Search This Blog

Monday, January 6, 2014

Tertekan bersuamikan lelaki gay

Tertekan nikah lelaki gay6 Januari 2014Marina menceritakan kisahnya kepada pemberita, semalam.

AYER KEROH - Hasrat seorang wanita mahu memilik sebuah keluarga bahagia berkecai apabila mendapati suaminya  lebih berminat dengan kaum sejenis.

Biarpun usia perkahwinan sudah menjangkaui empat tahun, namun sikap suaminya yang enggan berubah menyebabkan rumahtangga Marina (bukan nama sebenar), 30, berakhir di tengah jalan.

Lebih mengejutkan, wanita terbabit mengakui dia masih dara walaupun selama ini tinggal sebumbung dan tidur bersama suaminya.

Menurut Marina yang kini tinggal bersama keluarga di salah sebuah daerah di negeri ini, dia mula mengenali dan rapat dengan bekas suaminya yang dua tahun lebih tua daripadanya ketika bekerja di sebuah syarikat swasta di negeri ini.

Bagaimanapun, katanya, pada awalnya, dia menyedari lelaki berkenaan mempunyai sifat meragukan menerusi gerak-gerinya serta pergaulan sepanjang berkawan dengannya.

Malah, saudaranya juga ada memberitahu mengenai perangai lelaki berkenaan semasa sekolah dahulu yang sukakan rakan sejenis.

“Pada mulanya niat saya baik, mahu mengubah dirinya supaya menjadi seorang lelaki sejati biarpun tahu dia bersifat begitu.

"Kami mengikat pertunangan pada 2006 dan pernah hampir putus asa dan mahu putus tunang tapi tidak jadi. Sehinggalah kami berkahwin pada Mei 2007,” katanya.

Menceritakan sepanjang detik perkahwi-nannya, Marina berkata, dari kaca mata luar memang nampak rumahtangganya bahagia apatah lagi sikap bekas suami yang lembut tutur katanya dan pandai mengambil hati ahli keluarga lain. Tetapi perasaan saya Tuhan sahaja yang tahu, lebih-lebih lagi apabila kehendak serta tuntutan naluri seorang isteri tidak dapat dipenuhi.

“Dia romantik pun bila kami sambut hari jadi atau ulangtahun perkahwinan apabila suami belikan kek dan kami rai bersama. Kami hanya tidur umpama adik beradik, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Cuma dia hanya akan mencium pipi saya setiap kali mahu keluar pergi kerja,” katanya.

Marina berkata, dia mula tertekan apabila dimarahi dan mula diugut akan diceraikan menyatakan keinginan untuk mendapatkan anak.

“Tambah menyakitkan hati saya apabila dia lebih rapat pada kawan lelaki sehingga saya tengok hubungan mereka luar biasa,” katanya.

Akibat tidak tahan dengan keadaan itu, katanya, dia terpaksa memohon agar suami melepaskan dirinya sehingga akhirnya mahkamah memutuskan penceraian itu pada Oktober 2011.

Menurutnya, dia sungguh menyesal dengan perkahwinannya itu tetapi apa yang mampu dilakukan kerana semua yang berlaku adalah suratan takdir.

Pendaratan cemas di Madinah, 29 cederas

Pendaratan cemas di Madinah, 29 cedera 6 Januari 2014 MADINAH - ARAB SAUDI. Saudi Arabian Airlines Boeing 767 melakukan pendaratan cemas di kota Madinah mengakibatkan 29 cedera dan tiga daripadanya cedera parah, kata pihak berkuasa.

Pesawat 767-300ER itu tiba dari bandar Iran, Mashhad dengan membawa 315 penumpang.

Pegawai penerbangan berkata, peralatan pendaratan sebelah kanan belakang gagal berfungsi.

Pesawat itu dilaporkan telah disewa untuk membawa jemaah ke kota Madinah.

Semua penerbangan ke Madinah telah dihentikan selama 24 jam kata syarikat penerbangan tersebut.

Saksi mata di Lapangan Terbang Putera Abdul Aziz berkata, pesawat itu cuba melakukan pendaratan dua kali sebelum membuat pendaratan cemas.

Jurucakap Penerbangan Awam, Khaled Abdullah Khaybari berkata, kecederaan berlaku apabila penumpang bergegas untuk meninggalkan pesawat selepas berlaku pendaratan.

Penumpang yang cedera dibawa ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

Rumah hanyut sejauh 15 meter

Rumah hanyut sejauh 15 meter6 Januari 2014 Penduduk membantu mengusung rumah milik keluarga Wan Badrol yang hanyut 15 meter ketika banjir awal Disember tahun lalu.

KUANTAN – Akibat banjir 3 Disember lalu, sebuah rumah di Perkampungan Bukit Rangin di sini hanyut sejauh 15 meter dan tersadai di tanah jiran sebelahnya.

Wan Badrol Shah, 25, berkata, kejadian banjir penghujung tahun lepas merupakan yang terburuk pernah berlaku di kampung tersebut yang menyebabkan kebayakan penduduk tinggal sehelai sepinggang.

“Akibat arus deras, rumah milik keluarga saya hanyut, dan kami masih bersyukur kerana ia tidak dihanyutkan jauh.

“Sekurang-kurangnya ada harapan untuk kami membaiki dan ‘meletakkan’ rumah ini ke tapak asalnya,” katanya.

Sehubungan itu, atas inisiatif Unit Amal Pas Kawasan Paya Besar, gotong-royong telah diadakan untuk mengusung rumah tersebut ke tempat asalnya.

Yang Dipertua Pas Kawasan Paya Besar, Mohd Tarmizi Yahaya berkata, seramai 100 sukarelawan daripada Unit Amal, ahli Pas, AJK masjid dan penduduk kampung datang bergotong-royong mengusung rumah itu.

Menurutnya, prihatin dengan nasib mangsa banjir di Bukit Rangin di sini, Unit Amal Pas Paya Besar telah melancarkan Ops Banjir seminggu selepas banjir sehingga ke hari ini.

“Kami membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira parti. Mana-mana pihak yang  memerlukan bantuan, kami sedia membantu.

“Alhamdulillah, kami juga dapat bantuan daripada pihak luar untuk diagihkan kepada mangsa banjir di kawasan ini,” katanya.

Mohd Tarmizi berkata, kesan banjir Disember lalu merupakan dugaan besar, namun berharap agar penduduk tidak berputus asa untuk meneruskan kehidupan mendatang.

“Ini ujian ALLAH kepada kita, tetapi dari sudut positif, kita dapat mengeratkan hubungan serta menjalin kerjasama antara satu sama lain," katanya.

Pati terjerat guna Mykad palsu

Pati terjerat guna Mykad palsu5 Januari 2014Kad pengenalan palsu yang diguna pakai oleh seorang warga asing.

JOHOR BAHRU - Seramai 27 warga asing ditahan Bahagian Penguat kuasa Jabatan Imigresen Johor dalam serbuan berasingan di dua medan selera terletak di Tampoi dan Permas Jaya, kelmarin.

Dalam serbuan jam dua petang diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Sapian Kamarudin, pihaknya berjaya menahan warga asing berusia 19 hingga 41 tahun atas pelbagai kesalahan.

Ketua Penyelaras Ops Bersepadu 6P Johor, Masri Adul berkata, kesemua yang ditahan terdiri daripada tujuh rakyat Bangladesh, enam warga Nepal, dua Filipina, tiga Pakistan, dua Myanmar, dua India dan lima rakyat Indonesia.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada 25 lelaki dan dua wanita. Antara kesalahan dilakukan adalah menyalahgunakan pas lawatan, tinggal lebih masa di negara ini selain tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

“Malah terdapat seorang wanita warga Indonesia cuba mengaburi pihak penguat kuasa dengan mengemukakan Mykad palsu bagi tujuan mengelak daripada dicekup dalam ops ini,” katanya, semalam.

Masri berkata, kesemua yang ditahan didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan 17(a) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Kesemua warga asing sedang sibuk bekerja sebagai pembantu kedai di premis perniagaan di medan selera yang diserbu.

“Mereka ditahan dibawa ke Depoh Tahan Imigresen Pekan Nenas untuk siasatan lanjut jabatan,” katanya.

Katanya, tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku ketika serbuan dilakukan.

Polis celup kebas RM80,000

Polis celup kebas RM80,0006 Januari 2014Salah seorang mangsa menunjukkan sabit yang diacukan ke lehernya dan besi mengangkat sawit yang digunakan untuk mengumpil pintu pejabat dalam rompakan pusat timbang kelapa sawit di Serom 6, semalam

LEDANG – Enam penjenayah menyamar sebagai polis ketika melakukan rompakan sebuah pusat timbang kelapa sawit di Serom 6, Sungai Mati, dekat sini, awal pagi semalam.

Bagaimanapun penyamaran tersebut terbongkar apabila penjenayah terbabit mengacukan sabit dan parang pada leher kesemua pekerja berkenaan dan mengugut dicederakan jika ingkar arahan.

Kejadian kira-kira jam 3 pagi itu membabitkan kerugian lebih RM80,000 apabila sejumlah wang tunai RM72,000, satu jam tangan berjenama, dua kamera litar tertutup (CCTV) dan 10 telefon bimbit milik pekerja asing di pusat timbang itu dilarikan penjenayah terbabit.

Pemiliknya, dia mengetahui kejadian tersebut  selepas dihubungi salah seorang pekerjanya pada jam 4.30 pagi dan bergegas ke pusat itu melihat keadaan pejabat berselerakan dengan peti menyimpan wang dipecah.

Menurutnya, wang tunai sebanyak RM70,000 adalah bayaran untuk kira-kira 200 pekebun sawit yang menjual hasilnya di situ dan biasanya dibayar pada tarikh 5 hari bulan setiap bulan dan selebihnya gaji pekerjanya.

“Saya ambil wang dua hari awal dan simpan di sini (pusat) timbang kerana disebabkan cuti umum di Johor sudah bertukar kepada Jumaat dan mahu bayar hari ini (semalam).

