau


Gambar yang diambil pada 12 Januari lalu merakamkan kereta bomba cuba memadamkan kebakaran hutan di kawasan Stoneville, pinggir Perth. - AFP
SYDNEY 15 Jan. - Lebih 250 kebakaran berlaku di tenggara negara ini, semalam ekoran kejadian petir, menyebabkan pasukan penyelamat bertungkus lumus mengawal api dalam cuaca panas melampau.
Sekumpulan pasukan penyelamat terpaksa memadamkan 20 kebakaran di negeri Victoria, yang mencatat 173 korban dan lebih 2,000 buah rumah musnah dalam kebakaran akibat disambar petir pada 2009.
Sebanyak 18 kebakaran berjaya dikawal dan pegawai berkata, tiada rumah yang terjejas dalam bencana tersebut di negeri itu.
"Pasukan penyelamat sibuk memadamkan 256 kebakaran baharu berpunca daripada petir lewat semalam," kata jurucakap pihak berkuasa bomba Victoria.
Barat Australia, Australia Selatan dan Victoria dilanda cuaca panas melampau sehingga mencecah 46 darjah Celcius sejak beberapa hari lalu.
Pemain-pemain tenis yang menyertai Kejohanan Terbuka Australia di Melbourne, ibu negeri Victoria bermain dalam cuaca pansa terik setinggi 42 darjah Celsius dengan beberapa pemain mengalami muntah-muntah.
Bandar Adelaide, ibu negeri Australia Selatan pula dilanda cuaca panas terik masuk hari keempat berturut-turut dengan suhu mencecah 45.1 darjah Celsius.
Jabatan Meteorologi berkata, gelombang panas itu tertumpu di tenggara Australia setelah cuaca panas melampau semakin reda di Barat kecuali di kawasan utara termasuk di wilayah Pilbara yang kaya dengan sumber semula jadi.
Cuaca panasa melampau turut diramal berlaku di selatan New South Wales, Victoria dan Tasmania.
Australia mengalami cuaca panas melampau paling teruk sejak 1910, dan 2014 mencatat keadaan panas yang terik dengan lebih 50 kediaman musnah dalam kebakaran di barat bandar Perth pada Isnin lalu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140116/lu_04/Tenggara-Australia-dilanda-cuaca-panas-melampau#ixzz2qX31ZUiK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

4 ditahan ganggu pembangkang


Bangkok: Polis Bangna menahan seorang wanita dan tiga lelaki kerana disyaki terbabit dalam beberapa serangan terhadap tunjuk perasaan diadakan golongan antikerajaan, termasuk kejadian letupan bom di rumah pemimpin Parti Demokrat Abhisit Vejjajiva, kelmarin.

Pegawai kanan penunjuk perasaan Thaworn Senneam berkata, suspek kini ditahan di Balai Polis Bangna.



“Mereka dipercayai menyeludup serta membekalkan senjata termasuk bom bertujuan menimbulkan kekacauan ketika perarakan di Bangkok,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam serangan bom di rumah Abhisit, bekas perdana menteri dan keluarganya terselamat kerana mereka tiada di rumah ketika itu.


Bagaimanapun insiden berkenaan mengakibatkan kerosakan pada bumbung dan dinding rumah itu.


Sementara itu, pihak polis sudah mengenal pasti mercun besar yang digunakan dalam serangan berkenaan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/16

Wanita tuntut sperma kekasih nazak


London: Seorang wanita menuntut hak menyimpan sperma kekasihnya yang nazak untuk membolehkannya hamil serta melahirkan waris anak lelaki terbabit.

Kes yang difailkan di mahkamah tinggi itu - dilihat mempunyai kesan perundangan penting - membabitkan seorang lelaki kaya yang kini hidup bergantung kepada mesin perubatan selepas mengalami serangan jantung beberapa kali.

Lelaki terbabit kini dianggap boleh meninggal dunia bila-bila saja.

Wanita yang dirujuk sebagai ‘AB’ dalam dokumen mahkamah berkata, pasangannya - dikenali sebagai P - pasti memberi persetujuan bertulis sebelum jatuh sakit jika dia tahu nasibnya kini.

