Search This Blog

Thursday, January 9, 2014

Bekas Ratu Venezuela ditembak mati

Bekas Ratu Venezuela ditembak mati9 Januari 2014

Spears dan Berry maut ditembak di lebuh raya.

CARACAS - VENEZUELA. Bekas Ratu Venezuela dan bekas suaminya maut ditembak lelaki bersenjata di barat laut Venezuela, kelmarin.

Pihak berkuasa berkata, ketika kejadian Monica Spears dan Thomas Henry Berry dipercayai memberhentikan kereta selepas mengalami kerosakan di lebuh raya.

“Sekumpulan lelaki bersenjata merompak dan turut mencederakan anak perempuan mereka, Maya Berry Spear yang berusia lima tahun,” katanya.

Menurutnya, laporan dipetik AFP, kereta mangsa dipercayai melanggar objek tumpul di jalan terbabit.

“Objek itu ditempatkan secara sengaja oleh penjenayah sebagai sebahagian daripada rancangan rompakan.

Mayat lelaki berulat ditemui di Ara Kuda

TASEK GELUGOR - Bau busuk yang dihidu beberapa penduduk kampung yang mencari tumbuhan hutan di Kampung Acih, Ara Kuda di sini membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan berulat.
   
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata mayat lelaki yang dipercayai rakyat Myanmar itu ditemui oleh penduduk kampung pada pukul 1.30 tengah hari.
   
Polis menemui satu kad Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNCHR) dipercayai milik mangsa berhampiran lokasi kejadian, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
   
Beliau berkata berdasarkan keadaan mayat, polis percaya lelaki itu mati sejak dua minggu lepas dan polis tidak menolak kemungkinan dia mati di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan hutan itu.
   
Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama

Penoreh mengaku salah rogol anak tiri


2014/01/09 -
Penoreh mengaku salah   rogol anak tiri
Tertuduh diiringi dua anggota polis selepas dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu, semalam. - Foto Syamsi Suhaimi
Kota Bharu: Seorang penoreh getah dikenakan hukuman penjara 15 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas tertuduh mengaku salah atas tuduhan merogol anak tirinya berusia 13 tahun di rumah mereka di Kuala Krai, November lalu.

Hakim Mohd Yusoff Yunos memerintahkan hukuman penjara itu berkuatkuasa mulai semalam.


Tertuduh berusia 38 tahun itu didakwa merogol anak tirinya yang sedang tidur di dalam sebuah bilik di rumah tidak bernombor di Kuala Krai, kira-kira jam 2.30 pagi.

Tertuduh yang memanggil dirinya Papa didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376(2) (d) Kanun Keseksaan dan boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 30 tahun dan disebat minimum 10 sebatan jika disabitkan kesalahan.

Datuk direman kes terima suapan RM2j


2014/01/09

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan berstatus Datuk kerana disyaki menerima suapan berjumlah RM2 juta, malam kelmarin.

Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Jamidan Abdullah, berkata suspek berusia lingkungan 50-an yang juga pengarah urusan sebuah syarikat kejuruteraan itu ditahan bersama rakan kongsi di ibu negara.


Hasil maklumat awam

Katanya, penahanan kedua-dua suspek kira-kira jam 8.30 malam itu dilakukan hasil maklumat awam dan risikan SPRM.

Mereka ditahan bagi membantu siasatan SPRM membabitkan penerimaan kontrak berkaitan urusan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan penghantaran 200 lori dari sebuah syarikat di China, bernilai RM2 juta.

Semua lori berkenaan dibeli bagi kegunaan projek pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2), katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Jamidan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16 (a) (A), Akta SPRM dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Katanya, kedua-dua suspek kini ditahan reman selama lima hari, bermula semalam.

Difahamkan, siasatan SPRM menjurus kepada maklumat yang diperoleh mengatakan kedua-dua suspek dipercayai mengeluarkan wang daripada akaun syarikat terbabit mencecah RM2 juta, secara berperingkat sejak 2012, sebagai wang suapan kepada penjawat awam yang dikatakan berkait dengan perolehan kontrak.

Mengaku tak bersalah sogok pegawai hutan


2014/01/09

Shah Alam: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan merasuah seorang Pegawai Hutan Daerah Selangor Tengah, membabitkan suapan bernilai RM2,000, Jun tahun lalu.

Lee Swee Sin, 44, dari Batu 11, Kajang, memberi suapan itu kepada Ag Shaffie Ag Ahmadni, 35, sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap bapa saudaranya, Lee Ah Seng, 46, yang didakwa melakukan kesalahan mengambil hasil hutan dari tanah kerajaan tanpa kebenaran.


Dia yang didakwa mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan, melakukan kesalahan itu di Restoran Budyz di Jalan TTS-2/2, Taman Tasik Semenyih, Selangor, jam 12.25 tengah hari, pada 18 Jun lalu.

Jika sabit kesalahan, Swee Sin, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Hakim Asmadi Husin kemudian menetapkan wang jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan 16 Januari ini sebagai tarikh sebutan bagi menentukan tarikh perbicaraan kes.

3 maut nahas tiga kenderaan

3 maut nahas  tiga kenderaanPolis forensik memeriksa kereta yang bertembung dengan van kilang di Jalan Kuala Kangsar-Lenggong, semalam. - Foto Mohamad Hairi Azmi Tham Kuala Kangsar: Tiga maut, manakala lima cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di laluan berbukit di Kilometer 70 Jalan Ipoh-Gerik, berhampiran Sauk, dekat sini, semalam.

Kemalangan membabitkan van kilang, yang membawa empat pekerja Imperial Garment ke kilang itu di Tasek, Ipoh, dengan sebuah Toyota Camry dan sebuah motosikal, kira-kira jam 6.20 pagi.

Nahas berpunca daripada kereta yang dalam perjalanan menghala Gerik, dipercayai terbabas sebelum memasuki laluan bersebelahan, lalu bertembung dengan van kilang.

Sebuah motosikal yang mengekori van berkenaan, turut terbabit dalam kemalangan itu kerana tidak sempat mengelak.

Mangsa yang terbunuh ialah pemandu van, Rosmainiezal Mat Ani, 37, dan rakannya yang duduk di sebelahnya, Syed Idris Syed Nordin, 42, kedua-duanya dari Kampung Kepala Bendang, Sayong.

Seorang lagi yang terbunuh ialah pekerja kilang, Aminah Kamarudin, 53, dari Lenggong. Ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Tercampak keluar
Tiga pekerja kilang yang parah ialah Sarina Ibrahim, 35, dari Kampung Tengah Sauk; Masthura Ali, 47, dari Kampung Biung Sauk dan Norzakiah Awang, 48, dari Kampung Batu Dinding, Lenggong.

Masthura yang parah di kepala, termasuk retak tengkorak dan patah kaki, belum sedarkan diri selepas tercampak keluar dari van.

