Search This Blog

Wednesday, January 15, 2014

Juruterbang diserang sakit jantung


15 Januari 2014

IOWA - AMERIKA SYARIKAT. Penumpang pesawat United Airlines Boeing 737 berhadapan detik cemas apabila juruterbang pesawat berkenaan diserang sakit jantung.

Dipetik laporan Daily Mail, bagaimanapun, beliau bernasib baik selepas diselamatkan oleh seorang jururawat Linda Alweiss dari Camarillo, California yang ketika itu dalam perjalanan dari Des Moines ke Denver bersama suami dan anak perempuannya.

"Saya tampil membantu selepas kru pesawat membuat pengumuman jika ada kalangan penumpang yang mempunyai latihan perubatan," katanya.

Alweiss kemudiannya dibantu seorang lagi wanita, Amy Sorenson untuk memberikan rawatan kecemasan.

Pesawat itu bagaimanapun mendarat dengan selamat di Ohama selepas pembantu juruterbang mengambil alih penerbangan dan meneruskan perjalanan menuju ke Denver keesokan harinya. 

‘Sultan Melaka’ kena tahan

Oleh Mohd Hilmie Hussin
Jasin: Seorang ahli perniagaan Noor Jan Tuah, 56, yang mendakwa dirinya Sultan Melaka diberkas polis di sini, pagi semalam bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menganjurkan beberapa majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran tidak diiktiraf.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka Asisten Komisioner Raja Sharom Raja Abdullah berkata, tangkapan dilakukan di Jeti Anjung Batu, Serkam, di sini, jam 10.50 pagi.
“Tangkapan dibuat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 selepas polis Melaka menerima lapan laporan dibuat individu dan badan bukan kerajaan (NGO) yang tidak berpuas hati dan gusar dengan tuntutan Noor Jan untuk mengiktiraf dirinya sebagai Sultan Melaka.

“Penduduk Melaka curiga mengenai kebenaran terutama selepas apa yang tersebar di media elektronik seperti You Tube seolah-olah menghina kerajaan yang sedia wujud di Melaka,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis (IPD) Melaka Tengah, di sini, semalam.
Foto
NOOR Jan ditahan polis, semalam.

Beliau berkata, ketika tangkapan dibuat Noor Jan berada di Jeti Anjung Batu dipercayai untuk menaiki feri ke Pulau Besar bagi menghadiri satu upacara perayaan meraih sokongan dan penyembelihan kambing.
-hmetro

Cis...rompak budak-budak

Kuching: “Sebaik mendapat tahu dua beradik itu cuba dirompak, saya segera memecut kenderaan mengejar suspek,” kata seorang ahli perniagaan yang mematahkan cubaan dua lelaki bersenjatakan pisau lipat merompak dua beradik, sekali gus membolehkan seorang daripadanya ditahan dalam kejadian di Tabuan Jaya, di sini, semalam.
Menceritakan kejadian itu, ahli perniagaan berusia 34 tahun yang enggan namanya disiarkan berkata, dia nekad memecut Toyota Harrier miliknya untuk mengejar suspek yang ditinggalkan rakannya sebaik orang ramai mengerumuni lokasi kejadian pada jam 3.15 petang.
“Sebelum itu, saya ke lokasi kejadian kerana mahu menjemput isteri pulang sebelum dikejutkan dengan kekecohan itu.

“Saya melihat penduduk keluar beramai-ramai dan mereka memaklumkan dua beradik itu cuba dirompak.
Foto
ANGGOTA polis menahan lelaki yang cuba merompak dua beradik.

“Hati saya geram dan sebab itu saya terus memecut kenderaan untuk mengejar suspek. Ketika itu, suspek berlari selepas ditinggalkan rakannya.




Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/15

Lagi amah Indonesia didera


HONG KONG 14 Jan. - Seorang pembantu rumah dari Indonesia dimasukkan ke hospital akibat kecederaan serius, selepas dipercayai didera oleh majikannya dari negara ini.
Polis Hong Kong mengesahkan menerima aduan penderaan pembantu rumah asing kelmarin, selepas menerima aduan daripada agensi syarikat pembantu rumah tersebut.
South China Morning Post melaporkan, pembantu dikenali sebagai Erwiana Sulistyaningsih itu pulang ke Indonesia pada minggu lalu, sebelum dimasukkan ke hospital akibat kecederaan serius antaranya luka serta kesan melecur.
Akhbar tersebut melaporkan, amah itu dipercayai telah didera sejak lapan bulan lalu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140115/lu_09/Lagi-amah-Indonesia-didera#ixzz2qSlCin1K
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sekolah disiasat kes dera


15 Januari 2014

LONDON - Puluhan sekolah swasta di Britain kini sedang disiasat susulan dakwaan penderaan seksual terhadap pelajar dan murid sejak 1950-an.

Difahamkan, peguam mewakili bekas pelajar menuntut ganti rugi sehingga 400,000 pound (RM2.1 juta) dari sekolah dan institusi pendidikan termasuk di Sussex dan  Buckinghamshire.

Peguam Slater & Gordon, Jessica Standley berkata kepada Press TV, jumlah mangsa dilaporkan didera meningkat sejak tersebarnya skandal bekas pengacara televisyen, Jimmy Savile.

"Laporan penderaan dari pelbagai institusi pengajian semakin meningkat termasuk sekolah berbayar. Malangnya, dalam kebanyakan kes, walaupun pihak bertanggungjawab tahu tentang perkara ini, tetapi mereka gagal mengambil langkah wajar untuk melindungi mangsa," katanya. 

Doktor jual tujuh bayi digantung


BEIJING 14 Jan. - Sebuah mahkamah di wilayah Shaanxi, barat laut China, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang pakar sakit puan kerana kesalahan menjual tujuh orang bayi.
Zhang Shuxia, yang berkhidmat di sebuah hospital bersalin di Fuping, dikatakan memujuk ibu bapa untuk menyerahkan enam bayi yang baharu lahir dengan menyatakan anak mereka mempunyai masalah kesihatan.
Shuxia dilapor menjual seorang bayi lelaki dengan harga 21,600 yuan (RM 1,925) pada Julai lalu, sebelum penjual berkenaan menjual semula bayi itu pada harga 59,800 yuan (RM31,800).
Bayi ketujuh bagaimanapun, meninggal dunia selepas ditinggalkan ibu bapanya dan dijual oleh Shuxia dengan harga 1,000 yuan (RM534) pada April tahun lalu. - DPA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140115/lu_08/Doktor-jual-tujuh-bayi-digantung#ixzz2qSkw1vLh
© Utusan Melayu (M) Bhd 

20 maut banjir, tanah runtuh di Filipina


MANILA 13 Jan. - Sebanyak 20 orang terkorban apabila tanah runtuh dan banjir ekoran hujan lebat berlaku di selatan Filipina, hari ini.
Jurucakap agensi bencana kebangsaan, Rey Balido berkata, kejadian itu turut mengakibatkan kira-kira 132,000 orang kehilangan tempat tinggal di 10 wilayah di wilayah selatan, Mindanao.
"Lima orang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di wilayah Davao Oriental dan dua lagi maut dihanyutkan arus deras,'' jelas Balido.
Enam lagi kematian dicatat di Lembah Compostela selepas berlakunya kejadian tanah runtuh dan banjir. - DPA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140114/lu_07/20-maut-banjir-tanah-runtuh-di-Filipina#ixzz2qSkmWm3o
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Enam wanita seludup ketum

Enam wanita seludup ketumNOORAZURA ABDUL RAHMAN
15 Januari 2014
Tempat penumpang dan pemandu turut diletakkan daun ketum.

ARAU - Polis menggagalkan cubaan menyeludup 72 kilogram daun ketum bernilai RM2,880 dalam dua tangkapan berasingan di tepi jalan Kampung Banat, Arau Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Mohd Nadzri Hussain berkata, kira-kira jam 10.05 pagi, tiga wanita berusia antara 23 dan 35 tahun yang menaiki sebuah kereta jenis Nissan  Sunny bernombor pendaftaran Thailand ditahan di jalan tersebut setelah polis bahagian siasatan jenayah narkotik Arau menerima maklumat.

Katanya, hasil pemeriksaan terhadap kenderaan tersebut, menemukan 545 bungkusan kecil daun ketum di bahagian bonet belakang kereta dan tersorok di bahagian kusyen penumpang depan dan belakang serta pemandu.

“Lima minit kemudian anggota narkotik tersebut menahan sebuah lagi kenderaan Thailand jenis Isuzu Dmax di jalan yang sama.