Menurut peguamnya, AB boleh dianggap “isteri” kepada P kerana mereka tinggal bersama sejak beberapa tahun lalu dan pernah membincangkan untuk berkahwin serta beberapa kali.

“Tahun lalu, P melamar AB dengan memberinya cincin sebagai tanda pertunangan dan lamaran itu diterima wanita berkenaan.

“Malangnya, P terkena serangan jantung dan menerima rawatan intensif awal bulan lalu,” katanya.

Sepanjang tempoh itu sehingga malam sebelum Krismas dia mengalami empat serangan jantung manakala hospital meletakkan P dalam kategori “Tidak Boleh Dipulihkan.” - Agensi

Penyelamat disyaki rogol, bunuh wanita


Bangkok: Seorang pekerja penyelamat ditahan polis selepas seorang wanita yang sepatutnya dikejarkan ke hospital ditemui mati dalam sebuah parit di Samut Prakan.

Thawatchai Sae Sim, 32, ditahan berikutan penemuan mayat seorang pekerja firma pembangunan hartanah, Chananchita Suasew, 29.



Menurut polis, Thawatchai mengaku cuba merogol dan merompak mangsa namun menafikan membunuhnya.

Thawatchai pula berkata, keadaan menjadi tidak terkawal apabila wanita terbabit tersedar ketika dia cuba merogolnya.


Suspek berkata, keadaan berkenaan menyebabkan dia berasa panik dan melarikan diri.

Thawatchai berdepan dakwaan cuba merogol dan merompak mangsa.

Namun polis kini menunggu hasil laporan forensik sebelum memutuskan sama ada perlu mengemukakan tuduhan tambahan terhadap suspek itu.

Hasil ujian turut mendapati dia positif dadah.

Kejadian berlaku Isnin lalu ketika mangsa pengsan ketika berada di sebuah pusat beli-belah. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/16

Pelancong sesat dirogol di India


New Delhi: Seorang pelancong Denmark yang tersesat menjadi mangsa terbaru serangan seksual berkumpulan di India, kata pihak berkuasa semalam.

Mangsa - berusia 51 tahun - dilaporkan sedang mencari jalan kembali ke bilik hotelnya di Paharganj apabila dia gagal dikesan pada Isnin lalu.



Wanita terbabit melancong bersendirian dan tiba di New Delhi pada Isnin lalu.

Sehari kemudian dia pergi melawat sebuah muzium apabila dia tersesat ketika pulang.

Jurucakap polis berkata, mangsa cuba bertanya arah kepada beberapa lelaki tempatan tetapi diperdaya dan dirogol beramai-ramai oleh enam lelaki.

Katanya, kejadian dilaporkan berlaku di tempat yang sangat hampir dengan pusat bandar New Delhi dan sekali lagi menimbulkan tanda tanya mengenai tahap keselamatan wanita di negara yang mempunyai penduduk kedua teramai dunia itu.

Sementara itu Pesuruhjaya Khas Polis, Deepak Mishra berkata, sejumlah suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan.

Mishra tidak mendedahkan jumlah tangkapan tetapi media menjangkakan 15 orang sudah disoal siasat.


Katanya, mangsa turut dirompak.


Sementara itu pekerja hotel tempat mangsa menginap berkata, wanita terbabit kelihatan tenang ketika pulang ke hotel kira-kira jam 8.30 malam tetapi memberitahu tentang kejadian berkenaan kepada pelancong lain.

“Dia datang menemui saya di kaunter hotel dan meminta 200 rupee (RM10) untuk membayar tambang teksi kerana dia telah dirompak,” katanya.- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/16

Gabenor rasuah

Jakarta: Gabenor Banten kini berdepan tuduhan memeras ugut daripada agensi antirasuah Indonesia selepas wanita terbabit sudah dikaitkan dengan dakwaan rasuah.
Ratu Atut Chosiyah - menjadi wanita pertama dilantik sebagai gabenor di Indonesia - didakwa bertanggungjawab dalam dua kes berasingan. 
Jurucakap agensi itu, Johan Budi berkata, satu daripada kes itu membabitkan perolehan peralatan perubatan di wilayah Banten antara 2011 dan 2013.

“Kami mempunyai cukup bukti untuk memfailkan tuduhan berkenaan ke atas Ratu Atut,” katanya kepada media semalam.