Dia dibawa ke Hospital Kuala Kangsar (HKK) sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, bersama Sarina yang patah tangan kanan dan kaki kiri serta cedera di kepala.

Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar terbabit dalam operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam van kilang.

Pemandu kereta dan penunggang motosikal hanya cedera ringan dan identiti mereka belum dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Abdul Gaffar Mohamad, berkata mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kangsar (HKK) untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, orang awam yang enggan dikenali berkata, ketika dia tiba di lokasi, beberapa penumpang van tersepit di tempat duduk masing-masing, malah ada yang meraung kesakitan.

Dia cuba memberi bantuan kepada mangsa yang tersepit sementara menunggu ambulans dan anggota bomba tiba.

Ketika sampai di lokasi, saya sedih melihat keadaan mangsa, malah ada penumpang merintih kesakitan, katanya.

Lelaki menyamar polis mati


2014/01/09


Kuala Lumpur: Lelaki menyamar anggota polis yang cedera parah dalam pergelutan ketika cuba menyamun dua pelajar Nigeria di Taman Pusat Kepong di sini, malam kelmarin, meninggal dunia awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, suspek, 52, bersama dua rakannya berusia 42 dan 53 dikatakan menjalankan pemeriksaan di rumah sewa pelajar terbabit, sebelum memeras ugut mereka.


Bagaimanapun, tindakan ketiga-tiga suspek memakan diri selepas seorang daripada pelajar terbabit menghubungi rakan mereka yang tinggal di kawasan berhampiran untuk membantu.

Suspek meninggal dunia

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairy Ahrasa, berkata suspek meninggal dunia kira-kira jam 5 pagi semalam ketika dirawat di Hospital Selayang selepas parah akibat bergelut dengan enam pelajar Nigeria yang datang ke tempat kejadian untuk membantu rakan mereka.

Katanya, dua lagi suspek masih lagi dirawat di hospital sama akibat kecederaan yang dialami ketika bergelut dengan mangsa. Seorang pelajar warga Nigeria turut menerima sembilan jahitan di kepala.

Kes ini diklasifikasikan sebagai bunuh berikutan kematian suspek akibat pergelutan dengan mangsa. Kami akan menahan pelajar warga Nigeria terbabit untuk membantu siasatan, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur (IPKKL) di sini, semalam.
Tiada kekerasan

Beliau berkata, undang-undang membenarkan orang awam untuk membuat tangkapan, namun mereka tidak boleh mengambil tindakan kekerasan berlebihan terhadap suspek.

Oleh itu Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kami mengesan tindakan kekerasan secara berlebihan dilakukan kumpulan pelajar terbabit hingga menyebabkan kematian, katanya. 

Lori tangki bawa cecair kimia terbalik dan bocor


IPOH 9 Jan. - Sebuah lori tangki yang membawa bahan cecair formaldehyde terbalik dan mengalami kebocoran dalam kemalangan yang turut melibat dua buah kereta di Kilometer 269 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan pada pukul 7.30 pagi ini.
Kemalangan yang berlaku kira-kira tiga kilometer dari Plaza Tol Jelapang dekat sini tidak melibatkan kematian dan pemandu lori tangki berkenaan dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius.
Setakat pukul 9.30 pagi ini, lori tangki yang merentangi lebuh raya masih belum dialihkan dan anggota Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) serta bomba masih membersihkan sisa tumpahan cecair itu di sekitar kawasan kemalangan.
Kemalangan yang menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk selama kira-kira dua jam mulai dari Tol Jelapang, kini mulai lancar. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140109/je_09/Lori-tangki-bawa-cecair-kimia-terbalik-dan-bocor#ixzz2psfxjiwG
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rompak berkumpulan: Mekanik dipenjara empat tahun, satu sebatan


KUALA LUMPUR 8 Jan. - Seorang mekanik yang sedang menjalani hukuman penjara lapan tahun atas kesalahan merompak, hari ini dihukum penjara empat tahun dan sebatan sekali oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah merompak rumah seorang konsultan teknologi maklumat (IT), tahun lalu.
Hakim Ahmad Bache menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Wong Yik Mun, 32, selepas lelaki itu menukar pengakuan kepada bersalah ketika kes itu disebut di hadapan hakim berkenaan hari ini.
Tertuduh didakwa bersama-sama dua pekerja kontrak Khong Kheng Siong, 36, dan Lee Kek Keong, 39, serta seorang lagi yang masih bebas melakukan rompakan berkumpulan terhadap Ng King Kau, 64.
Dalam kejadian itu mereka melarikan dua unit iPad, dua unit permainan video Nintendo 3DS, seunit alat permainan Playstation, dua utas jam tangan, pelbagai barangan kemas, sekeping cek bernilai RM2,000 dan wang tunai RM1,500.
Kejadian yang melibatkan kerugian berjumlah RM30,000 itu didakwa berlaku di rumah No.7, Persiaran Damansara Endah, Damansara Height, Brickfields di sini pada pukul 11.30 pagi, 8 April 2013.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140109/ma_05/Rompak-berkumpulan-Mekanik-dipenjara-empat-tahun-satu-sebatan#ixzz2psfgb4XP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ibu tunggal hadapi 88 tuduhan tipu RM3.5 juta


SHAH ALAM 8 Jan. - Seorang ibu tunggal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 88 pertuduhan menipu seorang pengurus restoran melalui surat jaminan palsu melibatkan kerugian wang lebih RM3.5 juta, empat tahun lalu.
Fazira Meor Husin, 46, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa kepadanya kira-kira sejam di hadapan Hakim G. Ramesh.
Ibu kepada dua anak itu didakwa menipu Sharifah Noorazaliah Sy. A. Shahabudin, 52, supaya menyerahkan wang dengan menunjukkan surat jaminan Bank Negara Malaysia palsu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kerugian berjumlah RM3,536,965.
Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di Maybank cawangan Shah Alam dan USJ dekat sini serta CIMB Bank cawangan sama antara 20 Januari 2010 dan 27 April 2012.
Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Raimi Mohd. Ramli mencadangkan tertuduh diikat jamin RM400,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin dan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.
Walau bagaimanapun, peguam bela, Noramir Ahmad Ibrahim yang mewakili Fazira memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan kepada RM10,000 dan akan dibayar oleh adik lelaki tertuduh yang turut hadir di mahkamah hari ini.
Beliau memberi alasan anak guamnya yang sudah bercerai dengan suami kini tidak bekerja dan tinggal bersama-sama ibu bapanya di Perak.
Katanya lagi, Fazira turut menanggung anak yang masih bersekolah di tingkatan dua dan tahun 6 melalui wang pencen ibu bapanya.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 untuk semua pertuduhan dengan dua penjamin dan pasport tertuduh diserah kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Mahkamah turut menetapkan 30 Januari ini untuk sebutan semula kes.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140109/ma_03/Ibu-tunggal-hadapi-88-tuduhan-tipu-RM35-juta#ixzz2psfMKggL
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rasuah: Bekas Naib Presiden IIB didenda RM30,000


