Search This Blog

Monday, December 15, 2014

Terkini: Sekurang-kurangnya 28 maut akibat tanah runtuh di Jawa



ANGGOTA penyelamat meneruskan operasi mencari bagi mengesan lebih 80 orang yang masih hilang. - Foto EPA
BANJARNEGARA (Indonesia): Hujan lebat di tengah Indonesia mengakibatkan tanah runtuh dan mengorbankan sekurang-kurangnya 28 penduduk kampung manakala 82 yang lain hilang di bawah timbunan lumpur, kata pegawai tempatan hari ini.
Pegawai berkata, anggota penyelamat meneruskan operasi mencari bagi mengesan lebih 82 orang yang masih hilang.
Penduduk kampung Jemblung, daerah Banjarnegara di wilayah Jawa Tengah berkata, mereka mendengar bunyi guruh diikuti hujan lebat dan melihat tanah merah dari bukit berhampiran menimbus kira-kira 100 kediaman dalam kejadian pada Jumaat lalu.
"Tanah runtuh itu kelihatan seperti berputar ke bawah. Saya berjaya menyelamatkan seorang wanita mengandung tetapi tidak sempat menyelamat seorang lagi lelaki," kata Subroto.
Beliau berkata, satu bahagian bukit di situ runtuh dan diikuti satu bahagian lagi.
"Dalam tempoh lima minit, berlaku tiga runtuhan tanah besar dan ia menghanyutkan semuanya," katanya.
Jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho berkata, hari ini, sebanyak 28 mayat berjaya dibawa keluar daripada runtuhan tanah manakala 82 yang hilang diharap ditemui dalam keadaan selamat.
Sementara itu, Presiden Joko Widodo dilapor akan melawat kawasan bencana di Banjarnegara, kira-kira 460 kilometer di timur Jakarta hari ini untuk berjumpa dengan kira-kira 570 mangsa bencana yang dipindahkan ke tempat perlindungan sementara. - Agensi

No comments:

Post a Comment