Search This Blog

Friday, January 3, 2014

'Tiba-tiba sahaja arwah rebah'

'Tiba-tiba sahaja arwah rebah'2 Januari 2014

Rakan-rakan sekerja Nor Aima tidak menyangka arwah pergi pada hari pertama persekolahan dibuka, semalam. Gambar kecil: Arwah Nor Aima

KEMAMAN – “Secara tiba-tiba arwah rebah ketika sedang pujuk seorang murid yang menangis sewaktu berbaris,” kata rakan guru Tadika Kemas Meraga Beris, Kijal, Nor Aima Sulong, 43, yang meninggal dunia pada hari pertama persekolahan 2014, semalam.

Che Wan Ajariah Che Wan Ariffin, 30, yang juga guru Pintar Quran berkata, kejadian kira-kira jam 8.30 pagi ketika murid sedang berhimpun di dalam kelas itu mengejutkannya dan ibu bapa yang berada bersama anak masing-masing.

Nor Aima, yang juga Setiausaha Wanita Umno Cawangan Meraga Beris, disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Kijal, kira-kira jam 9.45 pagi akibat serangan jantung.

Che Wan Ajariah berkata, seorang ibu murid memberitahunya Nor Aima jatuh dan tidak sedarkan diri.

“Dia sedar selepas saya renjis air ke mukanya, tetapi beberapa minit kemudian dia pengsan kembali. Keadaan itu berlanjutan sampai tiga kali.

“Pihak Tadika menghubungi suaminya dan apabila suami arwah tiba, kami segera bawa arwah ke Klinik Kesihatan Kijal.

“Saya ada bersama arwah semasa dalam kereta dan waktu itu dia mengadu sakit pinggang dan sesak nafas sambil menggosok-gosok dadanya,” katanya.

Bagaimanapun, ketika tiba di persimpangan lampu isyarat dekat Balai Polis Kijal, kira-kira dua kilometer dari klinik, Nor Aima tiba-tiba kejang.

“Saya ajarnya mengucap, tapi tiada respons, namun nafasnya masih kedengaran sehinggalah kami sampai di klinik.

"Selepas kira-kira setengah jam dirawat, doktor mengesahkan dia meninggal dunia,” katanya.

Mayat Nor Aima, ibu kepada tiga anak berusia 15, 11 dan 4 tahun itu, dihantar ke Hospital Kemaman di Chukai, untuk dibedah siasat.


Arwah lebih banyak diam

Che Wan Ajariah berkata, Nor Aima kelihatan lebih banyak berdiam diri sejak Isnin lalu.

“Semasa melakukan persediaan untuk menerima murid baru dua hari lalu di Tadika, dia tak banyak bercakap dan mukanya nampak pucat,” katanya.

Sementara itu, guru kelas jahitan Kemas, yang juga Ketua Wanita Umno Cawangan Meraga Beris, Saadiah Mat Amin, 58, memberitahu, dia hairan apabila arwah tidak banyak bercakap dan kelihatan tidak bermaya.

“Bangunan kelas saya dan kelasnya bersebelahan. Dua hari lalu (Isnin), saya pergi ke kelasnya untuk berbincang mengenai pelantikan ahli-ahli Biro Wanita Umno Cawangan. Saya minta dia buat surat jemputan mesyuarat, tapi anehnya dia suruh saya uruskan sendiri perkara itu.

“Biasanya apabila diminta buat apa-apa kerja, dia akan buat sendiri," katanya.

Nor Aima menjadi Setiausaha Umno Cawangan sejak 23 tahun lalu.

"Dia pekerja parti yang sangat taat. Pemergian arwah merupakan kehilangan besar buat Umno dan saya buntu kerana orang seperti arwah sukar dicari ganti,” katanya.


Suami terkejut arwah pergi

Kamarudin Salim, 41, berkata, pemergian isterinya itu satu dugaan besar buat keluarganya kerana arwah meninggal dunia dalam keadaan sihat.

“Sebelum ini isteri tak pernah mengadu dia sakit apa-apa dan tak menunjukkan sebarang perubahan pelik. Sebab itu saya sangat terperanjat apabila pihak Tadika menghubungi saya jam 9 pagi dan beritahu isteri tak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik, Hospital Kemaman, semalam.

Sementara itu, Penyelia Perhubungan Kemas Kawasan Dun Kijal, Razali Selamat berkata, arwah tidak pernah memohon cuti sakit sebelum ini dan merupakan seorang guru yang sangat berdedikasi.

Jenazah arwah dituntut keluarga selepas solat Asar dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Meraga Beris.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, hasil bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung.

Kereta mewah Tan Sri hangus

Kereta mewah Tan Sri hangus3 Januari 2014

Ketika kejadian...Api marak membakar tiga buah kenderaan yang diletakkan di garaj. Gambar: Ihsan Bomba dan Penyelamat Selangor

SUBANG JAYA – Tiga kenderaan yang diletakkan di garaj kediaman bekas Presiden Hakim Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff di SS12, dekat sini hangus terbakar dalam kejadian, awal pagi semalam.

Kejadian kira-kira jam 6 pagi itu turut menyebabkan sebahagian daripada rumah didiami mangsa bersama isteri dan seorang anak lelaki musnah, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Jiran mangsa, Chandrasekaran berkata, pada mulanya dia menyangka rumah jirannya dimasuki pencuri selepas terdengar jeritan meminta tolong.

Tidak lama selepas itu, Chandrasekaran mendapati asap tebal memenuhi rumahnya menyebabkan dia bingkas bangun mengejutkan lima ahli keluarga yang nyenyak tidur.

Ketika itu katanya, bekalan elektrik sudah terputus dan dia terpaksa memecahkan pintu pagar automatik untuk keluar menyelamatkan diri.

“Memang keadaan gelap ketika itu, saya sedar kebakaran berlaku dan segera mengejutkan isteri dan anak-anak,” katanya.

Jelasnya, kebakaran turut menyebabkan kereta dan dua motosikal miliknya rosak terkena api marak dari rumah sebelah.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohamad Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan orang ramai pada jam 6.50 pagi.

Lima jentera bersama 42 anggota tiba di tempat kejadian lima minit selepas itu, api berjaya dikawal dalam tempoh 30 minit.

Beliau berkata, tiga kereta yang hangus termasuk jenis Honda CRV, Peugeot dan Audi.

Api dikatakan bermula dari bahagian depan dan marak membakar ketiga-tiga kereta berkenaan tetapi hanya bahagian depan rumah tingkat bawah dan atas kediaman dua tingkat yang hangus dalam kejadian itu.

“Bomba masih menjalankan siasatan berhubung punca kejadian dan jumlah kerugian masih belum dapat dipastikan,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chua memberitahu Sinar Harian, polis menolak wujudnya unsur khianat yang menyebabkan kejadian berlaku.

Beliau berkata, penghuni rumah memaklumkan ia berkemungkinan terjadi akibat masalah pendawaian yang berlaku di salah sebuah kenderaan.

Remaja dakwa dirogol bapa tiri


3 Januari 2014
AB RAHIM
AB RAHIM
KUALA KRAI – Seorang penoreh getah ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam untuk siasatan lanjut berhubung kes rogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang juga merupakan anak tirinya.
Suspek berusia 39 tahun itu ditahan di kediamannya di Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Mengkebang kira-kira jam 1.15 petang 1 Januari 2013 selepas mangsa membuat laporan polis pada 31 Disember 2013.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Ab Rahim Che Ghani berkata, mangsa mendakwa dirogol bapa tirinya sekitar jam 2.30 pagi November 2013 ketika mangsa berada di bilik tidurnya.

Menurutnya, kerana tidak tahan dengan suspek yang didakwa melakukan perbuatan tersebut sejak mangsa masih berusia 10 tahun, remaja perempuan itu telah menyerahkan sepucuk surat kepada adiknya berusia 8 tahun pada kira-kira jam 8 pagi, 3 Disember lalu.

"Siasatan awal polis mendapati mangsa merupakan anak sulung daripada lima beradik telah menyerahkan surat kepada ibunya melalui adiknya, ketika bapa tirinya keluar menoreh getah untuk memaklumkan kejadian yang berlaku ke atas dirinya.

