Search This Blog

Monday, January 13, 2014

Lelaki mabuk mati ditikam

Lelaki mabuk mati ditikam Anggota polis forensik memeriksa mayat seorang lelaki mati dibunuh awal pagi tadi di Taman Nusa Bestari, Nusajaya, semalam. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin Dua ditemui terbaring di tepi jalan, seorang ditahan bantu siasatan

Johor Bahru: Mabuk sehingga tidak sedar orang yang terbaring di sebelahnya, sebenarnya sudah pun mati, dipercayai dibunuh.

Dalam kes di Taman Nusa Bestari, Johor Bahru itu, dua lelaki ditemui kira-kira jam 6 pagi terbaring di tepi jalan berhampiran sebuah pub di kawasan berkenaan.

Seorang berusia 36 tahun mati, manakala seorang lagi dua tahun lebih tua terbaring tidak sedarkan diri di sebelahnya.

Beberapa kesan tikaman

Ketua Polis Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad, berkata lelaki yang mati dengan beberapa kesan tikaman itu bekerja di sebuah syarikat percetakan.
“Polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai dua lelaki itu.
“Pemeriksaan kemudian mendapati seorang daripada mereka sudah meninggal dunia, manakala seorang lagi tidak sedarkan diri. Mereka dipercayai di bawah pengaruh alkohol.

“Ketika kejadian, dua lelaki itu dipercayai mabuk, tapi siasatan lanjut masih dilakukan bagi mengenal pasti pembunuh,” katanya sambil menambah, lelaki 38 tahun itu kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi polis.

Pasukan petugas khas siasat 60 anggota polis ubah wang haram, rasuah


2014/01/13
KUALA LUMPUR: Satu pasukan petugas khas ditubuhkan di Jabatan Peguam Negara untuk menyiasat 60 anggota polis yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram dan rasuah.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata pasukan petugas itu, yang ditubuhkan oleh SPRM dan agensi-agensi lain seperti Bank Negara Malaysia, dipertanggungjawab untuk menyiasat kes itu.


"Setiap kali kami mengendalikan kes berprofil tinggi, kami akan menubuhkan satu pasukan petugas khas. Dan, saya mahu menjelaskan bahawa penyiasatan oleh pasukan petugas khas di Jabatan Peguam Negara melibatkan banyak agensi lain.

"Adalah tidak adil untuk menyatakan hanya SPRM yang berbuat demikian bagi mendapatkan pujian atau sebagainya. Bagi saya, adalah lebih baik memberi kenyataan sewajarnya untuk menjelaskan perkara ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Laporan Kaji Selidik Penipuan, Sogokan dan Rasuah KPMG 2013 di sini, hari ini.

Abu Kassim berkata dengan penubuhan pasukan petugas khas itu, SPRM berharap dapat memperoleh lebih banyak maklumat berhubung kes itu.

Pada 7 Januari lalu, media melaporkan bahawa aduan seorang anggota polis yang tidak berpuas hati dengan SPRM kira-kira enam bulan lepas, telah membawa kepada penyiasatan terhadap 60 anggota polis yang dipercayai terlibat dalam pengubahan wang haram dan rasuah.

Sementara itu, Abu Kassim enggan mengulas keputusan Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan bekas menteri pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy hari ini setelah pihak pendakwaan menarik balik tiga pertuduhannya menipu bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Chan menghadapi tiga pertuduhan menipu Abdullah dengan memperdayakannya (Abdullah) untuk meluluskan Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) sebagai pemaju siap guna bagi menjalankan pembangunan projek hub penghantaraan di Zon Bebas Pulau Indah dan kerja pengubahsuaian di tapak PKFZ antara 2004 dan 2006 bernilai RM1.9 bilion.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Tingkat 4, Blok Utama di Pejabat Perdana Menteri Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Chan didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, ketika berucap pada majlis itu, Abu Kassim berkata SPRM bersedia membantu semua syarikat yang berpejabat di Malaysia untuk membangunkan program kesedaran serta menyediakan modul pencegahan rasuah dan modul pembangunan kapasiti.

"Dengan rasa besar hati, kami menawarkan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) sebagai sumber untuk latihan modul atau siri program yang boleh dihasilkan mengikut keperluan sesebuah syarikat," katanya.

