Search This Blog

Friday, January 10, 2014

Hujan lebat landa UAE, Arab Saudi

Hujan lebat landa UAE, Arab Saudi8 Januari 2014

Kebanyakan laluan utama di Saudi telah ditenggelami banjir hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

DUBAI - UNITED ARAB EMIRATES . Hujan lebat berterusan melanda beberapa bahagian di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), menurut media tempatan, semalam.

Kelmarin, pusat meteorologi turut menasihati orang ramai supaya tidak menghampiri pantai.

"Perubahan cuaca tersebut disebabkan oleh tekanan permukaan rendah dari timur Arab Saudi. Keadaan itu mengakibatkan ombak besar setinggi 2.7 meter di Teluk Arab," kata jurucakap biro ramalan kaji cuaca kebangsaan.

Di Saudi, beberapa kawasan di negara itu turut ditenggelami banjir dan hujan lebat dijangka berterusan selama beberapa hari lagi.

Difahamkan, banjir di beberapa laluan utama di Taif juga telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk, dipetik dari laporan Al-Arabiya.

Kambing mati disuntik

Kambing mati disuntik
9 Januari 2014
Pihak berkuasa menyerbu rumah penyembelihan haram di Guandong.

GUANDONG - CHINA. Tujuh individu ditahan selepas didakwa menyuntik ratusan kambing dengan air kolam tercemar bertujuan menambahkan berat pada dagingnya.

Stesen Televisyen China (CCTV) melaporkan, mereka dipercayai menyuntik air kolam mengandungi 6 kilogram bakteria pada 100 kambing sehari.

Daging itu kemudiannya dijual di pasar, gerai dan restoran di Guangzhou dan Foshan.

“Pihak berkuasa menyerbu rumah penyembelihan haram itu dan mendapati 30 kambing mati akibat suntikan manakala 335 kambing siap sedia untuk disuntik,” menurut laporan itu kepada Daily Mail.

Skandal makanan di China makin serius selepas pihak berkuasa mengenal pasti terdapat pengusaha mengitar semula air longkang bagi menghasilkan minyak masak dan terdapat campuran daging musang pada daging lembu di pasaran.

Wanita Thai menyorok dalam beg

Mongkolsermsak
9 Januari 2014

Mongkolsermsak ditemui bersembunyi di bawah timbunan baju di dalam beg.

NOGALES - UNITED STATES. Seorang lelaki ditahan selepas cuba menyeludup seorang wanita Thailand di dalam beg pakaian di sempadan Amerika Syarikat (AS)-Mexico, dekat Arizona, semalam.

Jurucakap Kastam dan Perlindungan Sempadan berkata, Pornkamol Mongkolsermsak, 48, ditemui ketika pihaknya memeriksa kenderaan yang memasuki AS.

“Wanita dari Bangkok itu bersembunyi di bawah pakaian dalam beg besar diletakkan di bahagian belakang kenderaan yang dipandu lelaki dari Phoenix berusia 56 tahun,” katanya.

Menurutnya,  laporan dipetik AP, Mongkolsermsak didakwa memasuki semula ke negara itu secara haram selepas dihantar pulang ke negara asal tahun lalu .

Kereta api terbakar, 9 terbunuh


8 Januari 2014


THANE - INDIA. Sekurang-kurangnya sembilan terbunuh termasuk wanita apabila kereta api terbakar, kata pihak berkuasa.

Kebakaran tersebut melibatkan sekurang-kurangnya tiga koc tren Dehradun Express tersebut.

Ia bermula pada koc kelas kedua kira-kira jam 2.30 pagi waktu tempatan yang kemudian merebak kepada dua koc lain.

Punca kebakaran masih belum diketahui.

Tren tersebut sedang dalam perjalanan dari Mumbai ke Dehradun dan terbakar di kawasan Dahanu, berdekatan daerah Maharashtra Thane.

“Kebakaran itu dilaporkan pegawai stesen kereta api dan sejurus itu tren tersebut dihentikan dan kebanyakan penumpang dipindahkan.

“Kami tak boleh buat spekulasi punca kebakaran. Saksi mata memberitahu api bermula dari koc tapi masih belum disahkan lagi,” kata jurucakap Western Railways, Sharat Chandrayan kepada saluran berita, CNN-IBN.