"Dalam surat tersebut, mangsa memaklumkan rasa takut sekiranya dirinya mengandung akibat perbuatan bapa tirinya. Mangsa juga meminta ibunya membuat pilihan sama ada masih ingin tinggal bersama bapa tirinya yang dipanggil papa dan dia pula mahu tinggal bersama datuknya jika ibunya tinggal bersama lelaki itu," katanya.

Ab Rahim berkata, ibu mangsa kemudiannya bertanyakan lebih lanjut mengenai kejadian yang berlaku ke atas diri mangsa.

Katanya, mengikut maklumat diterima, perlakuan suspek ke atas mangsa boleh dikatakan berlaku seminggu sekali setiap kali ibu dan adik-adiknya sedang nyenyak tidur pada waktu tengah malam.

"Mengikut aduan mangsa, kali terakhir dia dirogol adalah pada dua minggu sebelum cuti penggal akhir persekolahan tahun 2013 pada waktu dan tempat yang sama.

"Berdasarkan aduan mangsa, layanan bapa tiri terhadapnya baik di depan keluarga dan orang lain termasuk tidak pernah dipukul, tetapi dimarahi sekiranya membuat salah kepada adiknya," katanya.

Tambah Ab Rahim, mangsa kurang berkomunikasi dengan bapa tirinya dan sering bersikap tidak endah apabila ditanya atau ketika bercakap dengan suspek.

Menurutnya, mangsa mendakwa jarang keluar bersama rakan-rakannya dan tidak mempunyai teman lelaki serta tidak pernah melakukan hubungan seks.

"Berdasarkan laporan pemeriksaan dari Hospital Kuala Krai, terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa, namun tiada kecederaan lain," katanya.

Kereta rempuh pejabat JKM

Kereta rempuh pejabat JKM3 Januari 2014

Pemandu kereta Perodua Myvi hilang kawalan sebelum merempuh bahagian depan pejabat.

LEDANG - Suasana tenang pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Ledang di Jalan Ab Ghani, di sini, bertukar kecoh apabila sebuah kereta dipandu seorang wanita tiba-tiba terbabas dan merempuh pintu hadapan bangunan berkenaan, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 10 pagi itu mengejutkan 12 kakitangan dan tiga pelanggan yang sedang berurusan di jabatan terbabit, sebelum lari menyelamatkan diri.

Susulan pelanggaran itu, pintu kaca bahagian kanan pejabat yang menempatkan ruang rehat dan makan pecah, manakala hadapan kereta terbabit memasuki ruang premis berkenaan.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Ledang, Ab Gani Ab Bakar berkata, beliau terdengar bunyi dentuman kuat semasa berada di tingkat atas pejabat seterusnya segera turun ke tingkat bawah untuk mengetahui perkara sebenar.

“Pada mulanya, saya sangka bunyi tembakan, tetapi terkejut lihat kaca berselerakan dan sebuah kereta Produa Myvi rempuh pintu pejabat.

“Mujur semasa kejadian tiada kakitangan yang berada dalam bilik itu kerana mereka bersarapan lebih awal berbanding kebiasaannya iaitu sekitar jam 10 pagi,” katanya.

Ab Ghani berkata, kereta terbabit dipandu seorang wanita berusia lingkungan 20an secara sendirian.

Katanya, wanita terbabit yang tidak mengalami sebarang kecederaan pada mulanya meletakkan kereta di hadapan pejabat sebelum pergi ke sebuah kedai berhampiran.

“Selepas menghidupkan enjin kereta, wanita itu tertekan pedal minyak kenderaan transisi automatik berkenaan sebelum ia bergerak laju lalu merempuh pintu premis tersebut.

“Kita terpaksa menenangkan mangsa yang kelihatan terkejut dan ketakutan selepas insiden itu,” katanya.

Sambutan tahun baharu dicemari aktiviti maksiat

Sambutan tahun baharu dicemari aktiviti maksiat2 Januari 2014

Dikatakan wanita ini bersama kekasihnya sudah menginap di hotel bajet berkenaan sejak empat hari lalu.

SUNGAI PETANI - Acara sambutan Tahun Baru 2014 di daerah ini disambut dengan cara sederhana berkonsepkan Islamik anjuran Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) bertujuan mengajak remaja Islam mendekatkan diri ke arah matlamat hidup yang jelas seiring dengan tuntutan agama.

Bagaimanapun, saranan yang dilakukan pihak berkuasa tempatan itu hanya dipedulikan sebahagian kecil masyarakat yang menghayati nasihat menerusi forum agama yang diadakan di Dataran Zero Kilometer sedangkan sebilangan kecil lagi masih terjebak ke lembah maksiat.

Operasi cegah maksiat

Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Sheikh Radzi Abd Mutalib yang mengetuai operasi cegah maksiat berkata, sebanyak lima pasangan kekasih dicekup sekitar Sungai Petani manakala dua pasangan lagi dicekup di sekitar Gurun.

Operasi yang turut mendapat kerjasama 30 anggota penguatkuasa dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Cawangan Penyiasatan Khas Angkatan Tentera Malaysia, Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dan Yan serta MPSPK itu juga mengesan empat individu didapati positif dadah.

Tukang urut kena cekup

Dalam sebuan yang dilakukan dekat sebuah motel berdekatan Taman Patani Jaya, seorang wanita Melayu berusia 32 tahun dipercayai tukang urut sedang melayan pelanggannya iaitu pemandu teksi dari Butterworth bukan beragama Islam berusia 52 tahun.

Ketika diserbu, lelaki warga emas berkenaan yang disyaki kekasihnya turut mengakui pernah ditahan dalam serbuan berlainan dengan pasangan sama di Pulau Pinang pada 2012.
Wanita tersebut yang diminta menjalankan ujian air kencing, disahkan positif dadah.

Sementara itu, sepasang kekasih berusia 26 dan 29 tahun yang dicekup, mengaku sudah berkahwin namun gagal mempamerkan dokumen pernikahan yang sah.

Mereka yang diambil keterangan secara berasingan oleh penguatkuasa kemudian gagal mengesahkan tarikh pernikahan setelah disoal siasat di lokasi berasingan.

Ujian air kencing ke atas kedua-dua pasangan kekasih tersebut, mendapati wanita berusia 26 tahun yang bekerja di sebuah pasaraya di Sungai Petani itu positif dadah.

Seperti suami isteri

Operasi kemudian diteruskan ke sebuah hotel bajet dekat Taman Ria Jaya mendapati sepasang kekasih sedang nyenyak tidur dalam keadaan berpelukan seolah-olah seperti pasangan suami isteri.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin berkata, ketika pintu diketuk, bilik yang dihuni pasangan terbabit tidak berkunci.

“Anggota penguatkuasa yang membuat pemeriksaan mendapati, wanita dari Taman Sejati yang hanya berseluar dalam dan menyarungkan baju-T sedang berpelukan di atas katil bersama kekasihnya berusia 27 tahun dikatakan berasal dari Kelantan dan bekerja di Shah Alam.

“Apabila disoal siasat mendapati kedua-duanya bukan mahram dan mengakui sudah bermalam di bilik berkenaan sejak empat hari lalu,” katanya.

Katanya, kesemua enam pasangan (kecuali lelaki bukan beragama Islam) yang berada dalam keadaan bersekedudukan, bersembunyi atau bersama wanita bukan mahram ditahan mengikut Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah) 1988.

Menurutnya, hukuman denda RM2,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya atau ditahan di rumah kebajikan selama tiga tahun boleh dikenakan sekiranya didapati bersalah.

Mak andam jalin hubungan terlarang

Menurutnya, operasi turut diperluaskan ke sekitar Gurun yang bertumpu di lokasi panas yang sering mendapat aduan penduduk. Dalam serbuan di sebuah hotel bajet mendapati pasangan sejenis yang dipercayai menjalinkan hubungan terlarang ditahan dalam operasi berkenaan.

Mak andam berusia 31 tahun dari Jitra itu mendakwa memiliki tiga buah butik pengantin dan baru sahaja selesai menyolek pelanggan yang akan menghadiri sebuah majlis makan makan.

“Dikatakan akibat letih, dia yang ditemani ‘kekasihnya’ terpaksa bermalam di bilik hotel tersebut berikutan mempunyai tugasan perniagaan lain keesokan pagi di lokasi berdekatan,” katanya.

Soal siasat kepada kedua-duanya mengakui menjalinkan hubungan terlarang itu sejak 2004.

