Search This Blog

Thursday, January 2, 2014

Terhempas: Juru pandu belon udara selamat


2 Januari 2014
BEIJING - CHINA. Seorang lelaki warga China yang cuba mendarat di Kepulauan Diaoyu dengan menaiki belon udara panas diselamatkan oleh pengawal pantai Jepun selepas belonnya terhempas ke dalam laut, kira-kira 20km dari pulau tersebut.

Bahagian kepulauan itu menjadi pertikaian di Laut China Timur yang dikenali sebagai Kepulauan Senkaku di Jepun dan Kepulauan Diaoyu di China.

Menurut laporan akhbar 'The South China Morning Post', juru pandu belon udara panas berusia 35 tahun itu dikenali sebagai Xu Shuaijun, seorang juru pandu belon  bertauliah.

Selepas diselamatkan, lelaki itu, yang tidak mengalami kecederaan, kemudian diserahkan kepada kapal peronda China di perairan itu, Rabu.

Lelaki itu dikatakan memulakan perjalanan dengan menaiki belon udara panas dari wilayah Fujian di tenggara China dalam percubaan mendarat di kepulauan itu pada pukul 7 pagi, hari berkenaan.
 
Menurut laporan itu, Xu, seorang tukang masak, gagal mendarat di pulau itu apabila belon udaranya mengalami masalah mekanikal selepas memulakan penerbangan hampir tujuh setengah jam.

Beliau menghantar mesej di akaun 'Sina Weibo', Twitter versi China, hari ini dengan berkata: "Telah kembali dengan selamat ke bandar Fuqing di wilayah Fujian dan terima kasih atas kebimbangan anda".

Pada 26 September lepas, Xu meninggalkan mesej dalam akaun 'Sina Weibo' dengan menulis: "Terbang ke Kepulauan Diaoyu...jadilah seorang warga China dengan sikap", dan mesej itu menunjukkan tindakan itu telah dirancang beberapa bulan lepas.

Konflik ke atas kepulauan tu telah meningkat sejak kerajaan Jepun 'membeli'tiga daripada pulau-pulau itu pada 2012. - Bernama

Mayat ditemui dalam kawasan semak

SINAR HARIAN
Mayat ditemui dalam kawasan semak 2 Januari 2014

 Keadaan mangsa warga Myanmar yang ditemui dengan kaki dan tangannya diikat.

 BUKIT MERTAJAM - Mayat seorang lelaki warganegara Myanmar ditemui dalam keadaan kaki dan tangannya terikat di dalam kawasan semak di Kampung Masjid Timah, semalam.

Mangsa, Sadnoor Abdulla, 28, yang memakai seluar jeans dan berbaju T lengan panjang dijumpai dalam keadaan mengiring.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, lelaki itu ditemui oleh seorang penduduk jam 12 tengah hari yang kemudian memaklumkannya kepada polis.

“Mangsa yang lengkap berpakaian ditemui dalam keadaan tangan dan kakinya diikat terus ke leher.

“Pemeriksaan awal mendapati ada kesan pukulan di bahagian kepala dan mangsa dipercayai mati kira-kira 10 jam lalu.

“Motif kejadian masih disiasat dan kami percaya mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak ke kawasan semak terbabit,” katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

16 individu ditahan khalwat

16 individu ditahan khalwat2 Januari 2014

Penguatkuasa JHEAINS menahan sepasang kekasih dalam serbuan disalah sebuah hotel di sekitar Port Dickson, semalam.

SEREMBAN – Seramai 18 individu ditahan dalam Operasi Tahun Baharu 2014 yang dilakukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di sekitar Seremban dan Port Dikson, di sini, semalam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Ahmad Husaini Mustafa berkata, operasi bermula jam 9 malam hingga 7 pagi itu dianggotai kira-kira 12 penguatkuasa.

Menurutnya, kebanyakan pesalah syariah yang ditahan terdiri daripada pelajar universiti dan beberapa pekerja swasta yang datang luar dari negeri ini.

“Dalam operasi yang dilakukan semalam, kita berjaya menahan dua individu atas kesalahan meminum arak di khalayak ramai, manakala selebihnya melakukan kesalahan berkhalwat.

“Kebanyakan pasangan yang ditangkap khalwat ini menginap di hotel bajet sekitar Seremban dan juga Port Dickson, setelah penat berhibur menyambut tahun baharu di sekitar daerah ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Ahmad Husaini berkata, kesemua pasangan yang ditangkap itu berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun dan ketika serbuan dilakukan mereka sedang nyenyak tidur.
Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS di Rahang Seremban, untuk disoal siasat.

“Mereka yang ditahan atas kesalahan berkhalwat akan disiasat di bawah Seksyen 61 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992.

"Manakala dua remaja yang ditahan kerana minum minuman keras akan disiasat di bawah Seksyen 78 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992,” katanya.

Dalam pada itu, tambahnya, terdapat dua individu yang cuba meloloskan diri dengan melarikan diri melalui tingkap, namun berjaya ditahan.

Hukuman buat anak derhaka

Hukuman anak derhaka2 Januari 2014

Arif Hilmi dipenjara lima tahun tiga bulan oleh Mahkamah Majistret semalam, selepas mengaku bersalah melakukan dua ugutan jenayah serta satu kesalahan cuba menghalang anggota polis menjalankan tugas.

KUALA TERENGGANU - Gara-gara kehendaknya untuk mendapatkan wang RM500 tidak diendahkan, seorang penganggur mengugut mahu membunuh kedua orang tuanya, dalam kejadian di Kampung Padang Nanas, Mengabang Telipot, di sini.

Perbuatan biadab Arif Hilmi Mohamed @ Kamal Arifin, 32, menerima pembalasan apabila dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan tiga bulan oleh Mahkamah Majistret, semalam.

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi membuat keputusan itu selepas Arif Hilmi mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah terhadap ibunya, Adnan Salim, 62, dengan meminta wang RM500 dan mengugut mahu membunuh mangsa jika tidak memberikan wang diminta.