Beliau berkata MACA telah mendapat pengiktirafan Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC). - BERNAMA 

Penuntut IPT maut kereta melekat pada pokok

Penuntut IPT maut kereta melekat pada  pokokAnggota Bomba dan Penyelamat mengeluarkan Tiam Wang dari Taman Saujana Indah Bukit Katil selepas kereta dipandunya melanggar pokok dan tiang lampu di Jalan Penghulu Abas, Bukit Baru ke Jalan Tun Razak-Ayer Keroh, awal pagi semalam. - Foto Rasul Azli Samad Melaka Tengah: Seorang penuntut institusi pengajian tinggi swasta di negeri ini, maut dalam kemalangan yang menyaksikan kereta dipandunya ‘melekat’ pada pokok di Jalan Bukit Baru, di sini semalam.

Goh Tiam Wang, 23, yang memandu Nissan Sylphy dipercayai gagal mengawal keretanya sebelum terbabas ke kiri jalan dan merempuh sebatang tiang elektrik dan kemudian melanggar pokok di laluan berselekoh itu, jam 4 pagi.

Rempuhan kuat

Kami bergegas ke lokasi, namun mangsa tersepit dalam kereta. Saya menghubungi ambulans dan bomba untuk bantuan” Aliff Irfam Jaafar, Saksi

Mangsa memandu dari arah pusat bandar ke persimpangan lampu isyarat Jalan Penghulu Abas untuk pulang ke rumahnya di Taman Saujana Indah, Bukit Katil. Rempuhan mengakibatkan keretanya 'melekat' pada pokok dan pemandunya tersepit dalam kenderaan sebelum disahkan mati.

Anggota bomba mengambil masa 30 minit mengeluarkan mangsa dari kenderaan yang remuk.

Saksi kejadian, Aliff Irfam Jaafar, 20, berkata dia sedang berehat bersama rakan di medan selera berhampiran sebelum mendengar bunyi brek kenderaan dan melihat sebuah kereta melanggar tiang elektrik, sebelum merempuh pokok.

“Kami bergegas ke lokasi, namun mangsa tersepit dalam kenderaannya. Saya segera menghubungi ambulans dan bomba untuk bantuan,” katanya.
Ketua Polis Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman, ketika dihubungi berkata, mayat dihantar ke Hospital Melaka dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Usahawan mati, anak gadis melecur teruk


2014/01/13
Ampang: Seorang ahli perniagaan mati, manakala anak perempuannya berusia 17 tahun melecur teruk dalam kebakaran rumah mereka di Pandan Perdana, di sini petang semalam.

Kejadian kira-kira jam 5.40 petang itu dipercayai mempunyai kaitan dengan unsur khianat berdasarkan kesan kelar pada tangan kanan ahli perniagaan berusia 52 tahun terbabit, Ng Chee Wai, 52. Mayat mangsa ditemui di bilik tidur utama di tingkat atas rumah berkenaan.


Difahamkan, kebakaran bermula dari sofa di ruang tamu tingkat bawah rumah teres dua tingkat di Jalan Perdana 10/1 itu yang dipercayai sengaja dibakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Hulu Langat, Hamdan Daud, berkata dua jentera bersama 15 anggota bomba dihantar ke lokasi, tetapi sebaik tiba mendapati kebakaran sudah dipadamkan dengan bantuan jiran dan orang ramai.

“Selepas dimaklumkan jiran ada dua mangsa dalam rumah berkenaan, anggota bomba masuk ke dalam kediaman itu ketika asap tebal. Di tingkat atas, ahli perniagaan itu ditemui terbaring dalam bilik tidur utama berlumuran darah.

“Anak perempuannya pula melecur hampir 70 peratus badan, ditemui tidak jauh dari mayat bapanya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Katanya, mayat mangsa dan anaknya, Ng Qi Jang, dihantar ke Hospital Ampang, masing-masing untuk bedah siasat serta rawatan dan siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran berkenaan.