Gadis dirogol penceroboh asrama pada awal pagi


MIRI 9 Jan. - Seorang gadis yang bekerja di sebuah pasar raya di sini, mengalami detik hitam apabila dirogol oleh seorang lelaki yang menceroboh asrama pekerja awal pagi semalam.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 4 pagi ketika mangsa berusia 24 tahun sedang tidur bersama dua lagi rakannya di asrama pekerja yang terletak di dalam pasar raya berkenaan.
Dalam kejadian itu, dua rakan mangsa telah diikat manakala muka mereka telah ditutup dengan selimut oleh suspek.
Sumber berkata, selepas mengikat dan menutup muka dua mangsa, suspek telah menggeledah bilik tersebut dan bertindak merogol gadis berkenaan.
"Siasatan mendapati suspek memecah masuk ke bilik tersebut melalui bumbung rumah dari bahagian belakang.
"Penjenayah yang bertopeng dan bersenjatakan pisau lipat telah mengikat dan menutup muka dua rakan mangsa sebelum merogol gadis itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sumber berkata, ketika mangsa dirogol, dua rakannya tidak mampu berbuat apa-apa kerana tangan mereka diikat, manakala dua lagi penghuni rumah berkenaan yang tidur di bilik bersebelahan tidak menyedari kejadian tersebut.
Beliau berkata, suspek melarikan diri melalui pintu belakang setelah memuaskan nafsunya dan sempat mengambil beg tangan mangsa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mun Kock Keong ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140110/je_07/Gadis-dirogol-penceroboh-asrama-pada-awal-pagi#ixzz2pxrlN9O2
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kontraktor diburu pukul Mohd. Noor


KUALA TERENGGANU 9 Jan. - Polis Terengganu kini sedang giat memburu seorang kontraktor yang dipercayai terlibat dalam kes pukul seorang petugas Yayasan Islam Terengganu, Mohd. Noor Mat, Ahad lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, polis melakukan serbuan di rumah suspek berusia 51 tahun itu di Besut, namun gagal mengesannya.
"Kita mengenal pasti suspek utama yang terlibat dan kita minta suspek tampil menyerah diri ke balai polis berhampiran untuk siasatan lanjut," katanya di sini hari ini.
Menurut beliau, suspek dipercayai bersembunyi di tempat lain dan yakin dia dan beberapa individu lain akan diberkas dalam masa terdekat.
Kejadian berlaku pada kira-kira 1.50 petang di hadapan Dewan Gong Kemuntong ketika Mohd. Noor, 47, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Tok Raja, Jerteh, Besut.
Mangsa disekat sekumpulan lelaki sehingga berlaku pertengkaran sebelum mangsa ditumbuk dan dipukul.
Akibat pukulan itu, mangsa mengalami kecederaan pada muka dan badan dan telah dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan serta dibenarkan keluar pagi semalam.
Sementara itu, Manoharan meminta pihak yang tidak bertanggungjawab menghentikan penyebaran fitnah yang mengatakan mangsa meninggal akibat pukulan itu.
Katanya, tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap individu yang menyebarkan berita kematian mangsa melalui laman sosial Facebook.
Pada 2007, Mohd. Noor pernah mengharumkan nama daerah Besut setelah menyahut cabaran Menteri Besar Terengganu ketika itu, Datuk Seri Idris Jusoh untuk berjalan kaki dari Kemaman hingga Besut.
Beliau mengulangi kejayaan itu tahun lepas dengan berjalan kaki dari Kuala Besut ke Putrajaya sejauh 600 kilometer sebagai melunaskan nazarnya setelah Barisan Nasional mengekalkan kerusi dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada Julai tahun lalu. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140110/je_08/Kontraktor-diburu-pukul-Mohd-Noor#ixzz2pxrTIOoi
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Minyak enjin tiruan RM2j dirampas


Pegawai Penguat Kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (kiri) mengambil keterangan pekerja kilang menjual dan mengedar minyak enjin tiruan dalam serbuan di Batu Caves, semalam.
KUALA LUMPUR 9 Jan. - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Selangor membongkar kegiatan sindiket menjual dan mengedar minyak enjin tiruan dalam serbuan di dua kilang di Taman Industri Bolton, Batu Caves dekat sini hari ini.
Dalam serbuan kira-kira pukul 10 pagi itu, pejabat tersebut turut merampas 3,000 botol bahan berkenaan dan 28 tangki minyak berkapasiti 1,000 liter setiap satu yang dianggarkan bernilai RM2 juta.
Sindiket itu dipercayai menggunakan minyak bermutu rendah dan dikitar semula untuk dibotolkan sebelum dijual ke seluruh negara dengan harga berlipat ganda.
Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Selangor, Othman Nawang berkata, modus operandi sindiket tersebut ialah membeli minyak bermutu rendah sebelum dibotolkan semula sebagai jenama terkenal.
"Sindiket ini membeli minyak bermutu rendah dan minyak kitar semula dari sebuah kilang di Bukit Beruntung, Selangor sebelum dibotolkan semula menyerupai produk asal.
"Kami juga percaya minyak enjin tiruan ini dijual ke seluruh negara," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Othman berkata, dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas 28 tangki minyak berkapasiti 1,000 liter setiap satu dan empat buah mesin.
Menurutnya, kes tersebut di siasat di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika sabit kesalahan, mereka yang terbabit boleh didenda sehingga RM250,000 dan penjara tiga tahun bagi kesalahan pertama.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140110/je_05/Minyak-enjin-tiruan-RM2j-dirampas#ixzz2pxrDQmfp
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki warga India rentung




