Search This Blog

Monday, December 15, 2014

Polis tahan suspek kes tembak di Seremban


Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
Seremban: Polis berjaya menahan empat suspek berusia antara 20 hingga 35 tahun yang disyaki terbabit dalam kes tembakan di pusat hiburan di Kemayan Square, di sini, 4.24 pagi tadi.
Sumber berkata, keempat-empat mereka yang berasal dari Cheras, Kuala Lumpur; Sungai Buloh, Selangor dan Seremban ditahan kerana disyaki menyebabkan kecederaan ke atas seorang lelaki dikenali Jepun Chai berusia 42 tahun.
Katanya, kesemua mereka ditahan di sekitar daerah ini serta Port Dickson, dekat sini antara jam 6 hingga 8 pagi dan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.
"Pihak kami akan memohon kebenaran mahkamah untuk menahan reman semua suspek bagi membantu siasatan," katanya.
Sementara itu tinjauan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini mendapati mangsa dalam keadaan stabil namun memerlukan bantuan pernafasan selain dikawal dua anggota polis.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Disember 2014 @ 2:58 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/16419#sthash.20KwuKEZ.dpuf

No comments:

Post a Comment