"Tiga wanita berusia antara 23 hingga 31 turut ditangkap selepas polis menemui 240 bungkus daun ketum seberat 24 kilogram di dalam kenderaan tersebut.

“Sebanyak 240 bungkus daun ketum itu disorokkan di dalam dash board, pintu belakang dan tayar simpanan kenderaan tersebut,” katanya kepada pemberita di Balai Polis Mata Ayer, dekat sini, semalam.

Mohd Nadzri memberitahu, modus operandi penyeludupan daun ketum kini beralih kepada wanita bagi mengaburi mata pihak berkuasa tempatan.

Tambah beliau, wanita-wanita ini mengakui mereka bersaudara dan datang ke negara ini untuk membeli barang dapur seperti telur dan minyak masak.

“Harga daun ketum yang tinggi di Thailand menjadikan kaum wanita pula berani menyeludup daun beracun ini setiap dua hari.

“Mengikut harga pasaran setiap kilogram daun ketum tempatan boleh diperoleh dengan harga RM20 dan mereka boleh menjualnya dengan harga RM40 di pasaran negara jiran,” katanya.

Jelas beliau, kesemua wanita ini akan ditahan reman dan pihaknya akan menyiasat kes mengikut Seksyen 30 Akta Racun 1952 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Wanita 'keldai dadah' ditahan cuba seludup syabu RM1.3 juta


JOHOR BAHRU 15 Jan. - Seorang wanita yang dipercayai dijadikan 'keldai dadah' ditahan ketika cuba menyeludup masuk dadah syabu bernilai RM1.3 juta dalam serbuan di Terminal Bas Sentral, Jalan Trus di sini pada 5 Januari lalu.
Wanita warga tempatan berusia 56 tahun dan bekerja sebagai pengemas bilik di sebuah hotel di Singapura ditahan kira-kira pukul 6.30 petang.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, ketika ditahan, wanita berkenaan didapati membawa dua bungkusan kecil berisi dadah sebarat 3.4 kilogram yang disembunyikan di dalam sebuah beg komputer yang dibawanya.
"Siasatan awal mendapati wanita itu terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah dari negara jiran ke Johor Bahru.
"Kejayaan ini adalah hasil kerjasama antara Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor dan Central Narcotic Bureau (CNB) Singapura," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut Mohd. Mokhtar, siasatan awal mendapati wanita terbabit telah berkahwin dengan seorang lelaki warga Nigeria berusia 36 tahun, tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau serta ujian saringan air kencingnya didapati negatif.
Katanya, wanita itu dipercayai dijadikan 'keldai dadah' oleh sindiket antarabangsa dan ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika disabit kesalahan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140116/je_09/Wanita-keldai-dadah-ditahan-cuba-seludup-syabu-RM13-juta#ixzz2qXMGZnDS
© Utusan Melayu (M) Bhd 

8 ditahan, Geng Mayang tewas


Lai Fah Hin (tengah) bersama pegawainya memeriksa rangka motosikal yang dirampas selepas tertangkapnya beberapa remaja di Balik Pulau, Pulau Pinang, semalam.
BALIK PULAU 15 Jan. - Polis berjaya menumpaskan kegiatan kumpulan curi motosikal dikenali Geng Mayang dengan tertangkapnya lapan lelaki dalam beberapa serbuan di sekitar daerah ini baru-baru ini.
Turut dirampas dalam kesemua serbuan itu ialah lapan buah motosikal, lapan rangka dan komponen motosikal yang telah dileraikan bernilai RM80,000.
Difahamkan, Geng Mayang bergiat aktif mencuri motosikal di sekitar kawasan Bayan Baru, Bayan Lepas, Sungai Nibong dan Bukit Tengah di sini sejak tahun 2010.
Motosikal yang dicuri akan dileraikan sebelum nombor casis serta enjinnya dibuang dan komponennya dijual dengan harga murah kepada pembeli yang sedia menunggu.
Komponen motosikal terutama dari jenis Honda EX5 yang dileraikan itu dijual kepada pembeli tempatan dengan harga antara RM400 hingga RM800 dan mendapat permintaan tinggi kerana harganya yang murah.
Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Supritendan Lai Fah Hin berkata, suspek pertama berusia 18 tahun ditahan di sebuah rumah di Bukit Gedung, Bayan Baru kira-kira pukul 5.30 petang 3 Januari lalu.
Menurutnya, pihak polis yang membuat pemeriksaan di rumah remaja itu menemukan beberapa komponen motosikal yang baru dicuri di kawasan berhampiran yang sedang dileraikan.
"Hasil soal siasat ke atas remaja itu, polis berjaya menahan tujuh lagi rakannya berusia antara 18 hingga 25 tahun di sekitar kawasan Mayang Pasir dan menemui semula lapan buah motosikal, lapan buah rangka motosikal dan pelbagai komponen yang telah dileraikan.
"Kesemua mereka mengaku telah mencuri 14 buah motosikal di sekitar Bayan Lepas dan Bayan Baru, sebuah di Sungai Nibong dan sebuah lagi di Bukit Tengah, Bukit Mertajam," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Tambah Fah Hin, kesemua suspek yang ditahan didapati memiliki rekod jenayah lampau selain turut didapati positif menggunakan dadah.
"Kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 379 A (1) Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan bermotor yang boleh dihukum penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih tujuh tahun dan denda," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140116/je_07/8-ditahan-Geng-Mayang-tewas#ixzz2qXLoJmWX
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penduduk diancam haiwan liar


Osman Harun
Ramlee Abdullah
Ahmad Ibrahim (kanan) menunjukkan pokok pisang yang dimusnahkan haiwan liar di Kampung Sungai Tengar Utara, Sabak Bernam.
KEGIATAN meneroka hutan di sekitar pesisiran Sungai Bernam didakwa menjadi punca gangguan binatang liar di Kampung Sungai Tengar Utara, Sabak Bernam.
SABAK BERNAM 15 Jan. - Kehidupan kira-kira 1,000 penduduk Kampung Sungai Tengar Utara di sini diancam oleh gangguan haiwan liar berikutan hutan di pesisiran Sungai Bernam diteroka sejak sebulan lalu.
Seorang penduduk, Osman Harun, 56, berkata, kehadiran binatang liar seperti kera dan babi hutan ke dalam kampung menyebabkan tanaman di kebun milik mereka musnah.
"Memang tidak dinafikan sebelum ini ada haiwan terbabit masuk ke kebun tetapi sejak aktiviti pembersihan hutan di pesisiran pantai dilakukan, kehadiran kera, lotong dan babi hutan semakin menjadi-jadi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurutnya, sebelum ini dia mampu memperoleh pendapatan sekitar RM2,000 sebulan hasil jualan kelapa dan pisang tetapi sejak gangguan haiwan liar, pendapatannya kian merosot akibat kemusnahan tanaman.
Penternak lembu, Ramlee Abdullah, 63, pula memberitahu, dia terkejut apabila mendapati lembu peliharaannya berkeliaran akibat pagar dawai yang dibina telah roboh.
"Saya kesal apabila pihak yang diamanahkan untuk melakukan penerokaan tidak memaklumkan sebarang kerja pembersihan akan dijalankan menyebabkan haiwan peliharaan saya terlepas ke kawasan lain," ujarnya.
Jelasnya, selain hasil tanaman petani di kawasan sekitar terjejas, keselamatan penduduk terutama kanak-kanak terancam apabila ada binatang liar masuk sehingga ke dalam rumah.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan Kampung Sungai Tengar Utara, Ahmad Ibrahim berkata, beliau tidak menghalang mana-mana pihak melakukan pembersihan di kawasan terbabit namun berharap kerajaan negeri memantau penerokaan hutan itu.
"Kita tiada kuasa menghalang kerajaan negeri mengusahakan tanah tetapi penduduk kampung harapkan pihak berkenaan bertanggungjawab terhadap ancaman dan kerugian dialami penduduk kampung," jelasnya.
Beliau menambah, pihaknya sudah membuat aduan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam; Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Selangor serta Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor berhubung masalah berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kota/20140116/wk_01/Penduduk-diancam-haiwan-liar#ixzz2qXKxw0ES
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Profesor Malaysia berjaya cabar kerajaan Amerika