KUALA SELANGOR 9 Jan. - Seorang lelaki dipercayai warga India berusia lingkungan 50-an rentung dalam kebakaran di sebuah premis perniagaan di Taman Rhu, Bestari Jaya di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, warga India tersebut yang masih belum dikenal pasti identitinya dipercayai terperangkap di dalam bangunan tersebut semasa kebakaran berlaku.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor, Pegawai Kanan II Mohd. Miso Hambali berkata, siasatan awal mendapati mangsa tidur di situ dan dipercayai mati akibat terhidu asap tebal.

"Kami menerima panggilan pada pukul 1.40 pagi dan jentera pertama sampai di lokasi pukul 1.51 pagi.

"Api dapat dikawal dalam masa setengah jam dan didapati seorang mangsa terkorban," katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, premis tersebut terbakar sebanyak 20 peratus sahaja berikutan tindakan pantas anggotanya mengawal kebakaran.

"Kita mendapat maklumat daripada orang ramai premis tersebut menjalankan perniagaan seperti agensi pelancongan dan kedai menjahit pakaian.

"Punca kebakaran masih disiasat dan kita sedang mengenal pasti pemilik premis itu," ujarnya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140110/je_04/Lelaki-warga-India-rentung#ixzz2pxqxgWTu
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Anak ugut bunuh ibu, bakar rumah


RAUB 9 Jan. - Hanya kerana tidak dibenarkan meminjam kereta, seorang anak tergamak mengugut untuk membunuh ibunya di Kampung Sungai Ruan di sini semalam.
Malah lelaki berusia 25 tahun yang merupakan penganggur itu turut mengugut akan membakar kediaman yang didiami bersama ibunya.
Kedua-dua ugutan itu dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada kira-kira pukul 5 pagi.
Ketua Polis Daerah Raub, Deputi Supritendan Wan Mohamad Samsudin Wan Osman berkata, berdasarkan laporan polis, suspek menghantar SMS ugutan bunuh dan membakar rumah kepada ibunya sebanyak dua kali.
"Ibunya yang berasa takut dengan ugutan itu telah pergi ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan polis sebelum suspek ditahan pada kira-kira pukul 9.30 pagi," katanya di sini hari ini.
Menurut Wan Mohamad Samsudin, kes itu disiasat mengikut Seksyen 387 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 10 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Katanya, ujian air kencing yang dilakukan ke atas suspek mendapati dia negatif dadah.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140110/je_03/Anak-ugut-bunuh-ibu-bakar-rumah#ixzz2pxqZFAVg
© Utusan Melayu (M) Bhd 