Bagaimanapun, saringan air kencing juga mendapati, kedua-duanya positif dadah dan dibawa ke balai polis berdekatan untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, katanya, beberapa pasangan yang ditemui dalam keadaan mencurigakan di beberapa lokasi panas turut diberi amaran oleh anggota penguatkuasa.

Pelajar sekolah agama maut dalam nahas di Baling


3 Januari 2014

BALING - Seorang pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Agama Diniah, Kupang maut apabila motosikalnya terbabas ketika dia cuba memotong sebuah kereta di Kampung Landak Hilir, Jalan Baru Kupang-Gerik petang semalam.

Qiamuddin Abdullah dilaporkan terseret hampir 20 meter dan meninggal di tempat kejadian dalam kemalangan kira-kira 1.35 petang itu.

Ketua Polis Baling, Suptritendan Mat Daud Hasan berkata mangsa dalam perjalanan pulang dari sekolah ke rumahnya di Gerik.

Bapa mangsa Abdullah Hamad, 53, berkata anaknya yang juga merupakan pengawas sekolah terpaksa menunggang motosikal untuk ke sekolahnya di Kupang yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Gerik.

Mayatnya dikebumikan malam tadi.

Menurut polis, pelajar tersebut merupakan mangsa pertama yang maut dalam nahas di Baling tahun ini. - Bernama

3 lelaki termasuk konstabel didakwa rompak pelajar


3 Januari 2014

KUALA LUMPUR - Tiga lelaki termasuk seorang konstabel polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap seorang pelajar kolej, Disember lepas.
 
Konstabel Md Harris Abd Rashid, Azly Abd Aziz dan Rozali Ahmad bersama-sama tiga lagi yang masih bebas didakwa merompak sebuah telefon bimbit jenis iPhone 5 milik Farith Rayyen Akop, 19, di sebuah bilik hotel di Jalan Cheras, di sini, pada 12.45 tengah malam 25 Dis lepas.
 
Md Harris, 35, dari Ibu Pejabat Polis Serdang; Azly, 33, kontraktor dan Rozali, 30, pekerja di syarikat pembinaan, didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
 
Hakim Ahmad Bache membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Feb untuk sebutan semula kes.
 
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Ahmad Poad manakala Azly diwakili peguam Mohammad Arifin Abdul Wahab dan Harris diwakili peguam Mohamad Zaidi Ismail. Rozali tidak diwakili peguam.  - Bernama

Dua didakwa bunuh anak

Dua didakwa  bunuh anakMohd Imran (kiri) dan Norhidayah didakwa di Mahkamah Masjistret atas tuduhan membunuh anak sendiri.

Johor Bahru: Seorang bapa bersama teman wanitanya didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan membunuh anak lelakinya berusia tiga tahun, bulan lalu.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada Mohd Imran Mohd Ramly, 31, dan Norhidayah Mamid, 27, yang didakwa membunuh Mohd Aqeef Adam.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.


Mohd Imran dari Kampung Paya Renggoh, Johol, Negeri Sembilan, bekerja sebagai pengurus sebuah syarikat, manakala Norhidayah dari Taman Lagenda Putra, Kulaijaya, tidak mempunyai pekerjaan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohd Imran dan Norhidayah, didakwa bersama-sama melakukan perbuatan itu antara jam 12 tengah malam pada 16 Disember lalu hingga 6.45 petang 19 Disember di apartmen Seri Putera, Jalan Meranti 7, Bandar Putra di Kulaijaya.


Meninggal akibat didera
Kedua-dua suspek pada mulanya membawa mangsa ke sebuah klinik untuk rawatan tetapi diminta menghantarnya ke Hospital Kulaijaya berikutan kecederaan parah.

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital berkenaan pada 19 Disember lalu dan laporan bedah siasat mendapati kematian akibat didera.

Majistret Salina Omar menetapkan 5 Februari depan untuk sebutan semula kes bagi membentangkan laporan kimia dan bedah siasat.

Dua beranak ditemui mati dibunuh

Dua beranak ditemui  mati dibunuhPatmavathy dan Suba dibunuh dalam bilik di sebuah kondominium di Tampoi. 


Johor Bahru: Seorang lelaki yang pergi ke rumah ibunya selepas gagal menghubungi melalui telefon, menemui mayat seorang wanita bersama adik lelakinya, dipercayai mangsa bunuh dalam bilik kondominium mereka di Tampoi di sini, semalam.

Mayat dua beranak itu ditemui kira-kira jam 1 pagi berlumuran dengan kesan tikaman di beberapa anggota badan dalam sebuah bilik kondominium berkenaan.

A T S Patmavathy, 64, dan anaknya, S Suba, 40, yang bekerja sebagai pembekal pekerja asing, dipercayai dibunuh dalam tempoh 24 jam sebelum mayat mereka ditemui S Raja, 48.


Mayat dua beranak itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.

Raja, yang tinggal di Desa Cemerlang, dekat sini, berkata selepas beberapa kali gagal menghubungi ibunya sejak kelmarin, dia membuat keputusan pergi ke kediaman wanita itu.

“Selepas beberapa kali panggilan telefon tidak dijawab, saya mula bimbang dengan keselamatan ibu dan adik, lalu pergi ke rumah mereka dan mendapati pintu rumah tidak berkunci.

Kesan darah

“Saya masuk ke dalam rumah dan terkejut apabila melihat keadaan rumah berselerak, selain kesan darah di ruang tamu sebelum ternampak mayat ibu dan adik dalam keadaan terbaring berlumuran darah dalam sebuah bilik,” katanya.

Raja berkata, dua lelaki warga asing yang tinggal bersama ibu dan adiknya di kondominium berkenaan turut menghilangkan diri.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim, berkata siasatan awal mendapati dua pekerja asing berusia 30-an tinggal bersama dua beranak itu.

Bagaimanapun, katanya, kedua-dua warga asing itu menghilangkan diri dan usaha sedang dilakukan untuk mengesan mereka bagi membantu siasatan.

Kes itu diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kritikal kena 5 tembakan


2014/01/03
 
Kulim: Seorang pemilik kafe hiburan masih mampu berlari kira-kira 80 meter selepas terkena sekurang-kurangnya lima das tembakan di badan, tangan dan kaki di premis miliknya di Taman Kempas di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, mangsa yang berusia 45 tahun, ditembak dua lelaki bermotosikal ketika duduk berseorangan di sebuah meja yang diletakkan di kaki lima premis berkenaan.


Dia yang terkejut apabila lelaki terbabit melepaskan tembakan, terus melarikan diri ke belakang kafe untuk menyelamatkan diri sebelum rebah dan pengsan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh, berkata beberapa pelanggan premis itu yang menyedari kejadian berkenaan, kemudian meninjau sekitar premis sebelum mendapati motosikal dinaiki dua lelaki beredar.

Syabu dalam pelapik kasut

Syabu dalam pelapik kasutChik Omar (dua dari kiri) menunjukkan 1 daripada 14 pasang kasut dirampas yang diisi dadah jenis syabu pada sidang media di Kompleks Kastam KLIA. Sepang: Dua wanita warga China ditahan kerana menyeludup masuk dadah secara berasingan melalui Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini, Isnin dan Selasa lalu.

Wanita berusia 19 tahun dan 29 tahun itu, masing-masing ditahan pada jam 2.15 pagi Isnin dan 1.30 pagi Selasa, bersama 6.1 kilogram dan tiga kilogram serbuk putih dipercayai syabu bernilai RM1.6 juta.

Pengarah Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Datuk Chik Omar Chik Lim, berkata tangkapan pertama dilakukan ke atas wanita yang menaiki penerbangan dari Shenzhen, China.

“Wanita itu ditahan selepas pemeriksaan menemui dadah yang disorok dalam 14 pasang pelapik kasut dalam bagasinya,” katanya pada sidang media, semalam.


Temui 2 gulungan wayar

Chik Omar berkata, rampasan kedua dilakukan selepas pihaknya memeriksa seorang wanita yang berada dalam keadaan mencurigakan sebaik tiba dengan penerbangan dari Hong Kong.
Pemeriksaan ke atas bagasi wanita itu menemui dua gulungan wayar yang didalamnya mengandungi serbuk putih disyaki dadah jenis syabu bernilai RM570,000,” katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, siasatan pihaknya mendapati modus operandi sindiket dadah dari China kini menggunakan wanita muda dan cantik untuk menyeludup dadah.

