Search This Blog

Monday, December 15, 2014

Pembantu rumah dihukum pancung


Riyadh: Pihak berkuasa melaksanakan hukuman pancung ke atas seorang pembantu rumah dari Filipina selepas disabitkan kesalahan membunuh, lapor media semalam.
Carlito Lana, 37, didapati bersalah menyebabkan kematian majikannya pada Disember 2010.
Dia dijatuhi hukuman mati selepas keluarga terbabit enggan menerima wang tebus nyawa untuk membatalkan keputusan pancung.
Pelaksanaan hukuman itu disahkan Naib Presiden Filipina, Jejomar C Binay.
Kedutaan Filipina di Riyadh melaporkan, Carlito dibawa keluar dari penjara jam 9.30 pagi sebelum dipancing jam 3 petang.
Menurut undang-undang diamalkan Arab Saudi, waris mangsa pembunuhan boleh ‘menyelamatkan’ tertuduh jika mereka bersedia memaafkan kesalahan berkenaan.
Binay berkata, kejadian itu amat menyedihkan.
“Arab Saudi tidak memberikan notis terlebih dulu kepada banduan dan kedutaan mengenai tarikh pelaksanaan hukuman.
“Notis rasmi hanya dikeluarkan selepas hukuman dijalankan,” katanya.
Peguam sudah beberapa kali mencuba meyakinkan anak mangsa untuk bertemu dengan ibu Lana dan memaafkan tertuduh.
Disebabkan Lana sudah memeluk Islam, mayatnya akan dikebumikan di Arab Saudi. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Disember 2014 @ 5:06 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/16305#sthash.ntiNY7wa.dpuf

No comments:

Post a Comment