5 cedera kereta langgar lori tangki kimia terbalik


Keadaan sebuah lori tangki yang membawa muatan cecair kimia industri Formaldehyde terbalik di KM 269.8 Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan) berhampiran Plaza Tol Jelapang, Ipoh, Perak, semalam. - BERNAMA
IPOH 9 Jan. - Sebuah lori tangki yang membawa cecair kimia terbalik dan mengalami kebocoran dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta di Kilometer 269.8 Lorong Ekspres Simpang Pulai, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di sini hari ini.
Kemalangan pada pukul 7.10 pagi yang berlaku kira-kira tiga kilometer dari Plaza Tol Jelapang itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk bermula dari plaza tol ekoran penutupan jalan bagi kerja-kerja pembersihan oleh Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) Perak.
Kejadian itu turut mengakibatkan pemandu lori, Yeoh Chon Eng, 48, dari Taman Permatang Indah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang serta lima lagi mangsa yang menaiki dua buah kereta cedera ringan.
Empat mangsa yang menaiki kereta Proton Saga BLM ialah Ooi Ah Lak, 67, dan Ooi Boey Hong, 57, dari George Town, Pulau Pinang serta Looi Hooi Choan, 67, dan Lim Phek Hua, 59, dari Bukit Mertajam.
Seorang lagi mangsa yang memandu kereta jenis Toyota Corolla dari Baling, Kedah pula ialah Ahmad Saiful Ikram Abdul Rahman.
Sementara itu Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah, Deputi Supritendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, kejadian berlaku apabila Toyota Corolla yang dalam perjalanan ke Mersing, Johor tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas sebelum bergesel dengan pembahagi jalan.
Beliau berkata, Toyota Corolla itu kemudian berlanggar pula dengan lori tangki dan Proton Saga BLM yang masing-masing dalam perjalanan dari Seberang Perai dan Bukit Mertajam menuju Gebeng, Kuantan dan Kuala Lumpur.
"Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan akibat mengalami kecederaan.
"Kemalangan ini juga menyebabkan kandungan bahan kimia formaldehid daripada lori tangki yang bocor itu meruap di tempat kejadian," katanya di sini hari ini.
Tambah Wan Sharuddin, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, P. Samasuvam berkata, sebanyak 56 anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian melibatkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya, Ipoh dan Pasir Puteh.
Menurutnya, operasi hampir tujuh jam itu turut dibantu oleh polis serta lebih 40 petugas pelbagai agensi seperti PLUS, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).
"Tiada proses pemindahan bahan kimia kerana lori tangki berkenaan dipercayai tidak diisi dengan kapasiti penuh," katanya.
Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati laluan di tempat kemalangan telah dibuka semula setelah lori tangki terlibat yang melintang jalan berjaya dialihkan pada pukul 3 petang ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140110/je_02/5-cedera-kereta-langgar-lori-tangki-kimia-terbalik#ixzz2pxqHgA00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Jambatan Pulau Pinang sesak teruk, dua kereta berlanggar


GEORGETOWN 10 Jan. - Ratusan kenderaan yang melalui Jambatan Pulau Pinang dari Seberang Perai menghala ke pulau terperangkap dalam kesesakan luar biasa selepas dua kereta berlanggar hari ini.
Jurucakap Jambatan Pulau Pinang berkata, kemalangan melibatkan sebuah kereta pelbagai guna (MPV) dan pacuan empat roda itu berlaku di lorong kiri Km3 jambatan berkenaan pukul 9.15 pagi tadi.
"Kemalangan itu menyebabkan pacuan empat roda itu terbalik mengiring ke kiri bagaimanapun tiada kecederaan serius dilaporkan," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, setakat pukul 10.30 pagi, kedua-dua kenderaan terlibat belum dialih dan pihaknya masih menunggu ketibaan trak penunda.
"Kami sedang berusaha mengalihkan kenderaan terbabit bagi membolehkan lalu lintas bergerak lancar namun sikap pengguna yang memperlahankan kenderaan untuk melihat kemalangan itu memburukkan lagi keadaan," katanya. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140110/je_10/Jambatan-Pulau-Pinang-sesak-teruk-dua-kereta-berlanggar#ixzz2pxq51kfU
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Remaja rogol rakan dikenakan bon jaminan


SUNGAI PETANI 9 Jan. - Gara-gara gagal mengawal nafsu ketika keluar bersama kenalan wanitanya yang berusia 14 tahun, seorang remaja hari ini dikenakan perintah berkelakuan baik selama dua tahun dan bon jaminan RM2,500 oleh Mahkamah Kanak-Kanak di sini kerana merogol gadis tersebut.
Majistret Intan Nurul Farena Zainal Abidin mengenakan perintah berkenaan setelah remaja berusia 17 tahun itu mengaku memperkosa mangsa di sebuah ladang kelapa sawit di Bukit Selambau dekat sini pada pukul 3 petang 14 Mei tahun lalu.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syaiful Akmal Mohd. Razi mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.
Terdahulu, tertuduh memohon hukuman ringan dengan alasan dia membuat pengakuan bersalah sebaik sahaja dihadapkan ke mahkamah, sekali gus menjimatkan masa mahkamah.
Intan Nurul Farena dalam keputusannya turut memerintahkan remaja tersebut melapor diri di balai polis terdekat sebulan sekali.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140110/ma_10/Remaja-rogol-rakan-dikenakan-bon-jaminan#ixzz2pxpOYaWU
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pekerja Samsung bertempur