Arif Hilmi mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan itu pada 19 September lalu, jam 6 petang, di kediaman mereka.

Bagi kesalahan itu, dia dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun.

Selain itu, dia turut dijatuhi hukuman penjara tiga tahun lagi selepas mengaku bersalah telah mengugut ibu serta bapanya, Mohamed @ Kamal Arifin Abdullah, 75, bertujuan untuk menyebabkan kematian di kediaman mereka, pada 24 November lalu.

Dalam masa sama, dia turut mengaku bersalah telah menggunakan kekerasan jenayah terhadap Mohd Ruwaidi Mohamad Zin; Hazrul Hizwan Mohd Ghazali; Ahmad Izuddin Mohd Rosli dan Hammizie Hamaran yang merupakan seorang anggota polis dengan niat hendak menakutkan mereka daripada menjalankan tugas.

Bagi kesalahan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan itu, Rozianti menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan turut memerintahkan ketiga-tiga hukuman berjalan berasingan.

Berdasarkan fakta kes, pada 19 September lalu, semasa ibunya berada di rumah bersendirian, Arif Hilmi telah meminta wang sebanyak RM500 dan mengugut jika enggan memberi wang, dia akan membunuh mangsa serta ahli keluarga lain.

Kerana takut, mangsa menghubungi anak perempuannya bernama Ainon yang datang menyerahkan wang RM300 kepada Arif Hilmi.

Bagaimanapun, keesokan harinya, Arif Hilmi telah menghubungi mangsa untuk meminta wang sebanyak RM200 lagi dan sekali lagi dia mengugut untuk membunuh mangsa jika gagal mengikut kehendaknya.

Bimbang keselamatan diri dan ahli keluarga lain, mangsa mengambil keputusan membuat laporan polis.

Arif Hilmi yang mengetahui dirinya diburu polis bertindak menyembunyikan diri, namun pada 24 November lalu, dia telah balik ke rumah dan sekali lagi mengamuk.

Semasa anggota polis hendak menangkapnya, Arif Hilmi telah memotong getah paip gas di dapur dan mengugut untuk meletupkan tong gas berkenaan sambil memegang pemetik api.

Selepas tindakan itu, Arif Hilmi yang memiliki 13 rekod jenayah lampau itu cuba melarikan diri namun berjaya ditahan.

Tak sempat daftar anak sekolah

Tak sempat daftar anak sekolahSINAR HARIAN

Mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di keseluruhan badan. 

 MACHANG - Seorang pengawal keselamatan maut apabila motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di Kampung Simpul, dekat Kemuning, di sini, kira-kira jam 8 pagi kelmarin.

Mangsa, Mohamad Abd Hamid, 58, yang bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Jambu Lawar itu dikatakan dalam perjalanan balik ke rumah bagi mengambil anaknya untuk didaftarkan di sekolah yang sama selepas tamat waktu bertugas.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Che Malek Bedot berkata, ketika kejadian, mangsa menunggang motosikal dari Kuala Krai ke- Machang sebelum dirempuh sebuah kereta ketika cuba membelok ke kanan.

Menurutnya, kemalangan di Kilometer 46.2, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai itu membabitkan sebuah motosikal dan sebuah kereta dari arah yang sama.

“Ketika membelok ke simpang Kampung Simpul, motosikal mangsa dipercayai dirempuh kereta di bahagian tengah dan menyebabkan mangsa tercampak ke bahu kiri jalan.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di keseluruhan badan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Che Malek berkata, punca kemalangan masih disiasat dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan di kampungnya, kelmarin.

Pada perkembangan sama, Che Malek turut menasihatkan orang ramai supaya memandu dengan berhemah dan mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

“Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu pada musim tengkujuh ini menyebabkan jalan licin dan pandangan pemandu agak terhad, terutamanya ketika hujan lebat.

“Tolak ansur dan memandu dengan berhemah mampu menyelamatkan nyawa dan mengelakkan kejadian yang tidak diingini,” katanya.

Bawa dua anak lakukan maksiat

Bawa dua anak lakukan maksiat2 Januari 2014

 Sanggup ibu ini membawa anaknya bersama ke sebuah hotel untuk melakukan maksiat.

 GEORGETOWN - Sanggup seorang ibu membawa dua anaknya yang masih kecil ‘menemaninya’ melakukan maksiat.

Ibu yang berstatus isteri orang itu dicekup Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) melalui Ops Ambang Maksiat 2014 di sebuah hotel apartmen di sini.

Melalui operasi yang bermula jam 2 pagi itu mendapati seorang lelaki dengan selamba berada di ruang tamu bilik hotel berkenaan sedangkan wanita berkenaan berada di dalam bilik tidur.

Lebih mengejutkan apabila penguatkuasa juga terjumpa dua kanak-kanak perempuan berusia tiga dan enam tahun di sebuah lagi bilik tidur.

Dalam nada selamba lelaki tersebut mengaku dia ditemani rakannya sedangkan selepas penguatkuasa membuat pemeriksaan wanita itu pula mengaku lelaki tersebut sebagai suaminya.

Jawapan yang berbeza itu akhirnya menyebabkan kegiatan maksiat mereka dapat dihidu JAINPP sehingga membuktikan kedua-dua mereka berstatus suami dan isteri orang lain.


Wanita sarat mengandung turut dicekup

Bukan itu saja, seorang wanita yang sarat mengandung lapan bulan turut dicekup bersama teman lelakinya di sebuah hotel.

Wanita yang ditangkap dalam keadaan menggeletar dalam sebuah bilik itu mengaku anak yang dikandungnya adalah hasil hubungan dengan teman lelakinya itu, namun sebaliknya lelaki tersebut tidak mengaku.

“Itu bukan anak saya, itu anak dia dengan orang lain,” kata lelaki tersebut.


Terpaksa masuk ikut tingkap

Sementara itu, di salah sebuah hotel di Tanjung Tokong di sini, lima penguatkuasa terpaksa berhempas pulas memasuki sebuah bilik melalui tingkap tandas.