“Ini pertama kali simpan wang di sejak pusat timbang dibuka lima tahun lalu dan tidak sangka kejadian (rompakan) berlaku. Biasanya bayaran bulanan itu dan gaji pekerja diambil serta dibayar pada hari yang sama wang dikeluarkan,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, dia mengesyaki perbuatan itu dilakukan oleh individu yang biasa dengan pusat timbangnya kerana ia dilakukan dengan cukup terancang.

“Dua daripada empat CCTV di hadapan pintu pejabat terlebih dahulu  dirosakkan dan tiga anjing peliharaannya juga hilang dan pulang semula ke pusat timbang beberapa jam selepas kejadian.

“Mereka masuk kawasan ini dari pintu tepi pagar dan kemudian menggunakan kuku kambing dan besi-besi sedia ada untuk memecahkan mangga serta mengumpil masuk pejabat,” katanya.

Seorang pekerja yang hanya mahu dikenali sebagai Rudy, 33, berkata, dia bersama enam rakan lain diikat tangan dan  dikumpulkan dalam satu bilik.

“Kami dikurung dalam bilik tersebut dan penjenayah terbabit mengunci dari luar sebelum menggeledah pejabat.

“Ikatan tangan menggunakan tuala mandi berjaya dileraikan dan saya bantu buka ikatan tangan rakan yang lain,” katanya.

Katanya, dia berlari ke bahagian pejabat tetapi kesemua penjenayah telah melarikan diri.  Hanya seorang penjenayah memakai topeng   dan semasa kejadian mereka menutup lampu dan hanya menggunakan lampu suluh.

Rudy  yang berasal dari Lombok, Indonesia berkata, suspek-suspek terbabit  adalah warga tempatan berdasarkan loghat yang digunakan semasa menghubungi seseorang memaklumkan telah selesai untuk membawa mereka pergi.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Ledang, Deputi Superintenden Mohd Salleh And Razak ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, gerakan memburu suspek sedang giat dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 375/379 kanun keseksaan.

Sembunyi dadah dalam coli

Sembunyi dadah dalam coli6 Januari 2014Seorang wanita berusia 32 ditahan di Felda Ketengah Jaya kerana memiliki pil kuda, manakala seorang lagi menyembunyikan dadah dalam coli dipakainya.

KETENGAH JAYA – Empat wanita termasuk dua ibu tunggal serta seorang pengantin baharu antara 15 kaki dadah yang ditahan dalam Ops Tapis dijalankan polis narkotik Dungun, di sini, pagi semalam.

Dua daripada wanita berkenaan disyaki memiliki dadah selepas penemuan lima pil methampethamine dalam coli dipakai wanita berusia 23 tahun dan seorang lagi berusia 32 tahun yang baharu mendirikan rumah tangga dua bulan lalu yang ditahan bersama lebih 30 pil dadah sama berada dalam genggamannya.

Turut ditahan, suami wanita terbabit berusia 31 tahun yang juga seorang penagih setelah aktiviti tidak bermoral pasangan suami isteri itu mula dihidu pihak berkuasa sejak beberapa bulan lalu.

Operasi sekitar Felda Kerteh 4, 5 dan 6 diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Assistan Superitendan Cheng Guan Ching serta Polis Ketengah Jaya itu dilakukan selepas maklumat risikan mendapati, aktiviti penyalahgunaan dadah semakin berleluasa di kawasan tanah rancangan Felda.

Hasil operasi bermula seawal jam 6.30 pagi, seramai 15 individu ditahan termasuk 11 lelaki berusia antara 17 hingga 42 tahun.

Sseorang daripada suspek lelaki terbabit turut memiliki 110 pil methapethamine dan tiga paket straw mengandungi serbuk putih disyaki heroin.

Dua wanita disyaki memiliki dadah itu disiasat mengikut Seksyen 39a(1) serta 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala dua lagi wanita termasuk seorang berstatus janda disiasat mengikut Seksyen 15(1) akta sama kerana positif dadah.

Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan tangkapan tersebut.

Dua sepupu maut tercampak

Dua sepupu maut tercampak5 Januari 2014 >Anggota polis menutup mayat Amirul Asyraf Amin, 19, yang maut bersama sepupunya, Norhayatul Aswad, 17, selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dalam satu kemalangan di Lebuhraya Port Dickson – Seremban, di sini, awal pagi tadi. - Foto Bernama

SEREMBAN - Dua sepupu maut selepas kereta yang dinaiki  bersama-sama tiga lagi anggota keluarga terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Km10, Lebuh Raya Port Dickson–Seremban, di sini awal hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 pagi itu, Norhayatul Aswad, 17, dan sepupunya, Amirul Asyraf Amin, 19, maut di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari kereta Proton Saga yang dipandu ibu Amirul.

"Terdapat lima anggota keluarga dalam kereta itu iaitu ibu Amirul yang memandu kereta itu, Amirul dan adiknya selain sepupu mereka iaitu Norhayatul dan adiknya.

"Mereka dalam perjalanan dari Port Dickson untuk pulang ke rumah di Kampung Talang, Tanjung Ipoh, Kuala Pilah," menurut jurucakap polis ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, tiga yang lain hanya mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar, sementara mayat Amirul dan Norhayatul dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri Aisiten Superitenden Abd Halil Hamzah ketika dihubungi berkata punca kemalangan masih disiasat. - Bernama

150 penghuni setinggan hilang tempat tinggal


5 Januari 2014

SANDAKAN - Sebanyak 150 orang daripada 24 keluarga hilang tempat tinggal dalam kebakaran melibatkan 14 rumah setinggan di Jalan Kampung Bakau dekat sini hari ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Devi Rashedee Ensoi berkata empat jentera bersama-sama 26 anggota dihantar ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 4.08 pagi.

Menurutnya anggota bomba menghadapi kesukaran memadamkan api disebabkan tiada sumber air terbuka dan api merebak dengan cepat disebabkan kedudukan rumah yang rapat.
   
Menurutnya api dapat dikawal pada 5.16 pagi dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Penolong Kanan Penguasa Bomba dan Penyelamat Sandakan Che Muhammad Azlan Che Mohammad berkata punca kebakaran dipercayai disebabkan masalah pendawaian elektrik, bagaimanapun siasatan lanjut sedang dijalankan. - Bernama

Kanak-kanak maut jatuh tingkat 10 flat

Kanak-kanak maut jatuh tingkat 10 flat5 Januari 2014
Allahyarham Muhammad Shahrul Harry jatuh terhempas di atas kereta ini.

AMPANG - Setelah sehari dirawat di Hospital Ampang selepas terjatuh dari tingkat 10 Flat Lembah Jaya di sini, Muhammad Shahrul Harry Abdul Halim, 4, meninggal hampir jam 1 pagi, semalam.

Jenazah kanak-kanak itu dibawa pulang dan disembahyangkan di surau flat tersebut dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Teratai jam 1 petang semalam.

Ibu bapa serta ahli keluarga Allahyarham enggan ditemu bual wartawan  kerana terlalu sedih dengan insiden menimpa anak bongsu daripada empat beradik itu.

Dalam kejadian 7.40 pagi kelmarin, kanak-kanak itu, yang tinggal bersendirian, terjatuh dari balkoni rumahnya di tingkat 10 ke atas bumbung kereta di kawasan parkir.

Difahamkan, ketika kejadian, ibu bapanya menghantar adik-adiknya ke sekolah.

Menurut saksi, kejadian hanya disedari selepas beberapa penduduk terdengar bunyi dentuman kuat tubuh mangsa terhempas di balkoni rumah di tingkat lapan sebelum jatuh ke kawasan parkir.

Kanak-kanak itu kemudian ditemui terbaring di atas bumbung kereta dalam keadaan berlumuran darah dan dikejarkan ke Hospital Ampang. Dia dimasukkan ke unit rawatan rapi.

Sumber Hospital Ampang mengesahkan hasil bedah siasat, Muhammad Shahrul Harry meninggal dunia kerana mengalami kecederaan dalaman serius.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Khairuldin Saad ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mayat Koperal Halim ditemui

Mayat Koperal Halim ditemuiMayat Halif Akim dibawa ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat. Gambar kecil kiri: Arwah Halim. Gambar kecil kanan: Arwah Mohd Halif Akim

5 Januari 2014NIBONG TEBAL - Selepas 24 jam operasi mencari dijalankan, mayat Koperal Halim Ibrahim yang dikhuatiri lemas bersama anaknya di Sungai Kerian, di sini ditemui kira-kira 5.40 petang tadi.

Mayat Halim, 52, ditemui kira-kira 500 meter dari tempat dia dilaporkan hilang petang semalam manakala anaknya Mohd Alif Hakim berusia setahun 10 bulan ditemui lebih awal iaitu kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata mayat Halim yang bertugas di Balai Polis Batu Kawan, dekat sini ditemui terapung di permukaan air oleh pasukan skuba tidak jauh dari tempat anaknya ditemui.

Mayat Halim dibawa ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat, katanya kepada pemberita pemberita di sini.

Halim dan Mohd Alif Hakim dilapor hilang di sungai itu apabila bot yang dinaiki mereka bersama anggota keluarga dikatakan hilang kawalan menyebabkan Mohd Alif Hakim terjatuh ke dalam sungai.

Turut berada di dalam bot ketika kejadian pada pukul 6 petang semalam ialah isteri anggota polis itu, Waridah Muing, 33, juga seorang anggota polis dan anak perempuan mereka Nor Amira, 5.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi, Waridah dikatakan terjun untuk menyelamatkan anak mereka diikuti oleh Halim yang bimbang akan keselamatan isteri dan anaknya itu.

Katanya Halim berjaya menyelamatkan isterinya dan terjun semula ke sungai untuk mencari anak lelaki mereka, tetapi selepas 10 minit kedua-dua mereka langsung tidak muncul.

Sementara itu, ibu Halim, Siti Fatimah Ahmad, 72, berkata anak kedua daripada enam beradik itu tinggal bersamanya dan beliau juga menjaga Mohd Alif Hakim jika anak lelaki dan menantunya itu yang bertugas di Balai Polis Nibong Tebal keluar bekerja.