HANOI 9 Jan. - Pekerja kilang Samsung bertempur dengan pengawal keselamatan di utara Vietnam, hari ini mengakibatkan empat orang cedera serta beberapa motosikal dibakar.
Menurut laporan media tempatan, pertempuran itu terjadi ekoran pertengkaran antara seorang pengawal keselamatan dan pekerja yang datang lewat ke kompleks kilang itu.
Pegawai polis tempatan, Duong Ngoc Long berkata, polis berjaya memulihkan keadaan selepas tiga jam pergaduhan itu berlaku. - AP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140110/lu_13/Pekerja-Samsung-bertempur#ixzz2pxopit2F
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rusia berjaga-jaga selepas temui 5 mayat dan alat letupan


MOSCOW 9 Jan. - Rusia meletakkan pasukan keselamatan negara dalam keadaan berjaga-jaga, selepas penemuan lima mayat yang dipenuhi kesan tembakan dan peralatan letupan, di wilayah Stavropol, semalam.
Menurut jurucakap Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia (FSB), semua mayat tersebut ditemukan secara berasingan dalam empat kereta di dua daerah di pinggir Stavropol.
Stavropol merupakan laluan masuk ke wilayah Caucasus Utara yang menjadi lubuk keganasan.
Rusia mula mengambil langkah mengetatkan kawalan keselamatan negara sejak tahun lalu menjelang Sukan Olimpik Musim Sejuk yang akan berlangsung pada bulan depan di Sochi. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140109/lu_13/Rusia-berjaga-jaga-selepas-temui-5-mayat-dan-alat-letupan#ixzz2pxoA0fFo
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rela berteman nyamuk elak dicekup


Kepala Batas: Dua lelaki warga Myanmar sanggup tidur dan ‘berperang’ dengan nyamuk apabila bermalam di sebuah pondok yang dibina di hutan berhampiran tapak pembinaan bagi mengelak dicekup pihak berkuasa.

Mereka dipercayai tinggal di dalam pondok berkenaan sejak beberapa bulan lalu berbanding rakan lain yang lebih selesa untuk berehat di rumah kongsi yang lengkap dengan kemudahan asas seperti tandas dan bilik air.


Pemeriksaan dijalankan pegawai dan anggota dari Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Pulau Pinang mendapati lelaki berusia 30-an itu hanya tidur dengan memakai kain pelikat dan berbekalkan bantal serta selimut.



Dalam pemeriksaan di sebuah tapak pembinaan di sini kira-kira jam 2 pagi semalam, seramai 14 warga asing termasuk dua wanita yang berasal dari Indonesia ditahan.


Ketua Bahagian Penguat Kuasa Imigresen Pulau Pinang Basri Othman berkata, dua lelaki terbabit dipercayai bimbang ditahan menyebabkan mereka memilih untuk bermalam di dalam pondok yang dibina menggunakan kayu serta papan lapis sisa buangan dari tapak pembinaan dan hanya menggunakan kanvas sebagai atap.


“Sebenarnya kami sudah mengesan lokasi pondok berkenaan ketika melakukan risikan lagi dan menetapkannya sebagai antara sasaran utama selain rumah kongsi disediakan pemaju di tapak pembinaan itu.

“Kedudukannya di dalam hutan itu agak terpencil dengan jarak kira-kira 200 meter dari tapak pembinaan berkenaan, namun helah itu tidak berjaya,” katanya.


Beliau berkata, warga asing yang ditahan iaitu tujuh lelaki dan dua wanita warga Indonesia serta lima lelaki warga Myanmar dibawa ke Pejabat Bahagian Penguat Kuasa Imigresen Pulau Pinang di Seberang Jaya untuk membantu siasatan.

“Antara kesalahan dikesan ialah tinggal di negara ini melebihi tempoh ditetapkan serta melanggar syarat kebenaran.


“Pemeriksaan membabitkan 38 warga asing tetapi bakinya dibebaskan selepas kami berpuas hati dengan semakan dijalankan terhadap dokumen perjalanan dan pas kerja yang dikemukakan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/10

Sembunyi sebalik tong gas


Permatang Pauh: Panik selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa, dua tukang masak warga asing yang sedang menyediakan tempahan pelanggan mereka cuba bersembunyi di sebalik tong gas di dapur.

Bagaimanapun, cubaan itu gagal apabila dikesan pegawai dan anggota Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Pulau Pinang yang menjalankan pemeriksaan malam kelmarin.