JOHOR BAHRU 9 Jan. - Bekas Naib Presiden Iskandar Investment Bhd. (IIB),
Mohamad Hanafiah Abu mansor, 48, didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan menerima suapan berjumlah RM25,000, empat tahun lalu.
Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz membuat keputusan itu terhadap Mohamad Hanafiah yang kini Ketua Pegawai Eksekutif di JP Logistics Sdn. Bhd., selepas tertuduh menukar pengakuannya kepada bersalah terhadap pertuduhan ke atasnya.
Mengikut pertuduhan pilihan, Mohamad Hanafiah yang ketika itu berjawatan Naib Presiden Iskandar Investment Bhd. (IIB) dan Ketua Pegawai Eksekutif Medini Iskandar (M) Sdn. Bhd. didakwa menerima rasuah RM25,000 daripada Mohd. Zulkifli Arif di kawasan letak kereta IIB di Danga Bay di sini antara pukul 3 dan 4 petang awal Januari 2010. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140109/ma_09/Rasuah-Bekas-Naib-Presiden-IIB-didenda-RM30000#ixzz2psemw510
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiga maut kemalangan ngeri


ANGGOTA polis dan bomba memeriksa kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 70, Jalan Ipoh-Gerik, Kuala Kangsar, Perak, semalam - BERNAMA
KUALA KANGSAR 8 Jan. - Tiga maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan ngeri membabitkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah van pekerja, kereta jenis Toyota Camry dan sebuah motosikal di Kilometer 70, Jalan Ipoh-Gerik, di sini pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.20 pagi itu, mangsa yang maut ialah pemandu van, Rosmainiezal Mat Ani, 37; penumpang hadapan van, Syed Idris Syed Nordin, 42; dan penumpang di bahagian belakang, Aminah Kamarudin, 53.
Tiga lagi penumpang van tersebut iaitu Masthura Ali, 47; Sarina Ibrahim, 35; dan Norzakiah Awang, 48, hanya mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Hospital Kuala Kangsar di sini.
Turut cedera ialah penunggang motosikal yang identitinya masih belum dikenal pasti.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Gaffar Mohamad berkata, kemalangan berlaku apabila van dipandu Rosmainiezal yang dalam perjalanan ke Kuala Kangsar dari Gerik, bertembung dengan sebuah kereta jenis Toyota Camry dari arah bertentangan.
Beliau berkata, akibat pertembungan itu, pemandu van tersebut yang turut membawa lima penumpang tersepit di tempat duduknya.
Menurutnya, sebuah motosikal yang mengekori van tersebut turut gagal mengelak lalu terlanggar kereta berkenaan.
"Akibatnya tiga mangsa di dalam van termasuk pemandu dan dua penumpang maut di tempat kejadian.
"Tiga penumpang van yang lain terselamat dan dikejarkan ke Hospital Kuala Kangsar untuk mendapatkan rawatan lanjut, manakala penunggang motosikal pula hanya cedera ringan dan pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Abdul Ghaffar, kesemua jenazah dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat sebelum dikebumikan di kampung masing-masing.
Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Chandan, Maslin Sham Razman meluangkan masa menziarahi keluarga mangsa di Bilik Mayat, Hospital Kuala Kangsar sebaik sahaja menerima berita berhubung kejadian tersebut.
Beliau turut menyampaikan sumbangan daripada Parlimen Kuala Kangsar dan DUN Bukit Chandan kepada keluarga mangsa.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140109/je_01/Tiga-maut-kemalangan-ngeri#ixzz2pseQC7YS
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sembilan maut di India apabila kereta api terbakar


NEW DELHI 8 Jan - Sembilan orang maut hari ini apabila sebuah kereta api dari Mumbai terbakar, mendedahkan tahap keselamatan buruk sistem pengangkutan kereta api negara ini beberapa hari selepas kejadian sama menyaksikan 23 orang maut.
Jurucakap syarikat kereta api, Indian Railways, Sharat Chandrayan berkata, kebakaran dilaporkan berlaku di tiga gerabak penumpang kereta api terbabit yang berada dalam perjalanan ke Dehradun, awal pagi ini.
Seorang jurucakap syarikat tersebut berkata, empat penumpang terbunuh dalam kebakaran tersebut manakala mangsa maut lain pula lemas dalam kejadian itu. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140108/lu_11/Sembilan-maut-di-India-apabila-kereta-api-terbakar#ixzz2psdeVMa2
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pertempuran puak di Assam, 17 maut


GUWAHATI, India 8 Jan. - Berlaku pertempuran antara puak- puak di kawasan bergolak di negeri Assam di timur laut India, semalam mengakibatkan 17 orang terkorban dan beribu-ribu penduduk terpaksa melarikan diri.
Jurucakap polis berkata, kira-kira 4,000 orang melarikan diri mencari perlindungan di kem-kem sementara sejak berlakunya pertempuran di negeri itu pada Disember lalu di daerah Karbi Anglong, kira-kira 320 kilometer dari bandar Guwahati.
Dalam pertempuran terbaharu antara puak Karbi dan Rengma Naga ekoran terdapat cubaan untuk merampas tanah, penduduk kampung dilaporkan ditembak dalam jarak dekat sebelum mayat mereka dibuang ke dalam hutan.
Sementara itu, Menteri Sumber Air negeri, Rajib Lochan Pegu berkata, pihaknya sudah menambah anggota tentera, polis dan askar separa tentera uke negeri itu bagi mengelak pertempuran berlarutan.
''Kebanyakan penduduk lari meninggalkan rumah mereka kerana takut dengan keganasan yang berlaku antara kedua-dua puak itu, yang sudah berlarutan selama empat hari,'' kata Rajib yang mengawasi operasi keselamatan dan bantuan di daerah itu.
Menurut pegawai polis, kumpulan Harimau Kemerdekaan Rakyat Karbi (KPLT) menyerang perkampungan Rengma Naga pada akhir Disember lalu, sehingga mengakibatkan tujuh orang penduduk terbunuh.
Sebagai membalas serangan tersebut, militan daripada Majlis Sosialis Kebangsaan Nagaland (NSCN) yang bergabung dengan puak Rengma Naga bertindak membunuh 10 orang penduduk Karbi.
Mayat mereka kemudiannya dijumpai di kawasan hutan berhampiran Dimapur.
''Kesemua mangsa pada mulanya diculik, dan tangan mereka diikat serta mata mereka ditutup dengan kain sebelum mereka ditembak dari jarak dekat,'' kata Ketua Polis Dimapur, V.Z. Angami. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140109/lu_12/Pertempuran-puak-di-Assam-17-maut#ixzz2psdNL7Tl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Helikopter tentera AS terhempas