Gempa bumi melanda Puerto Rico, mampu cetus tsunami


WASHINGTON 13 Jan. - Gempa bumi berukuran 6.5 skala Ritcher melanda utara Puerto Rico hari ini dan mampu mencetuskan tsunami, lapor Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Kejadian itu berlaku pada 12.01 tengah malam waktu tempatan (12.01 tengah hari waktu Malaysia) di utara bandar Hatillo pada kedalaman 27 kilometer di bawah dasar laut.
Pusat Amaran Tsunami Pasifik memberitahu, gempa bumi tersebut mampu mencetuskan tsunami yang boleh menjejaskan kawasan pantai di lokasi tidak lebih dari 100 kilometer dari pusat gempa. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140113/lu_13/Gempa-bumi-melanda-Puerto-Rico-mampu-cetus-tsunami#ixzz2qSvBBu6h
© Utusan Melayu (M) Bhd 

200 desak majikan cari bomoh

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS


ANGGOTA polis mengawasi kumpulan pekerja Nepal yang berhimpun di depan kilang papan di Jabi, Pokok Sena malam kelmarin.


ALOR SETAR – Kira-kira 200 pekerja kilang papan warga Nepal berhimpun di hadapan kilang tempat mereka bekerja di Jabi, Pokok Sena di sini kelmarin bagi mendesak pengurusan kilang mengupah bomoh atau sami untuk menghalau hantu yang kononnya menyebabkan kematian empat rakan senegara mereka pada bulan lalu.
Kesemua pekerja warga asing itu pada mulanya berkumpul secara aman tetapi tercetus sedikit ketegangan apabila mereka mendesak majikan menunaikan permintaan mengadakan upacara menghalau hantu.
Polis yang melihat gelagat kumpulan itu yang bermula pukul 8.30 malam kemudian meminta mereka bersurai sejam kemudian.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0113&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2qH0wJcZD 
Hakcipta terpelihara 

Polis tahan lelaki rakam video wanita mandi


13/01/2014 5:59pm

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki yang disyaki merakam video seorang wanita sedang mandi di rumahnya di Kondominium Bayu Tasik, Cheras di sini Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Cheras, Mohan Singh Tara Singh berkata, lelaki berusia 31 tahun itu disyaki melakukan perbuatan itu menggunakan telefon bimbitnya melalui tingkap bilik mandi rumah wanita berkenaan.
"Rumah mangsa yang berada di aras bawah memudahkan suspek bertindak keji namun mangsa sempat melihat lelaki berkenaan yang memegang telefon bimbit sebelum menjerit minta tolong,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Mangsa yang berusia lingkungan 20 tahun itu kemudian menghubungi suaminya sebelum mengenal pasti identiti suspek melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bangunan itu.
Beliau berkata, polis menahan lelaki terbabit di tingkat dua bangunan itu, kira-kira pukul 12 tengah malam hari yang sama setelah wanita berkenaan membuat laporan polis.
Polis turut merampas telefon bimbit lelaki terbabit dan siasatan mendapati terdapat rakaman video wanita berkenaan di dalam telefon itu, katanya.
Suspek yang sudah berumah tangga itu ditahan reman sehingga esok untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0113&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_24.htm#ixzz2qH0lap8c 
Hakcipta terpelihara 

Lima lelaki Pakistan didakwa culik lelaki tempatan

13/01/2014 4:38pm


KUALA LUMPUR - Lima lelaki warganegara Pakistan hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan menculik seorang lelaki tempatan dengan tujuan menuntut wang tebusan RM5,000 pada November lepas.
Shammas Khan, 43, Malik Muhamad Najam,42, Mian Altamash Ahmed Khan,32, Muhammad Sufyan, 30, dan Hameed Khan, 33, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majisret Erry Shahriman Nor Aripin.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh.
Mahkamah kemudian menetapkan 13 Mac ini untuk sebutan semula kes bagi membolehkan kesemua tertuduh melantik peguam.
Mereka didakwa menculik mangsa, yang juga pesara berusia 47 tahun, di Cheria Height Apartment, Taman Bukit Cheras, di sini antara 8 malam 16 November 2013 dan 5 pagi 18 November 2013. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0113&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_20.htm#ixzz2qH0bgIa6 
Hakcipta terpelihara 