Rahinah Ibrahim

SAN FRANCISCO 15 Jan. - Seorang profesor seni bina dari Malaysia berjaya dalam samannya mencabar tindakan kerajaan Amerika Syarikat (AS) menyenaraikan namanya sebagai orang yang diharamkan masuk ke negara ini.
Mahkamah Persekutuan di sini memutuskan tindakan kerajaan AS memasukkan nama Profesor Dr. Rahinah Ibrahim, 49, dalam senarai itu sebagai satu kesilapan.
Hakim William Alsup turut mengarahkan nama Rahinah dikeluarkan daripada senarai tersebut.
Rahinah, bekas calon pengajian sarjana di Universiti Stanford ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco pada 2005 kerana namanya disenaraikan sebagai salah seorang yang diharamkan masuk ke AS kerana beragama Islam dan status kewarganegaraannya.
Polisi penerbangan AS menetapkan larangan terhadap mana-mana individu menggunakan penerbangan komersial jika disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan.
Akibat disenaraihitam oleh kerajaan AS, beliau ditahan selama dua jam di lapangan terbang San Francisco untuk disoal siasat.
Rahinah kemudiannya dibenarkan pulang ke Malaysia, namun visa AS miliknya dibatalkan atas alasan di bawah pemantauan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan.
Larangan terbabit pernah dicabar di mahkamah sebanyak beberapa kali sebelum ini dan kes Rahinah dipercayai menjadi yang pertama dibicarakan di mahkamah.
Perbicaraan kes berkenaan berlangsung pada bulan lalu.
Rahinah kini merupakan Dekan Fakulti Reka Bentuk dan Seni Bina di Universiti Putra Malaysia.
Sementara itu, Rahinah dalam kenyataannya menyatakan rasa syukur di atas keputusan mahkamah itu dan berharap tidak ada lagi orang lain mengalami masalah yang sama selepas ini.
Beliau juga berhasrat untuk menyambung semula aktiviti akademik dengan rakan-rakan di AS selepas dihalang daripada masuk ke negara itu sejak sembilan tahun lalu.
"Saya berharap UPM boleh memainkan peranan untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) khususnya dengan Universiti Stanford memandangkan saya sendiri pernah belajar di situ," ujarnya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140116/lu_02/Profesor-Malaysia-berjaya-cabar-kerajaan-Amerika#ixzz2qX3USFF5
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sekurang-kurangnya 200 orang mati lemas di Sudan Selatan


JUBA 15 Jan. - Sekurang-kurangnya 200 orang penduduk Sudan Selatan mati lemas dalam satu kemalangan feri di Sungai Nil Putih, semalam.
"Dari laporan yang kami terima mangsa yang terkorban di antara 200 ke 300 orang, mereka termasuk wanita dan kanak-kanak. Dipercayai bot berkenaan terlebih muatan.
"Kesemua mereka mati ketika cuba melarikan diri dari pertempuran yang tercetus di Malakal,’’ kata jurucakap tentera, Philip Aguer. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140115/lu_03/Sekurang-kurangnya-200-orang-mati-lemas-di-Sudan-Selatan#ixzz2qX393K8m
© Utusan Melayu (M) Bhd 

16 terkorban dalam kebakaran kilang di China


BEIJING 15 Jan. - Sekurang-kurangnya 16 orang terkorban dalam kejadian kebakaran kilang kasut di bandar Wenling, wilayah Zhejiang, semalam.
Stesen penyiaran negeri CCTV melaporkan, bomba berjaya mengawal kebakaran selepas bertungkus-lumus selama tiga jam, selain menyelamatkan 20 orang pekerja kilang tersebut.
Bagaimanapun, punca sebenar kejadian masih lagi belum dapat dipastikan dan siasatan awal yang dijalankan mendapati bahan kimia yang terdapat di kilang berkenaan menjadi faktor utama kebakaran. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140115/lu_02/16-terkorban-dalam-kebakaran-kilang-di-China#ixzz2qX3DqDuW
© Utusan Melayu (M) Bhd 

10 terkorban dalam kejadian banjir di Brazil


SAO PAOLO 15 Jan. - Kejadian banjir dan tanah runtuh yang berlaku di sebuah bandar di kawasan pedalaman tenggara Sao Paolo, mengakibatkan 10 orang terkorban manakala 10 lagi dilaporkan hilang, semalam.
Menurut jabatan pertahanan awam negeri dalam satu kenyataan, lebih daripada 300 orang penduduk di Itaoca terpaksa dipindahkan, selepas sungai Palmital melimpah selepas berlakunya hujan lebat.
Mereka yang dipindahkan kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara di sekolah dan gereja, sehingga keadaan kembali normal. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140115/lu_01/10-terkorban-dalam-kejadian-banjir-di-Brazil#ixzz2qX3IG4oO
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lima warga Bangladesh terselamat dalam kebakaran


BANGUNAN Tradewinds Corporation Bhd. tempat berlakunya kebakaran di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. (Gambar kecil): Empat daripada lima warga Bangladesh cuba menyelamatkan diri melalui tingkap berikutan asap tebal.
KUALA LUMPUR 15 Jan.- Lima pekerja warga Bangladesh berdepan detik cemas selepas terperangkap kira-kira tiga jam dalam kebakaran di tingkat 30, bangunan Tradewinds Corporation Bhd. atau dikenali Wisma Tun Razak di Jalan Raja Laut di sini petang ini.
Kebakaran kira-kira pada pukul 4.30 petang itu dipercayai bermula di tingkat 27 dan merebak hingga ke tingkat 30 di mana kelima-lima mangsa sedang membuat kerja-kerja pengubahsuaian pejabat.
Kesemua mangsa berjaya dibawa keluar menggunakan tangga kecemasan oleh pasukan bomba tanpa sebarang kecederaan pada pukul 6.50 petang dan terus dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, sebaik sahaja pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 4.47 petang, satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa dihantar ke tempat kejadian dan tiba tujuh minit kemudian.
Menurutnya, kebakaran ketika itu telah merebak ke tingkat 29 bangunan setinggi 36 tingkat berkenaan.
"Kemudian kami dapati ada tingkap pecah di tingkat 30 dan mendapat tahu terdapat lima mangsa terperangkap di dalamnya.
"Kami kemudian menggunakan tangga kecemasan bangunan untuk naik dan berjaya membawa turun kesemua mangsa tanpa sebarang kecederaan, Kesemua mangsa yang dalam keadaan lemah kini dirawat di HKL," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini petang ini.
Menurut Azizan, usaha memadam kebakaran agak sukar kerana alat pemadam api di tingkat yang terjejas gagal berfungsi sehingga pihaknya terpaksa mengunakan pam hos yang ditarik ke atas bangunan.
"Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca dari saluran alat penghawa dingin dalam siling bangunan yang masih dalam proses pengubahsuaian.
"Ketika tiba di tingkat yang terbakar, kami dapati hanya bahagian siling yang terjejas dan ruang pejabat dipenuhi asap tebal.
"Sehingga pukul 7 malam ini usaha memadam kebakaran masih dijalankan,'' ujarnya.
Tambah Azizan, sebanyak 12 jentera bersama 70 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah, Titiwangsa, Hartamas, Setapak, Sentul Jinjang dan Seputeh terlibat dalam operasi hari ini.
Sementara itu, rakan mangsa dikenali sebagai Hassan, 30-an berkata, dia menerima panggilan daripada mangsa pada kira-kira pukul 5.30 petang memaklumkan mereka terperangkap di tingkat 30 bangunan tersebut ketika sedang melakukan kerja-kerja pengubahsuaian pejabat.
"Saya dapat panggilan daripada kawan saya dan dia telah meminta saya menghubungi pihak bomba untuk segera menghantar bantuan mengeluarkan mereka daripada bangunan terbabit," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140116/dn_11/Lima-warga-Bangladesh-terselamat-dalam-kebakaran#ixzz2qXAWnkpd
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki rakam video wanita mandi didakwa


