Search This Blog

Saturday, December 6, 2014

Tukul guru selepas kena tegur

Shanghai: Seorang pelajar berusia 17 tahun ditahan kerana memukul guru Bahasa Inggerisnya dengan tukul selepas ditegur kerana lewat menghantar tugasan sekolah.
Menurut akhbar Shanghai Daily, pelajar tingkatan lima Sekolah Tinggi Shanghai Tonghe di daerah Boashan itu dipanggil ke pejabat guru itu tengah hari Rabu lalu.
Guru terbabit, Yuan, 37, sebelum itu memarahi pelajar itu kerana gagal menghantar tugasannya.
Pelajar itu kemudian dilihat berlegar di luar pejabat sebelum ditanya lagi mengenai tugasan itu.
Tetapi, pelajar berkenaan mengeluarkan tukul dari begnya dan menyerang mangsa.
Yuan ditemui terbaring di atas lantai dengan berlumuran darah.
Dia diketuk dengan tukul itu beberapa kali dan disahkan mengalami pendarahan dalaman.
Pelajar itu menyerah diri kepada polis sementara ibu bapanya menziarah guru berkenaan di hospital untuk memohon maaf.
Remaja itu kini ditahan sementara polis meneruskan siasatan terhadap kes itu.
Bagaimanapun, jika didapati bersalah atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan, pelajar itu mungkin diberikan hukuman ringan kerana faktor usia.
Ini serangan kedua membabitkan pelajar dengan guru yang dilaporkan dalam tempoh sebulan.
Bulan lalu, seorang pelajar undang-undang menyimbah air panas terhadap profesor yang menyindirnya kerana datang lewat ke kelas. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Disember 2014 @ 5:02 AM


YUAN ketika dirawat di hospital, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/14156#sthash.FzTHXYDW.dpuf

No comments:

Post a Comment