Gambar bertarikh 21 April 2010 merakamkan helikopter HH-60 Pave Hawk melakukan operasi menyelamat semasa Latihan Angel Thunder, berhampiran bandar Bisbee di Arizona Sonoran Desert. - AFP
LONDON 8 Jan. - Sebuah helikopter jenis Pave Hawk milik Tentera Udara Amerika Syarikat, terhempas di kawasan paya di perairan timur England ketika sedang melakukan latihan, malam semalam, mengakibatkan semua empat orang anak kapalnya terbunuh.
Menurut satu kenyataan daripada Tentera Udara AS, helikopter yang berpangkalan di Stesen Tentera Udara Lakenheath, Suffolk County itu terhempas pada kira-kira pukul 6 petang waktu tempatan (2 pagi waktu Malaysia) berhampiran Salthouse di pantai Norfolk.
''Helikopter tersebut merupakan sebahagian daripada skuad sayap 48. Ketika kejadian ia terbang rendah sebelum terhempas,'' jelas kenyataan itu.
Sementara itu, di Washington, pegawai pertahanan AS berkata, kemalangan itu mengakibatkan empat orang anak kapal Tentera Udara AS terbunuh.
''Kami juga percaya terdapat senjata api di dalam helikopter itu dan ketika ini kawasan tersebut sudah dikepung bagi memastikan keselamatannya.
''Ketika ini kami masih belum mengetahui punca sebenar kemalangan,'' kata polis Norfolk County
Pasukan keselamatan yang terdiri daripada anggota bomba, pegawai pantai dan polis turut berada di tempat kejadian.
Helikopter Pave Hawks 'merupakan versi Black Hawk yang diubah suai', kenderaan udara yang banyak digunakan oleh AS dalam misi peperangan dan menyelamat.
Kebiasaannya, anak kapal akan dilatih menerbangkan helikopter tersebut dalam keadaan yang rendah dan laju pada ketinggian hanya beberapa ratus meter di udara. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140109/lu_10/Helikopter-tentera-AS-terhempas#ixzz2pscg6DMf
© Utusan Melayu (M) Bhd 

3 ajal van kilang nahas



Oleh Mohamad Hairi Azmi Tham

Kuala Kangsar: “Kemalangan itu sungguh mengerikan dan saya sedih melihat keadaan mangsa yang terbabit dalam kejadian itu. Ada penumpang yang merintih kesakitan akibat tercampak dan tersepit,” kata seorang saksi kemalangan maut di Kilometer 70, Jalan Kuala Kangsar-Lenggong, berhampiran Sauk, dekat sini, awal pagi semalam.

Kemalangan jam 6.20 pagi itu mengorbankan tiga nyawa, tiga parah dan dua lagi cedera ringan dalam nahas membabitkan tiga kenderaan iaitu van kilang, kereta Toyota Camry dan motosikal.


Mangsa yang terbunuh pemandu van, Rosmainiezal Mat Ani, 37, dan rakannya yang duduk di sebelahnya, Syed Idris Syed Nordin, 42, kedua-duanya dari Kampung Kepala Bendang, Sayong, manakala seorang lagi pekerja kilang, Aminah Kamarudin, 53, dari Lenggong, yang duduk di tempat duduk penumpang belakang.



Mangsa yang parah membabitkan tiga pekerja kilang iaitu Sarina Ibrahim, 35, dari Kampung Tengah Sauk, Masthura Ali, 47, dari Kampung Biung Sauk dan Norzakiah Awang, 48, dari Kampung Batu Dinding, Lenggong dan mereka duduk di bangku penumpang belakang.


Menurut saksi yang enggan dikenali, ketika sampai di lokasi kejadian, dia melihat pemandu van tersepit dan tidak bergerak lagi.


“Saya cuba membantu mangsa sementara menunggu ambulans sampai kerana bimbang perkara lebih buruk mungkin terjadi sekiranya dibiarkan mereka dalam van yang sudah remuk pada bahagian depan.

“Tidak lama kemudian, ambulans dan bomba tiba di tempat kejadian bagi memberi bantuan selanjutnya kepada mangsa kemalangan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, semalam.


Katanya, semasa tiba di tempat kejadian, pemandu kereta Toyota Camry yang terbabit dalam kemalangan itu tidak kelihatan.

Seorang mangsa yang ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, Sarina Ibrahim pula berkata, ketika kejadian, dia dan beberapa rakan sekerja dalam perjalanan ke tempat kerja di Imperial Garment, dan tidak sedar mengenai kemalangan itu kerana terlelap dalam perjalanan itu.


“Saya tidak tahu apa yang berlaku, sebaik tersedar saya sudah berada di Hospital Kuala Kangsar, sebelum dipindahkan ke HRPB untuk rawatan lanjut. “Apa yang dimaklumkan selepas sedar, van kami terbabit dalam kemalangan dan saya juga difahamkan mengenai rakan (Masthura) terpelanting keluar dari van. Saya patah tangan kanan dan kaki kiri serta cedera di kepala. “ katanya.


Menurut suami Masthura, Ismail Husin, 65, dia menerima berita sedih itu selepas dihubungi seorang rakan pada jam 10 pagi.


Katanya, Masthura yang parah di bahagian kepala termasuk retak di bahagian tengkorak dan patah kakinya, dikatakan belum sedarkan diri selepas terpelanting keluar dari van dan kini dirawat di HRPB bersama Sarina.


“Saya memang terkejut melihat keadaannya yang cedera teruk di kepala dan muka serta beberapa anggota badan lain.


“Isteri saya sudah 22 tahun bekerja di kilang itu dan ketika keluar rumah pagi tadi (semalam), dia tidak menunjukkan sebarang perubahan,” katanya sambil mengakui isterinya itu berulang-alik setiap hari untuk bekerja di Ipoh.


Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Asisten Komisioner Abdul Gaffar Mohamad berkata, tiga yang terbunuh meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Kuala Kangsar (HKK) untuk bedah siasat sebelum dituntut.


Katanya, mereka yang parah dikejarkan ke hospital sama, tetapi Masthura dan Sarina kemudian dipindahkan ke HRPB.


“Kejadian berlaku apabila van dari Gerik menghala ke Kuala Kangsar bertembung dengan kereta dari arah bertentangan. Motosikal yang dikatakan mengekori van tidak sempat mengelak lalu terlanggar kereta itu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/09

Mengigil lihat budak tercampak


Kuala Berang: “Menggeletar saya apabila pertama kali melihat kemalangan di depan mata, namun saya memberanikan diri mengangkat seorang kanak-kanak lelaki yang tertiarap atas jalan selepas tercampak keluar dari kereta bagi mengelak digilis kenderaan lain,” kata Sabariah Mansor, 49, dari bandar ini.

Sabariah yang juga saksi kemalangan yang berlaku di Kilometer 9 Jalan Ajil-Kuala Berang, berhampiran lampu isyarat di bandar Kuala Berang, di sini, semalam berkata, insiden itu membabitkan tiga PERODUA Myvi, sebuah PROTON Wira dan sebuah motosikal Honda EX5.