KUALA LUMPUR 15 Jan. - Seorang pegawai eksekutif mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan merakam video seorang suri rumah yang sedang mandi tanpa berpakaian di sebuah kondominium, empat hari lalu.
Izwar Efendi Taswar, 32, didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap wanita berusia 20 tahun itu menggunakan telefon bimbit dengan niat mengaibkan kehormatan mangsa.
Perbuatan itu didakwa dilakukan lelaki berkenaan di tingkap bilik air sebuah rumah di Kondominium Bayu Tasik 2, Bandar Sri Permaisuri dekat sini, pukul 11.52 pagi, 11 Januari lalu.
Timbalan Pendakwa Raya, Tan Siew Ping mengemukakan pertuduhan terhadap tertuduh mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Tertuduh yang berkaca mata, memakai baju T merah dan berseluar hitam paras betis tidak diwakili peguam, namun mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa.
Turut hadir semasa prosiding tersebut ialah suami mangsa.
Terdahulu, Siew Ping mencadangkan jaminan RM10,000 dan syarat tambahan tertuduh dilarang mendekati mangsa dan keluarganya serta pasport diserah kepada mahkamah.
Rakan tertuduh yang tampil sebagai penjaminnya memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan berkenaan.
Majistret Saifulakmal Said kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan membenarkan syarat tambahan yang dikemukakan pihak pendakwaan.
Beliau menetapkan 14 Februari ini untuk sebutan semula kes bagi membolehkan tertuduh melantik peguam bela.
Selasa lalu akhbar melaporkan seorang lelaki yang merupakan pekerja di sebuah syarikat insurans merakam video jiran wanitanya sedang mandi dalam bilik mandi di sebuah rumah di Kondominium Bayu Tasik 2, Bandar Sri Permaisuri.
Wanita itu yang menyedari perbuatan lelaki terbabit telah memaklumkan perkara tersebut kepada suaminya.
Hasil laporan polis dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kondominium itu memaparkan perbuatan seorang lelaki iaitu jiran mangsa yang menetap di bangunan sama.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140116/ma_01/Lelaki-rakam-video-wanita-mandi-didakwa#ixzz2qXAhlBBX
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lima warga Bangladesh terselamat dalam kebakaran


BANGUNAN Tradewinds Corporation Bhd. tempat berlakunya kebakaran di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. (Gambar kecil): Empat daripada lima warga Bangladesh cuba menyelamatkan diri melalui tingkap berikutan asap tebal.
KUALA LUMPUR 15 Jan.- Lima pekerja warga Bangladesh berdepan detik cemas selepas terperangkap kira-kira tiga jam dalam kebakaran di tingkat 30, bangunan Tradewinds Corporation Bhd. atau dikenali Wisma Tun Razak di Jalan Raja Laut di sini petang ini.
Kebakaran kira-kira pada pukul 4.30 petang itu dipercayai bermula di tingkat 27 dan merebak hingga ke tingkat 30 di mana kelima-lima mangsa sedang membuat kerja-kerja pengubahsuaian pejabat.
Kesemua mangsa berjaya dibawa keluar menggunakan tangga kecemasan oleh pasukan bomba tanpa sebarang kecederaan pada pukul 6.50 petang dan terus dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, sebaik sahaja pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 4.47 petang, satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa dihantar ke tempat kejadian dan tiba tujuh minit kemudian.
Menurutnya, kebakaran ketika itu telah merebak ke tingkat 29 bangunan setinggi 36 tingkat berkenaan.
"Kemudian kami dapati ada tingkap pecah di tingkat 30 dan mendapat tahu terdapat lima mangsa terperangkap di dalamnya.
"Kami kemudian menggunakan tangga kecemasan bangunan untuk naik dan berjaya membawa turun kesemua mangsa tanpa sebarang kecederaan, Kesemua mangsa yang dalam keadaan lemah kini dirawat di HKL," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini petang ini.
Menurut Azizan, usaha memadam kebakaran agak sukar kerana alat pemadam api di tingkat yang terjejas gagal berfungsi sehingga pihaknya terpaksa mengunakan pam hos yang ditarik ke atas bangunan.
"Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca dari saluran alat penghawa dingin dalam siling bangunan yang masih dalam proses pengubahsuaian.
"Ketika tiba di tingkat yang terbakar, kami dapati hanya bahagian siling yang terjejas dan ruang pejabat dipenuhi asap tebal.
"Sehingga pukul 7 malam ini usaha memadam kebakaran masih dijalankan,'' ujarnya.
Tambah Azizan, sebanyak 12 jentera bersama 70 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah, Titiwangsa, Hartamas, Setapak, Sentul Jinjang dan Seputeh terlibat dalam operasi hari ini.
Sementara itu, rakan mangsa dikenali sebagai Hassan, 30-an berkata, dia menerima panggilan daripada mangsa pada kira-kira pukul 5.30 petang memaklumkan mereka terperangkap di tingkat 30 bangunan tersebut ketika sedang melakukan kerja-kerja pengubahsuaian pejabat.
"Saya dapat panggilan daripada kawan saya dan dia telah meminta saya menghubungi pihak bomba untuk segera menghantar bantuan mengeluarkan mereka daripada bangunan terbabit," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140116/dn_11/Lima-warga-Bangladesh-terselamat-dalam-kebakaran#ixzz2qXAWnkpd
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lima warga Bangladesh terselamat dalam kebakaran


BANGUNAN Tradewinds Corporation Bhd. tempat berlakunya kebakaran di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. (Gambar kecil): Empat daripada lima warga Bangladesh cuba menyelamatkan diri melalui tingkap berikutan asap tebal.
KUALA LUMPUR 15 Jan.- Lima pekerja warga Bangladesh berdepan detik cemas selepas terperangkap kira-kira tiga jam dalam kebakaran di tingkat 30, bangunan Tradewinds Corporation Bhd. atau dikenali Wisma Tun Razak di Jalan Raja Laut di sini petang ini.
Kebakaran kira-kira pada pukul 4.30 petang itu dipercayai bermula di tingkat 27 dan merebak hingga ke tingkat 30 di mana kelima-lima mangsa sedang membuat kerja-kerja pengubahsuaian pejabat.
Kesemua mangsa berjaya dibawa keluar menggunakan tangga kecemasan oleh pasukan bomba tanpa sebarang kecederaan pada pukul 6.50 petang dan terus dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, sebaik sahaja pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 4.47 petang, satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa dihantar ke tempat kejadian dan tiba tujuh minit kemudian.
Menurutnya, kebakaran ketika itu telah merebak ke tingkat 29 bangunan setinggi 36 tingkat berkenaan.
"Kemudian kami dapati ada tingkap pecah di tingkat 30 dan mendapat tahu terdapat lima mangsa terperangkap di dalamnya.
"Kami kemudian menggunakan tangga kecemasan bangunan untuk naik dan berjaya membawa turun kesemua mangsa tanpa sebarang kecederaan, Kesemua mangsa yang dalam keadaan lemah kini dirawat di HKL," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini petang ini.
Menurut Azizan, usaha memadam kebakaran agak sukar kerana alat pemadam api di tingkat yang terjejas gagal berfungsi sehingga pihaknya terpaksa mengunakan pam hos yang ditarik ke atas bangunan.
"Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca dari saluran alat penghawa dingin dalam siling bangunan yang masih dalam proses pengubahsuaian.
"Ketika tiba di tingkat yang terbakar, kami dapati hanya bahagian siling yang terjejas dan ruang pejabat dipenuhi asap tebal.
"Sehingga pukul 7 malam ini usaha memadam kebakaran masih dijalankan,'' ujarnya.
Tambah Azizan, sebanyak 12 jentera bersama 70 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah, Titiwangsa, Hartamas, Setapak, Sentul Jinjang dan Seputeh terlibat dalam operasi hari ini.
Sementara itu, rakan mangsa dikenali sebagai Hassan, 30-an berkata, dia menerima panggilan daripada mangsa pada kira-kira pukul 5.30 petang memaklumkan mereka terperangkap di tingkat 30 bangunan tersebut ketika sedang melakukan kerja-kerja pengubahsuaian pejabat.
"Saya dapat panggilan daripada kawan saya dan dia telah meminta saya menghubungi pihak bomba untuk segera menghantar bantuan mengeluarkan mereka daripada bangunan terbabit," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140116/dn_11/Lima-warga-Bangladesh-terselamat-dalam-kebakaran#ixzz2qXAWnkpd
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Hanya al-Quran tak terbakar


Pontian: “Hanya kitab suci al-Quran yang masih sempurna, barangan lain musnah sama sekali,” kata mangsa kebakaran yang juga ibu kepada enam anak, Maimunah Marzuki, 77, kelmarin.

Maimunah ditemui pada kunjungan Timbalan Menteri Kewangan yang juga Ahli Parlimen Pontian Datuk Ahmad Maslan, Pembantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Pontian Jamani Mohd Sani dan Skuad Sayang Wanita UMNO Parlimen Pontian di Kampung Parit Tengah, Benut.


Dalam kejadian kebakaran pada jam 8.45 malam, 10 Januari lalu, rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dihuni Maimunah di Kampung Parit Tengah sejak empat tahun lalu hangus.



Maimunah tinggal bersama anak bongsunya, Hailan Baseran, 39, dan kedua-duanya kini sehelai sepinggang.