Selain itu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan 67 cubaan menyeludup masuk dadah menerusi LCCT dan KLIA membabitkan 55 tangkapan dan merampas 809.9 kilogram bernilai RM47.6 juta, tahun lalu

Mangsa rogol maut dibakar

Mangsa rogol maut dibakarPenunjuk perasaan membawa sepanduk ketika mengadakan bantahan bagi memperingati ulang tahun pertama kematian seorang pelajar yang dirogol beramai-ramai dalam sebuah bas di New Delhi, minggu lalu. Kolkata: Seorang remaja India dirogol beramai-ramai di dalam dua kejadian serangan berasingan dan mati selepas dibakar hidup-hidup, mencetuskan bantahan di Kolkata di timur India semalam, kata polis semalam.

Remaja berusia 16 tahun itu pertama kali diserang pada 26 Oktober dan sekali lagi pada hari berikutnya oleh sekumpulan enam lelaki berhampiran rumahnya di bandar Madhyagram, 25 kilometer ke utara Kolkata.

Kejadian rogol kedua berlaku ketika beliau pulang ke rumah selepas melaporkan serangan pertama di sebuah balai polis.

Beliau kemudian dibakar pada 23 Disember dan mati di sebuah hospital kerajaan lewat malam tahun baru, kata polis.

“Beliau mengakui di hadapan pegawai kesihatan beliau dibakar oleh dua orang yang ada kaitan dengan dakwaan ketika bersendirian di rumah pada 23 Disember,” kata polis tempatan, Nimbala Santosh Uttamrao.

Penahanan pertama

Polis membuat penahanan pertama pada Rabu, dua bulan selepas kejadian jenayah awal, kata ketua polis tempatan, Rajiv Kumar.
“Suspek cuba membunuh anak perempuan saya dengan membakarnya untuk menutup jenayah mereka,” kata bapa mangsa, seorang pemandu teksi dari negeri miskin India, Bihar.

Semua nama mangsa dan bapanya tidak didedahkan atas alasan perundangan.

Beratus-ratus aktivis melakukan bantahan di Kolkata pada Rabu berikutan jenayah itu yang mengejutkan selepas setahun kejadian jenayah seksual dilaporkan meluas di India.

Kejadian rogol, serangan dan penganiayaan terhadap wanita di India menjadi perhatian sejak 12 bulan lalu selepas sekumpulan lelaki merogol seorang pelajar berusia 23 tahun dalam sebuah bas yang bergerak di New Delhi pada Disember 2012, sehingga mencetuskan kemarahan di seluruh negara.

Parlimen sejak itu meluluskan undang-undang lebih tegas untuk menghukum perogol.

Aktivis berkata mangsa rogol di India sering berhadapan dengan ancaman serius daripada penyerang mereka manakala pihak polis sering kali tidak menggalakkan mangsa untuk membuat laporan. - AFP

Schumacher masih koma pada hari lahir ke-45

Michael Schumacher
Michael Schumacher
3 Januari 2014

GRENOBLE - PERANCIS. Legenda Formula Satu (F1), Michael Schumacher masih dalam keadaan koma di hospital, di sini, pada hari lahir ke-45 beliau selepas mengalami kecederaan kritikal di bahagian kepala akibat kemalangan ketika bermain ski.

Doktor dan ahli keluarganya enggan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai keadaan terkini pemandu handalan Jerman itu yang dimasukkan ke hospital sejak Ahad lalu apabila kepalanya terhantuk batu ketika bermain ski di Banjaran Alps menurut laporan AFP.

Black Money bernilai RM1.7 juta dirampas


Izany Abd. Ghani (dua kiri) dan Mohan Singh Tara Singh (tengah) menunjukkan wang palsu yang berjaya dirampas daripada sindiket warga asing dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Ghazali Basri
KUALA LUMPUR 2 Jan. - Polis menumpaskan satu sindiket Black Money yang didalangi warga China dengan tertangkapnya tiga lelaki selepas menyerbu sebuah hotel apartmen di Jalan Ampang, di sini Khamis minggu lalu.
Dalam serbuan kira-kira pukul 12.30 malam itu, polis berjaya merampas 5,373 keping dipercayai wang palsu USD100 dolar dan 831 keping dipercayai wang palsu RM100 dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM1.7 juta.
Tangkapan ini merupakan kes pertama membabitkan warga China kerana kebiasaannya sindiket Black Money didalangi warga Afrika dan polis tidak menolak kemungkinan jenayah ini dilakukan bersama-sama dengan warga Afrika,
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany berkata, pihaknya menyerbu kediaman tersebut selepas mendapat aduan tentang pergaduhan antara tiga lelaki warga asing di kediaman tersebut.
"Pemeriksaan awal kita mendapati terdapat dua lelaki dalam keadaan mabuk dan cedera akibat pergaduhan yang disiasat berpunca daripada masalah hutang pelaburan mata wang asing.
"Bertindak daripada maklumat itu, polis membuat pemeriksaan lanjut ke dalam rumah tersebut dan menahan kesemua suspek setelah menemui wang-wang palsu dalam peti besi serta barang-barang yang disyaki digunakan untuk memproses wang palsu," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Cheras, di sini hari ini.
Jelas Izany, ekoran kejadian itu, suspek berusia 45 hingga 54 tahun itu ditahan di kediaman berkenaan kerana disyaki menjadikan lokasi tersebut sebagai tempat beroperasi serta pusat menyimpan semua wang yang dipalsukan.
"Semakan kita mendapati mereka telah mula memasuki negara ini sejak 2011 dan polis percaya sindiket tersebut aktif melakukan jenayah di sekitar Lembah Klang sejak berada di sini," katanya lagi.
Izany berkata, dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas beberapa peralatan elektronik seperti komputer riba, tiga buah telefon bimbit pelbagai jenama, lima unit pemacu simpanan data mudah alih (USB pen drive) dan seunit jalur lebar.
"Turut ditemui dalam kediaman tersebut ialah tujuh botol plastik dan 10 botol kaca cecair kimia disyaki digunakan untuk mencuci wang palsu bersama empat bungkus serbuk putih dan sebungkus serbuk berwarna kuning.
"Siasatan polis mengenai status kediaman tersebut pula mendapati mereka menyewa di situ sejak memasuki negara ini yang didaftarkan atas nama salah seorang suspek ditahan," katanya lagi.
Menurut Izany, kesemua suspek telah direman sejak Jumaat lalu sehingga 15 Januari ini mengikut Seksyen 489C Kanun Keseksaan kerana memiliki mata wang palsu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140103/je_02/Black-Money-bernilai-RM17-juta-dirampas#ixzz2pHqwc2XI
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kastam rampas 809.87kg dadah bernilai RM47.6 juta pada 2013