Dalam kejadian jam 7.20 pagi, kanak-kanak dikenali sebagai Rizki Hazid, 16 bulan yang menaiki PROTON Wira dipandu ibunya, Siti Sarah Ali, 29, dari arah Ajil ke Kuala Berang terselamat, manakala ibunya patah tangan kiri.



Sabariah ketika itu sedang mengemas barang di kedai makannya terus berpaling sebelum terdengar bunyi dentuman dan sekelip mata beberapa kereta terbabas serta ada juga yang terbalik.


“Kejadian berlaku begitu pantas menyebabkan saya terkejut dan ketakutan. Sebaik melihat seorang kanak-kanak berada atas jalan saya kuatkan semangat mengangkatnya kerana bimbang digilis kenderaan lain kerana ketika itu lalu lintas agak sibuk.


“Kanak-kanak berkenaan tertiarap di atas timbunan kaca, tetapi tidak menangis walaupun ada darah di bahagian bawah dagunya. Beberapa pengguna jalan raya lain turut membantu ibu kanak-kanak itu keluar dari kenderaan dan dipercayai tangan kiri ibunya turut tersepit.

“Kanak-kanak itu dan ibunya dihantar ke Hospital Hulu Terengganu (HHT),” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim berkata, kemalangan membabitkan tiga kereta daripada arah Ajil-Kuala Berang serta masing-masing sebuah kereta dan motosikal yang menghala ke arah Ajil.

Menurutnya, sebelum kemalangan PERODUA Myvi berwarna kelabu dipandu Rohaya Wahab, 39, dari Kampung Tok Gebok berada di lorong kanan dan berhenti di lampu isyarat merah sebelum membelok ke kanan menuju ke Jalan Pusara.


“Sebelum datang dua kenderaan lain di belakang iaitu PROTON Wira dipandu Siti Sarah serta diikuti PERODUA Myvi berwarna putih dipandu Rasniza Zakaria, 32, seorang guru di sebuah sekolah rendah.


“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu PERODUA Myvi putih dan PROTON Wira dikatakan secara serentak ingin menukar lorong ke sebelah kiri kerana ingin menuju ke arah Bandar Kuala Berang dan kedua-dua kenderaan ini bergesel menyebabkan pelanggaran.


“Akibatnya, PRODUA Myvi putih merempuh PERODUA Myvi kelabu dipandu Rohaya menyebabkan kenderaan warna kelabu naik ke atas pembahagi jalan, manakala PROTON Wira terbabas ke kiri jalan dan hampir merempuh tiang lampu isyarat.


“Pemandu PERODUA Myvi putih dipercayai tertekan pedal minyak menyebabkan kenderaan itu terbabas ke seberang jalan dan merempuh motosikal,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/09

Pemandu nyaris rentung


Jeli: Tempoh tiga minit memisahkan seorang pemandu lori dengan maut apabila sempat keluar dari lori tangki bermuatan petrol dan diesel yang terbakar selepas terbalik akibat kemalangan dalam kejadian di Kilometer 115 Jalan Raya Timur Barat, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi, Noor Azman Idris, 41, cedera ringan di badan, tangan kanan serta hidung dan dirawat di Hospital Jeli.


Noor Azman dari Kampung Baru Menora, Tasik Gelugor Pulau Pinang berkata, dia bertolak dari Prai jam 1.30 pagi dan dalam perjalanan ke Machang menghantar bekalan petrol dan diesel sebelum lori dipandu terbabas dan terbalik.



Katanya, selepas itu dia segera keluar menerusi bahagian cermin depan yang pecah sebelum dalam tempoh tiga minit lori dipandunya terbakar.


“Saya hanya ingat mati ketika itu dan mujur sempat keluar,” katanya. menerusi bahagian cermin depan lori yang pecah. Selepas itu lori yang saya pandu terbakar.


“Orang ramai yang melalui tempat kejadian membantu saya dan menghubungi bomba,” katanya ketika ditemui di Hospital Jeli, semalam.

Noor Azman berkata, sepanjang enam tahun menjadi pemandu lori, ia adalah pertama kali dia berdepan kemalangan yang hampir meragut nyawanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/09

Geng lori acu parang


Georgetown: Sekumpulan empat penjenayah yang turut dikenali sebagai ‘Geng Lori’ kerana menjadikan pemandu lori sebagai sasaran, didapati semakin bergerak aktif sejak kebelakangan ini.

Dalam kejadian terbaru, kumpulan itu yang bersenjatakan parang menjadikan seorang pemandu lori sebagai sasaran ketika mangsa berhenti minum di sebuah restoran di Autocity Juru, dekat sini, awal pagi semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, mangsa yang berusia 47 tahun singgah sebentar di sebuah restoran sebelum menuju ke lorinya untuk meneruskan perjalanan.



Menurut sumber, tanpa disedari, mangsa didatangi empat lelaki dan seorang daripadanya bersenjatakan parang mengacukan senjata itu ke lehernya dan meminta mangsa mendiamkan diri sebelum mangsa diarahkan duduk di tempat penumpang sebelum mereka memandu lorinya dan membawa lelaki terbabit ‘meronda’ di kawasan Perai dan Bukit Tengah.


“Sepanjang perjalanan itu, kumpulan penjenayah terbabit turut bertanya kepada mangsa sama ada dia mempunyai wang atau tidak dan lelaki berkenaan yang takut memberitahu dia mempunyai wang tunai RM300 ketika itu.


“Selain itu, mangsa yang bimbang dicederakan turut memberitahu kepada penjenayah yang dia ada wang dalam akaun bank berjumlah kira-kira RM1,300,” katanya.

Menurutnya, kumpulan penjenayah terbabit kemudian memintanya menyerahkan nombor pin ATM sebelum mereka berhenti di sebuah bank dan mengeluarkan semua wang miliknya.


“Selepas mendapat wang itu, mereka melepaskan mangsa namun sempat merampas dua telefon bimbit miliknya kerana bimbang dia menghubungi polis.

“Mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu namun tidak sempat melihat nombor pendaftaran motosikal yang ditunggang semua suspek,” katanya.


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut dengan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/09

Bayi nyaris lemas apabila rumah neneknya terbakar


ALOR SETAR: Seorang bayi perempuan berusia 18 bulan nyaris lemas akibat asap tebal apabila rumah neneknya musnah dalam kebakaran di Jalan Biru, Kampung Berjaya, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 4.45 petang itu, Lee Kar Haw yang sedang tidur, diselamatkan ibunya Bok Wan Ying, 36, selepas menyedari rumah mertuanya
yang terletak bersebelahan rumah mereka terbakar.