Hanya al-Quran terselamat dalam kejadian berkenaan dan Maimunah menganggapnya sebagai petunjuk kekuasaan Tuhan.


Maimunah yang kematian suami, Baseran Samsuri tiga tahun lalu berkata, mereka kini menumpang buat sementara di rumah ahli keluarga di kampung berkenaan.

“Ketika kejadian, kami bergegas keluar kerana api marak dengan cepat manakala asap tebal mula memenuhi ruang kediaman.


“Saya tidak pasti punca kebakaran, namun kami gagal menyelamatkan dokumen penting. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana kami selamat,” katanya.

Anak kelima warga emas berkenaan, Siti Sukinah, 43, berkata, ketika kejadian, dia kebetulan bercuti dan pulang melawat ibunya.


“Ketika kejadian, saya, ibu serta Hailan berehat di ruang tamu sambil menonton televisyen. Asap tiba-tiba memenuhi ruang kediaman disertai bau hangit sebelum berlaku beberapa letupan kecil.


“Tidak lama kemudian, api mula marak dan kami terus keluar menyelamatkan diri. Jiran cuba membantu memadamkan api namun gagal,” katanya yang tinggal di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru.


Ahmad berkata, pihaknya simpati dengan nasib menimpa keluarga mangsa dan akan menyalurkan bantuan sesuai bagi meringankan beban mereka.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/15

Selekoh ‘ragut’ 2 beradik

Oleh Zul Ikhwan Muhammad
Endau: Dua beradik masyarakat Orang Asli maut apabila motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah pacuan empat roda Perodua Kembara di Jalan Kampung Selancar, Tanjung Gemuk, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian pada jam 7.30 malam, mangsa yang menunggang motosikal Honda Wave, Juhari Kasim, 31, bersama abangnya, Zahari, 42, yang membonceng maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Honda Wave dibonceng mangsa dari pekan Rompin ditunggang laju.
“Mangsa hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan di satu selekoh berhampiran pencawang pembahagi utama milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebelum bertembung dengan Perodua Kembara.

“Mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Bukit Lepas, Pianggu maut di tempat kejadian akibat cedera parah di badan dan kepala,” katanya, semalam.

Johari berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Muadzam Shah, Pahang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Foto
KEADAAN kereta remuk terbabit nahas.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/15

Maut pindah ammonia

Oleh Mohd Nur Asnawi Daud
Melaka: Seorang penyelia loji gas sebuah kilang maut apabila saluran injap yang menyambungkan hos ketika proses pemindahan gas ammonia di loji itu ke dalam lori tangki dipercayai tercabut dan terpelanting ke arahnya dalam kejadian di Kawasan Perindustrian Tangga Batu, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 pagi, mangsa dikenali sebagai Muthu Krishnan, 53, dari Kota Laksamana, cedera parah di kepala dan mati di tempat kejadian.

Difahamkan, insiden turut menyebabkan seorang pemandu treler di loji itu dikejarkan ke Hospital Melaka bagi menerima rawatan lanjut selepas terhidu gas ammonia.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 2.19 pagi dan seramai 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu, Kubu dan Ayer Keroh bersama tiga jentera termasuk sebuah jentera Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Sejurus tiba 10 minit kemudian, bomba berjaya menutup injap utama di tangki loji berkenaan dan melakukan kerja mengawal pencemaran gas ammonia itu.

“Insiden dipercayai turut menyebabkan seorang pemandu treler di loji itu terhidu bau gas berkenaan debelum mangsa dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka untuk rawatan lanjut,” katanya, di sini, semalam.
Foto
PASUKAN penyelamat mengangkat mayat mangsa.
Sementara itu, suasana sayu menyelubungi pekarangan Rumah Mayat Hospital Melaka apabila sanak-saudara hadir untuk menuntut mayat mangsa.

Abang mangsa dikenali Munusamy, 60-an berkata, adiknya bekerja di kilang itu sejak 20 tahun lalu. “Mendiang tinggal di Kota Laksamana dengan tiga anak yang sudah dewasa,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/15

58 warga asing tak lepas kepungan


Kuala Langat: Panik selepas perjalanan ke tempat kerja tiba-tiba ‘tergendala’ kerana ditahan pihak berkuasa, beberapa lelaki warga asing yang berada di dalam bas kilang berkenaan nekad melarikan diri menggunakan pintu kecemasan kenderaan itu.

Bagaimanapun, cubaan itu sia-sia apabila 58 warga asing itu ditahan berikutan kawasan itu dikepung pihak berkuasa yang menjalankan Ops Nyah di Pulau Carey, di sini, pagi kelmarin.


Dalam kejadian jam 7 pagi itu, sepasukan anggota Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA) Muar, Johor, yang menjalankan rondaan di kawasan berkenaan menahan tiga bas kilang kerana didapati dalam keadaan mencurigakan.



Difahamkan, pekerja asing dari Indonesia, Vietnam, Nepal, Myanmar dan Bangladesh berusia 20 hingga 50 tahun termasuk tiga wanita yang bekerja sebagai buruh itu dalam perjalanan ke sebuah tapak pembinaan di sekitar Pulau Carey.


Ketua Operasinya Inspektor Mohd Hafizuddin Mejah berkata, pemeriksaan ke atas warga asing berkenaan mendapati mereka tidak memiliki permit dan pengenalan diri yang sah.


Katanya, semua yang ditahan mengaku bekerja di tapak pembinaan sekitar Pulau Carey lebih lima bulan lalu dan tinggal di kawasan yang agak jauh dan memerlukan mereka menaiki bas disediakan majikan.

“Daripada jumlah yang ditahan, 42 orang didapati menyalahgunakan permit pekerjaan manakala selebihnya tidak memiliki pasport, malah ada antara mereka menggunakan alasan dokumen dipegang majikan untuk mengelakkan diri daripada ditahan.


“Operasi mengesan warga asing yang menyalahi undang-undang negara ini akan terus dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan jumlah mereka yang memasuki negara ini secara haram berkurangan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, semua yang ditahan dibawa ke Lokap Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Langat untuk proses dokumentasi sebelum diserahkan ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/15

Nyawa putus di landasan

Oleh Fardy Bungga
Kajang: Sepasang suami isteri maut selepas dirempuh sebuah tren komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Jalan Reko, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 1.25 tengah hari itu, pasangan terbabit dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli barangan dapur di kedai runcit bersebelahan landasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, mangsa, Md Nor Lian, 69, dan isterinya Noriah Mat Ani, 65, maut di tempat kejadian selepas parah akibat dirempuh tren berkenaan.
“Kedua-dua mayat mangsa ditemui lima meter berhampiran longkang di tepi landasan dipercayai tercampak akibat perlanggaran itu,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa parah di kepala dan mati di tempat kejadian.

“Pasangan warga emas terbabit dipercayai melintas landasan untuk pulang ke rumah sebelum dilanggar tren komuter berkenaan. “Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kajang (HK) dan polis masih menunggu laporan bedah siasat daripada pihak hospital,” katanya.
Foto
ANGGOTA bomba mengusung jenazah mangsa.
Ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, mereka masih bersedih dengan kehilangan pasangan terbabit yang berlaku serentak.

“Sukar untuk menerima hakikat mereka pergi secara serentak,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Anak mangsa yang berada di bilik mayat bagaimanapun enggan ditemui kerana masih bersedih dengan kehilangan ibu bapanya itu. Difahamkan, jenazah kedua-dua mangsa dikebumikan di tanah perkuburan Sungai Sekamat, dekat sini.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/15

Pura-pura tak dengar selepas makan


Kuala Terengganu: Seorang lelaki bukan saja enggan menjelaskan bayaran makanannya, tetapi turut bertindak gila apabila membelasah seorang pembantu kedai wanita dalam kejadian di sebuah kedai makan di Gong Badak, di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, mangsa yang berusia 18 tahun juga hampir menjadi mangsa cabul suspek berusia 20-an yang cuba mengambil kesempatan ketika mangsa meminta bayaran daripadanya.


Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa pergi ke meja suspek yang terletak di luar kedai untuk meminta bayaran sebaik melihat pelanggannya itu selesai menjamu selera.



Katanya, mangsa kemudian memaklumkan jumlah bayaran perlu dibayar, tetapi suspek yang berseorangan berpura-pura tidak mendengar menyebabkan mangsa terpaksa mengulangi sekali lagi jumlah bayaran berkenaan.


“Namun, suspek tiba-tiba naik angin sebelum memukul mangsa menggunakan tangannya di kepala dan muka selain turut menolak mangsa hingga terjatuh.