Johan enggan memberikan butiran lanjut.

Pada awalnya Atut - mewakili Parti Golkar - didakwa mengarahkan adiknya, Tubagus Chaeri Wardana untuk memberi rasuah kepada Ketua Hakim Mahkamah Perlembagaan, Akil Mokhtar, bagi menyebelahi kepentingannya dalam petisyen pilihan raya peringkat daerah Lebak.

Siasatan agensi antirasuah itu kemudian dikembangkan dan mereka menemui bukti pasangan adik-beradik itu juga bersubahat menggelapkan dana kerajaan tempatan.

Firma audit negara kemudian berjaya mengesan salah laku lain membabitkan perbelanjaan berjumlah Rp16 bilion (RM4.3 juta) serta tiga bukti penyelewengan lain.

Antaranya, pembelian peralatan bernilai Rp5.7 bilion (RM1.5 juta) tidak memenuhi standard bernilai Rp6.3 bilion (RM1.7 juta).

Penyiasat juga mendapat sejumlah peralatan bernilai Rp18.1 bilion (RM4.9 juta) “hilang.”

Menurut undang-undang Indonesia, penjawat awam seperti Atut boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda Rp1 bilion (RM272,000) jika didapati bersalah.- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/16

Disaman ambil gambar bogel


New York: Gara-gara merakam gambar separuh bogel di Bangunan Empire State seorang jurugambar berdepan saman AS$1.1 juta (RM3.6 juta) daripada pemilik bangunan kemegahan AS itu.

Semalam media melaporkan jurugambar fesyen Allen Henson menjadikan bangunan 381 meter itu untuk sesi fotografi membabitkan model Shelby Carter.


Sesi itu dilakukan di dek pemerhatian bangunan itu.

Menurut Henson gambar itu bukan untuk tujuan komersial, sebaliknya hanya sebagai koleksi peribadi.


“Malah saya hanya menggunakan kamera pada telefon bimbit.


“Kami tidak menyakiti sesiapa malah memastikan tiada kanak-kanak ketika mengambil gambar,” katanya.

Bagaimanapun, ESRT Observatory dan ESRT Empire State Building memfailkan saman di mahkamah kerana mendakwa tindakan Henson itu berbahaya, selain tiada mendapatkan permit bagi membuat rakaman.

Mereka menegaskan perbuatan Henson kerana tempat itu banyak dikunjungi pelawat berkeluarga.

Berdasarkan dokumen mahkamah, plaintif mendakwa Henson menggugat keupayaan mereka memastikan tempat pelancongan itu selamat dan sesuai bagi pelancong serta golongan berkeluarga.

Henson - seorang veteran perang Iraq - mengambil gambar rakannya itu di tingkat 86 menara berkenaan pada 9 Ogos tahun lalu.

Tarikh berkenaan juga adalah waktu puncak bagi lawatan pelancong.

Melalui gambar itu jelas dilihat beberapa pelancong lain ada di situ untuk menikmati pemandangan dari bangunan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/16

Curi RM69,733 milik bapa

Singapura: Seorang penganggur wanita semalam dihukum menjalani tempoh percubaan mahkamah selepas mencuri S$27,000 (RM69,733) dari akaun bank bapanya untuk membeli susu dan lampin anak yang baru dilahirkan.
Chew Seok Peng menggunakan wang itu membeli perabot serta peralatan elektrik di rumah baru bersama suaminya.
Chew, 29, mengaku bersalah atas lima tuduhan mencuri kad bank bapanya serta enam tuduhan mencuri dengan mengeluarkan dan memindahkan wang mangsa bernilai antara RM5,165 dan RM12,913.
Dalam keputusan dibaca semalam hakim Low Wee Ping menyifatkan tindakan Chew sebagai “bodoh” tetapi “tidak boleh disifatkan sebagai jenayah.” Di samping itu, dia mengarahkan Chew diletakkan di bawah pengawasan selama satu setengah tahun.

- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/16

Doktor wanita jual bayi dihukum mati

Doktor wanita jual bayi dihukum matiZhang (depan) diiringi polis untuk dibawa ke mahkamah di Weinan, wilayah Shanxi, di utara China semalam. - Foto AFP Tipu ibu bapa, dakwa anak sakit, mati, cacat

Beijing: Seorang doktor wanita China yang didapati bersalah menculik dan menjual bayi baru lahir dijatuhi hukuman mati tertangguh semalam, di dalam kes yang mencetuskan kemarahan umum, ketika masalah penjualan kanak-kanak semakin kronik di negara itu.

Zhang Shuxia, 55, seorang pakar perbidanan, didapati bersalah menculik sekurang-kurangnya tujuh kanak-kanak dan menipu ibu bapa supaya menyerahkan bayi mereka dengan menyatakan anak mereka sakit atau sudah mati.

Mahkamah diberitahu, tindakan Zhang, hanya diketahui tahun lalu, ketika beliau memberitahu ibu bapa bayi lelaki baru lahir bahawa ibunya menghidap ‘sifilis dan hepatitis yang boleh menjangkiti bayi’ sambil memujuk mereka untuk menyerahkan anak itu kepadanya.

“Beliau membawa bayi itu ke rumahnya dan menghubungi penyeludup,” kata pendakwa.

Doktor kemudian memberitahu ibu bapa bahawa mereka tidak mempunyai penyakit itu dan membuat laporan polis untuk tindakan.

Pihak berkuasa berjaya menemui bayi itu, yang dijual penyeludup kepada petani dengan tiga anak perempuan di wilayah tengah Henan pada harga 60,000 yuan (RM 31,982).

Tahun lalu juga, Zhang memujuk seorang ibu untuk menyerahkan sepasang bayi perempuan baru lahir kerana seorang daripada sudah mati, manakala seorang lagi cedera di tangan dan kaki, kata mahkamah. 

Banjir Kelantan makin buruk

Banjir Kelantan makin burukBeberapa budak duduk di pangkin dibina bapa mereka selepas rumah ditenggelami air di Kampung Kubang Chenok. - Foto Syamsi Suhaimi Kota Bharu: Keadaan banjir di negeri ini semakin buruk apabila jumlah mangsa yang dipindah ke pusat pemindahan meningkat kepada 2,158 orang membabitkan 884 keluarga sehingga malam tadi.

Sungai Golok 9.98 meter Sungai Golok di Rantau Panjang masih mencatatkan paras berbahaya iaitu 9.98 meter.

Sehingga jam 8 malam tadi, mangsa terbabit masih ditempatkan di 11 pusat pemindahan di jajahan Pasir Mas.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan, menasihatkan penduduk di jajahan Tumpat terutama kawasan yang sering dilanda banjir supaya bersiap sedia untuk menghadapi bencana itu sekali lagi.

Ketua Penolong Setiausaha Keselamatan Negeri MKN, Irni Mazlina Mat Isa, berkata biasanya air dari Sungai Golok di Rantau Panjang akan mengalir keluar melalui jajahan Tumpat yang boleh mengakibatkan kawasan tebingnya dilimpahi air.

“Ketika banjir gelombang pertama baru-baru ini, hanya dua keluarga dari jajahan Tumpat yang berpindah ke pusat pemindahan dan jumlah mangsa di jajahan itu dapat dikurangkan.

“Ia disebabkan usaha menstabil tebing sungai sudah dilakukan di beberapa tempat oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri.
“Namun, MKN meminta penduduk di jajahan berkenaan sentiasa berwaspada kerana keadaan air tidak menentu, ada ketika cepat naik dan surut seperti yang berlaku di Jeli, ketika awal gelombang kedua banjir melanda negeri ini minggu lalu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Pantau Pasir Mas

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Negeri, Hussain Awang, berkata pihaknya masih memantau perkembangan banjir di jajahan Pasir Mas memandangkan 15 sekolah di jajahan berkenaan masih lagi ditutup akibat bencana alam terbabit.

Polis buru lelaki belasah sarjan


2014/01/15
Nibong Tebal: Dua lagi lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes seorang anggota polis berpangkat sarjan dibelasah di sebuah pusat hiburan di Bukit Tambun, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan, Superintendan Shafien Mamat, berkata dua lelaki berusia awal 20-an itu ditahan dalam serbuan di Simpang Ampat, di sini, semalam.