Bok berkata, ketika itu dia bersama suami Lee See Kheng, 42, sedang memasak
di belakang rumah sebelum tiba-tiba terdengar jeritan jiran memberitahu rumah

ibu mertuanya terbakar.
"Saya teringat anak saya ada dalam bilik bawah dekat dengan rumah ibu yang
terbakar. Rumah kami rumah kayu berkembar, kalau tak dengar orang jerit tak tau
apa yang jadi," katanya di tempat kejadian.

Katanya, dia juga bersyukur kerana ketika kejadian ibu mertuanya pergi ke sebuah klinik berhampiran.

Sementara itu, Penguasa Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak,
Mohamad Yunus Abu, berkata pihaknya menerima panggilan pada kira-kira 4.50 petang dan sampai di tempat kejadian 5 petang.

Beliau berkata, 10 anggotanya serta dua jentera berjaya mengawal dan memadam
kebakaran pada kira-kira 5.12 petang.

Katanya, jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/09

Rempuh kereta sorong bayi


Kajang: Rempuh dan ragut. Itulah modus operandi digunakan lelaki berusia 30-an untuk meragut mangsanya dipercayai aktif sejak tiga bulan lalu.

Dalam kejadian terbaru di kawasan perumahan di Batu 9 Cheras, di sini,jam 8 pagi semalam, lelaki terbabit yang menunggang motosikal seorang diri dilapor merempuh kereta sorong bayi berusia sembilan bulan sebelum cuba meragut ibunya.


Tindakan itu bagaimanapun mengundang padah apabila orang awam bergegas membantu wanita dan bayinya itu sebelum menahan lelaki terbabit.



Menurut sumber, kejadian bermula apabila wanita berusia 20-an yang menolak kereta sorong membawa bayi perempuannya berusia sembilan bulan bersiar-siar di kawasan perumahan berkenaan.


“Tiba-tiba seorang lelaki yang menaiki motosikal meluru laju dan merempuh kereta sorong bayi terbabit menyebabkan bayi malang berkenaan tercampak ke di bahu jalan. “Wanita terbabit bernasib baik apabila seorang lelaki yang dalam perjalanan ke tempat kerja segera berhenti dan membantunya,” katanya.


Katanya, dua anggota polis yang kebetulan melakukan rondaan di kawasan berkenaan kemudian tiba di tempat kejadian.

“Suspek diserahkan kepada anggota polis terbabit sebelum satu laporan polis dibuat mangsa di Balai Polis Kajang untuk siasatan lanjut,” katanya.


Menurutnya, bayi terbabit dilapor mengalami kecederaan di kepala namun hanya dirawat sebagai pesakit luar di sebuah hospital berhampiran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan (KK).

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/09

Wanita Islam didenda ‘menghina’


Paris: Seorang wanita Islam semalam disabitkan kesalahan menghina anggota polis selepas dia disaman kerana memakai purdah.

Mengikut undang-undang Perancis, tiada mana-mana individu dibenarkan memakai purdah.


Pertengkaran antara Cassandra Belin, suaminya dan polis pernah mencetuskan rusuhan di Trappes, pinggir Paris tahun lalu. Peguam Cassandra, Philippe Bataille berkata, wanita terbabit disaman 150 euro (RM667) dan hukumannya digantung selama sebulan. Bataille semalam turut mempertikai penguatkuasaan undang-undang larangan berpurdah itu kerana “bercanggah dengan perlembagaan.” Peguam berkenaan turut meminta kes itu dipindahkan ke mahkamah perlembagaan.



Bagaimanapun, mahkamah rendah Paris menolak permohonan yang dikeluarkan itu. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/09

16 ketua polis dipecat terbabit kes rasuah


Ankara: Seramai 16 ketua polis yang bertugas di wilayah Turki dipecat dalam skandal rasuah yang menggegarkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan, lapor media semalam.

Kementerian Dalam Negeri melucutkan jawatan ketua polis di 16 bandar raya besar dan wilayah, termasuk Ankara, Izmir, Antalya dan Diyarbakir. Timbalan Ketua Keselamatan Kebangsaan negara itu turut dipecat.


Sebanyak 350 pegawai polis di Ankara, termasuk ketua jabatan utama dipecat dalam tempoh 24 jam kerana pembabitan mereka dalam skandal rasuah berprofil tinggi terhadap penjawat awam.



Pegawai terbabit dipecat oleh undang-undang kerajaan yang dikeluarkan pada tengah malam.


Pada 4 Januari lalu, Recep menyifatkan skandal itu sebagai rancangan menentang “kestabilan dan masa depan negara itu” dan mengatakan pihak yang disokong kuasa asing di Turki merancang untuk menggulingkan kerajaannya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/09

Juruteknik rakam aksi polis buang air


Singapura: Seorang juruteknik mempunyai keberanian tersendiri melakukan jenayah apabila menjadikan seorang pegawai polis sebagai sasarannya.

Ling Jia Hui, 24, menggunakan telefon bimbitnya merakam aksi seorang anggota polis wanita membuang air dalam tandas di Ibu Pejabat Kementerian Dalam Negeri di New Phoenix Park.


Ling merakam aksi anggota polis berpangkat sarjan itu ketika dia melakukan kerja pemasangan kabel di bangunan berkenaan pada 6 Jun 2012. Ling berdepan tuduhan mencabul terhadap seorang wanita lain dengan menghubunginya di telefon dan bertanya mengenai saiz coli mangsa 7 Mei tahun sama. Semalam dia mengaku bersalah di mahkamah dan hakim mengarahkan dia dipenjara dua minggu.



Ling turut diletakkan di bawah pengawasan selama sembilan bulan.


Pemeriksaan mendapati Ling mengalami kecenderungan berfantasi seks membabitkan wanita yang tiada hubungan dengannya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/09

Kejutan maut seorang suami


Bangkok: Terkejut sebelum sempat mengejutkan itu yang berlaku ke atas seorang tukang cat yang pulang lebih awal untuk bertemu isterinya.

Lebih malang kepulangan Wisut Sahasamut, 25, yang bekerja di pelantar minyak itu membawa kepada tragedi. Wisut ditangkap kerana bakal menghadapi dakwaan membunuh kekasih isterinya.


Sebelum itu Wisut sengaja pulang diam-diam dan lebih awal daripada sepatutnya untuk membuat kejutan awal pagi semalam.



Namun apabila tiba di rumah Wisut terkejut kerana mendapati seorang lelaki lain, Noppadol Iamserm, 24, berada di kediaman mereka dekat daerah Klong Luang, Pathumthani.


Wisut mengenali Noppadol kerana lelaki terbabit pernah menjalin hubungan dengan isterinya. Kedua-dua lelaki terbabit kemudian bertengkar dan keadaan menjadi tidak terkawal apabola Wisut membelasah Noppadol hingga mangsa tidak sedarkan diri.


Jurucakap polis berkata, selepas melihat mangsa sudah tidak berdaya, Wisut segera menghubungi ambulans dan pihak berkuasa.