Hampir 30 minit lamanya penguatkuasa mengetuk pintu dan memberikan amaran, namun kedua-dua pasangan yang berusia lingkungan 20an itu tetap tidak mahu membukanya.

Disebabkan itu, tingkap kecil setinggi lebih satu meter terpaksa dipanjat oleh salah seorang penguatkuasa dan kemudiannya membuka pintu bilik air.

“Kenapa tak mahu buka pintu? Sikap degil anda begini hanya membuatkan ramai orang susah,” tegur Ketua Unit Operasi dan Penguatkuasaan, Khairul Azman Azizan.
"Kami takut, saya rasa gementar," demikian jawapan lelaki tersebut.

Sementara itu, teman wanitanya duduk tersorok di tepi almari solek dan bertindak degil apabila cuba disiasat oleh penguatkuasa wanita.


Adik-beradik dicekup

Manakala, dua adik-beradik lelaki turut dicekup atas kesalahan berkhalwat dengan pasangan masing-masing di sebuah hotel murah di Tanjung Bungah, di sini.

Mereka menempah hotel yang sama namun kedua-duanya dicekup di tingkat yang berlainan.

Di hotel yang sama, seorang kakitangan awam turut ditahan bersama pasangannya.

Lelaki tersebut memberitahu dia hanya singgah di hotel berkenaan selepas selesai kerjanya untuk sambutan malam tahun baru di Padang Kota Lama.


39 individu ditahan

Khairul Azman berkata, Operasi Ambang Maksiat 2014 itu dijalankan di Daerah Timur Laut, Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Selatan (SPS).

Menurutnya, operasi yang bermula dari jam 2 hingga 7 pagi itu berjaya menahan 39 individu mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkhalwat.

Jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara, ataupun kedua-duanya sekali.

“Kali ini operasi yang dijalankan berbeza kerana kami hanya menumpukan Seksyen 27 berbanding dengan Seksyen 29 iaitu perbuatan tidak sopan, ini memandangkan faktor cuti dan juga sumber maklumat yang diterima.

“Kami menerima maklumat hotel di kawasan-kawasan panas telah penuh ditempah, dan kebanyakan mereka ini datang untuk menyambut tahun baru yang mana persembahan bunga api dinanti sejak jam 8 malam hingga 12 tengah malam'

"Jadi selepas waktu itu mereka sudah letih dan melihatkan situasi dan pengalaman kami mendapati mereka akan mendaftar masuk ke hotel.

“Jika sambutan ini diadakan pada hujung minggu kemungkinan yang melakukan Seksyen 29 lebih ramai kerana ramai yang akan menghabiskan masa di tepi pantai dan sebagainya,” katanya.

Operasi itu turut disertai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAINPP, Yusuff Ahmad dan 20 penguatkuasa.

2 budak maut dalam kolam air pancut


Jakarta: Dua kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun meninggal dunia Isnin lalu selepas lemas dalam kolam air pancut di Masjid Istiqlal di bandar raya ini.

Ketua Polis Sawah Besar, Shinto Silitonga berkata, kanak-kanak itu, Abdul Hadi Esa dan Ahmad Nur Alam pergi memancing bersama 15 lagi kanak-kanak lain di situ. Media melaporkan kedalaman kolam itu dianggarkan antara empat hingga lima meter.


Shinto berkata, mangsa berenang di dalam kolam itu, manakala rakan mereka yang lain hanya memancing.



“Rakan mangsa cuba menyelamatkan mereka tetapi gagal.


“Mayat kedua-duanya dibawa keluar kira-kira jam 2.10 petang,” katanya.


Mayat mangsa dibawa ke Hospital Cipto Mangunkusumo untuk bedah siasat walaupun keluarga mereka tidak membenarkan berbuat demikian. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/02

Budak jatuh tersembam dalam telaga


Georgia: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun bernasib baik apabila diselamatkan selepas terjatuh lebih 15 meter ke dalam telaga sempit.

Megan Winters terjatuh ketika melompat di atas penutup telaga yang sudah reput.


Dia terperangkap lebih sejam di dalam telaga itu di Carroll County, Isnin lalu sebelum pasukan penyelamat berjaya menyelamatkannya.



Ibunya berkata, Megan patah tangan, kaki dan tulang pinggul selain mengalami pendarahan dan lebam pada otaknya.


Usaha menyelamatkan Megan berjaya dirakam stesen televisyen WSB-TV dari helikopter.


“Megan dalam keadaan sedar dan boleh bercakap.

“Kami menggunakan tali dan menghantar seorang anggota bomba ke dalam telaga itu untuk mengeluarkannya,” katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/02

Warga emas keluar joging ditemui mati ditikam


Georgetown: Seorang lelaki warga emas yang sering berjoging, ditemui mati dipercayai ditikam selepas terbabit dalam satu pergaduhan berhampiran sebuah pangsapuri di Tanjung Bungah di sini, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 pagi apabila mangsa, Ang Cheng Ho, 64, ditemui dengan beberapa kesan tikaman di leher, perut dan bahagian badan lain oleh seorang pengawal keselamatan yang bertugas di pangsapuri berhampiran.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, mangsa ditemui terbaring di atas batu berhampiran dinding dalam keadaan berlumuran darah selepas dikatakan baru pulang daripada berjoging.

Menurutnya, mangsa dipercayai terbabit dalam satu pergaduhan dengan seorang lelaki di situ sebelum ditikam.

Katanya, mangsa yang tidak bekerja itu mempunyai tiga anak berjoging setiap hari.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai ditikam selepas terbabit dalam pergaduhan dengan seorang suspek, tetapi tidak dapat dipastikan punca kejadian sebenar.

“Polis juga turut menemui sebilah pisau berhampiran tempat kejadian dan siasatan lanjut mendapati pisau berkenaan milik mangsa yang dipercayai digunakan untuk mempertahankan diri.