Beliau berkata, dengan penahanan itu, pihaknya berjaya menahan enam orang termasuk empat remaja berusia 18 dan 19 tahun di Bukit Tambun, tidak lama selepas kejadian.

“Kami masih berusaha mengesan mereka yang terbabit dalam kejadian itu.

“Siasatan terperinci masih dijalankan pihak kami bagi mengenal pasti punca kejadian sebenar,” katanya di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi kelmarin, Sarjan Goh Boon Hoong, 33, bersama tiga lagi rakan setugas ke sebuah pusat hiburan selepas menerima maklumat awam berlaku pergaduhan. 

Pelajar hilang dijumpai mati

Pelajar hilang dijumpai matiMayat Siti Najwa Atikah (gambar kecil) yang hilang beberapa hari lalu ditemui tidak jauh dari kawasan UNIMAS dalam keadaan reput. - Foto IHSAN UNIMAS Kuching: Penuntut Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang dilaporkan hilang sejak lebih seminggu lalu, ditemui mati di tebing anak sungai berhampiran institusi pengajian tinggi itu, semalam.

Pengecaman Siti Najwa Atikah Azhar, 20, pelajar tahun satu jurusan Kajian Khidmat Sains Sosial UNIMAS, dibuat oleh ibunya berdasarkan pakaian dan tudung pada mayat berkenaan.

Mayat berkeadaan reput itu ditemui penduduk kampung pada jam 5.20 petang kira-kira satu kilometer dari Kolej Kediaman Cempaka UNIMAS.

Sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Samarahan dan Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat.

Mayat dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti identiti mangsa dan punca kejadian. 

Wanita tua mati dijerut pencuri guna paip getah


2014/01/15
Marang: Seorang wanita berusia 68 tahun yang juga orang kelainan upaya (OKU) ditemui mati di rumahnya semalam, dipercayai lehernya dijerut paip getah oleh perompak yang memasuki kediaman mangsa.

Tengku Enong Tengku Muda yang lumpuh kaki sejak kecil, ditemui anak jirannya dalam keadaan terlentang di dalam bilik air rumahnya pada jam 2.30 petang.


Anak jiran mangsa curiga selepas tidak melihat Tengku Enong ketika solat Zuhur di surau berdekatan rumah mereka seperti biasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manorahan, berkata polis menemui paip getah di leher tukang jahit itu yang dipercayai digunakan suspek untuk menjerut sekali gus menyebabkan kematian mangsa.

Suspek dikenali mangsa

“Berdasarkan siasatan awal, kita percaya kejadian ini bermotifkan samun dan bunuh memandangkan telefon bimbit, rantai leher dan gelang tangan emas milik mangsa turut hilang,” katanya yang tidak menolak kemungkinan suspek dikenali mangsa.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 395 kanun sama kerana merompak,” katanya.
Anak mangsa, Shalini Embong, 48, berkata beliau tidak sangka ibunya menjadi mangsa samun dan bunuh kerana menanggap beliau hanya pengsan berikutan penyakit darah tinggi dihidapinya.

Wanita Malaysia terbunuh di Singapura


2014/01/15
Kuala Lumpur: Seorang wanita warga Malaysia antara dua individu yang maut dalam kebakaran sebuah kondominium di Marina Bay Suites, Singapura, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, Sooria Kala Kanaseon, 34, dan seorang lelaki warga Singapura, Sim Lai Huat, 58, ditemui mati dalam lif di tingkat 65 kondominium berkenaan.


Anggota bomba yang memadam kebakaran itu turut dilaporkan tercedera.

Api marak dengan pantas

Sumber berkata, kedua-dua mangsa yang juga pengawal keselamatan kondominium yang baru dibina itu, dipercayai sedang meronda di tingkat berkenaan.

“Mereka dipercayai cuba menyelamatkan diri dengan menggunakan lif utama kondominium, namun gagal berikutan api marak dengan pantas sebelum ditemui mati.

“Kebakaran dipercayai bermula di tingkat 65 kondominium dan puncanya masih dalam siasatan,” katanya. Difahamkan, ketika kejadian kebanyakan unit di kondominium berkenaan belum berpenghuni.