Jenazah dua beranak itu dijangka dikebumikan malam ini di tanah perkuburan Islam di Tanjung Berembang, di sini. - Bernama

Motosikal dirempuh lori, murid tahun 1 maut


5 Januari 2014

ALOR SETAR - Seorang murid tahun Satu maut manakala abang dan neneknya cedera parah apabila motosikal ditunggangi mereka dirempuh lori tiga tan di hadapan Sekolah Kebangsaan Haji Hassan Itam, Simpang Empat dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian 1.15 tengah hari tadi, Muhammad Syazril Mohd Sharizal, 7, murid di sekolah itu mati di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Abang mangsa, Muhammad Syazwan Mohd Sharizal, 9, dan neneknya Che Mah Darus, 67, cedera parah dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Menurut ibu saudara mangsa, Rosmah Azizan, 42, setiap hari ibunya akan menghantar dan mengambil mereka di sekolah.

Kedua-dua beradik itu dijaga oleh nenek dan datuknya sejak mangsa berumur empat bulan selepas ibunya meninggal dunia kerana barah manakala bapa mereka Mohd Sharizal Azizan, 28, bekerja sebagai pemandu mesin padi di Sungai Petani, katanya kepada pemberita ketika ditermui di HSB.
   
"Dia (mangsa) memang bijak dan rajin dan walaupun masih kecil dia pandai menjaga datuknya yang sakit semasa neneknya tiada di rumah," katanya dengan sayu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi berkata, pemandu dan kelindan lori itu telah ditahan untuk soal siasat. - Bernama

Pemilik kedai didakwa tetak, simbah asid


5 Januari 2014
KOTA BHARU - Seorang pemilik kedai mencuci kenderaan hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan mendatangkan kecederaan parah dan menyimbah asid pada 2011 dan 2012.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh Mohd Nurfino Omar, 30, didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas menetak seorang pengusaha hotel Abdul Aziz Dollah, 50, menggunakan parang di sebuah hotel di Jalan Sri Cemerlang, antara 1.30 tengah hari dan 4 petang pada 19 Jun 2011.

Pertuduhan kedua, dia didakwa bersama tiga orang yang masih bebas menetak dan menyimbah asid terhadap seorang penjaga bot, Mohd Khaidzir Hanafi, 33, di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Padang Purut, Nilam Puri di sini antara 12.30 tengah malam dan 1 pagi, pada 13 Februari 2012.

Kedua-dua kesalahan didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin memohon tertuduh tidak ditawarkan sebarang jaminan dengan alasan apa yang dilakukan itu adalah serius.

Peguam tertuduh Latifah Ariffin memohon jaminan dibenarkan terhadap anak guamnya dengan mengambil kira tertuduh tidak memiliki sebarang rekod lampau.

Bagaimanapun, Hakim Mohd Yusoff Yunus tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 5 Februari depan untuk sebutan semula kes. - Bernama

Pemandu jentera berat cedera ditembak


5 Januari 2014
KUALA TERENGGANU - Seorang pemandu jentera berat cedera di bahagian perut setelah terkena dua das tembakan yang dilepaskan lelaki tidak dikenali dalam kejadian di Kampung Kuala Menjing di Hulu Terengganu malam
tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 8 malam apabila dua lelaki yang tidak dikenali datang mencari mangsa yang berusia 28 tahun itu di rumahnya.

Katanya selepas dimaklumkan oleh abangnya, mangsa telah keluar dari rumah bersama-sama sebilah parang dan curiga dengan kedatangan dua lelaki itu menyebabkannya dia meminta mereka pergi ke kawasan yang lebih terang.

"Melihat mangsa bersama parang di tangan, dua suspek berkenaan terus melarikan diri ke dalam kereta yang dinaiki sebelum mangsa bertindak kejar dan menetak bonet dan cermin kereta suspek.

"Ketika berada di dalam kereta, salah seorang suspek telah melepaskan dua das tembakan dan terkena pada perut mangsa dan terus rebah sebelum dikejarkan ke Hospital Hulu Terengganu oleh orang ramai," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Manoharan berkata mangsa yang masih bujang telah dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini bagi menjalani pembedahan bagi mengeluarkan serpihan peluru  dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

Menurutnya hasil siasatan awal, polis tidak menolak kemungkinan kejadian itu ada kaitan dengan kegiatan dadah namun siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Hasil siasatan kita dapati nombor pendaftaran kereta (Perodua Kelisa) yang digunakan suspek adalah palsu," katanya.

Polis telah menubuhkan satu unit khas untuk menyiasat kes dan menjejaki dua suspek berumur 20-an hingga 30-an itu, katanya. - Bernama

Terengganu catat 60 kes kebakaran


5 Januari 2014

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 60 kes kebakaran kenderaan dicatat di Terengganu sepanjang tahun lepas.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Rozizah Ibni Hajar berkata jumlah itu menurun berbanding 71 kes yang di catat pada tahun 2012.

Majoriti kebakaran melibatkan kenderaan itu berpunca daripada pendawaian elektrik, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata sebagai langkah pencegahan awal, orang ramai digalak meletakkan alat pemadam api di dalam kenderaan dan memastikan kenderaan dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.

Rozizah berkata pada masa ini, hanya pengangkutan­ awam seperti bas persiaran, kenderaan berat dan teksi diwajib mempunyai alat pemadam api.

Dalam perkembangan lain, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan kegiatan di laut, sungai dan air terjun sepanjang musim tengkujuh ini bagi mengelak kejadian tidak diingini. - Bernama

Lelaki curi otak ditahan


6 Januari 2014


INDIANAPOLIS - AMERIKA SYARIKAT. Remaja lelaki berusia 21 tahun yang didakwa mencuri otak manusia dari sebuah muzium sejarah perubatan ditahan selepas seorang lelaki yang membeli otak itu melaporkan kepada pihak berkuasa.

Menurut laporan Daily Mail, David Charles ditahan 16 Disember lalu setelah Brian Kubasco dari San Diego berasa curiga tentang enam balang tisu otak yang dibeli melalui laman eBay pada harga AS$600 (RM2000).

Mahkamah Marion County mendakwa Charles memecah masuk ke Muzium Sejarah Perubatan Indiana beberapa kali antara 7 September dan 16 Oktober, sebelum mengambil balang mengandungi tisu manusia termasuk sampel otak.

Pengarah Eksekutif muzium, Mary Ellen Hennessey Nottage berkata, tisu yang dicuri dipercayai dari tahun 1980-an hingga 1940-an.

"Misi muzium ini adalah memelihara bahan-bahan itu sebagai objek budaya dan sains untuk kepentingan awam.

"Selaku pihak bertanggungjawab, perbuaatan ini amatmengejutkan," katanya.

Padah main 'sorok-sorok'

Padah main 'sorok-sorok'5 Januari 2014

Kanak-kanak itu hanya mengalami lebam dan tertekan selepas kejadian tersebut. 

UTAH - AMERIKA SYARIKAT. Seorang budak perempuan terima padah apabila tersangkut di dalam mesin basuh ketika sedang bermain 'sorok-sorok' di Salt Lake City, Amerika Syarikat.

Ibu mangsa, Nicole Rhoades berkata dalam Dailymail, pelbagai usaha dilakukan bagi mengeluarkan anaknya termasuk menggunakan ais, mentega dan air.

“Usaha itu gagal sehingga kami meminta bantuan anggota penyelamat,” katanya.

Menurutnya, ketika kejadian beliau tiada di rumah dan hanya mengetahui hal itu selepas dihubungi oleh anak sulungnya.

Suami terjun tingkat 9


6 Januari 2014

Suami terjun tingkat 9

LYON - PERANSCIS. Gara-gara berebut hak penjagaan anak, seorang bapa di Chenove nekad terjun dari tingkat sembilan bersama anak lelakinya berusia tiga tahun di timur Perancis.

Polis tempatan berkata kepada AFP, sebelum kejadian, lelaki berkenaan bertindak kejam apabila membakar ibu kanak-kanak tersebut.

"Suspek, berusia 25 tahun meninggal dunia serta merta manakala anaknya meninggal dunia tidak lama kemudian akibat parah di kepala," katanya. 

Jalan 2km berlumur darah

Serdang: “Saya berjalan hampir dua kilometer dalam keadaan berlumuran darah untuk meminta bantuan selepas ditembak.
“Ketika itu saya hanya memikirkan keselamatan isteri yang dilarikan penjenayah terbabit bersama kereta,” kata Nazaruddin Mat Ali@Ibrahim, 35.
Dia dan isteri menjadi mangsa samun langgar lari dua lelaki dan ditembak dari jarak dekat apabila cuba melawan penyamun terbabit ketika melalui Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) menghala Kajang, dekat sini, jam 12.15 tengah malam kelmarin.

Suspek dipercayai berusia 20-an bukan saja melarikan Honda Accord berwarna emas milik Nazaruddin, malah menculik isterinya, Alawiyah Harun, 36, yang berada dalam kenderaan itu sebelum memecut laju dari tempat kejadian.Foto
KERETA milik mangsa yang ditemui semula.

Bagaimanapun, wanita terbabit terselamat dan tidak dicederakan walaupun dilarikan suspek kira-kira 12 kilometer sebelum dibebaskan selepas penjenayah merampas barang kemas, telefon bimbit dan wang tunai serta meninggalkannya di tepi jalan di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/06

Mangsa rogol cedera terjun bangunan


Petaling Jaya: Seorang penuntut perempuan sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di sini, cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat lima sebuah bangunan pasar di Seksyen 14, di sini, selepas dipercayai dirogol pagi semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa yang berumur 24 tahun itu dipercayai dirogol di tempat lain sebelum dia mengayuh basikalnya ke lokasi kejadian untuk membunuh diri.


Pengawal keselamatan di bangunan berkenaan yang mahu dikenali sebagai Hamdi, 30-an, berkata, ketika sedang berkawal, dia ternampak mangsa meletakkan basikalnya di kawasan belakang pasar itu dan menyangka mangsa hendak berjoging.



“Namun, selepas meronda di tingkat bawah, saya naik ke tingkat lima dan terkejut selepas ternampak wanita sama duduk di atas tembok dan bersedia untuk terjun.


“Apabila saya cuba menghalang, wanita itu mula menangis sebelum menjerit agar saya tidak mendekatinya,” katanya.