15 sekolah di Pasir Mas ditutup akibat banjir


13/01/2014 2:09pm


SEKOLAH Kebangsaan Rantau Panjang diarah tutup selepas sekolah itu ditenggelami air. - KOSMO!/ROSNI MASRI


KOTA BHARU - Sebanyak 15 sekolah di Pasir Mas terpaksa ditutup hari ini akibat banjir.
Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan, Hussain Awang berkata, sekolah terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Lubok Setol; SK Kok Pauh; SK Kubang Kua; SK Kampung Baru; SK Gual To Deh; SK Seri Rantau Panjang 1; SK Seri Rantau Panjang 2; SK Rantau Panjang; SK Gual Sintok; SK Gual Tinggi; SK Kampung Rahmat; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang; Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Al Falah Siram; SABK Diniah Bonggor; dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khay Boon.
Hussain berkata, sebanyak 6,799 murid dan 569 guru terlibat dengan penutupan sekolah-sekolah berkenaan.
Beliau berkata, sekolah berkenaan akan beroperasi semula apabila keadaan banjir pulih.
"Kami sentiasa mendapatkan perkembangan keadaan semasa banjir di setiap sekolah daripada setiap Pejabat Pelajaran Daerah dari semasa ke semasa dan apabila keadaan dilaporkan pulih sepenuhnya sekolah terbabit akan dibuka semula,” katanya dalam kenyataan di sini. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0113&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_12.htm#ixzz2qH0UW2Zw 
Hakcipta terpelihara 

Buruh cedera ditetak akibat salah faham


13/01/2014 5:46pm

BESUT - Seorang buruh cedera parah di tangan kanan setelah ditetak oleh seorang daripada sekumpulan lima lelaki yang menyerangnya akibat salah faham di Perumahan PPRT, Gong Dasar, Kampung Jabi di sini.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, akibat daripada kejadian kira-kira 5.30 petang itu, buruh berkenaan menerima 15 jahitan setelah diserang dengan golok oleh seorang daripada lelaki yang dikenalinya itu.
Beliau berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 21 tahun didatangi kumpulan lelaki berkenaan yang menaiki Proton Perdana hitam sambil seorang daripada mereka menyatakan rasa tidak puas hati terhadap mangsa yang mengganggu abangnya.
"Sebaik sahaja mangsa menjawab, dia terus ditampar suspek yang bertanya selain dipukul dengan kayu dan senjata tajam,” kata Kamaruddin kepada media di sini hari ini.
Katanya, dalam keadaan kelam kabut itu, seorang daripada suspek menetak mangsa menggunakan golok yang mengenai tangan kanan mangsa setelah dia cuba mengelak.
Mangsa kemudiannya dikejarkan oleh jirannya ke Hospital Besut dan diberi rawatan pesakit luar. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0113&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_23.htm#ixzz2qH0OxA5M 
Hakcipta terpelihara 

Dua beradik ditahan bantu kes polis ditemui mati ditembak di ladang


13/01/2014 4:05pm

KUANTAN - Dua beradik ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan kes seorang anggota polis yang ditemui mati ditembak di kawasan ladang dekat Jaya Gading di sini minggu lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata, pihak polis mendapat perintah reman sehingga 19 Januari terhadap kedua-duanya yang berusia 19 dan 33 tahun.
Beliau memberitahu Bernama kedua-duanya ditahan di Pantai Sepat dekat sini kira-kira pukul 9 malam tadi.
Pada Isnin lepas, Koperal Abdul Halim Mat Ali, 48, ditemui mati ditembak selepas beliau mengejar dua lelaki yang bersenjatakan dua laras senapang patah.
Anggota terbabit ditemui dengan kesan tembakan peluru penabur di muka dan dadanya di kawasan ladang Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Pahang (LKPP) sehari selepas beliau dilihat mengejar kedua-dua suspek.
Mangsa dan tiga lagi rakan sebelum itu yang membuat rondaan mencegah jenayah terserempak dengan dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.
Kedua-duanya yang didapati membawa dua laras senapang telah dikejar keempat-empat anggota polis tersebut.
Abdul Halim yang berpecah dengan rakan-rakannya ketika mengejar suspek kemudiannya gagal dihubungi sehingga beliau ditemui mati ditembak. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0113&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_18.htm#ixzz2qGzz3SXg 
Hakcipta terpelihara 