“Ketika petugas kecemasan tiba, mereka mendapati mangsa sudah tidak bernyawa,” katanya.


Menurut jurucakap berkenaan Wisut mengakui membelasah Noppadol tetapi tidak berniat mahu membunuhnya. Polis kemudian menahan Wisut untuk siasatan lanjut dan mungkin mendakwanya atas tuduhan membunuh. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/09

Apabila niat baik lelaki budiman disalah erti


Beijing: Seorang lelaki yang sepatutnya diberi penghargaan kerana membantu mangsa langgar lari, dilaporkan membunuh diri kerana dituduh bertanggungjawab menyebabkan kemalangan berkenaan.

Tidak cukup dengan itu lelaki terbabit juga dituntut membayar pampasan kepada mangsa kemalangan itu.


Media tempatan semalam melaporkan Wu Weiqing, 46, dari Dongyuan di wilayah Guangdong, terlihat seorang lelaki warga emas yang cedera dilanggar ketika menaiki motosikalnya pada malam tahun baru lalu.



Isterinya berkata, Wu membantu mangsa malah membawa lelaki terbabit ke klinik berhampiran serta membayar yuran perubatan berjumlah 3,500 yuan (RM1,894).


“Wu terkejut apabila dia pula dituduh melanggar mangsa dan didesak membayar ganti rugi dalam jumlah yang tinggi,” katanya.


Anak perempuannya, Wu Haiyan memberitahu bapanya memaklumkan keluarga mangsa menuntut wang untuk ‘yuran perubatan.’ “Ayah menghubungi saya mengatakan rasa tertekan dan lebih rela mati daripada terus diganggu.

“Ayah terkilan apabila orang yang dibantu menyusahkannya pula,” katanya.


Dalam keadaan tertekan, kata Haiyan, Wu memilih untuk membunuh diri bagi membuktikan dia tidak bersalah,” katanya. Mayat Wu ditemui dalam kolam berhampiran bandar itu beberapa jam kemudian.

Sementara itu, keluarga warga emas berkenaan menafikan mereka menuntut jumlah ganti rugi terlalu tinggi.


Anak sulung lelaki terbabit juga mempertikaikan mengapa Wu membawa bapanya ke hospital.


“Jika bukan dia yang mencederakan ayah saya, kenapa pula dia bersusah payah membawanya ke hospital dan membayar kos perubatannya?” soalnya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/09

Lampin dewasa keluarkan radioaktif


Vienna: Syarikat pelupusan sampah terpaksa menghubungi pasukan pengurus bahan berbahaya Austria selepas sebuah lori menunjukkan bacaan radioaktif yang terlalu tinggi ketika tiba di pusat pembuangan.

Namun siasatan mendapati kesan ‘radioaktif’ itu datang dari bahan yang tidak disangka sama sekali - 24 lampin dewasa yang diangkut dari hospital.


Jurucakap polis berkata, lampin pakai buang itu sebelumnya sudah tercemar dengan iodin radioaktif.



“Bahan itu kadangkala diambil pesakit ketika mengikuti prosedur perubatan tertentu,” katanya dalam satu kenyataan.


Menurut jurucakap terbabit, radiasi dicatatkan ketika lori itu sampai lebih tinggi daripada tahap normal, namun tidak membahayakan sesiapa.


Pihak berkuasa Austria masih mengesan laluan diambil lori sampah berkenaan.

Lori berkenaan pula diletakkan di tempat khas selama lapan hari untuk menurunkan kadar radiasi ke tahap lebih selamat. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/09

Ratu ditembak depan anak

Caracas: Bekas ratu cantik dan pelakon telenovela Venezuela dan bekas suaminya mati ditembak di depan anak perempuan dalam kejadian dipercayai dirancang dengan teliti semalam.
Monica Spear Mootz, 29, bersama lelaki warga Britain Thomas Berry, 39, menemui ajal dengan disaksikan anak mereka, Maya, 5, yang turut cedera di kaki. Monica mencipta nama di Venezuela selepas memenangi gelaran Ratu Venezuela pada 2004 selain terkenal melalui wataknya dalam telenovela Forbidden Passions. Polis setakat ini menahan lima suspek, termasuk dua remaja berusia bawah 18 tahun berhubung kes itu.

Menurut laporan stesen televisyen kereta mangsa mengalami kerosakan apabila keempat-empat tayarnya pancit dipercayai terlanggar paku yang sengaja ditabur di laluan berkenaan. Pengarah siasatan Jose Gregorio Sirralta berkata, mangsa cuba menyorok dalam kereta ketika dihampiri perompak terbabit, namun mereka ditembak dari luar.Sekurang-kurangnya enam tembakan dilepaskan dengan satu terkena pada dada Berry manakala mayat Monica menunjukkan beberapa kesan tembakan.

“Ketika kejadian, kereta itu sudah berada di atas trak penunda menyebabkan polis turut menahan dua pemandu trak tunda yang berada di tempat kejadian untuk siasatan,” katanya.

Walaupun sudah berpisah dengan Berry, pasangan itu masih mempunyai hubungan baik dan bercuti bersama demi anak mereka. Monica turut banyak memuat naik beberapa gambar serta video sepanjang percutian itu. Kejadian rompakan seperti itu kerap berlaku di Venezuela sejak kebelakangan ini dengan perompak merosakkan kereta mangsa menggunakan pelbagai cara sebelum mengambil kesempatan menyamun mangsa.
Foto
POLIS memeriksa kenderaan mangsa yang dipenuhi kesan tembakan. Gambar kecil, Monica (kiri) dan Berry berkahwin pada 2008.
Ibu bapa Monica diterbangkan ke Venezuela dari Florida menaiki pesawat peribadi disediakan Presiden Venezuela.

Bapa Monica, Rafael berkata, keluarganya terlalu sedih dengan kejadian itu.
“Anak saya seorang yang baik dan disayangi semua.

“Dulu saya tidak membenarkan semua anak saya menonton telenovela, namun selepas dia menjadi pelakon saya sendiri pula menonton semua rancangan televisyen membabitkannya,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/09

Dua Rela dijel enam bulan


KUCHING – Dua anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menceroboh ke atas rumah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada 24 Disember lalu.
Tertuduh, Aloi Ali, 42, dari Kampung Pinang Jawa dan rakannya Nurul Azmie Tahir, 30, dari RPR Taman Sri Jaya di sini mengaku bersalah atas tuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Majistret Maris Agan.
Sehubungan itu, mahkamah mengarahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara enam bulan bermula semalam selepas menjatuhkan hukuman mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana melakukan pencerobohan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0109&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2pquwmVmj 
Hakcipta terpelihara 

3 maut, 4 cedera van bertembung kereta



KEADAAN van dan kereta yang terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Kuala Kangsar-Lenggong dekat Kuala Kangsar semalam.