“Akibat ditolak terlalu kuat, mangsa yang gagal mengimbangi badan terjatuh menyebabkan rusuk kirinya terhentak pada meja batu berhampiran.

“Kekecohan itu menyebabkan beberapa pekerja menghampiri dan cuba membantu mangsa dengan membawanya masuk ke dalam kedai kerana bimbang kejadian lebih teruk berlaku,” katanya.


Sumber berkata, suspek yang masih tidak berpuas hati cuba mengejar mangsa untuk terus memukulnya, tetapi dihalang beberapa pekerja lelaki.

Katanya, suspek turut dipercayai cuba mengambil kesempatan terhadap mangsa apabila cuba mencabulnya, tetapi niat itu dihalang mangsa.


“Difahamkan, kegagalan lelaki itu yang mahu mengambil kesempatan terhadap mangsa dipercayai punca dia bertindak seperti ‘kurang siuman’ serta enggan membuat pembayaran selepas kenyang menjamu selera.


“Susulan kejadian itu, mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Bukit Tunggal untuk rawatan lanjut dan disahkan mengalami bengkak di rusuk oleh doktor.


“Mangsa yang bimbang keselamatannya membuat laporan di Balai Polis Gong Badak beberapa jam selepas kejadian,” katanya.


Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata, siasatan masih dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/15

Tiada siapa guna

Oleh Fazurawati Che Lah
Cheras: Jejantas bernilai ratusan ribu ringgit yang siap dibina berhampiran Flat Sri Pulau Pinang dan Flat Sri Sabah di sini, pada 2012 ibarat gajah putih kerana tidak digunakan penduduk.
Sebaliknya penduduk lebih rela membahayakan diri melintas dua lorong Jalan Loke Yew berkenaan untuk ke seberang jalan setiap hari.

Tinjauan di jejantas berkenaan mendapati kemudahan itu tidak lagi digunakan penduduk sekitar sejak dua tahun lalu dan keadaannya kelihatan tidak terurus.
Di kawasan tangga dipenuhi dengan sampah, termasuk botol minuman keras, penutup botol dan serpihan kaca, manakala lif yang disediakan untuk kemudahan orang kelainan upaya (OKU) tidak berfungsi dan kini ditumbuhi pokok menjalar sehingga menampakkan kemudahan itu menyeramkan.

Keadaan ini menyebabkan penduduk kedua-dua flat itu tidak berani untuk menggunakan jejantas tersebut kerana keadaannya memberi gambaran yang menakutkan.

Penduduk N Ramunadhan, 36, berkata, sewaktu menjadi pengawal keselamatan di jejantas itu, keadaan ia elok dan terjaga berbanding sekarang yang dipercayai menjadi ‘port’ individu mabuk untuk tidur.
Foto
JEJANTAS yang siap dibina pada 2012 tidak dapat digunakan penduduk.
“Projek ini sememangnya membazir sahaja kerana tiada orang yang menggunakan jejantas ini. Ini kerana jejantas itu terlalu tinggi dan lif juga tidak berfungsi.

“Sepatutnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) harus menjaga jejantas itu dengan baik supaya orang ramai dapat menggunakan. Jika lif disenggara dengan baik, mungkin akan lebih ramai orang yang akan menggunakannya,” katanya.
Tinjauan juga mendapati kebanyakan penduduk sekitar sanggup membahayakan diri melintas jalan berkenaan tanpa menghiraukan kenderaan yang bertali arus.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/15

Jerut mati guna hos paip


Marang: Kecurigaan seorang wanita mengenai ketiadaan jirannya di surau ketika solat Zuhur akhirnya terjawab apabila warga emas itu ditemui mati dengan jerutan hos paip pada leher di rumahnya di Kampung Baru Sungai Kerak, semalam.

Mangsa, Tengku Enong Tengku Muda, 68, yang lumpuh dan berkerusi roda ditemui dalam keadaan tertiarap di bilik air oleh seorang remaja berusia 18 tahun jam 2.30 petang.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, jiran warga emas berkenaan yang mengesyaki sesuatu menimpa mangsa meminta anaknya membuat pemeriksaan selepas tidak melihat kelibat mangsa di surau berhampiran rumah mereka seperti biasa.



Beliau berkata, sebaik masuk ke dalam rumah, mangsa yang bekerja sebagai tukang jahit ditemui dalam keadaan tertiarap dan tidak bernyawa sebelum menghubungi polis.


“Sepasukan polis yang menerima maklumat ke lokasi kejadian bagi menjalankan pemeriksaan dan hasil siasatan menemui hos paip di leher mangsa yang dipercayai digunakan suspek untuk membunuh mangsa.


“Kami percaya kejadian itu bermotifkan samun dan bunuh memandangkan telefon bimbit, rantai leher dan gelang tangan milik mangsa turut hilang.

“Bagaimanapun tiada sebarang kesan umpil ditemui dan difahamkan mangsa yang tinggal bersendirian sememangnya jarang mengunci pintu,” katanya.


Manoharan berkata, mangsa yang mempunyai lima anak dan 16 cucu tinggal bersendirian di rumah berkenaan selepas kematian suami.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan tidak menolak pembunuhan dilakukan individu dikenali mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/15

Empat hari jadi tawanan


Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
Subang Jaya: Seorang jururawat berusia 25 tahun terpaksa mengambil masa empat hari untuk mencari jalan meloloskan diri daripada menjadi ‘tawanan’ seorang Romeo Siber yang mengurungnya di sebuah rumah di Seksyen 19.

Mangsa yang dikurung sejak Sabtu lalu dan tidak mempunyai akses untuk menghubungi orang luar, berjaya melarikan diri kira-kira jam 4 pagi semalam selepas menemui kunci pendua rumah itu hasil usahanya sejak dia mula dikurung suspek.


Dalam keadaan keletihan, mangsa juga dilapor terpaksa berjalan hampir 200 meter sebelum dibantu orang awam yang menghantarnya ke Balai Polis Subang Jaya bagi membuat laporan mengenai kejadian itu.

Menurut sumber, sepanjang dikurung, mangsa mendakwa dirogol beberapa kali oleh lelaki berusia lewat 40-an itu, selain gambar bogelnya turut dirakamkan lelaki terbabit.


Difahamkan Romeo Siber yang hanya bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat swasta itu juga dipercayai sudah memperdaya sekurang-kurangnya tiga wanita muda melalui Facebook (FB) sejak enam bulan lalu dengan menggunakan modus operandi sama.

Ditahan tak sempat melaram kereta curi


Sandakan: Niat seorang lelaki melaram kereta baru dicurinya tidak kesampaian apabila dicekup tidak sampai lima jam selepas melakukan jenayah itu, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang, suspek berusia 23 tahun itu dikesan berada di Ranau, kira-kira 200 kilometer dari lokasi kenderaan berkenaan dilaporkan hilang.


Susulan maklumat itu, sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau bertindak mengejar kereta terbabit sebelum suspek gagal mengawal kenderaan dipandunya lalu terbabas dan berjaya dicekup di Kilometer 56, Jalan Ranau-Tamparuli.



Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Rowell Marong berkata, suspek ditahan kurang lima jam selepas mangsa membuat laporan polis.


“Mangsa mendakwa kereta PERODUA Kancil miliknya hilang kira-kira jam 1.30 tengah hari di Batu 8, Sandakan.


“Sebaik menerima laporan, sepasukan anggota ditugaskan mengesan kereta mangsa sebelum dimaklumkan kenderaan berkenaan dilihat berada di Ranau.

“Hasil tindakan pantas, suspek dikesan dan ditangkap,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Rowell berkata, polis bertindak mengejar kereta itu berikutan suspek yang berasal dari Kota Kinabalu itu enggan memberhentikan kenderaan dan cuba melarikan diri.

“Namun, suspek gagal mengawal kereta sebelum terbabas lalu dicekup.


“Suspek kini ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan,” katanya.


Difahamkan, mangsa meletakkan kenderaannya di hadapan sebuah premis di Batu 8, Sandakan sebelum menaiki kenderaan rakannya untuk makan tengah hari di tempat lain.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/15

Kubu rahsia ahli parlimen


Islamabad: Seorang ahli parlimen Pakistan ditahan kerana membina tempat kurungan persendirian di rumahnya dan menahan tujuh orang ‘banduan’ dengan ada antara mereka ditahan sejak beberapa tahun lalu.

Rahsia Abdul Rehman Khetran itu hanya terdedah selepas pengawal peribadinya menyerang anggota polis dan melarikan senjata mereka pada hujung minggu lalu.