“Kami menolak kemungkinan motif kejadian berkaitan samun kerana dompet, telefon bimbit dan dokumen lain milik mangsa tidak dilarikan atau dicuri,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Mazlan berkata, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta dapat menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di talian 04-2181822 atau balai polis berhampiran.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/02

Cuba menyorok tetapi akhir lemas di tali air


Oleh Shamsul Munir Safini

KANGAR: Mayat dipercayai seorang lelaki Pendatang Tanpa Izin (Pati) warga Rohingya ditemui terapung di Sungai Kurong Tengar Kuala Perlis kira-kira 7 pagi tadi.

Mangsa difahamkan cuba bersembunyi daripada pihak berkuasa di dalam sungai berkenaan sebelum maut akibat lemas.



Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Ismail Che Isa ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat mangsa yang tidak mempunyai dokumen berkenaan.

Katanya, mayat mangsa yang dilitupi kain pelikat dipakainya itu ditemui penjaga tali air yang kebetulan mahu membuka pintu tali air.


Menurutnya, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/02

Ajal selepas rebah di kelas

Oleh Shamsudin Husin
Chukai: Seorang guru Tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat KEMAS Kampung Meraga Beris, Kijal, dekat sini, hanya sempat berada dalam kelas selama satu jam 30 minit pada hari pertama persekolahan, semalam, sebelum dia rebah dan meninggal dunia dipercayai akibat sakit jantung di Klinik Kesihatan Kijal.
Terdahulu, mangsa, Nor Aima Sulong, 43, bersama rakan sekerjanya, Che Wan Ajariah Che Wan Arifin, 30, dan seorang pembantu, Che Wan Afidah Abdullah, 44, mula masuk ke tadika berkenaan pada jam 7.15 pagi bagi memulakan sesi persekolahan 2014.
Che Wan Ajariah berkata, dia kemudian melihat mangsa sedang tunduk dan memujuk seorang pelajar yang sedang menangis ketika perhimpunan dalam kelas sambil mengesat air mata pelajar terbabit pada jam 8.45 pagi sebelum mangsa tiba-tiba rebah.

“Saya yang berada tidak jauh dari mangsa menghampirinya serta bertanya kenapa dia rebah dan dia memberitahu mengalami kekejangan otot kaki serta tidak dapat bangun,” katanya ketika ditemui di tadika berkenaan, semalam.
Foto
SUAMI Nor Aima, Kamarudin (kanan) reda dengan pemergiannya.

Menurutnya, bimbang berlaku kejadian tidak diingini, dia terus menelefon suami mangsa, Kamarudin Salim, 41, yang tinggal di kampung sama kira-kira jam 9 pagi sebelum suaminya bergegas membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Kijal.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/02

Wanita mengilai jam 4 pagi


Port Dickson: “Lepaskan saya, saya nak menari, jangan pegang saya… tolonglah,” kata seorang wanita berusia awal 20-an yang secara tiba-tiba diserang histeria ketika tidur di dalam sebuah khemah di Batu 4, Jalan Pantai, di sini, awal pagi semalam.

Wanita terbabit yang mengikut teman lelakinya menyertai Pertandingan Bola Sepak Pantai Sepanjang Malam anjuran Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), mengejutkan orang ramai yang menyaksikan perlawanan itu apabila diserang histeria dan menari ‘ulik mayang’ pada jam 4 pagi.


Wanita berkenaan yang kemudian meraung sekuat hati dan berlari seperti mengejar sesuatu menyebabkan perlawanan terhenti seketika dan beberapa pengunjung terpaksa menenangkan wanita itu.



Saksi kejadian, Yusri Hassan, 35, berkata, sebelum kejadian dia sedang menyaksikan perlawanan bola sepak yang diadakan sempena sambutan tahun baru 2014.


Katanya, ketika asyik menonton perlawanan, tiba-tiba terdengar suara wanita mengilai seperti dirasuk daripada khemah berhampiran menyebabkan 100 penonton panik.


“Akibatnya, beberapa pengunjung menyerbu ke khemah wanita itu dan menyaksikannya dalam keadaan dirasuk,” katanya yang ditemui di tempat kejadian.

Wartawan yang berada di lokasi kejadian membuat liputan perlawanan itu turut terkejut apabila mendapati wanita berkenaan tiba-tiba meracau.


Ada beberapa individu cuba menenangkan wanita itu, tetapi dia meraung supaya dilepaskan kerana ingin membuat tarian ulik mayang.

“Tolong lepaskan saya, jangan pegang, saya nak menari,” rayu wanita berkenaan kepada orang ramai dan kemudian membuat tarian berkenaan.


Bagaimanapun, selepas 10 minit ditenangkan pengunjung selain dibacakan ayat suci al-Quran, wanita berkenaan kembali tenang namun masih lemah.


Dia kemudian dibawa pengunjung wanita lain memasuki kereta sebelum perlawanan bola sepak diteruskan.


Mengimbau kejadian sama, Harian Metro pada 10 November lalu melaporkan hampir 50 peserta Perhimpunan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di Batu 1, Jalan Pantai, pernah diserang histeria ketika mengadakan tarian ulik mayang dan kuda kepang.


Menurut laporan, keadaan dapat dipulihkan apabila beberapa pengamal perubatan Islam tampil memberikan bantuan. Sementara itu, pengamal perubatan Islam dari daerah ini, Ustaz Mohammad Salleh menasihatkan pengunjung pantai di daerah ini lebih berhati-hati dan menjaga tingkah laku ketika berada di kawasan berkenaan.


Katanya, ia kerana makhluk halus berada di mana-mana tanpa mengira tempat dan histeria sering berlaku kepada mereka yang gagal mengawal emosi.