Polis buru lelaki samun pengusaha kilang fucuk dan suun


13/01/2014 3:57pm

CHI YONG yang kini diburu polis


GEORGE TOWN - Polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian samun di sebuah rumah milik pengusaha kilang membuat fucuk dan suun yang berlaku di Jalan Tasek, Sungai Bakap, Nibong Tebal dekat sini awal pagi semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, lelaki berkenaan dikenali sebagai 'Ah Yong' atau nama sebenarnya Lo Chi Yong, berusia 30 tahun dan mempunyai dua alamat terakhir.
Alamat pertamanya adalah di PT 326, Taman Melang, Jalan Seremban, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan satu lagi alamat adalah di No. 17, Jalan NB 27/5, Nusa Bistari, Johor Bahru, Johor.
Dalam kejadian samun yang berlaku kira-kira pukul 5.30 pagi Ahad lalu, Ah Yong yang sedang menunggu di dalam sebuah kereta di hadapan rumah mangsa telah memecut kenderaan itu tanpa mempedulikan nasib tiga rakannya sebaik menyedari sepasukan polis bersama orang kampung telah mengepung rumah berkenaan.
Manakala tiga rakannya tidak sempat melarikan diri dan telah ditahan polis ketika cuba bersembunyi di sebuah ladang nenas dan kelapa sawit sekitar rumah mangsa. - KOSMO!


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0113&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_17.htm#ixzz2qGzs4b2S 
Hakcipta terpelihara 

Pelajar IPT maut kereta langgar pokok

BEGINILAH keadaan kereta yang dipandu Tiam Wang remuk selepas melanggar tiang elektrik dan pokok di Jalan Bukit Baru, Melaka awal pagi semalam.


MELAKA - Seorang pemuda yang juga penuntut sebuah institusi pengajian tinggi swasta maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh sebuah tiang elektrik dan pokok di Jalan Bukit Baru di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa Goh Tiam Wang, 23, (gambar kecil) meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
Sumber polis memberitahu, semasa kejadian, mangsa yang memandu kereta jenis Nissan Sylphy sedang dalam perjalanan ke rumahnya di Taman Saujana Indah, Bukit Katil di sini dari pusat bandar.
"Setibanya di tempat kejadian, kereta yang dipandu mangsa tiba-tiba hilang kawalan ketika melalui satu selekoh yang kemudian terbabas ke bahu kiri jalan.
"Kenderaan itu kemudian melanggar tiang elektrik sehingga patah sebelum merempuh lagi sebatang pokok besar yang terletak kira-kira lima meter dari tiang berkenaan," kata sumber polis semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0113&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2qGzhmKuc 
Hakcipta terpelihara 

Bapa ditemui mati terbakar, anak gadis melecur teruk

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditemui terbakar dan mempunyai kesan kelar pada sebelah tangan kanan manakala anak perempuannya pula ditemui cedera melecur teruk dalam kebakaran di rumah teres dua tingkat di Jalan 10/1 Pandan Perdana di sini semalam.
Mayat Ng Chee Wai, (gambar) 52, ditemui mati di sebuah bilik tingkat atas dalam keadaan terlentang manakala anak perempuannya, Ng Qi Jang ,17, pula ditemui terbaring di bilik sama.
Kebakaran tersebut dikatakan berlaku pada pukul 5.35 petang sebelum jiran menghubungi pasukan bomba dan penyelamat.
Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Hulu Langat, Hamdan Daud berkata, seramai 21 anggota dan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan serta Balai Bomba dan Penyelamat Ampang bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.46 petang.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0113&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2qGzRuZi9 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki lepas geram



ORANG ramai melihat lelaki yang memecahkan cermin skrin tujuh mesin ATM ditahan polis di Menglembu, Ipoh kelmarin.


