Kota Bharu: Tindakan seorang guru mahu meraih pendapatan tambahan dengan menjual ‘pistol tiruan’ menerusi laman sosial Facebook membawa padah selepas ditahan polis dalam ‘Ops Cantas Khas’, kelmarinDifahamkan, guru lelaki berusia 27 tahun itu ditahan di hadapan sebuah kedai runcit di Jalan Pasir Mas-Salor, jam 1.30 tengah hari selepas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan menerima maklumat orang awam.