KUALA KANGSAR – Tiga penumpang sebuah van pekerja termasuk pemandunya maut, manakala empat lagi cedera dalam kemalangan ngeri membabitkan tiga buah kenderaan di kawasan berbukit di Jalan Kuala Kangsar-Lenggong di Kampung Chua, Kati di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 6.20 pagi itu, mangsa yang maut ialah pemandu van, Rosmainiezal Mat Ani, 37; penumpang hadapan; Syed Idris Syed Nordin, 42, dan penumpang di bahagian belakang van, Aminah Kamarudin, 53.
Tiga lagi penumpang van tersebut iaitu Masthura Ali, 47; Sarina Ibrahim, 35, dan Norzakiah Awang, 48, mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Kuala Kangsar dekat sini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0109&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2pqua5qW0 
Hakcipta terpelihara 

Kastam rampas mercun RM1.2j



BADARUDDIN (kanan) menunjukkan mercun dan bunga api yang dirampas di Wisma Kastam Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang semalam.


PELABUHAN KLANG – Kastam Selangor berjaya mematahkan kegiatan penyeludupan mercun dan bunga api yang dianggarkan bernilai lebih RM1.2 juta termasuk cukai selepas menyerbu sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Kebun, Klang dekat sini pada Jumaat lalu.
Dalam serbuan pada pukul 3 petang itu, sebanyak 665 kotak yang mengandungi pelbagai jenis mercun dan bunga api ditemui di premis berkenaan yang disyaki telah dijadikan sebagai stor penyimpanan.
Pengarah Kastam Selangor, Badaruddin Mohamed Rafik berkata, pemeriksaan mendapati, hampir setiap ruang rumah teres dua tingkat yang tidak berpenghuni itu dipenuhi dengan kotak berisi barangan terbabit.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0109&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2pquQ3cOC 
Hakcipta terpelihara 

Padah menyamar anggota polis



LOKASI tiga lelaki menyamar polis dan menyamun warga Nigeria di Taman Pusat Kepong, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Tindakan tiga lelaki menyamar sebagai anggota polis untuk menyamun dua pelajar Nigeria membawa padah apabila salah seorang daripada suspek maut dalam kejadian di Taman Pusat Kepong di sini kelmarin.
Kejadian berlaku pada pukul 9.30 malam apabila suspek berusia antara 41 hingga 52 tahun memecah masuk kediaman dua pelajar lelaki itu dengan alasan mendapat maklumat mengenai kesalahan jenayah yang dilakukan mangsa.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa memberitahu, suspek bertindak menahan mangsa sebelum menggeledah rumah itu dan mengambil wang RM5,000.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0109&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2pquHUvQa 
Hakcipta terpelihara 

Tiga anggota polis diberkas terlibat kes samun di taman perumahan



DI KAWASAN perumahan Taman Impian, Kuantan inilah tiga anggota polis bersama dua rakan menyamun salah seorang penduduk di situ.


KUANTAN - Tiga anggota polis bersama dua rakan subahat lain berjaya ditahan selepas mereka dipercayai menyamun sebuah rumah di Taman Impian di sini malam kelmarin.
Mereka yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang diberkas selepas mangsa membuat laporan polis berkaitan kejadian samun itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd. Zakaria Ahmad berkata, dalam kejadian pada pukul 10 malam itu, mangsa, seorang lelaki berumur 28 tahun, sedang menonton televisyen bersama seorang rakan dan tiga adik-beradiknya di ruang tamu rumah mereka.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0109&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2pqu7I0PN 
Hakcipta terpelihara 

Skandal rasuah RM2 juta KLIA2



INILAH terminal KLIA2 yang akan memulakan operasi pada Mei tahun ini.


PUTRAJAYA – Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan rakannya direman selama lima hari mulai semalam bagi membantu siasatan berhubung penerimaan rasuah sebanyak RM2 juta daripada kontraktor.
Kedua-dua suspek berusia lingkungan 50-an tersebut diberkas ketika datang untuk memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 8.30 malam kelmarin.
Mereka diberkas oleh pasukan Bahagian Operasi Khas SPRM yang telah mengintip pergerakan suspek sebaik mendapat maklumat awam beberapa bulan lalu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0109&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2pqtoWGGM 
Hakcipta terpelihara 

Bekas ratu Venezuela mati ditembak




CARACAS - Bekas Ratu Cantik Venezuela, Monica Spear (gambar kecil) dan bekas suaminya, Thomas Henry Berry mati ditembak di depan mata seorang anak perempuan mereka sendiri oleh beberapa lelaki bersenjata yang cuba merompak pasangan berkenaan di sebuah lebuh raya di sini kelmarin.
Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 10.30 malam waktu tempatan di wilayah El Cambur kira-kira 322 kilometer dari barat Caracas itu, anak perempuan pasangan berkenaan yang berusia lima tahun turut cedera akibat ditembak di kaki.
Spear, 29, dan Berry, 39, yang bercuti di Puerto Cabello dalam perjalanan pulang ke Valencia dengan menaiki sebuah kereta jenis Toyota Corolla sebelum tayar kenderaan itu pancit akibat melanggar satu objek tajam yang sengaja diletakkan di atas jalan raya.
Pengarah siasatan polis Venezuela, Jose Gregorio Sierralta berkata, tidak lama selepas kenderaan itu berhenti, sebuah trak tunda yang dinaiki oleh dua lelaki tiba-tiba muncul untuk menghulurkan bantuan kepada pasangan berkenaan.
"Ketika kenderaan itu diangkut trak penunda, muncul lima lelaki bersenjata yang menyerang pasangan tersebut menyebabkan aktres dan bekas suaminya mengunci diri mereka di dalam kereta.
"Kumpulan penjenayah itu kemudiannya melepaskan enam das tembakan ke arah mangsa menyebabkan Spear terkena beberapa tembakan di badan manakala Berry cedera di dada sebelum melarikan diri tanpa mengambil sebarang barangan berharga,'' katanya.
Menurutnya, polis telah menahan lima lelaki termasuk dua suspek yang berusia di bawah 18 tahun kerana disyaki terlibat dalam kejadian tersebut.
Spear yang memenangi pertandingan Ratu Cantik Venezuela pada tahun 2004 dan tempat kelima pertandingan Ratu Cantik Universe pada tahun 2005 sebelum dia berlakon beberapa buah siri drama di negara itu.
Dia kemudinnya berkahwin dengan Berry, seorang ahli perniagaan dari Britain pada tahun 2009 sebelum bercerai empat tahun selepas itu.
Namun, mereka masih berkawan baik dan sering bercuti bersama semata-mata untuk anak mereka.
Pembunuhan, penculikan dan rompakan bersenjata merupakan perkara biasa di negara yang kaya dengan hasil minyak ini.
Presiden Venezuela, Nicolas Maduro menganggap pembunuhan pasangan itu adalah sangat kejam. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0109&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2pqs3vzb2 
Hakcipta terpelihara