IPOH – Seorang lelaki melepaskan kemarahannya kepada tujuh buah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) selepas kad banknya disekat sebuah mesin di sebuah bank di Menglembu di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, suspek berusia 34 tahun yang bersendirian cuba mengeluarkan wang daripada sebuah mesin ATM di bank tersebut.
Difahamkan, hasrat lelaki dari Taman Pinji Mewah, Lahat dekat sini yang berada dalam keadaan mabuk itu terbantut selepas dia tersalah memasukkan nombor pin pengeluaran menyebabkan kadnya ‘ditelan’ mesin.
Akibatnya, lelaki tersebut bertindak ala samseng dengan merosakkan cermin skrin tujuh buah mesin yang terdapat di premis tersebut.
Seorang saksi berusia 29 tahun yang enggan dikenali memberitahu, suasana di sekitar bank tersebut kecoh dengan tindakan lelaki tersebut yang menarik perhatian orang awam di kawasan itu.
“Saya pada mulanya menyangka lelaki tersebut mahu memecahkan mesin ATM menggunakan sebilah pisau dan melarikan wang di dalamnya.

KEADAAN mesin ATM yang dirosakkan seorang lelaki setelah kad banknya disekat.


“Rupa-rupanya lelaki itu hanya melepaskan geram selepas kad banknya gagal dikeluarkan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Orang ramai yang ingin menggunakan perkhidmatan mesin ATM di bank tersebut terpaksa membatalkan hasrat mereka.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, polis yang bergegas ke tempat kejadian berjaya menahan suspek.
“Kita turut merampas sebilah pisau yang digunakan lelaki itu untuk memecahkan cermin skrin mesin ATM.
“Siasatan awal mendapati lelaki itu berada dalam keadaan mabuk dan suspek bertindak sedemikian kerana berang selepas kad mengeluarkan wangnya ‘ditelan’ salah sebuah daripada mesin ATM berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Katanya, lelaki itu kini ditahan untuk siasat lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0113&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2qGzLKq6x 
Hakcipta terpelihara 

Dua beranak maut selepas beli kek




KOTA TINGGI – Seorang bapa dan anak perempuannya maut selepas motosikal yang dinaiki mangsa terbabas sebelum dilanggar oleh dua buah kereta di Kilometer 76, Jalan Johor Bahru-Mersing dekat sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 1.45 petang itu, Mohamad Anwar Razali, 32, bersama anak tunggalnya Nurul Elyanatasha (gambar), 9, dari Felda Tenggaroh 5, Mersing dalam perjalanan menuju ke bandar Kota Tinggi selepas membeli kek hari jadi anak perempuannya itu.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, ketika tiba di tempat kejadian, motosikal yang dinaiki mangsa hilang kawalan lalu terjatuh di tengah jalan sebelum dirempuh oleh dua buah kereta dari arah yang bertentangan.
“Nurul meninggal dunia di tempat kejadian manakala bapanya meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Kota Tinggi petang semalam (kelmarin),” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0113&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2qGzCqGeD 
Hakcipta terpelihara 

Banjir di Manila korbankan 13 orang


13 Januari 2014
MANILA - FILIPINA. Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan puluhan ribu terpaksa keluar daripada rumah ekoran berlakunya banjir dan tanah runtuh disebabkan hujan yang tidak berhenti di Mindanao.

Biro cuaca hari ini, memberi amaran banyak hujan akan melanda kawasan rendah itu.

Majlis Pengurusan dan Risiko Pengurangan Bencana Kebangsaan melaporkan seramai 132,379 mangsa banjir telah dipindahkan di 10 wilayah disebabkan hujan yang dibawa oleh angin monsun.

Tujuh orang telah dilaporkan terkorban di wilayah Davao Oriental dan enam lagi di Lembah Compostela, kata Pengarah Eksekutif Majlis Pengurusan-Risiko, Eduardo del Rosario.

Gabenor Davoa Orental, Carazon Malanyaon juga berkata 10 wilayah Mindanao terjejas teruk akibat banjir kali ini dan menyebabkan kesukaran menghantar bekalan makanan.

"Kita tak ada masalah dengan barangan bantuan, kami ada cukup.

"Masalahnya ialah untuk mengagihkannya. Masalah kami adalah masalah nak akses. Jalan yang akan dilalui dan ada jambatan yang rosak," tambah Malanyaon.