“Jika kita terlalu gembira, sedih, takut atau marah, kebarangkalian tinggi untuk dirasuk makhluk halus,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/02

Ghaib ketika nak buang air

Oleh Abnor Hamizam Abd Manap
Jempol: Kehilangan seorang penduduk di Ladang Sawit FELDA Raja Alias 2, di sini, sejak Jumaat lalu menggemparkan orang ramai apabila timbul khabar angin kononnya lelaki berusia 33 tahun berkenaan dilarikan ‘orang bunian’.
Pekerja kontrak yang hilang, Mohd Nizam Ahmad, kali terakhir ditemui rakan sekerja kira-kira jam 5.30 petang pada Jumaat lalu, selepas dia yang pulang menaiki van bersama rakan lain dari tapak pembinaan di Kuala Klawang, dekat sini, berhenti membuang air kecil di ladang itu sebelum pulang ke rumahnya di FELDA Raja Alias 4.
Namun, rakan sekerja yang menunggu Mohd Nizam di dalam van terkejut selepas mendapati lelaki terbabit tidak membuang air kecil, tetapi sekadar menghadap sebuah pokok sebelum berlari ke dalam ladang berkenaan.

Hampir seminggu tidak ditemui, sebuah badan bukan kerajaan bersama 80 penduduk akhirnya menjemput ustaz dari sebuah pusat rawatan Islam kelmarin, bagi menggerakkan operasi mencari selepas keluarganya bimbang kehilangan itu.
Foto

Dalam solat hajat, bacaan Yasin dan zikir, pengamal perubatan Islam, Ustaz Abd Ghani Ahmad Zaighu mengetuai gerakan mencari bersama penduduk jam 9.45 malam.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/02

Kekasih hati busuk

Oleh Ahmad Ismail
Segamat: Akibat cemburu buta, seorang lelaki meminta teman wanitanya tidak mandi selama beberapa hari bagi memastikan tiada yang tertarik apalagi mahu memikatnya.
Selain itu, remaja berusia 16 tahun berkenaan juga tidak dibenarkan menghias diri ketika berada di khalayak ramai.
Dia dilarang bersolek apalagi mengenakan gincu dan tidak boleh memakai minyak wangi.

Jika ingkar dengan permintaan itu, remaja berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Ani akan dibelasah.
Foto

“Sepanjang setahun kami bercinta, sudah tiga kali saya dibelasah, tetapi kerana sayang dan dia sentiasa berjanji mahu berubah, saya teruskan juga hubungan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/02

Maut dilanggar bas ekspres


2 Januari 2014

BELURAN - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya dilanggar sebuah bas ekspres di Kilometer 19 Jalan Telupid-Ranau, jam 11 malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Beluran Asisten Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata mangsa yang mati di tempat kejadian dikenali sebagai Pattrick Canda, 38, dari Kampung Gambaron Telupid.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Beluran untuk dibedah siasat.

Katanya kejadian berlaku semasa bas ekspres yang dipandu seorang lelaki berumur 33 tahun sedang dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sandakan.

Bagaimanapun, pemandu dan penumpang bas ekspres terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nasyrul Ridzuan Ab Razak di talian 089511222 bagi membantu siasatan. - Bernama

Polis tahan suspek bunuh di Tanjong Bungah

gari2 Januari 2014

GEORGETOWN - Polis telah menahan seorang suspek lelaki dipercayai terbabit dalam kes bunuh seorang lelaki warga emas di Jalan Loh Poh Heng, Tanjong Bungah, di sini pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata suspek berumur 46 tahun itu ditahan tidak jauh dari lokasi kejadian lewat malam tadi.

"Suspek ditahan reman lima hari bermula hari ini untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya dalam satu kenyataan ringkas, di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan mendapati suspek positif dadah dan mempunyai rekod jenayah lampau atas kesalahan dadah.

Katanya, polis telah memanggil beberapa orang saksi untuk memberi keterangan mengenai kes itu.

Semalam mayat Ang Cheng Hoo, 64, dijumpai terbaring di tepi jalan oleh orang awam dengan beberapa kesan tikaman di perut dan kelaran di leher pada kira-kira 6.30 pagi.

Menurut anak lelaki mangsa, warga emas itu biasa keluar berjoging seawal pukul 5 pagi dan pulang ke rumah sebelum 8 pagi.

Polis turut menjumpai pisau yang sering dibawa mangsa ketika keluar berjoging dalam keadaan berlumuran darah dipercayai menjadi senjata pembunuhan. - Bernama

Gajah ancam penduduk di Baling


2 Januari 2014

BALING - Lebih 200 penduduk Kampung Kaki Bukit Mukim Bongor, Baling dilanda kebimbangan berikutan dua ekor gajah liar berkeliaran di kawasan kampung mereka sejak seminggu lepas.

Kehadiran gajah itu yang dipercayai dua beranak dan sering keluar pada waktu malam turut memusnahkan tananam pisang mereka yang mula mengeluarkan hasil selain pernah memasuki tiga buah rumah.

Dalam tempoh itu juga mereka tidak berani keluar untuk menoreh getah kerana bimbang terserempak dengan haiwan liar terbabit.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kaki Bukit, Ahmad Tajuddin Umat, 40, berkata berikutan ancaman gajah itu penduduk membuat kawalan setiap malam secara bergilir-gilir.

"Kami meminta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) supaya segera mengambil tindakan memindahkan haiwan itu ke kawasan lain. Lagi lama dibiarkan lebih banyak tanaman penduduk dirosakkan," katanya kepada Bernama semasa ditemui hari ini.

Pegawai Perhilitan gagal dihubungi untuk mendapatkan ulasan.

Seorang penduduk kampung berkenaan, Fakrulrazi Ahmad, 53, berkata dalam tempoh seminggu haiwan liar terbabit merosakkan lebih sehektar sawah padi mereka.

Seorang pemilik rumah yang dimasuki haiwan terbabit, Mat Daud Samah, 70, berkata beliau dan lima anggota keluarganya amat bimbang kedua-dua gajah itu memasuki lagi rumahnya kerana kedudukannya paling hampir dengan hutan. - Bernama

Wanita China ditahan, dadah RM1.6 juta dirampas


2 Januari 2014


SEPANG - Dua wanita warga China ditahan secara berasingan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini pada Isnin dan Selasa lepas dan dadah methamphetamine seberat 9.1kg bernilai RM1.6 juta dirampas daripada mereka.