Chik Omar Chik Lim (dua dari kiri) menunjukkan satu daripada 14 pasang kasut berjaya dirampas yang diisi dadah jenis methamphetamine atau syabu pada bahagian tapaknya dalam sidang akhbar di Kompleks Kastam KLIA, Sepang semalam. Turut kelihatan Zahari Abdullah (dua dari kanan). - UTUSAN/Zaki Amiruddin
SEPANG 2 Jan. - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjaya mematahkan 67 cubaan menyeludup dadah seberat 809.87 kilogram (kg) bernilai RM47.6 juta sepanjang tahun lepas.
Pengarahnya, Datuk Chik Omar Chik Lim berkata, daripada jumlah itu, bangunan Terminal Utama KLIA mencatatkan jumlah tangkapan tertinggi iaitu 29 kes, diikuti Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dengan 22 kes, kargo (10), Pusat Penghantaran Barang (5) dan satu kes di sekitar ibu negara.
Beliau berkata, jumlah kes pada tahun lalu juga menunjukkan peningkatan aktiviti penyeludupan berbanding tahun sebelumnya apabila pada 2012 JKDM KLIA hanya 61 kes penyeludupan dapat dipatahkan dengan rampasan dadah seberat 317.3 kg bernilai RM36.2 juta.
"Statistik tahun lalu menunjukkan penyeludupan dadah jenis syabu menjadi pilihan sindiket apabila sebanyak 225.9kg dadah jenis tersebut bernilai RM42.9 juta dirampas, rampasan kedua tertinggi ialah dadah jenis ketamin, 81.2kg dengan nilai RM2.8 juta.
"Jumlah tangkapan pada 2013 seramai 55 orang iaitu 31 lelaki dan 24 wanita, pecahan warganegara pula menyaksikan warga India dan China di kedudukan tertinggi iaitu masing-masing dengan 20 dan sembilan pesalah," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Turut bersama Ketua Penguatkuasaan Kastam KLIA, Zahari Abdullah.
Menurut Chik Omar, kejayaan terbaru JKDM KLIA ialah dapat mematahkan dua cubaan penyeludupan dadah oleh dua orang wanita warganegara China di LCCT pada 30 dan 31 Disember lalu.
"Wanita pertama berusia 19 tahun ditahan pada pukul 2.50 petang, 30 Disember lalu dan hasil pemeriksaan ke atas bagasi mendapati dia menyembunyikan 6.1kg serbuk putih yang dipercayai syabu bernilai RM1,159 juta di dalam 14 pasang tapak kasut.
"Hasil siasatan juga mendapati wanita berkenaan kali pertama masuk ke negara ini dengan menggunakan visa pelancong dan menaiki pesawat dari Shenzhen, China," katanya.
Tambah beliau, wanita kedua berusia 29 tahun pula ditahan pada pukul 1.30 petang, 31 Disember lalu selepas pemeriksaan pada bagasinya mendapati dia menyorokkan 3 kg syabu bernilai RM570,000 dalam dua gulungan wayar.
"Hasil siasatan suspek telah dua kali memasuki negara ini dengan menggunakan visa pelancong dan semasa ditahan suspek baru turun pesawat dari Hong Kong," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, kedua-dua suspek direman tujuh hari untuk siasatan dan jika disabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman mati mandatori mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sementara itu, katanya, orang ramai diminta bekerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dadah dan juga barangan lain seperti rokok, minuman keras dan juga mercun dengan menghubungi talian bebas tol Kastam 1-800-88-8855.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140103/je_03/Kastam-rampas-80987kg-dadah-bernilai-RM476-juta-pada-2013#ixzz2pHql5ujd
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ah long baling ular berbisa tagih hutang

Oleh AZRAI MOHAMMAD
pengarang@utusan.com.my
Lelaki ini menunjukkan ular tedung yang dibaling oleh ah long ke kawasan rumah seorang wanita, Wong See Mooi, 54, di Kajang baru-baru ini sebagai ugutan menuntut hutang.

KUALA LUMPUR 2 Jan. - Jika sebelum ini ah long sering mengugut mangsa dengan menyimbah cat, namun kali ini seorang ibu menerima ancaman dibaling ular berbisa ke kawasan rumahnya ekoran kegagalan anaknya membayar hutang mereka.
Wong See Mooi, 54, berkata, kejadian berlaku apabila anak lelakinya yang berusia 29 tahun meminjam sejumlah wang dengan ah long dan bertindak melarikan diri dari rumah mereka di Kajang dekat sini pada 5 Disember lalu kerana tidak mampu membayar hutang tersebut.
"Konco-konco ah long terbabit telah beberapa kali menelefon saya bagi mencari anak bongsu saya.
"Pada 19 Disember lalu mereka telah mencampakkan ular tedung di rumah bagi mengugut saya, nasib baik haiwan itu berjaya dibunuh oleh jiran saya," katanya dalam sidang akhbar di Wisma MCA di sini hari ini.
See Mooi berkata, selang beberapa hari, konco-konco ah long itu sekali lagi datang ke rumahnya kira-kira pukul 11 malam dan membuat bising sambil menggegarkan pagar rumah.
"Apabila saya keluar rumah didapati bahagian luar rumah saya telah disimbah dengan cat merah," ujarnya.
Ekoran dua kejadian itu, katanya, dia telah membuat laporan polis di Balai Polis Kajang pada 25 Disember lalu.
Sementara itu, dalam sidang akhbar sama, tiga lagi individu membuat aduan di Biro Pengaduan Awam MCA mendakwa mereka turut diugut oleh konco-konco ah long dengan menyimbah cat ke rumah masing-masing.
Dakwa dua daripada individu itu, ah long terbabit mengugut demikian setelah konco-konconya gagal mendapatkan hutang daripada anak mereka yang membuat pinjaman manakala seorang lagi disebabkan oleh penyewa bilik di rumahnya lari daripada membayar hutang.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140103/je_04/Ah-long-baling-ular-berbisa-tagih-hutang#ixzz2pHqFN0zL
© Utusan Melayu (M) Bhd 

9 tukang urut 'songsang' menyorok di bumbung


SEORANG pegawai Imigresen (berdiri dua dari kiri) bertanya sesuatu kepada salah seorang daripada tukang urut lelaki yang ditahan dalam serbuan di sebuah rumah urut di Jalan Abiad, Johor Bahru, semalam. - IHSAN IMIGRESEN
JOHOR BAHRU 2 Jan. - Dek kerana ingin menyelamatkan diri daripada dicekup Jabatan Imigresen negeri, sembilan tukang urut lelaki warga asing sanggup yang melarikan diri dalam keadaan berbogel ke atas bumbung sebuah pusat urutan songsang, di Jalan Abiad, di sini semalam.
Dalam serbuan sempena Operasi Bersepadu 6P itu, kesemua yang ditahan terdiri daripada warga China, Vietnam serta Myanmar dan berusia 27 tahun hingga 32 tahun.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Johor, Sapian Kamaruddin berkata, sembilan tukang urut warga asing berkenaan dikatakan sedang leka memberi layanan mesra kepada beberapa lelaki tempatan dan tidak sempat menyarung pakaian apabila diserbu pihak Imigresen.
"Semasa serbuan dilakukan penjaga premis cuba melengah-lengahkan tugas penguat kuasa dengan lambat membuka pintu premis dan ada kedengaran suara seseorang yang mengarahkan pekerja melarikan diri.
"Akibat takut ditangkap pihak penguat kuasa, mereka terus melarikan diri tanpa sempat mengenakan semula pakaian ke bumbung pusat urut tersebut, namun kita berjaya mengesan dan menangkap mereka," katanya.
Dalam serbuan berkenaan, menurut Sapian, pihaknya turut memeriksa 12 lelaki berusia antara 30 hingga 40 tahun yang dipercayai pelanggan pusat urutan tersebut.
"Turut di jumpai di tempat serbuan adalah kondom dan minyak pelincir serta album gambar-gambar lelaki separuh bogel untuk pilihan pelanggan semasa berurut. Serbuan kali ini merupakan yang ketiga sepanjang dua tahun dan semua yang ditahan dibawa ke Depo Tahanan Imigresen Pekan Nenas untuk tindakan lanjut.
Ujarnya, kes disiasat di bawah Peraturan 39b Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana salah guna pas lawatan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140103/je_05/9-tukang-urut-songsang-menyorok-di-bumbung#ixzz2pHq4gd4Y
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ibu, anak maut ditikam gunting, pisau


JOHOR BAHRU 2 Jan. - Dua beranak ditemui mati berlumuran darah dengan kesan tikaman di bahagian badan di dalam sebuah bilik tidur di rumah mereka di Jalan Skudai, di sini awal pagi tadi.
Mayat kedua-dua mangsa yang dikenali sebagai A. Patmavathy, 63, (ibu) dan anak lelakinya, S. Suba, 40, ditemui kira-kira pukul 1 pagi oleh ahli keluarga mereka selepas panggilan telefon yang dibuat tidak berjawab.
Anak sulung Patmavathy, S. Raja, 48, berkata, dia beberapa kali cuba menghubungi ibunya sejak Selasa lalu namun panggilannya tidak dijawab.
"Risau dengan situasi berkenaan, saya bergegas ke kediaman ibu dan adik. Setibanya di sana, saya dapati pintu rumah tidak berkunci dan sebaik sahaja masuk saya terkejut melihat keadaan rumah yang berselerak dengan kesan darah di bahagian ruang tamu.
"Hati saya jadi semakin tidak sedap. Lalu saya mencari mereka di dalam bilik dan nampak mereka terbaring berlumuran darah di sana," katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini hari ini.
Menurut Raja, selain ibu dan adiknya, rumah kondominium itu turut dihuni dua lelaki warga asing yang merupakan pekerja kepada adiknya, namun sehingga kini, kedua-duanya hilang tanpa dikesan.
Sementara Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim yang mengesahkan kejadian berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut dan turut mengesan dua lelaki warga asing berusia dalam lingkungan 30-an bagi membantu siasatan.
Ujarnya, polis turut menjumpai sebilah gunting dan pisau yang dipercayai digunakan untuk menikam mangsa selain terdapat kesan pergelutan di rumah itu.
Ismail berkata, mayat dua beranak itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140103/je_01/Ibu-anak-maut-ditikam-gunting-pisau#ixzz2pHpnP48E
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kanak-kanak 4 tahun kritikal jatuh flat di Ampang


Oleh Raja Noraina Raja Rahim

AMPANG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan kritikal selepas terjatuh dari tingkat 10 sebuah flat di Taman Perindustrian Lembah Jaya, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, ibu mangsa dikatakan tiada di rumah kerana menghantar seorang anaknya ke sebuah sekolah berhampiran.