Dua sahabat ditemui tidak bernyawa di tali air



JALIL menunjukkan kawasan tali air berhampiran Flat Taman Subang Perdana di Sungai Buloh lokasi Mohd. Safiq (kiri) dan Eshwaran ditemui mati lemas semalam.


SUNGAI BULOH – Dua sahabat karib sebuah sekolah yang dilaporkan hilang petang kelmarin selepas keluar bermain dari Flat Taman Subang Perdana dekat sini ditemui mati lemas di sebuah tali air di sini semalam.
Mayat Mohd. Safiq Johan, 8, dan Eshwaran Jagadesh, 9, yang merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan U3 di sini ditemui tenggelam di sebuah tali air berhampiran rumah mereka.
Nenek Mohd. Safiq, Salamah Aman, 75, berkata, cucunya berkawan dengan Eshwaran sejak Mohd. Safiq tinggal bersamanya di flat tersebut ketika berusia tiga tahun.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0113&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2qGyV3mZo 
Hakcipta terpelihara 

Pelajar mati digilis lori balak

Oleh NORLIA RAMLI 


ANGGOTA polis memeriksa lori terlibat dengan kemalangan motosikal ditunggangi Sofiuddin di Kilometer 27, Jalan Baru Baling-Gulau, Kampung Seri Ketengga, Mukim Siong semalam.


BALING – Tugas seorang remaja menjemput dan menghantar sahabat karib berulang-alik dari sekolah pada setiap hari sejak tahun lalu berakhir semalam, apabila mangsa terbunuh digilis lori balak dalam kemalangan di Kilometer (km) 27, Jalan Baru Baling-Gulau, Kampung Seri Ketengga, Mukim Siong dekat sini semalam.
Dalam kemalangan ngeri pada pukul 7 pagi, mangsa Mohamad Sofiuddin Rosli, 16, dari Kampung Tanjung Pari, Mukim Siong seperti biasa menunggang motosikal dari rumahnya dalam perjalanan menjemput rakan sebayanya untuk sama-sama ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Siong di Kampung Seri Ketengga dekat sini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0113&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2qGy7YheP 
Hakcipta terpelihara 

Gantung rambut untuk ulang kaji pelajaran




Agensi
PELAJAR universiti di China sanggup mencuba pelbagai kaedah berjaga malam bagi mengulang kaji pelajaran.


BEIJING - Seorang pelajar sebuah universiti di China menemui kaedah unik untuk berjaga malam bagi mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan tugasannya, lapor akhbar Daily Mail baru-baru ini.
Chen Tang, 20, bertindak mengikat rambut pada ampaian yang digantung pada siling bilik mereka untuk mengelak daripada tertidur semasa mengulang kaji pelajaran sepanjang malam.
Dia dan rakan sebiliknya, Huang Lu, 21, merupakan pelajar Universiti Pertanian dan Perhutanan Fujian, dalam wilayah Fuzhou yang terletak di tenggara China.
Tang dan Lu mendapat idea tersebut daripada buku sejarah yang menceritakan perbuatan serupa dilakukan oleh beberapa cendekiawan China.
"Chen begitu bersungguh-sungguh untuk lulus dalam peperiksaan sehingga dia sanggup menyangkut rambutnya supaya tidak terlelap semasa mengulang kali pelajaran," kata Tang. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0113&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2qGszA2Tb 
Hakcipta terpelihara 

Puting beliung ganas landa utara Tonga



AFP
GAMBAR pemandangan dari udara yang dirakam Tentera Udara Diraja New Zealand menunjukkan kemusnahan yang dibawa puting beliung Ian di Pulau Foa, Tonga semalam. - AFP