Menurutnya, apabila dia berlari untuk mendapatkan bantuan, dia mendengar bunyi dentuman kuat di tingkat bawah dan ketika itu didapati wanita sama sudah tidak sedarkan diri.

Katanya, dia kemudian memaklumkan kejadian itu kepada polis.


“Wanita yang cedera itu kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Menurut sumber, berdasarkan pemeriksaan doktor, ada kesan koyakan pada kemaluan mangsa yang kemungkinan mengesahkan mangsa dirogol.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan dan berkenaan wanita itu kini berada dalam keadaan stabil.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/06

Ajal pada ‘tarikh’ nikah


Oleh Nur Syazwana Mansor

Sik: “Arwah minta bernikah pada 2 Januari lalu, namun saya terpaksa tunda ke bulan Mac kerana bimbang sekiranya berlaku banjir di kawasan kampung saya di Tumpat, Kelantan,” kata Asrafeiman Ab Rasid, 29, tunang kepada Nor Azmiliawati Azmi, 26, yang meninggal dunia akibat penyakit asma di Hospital Sik, di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, Allahyarham yang juga graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dikatakan sedang memohon pekerjaan selepas menamatkan pengajian.


Asrafeiman yang juga pensyarah di Institut Kemahiran MARA (IKM) Sik berkata, dia tidak menyangka tarikh pernikahan dipilih arwah tunangnya itu pada 2 Januari lalu tarikh dia dijemput Ilahi.



“Saya tidak mengesyaki apa-apa sewaktu dia memilih tarikh berkenaan kerana jika boleh memang kami mahu mempercepatkan pernikahan kami.


“Semuanya sudah tertulis, jodoh, ajal dan maut semuanya perancangan Allah dan jodoh kami tidak kesampaian,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.


Menurutnya, tarikh perkahwinan mereka yang dirancang pada awal Mac depan juga terpaksa ditunda semula pada 2 Jun ini kerana dia mendapat tawaran menyambung pelajaran sambil bekerja.

“Tunang saya juga mahu saya memberi tumpuan kepada pelajaran terlebih dulu sebelum kami mendirikan rumah tangga.


“Oleh sebab itu, kami masih tidak membuat sebarang persiapan hanya sekadar membuat tinjauan harga bagi beberapa perkara seperti tempahan dewan dan baju pengantin.

“Arwah dan saya sudah menempah baju pengantin berwarna putih di sebuah butik di Kelantan dan baju berkenaan baju pengantin yang menjadi idamannya selama ini. Itu kali pertama dan terakhir saya melihatnya mengenakan pakaian pengantin berkenaan,” katanya.


Asrafeiman berkata, dia juga sudah menempah tiket percutian untuk membawa keluarga dan tunangnya ke Bali, Indonesia sejurus saja selesai majlis perkahwinan mereka pada Jun depan, namun hasrat berkenaan terpaksa dilupakan.


“Saya mungkin tidak akan meneruskan hasrat saya itu, namun akan berikan tiket berkenaan kepada ibu dan adik tunang saya,” katanya.


Sementara itu, ibu Nor Azmiliawati, Sarimah Hassan, 45, berkata, dia tidak menyangka demam biasa dialami anak sulung daripada tiga beradik itu petanda awal sebelum dia dijemput Ilahi.


“Arwah memang ada penyakit asma sejak kecil, namun penyakit itu sudah lama tidak menyerangnya. “Dua minggu sebelum arwah meninggal dunia, dia mula menunjukkan perasaan kurang berminat berbincang tentang persiapan perkahwinannya, malah lebih banyak diam dan menyendiri,” katanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Kura, Mukim Jeneri, di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/06

Fino dituduh simbah asid


Kota Bharu: Seorang penjenayah dikenali sebagai Fino yang diburu polis negeri ini selama hampir setahun akhirnya didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, terhadap dua tuduhan mendatangkan kecederaan parah termasuk menyimbah asid kepada mangsanya dalam dua kejadian berasingan pada 2011 dan 2012.

Tertuduh, Mohd Nurfino Omar, 30, yang dikaitkan dengan beberapa kes berprofil tinggi di negeri ini bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan di hadapan Hakim Mohd Yusoff Yunus.


Tertuduh yang menjalankan perniagaan kedai mencuci kereta kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah terhadapnya.



Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa menetak seorang pengusaha hotel, Abdul Aziz Dollah, 50, menggunakan parang di sebuah hotel di Jalan Sri Cemerlang, di sini, antara jam 1.30 tengah hari hingga 4 petang pada 19 Jun 2011.


Bagi pertuduhan kedua, tertuduh bersama tiga lagi yang bebas didakwa menetak dan menyimbah asid kepada seorang penjaga bot, Mohd Khaidzir Hanafi, 33, di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Padang Purut, Nilam Puri, di sini, antara jam 12.30 malam hingga 1 pagi pada 13 Februari 2012.


Kedua-dua kesalahan didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Intan Nor Hilwani Mat Rifin tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh dengan alasan kesalahan dilakukan serius.


“Tertuduh kemungkinan akan mengganggu saksi pendakwaan selain memohon mahkamah mengambil kira tertuduh berjaya ditahan polis, bulan lalu selepas melakukan jenayah itu pada 2011,” katanya.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 5 Februari depan untuk sebutan semula kes.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/06

Beri salam sebelum bidik


Kuala Terengganu: “Saya tergamam melihat adik rebah sambil memegang perutnya selepas terkena dua das tembakan,” kata abang kepada Mohd Din Ahmad, 28, yang parah selepas ditembak seorang suspek di Kampung Kuala Menjing, Hulu Terengganu, kelmarin.

Lelaki berusia 34 tahun yang enggan dikenali itu berkata, kejadian jam 8 malam itu berlaku selepas dua lelaki datang ke rumah mereka dengan sebuah Perodua Kelisa sebelum seorang daripadanya keluar dan mengetuk pintu serta memberi salam.


Katanya, dia yang sedang makan bersama adiknya yang bekerja sebagai pemandu jengkaut ketika itu membuka pintu depan rumah sebelum melihat seorang lelaki tidak dikenali bercakap menggunakan loghat Kelantan mencari adiknya.



“Ketika itu saya sudah berasa tidak sedap hati kerana lelaki itu mencari adik dan pada waktu sama, dia menyangka saya Mohd Din.


“Di situ saya syak ada perkara buruk berlaku kerana lelaki itu bukan kenalan adik dan sebelum dia keluar rumah, saya sempat pesan kepada Mohd Din supaya berwaspada dengan lelaki itu.


“Ramalan saya tepat apabila lelaki itu berperang mulut dengan adik di beranda rumah sebelum Mohd Din mengejarnya dengan parang hingga ke arah kereta dinaiki suspek,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam.

Katanya, dia yang berada tidak jauh dari tempat kejadian ketika itu terus mengikut belakang adiknya yang sedang mengejar suspek sambil mencari rakan suspek dalam kereta itu.


Menurutnya, tindakan adiknya yang cuba menahan kereta itu dengan memukul cermin kereta menggunakan parang membawa padah apabila seorang daripada lelaki berkenaan terus melepaskan dua das tembakan ke arah perut Mohd Din.

“Sebaik terkena tembakan itu, adik terus rebah dan saya segera mengangkatnya ke dalam kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dan menghantarnya ke Hospital Hulu Terengganu.


“Namun, adik dihantar ke HSNZ untuk rawatan lanjut,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kuala Berang kira-kira jam 12.30 pagi, semalam.


Katanya, bunyi tembakan itu tidak sekuat mana dipercayai kerana suspek mungkin menggunakan alat penahan bunyi pada muncung pistol berkenaan.


Menurutnya, dia tidak tahu punca sebenar yang menyebabkan adiknya ditembak dan menyerahkan perkara itu kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/06

Gurauan makan nyawa


Johor Bahru: Padah bergurau menggunakan tali yang digantung di jeriji tingkap, seorang anggota polis meninggal dunia apabila tergelincir menyebabkan tali itu terjerut pada lehernya dalam kejadian di kuarters Polis Diraja Malaysia Seri Alam, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa, Koperal Mohammad Hamid @ Anthony Abdullah, 45, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam ditemui terbaring dan disahkan maut di tempat kejadian.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan berkata, siasatan mendapati arwah bermain dan bergurau bersama dua anaknya berusia 10 dan 14 tahun menggunakan tali sebelum terjerut.



Menurutnya, difahamkan sebelum kejadian, arwah ada bergurau dengan berkata akan tergelincir dan terjatuh ke lantai mengakibatkan dia terjerut.


“Kejadian berlaku sejurus selepas itu dan kedua-dua anaknya cuba menyelamatkan arwah dengan keluar untuk mendapatkan pertolongan.


“Malangnya, apabila anggota lain yang juga jiran-jirannya tiba di tempat kejadian, arwah sudah tidak bernyawa dan terbaring di atas lantai.

“Pada masa sama, kami turut menemui seutas tali nylon berhampiran mayat arwah,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.


“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, namun siasatan lanjut masih diteruskan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/06

DSP cabul pelajar dicari


Taiping: Seorang pegawai polis berpangkat deputi superintendan sedang dikesan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mencabul kehormatan dua pelajar kolej yang menjalankan latihan amali di sebuah balai polis di sini.

Sumber berkata, kedua-dua mangsa berusia 21 tahun membuat laporan polis pada 3 Januari lalu selepas tidak mampu bersabar dengan kerenah pegawai polis berkenaan yang dikatakan sering melakukan perbuatan itu terhadap mereka.


“Menurut mangsa, kejadian berlaku sejak mereka memulakan tugasan akademik di balai polis berkenaan beberapa bulan lalu.



“Kes terbaru pada jam 10 pagi, 2 Januari lalu apabila pengadu dan rakannya masuk ke bilik pegawai berkenaan yang tiba-tiba memegang dagu salah seorang daripadanya, tetapi mangsa berjaya melarikan diri,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/0

Wanita sambung tidur dipukul suami


Gombak: Akibat enggan bangun daripada tidur dan menyediakan sarapan selepas dikejutkan, seorang lelaki yang hilang pertimbangan tergamak memukul dan menghentak kepala isterinya ke dinding selain memijak serta mengugut ingin membelasah wanita itu dalam kejadian di kediaman mereka di Selayang Baru, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, lelaki berusia 20-an itu yang terjaga daripada tidur mengejut isterinya berusia 25 tahun supaya bangun dan menyediakan sarapan.