Pengarah Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Datuk Chik Omar Chik Lim berkata, dalam kes pertama, wanita China berumur 19 tahun ditahan pada 2.50 pagi Isnin selepas dia didapati menyembunyikan 6.1kg methamphetamine bernilai RM1.1 juta dalam 14 pasang pelapik kasut but di dalam bagasinya.
   
Rampasan kedua pada Selasa membabitkan seorang lagi wanita China berumur 29 tahun pada 1.30 pagi setelah didapati menyimpan 3kg methamphetamine bernilai RM570,000 di dalam dua gulungan wayar di dalam bagasinya, katanya dalam sidang media di sini hari ini.
   
Katanya, siasatan mendapati modus operandi sindiket dadah dari China kini menggunakan wanita muda dan cantik untuk menyeludup dadah.
   
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan, katanya.

Sementara itu, Chik Omar berkata, sepanjang tahun lepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah mematahkan 67 percubaan penyeludupan dadah menerusi LCCT dan KLIA yang melibatkan 55 tangkapan dan membabitkan rampasan 809.9kg dadah bernilai RM47.6 juta
 
Jumlah itu  meningkat berbanding tahun 2012 yang membabitkan 61 kes dan 68 tangkapan dengan rampasan 317.3kg dadah bernilai RM36.2 juta, katanya. - Bernama

Jatuh dalam tadahan air: Kanak-kanak maut


2 Januari 2014

MELAKA - Seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun mati lemas selepas terjatuh ke dalam kolam tadahan air sedalam kira-kira tiga meter di Kampung Balai Panjang, Malim, di sini hari ini.

Kejadian itu berlaku ketika Khairul Nazril Haziq Khairul Nazremy dikatakan sedang bermain bersama-sama abangnya Khairul Nazri Hakimi, 5, di sekitar kolam tersebut yang terletak bersebelahan rumah datuk mereka.

Pegawai Bomba Kanan 2, Mokhtar Othman dari Balai Bomba dan Penyelamat, Jalan Kubu, berkata mereka menerima panggilan pada 2.44 petang dan tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

"Bomba memulakan operasi menyelamat pada jam 3 petang dan menemui mayat mangsa kira-kira 10 minit selepas itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam kejadian tersebut, abangnya turut terjatuh dan lemas namun berjaya diselamatkan oleh bapa saudaranya.

Sementara itu, ibu kanak-kanak itu, Suraiziah Mulub, 31, berkata ketika kejadian beliau dan suaminya tiada di rumah kerana menjemput dua lagi anak mereka pulang dari sekolah.

"Ketika kejadian, saya dan suami sedang mengambil dua orang lagi anak  kami yang bersekolah di Malim dan menerima panggilan daripada keluarga suami saya menyatakan Haziq lemas," katanya yang tinggal di Pokok Mangga.

Beliau berkata, suaminya juga cuba berusaha turun ke kolam tersebut  sebelum meminta bantuan bomba untuk mencari Haziq, namun gagal kerana kolam  itu terlalu dalam.

"Kami tumpangkan dua beradik itu bersama datuk dan nenek untuk menjaga mereka sementara kami menguruskan hal persekolah dua lagi anak kami," katanya. - Bernama

Gempa bumi: Seorang terkorban, 12 cedera di selatan Iran


2014/01/02
TEHRAN: Gempa bumi berukuran 5.5 magnitud menggegar bandar di selatan Iran mengakibatkan seorang terkorban dan 12 lagi mengalami kecederaan, kata televisyen
Iran hari ini.



Laporan itu berkata, gempa bumi pada awal pagi tadi melanda bandar Bastak kira-kira 1,200 kilometer selatan Tehran. Banyak bangunan di bandar terbabit mengalami kerosakan dan anggota penyelamat bergegas ke tempat kejadian.


Pada 2003, kira-kira 26,000 orang terbunuh apabila gempa bumi berukuran 6.6 magnitud menggegar bandar Bam, selatan negara berkenaan. - AP 

Bapa dituduh dera anak lelaki sehingga mati bersama teman wanita


2014/01/02
JOHOR BAHRU: Seorang bapa bersama teman wanitanya dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh anak lelakinya, berusia tiga tahun, dalam kejadian di sebuah apartmen di Kulaijaya, pada Disember tahun lepas.

Tertuduh Mohd Imran Mohd Ramly, 31 tahun, dan pasangannya Norhidayah Mamid 27, didakwa bersama-sama melakukan perbuatan itu antara jam 12 tengah malam 16 Disember sehingga 6.45 petang 19 Disember, di sebuah apartmen di Bandar Putra, Kulaijaya.


Kanak-kanak malang itu Muhammad Aqeef Adam Mohd Imran dipercayai didera oleh pasangan itu dalam tempoh berkenaan sehingga menyebabkan kematiannya pada 19 Disember.

Mohd Imran dari Kampung Paya Renggoh, Johol, Negeri Sembilan yang bekerja sebagai pengurus sebuah syarikat, dan Norhidayah dari Taman Lagenda Putra, Kulaijaya, Johor yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Salina Omar.

Tiada sebarang pengakuan dicatatkan daripada pasangan itu.

Mahkamah kemudian menetapkan 5 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Kulai sementara menunggu keputusan bedah siasat dan laporan Jabatan Kimia.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Dzul Iswari Mohd Jaafar mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori. - BERNAMA 

Enam lelaki disyaki pengganas mati ditembak


1 Januari 2014
JAKARTA - INDONESIA. Polis Indonesia menembak mati enam lelaki yang disyaki anggota kumpulan pengganas dan menahan seorang suspek dalam operasi di sebuah rumah di Ciputat, Tangerang Selatan, di luar ibu kota pada malam tahun baharu 2014, pada Selasa.
 