NUKU'ALOFA, Tonga - Sekurang-kurangnya seorang terbunuh apabila puting beliung Ian membadai kepulauan Ha'pai di utara Tonga, menurut beberapa laporan semalam.
Bencana itu turut menyebabkan kemusnahan besar dengan sejumlah kediaman ranap dan banyak pokok tumbang.
Kepulauan berkenaan yang dihuni oleh sekitar 8,000 penduduk merupakan destinasi popular dalam kalangan pelancong asing.
"Setakat semalam seorang disahkan terbunuh manakala sebahagian besar rumah di Ha'pai ranap manakala pokok dan tiang elektrik tumbang," kata ketua Palang Merah Tonga, Sione Taumoefolau.
Susulan perkembangan tersebut, kerajaan New Zealand mengumumkan bantuan segera berjumlah AS$41,500 (RM135,642) selain menghantar sebuah pesawat untuk memantau kawasan yang terjejas.
Setakat semalam, puting beliung Ian melanda Tonga dengan membawa angin selaju 259 kilometer sejam . - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0113&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2qGsU6acO 
Hakcipta terpelihara 

Mohamad Salleh saman Nurul Izzah, Saifuddin


Mohamad Salleh Ismail
KUALA LUMPUR 13 Jan. - Pengerusi National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail memfailkan saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution berhubung isu pembelian lapan unit kondominium di KL Eco City.
Writ saman itu difailkan oleh firma guaman Tetuan Wan Shahrizal, Hari & Co, di Mahkamah Tinggi di sini pada 24 Disember tahun lalu berikutan kenyataan Nurul Izzah dalam penerbitan di Malaysia Kini TV yang disiarkan pada 7 Mac 2012.
Mohamad Salleh sebagai plaintif pertama manakala NFCorp plaintif kedua menamakan Nurul Izzah dan Saifuddin, masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua.
Peguam Y. Sheelan Samuagam yang mewakili Mohamad Salleh, 65, memberitahu pemberita, Hakim Datuk Hue Siew Kheng menetapkan 27 Februari ini untuk pengurusan kes itu.
Dalam pernyataan tuntutannya, pihak plaintif menyatakan, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR dalam penerbitan berkenaan telah membuat pernyataan berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dengan mendakwa beliau telah membeli lapan unit kondominium itu menggunakan dana awam yang telah disalurkan oleh NFCorp.
Mohamad Salleh mendakwa, Nurul Izzah membuat pernyataan fitnah terhadapnya dan NFCorp dalam kandungan penerbitan itu yang difahami dan membawa maksud oleh keseluruhan masyarakat bahawa beliau menggunakan wang NFCorp untuk dijadikan sandaran dan sokongan bagi mendapatkan pinjaman pembelian kondominium itu.
Selain itu, dakwa Mohamad Salleh kandungan penerbitan itu membawa maksud beliau dan keluarga telah menyalahgunakan wang NFCorp untuk membeli kondominium bagi kegunaan peribadi mereka dan bukan untuk NFCorp.
Menurut beliau, Nurul Izzah melalui penerbitan tersebut membawa maksud antaranya beliau dan NFCorp sebagai tidak amanah, penjenayah, tamak dan beliau menggunakan jawatan isteri untuk mengaut kekayaan serta menggunakan wang kerajaan dan wang rakyat untuk meraih kekayaan peribadi dan menjalani kehidupan mewah.
Fitnah tersebut menurut Mohamad Salleh menyebabkan keperibadiannya sebagai ahli perniagaan dan suami kepada seorang menteri Kabinet ketika itu serta seorang bapa telah dihina, dimusnahkan dan dikritik masyarakat tanpa had.
Akibat fitnah itu juga katanya, NFCorp telah mengalami kerugian dan segala pelaburan bagi pembangunan perniagaan di dalam dan luar negara telah musnah sekelip mata manakala kemudahan pembiayaan oleh institusi kewangan diberhentikan dan ditarik balik.
Sementara itu, Mohamad Salleh berkata, Saifuddin bertanggungjawab atas penerbitan itu yang telah dibuat oleh PKR dan Nurul Izzah atas kapasitinya sebagai ahli PKR.
Justeru itu Mohamad Salleh menuntut ganti rugi teruk dan teladan serta memohon perintah injunksi menghalang kedua-dua defendan dan pihak yang berkaitan dengan mereka daripada berterusan menerbitkan sebarang kenyataan mengenai pembelian kondominium itu dengan menggunakan maklumat peribadi perbankan beliau dan NFCorp.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140114/ma_07/Mohamad-Salleh-saman-Nurul-Izzah-Saifuddin#ixzz2qXAtlEIX
© Utusan Melayu (M) Bhd