Menurut sumber, wanita itu yang difahamkan kepenatan meminta kebenaran suaminya itu untuk menyambung semula tidur buat seketika dan akan menyediakan sarapan kemudian.



“Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang kemarahan suaminya yang bertindak mengamuk dan terus memarahi mangsa dengan menghamburkan kata-kata kesat.


“Suami mangsa mengambil pisau di dapur sebelum mengugut ingin membunuh mangsa, namun ditenangkan adiknya yang menyaksikan kejadian itu,” katanya.


Sumber berkata, suami mangsa yang masih tidak berpuas hati kemudian memukulnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/06

2 korban ‘lubuk puaka’


Oleh Hadzlihady Hassan dan Zulfa Mohamad

Nibong Tebal: “Biar saya dukung anak saya walaupun sekejap,” kata Koperal Waridah Muing sejurus mayat anaknya, Mohd Halif Akim Abdul Halim dibawa naik ke darat di Sungai Kerian, di sini, kira-kira jam 12.30 tengah hari, semalam.

Mayat anaknya berusia setahun 10 bulan itu ditemui pasukan penyelamat kira-kira 400 meter di tebing sungai manakala mayat suaminya Lans Koperal Abdul Halim Ibrahim, 52, ditemui jam 5.40 petang kira-kira 100 meter dari lokasi anaknya ditemui sebelum itu.


Waridah, 33, yang mengetahui mayat anaknya itu ditemui dilihat dalam keadaan masih trauma dan sedih cuba memeluk serta mahu mendukung anaknya sebelum mayat dibawa ke Hospital Sungai Bakap.



Suasana pilu itu turut dikongsi bersama ahli keluarga lain, pasukan penyelamat dan juga penduduk kampung yang turut menyaksikan situasi sedih itu.


Kelmarin, kira-kira jam 6 petang, Abdul Halim yang bertugas di Balai Polis Batu Kawan bersama isteri serta dua anaknya menaiki bot untuk bersiar-siar dan memancing di kawasan sungai terbabit.


Bagaimanapun, selepas hampir 20 minit, bot milik Abdul Halim dikatakan terlanggar objek menyebabkan ia melambung dan anak serta isterinya tercampak ke sungai.

Ketika itu, Abdul Halim terjun dan berjaya menyelamatkan anak sulung mereka, Nor Amira yang berusia lima tahun dan juga isterinya dengan menarik mereka ke dalam bot.


Bagaimanapun, Waridah dikatakan terjun semula untuk menyelamatkan anak bongsu mereka dan Abdul Halim yang tahu isterinya tidak pandai berenang sekali lagi terjun untuk menyelamatkan mereka.

Pada masa sama, anak pasangan itu yang berada dalam bot nekad mengemudi bot terbabit yang enjinnya masih hidup dan menghampiri ibunya.


Tindakan kanak-kanak berusia lima tahun itu berjaya menyelamatkan nyawa ibunya yang kemudian menaiki bot terbabit namun kelibat bapa dan adiknya terus hilang dari penglihatan mereka dua beranak.


Anak sulung daripada dua beradik itu sekali lagi bertindak berani apabila dia terus mengemudi bot berkenaan hingga ia dilihat seorang lelaki yang kebetulan sedang memukat udang.


Lelaki terbabit pelik apabila melihat hanya kanak-kanak itu dan ibunya berada dalam bot sebelum dia diberitahu Abdul Halim serta anaknya lemas dalam sungai berkenaan.


Berikutan itu, penduduk kampung serta pasukan penyelamat yang terdiri daripada polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) melakukan operasi mencari dan menyelamat.


Namun, keadaan gelap menyebabkan operasi terpaksa dihentikan dan bersambung semula kira-kira jam 7 pagi, semalam.


Usaha mencari dan mengesan itu berhasil apabila pasukan penyelamat menemui mayat Mohd Halif Akim kira-kira enam jam selepas itu.


Sementara itu, mayat Abdul Halim ditemui pasukan skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat.


Jurucakap bomba berkata, mayat anggota polis terbabit ditemui dalam keadaan terapung di permukaan air tidak jauh dari lokasi anaknya ditemui.


“Mayatnya dalam keadaan sempurna dan masih berpakaian lengkap dan mayat dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat,” katanya.


Jenazah dua beranak terbabit dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Berembang, dekat sini malam tadi.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/06

Parah parang lawan peluru


Oleh Zatul Iffah Zolkiply dan Khairul Hamizy Ramlee

Kuala Terengganu: Seorang pemandu jengkaut cedera di perut selepas terkena dua das tembakan dilepaskan seorang lelaki tidak dikenali dalam kejadian di hadapan rumahnya di Kampung Kuala Menjing, Hulu Terengganu, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, mangsa dikenali sebagai Mohd Din Ahmad, 28, cedera di perut dan masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.


Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa bersama abangnya berusia 34 tahun yang berada di rumah mereka didatangi dua lelaki tidak dikenali.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner K Manoharan berkata, abang mangsa memaklumkan ada seorang lelaki tidak dikenali memanggil mangsa sebelum mangsa keluar sambil membawa sebilah parang.


Beliau berkata, mangsa yang masih bujang meminta suspek pergi ke tempat terang, namun permintaan berkenaan tidak diendahkan suspek dan mangsa yang curiga segera pergi ke arah kereta Perodua Kelisa berwarna perak dinaiki suspek sambil membawa parang.


“Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan menetak cermin hadapan dan bonet kereta dinaiki suspek beberapa kali sebelum mangsa rebah selepas terkena dua das tembakan yang dilepaskan suspek.

“Akibat kejadian itu, mangsa cedera di perut dan suspek yang dipercayai dua orang melarikan diri sejurus kejadian,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, di sini, semalam.


Manoharan berkata, abang mangsa yang mendengar tembakan itu segera mendapatkan mangsa sebelum menghantarnya ke Hospital Hulu Terengganu, tetapi dipindahkan ke HSNZ untuk rawatan lanjut.

Katanya, mangsa berada dalam keadaan stabil dan menjalani pembedahan bagi mengeluarkan peluru, petang semalam.


“Siasatan masih dijalankan termasuk mengenal pasti motif sebenar kejadian, jenis senjata yang digunakan dan individu bertanggungjawab di sebalik insiden ini.


“Polis tidak menolak kemungkinan ia bermotifkan urusan jual beli dadah dan mangsa sendiri mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.


“Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk membuat sebarang spekulasi mengenai motif sebenar kejadian itu memandangkan siasatan masih dijalankan. Malah, ketika disoal siasat, mangsa mendakwa tidak mengenali suspek,” katanya.


Manoharan berkata, hasil siasatan mendapati kenderaan dinaiki suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu yang didaftarkan di atas nama sebuah kereta Perodua Kancil.


Katanya, selain mengesan suspek dipercayai berusia antara 20 hingga 30-an, polis turut mengesan beberapa individu dipercayai dapat membantu siasatan.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.


“Dalam hal ini, polis meminta bantuan orang awam yang mempunyai maklumat atau mengenali sesiapa yang terbabit dalam insiden itu untuk tampil memberi maklumat di mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/06

Kaya RM100,000


Oleh Fazurawati Che Lah dan Redzuan Muharam

Kuala Lumpur: Penyertaan secara suka-suka pada Peraduan Lagi Mudah Menang Harian Metro tidak sia-sia apabila ibu kepada dua anak, Saedah Sabli, 45, terpilih sebagai pemenang hadiah utama dan memenangi wang tunai RM100,000.

Saedah yang bekerja sebagai penolong juruukur di Wisma Persekutuan dan tinggal di Taman Universiti, Johor Bahru berkata, penyertaannya hasil galakan suaminya Sulaiman Wagiman, 53, yang turut aktif menyertai pelbagai peraduan dianjurkan.


“Saya pembaca setia Harian Metro, malah melanggannya setiap hari bagi mengikuti perkembangan berita semasa sama ada dalam atau luar negara.



“Malah, suami dan anak turut membaca Harian Metro serta menjadikannya bacaan wajib di rumah. Kerana itu saya tidak melepaskan peluang menghantar penyertaan bagi menyertai peraduan ini walaupun sekadar suka-suka,” katanya.


Menurut Saedah, pada mulanya dia terkejut, namun bersyukur dan menganggapnya rezeki sempena tahun baru.


Saedah berkata, dia merancang untuk menyimpan sebahagian besar wang berkenaan untuk masa depan dan menggunakan bakinya bagi perbelanjaan keperluan sekolah anak.

“Kemenangan ini amat bermakna kepada saya dan wang yang diperoleh ini tidak akan disia-siakan untuk tujuan tidak berfaedah,” katanya.


Bagi pemenang tempat kedua, Suraya Adam, 41, dari Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, pastinya rasa gembira dan bertuah kerana berjaya membawa pulang wang tunai RM5,000.

Menurut Guru Pendidikan Agama Islam itu sempena pelancaran edisi Syok Sabtu pada 30 November lalu, dia membeli akhbar Harian Metro (HM) sebanyak 15 naskhah kerana tertarik dengan peraduan berkenaan.


“Saya dan suami tidak menjangka pula akan mendapat tempat kedua kerana kami agak keliru untuk menjawab.


“Tambahan pula, slogan yang perlu dilengkapkan memberi tekanan kepada kami untuk berfikir dengan lebih kreatif kerana lima patah perkataan saja yang diperlukan,” katanya.


Katanya, duit kemenangan itu akan dikongsi bersama ayahnya Adam Lasi, 80, yang mahu mengerjakan umrah pada April nanti dan selebihnya disimpan untuk kegunaan masa hadapan.


Karen Patricia Lansing, 27, dari Keningau, Sabah yang juga pemenang tempat kedua beranggapan dia mendapat rezeki bergolek dan berhasrat menggunakan wang kemenangan untuk membeli televisyen baru kerana yang lama rosak.