Lapan ajaran diwarta sesat


2014/01/15
Melaka Tengah: Majlis Fatwa Negeri Melaka mewarta lapan ajaran sesat di negeri itu bagi membendung daripada merebak sehingga boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

Ajaran berkenaan ialah Tariqat Naqsyabandiah Kadirun Yahya, Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani, Tariqat Zikrullah Hassan Anak Rimau, Ayah Pin, Ilmu Hakikat Hassan Bin Jonit, Aurad Muhammadiah dan Al-Arqam, dan Panji Langit. 

Nahas melintas cara haram

Nahas melintas cara haramAnggota bomba mengangkat mayat pasangan suami isteri warga tua yang mati dirempuh komuter di Jalan Reko, Kajang, pagi semalam. Kajang: Sepasang suami isteri warga tua yang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli barangan keperluan, maut dilanggar komuter ketika menyeberang landasan kereta api berhampiran Jalan Reko di sini, semalam.

Md Nor Lian, 75, dan isteri, Noriah Mat Ani, 65, dirempuh komuter kira-kira jam 1.25 tengah hari, kira-kira 200 meter dari kediaman mereka di rumah pangsa Taman Kajang Utama.

Pasangan itu yang parah di kepala, perut dan kaki selepas diseret hampir tiga kilometer (km) sebelum terpelanting ke dalam parit, meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, pemandu komuter yang dalam perjalanan dari Seremban ke Rawang tidak menyedari melanggar pasangan itu.

Bagaimanapun, pemandu itu memberhentikan komuter setelah mengesan sesuatu yang tidak kena.

Melintas di kawasan larangan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Missan Bennu, berkata sepasukan tujuh anggota bomba dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.
“Mangsa dipercayai melintas di kawasan yang dilarang, tetapi ia sering digunakan penduduk sebagai jalan pintas,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, yang mengesahkan kejadian, berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Kajang (HK) untuk bedah siasat.

Sementara itu, suasana hiba menyelubungi pekarangan bilik mayat HK apabila saudara mangsa, termasuk ahli keluarga pasangan berkenaan berkumpul di situ.

Menyayat hati

Seorang saudara terdekat mangsa yang enggan dikenali, berkata dia tidak menyangka akan kehilangan pasangan itu serentak dalam kejadian yang amat tragis.

“Sukar untuk menerima hakikat mereka pergi serentak... kejadian ini amat menyayat hati,” katanya.

Jenazah pasangan itu dikebumikan di tanah perkuburan Sungai Sikamat di sini.

Pukul anak tak solat: Nasib pasangan Malaysia ditahan di Sweden ditentukan esok


2014/01/15
Kuala Lumpur: Nasib sepasang suami isteri rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden sejak pertengahan Disember lalu, kerana memukul seorang anak mereka yang enggan bersolat akan ditentukan esok.

Selepas genap sebulan ditahan, pihak mahkamah akan menentukan sama ada tempoh tahanan reman akan dilanjutkan atau meneruskan dengan pendakwaan sekiranya polis sudah melengkapkan siasatan dan mempunyai bukti kukuh pada hari berkenaan.


Bagaimanapun, pasangan itu juga berpeluang untuk dibebaskan sekiranya pihak polis tidak mempunyai cukup bukti untuk mendakwa mereka.

Ambil cuti tanpa gaji

Difahamkan, lelaki terbabit adalah seorang kakitangan di pejabat Tourism Malaysia di Stockholm manakala isterinya adalah seorang guru di negara ini namun mengambil cuti tanpa gaji bagi menemani suami bertugas di negara itu sejak tiga tahun lalu.

Pasangan berkenaan turut membawa empat anak mereka berusia antara tujuh hingga 14 tahun ke negara itu.

Kedua-duanya yang berusia awal 40an kini direman di pusat tahanan reman di Stockholm selepas ditahan sepasukan polis di kediaman mereka di daerah itu pada 14 Disember. 

Kanan KD Jebat terkopak



KEADAAN kapal KD Jebat yang remuk di bawah 
geladak meriam selepas bergesel dengan sebuah kapal dagang di Selat Melaka kelmarin.