Selepas menggeledah kediaman Abdul Rehnman yang terletak di wilayah Baluchistan, polis menemui - dan membebaskan - tujuh tahanan, termasuk dua wanita.



Jurucakap polis berkata turut ditahan ialah anak lelaki Abdul Rehman dan enam pengawal peribadinya.

“Turut dirampas sebuah lori dipenuhi peluru,” katanya.

Ketua Polis Daerah Barkan, Abdul Ghafoor Marri berkata, tahanan penjara sulit itu dizalimi.

Sementara itu Abdul Rehman menafikan dia melakukan kesalahan dan mendakwa penahanannya bermotif politik.

Baluchistan adalah sebuah wilayah kaya dengan bahan galian tetapi kebanyakan penduduknya miskin.


Ia juga menjadi tempat persembunyian pengedar dadah, Taliban serta pemberontak.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/15

Lelaki murtad Afghanistan diberi suaka


London: Seorang lelaki dari Afghanistan diberikan suaka di Britain atas dasar “hak asasi manusia” selepas dia berhijrah ke Britain sejak enam tahun lalu kerana bimbang diancam.

Lelaki terbabit - yang tidak didedahkan identitinya - mula murtad sejak tiba di Britain dan memohon perlindungan daripada kerajaan.


Peguamnya, Sheona York berkata, lelaki terbabit menjadi individu pertama diberikan suaka atas kerana menjadi ateis.

“Dia diberi status pelarian kerana mendakwa bakal menghadapi ancaman bunuh jika pulang ke negara asalnya,” katanya.


Kes itu dikendalikan Sheona dari Klinik Perundangan Kent.


Kata Sheona, pihaknya gembira dengan tindakan segera dan positif kerajaan Britain.

“Keputusan ini adalah pengiktirafan penting terhadap amalan ateis dan pegangan tidak agama itu sendiri adalah satu pendirian falsafah,” katanya.

Sheona berkata, Afghanistan mengamalkan perundangan Islam menetapkan hukuman mati kepada sesiapa yang didapati murtad.

Lelaki terbabit tiba di Britain ketika berusia 16 tahun pada 2007 kerana melarikan diri daripada konflik dengan keluarganya.

Dibesarkan sebagai Muslim, lelaki terbabit mengunjungi gereja kononnya untuk mencari jika agama itu membawa sebarang “kebenaran” kepadanya.

Lama-kelamaan pegangan agamanya berubah sehingga akhirnya dia langsung tidak mempunyai kepercayaan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/15

Valerie masih tertekan Hollande curang


Paris: Isteri Perdana Menteri Perancis, Valerie Trierweiler masih dirawat di hospital kerana terkejut dengan laporan mengenai kecurangan Francois Hollande bersama seorang aktres.

Valerie, 48, dimasukkan ke hospital Jumaat lalu selepas mengalami tekanan dan sepatutnya dijangka keluar hospital semalam.

Bagaimanapun, kata pembantu Valerie, doktor percaya Wanita Pertama Perancis itu perlukan lebih banyak rehat.

Keadaan itu bakal membayangi sidang media Hollande, 59, yang dijadual diadakan malam tadi.

Hollande dijangka membentangkan rancangan polisinya untuk tahun baru di depan 500 wartawan.

Pemimpin sosialis itu awalnya berharap untuk mengalih perhatian mengenai kegemparan yang tercetus ekoran pendedahan hubungan sulitnya dengan Julie Gayet minggu lalu.



Namun, harapan itu mungkin terjejas selepas Valerie dimasukkan ke hospital.

- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/15

Pesawat silap mendarat


Branson (Missouri): Pihak berkuasa AS masih menyiasat bagaimana pesawat udara syarikat penerbangan Southwest Airlines boleh mendarat di lapangan terbang yang salah semalam.

Pesawat berkenaan terbang dengan membawa 124 penumpang dan lima anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Chicago Midway dan dijadual mendarat di Lapangan Terbang Branson di Missouri.

Jurucakap Southwest Airlines Brad Hawkins berkata, pendaratan itu berbahaya kerana jarak landasan di lapangan terbang berkenaan hanya separuh daripada apa yang ada di destinasi asal.

“Ia juga mempunyai benteng curam di hujungnya,” katanya.

Hawkins berkata, malam Isnin lalu pesawat terbabit mendarat di Lapangan Terbang Taney County kira-kira 11 kilometer dari destinasi asal.

“Ketika itu cuaca cerah,” katanya.

Penumpang, Scott Schieffer berkata, sebaik saja pesawat itu mendarat, juruterbang menarik brek dengan kuat secara mendadak.

“Saya rasa landasan ini pendek dan mungkin itu cara pesawat perlu mendarat.

“Saya memakai tali pinggang keselamatan tetapi saya tertolak ke depan kerana tekanan brek yang kuat.



“Anda boleh hidu bau tayar terbakar ketika pesawat berhenti,” katanya.

Lapangan Terbang Branson mempunyai landasan sepanjang 2,165 meter - saiz biasa untuk pesawat komersial.


Landasan terpanjang di Lapangan Terbang Taney County ialah 1,125 meter kerana ia direka untuk pesawat persendirian kecil.

Sebaik Schieffer keluar dari pesawat, seseorang menunjuk ke arah hujung landasan yang mungkin sekitar 30 meter.

“Ia sangat mengejutkan apabila saya menyedari kami mungkin berdepan bahaya sebenar.


“Daripada ketidakselesaan ia mungkin bertukar tragedi,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Tony Molinaro berkata, agensinya masih menyiasat mengenai kejadian itu.

Kejadian itu adalah yang kedua berlaku dalam tempoh kurang dari dua bulan.- AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/15

200 pelarian Sudan dikhuatiri lemas bot karam


Juba: Sekurang-kurangnya 200 orang penduduk Sudan Selatan yang cuba melarikan diri dari kawasan perang di Malakal dipercayai lemas apabila bot yang mereka naiki karam, kata jurucakap tentera semalam.

Philip Aguer berkata, bot berkenaan membawa antara 200 hingga 300 penumpang, termasuk wanita dan kanak-kanak.

Katanya, mereka melarikan diri dari pertempuran yang kembali tercetus di Malakal pada Selasa lalu.

“Puak pemberontak cuba menawan kembali Malakal yang telah dua kali bertukar tangan sejak konflik Sudan Selatan tercetus pada 15 Disember lalu,” katanya.



Menurut Aguer, puluhan ribu orang awam sudah menyeberangi sungai berkenaan dengan bot kayu sebelum ini.

Sementara itu, ketua agensi bantuan PBB di Sudah Selatan, Toby Lanzer berkata, jumlah pelarian perang yang mendapatkan perlindungan di kem mereka bertambah sekali kali ganda daripada 10,000 menjadi kira-kira 19,000 orang.


- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/15

Catur berdarah


Dublin: Seorang lelaki menemui ajal selepas dipercayai terbabit dalam pergaduhan pada lewat malam hanya gara-gara permainan catur, semalam.

Dalam kejadian di utara Dublin itu, polis berkata, mereka dihubungi seseorang dan dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan.


Jurucakap polis berkata, mereka pergi ke sebuah rumah di pinggir Castleknock kira-kira jam 1.50 pagi tetapi terlewat apabila mendapati lelaki berusia 39 tahun itu sudah meninggal dunia dengan beberapa kesan tikaman.

“Sehubungan itu, seorang lelaki dari Palermo, Itali ditahan di tempat kejadian,” katanya.


Jurucakap itu berkata polis percaya kedua-dua lelaki terbabit berselisih faham dalam permainan catur.


Pertengkaran itu, katanya, bertukar ganas dan berakhir dengan tragedi.

Tidak diketahui sama ada alkohol atau dadah memainkan peranan dalam insiden itu.

Sementara itu polis berkata, seorang lelaki dari Palermo, Itali, Saverio Bellante, 34, mengaku salah atas tuduhan membunuh tuan rumahnya.

Dokumen mahkamah menyatakan, Tom O’Gorman mati ditikam dalam satu pergaduhan pada lewat malam gara-gara permainan catur kelmarin.

O’Gorman ialah bekas wartawan The Voice Today, akhbar untuk penganut Katolik dan kini bekerja sebagai penyelidik Katolik di Institut Iona di Dublin.

Dia tinggal sendirian di kediaman keluarganya selepas ibunya meninggal pada 2012.