Sementara Siti Aisyah Sharipudin, 24, dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang mendapat tempat ketiga mengucapkan terima kasih kepada ayahnya, Sharupudin Mamek, 51, kerana menyuruh menyertai peraduan itu sekali gus membawa pulang RM1,000.


“Ini kali pertama saya menyertai peraduan ini, bersyukur kerana cubaan pertama ini membuah hasil, terima kasih kepada ayah yang beriya-iya menyuruh saya mencuba,” katanya.


Peraduan istimewa sehari yang terbuka kepada semua pembaca HM adalah sempena pelancaran edisi Syok Sabtu yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM300,000 untuk 121 pembaca bertuah.


Lebih 500,000 penyertaan diterima bagi peraduan itu.


Pembaca perlu menjawab tiga soalan teka silang kata dan slogan. Peraduan ini dianjurkan sebagai penghargaan kepada pembaca setia HM yang berpeluang memenangi wang tunai lumayan hanya satu hari.


Pemenang utama turut menerima baucar PETRONAS bernilai RM1,000, 20 pemenang tempat kedua menerima wang tunai RM5,000 bersama baucar bernilai RM100, manakala 100 pemenang tempat ketiga akan menerima wang tunai RM1,000 bersama baucar RM50.


HM juga mencatat sejarah apabila ia dicetak sebanyak 1.1 juta naskhah pada hari berkenaan, iaitu rekod tertinggi jumlah cetakan dan edaran akhbar di Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/06

Penjenayah lagak polis larikan RM80,000


Ledang: Sekumpulan penjenayah lelaki bersenjatakan parang menyamar sebagai polis sebelum memecah masuk sebuah pusat timbang kelapa sawit di Serom 6, dekat sini, dan melarikan pelbagai barangan berharga termasuk wang tunai berjumlah lebih RM80,000 dalam kejadian awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, tujuh pekerja warga asing di pusat timbang berkenaan nyenyak tidur sebelum dikejutkan sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dan sabit.


Difahamkan, semua pekerja itu kemudian diikat dan dikumpulkan di satu ruang manakala kumpulan terbabit menggeledah pusat timbang berkenaan.



Pemiliknya, Lim Seng Liu berkata, dia diberitahu mengenai kejadian itu apabila dihubungi seorang pekerjanya pada jam 4.30 pagi, semalam.


Katanya, dia difahamkan kumpulan penjenayah itu mengambil masa 20 minit untuk menggeledah tiga tempat simpanan wang di pejabat pusat timbang itu.


“Penjenayah itu melarikan wang tunai berjumlah RM72,000 iaitu wang untuk gaji kira-kira 200 pekerja dan wang bayaran bulanan.

“Selain itu, satu jam tangan berjenama, dua kamera litar tertutup dan 10 telefon bimbit milik pekerja asing turut dilarikan,” katanya ketika ditemui, semalam.


Menurut Seng Liu, biasanya wang bayaran gaji dan bil diambil serta dibayar pada hari sama wang dikeluarkan iaitu setiap lima hari bulan.

Bagaimanapun katanya, memandangkan tarikh itu jatuh semalam iaitu Ahad dan bank tidak beroperasi, pihaknya mengeluarkan wang pada Jumaat lalu dan menyimpannya di pejabat.


Katanya, dia hairan bagaimana penjenayah terbabit tahu pusat timbang berkenaan menyimpan wang tunai yang banyak selain pelik kehadiran kumpulan berkenaan tidak disedari tiga anjing di pusat berkenaan.


“Saya difahamkan penjenayah itu menutup semua lampu dan hanya menggunakan lampu suluh.


“Mereka dipercayai masuk menerusi pintu kedua selain menggunakan peralatan yang ada di pusat ini seperti kuku kambing serta batang besi untuk mengumpil dan memecahkan mangga.


“Mujurlah semua pekerja tidak melawan kerana jika tidak, mungkin berlaku kejadian tidak diingini,” katanya.


Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Ledang Deputi Superintendan Mohamad Salleh Abd Razak ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/06

‘Dia paksa saya keluar malam’


Shah Alam: “Saya tak nak keluar, tetapi dia (teman lelaki) yang paksa keluar jalan-jalan malam minggu. Itu antara ‘alasan’ seorang pelajar perempuan tingkatan empat apabila ditahan bersama teman lelakinya yang juga masih bersekolah di tingkatan tiga oleh anggota polis ketika cuba melarikan diri dari sekatan jalan raya dalam Ops Bersepadu di Dataran Shah Alam, di sini, awal pagi semalam.
Pelajar berusia 16 tahun itu ditahan polis selepas motosikal dinaiki bersama teman lelakinya merempuh pagar besi yang dipasang polis dalam sekatan jalan raya berkenaan.

Ini kerana remaja lelaki terbabit panik selepas menyedari tidak memiliki lesen memandu.
Mereka kemudian ditahan manakala motosikal dinaiki pula disita.

Remaja perempuan yang menetap di Sungai Buloh itu mendakwa, ini adalah kali ketiga dia mengikuti teman lelakinya ke Shah Alam pada malam minggu kerana ingin bersiar-siar memandangkan tidak bersekolah pada hari Ahad.

“Setiap kali hendak keluar, saya memaklumkan kepada ibu dengan alasan hanya keluar bersiar-siar bersama kawan bukannya dengan teman lelaki dan ibu tidak menghalang dengan syarat tidak boleh pulang lewat malam.
Foto
SEORANG penunggang motosikal terjatuh dilanggar rakan selepas cuba lari dari sekatan polis, semalam.
“Saya tahu dia (teman lelaki) tidak memiliki lesen, tetapi tidak sangka akan ditahan polis kerana sebelum ini tiada apa-apa (tidak ditahan polis),” katanya.

Ops Bersepadu yang dijalankan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu diadakan serentak di dua lokasi berasingan iaitu di Persiaran Masjid dan Dataran Shah Alam.
Dalam sekatan berasingan di Persiaran Masjid pula, seorang lelaki berusia 20-an dilanggar rakan sendiri sebaik terbabas ketika cuba melarikan diri dengan melawan arus selepas menyedari dikepung polis.

Ketika kejadian, lelaki terbabit bersama beberapa rakannya cuba mengelakkan diri daripada ditahan, tetapi berlaku perlanggaran antara mereka sebelum dia terjatuh selepas dilanggar rakannya yang gagal mengelak dan akhirnya ditahan.

Sementara itu, Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam IPD Shah Alam Deputi Superintendan Goh Lee Shen berkata, dalam operasi bermula jam 12 malam dan berakhir enam jam kemudian, 139 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan dan 53 motosikal disita.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas 200 motosikal yang disita, kami mendapati pemiliknya melakukan pelbagai kesalahan antaranya cukai jalan tamat tempoh dan mengubah suai ekzos.

“Daripada jumlah itu, seramai 34 remaja bawah umur ditahan kerana menunggang motosikal tanpa lesen memandu sah di mana ibu bapa, penjaga atau pemilik boleh dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/06

Pelancong Poland dirogol di India


New Delhi: Seorang wanita Poland menjadi mangsa rogol terbaru membabitkan pelancong ketika menjelajah India, semalam.

Jurucakap polis Rajan Bhagat berkata, kejadian berlaku ketika wanita berusia 33 tahun itu menaiki teksi bersama anaknya dari kediaman mereka di Mathura, Khamis lalu, sebelum dirogol pemandu teksi terbabit.


Katanya, anak mangsa berusia dua tahun. Difahamkan, pemandu itu memberi mangsa dadah ketika mereka menempuh perjalanan sejauh 150 kilometer berkenaan.



Pemandu teksi terbabit dipercayai melakukan serangan seksual sebaik saja mangsa tidak sedarkan diri.


Bhagat berkata, selepas tersedar beberapa jam kemudian wanita itu mendapati dirinya berada di luar sebuah stesen kereta api di New Delhi manakala anaknya menangis di sisinya.


“Kes masih disiasat namun setakat ini nampaknya walaupun wanita itu menaiki teksi berkenaan secara sukarela, dia kemudian diberi dadah dipercayai disembur ke mukanya menyebabkannya pengsan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/06

Separuh bogel buru baju percuma


Rom: Ratusan pembeli yang hanya berpakaian dalam sanggup beratur berjam-jam lamanya dengan harapan mendapat baju percuma dan diskaun daripada rangkaian pakaian kasual Sepanyol, Desigual.

Parti Separa Bogel dianjurkan Desigual itu menjanjikan pakaian percuma untuk 100 pelanggan pertamanya bagi jualan murah yang bermula jam 8 pagi di Turin dan Rome.


Ada yang mula beratur sejak malam sebelumnya, malah mereka yang tiba pada jam 3 pagi sekali pun tidak berjaya mendapat tempat dalam kalangan 100 pertama dijanjikan pakaian percuma.

Bagaimanapun, semua yang hadir tetap diberi diskaun separuh harga.


Parti seumpama itu yang pertama kali dianjurkan Desigual pada 2005 pernah diadakan di Madrid, Barcelona dan bandar lain di Sepanyol, selain bandar raya lain di Eropah seperti London, Berlin, Paris Amsterdam serta Lisbon.


Parti sedemikian juga pernah diadakan di Jepun dan New York.

Lebih 10,000 orang menyertai semua parti itu.


Parti Separa Bogel Desigual juga akan diadakan minggu depan di Paris.

Untuk mendapatkan pakaian percuma, peserta bukan saja perlu hadir dalam keadaan separuh bogel, malah dikehendaki menyertai lumba lari sejauh 100 meter. Ketika parti sama di London pada 2011, ada peserta mula beratur sejak jam 11 malam semata-mata mahu menjadi antara 100 pelanggan pertama pada jam 9 pagi keesokannya, malah sanggup meredah hujan dan angin sejuk untuk acara yang diadakan pada musim panas itu.


Peserta parti 2011 itu turut dihiburkan kumpulan Australia Set Sail selain diberi beg hadiah sepanjang mereka beratur.