Dalam pemeriksaan di sebuah kedai masakan ‘tom yam’ di sini kira-kira jam 11 malam, seramai 16 lelaki dan seorang wanita warga Thailand berusia antara 20 hingga 40-an ditahan kerana disyaki melanggar peraturan mengikut Akta Imigresen 1959/63.



Ketua Bahagian Penguat Kuasa Imigresen Pulau Pinang Basri Othman berkata, tindakan tukang masak berkenaan yang menganggap lokasi persembunyian itu selamat meleset berikutan pemeriksaan rapi dijalankan pihaknya.


“Menggunakan susuk tubuh yang kecil tukang masak berkenaan bersembunyi di sebalik tong gas dan mendiamkan diri dengan harapan pihak kami tidak menyedari kehadiran mereka.


“Bukan saja gagal memperdayakan pihak berkuasa, malah tindakan sama dianggap membahayakan diri mereka sendiri kerana ketika itu api dapur gas tidak dipadamkan dan ia berisiko berlakunya kemalangan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/10

Turki pantau aktiviti di Internet


Istanbul: Kerajaan Turki bakal mengenakan kawalan ketat terhadap Internet dengan memantau aktiviti pengguna di dunia maya dan menyekat kata kunci tertentu, kata sumber parlimen semalam.

Cadangan itu terkandung dalam rang undang-undang diserahkan ke parlimen oleh Kementerian Polisi Sosial Dan Keluarga Turki sebagai langkah terbaru kerajaan menguji kebebasan bersuara anggota negara Kesatuan Eropah itu.


Sumber berkata, draf undang-undang itu akan membenarkan pihak berkuasa menyekat kata kunci yang dirasakan bermasalah dan mengehadkan akses ke laman perkongsian video.



“Ia juga akan membolehkan pihak berkuasa menyimpan rekod semua aktiviti pengguna Internet selama dua tahun dan memantau laman web yang mereka kunjungi, kata kunci yang dicari dan kegiatan mereka di laman rangkaian sosial,” katanya.


Akhbar Hurriyet melaporkan draf undang-undang itu dirangka bagi melindungi keluarga, kanak-kanak dan belia daripada bahan di Internet yang menggalakkan penagihan dadah, penderaan seksual dan bunuh diri.


Sementara itu, Disember lalu Google mengeluarkan data menunjukkan yang Turki mengungguli senarai permintaan pengalihan kandungan Internet berbanding negara lain.

Bagaimanapun, Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) menolak perbandingan dengan China, yang terkenal dengan penapisan sumber Internet di negara berkenaan. Jurucakap AKP, Huseyin Celik berkata, Turki bukan China dan tidak akan pernah menjadi seperti China dalam soal itu.


“Bukankah kita semua sepakat dengan undang-undang terhadap media sosial dan media Internet? Terdapat peraturan berdasarkan standard dunia di mana saja di dunia ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/10

Abang mahu adik jadi pengebom berani mati


Kabul: Kanak-kanak perempuan Afghanistan yang ditahan kerana disyaki menjadi pengebom berani mati semalam merayu Presiden Hamid Karzai mencarikan rumah baru untuknya.

Dalam wawancara dengan media semalam, kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Spozhmai berkata, dia menjadi pengebom berani mati kerana abangnya sendiri mahukan ia begitu.


Katanya, rompi berisi bom yang dipakainya ketika ditahan pihak berkuasa Afghanistan Isnin lalu adalah angkara abangnya.



“Saya tidak boleh pulang sekarang kerana mungkin akan diminta menjadi pengebom berani mati sekali lagi,” katanya dalam satu kenyataan. Dia juga meminta Hamid menempatkannya di tempat yang selamat. Spozhmai , 10, disyaki cuba meletupkan pusat pemeriksaan polis di daerah Khan Nishin di selatan Afghanistan.


Spozhmai kini dalam perlindungan pihak berkuasa di Lashkargah, wilayah Helmand. Sementara itu, menurut jurucakap polis, abang Spozhmai masih lagi dalam buruan pihak berkuasa. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/10

Anak Mas Selamat ditahan dua tahun


Singapura: Anak lelaki pemimpin terkenal kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI) Mas Selamat diarahkan menjalani penahanan selama dua tahun, kata Kementerian Dalam Negeri semalam.

Kementerian berkenaan dalam satu kenyataan berkata, Masyhadi Mas Selamat, 25, dikenakan penahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dua tahun pada 21 November lalu selepas ditangkap di Indonesia pada 23 Oktober lalu.


Anak sulung Mas Selamat itu dihantar pulang ke Singapura pada 30 Oktober.