Namun, apabila wanita berusia lingkungan 30-an terbabit pulang ke rumah, dia terkejut sebaik melihat anak lelakinya itu sudah terjatuh menghempap bumbung sebuah kereta yang diletakkan bawah flat berkenaan.

Sumber berkata, kanak-kanak terbabit kini masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang, kerana kecederaan parah di kepala dan patah kaki.


"Mangsa dipercayai terjatuh dari balkoni rumahnya tingkat 10. Ketika kejadian, jeriji pintu di bahagian balkoni berkenaan dalam keadaan terbuka.


"Mangsa dipercayai keluar ke balkoni sebelum terjatuh. Jiran mangsa menyedari kejadian itu kemudian memaklumkan ibu mangsa yang pulang ke rumah," katanya.

Menurutnya, mereka segera menghantar mangsa ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut dan masih tidak sedarkan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Khairuldin Saad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Beliau berkata, pihaknya sudah merakam keterangan ibu mangsa dan kes disiasat mengikut Akta Kanak-kanak 2001.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/03

Suspek pengganas mahu serang kuil


Beberapa anggota polis berkawal di hadapan sebuah rumah lokasi serbuan mengorbankan enam suspek pengganas di Kampung Sawah Ciputat, Tangerang Selatan, kelmarin. - AGENSI
JAKARTA 2 Jan. - Enam suspek pengganas yang ditembak mati dalam satu serbuan pada malam Tahun Baharu di Kampung Sawah Ciputat, Tangerang Selatan kelmarin, dipercayai merancang serangan berani mati di beberapa kuil Buddha di sini.
Ketua Jabatan Perhubungan Awam Polis Indonesia, Boy Rafli Amar berkata, komplot itu diketahui berdasarkan penemuan sekeping kertas yang menyenaraikan kira-kira 50 kuil Buddha di Jakarta sebagai sasaran serangan dalam serbuan semalam.
"Daripada bukti yang ditemukan, dua daripada kuil yang disenarai telah ditanda sekaligus menunjukkan ia telah diserang," katanya merujuk kepada serangan di Kuil Ekayana, Jakarta sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu.
Jelas beliau, pihaknya percaya banyak lagi kuil yang menjadi sasaran serangan itu.
Kelmarin, enam suspek pengganas ditumpaskan unit antikeganasan Detasmen 88 selepas disyakiterlibat dalam pelbagai aktiviti keganasan sepanjang tahun lalu termasuk menembak pegawai polis.
Dalam serbuan itu, turut dirampas adalah enam bom paip, enam pucuk pistol, lima bilah parang, pisau dan bahan-bahan membuat bom.
Sebuah rumah di Rempoa di sini, turut diserbu kerana menjadi lokasi pengganas berkenaan menyimpan bahan letupan.
Pada hari yang sama serbuan semalam, polis turut menahan seorang pekerja swasta, Sadullah Rojak, di Sukaraja, Bogor dan merampas dua pucuk senjata api serta dan bekas yang mengandungi serbuk putih.
Serbuan itu dijalankan selepas penahanan seorang anggota militan, Anton Alias Septi di Kinematik, Jawa Tengah, kelmarin.
Menurut Boy Rafli, Anton dan beberapa lagi rakannya di Ciputat sangat setia kepada pemimpin kumpulan pengganas Indonesia, Abu Roban.
"Mereka merancang (serangan) secara kolektif dengan Anton memainkan peranan utama dalam serangan ke atas pegawai-pegawai polis.
"Anton juga merupakan seorang pakar bom dan dia yang meletakkan bahan letupan di Kuil Ekayana selain terlibat sama dalam beberapa kegiatan rompakan," katanya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140103/lu_05/Suspek-pengganas-mahu-serang-kuil#ixzz2pHnE1lAR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bas terjunam ke dalam gaung ragut 30 nyawa


MUMBAI 3 Jan. - Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dalam satu kemalangan maut melibatkan sebuah bas yang terjunam ke dalam gaung setinggi 120 meter semalam, menurut laporan polis.
Pemandu dilaporkan hilang kawalan selepas berlanggar dengan sebuah trak di kawasan Malshej Ghat, 160 kilometer dari Mumbai, kata pegawai polis, Raghunath Yadav.
Pemandu trak yang terlibat turut mengalami kecederaan, manakala kebanyakan penumpang bas mengalami kecederaan teruk. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140103/lu_01/Bas-terjunam-ke-dalam-gaung-ragut-30-nyawa#ixzz2pHn3Vqbj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Komander tentera Congo terbunuh akibat serangan hendap pemberontak


KINSHASA 3 Jan. - Komander pasukan tentera Congo yang bertanggungjawab menewaskan pemberontak Uganda di timur negara itu November lalu, terbunuh dalam satu serangan hendap semalam.
Semasa kejadian, Kolonel Mamadou Ndala dan pasukannya sedang mengadakan rondaan dalam wilayah North Kivu apabila kenderaan yang dinaiki diserang, kata jurucakap kerajaan, Lambert Mende. Insiden tersebut turut mengorbankan dua lagi anggota tentera.
Menurut laporan, serangan itu dilakukan oleh Pakatan Angkatan Demokratik dan Tentera Nasional bagi Pembebasan Uganda (ADF-Nalu) yang menggunakan roket serta senjata berat. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140103/lu_02/Komander-tentera-Congo-terbunuh-akibat-serangan-hendap-pemberontak#ixzz2pHmgCnZb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rumah bekas hakim musnah


Subang Jaya: Sebuah rumah teres dua tingkat milik bekas Hakim Mahkamah Rayuan musnah dalam kebakaran di Jalan SS 12/3C di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, kebakaran memusnahkan 30 peratus rumah berkenaan terutama bahagian hadapan, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berikutan semua penghuni berjaya menyelamatkan diri. Bagaimanapun, tiga kenderaan diletakkan di bahagian anjung rumah berkenaan iaitu Audi, Honda CRV dan Peugeot musnah dijilat api.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya Timbalan Penguasa Norizan Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada jam 6.50 pagi dan jentera pertama tiba di lokasi kejadian seminit kemudian. “Sebaik tiba, api sedang marak, tetapi tiga penghuni yang berada dalam rumah sempat keluar menyelamatkan diri. “Seramai 24 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya dan Jalan Penchala dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran,” katanya.
Beliau berkata, api dapat dikawal daripada merebak ke rumah jiran dan berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira setengah jam kemudian.

“Setakat ini, kami masih menjalankan siasatan untuk mengetahui nilai kerugian serta punca sebenar kejadian,” katanya.
Foto
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/03

Koma 5 tahun


Alor Gajah: Insiden dibelasah sekumpulan lelaki tidak dikenali di pusat snuker, seorang lelaki yang juga bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kini terlantar koma lebih lima tahun di Kampung Tanjung Dahan, Kuala Sungai Baru, di sini.
Tragedi malang itu menimpa Erisham Ibrahim, 28, ketika dia bermain snuker bersama beberapa rakan setugasnya di sekitar Lumut, Perak, sebelum didatangi sekumpulan lelaki yang bertindak ganas memukulnya dengan teruk sehingga rebah.
Sejak kejadian ngeri itu, mangsa yang masih bujang dan berkhidmat kurang 10 tahun hidup derita di atas katil dan dibantu alat membuang air kecil dan besar.