Hasilnya, 100 yang pertama mendapat baju dan seluar percuma manakala yang lain mendapat diskaun 50 peratus bagi koleksi musim panas Desigual. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/06

Belasah sampai mati


Miri: Seorang pelajar lelaki sebuah universiti swasta dibelasah sehingga mati oleh penjenayah dipercayai bersenjatakan batang besi yang memecah masuk rumahnya di Desa Senadin di sini, kelmarin.

Kejadian menimpa mangsa berusia 20 tahun itu hanya disedari seorang rakannya yang bertandang ke rumah sewa berkenaan pada jam 2 petang dan menemui pelajar itu terbaring berlumuran darah.


Sumber berkata, pencuri mengumpil tingkap ketika mangsa berseorangan di rumah.



“Perbuatan itu disedari mangsa menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka dan penjenayah dipercayai memukul mangsa bertalu-talu dengan sebatang besi menyebabkan mangsa mengalami pendarahan teruk,” katanya.


Rakan mangsa yang datang bertandang pada awalnya menyangka rakannya itu sedang tidur tetapi kemudiannya terkejut apabila melihat darah pada tubuh lelaki berkenaan.


“Rakannya menghubungi polis dan mangsa yang sudah meninggal dunia dibawa ke Hospital Miri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.15 petang dan sepasukan polis dihantar untuk menjalankan siasatan.


Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan pembunuhan mangsa bermotifkan rompakan berikutan polis menemui beberapa kesan termasuk tingkap diumpil selain pintu utama dipecahkan.

“Polis turut menemui besi dipercayai digunakan penjenayah untuk memukul mangsa di dalam rumah berkenaan,” katanya. Bagaimanapun katanya, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti motif sebenar pembunuhan pelajar berkenaan.


“Justeru, polis sudah merekodkan keterangan daripada rakan mangsa bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/06

Tikam berulang kali hingga mati


Johor Bahru: Pendarahan teruk akibat tikaman berulang kali dikenal pasti sebagai punca kematian dua beranak yang ditemui mati berlumuran darah di dalam bilik pangsapuri berhampiran sebuah pasar raya di Tampoi, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, laporan bedah siasat mengesahkan terdapat kesan tikaman ke atas kedua-dua mangsa hingga menyebabkan pendarahan teruk dan mengakibatkan kematian.


Menurutnya, ketika menjalankan pemeriksaan di rumah mangsa, pihaknya turut menemui pisau dan gunting sebelum merampas barangan terbabit.



“Proses bedah siasat selesai dijalankan pada hari mayat terbabit ditemui sebelum kedua-dua mangsa dituntut keluarga mereka untuk disempurnakan. “Pada masa sama, usaha memburu dua lelaki warga Pakistan dipercayai terbabit dalam kes ini giat dijalankan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/0

‘Osama Russia’ sasar penonton Olimpik

Moscow: Atlet dan penonton dari Britain akan menjadi sasaran ‘Osama bin Laden Russia’ dalam temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk yang dijadual berlangsung di Sochi, Russia bulan depan.
Maklumat itu diperoleh sumber Perkhidmatan Perisikan Keselamatan Kanada dan sudah dikongsi dengan agensi rahsia Britain.

Berdasarkan rancangan asal, Doku Umarov menggesa pengikutnya melancarkan serangan itu ketika “sukan syaitan” berkenaan berlangsung.
Justeru agensi keselamatan Kanada dan Britain menganggap Umarov sebagai berpotensi membawa ancaman keganasan dalam temasya sukan berkenaan. Umarov, 49, adalah pemimpin jihad Chechen yang didakwa bertanggungjawab dalam dua serangan pengebom berani mati di Volgograd pada Krismas lalu.

Dia memimpin Imarat Kavkaz, iaitu kumpulan bersenjata yang berjuang untuk melaksanakan pemerintahan Islam di Caucasus Utara Russia.

Wilayah bergunung-ganang itu terletak bersempadan dengan Sochi. Umarov digelar sebagai Osama Russia kerana mengikut ideologi al-Qaeda dalam perjuangannya. Sumber keselamatan berkata, menurut perspektif Umarov, setiap kepentingan Israel, AS dan Britain halal untuk dijadikan sasaran. “Kepemimpinan Umarov semakin kukuh tetapi wujud keraguan setakat mana pengikutnya mampu melaksanakan perintah itu kerana sesetengah daripada mereka adalah muka baru yang kurang berpengalaman,” katanya. Sementara itu sumber keselamatan Britain berkata, perisik MI6 sedang bekerjasama erat dengan agensi Russia untuk menghadapi ancaman berkenaan. - Agensi
Foto
UMAROV
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/06

Wanita Poland mangsa rogol terbaru di India


2014/01/06
 
New Delhi: Seorang wanita Poland diberikan dadah dan dirogol ketika di dalam perjalanan ke ibu negara India bersama anak perempuannya berusia dua tahun, kata polis semalam, insiden terbaru serangan seksual terhadap wanita di negara itu.

Wanita berkenaan yang berusia 33 tahun dan anak perempuannya menaiki sebuah teksi dari Mathura menuju New Delhi, Khamis lalu apabila didakwa dirogol pemandu terbabit.


Pemandu berkenaan dikatakan memberi dadah kepada wanita itu ketika di dalam perjalanan sejauh 150 kilometer dan beliau dirogol selepas pengsan, kata jurucakap polis Delhi, Rajan Bhagat kepada AFP.

Beri dadah secara semburan

Wanita itu hanya tersedar dirinya berada di sebuah bangku di sebuah stesen kereta api di New Delhi dengan anak perempuannya menangis di sisi, kata pegawai terbabit sambil menambah maklumat terperinci mengenai kejadian itu masih belum diketahui.

“Belum jelas tetapi prima facie menunjukkan beliau berada (dalam teksi) secara sukarela. Tetapi ya, selepas itu ketika di dalam kereta pemandu teksi itu memberikannya dadah secara semburan dan laporan perubatan mengesahkan mangsa dirogol,” katanya.

Wanita yang namanya tidak didedahkan atas alasan perundangan melaporkan insiden itu kepada polis yang menjejaki pemandu teksi terbabit, kata Bhagat.
Wanita berkenaan, seorang penganut agama Hindu tinggal di Mathura di Uttar Pradesh sejak tiga tahun lalu dan bekerja dalam perniagaan eksport pakaian, katanya.

Mangsa dan anak perempuannya menunggu teksi di sebatang jalan raya yang sibuk di Mathura untuk ke ibu negara ketika pemandu teksi terbabit menghampiri beliau.

Kejadian 2 Januari itu berlaku kira-kira seminggu selepas India memperingati ulang tahun pertama kematian seorang pelajar mangsa rogol beramai-ramai di sebuah bas di New Delhi dalam satu serangan yang mengejutkan seluruh negara. AFP

Jumlah ibu muda Thailand meningkat


2014/01/06
 
Bangkok: Bilangan ibu muda di Thailand dilaporkan semakin meningkat dan negara itu kini menduduki tempat kedua tertinggi di Asia, lapor The Nation semalam.

Dengan kadar 54 kehamilan daripada setiap 100,000 gadis remaja di bawah usia 18 tahun, angka terbabit meletakkan Thailand di belakang Laos kerana memiliki ramai ibu hamil daripada kalangan belasan tahun, kata seorang pegawai semalam.


Kehamilan bawah 15 tahun

Angka itu berdasarkan laporan Pejabat Statistik Kebangsaan 2013 juga adalah melebihi daripada standard yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Dunia bagi ibu hamil iaitu 15 bagi setiap 100,000 remaja. 

Riyadh catat kes rasuah tertinggi


2014/01/06
Riyadh: Bandar ini mencatat kes rasuah tertinggi di Arab Saudi sementara Jouf paling rendah, menurut satu laporan dikeluarkan kepada media baru-baru ini oleh Suruhanjaya Anti-Rasuah Nasional (Nazaha).

21 peratus di Makkah Akhbar Arabnews melaporkan Riyadh mendaftarkan 25 peratus atau 655 kes, diikuti Makkah pada 21 peratus, Asir (14 peratus), Wilayah Timur (10 peratus), Jazan (8 peratus), Madinah (5.8 peratus), Qassim (3.1 peratus), masing-masing 2.7 peratus untuk Najran, Baha dan Hail, Tabuk (2.4 peratus), Sempadan Utara (1.4 peratus) dan Jouf (0.9 peratus), kata laporan.


48 peratus babit pengurusan

“Kes rasuah paling banyak dilaporkan membabitkan salah pengurusan sebanyak 48 peratus, diikuti salah guna wang awam (17.6 peratus), pemalsuan (14.7 peratus), salah guna kuasa, penggubahan dana awam, nepotisme dan pilih kasih masing-masing pada 4.4 peratus manakala rasuah dan tidak mematuhi jam rasmi bekerja 2.9 peratus setiap satu,” kata laporan itu.

Projek kerajaan mencatat 50 peratus daripada semua laporan, diikuti pelaksanaan perkhidmatan teruk (30 peratus), perkhidmatan kesihatan tidak memuaskan (10 peratus), perkhidmatan jalan raya kurang bermutu (6 peratus), perkhidmatan air tidak mencukupi (2 peratus) dan perkhidmatan bekalan elektrik dan sanitasi tidak teratur pada satu peratus setiap satu, kata laporan.

Rakyat memfailkan 10,479 laporan rasuah dan aduan di mana 75 peratus tidak termasuk dalam pentadbiran Nazaha, 20 peratus dikaitkan dengan pelaksanaan perkhidmatan dan projek yang teruk manakala baki 4.6 peratus membabitkan rasuah kewangan dan pentadbiran, kata laporan.