Operasi itu dijalankan oleh sekumpulan pegawai dari Unit khas anti pengganas yang dikenali sebagai Detasemen Khusus 88 setelah mereka mengepung rumah berkenaan yang dipercayai menjadi markas kumpulan militant itu.
 
Jurucakap polis Indonesia berkata pasukan polis terlibat dalam aksi berbalas tembak dengan kumpulan pengganas setelah arahan meminta suspek menyerahkan diri tidak dihiraukan oleh mereka.
 
"Mereka (pengganas) memulakan aksi tembakan dan menyebabkan polis kembali membalas tembakan itu. Operasi membanteras keganasan itu berlangsung 10 jam dan berakhir awal pagi ini," kata jurucakap itu.
 
Polis menyita sejumlah bom dan senjata api dari rumah itu dalam operasi berkenaan. Polis percaya kesemua pengganas yang ditembak mati itu terlibat dalam beberapa aktiviti keganasan sepanjang tahun 2013, termasuk penembakan pegawai polis.

Sementara itu lelaki suspek pengganas yang ditahan itu pula disyaki pengikut Abu Roban iaitu pengganas yang pernah mengetuai sebuah kumpulan pengajian agama di Tangerang, yang ditembak mati pada Mei tahun lepas.
 
Polis mendapat maklumat bahawa Abu Roban turut merangka rancangan keganasan yang akan dilancarkan pada pilihan raya umum 2014 di Indonesia.
 
Kumpulan Abu Roban dipercayai mempunyai anggota seramai 60 orang yang sentiasa bersedia menjadi pengebom berani mati.
 
"Mereka semua cukup terlatih dengan masing-masing mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing," kata Ketua Jabatan Perhubungan Awam Polis Indonesia Boy Rafli Amar.
 
Menjelang sambutan tahun baharu 2014 semalam, polis Indonesia meningkatkan kawalan keselamatan dengan mengerahkan 6,500 anggotanya berkawal di seluruh ibu kota Jakarta.
 
Indonesia pernah digemparkan dengan beberapa kejadian serangan pengganas sejak lebih sedekad lalu termasuk kejadian serangan bom di Bali pada tahun 2002, yang menyebabkan lebih 200 orang terbunuh, kebanyakan daripada mereka adalah pelancong asing. - Bernama

Pelajar universiti antara ditahan khalwat


SEREMBAN – Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) antara sembilan pasangan kekasih yang ditahan kerana berkhalwat dalam operasi cegah maksiat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di beberapa hotel bajet sekitar Senawang, Port Dickson, Lukut dan Nilai malam kelmarin.
Ketika serbuan yang dijalankan pada malam sambutan tahun baru 2014 itu, ada segelintir daripada mereka memberi alasan tidak sempat balik ke rumah, malah terdapat juga pasangan perempuan yang masih terbaring di atas katil.
Kesemua pasangan berusia antara 20 hingga lewat 30 tahun itu ditahan dalam operasi yang dilakukan oleh 30 anggota dan pegawai penguat kuasa JHEAINS bermula pukul 12 tengah malam dan berakhir pukul 4 pagi.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0102&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2pDobaRIT 
Hakcipta terpelihara 

Tunku Zanariah pohon ketepi perintah cerai mahkamah


JOHOR BAHRU - Bekas Sultanah Johor, Tunku Zanariah Tunku Ahmad semalam memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini bagi mengetepikan perintah Mahkamah Syariah yang mengeluarkan penghakiman bahawa Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail telah menceraikannya.
Permohonan yang difailkan melalui Tetuan Kamar Ainiah, Raziff dan Zashidi itu menamakan Sultan Iskandar sebagai responden dan difailkan pada pukul 10 pagi di Pejabat Pendaftar mahkamah berkenaan.
Kamar Ainiah ketika ditemui berkata, permohonan tersebut adalah untuk mengetepi dan membatalkan perintah Mahkamah Rendah Syariah menerusi saman bernombor 01001-054-2025-2010 yang mengeluarkan penghakiman bahawa Almarhum Sultan Johor telah menceraikan Tunku Zanariah pada 23 Januari 2009 dan rujuk yang dilafazkan pada minggu berikutnya adalah tidak sah.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0102&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2pDoTDAwj 
Hakcipta terpelihara 

5kg barang kemas hilang dari Kancil



STESEN minyak di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Seberang Jaya inilah tempat lima kilogram barang kemas hilang kelmarin.


GEORGE TOWN – Gara-gara singgah di sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Seberang Jaya dekat sini, seorang lelaki panik apabila barang kemas berharga RM650,000 lesap dari dalam kereta yang ditinggalkan tidak sampai lima minit ketika ke tandas.
Dalam kejadian pukul 8 malam kelmarin, mangsa yang bekerja di sebuah kedai emas milik abang saudaranya di Parit Buntar, Perak meninggalkan barang kemas yang berat kesemuanya lima kilogram (kg) di tempat letak kaki penumpang depan kereta Perodua Kancil.
Kereta Kancil tersebut milik syarikat kedai emas manakala barang kemas yang terdiri daripada pelbagai jenis dimasukkan dalam beg diambil dari kilang di Butterworth untuk dihantar ke kedai emas di Parit Buntar.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0102&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2pDo6uKyc 
Hakcipta terpelihara 

Hilang selepas renung bukit


JEMPOL - Sebuah keluarga di Bandar Seri Jempol di sini boleh diibaratkan sudah jatuh ditimpa tangga apabila seorang ahli keluarga mereka hilang hanya tiga hari selepas rumah mereka di Felda Raja Alias Empat dipecah masuk penjenayah pada minggu lalu.
Mangsa, Mohd. Nizam Ahmad, 33, dari Felda Raja Alias Empat dilaporkan hilang pada pukul 5 petang Jumaat lalu ketika singgah di tepi jalan di kawasan kebun dekat Felda Raja Alias Dua untuk membuang air kecil.
Jarak antara tempat mangsa hilang dengan rumah keluarganya, enam kilometer.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0102&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2pDneqbdu 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki tak sempat jual M-16


PEKAN Sungai Golok, Thailand dikatakan popular dalam kalangan penjenayah Malaysia yang membeli senjata api secara haram.