Neneknya, Fatimah Abu, 73, berkata, lebih menyedihkan apabila ibu bapa Erisham tidak mengambil berat keadaan anak bongsu daripada lima beradik itu yang dijaga ibu saudaranya yang juga orang kelainan upaya (OKU) sejak dilahirkan.
Foto
ERISHAM hanya mampu menangis dan ketawa.

“Saya diberitahu, ketika kejadian hitam itu, dia (Erisham) masih berkhidmat sebagai anggota tentera dan kejadian tanpa diduga itu membuatkan saya terkejut sebelum dimaklumkan dia cedera parah di tempurung kepala dan koma.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/03

Bapa tak sedar anak dalam kereta


Kuantan: “Kami terlupa, minta maaf.” Demikian kata seorang wanita berusia 39 tahun selepas anaknya yang berusia tiga tahun, Muhammad Arif Mohd Yusof ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6.30 petang, semalam, selepas ditinggalkan dalam kenderaan selama kira-kira sembilan jam.
Bagaimanapun, keluarga mangsa yang ditemui di wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, petang semalam, enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu dan menyerahkannya untuk siasatan polis.
Harian Metro difahamkan, kejadian berlaku apabila bapa mangsa yang berusia 41 tahun terlupa untuk menghantar anak bongsunya itu ke sebuah taska di Indera Mahkota, di sini, sebelum menyedari mangsa berada di bahagian tempat duduk belakang kenderaannya kira-kira jam 5.30 petang, semalam.

Sumber berkata, pasangan suami isteri terbabit keluar dari rumah mereka di Kampung Pandan 2, di sini, kira-kira jam 7.30 pagi, semalam, bersama lima anak mereka untuk dihantar ke sekolah.
Foto
KAKITANGAN hospital membawa keluar mayat seorang kanak-kanak yang ditemui tidak sedarkan diri dalam kenderaan bapa, semalam.

Katanya, bapa mangsa kemudian menghantar dua anak bersama isterinya yang bekerja sebagai pembantu tadbir ke sebuah sekolah menengah di Pandan, di sini.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/0

Duit palsu RM1.7 juta


Kuala Lumpur: Satu sindiket Black Money didalangi warga China ditumpaskan polis selepas menahan tiga lelaki warga negara itu dalam serbuan di sebuah hotel apartmen di Jalan Ampang dekat sini, 26 Disember lalu.
Dalam serbuan jam 12 tengah malam itu, polis turut merampas 5,373 keping not AS$100 dipercayai palsu dan 831 keping dipercayai not RM100 palsu bernilai RM1.7 juta dan menahan suspek yang berusia 45 hingga 54 tahun.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Izzany Abdul Ghani berkata, pada mulanya, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras menerima maklumat terdapat pergaduhan membabitkan tiga lelaki di hotel apartmen itu sebelum mendapati dua daripada mereka dalam keadaan mabuk dan tercedera.

Menurutnya, siasatan awal mendapati punca pergaduhan disebabkan masalah pelaburan mata wang asing dan hasil pemeriksaan di kediaman itu menemui barangan disyaki digunakan sindiket Black Money.
Foto
ANTARA mata wang palsu yang dirampas selepas melumpuhkan sindiket Black Money.

“Polis merampas lapan peti besi keselamatan pelbagai jenama mengandungi mata wang kertas AS$100 (RM328) dipercayai palsu, empat beg melancong berisi mata wang kertas AS$100 dan RM100 juga disyaki palsu dan sebuah beg melancong mengandungi kertas hitam berukuran mata wang kertas disyaki AS$100.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/03

Bayi mengeras, kebiruan pulang taska


Putrajaya: Seorang bayi lelaki berusia empat bulan meninggal dunia secara misteri di sebuah taska di Desa Pinggiran Putra, dekat sini, dan lebih menyayat hati kematiannya hanya disedari ibu bapa yang mengambil jam 2.15 petang, semalam.

Bayi malang itu, Azeem Rifhan dipercayai sudah sejuk dan kaku ketika diserahkan kepada ibunya, Rossmaine Sulaiman, 38, dan pengasuh mendakwa tidak tahu bagaimana keadaan itu berlaku kerana menyangka bayi itu nyenyak tidur.


Melihat keadaan anak kelimanya yang sudah mengeras dan biru, Rossmaine terus membawanya ke Hospital Putrajaya (HPj) untuk rawatan lanjut, malangnya bayi itu gagal diselamatkan walaupun sudah diberi bantuan pernafasan (CPR) lebih satu jam oleh doktor bertugas.



“Saya menghantar Azeem jam 7.15 pagi sebelum keluar bertugas sebagai jururawat di HPj, selesai bertugas saya dan suami terus ke taska untuk mengambil anak, ketika mengambil dari tangan pengasuh saya terkejut apabila merasakan tangan Azeem mengeras dan tiada tindak balas, manakala tubuhnya sejuk,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat HPj, di sini, lewat petang semalam.


“Ketika ditanya kepada kakitangan taska apa yang terjadi pada Azeem mereka hanya menjawab tidak tahu kenapa bayi tidak bergerak, menyebabkan saya terus membawanya ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat HPj, di sini, lewat petang semalam.


Doktor mengesahkan Azeem sudah meninggal dunia antara jam 11 hingga 12 tengah hari tanpa disedari pengasuh.

Difahamkan, kematian bayi malang itu bukan disebabkan tersedak susu kerana pemeriksaan mendapati susu atau cecair yang berada di dalam kerongkong bayi itu sangat sedikit.


“Segalanya berlaku dengan pantas. Bayangkan, saya menghantar anak ke taska dalam keadaan sihat tapi saya hanya membawa pulang tubuhnya yang sudah mengeras dan kaku,” katanya.

“Saya menangis hingga lembik kerana tidak menyangka Azeem pergi begitu cepat. Baru semalam dia bergelak ketawa ketika bermain bersama abang-abangnya, pemergiannya pasti akan dirindui,” katanya sebak.


Rossmaine berkata, dia cuba menghubungi pemilik taska berkali-kali namun taliannya dimatikan, sebelum suami pemilik taska itu menghubungi bagi bertanya dengan lebih lanjut. “Suami kepada pemilik taska berjanji untuk datang ke sini (hospital) tapi sampai sekarang (malam tadi) kelibatnya belum muncul”, katanya.


Menurutnya, dia amat kesal dengan kejadian yang menimpa anaknya kerana pihak taska seolah-olah lepas tangan dan tidak mengambil berat terhadap anak-anak yang dijaga mereka hingga langsung tidak menyedari kematian bayinya.


Lebih menyedihkan, katanya hanya dua pengasuh yang bekerja di situ untuk menjaga puluhan bayi dan kanak-kanak.


Dia berkata, suaminya sudah membuat laporan di Balai Polis Dengkil, petang semalam.


Menurutnya, bayi berkenaan disembahyang dan dikafankan di HPj sebelum jenazahnya dibawa pulang ke Kelantan untuk dikebumikan.


Sementara itu pemangku Ketua Polis Daerah Sepang Deputi Superintenden Zaldino Zaludin ketika dihubungi mengesahkan kematian mangsa tiada unsur jenayah.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/03

Rumah bekas hakim musnah


Subang Jaya: Sebuah rumah teres dua tingkat milik bekas Hakim Mahkamah Rayuan musnah dalam kebakaran di Jalan SS 12/3C di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, kebakaran memusnahkan 30 peratus rumah berkenaan terutama bahagian hadapan, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berikutan semua penghuni berjaya menyelamatkan diri. Bagaimanapun, tiga kenderaan diletakkan di bahagian anjung rumah berkenaan iaitu Audi, Honda CRV dan Peugeot musnah dijilat api.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya Timbalan Penguasa Norizan Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada jam 6.50 pagi dan jentera pertama tiba di lokasi kejadian seminit kemudian. “Sebaik tiba, api sedang marak, tetapi tiga penghuni yang berada dalam rumah sempat keluar menyelamatkan diri. “Seramai 24 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya dan Jalan Penchala dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran,” katanya.
Beliau berkata, api dapat dikawal daripada merebak ke rumah jiran dan berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira setengah jam kemudian.

“Setakat ini, kami masih menjalankan siasatan untuk mengetahui nilai kerugian serta punca sebenar kejadian,” katanya.
Foto
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/03

27 maut bas masuk gaung


Mumbai: Sekurang-kurangnya 27 orang maut dan 17 lagi cedera di barat India apabila sebuah bas semalam terjunam ke dalam gaung dari jalan di lereng gunung, kata polis.