Kementerian Perbandaran dan Hal Ehwal Luar Bandar mendaftarkan kes rasuah tertinggi pada 37.5 peratus, diikuti Kementerian Dalam Negeri (11.3 peratus), Kementerian Kesihatan dan Pendidikan (9.3 peratus), Pengangkutan (8.3 peratus), Elektrik dan Air (7.2 peratus), Pendidikan Tinggi (2.4 peratus), Kewangan (1.8 peratus), Buruh (1.5 peratus), Perkhidmatan Awam, Industri, Komunikasi dan Teknologi Maklumat pada 1.2 peratus setiap satu manakala Pertanian paling bawah iaitu 0.6 peratus, kata laporan. AGENSI

Cubaan curi empat lembu gagal


Orang ramai memerhatikan empat lembu curi yang disuntik pelali sebelum disumbat dalam sebuah kereta Proton Wira yang ditinggalkan di Kampung Siam, Lunas, Kulim, Kedah, semalam.
KULIM 5 Jan. - Cubaan dua lelaki untuk mencuri empat ekor lembu dengan cara membius sebelum menyumbat kesemua haiwan itu di dalam sebuah kereta semalam, tidak berjaya selepas kenderaan tersebut terpaksa ditinggalkan di Kampung Siam, Lunas di sini kerana rosak.
Kesemua lembu itu disumbatkan di dalam kereta jenis Proton Wira berkenaan yang telah diubah suai di ruang tempat duduk penumpang belakang.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Supritendan Chin Su Song memberitahu, kejadian itu disedari seorang penternak di Sungai Lembu, Bukit Mertajam di sini kira-kira pukul 5 pagi selepas mendapati empat ekor haiwannya hilang.
"Penternak itu kemudian membuat laporan polis dan meminta bantuan rakan-rakannya untuk mencari," katanya di sini hari ini.
Su Song berkata, tidak lama kemudian, rakan mangsa berjaya mengesan kereta tersebut yang berada dalam keadaan mencurigakan berdekatan Plaza Tol Lunas di Lebuh Raya Kulim-Butterworth (BKE).
"Menyedari diekori, suspek yang berusia sekitar 20-an memecut laju. Bagaimanapun, kereta itu mengalami kerosakan dan terpaksa ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Siam, Lunas, kira-kira 15 kilometer dari tempat lembu itu dilaporkan dicuri," katanya.
Menurut beliau, orang ramai yang menjumpai kereta itu kira-kira pukul 7 pagi memaklumkan kepada polis.
Tambahnya, polis percaya suspek menggunakan laluan Sungai Lembu ke Kampung Mengkuang sebelum memasuki BKE.
"Kita sedang mengesan pemilik kenderaan berkenaan. Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya.
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek atau kegiatan curi seumpama itu agar menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim, Asisten Supritendan C. Tharmalingam di talian 04-4906222 bagi membantu siasatan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140106/je_03/Cubaan-curi-empat-lembu-gagal#ixzz2pZUg1nfw
© Utusan Melayu (M) Bhd 

2 ditahan bersama 240 botol arak


KUALA LUMPUR 5 Jan. - Pasukan Polis Marin (PPM) menahan dua lelaki tanpa pengenalan diri serta merampas 240 botol minuman keras dalam 'Ops Taring' di kawasan perairan Sahabat 16 di Lahad Datu, Sabah hari ini.
Kedua-dua lelaki berkenaan ditahan oleh pasukan tersebut yang ketika itu menjalankan operasi menaiki bot peronda RH 8.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui laman sosial Facebook berkata, hasil pemeriksaan terhadap sebuah perahu jongkong yang menggunakan enjin pam menemukan 120 botol minuman keras jenis Tanduay dan 120 botol jenis Red Horse.
"Turut dirampas ialah 40 tong kosong dipercayai digunakan untuk aktiviti penyeludupan minyak dan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM15,000," kata kenyataan PDRM dalam laman sosial itu.
Menurut kenyataan itu, kedua-dua suspek yang ditahan dibawa ke Balai Polis Cenderawasih untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967.
Dalam kes berasingan, menurut kenyataan itu, PPM Sandakan berjaya menahan dua lelaki dalam keadaan mencurigakan semasa membuat tugas rondaan di kawasan pesisir pantai Kampong Tinosa.
"Sebanyak tujuh paket plastik lutsinar berlainan saiz mengandungi dadah jenis syabu dianggarkan seberat 30 gram dijumpai bersama salah seorang suspek hasil pemeriksaan lanjut.
"Kedua-dua suspek ditangkap dan barang kes dibawa ke Balai Polis Sandakan untuk tindakan lanjut.
"Nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM8,000 dan kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952," kata kenyataan tersebut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140106/je_05/2-ditahan-bersama-240-botol-arak#ixzz2pZUTjxu4
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pemilik pusat timbang kelapa sawit disamun RM80,000


SEORANG pekerja menunjukkan senjata tajam yang digunakan oleh penyamun di sebuah pusat timbang kelapa sawit di Serom 6 dekat Sungai Mati, Ledang, Johor, semalam. - Utusan/ISHAK RAHMAD
LEDANG 5 Jan. - Seorang pemilik sebuah pusat timbang kelapa sawit kerugian lebih RM80,000 apabila premis itu dipecah masuk oleh sekumpulan lelaki penyamun yang menyamar sebagai 'polis' di Serom 6, Sungai Mati, dekat sini awal pagi ini.
Dalam kejadian pukul 3 pagi itu, kumpulan terbabit memecah masuk bahagian pejabat dan melarikan wang tunai RM72,000, seutas jam tangan berjenama, dua kamera litar tertutup (CCTV) dan 10 telefon bimbit milik pekerja asing di pusat timbang itu.
Pemiliknya, Lim Seng Liu berkata, wang tunai RM70,000 itu adalah bayaran bulanan untuk kira-kira 200 pekebun sawit yang menjual hasilnya di situ dan biasanya dibayar pada tarikh 5 hari bulan setiap bulan dan selebihnya gaji pekerjanya.
"Mereka mengambil masa kira-kira 20 minit menggeledah tiga tempat simpanan wang itu. Mereka menggunakan segala peralatan yang ada di pusat timbang ini seperti kuku kambing dan batang besi untuk memecahkan mangga serta mengumpil masuk.
"Biasanya saya membayar hasil jualan pekebun pada hari yang sama wang dikeluarkan. Namun disebabkan tarikh 5 hari bulan bagi bulan ini jatuh pada Ahad dan bank tidak beroperasi hari ini, wang diambil Jumaat lalu dan disimpan di pejabat," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Seng Liu berkata, kumpulan penjenayah berkenaan tidak masuk melalui pintu hadapan yang ditutup pukul 8 malam setiap hari, tetapi menggunakan pintu kedua di sebelah kanan dan agak menghairankan kerana tiga ekor anjingnya tidak menyalak semasa kejadian.
Beliau hanya mengetahui kejadian itu kira-kira pukul 4.30 pagi selepas dimaklumkan oleh salah seorang daripada tujuh pekerjanya yang berasal dari Lombok, Indonesia sebelum membuat laporan di Balai Polis Sungai Mati, sejam berikutnya.
Seorang pekerjanya yang hanya mahu dikenali sebagai Rudy, 33, berkata, semasa kejadian tiga daripada mereka tidur di rumah pekerja, tiga di kabin yang diubah suai menjadi tempat tidur serta seorang lagi di dalam lori.
Katanya, sebaik sahaja tersedar, lehernya telah diacukan parang oleh penjenayah yang mengaku sebagai 'polis'.
"Mereka mengejutkan kami seorang demi seorang sebelum dikumpulkan di dalam sebuah bilik serta tangan diikat menggunakan kain pelikat, tali dan wayar.
"Kesemua suspek bersenjatakan parang, sabit dan hanya seorang bertopeng, manakala semasa kejadian mereka menutup lampu dan hanya menggunakan lampu suluh.
"Kumpulan penjenayah itu menggeledah pejabat dan setelah selesai, seorang daripadanya menelefon rakan mereka serta meminta sebuah kenderaan datang membawa mereka pergi," katanya.
Rudy percaya, kumpulan suspek tersebut adalah warga tempatan berdasarkan loghat digunakan dan mereka bersyukur kerana tidak diapa-apakan.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Ledang, Deputi Supritendan Mohd. Salleh Abd. Razak ketika menghubungi mengesahkan kejadian tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140106/je_06/Pemilik-pusat-timbang-kelapa-sawit-disamun-RM80000#ixzz2pZUBGZWe
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pemandu jentera berat ditembak


KAKITANGAN hospital membawa mangsa tembakan dari Kampung Kuala Menjing, Hulu Terengganu untuk rawatan lanjut di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, malam kelmarin.
KUALA TERENGGANU 5 Jan. - Seorang pemandu jentera berat nyaris maut selepas ditembak dua kali di perut berhampiran rumahnya di Kampung Kuala Menjing, Hulu Terengganu, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, mangsa yang baru pulang dimaklumkan oleh abangnya tentang kehadiran dua lelaki yang mencarinya, sedang menunggu di luar rumah.
Mangsa berusia 28 tahun yang merasa curiga keluar dengan memegang parang dan terus meluru ke arah suspek lalu menetak bonet dan cermin kereta yang dinaiki mereka.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, salah seorang suspek kemudian melepaskan dua das tembakan dari dalam kereta hingga menyebabkan mangsa rebah sebelum mereka melarikan diri.
"Mangsa yang masih bujang itu dikejarkan ke Hospital Kuala Berang oleh keluarganya sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk pembedahan mengeluarkan peluru hari ini.
"Keadaan mangsa stabil dan kini sudah boleh bercakap. Mangsa mengatakan tidak mengenali suspek, bagaimanapun kita akan terus menyoal mangsa untuk maklumat terperinci," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut Manoharan, polis masih menyiasat punca kejadian dan akan mengesan beberapa lagi suspek yang mungkin terlibat dalam kejadian itu.
Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu berkait rapat dengan urusan jual beli dadah.
"Siasatan juga mendapati nombor pendaftaran kereta Perodua Kelisa yang dinaiki oleh suspek berusia antara 20 ke 30 tahun juga palsu.
"Sehubungan itu, polis telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat secara mendalam kejadian ini," katanya yang memberitahu, kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 Akta Senjata Api.
Sementara itu, seorang penduduk kampung, Ahmad Yusuf, 56, berkata, kejadian tembakan itu merupakan pertama kali berlaku di kawasan tersebut sejak lebih 35 tahun tinggal di sana.
"Kira-kira pukul 11 malam, saya lihat banyak kereta polis. Saya terkejut sebaik sahaja dimaklumkan berlaku kejadian tembak di rumah mangsa," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140106/je_07/Pemandu-jentera-berat-ditembak#ixzz2pZTeoM5h
© Utusan Melayu (M) Bhd