Arahan sekatan turut dikenakan terhadap tiga anggota JI warga Singapura, manakala arahan sama dimansuhkan ke atas enam lagi anggota JI yang bekerjasama dengan baik pada usaha pemulihan yang dijalankan, kata kementerian itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/10

Kotak landak disangka bom


Jakarta: Sebuah kotak kadbod yang ditinggalkan berhampiran kediaman seorang ahli politik di Depok, Jawa Barat kelmarin mencetuskan gempar apabila disangka mengandungi bom.

Bagaimanapun, polis yang dikejarkan ke tempat kejadian mendapati bungkusan mencurigakan itu hanya berisi dua ekor landak.


Penduduk, Samsuri berkata dia mula menyedari bungkusan itu diletakkan dekat kediamannya kira-kira jam 6 pagi sebelum memaklumkannya kepada pengawal keselamatan di kejiranan berkenaan.



Polis dari balai polis Kelapa Dua yang turut disertai oleh skuad bom tiba tidak lama kemudian bagi memeriksa kotak berkenaan.


Polis turut menemui satu catatan yang dilekatkan pada kotak itu bertulis: “Maaf tetapi bolehkah anda menjaga isi di dalam kotak ini. Terima kasih.” Penulis hanya mencatatkan namanya sebagai Alex Tutuarima. Pemeriksaan imbasan Sinar X terhadap kotak itu mendapati ia tidak mengandungi sebarang bahan letupan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/10

Sebungkus syabu sebagai tip pelayan


Seaside (Oregon): Sepasang pengunjung restoran Twisted Fish mempunyai cara tersendiri memberikan tip kepada pelayan dengan ‘menghadiahkan’ sebungkus syabu (methamphetamine).

Menurut sumber, Ryan Bensen, 40, dan Erica Manley, 37, mengunjungi restoran berkenaan untuk menikmati hidangan disediakan.


Sebelum pulang, mereka menghulurkan sehelai sampul surat kepada seorang daripada pelayan di situ.



Jurucakap polis berkata, pelayan terbabit menyangka dia diberi wang tetapi terkejut apabila mendapati sampul surat berkenaan berisi dadah. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/10

Tak tahu ibu bapa mati ditembak


Caracas: Anak bekas ratu cantik Venezuela yang dibunuh perompak kelmarin masih belum tahu dia kini menjadi
anak yatim piatu.

Menurut keluarga Monica Spear, Maya, 5, tidak menyedari insiden yang disaksikannya itu telah mengorbankan ibu dan bapanya.


Jurucakap keluarga Monica berkata, selepas kejadian Maya terus dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan manakala mayat ibu bapanya dipindahkan.



“Kami masih menunggu masa sesuai untuk memaklumkan kematian itu kepada Maya,” katanya.


Dalam kejadian kelmarin, Monica yang dinobatkan sebagai Ratu Venezuela 2004 menaiki kereta bersama bekas suaminya, Thomas Berry, serta Maya apabila tayar kenderaan mereka tiba-tiba pancit selepas terlanggar paku.


Sejurus kemudian sekumpulan perompak menyerbu kereta itu dan melepaskan tembakan bertalu-talu menyebabkan Monica serta Berry terbunuh.

Bagaimanapun Maya hanya cedera di kaki. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/10

4 didakwa buat wang palsu RM81,000


KOTA BHARU - Empat sekawan dari Terengganu dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menjalankan aktiviti membuat wang kertas palsu melibatkan pemalsuan mata wang sebanyak 810 keping not kertas RM100 berjumlah RM81,000 di Pasir Puteh pada bulan lalu.
Bagaimanapun, tertuduh, Mohd. Zulkifli Husain, 41, Raja Nazirul Mubin Raja Muzaffar, 19, Mahamad Robi Hasan, 40, dan Che Ridzuan Che Anuar, 25 mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan di depan Hakim Mohd. Yusoff Yunus.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0110&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2pwRKSqia 
Hakcipta terpelihara 

Menggeletar nampak kembar kaku



INILAH lokasi Nur Afiza (gambar kecil) yang maut dilanggar motosikal dan kereta ketika melintas jalan untuk ke sekolahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gunong di Jalan Gunung Keriang, Alor Setar semalam.