“Pemandunya hilang kawalan selepas sebuah tempo (kenderaan beroda tiga) merempuh bas terbabit di selekoh tajam menyebabkan ia terhumban ke dalam gaung sedalam 80 meter,” kata anggota polis bertugas, Sangram Singh Nishandar kepada media. Nahas berkenaan berlaku di lokasi perkelahan popular di daerah Thane, negeri Maharashtra, kira-kira 160 kilometer di timur laut Mumbai.


Kira-kira 140,000 orang terbunuh dalam nahas jalan raya di India pada 2012, dengan purata 16 orang dalam tempoh sejam, menurut Biro Rekod Jenayah Kebangsaan negara itu. Keadaan jalan raya yang kurang baik, memandu melebihi had laju dan pemanduan yang tidak berhemah antara faktor penyumbang utama nahas. - AFP



Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/03

Kahwin kerana diugut sebar gambar bogel


Jakarta: Pelakon sinetron Aurelie Moeremans mengaku terpaksa mengahwini Roby Tremonti selepas diugut gambar bogelnya disebarkan.

Aurelie mengakui menghantar gambar bogel kepada Roby hampir setiap hari tanpa menyangka itu menjadi jaminan supaya dia tidak meninggalkan hubungan itu.


“Saya akui, memang tindakan saya itu terlalu bodoh.



“Hampir setiap hari dia meminta saya mengirimkan gambar ‘panas’ yang jelas menunjukkan wajah saya.


“Tanpa disangka, gambar itu kemudian dijadikan ancaman sekiranya saya memutuskan hubungan kami,” katanya.


Aurelie berkata, beberapa gambarnya itu diambil di dalam bilik tidurnya.

“Semuanya dirancang Roby yang membuat rakaman ketika saya bercakap,” katanya.


Sehubungan itu, dia mengakui menyesal kahwin lari malah mendakwa dikurung di rumah mentua selepas pernikahan mereka. Bagaimanapun, tuduhan dilemparkannya itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh Roby. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/03

Protes kes mangsa rogol mati dibakar


Kolkata: Insiden seorang remaja India yang dirogol secara berkumpulan dalam dua serangan berasingan dan mati selepas dibakar, mencetuskan bantahan di bandar raya ini, kata polis semalam.

Remaja berusia 16 tahun itu diserang kali pertama pada 26 Oktober dan kemudian dirogol sekali lagi keesokan harinya oleh lebih enam lelaki berhampiran kediaman keluarganya di pekan Madhyagram, 25 kilometer di utara Kolkata. Insiden kedua itu berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang selepas melaporkan kejadian serangan pertama di balai polis. Dia kemudian dibakar pada 23 Disember lalu dan mati di hospital kerajaan pada malam tahun baru, kata polis. “Dalam keadaan nazak, mangsa memaklumkan kepada kami di depan pegawai kesihatan yang dia dibakar oleh dua orang yang rapat dengan tertuduh ketika dia bersendirian di rumah pada 23 Disember,” kata anggota polis Nimbala Santosh Uttamrao kepada media.


Polis melakukan penangkapan pertama kelmarin, dua bulan selepas jenayah sebenar berlaku, kata ketua polis tempatan Rajiv Kumar.



“Tertuduh cuba membunuh anak perempuan saya dengan membakarnya agar jenayah mereka dapat ditutup,” kata bapa mangsa, pemandu teksi dari negeri miskin Bihar kepada media. Beratus-ratus aktivis kelmarin mengadakan bantahan di Kolkata ekoran jenayah kejam yang mengejutkan itu, setahun selepas jenayah seks dilaporkan secara meluas di India. Aktivis berkata, mangsa rogol di negara itu sering berdepan ancaman keras dan ditakut-takutkan daripada penyerang mereka selepas serangan, manakala polis pula tidak menggalakkan mangsa membuat laporan mengenainya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/03

Tahi judi wanita ditahan tinggal anak dalam kereta


Hanover: Seorang ibu berusia 24 tahun ditahan kerana meninggalkan anak kecilnya terkunci di dalam kereta selama lapan jam ketika berjudi pada malam Tahun Baru.

Alicia Brown, 24, ditahan selepas pengawal keselamatan di Kasino Maryland Live! terdengar jeritan dan tangisan kanak-kanak sebelum menemui budak terbabit kesejukan di dalam kenderaan yang diletakkan di tempat letak kereta bangunan itu.


“Saya terkejut apabila menerima aduan kejadian.



“Kita tidak akan sampai hati untuk melakukannya kepada haiwan, apatah lagi seorang kanak-kanak,” kata jurucakap polis. Anne Arundel County Leftenan T J Smith.


Menurut rakaman CCTV, Alicia memandu masuk ke kawasan parkir kasino itu pada jam 10 pagi sebelum menutup tingkap kenderaannya dengan selimut untuk menghalang orang ramai melihat anaknya itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/03

Ditangkap setahun selepas ‘bunuh diri’

Georgia: Seorang pengurus bank yang diisytiharkan mati 18 bulan lalu selepas ‘membunuh diri’ berjaya ditahan bagi kes tipu membabitkan hampir AS$20 juta (RM65 juta) gara-gara menggunakan cermin kereta gelap yang melanggar peraturan lalu lintas.
Pihak polis berkata, Aubrey Lee Price, 47, memberi kenyataan palsu ketika ditahan sebelum pemeriksaan lanjut mendapati dia dalam senarai orang dikehendaki Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Price menghilangkan diri pada Jun 2012 selepas memaklumkan keluarganya mahu ke Guatemala atas urusan perniagaan.
Bagaimanapun, beberapa hari kemudian keluarganya menerima nota daripada Price yang mengakui memalsukan dokumen untuk menutup perbuatannya menipu kira-kira 115 pelabur sebelum menyatakan ingin terjun ke dalam laut di kawasan Fort Myers kerana rasa bersalah.

“Saya hidup dalam ketakutan, malu dan murung kerana membuat dokumen palsu untuk menutup kerugian ditanggung pelanggan.

“Saya tidak mampu hidup dengan menanggung rasa bersalah kerana menipu pelanggan yang meletakkan kepercayaan tinggi terhadap saya,” katanya.
Foto
PENYIASAT membawa dokumen yang menjadi bahan bukti dalam kes membabitkan Price.
Mahkamah mengeluarkan pengisytiharan mengesahkan kematian Price.

Bagaimanapun, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang menganggap suratnya itu sebagai satu pengakuan jenayah, tetap memburu Price malah meletakkan ganjaran AS$20 juta untuk penangkapannya.
Pihak pendakwa menganggarkan Price berjaya mengutip dana berjumlah AS$40 juta (RM131 juta) daripada pelabur di sekitar Georgia dan Florida sebelum menghilangkan diri dengan sekurang-kurangnya AS$17 juta (RM55.9 juta) milik mereka.

Hasil siasatan menunjukkan Price mengalihkan wang pelabur ke akaun dikawalnya di institusi kewangan lain serta menyediakan dokumen palsu untuk menutup perbuatannya.

Rekod pada kad kreditnya sejurus sebelum menghilangkan diri menunjukkan dia membeli tiket feri dan pemberat selaman.

Ejen Khas FBI Stephen Emmett berkata, dia tidak tahu sama ada isteri dan keluarga Price tahu dia sebenarnya masih hidup.

Menurutnya, penyiasat berjaya merampas semua kenderaan dimiliki Price kecuali sebuah bot gentian kaca berukuran 17 kaki yang dipercayai digunakan untuk melarikan diri. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/03

Dua beranak mati dibunuh


JOHOR BAHRU - Seorang wanita dan anak lelakinya dijumpai mati berlumuran darah dipercayai dibunuh di sebuah bilik di rumah mereka di pangsapuri berhampiran Kip Mart, Tampoi di sini semalam.
Mayat kedua-dua beranak itu, S. Patmavathy, 63, dan anak lelakinya, S. Suba, 40, ditemui pada pukul 1 pagi. Suba dikatakan bekerja sebagai pembekal tenaga kerja warga asing.
Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim berkata, polis menerima laporan mengenai kematian dua beranak itu daripada jiran mangsa yang membuat panggilan kecemasan selepas melihat kesan darah di hadapan rumah mereka.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0103&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2pHSHUeqK 
Hakcipta terpelihara