Dia dipercayai menyewakan sebuah bilik di kediaman itu sejak beberapa bulan lalu bagi membantunya menambah pendapatan.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/14

Rogol jadi senjata tentera Myanmar


Washington: Sebuah kumpulan hak wanita berkata, tentera Myanmar masih menggunakan kaedah merogol sebagai senjata perang dengan lebih 100 wanita dan kanak-kanak perempuan menjadi mangsa sejak pilihan raya 2010 yang membawa kepada penubuhan kerajaan separa awam.

Liga Wanita Burma yang berpangkalan di Thailand berkata, dalam satu laporan ada 47 kes rogol berkumpulan direkodkan dengan 28 daripada mangsa dibunuh atau mati akibat kecederaan.


Beberapa mangsa dilaporkan berusia lapan tahun.

Kumpulan terbabit berkata, keadaan itu menunjukkan perlunya pembaharuan perundangan dan perubahan perlembagaan 2008 di Myanmar bagi memastikan tentera diletakkan di bawah kawalan awam. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/15

Sakitnya ‘tegang’ lima minggu


Dublin: Seorang penunggang basikal gunung berdepan pengalaman memeritkan apabila kemaluannya menegang selama lima minggu akibat kecederaan dialami ketika melakukan aktiviti lasak kegemarannya.

Lelaki berusia 22 tahun itu mengalami masalah dikenali sebagai priapisme selepas jatuh terkangkang atas palang basikalnya.

Kejadian itu mengakibatkan gangguan saraf yang mengalirkan darah ke zakarnya.

Media semalam melaporkan, mangsa hanya mendapatkan rawatan di Hospital Tallaght lima minggu selepas mengalami kecederaan itu.

Pemeriksaan awal menunjukkan lelaki itu tidak mengalami sebarang kecederaan menyebabkan doktor tertanya-tanya cara untuk membantunya.



Doktor di hospital Tallaght berkata, seseorang yang mengalami priapisme masih boleh mengadakan hubungan seks namun mungkin tidak akan merasai sebarang kenikmatan, sebaliknya cuma menderita.

“Ia juga boleh menyebabkan darah beku jika tidak dirawat segera,” katanya.

Selepas beberapa rawatan, masalah lelaki terbabit akhirnya berjaya diselesaikan apabila melalui busa gel serta empat lingkaran platinum kecil yang dimasukkan di antara urat yang membekalkan darah ke kemaluannya.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/15

Bunuh diri kerana ingin disayangi

London: Seorang penari ballet remaja yang terlalu ketagih kepada Internet mengelar tangannya sendiri dan memuat naik gambar berkenaan sebelum membunuh diri dengan melompat di depan kereta api.
Tallulah Wilson, 15, turut mencipta watak fantasi di Internet sebagai seorang penagih kokain. 
Tujuannya - kerana dia terlalu ingin diterima orang lain dan disayangi.

Pelajar Royal Ballet School itu juga kerap melawat laman sesawang yang menggalakkan pembunuhan diri dan menyakiti diri sendiri.
Foto
TALLULAH

Perkara itu didedahkan ibunya, Sarah ketika inkues mengenai kematiannya semalam.

Menurutnya, Tallulah banyak menghabiskan masa di Internet kerana murung akibat dibuli, kematian neneknya dan melihat perceraian ibu bapanya.

“Dia tidak dibenarkan memiliki telefon bimbit atau komputer riba, namun sering menggunakan komputer saya untuk melayari Internet,” katanya.

Tallulah membunuh diri pada satu petang pada 12 Oktober 2012 di stesen St Pancras. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/15

Geram, dendam pemain catur


Dublin: Seorang lelaki Itali semalam mengaku membunuh tuan rumah sewanya hanya gara-gara berselisih faham dalam permainan catur.

Tidak cukup dengan itu, Saverio Bellante turut mengaku memamah jantung mangsa.
Sumber polis Ireland berkata, mangsa dikenali sebagai Tom O’Gormon dan pernah bekerja sebagai wartawan akhbar The Voice Today.




Menurut sumber itu, siasatan mendapati jantung mangsa masih ada dalam badannya.
“Sebaliknya satu daripada paru-paru O’Gormon hilang,” katanya.


Bellante, 34, adalah pekerja sebuah syarikat farmaseutikal di Ireland dan menyewa bilik di rumah O’Gormon sejak beberapa bulan lalu.


Malam sabtu lalu mereka bermain catur tetapi kemudian berselisih faham kerana O’Gormon didakwa cuba menipu Bellante.

Akibat pertengkaran O’Gormon menghalau suspek menyebabkan dia naik darah dan menyerang mangsa.

Dalam prosiding di mahkamah, semalam, Bellante mengaku salah tetapi enggan melantik peguam bagi membela dirinya.

Sebaliknya Bellante berkata dia mahu membela dirinya sendiri.

Mahkamah memerintahkannya ditahan reman tanpa dibenarkan jaminan selain menjalani pemeriksaan psikiatrik.

Mayat O’Gormon ditemui di rumahnya Ahad lalu dalam keadaan mengerikan dengan puluhan kesan tikaman di kepala dan dadanya.

Menurut sumber, pembunuhan itu dianggap paling kejam terhadap seseorang yang tidak bersalah dalam sejarah Ireland.

Malah, katanya, keadaan di tempat kejadian terlalu mengejutkan sehingga dua pegawai polis yang menemui mayat mangsa terpaksa menjalani kaunseling kerana terlalu trauma.

Sementara itu, rakan Bellante yang dihubungi terkejut kerana perbuatan didakwa dilakukannya terlalu berbeza daripada personalitinya yang sebenar.

Vincenzo Lo Nardo yang mengenali Bellante sejak kecil berkata lelaki terbabit bukan seorang yang bersifat ganas walaupun mereka membesar di kejiranan yang mencabar.

Seorang lagi rakan, Lo Nardo berpendapat Bellante dipengaruhi dadah ketika kejadian walaupun dia bukan seorang penagih.

“Itu saja kemungkinan yang dapat menjelaskan bagaimana dia boleh hilang akal sebegitu,” katanya.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/15

69 negara bantu pelarian Syria


2014/01/14
Malaysia antara 69 negara diundang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyertai persidangan antarabangsa kemanusiaan untuk mengumpul dana membantu Syria di Bayan Palace di sini, esok.

Turut diundang ke persidangan antarabangsa peringkat menteri yang dipengerusikan Setiausaha PBB, Ban Ki-moon dan dihoskan Emir Kuwait, Sheikh Sabah Al Ahmed Al Jaber Al Sabah, ialah tiga lagi negara Asia Tenggara iaitu Brunei, Indonesia dan Thailand.


Duta Besar Malaysia ke Kuwait, Datuk Adnan Othman, berkata pemilihan Malaysia menyertai edisi kedua persidangan itu membuktikan pengiktirafan PBB kepada peranan negara dalam isu keamanan global.

Katanya, Malaysia diundang menyertai persidangan pertama pada Januari tahun lalu, yang mengumpulkan AS$1.5 bilion (RM4.9 bilion) daripada 43 negara anggota PBB, untuk disalurkan kepada agensi di bawah payung PBB dalam membantu pelarian Syria.

Bantu pelarian Syria

“Malaysia menghantar delegasi empat anggota ke persidangan ini dan kita akan menyatakan komitmen bagi membantu pelarian Syria di dalam dan luar negara terbabit.

“Jumlah sumbangan akan diumumkan pada hari berkenaan selepas semua negara undangan diberi masa tiga minit untuk menyatakan komitmen masing-masing,” katanya ketika menerima kunjungan hormat wartawan Malaysia di pejabatnya di Al Yemen Street, Safat, di sini semalam.
Kerajaan Kuwait menaja tiga wakil media dari Malaysia termasuk BH, untuk membuat liputan persidangan selama sehari itu, yang disasar mengumpulkan sumbangan AS$6.5 bilion (RM21.2 bilion) bagi membiayai program kemanusiaan agensi PBB untuk pelarian di Syria dan negara jiran.

Adnan berkata, undangan itu ini adalah pengiktirafan kepada Malaysia, termasuk prinsip kesederhanaan yang diperjuangkan kepemimpinan negara.

Mengulas konflik Syria, beliau berkata, Malaysia berpendirian ia perlu diselesaikan di meja rundingan untuk mencari keadilan bagi semua pihak.

Perang saudara di Syria, menyebabkan lebih 9 juta rakyatnya menjadi pelarian, termasuk 6.5 juta menjadi pelarian dalaman di negara itu.

Konflik itu dilapor mengorbankan lebih 100,000 nyawa sejak Mac 2011, juga menyebabkan 2.2 juta warga Syria melarikan diri dan berlindung di negara jiran seperti Lubnan, Jordan, Turki, Iraq dan Mesir.