ALOR SETAR - Niat sepasang kembar untuk tiba di sekolah lebih awal bagi menghadiri majlis bacaan Yasin tidak kesampaian apabila salah seorang daripada mereka maut dilanggar sebuah motosikal sebelum dirempuh kereta di depan sekolahnya di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 7 pagi, mangsa, Nur Afiza Baquri, 15, hendak melintas jalan bersama kembarnya, Nur Afifi menuju Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gunong di Jalan Gunung Keriang.
Bagaimanapun, Nur Afiza yang berjalan di belakang kembarnya itu dilanggar sebuah motosikal jenis Yamaha Sport 110SS dipercayai ditunggang laju oleh seorang lelaki.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0110&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2pwR3vKaE 
Hakcipta terpelihara 

Suami pembaca TV3 dipukul, disamun penyamun


KUALA LUMPUR - Suami kepada pembaca berita TV3, Azawate Zenol Abidin cedera di bahu dan kepala selepas dipukul penjenayah yang menyamunnya di hadapan kediaman pasangan itu di Kota Damansara dekat sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 8.45 malam tadi, Raqizal Khalis Husni, 38, cedera akibat dipukul menggunakan batang besi manakala wangnya kira-kira RM100 turut dikebas oleh penjenayah itu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0110&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2pwQeujMm 
Hakcipta terpelihara 

Lori bawa bahan kimia terbalik, lebuh raya dekat Jelapang tutup tujuh jam



DUA anggota Hazmat menjalankan operasi pembesihan di lebuh raya berhampiran Jelapang, Ipoh semalam yang dicemari tumpahan bahan kimia.


IPOH - Gara-gara sebuah lori tangki membawa cecair formaldehid terbalik dalam kemalangan yang turut melibatkan dua buah kereta di Kilometer 269.8 Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Jelapang di sini semalam menyebabkan laluan itu ditutup hampir tujuh jam.
Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) Perak mengambil masa sehingga pukul 3 petang bagi membersihkan bahan toksik yang bocor daripada lori tangki tersebut.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, kejadian dari arah selatan itu berlaku pada pukul 7.10 pagi apabila lori tangki yang membawa 23 tan metrik cecair kimia itu dilanggar oleh kereta Toyota Corolla sebelum kereta sama turut melanggar Proton Saga BLM.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0110&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2pwQPn2z6 
Hakcipta terpelihara 

Pegawai khas menteri direman


PUTRAJAYA - Mahkamah Majistret di sini semalam mengeluarkan perintah tahanan reman terhadap tiga individu termasuk pegawai khas seorang menteri bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah melibatkan permintaan dan penerimaan wang sogokan berkaitan pemberian tender.
Majistret Nur Dahlia Azmi membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman ketiga-tiga suspek itu iaitu dua lelaki dan seorang wanita bermula semalam mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0110&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2pwQBAmFW 
Hakcipta terpelihara 

Operasi khas buru pendatang


PENDATANG asing tanpa izin yang ditahan dalam satu operasi oleh Jabatan Imigresen Johor di Kulaijaya, Johor baru-baru ini.


PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melancarkan operasi besar-besaran memburu pendatang asing tanpa izin (PATI) bermula 21 Januari ini.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, operasi melibatkan Jabatan Imigresen, polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) itu akan bermula selepas Program Khas Pengurusan PATI (PKPP) berakhir pada 20 Januari.
"Pendatang asing yang ditahan akan dihantar pulang ke negara asal dan kos ditanggung oleh pekerja, majikan atau kedutaan," katanya pada sidang akhbar selepas Pelancaran i-Kad Pekerja Asing di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0110&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2pwPtEckQ 
Hakcipta terpelihara 

Polis temui bangkai harimau dalam kenderaan


GAMBAR dari jarak dekat yang menunjukkan muka harimau itu.


WENZHOU, China - Bangkai seekor harimau Siberia ditemui selepas beberapa anggota polis memeriksa sebuah kenderaan utiliti sukan di sini kelmarin.
Beberapa anggota polis kemudian menarik keluar satu beg plastik yang mengandungi bangkai harimau tersebut dari kenderaan berkenaan.
Menurut akhbar Youth Times semalam, seorang lelaki turut ditangkap yang dikenal pasti sebagai seorang bekas chef berhubung kematian harimau itu.
Dalam laporannya akhbar berkenaan menyebut, bangkai harimau itu dirampas selepas beberapa anggota polis menemui beg plastik yang pada mulanya disangka sebagai mengandungi barang yang mencurigakan.
Bangkai haiwan itu kini disimpan di sebuah zoo tempatan.
Beberapa pakar haiwan menyatakan, harimau jantan tersebut berusia antara lima hingga enam tahun.
Setakat ini, punca kematian haiwan yang jarang ditemui itu masih belum diketahui. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0110&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2pwPECE61 
Hakcipta terpelihara