KUALA LUMPUR – Insiden pergeseran frigat KD Jebat yang berlaku kira-kira 24 batu nautika Barat Laut Permatang Sedepa (One Fathom Bank) di perairan Selangor kelmarin telah menyebabkan sebelah kanan kapal tersebut terkopak sepanjang 5 meter.
Kapal itu turut mengalami kerosakan kecil di bawah geladak yang menempatkan meriam kaliber 30 milimeter.
Bagaimanapun kerosakan itu tidak menjejaskan operasi kapal.
Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, ketika kejadian pukul 3.02 pagi itu KD Jebat yang berpangkalan di Lumut, Perak sedang melakukan rondaan di perairan tersebut sejak 13 Januari lalu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0116&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2qVPt3bHk 
Hakcipta terpelihara 

Gadis maut motosikal gesel kereta pada hari jadi



PEGAWAI Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Kubang Pasu, S. Ragu memeriksa motosikal yang ditunggang Nur Wahida yang terbunuh di Jitra semalam.


JITRA - Kegembiraan seorang gadis untuk menyambut hari jadinya yang ke-22 bersama bekas rakan-rakan sekerjanya kelmarin berakhir duka apabila dia maut dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Sungai Korok, Jalan Ibrahim di sini.
Kejadian pukul 9.40 malam itu berlaku ketika mangsa, Nur Wahida Zainon dalam perjalanan menuju ke Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Polimas) di sini untuk menyambut hari jadinya bersama bekas rakan sekerjanya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di situ.
Bagaimanapun, belum sempat berjumpa rakan-rakannya, mangsa terlibat dalam kemalangan selepas motosikal Honda EX5 ditungganginya bergesel dengan sebuah kereta Proton Iswara.
Pergeselan itu menyebabkan mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan parah di kepala.
Ibu mangsa, Rusnani Ahamed, 47, berkata, anak ketiga daripada empat beradik itu sebelum keluar rumah pukul 9.15 malam meminta izinnya untuk menyambut hari jadi bersama bekas rakan-rakan sekerjanya di Polimas.
"Difahamkan rakan-rakan sekerja Nur Wahida sudah membeli kek untuk meraikan ulang tahun kelahiran Nur Wahida tetapi mangsa tidak muncul," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Lubuk, Tunjang dekat sini semalam.
Sementara itu, jurucakap polis Daerah Kubang Pasu berkata, semasa kemalangan kedua-dua kenderaan tersebut datang dari arah sama iaitu dari Batu 13 menghala Pekan Jitra namun ketika melepasi lampu isyarat Sungai Korok, motosikal mangsa bergesel dengan kereta tersebut
Menurut beliau, mangsa yang terjatuh mengalami cedera parah di kepala dan meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0116&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2qVPjzdnV 
Hakcipta terpelihara 

6 beradik seludup daun ketum direman




ENAM wanita warga Thailand dibawa ke Kompleks Mahkamah Kangar, Perlis semalam untuk tahanan reman kerana disyaki cuba menyeludup daun ketum.


KANGAR - Enam wanita warga Thailand yang ditahan di tepi jalan Kampung Banat, Arau di Lebuh Raya Changlun-Kuala Perlis di sini kelmarin kerana disyaki cuba menyeludup keluar daun ketum seberat 72 kilogram (kg) direman selama empat hari bermula semalam.
Perintah reman ke atas kesemua suspek yang merupakan adik-beradik berusia 22 hingga 35 tahun itu telah dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Sesyen di sini, Monica Joseph Gaisah.
Kesemua wanita terbabit direman bagi membantu siasatan mengikut mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0116&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2qVPWPjQE 
Hakcipta terpelihara 

Rompak: Tauke farmasi diberkas



JALALUDDIN (dua dari kanan) menunjukkan pump gun yang dirampas pada sidang akhbar di Kota Bharu, Kelantan semalam.