GERIK – Selepas polis Kelantan merampas raifal M-16 daripada perompak pada Isnin lalu, semalam selaras lagi senjata jenis sama dirampas oleh polis Perak di Kilometer 24 Jalan Gerik-Jeli di sini.
Raifal M-16 yang ditemui dalam keadaan dileraikan dalam kereta Proton Waja warna emas itu dipercayai cuba dijual kepada penjenayah di negara ini.
Sebelum rampasan itu, satu sumber berkata, pasukan polis Ops Cantas Khas yang melalui kawasan tersebut pada pukul 4 pagi terserempak dengan seorang lelaki berusia 30-an berdiri di luar sebuah kereta Proton Waja dalam keadaan mencurigakan kerana kawasan tersebut gelap dan dikelilingi hutan


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0102&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2pDnMxV3y 
Hakcipta terpelihara 

Dua maut sambutan tahun baru di Filipina



SEORANG lelaki yang cedera akibat terkena percikan bunga api dirawat di Pusat Perubatan Memorial Jose Reyes, Manila, Filipina semalam.


MANILA - Dua orang terbunuh dan hampir 600 orang cedera akibat terkena percikan bunga api dan peluru sesat semasa meraikan kedatangan tahun baru di Filipina, kata beberapa pegawai semalam.
Kira-kira 50 buah hospital melaporkan, terdapat 599 orang cedera dari 21 Disember hingga semalam yang merupakan peningkatan 43 peratus dalam tempoh yang sama pada tahun sebelum ini.
Di wilayah Cagayan, utara Filipina, satu pertunjukan bunga api yang mengandungi mercun meletup menyebabkan seorang lelaki berusia 19 tahun terbunuh.
Seorang bayi lelaki turut terbunuh terkena peluru sesat yang melalui bunbung rumah keluarganya di wilayah Ilocos Sur.
Beberapa doktor di wilayah Ilocos Norte menyatakan, seorang lagi budak lelaki bertarung nyawa setelah terkena peluru sesat di kepalanya.
Kebanyakan penduduk Filipina percaya bunyi bising akan dapat mengusir roh jahat dan membawa tuah.
Ramai penduduk negara ini membakar mercun dan bunga api walaupun mereka menyedari bahaya yang akan menimpa. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0102&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2pDm5r2IR 
Hakcipta terpelihara 

Lima rakyat Malaysia cedera dalam kebakaran hostel di Hong Kong





01/01/2014 10:19pm

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar hari ini mengesahkan lima pelancong Malaysia adalah antara 25 orang yang dilapor cedera dalam kebakaran di Yesinn Hostel, Hong Kong Ahad lepas.

Mereka ialah Wong Kang Chi, yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Queen Mary Hospital, Pok Lam Road; Phuah Kien Sing dan Lee Chiang Choon (dimasukkan ke Ruttonjee Hospital, Daerah Wanchai), dan Kung Shin Tyan dan Tin Kam Mei (dimasukkan ke Pamela Youde Nethersole Eastern Hospital).

Dalam kenyataannya, Wisma Putra berkata Konsul Jeneral Malaysia di Hong Kong telah memaklumkan kepada keluarga mangsa tentang kejadian itu dan bersiap sedia untuk memberi bantuan yang diperlukan kepada mereka.

Pihak konsulat berhubung dengan pihak berkuasa Hong Kong dan hospital terbabit untuk memantau keadaan semua mangsa dari semasa ke semasa.

Kebanyakan yang cedera itu adalah pelancong dari Malaysia dan Singapura yang menginap di unit kediaman dan rumah tumpangan hotel bajet berkenaan di Cheung Hong Street, North Point District. - Bernama



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0101&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_21.htm#ixzz2pAtGkIOf
Hakcipta terpelihara 

Dua warga China hilang dipukul ombak Telok Kalong


Oleh Rosli Ilham

CHUKAI: Hasrat dua sahabat warga China merakam gambar kenangan keindahan pantai Teluk Kalong, dekat sini, berakhir dengan tragedi selepas mereka berdua hilang dipukul ombak besar, dekat sini, kira-kira 4 petang ini.

Zhang Xuefeng, 39, dan rakannya, Wanghai, 45, yang bekerja di kilang besi Eastern Steel, di sini, dikatakan sedang merakam gambar, kira-kira 2.30 petang.


Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Chukai Yahaya Hanafi berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan kejadian kira-kira 5.15 petang.

Katanya, sepasukan 16 anggota bomba yang menerima laporan bergegas ke lokasi kejadian dan sebaik tiba 20 minit kemudian terus melancarkan gerakan mencari dan menyelamat.


"Gerakan mencari dan menyelamat menemui kesukaran berikutan ombak besar dan pasukan kami terpaksa melancarkan gerakan mencari dengan mengadakan kaedah rondaan pantai," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.


Menurutnya, sehingga kira-kira 9 malam, gerakan mencari dan menyelamat masih belum berjaya menemui mangsa dan gerakan itu masih dijalankan.

"Pasukan bomba turut mendapat kerjasama daripada polis dan penduduk kampung untuk gerakan mengesan mangsa," katanya.

Beliau berkata, Ketua Bahagian Keselamatan Eastern Steel Wahib Embong, 58, yang mendapati kedua-dua pekerja terbabit tidak pulang ke asrama segera ke pantai berkenaan untuk mencari mangsa.

Katanya, sebaik tiba di pantai terbabit, seorang daripada rakan mangsa yang turut bersama mangsa memaklumkan kedua-dua rakannya hilang dipukul ombak kepada ketua keselamatan terbabit.

"Pengadu kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada pihak pengurusan sebelum bertindak memaklumkan kejadian itu kepada pihak bomba," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/01