KOTA BHARU - Seorang pemilik kedai farmasi ditahan bagi membantu siasatan kes rompakan menggunakan senjata api raifal M-16 di sebuah kedai serbaneka di bandar Tanah Merah pada Disember lalu.
"Lelaki berusia 52 tahun itu ditahan susulan serbuan di sebuah rumah di Wakaf Bharu, Tumpat pada Isnin lalu" kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.
Beliau berkata, turut ditahan isteri lelaki itu yang juga berusia 52 tahun dan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.
Menurut Jalaluddin, polis turut merampas dua laras pump gun, satu daripadanya jenis separuh automatik berharga RM16,000, sepucuk pistol tiruan dan lebih 1,000 butir peluru.
"Lelaki itu merupakan anggota kelab menembak serta mempunyai lesen memiliki senjata api yang sah yang membenarkan dia menyimpan 200 butir peluru sahaja.
"Bagaimanapun, peluru yang disimpan melebihi had yang dibenarkan," kata beliau di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0116&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2qVPOWkTu 
Hakcipta terpelihara 

Penjual pingat palsu diburu



IRWAN (kiri) menunjukkan kenyataan akhbar Undang Naning yang dibacanya selepas membuat laporan kepada SPRM di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Undang Wilayah Naning ke-19 menawarkan ganjaran sebanyak RM19,019.19 ke atas mana-mana pihak yang berjaya memberikan maklumat hingga tertangkapnya dalang penjualan anugerah kebesaran wilayah itu.
Sindiket yang didakwa bergiat aktif sejak 2011 itu dikatakan telah menjual beberapa pingat kepada pihak tertentu berharga antara RM50,000 hingga RM100,000.
Difahamkan, mereka 'menjual' nama undang wilayah itu, Yang Amat Mulia Abdul Latif Hashim yang menggunakan gelaran Ke Bawah Kaus Orang Kaya Sri Raja Merah bagi meyakinkan orang ramai mengenai penipuan mereka.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0116&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2qVPHaSGE 
Hakcipta terpelihara 

5 pekerja lemah hidu asap



EMPAT daripada lima pekerja Bangladesh yang berjaya diselamatkan selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah bangunan di Jalan Raja Laut di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Sekumpulan lima pekerja kontrak warga Bangladesh berdepan detik cemas apabila terperangkap hampir dua jam di tingkat 30 dalam kebakaran di Wisma Tun Razak yang kini dalam proses ubah suai di Jalan Raja Laut di sini semalam.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada pukul 4.47 petang sebelum menghantar 12 jentera bersama kira-kira 70 anggota daripada lapan balai bomba berdekatan ke lokasi kejadian.
Menurut beliau, bomba terpaksa mengambil masa lebih sejam untuk menyelamatkan lima mangsa memandangkan sistem lif di bangunan berkenaan tidak berfungsi kerana dalam proses diubah suai.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0116&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2qVPAfNdq 
Hakcipta terpelihara 

'Sultan Melaka' direman empat hari



NOOR JAN dibawa oleh anggota polis keluar dari Mahkamah Majistret Melaka semalam.


MELAKA - Mahkamah Majistret di sini mengeluarkan perintah tahanan reman selama empat hari bermula semalam terhadap seorang ahli perniagaan, Noor Jan Tuah (gambar kecil), 57, yang mengaku dirinya sebagai 'Sultan Melaka'.
Perintah tahanan reman ke atas ahli perniagaan itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah, V. Kanasan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, mahkamah membenarkan perintah tahanan reman ke atas Noor Jan sehingga 18 Januari ini bagi membolehkan polis melengkapkan kertas siasatan terhadap Noor Jan di bawah Seksyen 41(1) Akta Hasutan 1948 sebelum diserahkan kepada pihak pendakwa raya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0116&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2qVOWQDT1 
Hakcipta terpelihara 

41 cedera pertandingan jinakkan lembu jantan



REUTERS
BEBERAPA peserta memanjat pagar untuk menyelamatkan diri dari ditanduk lembu jantan.


MADURAI, India - Seramai 41 orang cedera pada pertandingan menjinakkan lembu jantan yang diadakan di sini semalam, kata polis.
Menurut polis, tujuh peserta terpaksa dirawat di sebuah hospital kerajaan, manakala baki yang lain diberikan rawatan sebagai pesakit luar.
Kira-kira 530 ekor lembu jantan dibawa untuk menyertai pertandingan tersebut.
Kesihatan lembu-lembu itu diperiksa terlebih dahulu oleh pakar haiwan sebelum dibenarkan menyertai pertandingan berkenaan yang diadakan sempena festival Pongal. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0116&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2qVNoPY48 
Hakcipta terpelihara